A Kadir Jasin
TADI selepas subuh seorang ibu berkata:
“Hatiku gusar
Badanku menggeletar
Anak-anak
kesayanganku ditangkap, digari
Dibawa pergi.”
Aku pun berkata:
“Usah ibu
duka lara
Anak-anakmu
yang ditangkap itu
Bukan perompak
dan pencuri
Bukan juga pengkhianat
dan penipu
Mereka adalah
pejuang-pejuang muda
Pengarak
panji-panji negara
Yang panas
darahnya
Dan kental
jiwanya.
“Mereka tidak
mahu menyendiri
Berpeluk tubuh
bersenang hati
Sedangkan negara
mereka dinodai
Amanah rakyat
dikhianati
Rezeki mereka
dibawa lari
Masa depan
mereka diperjudi.
“Anak-anakmu
itu
Adalah para pejuang
muda
Yang jiwanya
suci
Mereka tidak
mahu melihat
Negara dinodai
Langsung mereka
bangun
Dengan panji-panji
ibunda.
“Usah ibu gundah
gulana
Dulu pun begitu
juga
Anak-anak
muda
Bangun menentang
angkara durjana
Menyelamatkan
negara dari penjajahan
Mereka berjuang
menuntut kemerdekaan.
“Kini mereka
sudah tua
Walaupun semangat
tetap ada
Tetapi tenaga
sudah dimakan usia
Semakin hari
semakin tidak berdaya.
“Maka wajarlah
Anak-anak dan
cucu kita
Mengambil
alih panji-panji dan bendera
Memijak lumat
pengkhianat bangsa
Membina kembali
negara tercinta.”
Aku berkata lagi
kepada ibu itu:
“Tadahlah tanganmu
ke langit
Dongakkan mukamu
ke awan
Lafazkan Bismillahirrohmanirrohim
Dan mintalah
kepada Yang Maha Kuasa
Berikan keselamatan
dan semangat waja
Kepada anak-anak
dan cucu kita
Walaupun tangan
mereka digari
Mulut mereka
dikunci
Namun
semangat mereka sekeras besi
Kerana di
atas bahu mereka
Terletak harapan
bangsa.”
Selamat berjuang
Anak-anak dan cucuku
Hari ini harimu
Mengambil alih panji-panjiku
Aku sudah tua
Tidak lagi berdaya
Aku hanya mampu
Berdoa untukmu
Dan menunjuk jalan lalu
Tuhan bersamamu.
29 comments:
Salam Datuk
The arrest of Cik Anis, a brave and clear-headed young woman, shows the desperation of the MO1 regime.
here she is, explaining well what the youth feel.
(Just copy & paste into your browser bar in order to view)
https://www.youtube.com/watch?v=kjus1azYvpA
https://www.youtube.com/watch?v=y_fo_Z4hhMA
If there are youths more like her, the country will, InsyaAllah, one day recover from the darkness that we covered in today.
Aamiin
Ameen.
Selagi ada anak anak muda yang semacam ini kita masih bolih mengharapkan masa depan yang cerah. Mereka berjuang untuk masadepan mereka sendiri. Berapa lama penyangkak penyangkat ni bolih bertahan bolih hidup? Hari hari makan sumpah orang tak kira ugama apa, bangsa apa. Sampai masa satu hari nanti Tuhan perkenankan juga.
Allahuakbar!
Mungkin itu je jenis pekerjaan yg sesuai dg dia kut....sebagai pejuang. Maklum lah kadar pengangguran sekarang terlalu tinggi.
Ameen.
Syaitan sedang berpesta,
Kuasawan zalim menipu berdusta,
Agamawan mengangguk bermuka muka,
Demi kuasa, harta dan wanita.
Syaitan sedang berpesta,
SiJahil menipu dgn bersahajaa,
SiAlim tersengeh dgn selamba,
Rakyat tertipu semakin derita...
Aamiin
Datuk,
it was such a humbling, exuberant and overwhelming experience. Even these words are still inadequate to describe the success of Bersih 5.
A writer has put it better:
" Awesome. Yes it is a sight to behold as you stand, drowned in the passionate and swelling crowd of Bersih 5 supporters, movers and shakers.
And if you are not overwhelmed you must be deaf and blind right through to your soul. You are, plainly put, a castrated part of civilisation.
Indeed, despite all the artilleries of intimidation, fear creation, and even desperate measures that saw today a clampdown of the city centre with over 50 road closures that left public transport operators paralysed, tens of thousands of citizens still found their way to Kuala Lumpur.
The Bersih 5 peaceful marches comprising of all races and religions, young and old, have sent the loudest message ever. Even without political party leaders at the helm, ordinary citizens by the thousands marched orderly, peacefully and in that typical signature mood of Malaysians. Their considerate, kind and smilling jovial spirit sealed their unity in demanding for a better, cleaner future. "
Read more: https://www.malaysiakini.com/letters/363425#ixzz4QS9FV8rm
Aaminn ... Menonton laporan TV3 jam 8 malam pasca Bersih 5 membuatkan kita semakin mual, muak dan menyampah sama agen2 BN-UMNO
Salam Datuk,
Tired but happy. A good outing after a long trip.
Very good speech from TSMY, the crowd loved it.
Thank you to Tun Dr M and Tun Dr Siti Hasmah for coming to show support, despite their age. it is inspiring.
Many more Malays today than in Bersih 4.
And many very energised younger folks (in Jln Perak), who came to stand in solidarity with their arrested friend Anis.
I feel hopeful, looking at their passion and commitment.
Kadiag, salaam.
Alhamdulillah, cukop ramai orang keluag...dan orang muda melayu pon ramai, tak macam bersih 4. Hang munkin tau aku ni 'old school' sikit, masih pegang pd konsep2 macam "critical mass" untuk tunjok arah dan tahap pekasaan ("energy level") satu2 gerakkan massa....dan hari ni nampak sasaran tu semakin serlah, nampak 'movement', Mat bin Salleh kata 'palpable' habih. Tapi nak habag mai, peserta setengah umog dan lanjut usia pon ada. Kesian jugak aku nengok, apek2 tehinjut hinjut, sakit lutut. Yg pompuan pulak leith sampai tesandag kat dinding LRT.
Kontradiksi dipihak sebelah sana pulak, nampak semakin genting, adaka pi tahan orang kerana menhasut la, bawah SOSMA la...nampak kezoliman yg semakin membuak buak...dan yg dimangsakan, sobag banyak2, tak dak hijab du'a hampa kehadrat Allah S.W.T. InsyaAllah dimakbulkan.
Tahni'ah dan terima kasih kad hampa, terutama balu Allahyarham Yunus Lebai Ali, Mat Tehag Tongkang Yard @ Seberang Perak, dan member2 hang semoa, temasok yg suka sumbang kad blog hang ni. Aku pon tumpang 'gumbira'.
Wasallam, Aku.
Mungkin editor2 biik berita di TV3 juga terasa mual sama seperti kita apabila menonton kembali suntingan berita mereka. Apakan daya, terpaksa mengikut kata Pak2Menteri yang kurang IQnya. Mungkin juga berita itu disunting begitu rupa oleh editor2 di bilik berita bagi mengundang rasa mual dan menyampah rakyat jelata kepada pak2menteti tolol kita. Mungkin itulah sumbangan ikhlas mereka dalam menyokong perjuangan kita.
My confidence in PM and DPM is suddenly shakened and weakened. It was reported that Bersih head Maria Chin would be charged under SOSMA ? Is this absolutely correct?
When the law was approved in Parliament, both PM, DPM gave their personal guarantees and word that the act applies only to terrorists. It is ludricous to even entertain the thought, Maria is not a terrorist or even remotely near this. She is an activist.
PM and DPM will certainly lose more and more support among friends and supporters if the PDRM defies logic and charges Maria under SOSMA. In fact none of those arrested including Jamal the red leader should be charged under SOSMA.
Sincerely hope PM and DPM withdraws the SOSMA (?) charge against Maria.
Alhamdullillah,
Berjalan lancar, ramai berbilang bangsa, orang melayu pun ramai yang hadir.
Semoga Maria Chin dan Anis dapat dibebaskan.
Hak berkumpul dan demonstrasi secara aman adalah hak rakyat negara demokrasi.
Tahniah kepada semua.
GERAKAN BERSIH gagal dalam perjuangannya setelah hanya 15,000 sahaja menyertai perhimpunan .. rakyat sudah tidak berminat dengan BERSIH .. ketua Baju Merah dicekup dalam bilik hotel (mewah) nya. Gitulah tajuk utama diberita TV dari malam tadi hingga pagi ni.
Itulah ceritera pusing-pusing yang dibekalkan untuk halwa telingga rakyat .. ceritera yang menolak tahap pemikiran rakyat .. yang anggap rakyat hanya ada teling je tapi tak de otak.
Kalau kita imbas kembali Bersih kali ini, ianya telah dihalang dengan berbagai cara .. ini membuktikan betapa besarnya signifikan nya. Baju Merah sendiri mengakui, pabila berita pagi ni terlepas tapis ngatakan Baju Merah telah berjaya menghalang Baju Kuning berarak ke Dataran.
Berminggu sebelum perhimpunan memacam fatwa dan undang-undang telah digariskan untuk halang niat "buruk & busuk" Bersih. Pekerja Awam telah di "ugut" jika sertai Bersih. Kemuncaknya berpuluh batang jalan dari Bangsar hingga ke Sentul, Ampang, Cheras dan Pusat Bandar telah ditutup.
Ramai pemimpin Bersih yang bukan Melayu ditangkap .. ini tektik saraf untuk ngatakan Bersih itu alat kaum Cina untuk perintah negara ini.
Setelah dihalang dan diimbargo begitu rupa, akhirnya dengan tersengih-sengih pemberita TV kata Bersih gagal. Tapi mata kita tak rabun .. dalam gambar TV tu geng Baju Merah ni bertutup mukanya .. PATI mana pulak ni yang dah dibagi IC .. siap memasing dengan batang kayu dan buluh. Beberapa Pemakan Dedak tegar pon turut berkokok pagi ini, ngatakan Bersih ni alat pembangkang ??? .. ??? $$$$$
Datuk,
TSMY made an appeal for 1-on-1 fights in GE14 yesterday.
So the position of PAS must be made clear soon.
Either they are an ally, or an enemy.
They cannot be both.
This is a test of ego, also.
PAS may say they must defend "their" seats.
But in cases like Shah Alam, the people vote for a person, not party. Hence the Amanah candidate (who was ex-PAS) should continue. To field PAS separately is mere ego and self-defeating. It splits the vote and lets Umno win.
Also, there must be CO-OPERATION. If PAS is an ally, all other Malay parties must support them and vice-versa. There is obviously no need for PAS or DAP to "mutually support" each other, as they appeal to completely different target groups.
As I have mentioned, take Sg Besar & KK as "test cases" for the future. I think a combination of PAS, PPBM, PKR and Amanah can win these seats IF they are willing to form a UNITED FRONT and campaign TOGETHER.
The word "united" is crucial here.
Some careful strategy across the 222 seats is crucial.
Reliable info is that GE14 is going to be Aug/Sept period next year. (No doubt MO1 will celebrate his complete destruction of Tunku's legacy after 60 years during Merdeka.)
It is not far off.
Tabik... suka baca sajak nukilan Dato yg puitis & membuakkan semangat. Kita d Msia sibuk dgn Bersih tapi MO1 ngn rosy ada di Peru. Agak2 apakah perasaan mrk yea mghadapi penolakan oleh majoriti rakyat dlm negara di ketika dia tpksa bhdpn dgn delegasi luar negara....yg dah maklom dgn tembelang & najis yg terpalit di tubuh bdn mrk? Haiiii X tahu dah kita nak letak muka kt mana. Tapi kita boleh kasi tabik spring krn jibby & rosy boleh buat muka donnoooo. Memang patut dpt augerah 'the mosttttt slumberland couple' in history of a mankind.... Haaahaaaahaaa....
Datuk.
Semalam, agak sunyi sikit jalan raya tempat aku jual mi goreng...jadi awal sikit pulang rumah...anak perempuan aku buat kupi (coffee) dan, kami duduk makan mi goreng yang tak laku...lalu dia cerita kawan2 dia sibuk pasal Bersih 5...tiba2 dia bertanya "apa tujuan Bersih 5?"
"untuk dapat kerajaan yang bagus"
"Baju Merah?"
"entah..."
"jadi, kalau tiada Baju Kuning, tiada Baju Merah?"
"mungkin juga"
"abah fikir kami ni tak tau langsung pasal Bersih 5?...we talk about it ok"
"chia!chia!chia!....somebody is talking"
"blah!blah!blah!....blah!blah!blah!....blah!blah!blah!...."
71% responden kajian sokong Bersih tetapi pilih tidak hadir himpunan:
Kumpulan reformasi pilihan raya, Bersih menarik respons menggalakkan daripada lebih 2/3 orang ramai dalam tinjauan pendapat, tetapi kira-kira 71% daripada mereka juga berkata mereka tidak akan menghadiri perhimpunan hari ini.
Tinjauan pendapat yang dijalankan syarikat kaji selidik dalam talian Vase, diadakan antara 1,069 responden di seluruh negara.
Kira-kira 71% responden berkata mereka tidak akan menghadiri Bersih 5 hari ini, yang diadakan di pusat bandar Kuala Lumpur bagi menggesa penyingkiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak daripada jawatan selain menuntut pembaharuan institusi di negara ini.
Seramai 38.82% daripada mereka yang ditinjau berkata perhimpunan Bersih “agak berkesan”, manakala 36.75% merasakan Bersih mencapai matlamatnya.
Bagaimanapun, kira-kira 12.22% merasakan Bersih 2.0 tidak berkesan.
Kira-kira 67% responden bersetuju ahli-ahli politik perlu dijemput untuk mengambil bahagian dalam perhimpunan tersebut, manakala 32% yang berpendapat sebaliknya.
Lebih 70% responden berpendapat Bersih tidak seharusnya hanya memberi tumpuan kepada gesaan pilihan raya yang bebas dan adil, manakala 27.41% merasa gabungan itu perlu berbuat demikian.
Tiga suku daripada mereka yang ditinjau bersetuju perhimpunan Bersih adalah satu platform untuk menggalakkan perpaduan kaum.
There is a great silent mass out there.
Talk to the taxi drivers, students, pakcik & makcik kat gerai pasar malam.
They are not happy.
They just need a clear path to change.
"Malay rights lobbyist Perkasa said it plans to field 50 candidates as independents in the next general election. Its president Ibrahim Ali, who also intends to contest, said the group will be called 'Perkasa independent candidates'."
This is a vote-splitting exercise aimed at the Opposition.
Who financed it?
Salam Datuk
Bersih 5 have opened the eyes and heart of the young Msians ESPECIALLY the Malays.
I hope these young Malays will convince their parents and family members at the kampongs to change the government in the next PRU.
Datuk,
DPM referred the arrest and charge of Maria Chin on the IGP and AG. Maria is an elderly lady, she's an activist, she stands for the country. Holding her in a windowless room, lights on 24/7, isn't that mental "torture"?
She's definitely not a terrorist.
What a monumental error in the arrest and charge when the PM and DPM specifically guaranteed that SOSMA will be used only for terrorists acts, and not for political dissent or other reasons.
Fence-sitters are being turned off by this latest gross act against its citizens.
Before more and more harm and damage to PM, DPM is made, the Home Minister and DPM must act to release Maria.
Reported in the media, the Human Rights Commission (Suhakam) said there were no justification to arrests key organisers of yesterday's Bersih 5 rally.
"The authorities have a constitutional duty to explain the basis of the arrests of these individuals, and to clarify the offences that they have been accused of," said its chief Razali Ismail in a statement.
Salam Datuk
The Bersih 5 is over. What I noticed was the increased participation of Malays..especially the young Malays as well as other rces too. This is a good omen for the future of this country.
In Bangsar and Jln Travers majority who participated were young people with the undergraduates from the nearby university leading the way.
NOW is the time for the young people to convince their old folks in the kampongs and plantation schemes to reject UMNO/BN and to give a chance for PPBM and their coalition partners to repair back the damages that this Najis has done to the rakyat and country.
The young people should start NOW to spread the news in preparation for the coming GE.
Wallahualam
PETALING JAYA: Aktivis mahasiswa Anis Syafiqah mendedahkan polis menyoal siasat beliau selama 5 jam sehingga 3.00 pagi, sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di Bukit Bintang, selepas ditangkap bersama beberapa pemimpin pembangkang dan aktivis lain Sabtu lepas.
“Kenyataan yang saya beri tidak pun digunakan dalam mahkamah. Mereka mengambil satu lagi kenyataan daripada saya semasa di lokap,” beliau memberitahu FMT beberapa jam selepas dibebaskan semalam.
Anis, 24, merupakan antara 8 aktivis dan pemimpin pembangkang yang dibebaskan semalam selepas ditahan menjelang perhimpunan Bersih pada Sabtu lepas, termasuk ahli sekretariat Bersih 2.0, Mandeep Singh, ahli DAP Ronnie Liu, Jimmy Wong dan Lee Khai Meng, ahli jawatankuasa PSM S. Arutchelvan, serta pemimpin pelajar Muhamad Luqman Nul Haqim Zul Razali dan Muhammad Safwan Anang.
Beliau berkata pada hari kedua penahanannya, beliau diberikan kaunseling daripada seorang yang menurutnya mewakili kerajaan.
“Kaunseling yang saya terima hanyalah sebahagian daripada taktik cuci otak.”
Anis yang terkenal ketika memimpin perhimpunan “Tangkap M01” di Kuala Lumpur pada Ogos, berkata beliau masih pelajar Universiti Malaya dan setakat ini tidak dikenakan tindakan.
Katanya, rakyat perlu menolak taktik pihak berkuasa yang disifatkannya cuba menakut-nakutkan mereka dengan penangkapan menjelang Bersih 5 Sabtu lalu.
“Ia tidak menghalang kami. Kita patut teruskan perjuangan,” katanya.
Spirit unbroken and ready for more.
Najib dah tumbang ke. Yang paling sedih hari ini dengar pengkritik tegar Najib pula tumbang. Nak mintak ampun dengan Najib pun dah tak sempat. ini patut jadi pengajaran kepada yg masih hidup. Nyawa boleh terbang bila-bila masa setelah dipanggil.
BERSIH 5 is actually a pre PRU 14 campaign. Oppositions are now more confident of capturing Putrajaya based on the size of the crowd that attended the rallies.
But DAP still dominated the event. Melayu mudah lupa....
En.Esa Adam..................
Harimau mati, meninggalkan belang,
Gajah mati, meninggalkan tulang,
Manusia macam arwah Din Turtle mati,
meninggalkan kenangan dan perjuangan.
Najib pulak mati akan meninggalkan hutang
untuk ANAK CUCU KITA BAYAR.
Awak pulak kalau mati, takda sapa ingat
dan amik tahu.
MATILAH KAU, ADA AKU KISAH.
Post a Comment