A Kadir Jasin
PADA mulanya saya tidak
bercadang menambah apa-apa lagi kepada apa yang telah saya tulis mengenai
urusan jual-beli luar biasa yang membabitkan Felda/FGV dan Rajawali Group sejak
tahun lalu.
[PERINGATAN: Komen guna “Anonymous” tidak akan
disiarkan. Sila guna Google Account atau Name/URL. Boleh pakai nama samaran.]
Kalau pembaca berminat boleh
rujuk tampalan bertajuk “FGV Bayar Mahal Kepada Sondakh” pada 13 Jun 2015 di
pautan ini.
Berkenaan silap mata
korporat memindahkan pembelian 37 peratus saham ladang Eagle High (helang
tinggi) daripada Felda Global Ventures (FGV) kepada sebuah anak syarikat Felda lain
bernama FIC Properties Sdn Bhd, saya rasa komen Pengerusi CIMB, (Datuk Seri)
Mohd Nazir Abdul Razak, lebih daripada memadai.
Sebagai orang korporat
dan adik Perdana Menteri sendiri, saya yakin kebimbangan beliau adalah berasas.
Nazir mahu Felda memberi justifikasi mengapa ia membayar harga yang rata-rata
dianggap terlalu tinggi dan tidak mencerminkan realiti pasaran serta potensi aset.
FeIda membayar AS$505.4
juta (kira-kira RM2.3 bilion) atau tiga kali lebih mahal daripada harga purata
2015. Saya yakin tidak ada
siapa pun akan menentang pembelian oleh Felda jika harganya berpatutan, selari
dengan pasaran dan telus.
Peter Sondakh: Sahamnya naik tapi FGV turun |
Anehnya, boleh kata semua urusan jual-beli oleh
syarikat berkaitan kerajaan (GLC) Malaysia yang membabitkan Kumpulan Rajawali dan
taukenya, Peter Sondakh, diselubungi misteri dan keluarbiasaan.
Misteri Rajawali
Banyak cerita saya
dengar, termasuk daripada pembahas blog ini, yang memberi maklumat atas dasar
sulit & persendirian mengenai pertalian di antara Najib dengan Sondakh.
Ada sesetengah maklumat
itu memang saya pun tidak berani menyiarkannya sekali pun tanpa label P&C
kerana terlalu peribadi dan sukar disahkan.
Cuma yang hendak saya
tambah kali ini adalah beberapa kebetulan yang sedikit sebanyak menyokong
khabar-khabar angin dan kisah misteri yang melibatkan perhubungan
Najib-Sondakh.
Fakta-fakta yang akan
saya sebutkan di bawah adalah maklumat awam. Sesiapa pun yang berminat dan
tekun boleh memperolehnya di domain awam.
Antaranya:
1. Kalau Najib
berketurunan Bugis yang buminya Sulawesi, Sondakh pula dilahirkan di Manado, Sulawesi.
2. Jikalau Najib
dilahirkan pada 23 Julai 1953, Sondakh pun dilahirkan pada 23 Julai 1953 juga.
3. Najib beragama Islam
dan sering mempamerkan keislamannya di khalayak ramai manakala Sondakh dilaporkan oleh akhbar The Star sebagai
pengamal setia agama Kristian.
4. Kebugisan Najib
menjadi mutakhir dengan penganugerahan gelaran tertinggi Bugis “I Mappadulung
Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil” pada tahun 2005.
5. Apabila Najib menjadi Perdana Menteri pada bulan April 2009, tidak lama selepas itu Sondakh mendapat anugerah gelaran Tan Sri (kehormat) dan muncul sebagai penasihat Najib mengenai Indonesia.
6. Antara kepakaran Sondakh, menurut laporan akhbar The Star pada 23 Jun 2015 adalah menjual-beli syarikat dan membangun semula syarikat yang rugi.
7. Catatan Wikipedia bahasa Indonesia pula berkata, bintang Sondakh menjadi terang apabila berjaya merapati gerakan Orde Baru (New Order) pimpinan Allahyarham Presiden Suharto.
8. Urus niaga terawalnya
dengan GLC Malaysia adalah penjualan saham miliknya
dalam firma telekomunikasi, Excelcomindo Pratama kepada Telekom Malaysia (TM) pada
tahun 2005 dengan harga AS$400 juta (nilai hari ini kira-kira RM1.8 bilion) dan
sekali gus menjadikannya antara orang terkaya di Indonesia.
9. Tidak lama selepas
penjualan kepada TM, Sondakh mula membeli
aset-aset di Malaysia, termasuk aset milik Khazanah Nasional Berhad. Ini sangat
menarik – dia jual asetnya di Indonesia kepada Khazanah (melalui TM) dan beli
aset-aset Khazanah di Malaysia.
10. Timbul tanda tanya apakah Sondakh lebih
menghargai aset-aset Khazanah di Malaysia daripada asetnya sendiri di
Indonesia? Apakah penjualan Eagle High kepada Felda juga cara beliau menukar aset
mentah yang belum produktif di Indonesia dengan aset matang dan teruji di
Malaysia?
11. Antara aset Malaysia
milik Sondakh termasuklah Sheraton Imperial Kuala Lumpur, Four Seasons Resort
Langkawi, Pusat Konvensyen Langkawi dan Hotel St Regis, Langkawi. Hampir semua aset ini sama ada dibeli daripada
Khazanah atau dibangunkan bersama Khazanah dengan kesemua atau sebahagian modalnya diperoleh dari pasaran tempatan.
12. Apakah Sondakh terlibat membantu Najib dengan apa cara jua dalam menangani skandal 1MDB/SRC, khususnya berkaitan misteri "kehilangan" orang yang terbabit langsung dengan skandal itu seperti Jho Low, Nik Faisal Arif Kamil dan Datuk Suboh Mohd Yassin?
13. Akhir sekali, apakah
urus niaga Felda-Rajawali ini ulang tayang kepada skim cepat kaya dan
pengumpulan tabung pilihan raya seperti yang berlaku kepada 1MDB dan FGV sebelum
PRU 2013?
Kesimpulannya, sebarang
penghalusan mengenai urus niaga yang melibatkan Sondakh dan Malaysia tidak
lengkap tanpa mendalami apa yang tersurat dan tersirat dalam perhubungan di
antara Najib, keluarganya dan Peter Sondakh.
Wallahuaklam.
35 comments:
banyak sungguh perkara2 'pelik' yg sedang/tlh berlaku d bawah kepimpinan najib.
ia nya tidak terbendung lagi. apa yg d ketahui umum sudah cukup utk membuat kita kecut perut.
itu lah sebab nya Malaysia perlu kerajaan baru agar semua ini akan dpt d bongkar seluas luas nya n duit 'rompakan' d kembalikan k dalam kantung kerajaan/negara.
warga FELDA wajib d dedahkan tentang urusan pembelian yg luar biasa ini.
Sekarang musim cuti Krismas & cuti panjang hujung-tahun.
Dan... seperti biasa saban tahun, bukan saja Jamil Khir.... yang mengadakan sessi teh-tarik bersama 2 ahli PAS mengenai RUU355 di London ... tetapi Najib sendiri sedang 'berkhidmat demi Rakyat dari Ostolia.
Hakikatnya, percutian & shopping tahunan seisi keluarga PM ke Negara kapir guna jet-mewah Kerajaan, saban hujung-tahun, sambil mengalakkan pengaliran-keluar ringgit, tidak dihebahkan kepada Rakyat. Radio & TV juga melaporkan berita dari laman FB atau Blog Najib seolah PM sedang bertungkus-lumus, siang & malam 'berkhidmat' demi kesejahteraan Rakyat.
#Hidup UMNO-Najib, Hidup Jho Low.
Kontrator Felda PGBF. Perumahan generasi baru felda. Meraung kerana tidak menerima bayaran
Ada yg kena saman dan akan di bankrap kan olh pembekal,,
Cuba cuba lad Datuk call felda 0321912191 sambung bahagian kewangan,, tiada siapa yg menjawap,,
Datuk,
Country is running out of control.
We remove MO1, or we suffer a slow painful death.
Simple, kan?
MO1's recent "deals" on ECRL and Felda make it quite clear he is now confident to steal in broad daylight, knowing that his "supporting cast" of good Muslims in cabinet, our various institutions, and MTU will fully support his corruption.
KUALA LUMPUR, Dec 29 — Malaysia’s Federal Land Development Authority (Felda) has secured government financing to fund its US$505.4 million (RM2.2 billion) purchase of a minority stake in Indonesian palm oil firm PT Eagle High Plantations Tbk , state news agency Bernama reported.
In a controversial move, state-owned Felda said last week it would buy a 37 per cent stake in Eagle High, paying a 95 per cent premium its last closing share price at the time.
The deal has under mounting criticism this week, with opposition lawmakers and industry analysts calling the deal overpriced. Some critics have also said Felda would have to raise money to fund the acquisition.
Bernama quoted Muzzammil Mohd Nor, Felda’s deputy director-general, as saying that government financing was secured but there were no details on the amount of financing in the report.
Left pocket, right pocket, Bugis pocket.
That is how it works.
The "mark-up" technique and steal the difference.
Look at the joke that is TRX, whose failure is now back to square one, with its debts back on our shoulders.
This is the Bugis songlap cycle: Buy, overprice, songlap, re-sell, absorb.
It was like that in MOD days too.
Salam Datuk AKJ:Sewaktu tertubuhnya BW Plantation Tbk/BWP di di kuasai oleh Tjipto Widodo pada tahun 1998(jika tak silap saya,ladang masih kecil kira 700hecter(zaman itu Financial Crisis)Tjipto Widodo besarkan perusahan tersebut pada tahun 2002 bersama Halim Ashari(Warga Negara Malaysia yg ada pengalaman di Bousted),Halim dilantik sbg President Director dan Widodo adalah Presiden Komisaris.Hasilnya memberangsangkan.Pada tahun 2009 Peter Sondakh melirik BW Plantation(barangkali MD nya org Malaysia dan juga ada saham besar di BW).Peter Sondakh/PS melihat ini peluang terbaik kerna PS terkenal sbg seorg beli jual perusahaan.PS tersenarai org ke 8 terkaya di Indonesia setelah sepak terajangnya dalam penjualan PT Excel Indo kpd Telekom Malaysia dan mula bangunkan empirenya diMalaysia hasil keakraban beliau dgn Najib(agaknya Najib yg jadikan PS tersenarai ke8 terkaya di Indonesia).Halim ashari melepaskan saham beliau di BW Plantation pada tahun 2014-2015.Dari situ PS tidak perlu memikirkan jaya atau tidak BW Plantation kedepan(ada 2 syarikat yg bawa BW Plantation ke mahkamah kerna hutang tertunggak tapi telah di selesai di luar pengadilan/mahkamah).Bagi PS beli BW dalam tempoh 5 bln 15 hari dan tawarkan pada FGV,kemudian Felda dan terakhir PIC/ anak perusahaan Felda.PS sondakh buat 'instant cash'saperti juga moto 'cash is king'.Modus buat intant cash diulang tayang oleh PS sama saperti penjualan PT Excel pada Telekom.PS jadi lagi kaya sekarang hasil 2nd offer pada Malaysia kerna hanya dengan panggilan telepon transaksi berjaya kedua berjaya,tiada yg boleh halang,kerana moto Cash is King dan kuasa di tangan Gue(aku).PS bertambah kaya,sahabt di Malaysia bertambah uang,yg jual saham pada PS dah duduk goyang kaki di bumi Garuda.Salam semua
Datuk, seribu tanda tanya...! Mengapakah Najib beriya2 sungguh mahu menolong Peter Sondakh??? Apakah benar PS sudah mendahulukan sejumlah dana yg cukup besar pada tahun lalu ketika dana IMDB tgh beku sana sini???
Felda agensi pengalaman yg ada planters skill tak mungkin begitu mudah mengambil aleh 37% saham Eagle berdasarkan lokasi & profile tanah yg dikatakan sebesar 4 kali Singapore. Difahami tanah ada 3 lokasi iaitu Papua, Sulawesi & Kalimantan?? kawasan marginal area ie pasir tanah gambut & isu jalan perhubungan yg jauh di pendalaman. Estate besar perlukan perhubungan baik utk angkut hasil. Begitu berani felda membuat percaturan di luar negara kali ini dan tak serik2 satu ketika dgn pelaburan di US, Canada, Saudi dll???
Sanggup pula Najib pertaruhkan felda demi kerana kawan karib????
To the NGOs, Welfare Department, the Church groups, the Sikh humanitarian associations, the Buddhist humanitarian associations, the political parties etc, there is another issue here.
FELDA is having problems meeting its 'core responsibilities'. FELDA does not sell roti canai. To make a long story short they are short of funds to pay the settlers.
For the past 60 years 100,000 settlers have depended on almost 100% on Felda for their lifeline.
That lifeline is now under great duress. The total population at the Felda schemes is much more than 100,000. Counting family members, dependents, second generation etc the population is in excess of 1.5 million people.
If Felda cannot uphold its 'core responsibilities', what will happen to all these Felda settlers, their families and dependents? How will they eat? How will they pay for their daily survival?
A great humanitarian disaster could befall them. Could befall us.
Do not expect the kleptocratic gomen to put on their thinking caps.
Look at that picture of that Felda director above. The look on his face says,
"நீங்களே இப்படி என்னை சித்திரவதை செய்வது, ஏய், ஏன்?''
He never expected that the first class flights, the cigars, the London trips etc would actually require some hard work and some tough thinking on the job.
Folks, obviously these folks cannot make the cut. It is we who have work to do. Lets all pull together.
Sondakh, benggali carpet, jho low semua ada connection dgn MO1...
Apa mufti kita kata kpd org yg berjuang memerangi org yg menyamun harta rakyat ? Pelik sungguh.
Satu lagi nak minta datuk tolonglah nasihat ahli2 bersatu supaya fokus pada perjuangan utk humban penyamun. Jangan dok main ugut2 nak jatuhkan parti atau cuba2 nak bebaskan penjenayah dlm penjara. Fokus kpd agenda utk mengembalikan kegemilangan negara ni. Yg jahat penyamun bkn sesama kita nak ukur siapa yg berjuang lebih drp org lain.
Sungguh saya bosan dgn situasi di mana org jahat saja yg dok menang sentiasa.
1."Kerja buat" najib keatas NGV dan 1MDB adalah sama.
2. Dalam kes 1MDB, najib jual tanah kerajaan pada harga murah, beli IPP pada harga tinggi, buat pelaburan asing dan duit itu digunakan untuk beli harta diluar negara atas nama jho low dan anak tirinya.
2. Dalam kes FGV, tanah felda dicagar, ambil duit tu melabur diIndonesia pada harga tinggi dan tanpa kawalan FGV, rakan kongsi iaitu sondakh guna duit pelaburan itu dengan membeli harta dimalaysia atas nama beliau.
3. 1MDB dan FGV, kedua-duanya sudah lingkup dan menanggung hutang.
4. Tidak ada perkataan yang sesuai untuk mengambarkan "najib ini apa".
5. Negara ini sudah boleh diibaratkan seperti bunga yang telah dihancur lumatkan oleh beruk.
6. Tapi najib BUKAN beruk kerana dia dan keluarga mendapat pulangan dari apa yang dia hancurkan, sedangkan beruk mendapat keseronokan semata.
7. Bertuahlah najib sebab menjadi pm selepas "tun yang tak berguna" tu jadi pm maka ada juga harta yang boleh "dileburkan" untuk menjadi hak peribadi.
Rompakan berasaskan 'hutang negara' melalui sistem kewangan 'fiat money' ini kerapkali berlaku oleh pemimpin curing. Modus operandi yg sama. Cuma berlainan rupa!
http://www.youtube.com/watch?v=5Gd8TFEmgSs&feature=related
Filem untuk ditonton bagi mereka yg masih boleh berfikir dan punyai kasih sesama manusia dan cintakan negara supaya melihat kesan 'penciptaan hutang negara' terhadap rakyatnya.(disyorkan pd para agamawan yg kerap ber'kempen' tentang agama fitrah tapi tidak dapat mengenal sistem kewangan yg merosakkan 'fitrah' kemanusiaan itu sendiri dan masih menyokong para politicians penjaga sistem ini tanpa mereka sedari )
Yo Online Media, plantation group has defaulted. Please ask the right questions.
Here is more info. Talk is they have defaulted on their bank borrowings with at least one local bank. Which bank? The one that carries the logo of that endangered species. Cap Rimau.
But "officially" it is not a default because the bank has "rescheduled" the loan half an hour before they defaulted ( missed their payment lah). Baik punya friendly banker.
Kalau Cikgu Hamid tak bayar instalment depa lelong rumah. No "rescheduling" anything.
The bank (which is a GLC) can now become an endangered species as well. So the bank put some conditions. The bank told the plantation giant to get a guarantee from the gomen.
So they just called MOI and got a gomen guarantee. Baik punya friendly gomen.
Can I have a gomen guarantee too? I want to borrow some money too. I know something about steel. Kan dulu I belajar engineer sikit. I nak buat special steels mini-mill. Weapons grade steel. Kan orang Arab suka bunuh membunuh. Not much lah tapi mini steel mill pun about RM1.5 billion saja. Boleh tak gomen bagi guarantee, then Bank endangered species tu pinjam RM1.5b kat saya?
They rescheduled the loan but where is the cashflow to repay the loan?
The plantation giant has no money to pay the thousands of vendors and suppliers who do business with them. Their suppliers (especially SMEs) now have to wait up to six months to get paid for supplying materials, equipment etc. Lorry contractors have to wait 3 months or more. Some of the suppliers are facing financial difficulty.
To bridge their cash shortage some of the SME suppliers have applied for bank loans - including from the same "cap endangered species" bank. Knowing that the plantation giant has defaulted the "endangered species" bank does not want to extend loans to SMEs doing business with the giant. It's double jeopardy isn't it? A huge section of the bumiputra SME supply chain is now at great risk.
So online media, ask the right questions.
Without anyone asking - except blogs like this one - our Pension Fund said that the plantation giant has not defaulted on their loans. Maybe yes and no. If they could not pay the loan instalment yes it is a default. But if our friendly Pension Fund "rescheduled" their loan repayment then technically there is no default by the giant.
Just like what our friendly "cap endangered species" bank has done - they rescheduled the loan BEFORE a default could happen.
So online media call the Pension Fund and ask them, "Thank you for the info. Can you confirm if you have rescheduled any loans extended to plantation giant?"
Call the Pension Fund, the bank and the plantation giant as well and ask them "Is it true that some of plantation giant's loans from Pension Fund, "endangered species bank", Ah Long, Muthupalaniappan Pillai Chettiar etc have been rescheduled?"
Call and ask lah. Let's see what they say?
- OSTB
The pattern is the same.
a) Use mark-ups and shell companies to songlap
b) When the inevitable happens, say it "taken over / backed by the govt"
What does this mean?
It means the rakyat has been sent the bill for the songlap and assumes the risk.
"PAS should focus on its allies in Gagasan Sejahtera instead of butting into the business of Pakatan Harapan (PH) component parties, its splinter Amanah said today.
Selangor Amanah chairman Izham Hashim said when it came to the distribution of election seats, especially ones claimed by PKR, Amanah, who is also part of PH, should be the one to deal with it, not PAS.
Izham was responding to PAS vice-president Iskandar Abdul Samad, who described Amanah as an “untrustworthy party” as it wished to contest in PKR’s seats in the next general election. Iskandar said this was akin to “stealing”.
“The issue of Amanah’s alleged plan to contest in some of PKR’s seats is actually in line with the changes in the nation’s political landscape.
“It may happen in the form of seat exchange among PH-PPBM components. But it will be decided jointly among us at a meeting.
“Iskandar need not worry about this and, instead, he should focus on the distribution of seats among PAS’ Gagasan allies,” he said in a statement today."
What of the Jan deadline to "build bridges" with PAS?
Both Pakatan Rakyat and the current Oppo have poor self-discipline in making statements.
One person, officially, to make statements to the media (outside of interviews, I mean).
One agreed manifesto and policy.
So simple.
It should not be ignored.
Saya rasa Najib sedang bercuti seperti biasa, saban hujung tahun menjelang Krismas. Jika tidak, sudah tentu Najib & Rosmah yang akan 'merasmikan' perayaan Krismas di Pavillon... demi popularity .
Yang jelas... Najib sebagai PM, langsung tidak bertanggung-jawab dan tidak jujur dalam serba-serbi tindak-laku beliau, baik sebagai pemimpin, President Party, maupun ketua keluarga.
Jika beliau bertanggung-jawab terhadap Rakyat tercinta yang beliau 'dahulukan', sudah tentu Rakyat diberitahu apabila beliau mahu pergi bercuti Krismas/hujung-tahun ke-luar Negara, hampir setiap tahun. Sekurang-kurangnya... Rakyat tidak akan terasa diperdayakan, seolah-olah beliau masih berada dalam Negara dan menguruskan Kerajaan demi kesejahteraan Rakyat tercinta.
Mengapa, saban tahun menjelang Krismas, Najib & keluarga, seolah-olah pergi bercuti ke Negara Kapir secara senyap-senyap?
Apakah yang mahu rahsiakan?
Untuk mengelak dari diculik atau diserang penganas Daesh?
Ataupun... mahu mengelak persepsi-buruk akibat membazir WANG & asset Rakyat, penginapan di hotel mewah dan sessi mega-shopping tahunan seisi keluarga di Negara-Kapir, guna jet-mewah Kerajaan dan pada masa yang sama... mengalakkan pengaliran-keluar ringgit?
Radio & TV juga, seolah-olah bersubahat untuk me'rahsiakan' percutian Najib & Rosmah dengan melaporkan berita yang dipetik dari laman FB atau Blog-Najib seolah PM sedang bertungkus-lumus, siang & malam 'berkhidmat' demi kesejahteraan Rakyat.
#Hidup UMNO-Najib... Hidup Jho Low, Razak Baginda, Deepak Carpet & sekarang... Peter Sondakh.
Soalan saya pada semua:Membeli 37% bukan menjadi major share holder/Stake holds.PS tetap menguasai Eagle High Plantation.PS adalah PRESIDENT KOMISARIS/Executive Chairman.Dan bagaimana jika PS melantik President Director dari orang beliau??.Bukankah PIC hanya pemegang saham tapi tidak ada kuasa executive.Ini undang2 perusahaan Negara Indonesia.PS buat duit banyak dari penjualan saham 37% dan dia juga menguasai seluruh PT Eagle High Plantation Tbk melalui anak2 perusahaan PT Eagle High.Fikir2 kan lah.Sebagai keluarga Felda di perantauan saya ada hak nak bertanya.
Sallam DAKJ,
Inilah masalah bangsa kita melayu (bukan semua) orang berniaga bertungkus lumus dengan sepak terajang perniagaan, ada yg jatuh bangun dan berjaya. Tapi bila orang politik nak berniaga, dan mengharapkan laba dengan cepat inilah jadinya. paling sedih kenapa guna wang rakyat ? kenapa gadaikan asset rakyat ? mana maruah kita UMNO khususnya. Kononnya inilah parti yang menjaga melayu, tetapi kenapa biarkan bangsa lain melingkupkan UMNO (Jo Low) dan sekarang Sandokh pula, apa sudah jadi ni ? Sampai bila pengikut2 UMNO nak berdiam diri, sejarah akan menghukum anda semua kerana kesetiaan membuta tuli. Pada para menteri yang sudah gendut dengan dedak haram jangan ingat kamu semua akan terlepas sekalipun BN menang PRU 14. Dosa dosa kamu sekelian akan menhantui anda dan keluarga anda, anda akan dimalukan lebih teruk dari anjing kurap jalanan.
Ingatlah doa orang yang teraniaya sangat mustajab, rakyat marhaen yang sedang dibeban dengan kehidupan yg serba susah sedang menegeluh dan merungut (itu adalah doa ). Berubahlah dan buktikanlah bahawa sudara saudara melayu UMNO dengan keluar dari UMNO atau jatuhkan mereka yang masih mendewakan DS Najib. Melayu boleh bangun dan maju tanpa UMNO sekarang yang korup dan kotor.
Wallahukaklam.
"Bekas senator Datuk Mohamad Ezam Mohd Nor dipercayai keluar Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), kurang 3 bulan menyertai parti itu selepas keluar daripada Umno, menurut sumber yang memberitahu FMT.
Sumber memberitahu FMT, bekas setiausaha politik Datuk Seri Anwar Ibrahim itu memaklumkan perkara itu kepada setiausaha agung PPBM dalam suratnya.
FMT masih gagal menghubungi Ezam bagi mengesahkan perkara itu.
Ia merupakan kali ke-2 PPBM berdepan tindakan ahli keluar parti, selepas Datuk Khairuddin Abu Hassan pada 27 Oktober lalu.
Ezam merupakan antara orang kuat Anwar yang memainkan peranan penting mengasaskan Parti Keadilan Nasional, yang kemudian dinamakan semula kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR) selepas bersatu dengan Parti Rakyat Malaysia."
Not what we want to see.
Some urgent regroup is imperative.
I think PPBm needs to pull real "names" from UMNO.
Surely not all are on dedak?
Time is short.....
Datuk.
1. "Saya (Datuk AKJ) yakin tidak ada siapa pun akan menentang pembelian oleh Felda jika harganya berpatutan, selari dengan pasaran dan telus"...memang tepat Datuk.
2. Tetapi, "tiga kali mahal daripada harga purata 2015" memang tidak masuk akal sebab pelabur kebiasaannya menggunakan "harga saham semasa" sebagai ukuran kasar nilai sebuah syarikat di bursa dimana sekali pun,
3. Bila matawang Malaysia jatuh berbanding matawang USD, maka pembelian itu nampak macam UMNO sudah jatuh gila...betul2 gila...orang gila memang tidak tau pasal timing beli saham.
4. Tapi apa bolih buat, begitu la kesudahan kepimpinan Melayu suku kaum Bugis UMNO.
5. Minta maaf Datuk, orang Cina tidak buat perkara gila macam ini...kalau Cina DAP buat begini, kita hantar saja mereka itu ke rumah orang2 gila.
Datuk.
"Tuan xxx, ini lah kesilapan kita tanpa kita sedari..."
"nasib malang peneroka Felda...pengerusi kaya, peneroka sengsara..."
"banyak Tuan peneroka di Sabah...dia orang Malaya kaya raya olih hasil kekayaan Felda dari Sabah...datang Sabah sambut di airport...tinggal hotel 6 bintang...makan 8 bintang...kami ke KL tiada kena sambut...kenapa kita masih tidak fikir Tuan..."
Ini la rintihan yang "ringan ringan" orang Felda diSabah...mungkin betul...mungkin tidak betul...aku tidak tau.
Everything OK di Felda Sahabat Lahad Datu...everyone happy...langsung tidak tau pasal Sandokh...sebab ramai kaum Bugis disini.
Salam Dato.
Pd peringkat ini atau ketahap ini..mustahil sekali jika Bugis HZ suami isteri tidak tahu bahawa majoriti rakyat telah tahu...sedar...faham tentang BETAPA BESAR kegiatan putar belit dan penyalahan guna kuasa dia didlm 1MDB.. SRC selain syarikat2 GLC.. TH..KWSP...Felda (FGV)..dsb.
(tidak termasuk kegagalan mentadbir urus negara dgn betul).
Jawa totok...KPN...Govenor BNM...AG dan Menteri2 dan ahli2 Umno HZ pun sudah tentu sedar tentang ini.
Hatta...persoalanya kini...apa yg harus dia lakukan.
Dari apa yg kita nmpk...pilihan yg ada tidak bnyk.
Hanya;
...meletak jawatan.
...melarikan diri.
...mengaku salah dan dikenakan hukuman. atau TERUSKAN KERJA2 KOTOR disamping mungkin melakukan sedikit sbnyk yg boleh dgn harapan dpt menebus semua salah laku dan dosa2.
Tetapi bagi rakyat...spt kata pembahas2 diatas....ORG INI SUDAH TIDAK LAGI LAYAK BERADA DITAKHTA DAN MEMEGANG KUASA.
DIA MESTI DINYAHKAN DGN KADAR SEGERA BESERTA HUKUMAN.
DIA ADALAH BEBAN PD NEGARA DAN RAKYAT....DAN KINI SEDANG TEKUN MELAKUKAN KEMUSNAHAN DAN BUKAN PEMULIHAN.
Dr Dzul......
"The year is coming to a close. While at least six jurisdictions are rigorously investigating and convicting those that have allegedly committed and abetted in the ‘international heist of the century’ and the biggest financial scandal in the modern world, where the money trail spans over at least 10 countries, not a whimper is heard on our own shores.
Of the five countries now aggressively probing the matter, Singapore is the only one so far to have secured convictions.
Besides the two former BSI bankers who have been sentenced to prison and fined for forgery and failure to report suspicious transactions, the republic convicted a third banker, a former wealth manager with the same Swiss bank BSI.
Earlier, the Money Authority of Singapore (MAS) shut down two private banks - BSI and Falcon - and fined DBS Group, UBS and StandardChartered Bank for lapses in money-laundering controls.
Very recently, US federal judge Dale Fischer denied postponement of the hearing in respect of documents filed by the Department of Justice (DOJ), hence denying the motion by Jho Low and his family to delay hearing on the 1MDB matter.
Abu Dhabi has arrested Khadem Al-Qubaishi, ex-head of the Emirati government’s lnternational Petroleum Investment Company (IPIC) and Mohamed Badawy al-Huseiny, former head of Aabar Investments PJS, both in relation to fraud and money-laundering on 1MDB.
Surprise, surprise, Second Finance Minister Johari Abdul Ghani has gone on record as commending the move by Singapore’s financial regulators to sort out money-laundering matters linked to 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
He was reported to have commented that... “So as far as Malaysia is concerned, we are going through that process.” Now for how much longer, Honourable Minister?
Simply put, is the attorney-general (AG) willing to see any legal proceedings on any one of these ‘rogues’ be instituted only after the 14th general election?
The Malaysian AG, however, has very regrettably refused all assistance to other countries conducting the 1MDB investigation. In the same vein, he is similarly not willing to be assisted by any other authorities."
The better question to ask is, who can take the blame?
Only PDRM are "on the case" (or are they?)
Who will they arrest?
Shahrol Halmi? Cannot be the mastermind.
Board of Directors? They were allowed to escape through the back door, and some are not resuming stealing on behalf of MO1.
MO1 himself?
The hand-picked barua2 of MO1 are there to cover crime, not solve it.
Najib has continued to use his billions to pay local supporters, as leaked evidence from his bank accounts shows.
Numerous cheques have been drawn from his slush funds to individuals from his party – the office holders whose votes support his continuing position in power. In return, these individuals have chosen to believe Najib’s excuses for his money, including his explanation that it came from a small time royal from Saudi Arabia, (one AbdulAziz al Saud, who has connections with PetroSaudi). Najib says it was AbdulAziz who passed him the $681 million dollars as a “donation”, plus the many other earlier payments into his account – including a further $170 million paid in November 2011 from SRC. He also claims that he returned most of the money via Tanore, although the DOJ say the money was traced to laundering in the states.
Malaysia’s ruling elite is therefore entering 2017 entrenched in this corrupt collaboration with a leader, who has stolen the money they are enjoying from the public purse.
As the economy groans and foreign investor confidence evaporates, this group are clearly further planning to squeeze one last dollop from Malaysia’s public funds. Yet another $680 million is the payment being offered by FELDA to buy out Eagle Plantations from Najib’s close friend the Indonesian businessman Peter Sondakh in a blatant further deal to pad out UMNO’s pre-election purse at the expense of Malaysia’s poorest farmers.
The logic is that if Najib can manage to again buy the next election he will at last be able to put behind him the scandal that after two years has refused to go away, ignore the foreign critics and be safe from justice at last.
Will he succeed?
The answer will come in 2017…. probably.
Kadiag, salaam.
Yg kelakagnya FELDA yg dah merelaih, nak bayag kontraktor, tanam semula dll pon semput2 beli 37% saham Eagle High Plantations pd harga luag biasa mahai (lebih korang sebanyak RM 2.3 ribu juta) dari Peter Sondakh (tauke Rajawali Grup), yg diJakarta pon dapat "headline"-
"Kinerja grup Rajawali masih tiarap" dgn beritanya:
"Kinerja grup konglomerasi Rajawali masih lesu di awal tahun ini. Empat emiten Grup Rajawali menderita kerugian bersih selama kuartal I 2016. Keempat emiten Grup Rajawali tersebut adalah PT Express Transindo Utama Tbk (TAXI), PT Eagle High Plantations Tbk (BWPT), PT Golden Eagle Energy Tbk (SMMT) dan PT Fortune Indonesia Tbk (FORU)."
(dari http://investasi.kontan.co.id/news).
Ni lagi sorang yg kamcheng dgn anak Rahah tu. Lepaih tu buat hotel/resort super mahai diLangkawi secara "joint venture" ka apa ka dgn sapa lagi kalau bukan kementerian kewangan.
Malaya Malaya....
Aku
Datuk.
Beberapa jam lagi kita menyambut Tahun Baru 2017.
Macam ada suatu perasaan bahawa tahun depan membawa lagi banyak kesedihan...kemurungan...bahawa Malaysia ini bukan lagi sebuah negara yang kita tahu selama ini.
There is a sense of lawlessness...perasaan tiada undang undang dimana pembesar2 negara bolih membuat sesuka hati mereka...yang paling atas terus hidup mewah dalam istana impian...above the law.
Kami ini pula macam semut...orang kecil...risau...harga barang making mahal...kena beli baju2 sekolah...buku...kasut...pensil...beg sekolah...lebih duit pergi kedai "barang bundle", barang buangan tapi masih bolih pakai juga la sebab kami kurang mampu...begitu la kalau belanja duit titik peluh sendiri.
Orang UMNO ambil duit kami...pakai cukai GST...suka suka hati belanja...tidak ada ka undang2 lagi ka di bumi Malaysia ini?
Tahun Baru 2017 tidak ada apa apa untuk orang macam kami.
Bagi orang2 pembangkang...kamu sama saja macam UMNO.
Tahun 2017 bukan untuk kamu...begitu juga 2018!...biar la apa yang ada...mungkin tiada.
On the sidelines, there appeared to be some low level "friendly fire" between Kak Wan and Dr Mahathir on whether BRIM handouts is bribery or not.
In Islam, the key word is intention or 'niat'. If the money from the government's coffers is intended to buy support from the dreadfully poor, and the recipient feels obligated and do vote the BN as per the dogma "you help me and I help you"...then it is certainly bribery.
On the other hand, if the recipient takes the money, sniffed a stench of possible buying of votes, and to affirm and register his/her repugnance and contempt for such endeavours, goes and votes for the opposition, then he is certainly not party.
The BN expectedly is of course pleading good intentions but from my observations, this time around, not many are buying it.
On the sidelines, there appeared to be some low level "friendly fire" between Kak Wan(PKR) and Dr Mahathir on whether BRIM handouts is bribery or not.
In Islam, the key word is intention or 'niat'. If the money from the government's coffers is intended to buy support from the dreadfully and desperately poor, and the not so poor, and the recipient feels obligated or beholden and do vote the BN as per the dogma "you help me and I help you"...then it is certainly bribery.
On the other hand, if the recipient takes the money, sniffed a stench of possible vote buying and to affirm and register his/her repugnance and contempt for such endeavours, goes and votes for the opposition, then he/she is certainly not party.
The BN expectedly is of course protesting good intentions but from my observations, this time around, not many are buying it. Yet, targeted groups like Felda settlers, some urban poor, the 'civil' service, village apparat including mosque officials, including from Sabah and Sarawak etc may be coming in for further special 'considerations'... for which some of the anti corruption people is expected to not give a damn.
Salam,
Dipetik dari komen dalam blog Shahbudin dot.com
JAWABAN NAIK HAJI DARI FEE PROYEK
Pertama, sah atau tidaknya ibadah haji tidak terkait langsung dengan asal muasal uang yang dipakai untuk haji. Tetapi lebih terkait pada apakah pelaku haji itu memenuhi dan melaksanakan syarat dan rukun haji dengan baik serta tidak melakukan sesuatu yang membatalkan ibadah haji. Syarat, rukun dan yang membatalkan haji lihat: http://www.alkhoirot.net/2012/09/panduan-haji.html Jadi, asal sudah terpenuhi syarat rukun, maka hajinya sah dan tidak ada lagi kewajiban untuk mengulangi haji walaupun seandainya uang yang dipakai berasal dari uang haram. Ini sama dengan orang shalat wajib yang memakai baju hasil mencuri, shalatnya tetap sah asal terpenuhi syarat dan rukunnya dan tidak ada kewajiban untuk qadha (mengganti) shalat.
Namun demikian, apabila uang yang dipakai untuk haji berasal dari uang haram, maka amal ibadahnya hampir pasti tidak diterima oleh Allah. Itu artinya, ia tidak akan mendapatkan haji mambrur. Imam Nawawi dalam kitab Al-Majmuk VII/62 إذا حج بمال حرام أثم وصح حجه وأجزأه ، وبه قال أكثر الفقهاء اهـ . بتصرف (Apabila seseorang berhaji dengan harta yang haram maka ia berdosa, tetapi hajinya tetap sah. Ini pendapat mayoritas ulama fiqih.)
Dalam kitab Al-Mausu'ah al-Fiqhiyah (Ensiklopedi Fiqh) XVII/131 dijelaskan: فَإِنْ حَجَّ بِمَالٍ فِيهِ شُبْهَةٌ أَوْ بِمَالٍ مَغْصُوبٍ صَحَّ حَجُّهُ فِي ظَاهِرِ الْحُكْمِ , لَكِنَّهُ عَاصٍ وَلَيْسَ حَجًّا مَبْرُورًا , وَهَذَا مَذْهَبُ الشَّافِعِيِّ وَمَالِكٍ , وَأَبِي حَنِيفَةَ رحمهم الله وَجَمَاهِيرِ الْعُلَمَاءِ مِنْ السَّلَفِ وَالْخَلْفِ (Artinya: Apabila seseorang naik haji dengan harta syubhat atau hasil ghasab maka hajinya tetap sah akan tetapi ia berdosa tidak akan mendapatkan haji mabrur. Ini adalah pendapat madzhab Syafi'i, Malik, Abu Hanifah dan mayoritas ulama Salaf)
There is really no evidence that the opposition can overthrow this kleptocratic regime or if the variables mentioned in the articles would fall into place, thereby facilitating a Harapan victory.
This is not meant as an attack but rather a rejoinder that we are sailing through very dangerous waters and if we do not get our act together and move beyond simply cheerleading a disorganised opposition, we could end up in a whole world of hurt.
1) Umno has always suffered electoral setbacks when faced with a cohesive opposition. As it is, the opposition is in disarray. PAS is a spoiler made worse by the reality that PKR needs them to remain politically relevant.
2) Recent by elections have demonstrated that Bersatu or at least the personalities behind them and Amanah have not gained traction with the demographic that keeps Umno in power.
3) The issue of corruption plays well with the urban demographic but again for various reasons has not become an issue with rural demographic.
If Umno delivers everything it says it will deliver, the cycle of complicity will continue. Disenfranchised people will continue voting for a regime which puts rice in their bowls. I am not talking about the urban class but rather those people who have depended on real power, federal power exercised corruptly for their benefit. That is the culture some people forget that we are dealing with. We nurtured this culture.
4) Felda settlers unfortunately are not easily moved by corruption scandals only because they have weathered such scandals over the long Umno watch. If the Najib regime can find a way to assuage their grievances, then they will remain firmly in the Umno camp. And since Umno has always found a way to placate this demographic and keep a tight lid on anyone attempting to proselytise to them, I do not think that banking on them would be beneficial to Harapan.
5) The younger generation of Malay voters are a promising demographic but they are currently embroiled in a culture war that consumes most of their energy and effort.Young Malay oppositional types not only have to contend with the Umno regime but they also have to contend with the Islamic forces in this country with no help whatsoever from mainstream Malay political parties or non-Malay political parties who do not view them as part of a new deal but merely a specific racial demographic needed to win the throne of Putrajaya.
6) Race and religion. While my views on these issues are spread across various articles, I think there are deeper issues here than just Umno spreading racial and religious discord. I think that Umno is the main purveyor or racial and religious disharmony but I do think that what the opposition keeps running into a deep-rooted cultural and historical issues from within Pakatan that they have not dealt with hence are not able to come up with a convincing strategy to win over the majority Malay demographic.
7) Finally, the native voters of Sabah and Sarawak. I would not put much faith in them. They really do have problems that most peninsular Malaysians have no idea of.
Datuk,
What of Jauary deadline to get PAS on board?
If I were MO1, I would be supremely confident of another 5 years in power. Or more.
"PAS has challenged Amanah to take them head on if the splinter party harbours dreams of replacing the Islamist party in its constituencies.
Selangor PAS commissioner Iskandar Abdul Samad said in a statement today that Amanah must not ask other parties to take on PAS in its constituencies in the coming general election (GE14).
Prior to this, Selangor Amanah said it would contest the 20 state assembly and seven parliamentary seats in Selangor that PAS contested in previously.
However, last month Federal Territory Amanah chairman Dr Mohd Hatta Ramli said Amanah would take on PAS in all seats the latter contested in.
Iskandar said PAS did not have a problem if Amanah wanted to contest in seats that PAS had won or contested in as it was a democracy, but said the party should take on PAS head on if it aimed to replace it.
He added PAS was ready to face a new political landscape and venture into new territories if an electoral pact to ensure straight fights between the opposition and Barisan Nasional could not be reached.
“If there is an agreement for a straight fight, PAS will respect that, if there is to be a free for all, then we are ready.”
Kadiag, salaam.
Dua tiga hari ni heboh sikit pasai Mat Tehag usui pekara 1MDB dok belanja orang2 pi ke tanah suci. Teruih terang aku nak bagitau aku tak la sokong dia sangat dan besa dizaman dolu2 betengkag dgn dia bawah satu pokok moktan pada satu maghrib... aku lebih kamcheng dgn almarhum abang dia. Yg aku nak bagitau aku setuju jugak apa yg Mat Tehag kata ni pasai kedudukkan 1MDB ramai orang pon dah tau banyak begelumang dgn riba' secara terang2 dan dok kelepiag duit Malaya....ribu2 juta.
Rosulullah S.A.W. sangat tegaih melarang perkara2 subahah, satu2nya melalui satu hadith yg femes yg bemaksud:
" halal sudah jelas dan yang haram juga sudah jelas. Namun diantara keduanya ada perkara yang syubhat (samar). Maka barangsiapa yang meninggalkan perkara yang samar karena khawatir mendapat dosa, berarti dia telah meninggalkan perkara yang jelas keharamannya dan siapa yang banyak berdekatan dengan perkara samar maka dikhawatirkan dia akan jatuh pada perbuatan yang haram tersebut. Maksiat adalah larangan-larangan Allah. Maka siapa yang berada di dekat larangan Allah itu dikhawatirkan dia akan jatuh pada larangan tersebut".(Imam Bukhari).
Pada aku la yg sangat jahe ni, dlm al Qur an pon ada bagitau, macam perangai iblis, tak mau masuk neraka sorang2 tapi nak bawak sekali member (anak cucu Adam) ramai2, seperti dlm suroh al-A'rof ayat 16 dan 17 yg maksud dia lebih korang :
“Iblis menjawab: ‘Karena Engkau telah menghukum saya tersesat, saya benar-benar akan menghalangi-halangi mereka dari jalan Engkau yang lurus, kemudian saya akan mendatangi mereka dari muka dan dari belakang mereka, dari kanan dan dari kiri mereka. Dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur (taat).’” (al-A’raaf: 16-17)(tafsir Ibnu Katsir dari alquranmulia.wordpress.com.
Dan Allah saja maha tau.
Aku
Apa yang pasti....Blog-Najib yang kerap dipetik sebagai bahan berita, bukan ditulis oleh Najib sendiri. Kalau ya pun ia dikelola oleh 'pembantu', sepatutnya Najib atau PMO beri arahan supaya 'pembantu' mengendalikan blog itu sebagai seorang PM.
Contohnya:-
Tidak perlulah tulis... YAB Perdana Menteri... pada tajuk posting berikut:-
"Perutusan Tahun Baru 2017 YAB Perdana Menteri".
Blog itu kan kepunyaan PM.
Datuk.
I am touched concerning thoughts as expressed by hihwag 11:40 AM..."7) Finally, the native voters of Sabah and Sarawak. I would not put much faith in them. They really do have problems that most peninsular Malaysians have no idea of."
1. "I would not put much faith in them [Sabahan/Sarawakian]"...it's a mutual feeling.
2. "They [Sabahan/Sarawakian] really do have problems that most peninsular Malaysians have no idea of."
Perhaps this article from FMT 3rd January 2017 titled "Another call to restore Sabah’s rights and religious freedom" [http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2017/01/03/another-call-to-restore-sabahs-rights-and-religious-freedom/]...will shed some light into some of the problems...it is a rather long article which will not fit into this blog.
3. hihwag...the political power is in the hands of Melayu UMNO...not in Sabah and not in Sarawak.
4. "Yang tersurat" ada dalam Malaysia Agreement 1963...loud and clear as it was drafted by the British...in a very simple and plain English so anyone can read it.
5. Melayu UMNO control Parliament and changed "yang tersurat" over many years with help from corrupt politicians from Sabah and Sarawak. Ini lah "yang tersirat" dalam UMNO.
6. Jadi apa "yang tersirat" olih UMNO selama 60 tahun ini kita sudah tau...pecah tembelang...thus the article above.
7. Today, Melayu UMNO hurts many people especially, the Bumiputras of Sabah and Sarawak.
8. In the pursuit of its corrupt practices to stay in power at all means necessary, UMNO work hand in hand with PAS and they inflicted collateral damage to majority non-Muslims Bumiputra in Sabah and Sarawak by supporting Hudud.
9. For legal and historical record, Singapore seceded from Malaysia.
10. hihwag...I heard Singapore is doing quite well on her own...like Japan, Korea and Hong Kong...they are not corrupt too...but again, I may be wrong.
Datuk.
Ingin pohon menyimpang dari topik...ini tentang komen dari saudara Jesse Labi 9:56 AM...
1. "Pertama, sah atau tidaknya ibadah haji tidak terkait langsung dengan asal muasal uang yang dipakai untuk haji. Tetapi lebih terkait pada apakah pelaku haji itu memenuhi dan melaksanakan syarat dan rukun haji dengan baik serta tidak melakukan sesuatu yang membatalkan ibadah haji."
Aku syorkan jangan naik haji kalau pakai duit curi atau duit hutang...itu pesan datuk nenek moyang aku.
Moyang2 aku tidak naik haji sebab tidak ada kemampuan...arwah abah aku tidak naik haji pakai duit orang, bukan kerana dia aksyin tetapi dia simpan sikit2 hasil dari kerja titik peluh dia sendiri...duit anak2 dia pun dia tidak mau sebab dia was-was, takut anak2 dia buat silap.
2. "Jadi, asal sudah terpenuhi syarat rukun, maka hajinya sah dan tidak ada lagi kewajiban untuk mengulangi haji walaupun seandainya uang yang dipakai berasal dari uang haram."
Minta maaf aku sama kamu Jesse Labi...minta maaf ya habibi...agama apa kamu ini?
3. "Ini sama dengan orang shalat wajib yang memakai baju hasil mencuri, shalatnya tetap sah asal terpenuhi syarat dan rukunnya dan tidak ada kewajiban untuk qadha (mengganti) shalat."
Jangan pergi sembahyang kalau pakai baju curi.
Hujah kamu ini tidak bolih dipakai dimana2 sahaja...sama ada di mahkamah di Switzerland, di Singapore dan di London...kecuali di Zimbabwe atau di Nigeria...dan di Putrajaya.
Ini adalah agama Islam dari puak2 orang Melayu UMNO dan PAS.
Jangan kan naik haji, beli mercun pun tidak bolih seandainya uang yang dipakai berasal dari uang haram...ini bukan ajaran datuk nenek moyang aku ya habibi...tetapi, tidak apa la...agama kamu untuk kamu...dan, agama aku untuk aku.
4. "Namun demikian, apabila uang yang dipakai untuk haji berasal dari uang haram, maka amal ibadahnya hampir pasti tidak diterima oleh Allah. Itu artinya, ia tidak akan mendapatkan haji mambrur. "
Jangan risau Allah Taala terima ka atau tidak...itu bukan urusan manusia.
5. Ini yang dipesan olih orang tua2 kami sejak turun temurun..."naik la haji ke baitullah walaupun sekali sahaja, itu pun bila kamu betul-betul mampu sahaja"
Sallam Dato’
Kalau ikutkan pilihanraya lepas, kata depa “Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan”
Sekarang ini nampaknya dalam sudut ekonomi, rakyat dalam kerugian. Saham Felda merudum, nilai matawang pun merudum, sekarang sudah cecah 1 dolar menjadi RM 4.50.
Duit Singapore 1 dolar menjadi RM3 lebih. Saya tukar wang di Thailand, RM100 dapat 790 baht sahaja. Saya jumpa pelancong dari Malaysia banyak yang merungut duit Malaysia jatuh teruk.
Saham ASB pun dapat 7.25% dengan bonus (0.5%).
Saya beritahu pegawai bank , dalam sejarah Malaysia, ini tahun yang paling teruk. Pegawai bank bisikkan kepada saya, orang melayu kena sabar. Katanya, mungkin Wahid Omar tidak berikan banyak mungkin kerana nanti yang melabor di Saham Wawasan, Saham Didik pun kena bagi banyak juga. Oleh itu memadai, dividen sedikit sahaja.
Saya setuju sahaja dengan pegawai bank tapi dalam hati saya memang baik sifat sabar, tetapi ada perbezaan antara sifat sabar dan sifat bodoh.
Orang melayu kita perlu bezakan yang mana satu sifat sabar dan yang mana satu sifat bodoh. Jangan dicamporkan.
Post a Comment