Tuesday, February 09, 2016

Elok Kenali Ular dan Lintah


A Kadir Jasin

DALAM tampalan (posting) kali ini, saya akan menulis hal yang mudah. Saya nak cerita berkenaan ular guni buruk. Ada orang panggil ular belalai gajah.
 

[PERINGATAN: Komen guna “Anonymous” tidak akan disiarkan. Sila guna Google Account atau Name/URL. Boleh pakai nama samaran.]

Dalam bahasa Inggeris ia dipanggil elephant trunk snake atau istilah saintifiknya Acrochordus javanicus daripada famili Acrochordidae. Ia adalah daripada kumpulan ular primitif yang tidak berbisa.

Kawasan taburan ular ini adalah Indonesia, Malaysia, Thailand, Kemboja dan Vietnam.

Ular guni buruk: nampak mengancam tapi tak bisa
Sesiapa dalam generasi saya yang membesar di kawasan sawah atau paya pada tahun 1950-an dan 60-an tentu tahu ular ini.
 
Mereka sama ada pernah bertembung secara fizikal dengannya atau, setidak-tidaknya pun, melihat ular itu hidup atau mati.


Saya bertembung dengan ular ini ketika menahan taut, menyerkap atau memasang bubu. Ular ini suka membenamkan diri di dalam lumpur sambil menunggu mangsa yang lazimnya ikan.

Menyerkap ikut jentera pembajak
Apabila menyerkap kita kerap terserkap ular ini dan menyangkanya ikan. Apabila kita menyeluk untuk menangkap “ikan”, rupa-rupanya kita tertangkap ular guni buruk.

Orang Kedah memanggilnya ular guni buruk atau ular karung guni kerana apabila terpegang, rasanya macam guni buruk yang terendam di dalam bendang.

Ular ini lebih menyerupai belalai gagah dengan kulit yang kasar. Menurut ensiklopedia atas talian Wikipedia, kulit ular ini apabila diproses dipanggil karung. Mungkin kerana teksturnya kasar macam karung guni atau mengkuang.

Sekali saya tertangkap ular guni buruk betina. Apabila saya mengangkatnya keluar dari lumpur ia melahirkan berekor-ekor anak. Ular guni buruk adalah daripada kumpulan reptilia Ovoviviparity yang mengeram telur dalam kandungan dan menetaskan anak.

Kenali Ular Anda

Di sinilah ilmu, pengetahuan dan pengalaman penting. Apabila kita hidup dalam persekitaran yang ada ular, kita kena kenal jenis-jenisnya.

Jangan kita lari lintang-pukang sampai patah kaki dan tercabut gigi kerana terserempak ular belalai gajah, ular lidi, ular tikus dan ular air yang tak bisa, tapi mati terpatuk kerana tunjuk berani dengan ular tedung selar, ular tedung, ular kapak dan ular katam tebu yang sangat bisa atau dibelit oleh ular sawa.

Jangan sangka ular hanya ada di dalam hutan dan belukar di kampung, desa dan Rancangan Felda. Sekarang ini di bandar dan di padang golf pun ada ular tedung, ular sawa dan macam-macam jenis lagi. Saya tahu sebab banyak dah masuk rumah saya.

Ada orang beritahu saya, di Putrajaya pun banyak ular. Tak menghairankan. Tapak Putrajaya adalah ladang kelapa sawit. Di ladang kelapa sawit banyak tikus. Di mana ada tikus, di situ ada lah ular yang makan tikus.

Jadi saya tidak terkejut kalau di Putrajaya ada banyak ular. Ini terbukti apabila seorang kawan saya – pembahas tetap blog ini – dipatuk ular tedung di Putrajaya pada suatu malam beberapa tahun lalu. Dekat-dekat mati sebab dua, tiga buah hospital yang dia minta rawatan tak ada penawar gigitan ular (antivenom).

Lain kali pembaca dan pembahas blog ini pergi Putrajaya, berhati-hatilah. Ada ular berbisa di Putrajaya. Oleh sebab Putrajaya masih ada ladang kelapa sawit dan paya “wetlands”, saya rasa ular sawa, ular tikus, ular kapak, ular air dan ular daun pun ada juga.

Di Kedah, orang yang berlagak pandai dan hebat tapi kosong di atas dipanggil ular air. Ular berbisa yang menyusur akar tidak akan hilang bisanya. Tapi ular air, panjatlah Menara Kembar Petronas pun tidak akan jadi bisa.

Lain kali kalau terjumpa ular di persisiran tasik Putrajaya dan ia lari daripada kita, itu mungkin ular air. Ular tedung pun lari juga, tapi tidaklah lintang-pukang macam ular air atau ular liar. 

Insya-Allah, kalau kita berilmu atau sedia belajar kita akan selamat daripada segala jenis ular. Malah kita boleh pelihara ular sebagai binatang kesayangan (pet) atau perah racunnya untuk diproses jadi penawar.

Pada macam zaman Firaun, mereka guna ular berbisa untuk bunuh musuh mereka. Cukup berkesan. Tak ada Peguam Negara, tak kira sepintar mana pun dia, boleh dapat 90 peratus bukti untuk tuduh si penjenayah.

Zaman dulu Wanita jelita dan ular berbahaya
Dalam agama Hindu pula, ular adalah antara haiwan yang “dipooja”. Ada tuhan orang Hindu namanya Manasa Devi atau Ratu Naga yang menyerupai ular tedung. Ia juga dikenali sebagai Vishahara – penawar segala racun. Dalam alam nyata, bertuahlah sesiapa yang ada wanita yang menjadi penawar segala penyakit dan masalah.


Tapi kalau tak berilmu dan tak berpengetahuan, ular guni buruk disangka lintah raksasa atau binatang ajaib. Itulah yang saya baca dalam Internet. Ada orang tak tahu jadi mereka sangka ular guni buruk adalah lintah besar atau binatang ajaib.

Lintah lain. Ia tak mematuk macam ular. Lintah hisap darah. Orang yang tak pernah digigit lintah atau pacat, tak sedar mereka digigit. Bila kenyang pacat dan lintah jatuh dengan sendirinya. Lepas itu barulah mangsanya sedar kerana rasa gatal dan bila diselidik, darah dah banyak keluar. Darah dari luka gigitan lintah lambat beku sebab telah disuntik kimia pencegah beku (anticoagulant) oleh haiwan itu. Jadi kita kena juga ambil tahu pasal pacat dan lintah takut habis darah kita kena hisap lintah darat.

Wallahuaklam.

Nota kaki: Terima kasih kepada pembaca blog yang menyapa saya di Restoran Ratha tengah hari tadi. Maklum balas saudara amat dihargai, khususnya berkenaan kebaikan tender terbuka. Saya ingin menekankan sekali lagi kepada beliau yang saya tidak ada kena mengena dengan TV3 sejak tahun 2000 lagi. Malah saya rasa saya tidak pun dialu-alukan di situ.

59 comments:

rahimlpp@yahoo.com said...

Y.Bhg Dato'@ Bermacam jenis ular dalam sawah padi dan kebun kelapa sawit ada tugas penting iaitu menghapuskan tikus yang menjadi mahklok perosak yang boleh memusnahkan hasil tuaian. Tetapi sebenarnya Dato' yang paling bahaya bukannya ular yang berbisa sebab ular hanya mematuk apabila terserempak atau digangui. Paling bahaya ialah sekumpulan manusia jahat yang bermuka-muka, hipokrit dan pemakan dedak. Kalau terserempak atas jalan antara ular berbisa dan manusia dari kumpulan ini elok kita lari secepat mungkin daripada kumpulan manusia jahat ini!.

iklas,
rahim

awang batuburok said...

Salam Dato,

Satu kiasan yang sangat mendalam.
Ular sekarang berkaki dan berpakaian yang berjenama untuk mematuk rakyat.

panglimo potaseh said...

Pak Kadir.

Saya tertarik dengan rangkap yang kata, kita perlu mengenali jenis ular yang ada dipersekitaran kita.

Dari cerita Pak Kadir, maka tahu lah saya ular ni ada tiga kategori. Satu ular mematuk dengan bisa membunuh, dua ular takde bisa tapi punya belit yang kuat juga boleh membunuh dan tiga ular tak de bisa.

Saya nak tanya Pak Kadir diantara ular satu dan dua mana lebih bahaya?
Kalau kita nak ketuk kepala ular tu, perlukah kita ketuk yang lebih bahaya tu dahulu?

Unknown said...

Good writing tok..thank for the info..very usefull..

Zed-85 said...

Sallam Dato'

Berkenaan dengan ular, agak kerap juga ditayangkan dalam siri National Geographic terutamanya mengenai ular tedung.

Walaupun ular tedung (Cobra) berbisa dan orang tak berani dekat, ada satu binatang yang suka makan ular tedung.

Binatang ini dinamakan "Indian Grey Mongoose". Tak tahu pulak apa sebutannya dalam Bahasa Melayu.

Binatang ini "Indian Grey Mongoose" akan serang berkali-kali dan setiap kali cuba mencari sudut "angle" yang terbaik dan kelemahan ular tedung.

Walaupun kena patuk berkali-kali dia tak putus asa dan terus serang terutamanya pada bahagian kepala ular tedung.

Kalau ikut kata perpatah melayu, "Membujur lalu melintang patah, lawan tetap lawan".

Akhirnya setalah kena serang bertalu-talu, ular tedung pening kepala dan binatang ini baham kepalanya. Akhirnya, mati juga ular tedung itu.

Boleh jadi ada juga binatang lain yang boleh tewaskan ular tedung tapi setakat ini, saya rasa cara "Indian Grey Mongoose paling berkesan".

Abd aziz said...

Pak Kadir pernah dengar Ular cinta mani tak?

INDIGO said...

AKadirJ
Salaams

Pada macam zaman Firaun...

Biarlah saya berkeyakinan bahawa bagaimana Malaysia pandai membawa diri dalam membantu Arab Saudi menangani cabaran geopolitiknya sekarang dan di masa akan datang adalah kunci kepada kesejahteraan ekonomi orang Melayu di negara ini; tetapi saya beryakinan total Mohd Najib tidak akan dapat mengemukakan sebuah rancangan dan jauh lagilah sebuah wawasan yang boleh mendatangkan kebaikan itu dalam sebarang persidangan dengan Kerajaan Arab Saudi tanpa ada Tun Mahathir yang mengepalai rombongan Malaysia dan Tun Mahathir sendiri mempersembahkannya kepada Kerajaan Arab Saudi.

Pandai-pandailah che det bawa diri: the way forward is never breaking your head trying to break down a wall in front of you.

Jangan buang masa, che det.
I need you to negotiate a honorable treaty with the Saudis. Najib can never do it...

MAAF kena melayani perasaan diatas sebab-sebab yang saya sendiri tak faham yang timbul dari membaca coretan Dato.

Dalam kepala Marco Rubio President Donald Trump Vice-President!? Why not Bernie Sanders-Hilary Clinton??
Wallahuaklam.

Salam Takzim.


PutraKraken said...

YBhg Dato

Saya adalah pengikut setia blog Dato..namun ini adalah pertama kali saya memberi komen. Syabas dan terima kasih saya ucapkan kepada Dato kerana tulisan Dato yang sentiasa mencetus pemikiran rakyat agar memahami keritikan dan seterusnya mengkeritik dengan lebih matang dan penuh santun.

Saya kagumi cetusan dan kiasan Dato yang begitu tajam kadangkala sinis namun selalunya memang tepat sekali. Seperti juga yang di kasihi Tun Mahathir, walaupun kadang hanya dengan sepatah perkataan namun ia mengandungi seribu makna.Saya amat kagum dengan manusia sebegini.

Menyentuh tulisan Dato kali ini,saya nak tergelak pun ada namun saya faham apa yang sebenarnya Dato maksudkan. Begitu tajam sekali terutamanya tentang banyaknya ular di Putrajaya. Memang banyak ular disana...sampaikan ada yang pergi haji..sponsor pulak tu.

Terima kasih Dato..sebenarnya kami rakyat Malaysia teramat rindu dengan kata-kata dari pemimpin yang penuh wibawa. Malaysia benar-benar ketandusan pemimpin yang sedemikian. Dimanakah mereka ini...Bangkitlah dan laungkanlah kata-kata semangat untuk rakyat mengharungi kemelut tika ini.

Satu perjuangan BERANI KERANA BENAR...

Zalman A said...

"Zaman dulu: Wanita jelita dan ular berbahaya"

Zaman sekarang: Wanita (hem hem) = ular berbahaya

adion said...

Penulisan yg amat dalam maknanya dari orang yg berpengalaman dalam bab politik umno.

Ayam ayam pemakan dedak perlu berhati hati dengan ular ular mahupun lintah lintah yg sentiasa menunggu mangsa...

sukasamasuka said...

Datuk.

Rupa rupa nya ada juga sifat kita manusia ni yang macam ular. Terima kasih Cikgu!

Ricesaffron@gmail.com said...

Assalamualaikum Datuk ,, ini kali pertama saya beri komen pada blog Datuk,,,
Betul datuk kata kalau kita berilmu dan pandai kita boleh jadi kan ular sebagai pat,,
Dan saya fikir kalau kita ada duit kita boleh jadi kan ular sebagai hamba kita,,
Kita boleh lihat berbagai jenis ular yg menjadi hamba kepada org org yg berduit terutama tauke tauke cina
Datuk kalau pernah ke negeri Melaka ,, Datuk boleh liha ular berkeliaharan di sana sini,, dan ada kawasan2
Perumahan yg di penuhi dan di diami oleh ular ular ,,,

Unknown said...

WAJAH JIWA

salam...

cerita tentang ular, teringat cerita seorang teman tentang seorang ulama sufi dr indonesia yg kasyaf. biar kita gelarkan sbg 'bapak' saja.

suatu hari, seorang politikus seberang mohon berjumpa dgn bapak. sepanjang pertemuan itu berlangsung, bapak cuma tunduk sahaja sehingga politikus itu bertanyalah kpd bapak;

"mengapa bapak tunduk dan tak mahu memandang aku?" lalu dijawab bapak;

"bagaimana aku mahu memandang sedangkan yg KULIHAT cuma ANJING"

bg yg kurang memahami dunia sufi, manusia ini secara umum punya DUA WAJAH. satu WAJAH JASAD yg dapat kita tatap di cermin hari2, dan satu lagi WAJAH JIWA. untuk memahaminya, saya ajukan pertanyaan ini;

Apakah perbezaan di antara MAYAT dan MANUSIA???

mayat punya mata, manusia juga punya mata, tetapi mayat tidak boleh melihat spt manusia. mayat punya telinga, manusia juga punya telinga, tetapi mayat tidak boleh mendengar, sedangkan manusia boleh mendengar. mayat punya kaki tangan sama seperti manusia, tetapi mayat tidak boleh berjalan. apa perbezaan antara keduanya??? ya, mayat itu sudah TIDAK MEMILIKI/DIPISAHKAN dari JIWA/ROH. dan itulah WAJAH KEDUA manusia atau juga dikenali sebagai WAJAH JIWA...

dikatakan di akhirat aka MAHSYAR kelak, ada manusia yang akan dibangkitkan sebagai ANJING, BABI, ULAR, dan pelbagai rupa dan bentuk lagi. semua itu tergantung pada amalan dan mungkin juga WAJAH JIWA. jadi tak mustahil kalau ada yg skarang yg kita kenal tampan, berkot bertali leher, gah dan bergaya, tetapi di mahsyar kelak tak ubah seperti ULAR GUNI atau TIKUS, atau LINTAH!!!

jom kita ramai2 berdoa semoga Allah melindungi WAJAH2 JIWA kita. takut2 skarg saya nampak datuk kadir kacak bergaya, kat mahsyar nanti... lagi BERTAMBAH HENSEM mudah2an,yer? hihi...

sukasamasuka said...

Datuk.

Rupa rupa nya ada juga ular padang golf yang suka masuk rumah Datuk. Mungkin jenis ular albino kalau warnanya putih macam bola golf. Aku tinggal dirumah kayu biasa pakai tiang kayu belian supaya binatang buas seperti ular tidak dapat naik. Ada rumah kayu ke diPutrajaya? Belum pernah ke sana....takut ular.

Unknown said...

Salam dato....
Saya peminat blog dato dan saya adalah penjual rempeyek depan nasi lemak tanglin tempat dato selalu minum tu....dato beli rempeyek jawa saya tu baruu saya komen tentang ular daeng marewah....he he..sikit gurau dato aa

sukasamasuka said...

Datuk.

Ular macam-macam jenis, tapi lintah satu jenis. Tapi aku rasa lagi banyak orang yang pernah kena gigit pacat/lintah daripada kena patuk ular sebab ular kita nampak, tapi pacat/lintah susah nampak. Aku belum pernah ke Putrajaya....takut ular....lintah pun ada juga disana ke! Kalau di gigit pacat/lintah, pakai tembakau daun rokok...benda tu akan jatuh dari badan....petua orang kampung. Cuba la try.

Joeharry said...

Salam dato',
Bagi yang ada minat dan wang, ular memang boleh dijadikan 'pat'. Walaupun ada ular yang tak berbisa atau yang telah dibuang bisanya tetap juga kebanyakan orang terasa takut dan geli untuk menyentuhnya. Bagi yang boleh memegangnya pula, biasanya akan diambil gambar sebagai kenangan atau dibuat pertunjukan. Mungkin orang yang boleh memegang ular ini ada perasaan bangga kerana tak semua orang boleh buat macam dia.

Fendi Ahmad said...

Yang kerjanya suka MENGULAR pun apa kurangnya. Mahu gaji mudah, duit mudah ... Jadi pemakan dedak. Ular-ular zaman sekarang makan dedak aduhaiii

1280 K Tmn Malik said...

DAKJ,

Ada spesis ular baru di area Putrajaya...

Ular Ponen .. dia tak patuk tapi guna ular2 lain tolong dia belit mangsa. Partner dia Ular Badak... ni spesis besaq Dato'.

sukasamasuka said...

Datuk.

"...ular guni buruk...primitif yang tidak berbisa...suka membenamkan diri di dalam lumpur sambil menunggu mangsa yang lazimnya ikan...kulit ular ini apabila diproses dipanggil karung"


Ular guni buruk makanannya ikan, bukan mangsanya. Ia kesawah mencari makan sebab disitu ada ikan. Kalau disawah tiada ikan, maka tiada la ular guni buruk. Manusia juga mencari makan bila turun kesawah, tanam padi untuk beli makanan dan pakai dan menyerkap ikan untuk makanan. Disini la titik pertemuan antara ular guni buruk dan manusia, dua mahkluk tuhan berbeza, tetapi hidup bersama-sama.

Ular guni buruk "berterima kasih" pada manusia kerana akalnya, bolih buat bendang sawah sedemikian cantik hingga ia bolih cari makan. Manusia juga harus "berterima kasih" pada ular ini sebab kulitnya bolih diproses jadi bahan keperluan seperti handbag, tali pinggang dsbnya.

Tetapi manusia bolih guna handbag kulit ular guni buruk sebagai dedak kalau harganya mencacah ribuan ringgit. Ada made-in-Kedah handbag begini?

Praxis said...

In ancient near eastern lore, it was God who tamed the sea serpent and brought order to the watery chaos. We don't have any better analogy for our battles and choices.

Abdullah Ngah said...

Rasulullah SAW perintah bunuhlah kala, jengking dan ular. kita tak patut dengan perintah itu, kononnya bisa ular boleh jadi penawar kepada manusia yang digigit ular. kalau dah kita bunuh mana lagi ada ular yang akan gigit manusia kini baru tahu akibatnya. maka jadilah yang terjadi sekarang.lalu minta raja raja melayu dan yang dipertuan agung campur tangan untuk selamat negara satu malaysia.Dah terlambat. nasi sudah jadi bubur.

Anonymous said...

Talking about snakes dato recently scientists discover how a harmless species of snake (scarlet kingsnake) mimics a poisonous species (coral snake) that has disappeared from a local area. What a clever strategy. So the scarlet king snake can go around pretending like its very poisonous scaring all the other animals especially its predators!

But the snake pretenders that we have in this country are not that smart. Instead of mimicking the smarter poisonous ones, they have the tendency to outdo each other in mimicking the stupider harmless ones. So they become more and more stupid!

sukasamasuka said...

Datuk.

Aku pernah nampak Putrajaya melalui mass media saja, belum pernah pula kesana. Kononnya tempat tu memang cantik dan modern dan canggih. Barangkali tempat macam begitu la lintah darat bolih makan ular guni buruk...ishishish...takutnya aku.

sukasamasuka said...

Datuk.

Aku dengar di Putrajaya tu ada tiga spesis lintah...."water" lintah, menyelam macam scorpene submarine...ada "land" lintah (lintah darat?), jalan naik unta...dan "sky" lintah, terbang kesana sini menghilang diri entah kemana....ishishish...dahsyatnya...

Dengar dengar juga ada spesis baru..."land sea air" lintah...lintah tiga alam la konon...jangan jangan yang ini makan orang...ishishish.

sukasamasuka said...

Datuk.

Biasa la kalau lintah hisap darah, itu makanannya seperti yang dijanjikan Allah Taala yang semua makhluknya ada dapat rezeki makan. Bila lintah menghisap darah sampai besar macam belon, mangsa dapat tau, marah lalu bunuh ia sampai mati berkecai. Lintah paling besar dalam sejarah manusia bertulis ia-lah dizaman firauan, hingga Allah Taala simpan mayatnya untuk manusia yang ada akal. Aku rasa di Malaysia, lintah besar mungkin di Putrajaya sebab ada paya dan kolam...kita tunggu kesudahannya...anak cucu akan baca sejarahnya...

Hal kisah, pada suatu masa yang lampau, ada dua ekor Lintah Bersiong diSinggahsana Putrajaya. Lintah Bersiong lelaki menghisap darah jenis GST dari mangsanya. Lintah Betina Bersiong pula suka memakai handbag handbag mewah dari kulit ular guni buruk hingga specis itu pupus.

sukasamasuka said...

Datuk.

Saya cadangkan kerajaan baru nanti membina sebuah museum, Museum Biologi Lintah Negara dimana spesies lintah dunia dipamerkan. Kerana kepakaran Datuk begitu luas dalam mengunakan binomial nomenclature system untuk menamakan specis, makanya saya cadangkan nama-nama specis baru lintah yang terdapat di Malaysia.

Ini contoh main main saja: Hirudo orientalis altantuya-shaariibuuC4
Hirudo medicinalis peningkepaladermaRM2.6bilioni

Maka dengan ini akan terkenal lagi la Malaysia dimata dunia. Kita akan dihormati dengan pancapaian scientifik sebegini.

Tinta Hitam said...

Datuk,
Bila negara diperintah oleh ular,skg Malaysia merana

safiai saad said...

I love your satire, even though I have not been not taking parts in the discussion but I do read your writing material.
eem eem, what next sdr Kadir
thanks have a nice day

Zalman A said...


There is no legal reason that can protect Najib.

From SWK article:

Paragraph three of the MACC Act defines gratification as “money, donation, gift, loan, fee, reward, valuable security, property or interest in property being property of any description whether movable or immovable, financial benefit, or any other similar advantage;”

In the same paragraph, an “officer of a public body” is defined as means any person who is a member, an officer, an employee or a servant of a public body, and includes a member of the administration, a member of parliament, a member of a state assembly, a judge of the High Court, Court of Appeal or Federal Court, and any person receiving any remuneration from public funds, and, where the public body is a corporation sole, includes the person who is incorporated as such.

Thus, Datuk Seri Najib Razak is deemed to be an “officer of a public body” by virtue that he is a member of parliament and prime minister of Malaysia.

Under section 16 of the MACC act, an offence is deemed to have taken place if any person either solicits, gives or receives any gratification as inducement or reward on account of any officer of a public body performing any matter of transaction in which the public body is concerned.

With these four paragraphs we can lay the facts in what seems as the most open and shut case in the history of the MACC Act.

Zalman A said...


The question is whether or not Apandi is exercising his power within the duty of responsibility to the country as laid out in his appointment letter?

We will not speculate but rather leave this important decision to His Royal Highnesses and the Conference of Rulers, in whose name Apandi serves as the attorney-general, and who had collectively issued a decree that the investigations into 1MDB be conducted in a fearless, open and transparent manner.

ku_seman said...

Ular di Wetlands Putrajaya saya tak bimbang kerana ular itu hanya rembat apa yang menjadi makanannya. Saya bimbang ular di Putrajaya yang bukan di Wetland. Sifat ular selain mematuk dan menyalurkan bisa untuk melumpuhkan mangsa, ular juga terkenal kerana suka membelit dan bergerak tidak pernah lurus. Maka barang siapa yang suka memberi kenyataan yang berbelit belit bolehlah dianggap sebagai spesies ular cuma bezanya berkaki sdangkan ular tidak berkaki. Sebab itu saya percaya di Putrajaya banyak ular dan bagi kita orang Melayu ular tidak memberi apa apa faedah pun. Sebab itu kalau jumpa ular kecuali ular ayaq dan ular tanah, pukullah sampai mati sebelum ia mematuk atau membelit kita. Ular ayaq dan ular tanah tidak jahat dan tidak bisa.

INDIGO said...

Kadir,
Salaams.

Jadi Mukhriz lintah kah ular kah?
Che det ular jenis apa atau lintah besar?

Saya snake charmer pewaris tongkat Nabi Musa Tok Ular pesan suruh tulis; dan sekiranya che det masih tak faham kenapa dia harus berusaha duduk bersidang dengan Raja Arab Saudi dan bagaimana ianya mesti dilakukan beliau sehingga Najib mesti akur maka eloklah KJ jadi DPM.

Hang ular kah lintah kah atau manusia bertaqwa, Kadir? Or just another bloodsucker?

Aku dari muslimiin.
Hang nak naik angin? Buatlah.
Nak kutuk aku? Buatlah.
Kalau che det kata boleh yakinkan Raja Arab Saudi eloklah bakar semak supaya mati semua ular dan lintah no?

You nak jadi stupid Kadir?
Buatlah.

Ingat I am a snake charmer kata Tok Ular.

Do your best. Che det ular kah mukmiin?



joetamchi said...

Ular tedung selar...nama d beri...
Kepala mengembang...amaran diberi..
Ular tedung Seluar...nama d bri..
mmmhhmmmhm...!
Bila dh patuk, Kadang bole mati..!





Aku said...

Kadiag, salaam.

Aku pon besa lalu kat Prang Besag Estet, lani depa pangge Putra Jaya. Nak elak bayag tol bila nak tuju ke Labu.

Ikut cerita, nama ni dibagi kerana tanah tu di anugrah kepada beberapa bekaih tentera British yg masih hidup lepaih perang dunia pertama. Ikut cerita juga, pekerja estet situ yg telah di ambik aleh, dah tunggu 15 tahun untuk di bagi perumahan baru tapi belum behase.

Jadi cerita (kiasan kod) ulag di Prang Besag Estet, laa ni depa pangge Putra Jaya munkin cerita lama. Wallahua'lam.

Aku.

sukasamasuka said...

Datuk.

Ular dan lintah bukan jenis mahkluk fauna yang suka bersosial macam monyet atau anjing. Bukan juga mereka ini anti-social.

Dalam mistik orang Melayu, ular ada penunggunya. Mungkin kepercayaan ini ada-lah saki baki kepercayaan agama Hindu yang pada suatu ketika dulu dianuti olih orang Melayu sebelum kemasukan Islam seperti dalam tulisan Datuk "ular adalah antara haiwan yang “dipooja”. Ada tuhan orang Hindu namanya Manasa Devi atau Ratu Naga yang menyerupai ular tedung."

"Dalam alam nyata, bertuahlah sesiapa yang ada wanita yang menjadi penawar segala penyakit dan masalah."...salah seorangnya ada-lah "ibunda kita" Tun Siti Hasmah...moga2an beliau sentiasa sihat walafiat.

sejati said...

Dato.


I once read that 'a snake in a zegna suit would still be a snake..'. We need someone with seruling bambu to lure these ' ular2'. Malangnya dan nampak gayanya, ular2 ni x makan saman lagi. Tapi kalau selalu sgt bagi kenyataan terbelit2 , saya tak heran kalau semua ular2 ni terbelit diri sendiri. Datuk, mungkin sudah sampai masanya skuad penangkap ular kita 'step up their measures'..

sukasamasuka said...

Datuk.

Aku ingat lagi Datuk ada tulis suka makan direstoran Raju di Petaling Jaya...ada penulis disini kata Datuk suka makan di kedai nasi lemak tanglin. Sejak bila Cina pandai buat nasi lemak? Mesti sedap kalau Datuk suka makan disitu. Jauhnya kuala lumpur dari pondok aku ni.

sukasamasuka said...

Datuk.

Bangau oh bangau
Kenapa engkau kurus
Macam mana aku tak kurus
Ikan taknak timbul

Ikan oh ikan
Kenapa kau tak timbul
Macam mana aku nak timbul
Rumput panjang sangat

Rumput oh rumput
Kenapa panjang sangat
Macam mana aku tak panjang
Kerbau tak makan aku

Kerbau oh kerbau
Kenapa tak makan rumput
Macam mana aku nak makan
Perut aku sakit

Perut oh perut
Kenapa engkau sakit
Makan nasi mentah

Nasi oh nasi
Kenapa engkau mentah
Macam mana aku tak mentah
Kayu api basah

Kayu oh kayu
Kenapa engkau basah
Macam mana aku tak basah
Hujan timpa aku

Hujan oh hujan
Kenapa engkau turun
Gimana aku ngak turun
Katak panggil aku

Katak oh katak
Kenapa kau panggil hujan
Nenek aku kata ular nak makan aku
Kena panggil hujan

Ular oh ular
Kenapa kau makan katak
Macam mana aku tak makan
Memang makanan aku

sukasamasuka said...

Datuk.

Lintular ada-lah satu species haiwan dimana lintah menjelma menjadi ular disebabkan termakan ilmu hitam. Haiwan ini duduk diam-diam menghisap darah manusia sebagai mangsanya terutama sekali manusia-manusia yang duduk se-meja dengan dia hingga manusia-manusia ini jadi bangkai bernyawa, hidup tidak mati pun tidak. Lintular ini pandai mengular hingga orang bolih percaya dia bukan menghisap darah tetapi hanya menerima derma sedekah dalam bentuk darah untuk kebaikan penderma. Lintular ini hidup di enam alam berbeza: laut, air sungai, darat, dalam lumpur/paya, atas pokok dan terbang. Mengikut cerita mitos orang-orang tua dulu kala, lintular ini akan disunat pakai bambu tajam disuatu perkampungan di Sungai Buloh. Ini cerita dongeng saja macam Singapura dilanggar todak.

sukabaca said...

Aslmkum DAKJ,
Interesting benar tajuk2 yg Dato tulis. Kali ini pasal ular sgt menarik. Sy sendiri 3-4 kali baca masih boleh mengukir senyum di bibir. Dalam komen2 dari pembaca blog Dato, sy merasa malang betul nasib ular yg menjadi perbandingan dgn ular di Putrajaya. Kerana ular2 biasa disebabkan lapar mereka mencari mangsa untuk di makan. Cukup untuk mengisi perut yg lapar. Cara jln nya bengkang bengkuk pula kerana sifat badan nya yg sedemikian. Tetapi ular jadi jadian di Putrajaya berdekatan dgn wetland pula melebihi sifat ular biasa. Yakni spt tak pula kenyang2 dan berkaki tetapi berbelit2 dan berbengkang bengkuk melebihi had. Kalau zaman dulu ada cerita nenek moyang tentang haiwan jadi jadian ini. Setiap kali di akhir cerita tersebut nenek sy selalu tamatkan dengan ... akhirnya ular jadi jadian itu mati dibunuh oleh seorang panglima yg gagah berani. Setelah itu tenang dan lena sy tidur kerana ular yg jahat itu tiada lagi dan sy rasa selamat di tilam kekabu nenek.

tebing tinggi said...



Salam Datuk AJK,

Apa kata blog Datuk ini ada ruang untuk 'reply' antara pengunjung, mungkin ianya lebih menarik lagi .

Saya mohon untuk mecadangkan .

Nawawi Husin said...

salam dato,
mengenai ular di putrajaya tu, kalau terserempak dengan ular dengan "orang-orang"; bedal "orang-orang" tu dulu kalau nak selamat. walla'hualam

joetamchi said...

Ular tedung Seluar..
Bila patuk... Ada yg mati dibalas bini

sukasamasuka said...

Datuk.

Lintular itu jelmaan lintah jadi ular sebab termakan ilmu hitam.

Ulalintar pula jelmaan ular jadi lintah sebab termakan dedak. Dedak yang toksik menyebabkan haiwan terancat akal, lalu mematuk empuannya sendiri sampai mati. Itu kesilapannya, sebab mayat empuannya sudah tiada darah. Lalu ia pun mati bersama empuannya.

Tetapi, sebelum mati, empuan nya sempat juga bertanya "kenapa kau patuk aku, bodoh?". Ulalintar dengan sombongbodoh menjawab "it's my nature".

INDIGO said...

AKadirJ,

You mentioned you have seen quite a lot of Malaysian politics and you are wary of it - if not a sceptic old goat.

Do you really believe what you said about two party system?

Is it true that this UMNO is a new party with an old name borrowed?

Do you think there is any iota of truth in what rpk said in his Malaysia Today?

Do you think Ali and Muawiyah read or understood Surah Hujurat or any of the sahabats ra.?

I do hope the khatib wont be repeating his sermon today about tabaiyun and making it three weeks in a row.

Do you think the likes of Jho Low and his best buddies could not have learnt a thing or two from 1MDB' TSNorMY? I can't say if I had mentioned that one should ask TSNorMY of this matter to you regarding 1MDB money flow and investment trails especial in the Americas.

The questions of bloodsuckers serpants two party system and rejuvenation is a bit too much for me what with millions of refugees stranded in Europe and Jordan Iraq and Palestine.

Do you think the teachings of the AlQuran are still applicable now, Kadir?


Maaf I still am an apprentice at best.
Wallahuaklam.

A KADIR JASIN said...

1.Alhamdulillah, ular guni buruk/belalai gajah ada lagi. Ini yang orang kampung maklumkan kepada saya. Semalam balik kampong. Kata mereka, ular itu ada dalam sungai dan paya.

2.Kejadian pecah rumah dan romapakan di jalan raya (highway robberies) makin menjadi-jadi. Tanda ekonomi semakin teruk dan keselamatan rakyat jelata semakin tidak terjamin. Tak hairanlah orang besar tambah kewalan keselamatan mereka. Keselamatan rakyat lain cerita.

3. Anak saudara kahwin. Sebagian rombongan pengantin lelaki dari Klang berpatah balik apabila dimaklumkan rumah mereka dipecah masuk.

4. Anak saudara di Sungai Petani, bekas pegawai TLDM, pun menderita kecelakaan yang sama. Rumahnya di Padang Golf Cinta Sayang dipecah masuk masa mereka keluar makan.

5. Baca dalam facebook banyak berita buruk macam ini tapi PDRM kata KPI mereka naik. Inilah yang buat rakyat jelata tidak percaya dan marah.
6.Silap-silap negara kita boleh jadi negara penyamum, penyangak dan lintah darat.

7. Kalau berkesempatan dan terigin baca cerita dari desa, ada saya catatkan dalam pojok Kunta Kinte Original dalam Berita Harian hari ini.

Wallahuaklam. Terima Kasih.

sukasamasuka said...

Datuk.

"5. Baca dalam facebook banyak berita buruk macam ini tapi PDRM kata KPI mereka naik. Inilah yang buat rakyat jelata tidak percaya dan marah."

KPI PDRM ada-lah KPI salah...KPI siok sendiri.

sukasamasuka said...

Datuk.

"6.Silap-silap negara kita BOLEH JADI negara penyamum, penyangak dan lintah darat."

SUDAH JADI, Datuk...SUDAH JADI...bukannya boleh jadi sebab zaman Datuk ular guni buruk/belalai gajah diam-diam membenam dalam sawah/paya mencari ikan....sekarang haiwan tu sudah berpindah ke alam baru di "dalam sungai" yang berbeza daripada keadaan sawah/paya. Dalam sungai, bukan senang ular itu mau tangkap ikan dalam air sungai, kecuali ia "sudah belajar" cara baru. Kalau ular tersebut boleh berubah, maka manusia juga boleh berubah jadi "penyamum, penyangak dan lintah darat", tanpa segan silu.

KPI PDRM sudah re-classified "penyamum, penyangak dan lintah darat" sebagai "peminta derma/sedekah yang kurang sopan". Pandai kan si Apandi menasihat si Kassim.

Unknown said...

the first method for estimating the intelligence of a ruler is to look for the men he has around him-niccolo machiavelli-

jumbeaux said...

Salam Datuk

Saja saya nak menambah cerita. Dalam lagu rakyat Bangau Oh Bangau di mana pengajarannya manusia ini suka menyalahkan orang lain dari diri sendiri, ularlah punca segala-galanya. Tetapi sekurang-kurangnya ular dalam lagu ini mengaku memang katak itu makanannya.

Zed-85 said...

Sallam Dato'

Persoalan yang kita perlu tanya kenapa negara kita ramai yang jadi mangsa patuk dan belit ular. Negera maju yang lain tidak pula banyak kes orang kena patuk ular.

Di negeri Kedah, baru-baru ini khabarnya ada orang yang sudah kena belit ular sawa.

Kadang-kala ular sawa dah sampai tua dan cukup kenyang tapi masih lagi belit.

Saya pernah terbaca Tuan Guru Nik Aziz ada beritahu, "Jangan kita kena patuk ular dalam lubang yang sama kali kedua"

Pandangan saya, kalau kita hendak harapkan ular bertaubat dari patuk dan belit, memang tak mungkin. Memang semulajadi ular dijadikan demikian.

Kalau ular hendak bertaubat dari patuk dan belit mangsa, saya tidak fikir ular boleh bertahan.

Yang menjadi punca masalahnya adalah salah manusia sendiri, dah sudah kena patuk, masih lagi tidak sedar.

Saya pernah nyatakan, masalah orang melayu sebenarnya ramai yang jauh ketinggalan dalam ilmu pengetahuan.

Hanya orang berilmu sahaja yang boleh membuat pertimbangan yang betul dalam banyak perkara dan boleh bezakan yang mana ular berbisa, yang mana lintah, yang mana ayam, yang mana musang dan yang mana musang bulu ayam.

sukasamasuka said...

Datuk.

"4...Rumahnya...dipecah masuk masa mereka keluar makan."

Allah Taala bagi makanan pada haiwan ular, pacat dan lintah serta ulat dibatu sebab mereka ada-lah makanan dalam "food chain".

Manusia dibagi akal supaya tidak jadi bahan makanan dalam "food chain". Tetapi, ada manusia yang mencari mangsa nya bila manusia lain keluar makan atau keluar cari makan. Yang sedihnya, ada pula yang sudah bergelar Datuk, Haji atau berpangkat Pengerusi yang berani mencari mangsa dari kalangan yang lemah dari mereka, seperti anak yatim piatu, balu dan orang miskin.

Sejahat-jahat ular dan lintah, mahkluk ini makan kerana untuk hidup, bukan nya "membunuh" sewenang-wenangnya, beria-ria atau berfoya-foya menyalah-gunakan kuasa yang diamanahkan. Itu la beza-nya antara haiwan dengan manusia.

Hanezam said...

Di bawah demokrasi dedak, ular-ular diangkat menjadi pemimpin dan undang-undang cukainya lintah penghisap darah rakyat

xairlinepilot said...

Anak dan bapa semua nak nak minum nenen
Tak boleh buat keja lah cik puan rosnah
Dapat PM walau semacam Ponen
Tapi habis ekonomi negara di pandai memusnah

A KADIR JASIN said...

1. Terima kasih kerana terus bertukar-tukar fikiran.
2. Mohon maaf tak ada post baru. Tak berapa sihat. Cuaca sekarang membebankan, khususnya ke atas orang tua.
3. Semalam di majlis kenduri kahwin bertemu TPM. Beliau kita beliau hormati hak saya sebagai penulis.
4. Saya kata, terima kasih kerana bersetuju untuk tidak bersetuju.
5. Insya-Allah bukan sekadar manis di bibir saja. Wallahuaklam

BiruBiruan said...

Salam DAKJ

- Semoga Datuk panjang umur n sihat2 selalu.
- Kadangkala terasa kerdil je saya ni melihatkan semangat Datuk dan Tun demi menegakkan kebenaran.
- Saya ni, nak tandatangan petition YB Rafizi pon risau takut diapa-apakan, tapi gagahkan jugak tandatangan. Harap-harapnya terkesan juga lah walau sedikit

p/s: dah berapa banyak kali si dia tu ke USA? kononnya nak berjimat cermat. tak payah karpet merah konon. takde karpet merah pon apa guna kalau duit habis dibazirkan ke tempat lain? Zaman moden ni, kena lagi ke berjalan kesana kemari? kalau penting sangat pon, hp kan ada, internet dah laju, skype pon dah ada. Dia berjalan pon bukannya guna air asia atau malindo...pak guard dia pon dah berapa orang...nama pon lawatan kerja - mesti tak guna duit sendiri or duit umno. Rakyat Malaysia jugak yang tanggung....

Yo geng pemakan dedak. Kita nak spin macam mana pasal ni? apa kata kita spin kata pemergiannya demi mencari pelaburan asing.. Tak pon, demi memenuhi jemputan rakyat Malaysia di perantauan...

sukasamasuka said...

Datuk...banyakkan la berehat...posting baru tu bolih buat bila bila masa...perjuangan kita belum selesai.

INDIGO said...

AKadirJ
Salaams.

Take good care of your health and go see the,a good doctor when you have to. Maybe talk about SRCI or Shell Refineries.

Have a good laugh whenever you can and laugh for the right reason.

Bill Clinton said you cant be too sure of the facts when you are making a revolution.

The funny thing is that Democrats have a pair of old geezers running for president and trying to connect with the young voters.

GOP has Rubio and Trump; but Cruz will disagree.

However, the more important question for me is will Puncak control Bank Muamalat or MBSB?

Salam takzim.



About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).