A Kadir Jasin
Kenyataan di atas oleh Perdana Menteri, (Datuk Seri Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone) Mohd Najib Abdul Razak, dilaporkan secara meluas oleh media atas talian pada hari Sabtu 19 Mac.
[PERINGATAN: Komen guna “Anonymous” tidak akan disiarkan. Sila guna Google Account atau Name/URL. Boleh pakai nama samaran.]
Ia adalah petikan ucapan beliau di Himpunan Solidariti di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia, di Kuantan pada 19 Mac. [Baca lanjut di sini.]Perhimpunan politik di pangkalan tentera? Adakah ini disengajakan sebagai isyarat bahawa angkatan bersenjata kini di bawah “kuasa” beliau ekoran Akta Majlis Keselamatan Negara? Mohon ampun sekadar bertanya.
Solidariti Bersama Najib di Kuantan |
Sepanjang ingatan saya, tiada siapa pun menuduh beliau perompak dan penjahat yang mencuri balak dan bauksit di Pahang.
Tapi ramai mendakwa dan mensyaki beliau terbabit dengan skandal 1MDB, SRC International Sdn Bhd dan "derma” RM2.6 bilion dalam akaun peribadinya.
Jadi apakah tujuan beliau apabila berkata “jangan ingat saya penyangak, jangan ingat saya mencuri harta rakyat”?
Bagi saya, ialah adalah mainan psikologi yang sengaja beliau dilakukan untuk sekali lagi mengaburi mata rakyat jelata, khususnya marhaen totok yang tidak faham isu-isu kompleks yang sedang dibincangkan.
Sama ada Mohd Najib penyangak atau tidak, saya serahkan kepada rakyat jelata dan kepada mahkamah pendapat umum (court of public opinion) membicarakannya. Saya hanya ingin menghalusi sama ada beliau "mencuri harta rakyat" atau tidak.
Mari kita halusi perkara berikut:
1. Kalau kita berpegang kepada hukum bahawa negara ini adalah milik semua warganegaranya maka apa saja harta benda yang bukan milik individu adalah harta kekayaan milik semua rakyat jelata.
2. Harta ini diamanahkan untuk ditadbir secara yang paling baik oleh rakyat jelata kepada kerajaan yang mereka pilih melalui proses pilihan raya.
3. Pada 3 April 2009 Mohd Najib mengambil alih mandat Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai Perdana Menteri. Pada 6 Mei 2013, melalui Pilihan Raya Umum, dia memperoleh mandat sendiri dengan hanya 48 peratus undi popular.
4. Apabila Mohd Najib yang berulang kali mengaku dirinya sebagai “perdana menteri untuk rakyat” menggunakan kuasa eksekutif yang diamanahkan oleh rakyat jelata untuk menjual atau memindahkan hak milik tanah TRX di Jalan Tun Razak dan Pangkalan TUDM Sungai Besi beliau sebenarnya menjual dan memindahkan hak milik tanah yang dipunyai secara kolektif oleh rakyat Malaysia.
5. Dalam kaitan inilah sesiapa saja yang faham undang-undang melihat penjualan dua bidang tanah ini dengan harga murah kepada 1MDB sebagai perbuatan khianat kerana telah menyebabkan rakyat kerugian potensi pendapatan (potential income) yang besar.
TRX: Perniagaan gali lubang timbus lubang 1MDB |
7. Pada harga baru yang tinggi itu jugalah 1MDB menjual tanah TRX kepada Tabung Haji dan pihak-pihak lain dari dalam dan luar negara. Kalau Mohd sayangkan Tabung Haji, dia sepatutnya menjual tanah TRX itu awal-awal lagi kepada Tabung Haji pada harga kerajaan dan bukan harga pasaran. Tidak perlulah Tabung Haji beli atas tangan dengan harga yang mahal.
8. Logiknya 1MDB membuat keuntungan besar apabila tanah yang dibelinya pada harga rendah dijual dengan harga tinggi. Apabila 1MDB mendapat keuntungan, keuntungan itu juga menjadi hak semua rakyat jelata.
9. Malangnya, bukan sahaja rakyat jelata tidak dapat apa-apa, sebaliknya mereka dan anak cucu mereka memikul beban hutang berpuluh bilion ringgit kerana banyak hutang 1MDB dijamin oleh kerajaan.
10. Tanah yang dulu mereka miliki kini sudah dijual. Kalau dijual kepada Tabung Haji, walaupun pada harga yang tinggi, ia masih milik rakyat jelata. Tetapi lebih banyak tanah 1MDB dijual kepada orang asing.
China pemilik penting Bandar Malaysia |
12. Sebahagian tanah TRX telah dijual kepada pemodal Australia dan Indonesia manakala 60 peratus saham syarikat pemaju Bandar Malaysia (bekas Pangkalan TUDM) dimiliki oleh perkongsian di antara Cina Malaysia dan Cina negeri China.
CGN kini pemain utama industri tenaga Malaysia |
14. Menurut sumber industri tenaga, IPP tersebut akan menjadi hak milik negara selepas tempoh konsesi selama 20-25 tahun tamat dengan bayaran hanya antara RM10 dan RM100 sebuah.
Kesimpulannya, menang betul dakwaan Mohd Najib bahawa beliau bukan penyangak. Dalam penggunaan dan kefahaman harian, penyangak adalah penjahat atau bajingan jalanan biasa sahaja. Dalam loghat Utara kawar.
Apa yang sedang diperkatakan mengenai 1MDB, SRC International Sdn Bhd dan “derma” RM2.6 bilion dalam akaun peribadi Mohd Najib adalah di luar kemampuan penyangak, bajingan dan kawar jalanan.
Kalau ia kegiatan “menyangak” biasa seperti mencuri motosikal kapcai atau kasut di masjid ia tentulah tidak disiasat dan akaun bersabit dengannya dibekukan di Singapura, Hong Kong, Switzerland, Amerika Syarikat dan United Kingdom.
Wallahuaklam.
54 comments:
Salam Datuk Scribe..
Mantera Ketua 40 Penyamun..
"Niyat Insun Mata Aji Semar Nyiseng
Rampong Ngiseng Semar Tilem.."
Maksud sebenar dalam bahasa kita..
"Niat Saya Nak Intai Orang Berak
Habis Berak Orang Tidur.."
( Kalau tak percaya cuba tanya dengan orang Jawa totok )
Hahaha...
Lepas dah berpuluh puluh tahun kita kena tipu dengan P Ramlee, sekarang ni datang pulak ketua penyamun yang baru dengan mantera pun yang baru jugak...
Pengkhianatan kepada rakyat dan negara, merendahkan nilai bangsa dan ugama itu tanpa mengambil sebatang balak lebih jijik dari penyangak dan kawaq - rujuk kamus court of public opinion.
Isu 1MDB membosankan.
Ini bukan penyagat tapi ini
Apa yg kita nampak dan apa yg sebenarnya berlaku
adalah dua perkara yang berbeza....
BACA KISAH MENARIK INI.....MUNGKIN INI CARA WANG NEGARA YG DILARIKAN SECARA HARAM....
Semasa rompakan Bank Islam di Guangzhou, China, perompak bank berteriak kepada semua orang di bank: "Semua tiarap di lantai dan jangan melawan! Wang ini kepunyaan bank tapi nyawa anda adalah kepunyaan anda..." Semua orang dalam bank pun ikut arahan perompak tanpa melawan dan senyap. *Ini dipanggil "berfikir di luar kotak." -berfikir lain daripada yang lain!
Apabila seorang wanita bertiarap di atas meja dengan gaya yang menggoda, perompak menjerit kepadanya: "Tolong bersopan! Ini adalah rompakan, bukan cubaan merogol!" *Ini dipanggil sebagai "Profesional." -Fokus hanya pada apa yang anda dilatih untuk melakukan!
Apabila perompak bank kembali ke rumah, perompak muda (kelulusan PHD,) memberitahu kepada perompak yang lebih tua (lulus darjah sahaja): "Taiko, mari kita kira berapa banyak duit kita dapat."
Perompak tua menyangkal dan berkata: "Kau ni bodoh! Terdapat banyak wang dan RM malaysia hanya ada RM100 nilai yg besar itu Tun M dulu sudah kasi buang itu Rm500 dan RM1ribu kasi kita ini macam susah mau kira itu curi punya wang, sampai bila baru kita habis kira ? Malam ni kita tengok berita tv3 atau rtm pasti kita akan tahu jumlah rompakan dari tv3,, tak perlu kira maaa,,
*Ini dipanggil "Pengalaman." - Kini, pengalaman adalah lebih penting daripada sijil kertas! Selepas perompak telah beredar, pengurus bank itu mengarahkan penyelia bank untuk memanggil polis dengan cepat. Tetapi penyelia berkata kepadanya: "Tunggu Mari kita ambil $ 10 juta daripada bank untuk diri kita dan tambah kepada $ 70 juta yang kita sudah gelapkan dari bank!".
*Ini dipanggil "inovatif." - Menukar keadaan tidak menguntungkan untuk keuntungan anda! Penyelia berkata: "Alang kah baiknya jika rompakan berlaku setiap bulan. Dapat juga kita gelapkan duit"
*Ini dipanggil "berpandangan jauh." -merancang masa depan selangkah lebih awal! Keesokan harinya, berita TV melaporkan bahawa $ 100 juta telah diambil dari bank. Perompak mengira, mengira dan mengira berulang kali, tetapi mereka hanya boleh mengira $ 20 juta.
Perompak sangat marah dan mengadu: "Cilaka! Kita mempertaruhkan nyawa kita dan hanya mendapat $ 20 juta tapi Pengurus bank pula mengambil $ 80 juta dengan hanya petikan jarinya, nampaknya lebih baik menjadi orang berkuasa daripada menjadi pencuri." *Ini dipanggil " Pengetahuan." -pengetahuan kunci kejayaan hidup!
Pengurus bank itu tersenyum dan gembira kerana kerugiannya dalam permainan pasaran saham kini sudah dilangsaikan oleh duit rompakan itu. *Ini dipanggil "sambil menyelam minum air." - mempergunakan peluang yang ada untuk mencipta peluang yang lain!
Soalan : Siapa Perompak sebenar di sini dan siapa yg paling hutung dalam
Pengurus Bank dan kaki tangan Bank boleh ke kita bayangkan kalau mereka menjadi pedana menteri ,ketua menteri ,menteri besar dan menteri menteri
Wanita yg meniarap adalah kroni dan penjawat awam di peringkat atasan yg di beri segala kemudahan kerwta besar,gaji besar , berjalan merata dunia mengunakan tiket krusus dan akhir sekali sebelum bersara,,dapat kenaikan tertinggi dan dapat kebesaran sebagai ucapan terima kasih krn berkerja sama
Perompak adalah pembangkang penjilat tegar
Penuntun Berita TV adalah org melayu dan rakyat
Bank adalah sebuah Negara yg di perintah
Apa akan berlaku jika Bank tidak di rompak?
Lu jaga wa,, wa jaga lu,,
saya tidak setuju dengan kata kata datuk bahawa 9. Malangnya, bukan sahaja rakyat jelata tidak dapat apa-apa,sedangkan rakyat dapat RM 1050 satu tahun (BRIM) mana ada perdana menteri sebelum boleh beri wang kepada rakyat jelata sebanyak itu setiap tahun.Inilah punca Mohd Najib Razak dianggap rakyat sebagai orang baik sehingga tidak nampak jahatnya.
Saya amat setuju dengan datuk bahawa sebaliknya mereka dan anak cucu mereka memikul beban hutang berpuluh bilion ringgit kerana banyak hutang 1MDB dijamin oleh kerajaan kerja tidak amanahnya Mohd Najib Razak setelah diberi mandat oleh rakyat dalam PRU 13 sebagai perdana menteri.
Bukan setakat tidak amanah sahaja malah perdana ini pentingkan diri berbanding membela rakyat jelata sepertimana yang diharap harapkan.
Imam Ghazali berkata barang siapa yang mengaku dia baik, maka dia adalah orang yang tidak baik. Sesiapa yang kengaku yang dia ikhlas dan jujur, maka dialah sebenarnya tidak iklas dan tak jujur.
Sekarang ini Mohd Najib razak mengaku bahawa tidak tidak mencuri harta rakyat (kerajaan) maka dialah sebenarnya yang mencuri hasil manshul negara dan disimpan diluar negara.
Yang peliknya, ramai yang susah hati apabila RM 34 bilion milik pekerja asing keluar negera, tetapi tidak susah hati dengan perdana dan kucu kucunya rompak harta rakyat disimpan di bank bank diluar negara.
Pekerja asing hantar wang dia bukan wang yang dia rompak. tetapi perdana menteri dan kucu kucunya curi wang rakyat dibawa keluar dari negara ini. Dahulu penjajah yang bawa balik hasil manshul negara kenagara asal mereka tetapi hari ini pemimpin negara kita pula yang bawa lari duit yang dirompak untuk disimpan di negara negara yang pernah menjajah negara kita. Sah mereka ini masih belum bebas dari penjajah.
Mereka masih dijajah, kalau tidak mana mungkin boleh bertindak serupa dengan penjajah
Melihat propaganda TV3 dan media arus perdana lain dalam mempertahankan tindakan Mappadulung semakin menyesakkan jiwa saya Datuk ! Terdesaknya sampai setiap hari ada sahaja Ketua Cawangan yang diberi peluang bercakap dan ditemuramah asalkan mahu hentam Tun Dr Mahathir. Bukanlah mahu merendahkan kredibiliti sesiapa tetapi tengok jugalah Ketua Cawangan itu tahap IQ nya di mana
Salam Dato,
Disini saya tak nak beri sebarang komen kerana ia tidak akan mengubah kedudukan Najib
Silap komen dapat dosa nanti. Saya hanya ingin menyeru kepada semua pembaca blog ini agar memastikan semua saudara mara serta rakan rakan kita semua TIDAK mengundi UMNO/BN selagi Najib mash menjadi presiden nya dan juga PM. Mudah mudahan dengan cara ini kita dapat turunkan Najib. In Sya Allah
Salam Pak Kadir.
Saya terarah dengan dua foto yang tuan lampirkan. Foto yang pertama memperlihatkan tiga otai yang hathir pada perhimpunan Najib di Kuantan tu. Poster yang diangkat oleh otai tu tampak diangkat sekadar apabila disuruh mengangkatnya. Pada wajah mereka tidak mengambarkan apa-apa .. sekadar tersenggeh menahan panas Elnino. Otai bertiga ini sudah tentu sangat faham akan perihal Najib, yang bukan penyanggak, buktinya beliau tak ambil walau sebatang balak pun. Saya teringat dengan serangkap lirik lagu popular nyanyian The Flybaits .. "hanya itu yang ku tahu .."
Foto kedua kerja gali lubang ditanah TRX. Kalaulah Najib bawa lari tanah-tanih yang dah digali tu .. maka ia senang sangat untuk di fahami. Tapi apa yang berlaku pada tanah TRX sangat komplek, malah nilai biliyun tu pun susah nak difahami macam mana rupanya. Mungkin otai yang tiga orang tu pun akan tercari-cari berapa banyak kosongnya yang terdapat dalam biliyun, itu belum lagi bab menilai angka tersebut.
Maka saya setuju sgt dgn pendapat Pak Kadir, yg Najib bermain psikologi untuk mengaburi mata rakyat, khususnya marhaen totok yang tak tercapai pengetahuan mereka dengan isu komplek.
Dah scrape bukan je dari bottom of barrel, tapi dah bawah tong lagi..
Kadiag, salaam.
Kalu orang lama, tak kira la orang bandag atau kampong, bila dengag orang tu kata dia bukan perompak, selamba saja depa nanti kata: "mana satu perompak nak ngaku dia perompak..."
Tringat aku pada Richard Nixon, ditaon 1973, sebelum disinkiag dari jadi presiden Amerika Syarikat jugak ngaku "I'm not a crook."
Wallahua'lam.
Sekali lagi Kadiag, salaam.
Aku.
1. Pembahas Fendi Ahmad, antara lain, menulis: "Melihat propaganda TV3 dan media arus perdana lain dalam mempertahankan tindakan Mappadulung semakin menyesakkan jiwa saya Datuk ! Terdesaknya sampai setiap hari ada sahaja Ketua Cawangan yang diberi peluang bercakap dan ditemuramah asalkan mahu hentam Tun Dr Mahathir."
2. Para pengarah berita dan pengarang berita TV3 adalah lantikan politik. Mereka cari makan.Jadi mereka wajib ikut perintah. Sekarang banyak orang dan pihak memberi "wahyu" kepada TV3.
3. Salah satu sebab saya meletakkan jawatan daripada Kumpulan NSTP/TV3/MRCB pada tahun 2000 adalah kerana tidak setuju dengan cara bagaimana TV3 diperalatkan oleh kalangan politik.
4. Saya membantah arahan membatalkan program hiburan biasa untuk menyiarkan interview dengan seorang perempuan yang menuduh Anwar Ibrahim ketika kempen pilihan raya umum 1999.Waktu itu TV3 adalah stesen tv paling popular di Malaysia. Jadi pelbagai pihak mahu menguasainya.
5.Tapi hari ini TV3 bukan lagi stesen pilihan. Ia hanya menguasai 24 peratus audiens televisyen di negara kita. Itu pun untuk semua rancangan. Adalah menjadi kebiasaan bagi semua tv stesen, iaitu rancangan berita dan ehwal awam mempunyai audiens yang lebih rendah daripada hiburan.
6. Jadi walaupun berita TV3 bagai nak rak pertahankan Mohd Najib dan kutuk Tun Dr Mahathir Mohamad, kesannya kepada umum adalah kecil.
7. According to Wikipedia entry, TV3 used to be a 24-hour a day station but in September 2014 until December 2015, it broadcast only from 6:30 a.m. until 2:30 a.m. due to low audience ratings outside this period of time.
8. In 2013, TV3 remained the most watched television station in Malaysia, despite the declining viewership of free-to-air television, due to the high penetration of its sister channels (TV8 & TV9), RTM Free TV, Pay TV and the further roll-out of free-to-air digital television.
9. Similar to most television stations in Southeast Asia, TV3 is known for its Soap operas.
Wallahuaklam. Thank you.
Salam daatuk,
Jika perompak bank ditembak oleh polis. Bagaimanakah pula taraf seorang penjawat awam merompak harta rakyat? Malah jumlah yang dirompak jauh lebih tinggi daripada perompak bank. Saya tidak ingin membandingkan taraf penjawat awam tersebut dengan perompak bank. Tetapi taraf kesalahan adalah sama, merompak tetap merompak. Malah pada saya akibat rompakan oleh penjawat awam itu jauh lebih teruk daripada akibat yang dilakukan oleh perompak bank.
Apakah pandangan Datuk berkenaan analogi saya ini?
Bijak sungguh tuan hamba
Salam Datuk
Saya dah tak tau apa nak cakap pasal Najib ni.
Saya tertanya-tanya....Apakah mahluk yang paling hina di dunia ni?..
Allah tidak menjadikan mahlukNya hina. Setiap kejadian Allah ada fadhilatnya sendiri. Sesungguhnya Allah maha mengetahui. Manusia adalah sebaik-baik kejadian makhluk Allah. Selain diberi anggota badan yang sempurna, manusia diberi kelebihan AKAL yang dengannya manusia dapat berfikir dan membezakan antara jahat dan baik. Tanpa akal manusia samalah seperti haiwan lain ciptaan Allah.
Tapi….manusia boleh menjadi mahluk yang paling hina kerana perlakuannya. Paras rupa bukan ukuran.
Hipokrit, tidak amanah, tidak bercakap benar, bongkak dan sombong, zalim dan menganayai orang lain adalah antara sifat manusia yang dikeji.
"JANGAN ingat saya penyangak, jangan ingat saya mencuri harta rakyat, saya perdana menteri untuk rakyat."
Wahai Mohd Najib bin Abdul Razak, Presiden UMNO, Perdana Menteri Malaysia, Menteri Kewangan dan Ketua Penasihat 1MDB ….KAMU TIDAK AMANAH, TIDAK BERCAKAP BENAR, HIPOKRIT, ANGKOH,DAN BONGKAK...
Hina kah kamu wahai Mohd Najib bin Abdul Razak?...
Orang kita melayu ada memfitnah jin dengan kata-kata : Sebaik-baik jin sejahat-jahatnya manusia. Entah dari mana fitnah ini bermula…tapi kerana perlakuannya Najib ku kira lebih dari sebaik-baik jin ini....begitu hinanya manusia bernama Mohd Najib bin Abdul Razak.
Mula2 dulu kata; "kalau saya nak menyamun pun takkanlah saya masukkan duit dalam akaun dalam negara" sendiri yg guna perkataan penyamun (boleh tengok youtube).
Kemudian bila terbukti duit tu dlm akaun Ambank dalam negara kata pula, itu duit derma. Jadi perkataan penyamun yg dia guna dulu pi mana? Tak pi mana aaaaih, sbb dia kata derma so kalau derma bukan penyamunlah.
Kini kata dia bukan penyangak sbb kalau dia penyangak dah lama dia ambik balak dan bauksit. Apa dia ingat kita bodoh sgt ka.
Orang yg curi balak atau bauksit pun matlamat akhirnya bukanlah balak atau pun bauksit tu, tapi wang laaaa..
So pak Ajib lagi hebat daripada orang2 yang terpaksa berhempas pulas kelolakan sesuatu untuk dapat wang. Pak Ajib tak perlu hempas pulas buat biz balak ataupun bauksit dah boleh ada bilion2 wang dalam akaun.
Teringat ali baba dengan 40 orang penyamun.
Isteri: Ya Allah wang emas, dari mana kanda curi wang ni?
Suami: Kanda bukan curi, kawan kanda kasi daaaa..
Isteri: kawan kanda siapa? (Senyap), kawan kanda siapa? (Ulang soalan)
Dulu:-
Suami: kau ni banyak tanya daa. Kang aku lempang kan..
Sekarang
Suami: kawan kanda anak raja Arab daa..
Dulu Presiden Nixon pun buat ucapan kata dia bukan crook. Tak sampai setahun kena turun jugak.
La ni jom tgk kisah Pak Ajib ni pulak..
Apa salah orang Cina beli tanah Malaysia? Adakah Dato mahu orang Malaysia miskin hanya kerana orang Ketuanan Melayu-Islam saja yang berhak memajukan Malaysia? Salah Dato. Kemajuan Malaysia dalam dunia global tak kira siapa yang lakukan. Yang penting negara maju dan rakyat selesa. Belum pasti lagi pelabur Cina dalam tanah ex-TUDM itu bagus. Tapi apakah rekod UMNO diMlaysia dan rekod PAS diKelantan. Ringgit Malaysia sudah turun selama LIMAPULUH tahun berbanding Dolar Singapura dari tahun 1965. DiSingapura ada berpuluh ribu orang Melayu cari makan disana. Siapa yang gagal Dato kalau bukan orang Ketuanan Melayu Islam kamu?
Satu lagi datuk. Ulamak-ulamak kita pun adalah candu yg melalaikan. Senyap sunyi.
Datuk.
- Pemimpin nombor satu negara berucap:
"Kalau saya nak rompak dah lama saya rompak hutan (balak) sini (Pahang). Saya tidak ambil seinci pun, sebatang pokok pun saya tidak ambil, saya tidak ambil lombong bauksit, saya tidak ambil apa-apa.
Bila saya jadi perdana menteri saya tidak ubah pendirian saya, saya tidak akan ambil harta rakyat, jangan ingat saya penyangak, jangan ingat saya mencuri harta rakyat, saya perdana menteri untuk rakyat,"
(http://www.bernama.com/bernama/v8/bm/ge/newsgeneral.php?id=1226578)
- Jangan la cakap kuat kuat sangat bos ku sampai orang di Sarawak bolih dengar! Tersinggung perasaan Tun Taib Mahmud...ini kan dekat pilihanraya di Sarawak. Jaga la sikit mulut bila cakap pasal curi kayu balak. Tiada seorang Sarawak pun tuduh kamu curi kayu balak di Pahang!
- Kalau pun Perdana Menteri mau rompak hutan Pahang dan ambil lombong bauxite tu, siapa la yang mau peduli....ambil la!...rompak la!...kamu kan anak Tun Razak! Itu kan harta bapa kamu, buat la sesuka hati kamu...aku tak kesah pun.
- Kami bukan "ingat" yang kau ni "penyangak" dan "pencuri", Perdana Menteri...bukan sekali kali. Yang KAMI TAHU kau ada-lah DITUDUH MENCURI DUIT RAKYAT SEBANYAK RM2.6 BILLON DAN RM42 MILLION DALAM AKAUN KAMU! Jawab la? Bila mau jawab? Kita tanya pasal ini la bos ku, bukan nya pasal kayu balak dan lombong bauxite...why we have a stupid bloodyfool Prime Minister in Malaysia? Why?
- "Bila saya jadi perdana menteri saya tidak ubah pendirian saya.."
Kami pun sebagai rakyat biasa TIDAK UBAH PENDIRIAN kami juga. Jangan lah macam kebudak budakan, Prime Minister, selesaikan masaalah yang tertera dalam blog Datuk AKJ ini, kalau tidak...suatu hari nanti, kami akan heret kamu dan UMNO sekali macam anjing gila di jalanan...faham! Kami tetap tidak akan ubah pendirian kami.
-"Sepanjang ingatan saya (Datuk AKJ), tiada siapa pun menuduh beliau perompak dan penjahat yang mencuri balak dan bauksit di Pahang."
Kesiaaaaaaaaan!...sampai hati Datuk cakap sampai begitu sekali! Kesian PM, mau bermanja manja dan minta simpati pun, Datuk tak mau kasi muka! Kesiaaan...
Datuk.
"7. Pada harga baru yang tinggi itu jugalah 1MDB MENJUAL tanah TRX kepada Tabung Haji...Kalau Mohd sayangkan Tabung Haji, dia sepatutnya MENJUAL tanah TRX itu awal-awal lagi kepada Tabung Haji pada harga kerajaan dan bukan harga pasaran. Tidak perlulah Tabung Haji BELI atas tangan dengan harga yang mahal."
Jual beli ada-lah halal dari segi agama dan undang-undang negara.
Tetapi 1MDB BUKAN MENJUAL dan Tabung Haji BUKAN MEMBELI....tetapi "dibuat" seoleh oleh ada proses menjual dan membeli. MANA MINUTES OF MEETING??? Check betul ke ada proses pembelian olih Tabung Haji secara professuonal mengikut lunas lunas pelaburan. Macam diam diam saja si Azeez dengan si Baharom? The original Minutes of Meeting...not there anymore? where is it?
Salam Datuk,
Bila dah dok baca cerita2 mengenai TV3, izinkan aku copy paste komen aku di satu blog...
>>> Semalam aku tersesat menonton TV3 suku. Terpaku juga bila Ahli Jawatankuasa Menangani Rasuah, JKMR, Datuk Irmohizam Ibrahim yg juga Ahli Parlimen Kuala Selangor mengulas isu Lim Guan Eng membeli rumah murah.
Datuk Irmohizam berkata “… pendedahan oleh Ahli Parlimen Tasik Gelugur sangat membimbangkan terutama sekali ianya dilihat sebagai satu elemen berkaitkan dgn integriti seorang ketua kerajaan dalam sebuah negeri. Dan sudah tentunya sebagai parti yg kononnya dilihat memperjuangkan isu2 yg berkaitan integriti, Ketua Menteri Pulau Pinang janganlah cuba lari daripada isu ini dengan mengaitkan dengan berbagai jawapan tetapi sebaliknya beliau harus tampil kehadapan dengan tidak memutar belitkan isu ini… bla bla bla…”
https://www.facebook.com/video.php?v=1319044334777411
Terus terlintas di hati aku, alangkah bijaknya jika YB Datuk Irmohizam Ibrahim menegur pemimpinnya dulu daripada menegur orang DAP itu. Wajib kita menegur kesilapan dan kesalahan kaum sendiri dulu kerana jika dibiarkan begitu saja pasti semua yg ada akan terpalit kepada semua yg berhampiran dengannya...
Tetapi hairan ya, mengapa Datuk Irmohizam lebih nampak kuman di seberang sedangkan tak nampak pula kerbau di depan mata. Tak mungkin dia juga bersubahat dgn penyelewengan yg dituduh ke atas pemimpin agung parti ‘Untuk Mat Najib Only’ itu. Dia seorang Ahli Jawatankuasa Menangani Rasuah, JKMR; mana mungkin dia boleh bersekongkol, mahu bersekongkol, rela disekongkolkan Dia juga seorang Islam, tidak mungkin dia mahu bersubahat dalam satu perbuatan yg menyalahi hukum agama. Hukum dunia habis di dunia saja, tapi hukum agama dibawa hingga ke Padang Mahsyar. Pasti dia tidak sanggup melakukan itu semua. Pastinya dia tidak rela memalitkan namanya dgn najis; menggelapkan masa depannya di arena politik, malah menghakis integriti dirinya sendiri sebagai seorang manusia. Datuk Irmohizam masih muda, belum pun 40 tahun, punya peluang yg cukup cerah untuk naik ke atas.
Atau mungkinkah Mat Najib sebenarnya tidak bersalah. Ditohmah dan difitnah oleh musuhnya dari dalam dan luar parti, dari dalam dan luar negara. Kasihan juga jika Perdana Menteri kita difitnah sebegitu rupa. Mungkin itulah sebabnya Datuk Irmohizam yg juga anggota Majlis Tertinggi UMNO, bersatu padu bersama MT dan juga seluruh umat UMNO berdiri di belakang Mat Najib, mengawal dan melindungnya dari segala ancaman. Mat Najib tidak bersalah, dia dianiaya, dia difitnah. Dan dia akan dijulang sehingga PRU14 nanti. Selepas itu? Entahlah nak diarak kemana pula…
Datuk Irmohizam Ibrahim pasti tidak akan lupa ucapan Mr.Jose Ugaz, Ketua Tranparency International di Persidangan Anti Rasuah Antarabangsa (IACC) ke16 di atas pentas di Putrajaya pada penghujung tahun lepas. Datuk Irmohizam pasti merasa malu bila big bossnya, Perdana Menteri Malaysia, dimalukan di dalam rumah sendiri. (Tahu pula Mat Najib malu, pandai pula menghilangkan diri). Mungkin nasihat ini, dari seorang lagi pakar anti rasuah di persidangan itu dapat meniup semangat baru kepada Irmohizam utk memerangi rasuah. https://www.youtube.com/watch?v=hw42zxS89BY
Semoga Allah swt menberi petunjuk dan hidayah bukan saja kepada Datuk Irmohizam tetapi juga kepada kita semua, untuk terus berjuang mencari dan menegakkan kebenaran, menegah kemungkaran. Islam adalah hidup dan mati kita. Letakkan agama di tempat yang paling tinggi sekali nescaya cahayanya akan menerangi kita hingga ke hujung hayat.. <<<
Sedikit ajinomoto: Orang DAP yg beli rumah murah tu jemput pemberita melawat rumahnya kelmarin, cerita sikit sebanyak. Aku rasa dah clear salah tanggapan ke atasnya. Tapi Mohd Najib Perdana Menteri Malaysia yg dituduh seleweng dan songlap harta rakyat masih dok pikul tuduhan itu sejak tahun sudah lagi.
Datuk,
Ini satu lagi komen yg aku pos ke satu lagi blog hari ini, masih berkaitan dgn Mohd Najib yg sangkal dia rompak balak dan bauksit jugak. (Ada repair sikit dari komen asal)
>>>Salam Din,
Ada satu perkataan yg tak pernah disebut oleh cerdik pandai bila membuat komen mengenai Mohd Najib dan tuduhan2 jenayah yg dilemparkan ke atasnya.
Perkataan ini berakar umbi dari perkataan 'judice' juga, seperti prejudice dan subjudice. So, memandangkan aku yg pertama guna perkataan ni, bolehlah anggap aku atas sikit dari cerdik pandai yg dok buat komen tu. Heh heh heh...
Perkataan itu ialah 'autajudice'. Maknanya menceritakan hal2 lain yg kelihatan mungkin berkaitan dgn topik tetapi sebenarnya tidak, (malah cuba nak bela diri sendiri dari tuduhan yg dikemparkan ke atasnya.).
Misalnya: "Kalau saya nak rompak dah lama saya rompak hutan (balak) sini (Pahang). Saya tidak ambil seinci pun, sebatang pokok pun saya tidak ambil, saya tidak ambil lombong bauksit, saya tidak ambil apa-apa." Kata Mohd Najib di majlis Himpunan Solidariti di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia, di Kuantan pada 20/03/2016.
Mohd Najib bukan saja boleh berkata, malah mengangkat sumpah di mahkamah dgn kata2 itu. Memang dia tak curi balak, tak ambil bauksit. Makcik Felda tentu percaya kata2 Mohd Najib sebab memang tak ada siapa pun tuduh dia begitu. Tapi itu tak akan bersihkan dia dari skandal 1MDB dan 2.6b.
Itu 'autajudice' Mohd Najib, cuba pesongkan pendapat rakyat utk katakan dia tak bersalah (kononnya)..
Camne Din? Boleh tak kita letak 'autajudice' tu sebaris dgn 'prejudice' dan 'subjudice'? Perkataan ni aku munculkan buat pertama kali khas dalam blog kamu...<<<
Sedikit ajinomoto: Aku berterima kasih kepada Mohd Najib kerana berjaya mengasah otak aku ke tahap yg lebih cerdik ini. Kalau dia muncul 40 tahun lalu, besar kemungkinan aku lebih cerdik dari Datuk AKJ sendiri. (Haiiihhh… dah nasib aku, pas sekolah atap saja…). Mohd Najib juga sudah berjaya mengangkat martabat pengunjung gerai kopi kepada penganalisis politik semasa. Jika dimansuhkan GST utk kopi dan gula, pasti ramai yg mahu jadi pengikut setia Mohd Najib, agak aku lahhh…
Kadiag, salaam.
Aku pon menyirap jugak tengok pembaca berita media aruih perdana ni, bukan main lancag lagi dok kipaih bos nombog satu depa pagi petang pagi petang (rujuk tulihsan En Fendi Ahmad 9.03 pagi, dan komen balaih hang 12.11 petang) Pakai pulak semat sakan, setengah tu, belajag tinggi2, kadang2 di luag negeri, aku syak jugak ada koneksyen dgn orang2 besag....tapi baru ni bila baca pasai salji runtoh timbuih 6 orang peluncog, (12 Mac), pembaca berita tu kata benda tu berlaku di utara Itali dekat dgn sempadan Australia.
Entah mai mana, terubat sikit sakit hati aku.
Wasallam,
Aku
Vincent Ang,
Walaupun dunia ini semakin global,banyak negara masih mengawal penjualan tanah kepada warga asing.Indonesia,Thailand dan Singapura masing masing mempunyai kaedah kawalan penjualan harta tanah kepada warga asing .Australia baru baru ini telah memaksa beberapa orang rakyat China untuk menjual balik harta tanah yang dibeli mereka tanpa kelulusan kerajaan dalam tempoh dua minggu sahaja kepada rakyat Australia.
Datuk.
"Perhimpunan politik di pangkalan tentera? Adakah ini disengajakan sebagai isyarat bahawa angkatan bersenjata kini di bawah “kuasa” beliau ekoran Akta Majlis Keselamatan Negara? Mohon ampun sekadar bertanya."
Ooooi nah!...bertanya yang itu pun mau "mohon ampun"? Macam mau mengendap sultan dan raja raja Melayu saja ni. Terima kasih UMNO-BN, kita sudah dapat satu lagi extra sultan Melayu...yang ini ke-10. Wow! kuatnya orang Melayu...sudah ada 10 orang jadi payung agama Islam dan pelindung bangsa Melayu diMalaysia!
Datuk.
"Kesimpulannya, menang betul dakwaan Mohd Najib bahawa beliau bukan penyangak."
HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAAHAH!....ptuiiiiiiiiiiiih!
salam datuk,
beribu pembohongan tidak akan menutup satu kebenaran.
Salam DKJ..like a diamond, a human being has many facets.One facet is leadership quality, another hard working so forth.One of the most important facets is :akhlak or integrity or maruah. DSN may be a good leader and very charismatic. But the IMDB scandal and SRC and RM2.6 billion donation are signs that DSN has no akhlak. The absence of this akhlak facet is enough for the rakyat to reject him as PM.
Hang Kasturi
Salam DAKJ..
Bagi saya tiada perkataan yg dapat digambarkan tentang perilaku si Najib ini melainkan
Najib adalah Pengkhianat Munafik (PM)
Pemimpin DURJANA...
Maaf katalah pada org2 TV3, mak pak saya tak masuk U datuk, umur 60an. Depa "totok" Johor, satu keturunan Banjar satu keturunan Bugis. Selama ini tanpa disuruh tanpa dipaksa depa mmg setia, percaya dan taksub sama UMNO. Org kampung saya walau Johor tapi sentimen depa pada Kitab Lama, orang tua nyanyuk, pengkhianat bangsa dan orang ludah jilat semula yang umur dah nak 91 tahun tu kuat sangat. Depa tak suka orang tua tu dikutuk, dicaci. Otak depa tak boleh terima. Depa dah maki hamun TV3 sekarang. Depa2 tu semua pengundi setia Barisan sejak kenal erti apa itu mengundi. Mappadulung buat2 bodoh agaknya yang orang kampungpun sudah "geli" tengok dia. Kesian :)
Have the Chinese also switched allegiance to Cash-is-King, to enslave us in debt forever?
1. Pembahas Vincent Ang, antara lain, menulis: "Apa salah orang Cina beli tanah Malaysia? Adakah Dato mahu orang Malaysia miskin hanya kerana orang Ketuanan Melayu-Islam saja yang berhak memajukan Malaysia? "
2. Saya langung tidak berkata demikian. Ia adalah kesimpulan saudara sendiri.
3. Yang cuba saya bangkitkan adalah penjualan murah aset 1MDB kepada kepitalis dari negeri China. 1MDB beli mahal dan jual murah. Nampak macam fire sale: macam ada kira-kira belakang tabir.
4. Realitinya hanya sedikit saja aset ekonomi Malaysia yang dimiliki Melayu/Bumiputera. Majoriti dimiliki pemodal Cina Malaysia dan asing.
5. Kalau Kwasa Land milik KWSP boleh jual tanah RRI di Sungai Buloh melalui tender terbuka kepada pemaju tempatan, mengapa 1MDB diam-diam jual kepada orang asing?
Wallahuaklam. Terima kasih.
Datuk,
Aku sanjung sangat kesudian Datuk nak ulas serba sikit komen pengunjung di blog Datuk ni. Maaf nak hemoi sikit, nak dapat respond pasai ceritera BERKUBANG yg aku pos bawah tajuk "Nonpartisan Way of Saving Malaysia" di blog ni. Sepatah dua pun cukup, biar aku faham kedudukan. Kalau Datuk tak ingat, aku takdak masalah nak forward komen/ceritera tu sekali lagi.
Datuk.
INI ADA-LAH SURAT TERBUKA KEPADA PERDANA MENTERI MALAYSIA, DATUK SERI MOHD NAJIB ABDUL RAZAK.
Bismillahirahmanirahim.
Asalamualikum Datuk Seri.
Kami terharu dan berasa bangga atas isi kandungan ucapan Datuk Seri di majlis Himpunan Solidariti di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia, di Kuantan, Pahang pada Sabtu, 18hb Marc 2016 yang dihadiri dan disaksikan olih lebih 5,000 anggota dan pemimpin UMNO dan Barisan Nasional daripada 14 UMNO bahagian di negeri tersebut. (dipetik dari BERNAMA). Kami bersyukur majlis tersebut berjalan dengan lancarnya.
Kami mencadangkan UMNO-BN memuatkan intipati ucapan Datuk Seri kedalam satu "Deklarasi Amanat Perdana Menteri" untuk pemimpin-pemimpin UMNO pusat dan cawangan dan seterusnya kepada komponen party BN.
Besar lah harapan kami isi kandungan deklarasi tersebut dapat memutik ayat ayat dari ucapan Datuk Seri, sebagai pemimpin nombor satu negara (BERNAMA), seperti yang berikut:
"Tuan-tuan dah kenal saya (nama wakil rakyat). Saya ini bukanlah macam apa yang dikatakan oleh setengah orang. Saya bukanlah macam itu. Saya telah jaga (negeri/kawasan) ini dengan sebaik-baiknya.
Kalau saya nak rompak dah lama saya rompak hasil dalam negeri. Saya tidak ambil seinci pun, sebatang pokok pun saya tidak ambil, saya tidak ambil apa-apa.
Bila saya jadi wakil rakyat saya tidak ubah pendirian saya, saya tidak akan ambil harta rakyat, jangan ingat saya penyangak, jangan ingat saya mencuri harta rakyat, saya wakil rakyat untuk rakyat."
Timbalan Perdana Menteri, jemaah menteri, wakil rakyat UMNO-BN dan cawangan mesti lah berikrar macam Datuk Seri dengan dihadiri dan disaksikan olih orang orang UMNO-BN sahaja, itu pun sudah cukup memadai.
Untuk kebaikan rakyat macam kami, pemimpin UMNO negeri bolih membuat iklan di akbar akbar tempatan selepas deklarasi itu ditandatangani.
Hidup UMNO! Hidup Melayu!
Wassalam.
Datuk.
"1. Pembahas Vincent Ang, antara lain, menulis: "Apa salah orang Cina beli tanah Malaysia? Adakah Dato mahu orang Malaysia miskin hanya kerana orang Ketuanan Melayu-Islam saja yang berhak memajukan Malaysia? ""
Tiada orang Melayu kata ada-lah satu KESALAHAN kalau orang Malaysia berbangsa Cina beli tanah di Malaysia.
Kerana sikap toleransi Melayu lah sesiapa pun bolih beli tanah tanah di Malaysia termasuk lah tanah rezab Melayu (West Malaysia) dan Native Land Titles (Sabah/Sarawak) melalui "pintu belakang". Ini bolih berlaku sebab ramai juga pemimpin UMNO yang terlibat secara langsung dan tidak langsung kerana "wang". Jangan main main isu ini sebab "kepala bolih terbang melayang".
Maka nya "penjualan murah aset 1MDB kepada kepitalis dari negeri China" tidak bolih diterima sama sekali sebab ini melibatkan keselamatan dan ekonomi dalam negara dan yang sedihnya ini melibatkan Pemimpin nombor satu negara dimana prosess menjual beli tidak "melalui tender terbuka kepada pemaju tempatan, mengapa 1MDB diam-diam jual kepada orang asing?". Ini isu besar, tapi mau buat apa kalau ada pemimpin yang rasuah dan durjana?
Isu ekonomi global bukan asas kukuh yang bolih dipakai terutama sekali atas pembelian dan pemilikan asset strategik sebuah negara olih pihak asing tanpa melalui proses Parlimen. HANYA di Malaysia sahaja, ini bolih dilakukan disebabkan pemimpin durjana yang korup kerana "wang ringgit". Ini melibatkan pemimpin UMNO secara terang terang.
INI HARTA RAKYAT, BUKAN HARTA BAPA MAMA KAMU...INGAT SIKIT PERDANA MENTERI...BILA TIBA MASA NYA KAMI, RAKYAT BIASA INI, AKAN KUBUR KAMU DIDALAM NYA, TANPA BATU NISAN.
Jawipekan,
Pembeli tanah ex-TUDM itu ialah syarikat MALAYSIA. Contoh kamu melibatkan pembeli Cina yang bukan warga Australia. Lagipun Dato sudah jelaskan yang dia tidak mengatakan bahawa penjualan tanah ex-TUDM ini kepada syarikat Malaysia yang dimiliki Chinese Malaysian dan Chinese itu tidak salah.
Salam
Dia boleh menafikan apa2 saja tuduhan serta tohmahan ketika ini kerana berada di puncak kuasa..dan agensi2 kerajaan berada di bawah kuasa nya..keadaan akan jadi sebaliknya bila tak berada di pundak kuasa...bergantung lah selagi boleh..besok2 tak tau lagi..kita tengok samaada keberanian yg di laung2kan masih ada atau sebaliknya...
Setuju sangat. Bila ada org nak ulas pasal LGE beli banglo saya rasa nak termuntah. Bukan sokong LGE, dia pun kena terima nasib mcm Khir Toyo juga, baru adil. Tapi menyampah sebab Umno la terlalu sibuk dgn kotoran kecik di rumah orang padahal tuan rumah sendiri begitu kotor dan jijik. Muka tebal dari tembok besar china.
Umno dah lama hilang hak moral utk brckp mengenai rasuah atau penyelewangan selepas presidennya kantoi ada berbilion2 dlm akaun dan tak boleh bagi pencerahan yang fakta hanya auta yang diulang-ulang.
Saya ahli Umno tapi dah menyampah sgt tgk Umno hari ni.
Semua pasai Mappadulung ni.
Kata orang buah yang membusuk di tangkai apabila jatuh akan hancur berkecai.
Rugi duit saja pi keluaq duit nak tgk cita munafik.tgk ja berita tv3, banyak kisah munafik real dok ada. Wakakakak.
Datuk.
"Disappointed with RM100m graft case, PM vows tough action.
Prime Minister Najib Abdul Razak has described the RM100 million graft case in the Youth and Sports Ministry as disappointing and vowed tough action against those responsible... he said in a blog posting today." (http://www.malaysiakini.com/news/334812)
WOW!
But why is it that everytime our Prime Minister makes awesome statement like this, I feel very empty in my heart...it's so hollow as if it has no meaning whatsoever, perhaps someone can help him to draft his writing or speech...more so when he decided to address such an issue ON HIS BLOG...ON HIS BLOG? He really scare shit to face media or reporters as pointed by Datuk AKJ.
SERIOUSLY, WHO DOESN'T KNOW KHAIRY HAS HIS "BUSINESS LINKS" IN SHIRTS, SPORTS EQUIPMENTS, SPORT PROGRAMS ETC ETC? PROCUREMENT OF KL POLICE TRAFFIC HELICOPTERS, ANYONE? None of those ring any bells?...I guess not. It's ok...I don't think it was him, perhaps someone else with similar name in the past.
SO WHAT MR PRIME MINISTER...IT IS JUST RM100 MILLION? STILL WANT TO TALK ABOUT IT TO MAKE AN ISSUE...PLEASE CALL WSJ, THEY KNOW SOMETHING better than you, Mr Prime Minister or MACC for that matter.
RM100 million graft la konon? ptuiiiiiiiiiiiih!
Salam Dato.
Biasalah....mana ada Penyagak mengaku dia seorg Penyangak.
Boleh kata 99.9% banduan diSgBuluh atau diKajang dan lain2 penjara mengaku mereka
tidak bersalah.
Lebih kurang sahaja dgn apa yg Bugis HZ ini kata.
Dia boleh bercakap apa saja yg dia suka menafikan semua pembohongan...tetapi 'pekong yg busuk hanyir' dia dan bini tersayang lakukan mana mungkin dpt timbus lagi....sebab sudah terlampau besar.
Dulu2 pun dia pernah 'bertazkirah' panjang lebar pasal 'Munafik'...
Huh!!!!
Terror.....memang terror Ketua Melayu Islam memperalat Ugama.
Tetapi yg kita maklum hnya PENYANGAK sahaja yg berkelakuan begini.
Wallahuaklam.
Dalam filem P.Ramlee juga Tuan Penasihat sudah merujuk kpd kitab biru dan mengesahkan itu bukan duit rasuah tetapi duit sedekahkahkahkah....
Upah dah dapat,
Duit sama sama rembat
Salam Datuk,
Bpk Penyangak dari segala penyangak ialah PM Malaysia vernama Najib Tun Razak @ Pahlawan Pengecut !
Terima kasih tan sri kerana membeli rempeyek saya kat tanglin sebentar tadi...rempeyek berjenama kabarewaras...bermakna khabar baik...lebih jual rempeyek drpd jual temberang...akhirnya jual maruah
Datuk,
Apa panggilan sekalipun penyangak ke perompak ke
Ambik duit rakyat masuk akaun sendiri, harta rakyat sengaje jual cara rugi
Dosa paling besar ni kita nak panggil apa? Kepala lanun curi rompak!
salam everybody...
TUN, KHAIRUDDIN, AININA SAMAN NAJIB!
Tun sudah memulakan 'grand plan' yg terkini.
saman ini diwakili peguam haniff khairi. good luck & all the best, bro.
setelah AG apandi berkali2 menafikan terdapatnya unsur jenayah dlm kes yg melibatkan najib & 1mdb, Tun dan 2 lg secara rasmi dan lebih 28 juta rakyat (mewakili kami secara x rasmi tolak ahli UMNO yg menyokong PM), telah memulakan tindakan saman.
moga saman ini dpt membuka dan 'menelanjangkan' kembali kes PM dan 1MDB dgn segala bukti bertulis dihadapkan ke mahkamah...
GOOD LUCK & ALL THE BEST EVERYBODY...
Assalanualaikum,
YBhg Dato dan Pembahas yang saya hormati. Alhamdulillah masalah yang berlarutan akan berakhir tidak lama lagi. Seperti yang saya katakan kita perlu focus menghadapi sesuatu masalah. Saya percaya tentu mantan PM mempunyai cukup bukti membawa pertuduhan terhadap YAB PM di Mahkamah. Kita terima apa sahaja keputusan Mahkamah kelak.
Raja Abdul Rahman bin Raja Mohammad Dain,
Pencetus Strategik Vision,
Petaling Jaya
AsSalam Datok ...
Sabonarnya takdo salah gomen bagi tanah pado perbadanan untuk dibangunkan .
Caro ni jugo diamalkan kek S'pore .
Di Selangor , kerajaan jual tanah pado PKNS dan perbadanan tu akan buek pembangunan . Kalau ado pihak ketigo offer harga tinggi , PKNS akan jual tanah tersebut . Saperti Sunway , glomac dll.
Samo gak diPenang , LGE jual tanah pado swasta untuk dibangunkan . Tanah kampong tradisi pun dijualkan . Tak cukup tanah bukit pun ditarah sampai gondol .
So , takdo isu do ...
Tapi ... yo lah ... kalau dah bonci sesangat tu ... mato jadi kabur ... hati jadi lagi sakit ... kepalo pun pusing lahhh .
Apo nak dikato ... dah nami manusio .
Waghih.
Mahathir adalah liabilti terhadap sosio,politik dan ekonomi negara Malaysia di akhir-akhir ini.Ada opsyen tun boleh pilih.Samada membantu sedaya upaya terhadap kerajaan sediada di dalam usaha pengurusan isu-isu ekonomi negara dengan mengembeling tenaga bersama dengan objektif menangani masaalah fiskal,kewangan dan ekonomi tempatan dan luaran tetapi tun memilih sebaliknya.Tun membuat tuntutan bersifat peribadi dengan mengandaikan rakyat akan bersama beliau tanpa merujuk terlebih dahulu dengan rakyat yang perihatin keseluruhannya.
Rakyat melihat dan memberi keutamaan terhadap keupayaan dan kekuatan pengurusan menangani isu ekonomi nasional sediada bukan dengan konflik peribadi tun dan mengandaikan rakyat AKAN bersama tun.Namun tun memilih jalan salah dengan konflik yang akhirnya mengaibkan diri sendiri.Yang jelas tun ‘Less wise but slighty better than idiot’
Iyo...iyo...takdo isu sobonarnya..yang jadi isu tahap kecerodikan orang-orang yang tahu menilai isu..
sukasamasuks,
Semua penjualan tanah pada peringkat persekutuan dan negeri kecuali Penang 100% dilakukan oleh orang Melayu-Islam. Kalau Melayu tak mahu jual tanah, senang je. Hadkan SEMUA penjualan tanah di Malaysia kepada orang Melayu-Islam saja. Habis cerita. Mengapa PAS dan UMNO tidak berbuat sedemikian? Tepuk dada tanya selera.
Datuk.
Dear Vicent Ang 4.50PM.
1. Orang Melayu TIDAK PERNAH KATA secara peribadi atau pun sebaliknya untuk MENGHADKAN SEMUA penjualan-beli, ia-itu se-tiap inchi tanah di Malaysia ini, kepada orang Melayu-Islam sahaja, dari kita merdeka sampai lah sekarang ini. TIDAK ADA!
2. Tetapi Tanah Rezab Melayu (Semenanjung) dan Native Customary Land Title (Sabah/Sarawak), MENGHADKAN penjualan-beli dari Melayu/Bumiputra kepada bukan Melayu/Non-Bumiputra, mengikut undang-undang negara dan negeri masing-masing.
3. Tetapi disebabkan rasuah dan tumbuk rusuk, ada pemimpin UMNO/BN (PAS, kena tanya orang Kelantan, saya tidak tau...sorry) sanggup mengkhianti bangsa nya sendiri dengan membelakangi undang-undang negara dan negeri dalam hal perkara no.2.
4.THIS IS AN OPEN SECRET, jadi tidak payah "Tepuk dada tanya selera." sebab banyak orang tau.
5. "Hadkan SEMUA penjualan tanah di Malaysia kepada orang Melayu-Islam saja." NEVER arise in my argument. Please be mindful.
sukasamasuka,
Apa maksud 'tumbuk rusuk' kamu itu. Tanah Rezab Melayu memang boleh dijual kepada orang bukan Melayu selepas Exco negeri menukar status tanah yang tersebut. Tapi setiap ekar Tanah Rezab Melayu yang di bebaskan mesti diganti. Malangnya Kanun Tanah Negara tidak ada syarat tentang tempoh masa untuk Tanah Rezab Melayu itu digantikan. Mengapa UMNO dan PAS tidak berkerjasama untuk mengubal Kanun Tanah itu untuk memaksa SEMUA kerajaan negeri dalam satu tempoh yang ditetapkan? Jadi saudara 'Tepuklah dada Melayu kamu dan tanya selera Melayu kamu.
Datuk.
Saudara Vincent Ang 11.03AM.
A very good suggestion...make sense.
Politics and survival are strange animals.
When Tengku Li was busy going around getting support for his SD against Najib, wasn't it Zahid who revealed the "old man". So Najib owes Zahid, so is there a story now in the lovey dovey relationship between Najid and Tengku Li? Politics and enemies make strange bedfellows.
Post a Comment