A Kadir Jasin
﷽
DALAM tampalan 12 Mei bertajuk
“Cabaran Sg Besar dan Kuala Kangsar, antara lain, saya berkata:
“Antara Sungai Besar, di mana
kemenangannya kecil, dan Kuala Kangsar, di mana kemenangannya tidak besar, Mohd
Najib dan anak kapal penisi Bugisnya sekali lagi dilambung badai.
Tetapi jangan terkejut kalau Pahlawan Bugis yang terkenal dengan strategi “cash is king” berjaya mengekalkan kedua-dua kerusi itu.”
Tetapi jangan terkejut kalau Pahlawan Bugis yang terkenal dengan strategi “cash is king” berjaya mengekalkan kedua-dua kerusi itu.”
[PERINGATAN: Komen guna “Anonymous” tidak akan disiarkan. Sila guna Google Account atau Name/URL. Boleh pakai nama samaran.]
Sehingga kita mengetahui
kesudahan tarik tali di kalangan parti-parti pembangkang mengenai siapa yang
akan bertanding, kesimpulan rambang menjurus ke arah kemenangan Umno/Barisan
Nasional.
Tetapi, sekiranya muncul
kesepakatan tulen di kalangan parti-parti pembangkang, Umno/BN mungkin terpaksa
mengucapkan selamat tinggal kepada dua kerusi itu.
Pembangkang berpecah kepada tiga
puak besar. Pertama Pakatan Harapan (PH) yang terdiri daripada PKR, DAP dan
Parti Amanah Negara (Amanah), kedua PKR-PAS dan ketiga PAS-Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan).
Walaupun PAS keluar Pakatan
Rakyat (PR) dan menolak kerjasama dengan DAP, ia kekal dalam Kerajaan Selangor
atas kehendak PKR. Ini menjadikan Selangor unik kerana diperintah oleh gabungan
tiga parti di mana dua daripadanya tidak sebulu.
Sekarang dengan adanya Amanah,
PAS bermusuh dengan DAP dan Amanah tetapi berpakat dengan PKR. Amanah adalah
parti serpihan PAS yang terdiri daripada pemimpin bukan aliran agama yang
tersingkir ketika pemilihan parti tahun 2015.
Menjelang PRK Sg Besar dan Kuala
Kangsar, PAS dan PKR bertelingkah kerana PAS mahu mengekalkan pegangan ke atas
kedua-dua buah kerusi itu manakala PKR mahu mengambil alih kerusi Sg Besar.
Dalam Pilihan Raya Umum 2013, PAS mewakili Pakatan Rakyat di kedua-dua buah
kerusi itu dan kalah tipis.
Dalam perkiraan PAS harapannya
menang kali ini lebih besar kerana pelbagai skandal dan masalah yang melanda
Perdana Menteri (Datuk Seri Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng
Sanrobone), Mohd Najib Abdul Razak, selepas PRU 2013.
Semasa PRU 2013 skandal 1MDB,
derma RM2.6 bilion dan pengalihan haram RM48 juta duit SRC International Sdn
Bhd belum diketahui umum.
Ekonomi pula tidak seteruk
sekarang dan kos sara hidup rakyat jelata masih terkawal kerana belum ada GST
dan subsidi belum ditarik balik. Itu pun prestasi Mohd Najib lebih teruk
daripada Tun Abdullah dalam PRU 2008.
Mohd Najib “Sitting Duck”
Sekarang, dengan pelbagai
skandal, kesempitan hidup rakyat jelata akibat kelembapan ekonomi, kejatuhan
nilai ringgit dan kenaikan harga akibat pelaksanaan GST dan penghapusan subsidi
serta perpecahan dalam Umno, Mohd Najib adalah “sitting duck” – itik kembara
yang tunggu untuk ditembak.
Jadi tidak hairanlah kalau PAS
mahu bertanding semula di kedua-dua buah kerusi itu. Ia berasa boleh menewaskan
Umno/BN dengan lebih mudah.
Seperkara lagi, perkembangan ini
mempunyai nilai tambahan kerana sejak akhir-akhir ini Presiden PAS, (Datuk Seri)
Haji Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Amnya, (Datuk) Dr Harun Din digambarkan
oleh media Umno sebagai sangat akrab dan berahi dengan Mohd Najib.
Maka timbul tanda tanya sama ada
PAS benar-benar hendak melawan Umno/BN di Sg Besar dan Kuala Kangsar atau
bertanding olok-olok untuk memberi kemenangan kepada calon Mohd Najib?
PKR pula berasa ia mempunyai
harapan yang lebih besar untuk menumbangkan Umno/BN di Sg Besar berbanding PAS
atas premis ia mengetuai kerajaan campuran Selangor dan lebih akrab dengan DAP.
Faktor DAP dan undi orang Cina kritikal bagi merampas Sg Besar.
Kalau PAS kembali bertanding,
pengundi Cina mungkin memboikot kerana sejak meninggalkan PR, PAS banyak
membuat kenyataan yang memusuhi DAP dan bercanggah dengan aspirasi orang Cina.
Seyogia diingatkan salah satu
daripada kerusi DUN Sg Besar iaitu Sekincan dimenangi DAP. Tanpa kerjasama padu
DAP, harapan menumbangkan Umno/BN mungkin lebih sukar.
Kemudian fakta Deklarasi Rakyat
(DR). Sg Besar dan Kuala Kangsar akan turut menjadi arena menguji implikasi
Deklarasi Rakyat ke atas sentimen pengundi, khususnya penyokong Umno/BN.
Mohd Najib dan konco-konconya
akan melakukan apa saja untuk memang. Ini adalah permulaan kepada perjuangan
hidup mati mereka. Tidak ada beras, gandum, dedak,
duit, kain batik, projek dan janji yang tidak akan mereka taburkan untuk mengekalkan dua kerusi ini.
Tetapi kalau PAS tidak khianat
dan pembangkang bersatu padu untuk tempoh PRK itu, kita mungkin menyaksikan Sg
Besar dan Kuala Kangsar menjadi permulaan kepada kekalahan Umno/BN dalam
pilihan raya umum akan datang.
Wallahuaklam.
34 comments:
Persoalan yang selalu bermain di dalam kepala saya jika BN kalah pun ada Najib nak kisah? Skandal berbillion dolar yang dah diketahui merata dunia pun Najib boleh buat muka selamba inikan pula PRK yang tidak akan menumbangkan kerajaan. Tapi kalau PAS rela nak ditunggang oleh UMNO, bolehlah diberi sedikit sumbangan supaya nampak macam ada persaingan. Tetapi akhirnya kalau Umno kalah pun, Najib tetap macam tu jugak dan rakyat akan terus kecewa.
Semua orang tahu benda ni, pakcik.
PRK Sg.Besar & Kuala Kangsar bukan bertujuan nak
tumbangkan kerajaan atau bentuk kerajaan. PRK tu
cuma test market, untuk lihat sejauh mana umno
masih dapat sokongan, sejauh mana PH menerima
sokongan dan sehebat mana pengaruh Deklarasi
Rakyat dan Tun Dr.Mahadir. Kalau umno kalah,
Najib pun malu juga walaupun muka dia kulit babi,
tak tahu malu. Juga, pengundi tak kisah PH bercakaran,
mereka tetap undi 'ASALKAN BUKAN umno'.
Sebaliknya,kalau umno menang, it just shows orang
kampong masih tak sedar balak yang sendang menunggu
mereka dan anak cucu mereka. Juga signal bagi PH
merapatkan barisan dan membaiki strategi perang.
Menang kalah adat pertandingan. Cumanya p/raya kecil ini sekiranya UMNO/BN kalah, akan memberikan tamparan kuat ke muka Presiden UMNO dan kuncu kuncunya. Saya berharap UMNO/BN akan kalah kerana sebahagian ahli umno tidak akan menyokong lagi pemimpin sekorup Presiden mereka. Menyokong UMNO/BN samalah seperti meluluskan perbelanjaan rakus 1MDB. Samalah juga persetujuan untuk menanggung tambahan hutang negara sebanyak RM50b lagi.
Seharusnya, pilihanraya ini senang senang sahaja dimenangi oleh Pakatan.
Undi UMNO sudah terbahagi dua dan ini amatlah menimbulkan kerisauan tahap gaban bagi pemimpin UMNO yang bergantung nyawa kepada Presiden mereka.
Salam Datuk...
"Ini hukum Karma". Hukum karma ini ada betulnya pada suasana Malaysia kini.
"Mulia dibalas syurga, dosa akan sengsara". Ada betul & banyak yang tak betulnya... Yang jelas di-agungkan & diakui. Yang sangat jelas tetapi tidak jelas dimata akan diabaikan.
Salam Datuk.
The rakyat must play smarter than Najib.
Here he is, trying to pretend he knew nothing about the $3.5 billion sent to the fake Aabar.
"This is because, Najib said, his signature as prime minister under Article 117 of 1MDB's memorandum and article of association (M&A) was not needed in the transaction.
"For your information, 1MDB has made a number of payments amounting to US$3.51 billion to Aabar Investments PJS Limited.
"All the payments made were based on the agreement inked and all the management action in such context was done according to the instruction and approval of the board of directors…," he said.
"For the purpose of the transaction, there is no need to get the written approval of the prime minister under Article 117 of M&A," Najib told Tony Pua (DAP-Petaling Jaya Utara) in a parliamentary written reply."
Now, what is it?
On one hand Mappadulung Akusain Butajer Sanrobone claims he just signs blindly and is not bound, then here he makes a big show of NOT signing. Suddenly, his signature is not meaningless any more???
Why the inconsistency?
Sg Besar dan Kuala Kangsar must NOT vote for a liar and con-man.
"Tetapi kalau PAS tidak khianat"......
Ahhhhh, that is the 2.6 billion ringgit question.
Will be Hadi, the hired agent of Mappadulung, or Tuan Ibrahim, the leader of PAS, who is calling the shots?
Salam Sdr kadir, it is difficult to read the Malay mind as far as what would be their choice.
1. Since this byelection is as a result of death of member of parliment.thus sentiment will be important element to invoke sympathy,thus this will be capitalised by BN.
2. The Malays felt that, the 1MDB do not really touched their daily life, it is the game of certain top people which has nothing and do not affected their daily life.
3. They can still eat and work,sending their children to school, have the kenduri kawin,attending daily prayer so what is the problem.
4.Corrupions occur everywhere even in pakatan ruled state as epitomised by house purchased of the Chief minister, and the offer of money and sex as stated by YB Rafizi in Selangor.
5. What more if the relatifs of the deceased YB, will be a candidates in the byelec tion to complete the good work of the former YB.The Malays will continue to give full suppport to the respective candidates as show of love and sweet rememberance.
6.The UMNO has sucessfull in turning the whole political issue as non issue in their own respective parlimentary area. All the bad things happened in Kuala Lumpur the home of sophisticated Malaysians. But in this parlimentary area we need school,masjid,road and perhap bridges.Look at Sarawak recent poll result.
They want infrastructure to help improve their lifes.It is just theory of Maslow hiraechy of needs. they want the basic needs to be fullfilled first.The rest will come later.
7. I rest my case Sdr Kadir,I really enjoy reading your blog.
Pas tidak perlu bertanding dlm kedua dua PRK tersebut, kerana Pas sudah berhasrat untuk menjadi punasihat umno/bn.
Perlantikan Nasarudin Mat Isa sebagai CEO di Putrajaya adalah satu permulaan yang baik.
Presiden PAS boleh mencalunkan beberapa penyokong kuat/kroni beliau utk pertimbangan PM Najib untuk dilantik sebagai penasihat dlm kerajaan umno/bn.
Cash Is King!!!
Mature thinking shown by Tun:
"Former premier Dr Mahathir Mohamad has called on the opposition and the public to cast aside their identities as party members in the upcoming twin by-elections to ensure Prime Minister Najib Abdul Razak's defeat.
Speaking after a meeting with several opposition MPs in Putrajaya, Mahathir said this was because some of Najib's policies, such as the goods and services tax, have burdened all regardless of political allegiances.
"We are agreed that in these by-elections we must behave as though we don't belong to any party."
Can the Opposition cast aside personal agendas and unite for the country?
Are you mature enough?
Tun has shown the way.
PAS cannot be trusted. Hadi cannot be trusted whether he gives assurances or not. He can always turn and twist his words later. I don't think he will back down. Even if he gets his 2 corner fight PAS vs UMNO, he can still turn around and back stab Najib. He would certainly want to gauge how strong PAS is after the Amanah split. And Najib will of course want to see how much dedak he will need for the coming PRU14.
It is better to have 3 corner fights for both. I don't think it will make much of a difference. It doesn't really matter whether it is PKR or Amanah. I would prefer Amanah so that we can really gauge the support for PAS vs Amanah especially among the Malays. The Chinese votes for PAS are as good as gone.
Azmin can still lead and claim credit if Amanah win in Sg Besar. My only fear is that there are those in PKR who would sabotage their own party.
Datuk,
in this critical time when opposition is called upon to unite to fight one common enemy and for this time to cast aside personal agendas, we should also ensure that commentators like Zaid, etc must refrain from predicting who will be de-facto PKR head if the opposition wins Sungei Besi. Comment as much as you can on the common enemy, but hands off and lips sealed regarding provocative comments on the opposition. Zam too for that matter, when he defended Tun against that moron has-been Tunku Aziz, he spoke too far on DAP. Tun kept Aziz in his place with his perfect retort that Aziz is like a "hopping here, there frog".
Prk sg besar dan kuala kangsar adalah pilihan pengundi @ rakyat biasa.
Kekalahan apatah lagi teruk kepada umno adalah penumbuk sulong dari rakyat marhaem bukan sahaja ke muka najib bahkan juga pemakan dedak didalam Umno sebelum pru yg akan datang
What hurts everyone is GST, power tariffs, tolls, etc. The oppo must use this approach (same like voiced by Azmin) why vote for the govt which hurt everyone with GST = high prices of foodstuffs, high electricty rates = lower spending income, and all these readily understood by the folks in KK and SB.
Sallam Dato'
Pandangan saya, antara kebaikkan Deklarasi Rakyat adalah kesemua parti politik dan NGO dapat duduk semeja dan bercakap.
Ini adalah satu petanda positif kerana ada dikalangan mereka yang pandai-pandai dan bila duduk semeja, banyak perkara dan strategi yang baik dapat dicapai.
Saya berpendapat, kesemua agenda parti politik mempunyai persamaan iaitu arahnya adalah ke Putrajaya.
Kalau ada UMNO team B yang mahukan parti baru, maka arahnya pun sama iaitu ke Putrajaya.
Orang putih kata, "All ships sailing to the same direction"
Tapi PAS ini, pada pendapat saya agendanya adalah berbeza. Agenda PAS adalah kelangsungan Parti atau survival parti. Itu sahaja.
PAS sendiri tidak mampu untuk menang di PRU14, agenda Hudud pun sampai sekarang sudah senyap dan akan bangkit semula di PRU14, PRU15 dan seterusnya.
Oleh itu PAS sekarang bertenggek dengan BN di satu pihak dan PKR di satu pihak yang lain. Kenyataan Hadi lebih kepada membangkang kepada pembangkang.
Bagi saya, mungkin baik untuk memberikan kata putus kepada PAS iaitu samada PAS setuju untuk bertanding satu kerusi atau Pakatan akan bertanding kedua-dua kerusi. Biar rakyat akan lihat samada PAS ini tamak atau benar-benar bersemangat Islam tulen.
Datuk.
1. Biduk lalu, kiambang bertaut...begitu la kisah "persaudaraan" antara UMNO dan PAS...dimana selepas "berpisah" sekian lama akhirnya mereka bersatu jua...dan, ini lah saat saat yang paling indah untuk "yang lari" dari UMNO dulu, balik kembali... bersatu... "bernikah" di Sungai Besar dan di Kuala Kangsar... sebelum "PAS berkawin" dalam Barisan Nasional.... untuk PRU14!
2. UMNO perlukan PAS untuk PRU14... dimana penyokong dari pengundi Melayu sudah meluat pada UMNO.
Tiada siapa lagi yang dalam BN buat ketika ini?...MCA?...MIC?...Gerakan?...PBS (Sabah)....semua nya sudah hangus, yang lain menunggu nasib yang sama di PRU14!
Bila PAS masuk meminang BN...macam sireh balik ke junjung...kerana hanya PAS saja yang ada tinggal diluar sana yang masih mau melamar UMNO. Memang lah UMNO suka sebab "isteri-isteri" UMNO yang lain yang berbangsa Cina, India, Kadazan sudah "tenat sakit", ada yang "lemah" dan ada juga yang sudah "hidup segan, mati tak mau".
PAS masih "muda dan cantik"...kaya banyak harta di Kelantan, Terengganu dan di Kedah.
3. UMNO dengan bakas jandanya PAS mana cukup "bernikah" saja di Sungai Besar dan Kuala Kangsar, tetapi mau jua terus menikmati "perkawinan" ini seterusnya sebab ini kan kawin Cina buta...dulu tu sudah talak tiga...PAS sudah "kawin" dengan Pakatan Rakyat....maka sah la kawin UMNO dengan PAS selepas ini. Jadi kita tau UMNO gila talak...tetapi ini la saat saat yang dinanti nantikan.
Kebelangkan ini pun, nampak hensem pula si Hadi tanpa tengkolok putih...maklum la mau jadi pengantin baru!
4. Sudah sudah la Pakatan Harapan. PAS pun ada hak juga kalau mau rujuk "suami lama dia UMNO". Biar la UMNO-PAS bernikah dan kawin. Itu kan jodoh mereka. Jangan di marah marah PAS. Terima la hakikatnya. Mana lah tahan si Hadi kena "sodomy" dalam Pakatan Rakyat.
5. Lupakan lah PAS! Jangan buang masa. Kalau pembangkang mau juga bertanding di dua kawasan ini...bertanding la, tanpa PAS.
Ingin aku mengucapkan Selamat Perkahwinan antara UMNO dan PAS dan menjemput semua ke Majlis Perkahwinan besar-besaran diSungai Besar dan Kuala Kangsar!
Door Gifts: Hermes bags, kasut dan Chanel parfum.
jika mahu jatuhkan dia
dari terus rakus kuasa
parti lawan bersatu setia
jika berbalah rosak binasa
didalam pagar orang senyap
diluar pagar orang ketawa
harta negara sudahlah lenyap
laki bini kenyang sendawa
Tun Mahathir diajak bergusti
baling gelas, gelas tak pecah
rakyat hadir sokong Deklarasi
buat jibby tidur pun susah
Salam Datuk
Seperti saya pernah tulis sebelom ini. Jangan heran kalau BN maseh mengekalkan kerusi Sg Besar dan KK.
PAS awal2 lg sudah menyatakan akan bertanding di kedua tempat ii dan telah memberi amaran kpd parti Pembangkang laen jgn mauk campur
Cara PAS menyatakan hasrat mereka utk lwn BN pada saya ialah ibarat ' Udang disebalek mi'
Kita semua tahu skrg pendekatan Hadi pada Najib boleh di katakan rapat atau akrab.
Mungkin pada pendapat saya ' come nomination day ' PAS akan tarek balek calon2 nya atau di ' disqualify ' gara2 salah isi borang. Ini boleh terjadi.
Justru saya berharap ada satu calon Bebas bertanding di kedua2 kawasan ini.
Wallahualam
Datuk,
Shabery Cheek seems to know something about a 3-wsy fight.
He seems to welcome it, wanting both PAS and Amanah to contest, and that makes me very suspicious.
I have no doubt that Hadi has struck a deal with the Bugis devil.
Their "ally", the mosquito party Ikatan, is openly pro-Parti Dedak Najib. Just like Kayveas of mosquito party PPP, the Ikatan president is also a kaki bodek who thinks he will ride on Hadi's "deal" back into Cabinet.
Let us see what platform PAS-Ikatan will campaign on.
If they campaign at all.
Kadiag, salaam.
Apa habag ? Nampak hang dlm video kat Batu Pahat. Nampak hang macam sehat2 saja...alhamdulillah.
Aku rasa la Kadiag, ada beberapa faktor nak kena ambik kira :
1. Pimpinan parti dan organisasi pemerintah dlm keadaan krisis. Untuk menambak kelemahan ini, duit dan 'dedak' akan dihambog semau maunya (selagi mampu).
2. Dua2 kerusi ni dikawasan majoriti melayu, luag bandag dan pertanian 'tradisional'. Kebanyakkan depa bependapatan rendah, jugak rendah pencapaian pendidikkan baik dibidang profesyenal/teknologi maupon agama dan jugak 'miskin' maklumat. Banyak pulak belaku 'hijroh' ke kawasan bandag. Kadag tembuih media sosial jugak munkin rendah. Kebanyakkan dijangka akan termakan dgn habuan2 yg ditabog dan jugak janji2. Antara yg ampuh ialah BRIM.
3. Parti lawan pulak dlm keadaan tidak mesra malah becakaran. Organisasi lemah dan hampiag tak dak isyu2 lokal. Personaliti dan 'karisma' maupon kepetahan berpidato jugak agak terhad. Pasai 'integriti' depa ni, aku ingat hang lebih arif.
Dlm basa sosiologi, 'primodilisme', 'etnosentrisme' dan politik aliran (sektarian) terutama jika dimainkan faktor keakraban PAS dgn BN munkin banyak bepihak kpd parti pemerintah.
Aku teringat satu ungkapan dlm bentuk soalan gulongan 'anti war' masa perang Vietnam dolu, berbunyi "what if they give a war and nobody came...?".
Aku nampak depa memang macam bukak 'gelanggang' ni dan munkin baik kita tok sah dok pi, tapi bukak lagi satu 'front' lain, menyerang dari sudut 'tepian' yg mereka tak sangka2. Yg pastinya tumpuan laa ni, sohih untuk ke dua2 PRK ni, dan munkin masa untuk nak bukak 'medan' yg lain...
Wa sallam
Aku
Datuk,
the new BNM gov Muhammad says no fresh probes into 1MDB with the payment of the fine by 1MDB. Only RM16 million ?? Correct?
Silly statement, he takes the rakyat for fools, such stupidity from a newly installed bank governor.
AMBank CEO Azman Hashim noted that even some of the biggest international banks had been fined billions in the past due to non-compliance with regulations.
He said regulations were getting tougher, while money launders were also getting smarter, hence there was a need to keep upgrading systems and training people to ensure compliance.
Azman said the problem was down to the human factor and there was no guarantee that there would be no further breaches, noting that there were some 12,000 employees in the group.
“We will try our best not to breach regulations as penalties are getting more expensive.”
This is another silly statement. If the system is in place and if there is a breach, the next level up will catch the breach; unless of course the breach is all the way up from top to bottom. Is this what happened at AmBank?
When will Azman be charged in court?
Dewan Rakyat Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia today rejected a motion by Opposition Leader Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail to publicly reveal the Auditor-General’s (A-G) report on 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Pandikar said Dr Wan Azizah’s motion cannot be decided in the second parliamentary chamber pursuant to Standing Order 18(1), but instead needs a decision from the House.
Full article: http://www.malaysia-chronicle.com/index.php?option=com_k2&view=item&id=615644:sycophants-must-be-charged-along-with-najib-brazenly-pandikar-rejects-motion-to-make-auditors-report-on-1mdb-public&Itemid=2#ixzz49kXZm29n
Follow us: @MsiaChronicle on Twitter
Tengku Razaleigh had in his recent press statement on the A-G's report insisted that the report be made public in Parliament and that the PM was in agreement.
What happened Tengku Li? What is your stand now?
Datuk.
"‘I sold database for 900,000 signatories for Deklarasi Rakyat...Man claims only 300,000 of the signatures were not from his list."
(http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2016/05/26/i-sold-database-for-900000-signatories-for-deklarasi-rakyat/)
1. For one, I signed Deklarsi Rakyat with my own name and NRIC online readily available on this blog.
2. How on earth he knows that his database of 900,000 names were used in Deklarasi Rakyat?
3. Is his database accurate? Any link to Jabatan Pendaftaran Negara, under the purview of Zahid Hamidi, our TPM???????????
4. Where did he steal the database from? This guy knows how to steal alright.
5. Is he authorized to sell the database?
6. What happen if one of the names in the database never authorized this guy to use his/her name in the said manner? I don't think any of the 900,000 names would be happy.
7. What if this guy use any of the names to purchase pre-paid card to conduct act of treason by selling those prepaid to criminals, terrorists and bad people...any comments by Salleh Keruak?
8. THIS IS THE BIGGEST SCANDAL IN THE WORLD!....BIGGER THAN THE PANAMA PAPER...WATCH OUT GUYS...MORE STUFFS...WE ARE JUST ON THE SKIN OF ANOTHER MEGA SCANDAL.!
9. AS A CITIZEN, I DEMAND TO KNOW HOW MUCH OUR PERSONAL INFORMATION...NAMES AND NRIC...BANKING RECORD???...CREDIT CARDS??? IS IN THE HANDS OF PETTY CRIMINALS, THE LIKE OF AZHARUDDIN OTHMAN.
10. Can somebody talk???? We are waiting.
Sallam Dato'
Hukum Hudud ditimbulkan semula sempena menjelang pilihanraya.
Mengikut dalam media, bil persendirian Hudud akan dibentangkan di Parlimen tetapi Hukum Hudud hanya akan dilaksanakan di Kelantan sahaja untuk orang Islam di sana.
Persoalan yang menjadi tanda tanya, mengapa akan dibahaskan hukum hudud di Parlimen hanya untuk Kelantan sahaja , adakah orang islam di Kelantan berlainan Mazhab dengan negeri lain.?
Persoalan yang kedua, mengikut fahaman saya, kalau salah harap ada yang betulkan saya, hukum hudud yang akan dilaksanakan hanya melibat hukum berzina dan minum arak iaitu akan dikenakan hukum sebat di khalayak ramai. Hukum mencuri (potong tangan) dan hukum bunuh (hukum mati) tidak akan dilaksanakan kerana bertindih dengan hukum kanun jenayah federal (penal code).
Ini bermakna hukum hudud PAS adalah hukum hudud 0.5 atau separuh. Ada hadith yang kita biasa dengar yang ditujukan kepada mereka yang melaksanakan hukum separuh-separuh.
Persoalan yang ketiga, adakah ajaran Islam yang dibawakan oleh Nabi kita hanya untuk hukum hudud sahaja sepertimana perjuangan PAS.. Hal-hal lain seperti kebajikan orang Islam dan kemungkaran di depan mata tidak lagi menjadi satu perkara yang utama.
Pada pandangan saya, PAS sekarang sudah berubah dan mula hendak memperbodoh-bodohkan orang Islam
Apa cite tandatangan deklarasi mahathir rupa2nya tandatangan palsu datuk?
Dahla agung tak nak jumpa mahadei..
hikhikhik
Salam Datuk
Mungkin elok kalau saya mulakan komen saya dengan satu petikan kata-kata "presumptive Republican US Presidential nominee' Donald Trump. Lebih kurang beliau menyebut "The system is rigged. Unless I win landslides, I would not have won at all"
Begitulah demokrasi ala Amerika. Mungkin kita lebih baik dari itu di Malaysia.
Seperti yang saya sebut sebelum ini, adalah amat penting bagi pihak pembangkang untuk bertolak ansur dan sepakat di dalam menentukan pertandingan satu lawan satu dengan BN/UMNO dikedua-dua PRK ini nanti. Pengundi memerlukan sebab yang jelas dan kuat untuk memindahkan sokongan mereka dari BN kepada pembangkang. Jikalau ada lebih dari dua calon, mereka akan bingung kerana semua pihak akan datang dengan agenda yang berbeza-beza. Bukan mudah, malah amat sukar, untuk mengubah pendirian seorang pengundi. Lebih-lebih lagi jika mesej kita lemah dan bercelaru.
Buat masa sekarang, saya tidak yakin pembangkang akan menang di kedua-dua kawasan ini. Mereka tidak bersatu. Lebih-lebih lagi parti PAS yang sanggup buat apa saja untuk mendapatkan sokongan undang-undang Hudud di Kelantan. Malah mereka telahpun mengaku akan menggunakan modal Hudud untuk berkempen di PRK nanti. Ini tidak mengejutkan kita kerana menggunakan agama sebagai modal politik bukanlah perkara baru bagi PAS.
Di dalam PKR pula terdapat "paranoia" terhadap kehadiran Tun Mahathir di kelompok pembangkang. Masih ada yang curiga akan agenda beliau walaupun sudah berkali-kali beliau ulang yang dia cuma mahu PM Najib meletak jawatan.
Akhir kata Datuk, saya ramalkan sebab-sebab berikut akan dicanang oleh BN mengapa mereka menang nanti. 1) asalnya kawasan BN 2) Calon yang berwibawa 3) Habuan dan janji 4) Jumlah pengundi kurang (bulan puasa, Cina boikot?) 5) menang tipis tapi masih menang
Hampir semuanya mirip strategi kemenangan di Sarawak.
Datuk.
1. Deklarasi Rakyat bukan Deklarasi Mahathir...dan bukan juga Deklarasi palsu.
2. "Nawaitu" tiada makna apa apa kecuali kita membuat sesuatu...baik atau jahat itu adalah antara manusia dengan penciptanya...bukan antara manusia dengan manusia yang lain.
Begitu juga lah "nawaitu" Tun Dr.Mahathir yang telah diterjemahkan dalam bentuk sekeping kontrak yang bertulis. Siapa yang mahu turunkan nama dan NRICnya serta tandatangan nya secara ikhlas, maka selesai lah "nawaitu"nya.
3. Kalau kita tidak setuju dengan Deklarasi Rakyat, jangan sign la. Bukan ada orang paksa. Aku sendiri pun tidak tau semada anak anak ku, isteri ku, kawan kawan ku dan saudara saudara ku, sign benda tu...walaupun, aku watsup pada mereka link blog Datuk AKJ. Terpulang pada hati masing masing la.
4. Tetapi, entah kenapa pula, tiba tiba datang rasa kesian juga dan sedih sekali melihat seorang anak muda...berumur 30 tahun, masih muda...tetapi, bukan kanak kanak yang tiada akal...membuat perkara yang terhina sebegini kerana wang RM5,000...hingga "rioh seluruh kampung"...rasa terhina juga melihat tingkah lakunya...kerana dia "seolah-oleh macam sebangsa" dengan aku....dan juga "seolah-oleh macam seagama" dengan aku....tapi, mungkin juga tidak.
AZHARUDDIN OTHMAN, kamu baru berumur 30 tahun sudah belajar "mencuri" dan "menjual harta orang lain tanpa kebenaran yang empunya"...kamu dapat wang curi RM1,000 cash...kamu kasi makan anak kamu, bini kamu, adik beradik kamu, emak kamu, bapak kamu dengan duit sebanyak itu??? Kesian....sedihnya...dari mana la kamu belajar.
Siapa la bapak kamu ni? SIAPA NAMA EMAK KAMU?
Jumpa emak kamu, cerita apa yang terjadi pada kamu Azharuddin.
Kalau kau ini anak aku, Azharuddin Othman...sebab umur kamu sama saja...AKU AKAN HALAU KAU DARI RUMAH AKU...AKU TIDAK AKAN MENGAKU KAU ANAK KU LAGI, DUNIA DAN AKHIRAT...DAN AKU HARAMKAN MAKANAN DAN DUIT YANG PERNAH AKU KASI MAKAN SAMA KAU UNTUK BELI SUSU BAYI TIN DAN PAMPERS...DAN AKU TIDAK MAU TAU KETURUNAN MU LAGI...DAN KAU MESTI TUKAR BIN MU JUGA DALAM MAHKAMAH.
KAU LA CONTOH ANAK HARAM ZADAH!!!!!!!
5. Untuk anak anak ku yang membaca blog ini, you know what I mean...and I mean what I say...but, I don't know your mother...that you have to ask her...afterall she is your mother.
Datuk.
"WSJ publishes letter ‘confirming’ Jho Low owned Good Star Ltd.
US financial daily The Wall Street Journal (WSJ) claims that Bank Negara Malaysia wrote a letter confirming that Good Star Limited was owned by tycoon Low Taek Jho, better known as Jho Low.
This contradicts the government’s assertions that Good Star Ltd, which has since been dissolved, belonged to former 1MDB joint-venture partner PetroSaudi International."
(http://www.malaysiakini.com/news/343159)
Thank you The Wall Street Journal! Thank you.
Malaysians deserve good government, but we are still very far from it.
Your help in exposing the Biggest Corruption Scandal in the World goes a long way towards creating goodwill and mutual respect between the American public and ordinary Malaysians. We feel good someone like you still want to look up to small people like us, yet we are miles apart...let the distance never separate us in our heart and soul, for you are from a Great Nation that we admire so much....at least, in private that is, rather than publicly.
Thank you WSJ!
Excellent work.
Takdo ujian lai dato ...
Pas dah berpatah pado jalan yang asal .
Jalan yang bonar tanpo bersikap hipokrit .
Takdo lai DAP dan PKR .
TGHadi dah kobar an musuh utamo adolah Tun M .. musuh yang akan tikam belakang sekironyo terlalai .
TGHadi pun khobar an DAP bersikap anti melayu...
Jadi camno ?
Waghih ...
Tuan,
Apa kata Tun M masuk bertanding PRK Sg.Besar atau KK. Sebagai calon bebas dan tak terikat dengan mana mana parti. Sebagai wakil rakyat, Tun M akan mendapat platfom di Parlimen untuk mengkeritik Kerajaan. Tun M perlu berjanji dengan pengundi KK , jika dipilih semula semua gaji dan elaun wakil rakyat hendaklah disalorkan untuk pembangunan ekonomi KK. Ini adalah peluang terbaik sama ada rakyat bersetuju atau tidak dengan tindakan Tun M selama ini. Semua komponen parti pembangkang hendaklah memberi laluan kepada Tun M untuk berentap dengan calon BN. Ada berani ?
....PRK Sungai Besar, Kuala Kangsar
Syaitan sedang berpesta,
Si Jahil menipu dan berdusta,
Si Alim aminkan untuk bermuka muka,
Kehendak nafsu bermaharaja lela.
Syaitan sedang berpesta,
Si Jahil, Si Alim bermain kata kata,
Caci mencaci, fitnah dan kata nesta,
Kuasa dan harta bermaharaja lela,
Syaitan sedang berpesta,
Si Jahil, Si Alim berpura pura,
AlQuran Alhadith dibuat niaga,
Halam haram mengikut nafsu emosi bergelora.
Syaitan sedang berpesta,
Fitna mengfitnah menjadi mentera,
Rakyat dihimpit semakin derita,
Ya Allah lindungilah kami dari segala bala.
Sympathise with Dr Wan Azizah, torn between Anwar's demands to steal the limelight from her and how to carry out her responsibilities.
Federal Territories PKR in a letter addressed to Wan Azizah, dated May 19 and signed by Federal Territories PKR chief Dr Idris Ahmad claimed to reject the CD.
"All those who attended the meeting supported the letter. Those who did not come, I don't know whether they agreed or not," Idris said.
He declined to reveal who attended the meeting.
Read more: https://www.malaysiakini.com/news/343397#ixzz4A31hnaad
So, read the key sentence, only those who attended the meeting supported the letter.
Pity Wan Azizah. Anwar is really making life tough for you, so can Anwar butt out?
Ciptaan Pak Zubir Said, seorang tokoh musik & penggubah lagu tersohor tahun 50an & 60an, "Majulah Singapura" adalah lagu kebangsaan repablik itu. 1MDB ciptaan Najib Rosmah pula tersohor seantero 1Dunia dgn "Malulah Malaysia" gara-gara songlapan berbilyon-bilyon masuk akaun peribadi.
Salam Datuk,
My feeling is the tabling of Hudud in Parliament by Hadi is just a ruse.
He knows it will be rejected or he may even withdraw it at the last minute.
By doing this, he is giving a chance for UMNO/BN to win in Sg Besar and KK with a big majority.
salam dato.
bagi kawasan parliament Pekan Pahang, saya bersedia menawarkan diri sebagai calun jika sekiranya mana2 parti politik bersedia memberikan 'platform'
insya'allah, dgn pendedahan (xposure), pengalaman serta maklumat2 yg saya ada maka saya yakin akan menang dan seterus nya memberi perkhidmatan yg terbaik.
drpd dato hj Abdul Rahman bin hj mohd noor. ANAK KELAHIRAN KPG PARIT, PEKAN PAHANG.
Post a Comment