Sunday, November 15, 2015

Budi Tidak Semesti Dibalas Dengan Bahasa


A Kadir Jasin

DARI semasa ke semasa, elok kita mengingati bumi yang kita pijak dan langit yang kita junjung.

[PERINGATAN: Komen guna “Anonymous” tidak akan disiarkan. Sila guna Google Account atau Name/URL. Boleh pakai nama samaran.]

Dalam konteks blog kita ini, ia adalah bumi tempat kita berpijak di mana kita berbincang dan bertukar-tukar fikiran.

Alhamdulillah, usia blog kita sudah melebihi sembilan tahun. Februari tahun depan genaplah 10 tahun.

Dalam tempoh itu, banyak isu yang telah kita bincangkan. Ramai pembahas datang dan pergi. Begitu juga dengan pembaca dan pengikut (followers).

Insya-Allah, selagi ada tenaga dan kewarasan saya akan terus menulis. Inilah derma yang mampu saya berikan – derma ilmu (knowledge philanthropy).

Dari semasa ke semasa, kita dikunjungi pembahas yang berbeza daripada pembahas lazim.

Mereka ini datang ibarat ribut dan pergi umpama taufan sehingga menyebabkan kita mengesyaki yang mereka ini ada agenda tertentu dan sekadar menggunakan ruang bahas kita ini untuk memenuhi tujuan sempit mereka.

Yang terbaru menepati deskripsi itu adalah “Saja saja”. Beliau begitu galak, rajin dan berani berbahas. Saya gembira mengalu-alukan beliau kerana menyangka beliau seorang pejuang yang komited kepada idealisme. Saya teruja dan akhirnya terpedaya.

Tiba-tiba beliau meminta saya memadamkan semua komen beliau selama ini atas alasan beliau menerima panggilan telefon daripada orang yang tidak diketahui mengancam beliau.

Beliau berkata, sesetengah anggota keluarga beliau dan kawan-kawan beliau adalah pemimpin tinggi Umno.

Saya berkata saya tidak nampak sebab yang kuat mengapa saya harus memadamkan komen beliau. Lagipun, kata saya komen-komen beliau telah diulas dan dibahaskan dengan luas.

Malam tadi, saya dimaklumkan atau, lebih tepat, dituduh oleh pembahas “silent silent tapioca” (5.05pm) memadamkan komen-komen “Saja saja”.

Saya menjawab, antara lain, “Masya-Allah, dengan nama Allah saya tidak "remove" atau "delete" komen-komen Saja saja.”

Apabila saya memeriksanya, saya dapati menang betul. Komen-komen “Saja saja” telah terpadam dengan notis “This comment has been removed by the author.” (Komen ini telah dipadamkan oleh pengarang).

Kalau saya yang padam, notisnya berbunyi: “This comment has been removed by a blog administrator.” (Komen ini dipadamkan oleh pentadbir blog).

Dalam bahasa yang mudah, “Saja saja” telah “menceroboh masuk” ke dalam blog kita dan memadamkan komen-komen beliau.

Apa hendak buat. Ia sudah berlaku. Saya berdoa dan berharap para pembahas blog ini, biar apa pun pegangan ideologi dan kecenderungan mereka, adalah insan waras, ikhlas dan bijaksana.

Bagi saya, pengalaman dengan “Saja saja” memberi peringatan dan pengajaran bahawa kita berbudi orang tidak semestinya berbahasa.

Wallahuaklam.


32 comments:

Zalman A said...


"Tiba-tiba beliau meminta saya memadamkan semua komen beliau selama ini atas alasan beliau menerima panggilan telefon daripada orang yang tidak diketahui mengancam beliau. Beliau berkata, sesetengah anggota keluarga beliau dan kawan-kawan beliau adalah pemimpin tinggi Umno."

There is a political party whose President held RM2,600 million or US$700 million "in trust" (kononnya) for its members, yet when one of them asked questions about it, she was sacked.

Seems that this party cannot tolerate dissent.

Even Myanmar has opened itself to democracy:

http://www.thestar.com.my/News/World/2015/11/13/World-leaders-laud-Myanmar-election-as-Suu-Kyi-secures-majority/

Let us ask, however:

a) did Aung San Suu Kyi get US$700 million in her personal bank account, lie that she hadn't, and then a month later admit it was true, but provide 5 different excuses for how it was used?

b) did Aung San Suu Kyi use US$700 million, or some part of it, to fund her election victory, with no proof that it was within the legal spending limits?

c) did Aung San Suu Kyi claim to hold US$700 million as her party "trustee", yet sack members of her own party who asked questions about it, and jailed those who lodged perfectly legal police reports? Did she sack, transfer, suspend and threaten those from her party, and even official investigators, who asked too many questions?

If you look at all this, it's quite possible Sdr. Saja-Saja is telling the truth.

Even harmless blog comments can be seen as derhaka against those who have self-anointed themselves as the new Emperors of Malaysia.

Zalman A said...


An interesting session by Arul Kanda at PWTC has caused far more problems than it has solved.

In fact, many of his statements were further contradictions that has made the 1MDB tangle worse for the govt.

"Ketiga, beliau kerap kali menukar ceritanya berkenaan status penebusan dana Cayman. Pada permulaan tahun ini, beliau menyebut dana tersebut sudahpun ditebus dalam bentuk tunai US dollar (klik disini). Kemudian, beliau menukar cerita dan berkata dana Cayman itu telah ditebus, tetapi pembayaran tersebut ditangguhkan (klik disini). Hari ini beliau menukar cerita tersebut sekali lagi dan berkata dana Cayman Islands sebanyak RM 4 billion masih belum ditebus, tetapi akan digunakan untuk menyelesaikan hutang.

Auta jenis apa ni?

Sebenarnya penjelasan terbarunya menimbulkan isu yang baru.

Ini kerana pada Jun 2015, 1MDB telah diberi suntikan bernilai USD $1 billion dari IPIC (klik disini). Dana tersebut pula digunakan untuk menebus hutang USD $960 million yang diberi oleh konsortium yang diketuai oleh Deutsche Bank. Pada ketika itu, kita tidak tahu samada suntikan dari IPIC ini merupakan pinjaman bercagar, ataupun “Repo” ataupun ianya merupakan hasil dari penjualan dana Cayman.

Maka terserlahlah dengan penjelasan terbaru Kekanda Arul Kanda, maka terserlahlah bahawa ianya sekadar pinjaman bercagar tempoh 1 tahun yang mesti diperjelaskan dipertengahkan 2016.

Selanjutnya, kalau kita perhatikan dengan teliti, sekiranya dana Cayman dapat ditebus, ianya ini tidak akan digunakan untuk menyelasikan hutang pokok RM 42 billion tetapi hutang baru yang diberi oleh IPIC."

See:

http://spin-kings.blogspot.my/2015/11/auta-arul-yang-berteknologi-tinggi.html

To which I would add, please look up all prior statements made by the Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone on the 1MDB Cayman funds (some were made in Parliament.)

Auta jenis apa ni?

Pakcik said...

Dari awal lagi saya dah tak suka cara tulisan dan gaya saja saja...walaupun mcm byk idea dan info tetapi bila dah terlalu byk dan bertubi tubi, tentulah ada yg tersasul, mengarut dan merepek...saya berharap dato' terus berkongsi buah fikiran kerana rakyat perlukan mereka yg tajam fikiran dan tidak takut menyatakan yg benar...

Anonymous said...

Hi Datuk,
Interesting posting about this particular case.

I think the debater had been under pressure from his family and was very stressed. He or she in the end erased his or her own comments.

As a fellow blogger I think it is ok for the author to remove their own comments. After all Google allows it and people must be given the right to change their mind.

For me, I also delete and open my blog as and when I choose. It's the authors prerogative .

Btw, I am adopting your style in banning "anonymous" comments.
Out of curiosity, do you have any views or info to share on Petronas?
Have a nice day

ymase said...

Salam

Earlier someone did comment to be wary about this character which I have skipped reading his post as they sounds dodgy after around the part about him, his brother and father.
And Sdr duduk_saja did ask this character - 'tak ada kerjake'.
This reminds me of a couple of such characters before this, circa last year.

Malay proverb - cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar.


A KADIR JASIN said...

1. Berkenaan sidang “nothing to hide” Arul Kanda Kandasamy (AKK), pembahas Zalman A, antara lain, bertanya: “Auta jenis apa ni?”

2. Kesilapan kita ialah kita menyangka sesi N2H AKK itu adalah untuk menjawab tanda tanya kita mengenai 1MDB.

3. Tujuan AKK bukan menjawab soalan kita. Tujuan AKK adalah: (1) Melegakan serabut kepada bosnya Datuk Seri Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone. (2) Menjual ubat minyak unta kepada orang kampung yang tak faham apa-apa mengenai 1MDB. (3) Melengah-lengahkan masa untuk mencari kaedah mengesahkan (validate) urus niaga 1MDB yang tidak mengikut peraturan atau melanggar undang-undang.

4. Kaedah AKK lebih kurang macam Allahyarham Abdol Loman (Abdul Rahman) penjual ubat cacing kerawit (cacin lamu) berkempen di pekan-pekan sehari di Kedah dan Perlis pada tahun 1950-an dan 60.

5. Sales pitch Abdol Loman berbunyi: “Mai mai beli ubat. Tak hilang nyakit hilang dit. Minta dit balik, Loman dah makan!” (Mari mari beli ubat. Tak hilang penyakit hilang duit. Minta duit balik, Loman dan makan.)

6. You can fool some people some of the time, but you cannot fool all the people all the time. That’s common wisdom.

7.The extraordinary wisdom of AKK and his higher-ups is - if you tell a lie often enough some fools will believe that it’s the truth.

8. But it appears that AKK is not that good at telling a lie. Maybe he is a nice chap doing a not-so-nice job.

Wallahuaklam. Terima kasih.

Silent silent tapioca said...

Assalamualaikum Dato',

Saya mohon maaf kalau komen terdahulu dibaca sebagai menuduh Dato'. Ini kesukaran yg saya percaya dialami oleh orang lain jua apabila mesej disampaikan melalui penulisan. Jika boleh disampaikan mesej dulu beserta intonasi, saya lebih cenderung kepada hanya bertanya. Sekali lagi saya memohon maaf kepada Dato' andai telah disalah tafsir. Teruskan usaha Dato' dengan ulasan yg membina.

Btw, apa komen Dato' mengenai petronas oleh SWK dalam blog beliau spin kings. Sy sgt gusar dengan apa yg dinyatakan memandangkan fungsi petronas yg kita tahu amat penting pada negara.

Terima kasih.

Zalman A said...


"The extraordinary wisdom of AKK and his higher-ups is - if you tell a lie often enough some fools will believe that it’s the truth. But it appears that AKK is not that good at telling a lie. Maybe he is a nice chap doing a not-so-nice job."

Setuju, Datuk. Pahit tapi benar.

Thank you for introducing us to the entertaining character of Abdol Loman. His modern-day equivalent operates from Pekan, Pahang, not from pekan2 sehari in Kedah and Perlis.

Ahmad Hafiz said...

"Inilah derma yang mampu saya berikan – derma ilmu (knowledge philanthropy)."

Alhamdulillah, Dato'. At least Dato' memberi derma yang ada manfaat kepada ramai orang, terutama yang membaca dan berfikir tentang topik-topik yang diutarakan oleh Dato'. Derma ilmu yang Dato' berikan bernilai lebih dari RM2.6 billion. Teruskan usaha mulia Dato'. Jangan pedulikan perakus-perakus politikus dan pemakan rasuah yang ada dalam perkhidmatan Kerajaan.

pemikir said...

Salam Datuk,

Tidak mengenang budi sebenarnya orang yang menceroboh masuk ke laman web Datuk ini.

Untuk makluman Datuk, pihak BTN sedang giat melancarkan perang saraf ke atas Tun M dan orang kenamaan yang menyokong Tun M

Pengerusi JKKK dan Ketua Ketua UMNO Cawangan telah dipanggil ke kem bina semangat itu dan diberi penerangan yang sistematik kenapa wang masuk ke akaun Najib Razak ttp tidak seharunya dipersoalkan kerana perbelanjaan UMNO itu sendiri sebenarnya.

Abang saya Pengerusi JKKK yang menghadiri kursus tersebut dan semasa perbualan dngan beliau, dia menyatakan Tun M ini sebenarnya jahat. Oleh kerana kami ingin ke kenduri kahwin di Kulim, perbualan itu terputus begitu sahaja. Terkejut saya dan didalam kereta saya terfikir apa ramuan BTN memasak cerita sehingga masin dikatakan gula.

Cumanya saya terfikit...ooo boleh jadi ada sesuatu yang hendak dilakukan oleh MKT UMNO kepada puak yang tidak menyokong Najib dan memerlukan ahli di akar umbi faham tindakan mereka.

Wallahualam.

nur said...

Blog ini ada nilai taqwa, ikhlas, padat ilmu. Saya pembaca setia. Tp dato tidak menulis hari hari, kekadang hampa tiada artikel baru..

SeriMuka said...

Tak berapa faham sya tentang Saja Saja.
Mcm saya pilih SeriMuka sbg nickname, isteri tercinta pun tak tau.
How is that Saja Saja got into a problem with family, friends and all? Does it mean he went around telling all and sundry that's my nick. I got published!

Whatever, i'm sad to see him go. I kinda enjoyed some of his comments.

Pemerhati Setia said...

Dato,

Salam.. Saya dah ikuti dan berkomentar di blog Dato sejak tahun pertama Dato berblog lagi. Ada baiknya Dato buat pendaftaran untuk para pengkomen. Saya juga ada menjadi co-author untuk blog teman yang juga pembantu saya (blog military tempatan) dan kami menggunakan kaedah ini untuk mengenal-pasti pengkomen hantu. Dengan alamat e-mel yang didaftarkan, sulit untuk pengkomen hantu menceroboh menceroboh sesuka hati. Jika nama pengkomen tak syncronize dengan nama didaftarkan dalam sistem blog, komen beliau diabaikan kerana pertama-tama beliau dah tak jujur. Ini kami rasakan penting sebab satu-satu entri, ada komen mencecah lebih 500, malah ada yang lebih 1,000 dan pastilah berlonggok komen-komen hantu. Cuma sekarang agak menyepi lantaran ditubi komen-komen yang tak berkualiti. Selamat berblog..

doncin cai said...

Saja saja ?
Din klang pi mana ?
Din Melaka ?

awang batuburok said...

Salam Dato,
Semuga dalam kesejahteraan dan terus berjuang menegakkan kebenaran.

Dalam politik masyarakat islam Malaysia khususnya di luar bandar, ada dua khurafat yang sangat besar yang membantutkan pemikiran politik umat islam/melayu dalam negara kita....
Khurafat 1 - Kepercayaan bahawa hanya UMNO/BN yang layak dan mampu memerintah Malaysia.

Khurafat 2 - Kepercayaan bahawa hanya PAS yang memperjuangkan islam. Orang Islam yang tidak bersama dengan PAS adalah sesat dan rosak pegangan islam.

Harap Dato beri sedikit ulasan dlm permasaalahan ini.

ymase said...

Salam

Vinnan has resurfaced - came across his comment on JMD just now.
Or it could be pelanduk dua serupa.
Or he's decided to come out from his hibernation and appear on certain blogs only.

adion said...

Dato,
memang terlalu ramai pembaca media sosial yg jari mereka lebih pantas dari akal mereka.

mungkin di dunia nyata mereka kurang mendapat perhatian.

Tai-pan Jr said...

As'Salam... YBhg Datuk "Maestro" AKJ & Sahabat3 Semua2..


"AhJibGO - The EXclusive PM (Prime Munafiq)"

-------

"Malaysia - Truth vs Falsehood"

-Thank God that We now know more about "Our Surroundings here"-.. Alhamdu'Lillah The Truth WILL ALWAYS Triumph..

-May this blog 'stays alive' beyond 2020... Kudos DAKJ.. :-)

-"Me, Myself & I" firmly believes that Allah Almighty WILL ALWAYS protect 'The Righteous'... Always..

-------

"A Man Who Stands For Nothing Will Fall For Anything - Malcolm X"

-Obviously now We know that there are 'Pretenders' among us here.. Pretending to be 'Patriots' but in truth are just "Traitors of Our Nation".. These kind of people should be hanged..

-Perhaps We need to stay 'vigilant' at all times.. "THEY" came here with plans full of "sweet, slick & sneaky".. BUT IN THE END Allah Almighty WILL ALWAYS BE The Superb Planner..

-Hopefully there will be no more of these "Komen berjela-jela.. Isi merapu-rapu.. Ayat tunggang-terbalik.. People(s)"

-------

"I have more respect for a man who lets me know where he stands, even if he's wrong.
Than the one who comes up like an angel and is nothing but a devil."
-Malcolm X

"If you stick a knife in my back 9 inches and pull it out 6 inches, there's no progress. If you pull it all the way out that's not progress.
Progress is healing the wound that the blow made. And they haven't even pulled the knife out, much less heal the wound. They won't even admit the knife is there."
-Malcolm X

"I believe in The Brotherhood of Man, all men, but I don't believe in brotherhood with anybody who doesn't want brotherhood with me.
I believe in treating people right, but I'm not going to waste my time trying to treat somebody right who doesn't know how to return the treatment."
-Malcolm X

-------

"Fight The Battle AND Win The War...Insy'Allah"


***May Allah AWJ bless & protects us all from Iblis & Dajjal**

***Ameeenn**



"The AhJibGO Factor"



"Discussion Is Dead"
"Diplomacy Is Dead"
"Democracy IS Dead"


Oh MalaysiaKu... Tanah Tumpah DarahKu..

P/S: Be vigilant Malaysia...Now & Always..
Take care & W'Salam :-)

Nick JTK said...

Assalamualaikum Datuk Scribe

Lama tak berkomentar tapi bukan bererti lama tak jengah sini cuma saya dah makin meluat dan makin malas dah nak fikir lebih lebih tentang nasib rakyat.

Apabila hampir kesemua pemimpin berbangsa Melayu dalam kerajaan dan juga parti tunjang kerajaan lebih mementingkan perut dari rakyat... apalah daya kita yang hanya ikan bilis saja

Mengenai dana Cayman yang telah disebut oleh AKK sebagai masih ada dan belum ditebus lagi ingin saya ingatkan bahawa ini mungkin boleh dijadikan sebagai 'bukti baru' kepada Peguam Negara untuk mempertimbangkan semula laporan dan permohonan dari pihak Gabenor Bank Negara yang mana sebelum ini telah ditolak kerana tiada kes dan hanya akan dipertimbangkan jika ada bukti baru.

Sewaktu TS Zeti menarik balik kebenaran kepada 1MDB dan meminta dana tersebut dibawa balik ke Malaysia, AKK telah memberitahu bahawa mereka sedia mematuhi arahan tetapi apakan daya dana tersebut telah tiada lagi kerana telah digunakan untuk membayar hutang.

Kita lupakan dulu soal nilai dana tersebut samada dalam bentuk apa dan nilai sebenarnya sekarang tetapi kita mestilah melihat kepada jawapan putar alam yang direkodkan daripada pihak 1MDB yang terbukti adalah satu 'jawapan palsu' atau 'menipu' terhadap pihak Bank Negara Malaysia.

Apakah ini bukannya satu bukti baru yang boleh digunakan oleh Peguam Negara untuk mendakwa pihak 1MDB sebagaimana yang disarankan oleh pihak Bank Negara Malaysia..???

Mohon Datuk dan lain-lain mengulas lanjut mengenai 'bukti baru' ini..

Terima kasih

A KADIR JASIN said...

1. Terima kasih kepada para pembahas sekalian di atas doa dan ingatan saudara dan saudari.

2. Pembahas "Pemikir", antara lain, berkata:"Untuk makluman Datuk, pihak BTN sedang giat melancarkan perang saraf ke atas Tun M dan orang kenamaan yang menyokong Tun M. Pengerusi JKKK dan Ketua Ketua UMNO Cawangan telah dipanggil ke kem bina semangat itu dan diberi penerangan yang sistematik kenapa wang masuk ke akaun Najib Razak ttp tidak seharunya dipersoalkan kerana perbelanjaan UMNO itu sendiri sebenarnya."

3. Saya langsung tidak hairan atau terkejut kalau betul Biro Tata Negara (BTN) membuat kerja itu. Cuma saya harap ianya tidak betul. Orang lama tahu, BTN ini asal usulnya Umno bukan kerajaan.

4. Kita pun sudah tengok sejak akhir-akhir ini satu demi satu jentera pentadbiran dan propaganda awam milik rakyat jelata dan dibiayai oleh pembayar cukai telah dikerah untuk menyerang Tun Dr Mahathir Mohamad dan sesiapa saja yang tidak bersetuju dengan Perdana Menteri (Datuk Seri Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone) Mohd Najib Abdul Razak.

5. Mereka melakukan ini setelah gagal mempertahankan Mohd Najib, 1MDB dan SRC International.

6. Setelah gagal mempertahankan Mohd Najib sekarang terpaksalah mereka menyerang, menyiasat dan menangkap, membicarakan dan menjarakan sesiapa saja yang cuba menegakkan kebenaran.

7. Cerita Mohd Najib buat duit untuk Umno ini bukanlah cerita baru. Jalan ceritanya adalah Mohd Najib, sebagai Presiden Umno, tidak mahu bergantung kepada derma daripada tauke-tauke Melayu, Cina dan India untuk membiayai parti. Beliau mahu sumber kewangan sendiri.

8. Sebab itulah apabila timbul isu 1MDB, Setiausaha Agung Umno Teuku (Tengku) Adnan Mansor tiba-tiba memetik ungkapan Inggeris "the goose that lays the golden eggs" (itik angsa bertelur emas) bagi merujuk kepada 1MDB sebagai sumber kewangan Umno.

9. Malangnya, tidak seperti Presiden dan Bendahari Umno terdahulu, yang menaja syarikat dengan menggunakan pembiayaan swasta dan tidak melibatkan kerajaan, cara Mohd Najib mencari wang untuk Umno melibatkan kerajaan dan wang pembayar cukai.

10. Semua orang tahu sekarang bahawa 1MDB adalah milik penuh Kementerian Kewangan yang menterinya adalah Mohd Najib dan sebahagian besar hutang 1MDB dijamin oleh kerajaan. Maksudnya kalau apa-apa terjadi kepada 1MDB, rakyat jelata dan pembayar cukailah yang akan tanggung bebannya.

11. Soalan mutakhir, adakah betul bagi Presiden Umno menggunakan Kementerian Kewangan dan sumber kewangan negara untuk menubuhkan sebuah syarikat milik negara bagi menjana dana untuk Umno?

12. Kalau jawapannya ia, bukankah ini penyalahgunaan kuasa?

13. Berkenaan "derma" RM2.6 bilion yang kononnya datang daripada seorang Arab yang sangat menghargai sumbangan Mohd Najib kepada Islam, penyelesaiannya sangat mudah. (1) Dedahkan nama Arab itu. (2) Bagi butir-butir beraudit berkenaan pengaliran wang tersebut daripada puncanya kepada bagaimana ia masuk akaun peribadi Mohd Najib. (3) Bagaimana duit itu dibelanjakan dan (4) Pindahkan bakinya ke dalam akaun Umno.

14. Berkenaan Dr Mahathir pula, ingatlah dia sudah 90 tahun tapi, Alhamdulillah, masih kuat. Solat waktu dan sunat Tarawih tak payah duduk atas kerusi. Ingatan masih tajam. Perjuangan untuk tanah air masih jitu. Kalau bukan Allah yang berkati beliau, siapa lagi?

Wallahuaklam. Terima kasih

joe black said...

Dato,

A godly person may not understand this, but in the real world where religion does not determine one's true nature, a Swine is a low life to be despised by all.

2015 happens to be the year of the swines.

A swine is known to be a swine. You may feel that though you know a swine for what he is, others do not. You may think, therefore, that when the swine does you dirt behind your back, others will accept his swinish opinion (a swine may use religion as a sweetener). Fear not. Everyone knows a swine to be a swine. He did not become famous by behaving swinishly towards you alone. You may turn your back with impunity.

Zalman A said...


Salam Datuk.

Nick Bagan said:

"Mengenai dana Cayman yang telah disebut oleh AKK sebagai masih ada dan belum ditebus lagi ingin saya ingatkan bahawa ini mungkin boleh dijadikan sebagai 'bukti baru' kepada Peguam Negara untuk mempertimbangkan semula laporan dan permohonan dari pihak Gabenor Bank Negara yang mana sebelum ini telah ditolak kerana tiada kes dan hanya akan dipertimbangkan jika ada bukti baru.

Sewaktu TS Zeti menarik balik kebenaran kepada 1MDB dan meminta dana tersebut dibawa balik ke Malaysia, AKK telah memberitahu bahawa mereka sedia mematuhi arahan tetapi apakan daya dana tersebut telah tiada lagi kerana telah digunakan untuk membayar hutang.

Kita lupakan dulu soal nilai dana tersebut samada dalam bentuk apa dan nilai sebenarnya sekarang tetapi kita mestilah melihat kepada jawapan putar alam yang direkodkan daripada pihak 1MDB yang terbukti adalah satu 'jawapan palsu' atau 'menipu' terhadap pihak Bank Negara Malaysia.

Apakah ini bukannya satu bukti baru yang boleh digunakan oleh Peguam Negara untuk mendakwa pihak 1MDB sebagaimana yang disarankan oleh pihak Bank Negara Malaysia?"

I agree, but jangan haraplah sangat kpd Peguam Negara.

TS Zeti, Auditor-General and PAC pls. take note of this new sudden windfall in the Caymans. The whole Cayman episode has had multiple lies, but 1MDB cannot now say: "we cannot bring the money back into the country, because it's all spent". Now, you seem to be newly rich.

But where did this new offshore sum revealed by Arul come from?

Because:

http://english.astroawani.com/malaysia-news/1mdb-caymans-funds-fully-redeemed-not-cash-assets-60376

http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/1mdb-says-has-redeemed-in-full-us2-billion-invested-in-cayman-islands

http://www.businesstimes.com.sg/companies-markets/1mdbs-us23b-cayman-fund-now-fully-redeemed

So, "FULLY REDEEMED" - please note, FULLY REDEEMED.

Now, Arul is suddenly claiming that RM4 billion in "fund units" remain in 1MDB investment in the Cayman Islands.

Compare:

http://sahathevan.blogspot.my/2015/11/1-mdbs-cayman-units-could-not-have-been.html

Arul, what a tangled web you are weaving...

That leaves the question:

If the Cayman funds were NOT fully redeemed (even the Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone said they were fully redeemed), then what exactly is currently frozen and under Singapore police and MAS investigation in BSI Bank, Singapore?

Zalman A said...


"Sebab itulah apabila timbul isu 1MDB, Setiausaha Agung Umno Teuku (Tengku) Adnan Mansor tiba-tiba memetik ungkapan Inggeris "the goose that lays the golden eggs" (itik angsa bertelur emas) bagi merujuk kepada 1MDB sebagai sumber kewangan Umno."

A slush fund backed by the entire rakyat of Malaysia (30 million people) cannot be set up to benefit 3 million people (Umno members), or more accurately, for 30,000 (those who sponge serious money from their Umno connections.)

This "golden goose" or rather angsa jahanam is illegal, and its penternak2 should be jailed.

Anonymous said...

Salam Pak Kadir,

1. Cerita Najib ni kalaupon takde kes criminal, tapi dia sangat cuai sampai company milik sendiri hutang bilion2 pon tak pasti asal usul. On this basis alone, incompetence, he should have resign. Kan

2. Tapi bile Tun M suruh buat council of elders, rasanya janggal dan berbunyi macam politician sangat bukannya statemens yang concern pada negara.

3. Ni semua kes everyman for himself?

MrLabu, early 30s with young toddler yang concer future utk anaknya.

great JMD ! said...

Dato,
excellent response and rebuttal from Jebat Must Die on the sorry spectacle of Arul Kanda mouthing his nonsense on the 1MDB crisis to a "captive" PWTC hall. No wonder they also tried to cut Tony Pua out.
Anyway, go read JMD's blog: https://jebatmustdie.wordpress.com/

Anonymous said...

TDM berjuang hingga ke akhirnya....selepas beliau nanti masih adakah harapan?

Tokjauh

:::SAJAJA::: said...

Lupakanlah "Saja-saja" tu... Anggap hubungan Datuk dan dia tidak berpanjangan...

Kalau setakat nak post komen kat sini dan kemudian delete semula komen tersebut... tak payah dilayan "Saja saja" ni... Betul tindakan Datuk untuk removekan komen beliau...

Kalau Saja-saja gatai tangan nak komen jugak, pandailah dia guna nama lain...

AbGJaS said...

Point 14 membidas mereka yg berkata tun M pjg umur utk melihat kesan kerosakkan yg dilakukannya dulu

Saboun said...

Blogger Kurung Biru said...
Blog ini ada nilai taqwa, ikhlas, padat ilmu. Saya pembaca setia. Tp dato tidak menulis hari hari, kekadang hampa tiada artikel baru..
:::::::::::::::ooooooo:::::::::::::::xxxxxxx:::::::::::::

Setuju dengan Kurung Biru.
Kalau Datuk dapat tulis hari-hari, memang cantik...

Tulisan santai seperti "Hooray, Kalah 6-0 Saja!" ataupun cerita-cerita nostalgia dulukala pun amat menarik minat saya... Sabun Popinjay pun boleh jadi bahan cerita... hahaha...

Teruskan menaip Datuk, saya menjenguk blog ni setiap hari...

Dah tak ramai orang tua yang ingin bercerita sekarang ini... Ceritalah apa saja... seperti datuk nenek kita dahulu... mereka suka bercerita... dan anak cucupun mendengarnya, walaupun kurang mengerti pada waktu itu... namun bila dah dewasa, kita mula faham, kenapa mereka bercerita... sekarang ini giliran Datuk pula...

CERITALAH APA SAJA... CURAHLAH IDEA DATUK... AKAN ADA YANG SEDIA MEMBACANYA...

nur said...

lega dato sudi berkarya lagi, hilang penat diusia senja begini
penat jiwa, penat perasaan melayan hangat hati pada cik oneemmdeebee
jiwa lara dengan kerakusan mereka mencarik maruah Tun M yang dikasihi
hati cemas dengan false flag di Paris, menunggu saat munculnya WW3 (nuclear war) yg akan mengorbankan 2/3 penduduk dunia sebelum khurujnya dajjal di jurusalem.
pesan saya pada peminat dato,
doalah...ya Allahjika takdirnya aku mati, biarlah mati syahid mempertahankan iman dari mati sebagai anjing peliharaan musuh Allah.
gengamlah syahadah sekuat upaya, walaupun kita bakal menderita umpama mengenggam bara api.

kurungbiru @ nur barzakh peminat setia Dato

nur said...

Tuan sabaoun

Jika dato tidak menulis, stand by tafseer atau seerah..bacalah mengisi ruang waktumu.

Sabon said...

Thanks Nur Barzakh kerana ingat mengingati... In Shaa Allah...

Doakan yang terbaik buat Datuk AKJ dan semua pembaca blog ni...

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).