A Kadir Jasin
AHLI sains politik dan teori komunikasi Amerika, mendiang Harold Dwight Lasswell (Februari 13, 1902 – December 18, 1978) berkata: “The open interplay of opinion and policy is the distinguishing mark of popular rule.”
(Saling tindakan terbuka antara pendapat dan dasar adalah tanda nyata demokrasi popular.)
PERINGATAN: Komen guna “Anonymous” tidak akan disiarkan. Sila guna Google Account atau Name/URL. Boleh pakai nama samaran.]
Jadi, oleh sebab kita mengamalkan demokrasi popular, di mana kerajaan dipilih oleh rakyat jelata melalui pilihan raya, maka pendapat umum adalah sangat penting.
Kuasa rakyat jelata memilih kerajaan mungkin terhad kepada sekali dalam masa empat atau lima tahun, tetapi hak mereka mengemukakan pendapat berterusan sepanjang masa. Itulah sebenarnya peranan Parlimen – tempat wakil rakyat bersuara bagi pihak rakyat.
Jadi adalah sangat dangkal dan anti-demokrasi apabila ada wakil rakyat dan pegawai atasan negara yang bukan sahaja tidak bercakap bagi pihak rakyat jelata sebaliknya menafikan hak rakyat jelata bersuara dan menyumpah seranah mahkamah pendapat umum (the court of public opinion).
Maka dalam konteks inilah saya rasa Peguam Negara (AG) (Tan Sri) Mohamed Apandi Ali perlu menerima "perbicaraan" di mahkamah pendapat umum ke atas kes-kes sensasi seperti urus niaga luar biasa 1MDB, “derma” RM2.6 bilion dalam akaun peribadi Perdana Menteri (Datuk Seri Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone) Mohd Najib bin Abdul Razak, siasatan salah guna wang SRC International dan yang terbaru isu-isu berkaitan “kewangan” Syarikat Perumahan Rakyat 1Malaysia (PRIMA) berikutan kematian bekas pengerusinya, (Tan Sri Jamaluddin Jarjis) dalam nahas helikopter pada 5 April lalu.
Sepatutnyalah, sebagai bekas peguam, ahli politik dan hakim Mohamed Apandi sudah biasa dengan hak masyarakat umum untuk menilai dan membuat keputusan mengenai sesuatu perkara atau isu.
Mohamed Apandi sepatutnya peka terhadap pendapat umum |
Perbicaraan Oleh Rakyat Jelata
Selagi beliau tidak membawa kes-kes yang disebutkan di atas ke mahkamah undang-undang (the court of law), selagi itulah rakyat jelata akan membicarakannya dalam mahkamah pendapat umum.
Hatta selepas dibawa ke mahkamah pengadilan sekalipun mahkamah pendapat umum tetap akan memberi keputusannya sendiri, khususnya dalam kes yang membabitkan orang politik.
Kita ambil contoh dua kes liwat (Datuk Seri) Anwar Ibrahim. Sampai hari ini pun masih ramai dalam mahkamah pendapat umum enggan percaya beliau bersalah. Di kalangan yang percaya terhadap kesalahan beliau pula, ramai menganggapnya sebagai konspirasi politik.
Mereka bertanya, yang mana lebih teruk - perbuatan sumbang antara dua manusia atau tindakan yang melibatkan berbilion-bilion duit serta harta negara?
Dalam konteks yang sama jugalah, kakitangan awam peringkat tertinggi seperti Mohamed Apandi, Ketua Polis Negara (Tan Sri Khalid Abu Bakar), Ketua Setiausaha Negara (Tan Sri Ali Hamsa), Gabenor Bank Negara (Tan Sri Zeti Akhtar Aziz), Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan (Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah), Ketua Pesuruhjaya PSRM (Tan Sri Abu Kassim Mohamed) dan peneraju-peneraju 1MDB, SRC International dan yang terbaru PR1MA sedang atau akan dibicarakan di mahkamah pendapat umum sebelum kemungkinan mereka dibicarakan di mahkamah undang-undang.
KSN Ali Hamsa bersama bosnya |
Penjawat Awam Akan Dimangsakan
Satu perkara lagi. Oleh sebab majoriti penjawat awam adalah Melayu dan Islam, maka saya beranggapan mereka adalah manusia berbudi dan beriman (budiman) yang ada rasa malu kepada sesama manusia dan takut kepada balasan Tuhan.
KSU Perbendaharaan bersama bosnya, Menteri Kewangan |
Seperti sering saya ungkapkan, orang politik berbohong adalah taktik tetapi kakitangan awam berbohong adalah jenayah.
Kakitangan awam tentu tahu kisah-kisah yang membabitkan pemenjaraan penjawat awam dan eksekutif syarikat berkaitan kerajaan seperti Bank Rakyat, BMF dan, yang terbaru, kisah bekas Ketua Setiausaha Kementerian Kemajuan Luar Bandar, Datuk Dr. Abdul Aziz Muhammad, yang dituduh bersubahat pecah amanah dan menipu pada tahun 2005.
Ramai percaya beliau adalah mangsa (the fall guy). Alhamdulillah Mahkamah Sesyen telah melepas dan membebaskan beliau dan ini disahkan oleh mahkamah-mahkamah yang lebih tinggi. Namun mana beliau cemar, jiwa tertekan dan keluarga beliau mendapat malu.
Kemudian kes terbaru empat orang pegawai Pejabat Tanah dan Galian Pahang ditangkap oleh SPRM dalam kes perlombongan bauksit. Serta-merta mahkamah pendapat umum menyifatkan mereka sebagai “ikan bilis” kerana pasti ada “jerung” di sebalik operasi perlombongan raksasa yang merosakkan alam sekitar itu.
Natijahnya, kakitangan awam dan sesiapa pun yang diberikan tugas oleh bos-bos politik hendaklah beringat-ingat iaitu merekalah yang pertama sekali akan masuk penjara, dikutuk dan dihina kalau mereka tidak amanah, bersubahat dan menjadi pemakan dedak.
Wallahuaklam.
37 comments:
Salam dato,
Kita dah terlalu bergantung harap kepada wakil rakyat yg di pilih oleh parti.
Wakil rakyat adalah untuk mewakili suara rakyat. Membawa isu rakyat ke dalam dewan samada Dun mahupun Parlimen. Apabila wakil rakyat dari parti dipilih, kepentingan parti lebih diutamakan berbanding kepentingan rakyat.
Seeloknya kita memilih calon bebas yg berasal dari kawasan tandingan dan tidak bias. Ini perlu kerana suara rakyat hanya akan di bawa ke dalam dewan tanpa kepentingan parti.
Wakil bebas boleh bersetuju atau tidak bersetuju dengan sesuatu isu tanpa perlu berselindung. Wakil bebas boleh bergabung membentuk kerajaan.
Sekarang kita telah melihat kegagalan sesebuah parti pemerintah. Kita tak perlu mengikut pepatah 'lari mulut buaya, masuk mulut harimau'. Kita cuma perlu memilih wakil rakyat yang benar benar mewakili rakyat bukan mewakili parti.
Salam Dato. Kebobrokan mereka dengan kepimpinan yang korup hanya Tuhan yang boleh mengadili dan menghukum. Parti politik memerlukan dana untuk bergerak. Ahli politik perlukan duit untuk mencanang. Malaysia menerima serta menggunapakai sistem perundangan British. Ironinya mereka tidak ada masaalah kerana amanah. Di Malaysia berapa kerat yang amanah,ikhlas dan jujur didalam melaksanakan kebertanggungjawab mereka. Inilah persoalannya. Siapa pemimpin siapa dipimpin. Parti politik semua sama semua ada agenda. Apa yang boleh dilakukan kini, mungkin mengwujudkan satu kaedah dimana setiap pemimpin dan ketua jabatan diadili oleh mahkamah maya. Semua pesalahlaku dan kesalahan dicatatkan secara detail beserta bukti untuk tatapan umum. Khalayak bolehlah membuat kesimpulan kewibawaan masing- masing. Politik lebih tepat ditafsirkan siapa yang lebih pandai kelentung. Thats an art.
"Natijahnya, kakitangan awam dan sesiapa pun yang diberikan tugas oleh bos-bos politik hendaklah beringat-ingat iaitu merekalah yang pertama sekali akan masuk penjara, dikutuk dan dihina kalau mereka tidak amanah, bersubahat dan menjadi pemakan dedak."
Their boss is not setting a good example for the civil service or the country. After all, secret transfers of money among GLCs into personal accounts can always be covered as "donation" or "CSR". The ethical basis of governance has been destroyed.
Under the rule of Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone, only the dishonest, the greedy and immoral can thrive.
It is already becoming blatant.
Let's examine the magical turnaround in Utusan's recent deal:
"Well, then, for MHA59 to be paying RM48 million for a stake that cost only RM100,000 just eight months prior, the company must be an outstanding cash cow that had seen an amazing turnaround in fortunes since Utusan forked out its RM100,000, no?"
http://www.kinibiz.com/story/tigertalk/206982/utusan%E2%80%99s-wet-dream-deal-%E2%80%93-genius-luck-or%E2%80%A6.html
The last para:
"With an investment manager able to pick out an investment giving 47,900% in returns within an eight-month timeframe lurking in our midst, perhaps Khazanah Nasional extended the contract of its managing director Azman Mokhtar a tad too hastily, eh?"
Even 1MDB's revaluation model kalah teruk - 47,900% increase in 8 months! Truly amazing.
Now, who are MHA59 Sdn Bhd and who are Maqamad Sdn Bhd?
In any decently-run country, a massive investigation into insider trading would have happened already. We too have laws against insider trading.
Tapi our Securities Commission & Bursa senyap jer, buat tak tahu.
This is the legacy that is being crafted by our 6th PM. History will not be kind to him at all. I think he knows that already.
Tun Dr M = "Bapa Pemodenan"
Mappadulung Caralalai = "Bapuk Pembohongan"
Datuk,
In the case of the new AG, his credibility was already lost on the very first day of this appointment, due to the manner in which the previous AG was unceremoniously sacked with immediate effect, followed by his ascension to the AG chamber. From that day, I began to suspect that he was not there to defend the interests of Malaysia according to the laws of this land, but for some other motives and hidden agenda. Nothing has happened thus far to make me ease away my suspicion, regardless of all that he has uttered so far.
Datuk.
1. Apandi susah kau...Datuk AKJ ni orang lama, banyak makan garam...sampai beliau tau bekas anak buahnya di NST ia-lah isteri kamu dan adik ipar kamu Apandi. Susah juga kau Apandi kalau mau kelentong dengan si Datuk.
2. Apa lah yang ada pada orang macam aku ni...apa pun yang kau cakap Apandi, aku terpaksa percaya 100%. I'm not a public opinion.
3. Saya setuju 100% apa yang Datuk tulis diblog ini. Simple. Senang faham. Memang betul seperti apa yang ada tersimpan dihati ini.
4. Nama-nama yang Datuk sebut-sebut tu pandai-pandai lah dan jangan hidup macam "cacing kepanasan".
5. "Jadi, oleh sebab kita mengamalkan demokrasi popular, di mana kerajaan dipilih oleh rakyat jelata melalui pilihan raya, maka pendapat umum adalah sangat penting."
Kepentingan rakyat dan negara??????Kalau tengok gelagat dan kenyataan Apandi, macam dia tak faham tugas2 dia sebagai Peguam Negara( Attorney=General) yang perlu menjaga kepentingan awam dan tugas sebagai Public Prosecutor( Pendakwa Raya).
Apandi dilantik sebagai AG dibwh Artikel 145(1) Perlembagaan. Dan ikut sek. 376 Kanun Acara Jenayah, ' the AG shall be the Public Prosecutor'. Sebagai AG tugas dia adalah sebagai penasihat Agong. Cabinet dan menteri2 kabinet. Sebagai AG, dia juga diberi kuasa tambahan utk jln kan pendakwaan atau memberhentikan pendakwaan. . Ini jarang dilakukan sebagai AG. . Tugas sebagai PP adalah pendakwaan dan dibantu olih DPP2.'AG is the gaurdian of public interest'. Kalau ada kes DPP enggan prosecute, AG bolih guna kuasa utk prosecute. Itulah tujuan kuasa tamabahan tu. Bukan utk lindungi penjenayah.
Mengikut sek 58 Akta SPRM. ' a prosecution u/d the Act shall not be instituted except by or with the consent of the PP'. Selalunya 'consent' ini dikeluarkan olih DPP kerana mereka dberi kuasa untuk bertindak atas kuasa2 PP. Didalam kes2 SPRM, apa perlunya Apandi yg jelas mempunyai kepentingan dlm kes Najib untuk menkaji kertas2 siasatn ini. " If he wants to be fair and impartial and act without fear or favor' dia perlu mengarahkan DPP kanan diSPRM yg sudah pun menkaji kes tu berbincang dengan Ketua Pendakwaan AG Chambers utk buat keputusan sanada keluarkan 'consent to prosecute' tanpa penglibatan beliau atas alasan dia dilantik olih Najib sebagai AG/PP dan " public perception is that he will be biased & seen to protect a criminal if he failed to issue consent'.
Ikut undang2, 'consent to prosecute' yg dikeluarkan adalah berdasarkan 1. 'sufficiency of the evidence', 2. tahap jenayah yg dilakukan olih suspek dan 3. kesan pendakwaan terhadap kepentingan awam. Semua kriteria ni lengkap dlm kes Najib. Didalam kes Ali Tinju, walaupun Apandi kata keterangan tidak mencukupi, tetapi atas sebab perkara 2 dan 3, pendkawaan patut diteruskan atas kepentingan awam dan bukan dihentikan. Bagitu juga dengan kes Bank Negara. "As gaurdian of public interest", Apandi mesti bertindak utk kepentingan rakyat dan bukan utk kepentingan suspek2. Adalah satu perbuatan jenayah kalau 'consent to prosecute' ditahan selepas permintaan SPRM kalau ketiga2 kriteria diatas dipenuhi.
Kalau Apandi sebagai PendakwaRaya gagal mengeluarkan 'consent to prosecute' atas permintaan SPRM & selepas dikaji olih independent panel, jalan penyelesaian adalah diMahkamah melalui 'semakan kehakiman'(judicial review) kerana menyalahgunakan kuasa sebagai PendakwaRaya untuk melindungi penjenayah. SPRM dan Bank Negara dan juga DPP2 yg dipinjamkan disana adalah pakar atau 'specialist' dalam bidang rasuah dan banking manakala DPP2 dikamar AG termasuk Apandi adalah dikira ' generalist in criminal laws termasuk corruption and banking laws'. Kalau cakap specialist tak mahu pakai, apa cerita??? Nobody is above the law..not even the AG/PP.
Salam Datuk,
Only Najib and Rosmah are the two humans Above the Law. The rest, AG..IGP..KSN..etc are only ' Saya Yang Menurut Perintah ' followers.( I thought only the Police and Army that menurut Perintah.). Followers that do not hv a sense of morality nor not knowing what are their priorities.
Bila Kepala dah busuk, Badan dan Ekor ikut jd busuk.
So when you have a PM that is soooo corrupted amounting to Billions of Ringgit, dont be surprised those small and medium size fishes not ashame to help themselves for a few hundreds or thousands of Ringgit.
Sadly these medium and small size fishes have to pay for their crimes. The Big fishes and that include Najib the Orca, nobody dares to touch.
Here I like to know what is the KP of LHDN doing ?. Still harassing those small unfortunate rakyat?.
salam tok
"BERCELARU"
itu yang nampak MALAYSIA 2016
ada kala mereka sibuk melayan nafsu mereka dan keluarga mereka
salam
rakyat dah penat dan xlarat melalui 2016 seperti mana 2015..xabis2 ungkapan retorik..ugutan politik. .ayat2 puaka menteri..terbaru dpd TPM sendiri.aduhai bodoh sgt ke kita ni sampai tahap menteri bercakap mcm ahli fikir dan mengeluar idea2 serta penyelesaian masalah negara mcm badut. agaknya kepimpinan sekarang keliru dgn ungkapan "pemikiran di luar kotak dan pemikiran di luar otak"
Salam Dato.
Sy tidak percaya Apandi AG 'Bidan Terjun yg terpilih' akan melakukan sesuatu diluar dugaan kita.
Baru2 ini pun dia melenting dan meracau dan dgn keras memberi amaran agar 'Tun berhenti mengguna taktik 'reverse psychology' terhadap dia
Kita pun tahu Tun M cuma berkata secara terbuka...bahawa apa2 keputusan hasil siasatan MACC akan 'ditolak'oleh Pejabat AG....kenapa begitu terasa sangat?
Termakan cili...agaknya.
Nmpknya org2 pilihan Mapadullung memang keras2 belaka. Pantang ditegur mengenai isu2 yg melibatkan Mapadullung.. .melenting pasti.
Ya..mereka semua jujur dan amanah belaka.
Sebab itu mereka dgn bersungguh2 berterusan berkata;
"KAMI TAHU TUGAS KAMI,DAN TIDAK AKAN DIPENGARUHI OLEH SESIAPA SAMA SEKALI DIDLM MENJLNKAN TUGAS KAMI".
Ha ..ha.
IGP pun berkata begitu...dulu2 Nur Jazlan pun berkata serupa...demikian juga Ketua PAC yg baru..dan tentunyalah Jawa Tok2.
Semua hebat2 belaka....mempertahankan 'kemungkaran'.
Datuk.
"Mereka bertanya, yang mana lebih teruk - perbuatan sumbang antara dua manusia atau tindakan yang melibatkan berbilion-bilion duit serta harta negara?"
1. Sama saja teruknya.
2. Kalau...ini pun kalau sahaja...kalau seorang pemimpin itu tidak bermoral, maka dia tidak bolih memimpin, tapi masih bolih jadi pemimpin.
3. Meliwat kerja dilaknati olih rakyat Melayu Islam sahaja, maka itu lah dia susah naik jadi PM. Kalau tidak, sudah lama dia jadi PM. Bagi saya, dia "buat" sebab mahkamah kata dia salah. Mau cerita apa lagi. Kalau bolih merayu, merayu lah. Itu hak dia.
4. Kedua dua b****** ini tidak bolih memimpin sebab mereka tidak ada moral bila buat kerja h**** z**** semacam itu. Itu pandangan saya sahaja, bukan lah penting sangat.
5. Tetapi kalau orang orang Melayu masih juga mau pemimpin b****** seperti ini, jangan salahkan orang lain sebab kita yang bagi sokongan sedangkan kita ada pilihan. Islam suruh kita buat pilihan "tiada paksaan dalam agama". Makna agama itu dalam konteks ini ialah system hidup...termasuk berpolitik.
"UNTUNG SABUT TIMBUL, UNTUNG BATU TENGGELAM" Maknanya: Jika nasib baik akan mendapat kejayaan jika nasib malang akan mendapat kerugian.
Datuk.
"Mereka bertanya, yang mana lebih teruk - perbuatan sumbang antara dua manusia atau tindakan yang melibatkan berbilion-bilion duit serta harta negara?"
1. Ini ke cara nya orang kita Melayu mencari seorang pemimpin?
2. Kalau begini lah cara Melayu menilai se seorang untuk memimpin Malaysia, maka Melayu itu satu bangsa yang lemah.
3. Kenapa Melayu di kurun ke-21 lagi lemah kalau di-bandingkan dengan kurun-kurun sebelumnya?
Duit ada, kereta besar ada, rumah besar ada, bini besar besar, sijil banyak...kenapa?
4. Bukan ke ada UMNO, ada Perlembagaan, ada Pentadbiran Negara dan sistem beraja yang kononnya untuk mempertahankan hak-hak orang Melayu?
5. Kita mundur sebab kita tidak rasional dalam menilai seorang pemimpin. Janji dia Melayu, ok la tu.
Cuba kita ubah sikit.
Apa kata kita nilai mereka dari segi akhlak, moral dan performance macam pemimpin-pemimpin "Islam" di negara-negara "Islam" yang terulung seperti Jepun, Swiss, Singapura atau Finland?
Kita pernah jadi negara "Islam" yang sedemikian pada satu ketika dulu...dihormati...disegani...good economic performance, tapi itu dulu la.
ASLKM,
Dato,
setelah berapa lama berlalu pelaku salah di dalam politik dan kakitangan awam peringkat tinggi berapa kerat sangat yang kena hukum atas kesalahan depa?
sbb tu depa tak heran langsung..., mana mungkin ada rakyat Malaysia yang cerdik percaya kepada AG ni...cara dilantik pun penuh muslihat.
harap sangat sekali ni, yang ganti kerajaan paling bodo dalam sejarah ini akan letak orang yang betui2 berkebolehan sebagai AG, KP MACC supaya semua mereka yang berdosa besar ini dihukum tanpa belas kasihan lagi, supaya tidak ada kerajaan Malaysia sebodoh ini boleh ada lagi di masa depan.
Sebaiknya kena ada kerajaan sementara yang non-partisan untuk kerja-kerja repair yang efektif. kalau nak harap orang politik depa banyak makan dedak dah Dato.
sekian...
Tuhan pun tak takut, inikan pula manusia.?
Datuk.
"Mereka bertanya, yang mana lebih teruk - perbuatan sumbang antara dua manusia atau tindakan yang melibatkan berbilion-bilion duit serta harta negara?"
1. Tiada was-was lagi bahawa kedua-dua perbuatan haram yang tidak bermoral ini ada-lah salah dari undang-undang di Malaysia. Satu sudah dapat keputusan muktamad dalam mahkamah undang-undang dan yang satu lagi dalam mahkamah pendapat umum, tinggal menunggu masa untuk diheret ke mahkamah undang-undang, walaupun bukan masa kini.
2. Kedua-dua mereka tidak bolih jadi pemimpin sebab mereka gagal untuk memimpin diri sendiri. Orang yang begini dilaknati manusia. Antara mereka dengan tuhan , bukan urusan saya atau kamu.
3. Sudah masanya party-party politik meletakkan satu garis panduan (KPI-Key Performance Index) untuk menilai prestasi Perdana Menteri baru selepas PRU14.
Ini contoh sahaja untuk KPI PM baru for Year 2019:
a. Generating Revenue RM1.5 Trillion.
b. Reduction of Budget Deficit from RM1 trillion to RM600 billion.
c. To secure RM300 billion in FDI.
d. To reduce 500,000 unemployed graduates to 400,000.
f. To control inflation below 1.0%.
KPI PM baru kita berdasarkan angka yang sahih. Rakyat macam saya yang hanya berpendidikan darjah enam pun bolih faham dan mengira angka ini supaya saya bolih menilainya semada PM baru buat kerja atau tidur makan.
4. Kita harap, satu hari nanti, rakyat memilih Perdana Menteri yang baru berdasarkan prestasi kerja, bukannya berapa kali beliau naik haji atau umrah atau pandai fatwa atau baca kitab. Itu saya tidak mahu tau sebab itu bukan urusan saya atau urusan kerajaan.
5. Kita ada Pentadbiran Kerajaan Melayu/Islam, Perlembagaan Melayu/Islam, Tentera Melayu dan institusi Raja-Raja Melayu dan yang seterusnya fundamentals (BNM, AG, PDRM,MACC) yang didominasikan olih Melayu sebab penduduk Malaysia majoritynya Melayu/Bumiputra.
6. Olih yang demikian, adalah wajar kepimpinan negara diterajui olih seorang pemimpin yang bermoral tinggi dan prestasi KPI yang membanggakan, walaupun peluang ini hanya terbuka pada orang Melayu/Islam sahaja buat ketika ini dan selama-lamanya.
Saya setuju dengan Suka Sama suka.
"Kita pernah jadi negara "Islam" yang sedemikian pada satu ketika dulu...dihormati...disegani...good economic performance,...."
Sejak 2003, prestasi dan nama baik Malaysia mula membusuk, setelah Dr.M mengundurkan diri, kecewa tidak berapa berjaya mengubah pe'el orang Melayu yang lebih cenderong cari jalan-mudah-Kaya yang juga menyemarakkan rasuah.
Nampak-gayanya Dr.M sudah mula diterima dan disanjong oleh ahli politik pembangkang dan penyokong mereka. Apa kata UMNO mana-mana Negeri, lakukan sama seperti 'langkah-Kajang' dan Dr.M bertanding di mana-mana kawasan Parlimen selamat, supaya boleh menjadi PM semula? Itu pun kalau Najib letak jawatan dulu dan Muhyiddin menjawat TPM buat sementara. TPM yang ada hari ini, saya rasa tak sesuai. Mengapa saya cakap tak sesuai. Bayangkan, dia mahu karyawan Malaysia memenangi Hadiah Nobel. Lepas tu mahu ahli politik yang terlibat dengan perniagaan, undur diri dari Politik. Lawak sunggoh politik Malaysia, dah jadi macam artis, asyik berlakon saja.
Sila baca sini:-
http://kayangdailypost.blogspot.com/2016/01/zahid-hamidi-hadiah-nobel-dan-harry.html
Salam Dato.
Buat sementara ini Mapadullung bersama konco2 HZ... dikepalai oleh Hulubalang No1 Jawa Tok2 boleh berterusan membohongi...menipu...mengugut siapa2 yg menentang...melenyapkan bukti...menangguh selidik siasatan melalui org2 spt Apandi...Abu Kassim...Ketua PAC .BNM..dan dgn khidmat tidak berbelah bagi IGP..."yg menurut perintah..."Sir...Yes Sir".
Tetapi yg pastinya;
RAKYAT TAHU SEMUA KEMUNGKARAN YG DIA TELAH LAKUKAN.
Bangkai gajah hasil kerja dia masih didepan mata...masakan pula terlepas pandang?
Yg buat2 tak nmpak tentulah Ketua2 Bahagian Penjilat Tegar HZ termasuk Ketua Pemuda...Ketua Wanita juga Pembodek Paling Tegar...bilangan Besar ahli2 MT..dan Jawa Tok2 ... sbg.
Tidak kira sama ada takut..penting diri atau bodoh ..sy kira semua org2 ini juga memainkan peranan belaka kerana masih menjunjung dan mengampu Mapadullung HZ dgn sengaja untuk berterusan berkuasa justeru itu WAJIB BERTANGGUNG JAWAB DGN SEMUA KEMUNGKARAN YG DIA TELAH LAKUKAN DAN BERTERUSAN MELAKUKAN.
Mata dan telinga rakyat tidak buta dan pekak spt yg mereka sangka....malah rakyat juga tahu .."what he and his wife did last summer"
Anina sekali lagi berkata.."Najib jgn ingat penduduk kpg bodoh....".
Syed Ali pun berkata."Umno jgn ingat Parti Kebal dan boleh tidur lena".
(Tetapi Syed ini serupa saja dgn Ketua Pemuda dan Wanita...cakap sekadar retorik....susah nak percaya...ular belaka).
Bak kata ular dan org Umno...'pikir lah mana mahu dipukul dulu'.
Dato....tentang Topik Apandi AG 'tangkap muat' dan "Sir...Yes Sir" ini...rasa2 nya kita bolehlah percaya dgn apa yg Tun M kata.
Terima kasih.
1. Terima kasih kepada para pembahas kerana terus bertukar-tukar fikiran. Yang saya harap adalah kita bersopan santun dan berhemah ketika berbahas.
2. Saya tertarik dengan kata dua Perdana Menteri supaya sesiapa pun jangan lagi mempertikaikan pemerintahan beliau.
3. Beliau dilaporkan berkata kerajaan beliau telah mendapat sokongan dan pengesahan apabila Parlimen mengundi meluluskan Belanjawan 2016.
4. Ini satu lagi contoh kecenderungan dalam "dictatorship" Mohd Najib dan kecenderungan beliau mengabui pemikiran rakyat khususnya golongan yang kurang berpengetahuan.
5. Semua orang cerdik dan bermaklumat tahu bahawa hanya ahli Parlimen Barisan Nasional yang menyokong Belanjawan itu. Dengan kehendak Allah jua Belanjawan itu tidak lagi relevan dalam masa tidak sampai dua bulan kerana ramalan Mohd Najib terhadap harga minyak dan ekonomi dunia menjadi songsang. Beliau meramalkan harga minyak mentah bagi tahun 2016 pada kadar purata AS$48 setong tapi hari ini telah jatuh di bawah AS$35 setong memaksa beliau mengakui bahawa Belanjawan 2016 perlu dirangka semula.
6. Sebenarnya sokongan kepada pemerintahan Mohd Najib jika diasaskan semata-mata kepada sokongan Ahli Parlimen kerana kita semua masih ingat bahawa Barisan Nasional hanya memperoleh 48 peratus undi popular dalam PRU 2013.
7. Oleh kerana Kerajaan Mohd Najib adalah kerajaan minoriti mengikut pilihan rakyat maka tentulah Mohd Najib tidak dapat menyekat rakyat jelata daripada bersuara dan mempertikaikan tindak-tanduk beliau.
Wallahuaklam
Salam Datuk AKJ.
Mappadulung hanya berpaut di dahan yang rapuh kini. Para pendekar tahi kucing seperti Salleh Said Keruak, Rahman Dahlan, Nazri Aziz, Azalina, Mad Maslan, etc, senyap dah macam dah bisu. Agaknya macam tau-tau je tahap nazak mappadulung kini. Dan si daeng satu lagi (tpm) asyik menganga menunggu masa bila nak ngap.
Terima kasih Datuk Kadir. Do take care of ur health n safety too.
Assalamualaikum DAKJ
Mereka boleh mempersetan mahkamah di dunia. Mahkamah undang2 pun mereka tidak peduli, inikan pula mahkamah pendapat umum. Hanya mahkamah Allah yang pasti adil seadilnya. Lama lagi tapi pasti terjadi. Semoga DAKJ dan kebanyakan pembahas blog ini tergolong dalam kumpulan yang menyeru kepada kebenaran dan mencegah kemungkaran. Kumpulan itulah yang akan beroleh kejayaan.
Salam Datuk AKJ.
Ralat - bukan si daeng satu lagi tapi si raden satu lagi (tpm) :))
Thanks Datuk ;)
Datuk.
Saya setuju 100%...."7. Oleh kerana Kerajaan Mohd Najib adalah kerajaan minoriti mengikut pilihan rakyat maka tentulah Mohd Najib tidak dapat menyekat rakyat jelata daripada bersuara dan mempertikaikan tindak-tanduk beliau."
Najib! oooh Najib!...lain kali jangan nakal nakal...nanti si Datuk marah.
Dengar la sikit cakap orang.
Orang bukan ada niat jahat.
Datuk.
"2. Saya tertarik dengan kata dua Perdana Menteri supaya sesiapa pun jangan lagi mempertikaikan pemerintahan beliau."
Apa yang kau cakap ni Najib? Kau Perdana Menterim bukan nya tukang repair kasut macam aku.
Dengar la sikit cakap si Datuk. Dia ni niat baik, kau tu Najib macam anak dia. Faham.
Ada Lim Kit Siang cakap begitu? Mana ada sebab dia Cina. Kau jatuh, kau Melayu dia peduli apa.
Datuk.
"...Dengan kehendak Allah jua Belanjawan itu tidak lagi relevan dalam masa tidak sampai dua bulan kerana ramalan Mohd Najib terhadap harga minyak dan ekonomi dunia menjadi songsang."
Itu lah...sekarang apa jadi...masak kau Najib!
Kapal terbang si Najib pakai angin....macam kapal layar Bugis...apa nama dia tu? lupa pula....hehehehehe.
Najib...suruh geng Arab hantar dua tiga ekor unta...save minyak petrol...ini bukan si Maslan yang cakap, Ini aku yang cakap.
Belanjawan disemak semula tapi ada menteri jamin kebajikan rakyat tetap terbela..kalau belum disemak semula pun rakyat dah susah, apalagi bila peruntukan dipotong di sana sini..knplah menteri suka sgt perbodohkan rakyat
Hari datuk pernah tulis pasal blogger perempuan Annie... semarang dah terbongkar Annie tu lela,i melayu warga emas muahaha..baca blog sydd
Salam Dato
Isu mahkamah ini sungguh sensitif utk Najib kerana dia tahu destinasi nya ke Bamboo River akan jadi kenyataan jika dia tidak buat sesuatu yg mana dpt menutop segala pembohongan dan perkara ini juga terbabit kpd konco2 nya yg juga akan bersama beliau ke Bamboo River jadi sebenarnya semua konco2 Najib tahu what is going on dan kerana takut terlibat dgn isu mahkamah mati hidup semula pun mereka akan membela pendekar mereka ini dan dlm pemerhatian saya ada antara konco2 Najib akan berpaling tadah terhadap panglima bugis ini dlm masa terdekat kerana dgn cara ini lah mereka2 akan selamat dan mereka2 ini juga bukan bodoh because they also nak survive jadi bila keadaan menjadi semakin kritikal kemungkinan perkara menikam panglima dari belakang akan terjadi dan juga harus diingat isu ini juga dlm pemerhatian raja2 dan sultan serta para hakim dinegara ini kerana ia melibatkan maruah negara dan mungkin dgn tekanan dari rakyat dan pihak2 tertentu dan dgn hidayah dari Allah mungkin AG akan membuat keputusan yg mengejutkan kerana dlm keadaan negara yg sdg tenat ini anything is possible.Wallahuaklam.
Sallam Dato'
Kita sepatutnya menilai isu ini dalam 2 perkara,
1. Undang-undang.
2. Moral atau etika
Dalam sudut undang-undang, hanya peguam negara sahaja yang boleh membuat keputusan untuk mendakwa.
Walaupun bank negara dan MACC telah membuat siasatan, namun badan ini tidak ada kuasa untuk mendakwa.
Dalam sudut moral atau etika iaitu persoalan samada satu perkara itu baik, benar atau salah, boleh dibahaskan dan dibuat penilaian oleh rakyat biasa.
Sebenarnya undang-undang diterbitkan berdasarkan moral (baik atau salah), etika dan nilai-nilai semasa. Oleh itu skop untuk moral adalah lebih besar dari undang-undang.
Sebagai contoh yang mudah, sekirannya seorang PM pergi ke perhimpunan agung parti dengan memakai seluar berenang. Adalah tidak salah dari sudut undang-undang dan tidak akan didakwa di mahkamah. Tetapi, dari sudut moral adalah salah.
Sebagai contoh yang lain, sekiranya, seorang pegawai kerajaan memasukkan wang derma ke dalam akaun sendiri, adakah ini salah?
Yang pertama kita harus nilaikan perkara ini dalam sudut moral, adakah ini salah atau tidak salah?
Peguam negara boleh teruskan membuat kajian dalam hal ini dari sudut undang-undang tetapi rakyat biasa boleh menilaikan perkara ini dalam sudut moral dan membuat keputusan.
As Salam Dato,
Saya rasa Mahkamah Rakyat masih mampu direalisasikan tetapi didalam bentuk yang lain. Saya teringat dan berfikir dengan cadangan Tun Mahathir berkenaan Majlis Penasihat Presiden UMNO dan Perdana Menteri.
Oleh kerana ia ditolak oleh Dato Seri Mappadulung Saraeng Karubone, maka eloklah Majlis ini ditubuh tanpa kehadirannya.
Biarlah Tun M, TSMY, DS Shafie Apdal, Tun Razaleigh, Samy Vellu, Ling Liong Sik menjadi Pengasasnya.
Untuk permulaannya, biarlah Majlis presiden ini mengenal pasti calun calun yang sesuai untuk bertanding pada pilihanraya. Calun calun Majlis Presiden tentunya dari UMNO, PAS, PKR, Amanah, DAP, MCA, Gerakan dan mempunyai kekuatan karakter. Calun calun boleh juga dipilih atas kapasiti kemasyuran mereka.
Mereka perlu dketengahkan awal untuk di uji di pasaran rakyat dan dimasyhurkan melalui media sosial dan apa saja media yang berminat dengan mereka.
Dan banyak lagi yang dapat dibuat oleh Majlis Presiden dengan bakal bakal calun ini untuk percambahan idea dan penyatuan rakyat Malaysia.
Wassalam
Datuk.
1.We all know very that in Malaysia, we adopt the British electoral system known simply as "First Past the Post". It is simple and easy to manage where the candidate with the most votes in the constituency wins. All other votes count for nothing. The winner is an elected MP or YB.
2. The "48 peratus undi popular dalam PRU 2013" did not count as that is not how we elect our Government...Datuk is very well-versed with that, I am sure. So, popular vote has little meaning in this context except it is a public opinion.
3. So, Datuk is 100% correct in stating the fact that "Sebenarnya sokongan kepada pemerintahan Mohd Najib jika diasaskan semata-mata kepada sokongan Ahli Parlimen".
4. Where do we go from here? As Malaysians, we have little choice but to go to the next poll in 2018 and form a new government, still using the "First Past the Post" electoral system, and the new government must make serious effort to improve the system, failing which, they can propose other alternative systems for consideration, short of saying, to form a republic. It is not a bad idea actually, if we care to look around.
5. Having say that, THERE IS NO PERFECT SYSTEM of government, in the past, present and in near future, including Islamic form of government. History is full of lies and fantasy, and I am not buying that. I don't think any reasonable person is looking for a perfect system,but suffice to say, a good, decent and honest government....NOT a perfect one at that.
UMNO-BN Government has failed us, rather miserably. I am very sorry because I was part of the system by putting a cross on the ballot paper.
To my sons and daughter, I will not make similar mistake again during PRU14. I AM VERY SORRY.
Datuk.
1. The worst that can happen is that the"...Kerajaan Mohd Najib adalah kerajaan minoriti".
2. UMNO-BN has been at it it for many years where with the relatively small constituency sizes, the way boundaries are drawn can have important effects on the election result, which encourages attempts at gerrymandering.
3. Small constituencies also lead to a proliferation of safe seats as can be seen over the years. This is the basic foundation of the so-called policy of "mempertahankan hak-hak Melayu dan Islam".
4. That same policy has been abused over the years, to the extent that Prime Minister Najib can do things according to his whims and fancy, yet we seem to be at a loss. That is one of the reasons, people go blogging to express their opinions, the very topic of our discussion, simply because the fundamentals, which include state-owned media have failed us once again.
5. Datuk is factually correct in stating "Mohd Najib tidak dapat menyekat rakyat jelata daripada bersuara dan mempertikaikan tindak-tanduk beliau.".
Datuk.
1. The glaring weakness of "First Past the Post" electoral system as practiced in Malaysia, is that if you support a party, but not your local candidate, you don't have a means of saying so at the ballot box.
2. So, if a candidate is a monkey, but you like the party, a monkey will go to Parliament as an MP.
3. So, there is a lot of monkeys. Give them bananas, they will go to you and hug you.
4. So, what happen when the monkey IS REALLY a real monkey.
5. SHOOT THE BLOODY MONKEY!
Datuk.
1. Ada orang bilang itu UMNO/BN punya MPs "cinta cinta monyet", bila tiada duit, semua jadi monyet masuk hutan.
2. Ada juga yang bilang jangan bagi "bunga (UMNO) pada monyet (PM Najib/Zahid)".
3. Tetapi ramai juga yang baca blog Datuk ini silap-silap hari bulan macam "monyet kena belacan".
4. Monyet itu makhluk tuhan. Ada sebabNya ada monyet. Tapi kita tidak suka ada orang "menyusukan monyet dihutan (jual tanah dan harta negara), anak mati kebuluran dirumah (kesian orang berpendapatan rendah)".
5. Aku tidak pernah minum susu monyet...Datuk pun sama macam saya, saya tau. Aku dengar dengar...ini orang yang cakap, bukan aku cakap atau Datuk yang cakap...minum susu monyet bolih kuatkan dan kekalkan ilmu kebomohan batin. Boleh kita ternak monyet untuk business susu...jenama nya sudah ada...U-Monkey-NO!
Org yg buat belanjawan tu patut disemak semula status akalnya dan disamak akalnya juga agar tiada kekotoran atau nxxxs didalam tengkorak kepalanya.
Solute to u..
Kalau bertugas sebagai penjawab awam, kita diingatkan kita ada kuasa eksekutif yang turut menghadkan kuasa politik.Saya sendiri pernah bantah Noh Omar semasa permintaan politik beliau mengarut dalam portfolio kami, tapi kena main game yang bijak untuk reject mana2 ahli politik termasuk pembangkang. Mana2 parti politik dan ahli politik akan pilih satu kambing hitam dalam kalangan penjawat awam yang tidak bijak tuturcara, kata dan perbuatan. Jadi semua kakitangan awam kena beringat: kita kerja untuk negara dan rakyat demokrasi, bukan ahli politik tertentu.Yang kakitangan kerajaan tu...saya beri inspirasi, menentang jangan seorang dan jangan terang-terangan, cari kelemahan ahli politik itu dan gunakan taktik dan kata2 yang bijaksana, walaupun perlu 'tipu sunat' bila dealing dgn ahli2 politik yg benar2 menipu. Tak perlu jadi "Yes man" kalau perbuatan itu "No,man"
Kakitangan awam, khususnya 'bendahara' kena bijak ikut strategi Tun Perak, bila Sultan gila dan bodoh memerintah dan buat keputusan membabi buta arahkan bunuh Hang Tuah, beliau 'senyap2 tak buat' - nampak macam derhaka tetapi berguna akhirnya. Jadi hakim mahkamah pun kena buat macam itu. Siapa boleh jadi Tun Perak abad ke-21 di Malaysia kini?
Post a Comment