Friday, January 22, 2016

Setia Umno: Antara Tersurat dan Tersirat


A Kadir Jasin

IZINKAN saya mengulas dan memberi respons kepada beberapa hujah yang ditimbulkan oleh para pembahas dan berkenaan wujudnya “troll” (pengacau) dalam blog kita ini.

PERINGATAN: Komen guna “Anonymous” tidak akan disiarkan. Sila guna Google Account atau Name/URL. Boleh pakai nama samaran.]
 
Misalnya pembahas Daniel Noor (11.12PM) yang, antara lain, berkata: “Hanya semalam saja, saya berbicara dgn satu Wakil Rakyat yg bergelar Dato tentang situasi dan kondisi negara dan UMNO khusus nya. Beliau mengakui yg si Najib ini telah menghancurkwn UMNO..org Melayu dan Negara. Beliau minta pendapat saya, siapa yg boleh menerajui jwtn PM ini sekiranya ahli UMNO minta Najib undur.”

Ummu Aiman (5.21PM) pula berkata: “Mohon komen tentang dividend dan bonus Tabung Haji 2015 yang masih tidak diumumkan sehingga hari ini. Penyimpan kecil macam kami tetap bertahan di Tabung Haji demi mencari pelaburan akhirat yang halal.”

Pandangan, pemerhatian dan maklumat saya adalah seperti berikut:

1. Berkenaan kehadiran “troll” dan laskar siber dalam blog kita, saya tidak keberatan memberikan mereka ruang asalkan tidak melampau. Saya tidak mendapat apa-apa pendapatan daripada blog ini tapi ada orang yang mendapat upah untuk berbahas di sini. Jadi secara tidak langsung saya menjana ekonomi. Syukur Alhamdulillah.

2. Saudara Daniel Noor dan saya adalah daripada generasi lama budak-budak “back room” Umno. Kita bermula apabila Ibu Pejabat Umno adalah sebuah bangunan lama di Chow Kit, Jalan Tuanku Abdul Rahman, pada tahun 1970-an. Masa itu ramai masih merujuk kepada Jalan Tuanku Abdul Rahman sebagai Batu Road. Di sebelah Bangunan Umno adalah Pustaka Antara milik Allahyarham Datuk Abdul Aziz Ahmad.

3. Baru-baru ini saya dimaklumkan oleh pemilik sebuah portal berita bebas bahawa peneraju media dan propaganda Perdana Menteri, (Datuk Seri Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone) Mohd Najib bin Abdul Razak, menganggap saya dan orang lama segenerasi dengan saya sebagai “out of touch with reality.”

4. Saya kenal orang itu kerana 10 atau 15 tahun lalu kami kerap makan di Restoran Raju, Petaling Jaya. Waktu itu saya hormati dia kerana, pada pandangan saya, dia seorang profesional muda Melayu yang berjaya dan bersopan santun. Kini dia dikatakan amat akrab dengan Mohd Najib dan sangat berkuasa sehingga pengarang media massa arus perdana (MAP) pun melutut kepadanya.

5. Saya dimaklumkan yang dia kini bergabung dengan seorang penulis “mercenary” yang lari ke luar negara dalam percubaan membeli (atau mengawal) portal-portal berita bebas seperti Malaysiakini, Malaysian Insider dan Free Malaysia Today.

6. Pemilik portal berita tersebut memberitahu saya, percubaan membeli (atau mengawal) media atas talian ini adalah sebahagian daripada inisiatif baru kumpulan Mohd Najib untuk memenangi hati dan fikiran rakyat jelata.

7. Khabarnya inisiatif baru ini tercetus setelah diakui bahawa MAP dan media atas talian tajaan Umno, Barisan Nasional, kerajaan dan simpatisan mereka semakin hari semakin menguncup audiensnya.

8. Perangkaan Biro Audit Pengedaran (ABC) misalnya mendapati penjualan akhbar Utusan Malaysia merosot daripada 191,302 naskhah antara Januari dan Jun 2013 kepada 163,000 antara Januari dan Jun 2015. Pada tahun 2003/04, jualan Utusan Malaysia mengatasi 300,000 naskhah sehari. (Maklumat lengkap di sini).

9. Walaupun Naib Presiden Umno merangkap Timbalan Perdana Menteri (Datuk Seri) Ahmad Zahid Hamidi memuji laskar siber (cybertroopers) Umno dan mengucapkan terima kasih kepada mereka dalam ucapan di Perhimpunan Agung Umno (PAU) Disember lalu, Umno kini mahu kesampaian (reach) yang lebih luas serta melepasi Umno dan Melayu.

10. Cakap-cakap di kalangan penggiat media bebas atas talian mengatakan salah sebuah portal yang dimiliki oleh seorang tauke Cina telah pun “kow-tow” kepada Ahmad Zahid manakala sebuah lagi telah ditawarkan “bantuan kewangan” yang lumayan tetapi ditolak oleh pemiliknya.

11. Sementara itu, seorang Ketua Bahagian Umno di Wilayah Persekutuan mendakwa kepada saya bahawa beliau kini menjadi sasaran laskar siber pemakan dedak kerana dituduh tidak lagi komited 100 peratus kepada Mohd Najib.

12. Apa yang terserlah daripada perbualan saya dengan orang Umno adalah sikap “depan ampu belakang latu.” Di depan Mohd Najib atau waktu perhimpunan mereka julang beliau melepasi awan. Di belakang mereka cerca beliau lebih teruk daripada haiwan. Malah jauh lebih keras dan kasar daripada yang saya tulis dalam blog ini.

13. Mungkin mereka ini hipokrit kelas dunia. Mereka kutuk beliau di depan saya sebab mereka tahu pendirian saya. Tapi mengapa hendak ambil hati saya dengan mengutuk ketua sendiri. Saya tidak ada kuasa dan tidak mampu beri  mereka kedudukan dan habuan? Yang berikan mereka kuasa dan harta adalah Mohd Najib!

14. Di kalangan yang lebih ikhlas pula, mereka berkata mereka buat kerja di peringkat bahagian untuk selamatkan Umno walaupun mendapat tentangan dan cacian daripada ahli sendiri.

15. Mereka berkata, anggapan bahawa Umno berpengaruh dan mereka bersetuju dengan segala-gala yang dilakukan oleh Mohd Najib serta budak-budaknya adalah silap. Kata mereka, mereka benci kepada “budak-budak” bukan ahli Umno tetapi mendakwa mewakili Mohd Najib dan memandai-mandai dalam urusan parti dan kerajaan.

16. Terima kasih khusus kepada pembahas Rahman JPC atas “cerita” beliau di dalam dan di luar blog ini. Beliau adalah salah seorang “duty officer” di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di London yang menjaga Allahyarham Tun Abdul Razak ketika beliau berubat di ibu negara Inggeris itu dan menguruskan jenazah beliau apabila meninggal dunia. Terima kasih atas anekdot Datuk. Manusia ada dua perwatakan (pesona) - satu yang ditayangkan (projected) kepada khalayak dan satu lagi yang disembunyikan daripada khalayak.

17.Berkenaan pertanyaan pembahas “niesa” (9.05AM) : “Boleh komen sikit pasai UMNO Kedah? Agak2nya angkara sapa ni?” saya tidak hairan sikit pun hal ini akan berlaku. Ini politik. Kalau tidak tegas, tidak “hands-on” dan tidak kenal yang mana satu kawan dan yang mana satu lawan, kita tanggunglah padahnya. Ledakan (implosion) yang sedang berlaku dalam Umno sekarang tidak memilih mangsa. Pembuat dan peletup bom ada di mana-masa saja asalkan ada dedak.

18. Bersabit “kelewatan” Tabung Haji mengumumkan dividen 2015, saya tidak hairan kalau ia mengalami masalah keuntungan, pengaliran tunai dan perakaunan. TH adalah antara tabung pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) yang terdedah kepada skandal hutang 1MDB. Kemungkinan TH mengalami jangkitan 1MDB tidak dapat dinafikan. Harap-harap tidak.

Wallahuaklam.


30 comments:

Joeharry said...

Salam dato
Ramai pemimpin umno terpaksa berlakon depan najib disebabkan pangkat dan jawatan. Lagi pun yang berjawatan menteri tak perlu kerja kuat cukup sekali sekala panggil press. Untuk rakyat diam tabur saja br1m. senang cerita tak payah banyak berfikir. Cuma selepas timbulnya isu 1mdb dan 2.6b tidur depa tak lena. Nak pertahan najib terang2an akan dicop oleh rakyat. Nak masuk sebelah rakyat akan dicop oleh najib pula.
Saya berpendapat kalau najib undur atau di undurkan, ramai yg tak akan dicalonkan semula.
Pwndapat saya 2016 adalah tahun terakhir untuk najib. Tidak ada banyak pilihan untuk najib sebab kebanyakan rakyat dan ahli umno dah tolak najib secara total.

Ummu Aiman said...

Assalamualaikum Datu'

Terima kasih kerana sudi respon soalan saya berkenaan dividend TH.

Saya Ummu Aiman seorang surirumah sepenuh masa yang mengikuti blog ini lepas masak, kemas rumah dan jemput anak balik sekolah.

Menarik dan menakutkan komen datu' tentang 'troll'. Yang pasti saya bukan 'troll' kerana saya tidak mahu mati ketika sedang 'trolling'. Sebaik-baik manusia ialah orang yang tidak menyusahkan hidup orang lain.

Salam Jumaat dari Sarawak.

Sold out? said...

Datuk,
of the 3 "independent" news portals you mentioned, ie Malaysiakini, Malaysia Insider and Free Malaysia Today.
Readers of Malaysia Insider have noticed its coverage have recently become mellow and boring. Used to report with more fire and guts. May lose more readership soon, so disappointing. Hope it will revert to its true self soon.

ku_seman said...

Datuk Kadir, saya tidak terkejut kalau benar portal media tertentu telah diintai oleh pakar-pakar media Najib. Ini kerana sudah terbukti cybertrooper UMNO di mana sebahagian besarnya hanya pemakan dedak tidak mampu mendoktrinkan rakyat supaya percaya dengan Najib. Mereka ini bukan nak mengumpat tetapi nak tulis pun tak betul macammana nak doktrin orang? Kegagalan cybertrooper begini membuatkan pakar-pakar media di pejabat PM mengintai kalau-kalau boleh "membeli" portal media yang sudah dikenali ramai dan berpengaruh pula.

Kalau hendak diharapkan portal Mykmu misalnya untuk mendoktrinkan rakyat supaya percaya kepada Najib, saya fikir tidak mungkin. Mereka tidak pakai psikologi untuk mempengaruhi orang. Saya ada membuat analisis terhadap isi kandungan Mykmu, saya dapati mereka banyak kekurangan. Mereka masih mahu menjadi media arus perdana cuma platform di atas talian.

Tidak lama dulu saya ada menulis tentang blogger-blogger hantu raya yang dipelihara oleh UMNO. Mereka ini hidup kaya raya kerana dibayar oleh pemimpin-pemimpin tertentu tetapi saya tidak fikir orang terpengaruh dengan cara penulisan mereka. Ada sesetengahnya pula pernah dibuang kerja dan rekod moral yang buruk tetapi dibayar menjadi cybertrooper oleh UMNO.

Kalau benar UMNO nak kawal media dengan membeli portal tertentu, semasa ada kuasa mereka boleh melakukan apa sahaja. Tetapi saya fikir mereka tidak mudah untuk membeli wartawan yang ada kesedaran integriti dan prinsip. Hakikatnya tidak semua wartawan di media arus perdana sanggup menjadi penulis pamplet untuk UMNO. Kalau tidak betul mereka kata tidak betul. Kalau derma RM2.6 bilion tidak masuk dalam akaun UMNO mereka tidak akan kata itu duit UMNO.

Once bitten twice shy said...

Datuk, are you spot on?
The Star today reports "Edge downsizing, TMI for sale, Kinibiz to shutter "
Pity, I used to like reading The Malaysia Insider, now if it's been sold to that 3rd party you said, no point in reading the TMI anymore as it will be used as a pro-N vehicle.
Anyway, will be interesting to know Ho Kay Tat's plans with the downsized Edge media?

RD. said...

Salam Dato AKJ.

Becakap tentang 'troll'; Memang banyak terutamanya di FB dan media pro-Pakatan. Kebanyakan mereka menyamar guna ID Melayu atau nama ala-Arab, untuk menampakan bahawa pendapat yang mereka tulis, datang dari seorang yang beragama Islam. Bila ada isu atau salahlaku yang melibatkan pertubuhan yang menjaga kepentingan Islam, mereka akan lebih aktif buat'photoshop poster" sambil memperlekeh badan 'Agama/kaum sendiri', untuk menjatuhkan kredibility badan itu. Kemudian di sambut pula oleh 'pengomen' lain yang juga mengunakan ID Melayu/Islam. Maklumlah, jika orang 'Melayu' sendiri yang memperlekehkan institusi Islam, tidak timbul isu perkauman atau anti-Islam.

Sebagai contoh: 'Salah-guna' dana anak-yatim untuk anjurkan kursus perkahwin (sambil melancong) di Amerika dan jemput Menteri Agama di JPM merasmikannya tahun lepas telah menyerlahkan lagi hakikat ini.

Lebih buruk lagi, ada yang menyamar guna nama sesuatu kaum untuk menyemai kebencian antara dua kaum lain, demi keuntungan politik bangsanya sendiri. 'Vinnan' adalah contoh terbaik. Beliau sebenar seorang Cina, tapi guna nama India untuk mengutarakan ketidakpuasan hatinya terhadap apa yang tafsirnya sebagai diskriminasi terhadap bangsanya oleh kerajaan BN/UMNO.

Harap Maklum, supaya kita tidak 'termakan' oleh muslihat troll yang cuba menyemai kebencian diantara kaum. Dicampur dengan ancaman Daesh, pertelingkahan-kaum juga boleh memberi alasan kepada 'Cash is King' aka MKN untuk menangguhkan PRU14, sampai tak-tahu-bila.

Orkid Ramlee said...

Salam Dato Kadir,

PM Najib is a bane to our country.

He is clueless.

He is greedy.

He is not a good leader.

A kleptomaniac.

Cash is King?

For how long?

Even with the money is feeding his pemakan dedak, the masses are suffering through high prices, job insecurities, bad press from overseas publications (which till today he dares not sue).

All I want to say is:

If you do crime, you pay.

No more safe passage.

And return the money back to our country's coffer.

His whole cabinet need to be change.

Bersuhabat juga satu kesalahan.

Unknown said...

salam...

kerajaan sedang menimbangkan untuk MENGHENTIKAN pemberian BIASISWA JPA.

PETRONAS pula mungkin memberhentikan sebilangan drpd 51000 pekerjanya.

sebahagian besar mereka ini adalah dari kalangan bangsaku...

hmmm...

masih terkejut dan sedih dengar berita ni... tetiba teringat lirik lagu spring 'SAMPAI HATI'. saya tujukan lagu ni khas kepada Datuk Seri Mappadulung dan barisan kabinet anai2 yg mereput. sila dengarkan luahan hati saya;

"tergamaknya dirimu MENGHIRIS HATIKU
tidakkah di hatimu PUNYA PERASAAN
SAMPAINYA HATIMU meninggalkan aku
di manakah JANJIMU yang setia????"

sob sob... huhu...

Lalu jee said...

They can buy all they want but perception is also tied to reality. The reality is not good. People are penny pinching everywhere. Najib is just thick. I wasnt here during his dad's time so im not even going to try. But it seems that the late chap failed with this imbecile from his loins from way back. If he was as good as people say he was, how come honesty isnt one of the son's trait?

mohd said...

Salam datuk..

Biasiswa jpa dihentikan kerana tiada dana. Tapi datuk menerangkan banyak wang dibelanjakan utk menaikkan populariti najib.
Makin bertambah golongan muda yg membenci najib dan umno

budak jawa said...

assalamualaikum DAKJ,

lama tak jenguk blog politik sebab penat minda layan kes 1mdb. malam ni ada free sikit, komen sikit no.

kalau saya jadi pemilik portal bebas yang hendak dibeli, saya akan jual portal saya, kemudian buka portal baru yang seumpama. jual lagi buka lagi jual lagi buka lagi jual lagi. kayalah saya.

mungkin penasihat najib tak faham, orang awam is looking for a critical and credible news, not the portal. the portal is merely the platform.

lagi lama dia bertahan lagi banyaklah duit negara bocor untuk benda2 yang tak perlu semata2 untuk pertahankan diri dia. haruuuuu.

budak jawa

sukasamasuka said...

Datuk.

Tabung Haji ada-lah salah satu institusi Islam dan kita jangan suka mempersoalkan kewibawaan nya sebab nanti akan mengugat umat Islam dan Melayu. Bersabar lah.

sukasamasuka said...

Datuk.

Orang Melayu terutama sekali dalam UMNO harus menjaga kesopanan dan guna bahasa yang lemah lembut dan jangan mencerca pemimpin Melayu dan Islam. Kita setia pada Najib sebab dia Perdana Menteri macam kita setia pada Perdana Menteri sebelum nya.

sukasamasuka said...

Datuk.

Orang lama memang "out of touch with reality". Zaman dulu, bila suami balik dari kerja, sang isteri hidang kopi O panas panas dan kueh, bukan apa, sekadar isteri mau manja manja sambil berbual bual. Kopi O panas mesti ada rokok. Musim hujan, kalau ada ubi kayu rebus panas panas dan ikan masin, hilang telinga sedapnya. Mana ada bangsa lain yang begitu. Orang lama disenangi hingga bangsa lain suka tinggal berjiran dan ada juga yang "masuk Melayu" kerana sifat orang lama ini memang bersopan santun, lemah lembut dan berbudi bahasa. Yang tersurat dan yang tersirat sama saja, maka orang Melayu amat disegani. Surau tempat belajar agama dan bersantai dengan kawan kawan, bual bual kosong pasal perempuan, pancing ikan, babi hutan kacau tanaman, hantu jembelang dan apa saja lah. Kadang ada wayang free cerita koboi John Wayne main tembak-tembak dengan Red Indian...tengah siok tengok filem, kena stop pasal mau cerita pasal ubat cacing kerawit. Mohon maaf cerita orang lama yang sudah ketinggalan zaman.

Unknown said...

Salam Datuk,

When you have billions in yr pocket, you can buy anything under the sun and that include the news portals thatvhave been critical with Najib's governance.

The Asia Sentinel, I was told has been blocked. Soon the New Mandala and others in this region that cover the Msian political scenario will follow soon.

I had been to Yugoslavia during the dictatorship of Sloban and I noticed every newspapers and television programmes only highlighted his rules.

And 99% of the Yugoslavians you meet in the streets, cafe, stores,etc NEVER SMILES.

I was told those who said negatively about the Gment will be hauled by the Secret Police.

I will not be surprised soon Msians too will stop smiling and just keep to themselves and afraid to talk to neighbors at the fence.

Najib knows for him to continue he has to apply this type of governance in this country. And I am damn sure he gets his advised fm oir southern neighbor too.

Afterall he has stashed billions in that island state.

Wallahualam

Lu Caya? said...

With what you have written And the star report today about mkini, tmi the edge,
i am reminded of this.... (from blogger tersohor rockybru).

Monday, January 11, 2016
The Rehabilitation of The Edge.
(I've formed my own opinion.)

ps
Lately if find tmi mcm kinda/sorta tame je kan?







jumbeaux said...

Salam Datuk

Tindakan membeli portal mwdia dalam talian adalah tindakan yang tidak memeranjatkan tetapi saya rasa adalah sesuatu tindakan yang kurang bijak dan membazir.

Setiap pembaca ada kebebasan untuk mwmilih unsur berita mana yang dipercayainya. Pilihan ini hak peribadi. Lebih-lebih lagi di zaman moden ini dengan mudah rakyat boleh mendapatkan berita alternatif dari internet. Tidak perlu lagi tercongok di depan tv pukul 8 malam untuk menonton berita atau membeli suratkhabar keesokan harinya. Oleh itu kalau pun mereka ini berduit untuk membeli semua syarikat media di Malaysia, akan tumbuh media-media baru yang akan memberi maklumat yang diinginkan rakyat.

Contohnya, dahulu semua rakyat percaya kepada MAP, Tetapi setelah mereka nampak media-media ini seolah-olah dipengaruhi kerajaan, mereka telah memilih untuk tidak lagi menonton atau membaca berita dari MAP. Akhirnya MAP tidak lagi menjadi saluran propaganda yang berkesan.

Situasi yang sama akan berlaku kepada mana-mana media dalam talian yang akan dibeli kelak. Sogokkanlah propaganda sebanyak mana pun, kalau rakyat tidak melayari portal media tersebut nanti, segalanya tidak akan berkesan. Hanya menghabiskan masa dan wang ringgit.

Perkara yang sama telahpun terjadi kepada blogger-blogger yang dahulunya amat popular tetapi sekarang ini tidak lagi setelah mereka dianggap telah dibeli.

Kesimpulannya, reputasi adalah faktor yang amat penting bagi sebuah organisasi media. Jika reputasi buruk dan integriti hilang, media tersebut akan gagal sebagai penyampai maklumat yang dipercayai rakyat.

Soalannya, setelah semua ini berakhir nanti dan bila wang tajaan sudah tiada lagi, mampukah media-media yang telah dibeli ini untuk hidup dengan sendiri?

adion said...

Dato

Apa yg kita lihat hari ini adalah sikap segelintir para pemimpin umno yg bijak menangguk di air keroh bila mengetahui peluang umno untuk menghadapi PRU 14 amat tipis selagi Najib berdegil tidak mahu melepaskan takhta kerana kesilapan percaturan yg memakan diri sendiri.

Jadi sementara masa dan peluang masih ada, mereka akan cuba merebut kedudukan yang seberapa dekat yg boleh dengan Najib.

Dengan kedudukan itu, maka boleh lah mereka gunakan pengaruh bagi mendapatkan apa sahaja projek rasmi kerajaan yang dapat di sapu asalkan mereka dapat mengumpul seberapa banyak habuan yang boleh andaikata Umno hanyut selepas PRU 14 kelak.

Dan mereka sebagai warlord umno amat arif bahawa dengan Najib dalam keadaan yg amat terdesak, akan mencapai apa sahaja talian hayat yg mereka hulurkan asalkan sanggup mempertahankan kedudukan nya yang semakin goyang.

semakin terdesak dan bergoyang kedudukan Najib, maka semakin cerah peluang mereka mengumpul habuan.

Tetapi jangan pula kita salahkan mereka kerana ahli umno dan para pengundi tempatan yang lebih mengenali dan memilih mereka... dan bukan kita.

Mereka cuma bijak menggunakan kepakaran seni politik menangguk di air keroh yg tiada salahnya disisi undang undang parti mahupun sivil.

Isu moral tiada dalam kamus hidup mereka.

Niesa said...

Assalam semua pembahas...cerita tentang troll ni, saya bukanlah orgnya. Saya cuma org sains yg tidak pandai menulis dan hanya pandai menggunakan nombor dan formula. Kini saya dikejutkan pula berkenaan isu biasiswa jpa. Dengar kata ada kemungkinan pelajar diluar negara akan dibawa balik. Sedih juga bila pelajar diheret dlm kemelut ini. Sbg ibu sy hanya mampu berdoa supaya anak saya dapat belajar dengan tenang diluar sana

Hantu Gigi Jarang said...

Salam Datuk. Masih belum jumpa generasi muda di bawah 35 tahun yang tidak membenci UMNO kerana Najib.

sukasamasuka said...

Datuk.

Orang orang lama macam zaman Datuk memang ketinggalan zaman sebab dulu dulu budak bersunat duduk atas batang pisang, Tok Mudin potong pakai bambu...subanallah sakitnya, tuhan saja yang tau, tapi bila minum air tawar hilang sakit...mesti yakin. Tapi banyak juga yang 'masuk Melayu', termasuk seorang Cina, kami panggil dia si Babi sebab orangnya gemuk macam babi. Sampai sekarang aku tak tau siapa nama Melayunya, sebab kami masih panggil dia si Babi juga. Sekarang bukan senang mau cari batang pisang yang chantek, jauh sekali la suruh orang cari bambu dalam hutan. Mungkin juga zaman Datuk dan TunM, pakai batu tajam kalau nak potong. Itu lah si Kit Siang takut masuk Melayu. Bodow punya Cina. Minta maaf cerita lama yang kurang bijak dalam blog yang disanjung ramai ini. Minta maaf.

berasiam said...

Assalamualaikum DAKJ

Media hanya sebagai alat. Media hanya perantara. Pengaruh media terhasil daripada ketelusannya melaporkan kebenaran. Tarikan media berasaskan kemampuannya memenuhi harapan khalayak mendapatkan laporan dan ulasan yang tepat. Kebenaran tetap menjadi tunjang yang menentukan penerimaan khalayak.

Kalau buat perkara bebal, media lapor macam mana elok pun, khalayak tetap menanggapinya sebagai bebal. Malahan media yang cuba menggambarkan kebebalan itu sesuatu yang baik pun akan dibebalkan oleh khalayak. Contohnya dalam krisis politik yang diciptakan di Kedah. Kebebalan pihak yang mencetuskan krisis itu amat ketara. Apabila kita menunjukkan rasa tidak suka kepada seseorang yang dilantik secara terbuka, sebenarnya kita menunjukkan kita tidak hormat kepada pihak yang melantiknya. Selagi kita hormat kepada pihak yang melantik, kita tidak akan bersuara secara terbuka. Pihak yang melantik pula sepatutnya mendapatkan penjelasan daripada wakil yang dilantiknya itu tentang apa yang berlaku. Bila pihak yang melantik memilih untuk bertemu dengan pihak yang membantah, jelas menunjukkan pertimbangan yang amat janggal. Media buatlah ulasan macam mana baik pun, bagi orang yang berakal dan berfikir, kebebalan pihak2 yang berkenaan telah jelas terdedah.

Tindakan beli media untuk naikkan imej adalah sia2 dan bebal. Yang untung tauke media berkenaan. Yang dapat komisen orang tengahlah.

Selain Asia Sentinel, blog "wargamarhaen" pun telah diblok selepas siarannya tentang artikel Sarawak Report pada minggu lalu. Ini bukan zaman Hitler atau Milosevic memerintah. Mungkin tidak keterlaluan dinyatakan bahawa Hitler dan Milosevic jauh lebih bijak daripada kerajaan yang ada sekarang.

End of the road said...

Did Ho Kay Tat owner of TMI sell out? Worn down and worn out by the ceaseless attacks on his publications by those parties? Or cash is king again?

Unknown said...

tuan sukasamasuka ni ke jenis org komen dpt duit,khoi pelik la aok ni,,jap koi rasa aok pro bn,jap koi rasa aok pro pr,,aok sapu blake ke cmane weh..pohpalih dema..kih3..

RD. said...

Salam Dato AKJ.

Hujung tahun lepas, saya terdengar berita bahawa syarikat pengeluar kereta mewah capai penjualan tertinggi. Saya hairan. Adakah berita seperti ini diwar-warkan untuk mengambarkan ekonomi Malaysia masih kukuh dan tidak terkesan akibat penurunan nilai-matawang/harga minyak dan ketirisan kerajaan menguruskan Kewangan Negara.
Atau pun ia mengambarkan bahawa, orang kaya-raya, tawkey-tawkey atau majikan langsung tidak terkesan akibat kenaikan harga/charge barangan/perkhidmatan, gaji-minimum dan GST.

Pada masa yang sama, Rakyat marhean dibebankan dengan charge perkhidmatan (bill\utility) yang sama, tanpa sebarang tambah-nilai yang khidmat yang sedia ada.
Sebagai contoh:-
- Jika dulu charge pembentungan IWK adalah RM24 untuk 3 bulan, hari ini sudah meningkat jadi RM25.44
- Jika dulu kita guna elektrik RM100 sebulan, sekarang meningkat jadi RM106.
- Begitu juga jadinya dengan charge langganan bulanan TM/internet.

Nampaknya, yang kaya semakin kaya dan yang miskin semakin melarat.

Albert Einstein pernah berkata: "In the middle of adversity, there is great opportunity."
Mungkin beliau mengatakan demikian ketika dia sudah kaya atau punyai WANG yang banyak.
Contohnya:
Kelmarin saya terbaca 'berita-kaki' yang berlari kekiri pada screen TV, "Syarikat Pakaian Terpakai cadang buka 100 cawangan tahun ini". Tak pula diberitahu berapa cawangan, dia sudah ada.
Mungkin juga Menteri yang seru Rakyat berjimat, guna 'barang' terpakai, dalah tuan-punya syarikat ini?

Yang pasti, orang-susah, tidak mampu ambil kesempatan atas kesengsaran rakyat marhein yang sama darjat dengan mereka. Nak buat pinjaman bank pun, mesti ada harta yang boleh dibuat cagaran. Jumpa Along, lagi mudah.

Nak harap dividen dari ASB dan Tabung Haji pun, harga saham semakin jatuh. Setiap hari, nilai seunit PNB semakin menyusut.

Kalau jadi PM, kemudian lantik diri sebagai Menteri Kewangan, lainlah. Gadai harta-pusaka milik Negara untuk bayar hutang pun, masih dianggap kejayaan dan dijulang sebagai hero. Sehingga ada yang cuba 'menjilat' dengan menulis buku, 'Najibnomic' ke apa.

Merapu tahap gaban dah ni. Sehingga Mukhriz yang 'bersih' integrity/credibility pun, mahu diganti dengan orang yang suka tertidur. Inikah namanya, 'Rakyat di Dahulukan'?

Unknown said...

Assalamualaikum DAKJ.

Rasanya Dato lebih lama mengenali UMNO drp kami..minta jasa baik Dato berikan pandangan ttg UMNO zaman Arwah Tun Razak, Tun Mahathir, Tun Abdullah & UMNO yg skg ini..kerana saya rasa UMNO yg ada skg ini Sedang menuju ke arah kehancuran..

Terima Kasih..

Penanya said...

Mukhriz masih boleh dikatakan pemimpin mewakili golongan muda. Kalau diperhati betul2, yang nak jatuhkan dia ni rata-rata golongan tua. Komplot orang tua ni samalah hendak menjatuhkan kepimpinan muda. Apa agaknya yang difikirkan golongan muda bila tengok serangan ni? Kalau lihat sejarah, bila ada pertentangan tua-muda, siapa yang berdiri teguh akhirnya? Barang diingat juga biasanya dalam mana2 gerakan pembaharuan, orang muda paling terkehadapan. Sekali mereka tekad nak ubah sistem, jangan kata ahli-ahli politik tua ni dibungkuskan, nasib raja pun belum tentu selamat.

sukasamasuka said...

Datuk.

Ishishish...syukur la ada anak Melayu yang begitu akrab dengan Mohd Najib dan sangat berkuasa sehingga pengarang media massa arus perdana (MAP) pun melutut kepadanya. Agak agaknya la, Restoran Raju, Petaling Jaya ini guna bahan ramuan special yang ada 'power', tapi halal ke restoran si Raju ni?

Walinong Sari said...

seronok dan menerima ilmu. setakat ni belum mampu nak komen teima kasih abang kakak semua.

Unknown said...

UMNO YG DULU BKN LAH YG SEKARANG,
DULU BERJUANG SEKARANG BERMEWAHAN,
DULU DISAYANG SEKARANG BERMUSUHAN,
DULU DIBELA NAMUN SEKARANG DICELA..

UMNO YG DULU BUKANLAH YG SEKARANG,
DULU BERKHIDMAT SEKARANG MESTI HORMAT,
DULU MENOLONG SEKARANG BERBOHONG,
DULU UMPAMA PAYUNG TAPI SEKARANG LUBUK MENCARI UNTUNG..

UMNO YG DULU BUKANLAH YG SEKARANG,
DULU IKHLAS SEKARANG HI CLASS,
DULU UTK SEMUA SEKARANG UTK YG ADA NAMA,
DULU DIHATI TAPI SEKARANG DIJAUHI...

DULU MENJADI SEJARAH GEMILANG DAN SEKARANG IBARAT MENANTI REBAH DILAMBUNG PUJIAN...

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).