Thursday, May 07, 2015

Dr Wan Azizah Menang PRK Permatang Pauh


A Kadir Jasin

PARTI Keadilan Rakyat yang mewakili Pakatan Rakyat mengekalkan kerusi parlimen Permatang Pauh, Pulau Pinang, dengan mendapat undi popular kecil sedikit berbanding Pilihan Raya Umum 2013 tetapi masih jauh meninggalkan Barisan Nasional.

[PERINGATAN: Komen guna “Anonymous” tidak akan disiarkan. Sila guna Google Account atau Name/URL. Boleh pakai nama samaran.]

Calonnya, (Datin Seri) Dr Wan Azizah Wan Ismail memperoleh 30,316 undi atau 57.1 peratus undi popular manakala calon Barisan Nasional, Suhaimi Sabudin mendapat 21,475 undi atau 40.44 peratus undi popular.

Dr Wan Azizah Senyum Terima Kemenangan - Gambar Malaysian Insider
Calon Parti Rakyat Malaysia (PRM) Azman Shah Othman memperoleh 101 undi dan calon bebas Salleh Isahak mendapat 367 undi.

Dalam Pilihan Raya Umum 2013, (Datuk Seri) Anwar Ibrahim memperoleh 37,090 undi atau 58.56 peratus undi popular manakala calon BN, Mazlan Ismail mendapat 25,369 undi atau 40.06 peratus.

Secara rambang kita perhatikan ramai pemilih mengambil keputusan “memboikot” PRK itu. Daripada 71,252 pemilih berdaftar, hanya 52,983 atau 73.71 peratus keluar mengundi manakala yang keluar pula tidak melakukan sebarang anjakan. Dalam PRU 2013, bilangan yang keluar mengundi 88.3 peratus.

BN akui kekalahan - Gambar Malaysiakini
Ramalan sesetengah pihak, khususnya yang mirip kepada BN, bahawa PRK itu adalah pertandingan 50-50 jelas songsang. BN masih jauh di belakang PKR/PR.

Kempen kedua-dua belah pihak gagal menaikkan semangat pemilih untuk keluar mengundi sebaliknya menyebabkan lebih 26 peratus memboikotnya.

Wallahuaklam.

33 comments:

OKJ said...

Salam Dato Kadir

Tahniah diucapkan kpd Kak Wan presiden PKR kerana menang lagi. Begitulah cerita dua PRK selepas cukai GST yg diperkenalkan oleh YAB PM. Undi kedua-dua calon UMNO merosot dgn amat teruk sekali. Nasib baik PAS tolong UMNO mengurangkan deficit undi Di Permatang Pauh. Kalau tidak, lagi teruk UMNO kena belasah.

Diharap ia dapat membuka mata pakar ekonomi tersohor Negara YB Dato’ Ahmad Maslan siapa sebenarnya yg reti GST. Juga hasil yg terang dan nyata terhadap UMNO boleh dilihat sendiri oleh YAB PM. Ini belum lagi isu sensasi TH dan 1MDB dirungkai dgn lebih teliti. Nasi dah menjadi bubur dah pun.

Bak kata Tun Dr Mahathir, UMNO cuma ada 3 tahun saja lagi sebelum PRU 14. Saya sebagai ahli akar umbi UMNO, dengan ini menyokong sepenuhnya cadangan Tun Mahathir agar YAB Dato’ Seri Najib melepaskan jawatannya dan seterusnya membatalkan cukai GST dan membubarkan 1MDB sebelum UMNO dikuburkan dgn cukai GST dan 1MDB menjadi batu nisannya. Sekian TQ.

budak jawa said...

Aslm DAKJ,

Dengan keadaan pembangkang yang kelam kabut pun, BN tak boleh nak menang.

Nampak sangatlah orang tak suka parti yang memerintah Kerajaan sekarang ini.

Kalau Najib step down pun, saya tak nampak BN boleh menang next PRU kecuali overhaul besar-besaran dibuat ke atas kepimpinan BN terutamanya UMNO baik di peringkat Pusat mahupun peringkat akar umbi.

Soalnya, adakah BN/UMNO mempunyai kemampuan sebegitu untuk melakukan perubahan yang dituntut oleh rakyat apabila kepentingan diri melampaui kepentingan rakyat. UMNO telah busuk hingga ke akarnya.

Terkini isu pembelian 1 lot tanah 1MDB di TRX yang diperolehi oleh 1MDB dengan harga nominal dan dijual pada harga sedikit diskaun (kononnya) berbanding harga pasaran.

Ini pasti menjadi sebab kepada kemarahan rakyat kebanyakan terhadap Kerajaan apabila wang milik pendeposit yang menyimpan bukan bagi tujuan keuntungan sebaliknya untuk tujuan ibadat digunakan bagi urusniaga yang menguntungkan 1MDB.

UMNO is dead. No hope.

Budak jawa

Unknown said...

Assalamulaikum pak kadir semoga terus sehat dan akan terus membongkar salah laku orang2 atasan saya rakyat marahen insha Allah akan terus menyokong pak kadir. Ini la keputusan PRK, Yang berlangsung pada hari ini lebih 7000 pengundi yang berada di luar permatang pauh tidak dapat mengundi kerana hari bekerja.

Keputusan RASMI PRK Permatang Pauh, 7 Mei 2015:
BN - 21,475
Bebas - 367
PKR - 30,316
PRM - 101
Majority = 8,841
Majoriti berkurang kerana ada beberapa faktor undi BN juga berkurang hampir 4000 ternyata ini juga memberi imfak yang besar pada PRU14 nanti lebih2 lagi penyokong BN telah memboikot PRK di ROMPIN. Sebenar nya yang paling bahaya sekarang ini ialah UMNO yang nafas nya sudah hampir tersumbat tapi masih ego konon nya dia sihat. PRK ini banyak mengajar kita erti tentang persahabatan tentang kawan dan teman kerana teman yang baik ialah mereka yang tidak memarahi kita dikala kita sedang berduka dan menghadapi cabaran itu la erti persahabatan saya tak mahu sebut apa2 atau siapa kerana cili tetap pedas walau diletak gula faham2 dan tahu la sendiri. SEKIAN DATO MERAPU SAYA MALAM JUMAAT INI. WASSALAM

Pak Malau said...

BN perlu mebuat post mortem cari punca kenapa keadaan ini berlaku.
Walaupun Pas dan PKR bergocoh antara mereka, tetapi BN masih tidak dapat menewaskan Pakatan.
Atau apakah Pas dan PKR hanya bermain wayang?

Azahari A Ahmad said...

Dato'

Pada saya faktor GST adalah merupakan pendulum yang paling berat sekali, disamping faktor simpati di atas kezaliman BN terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim. Fakto2 lain seperti 1MDB, kemewahan Kak Ros pun ada la jugak sedikit sebanyak memainkan peranannya. Jumlah undi rosak yang melebihi 800 adalah sangat menarik untuk dianalisakan oleh pihak2 yang berminat.

Barang diingat, kemenangan ini adalah satu hasil dari pertembungan jentera parti (pembangkang) dengan jentera seluruh agensi kerajaan, bukannya dengan parti BN sahaja. Nampaknya walaupun PKR tidak menyokong hudud, dan UMNO kelihatan lebih cendenrung untuk menerima hudud (yang saya andaikan selepas saranan Ustaz Kazim Elias), pengundi masih sanggup menyokong PKR. Mungkin barangkali pada mereka, kezaliman BN lebih buruk dari tidak menyokong hudud.

Ridd said...

Salam Dato

Dah Bosan dengan pilihanraya. Semangat juang dah tak sama seperti zaman Dato.
Parti politik Malaysia sekarang ni dah mengarut. Sifat2 perjuang sudah tidak ada, yang ada sekarang semua nak jadi "Kepala". Ada yang dah jadi Kepala tak tahu beza kan Politik dan Agama tapi sebut faham tentang "Perlembagaan Negara".

Kalau Tun M mengamuk dan sakit satu badan pun tak salah, 22 tahun cari duit akhirnya kena samun sekelip mata. kira Jantung Tun dasyat jugak le.

Yang pasti orang bawahan macam kami tiap2 bulan gaji kami tetap disamun, suka tak suka penyamun tetap potong jugak.

Orang Rompin minum air kelapa petik pakai galah, orang bandar rasa tekak nak minum air kelapa bayar rm3 sebiji. Masyarakat Rompin lagi pandai dari orang Bandar. Tapi lepas pilihanraya barang naik, yuran sekolah naik,baju dalam kain dalam GST bising balik. Bila ada pilihanraya pangkah "Bidadari Negara" yang sama lepas tu bising balik ...berulang ulang kali benda yang sama.

Permatang Pauh pemimpin2 politik BN dan PR tunjuk Ego sesama sendiri dan masalah politik yang di reka sendiri.
Pilihanraya di Permatang pauh banyak aktiviti "ANTI" dalaman parti, calon kondem menteri sendiri,parti2 dalam PR buat demonstrasi dan boikot PR sendiri. terlalu banyak sangat "Anti" yang mana antipatinya Rakyat melihat Gelagat dan karenah bodoh para2 pemimpin ini.Dan akhirnya Rakyat jadi tak "SIHAT". Masalah harga ubat pun kena bayar penyamun skit. dulu rakyat kena samun sebulan sekali dan sekarang penyamun samun hari2.

Moralnya Rakyat dah Bosan Politik di Negara ini.

Unknown said...

Aslkum Dakj.

Saya sangat bersyukur dan gembira dengan keputusan yang memihak kepada PR khususnya PKR.

Mereka boleh memenjarakan Anwar namun suara perjuangan beliau tetap diteruskan.

Janji Allah tetap akan berlaku. Iaitu kerajaan zalim pasti akan tumbang.

Mereka boleh menangkap , mereman atau memenjara para pejuang. Akan tetapi Allah akan cipta pejuang2 lain yg tak kurang beraninya.

Peratusan undi majoriti yg hampir sama prestasi 2013 juga sepatutnya cukup memberi signal kpd pemimpin bergelar Ulamak spt Hj Hadi agar letak jawatan presiden PAS kerana boikot beliau terhadap pemimpin perempuan spt Wan Azizah tak dihiraukan oleh penyokong PAS sendiri.

Negara tidak memerlukan pemimpin pelampau spt Najib dan Hadi.

Cuma bezanya Najib mewakili pelampau bukan ulamak.

Kedua2nya sama degil dan sombong tak mau dengar pendapat yg sederhana.

abdullahngah said...

saya nyatakan dalam facebook saya bahawa PAS jangan harap boleh menang dalam pilihanraya kecil di parleman Rompin dan Bn jangan harap boleh menang dalam pilihanraya kecil di parlimen Permatang Pauh.

Oleh itu kekalahan DAP di Parlimen Teluk Intan pada pilihanraya kecil lalu tidak boleh dijadikan pengajaran, kerana orang china adalah pengundi rasional kepada bangsanya sendiri.

Melayu lawan china, orang china tatap undi calon china miskipun China itu calon BN yang menjadi musuh DAP. orang Melayu miskipun calon DAP tetap menjadi mangsa.

wahai orang melayu marilah kita berfikir sejenak dengan masa depan politik tanahair kita ini.

Yop BG said...

Memang sudah dijangka UMNO/BN ditolak oleh pengudi PP ini.Umno patut resau undi dikawasan luar bandar yang dah mula reject UMNO/BN.

Unknown said...

Aslkum Dakj

Keputusan kedua2 PRK Rompin dan Permatang Pauh tidak memihak kpd Najib dan UMNO.

Di Rompin menang tapi undi majoriti merosot hampir 50%. Menang spt itu di kubu sendiri setelah menggunakan segala jentera dan kewangan kerajaan tak layak nak digelar kemenangan tulin.

Di Petmatang Pauh patutnya Najib dan Muhyiddin menangis. Duit dan harta rakyat banyak habis tapi tetap kalah.

Bantuan SPR meletakkan tarikh PR dua hari lewat daripada Rompin juga tak membantu apa2

Yg dah tentu adalah TDM akan mendapat peluru baru hentam Najib.

Di Permatang Pauh, Najib sepatutnya luluskan pemberian BRIM in advance.

Beliau tak perlu malu2. BRIM kan bukan rasuah.

Atau bukan Najib tak terfikir. Tapi sayang duit perbendaharaan mungkin tak cukup kot.

Unknown said...

Aslkum Dakj

Keputusan kedua2 PRK Rompin dan Permatang Pauh tidak memihak kpd Najib dan UMNO.

Di Rompin menang tapi undi majoriti merosot hampir 50%. Menang spt itu di kubu sendiri setelah menggunakan segala jentera dan kewangan kerajaan tak layak nak digelar kemenangan tulin.

Di Petmatang Pauh patutnya Najib dan Muhyiddin menangis. Duit dan harta rakyat banyak habis tapi tetap kalah.

Bantuan SPR meletakkan tarikh PR dua hari lewat daripada Rompin juga tak membantu apa2

Yg dah tentu adalah TDM akan mendapat peluru baru hentam Najib.

Di Permatang Pauh, Najib sepatutnya luluskan pemberian BRIM in advance.

Beliau tak perlu malu2. BRIM kan bukan rasuah.

Atau bukan Najib tak terfikir. Tapi sayang duit perbendaharaan mungkin tak cukup kot.

aku said...

Kadiag, salaam. Hang tulih ramai tak keluag ngundi di Matang Pauh. Tapi hang tak komen hak di Rompin pon ramai tak keluag ngundi. Gamak yg tak keluag tu bolih jadi, ramai dari depa yg meluat dgn BN, pimpinan dia, 1MDB dan GST, tapi masih takmau undi PAS { Rompin } dan Pakatan Rakyat ( Matang Pauh ). Macam mana pon, ini satu kemajuan, pasai apa, nak berubah hang pon tau, ambik masa, langkah selangkah.

Unknown said...

Polirik di negara ini sudah masuk ke peringkat ' lucu ' seperti yg saya lihat.

Di sebelah BN, suami takut istri. Apa istri cakap, tetus ikut saja.

Di sebelah PK, istri dah di brainwashed oleh suami mula dari mereka di ijab kabulkn. Apa suami kata trus ikut aja. Cucu2 boleh tunggu.

Kan benar2 lucu tuh. Hehehe.

Kerajaan harus ingat, pengundi irg kampong skrg bukan seperti org kampung 50 tahun dulu. Skrg di kampong jalan bagus,air paip ada,listrik ada,astro ada,internet ada dan anak2 mereka semua di veri pendidikan yg bagus.

Anak2 mereka ini lah yg melapor dan menasehatkn org tua mereka berita terkini apa Kerajaan lakukan utk mengsengsarakan mereka lagi. Terutama Kepala UMNO dan kuncu2 nya.

Selagi ahli UMNO tak usir Kepala UMNO dan kuncu2 nya, jgn harap menang di PR akan datang.

Rakyat Msia bkn seperti rakyat Indo..Phillipine..Thailand..Korea..dll. Mereka itu kalo sudah tidak suka dgn pemimpin, mereka demo dan merusuh dgn kejam. Rakyat Mdia memilih berdiam saja ato guna kn social media.

Itu sebab Najib and company tak takut and boleh relax jer. Malah maseh berjalan2 ke luar negeri.

Dont cry for me Msia..

RD. said...

Sunggoh busuk-bangkai hati Khalifah.
Beri pandangan seperti anti-RASUAH.
Tapi mengapa cadangkan Najib beri Rasuah pula?

"Di Permatang Pauh, Najib sepatutnya luluskan pemberian BRIM in advance"

Inilah tabiat kaki-rasuah sebenar. Suka memberi rasuah. Lepas tu, tuduh orang Melayu suka terima rasuah. Upah minum kopi pun, dikira rasuah.

Lahuma said...

Dato.

UMNO seluruhnya dan UMNO Permatang Pauh khasnya boleh tutup buku buat selama-lamanya untuk memenangi mana -mana kerusi dalam Parlimen Permatang Pauh dan lain kerusi DUN negeri.

UMNO Permatang Pauh boleh hebat main politik sesama sendiri sahaja.
Jaguh Permatang Pauh.Bukan apa sekadar SLOGAN POLITIK UMNO SEBAGAI SATU PERNIAGAAN dan POLITIK CARI MAKAN.

Permatang Pauh bukan kawasan selamat dan selesa termasuk selera UMNO.

Sengketa DAP PKR dan PAS bukan pasport untuk UMNO/BN menag mudah walaupun dengan majoriti tipis.

Banyak isu-isu kini yang menjadi malapetaka pada UMNO /BN.

Sebenarnya Isu GST lah segala punca kebencian pengundi
Dari peminta sedekah,pengemis,miskin papa kedana ,orang pertengahan dan jutawan semua di borongkan dalam GST.

Nak salah peniaga 100% pun tak betul.Agensi kerajaan pun ada juga menaikan sewa itu dan ini.

Maknanya janji kerajaan UMNO/BN perlaksanaan GST rakyat akan menikmati harga barang murah adalah tidak benar.

PKR dan pembangkang menang bukan kerana mereka hebat dan kuat buat kerja.Sebaliknya kerajaan UMNO/BN yang tak perihatin isu dan .
permasaalahan rakyat.

Lebih teruk ada menteri dan timbalan menteri cakap merapu macam tak berilmu dan langsung tak layak jadi menteri atau timbalan.

Menteri dan timbalan menteri sudah lupa mereka berada disitu kerana undi rakyat.

DS Wan Azizah sah jadi Ketua Pembangkang.
Tinggal PAS yang kian melepas

PAS dalam kerugian kerana pemimpinnya cerdik tetapi tak bijak

57 tahun merdeka macam-macam Slogan itu dan ini.
Sekejap Islam sekejap tak boleh kerana tak sesuai..

Terima kasih Dato.

RD. said...

Khalifah 'Umar Abdul Aziz', rupanya amat benci pada Dato Seri Haji Hadi. Jika benci pada Presiden PAS, bererti, menolak Hudud PAS.

Penyokong tegar DAP, kerana tak pernah pun beliau menyuarakan bantahan terhadap nepotisma yang diamalkan oleh Kit Siang. CEC mereka pun belum disahkan oleh ROS. Setiap cawangan DAP diberi grading. Hanya Cawangan yang bergrade 'A' dibenarkan untuk mengundi dalam CEC.

Khalifah amat menyanjungi bekas banduan salah-guna-kuasa dan sekarang dalam penjara Sg.Buloh pula, atas kesalahan meliwat pembantu peribadi sendiri. Sokong LGBT. Orang sebeginilah yang amat DAP dambakan untuk diperkuda, demi kuasa politik.

RAWA LANUN-BAHASA said...

Hairan kita Che Det pun silap baca angin di P44.
Apapun, kita dah mula buat persiapan pasca PRU14.

Buatlah apa yang patut. Elok banyak kawan yang berani dan sekepala. Kalau baik dengan anggota tentera itu bonus, Kadir.

Salam takzim.

PENGUNDI AMPANG said...

Saya tertarik dan gelihati dengan gelagat Zulkifli Nordin yang tampil dengan muka garang penakut dan Kazim Elias yg sewajarnya juga memberi amaran kepada UMNO supaya menerima hudud dalam membantu kempen BN.

Wahai Zulkifli Nordin dan Kazim Elias, bethentilah menjadi ayam sabung. Anda memiliki aset yang jauh lebih hebat dari ayam sabung.

Zed-85 said...

Sallam Dato'

Tidak ada cara yang paling baik melainkan memberitahu atau protes kepada kerajaan melalui peti undi.

Skandal demi skandal keluar. Sekarang ini Tabung Haji pula.

Mengikut dalam media, tanah yang dijual kapada 1MDB di TRX begitu murah sekali iaitu pada RM64/kaki. Tun Mahathir pun menyoalkan perkara ini.

Tanah ini pula dijual semula kepada Tabung Haji pada harga RM2773/kaki.

Dalam media, polis cepat bertindak untuk menyiasat siapa yang bocorkan rahsia pembelian tanah oleh Tabung
Haji dalam akta OSA.

Saya rasa dah terlampau carca marba di Malaysia ini.

msh said...

Salam Dato.

Keputusan PRK dikedua2 kawasan menujuk bahawa org Melayu makin meluat dgn Parti Umno.

Keresahan Tun M dgn perkara ini memang betul dan mesti dimengerti oleh semua org Melayu.

GE14 sngat penting untuk Umno dan BN memegang kuasa tetapi kalau 'pattern' atau sentimen begini berlarutan maka hancurlah Parti Umno.

Mana mungkin Presiden dan Penggilap tidak tahu semua ini?.
....tetapi seperti yg sy sebut ditopik lepas...
"MEREKA PEDULI APA?...ITU LAGI 3 TAHUN....MENANG TIPIS PUN MENANG JUGA"....KALAU KALAH PUN MEMANG TAKDIR".

Sebab itu mereka boleh berkata "50/50 peluang diPernatang Pauh"....cakap ikut sedap mulut tanpa asas kukuh.....kerana nak sedap diri dan Dewa mereka.

DiRompin pun begitu...calon pun boleh hentam Menteri dgn berkata "Menteri Bodoh"....timb Presiden pula yakin isu GST cuma 2% sahaja kekurangan pengundi.

Erti kata....Presiden dan 190 og Penggilap2 main ikut rasa dan sedap mulut dlm banyak perkara.
Dewa yg kuat belit pun dijulang dipuja dan KEMUNGKARAN YG TERSELAK LUAS PUN NAK DITUTUP...semata2 kerana kepentingan diri.

Tun M yg banyak jasa pun difitnah dan dicaci semata2 kerana mahu Status Quo.

Melayu Islam kah begini?

Unknown said...

Aslkum Dakj.

Nasib baik kisah duit TH kena tibai ni terbongkar selepas UMNO menang Rompin.

Apa akan terjadi jika minggu depan semakin ramai penabung TH bawa keluar wang mereka. Pening org2 Najib di TH.

Mulai sekarang nampak gayanya rakyat harus tunjuk perasaan dgn bawa keluar duit sebagai tanda protes.

Sekarang saya harap tiada yg buat kerja gila spt gunakan rezab Bank Negara. Rezab BNM pun sejak harga minyak jatuh ni dah banyak susut. Tinggal tak lebih USD 110b saja.

Maklumla Govenor Zeti dah nak bersara.

Salah seorg timbalan beliau mungkin sanggup ikut buat apa saja demi nak pangkat.

Kalau ini terjadi bertambah merudumlah ringgit. Dan bertambah mahallah harga barang.

Unknown said...

Aslkum Dakj.

Hari ada dua berita agak gembira.

Pemuda UMNO Johor dah berani sikit minta presiden beri penjelasan isi TH tolong IMDB.

Seperti tak mahu ketinggalan kapal, KJ pun tiba2 jadi berani.

Agak bila 2 penakut berkumpul mereka jadi berani sedikit.

Mathematiknya berbunyi

Sorang penakut+ sorang penakut= 2 berani sikit.


Rasa2nya besuk akan bertambah lagi suara pemuda UMNO negeri tiba2 berani.

Walaupun saya tak suka UMNO, saya lagi meluat dgn Najib.

InshaAllah spt kata salah seorg pembahas sebelum puasa turun tahtalah maharaja Msia yg sangat lain drpd yg sebelumnya.


Sayangnya damage to the tune of hundreds of billion has already been done.

Bila bala bencana ini nak berhenti selagi UMNO dan yg UMNO friendly masih berkuaa?

wahi said...

Apabila UMNO menang di Rompin , jelas sekali menampakkan betapa bodohnya orang2 melayu. Orang 2 melayu adalah asset yg paling pen ting bagi pemimpin2 UMNO.tanpa orang melayu nyawa politik politik mungkin sudah sampai penghujung.

RD. said...

Apa agaknya reaksi orang Melayu jika tanah di segi-tiga emas itu jatuh ketangan (dibeli oleh), katakan, Ananda Krishnan, YTL atau hartawan dari China/India/Amerika.

Saya rasa, lagi meloponglah orang Melayu. Sudahlah 1MDB tak bina 'Pusat Dagangan Melayu' atas tanah tu, Tabung Haji nak beli pun, Rakyat marah pula.

Walaupun 1MDB dapat tanah itu dari Kerajaaan (Rakyat Malaysia), berpuloh-puloh kali lebih murah dari yang dijual kepada TH, ia adalah lumrah perniagaan. Beli murah, jual mahal. Kalau 1MDB mahu jual tanah itu kepada, selain dari TH, pada harga yang lebih murah lagi kah?

Bukanlah, saya menyokong 1MDB. Oleh kerana Najib nampak seolah-olah tidak mahu letak jawatan, 1MDB akan terus beroperasi. Kalau Najib behenti pun, tak kan lah nak tutup 1MDB begitu saja, dan Kerajaan (Rakyat) menanggung kerugian yang tidak dapat ditebus, bulat-bulat.

Ataupun kerajaan menyaman Najib dan lain-lain orang yang bersubahat melesapkan berbillion wang Rakyat.

Malay Dilemma lagilah kita. Ditelan mati emak, diluah mati bapa.

matpenang said...

Elok dato ulas sikit isu tabung haji.
Lepas tu baru kita bahas.
Tak sabaq nak boh kaw2 sikit

Fathir said...

Salam Dato'

Saya mula rasa mual, loya, nak muntah dan cirit bila baca komen tiga pembahas dalam blog dato' ni yang asyik mencerca, mencaci, menyindir diantara mereka.

Pembahas lain fokus kepada topik tapi yang bertiga ni tak habis-habis bertekak sesama mereka.

Fathir said...

Salam Dato'

Saya mula rasa mual, loya, nak muntah dan cirit bila baca komen tiga pembahas dalam blog dato' ni yang asyik mencerca, mencaci, menyindir diantara mereka.

Pembahas lain fokus kepada topik tapi yang bertiga ni tak habis-habis bertekak sesama mereka.

yana said...

Salam Datuk AKJ.

Bukan satu kejutan pun keputusan PRK yang tersebut. PM tak akan mampu melihatnya. Jika keseluruhan UMNO pun turut membutakan mata mereka, maka tunggu sajalah PRU14 nanti. Tak lama lagi pun, dua tahun pejam celik.

PM ke 6 ini menjadi pemangkin negara kita dijajah semula dan orang melayu menjadi bangsa kelas ketiga di bumi sendiri

Terima kasih Datuk AKJ. Semoga Allah memelihara Datuk.


Unknown said...

Tak betul tu Fathir.

Ada waktu kami pun focus pada topik.

Ada apa2 cadangan?

Unknown said...

Aslkum Dakj.

Kisah IMDB dapat tanah TRX dan di Jln Sungai Besi murah2 bawah harga pasaran.

Tak kiralah kalau IMDB tu syarikat milik kerajaan atau tidak. Pokoknya mesti kena berurusan ikut harga pasaran.

Adalah sesuatu yg tak kena bila tanah rakyat di beri pd pihak ketiga pd harga below market price.

Dan UMNO sangat suka buat perkara mengarut ni.

Sebab tu mereka tak suka ikut sistem tender terbuka. Sebab mereka tak sanggup telus.

Kalau dulu IMDB bayar kerajaan persekutuan pada harga pasaran dapat jugak duit tu dirasai rakyat melalui nikmat gaji, BRIM dll.

Dan kita pun akan tahu serba sedikit kemana wang2 kerajaan atau anak syarikat pergi.

Sepatutnya bila IMDB dpt harta murah2 dari bspak dia/ kerajaan maka lebih senanglah mereka nak mula berniaga dan hasilkan untung lumayan.

Kalau kerajaan Najib jujur kenapa tak suruh IMDB buat join venture bangunkan tanah berkenaan saja. TH dan IMDB akan dapat hasilnya bila projek siap. Dan tanah tak perlu tukar nama.

Kenapa jual pd TH? Tak kpd Cina YTL atau Ananda?

Jawapnya senang. Bukan Melayu tu cerdik. Mereka pandai beli hanya yg murah2 dan mereka tak boleh dijadikan lembu dicucuk hidung.

TH haji kan Melayu punya. Dengan Melayu, kerajaan boleh buat semahunya.

Itulah nasib kita bila kerajaan penyamun.

Pada 2009 kenapa kerajaan tak jual tanah rakyat di Sri Hartamas pd harga pasaran ketika jual pd kroni NAZA PROPERTY.

Nah sekarang dgn TH haji pandai pulak jual ikut konon harga pasaran?

Bolehkah urusniaga ini dianggap membantu rakyat Melayu?

Unknown said...

Aslkum Dakj.

Kisah IMDB dapat tanah TRX dan di Jln Sungai Besi murah2 bawah harga pasaran.

Tak kiralah kalau IMDB tu syarikat milik kerajaan atau tidak. Pokoknya mesti kena berurusan ikut harga pasaran.

Adalah sesuatu yg tak kena bila tanah rakyat di beri pd pihak ketiga pd harga below market price.

Dan UMNO sangat suka buat perkara mengarut ni.

Sebab tu mereka tak suka ikut sistem tender terbuka. Sebab mereka tak sanggup telus.

Kalau dulu IMDB bayar kerajaan persekutuan pada harga pasaran dapat jugak duit tu dirasai rakyat melalui nikmat gaji, BRIM dll.

Dan kita pun akan tahu serba sedikit kemana wang2 kerajaan atau anak syarikat pergi.

Sepatutnya bila IMDB dpt harta murah2 dari bspak dia/ kerajaan maka lebih senanglah mereka nak mula berniaga dan hasilkan untung lumayan.

Kalau kerajaan Najib jujur kenapa tak suruh IMDB buat join venture bangunkan tanah berkenaan saja. TH dan IMDB akan dapat hasilnya bila projek siap. Dan tanah tak perlu tukar nama.

Kenapa jual pd TH? Tak kpd Cina YTL atau Ananda?

Jawapnya senang. Bukan Melayu tu cerdik. Mereka pandai beli hanya yg murah2 dan mereka tak boleh dijadikan lembu dicucuk hidung.

TH haji kan Melayu punya. Dengan Melayu, kerajaan boleh buat semahunya.

Itulah nasib kita bila kerajaan penyamun.

Pada 2009 kenapa kerajaan tak jual tanah rakyat di Sri Hartamas pd harga pasaran ketika jual pd kroni NAZA PROPERTY.

Nah sekarang dgn TH haji pandai pulak jual ikut konon harga pasaran?

Bolehkah urusniaga ini dianggap membantu rakyat Melayu?

Unknown said...

zainal abidin awang kechik said...

saya berkempen untuk BN di permatang pauh..

saya yakin BN menang mudah

salam tok

11:23 PM

patut pun kalah sebab encik turun kempen...hmmmm..tak boleh pakai encik ni...syiokk sendiri macam kak ijat jugak.

tano kemalak said...

1MDB masih dapat duit 188juta yang 'dibayar' oleh TH…TH katanya sudah ada buyer…so, 1MDB still get that 188

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).