A Kadir Jasin
﷽
MUTAKHIR, 29 April – Keremehan (pettiness)
pemerintahan transformasi rakyat didahulukan pencapaian diutamakan Datuk
Seri Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone sekali lagi terserlah.
Mulai semalam (28 April), khidmat pengiring bermotosikal
polis (police outriders) Tun Dr Mahathir Mohamad telah ditarik balik. Bagaimanapun,
ADC dan Unit Gerakan Khas masih ada.
Boleh jadi dalam perkiraan otak burung (bird brain)
mereka, tanpa “outriders” perjalanan beliau ke majlis-majlis Deklarasi Rakyat yang
mereka kata tidak dapat sambutan boleh disukarkan.
POSTING ASAL
KALAU nak kelentong atau nak bohong pun biarlah kena cara. Nak putar-belit pun macam itu juga. Kena ada tatacara operasi standard (SOP).
[PERINGATAN: Komen guna “Anonymous” tidak akan disiarkan. Sila guna Google Account atau Name/URL. Boleh pakai nama samaran.]
Bila ada SOP, yang bohong tak
nampak berbohong dan yang kena bohong tak tahu dia dibohongi. Baru la hula lala
hula hoop!
Saya tak mahu kata Presiden dan
Pengarah Eksekutif 1MDB, Arul “Azrul” Kanda Kandasamy, bohong tapi dia pandai
tipu-helah, putar-belit dan guna bahasa.
Arul Kanda tak kata 1MDB kena tipu. Dia rujuk kepada kenyataan IPIC yang dakwa syarikat bernama Aabar Investments PJS Limited (Aabar BVI) tu bukan anak syarikatnya atau anak syarikat kepada anak syarikatnya, Aabar Investment PJS Limited.
Dalam bahasa yang mudah, IPIC kata Aabar BVI ini adalah syarikat klon yang curi nama syarikat asal iaitu Aabar Investment PJS Limited.
Peguam Negara Switzerland pula kata, ada bukti AS$4 bilion (RM16 bilion) duit 1MDB telah disonglap melalui pemindahan dan pengubahan wang haram. Dalam bahasa yang mudah, duit 1MDB dicuri kemudian diubah jadi sijil pelaburan, unit, derma dan macam-macam supaya nampak halal.
Jadi bila orang kata dia kata 1MDB kena tipu dengan kerjasama orang dalam, Arul Kanda kata, bukan dia yang kata tapi dia hanya buat interpretasi kenyataan IPIC dan Peguam Negara Switzerland.
Dia kata tugas dia dah selesai. Dia nak berhenti. Dok tak dok hutang 1MDB yang kita sangka RM42 bilion dah jadi RM50 bilion awal tahun ini dan faedah hutang AS$50 juta (RM200 juta) pun tak mampu bayar. Selesai haram zada apa?
Luncai Abad ke-21
Tapi ada manusia jenis Si Luncai
moden yang nak bohong pun tak pandai. Tak macam Si Luncai asal yang raja pun
dia boleh kelentong.
Si Luncai abad ke-21 ini buat
cerita kata Perdana Menteri, (Datuk Seri Mappadulung Daeng Mattimung
Karaeng Sanrobone), Mohd Najib Abdul Razak, tandatangan surat-menyurat 1MDB tapi tak ambil tahu apa kandungannya.
Si Luncai macam ini kalau nak
bohong untuk selamatkan nyawa dia pun dia tak tahu apatah lagi nak lindungi
Perdana Menteri.
Si Luncai ini punyalah bodoh
sampai dia ingat semua orang tak cerdik macam dia. Punyalah dungu sampai tak
tahu bahawa abai tanggungjawab fidusiari (fiduciary responsibility) adalah
kesalahan jenayah.
Mohd Najib sebagai Perdana
Menteri, Menteri Kewangan, pengasas 1MDB dan Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB
tanggung tugas fidusiari yang jelas dan berat.
Atau Si Luncai pemakan dedak ini
tahu hal urus tadbir korporat tapi dia ingat orang lain tak tahu. Dia sangka
dia seorang saja cerdik dan orang lain semua bodoh. Dia tak sedar bahawa orang
bodoh yang ingat diri dia cerdik adalah orang paling bodoh.
Mohd Najib tandatangani
surat-menyurat yang libatkan berbilion ringgit duit dan harta negara dengan tak
baca apa yang dia tandatangan?
Bukan Semua Orang Bodoh
Mak cik kampung yang buta huruf
pun tahu dia tak boleh buta-buta turun cap jari atas kertas. Dia kena tahu apa
tanggungjawab dia bila dia turun cap jari.
Zaman dulu, Cina buta pun tanya
syarat sebelum dia setuju menikah dengan janda talak tiga atau pak sanggup akan tanya syarat sebelum dia menikah dengan anak dara bunting.
Cina buta nak tahu berapa upah
dan berapa lama tidur dengan bini “sementara” dia? Tidur saja ka atau boleh
buat macam laki-bini buat?
Macam tu juga bekas laki yang
upah Cina buta nikahi janda dia yang dia cerai talak tiga. Masa nak cerai dia
tak fikir. Bila dah bercerai dia gila talak.
Cerai talak tiga tak boleh
rujuk. Jadi kena lah upah Cina buta nikahi dengan syarat lepas itu cerai. Tapi
kena jaga-jaga. Si Cina tu hanya mata tak berfungsi. Anggota-anggota lain
berfungsi kelas A.
Jadi bila ada Si Luncai moden
kata PM tandatangan dokumen 1MDB dengan tak baca atau tak tahu apa yang dia
tandatangani, sahlah Si Luncai ini bangang kelas A.
Rakyat jelata Malaysia boleh
jadi tak selicik PM dan Jho Low berniaga atas angin, tapi mereka taklah baghal
sampai percaya cerita macam yang Si Luncai moden buat.
Satu lagi, bila sampai masa
dihumban ke dalam sungai yang deras, Si Luncai dan jenis yang sama dengan
dialah yang paling awal lari lintang-pukang selamatkan diri.
Wallahauaklam.
41 comments:
Jom kita baca pulak sebahagian dari fitnah Sarawak Report harini…
Same Rogues Same Land Grab Practices Condoned By Adenan - BALINGIAN LAND GRAB
27 APR 2016
“… A massive chunk of land in Taib (Mahmud)’s own backyard of Balingian had been signed over by the Land & Survey Department, which comes under the State Ministry of Planning and Resource Management, set up by Taib and now headed by his successor Adenan Satem.
… The land, Lots 6 & 7 of Block 4, Buloh Land District, consisted of no less than 6,766 acres (2,738 hectares) which had been handed for a pittance to a company called Greenpro Farm Sdn Bhd (Director called Mohamad Syah Afiq Bin Mohamad Ali, a 23 year old man from a Kampung in Limbang) on 9th January 2015 for a mere RM300 per acre, compared to an estimated market value of RM4,000.
… The shortfall, in fact, is a clean RM23,457,600 that was not paid and should have been. Instead the buyers merely paid a paltry RM2 million in royalties to the state, if indeed that money was ever collected.”
Inilah cerita tanah terlajak murah di Sarawak. Kalau boleh JANGAN percaya! Aku post utk makluman saja.
Sallam Dato'
Berkenaan dengan soal bodoh dan pandai,
Ada pepatah orang putih kata,
"The difference between Stupidity and Genius is Genius has its limits"
Ini bermakna, kepandaian manusia sebanarnya adalah terhad, manusia tidak boleh umpamanya lebih cekap dari komputer.
Tetapi kebodohan manusia tidak ada had. Manusia boleh menjadi bodoh luarbiasa. Ada manusia yang lebih bodoh dari lembu.
Kita boleh lihat dekat Malaysia ini macam-macam komen yang luarbiasa bodohnya.
Yang menjadi masalah bila kita bergantung kepada orang seperti ini untuk tadbir negeri atau negara.
gua cilok tok..tq
Mereka x bodoh cuma menafikn kbenaran
Panda jugak la yg mkn berak tanggung
Datuk, bukannya susah sangat nak tentukan samada bayaran yang dibuat itu dirancang dengan niat salah/tipu, atau sebaliknya. Pemindahan wang sejumlah yang diperkata tentunya dibuat secara bertulis membutirkan dengan jelas SIAPA dan NOMBOR AKAUN PENERIMAnya dan fakta tersebut boleh dengan senang diBANDINGkan dengan arahan berkaitan bayaran yang terkandung dalam TATACARA TRANSAKSI yang dipersetujui diantara IPIC dan 1MDB. Saya kira maklumat boleh dibereskan dalam masa 3 jam dan khuatir masa berbulan-bulan yang dibazirkan selama ini hanya diperlukan untuk menutup kelemahan.
Salam Dato,
Bala' yg sangat menggerunkan sedang melanda negara yg tercinta.
Org alim, org jahil semua dah sama sama bersubahat menipu dan berbohong demi kepentingan perut boroi dan dunia yg fana ini.
Semuga Allah SWT melindungi dan mengampuni rakyat yang tidak bersalah.
.....ameen.
Salam Datuk,
How do we know that Arul “Azrul” Kanda Kandasamy (A2K2) is lying?
It’s quite simple, really.
http://www.londonstockexchange.com/exchange/news/market-news/market-news-detail/61HK/12383389.html
That was the binding term sheet that IPIC signed in 2015 and has now been broken by 1MDB.
Note that the MOF has to in effect guarantee this agreement, which means that the Invisible Finance Minister (Mappadulung AkuSain ButaJer Sanrobone) should be extremely worried.
On 17 Dec 2015, the WSK published a story under the headline:
“Malaysia’s 1MDB Sent $850 Million to Entity Set Up to Appear Owned by Abu Dhabi Wealth Fund”
http://www.wsj.com/articles/malaysias-1mdb-sent-850-million-to-entity-set-up-to-appear-owned-by-abu-dhabi-wealth-fund-1450333025
QUOTE: “The 1MDB fund sent the money to “Aabar Investments PJS Ltd.” which closely resembles the name of IPIC’s wholly owned subsidiary Aabar Investments PJS, the wire documents show.”
OK.
So, on 17 Dec 2015, not only were A2K2 and Mappadulung SainButa told of the fraud, THEY WERE ACTUALLY TOLD THE NAME OF THE DOPPLEGANGER COMPANY.
Now, this should have caused the mother of all panic attacks at 1MDB. Within the hour, A2K2 should have sent panicked emails across the world and to the MOF, including the King Of 1MDB, Mappadulung SainButa. After all, when you are told that US$850 million of Malaysian money is missing, that is not a small matter.
Tapi Si Arul tak gelabah pon. Rilek jer.
1MDB merely issued a generic denial.
https://jebatmustdie.wordpress.com/2015/12/23/the-case-of-missing-usd850-million-1mdb-tried-to-be-clever-but-failed-miserably/
Why?
Here is the answer:
A2K2 was fully aware that the Kongsi Gelap/Songlap Bugis-Arab-Cina had received the missing money. (The Bugis part of the Kongsi Songlap was all too aware of where the money had gone.)
They were playing for time.
By then, the UAE were still uncovering the truth.
It is now uncovered.
And A2K2 should be very careful he does not get put on Interpol red alert in the next 6 months.
Salam kedamaian kepada Tok Scribe,
1. Drama memujuk rakyat Sarawak sedang giat di jalankan.Harap rakyat Sarawak sedar dan jangan tertipu , serah kuasa pada orang yang tak beramanah.
2. Bila turun bala ,lumrah alam ialah, yang diamkan kan diri dan tak nak ambil tahu dan buat tak nampak kezalimanan dan penipuan berlaku depan mata ,juga akan terkena dan merasa kesan bala / bencana.
3. Sekiranya yang berkuasa sekarang ini ,berjaya dapat majoriti besar di Sarawak , apa akan terjadi selepas ini? Bila semakin berkuasa , lumrah bagi orang yang tak beramanah ialah menjadi semakin zalim, rakus dan tamak.
4. Saya berlindung dengan Pemelihara manusia, Raja manusia, Tuhan manusia dari segala kejahatan yang nyata dan yang tersembunyi.
Ashkc
The next IPIC-1MDB bond interest payment is on 11 May.
What will happen then?
Let’s say Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone gets on a private jet soon and flies to the UAE to “settle” the matter. But if he wants to "kau thim" the UAE, what can he offer?
First of all, he has to pay back his share of the stolen loot. Let’s say the US$3.5 billion (RM14 billion) stolen from Aabar was split four ways between the two Pak Arab, the Penang partner and the Pekan partner. That means Mappadulung’s share is about RM3.5 billion. We know that one batch was RM2.6 billion; the rest is not accounted for yet. Some may have gone to Hollywood.
So Mappadulung can apologise and give the money back, but what else? The UAE must be very angry. Perhaps he will give them the rest of Bandar Malaysia, or other national assets, free of charge. Or land in Pahang for RM1 per square foot? Who knows.
But time is running out.
The other key Arab player has also been caught. Khadem Al Qubaisi is under arrest in Abu Dhabi, and his assets are frozen.
If either Khadem Al Qubaisi or Mohamed Badawi Al-Husseiny implicates Mappadulung, then he only has himself to blame.
His current defence strategy is to pretend that they were the crooks, not him.
But why would crooks transfer RM2.6 billion to an innocent person?
Bercakap tentang kebodohan. Antara contohnya:
"What may be surprising to many is that Sarawak’s GDP per capita (RM41,000) is higher than Penang (RM38,000) and Selangor (RM37,000). So these figures speak for themselves."
Source: http://sskeruak.blogspot.my/2016/04/malaysias-transformation-programmes.html
Based on this figure, the GDP per capita of a Sarawakian is about RM 3,500 per month. A monthly salary of a young executive working at a GLC / MNC in Kuala Lumpur.
Human stupidity has no limit. So true.
Bila otak terlalu bebal, buat benda bagus tak reti (sebab tiada kepakaran dan kebolehan), buat benda jahat pun tak berapa nak menjadi.
Disebabkan GDP per capita tinggi sangat, jadi berapa per capita income (average income earned per person) of a Sarawakian? Jangan lupa bandingkan pula dengan per capita income in KL / Penang ye! Let the figures speak for themselves.
Syrikat yang Gah seperti 1MDB milik negara ,juga diabirurus olih mereka yang Gah-Gah pon bolih kena tipu .
Kalau rakyat biasa kena tipu ,kena "REDAH" sahaja lah ,nak buat macam mana .
1MDB kena tipu ,rakyat pon ditipu .
Ada 2 jenis manusia yang masih dok bela Najib.
i) Manusia jenis Cerdik Tapi Jahat - Manusia jenis nie sokong sebab dia ada kepentingan, samada berbentuk wang ringgit atau kedudukan.
ii) Manusia jenis Bodoh Tapi Sombong - Manusia jenis nie menyokong membuta-tuli dan tak mendapat apa-apa keuntungan. Hanya diperkuda oleh manusia jenis no. 1 tadi.
Jadi, jika anda masih menyokong Najib, maka pilih la anda dari katogeri yang mana satu.
Dato
Musim "panas" ni banyak "ular ular" keluar dek kepanasan yang melampau.
Cuma "ular ular" jenis ni kuat makan dedak, jadi bila mematuk pun sudah la tak berbisa,lepas tu nak buat muka berbisa.
Last sekali bila kena sergah balik, tak tau nak buat apa, dia buat buat bodoh.
Sallam DAKJ.
Inilah yang dikatakan BODOH TAK BOLEH DIAJAR PANDAI TAK BOLEH DITUMPANG, segala galanya sumbang yang bakal membawa negara ini ke jurang kehancuran macam Greek, namun kenapa masih lagi ahli ahli UMNO tidak bertindak sesuatu ? Inikah parti yang mahu menyelamatkan Melayu ? Kenapa Arul Kanda, Jho Low dan pak arab, pak arab dalam skandal 1MDB ini melayu kah mereka ini ? kenapa Najib terlalu percaya sangat kepada mereka ini ? Kepada pengikut setia UMNO saya berseru JANGAN JADI BACUL HINGGA SANGGUP NEGARA DIHANCURKAN OLEH PEMIMPIN RASUAH YANG INGIN MENGAUT KEUNTUNGAN CARA CEPAT. Insaflah di luar bandar nun di pendalaman rakyat yang rata rata orang melayu sedang merintih menghadapi kehidupan perit dengan kos sara hidup yang makin naik.
Jika saudara semua berpeluk tubuh dan menjadi pemerhati saja kerana takut di terajang dari parti maka tunggulah BENCANA yang bakal menimpa anda atau keluarga anda kerana keluhan yang teraniaya adalah doa dan doa orang yang teraniaya sering dimakbul Allah.
Wallahukalam.
Salam Datuk
Najib adalah satu MUSIBAH kepada Malaysia dan rakyat jadi korban.
Wahai mereka yang masih buta dan pekak
Atau masih lena dibuai mimpi BR1M
Sedarlah...musibah Najib ini kita tanggung sampai ke anak cucu cicit....
Kalau anda masih tidak dapat memahami musibah ini...
Bangunlah...carilah pencerahan agar anda faham...bertanya...
Jangan ko cari di media arus perdana...itu semua berita pemakan dedak.
Cari dalam blog...google kan...pasti ada berita tentang 1MDB.
Bukakan hati...kalau kurang faham...tanya sesama rakan...
1MDB ini wajib kita ketahui kerana ianya bukan urusan syarikat persendirian lagi...
1MDB telah menjadi pekong dan virus yang menghancurkan negara Malaysia.
UMNO...kamu BERSALAH dan BERTANGGUNG JAWAB dalam musibah ini
Ketua kamu perancang dan penggerak utama 1MDB
Kamu sokong dan kamu bersekongkol dengan ketua kamu
Dimanakah Maruah kamu wahai UMNO?...
Mengapa kamu terlalu bodoh dan banggang mempertahankan pemimpin korup...
UMNO...kamu PENGKHIANAT AGAMA, BANGSA DAN TANAH AIR!...
Datuk...
Saya dah tak tau lagi apa nak kata tentang 1MDB, UMNO, Najib dan sekongkolnya.
BODOH, BAHALOL, BONGOK, BAJINGAN, KORUP, SONGLAP.... itu tak mencukupi.
Mereka lebih dari itu.
"Mungkin Tuhan mulai bosan
Melihat tingkah kita
Yang selalu salah dan bangga
dengan dosa-dosa
Atau alam mulai enggan
Bersahabat dengan kita
Coba kita bertanya pada
Rumput yang bergoyang"
(Petikan puisi Ebiet G. Ade - Berita Kepada Kawan)
Teruskan perjuangan Datuk
Begitulah jalan cerita legasi UMNO Baru Tun Mahathir sedang berjalan masa kini. Kenyatan Almarhum Tunku Abdul Rahman nampaknya benar. Mungkin datuk sebagai penulis veteran boleh memberi pencerahan mengenai langkah selamatkan Malaysia yang dilakukan pada lewat 80an Oleg Tunku. Apakah persamaan dengan langkah ciplak semasa? Mungkin pelakon veteran mengambil tempat 'villain' ??
DAKJ,
Salah seorang yang kuat kelentong ialah SS Kruak.
Ada sahaja sesuatu yang terhembur keluar dari mulutnya. Baginya penting berkata sesuatu untuk menjustifikasi perlantikannya yang di luar dugaan sebagai menteri oleh Najib.
Dalam keadaan negara menghadapi 1001 macam masaalah termasuk menutup peluang pelajar- pelajar cemerlang melanjutkan pelajatan ke luar negeri kerana kekurangan pembiayaan, dia masih masih menganggap transformasi Najib, 'satu success story.'
Salam Datuk,
I was asked an interesting question yesterday:
"If Najib says the 2.6 billion came from Saudi and the international investigators say it came from 1MDB's deal with UAE, who will win?"
The answer is simple:
The evidence will win.
The biggest problem that Mappadulung Akusain Butajer Sanrobone faces is that these transactions have already passed through the international banking system, and have already left a trail.
International forensic investigators do not use paper as evidence. Nor do they rely merely on SWIFT codes or IBAN codes. They will track the electronic metadata of the transactions, because the movement of hundreds of millions across borders can only happen electronically in this modern era.
Once that metadata exists, it is impossible to alter or rewrite it.
To take just one example, how would Mappadulung remove the evidence that his 2.6 billion passed through Wells Fargo Bank NY? He would have to persuade his Saudi fake sheikhs to bribe the management of Wells Fargo Bank to erase all their electronic records and replace them with new metadata that shows the money came from "Prince Ali Al-Penyamoon". But the accuracy of that data can be established forensically.
It is like creating a Microsoft Word file on 21 April 2016 and trying to pretend it was created on 14 June 2008. No amount of manual "fixing" can erase or alter data inherent in the file.
So, the evidence will win.
Even 500 "donation letters" from "Prince Ali Al-Penyamoon", or verbal statements, cannot beat forensic evidence.
That is why the 24-hour replacement denied the MACC the right to examine overseas evidence, and why the PAC was given no access to overseas evidence.
The UAE-Aabar scam was already known long ago to A2K2 and 1MDB, and they are trying to cover it up.
But they will fail.
Assalamualaikum Datuk,
Bagi saya Sdra Zalman A ni bukanlah calang-calang orangnya. Tentunya ia bukan sahaja berilmu, malah saya rasa beliau telah melalui pengalaman luas dalam urusan kewangan. TQ Zal.
Petang nanti mengikut catitan di Sijil Beranak, usia saya akan masuk tahun ke 70. Seperti kebanyakan orang lain seusia saya, saya juga sudah terasa penat dan mual dengan kerenah 1-MDB ini. Tetapi dengan tulisan n ulasan yang bernas di blog Datuk membuat saya mampu berselera membuka mata.
Betul kata sdra Zal tu Datuk ... Dengan erti kata lainnya 'Mana bisa elektronik trails dipadamkan'. Namun, di Malaysia 'if the price is right ...' semuanya boleh di PATCHING belaka. Tidak ada sesiapa ker di kalangan orang kerajaan yang ada kuasa di negara ini yang mahu bertanyakan 'Chif dan Ketua-Ketua' Ambank akan asal usul laluan wang yang di buat melalui bank mereka?.
Kalau dah 'Chif dan Ketua-Ketua' lainnya di Ambank tidak dapat memberikan maklumat yang semustahak dan sepenting ini kepada negara, bolehkah kita pegang dan percaya keamanahan mereka dalam menjaga amanah mengambil wang simpanan dari pendeposit dalam bank mereka. Mengapa masih mahu berselindung di belakang BAFIA. Gabenor BNM pun bila ditanya ABC memberi jawapan yang hambar, Akta Menjaga Rahsia.
Ambank memang gagah. Pernah saya terdengar iklannya dahulu di radio semasa memandu ......'Ambank Maa!....'.
Salam
Datuk.
Masih ada tiga perkara besar yang belum selesai:
1. Hutang 1MDB sebanyak RM42 billion (sekarang sudah jadi RM50 billion???) ada lah hutang yang akan dibayar olih rakyat Malaysia...belum lagi selesai...tapi kalau ada orang kata sudah selesai...maka anak haram zada la tu nama nya.
2. RM2.6 billion "derma" dalam akaun peribadi diAMBank Mohd Najib Razak, Perdana Menteri Malaysia ke-6 Jahanam itu pun belum selesai....anak haram zada saja yang kata sudah selesai.
3. RM42 juta dalam akaun peribadi peribadi diAMBank Mohd Najib Razak, Perdana Menteri Malaysia ke-6 Jahanam itu belum lagi selesai....anak haram zada saja yang akan kata sudah selesai.
Si Luncai ke...Cina buta ke...semua anak anak haram zada seperti itu kena selesaikan...yang baru bersara tu, cepat cepat la bersara...susah mau jadi anak haram zada...lagi senang kalau mau jadi anak haram, sebab anak haram (anak luar nikah) bukan salah kamu.
Anak anak haram zada tersebut tidak bolih selesaikan masaalah, bukan tidak pandai, atau kurang cerdik, tetapi sudah dilahirkan begitu rupa...jadi mau buat apa. Lupakan saja buat ketika ini hingga ke suatu masa...kita heret mereka ke mahkamah undang undang...neraka sudah penuh, jadi kena adili didunia saja.
Buat ketika ini, hidup saja la macam anak haram zada...dapat wang...dapat kontrak...dapat gaji besar...dapat pangkat...dapat naik haji pun ada juga.
Hidup Melayu!
Mb trengganu yg baru sudah ada. Tunggu pm bugis datang mengadap sultan.
Pendapat saya jenis lelaki yang akalnya beku ialah mereka yg gila harta, gila kuasa, gila betina dan yg kena nasi kangkang.
Dah dapat dedak bro..yg lain semua x nampak yg nampak dedak jer
salam Dato.
Dulu2 bila ada org bukan Melayu kutuk Umno....Sy Bengang...sy 'Blow'.
Paling last sy Bengang...'Blow'..bila Ryan DAP...Mencelakakan Umno
Seban sy Bengang...sy 'Blow' ada lah kerana sy sayang Parti ini. Parti Melayu...Parti Bangsa sy. Parti yg bnyk Jasa pd Negara dan bertanggung Jawab menaikan maruah bangsa dsb.
Justeru itu bila sesiapa yg kutuk Umno samada org bukan Melayu atau Melayu sekali pun sy Bengang...sy 'Blow'.
Tetapi itu dulu..itu cerita lama...itu sebelum Bugis..Jawa totok dan Semua Melayu2 Pemakan Dedak Haram Zada mwmimpin.
Dan bila sy menonton video Matthias Chang menghamput...memaki hamun Umno terutama Bugis Jawa Totok...MT.
KPN..MACC...sy Bengang...sy 'Blow'..
juga...tetapi 'Blow' dan Bengang sy sudah berlainan.
Malah perasaan benci dan Meluat teramat sngat...bukan terhadap Matthias tetapi terhadap Parti ini.
Dewasa ini...Sekarang ini...Waktu ini...'La Ni...Now'...itulah perasaan sy pd Parti ini selagi Dajal2 HZ spt yg tersebut diatas memimpin.
PERGI MA$P@S lah Umno...nemang patut diCelakakan.
Merosakan...Bangsa..Ugama dan Negara sahaja.
Salam Datuk,
BBC News | South Africa corruption case blow for Jacob Zuma - http://www.bbc.com/news/world-africa-36169594?ocid=wsnews.chat-apps.in-app-msg.whatsapp.trial.link1_.auin
Di Msia..pemimpin yg merompak dan menyanun duit Rakyat di pertahankan mati2an. Ini lah sikap rg UMNO skrg..hanya dgn beberapa ratus RM saja.
Assalamualaikum,
YBhg Dato dan Pembahas yang saya hormati. Seperti yang saya nyatakan sebelum ini perlawanan ini sudah sampai "point of no return". Kedua-dua pihak tidak akan berpatah balik dan akan terus dengan hujah-hujah mereka samada betul atau putar belit untuk menentukan tidak kalah samada dengan berkelintong atau dengan fakta baru.
Kita telah diberitahu beberapa Negara asing telah membuat siasatan mengenai kes ini. Bolehkah diharapkan mereka mengambil tindakan atau setakat membuat kenyataan umum saya yang tidak memberi sebarang implikasi. Bolehkah mereka membuat kenyataan yang pendek tetapi tegas seperti yang dilakukan Kementerian Luar Arab Saudi.
Peguam Negara telah dilapurkan telah menyatakan telah meminta siasatan atas 1 MDB diteruskan dan PDRM pula telah dilapurkan sebagai tiba giliran mereka membuat siasatan.Ambillah peluang ini untuk menyelesaikan kes ini dengan bukti-bukti terkumpul.Kita mistilah berpegang kepada keyakinan "right will always prevail".
Raja Abdul Rahman bin Raja Mohammad Dain,
Pencetus Strategic Vision,
Petaling Jaya.
salam Dato.
Kata awang Batuburuk..
"bala menimpa..org alim org jahil sama2 bersubahat membela ..."
Tepat sekali.
Ini terjadi kerana Melayu Islam dlm Umno memang keparat...mempersenda dan mengguna ugama untuk kepentingan diri.
Agaknya Islam bagi puak2 Keparat ini ditafsir ikut cara mereka barangkalinya....umpama minyak dan air tidak akan bercampur...buat onar dan mungkar tetapi berapi cakap pasal Islam dan amalan yg dituntut.
Bila tonton video Bugis HZ 'bertazqirah pasal Org2 Munafik'..kalah Ustaz...tetapi bila melihat kelaku/amalan dia sebenar....Allah sahaja yg tahu.
Yg ketara pula...alim ulama didlm kerajaan....kelu lidah bisu.
Inilah Islam cara Umno.
Wallahuallam.
Salam Saudara msh.
Perasan saya pun sebiji seperti Saudara.
Saya pun telah dengar habis, apa yang dimaki-hamun Mathias Chang terhadap UMNO-Najib dan semua penjilat beliau.
Begitu juga apabila mahkamah gugur tuduhan hasut terhadap "Ryan DAP...Mencelakakan Umno'. Langsung saya tak kisah.
Kalau Guan Eng tidak dihadapkan ke Mahkamah seperti Khir Toyo, Najib yang patut dipersalahkan, bukan SPRM seperti mana yang digemburkan oleh MAP, lebih-lebih lagi TV3. WANG berpuloh Billion IMDB lesap, RM 2.6 Billion masuk akaun peribadi (Isteri masuk RM2 juta) & harta-pusaka Rakyat tergadai.....kemudian integrity & moral SPRM terjejas teruk akibat 'tangan-ghaib' Najib.....termasuk rasuah RM107 juta di KBS......saya pasti SPRM menjadi serba-salah dan patah-hati. Ataupun SPRM sengaja melambat-lambatkan 'siasatan' terhadap Guan Eng untuk 'menyakikan-hati' UMNO-Najib.
Hebat Najib nih. Beliau telah berjaya membuat penyokong-setia UMNO tawar-hati. PRN Sarawak pun saya tak ambil peduli.
Salam Datuk,
Let us not forget the long series of lies told by A2K2 and Mappadulung Akusain Butajer Sanrobone on those UFO (Unidentified Financial Objects) from the Caymans.
Here is Akusain Butajer in Parliament on 11 March 2015:
KUALA LUMPUR: About RM4bil of 1Malaysia Development Bhd (1MDB)’s investment funds in the Cayman Islands was transferred to a Singaporean Bank to ease the facilitation of transactions, said Datuk Seri Najib Tun Razak.
“The remaining US$1.103bil (RM4.08bil) of 1MDB’s investment funds managed by the Cayman Monetory Autority has been redeemed in cash and is kept in US currency by the BSI Bank Limited Singapore (BSI Singapore),” said the Finance Minister.
“The decision to use a bank in Singapore is to ease the facilitation of fund withdrawals as Bank Negara Malaysia (BNM) regulations state its approval is needed for every transaction exceeding RM50mil,” replied Najib, who is also Prime Minister.
Then the "cash" became "assets" and then "units".
Then the "units" became "nothing":
http://sahathevan.blogspot.my/2016/04/1-mdbs-us-23-billion-cayman-units.html
Why has the Finance Minister/Prime Minister not resigned over this issue and many, many others? Where is the US$7 billion that the PAC says is not accounted for? What kind of Finance Minister allows these things to happen?
The Singapore DPP has remarked in this latest case:
"Mr Kwek said that the probe was "very much alive" and involved "several jurisdictions, numerous corporate entities, multiple transactions spanning several years, and a staggering amount of monies". Multiple witnesses have also been interviewed.
"We have hundreds of thousands of documents to review that include communications between the accused and other persons of interest, as well as e-mails and transactional documents which the accused can also provide insight on," Mr Kwek argued."
Kantoi, o.
It cannot be easy to sleep at night.
1MDB has paid compound to BNM, and kes dah tutup with the 24-hour replacement's approval.
"Compound" berapa?
300 ringgit?
AmBank were fined RM53.7 million, and perhaps people lost their jobs:
http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2015/07/15/ex-ambank-exec-claims-breach-of-bank-negara-procedures/
'Briefly, it appears that he was terminated on May 3 because of what transpired a day earlier when he insisted that he had to notify Bank Negara, as per procedures, on incoming remittance being above the threshold level. “My superior, who was on the phone with AmBank Chairman Azman Hashim, slammed the phone and told me to follow instructions because this is a high-profile, VVIP transfer,” he said. “On May 2, my superior asked me to clear an incoming remittance from UBS Bank Singapore with an amount of $7 million Singapore dollars (SGD).”
“There were three transactions that day. A week earlier $14 million SGD was remitted into Dato’ Sri Mohd Najib’s private account bearing the number …..28.”
He disclosed that his superior yelled at him and claimed that Bank Negara had already given the green light for the transfers and “I just had to follow instructions”.'
We wish TS Zeti a happy retirement, but she does not retire with her reputation intact.
Not by a long way.
Sejak penyakit 1mdb ni merebak..mmg dah ramai jadi tak masuk akal termasuklah yg ada PhD dan bertaraf menteri
Salam
Police Outriders pun kena sapu!?!
To me yang nampak buruk bukan Tun Mahathir tapi Najib. Tambah Najib kejam, tambah orang sayang Tun Mahathir.
Just because dia current PM semua orang pun kena hormat dia. Tapi dia tak hormat bekas PM yang letak dia disitu. Start dari Nothing To Hide sampai la ini so many things to hide and take away from..!
Eeee
Salam Datuk
Tahniah!...
Najib memang ade teloq!...Memang Pahlawan Gagah Perkasa!...
Sayang sekali!...takat tu je dia berani...
Tapi betul ke Najib yang bagi arahan?
Bukan Zahid atau KBAB?...
Dia orang ni kan terlebib pandai...ada PHD(bukan Phd)
Walau ape ape pon...
Ada Tun Mahathir kesah?...
Ayak muka Tun tak jatuh pun!...malah sebaliknya
Negarawan Ulung Numero Uno kekasih rakyat ni tak heran permainan macam tu...
Ingat dulu sewaktu Tun sleepy Dollah...kereta proton dihantar balik?...
dan baru ini kisah Penasihat Petronas...Tun hantaq balik elaun...
Tun tak sengkek pon...
Malahan beliau disanjung dan dihormati segenap lapisan rakyat.
Tun Mahathir tiada tolok banding...
Numero Uno in the world.
Najib...budak hingusan yang curi gula gula tapi tak ngaku walau jelas mulutnya penuh mengolom...fafaf fon fak fetol...
Najib mengata orang berak disemak tepi jalan...tapi dia sendiri terceret mencecer sepanjang jalan...dia tuduh orang lain yang berak...Huh!....
Dasar Pengkhianat!...
Dato sepandai2 tupai melompat akhirnya jatuh ketanah juga didunia dia lepas kerana ada kuasa tetapi diakhirat kena jawab depan allah dan akan menerima balasannya
Kadiag, salaam.
Tajok tulihsan hang kali ni aku rasa la nyongsang logik atau mad bin saleh kata "contradiction in terms".
"Kalau Nak Kelentong Pun Biar Masuk Akal"....maksud aku, orang yg suka kelentong mana munkin (basa indon sikit, maghap no...) buat kerja yg masok akai...?
Pada paham aku, kelentong tu dari asai2nya memang satu kerja yg tak masok akai, dlm islam, Allah s.w.t. sangat murka ataih orang yg membuat dusta. Dusta jugak termasok orang yg guna dgn sengaja perkataan yg ada magna berganda untok kabogkan keadaan, mad anak saleh kata "double speak". Atau meninggaikan unsog2 yg penting atau "salient" dgn sengaja. Mad bin saleh kata "omission".
Dgn kemurkaan Allah dan rosulNya, mana munkin depa bulih bertindak cara logik ka, ikut S.O.P. ka... kelentong tu bulih beranak pinak pulak. Perbuatan ni kod yg lahiagkan ungkap pepatah semasa..."Siakap senohong ikan duri...."
Aku petik dari satu blog Indonesia....
"• Sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam :
وَإِيَّاكُمْ وَالْكَذِبَ
Dan jauhilah oleh kalian berbuat dusta
Berdusta juga akan merusak pengetahuanmu dan orang lain tentang sesuatu. Karena seorang pendusta itu menjadikan yang tidak ada menjadi ada, yang ada menjadi tidak ada, yang benar menjadi bathil, yang bathil menjadi benar, kebaikan jadi kejahatan, kejahatan jadi kebaikan.
Seorang yang berdusta itu telah berpaling dari kebenaran yang ada, menjadi ketiadaan, dan berpengaruh kepada kebathilan. Jika perbuatan-perbuatan itu telah merusaknya dan kebohongan telah mempengaruhinya, maka hatinya menjadi hati yang dusta dari lisannya. Dia tidak bisa mengambil manfaat dengan lisannya dan juga amalan-amalannya.
Karena itulah berdusta adalah pokoknya kejahatan, sebagaimana sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam :
فَإِنَّ الْكَذِبَ يَهْدِيْ إِلَى الْفُجُوْرِ ، وَإِنَّ الْفُجُوْرَ يَهْدِيْ إِلَى النَّارِ
Sesungguhnya dusta membawa seseorang kepada kejahatan, dan kejahatan mengantarkan seseorang ke kejahatan.... Yaitu, jika seseorang berdusta dalam perkataannya, maka dia akan terus dalam keadaan seperti itu sampai akhirnya berbuat jahat. Wal ‘iyâdzu billâh. Dan itu telah keluar dari ketaatan, termasuk kedurhakaan dan maksiat. Berbuat jahat menyeret seseorang ke Neraka, Allâh Azza wa Jalla berfirman :
كَلَّا إِنَّ كِتَابَ الْفُجَّارِ لَفِي سِجِّينٍ ﴿٧﴾ وَمَا أَدْرَاكَ مَا سِجِّينٌ ﴿٨﴾ كِتَابٌ مَرْقُومٌ ﴿٩﴾ وَيْلٌ يَوْمَئِذٍ لِلْمُكَذِّبِينَ ﴿١٠﴾ الَّذِينَ يُكَذِّبُونَ بِيَوْمِ الدِّينِ
Sekali-kali jangan begitu! Sesungguhnya catatan orang yang durhaka benar-benar tersimpan dalam Sijjin. Dan tahukah engkau apakah Sijjin itu? (Yaitu) kitab yang berisi catatan (amal). Celakalah pada hari itu, bagi orang-orang yang mendustakan! (yaitu) orang-orang yang mendustakannya (hari pembalasan).” [Al-Muthaffifiin/83:7-11]
Kemudian Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda.
وَمَا يَزَالُ الرَّجُلُ يَكْذِبُ وَيَتَحَرَّى الْكَذِبَ حَتَّى يُكْتَبَ عِنْدَ اللهِ كَذَّابًا
Dan jika seseorang senantiasa berdusta dan memilih kedustaan maka akan dicatat di sisi Allâh sebagai pendusta.....
Karena inilah, asal amalan hati semuanya adalah dari kejujuran, dan lawannya seperti riya’, ujub, sombong, berbangga diri, lemah, malas, penakut, dan lainnya asalnya adalah dari perbuatan dusta.
Maka semua amalan shalih yang tampak maupun yang tersembunyi asalnya dari kejujuran. Dan semua amalan jelek yang tampak maupun yang tersembunyi asalnya dari perbuatan dusta.."
(Dari lamanweb https://almanhaj.or.id/4089-berkata-benar-jujur-dan-jangan-dusta-bohong.html)
Macam mana pon Kadiag, tulihsan hang, aku rasa sangat berpaedah kerana menhuraikan putag belit depa dlm bahasa yg mudah. Terima kasih banyak. (Kadang2 tepikiag jugak aku, hang pi mengaji di London In Scotland Auckland dolu2 tu dlm bidang sorat habag ka, dalam bab kewangan korporat ka...apa ka...?).
Wa sallam,
Aku
RALAT¦...Ungkapan pepatah yg dimaksudkan di perenggan 3, tulihsan Aku (7.43 pm) adalah lagu ni...'siakap senohong, gelama, ikan duri....‘
Maghap no.., tetinggai perkataan 'gelama'.
Aku.
The global noose becomes tighter:
"Royal Bank of Scotland has become embroiled in the global investigation into alleged corruption relating to Malaysia's state investment fund, 1MDB, with the Swiss financial watchdog opening a probe into the lender, according to two people familiar with the matter.
The Swiss authorities have launched an inquiry in relation to "certain client accounts held with Coutts," the former Swiss-based arm of RBS's private bank, the bank disclosed on Friday, adding that it is also co-operating with regulators in other countries in relation to the same accounts.
The people said both statements referred to accounts connected to alleged wrongdoing in Malaysia. RBS sold Coutts International to Union Bancaire Privée last year but the bank said on Friday that Finma's enforcement proceedings were focused on the period when it still owned the Swiss private bank."
Those familiar with the situation told the Financial Times that two payments totaling $860m were made between September 2009 and September 2010 from 1MDB to an account in Coutts' Zurich branch, known as the Good Star account."
http://www.cnbc.com/2016/04/30/royal-bank-of-scotland-sucked-into-1mdb-probe.html
Datuk,
Mappadulung Akusain Butajer Sanrobone plans to ride the Adenan factor in Sarawak, and then run quickly to the UAE to plug the gaping wounds there.
I do not think the UAE will layan the Paklawak Bugis any more.
They may well already know from the two captive Arabs what Mappadulung's role was in the whole songlap cartel.
At the rate that the dots are being connected globally, it will not be long before the whole world knows.
Meanwhile, the estimate of songlaped money from 1MDB, according to investigators, has reached US$6 billion (RM24 billion), and large amounts of Mappadulung's cash and assets have been frozen.
That is his problem.
But 1MDB is now in serious default, with the next payment just 10 days away.
That becomes our problem.
Bilalah meka ni nak cerdik??
Cakap lurus tak reti.
Nak membohong pun bodoh jugak.
Akhirnya kita rakyat disuruh terima cakap meka.
Walhal kita semua tahu meka menipu.
Apa ingat kami ni kaldai ke??
Ni nak cakap omputih jap...
What's the PURPOSE you EDUCATE the rakyat??
Buat kolej, institusi pengajian, universiti sana sini tapi bila rakyat dah cerdik meka nak perbodohkan rakyat pulak.
Buat alasan sebab musabab yg tak boleh diterima dek akal.
Putar belit, berpusing-pusing.
Apekebendanya ni??
Macam cerita kartun.
Ni cerita Mickey and Minnie mouse ke?
Atau cerita kartun Casper hantu yg ghaib?
Nak tipu sapa ni??
Rakyat atau DIRI SENDIRI yg tertipu??
News Straits Times' group editor Mustapha Kamil Mohd Janor has confirmed rumours of his resignation but would not comment on the reasons behind his move.
Hmmmmmm...
Salam
Kelakar la pasal Cina Buta. Malam2 pun I ketawa baca. :)
Post a Comment