Thursday, December 10, 2015

Boleh Sokong Tapi Kaji Jugalah Fakta


A Kadir Jasin

APABILA seorang pemimpin tersepit berkata dia tidak akan menyerah kalah, ia bukan berita. Itu adalah reaksi biasa.

[PERINGATAN: Komen guna “Anonymous” tidak akan disiarkan. Sila guna Google Account atau Name/URL. Boleh pakai nama samaran.]

Kalau dia berkata, dia menyerah kalah itu berita.

Mohd Najib berucap di PAU 2015
Jadi buat masa ini, perwakilan ke Perhimpunan Agung Umno (PAU), ahli Majlis Tertinggi Umno dan ketua-ketua Umno bahagian bolehlah menyokong dan mempertahankan Presiden mereka, (Datuk Seri Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone) Mohd Najib Abdul Razak, hingga ke titisan darah terakhir.

Tetapi sebelum nyawa politik mereka tercabut dan mereka mungkin disumbat ke dalam penjara, eloklah mereka pertimbangkan fakta-fakta berikut:-

Ketika PRU 2013

1. Akibat tsunami Cina (mengguna-pakai istilah ciptaan Mohd Najib sendiri) undi popular Umno/Barisan Nasional jatuh kepada 48 peratus dalam Pilihan Raya Umum (PRU) 2013.

2. Ketika itu Tun Dr Mahathir Mohamad masih menyokong kepemimpinan Mohd Najib dan turut  berkempen menyokong Umno/BN.

3. Tun Daim Zainuddin juga berkempen tetapi memberi amaran yang jentera pilihan raya BN lemah dan orang bukan Bumiputera, khususnya Cina, tidak menyokong BN.

4. Skandal 1MDB, SRC International/Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP) dan duit derma/sedekah Arab sebanyak RM2.6 bilion dalam akaun peribadi Mohd Najib belum terdedah.

5. Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang membebankan pengguna belum dilaksanakan dan ekonomi berada dalam keadaan yang memuaskan.

6. Tetapi rakyat jelata sudah mula merasa kesan kenaikan kos sara hidup akibat penghapusan berperingkat subsidi mulai era Tun Abdullah Ahmad Badawi.

7. Bagi mengambil hati pengundi, manifesto BN, antara lain, berjanji tidak menaikkan tol lebuh raya malah akan mengurangkannya secara berperingkat.

Menuju PRU 2018

1. Skandal 1MDB, SRC International/KWAP dan duit RM2.6 bilion dalam akaun Mohd Najib telah meledak dan menjadi skandal skala dunia.

2. Dr Mahathir, Daim serta ramai lagi veteran Umno tidak lagi menyokong Mohd Najib malah mahu beliau berhenti.

3. GST yang diperkenalkan April lalu menambah hasil kerajaan tetapi membebankan pengguna. Mohd Najib kata, GST penyelamat kewangan negara. Menang benar. Bagi tahun ini, kerajaan menganggarkan kutipan GST sebanyak RM21 bilion tapi dapat RM27 bilion. Tahun depan dijangka naik kepada RM39 bilion.

4. GST, pemansuhan subsidi, kenaikan tol dan tambang pengangkutan awam, kejatuhan nilai ringgit, pengangguran dan kemelesetan harga barangan utama sangat membebankan hidup rakyat jelata.

5. Bala, ujian dan balasan datang bertimpa-timpa – sebuah pesawat MAS hilang entah ke mana dan sebuah lagi ditembak jatuh, banjir besar, gempa bumi maut, jerebu dan macam-macam lagi.

Kesimpulannya, keadaan telah banyak berubah ke arah keburukan selepas PRU.

Jadi, adakah sokongan pengundi terhadap Umno/BN akan bertambah baik pada PRU akan datang berbanding PRU 2013?

Sudah dua PRU – 2008 dan 2013 - sokongan terhadap BN merosot.

Adakah logik mengharapkan sokongan kepada Umno/BN meningkat pada PRU akan datang dengan segala masalah dan bebanan yang berpunca daripada salah urus, penyelewengan dan pembaziran pentadbiran Mohd Najib?

Kalau Umno/BN kalah, tidak syak lagi kerajaan baru akan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja dan mengambil tindakan undang-undang ke atas pihak-pihak yang bertanggungjawab mensabotaj ekonomi negara.

Wallahuaklam.

52 comments:

Openmind said...

sick of your lame analysis to support the elders as you are too the elders.. the sore losers.

berasiam said...

Assalamualaikum DAKJ

Pelik juga dibuatnya. Tun Mahatbir kata Najib suka tanya jiran selatan. PAP pun alami kemerosotan undi popular dalam pilihanraya terdahulu. Dalam pilihanraya terbaru, undi popular PAP mencanak naik. Begitu juga bilangan kerusi perwakilan yang meningkat. Presiden Umno tidak bersembang dengan PAP ke macam mana dia buat. Kalau nak buat jambatan dalam sempadan sendiri pun bertanya, takkan rahsia menang pilihanraya tak dikongsi bersama. Kebetulan juga, bapa PM di sana pun pernah jadi PM.

ROS A/P said...

Biarkanlah silabu terjun dengan labu-labunya.Najib seorang yang gila glamer.Lihatlah dulu semasa dimajlis masyarakat cina dengan ramai nya golongan cina ini membawa plakad'I LOVE PM'tetapi semasa pilihanraya apa yang BN dapat lebih 85% pengundi Cina menolak kerajaan BN.Najib dengan bangganya melihat beliau telah berjaya menarik sokongan dari masyarakat cina. Masyarakat cina memang bijak dalam berpolitik.Mereka lebih kepada kepentingan bangsa mereka. Mereka jelas sekali menolak kerajaan BN yang menganak tirikan bangsa mereka.

nothing to hide said...

a conniving leader will only be supported by bootlickers. not anyone else.

the annual standing ovation has started. loud claps do not mean more votes. so the standing ovation means nothing but to give the leader more chill because he knows very well outside the hall no one supports him. deep in his heart, if he has one, he knows come 2018 its all over.

Freedom said...

Taat tu biarlah bertempat. Kena taat Allah dan Rasul dulu baru pemimpin. Kalau pemimpin tak taat Allah dan Rasul...rasuah, menipu, dll,bolehkah taat membabi buta.

Pakcik said...

Sorry to say but Umno dah rosak dari atas sampailah ke bawah..jgn kata pimpinan shj kuat makan duit, yg bawah pun sama..sekrg pas pun nak tumpang sekaki, eloklah tu, nanti boleh keluar fatwa rasuah tu halal

Unknown said...

Salam Datuk,

Siang tadi Najib telah memberi ucapan di dalam Dewan Munafik.

Dia telah dapat tepukan dan sorakan yg gemuruh dari majoriti Ahli Munafik @ Menipu diri sendiri.

Senin nanti Ahli Munafik yg sama akan mula kutuk dan mencaci dia lg.

Najib tidak boleh perasan atau bangga dgn sambutan gemuruh td. Kerana mereka Ahli Munafik itu tidak mewakili 30 juta rakyat. AhlibMunafik itu hsnya mewakili diri mereka sendiri. Saya yakin penyokong dan ahli di Cawangan dan Bahagian mereka juga sudah mulai memaki dan mencemuh mereka.

Ucapan Najib seperti Copy and Paste pada pendapat saya dan di selitkan juga sedikit Replay isu yg lama atau cuba menakutkan Ahli Munafik dan org Melayu kesrluruhan nya.

Saya dari dulu tetap menyatakan Najib ini hanya ' a Follower' dan bukan ' a Leader '. Nasib dia baek di naekkan jd PM atas nama Sentiment and Emotion. He is actually ' Empty '

Dia tidak ada kematangan,kebijaksanaan dan kewibawaan. Ini membuktikan ' he lacks intelligence and smartness'.

Itu sebab dia perlu ramai ' Advisers' dari dalam dan luar utk bimbing dia. Dan saya yakin sekali Adviser yg paling terrrpengaruh ialah RM.

Wallahualam.

Suka sama suka said...

Datuk.

1. Gabungan UMNO/MCA/MIC berjuang untuk mencapai kemerdekaan dari penjajah dan seterusnya mengisi kemerdekaan selama 60 tahun. Kita berhutang budi pada BN atas usaha ini dan sudah tiba masanya kita 'put it to sleep' sebab kerajaan UMNO-BN ada-lah kerajaan gila dan sudah jadi macam 'anjing gila'.

2. Gabungan parti-parti selepas PRU14 adalah untuk kita merdeka dari belenggu rasuah, system korup dan perkauman sempit. Lalu mengisi nya dengan real economic developments as the main source of revenue, bukan cukai pendapatan palsu dan rasuah (1MDB etc).

3. Suruhanjaya siasatan jenayah bukan lah agenda utama negara selepas PRU14 sebab keadaan ekonomi kita sudah 'hit rock bottom'. Pemulihan semula ekonomi yang bukan berteraskan rasuah dan korup adalah penting termasuk mengulang kaji TPPA dan membersihkan fundamentals seperti BNM, MACC, AG, PDRM, KLSE, KWP dan dana-dana Melayu seperti Tabung Haji, PNB, Proton dsbnya.

4. Yang salah tetap salah kalau cukup bukti. You cannot run forever. Ada masanya yang salah kita campak mereka dalam penjara atau mati ditali gantung. Yang lain lain tu, kamu tunggu balasan-nya seperti apa telah dijanjikan tuhan kepada orang yang mencuri dan suka makan duit anak yatim piatu, orang tua, orang miskin dan balu. Kamu tunggu sebab manusia tidak bolih menghukum orang seperti kamu. Kamu tunggu saja. Jangan buang masa kamu minta ampun, sumpah dengan Quran dan sembahyang. Itu semua kamu buat untuk orang ramai nampak saja. Hukum nya bukan disini.

5. Wang dari Tabung Haji, YPeim, ASB, PNB, KWP, KWSP etc etc adalah duit anak yatim piatu, orang tua, orang miskin dan balu. ITU BUKAN DUIT BAPA KAMU ATAU MAMA KAMU! JAUH SEKALI TABUNG PAHLAWAN BUGIS. Ingat ibu kamu masih hidup! Ingat! Jangan suka suka.

Fendi Ahmad said...

Apa KJ yg kononnya cool dan disukai ramai org muda itu buat untuk mantapkan UMNO dan BN?? KJ tonjol diri terlebih2 tapi adalah dia membawa org muda menyukai umno dan bn ?? Mulut KJ pon lain macam, sekejap menjilat tapi sekajap lagi umpama wira. Hipokrit

Anonymous said...

To openmind:

This old man was telling logic scenario, if you are really are open minded, please rebut his statement with your logic analysis. Please don't waste our time. Switch on your brain before you start to write.

mapuh said...

DAKJ..
Wakil Penang kata.. Tak kisahlah president nak ambik Dari mana janji dia Jaga kita... Huhuu

Ahmad Hafiz said...

Well, if you are sick, go somewhere else. Don't infect other people with your sickness. And if you don't like the analysis and facts presented by DAKJ for rationale people to think or to accept, then please rebut with your side of facts. I didn't see any facts coming from your side except for condemning DAKJ and other rationale readers. I am young. I am only 39. I can understand DAKJ's arguments (with facts of course) whether he is pro elders or the young ones, it doesn't really matter. He presented simple facts which I believe you cannot even rebut rationally. And that is why I believe you are really terribly sick. May be you are sick up there in your head.

msh said...

Salam Dato.

Apa yg KJ Melalok. Menjerit.."Enough is Enough"..dia dok hampuk Kerajaan ke?...Bugis Ke?...atau diri sendiri?

Tup tup...lepaih tu ..dia kata...Dia dan Pemuda 100% sokong Presiden....ha ha ha..

Wayang lagi.
Bikin filem.....tapi script tetap sama.

Dari dulu pun kita dah bercakap.. Topik Yg Dato Post pasal Pemuda. . dia buat lawak lagi.

Kalau baca pasal PAU dlm Utusan boleh buat kita loya dan termuntah dgn cakap2 Ketua Wanita...Timb Presiden..Puteri dsb.

Hah...Presiden dgn team yg Mengarut...PAU yg dianggotai oleh Melayu2 yg duduk didlm 'Dunia Khayalan' atau 'Make Believe World' spt Disneyland.

Demi Bangsa .Negara dan Ugama....'the Umno Way'..
.LINGKUP HABIS.

msh said...

Salam Dato.

Lanjutan dari apa yg sdra 'mampuh' kata mengenai wakil dari Penang.. inilàh hakikat dan kebenaran tentang apa yg kita berbahas disini.
Betapa dangkal dan keparat nya ahli2 Parti Penjilat2 Tegar HZ.

Ajaran Ugama apa yg dia ikut? Apa yg mereka faham dgn "Demi Ugama yg dilaung2kan saban kali dlm PAU?
Tetapi dia bukan keseorangan...ramai lagi Melayu2 seperti dia. Memang 'Albah' tahap maksimum ..biar hidung dicucuk... juga lekeh dan hina berperangai begini.

Tetapi itulah Melayu dlm Umno...demi imbuhan dan survival diri..semua ok belaka.

pahit manis said...

Salam!

Ucapan DS Najib memang berapi. Nada dan intonasi seorang pahlawan. Belia memilih pentas PAU ini untuk menjawab kritikan yang datang dari beberapa pihak. Kritikan terbesar datang dari Dr M dan TS Muhyiddin Yassin, timbalan presiden. Saya pasti penasihat2 DS Najib mahukan beliau menjawab semua tuduhan di majlis ini kerana kedua-dua pengkritik itu ada dalam dewan. Itu cara dia. Sesiapa juga boleh faham mengapa beliau memilih untuk menjawab kritikan dengan nada yang begitu berapi. Satu perkara yang jelas jawapan beliau akan terus mendapat kritikan dari pelbagai pihak. Di luar dewan, terutama di kalangan masyarakat biasa yang bukan ahli Umno, jawapan itu belum tentu akan diterima. Perhimpunan tahunan ini ialah satu "show" yang diadakan untuk mempamirkan kebolehan berpidato pemimpin yang ada. Semua sudah disusunj lebih awal. Di akhir perhimpunan nanti, DS Najib and menggulung semua hujjah. Muhyiddin tidak dibenarkan berucap. Maka perwakilan tidak dapat membuat penilaian siapa antara mereka berdua yang berpidatodengan lebih baik, jujur dan ikhlas. Ya, Muhyiddin sudah memberi pandangan beliau di Kelab Sultan Sulaiman dihadapan ahli2 Umno dan bukan ahli Umno. Hujjah siapakah nanti yang dibawa oleh pendengar dan penonton ke medan-medan kecil lain seperti warong kopi, coffe house hotel, restoran mamak, surau-surau dan kantin-kantin pejabat?

pahit manis

Malindo said...

Salam Hormat Datuk.Teringat kata kata Soekarno/Sukarno:“Kalau perempuan itu baik, maka jayalah negara. Tetapi kalau perempuan itu buruk, maka runtuhlah negara”
― Sukarno

Malindo said...

Salam Hormat Datuk: Ini adalah salah satu petikan dalam buku yang diberi oleh Ibu Rachmawati Soekarno pada saya ketika saya berkunjung ke pejabat beliau(Yayasan Pendidikan Soekarno) di Pengasaan,Menteng Jakarta Pusat 3 bulan yang lalu:Mas tak ingin diberi stempel sebagai bapak yang gagal. Yang jadi persoalan utama, Mas tidak punya uang. Hidupku selama ini sama sekali untuk bangsa dan negara, sama sekali untuk kepentingan nasional," kata Sukarno ketika hendak meminjam uang untuk menikahkan anak perempuan beliau.


Melayu Islam Beraja said...

Either way Najib is cornered. To step down or to stay put is equally disastreous. Lesson to be learnt is.....Setiap perbuatan mesti ikhlas, jujur dan amanah. This applies to every single Allah swt created human being. And what more for a leader of a country!

zainal abidin awang kechik said...

Najib ...

Saya tetap tetap menyokong ,
Najib... Tok
Punca nya dalam umno ialah duit..
1987 .. Tema a / b"' duit

1996.. Anwar .. Duit dan kroni


2004/2008 ... Pak lah .. Duit.. KJ tingkat empat kononya



2015... Duit .. Juga..

Saya sokong Najib sebab dia banyak duit,pandai.. Dan amirulmukminin

Salam tok

MOKHTAR said...

Salam Datuk,

Mana ada agenda Melayu/Bumiputra dalam PAU kali ini? Pau kali ini hanya untuk Menyelamat anak2 Pendatang Bugis, java dan Acheh..dan disokong oleh anak2 pendatang dari india.. mama tongkang..mereka ahli2 di perbodohkan bagitu sahaja..Hidup UMNO sehingga PRU 14 sahaja..

Aku said...

Kadiag, salaam.

Apa habag hang ?, sehat2 no...

Dihujung tulihsan hang dan tulihsan beberapa pembahaih lain, ada satu andaiyan yg agak besag, iaitu pilihan raya umum (PRU) akan jadi atau belansong, sekitag 2018.

Dari aleran kuncopnya sokongan pada pati pemerintah, beberapa PRU yg lalu, dan benda2 yg munkin akan tambah surotkan lagi sokongan itu, nampak banyak2 pulak undang2 menekan, setengah orang kata 'draconian', antaranya akta hasutan, MKN dll. yg dikuatkuasa oleh petugaih2 sprti Peguam Negara, Kepala Polis, Speaker, kepala2 media dll. yg dok ada ni atau orang kata 'embedded', munkin ka depa tangguh atau bataikan saja PRU tu ..?

Rusohan atau kacau bilau ('mayhem') mudah kalu nak cetuihkan kalau ada hajat nak buat lagu tu, dgn kos sarahidup yg mencacak ka, 'campogtangan' kumpulan IS ka dan 'sentimen' kaum yg dok melebag ka antaranya untok mewajag istihag 'dhorurat' misalannya.

Bulihka hang lakag sikit kalu benda2 ni belaku, bukan apa Kadiag, supaya kita munkin, dgn pertolongan Allah S.W.T. juga, dlm keadaan sikit berjagajaga, orang kata siapsiaga.

Terima kasih. Wa sallam.

Aku

Pemerhati Setia said...

Salam DAKJ dan sahabat.

Saya malulah dan teramat malu sebab pembuka majlis dibaca doa dan salawat kepada Rasullullah SAW dengan begitu bersemangat. Rupa-rupanya suara tu hanyalah teriak munafik. Ni kerana tiba-tiba wakil Penang cakap, mereka tak perlu ambil tahu duit kegunaan parti dari apa sumbernya. Jadi biarlah UMNO ni bergelumang dengan duit-duit haram dan sebab tu juga keberakatan dah hilang dari parti bangsa Melayu ini.

Cadang saya, ada baiknya wakil Penang usulkan mereka bangunkan ladang babi kat kawasan mereka, pasti LGE luluskan dan panggillah umat melayu sana kerja kat situ. Kan yang haram no hal bagi mereka..

hazleezaiton@yahoo.com said...

Salam Dato,




A NEW direction in `Malays in politic'.



FROM NOW ONWARD the nation hanya pilih UMNO-LED group or DAP-LED group.


Dua dua banyak duit,dua dua kata dia betui...



Melayu macam selalu la...oi sana oi sini, lepas itu terus `hidup merana' kebanyakan nya.


Saya pilih UMNO-LED sebab setiap masa dan tahun bolih balun membalun!..kalau sudah tiada, macamana nak balun..Dr M pun bolih mati akai juga,TMYS pun hilang modai juga,Mahfuz dan geng sereban pun akan hilang modai dan akai juga nanti!.


Ada juga guna UMNO-LED group ni, toksah lupakan mereka ya dato.



Lagi pun orang melayu ni `kuat',`gagah' dan `perkasa' kalau bergaduh, itu pun gaduh sesama melayu saja...


Kalau dengan orang lain, kecut teloq sampai bolih kena `koro'.



Wahai melayu, alahai melayu...terlalu layu dah ni.



Abu Bakar Ab Rahman

mapuh2 said...

Prime Minister Datuk Seri Najib Razak sought to rally his party amid controversy over political donations with an Umno policy speech ended with “no surrender” and said the RM30 billion hit from oil’s decline next year will be compensated for with higher taxes. - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/1mdb-asset-sales-not-enough-to-cushion-oil-slump-say-analysts#sthash.MwdeIxAw.dpuf

panglimo potaseh said...

Lain ditanya, lain pula dijawabnya .. hari tu cakap lain, hari ini cakap lain .. dulu cakap ada satu je, sekarang ni dah ada ramai pulak.

Nampaknya kita telah dikelentong berkali-kali dan bertubi-tubi pula. Bila kah masanya kita perlu hentikan perlakuan putar belit dan membodohkan rakyat ini. Pada aku perlakuan ini seakan semacam pembunuhan beramai-ramai .. malah lebih zalim lagi .. tak percaya lihat sajalah keadaan negara ini .. keadaan rakyatnya sekarang, atau lihat saja catatan Pak Kadir.

Kesihan aku tengok Muhyiddin, hari tu tak di bagi berucap dalam PAU .. bila dia berucap dipentas lain, dituduh pula itu ini. Chedet ada ajak Najib berdebat, tapi dia nyuruk.

Akhirnya di pentas PAU, Najib telah berjoget sorang diri dengan semahunya, tiada sapa kacau. Jadilah dia pemidato hebat, diampu pula bodeknya dengan kos yang mahal ..

kita mesti ingat pidato ni bukan berdebat .. pidato ini semacam isteri kita membebel, bercakap berseorangan .. tu lah bila ada orang kata yang Najib ni isteri Rosmah, baru aku percaya.

Pidato ni, aku lihat seperti kita menembak dengan musuh yang tak berpistol .. Koboi pun dia tak tembak musuhnya yang tak berpistol. Jadi untuk PAU kali ini kita dengar sajalah pekikan dan tepukan daripada orang-orang .. ..

ramlan aziz said...

Well said...Qed...

A KADIR JASIN said...

Pembangkang pusat telah membuat banyak janji kalau mereka menang. Sudah dua PRU mereka menjadi lebih popular di Selangor dan Pulau Pinang. Hampir-hampir menang di Terengganu dan terus kuat di Perak.

Bukan semua janji mereka masuk akal tapi banyak juga yang memberi ilham kepada rakyat jelata.

Saya rasa, kalau mereka menang Parlimen, mereka akan buat atau dipaksa buat hal-hal berikut:

1. Tubuh Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk siasat Kerajaan BN yang dikalahkannya.

2. Siasatan bebas ke atas 1MDB, SRC International-KWAP dan derma/sedekah/zakat RM2.6 bilion kepada Mohd Najib.

3. Tubuh IPCMC.

4. Siasat operasi dan kewangan PR1MA selepas kematian Pengerusinya (Tan Sri) Jamaluddin Jarjis.

5. Siasat dan pinda kontrak projek-projek luar biasa seperti konsesi 60 tahun Lebuh Raya Pantai Barat dan kontrak serta pinjaman mudah kepada individu-individu yang rapat dengan Perdana Menteri dan isteri.

6. Menyiasat kesalahan urus tadbir dan disiplin pegawai-pegawai tinggi kerajaan yang dilantik pada era Mohd Najib, khususnya untuk melindungi beliau.

Wallahuaklam.

Unknown said...

Thumbs up bro..

ku_seman said...

Hari ini di PWTC banyak yang cuba menonjolkan diri sebagai hulubalang, laksamana dan pendekar untuk mempertahankan ketua mereka. Kemunculan mereka hari ini telah mencabar kedudukan Salleh Said Keruak dan Rahman Dahlan sebagai panglima untuk menyerang balas siapa sahaja yang cuit ketua mereka. Ini satu perkembangan yang menarik bahawa dalam UMNO sekarang bertamnbah banyak yang bertaraf panglima malah ada yang ampu sampai terkeluar kata "Najib dipilih oleh Allah menjadi Perdana Menteri".

Saya sangat setuju dengan Datuk bahawa "tidak menyerah kalah" adalah reaksi biasa bila kita tersepit. Tetapi bagi saya, pengucapan tidak penting sebaliknya tindakan dan hasil yang memancarkan kepada rakyat bahawa kita tidak akan menyerah. Jadi, saya taklah terpersona sangat dengan kata-kata yang dianggap sesetengah orang sebagai sangat bersemangat itu.

waris said...

Saddam Hussein surrounded himself with 'yes' men.
In the end no one showed him any mercy!!

Suka sama suka said...

Datuk.

1. Saya rasa pun macam begitu juga.

2. Suruhanjaya Siasatan Diraja dan siasatan bebas ditubuhkan supaya rakyat tahu macam mana kerajaan sekarang mengamal system korup dan rasuah dengan tujuan jangan perkara yang sama berulang sekali lagi.

3. Ketua-ketua pembangkang juga harus sedar dan buka mata yang rakyat tidak dapat menerima sama sekali hidup berfoya-foya, duit peribadi berbillion billion dengan alasan apa jua sekali pun, walaupun orang Arab itu datang ke Malaysia mengangkat sumpah di dalam Masjid Negara. TIDAK BOLIH! SALAH! BAHAYA! Ini bukan cara mendapatkan political funding...jangan berpandai pandai. Mesti ada batasnya. Di India mungkin bolih.

4. Pembangkang yang jadi kerajaan selepas PRU14 mesti akur dan pandai jaga hati orang Melayu. Hati Melayu sudah luka, jangan dibubuh garam. Cukup la apa yang UMNO buat pada orang Melayu ketika ini.

5. Wahai pembangkang! Jaga lah hati Dr.M...jangan rakus dan cuba menghina dia. Kamu hina dia, aku terasa dan aku tidak akan lupa. Itu orang tua ku!

msh said...

Salam Dato.

Ada suara2 sumbang diantara ahli2 Parti yg berkata;

....dan kita maklum...memang dituju pd Muhyiddin...Tun M dan siapa2 sahaja yg kritik Bugis... atau tidak sehaluan dgn dia.

"Kita tidak mahu Pengkhianat didlm Parti"

Sy bertanya didlm hati;
Apakah Muhyiddin..Tun M...Sanusi...Daim..Razaleigh..ZAM...mahu pun Dato dan pembahas2 disini atau mana2 nama besar yg telah berjasa pd NEGARA DAN MASIH SAYANG PD UGAMA DAN BANGSA tetapi cuba mengkhianati semua ini?

AsraghfirullahhalAzim.
Islam kah org2 ini...kenapa begitu pendek akal dan dangkal sekali?

Tun M mahu pun Tun M ratusan atau ribuan kali berkata;

..."KAMI SAYANG PD BANGSA DAN UGAMA...DAN MAHU NAJIB TURUN"..

Sedih mengenangkan Betapa buta mata dan hati org2 ini.
Siapa yg Pengkhianat sebenarnya?
Siapa yg Dajal sebenarnya?

Memang benar apa yg idola mereka berkata...
..."Cash is King".

Maruah dan Ugama diketepikan...demi "Duit"... hingga Ketua yg Mungkar dan Munafik pun ditatang...disembah dan dipuja.

joe black said...

Datuk

Nampaknya Ahli Ahli UMNO sudah lupa bahawa dalam ucapan Tan Sri Muhyideen Yassin di Perhimpunan Agung UMNO yang lepas beliau memberi Amaran (sampai guna Screen dan Power Point)Bahawa cuma sedikit sahaja kejatuhan UNDI rakyat akan membuat UMNO terus hilang kuasa. Nampaknya kebanyakan dari mereka termasuk Presiden Sendiri telah tidur semasa ucapan tersebut.

Jadi nampaknya amaran Muhyideen dijawap olih Ahli dan Ketua ketua UMNO dengan menyingkir beliau....

Awang Boogies said...

Sorry minta Laluan utk berita sehingga Jumaat 4/12/15....(More Retrenchment)

1. Technip laid-off 600 . Dpt surat last week.

2. Ranhil-WorleyParson KL retrenched 120 org, Aker Solution dah laid-off 40 orng.

3. Petrofac-Rnz nak retrench 100.

4. Shell decided to lay-off 200 sbb projects to be stopped.

5. PETRONAS, SCOMI, UMW stop hiring.... The list is continuing.

6. Murphy retrenched 80 people.

7. RnZ Petrofac soon.

8. MMHE will discontinue the contracts of 800 employees.

9. PETRONAS is planning to do the same very soon.

10. It is estimated at least 7000 - 8000 people are out of jobs now from Oil and Gas industry. More to come

Kpd yg msh ada kerja, bersyukurlah... Yg baru hilang kerja.. Ada rezeki kat tempat lain... Mungkin Allah sediakan yg lbh baik..
Soalan untuk PM Najib.
Kemana Arah Tuju Rakyat & Pekerja Negara ini?

Makin celaru dan gawat kehidupan di negara ini. Pekerjaan yg ada makin sukar untuk menampung kehidupan pekerja kelas menengah dan bawahan. Desakan kehidupan kesan GST bertambah parah dengan kenaikan pelbagai kos harga barangan asas.

Malah kenaikan tambang pengangkutan awam spt bas,Taxi,LRT,Monorail,Komuter dan ERL menambah kelukaan yg amat dalam dan perit untuk ditanggung oleh rakyat yang hidup kais pagi makan pagi,kais petang makan petang.

Kerajaan pula bawa masuk 1.5juta lagi pekerja Bangladesh dengan pelbagai alasan bagi menghalalkannya.
http://www.sinarharian.com.my/mobile/nasional/1-5j-bangladesh-tak-jejas-peluang-rakyat-tempatan-1.458063

Dalam masa yg sama lebih 400 ribu termasuk lepasan IPTA/IPTS masih menganggur dan sukar mencari pekerjaan.http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/siswazah-antara-400000-individu-belum-bekerja-di-malaysia

Terdahulu syarikat MAS telah buang 6000 pekerja dan dikhabarkan akan melaksanakan exercise kedua pembuangan pekerja akhir Dec ini.

RHB laksanakan VSS dengan buang 1812 staff serta bayar pampasan RM309 juta. Malah kini semua bank2 di Malaysia mula berkira2 mahu kurangkan pekerja dgn menstruktur semula bisneznya http://bradersista.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=912964&mobile=2

Tidak cukup dgn itu Hong leong Bank juga melaksanakan pengurangan pekerja dengan melaksanakan MSS. http://www.themalaysianinsider.com/business/article/hong-leong-bank-hong-leong-islamic-bank-offer-employees-mss

Kilang2 di Utara Msia juga telah mula tutup kedai dan dimulakan dgn kilang Motorola Penang yg berpindah ke China http://www.thestar.com.my/business/business-news/2015/10/23/us-firm-closing-down-plants-in-penang/?style=biz.Selain itu beberapa kilang SME di Kulim turut terjejas dgn keadaan ekonomi & kejatuhan RM.

Kilang blaupunkt Penang juga dalam proses penutupan http://www.nst.com.my/news/2015/10/blaupunkt-winding-penang-operations?m=1.

Malah 255 pekerja Naza automotive manufacturing antara kelompok pekerja industri permotoran yg telah awal2 dibuang kerja.
http://www.sinarharian.com.my/mobile/nasional/255-pekerja-naza-diberhentikan-1.438237

Proton & Perodua juga kini bergelut dengan keadaan pasaran kereta yang lemah. Dasar liberalisasi TPPA dijangka akan membuka industri permotoran kepada pengusaha asing dari syarikat2 besar dalam industri ini. Ini bakal mengancam kehidupan pekerja tempatan bila syarikat2 besar dengan keupayaan dan teknologi besar mampu 'menelan' industri pemotoran tempatan.

Syrikat gergasi oil & gas spt Shell juga telah mengumumkan pengurangan 1300 pekerja sebagai langkah penyusunan semula struktur bisneznya

http://www.thestar.com.my/business/business-news/2015/09/30/shell-malaysia-to-cut-1300-upstream-jobs-over-two-years/?style=biz

Wahai DS Najib, kami selaku rakyat & pekerja merasakan ada asas untuk merasa gusar & bimbang atas semua situasi ini. Kita bena negara ini atas titik peluh pekerja negara dari golongan petani,nelayan,
pekerja sektor awam &
swasta yang sering DS sebut sebagai modal insan & tiang negara. Namun modal kami untuk terus hidup dengan sejahtera dibumi bertuah & kaya bernama Malaysia ini telah mula pudar.

Fendi Ahmad said...

Ya Allah Ya Tuhanku, sempit dada, sesak jiwa hari ini penuh panglima
Murahan najib guna nama Allah, guna ayat Quran secara berat sebelah dalam usaha mempertahan Najib.

mayakurin said...

PRU14 akan menyaksikan dominasi PR jika tiada parti baru serpihan UMNO di wujudkan.

Tindakan sepatutnya Tun M, TSMY, Shafie Afdal, dan lain-lain yang menentang Najib ialah keluar parti UMNO dan menjadi satu parti baru seperti Semangat 46 dahulu.

Jika ini berlaku, majoriti ahli UMNO yang ada sekarang akan ikut sama dan seterusnya parti gabungan di dalam Barisan Nasional juga akan turut sama bergabung membentuk satu gabungan baru.

Tindakan seperti ini akan menambah tekanan kepada UMNO yang sekarang benar benar mengharapkan talian hayat dari PAS.

Sudah sampai masa penyatuan bangsa Malaysia di lakukan. Kita sekarang berada di tahun 2015 bukan 1946.

adion said...

Yang bersorak menyokong di bawah cuma dapat projek sub contract.... yang memerhati dari atas pentas dengan sunyi sepi pula berbahagi mega projek

KhazanahMelayu said...

Sewaktu Najib mula dilantik sebagai Perdana Menteri pada tahun 2009, dasar pemerintahan beliau sangat dikagumi. Hala tuju ekonomi beliau sunggoh jelas dan rakyat terutama kami bumiputera redha bagi beliau melanjutkan jawatan sebagai PM walaupun beliau dilanda dengan berbagai2 skandal. Namun setelah memerintah selama 6 tahun maka kami sedar yang beliau tidak layak kerana apa yang dijanji bukan hanya khayalan tapi penipuan yang nyata. Saya adalah seorang penyokong UMNO selama 35 tahun dan percayalah pada PR akan datang saya tidak akan undi UMNO selagi Najib menerajui kerajaan yang zalim INI. Wa'alah alam.

A KADIR JASIN said...

1. Terima kasih para pembahas sekalian dan mohon maaf kepada beberapa orang pembahas yang menggunakan pengenalan anonymous yang tidak dapat saya siarkan.
2. Berkenaan pertanyaan seorang pembahas anonymous mengenai cara menarik diri daripada Umno, pengalaman saya adalah kalau seseorang itu mendaftar sebagai ahli Umno dia kenalah menulis surat tarik diri kepada ketua atau setiausaha cawangan kerana ahli Umno berdaftar di cawangan. Untuk lebih lengkap hantarlah salinan kepada ketua bahagian dan setiausaha kerja Ibu Pejabat.
3. Terima kasih khusus kepada pembahas Rahman JPC kerana memperkenalkan identiti sebenar beliau.
4. Saya mohon berbanyak-banyak maaf kalau terlupa bahawa beliau pernah menduduki Lembaga Pengarah Bernama ketika saya menjadi Pengerusi.
5. Sekarang teringatlah saya cerita YBhg Datuk mengenai pengalaman Datuk ketika menjadi Duty Officer di Suruhanjaya Tinggi Malaysia London dan menjaga Tun Abdul Razak ketika beliau sakit dan seterusnya meninggal dunia di sana. Kalau tidak salah saya waktu itu lah Datuk mengenali secara rapat siapa bakal Perdana Menteri kita sebenarnya.
6. Pengakuan Datuk dan jawapan sesetengah pembahas sekadar mengukuhkan hakikat bahawa Datin Seri Rosmah Mansor sangat berpengaruh dalam segala urusan yang membabitkan Mohd Najib.
7. Untuk makluman Datuk, selain seorang dua pembahas tetap blog ini saya tidak kenal yang lain kerana mereka menggunakan nama samaran. Itu tidak menjadi masalah asalkan kita berbahas secara rasional dan membina.

Wallahuaklam. Terima kasih.

joe black said...

Dato

Bagi mereka dalam UMNO yang ingin melihat Najib di Nyah dari UMNO, Perhimpunan Agung UMNO cuma satu "Intermission" sahaja. Masa untuk berihat dan mengukur kekuatan Najib sambil bersantai dalam kubu Najib. Perhimpunan ini juga memberi ruang kepada mereka berkumpul dalam kubu Najib sendiri untuk membuat strategi yang lebih mantap.

Melihat Najib lari lintang pukang meminta pertolongan dari Haji Hadi memberi gambaran betapa lemahnya Presiden UMNO ini. Adakah Najib percaya dia akan mendapat lebih kepercayaan dari Ahli PAS daripada Ahli UMNO atas perbuatan nya yang mendapat kritikan dari Ahli Partinya sendiri? Adakah beliau ingat Ahli Ahli PAS lebih bodoh dari Ahli Ahli UMNO?

Saperti kata Mukhriz, ada tembok dalam UMNO yang mesti dirobohkan.....Tembok Apa? Tembok yang dikawal olih "The Three Stooges" -(Z-K-H) siri lawak jenaka untuk rakyat seluruh Negara.

Unknown said...

Well said. Don't worry much about the bodeks. After all that's only way they have for survival. We will teach them in the next GE. Let's concern about the 1.5mil bangla that they will brought in..

NordinabilaH said...

DS
1 95 peratus cina akan tolak Bn dlm Pru14
2 sebab Pm tidak mempunyai intergriti wang 1Mdb n Rm2.6 org malayu jijik dgn umno n menolak umno
3 Gst isu tol kenaikan kos pengankutan org melayu terhimpit dan tolak umno kecuali ketua bahagian umno saja yg sokong umno
4 kemewahan yg dimiliki pemimpin umno membutkan rakyat jijik dan menentang Bn
5 sebagai rakyat siapa pun yg memerintah mereka tetap sama tidak untug apa2 dan rugi apa2
6 Tun pernah berpesan kalau tak silap saya tempoh 5tahun tidak lama jika pembangkang memerintah maka apa salahnya rakyat mencuba kerajaan yg baru
Itulah pandangan saya sebagai rakyat ni Dato

Zalman A said...


Salam Datuk,

"A Prime Minister who genuinely wants to do good for the country does not need a new National Security Council law. He will not define “national security” so loosely that it includes everything under the sky. The laws that existed before the NSC were enough to keep the country safe.

A Prime Minister only needs such a security law if he is uncertain of where the Cabinet’s or his party’s loyalty lies. He needs the new law if he is uncertain if the Malay Rulers will support him. He needs the new law if he wants to rule by fiat, and to remain in power regardless of what anyone else says. I would have thought someone like Ku Li could see this."

Among the Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone's devious moves to retain power (apart from outright sabotage, of course) was the postponing of the UMNO elections till 2018.

I wonder, between now and then, whether UMNO members and leaders at large become victims of this new law, or the many others that he has abused?

Sooner or later, as world history shows, a budding despot will turn against those who elevated him to power.

I hope the ordinary Malays who made Mappadulung what he is today (and let us not forget, he earned nothing, it was all handed to him on a platter) will not soon become the North Koreans of S E Asia - a subservient race who can only speak of their leaders in hushed whispers, looking fearfully over their shoulders as they do so.

We may be heading that way.


RD. said...

Salam Dato AKJ.

Dato tak kenal saya, tapi kita pernah bersalaman selepas tamat TS Muhyiddin dan Tun Dr.M beri ucapan di Kelab Sutan Sulaiman, baru-baru ini. Saya tidak masuk kedalam tapi hanya tunggu di luar sehingga tamat majlis untuk melihat tokoh-tokoh yang turut serta. Apabila terlihat Dato, saya terus terpa untuk bersalaman sehingga terlupa nak beri salam. Saya hanya sebut; Dato Kadir.
Dato menyapa; Apa khabar? Saya jawab; Baik, baik.

Saudara msh.

Memang benar apa yang Saudara katakan. Orang yang mengatakan 'Pengkhianat' itu lah pengkhianat yang sebenar.
Tidak menyokong Presiden yang lemah dan terpalit dengan banyak kontroversi, tidak bermakna kita tidak menyokong Parti.
Menggunakan Agama untuk membela diri, hanya akan mencemarkan kemuliaan Agama itu sendiri.


Saudara mayakurin.

Saya tidak setuju dengan cadangan Saudara supaya UMNO berserpih menjadi sepert S46 atau PAN. Ia akan memburukan lagi perpecahan. Selalunya, mereka yang mencetuskan perpecahan adalah mereka yang paling tamak dan mementingkan diri-sendiri sahaja.

Ida S said...

Salam Dato

Saya merasakan PAU kali ni paling mengecewakan... Is he saying that it's okay to give money, to receive money? Dah jadi hamba duit pulak ke semuanya? Where is the line between right and wrong? Macam ni nak perjuangkan agama dan bangsa?

Next PRU, kami dah tak tahu nak mengundi sapa... Yang dok atas pagar ni dah makin ramai, nak roboh dah pagar ni...

Pada Allah kami berdoa dan berserah :(

Fendi Ahmad said...

Datuk tak kenal saya tapi saya amat kenal datuk sejak zaman saya sekolah. Artikel datuk di suratkhabar sentiasa saya baca kuat2. Masuk universiti era akhir2 pemerintahan Tun M, saya mampulah beli Malaysian Business, mmg ruangan Other Thot AKJ jd tunpuan saya. Saya pun x berahsia sapa saya. Hehehe ... Klik nama
Saya ni siap ad muka lagi :)

msh said...

Salam Dato.

Hati sy puas...bila Muhyiddin berkata. "sy tidak akan memohon maaf kpd Presiden....".

Jika dilihat secara lebih objektif...org Melayu secara amnya dan ahli Parti khususnya wajar sedar bahawa...yg dianayai ialah Muhyiddin bilamana dia sbg Tim Presiden menyoal Presiden tentang 1MDB dan Duit Rm2.6b yg kunonnya duit derma....dia dibuang dari jawatan Timb PM..disekat dari berjumpa dgn Ketua2 Bahagian dan paling biadap sekali. dia tidak dibenar bersuara atau berucap semasa PAU.

DAN UMUM PUN TAHU...INI TENTUNYA DILAKUKAN ATAS KEHENDAK PRESIDEN PARTI.

Hatta...siapa yg sebenarnya zalim dan telah melakukan onar? dan siapa yg sebenarnya perlu meminta maaf?

Syabas DSMY....ini yg dikatakan perjuangan "Demi Bangsa dan Ugama"...

...bukan demi Duit dan Survival diri...atau berjuang untuk kesejahteraan Ketua yg Munafik.

Sy bersama anda.

Terima Kasih.





Unknown said...

Ucapan bukan menakjub tp menakutkan rakyat....ugut boleh ditangkap dengan sosma kit

uhukekek said...

Salam kadir. Sorry to take up space. You may publish this or not but i feel i owe rahman a reply.

Salam bro rahman. No i havent read your article. Care to give me a url? I dont know who eddy and the address for his blog is. I also am a civil servant but we are different generation. No i dont know kadir personally. I go by his first name because that is his name. No disrespect.

I prefer to be anonymous. I still dont get why you want to reconcile the old doc and najib? Do you believe that this is all a misunderstanding and btw, the law cant take place because some idiot keeps moving the goal post and keeps firing/transfering people. Take a stab and guess who the idiot is.

Bro if you want, leave me an email. Will email you.

Again, sorry kadir for taking up space. Salam to you. And salam to rahman.

dt rahman pekan said...

salam sdr uhukekek.
tq 4 responding. pls read my article first n leave yr comments. there r a few that I hv written - all relating 2 my personal xperiences. just google eddy's blog 'just my thoughts' n u can retrieve all my articles. eg :
1. rayuan ikhlas kpd dtn seri wan azizah.
2. memperingati insiden 13 mei 1969.
3. pandangan yg tak d undang.
4. hari2 terakhir tun razak d London.
5. sengketa d antara ds najib dgn tun m - usaha ikhlas yg tak kesampaian.
tq n wassallam.

dt rahman pekan said...

salam dato kj.

correction ! we were boarb members when datuk mazlan was d chairman. u were always seated beside t s johan.

yr observation of dtn sri rosmah is accurate n apt.
I hv a lot of stories 2 tell abt her but choose 2 hold back 4 d time being.

she was a freshie when I was in d final yr at um n used 2 oriented her.of course she was very pretty n popular n a bit flirty (manja).when I related this 2 tun m, he responded I a very surprising manner.

my sis in law was her coursemate n was part of her circle of friends until they parted ways after she became FLOM.

I was once d chairman of n agency 4 10 yrs n my md (n indian) was very very close 2 both of them.
he used 2 bring people from india 2 c them.( he was discarded when he disobeyed them)

I appealed 2 dtn sri n was hoping that ds najib wld emerge from PAU as a statesman. unfortunately he came out more like a 'street brawler' acting tough in front of 'rent a crowd'. since they tried 2 demonise tun m n being uncouth at the sametime, I hv decided not 2 stay neutral anymore.
at d right moment I wil reveal all what I know abt him n tun razak.may b d malay world especially d kampong folks wil b stunned when they know d real truth.as advised by friends n colleagues I hv kept aside a set of notes just in case something untoward were 2 happen 2 me.

since I m pekan born n if health permits, I m seriously thinking of offering myself as a candidate in d coming election. may b that's d right time 2 reveal all. I wil try n get tun m's advice b4 making d final decision. my only setback now is funding n d platform.

I sincerely think that I hv a fighting chance. wassallam.

RD. said...

Saya amat respect dengan sikap dan cara Tuan/Dato rahman jpc membalas hujah kurang beradap dari pembahas. Pada pandangan saya (dari komen beliau yang lepas-lepas), beliau sudah mencuba sedaya upaya untuk mendamaikan kedua-dua pihak kerana tidak mahu Melayu berpecah dengan lebih buruk lagi.
Semoga hasrat beliau untuk bertanding 'menentang Najib' di Pekan, tercapai. Sudah tentu saya akan membantu walaupun saya bukan pengundi disana.

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).