Wednesday, March 02, 2016

Peranan Raja-raja Selamatkan Malaysia


A Kadir Jasin

PADA 1 Mac, akhbar New Straits Times melaporkan Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah, sebagai berkata rasuah adalah satu isu yang sangat penting yang perlu ditangani dengan rapi oleh kerajaan dan agensi berkaitan.

[PERINGATAN: Komen guna “Anonymous” tidak akan disiarkan. Sila guna Google Account atau Name/URL. Boleh pakai nama samaran.]

Baginda berkata di majlis Utusan Business Award bahawa agensi yang bertanggungjawab menghapuskan rasuah wajib mengambil tindakan tegas terhadap sesiapa saja yang melanggar undang-undang.

Ini Sultan Nazrin yang titah dan NST yang laporkan. Ramai tahu perhubungan akrab Sultan Nazrin dengan keluarga Perdana Menteri (Datuk Seri Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone) Mohd Najib bin Abdul Razak dan hakikat bahawa NST adalah "milik" Presiden Umno.

Sultan Nazrin mahu tindakan tegas terhadap pelaku rasuah
Bertitik-tolak daripada laporan di atas, izinkan saya mengemukakan beberapa pertanyaan dan mengulas ringkas.

Tetapi sebelum itu, benarkan saya memberi peringatan kepada para pembahas budiman bahawa tajuk ini amat sensitif kerana membabitkan Raja-raja. Jadi saya mohon agar berhati-hati dan ambil maklum aplikasi Akta Hasutan, Kanun Keseksaan, Akta Multimedia dan menghina raja (lese majeste).

Pertanyaan saya:

1. Adakah Raja-raja Melayu puas hati dengan reaksi pentadbiran Mohd Najib terhadap titah perintah para duli tuanku mengenai 1MDB?

[Awal Oktober lalu Raja-raja Melayu mengeluarkan kenyataan menitahkan supaya penyiasatan kes 1MDB diselesaikan segara dan tindakan sewajarnya diambil ke atas semua yang didapati terlibat. Hampir lima bulan sudah berlalu. Dalam tempoh itu, Peguam Negara (Tan Sri) Abdul Gani Patail ditamatkan perkhidmatan atas alasan beliau sakit dan tidak boleh menjalankan tugas. Tidak ada “Medical Board” dipanggil. Tetapi Abdul Gani cukup sihat sehingga boleh membuka syarikat guaman sendiri. Pengganti beliau, (Tan Sri) Mohamed Apandi Ali, dilantik dalam suasana yang mencurigakan.]

2. Apakah para duli tuanku berpuas hati bahawa Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong telah diberikan maklumat yang sah mengenai kesihatan Abdul Gani apabila baginda bersetuju dengan kerajaan untuk menamatkan tempoh perkhidmatan Abdul Gani sebelum cucup tempoh?

Adakah Raja-raja diberikan maklumat palsu?
[Kita khuatir Yang di-Pertuan Agong, sebagai wakil Raja-raja, telah dipersembahkan maklumat yang tidak tepat mengenai kesihatan Abdul Gani.]

3. Adakah para duli tuanku bersetuju dengan apa yang telah terjadi kepada penyiasatan ke atas 1MDB sehingga kini, khususnya tindak-tanduk Apandi membatalkan, melambatkan dan menolak hasil siasatan ke atas 1MDB?

4. Apakah kebimbangan Raja-raja Melayu mengenai Akta Majlis Keselamatan Negara sehingga menyebabkan para duli tuanku menitahkan Peguam Negara supaya melakukan penapisan (refiment) ke atasnya?

[Pakar-pakar perlembagaan dan perundangan berkata akta itu memberi kuasa mutlak kepada Perdana Menteri dan agensi-agensi pelaksana (polis dan tentera) mengisytiharkan kawasan darurat dan memberikan kekebalan kepada mereka dalam menguatkuasakan akta itu.]

5. Berkenaan 1MDB, akaun peribadi Mohd Najib dan dakwaan pemesongan RM42 juta wang SRC International Sdn Bhd, tidakkah boleh Raja-raja Melayu menitahkan agar sebuah Suruhanjaya Penyiasat di-Raja ditubuhkan bagi mengambil alih semua tugas menyiasat tiga isu itu?

6. Akhir sekali, adakah Raja-raja Melayu sehati sejiwa bersama rakyat jelata menyelamatkan Malaysia?

Masanya sudah sampai bagi setiap warganegara Malaysia - daripada Raja kepada rakyat totok, tanpa mengira agama dan bangsa, parti dan ideologi – bersatu hati menyelamatkan Malaysia secara sah, aman dan bertamadun.

Wallahuaklam.










67 comments:

Ahmad Zaki Ismail said...

Datuk Kadir, saya menyokong ujaran datuk. Sebenarnya sejak dulu lagi saya merasakan hanya Raja-Raja dapat menyelesaikan kemelut negara. Terima kasih.

abrarmujahideen said...

Tambahan..apakah majlis raja2 rela ditipu hidup2 oleh pihak yg mentadbir negara utk Yang diPertuan Agong sendiri?

Unknown said...

salam datuk dan semua pembaca budiman,

dari sumber-sumber yg saya dengar saya sendiri, raja-raja melayu sememangnya mengetahui dengan JELAS tentang keadaan negara. tetapi, dek kerana terlalu cintakan rakyat dan tanahairlah, mereka sekaliannya mengambil keputusan untuk bertindak cara lembut, halus, dan damai, dengan mengikut 'SOP' dan lunas2 undang2 sedia ada negara.

MALANGNYA, ada sebilangan pemimpin dan golongan para pengikut buta (buta mata, buta hati, YOU KNOW WHO) yang mengambil kesempatan di atas sikap lembut, damai dan toleransi raja-raja melayu dengan memanipulasi undang-undang dan segala jentera kerajaan yang ada demi kepentingan. ada Peguam Negara dipecat, yang terlibat dan bertanggungjawab menyiasat dipindahkan, ditukar, dan sebagainya lagi.

dari cerita yang saya dengar, baginda sekaliannya bimbang sekiranya pendekatan yang keras digunakan, rakyat akan turut sama memberontak sehingga menimbulkan suasana atau tragedi hura-hara yang tidak terkawal dan diingini. keadaan yang demikian pastilah akan membawa kesan buruk pada negara dan pada rakyat itu sendiri. raja-raja melayu kita sudah sedia maklum dengan sejarah ratusan tahun masyarakat melayu itu sendiri, seperti kata Allahyarham USMAN AWANG dalam bahagian dari puisinya berjudul;


MELAYU

Melayu itu orang yang BIJAKSANA
nakalnya bersulam jenaka

watak Melayu MENOLAK PERMUSUHAN
SETIA dan SABAR tiada sempadan
tapi jika MARAH tak nampak telinga
MUSUH DICARI KE LUBANG CACING
tak dapat tanduk telinga dijinjing

rasanya datuk dan rakan taulan semuanya sedia maklum, perkataan yang kini tercatat dan diiktiraf di dalam KAMUS OXFORD dan kamus-kamus antarabangsa lain iaitu;

"AMOK"

berasal daripada perkataan melayu yang juga menjadi perlambangan kepada SALAH SATU dari SIFAT MELAYU itu sendiri.

dan dari pembacaan dan pemahaman saya sendiri (saya juga seorang Melayu), itulah sifat atau 'ALTER IDENTITY' bangsa Melayu yang tersembunyi di dalam diri setiap yang bergelar Melayu. walaupun tersembunyi, tetapi apabila terkeluar, akibatnya....


Datuk dan Tuan/Puan fikirlah sendiri...


dari cerita yang saya dengar, itulah KEBIMBANGAN SEBENAR raja-raja kita. demi sesungguhnya, Allah lebih mengetahui...

tebing tinggi said...



Disini kabur disana kabur

Dikanan kabur dikiri kabur

Ku renung kebawah yang nampak hanya bumi tempat ku berpijak

Ku dongak kelangit

langit terang benderang saolah-olah memberikan ku harapan

Tidak perchaya aku

Kutoleh kekiri dan kanan ku masih lagi

Masih kabur

Kemana aku harus meminta

Pada Allah yang Maha Esa mereka berkata

Ya aku tahu itu tempat sebaik-baiknya

Wajarkah aku kalau hanya menadah memohon tampa usah



tebing tinggi,




PutraKraken said...

Salam Datuk

Raja-raja melayu adalah benteng terakhir rakyat terhadap kezaliman pemimpin negara.Semestinya duli-duli tuanku bertindak demi kepentingan Rakyat Bangsa dan Tanahair.
Raja-raja kita bukan tidak berpelajaran...tapi dek kekangan perlembagaan mereka terikat. Namun...kita sebagai bangsa yang bertamadun dan tinggi maruah...sepatah Raja bertitah...kita faham maksudnya...malangnya pepimpin kita seolah-olah memandang sepi titah Raja-raja...boleh dianggap ketahap menderhaka....

Raja-raja pun manusia seperti kita...insan makhluk Allah...yang bila mati tiada lagi berbeza di sisi Allah kecuali taqwa dan amalannya. Namun di dunia ini Raja-raja punya tanggung jawab terhadap rakyat...sama juga pemimpin..makanya semakin besar tanggung jawabnya semakin berat soalan diakhirat nanti......

Kepada Raja-Raja, saya berharap tunaikanlah tanggung jawab agar rakyat terpelihara dari kezaliman pemimpin dan Maruah Bangsa dan Tanahair ditebus kembali.

Amiiin...

nothing to hide said...

Datuk.

Personally I don't see any reason why a royal commission should be set up to investigate this idiot's doing. Ultimately it is the AG who has the final say whether or not the idiot can be handcuffed or not. Setting up a royal comm would sideline the macc. We don't need another agency to look into the matter. What we need is an ag who is not a disgrace to the office. The other idiots heading other agencies who are sissys should be retired or shunted and replaced with those with spines. I believe a strongly worded statement by the majlis raja raja to the ag would put some senses into him. Carpeting him would be better.

Ehsan said...

As salam
Saya tak nampak keperluan untuk Najib di paksa turun.
Yang saya nampak jelas hanyalah dendam Tun M terhadap Najib kerana dia (Najib) adalah satu2 nya ahli politik di Msia yang masih gagal Tun M kecundangkan.

Saya tak mudah tertipu oleh permainan Tun M.

Pakcik said...

Mohon tanyakan jugak kenapa PM selalu sgt ke Arab Saudi?

Mahawangsa said...

Datuk,

Kami sekelian berterima kasih - the bell has tolled. Waktunya sudah tiba.
Rakyat Malaysia selama ini cenderung terhadap kepentingan masing masing. Zaman bertamak sudah kita tinggalkan.

Kini waktunya rakyat marhaen Malaysia ingin bertanya:

Kenapa kamu ?
Apakah jasa kamu yang melangit ?
Sahingga rakyat perlu membersihkan duli kamu yang kotor, dengan titik peluh kita
Jelas benar: yang megeruhkan tanah air suci ini: kamu

Yang menzahirkan: kami

Cukuplah cukuplah

Waktunya sudah tiba
Sudah lewat malam tragedi ini
Tok Dalang, waktunya sudah tiba
Undurlah
Undurlah

Joeharry said...

Syabas..pendapat yang satu dalam seribu. Malaysia adalah negara demokrasi jadi anda perlu mengikut kehendak 999 yang majoriti.

Cahaya Al Majid said...

Salam Dato.istana dan Raja Raja Melayu sudah terangkum dalam Akta MKN . Apa apa cobaan dari keluarga YTM dan Sultan terhadap kelangsungan Pemerintah bakal dikenakan tindakan dlm Akta tersebut. Kini Raja terpaksa tunduk kepada PM atau parti pemerintah. Baca dan fahami Akta tersebut. Semua dan kena check mate.

Unknown said...

salam...

'posting' ini khusus untuk Ehsan 6.55 PM

'Lailaahaillallah.... Astagfirullahal Adzim'

itulah rangkap PERTAMA yang terkeluar dari lidah saya sebaik selesai membaca 'posting' anda

"macam ini punya orang pun ada lagi" getus saya di dalam hati

luahan ini jujur dan ikhlas atas apa yang terjadi. selebihnya anda fikirlah sendiri. tak guna anda 'bash' atau menghamun saya, kerana saya sudah cukup umur dan boleh mengundi...

UNDI ITU RAHSIA. hihihi...

MOKHTAR said...

Salam Datuk,

Diantara tugas2 tuanku ialah meng'yes' kan apa yang di nasihatkan oleh PM/MB..nothing more..

Nick Syam Fitrie said...

Saya menyokong agar Majlis Raja² meminta kerajaan menubuhkan Suruhanjaya DiRaja untuk menyiasat isu 1MDB & derma 2.6b dlm akaun Najib.

Malaysian Cybertrooper said...

Tapi sayang anda mudah terperdaya dengan "derma" 2.6 billion (yang sekarang ini mencecah 4.3 billion sekiranya diambil kira kenyataan WSJ terbaru).

Zed-85 said...

Sallam Dato'

Mengikut bacaan saya, selepas kita merdeka dari British, jawatan Peguam Negara dilantik oleh Yang Dipertuan Agong, sepertimana artikel 145(1) Pelembagaan.

Pada tahun 1960, ada pindaan yang dibuat di mana pindaan perlembagaan (1960) Peguam Negara di lantik oleh YDPA atas nasihat Perdana Menteri. Sepertimana kenyataan bekas hakim Rayuan baru-baru ini, perkataan "nasihat" mengikut undang-undang bermakna nasihat yang diberikan oleh PM perlu dilaksanakan. Sekiranya, PM bercadang memecat Peguam Negara, ia berkuasa penuh untuk melakukannya.

Ini menimbulkan persoalan tentang kebebasan peguam negara daripada pengaruh eksekutif kerajaan sepertimana yang disebut dalam "Shawcross Doctrine" oleh Lord Shawcross dari Britain.

Saya rasa amat ramai orang yang keliru tentang kuasa Raja, PM dan Parlimen di dalam Malaysia.

Umpamanya dalam soal bil atau undang-undang baru diperkenalkan di dalam Parlimen. Undang-undang baru ini perlu mendapat pertujuan YDPA. Namun sekiranya selepas 30 hari tidak mendapat persetujuan raja, ia dianggap sudah lulus dan boleh digunapakai dalam kerjaan.

Sebagai contohnya undang-undang baru Akta Majlis Keselalaman Negara yang man membenarkan PM mengisytiharkan darurat. Mengikut fahaman saya (sekiranya salah, harap diperbetulkan) , sekiranya YDPA tidak setuju setelah 30 hari, ia masih juga akan menjadi undang-undang.

Mengikut bacaan saya juga, di dalam negara Filipina, jawatan Presiden hanya setakat 2 penggal iaitu 8 tahun. Walaubagaimanapun, Presiden Marcos mengishtiharkan darurat di Filipina dan memerintah filipina lebih 20 tahun.

Oleh itu, bagi saya, tindakan Tun M untuk membuat satu gerakan "selamatkan Malaysia" adalah baik supaya adanya "check and balance" dalam negara kita.

pemikir said...

Salam Datuk,

Saya tertanya, adakah Raja Melayu mempunyai kuasa lagi? Kalau ada, diharap kebawah duli baginda semua dapat mengambil tindakan yang sewajarnya demi menyelamatkan Negara ini dari habis di kikis oleh kuku besi dan menyelamatkan Negara ini dari menjadi padang jarak padang tekukur.

Pertembungan antara Melayu semakin besar, biarlah sebelum menang menjadi arang atau kalah menjadi abu, ke bawah duli raja raja melayu memberikan satu tindakan yang meyakinkan orang orang melayu bahawa dibawah naungan daulat Tuanku semua, negara ini akan bebas dari cengkaman kepimpinan yang rakus dan berat sebelah.

Masih teringat bagaimana Sultan Selangor dengan tegas dan bijaknya menolak permohonan PKR mencalunkan Wan Azizah menjadi MB Selangor.

Masih terkenang bagaimana Paduka Sultan Perak melantik MB baru Negeri Perak Dr Zamri Abd Kadir menggantikan Nizar Jamaludin yang kehilangan majoriti.

Dan amat menghormati keputusan Jemaah Sultan Kedah yang mengambil inisiatif menyiasat samada YB Mukriz masih mempunyai sokongan majoriti di DUN Kedah untuk mengekalkan nya sebagai MB Kedah.


Daulat Tuanku.

Terima kasih Dato. Wassalam.

Labu said...

Bhodho.

Unknown said...

Salam Datuk,

500-600 tahun dulu, sultan dan raja betul2 berkuasa dan berpengaruh. Tidak ada siapa yg boleh persoalkan keputusan, arahan dan tindak tanduk mereka.

Ada satu cerita di mana ada satu sultan yg zalim, hingga dia menyurh perdana mentri nya tangkat seorg wanita hamil yg telah mengambil dan makan sebiji mangga yg di taman istana.

Sultan telah titahkan perut wanita itu di potong dan ambil mangga tersebut.

Petdana menteri tanpa merayu atau menyoalkn perintah sultan telah kerahkan org2 dia tangkap dan belah perut wanita dan ambil mangga itu

Arahan di lakukan oleh org2 perdana menteri dgn sempurna tanpa byk bicara

Tahun 2016 ini, Perdana Menteri tak heran dan tak ikut apa yg kerabat raja minta dan arah. Malah Perdana Menteri jd zalim lagi. Selaen menyamun, mencuri dan mengebas duit rakyat dan negara, dia tangkap sesiapa saja yg menentang dia secara vokal stau lisan.

Tidak cukup dr itu dia ambil alih National Security Council dari Raja yg berhak kpd jwtn itu.

Org2 dia dan rakyat jelata terus berdiam diri dan tidak berkata apa2.

Hari ini dgn 2.6 billion, Perdana Menteri tersebut boleh beli semuaas org dan dia tidak takut stau gentar pada kerabat sultan dan raja kerana dia tahu meteka ini di tahta hanya srcara ' ceremonial ' saja.

The REAL power is with the Prime Minister.

Wallahualam


Malayu said...

Salam dato',

Boleh tak nak tanya apakah keputusan hasil mesyuarat raja raja tempoh hari?

Saya terpaksa tanya sebab tiada informasi tentang keputusan majlis itu.

Terima kasih.

Kirmizi pagi said...

They are not only squeeze off our money till the last cents with the cut throat GST, now they deprived us of highly popular independent news portal (the reason why it was blocked in the first place) which had became a staple in our life for the last 4 or 5 years.
There's nothing left for us to look forward to everyday now. This is all done because of that one man. To shield that one man, that particular one man who has been betrayed our faith and trust with the high office. The country now has plunged into its lowest ebb thanks to this guy.
The country august institutions had severely been compromised to protect him and the country's image and standing in global arena has sullen beyond recognition. We're already a police state with all its meaning with every tid bit of information now tightly controlled.

din klang said...

rakyat pula sudah jemu di tipu hidup hidup oleh najib kecuali mereka yang makan dedak

Unknown said...

Buta hati. Masih nak pertahankan penyamun.

ANIL said...

Dulu masa kecik kalau tak silap tahun 1972. Ada orang tua kat Mesjid waktu tu menceritakan kepada aku tentang TEORI RAHMAN! R Tunku Abdul Rahman A Abdul Razak...kemudian dia terhenti. Dia kata nama PM kita akan ikut turutan ini! Selepas N kita akan jatuh katanya! Kalau nengok situasi sekarang adakah Pemimpin seperti Mahathir, Najib serta yang sewaktu dengannya ingin merealisasikan perkara ini? Semua PM bini tak pakai tudung. Semua PM belajar di luar negeri.Aku pulak tertanya2 ek?

hazleezaiton@yahoo.com said...

Salam Dato,





Saya tergelak hampir menangis membaca para terakhir tulisan dato kali ini!



Bolih saya tanya, Dato baru tiba kebumi dari planet mana ni?



Harapan Dato tersebut adalah satu delusi,angan angan mat jenin atau impian sahaja.


Saya menasihatkan Dato melupakan saranan tersebut supaya dato lebih sihat dan segar,

dan mudah mudahan panjang umur dan tenang serta tenteram.



Pemisahan keyakinan serta kepercayaan dikalangan rakyat teramai terhadap pemimpin

pemimpin terkini sudah begitu luas jurangnya,lebih lebih lagi ramai pemimpin kini

bercabang cabang lidah mereka.



Ditambah dengan pelbagai kesulitan kehidupan,bersatu hati untuk memperbaiki atau

membina Negara sudah bukan keutamaan hidup lagi.



Ditambah dengan pelbagai isu isu tempatan dan nasional, maka bertambah jauh

lagi`selera' rakyat teramai untuk hala tuju seperti para terakhir tulisan tuan itu.



Mungkinkah kesultanan melayu kini mampu bersifat dan bertindak seperti khalifah

khalifah alrashydin purbakala itu?.




Abu Bakar Ab Rahman










lonewolf said...

ASLKM Dato AKJ,

saya tidak rasa akan ada Raja-Raja Melayu yang akan bertindak. Sejarah telah mengajar kita tatkala proses Malayan Union yang diunjurkan oleh British. Pada saat itu, tidak ada Raja-Raja yang berani bertindak kerana takutkan takhta walaupun akan hilang kuasa. Proses yang sama dengan berlaku cuma kali ini tidak ada lagi pemerintahan British atau BMA, yang ada hanyalah rejim Mafia Mohd Najib...

Saya rasa jalan yang ada hanya seperti gerakan ala-Arab Spring tetapi yang terkawal dengan organisasi pengganti supaya kesan tidak seperti pasca Arab Spring di Negara teluk.

ALLAH SELAMATKAN MALAYSIAKU...

Aku said...

Kadiag, salaam.
Baguih jugak tajok hang kali ni.
Aku pon tesentak jugak dgn ucapan anak Raja Zelan Shah ni, di majlih Utusan pulak tu, yg orang kata 'sinonim' dgn parti depa. Serentak dgn Mat Tehag Tonkang Yard tarik diri. Selagu pulak dgn apa member hang ni dok pompang pompang selama ni. Dlm masa yg sama, sorat habag amerika jugak pi sebag kata duit yg masok ke akaun bank dia tu sekitag satu bilion dolar, bukan dolar Amerika 680 juta yg di sangka sebelom ni.

Sayup sayup dengag aku lagu orang negeri Bongek...
"Poii pekan...
Naik basikaa
Tongah aghii, tongah paneh...
Apo dayo... motong getah
Apo nak di kato
Kalau bulih nak jadi cikgu sekolah,
Kek Kwala Pilaaah.."

Tankad tu saja kali ni Kadiag, terima kasih dan mintak maghap.

Aku.

Nenekghuffran said...

Kesian Ehsan tak nampak....rabun agaknya...
Baguslah awak tak tertipu dgn Tun M sbb awak dah kena tipu dgn Najib...kesiannya kat awak...

Unknown said...

Mungkin dia ni masih tidur bawah kolong kot DKJ.

sukasamasuka said...

Datuk.

Saya minta maaf dari hujung rambut ke hujung kaki sebab tidak nampak sedikit pun ada peranan raja raja melayu dalam soal ini sebab pemilihan seorang perdana menteri Malaysia ada-lah mengikut proses demokrasi berperlembagaan melalui majority di parlimen.

NajibNazak said...

Ehsan, dendam apa? TDM punya fikiran yg si pondan bugis sudah siphoned more than 4bil. Ksmi rakyat pun tahu. Kecuali group *sshole licker najib sj yg cuba sedaya upaya yg najib itu baik..konon.

Dah dapat bekalan dedak ka hari no ehsan?

panglimo potaseh said...

Topik Raja ni pada orang melayu sangat sensitif .. itu yang saya lihat. Kekadang dengan ilmu yang cetek tentang Raja Melayu ni,saya semacam kalut juga .. tak tahu mana yang nak di sentuh duhulu. Satu nya figura besar yang sangat realistik tentang Raja adalah Chedet .. baik saya stop disini ..

Berulang kali saya baca riwayat perang yang melibatkan Raja. Yang terakhir bagaimana bakal pemegang takhta empayar British menerajui angkatan udaranya untuk ambil balik Pulau Falkland daripada Argentina. Saya khayal gimana Sultan Salahuddin mengepalai angkatan perangnya melawan tentera Eropah yang juga menolak Raja-Raja ke barisan hadapan untuk bertempur dengan laskar Salahuddin. Malah didalam satu riwayat perang, seorang Raja yang baru saja terkorban dalam perang itu, telah segera dipatongkan, semata-mata untuk menyatakan bahawa angkatan perang mereka masih ada pemimpin.

Jadi bagaimana pula dengan Raja kita. Mungkin harapan Pak Kadir sama juga dengan harapan rakyat supaya Raja TURUT ke hadapan untuk menghadapi krisis negara sekarang ini.

Satu lagi perkara yang menarik, ia lah kita ada sembilan Raja. Saya tak tahu sama ada bilangan yang besar ini memberi kebaikan atau sebaliknya untuk Raja ini mendepani krisis negara seperti hari ini. Mungkin kita akan membentangkan berbagai alasan, mengapa Raja atau Raja-Raja Melayu ini masih segan untuk kehadapan. Kalau ini berterusan maka makin ramai lah lagi golongan TOTOK akan tumpang sekaki nak jadi Raja. Kita lihat lah sekarang ini bila si totok dapat kuasa macam Raja .. dua tahun lagi lohe lah negara kita ini. Jadi macam basikal yang bekas tuannya India, jadi macam bidang tanah yang tuan dulunya Cina atau si janda bekas Pak Arab.

Wak Jawa said...

Salam Tuan Ehsan (6.55pm)- kamu tidak nampak apa yang majoriti rakyat nampak. Ini bukan soal dendam peribadi Tun M atau lain-2 pemimpin tetapi masa hadapan negara yang bakal diwarisi kepada cucu cicit dan keturunan Tuan Ehsan sendiri. Apa kita masih rasa bangga menjadi rakyat Malaysia tika dan saat ini? Saya rasa Tuan Ehsan pun rasa malu untuk mengaku rakyat Malaysia bila berada di luar negara....punyai pimpinan negara yang menjadi bahan jenaka dan cacian negara lain. Apakah ini sume terjadi pada zaman Tun M? Saya rasa majoriti rakyat merindukan suasana ketika Malaysia dan Melayu itu dihormati dan disegani pada zaman Tun....buka minda dan lapangkan dada...

Ultra-Violet said...

Commentor Kimizi,

now they deprived us of highly popular independent news portal (the reason why it was blocked in the first place) which had became a staple in our life for the last 4 or 5 years.

My comment,

Saya setuju dengan kata Salleh Keruak baru-baru ini dimana kita patut dapat menilai sendiri kandungan internet, samada betul atau salah.

Walaubagainama pun agak sukar untuk mengawal kandungan internet.

Ini adalah kerana, kandungan blog atau internet kebanyakkannya adalah diluar sempadan negara.

Saiz kandungan maklumat dalam blog juga adalah amat kecil, setakat 300-400kb.

Dengan bantuan teknologi canggih, saiz ini boleh dikecilkan (Compression) lagi dengan bantuan "Data Saver" dalam Chrome.

Dengan cara ini, maklumat blog boleh dibawa melalui google.

Kesimpulan, untuk mengawal kandungan blog dalam internet adalah serupa dengan menjala ikan bilis dalam lautan biru.

Selamat Mencuba.

RD. said...

Saudara Ehsan.

Semasa Anwar Ibrahim dipecat pada 1998 pun, ramai yang beranggapan, liwat-I adalah 'permainan Dr.M'. Namun, pada 2008, sekali lagi Anwar dihadap ke Mahkamah oleh Kerajaan Najib dengan Liwat-II. Yang berbeza adalah; siapa PM, mangsa liwat dan peguambela Anwar. Karpal Singh hanya sanggup menjadi Peguambela Anwar pada Liwat-II, dan tidak pada Liwat-I.

Hakikat sebenarnya; kurang setahun sebelum Liwat-I (1998), Karpal Singh, bersama Mat Sabu telah menuduh dalam Parlimen, bahawa Malaysia mempunyai seorang peliwat sebagai TPM. (Anwar Ibrahim, ketika itu).

"Yang saya nampak jelas hanyalah dendam Tun M terhadap Najib kerana dia (Najib) adalah satu2 nya ahli politik di Msia yang masih gagal Tun M kecundangkan."

Kenyataan Saudara Ehsan ini, langsung tak masuk-akal. Selain Pak Lah dan Anwar Ibrahim, siapa kah lagi ahli-politik yang pernah Dr.M "kecundangkan"?

Dr.M sangat sokong ketika Najib mula menjadi PM. Malah Dr.M turun berkempen PRU 2013 untuk BN/UMNO di Gelang Patah (menentang Kit Siang) dan juga berkempen di Kedah.

Dr.M baru saja tidak-sokong Najib setelah kemelut 1MDB 'meletop'. Negara atau Rakyat menanggung hutang 1MDB sebanyak RM42 Billion++. Nak bayar 'bunga' RM2 Billion keatas hutang pun, terpaksa berhutang lagi. Harta-pusaka Rakyat tergadai kepada Negara Asing, hanya untuk rasionalisasi 1MDB yang penubuhannya tidak rasional samasekali.

Ketika Najib menjadi Menteri Pertahanan, digunanya 'orang-tengah' bernama Razak Baginda untuk beli kapalselam, tapi Dr.M masih sokong Najib. Malah Dr.M masih menyokong ketika Najib dan isteri 'membantu' Deepak Carpet perolehi pinjaman RM30 juta tanpa faedah dari Bank Rakyat. Bila skandal 1MDB meletop, baru Dr.M tahu bahawa Najib sekali lagi telah mengunakan orang-tengah bernama Jho Low untuk berurusan bagi-pihak Negara atau Rakyat.

Bayangkan berapa Billion WANG Rakyat mampu dijimatkan, jika Najib menjiwai kempen KPDNKK: 'Jihad Memerangi Orang-tengah'.

Pada saya Najib tidak menunjukkan contoh yang baik. Lihat saja 'lawatan kerja' beliau ke Arab Saudi sekarang. Nama 'lawatan kerja', tetapi mengapa buat kerja 'Umrah'? Bukankah ini sudah dikira ambil kesempatan peribadi. Kemudian digunakan pula rakaman ritual kerohanian itu untuk mengilap emej-buruk dimata Rakyat yang beragama Islam sahaja. Nak cari popularity, harus berpada-pada. Jangan sampai kesucian Agama turut terpalit kekotoran, lebih-lebih lagi, dimata Rakyat bukan-Islam.

Belum lagi diambil-kira RM2 juta dalam akuan bank peribadi Rosmah. Blogger-blogger makan-dedak-Najib, langsung tidak mahu menjawab atau komen, bila saya bangkitkan isu ini.

Saudara Ehsan sebenarnya yang telah tertipu oleh 'permainan' Najib. Atau pun Saudara berpeluang mendapat sesuatu habuan jika Najib terus berkuasa?

Anees Khan said...

Assalamaualaikum...Dato AKJ,

mungkin institusi Raja kita pun sudah hampir sampai ke penghujungnya seperti UMNO kerana jika rakyat di bawah mengamok, maka pastinya kerajaan akan bertukar dan kerajaan itu akan menjadikan Negara ini ala-republik kerana peranan institusi Raja-raja tidak bermakna lagi dan tidak membawa sebarang menafaat kepada rakyat di kala diperlukan seperti sekarang. Saya mendoakan perkara seperti itu tidak terjadi demi Islam.

Tanpa institusi Raja-raja Melayu ini besar kemungkinan syariat Islam juga akan tergugat. Semoga ALLAH selamatkan Raja-Raja kita.

Setiap kita tanpa terkecuali akan di soal di akhirat nanti...pastinya Raja-Raja Melayu kita akan disoal lebih banyak lagi...

Semoga rejim Najib ini segera diganti dengan Pemimpin yang takutkan Allah dan hari Pembalasan, bukannya takut bini.

Mungkin ulasan saya agak sensitif tetapi jika boleh dibuat banci, maka akan pasti menunujukkan bahawa 90% rakyat Malaysia pada masa ini tidak boleh terima kerajaan yang ada dan 90% juga berharap Raja-Raja Melayu bertindak menyelamatkan keadaan...

Saya terima seadanya sekiranya Dato AKJ memilih untuk tidak menyiarkan ulasan ini...

mtgbertam said...

Salam,

Nama jawatan tak penting. Ia boleh jadi raja, presiden, memanda menteri, keta menteri, canselor atau apa saja.

Yang penting siapa yg berkuasa sebenarnya??

sukasamasuka said...

Datuk.

Seorang tua yang menjual kueh dan nasi lemak ditepi jalan raya, pakai singlet pagoda...berseluar pendek dan berselipar jepun...tiada pangkat atau kedudukan, tetapi dia bebas dan ADA HAK mengundi untuk memilih seorang perdana menteri yang dia suka di bumi Malaysia ini.

Queen Elizabeth II , permaisuri agong United Kingdom...cukup kaya raya dan tinggal di istana mahligai bersama anak dan ahli keluarga baginda. Seorang pun TIDAK ADA HAK untuk mengundi untuk memilih perdana menteri Britain.

Maka beri lah HAK mengundi itu pada orang tua itu. Kesihani la dia...anak anak nya masih ramai...itu saja yang dia ada. Tetapi, di situ lah letak nya "moral authority" untuk seorang perdana menteri mentakbir negara ini, bukan nya undang undang buatan manusia.

Suffian said...

Tok Kadir ,

Dlm kes mata lebam Anwar 1998 , saya lihat Majlis Raja-Raja Melayu begitu tegas sekali supaya royal commission ditubuhkan bagi menyiasat siapa angkaranya. Apa yg menghalangnya melakukan sekali lagi bagi menyiasat byk kes besar yg melanda kini ?

Zalman A said...


Salam Datuk

Last night I was reading an article by Dol Kok Lanas on the late Tun Abdul Razak.

How things have changed. How values have changed.

His son cannot escape the wrath of history.

But the longer he stays, the worse history will judge him.

Yes, the Rulers may need to resolve the current crisis.

Najib cannot complain if an RCI is set up.

Who sabotaged MACC, SB, AGC in July 2015?

What goes around...





msh said...

Salam Dato.

1. Pd sdra Ehsan dan org2 yg masih menyalahkan Tun M kerana dia (Tun M) mahu Bugis ini turun tahkta kerana masih sayang dan menyokong Bugis HZ ini ...sy sarankan anda semua bukalah blog sendiri dan tulis lah sepuas2 nya...tak payah susah2 memperbodohkan diri diBlog Scribe.

2. Mengenai soalan2 Dato...sy percaya Raja2
tentunya tidak puas hati...tetapi kelihatan spt 'tidak terdaya' melakukan apa2.....sebabnya?
- mungkin tiada kuasa lagi...atau
- sekadar 'figure head' serupa 'Non Executive Chairman' dlm Syarikat Hak Milik Bugis....cuma mndpt 'Directors Fee'...spt lain2 Pengarah Syarikat.

3.Gerakan Tun M wajar disokong sebab Bugis...Jawa Tok2 dan Konco2 HZ
bukan mentadbir negara tetapi melingkupkan lagi kerana sibuk dgn kerja Damage Control pula.

Nik kemaman said...

Saya berasa sangat terkilan dengan raja raja.. Mereka ada kuasa tapi tak gunakan kuasa bagi membanteras kerosakan yang berlaku..

Tuhan allah telah karunia kan usia kepada tuanku hampir seratus tahun.. dan telah menjadi raja selama berpuluh puluh tahun.. rakyat malaysia telah memberi makan dan membela tuanku sa banyak berpuluh puluh juta setahun demi kelangsungan hidup sistem monarki. tapi langsung tidak agresif dan lebih banyak duduk saja.

LaM said...

Ini Apandi AG haram punya. Memang betul Najib sudah kelentong Agong.

Patut Majlis Raja2 nasihat Agong supaya pecat Apandi sbb pemecatan Gani adalah salah. Bekas Lord Presiden, Suffian dlm bukunya 'An introduction to the Fed Constitution' menyatakan sekira penjawat awam dilantik sebagai AG, ia hendaklah di dismiss spt penjawat awam juga. Betullah kata DK bahwa Lembaga Kesihatan perlu ditubuhkan dibawah sek 10(5)(a) Akta Pencen. Berdasarkan certificate Lembaga, baru Agong bolih tamatkan perkhidmatan GAni sebagai AG dan penjawat awam.

Mengenai kes RM42million yg masuk dlm akaun Najib, semua org tahu bahawa SPRM telah bercadang utk tuduh pegawai SCRI yg masukkan duit keakaun Najib kerana pecah amanah dan Najib kerna 'criminally misappropriating of property' yg bukan milik dia. Simple straight forward case. Apandi tak setuju sbb Najib bagitahu dia jgn sekali2 setuju sprt kontrak perlantikan dia. Kalau kes masuk Mahkamah, harapan Kerajaan utk dpt balik RM42million adalah pasti. Ada peruntukan dlm Akta Sprm mengarahkan Najib dan peg SCRI tu bayar balik RM42 million tiap2 seorang. Jadi kerajaan Msia bolih dpt balik RM84. Baru padan muka peg SCRI tu yg nak cover Najib; ckp Najib tak arah dia masukan duit keakaun Najib.

Utk selamatkan Najib, Aopandi kata tak cukup keterangan dan terpaksa lepaskan peg SCRI yg lakukan jenayah pecah amanah. Duit rakyat RM42million lebur. Apandi juga sudah jadi penjenayah kerana melindungi penjenayah2. Duit orang awam RM42million kena sapu, Apandi tak peduli langsung.

Kalau majlis Raja2 prihatin, tak payah RCI. Panggil shj Abu Kasim, ketua SPRM beri taklimat. Arahkan shj SPRM utk berurusan dgn Solicitor Gen utk dakwa Najib, peg SCRI dan Apandi. Apandi juga bolih didakwa bersubahat dgn kes pecah amanah RM42million kerana halang SPRM utk dakwa penjenayah2 tu selain kesalahan2 lain melindungi penjenayah.
Apandi kini seroang penjenayah..tak perlu SPRM berurusan dgn dia. Dia sudah jadi suspek dan perlu didakwa dimahkamah. Habis cerita. Kes RM2.5billion bolih siasat selanjutnya. Kalau Najib kena charge & disabitkan , bolih recover RM2.5billion spt kes RM42million. Tu yang Najib panic & suruh Apandi cover dia bagai nak rak dgn sanggup menipu rakyat m'sia, cakap tak de kes.

noorazman said...

Salam semua.
pm ke raja ke maday tolak tepi dulu. Sebenarnya kalau meka tu buat tak betul kita ni.. apa yg kita boleh buat

Zalman A said...


Salam Datuk,

If I may tap your superior wisdom & knowledge...

I am of the view that the next YDPA after the current Agong ends Tuanku's 5-year-term later this year is the Sultan of Kelantan (current Deputy YDPA).

My colleague thinks it will be the Sultan of Pahang.

Who is right, or is the answer unknown?



LaM said...

Contd: Masa Muhyideen dipecat sebagai DPM. orang dh tahu Gani & Abu Kassim dh brief dia mengenai kes SCRI & akan dakwa Najib. A rat broke the news to Najib. Briefing tu perkara biasa lah. Within powers and discretion of Macc and PP. Kalau siasat MB , brief PM dan SUK juga supaya tak terkejut mereka apabila MB ditangkap. Kalau siasat KSU2, brief KSN dulu supaya dia tak terkejut. Malaun2 Najib ckp conspiracy to oust Najib. Kepala hotak dia orang. Siapa suruh Najib ambik rasuah, duit orang awam pun dia balun??? Dh ambik rasuah, just face the law and don't say there is conspiracy to oust you.

Sekarang Muhyideen patut tulis surat secara resmi kpd Majlis Raja2 & Agong apa yg dibrief of Gani, SPRM & BN kepda dia dan perbuatan Najib menipu Agong. Bagitahu Agung & Raja, do the country deserve a corrupt Pm and a criminal AG/PP. Kalau Muhyideen tulis surat, Raja2 buat dekkkk shj..that is the end lahhhh.

Chuck said...

YBhg Dato',

Saya percaya Duli-Duli Tuanku sedia maklum dan amat mengambil berat tentang perkembangan semasa. Maklumat yang sampai kepada mereka bukannya sumber 'hearsay' dan 'low intelligence value' macam yang kita dapat. Apakan daya....saki baki kuasa Duli-Duli Tuanku sebagai 'Check and Balance' telah pun terhakis semasa pemerentahan seorang yang saya kagumi juga. Perkenan atau tidak perkenan dua minggu akan terlaksana juga. "Kalaulah Tuah masih hidup... dapatlah dia menghilangkan arang yang terconteng di muka beta".

majid smsp88 said...

Salam Datuk...

Kena hayati lagu & lirik untuk lebih memahami topik ini.

Raja-raja dulu telah fana dimakan zaman,
Kini tinggal kau tanpa pilihan,
Kecuali mahu membiarkan, hidup diawang-awangan,
Mengharapkan yang tak mungkin menjelma.

'Dah Lagu Tu'... M. Nasir

"Atas nasihat" ini terlalu luas skop maknanya. Ayat - makna perundangan tak semuanya tepat, boleh berubah-ubah dalam pelbagai situasi. Saya agak setuju dengan pendapat Datuk. Kala ini "atas nasihat" lebih berkuasa dari "titah beta".

Zed-85 said...

Sallam Dato'

Sejak kebelakangan ini, PAS nampaknya begitu baik sekali dengan Parti Najib.

Anwar Ibrahim sudah memberikan sokongan kepada Tun M untuk projek "Selamatkan Malaysia".

Adalah baik untuk setiap pihak mengenepi hal-hal lain dan tumpu kepada perkara yang lebih utama dan besar iaitu kesejahteraan rakyat Malaysia.

Yang heran, PAS tidak setuju kerana mengikut Hadi Awang, PAS anti UMNO tapi bukan anti Orang UMNO. Macamana seorang Presiden Parti yang begitu lama dalam politik, boleh bercakap tidak masuk akal macam ini.

Patutlah PAS hanya dapat perintah Terengganu dan Kedah satu musim sahaja.

Agong boleh pecat Najib said...

Muhyidin masih lagi No 2 UMNO. Beliau telah di lantik oleh 160,000 pereakilan.
Muhyidin perlu petisyen kepa YDP Agong bahawa Najib telah melakukan salah guna kuasa bila memohon Gani Pail dari jawatan kerana Gani Patail mendapati ada kesalahan jenayah

adion said...

Melihat kepada kepimpinan tertinggi dalam umno yang begitu angkuh sekarang, saya teringat kepada parti golkar di indonesia.

Suatu ketika dahulu sewaktu ia di bawah pimpinan seorang yg paling berkuasa di dalam parti dan negara, hampir kesemua ahli majlis nya hanya mementingkan kedudukan dan kepentingan masing masing dari menjalankan tanggung jawab hakiki terhadap rakyat dan negara.

Akhir nya parti golkar yg begitu gah suatu masa dahulu kini hanya menjadi parti secondary di Indonesia.

Jason koji said...

Maaf En.Zed kalau saya salahkan TDM juga kerana dialah juga yang telah meng"off-set"kan "check and balance" tu.Sedih bila saya nyatakan..He creates this monster.

Suffian said...

RD....anda tak berpenghujung menghina & mencaci saudara Anwar Ibrahim . Modus operandi Umi Hafilda & Azizan memang jelas , pertama sekali mendekati pemimpin2 pembangkang ketika itu utk mengadukan kununnya terdapat aktiviti2 songsang Anwar. Mat Sabu & Karpal sbg pemimpin pembangkang tika itu tentulah tidak melepaskan peluang baik utk melepaskan peluru kpd Anwar. Apa yg tak jelasnya di situ ??? Lebih anda mohon maaf aje kpd Anwar & keluarganya .

Unknown said...

Salam Zaiman,

My bet will be on Sultan Pahang. Najib needs every strand of hair to cling on to Power. Same goes to Rosmah.

suhaimi said...

Kekecewaan sekian lama terhadap raja2 melayu, hatta drpd org melayu makin terhakis. Saya yakin inilah realitinya skrg, walaupun cuba dinafikan oleh org melayu yg memang halus budi pekertinya. Rintihan marhaen Melayu hanya didengar tanpa tindakan apa2. Hancusss!

Unknown said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Farhana said...

Hi Datuk,

Saya sebagai anak muda negara ini sebenarnya tidak meletakkan sebarang harapan tinggi terhadap Raja-raja. Bagi saya mereka hanyalah sebagai simbolik/ statue lambang budaya Melayu dulu-dulu. Cukup itu sahaja setakat ini. Sekian.

Nuansa Ajam said...

Salam...

Saya yakin Datuk tahu apa yg datuk tulis dan harapkan.

Tetapi pengalaman hidup saya yg singkat mengajar saya bahawa tiada apa yg boleh diharapkan drpd pihak istana.

Mat Bakar said...

Sallam Dato'

Saya percaya majlis Raja Raja sedang bertindak sesuatu, kerana isu ini membabitkan perundangan yang agak rumit, pakar pakar perundangan perlu diperolehi sebelum bertindak. Bertindak membabi buta akan menyulitkan lagi keadaan malahan mengukuhkan lagi Najib. Pukulan maut disusuli dengan pembersihan pemakan dedak harus dilakukan dengan teliti. Pengampu, pembodek dan pak turut harus diuruskan juga tanpa menjejaskan pentadbiran negara.

Bagai seorang Panglima perang perlu merancang dengan teliti untuk kemenangan sambil mengurangkan korban. Sama samalah kita mendoakan. Sepekara lagi, ini munkin suatu ujian buat Raja Raja kita setelah sekian lama menikmati ketaatan dan kepatuhan rakyat terhadap instituisi ini.

Wallahuaklam.

Zalman A said...


TQ Sdr Daniel, yes you may be right. My friend agrees with you too.

Tapi pelik juga...

http://www.majlisraja-raja.gov.my/index.php/bm/sejarah/senarai-timbalan-yang-di-pertuan-agong

By right, Timbalan YDPA becomes new Agong, kalo ikut previous protocol. Entahlah. Undang2 & Rule Of Law pon dah masuk tong sampah in Najibstan, apa lagi "protocol". ?

kila said...

https://www.facebook.com/astroawani/videos/vb.11726505964/10153365557200965/?type=2&theater&notif_t=live_video

#AWANInews Siaran langsung sidang media Tun Dr Mahathir bersama pemimpin pembangkang dan NGO.

Tai-pan Jr said...

As'Salam... YBhg Datuk "Maestro" AKJ & Sahabat3 Semua2..


"AhJibGO - The EXclusive PM (Prime Munafiq)"

-------

Malaysia - Saving Our Nation

-"Me, Myself & I" ingin merakamkan ucapan ber-billion terima kasih berkaitan dengan "Citizens Declaration" yg telah ditandatangani bersama petang tadi di Universiti Malaya...

-Tahniah pada Datuk Maestro & all the prominent veterans of Our Nation.. MACAM NI BARU BETUL.. Do The Right Thing & Do Things Right..

-Ketepikan segala ideologi, segala kepartian, segala perasaan... STAY FOCUS pada satu matlamat - Selamatkan Tanah Tumpah Darah Kita..

-Yakinlah bahawa 'Generasi Muda' sedang memerhatikan tindak-tanduk 'Generasi Tua'.. Rasa Hormat & Sayang -YANG TULEN- akan lahir dari tindakan3 & usaha2 yg ikhlas, jujur & amanah..

-Moga Allah SWT memberkati segala usaha murni 'Semua3 Veteran2' kita... Ameeenn!

-------

"God allows something BAD to happen so that GOOD can prevail from it."
-Taipan Jr

"I believe in the brotherhood of man, all men, but I don't believe in brotherhood with anybody who doesn't want brotherhood with me. I believe in treating people right, but I'm not going to waste my time trying to treat somebody right who doesn't know how to return the treatment."
-Malcolm X

-------

"Fight The Battle AND Win The War...Insy'Allah"


***May Allah AWJ bless & protects us all from Iblis & Dajjal**

***Ameeenn**



"The AhJibGO Factor"



"Discussion Is Dead"
"Diplomacy Is Dead"
"Democracy IS Dead"


Oh MalaysiaKu... Tanah Tumpah DarahKu..

P/S: DAKJ.. Respect IS Earn.. U earned mine, Sir.. :-)

Pakcik said...

Menanti coretan Dato peristiwa petang ini...syabas kerana turut bersama!

Praxis said...

Good questions!

Unknown said...

Kawtim suaka politik kot

Chlun

RD. said...

Suffian.

"Modus operandi Umi Hafilda & Azizan memang jelas , pertama sekali mendekati pemimpin2 pembangkang ketika itu utk mengadukan kununnya terdapat aktiviti2 songsang Anwar"

Adakah ini bermakna, Mat Sabu & Karpal Singh juga sanggup memfitnah dan menipu Rakyat demi keuntungan politik mereka?

Bukahkah semasa perbicaraan Liwat II, Karpal Singh pernah tersasul bahawa Anwar dan mangsa melakukan "aktiviti2 songsang" itu secara sukasamasuka. Oleh itu Anwar tidak sepatutny di tuduh meliwat.

Pada saya, Anwar yang patut minta-maaf dari Rakyat Malaysia, terutama orang Melayu kerana memperdaya mereka dengan lakonan watak alim & warak, demi mengejar cita-cita politik peribadi beliau.

Mantan setiausaha umno bahagian... said...

Koji...esok u demam ke? Nxt week u sakit kepala pulak kan..

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).