Monday, November 02, 2015

Kerbau Berlumpur Biasa, Manusia Berlumpur Bahaya


A Kadir Jasin

سْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ “Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”

SAYA telah bercerita mengenai anjing dalam kaitan dengan penyakit anjing gila (rabies) dan kesetiaan anjing kepada tuannya.

[PERINGATAN: Komen guna “Anonymous” tidak akan disiarkan. Sila guna Google Account atau Name/URL. Boleh pakai nama samaran.]

Alhamdulillah, nampaknya penyakit anjing gila yang melanda negeri-negeri barat laut Semenanjung sudah dapat dikawal. Sebenarnya kita ada kepakaran cuma ramai yang diberi amanah malas, alpa, cuai, seleweng dan rasuah.

Kemudian sekarang berlaku pula wabak kepialu (typhoid). Adoi, bala demi bala melanda negara kita di bawah pemerintahan Perdana Menteri Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone. Silap-silap ebola pun dibawa masuk juga.

Kali ini saya akan bercerita mengenai kerbau pula. Dalam banyak budaya, kerbau sering digambarkan sebagai haiwan bodoh, bengis dan bertindak membabi buta. Babi buta sondoi (rempuh) sana sondoi sini.

Dalam bahasa Melayu, ada kiasan berbunyi “seekor kerbau bawa lumpur habis semua terpalit” yang merujuk kepada seorang anggota masyarakat yang membuat jahat menyebabkan nama semua anggota masyarakat tercemar.

Kerbau berkubang  untuk kesihatan
Dalam bahasa Inggeris pula ada ungkapan “bull (kerbau atau lembu jantan) in a china shop” yang menyamakan seorang yang berang dan bertindak liar dengan seekor kerbau atau lembu jantan dalam kedai menjual barang-barang porselin.

Perangai dan amalan manusia dan kerbau sepatutnya berbeza. Kerbau berlumpur perkara biasa tetapi manusia yang tercemar namanya patut dijauhi.

Kerbau berkubang dan membalut badannya dengan lumpur untuk beberapa tujuan. Pertama menyejukkan badan. Kedua menyekat gigitan lalat. Ketiga melemaskan kutu dan keempat mematikan berengga (maggots).

Jadi kerbau membawa lumpur bukanlah perbuatan kotor. Itu tabiat semula jadi kerbau. Tapi manusia membuat kejahatan itu tidak baik. Lagi-lagilah apabila kemungkarannya itu membusukkan nama ibu bapa, keturunan, masyarakat, bangsa dan agamanya.

Saya boleh bercakap dengan yakin mengenai kerbau kerana sebagai anak pesawah, saya menolong nenek dan ayah saya memelihara kerbau.

Ada waktunya, pada tahun 1950-an dan 60-an, keluarga saya memelihara hingga 30 ekor kerbau dan lembu. Bila diserang wabak penyakit kuku dan mulut, habis mati.

Kerbau Haiwan Kuasa Ibu

Kalau kita baca jurnal saintifik atau menonton saluran pendidikan di TV, kita akan tahu bahawa kerbau adalah haiwan “matriarchal” iaitu haiwan yang dipimpin oleh haiwan betina – selalunya ibu paling kanan dalam satu-satu kumpulan.

Pusat Rujukan Persuratan Melayu DBP menterjemahkan “matriarchal/matriarchy) sebagai kuasa ibu.

Ibu kerbau inilah yang memandu kumpulannya mencari rumput, tempat minum dan mandi serta tempat beristirahat.

Dalam masyarakat manusia pun ada masyarakat kuasa ibu di mana wanita memimpin. Antaranya adalah Minangkabau (Sumatra), Mosui (Tibet), Akan (Ghana), Bribri (Costa Rica), Garo (India) dan Nagovisi (Bougainville).

Wanita Minangkabau berkuasa ke atas masyarakatnya
Tapi ada perbezaan antara tunduk kepada sistem kuasa ibu dengan takut kepada wanita atau lebih tepat, takut kepada bini. Dalam kumpulan kerbau, kerbau jantan tidak takut kepada kerbau betina, hatta kerbau betina yang jadi matriarch.

Tabiat kerbau jantan menyendiri. Ia masuk kumpulan hanya ketika mengawan. Habis mengawan ia pun keluar kumpulan. Tapi ia akan berlaga dengan kerbau jantan lain, kadang kala sampai mati, untuk mempertahankan haknya mengawan dengan kerbau-kerbau betina dalam kumpulannya.

Memang betul kerbau boleh dijinakkan dan diperhamba. Caranya adalah dengan mengurungnya di dalam kandang dan memberinya makan rumput atau jerami untuk beberapa hari. Apabila ia cukup jinak, cucuk hidungnya dan ikat dengan tali.

Manusia jenis itu diibaratkan seperti kerbau dicucuk hidung. Mereka akan turut perintah dan buat apa saja yang diperintahkan oleh orang memberi mereka makan.

Wanita menarik kerbau yang dicucuk hidung
Manakala yang “macho” atau berlagak jantan jadilah mereka macam “bull in the china shop” yang akan menyondol apa saja tanpa mempedulikan buruk baiknya.

Kerbau yang dicucuk hidung ini kalau tidak ditambat pun ia tidak akan merayau jauh. Bila petang baliklah ia ke kandang. Lagi mudah ia balik dan masuk kandang kalau disediakan rumput atau jerami.

Selain membajak sawah ia boleh diajar menarik kereta atau anor (sledge). Kalau mahu dan berani, kita boleh menunggangnya. Jadilah ia kerbau tunggangan.

Kerbau jinak boleh ditunggang
Maaflah kalau saya kata, dalam arena politik, pentadbiran awam dan media massa di negara kita sekarang ada banyak manusia yang wataknya macam yang disebutkan di atas.

Wallahuaklam.

47 comments:

Quantum Metal Consultant said...

Dalam bisnes, saya juga berhadapan dengan mereka yang "takut bini". Susah nak buat keputusan, asyik tangguh, tunggu nak tanya bini.
Kalau bini juga terlibat dan tahu tak apa juga, tapi bini lebih banyak menjadi suri atau bekerja di bidang lain dan tetiba si suami akan minta pendapat dan keputusannya.
Apakah keputusan itu nanti bersandarkan ilmu atau bersandarkan perangai wanita itu sendiri.

Oleh kerana itu cara, rukun dan budaya mereka, saya malas nak komen panjang dan masuk campur.
Tetapi apakah kita tidak perlu berhati-hati untuk berurusan atau berkawan dengan si suami atau lelaki itu (?)

Clark Gable of Pulau Duyong said...

Pedas macam sambal belachan cili api

Pakcik said...

Pena memang tajam tapi kat Malaysia nie nampaknya pena yang tajam pun tidak berkesan, mungkin perlu peribahasa baru kot..atau kita perlu lebih daripada pena..

Zalman A said...


Ha ha, Datuk, by reading "between the lines" of this article, we can understand 100% how Malaysia is governed today!

Rizwan said...

berhemah sungguh dato menegur ahli politik di malaysia... hahaha

Unknown said...

Manisia yang dianugerahkan akal jauh lebih baik berbanding kerbau, kalau dia bawa lumpur pun cepat-cepat dia cuci supaya tidak dilihat oleh orang banyak. Kerbau bawa lumpur membuatkan yang lain habis terpalit kerana kerbau tak ada akal, yang ada hanya otak. Kalau hendak dicari lumpur yang dibawa oleh manusia berakal, susah nak jumpa kecualilah macam orang di kampung saya yang berkerja di sawah setiap hari bermain dengan lumpur.

Bagi orang yang berkerja di sawah, lumpur bukanlah luar biasa malah tidak dianggap kotor pun. Mereka boleh kayuh basikal ke pekan dengan baju yang berlumpur. Tetapi kalau orang bandar yang pakai cantik-cantik sudah tentulah tidak ada lumpur yang terpalit kecuali kalau dia sendiri yang tidak berhati-hati. Tetapi lumpur mudah dicuci, orang tidak akan nampak kesan lumpur kepada orang bandar. Bagaimanapun lumpur di badan kerbau mudah dilihat dengan mata, tetapi lumpur yang berkeladak dalam jiwa, hanya dapat dilihat daripada tingkah laku.

Biasanya kalau banyak lumpur berkeladak dalam jiwa, banyak pulalah tingkah laku atau tindakan yang serba tidak kena. Buat itu salah, buat ini tidak kena. Sat kata gitu, sat kata gini. Walaupun lumpur dalam jiwa tetapi ia tetap terpalit kalau kita tidak berusaha untuk mengelakkan diri daripada terpalit. Maka terpulanglah kepada kita sama ada untuk membiarkan diri kita terpalit atau sebaliknya. Orang yang suka membiarkan diri mereka terpalit lumpur elok suruh pergi berkubang dengan kerbau. Datuk Kadir tahu di mana ada banyak kubang kerbau sebab beliau anak kampung.

setulangdaing said...

Datuk, ada macam-macam bidalan berkait kerbau. Kalau bodoh, bodoh macam kerbau, kalau mandi tak bersih, mandi kerbau, kalau mengikut telunjuk je, kerbau dicucuk hidung.

Selama ni takat itulah sahaja faham kita pasal kerbau. Tapi bila Datuk petik sedikit pasal kerbau dan menyamakan mereka dgn kerbau..aduh..sakitnya tuh sampai di sini.

Saya fikir walau apapun tamsilan yang dibuat, mereka tidak akan mahu faham. Tamsilan itu untuk orang lain, untuk siapa2 dan bukan untuk dia.

Kerana rumput yang dia dapat sangat hijau dan sangat banyak, lebih dari cukup untuk dia dan keturunannya.

Persetankan yang lain, yang penting apa aku dapat. Apa akan jadi pada negara bukan urusan aku. Biar orang lain yang urus. Kalau aku tak buat mesti ada orang lain yang akan buat juga. Jadi jangan salahkan aku.

yana said...

Salam Datuk A. Kadir Jasin.

Memang benar kata-kata Datuk. Malang dan malap bagi negara yang diterajui oleh kerbau jantan yang dicucuk hidung dan diikat kemaluannya oleh ketua kerbau betina. Lebih malang bila gerombolan kerbau ini ahli-ahlinya juga semua dicucuk hidung dan diikat kemaluan mereka. Patutlah mereka dah tak mengenali malu lagi. Biar hidung dicucuk asal dapat makan/apa yang mereka mahu.

Terima kasih Datuk AKJ. Take good care.

Unknown said...

Saya berasal dari kampung, maka saya tahulah serba sedikit tentang perangai kerbau. Sebenarnya kerbau yang boleh dicucuk hidung adalah kerbau yang pasif. Kalau sifat ini dirujuk kepada manusia, mereka ini jenis tidak banyak berfikir di luar kotak. Kerbau yang pasif tidak mengelupur bila hendak dicucuk hidung malah mungkin berbangga kerana membuktikan kesetiaan kepada tuannya. Kerbau jenis inilah yang manusia guna untuk membajak sawah dan menarik anur kerana ia akan menurut perintah. Kalau kerbau boleh menulis maka yang ditulis ialah "Saya yang menurut perintah"

Sikap pasif kerbau ini telah dipergunakan untuk menjana keuntungan kerana kerbau tidak pernah mempersoalkan walaupun kerja setengah mati habuannya hanya rumput tua yang liat untuk dikunyah. Memang banyak kiasan yang tercipta daripada pemerhatian orang tua-tua kita tentang kerbau. Salah satu kerbau dipegang pada tali, manusia dipegang pada janji. Tetapi sesetengah dalam kalangan orang politik mengamalkan janji di capati bukan janji ditepati selepas memang dalam pilihan raya.

Zed-85 said...

Sallam Dato,

Kalau di Sepanyol, aksi “Bull” (Kerbau atau lembu jantan) dan “Metador” sangat popular.

“Metador” , dikagumi ramai orang Sepanyol kerana keberaniannya berdepan dengan “bull” dengan mengibarkan kain merah. “Bull” akan serang kain merah dan “Metador” akan mengelak di saat terakhir.

Rupa-rupanya, telah terbukti dalam kajian sains, Kerbau dan lembu hanya boleh melihat warna biru dan kuning sahaja.

Warna merah, dia akan sondol, tidak kira orang itu baik, atau jahat atau penyamun. Warna hijau saya kurang pasti.

Dari segi DNA, Lembu dan Kerbau tidak banyak bezanya. Ada orang tua-tua kata, “bodoh macam lembu”.

Dari segi IQ, tahap kepandaian lembu amat terhad. Dalam rantai pemakanan tertinggi haiwan , “top of the food chain” adalah Singa atau Harimau.

Pepatah orang putih kata, “Lion is the king of the jungle”. Singa adalah raja kepada semua haiwan.

Singa lebih pandai daripada lembu atau kerbau. Walaupun diberikan makanan dalam zoo atau sarkis, kalau dicocok hidung Singa, akan melompat Singa itu.

Persamaan antara Singa dan Lembu jantan adalah kedua-duanya akan bertanding habisan-habisan dengan lawan masing-masing untuk mendapatkan tempat untuk mengawan dan dalam kes Singa sebagai pemimpin.

Kalau di Amerika, bakal pemimpin sedang berlawan, berdebat dan diuji di khalayak ramai, yang menang akan menjadi Presiden. Perkara yang sama juga berlaku di England.

Di negara kita, tidak nampak bakal pemimpin bertanding antara satu sama lain untuk jawatan ketua.

Saja saja... said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...
This comment has been removed by the author.
berasiam said...

Assalamualaikum DAKJ

Al Quran bermula dengan Al-Fatihah. Surah Al-Baqarah adalah surah terpanjang dengan 286 ayat.

Melayu glokal said...

Dalam maksud artikel tapi agak2 orang yg nak ditujukan artikel ni faham ke maksud dia? Sebenarnye, masa untuk tegur sorok2 sbb nak jaga air muka orang yg ditegur tu dah lapok. We as the malays need to get with the time. We have nothing to show for it. And all his after hundred of years of so called face-saving, blind loyalty, stupid beliefs and many more that are hindering us towards progress.

The malays all long to be Tuah but we need more Jebat. And it is ok to be rough and aggressive if to the point and nothing personal. But therein lies another facet of the malay mind that needs to be ditched where everything is deemed as personal and insulting if it is not tune to the ears. I thank god i was globalised when i was young.

In any other nation, this blind abuse of power would have resulted in a storm. But the malays prefer to swallow instead of spit. Now why is this?

rahimlpp@yahoo.com said...



Y.Bhg Dato'@ Semua sudah Dato' ushakan. Bersajak, bergurindam, berseloka, berceloteh,bersenda, berpantum, bercerita dsb. Semua tidak ada tindak balas.

Itulah maksudnya ada kebebasan bersuara dalam zaman transformasi Najib. Apa lagi yang kita mahu. Akhir sekali cerita mengenai kerbau. Semua orang kalau dah kena cucuk hidung,akan jadi pengikut setia.

Kepada Najib yang penting ialah undi luar bandar. Itulah punca kuasa. BRIM akan menggembirakan mereka . Maka tercapailah matlamat Najib.

Apa guna nak jaga orang macam Dato' Kadir. Undinya di bandar, tidak memberi faedah kepada Barisan Nasional.

iklas,
rahim

Aku said...

Kadiag, salaam.

Bidalan hang menusuk habih, buat aku 'terkenanggg se masa duluuu...' dia pandang aku semacam...mata tekedip2, lepaih tu, cara 'slow' dia teruih mengunyah. Tapi bila capai satu ranting kasag, balon kad belakang dia sambe tempit kuat2, dia pon cabut lari dan ataih padang kering, berdegug degug celapak dia...tapi...munkin tulih Pakcik 12.57 pm ada betoinya, setakad pena tajam saja 'tak berkesan', munkin kena yg lebih dari tu...

Ni pulak satu 'kumpulan kerja' katanya bawah majlih hak asasi, Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) telah putuihkan 'setelah mengambil kira semua hal', penahanan breder di Sg Buloh dibuat secara saja saja ("arbitrary") dan mintak breder tu dibebaihkan serta merta....

Semakin jelaih orang Indon kata 'selingkoh' depa, dalam macam2 hai. Subhanallah... Wallahua'lam.

Maghab ataih apa2 telanjog. Akiag sekali, Kadiag, terima kasih banyak, wa sallam.

Aku

nothing to hide said...

Datuk.

takut bini atau queen control. a man whose knees tremble on hearing his wife's footsteps.

Saja saja... said...
This comment has been removed by the author.
Saja saja... said...
This comment has been removed by the author.
samurai melayu said...

SALAM KASIH DAN SAYANG
DAKJ

Kami ingat kerbau yg boleh dicucuk hidungnya adalah yang tak ada telur... hehehe

Semoga sdrku sekelian dan keluarga sentiasa dirahmati Allah Swt

ALFATIHAH, AAMIIN
Ps.. TAHNIAH HARIMAU SELATAN menjuarai AFC Cup.. drp anak Selangor

adion said...

tiada kata secantik bahasa, nak ku tunjukkan perasaan....

abu said...

Salam en ku seman..
lama da tak keluar coretan dalam mingguan malaysia...


sekarang ni siapa yg banyak tanya akan dibisukan...

oh malaysiaku....

Unknown said...

Salam Datuk

Hikayat kerbau mmg terkenal dlm cerita2 penglipurlara dan nyanyian tradisional.

Saya suka menghayati lagu Bangau Oh Bangau, yg juga diselitkan dgn keengganan kerbau memakan rumput kerana perutnya sakit.

Cuma saya agak terkilan tidak terdapat pula pernyataan, bagaimana utk mengubat sakit perut sang kerbau.

Mungkin pada hari ini kerbau pun lebih selesa makan dedak utk mengelak daripada sakit perut.

Lagipun khabarnya, dedak lebih berkhasiat lagi cepat hadam .

Saja saja... said...
This comment has been removed by the author.
Saja saja... said...
This comment has been removed by the author.
Praxis said...

"...Senor, senor, you know their hearts is as hard as leather
Well, give me a minute, let me get it together
I just gotta pick myself up off the floor
I'm ready when you are, senor.

Senor, senor, let's overturn these tables
Disconnect these cables
This place don't make sense to me no more
Can you tell me what we're waiting for, senor ?"

["Senor (Tales Of Yankee Power)"]

Saja saja... said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Kepada pembahas Abu:
Saudara boleh membaca tulisan saya di blog Datuk Kadir ini dan di blog Tan Sri Zam. Cukuplah menulis komen dalam blog sahaja kebetulan Datuk Kadir dan Tan Sri Zam berkenan untuk siarkan. Untuk menulis dalam surat khabar sekarang ini memerlukan "kepakaran" yang luar biasa dan saya tidak mampu melakukannya.

Unknown said...

Tahniah, Ku Seman Ku Hussain, berani kerana benar, tuan bersama sialent majority.

Unknown said...

Minta maaf Datuk Kadir kerana mencelah yang tidak ada kena mengena dengan kerbau. Ini mengenai debat antara Tony Pua dengan Arul yang akan diadakan di RTM Jumaat ini. Bagi saya debat ini memang kelihatan kebudak-budakan tetapi rakyat berpeluang mengetahui lebih banyak maklumat biarpun sepuluh soalan yang diberikan awal oleh Tony Pua tidak dijawab. Soalan yang tidak dijawab adalah satu jawapan.

Daripada soalan yang diberikan oleh Tony Pua, saya fikir Arul akan terperangkap. Ini kerana soalan yang sama telah banyak ditanyakan sebelum ini tetapi tidak dijawab oleh orang yang lebih besar daripada Arul. Maka adalah mustahil untuk Arul menjawab walaupun dia ada jawapannya. Provokasi Tony Pua telah disambut oleh Menteri RTM, Salleh Keruak yang menyediakan slot dan RTM menjadi penyiar rasmi. Saya yakin Tony pun tidak menyangka mata kailnya akan disambar ikan besar.

Menyedari debat ini tidak akan menyebelahi 1MDB malah akan lebih teruk lagi apabila soalan hanya tinggal soalan, debat ini mesti dihalang. Pelbagai cara boleh dilakukan tetapi jangan menampakkan pihak 1MDB takut berdebat. Oleh kerana itu saya fikir adalah terlalu aneh apabila Speaker Dewan Rakyat, Pandikar Amin Mulia mengugut meletakkan jawatan kalau debat ini diteruskan dan memberi syarat Tony Pua perlu meletak jawatan dalam PAC sebelum berdebat.

Kenapa Pandikar Amin Mulia tidak membantah sejak awal lagi? Kenapa hanya tinggal tiga hari sahaja lagi baru mengugut meletak jawatan? Hasilnya sudah tentulah akan ada pihak yang berkata, debat ini terpaksa dibatalkan kerana tidak mahu kehilangan Speaker yang berpengalaman seperti Pandikar Amin Mulia. Ironinya kenyataan Pandikar Amin Mulia dikeluarkan selepas sepuluh soalan Tony Pua kepada Arul bertebaran di alam maya.

Kalau tempat Tony Pua terpaksa diganti oleh orang lain, DAP diperangkap hidup-hidup. Kalau diteruskan juga DAP mungkin akan mendapat malu kerana kualiti pengganti tentu tidak sama dengan Tony Pua yang mempunyai banyak maklumat 1MDB. Jadi, harapan rakyat untuk melihat debat ala kempen pilihan raya Presiden di Amerika akhirnya sekadar menyaksikan debat kartun. Kes ini sama dengan forum Nothing 2 Hide yang dibatalkan kerana PWTC dikatakan "tidak selamat". Tetapi perhimpunan agung UMNO Disember ini di tempat yang sama dijamin selamat.

burung jantan said...

Salam DAKJ

Ada cerita orng putih berjodol "One flew over cuckoo's nest"

La ni ada cerita melayu berjodol matsaleh kata "One cuckoo flew over the rest"

Cuba Dato teka ni burubg jantan ka betina?

berasiam said...

Assalamualaikum DAKJ

Ada sejenis penyakit seakan batuk kering yang lazimnya dikaitkan dengan lumpur. Melioidosis mempunyai simptom yang seakan batuk kering dan boleh membawa maut. Penyebabnya ialah sejenis bakteria Burkholderia pseudomallei. Selain menjangkiti haiwan, penyakit ini juga mengancam manusia. Khuatir juga jika dalam lumpur yang berselemus pada kerbau ada terkandung Burkholderia pseudomallei. Boleh mati kalau lambat dirawat dengan betul.

Dalam riwayat dulu2 ada kisah anak raja yang dipindahkan ke dalam perut kerbau masa dalam kandungan dan kemudiannya dilahirkan oleh kerbau.

kerbaw2 said...

the disposal of its subsidiary, Edra Energy will allow it to remove RM16-RM18 billion of 1MDB's debt. However, the total debts associated to 1MDB's energy arm amounts to approximately RM36 billion, comprising of US$3.5 billion of bonds, RM5.7 billion of direct loans and more than RM8 billion of inherited loans. Hence reducing up to RM18 billion of debt via the disposal of Edra Energy will still leave 1MDB with more that RM18 billion of outstanding debt associated with its energy acquisitions. Therefore how will the sale of Edra solve 1MDB's cash flow problem since there'll be no assets left to pay the balance of the RM18 billion debt?
MINTAK DERMA...

Zed-85 said...

Saudara Ku Seman,

Sebenarnya, saya rasa ramai orang sudah tahu yang debat ini akan dibatalkan.

Saya sendiri pun sudah komen dalam blog DAKJ yang lepas debat ini akan akhirnya dibatalkan kerana keterbukaan yang sebegini tidak ada di negara kita.

Macam-macam syarat diletakkan, antaranya, debat ini penonton ramai tidak boleh hadir bersama dengan yang berdebat. Soal jawab dengan penonton pun tidak dibenarkan.

Saya ingat dulu masa berdebat di sekolah, orang berdebat depan khalayak penonton.

Syarat terbaru ini, Tony Pua kena berhenti dari PAC kalau nak berdebat.

Orang yang biasa menontoh wayang Hollywood akan paham. Yang menontoh wayang kulit pun mungkin paham tapi sayangnya wayang kulit ini tidak popular lagi.

Kalau kita tengok karakter-karakter dalam PAC, Dato Nur Jazlan sudah dikeluarkan. Sekarang ini Tony Pua pula disyaratkan berhenti dari PAC kalau hendak berdebat.

Saja saja... said...
This comment has been removed by the author.
RD. said...

Salam Dato AKJ, Saudara Kuseman dan Pembahas sekalian.

Sabtu lepas (kalau tak silap), tanpa diwar-warkan terlebih dahulu, TV1 telah menyiarkan 'soal-tak-jawab' versi Omputih oleh Arul Kanda, rakaman Hello Malaysia, 'Facts and Myths' atas ihsan BERNAMA.
Yang pelik, TV1 tidak menyediakan sarikata dalam bahasa Kebangsaan. Mengapa? Kalau disiar secara langsung, saya boleh faham mengapa tiada sarikata.

Ketika saya tukar channel ke TV1, temubual itu sudah separuh siaran. Pada saya, Arul tidak menjawab soalan yang ditanya?

Mungkin TV1 mahu menunjukkan kepada 'orang-kampung' bahawa 1MDB tiada apa yang mahu disorok bila mereka hanya dapat melihat bahawa Arul berani menjawab soalan.

Tetapi kepada penonton TV1 yang paham omputih dan mengikuti siaran 'Facts and Myths' itu, sudah tentu beranggapan bahawa 1MDB ada 'something to hide'.

Oleh yang demikian, jika debat yang Saudara Kuseman katakan itu mahu diteruskan juga, samada Tony diganti atau tidak, (PAN baru tawar ahli mereka sebagai penganti) perbahasan mesti dilakukan dalam Bahasa Kebangsaan, jika Najib betul-betul 'has nothing to hide'.

zainal abidin awang kechik said...
This comment has been removed by the author.
Saja saja... said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

sekarang di malaysia kena jadi 3 monyet
buta pekak bisu...biar biar biar...semua fitnah..tak faham ..tunggu....siasat...bla bla bla....

Saja saja... said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

kita tukar kancil pulak...cerdik....badan kecik..tak ego sangat kot...buang semua kerbau...

Unknown said...

dah ada produk susu kat langkawi...saja saja ...ketinggalan ehwal semasa....

Ex Treasury said...

Datuk, the Government is treating us as though we are buffaloes. It is boasting that it was brave to introduce GST and the GST revenue saved country as the revenue from Petronas dropped due to lower oil prices.

Government failed to explain what it has been doing with all the taxes collected from people and companies and plus huge borrowings which had resulted in an all time high national debt. It has wasted all these money.

PM and wife's lavish style of living and traveling in private jets had cost the Rakyat RM40 million in 6 months while our poor are suffering because of GST and inflation. Tun Mahathir used MAS for his overseas trips when he was PM.

During recession in the 1980s, prices of oil came down to US$9 per barrel, palm oil RM600 per tonne and rubber was below RM2 per kilo yet there were no GST. Government froze salaries both public and private sectors, cut expenditure and lived within means and no such slogans as cash is king.

With correct policy, the economy recovered and went on to growth at a fast rate. It proved that right policy could save money and grow the economy. Of course there was no 1MDB and RM2.6 billion Arab donations.

We are not buffaloes, not all of us. Even buffalo herders know that life is hard because of bad Government.

Mat Bakar said...

Sallam Dato'

Dalam scenario politik Malaysia masa kini memang terdapat banyak kerbau yang hidungnya sudah dicucuk hingga tak boleh bergerak atau bercakap sesuka hati, salah cakap kena tambat di tengah gurun tanpa air dan rumput, kalau pandai mengampu dan membodek ia akan di "kendor" (bahasa Kedah bermakna kerbau di bawa makan rumput dengan di kawal tuan punya kerbau sambil memegang tali, lebih kurang macam mat saleh bawa anjing berjalan jalan.

Kerbau ni akan di awasi 24 jam sampai tempat tidur nya sentiasa ada unggun api buat menghalau nyamuk dan agas. Najisnya sentiasa di buang demi kebersihan dan kesihatan kerbau ini. Sebagai beast of burden, memanglah kerja nya teruk di tahun tahun 50an dan 60an kerja kerbau membajak dan menyisir sawah, bila musim menuai, tugasnya menarik anok membawa padi dalam guni di bawa balik ke rumah.

Sekarang kerbau sudah boleh rilek kerana tugas mereka telah di ambil alih oleh mesin membajak hingga lah pengangkutan. Kerbau yang di lepaskan bebas selepas selepas musim menuai banyak membawa masalah yang perlu di tangani oleh LADA atau MPLBRP (Langkawi) Terakhir seorang remaja terbunuh setelah terlanggar seekor kerbau berdekatan kampong Lawer, sebagai destinasi pelancongan adalah tidak wajar kerbau di biarkan merayau rayau hingga membawa bencana kepada pengguna jalanraya. Untuk perhatian Pengerusi LADA dan DO Langkawi, tolonglah tengok tengok sikit jangan lah kita di samakan macam kerbau juga.

Semoga Allah selamatkan Negara ini dari "kerbau-kerbau" yang suka makan padi petani-petani miskin dan melarat.

Saja saja... said...
This comment has been removed by the author.
kerbaw2 said...

[04/11 4:55 PM] Z: Arul Kanda announced the "debt for asset-swap" deal with IPIC where the latter assumes some RM16 billion of 1MDB's debts in exchange for 1MDB's assets. IPIC has already advanced more than US$1 billion in the deal. Where is 1MDB going to produce these RM16 billion worth of assets to transfer to IPIC by 30 June 2016?
The Ministry of Finance (MoF) has also indemnified IPIC in the "debt of asset-swap" arrangement. Does it mean that if 1MDB fails to produce the necessary RM16 billion worth of assets by 30 June 2016, the MoF would have to compensate IPIC accordingly?
[04/11 4:55 PM] Z: Guess where gst going to?he2

Md Ruslin Abd Samad said...

SubhanAllah.....
Sekeliling mengena tulisan Dato' yang ini.... Good One.. Kipidap...

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).