Monday, February 27, 2017

BR1M Duit Kita Sendiri


A Kadir Jasin


SEKARANG musim Brim. Sebenarnya bukan Brim tapi BR1M, singkatan bagi Bantuan Rakyat 1Malaysia.

[MOHON guna nama sebenar atau nama samaran. Komen “Anonymous” tidak akan disiarkan.]

Berita media arus perdana bagi gambaran BR1M adalah contoh kejayaan Perdana Menteri Datuk Seri I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil, Mohd Najib Abdul Razak.

Kejayaan macam mana? Kejayaan bagi rakyat miskin di antara RM450 dan RM1,200 sekeluarga setahun?

Kalau tengok bilangan yang minta dan dapat, kita terpaksa tanya adakah rakyat jelata kita tambah miskin tahun demi tahun atau tambah tamak.

Pasal apa saya kata macam itu? Pasal, tahun lepas 7.2 juta orang minta BR1M tapi tahun ini 8.2 juta.  Naik satu juta orang. Boleh baca di sini.

Maksudnya dalam masa 12 bulan sejuta orang rakyat jelata kita jatuh ke dalam bakul kemiskinan BR1M (diperbetul, bukan 1MDB).

Apabila rakyat jelata jatuh miskin, mereka tentulah gembira terima apa saja bantuan walaupun tak banyak mana.


BR1M Kayu Ukur Baru Kemiskinan Rakyat Jelata
Pasal apa saya kata macam itu? Jawabnya, pasal apa yang mereka dapat dalam bentuk BR1M adalah sangat sedikit berbanding kenaikan kos sara hidup.

Pasal apa kos sara hidup melambung? Jawabnya, antara lain, adalah sebab subsidi dihapuskan, tambang pengangkutan naik, tol naik, tarif elektrik naik, bayaran hospital kerajaan naik, tambang bas sekolah naik, harga petrol naik, harga ikan kembung naik. Senarainya berterusan.

Oh ya, jangan lupa kesan nilai tukaran duit kita yang jatuh lebih 20 peratus berbanding dolar Amerika sejak dua tahun lepas.

Bila nilai RM jatuh, harga semua harga barang import naik. Yang terbaru harga beras untuk Sabah dan Sarawak.

GST Selamatkan Siapa?

Najib kata GST selamatkan negara. Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sokong. Biasalah. Dia kata, GST penggerak utama ekonomi negara.

Saya tak mahu bahas dengan Abdul Hadi pasal pengetahuan agama saya ibarat kail panjang sejengkal. Tentu tak terlawan pengetahuan agama Abdul Hadi yang sedalam lautan.
GST: Abdul Hadi setuju dengan Najib

Tapi saya tahu sedikit sebanyak berkenaan ekonomi. Mana yang saya tak tahu, saya tanya orang yang tahu.

Baru-baru ini saya tanya seorang ahli ekonomi dan penyelidik muda yang sedang naik namanya, apakah BR1M boleh atasi kesan GST ke atas orang miskin?

Dia jawab macam ini:

"Kutipan GST tahun 2016 kira-kira RM39 bilion. Bilangan isi rumah di Malaysia 6.35 juta. Jadi bayaran purata GST setiap isi rumah kira-kira RM6,141 setahun.

“Ini anggaran kasar sebab perniagaan pun bayar GST. Saya tidak tahu peratusan GST yang dibayar oleh pengguna dan perniagaan."


BR1M dijangka akan dinikmati oleh tujuh juta penerima dengan jumlah besar RM6.8 bilion (diperbetul).

Maksudnya apa yang dibagi sebagai BR1M hanyalah sebahagian kecil saja daripada beban GST yang ditanggung oleh rakyat jelata. Kerajaan kutip RM39 bilion tapi bagi balik RM6.8 bilion (diperbetul).


Itu belum lagi dikira kenaikan harga barang dlan perkhidmatan macam saya sebutkan di atas.

Jadi kalau kita kaji dan halusi, susah kita nak telan hujah yang kata GST selamatkan negara dan BR1M bantu rakyat jelata atasi kos sara hidup yang melambung.

Pasal apa saya kata macam itu? Pasal kutipan GST sekadar tampung sebahagian kecik hasil kerajaan yang jatuh merudum akibat kemerosotan harga minyak dan komoditi.


Sebaliknya, beban yang ditanggung oleh rakyat jelata akibat pengurusan ekonomi yang terlalu sangat utamakan sistem pasaran bebas bebankan rakyat jelata, khususnya golongan pendapatan rendah.

Sebab itu lah bilangan pemohon dan penerima BR1M melambung.

BR1M Rebat Cukai

Nak bagi mudah faham, saya kata macam ini: Kerajaan ambil banyak duit rakyat melalui GST dengan tangan kanan dan bagi balik sikit melalui BR1M dengan tangan kiri.

Apa yang rakyat dapat dalam bentuk BR1M adalah duit mereka sendiri. Dalam bahasa perniagaan dan percukaian dipanggil rebat (rebate).

Jawapan jangka sederhana dan panjang kepada masalah ekonomi negara kita sekarang adalah kita berusaha kembalikan kepercayaan (trust) pelabur dan pengguna kepada pentadbiran negara.

Kepercayaan pelabur asing dan tempatan merudum akibat skandal macam 1MDB, SRC International, hutang negara dan hutang kerajaan yang terlalu tinggi dan  manipulasi institusi-institusi negara bagi melindungi Najib.


Pelabur dalam dan luar negara bukan tak percaya kepada kita pasal kita pencuri, penyamun, penyangak, kawar dan  jemuan haramzada.

Orang tak percaya kepada kita pasal Jabatan Kehakiman Amerika (DoJ) kata, MO1 (Malaysian Official 1) atau Pegawai Nombor 1 Malaysia adalah seorang kleptokrat.

Kleptokrat adalah daripada bahasa Greek bererti pemimpin yang curi duit negara dan duit rakyat jelata.

Jadi DoJ guna KARI - Kleptocracy Asset Recovery Initiative - untuk rampas duit 1MDB yang kleptokrat curi.

Mula-mula kita tak tahu atau tak berapa jelas siapa MO1. Tapi, Alhamdulillah dan terima kasih kepada Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional, Datuk Abdul Rahman Dahlan, yang sahkan kepada Badan Penyiaran British (BBC) bahawa MO1 itu ialah Najib.

Abdul Rahman tunjuk Najib sebagai MO1
Pelabur bodoh atau pelabur yang rasuah saja akan datang melabur di negara kita selagi kita diperintah oleh seorang kleptokrat.

Oleh kerana itu, kita janganlah jadi rakyat jelata kelas dedak yang gadai negara dengan sebab dibagi BR1M yang sebenarnya adalah duit kita sendiri.

Ambil dan belanja dengan bermanfaat.

Wallahuaklam.

44 comments:

Abdullah Ngah said...

Datuk Seri Mohd Najib Razak boleh buat apa yang dia mahu, kerana harta nagara ini milik Ayah dia, Bandar Tun Razak, FELDA Tun Razak, Jslan Tun Razak. sebab itu dia boleh buat apa apa sahaja hatta nak jual negara sekali pun.Nama ayahnya pasti harta itu sudah jadi miliknya.sebab dia boleh buat apa sahaja, miskipun rakyat jelata yang menanggung beban.

Zalman A said...


Salam Datuk,

Please also explain to the people that the "megaprojects" that Datuk Seri I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil "generously" provides to the people are also OUR money.

But they have merely become money-grabbing opportunities for UMNO, Mappadulung and his clerk, Jho Low.

Take the ECRL......

“The Malaysian Government is planning to award an overvalued project to launder money in order to fill the loophole of 1MDB.

The plan is to award the East Coast Rail Project to a Chinese Company, China Communication Construction Company Limited (CCCC). The initial budget for the project is MYR 30b, but they have overvalued the project for another MYR 30b, making it MYR 60b. The extra MYR 30b will be use to launder out cash to 1MDB related companies.

The project has been proposed to the cabinet on 25/7/2016 and will be approved by the cabinet on 27/7/2016 with total value of MYR 60b.The Chinese company, which is backed by the China Government, will help pay off the 1MDB dept in advance and progressively. In return, this Chinese company will be rewarded with high profits and land, and of course extra influence with the Malaysian government”.

That was reported in July. The MO1 and fellow lanun2 basically confirmed its truth by announcing the final cost as RM55 billion.

a) Can Liow or the MO1 lanun explain how the cost went up by 25 billion in a year?

b) Can Liow or the MO1 lanun explain why there was no tender and why they chose a company with a global track record of bribery and corruption?

Because the various offices of checks and balances are filled with dedak eaters, there is no control any more. There is zero transparency.

So we end up playing double for MO1's thefts.

Unless the Malays wake up, we will be cheated forever.


FakeRobinHod said...

BR1M is robbing Peter to pay Peter. Forget about Paul, left pocket right pocket, etc.
IN its most simplistic form, the robber robs me and then pays me, saying it is from someone else, perhaps the saudi arabian personage. Hahaha.....

Jalek Lenteng said...


Malaysia now fell behind its Asian neighbours with weakening ringgit, tumbling economic growth, high debts, and immense trust deficit towards the government. Foreign investors have shy away from Malaysia and preferring Vietnam and Thailand over Malaysia.
Government's habits of throwing around easy cash in the form of BRIM, overly generous payrise and benefits, asymmetry mandated payrise regardless of business environment only make matters worst.
All of these have made our ringgit look ridiculously 'cheap' in the eyes of investors thus making our currency grossly devalued. You can't just throw around money like that. It's the gravest sin of highest order as if you don't care and don't really value the money. Easy come, easy go like people say which made the ringgit super cheap compared to US Dollar.
The guys at the top seem clueless as time goes by and don't know what to do. How on earth rich kid born with a silver spoon in his mouth, handed over everything on golden platter all his life being let lose running a country? It's like handing over a car key to an errand boy..
The only thing that these people are good at is to blow the country's fortune in the shortest period of time and strip off its prime assets for easy money. It's already happening guys. What a joke. The country has being brought down to its knee and dragged being through the sewer. Nobody seems able to put a stop to it. How unfortunate.

Zalman A said...


Our Crime Minister is better at stealing money than managing it...

"SINGAPORE, Feb 27 — When Malaysia forced foreign investors in its markets not to dabble in offshore derivatives in its currency last year, its target was speculative pressure on the ringgit, but it appears to have shot itself in the foot.

The ringgit was the weakest currency in emerging Asia last year after China’s yuan, prompting Malaysia’s central bank to get a written commitment from foreign banks to stop trading ringgit non-deliverable forwards (NDFs), offshore contracts they use to hedge their exposure to the currency.

The upshot has been a flood of money leaving Malaysian bonds as foreigners, who own US$47 billion of them, were unable to hedge their risks in onshore markets because of a lack of liquidity.

“It’s a market that’s kind of been destroyed,” said Gene Frieda, the London-based global strategist at bond giant fund Pimco, who blamed the inability to hedge for making it difficult to make significant bond trades.

Although Frieda said the currency now looked cheap compared with regional peers, he couldn’t see it rallying under the circumstances."

This policy of BNM is backfiring.

Why does Finance Minister (1) also known as "MO1" resign?

He is killing the economy.

Mali Bin Muyung said...

Dato, saya x faham knapa kjaan bangga sgt dgn brim.
Patut kita malu.Lpas tu dia kata pula kita mesti sokong kjaan agar dpt brim lagi.
Sebelum bersara saya berkerja d sektor perhotelan. Kami d beritahu hampir setiap hari yg gaji kita dtg dari pelanggan bukan dari hotel. So v jv to b nice to our hotel's guest.
V actually met at Hyatt coffeehouse KK when Dato was still with NST.
Tak tahu lah apa nak jadi dgn Msia ni. Lintang pukang.

shah said...


Selepas sekarang Pas seolah-olah sudah berada dalam dakapan UMNO, Najib Razak dilaporkan meluahkan keyakinan dalam beberapa perjumpaan bahawa BN akan menang PRU 14 akan datang ini.

Seorang pemimpin UMNO yang banyak kali menghadiri perjumpaan tersebut berkata, Najib tidak pernah memperlihatkan kebimbangan atau mood lain selain keyakinan untuk menang dalam setiap pertemuan yang dihadirinya.

Najib seterusnya dilaporkan meminta, momentum kemenangan yang ada ketika ini perlu terus dikekalkan sehinggalah tarikh pilihanraya diumumkan.

Keyakinan Najib terhadap kemenangan itu dikatakan tidak lain ialah berikutan pertolongan tidak langsung yang dihulurkan Pas melalui keinginan parti Islam itu untuk memastikan berlakunya pertandingan tiga penjuru dalam PRU 14 nanti.

Najib juga dikatakan tidak begitu memperdulikan sama ada parti-parti komponen bukan Melayu dapat menyumbang kerusi atau sebaliknya kerana melalui pertandingan tiga penjuru itu nanti, ia sudah memadai untuk BN membentuk kerajaan.

Tentang hubungan dengan Pas yang dilihat seperti bersama UMNO, tetapi tiada sebarang perjanjian rasmi dan dalam masa yang sama masih juga meneruskan perbincangan dengan Bersatu, Najib dilaporkan melahirkan keyakinan agar "usah bimbang dengan pendirian Pas."

Najib seterusnya memberitahu, usah peduli atau terkesan dengan sebarang tanggapan serta tohmahan mengenai hubungan baik antara UMNO dan Pas sekarang, termasuk mengaitkannya dengan wang ringgit dan sebagainya kerana yang penting ialah matlamat untuk menang pilihanraya.

Memang sejak minggu-minggu kebelakangan ini, Najib mula menyibukkan diri dengan menghadiri beberapa perjumpaan tertutup dengan beberapa kumpulan dalam UMNO serta agensi-agensi yang ada kaitan dalam membantu kemenangan BN.

Keadaan ini memberi petunjuk bahawa tarikh pilihanraya semakin hampir dan tarikh yang paling banyak disebut untuk Najib membubarkan Parlimen ialah selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Soalnya, dengan keyakinan Najib bahawa BN akan menang PRU 14 akan datang melalui bantuan secara tidak langsung oleh Pas itu, sedarkah parti Islam itu mereka kini seolah-olah sedang dipergunakan oleh UMNO?

Apakah Pas rela diperlakukan sedemikian oleh UMNO yang selama bertahun-tahun selama ini dianggap sebagai musuh paling utama atau ada faktor lain yang mendorong ia terjadi?

Selepas BN menang pula, apa ganjaran yang bakal diterima oleh Pas?

Adakah Pas akan bergabung dengan UMNO untuk membentuk kerajaan campuran dan seterusnya bakal menganggotai kabinet?

Atau mungkinkah, jika jumlah kerusi BN mencukupi untuk membentuk kerajaan, Pas akan ditinggalkan begitu saja oleh Najib dan UMNO?

shahbudin.com

sukasamasuka said...

Datuk.

" Baru-baru ini saya tanya seorang ahli ekonomi dan penyelidik muda yang sedang naik namanya, apakah BR1M boleh atasi kesan GST ke atas orang miskin?

Dia jawab macam ini:

"Kutipan GST tahun 2016 kira-kira RM39 bilion. Bilangan isi rumah di Malaysia 6.35 juta. Jadi bayaran purata GST setiap isi rumah kira-kira RM6,141 setahun.

“Ini anggaran kasar sebab perniagaan pun bayar GST. Saya tidak tahu peratusan GST yang dibayar oleh pengguna dan perniagaan."

1. Aku rasa "ahli ekonomi dan penyelidik muda" ni sudah silap la Datuk.

2. Kutipan GST tidak ada kena mengena dengan 6.35 juta isi rumah sebab "isi rumah" atau "rumah kediaman" BUKAN nya "Tax Collector".

3. Premis perniagaan adalah "Tax Collector" untuk kerajaan, tetapi jumlah kutipan GST pun bukan berdasarkan berapa banyak nya premis perniagaan itu...sebab kutipan GST bergantung pada berapa banyak hasil penjualan dari perniagaan itu...lagi banyak menjual, lagi besar la kutipan GST nya...ini la yang dipanggil "Consumption Tax".

4. Jadi, "purata GST setiap isi rumah kira-kira RM6,141 setahun" sudah silap.

5. GST di kutip dari setiap orang yang berada di bumi Malaysia...termasuk

31,700,000 penduduk Malaysia,
27,000,000 pelancong asing*
2,000,000 Pandatang Tanpa Izin,
1,860,000 Pekerja Asing pegang Pas Lawatan Kerja Sementara,

Jumlah = 62,560,000 ini ada la pembayar GST.

*termasuk pelancong asing walaupun mereka mungkin hanya tinggal dalam 1-2 minggu sahaja di Malaysia...makanya sukar untuk membuat purata dalam setahun.

6. Setiap orang dari yang paling miskin tepi jalan raya hingga billionare akan bayar GST yang sama kalau mereka makan sayur kubis.

7. GST tidak menjana aktiviti ekonomi baru atau hasil kutipan cukai dari industry baru sebab ia adalah "consumption tax".

8. BRIM menjana "consumption"...dimana penerima2 BRIM akan belanja beli barang2 seperti pakaian, perkakas dapur dsbnya yang dikenakan GST.

9. Jadi siapa yang dapat RM1,200,"nilainya" sebenarnya hanya tinggal RM1,128 sebab barang2 yang dia beli semua kena 6% GST.

10. Pada dasarnya hubungan BRIM dan GST ini sama la dengan kalau tangan kanan UMNO hulur RM1 kepada rakyat, tetapi tangan kiri dia sudah ambil RM5.74 dari poket belakang setiap rakyat!

(The Ratio RM39 billion GST : RM6.8 billion BRIM)

sukasamasuka said...

Datuk.

"Kalau tengok bilangan yang minta dan dapat, kita terpaksa tanya adakah rakyat jelata kita tambah miskin tahun demi tahun atau tambah tamak.

Pasal apa saya kata macam itu? Pasal, tahun lepas 7.2 juta orang minta BR1M tapi tahun ini 8.2 juta. Naik satu juta orang. "

1. Yang minta seramai 8.2 juta pada tahun ini tidak la penting.

2. Jumah yang terima tahun ini yang penting...iaitu seramai 5.2 juta orang setakat ini...banding dengan tahun2 sebelumnya...

2012 4.1 juta

2013 6.8 juta

2014 6.9 juta

2015 7.4 juta

2016 7.4 juta

3. Walapun nampak berkurang pada tahun ini, tetapi, sebenarnya...."Perdana Menteri berkata sebanyak 3,123,950 permohonan lagi masih dalam peringkat pemprosesan dan keputusan dijangka diumumkan bulan depan (March 2017)."...ini la politik BRIM...muslihat UMNO.

4. Maka tidak hairan la..."dengan murah hati" UMNO akan meluluskan kesemua permohonan itu nanti...timing must be right.

5. Selepas 6 tahun pun belum tau nak memproses BRIM ka?...susah sangat ka kerja ni?...atau ada udang disebalik batu?

sukasamasuka said...

Datuk.

"BR1M bukan rasuah, Arab Saudi turut beri bantuan seumpamanya - PM Najib... Februari 27, 2017...KUALA LUMPUR

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata langkah kerajaan mewujudkan skim Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bukan satu amalan rasuah seperti didakwa oleh bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Malah, Perdana Menteri berkata, kerajaan Arab Saudi turut menyalurkan bantuan kewangan untuk membantu rakyatnya yang misikin, sekali gus membuktikan tindakan Malaysia memberi bantuan seumpama itu melalui BR1M bukan satu rasuah.

Katanya, berdasarkan maklumat beberapa menteri kabinet Arab Saudi dalam rombongan lawatan Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al Saud ke Malaysia, kerajaan negara itu memperkenalkan beberapa langkah bagi membantu rakyatnya yang susah.

"Ini termasuk langkah memasukkan wang terus ke dalam akaun bank penerima yang memerlukan. Kalau Tun Mahathir kata BR1M itu rasuah, jadi apa yang kerajaan Arab Saudi buat?. Kalau kita (kerajaan) buat ada orang cakap itu rasuah.

"BR1M ini bukan rasuah (sebaliknya) ia adalah untuk menolong rakyat," katanya ketika berucap merasmikan Residensi Kerinchi dan Kenduri 1Wilayah Persekutuan Parlimen Lembah Pantai, di sini hari ini.


sumber: http://www.astroawani.com/berita-malaysia/br1m-bukan-rasuah-arab-saudi-turut-beri-bantuan-seumpamanya-pm-najib-133807

1. Kerajaan Saudi BUKAN kerajaan demokrasi berparliament.

2. Raja Arab Saudi BUKAN dipih olih rakyat.

3. Tetapi kita baca kenyataan yang ini pula..."Ini termasuk langkah memasukkan wang terus ke dalam akaun bank penerima yang memerlukan. Kalau Tun Mahathir kata BR1M itu rasuah, jadi apa yang kerajaan Arab Saudi buat?

4. Jadi RM2.6 billion itu adalah Syariah-compliant "BRIM" dari Saudi la...bukan "American Pork Pie"?

5. Kalau la bolih, sedap juga kalau Raja Arab Saudi buat sikit kenyataan...bukan susah pun...then I vote for UMNO.

sukasamasuka said...

Datuk.

"BR1M Rebat Cukai"

1. BRIM bukan rebat cukai sebab selama ini, individu atau keluarga yang berpendapatan rendah terlepas dari membayar cukai pendapatan...ini termasuk la pendatang haram dan pelancong asing.

2. GST dikutip membabi buta...semua kena...tidak kira miskin atau kaya...penganggur atau manager bank...sama ada orang kita atau pelarian Rohingya atau pendatang haram atau pelancong asing...kecuali mereka2 yang tidak mau makan, minum dan pakai sahaja yang dikecualikan.

3. Memang kita harus kutip cukai dari pendatang haram dan pelancong asing, tetapi bukan GST caranya.

4. Bila harga barang makanan yang kita import naik dengan sendirinya, disebabkan duit matawang Malaysia jatuh, dengan sekelip matanya GST pun naik juga....bukan pasal kita ada buat kerja, tetapi pasal UMNO tidak pandai buat kerja jaga matawang kita.

5. GST ini kerja sial...untuk kerajaan sial yang tidak tau mau buat kerja...rakyat susah kerana GST.

Buyong said...

Najib is a theft.

Aku said...

Alhamdulillah dan salaam Kadiag.

Hang tulih :'Najib kata GST selamatkan negara. Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sokong. Biasalah. Dia kata, GST penggerak utama ekonomi negara.'

Kalu betoi, pasai anak Rahah tu aku takdak apa nak kata... hanyasanya orang Marang ni. Orang kelantan kata 'kerah keng', macam tulang dagu dia keraih sangat, takdak ka orang PAS yg celik bidang kewangan ka ekonomi ka nak bagitau kad dia macam mana buruk dan menyiksanya cukai GST ni ke ataih rakyat tebanyak. Macam mana cukai ni satu aspek salah uruih tadbir kerajaan sesekali dgn IMDB, kejatohan nilai ringgit, risyuah yg beleluasa dan macam2 lagi yg sangat melemaih rakyat. Peratuih gelandangan meningkat, penyelongkag tong sampah laa ni bukan kucin dan anjin saja, tetapi semakin ramai dari kalangan maknusia dan semakin banyak janin2 yg di lempag lagu tu saja.... masih dia nak sokong anak rahah ni.

RD. said...

Betul Dato AKJ.

Depa bagi BR1M dengan tangan kanan, ambil balik dengan tangan kiri.

Kalau tak percaya, esok kita tengok, harga minyak di pump, naik tak?

RD. said...

Salam Saudara Shah.

Dulu penyokong UMNO kata... DAP memperkudakan PAS.
Mana tidaknya, penyokong PAS sanggup tidor atas jalan dalam demo Bersih.

Hari ini... nampakgayanya, UMNO-Najib pula yang memperkudakan PAS.

zarra said...

Maaf, sya trpaksa kata bhwa apa yg disebut hj hadi itu adalah rubbish, he knows nothing! Inilah jenis orng yg Allah sebut dlm AlQuran sbgai anjing sbb mendustakan ayat2 Allah (7:176)...

Zed-85 said...

Sallam Dato’

Orang melayu kena belajar akaun untung rugi.

Selama ini orang melayu tak ada untung, ramai yang rugi.

Kalau kira guna buka 555 pun boleh, bukan buku 355.

Kalau dapat BR1M, kira 1 untung.

Kalau bayar GST, kira 1 rugi.

Kalau subsidi tarik balek, memang garenti rugi. Tak ada was-was. Sudah 2 kali rugi.

Kalau harga barang naik, harga rumah naik melangit, harga kereta memang sudah tinggi. Sudah 3 rugi.

Kalau toll naik, sudah 4 kali rugi.

Kalau duit kita jatuh sekarang ini lebih teruk dari Thailand dan Indonesia. Sudah 5 kali rugi.

Sekarang ini, biasiswa susah nak dapat , sudah 6 kali rugi.

Setakat ini sudah untung 1 kali, rugi 6 kali.

Ada juga orang PAS yang sokong GST. Tapi orang PAS sekarang sudah kaya raya. Pakai kereta Audi, mungkin tak heran sangat pasal GST.

Al-Kisah dulu di England, ada Pahlawan Robin Hood. Robin hood menyamun orang-orang kaya kemudian memberikan kepada orang miskin. Pada waktu itu, tidak ada hukum hudud potong tangan di England.

Sekarang ini, pada pandangan saya, ada banyak pahlawan Robin melayu, merompak dan menyamun orang miskin tapi di bagi balik semula miskin separuh, simpan separuh. Orang melayu pun ucap terima kasih daun keladi.

panglimo potaseh said...

Pada 1977/78 .. saya di tingkatan enam. Tanpa sedar, saya dan rakan melayu lain yang sekelas telah diberi kerajaan masa tu duit poket 55 ringgit sebulan atau 550 ringgit setahun.

Masa tu kasut kulit ala Travolta baru 18 ringgit, jean levis 37 ringgit, sarapan teh dan roti canai 40-50 sen je.

Saya tak pasti samaada kerajaan sekarang ada beri duit poket pada pelajar tingkatan enam. Kalau ada mungkin nilainya dah capai 10 kali ganda.

Kelakar nya pemberian BRIM sekarang, semacam di bagi bermalam dengan bidadari syurga .. riuh rendah. Dapatnya RM450 hingga RM1200 se isirumah. Makna di hari pemberian BRIM tu laki-bini, Datuk-Nenek akan berdebat sapa dapat apa. Kalau diterjemahkan kepada dapat 1 kapla .. ia jadi RM90-RM240 sekapla .. alahai .. tu nilai sekarang .. aku sebagai budak sekolah 40 tahun dulu dapat 550 ringgit setahun?

A KADIR JASIN said...

1. Pembahas ZED-85, antara lain, berkata:

"Orang melayu kena belajar akaun untung rugi. Selama ini orang melayu tak ada untung, ramai yang rugi.Kalau kira guna buka 555 pun boleh, bukan buku 355.
Kalau dapat BR1M, kira 1 untung.Kalau bayar GST, kira 1 rugi."

2. Zaman saya kanak-kanak dan remaja dulu, bila emak atau ayah suruh ke kedai beli barang runcit, mereka akan bagi buku kecil jenama 555. Itu adalah buku hutang kedai runcit Cina. Cina kedai runcing pun simpan satu. Bila musim menuai tiba, Cina kedai runcit akan kira hutang dan ayah akan bayar dengan hasil padi.

3. Kemudian saya diperkenalkan kepada buku untung-rugi bila ayah buka kedai runcit. Kemudian kedai lesen getah dan akhir sekali daging segar.

4. Duit BR1M itu "untung kasar" sebab kalau belanja ke atas barang dan perkhidmatan kena tolak 6 peratus GST.

5. Katalah semua dibelanjakan ke atas barang dan perkhidmatan yang kena GST, yang dapat RM450 akan bagi balik RM27 kepada kerajaan. Yang dapat RM900 akan bayar RM54 GST dan yang dapat RM1,200 kena bagi balik RM72.

6. Pembahas Panglimo Potaseh, saya pun dapat juga RM50 sebulan masa dalam Form Six tahun 1967 dan 68. Dapat duit pergi Penang beli jeans Lee di Pitchay Gani Penang Road. Ada yang curi-curi ke Hatyai. Kena tanggap di Stesen Kereta Api Alor Star dan dirotan.

7. Pembahas Buyong berkata: "Najib is a theft." DoJ Amerika tak kata macam ini. Mereka kata MO1 adalah kleptokrat.

Wallahuaklam. Terima kasih.

Zalman A said...


KUALA LUMPUR: Mesyuarat Pakatan Harapan dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) hari ini belum memuktamadkan perbincangan pengagihan kerusi pilihan raya umum akan datang.

Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution berkata proses rundingan masih panjang memandangkan wakil PPBM – Timbalan Presiden Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Naib Presiden Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman – tidak dapat menghadiri mesyuarat hari ini.

“PPBM perlukan sedikit lagi masa sebab tugas untuk mengenalpasti kerusi yang PPBM akan bertanding belum selesai,” kata Saifuddin kepada pemberita seusai mesyuarat di ibu pejabat Amanah hari ini.

PKR, DAP dan Amanah sudah selesai menjalankan kajian kerusi pilihan raya mereka.

“Saya faham kerana PPBM baru sahaja ditubuhkan dan mereka sedang membaca tentang keupayaan dan kemampuan PPBM.”

Menurut Saifuddin, banyak persetujuan dicapai dalam perbincangan lebih 3 jam antara komponen Pakatan Harapan hari ini. Hasilnya akan dibawa ke mesyuarat seterusnya.

“Mesyuarat pengagihan kerusi adalah proses yang panjang dan berterusan. Soal pertindihan kerusi adalah sangat minimum. Semua perbincangan ini akan diselesaikan sebelum PRU,” katanya.

Datuk,

time is too short for these uncertainties.

MO1 may call for election as soon as the gerrymandering passes Parliament.

Also beware of a sudden attack on Selangor with PAS collaboration, if there is a sudden decision to cut ties with PKR in April.

Hadi is mot to be trusted.

If this happens, then PKR, Amanah & PPBM will have to unite to defend Malay areas of Selangor when PAS engineers 3-way fights.





sukasamasuka said...

Datuk.

"Jadi kalau kita kaji dan halusi, susah kita nak telan hujah yang kata GST selamatkan negara"

1. System cukai GST ini suatu system cukai gila.

2. Satu hantu pun tidak tau yang mana satu barang atau servis yang kena GST dan yang mana pula dikecualikan...kecuali pegawai kastam, itu pun bukan semua yang tau.

3. Kita hanya tau kena GST bila dalam bil ada kena charge GST...mau gaduh pun susah sebab tidak ada orang yang tau...all system-driven...sebenarnya, kita tidak tau kalau kerajaan curi curi sudah masukkan list barangan atau services yang sebelum ini tidak ada GST.

4. Tetapi, secara kasarnya, GST bukan 6%...contoh nya import cabbage kena 6% at point of entry...bila dekat restoran, masakan cabbage kena 6% GST...begitu juga bawang, soya, kopi,tepung gandum, susu dsbnya...jadi kita sudah bayar 12% GST bila makan sarapan, lunch atau dinner diluar!

5. Itu la sebabnya Hadi salah...GST bukan "penggerak utama ekonomi negara"...tetapi, sebenarnya menghisap darah rakyat hingga ke tulang sumsum...sekarang mau drive my 2ndhand Kancil pun bukan main sakit...tetapi, sekali sekala dapat juga tumpang mandi di kolam renang belakang rumah aku...aku ada tiga, Datuk...kolam itik, kolam ikan keli dan kolam kerbau.

ridzuan said...

Dulu para penyokong pas berkumpul erkumpul dibandar marang,parlimen haji hadi.buat demo suruh bunyikan hon tanda setuju bantah gst.last2 sekali haji hadi sendiri kata gst ni pengerak ekonomi.dulu bantah.sekarang setuju

sukasamasuka said...

Datuk.

"6. Pembahas Panglimo Potaseh, saya pun dapat juga RM50 sebulan masa dalam Form Six tahun 1967 dan 68. Dapat duit pergi Penang beli jeans Lee di Pitchay Gani Penang Road. Ada yang curi-curi ke Hatyai. Kena tanggap di Stesen Kereta Api Alor Star dan dirotan."

1. Rupa2nya begini la Melayu...sudah biasa kena bagi duit walaupun tidak buat satu kerja....agak2 nya mesti seronok dapat duit atas angin.

2. Masa kecil, kalau budak2 Melayu suka dapat duit atas angin...patut la sudah besar, seronok dapat BRIM.

3. Itu la DNA Melayu.

4. Najib tau.

5. Nasib baik juga arwah emak aku seorang tukang tanam sayur...kedekut punya Cina Hakka...now I know.

Anonymous said...

I thought I saw a pussy cat.

No I didn't, I saw someone behind there.

Kita Nak Laksana GST

Sham said...

salam dakj
Semasa saya di utm skudai tahun 1990/94, saya akan balik kampung setiap cuti semester. Balik naik keretapi dgn menggunakan tiket konsesi umtuk pelajar sekolah/universiti yg diperolehi dgn mengisi borang dari pejabat HEP universiti. Tiket mesti dibeli untuk 2 hala pergi-balik dan dapatlah potongan 50% untuk koc kelas 3. tiada nombor tempat duduk namun saya memang selalunya tidur di tepi pintu gerabak maka setiap kali tiba di stesen2 kecil, saya akan terjaga bila pintu dibuka oleh penumpang naik atau turun. Konsesi ini benar2 membantu saya sebagai pelajar miskin dari kampung yg semuanya adalah penoreh getah. Benar2 membantu!
Bagi sy jika konsep br1m adalah seperti tiket konsesi keretapi ini, ini akan benar2 kerajaan membantu golongan miskin. Malangnya br1m bukanlah bersifat seperti ini tetapi hanyalah kaedah memanipulasi (menipu) rakyat dgn mengutip 39b dan memberi kembali 17% bersama2 laungan kami mendengar denyut nadi rakyat. masih ada lagikah tiket konsesi ktm ini?

sukasamasuka said...

Datuk.

"Dr M: Mungkin lebih baik kita kekal jadi jajahan Inggeris....28 Feb 2017...Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad secara sinis mencadangkan bahawa adalah lebih baik Malaysia kekal sebagai tanah jajahan Eropah.

Beliau berkata demikian dalam blognya hari ini yang mempertahankan syarikat kereta nasional Proton Holdings yang sedang dijual oleh pemiliknya DRB-Hicom kepada rakan kongsi asing.

"Terus terang, Malaysia akan menjadi negara lebih baik jika kita kekal sebagai tanah jajahan Eropah atau negara maju lain.

"Mereka jelas tahu lebih baik daripada kami mengenai tadbir urus dan pembangunan negara."

sumber: http://www.malaysiakini.com/news/374069

1. Terasa begitu sayu dan sedih bila 'ayahnda'ku Tun meluahkan perasaan sedemikian rupa.

2. Terlebih dahulu aku dan sekeluarga dan anak2 ingin mendoakan Tun dan 'bonda' kami Tun Dr. Siti Hasmah selalu sihat dan moga2an dapat rahmatNya.

3. Kami mendengar cakap Tun.

4. Dan, ingin memohon minta maaf kalau ada yang menyinggung perasaan Tun.

5. Sorry.

6. But, we will fight...kalau UMNO dan PAS ada niat mau menukar wajah "Malaysia".

7. Tun, itu ada lah hak kami.

8. Kalau UMNO dan PAS membelakangi Malaysia Agreement 1963....

9. Tun faham.

10. Tetapi, UMNO-Najib dan PAS-Hadi tidak faham.

Wahi said...

Dato

Anak saya sekarang belajar Di salah sebuah IPTA . Katanya pimjaman PTPTN masih belum diterima.


Mengikut sumber keutamaan kerajaan sekarang adalah pemberian BRIM.setelah BRIM selesai baru lah lain2 hal diuruskan.

Dato! Adalah perkara betul?. Kalau betul adalah Malang sungguh nasib pelajar2 sekarang.

Zed-85 said...

Sallam Dato’

Berbanding dengan orang melayu, orang cina lebih peka pasal akaun untung rugi.

PAS pula sekarang tengah sibuk dengan akaun akhirat. Akaun untung rugi dekat dunia ini tak penting sangat agaknya?

Tapi orang melayu nak makan mimun, yang bujang nak berkahwin nak beli rumah. Kereta pun hendak kena beli, kalau tidak susah nak masuk meminang.

Akaun akhirat saja tak cukup.

Lainlah macam orang PAS,, sudah kaya, boleh pakai kereta Audi A7/Q7.

Berkenaan dengan komen Dato’ mengenai kedai runcit orang cina, penulis terkenal Amerika John Steinbeck ada menulis, kalau tidak silap saya buku “Cannery Row” berkenaan dengan orang cina yang buka kedai runcit.

Mengikut cerita John Steinbeck, dalam kedai runcit orang cina, segala-galanya ada.

Di pekan Cannery Row di Amerika ada saintis yang buat kajian berkenaan katak. Oleh kerana ada permintaan (demand) “katak”, maka katak pun di buat niaga di kedai runcit cina.

Ada pemabok yang minta diberikan “beer” dahulu supaya ditukarkan dengan katak. Kemudian katak boleh dijual oleh peruncit cina Lee kepada saintis.

Mengikut cerita Steinbeck, Peruncit cina sebut , “I want to see flogs first”

Perkataan “r” memang agak susah untuk disebut orang cina kampong. Untung rugi jadi untung lugi.

Tapi sekarang ini, orang cina ramai yang sudah makan McDonald, sebutan “r” lancar lidahnya.

Sekarang ini, Dato Najib hendak jemput masuk orang Cina ramai-rami ke Malaysia, orang cina bukanlah duduk diam saja, yang mana ada “untong” mereka akan buat.

Pembahas panglima potaseh ada berkata seluar Levis dahulu tak sampai RM50 ringgi, sekarang ini seluar Levis satu saja sudah RM200 lebih. Beli 2 sudah sama harga Samsung handphone. Memang seluar Levis, tahan lama dan sedap untuk dipakai.

Jangan terperanjat, orang dari China jual seluar yang lebih kurang sama dengan jenama LEE.

Kesimpulannya, bagi saya orang melayu kena peka berkenaan untung rugi. Duti BR1M masuk berapa banyak, tapi duit yang keluar kena kira jugak.

sukasamasuka said...

Datuk.

"5. Katalah semua dibelanjakan ke atas barang dan perkhidmatan yang kena GST, yang dapat RM450 akan bagi balik RM27 kepada kerajaan. Yang dapat RM900 akan bayar RM54 GST dan yang dapat RM1,200 kena bagi balik RM72."

Memang tepat sekali andaian Datuk.

Orang kampung faham kalau begini...memang otak cerdik.

zarra said...

Very true Dato', sesungguhnya takde apa yang boleh dibanggakan oleh pemerintah tenting pemberian BR1M kepada rakyatnya! Jika diperhalusi ia adalah kelemahan Kerajaan kerana gagal menaiktaraf tahap ekonomi rakyat sehingga terpaksa diberikan bantuan kewangan. Bayangkan kadar peningkatannya, penerima tahun ini lebih tinggi daripada penerima tahun lalu. Yg terbeban seluruh rakyat kerana terpaksa membayar cukai GST, sedangkan penerima sebahagian... Pemerintah yang bankrup idea hanya nampak poket rakyat untuk mendapatkan pendapatan untuk negara. Rakyat kena barani buat perubahan @GE14 nanti. On Hj Hadi, leave him alone, he knows nothing.......

A KADIR JASIN said...

1. Pembahas sukasamasuka, pada tahun 1960-an, dapat masuk tingkatan enam adalah pencapaian yang sangat tinggi dan rahmat yang sangat besar bagi budak-budak Melayu kampung.

2. Bilangan tidak ramai. Yang berjaya masuk universiti lagi sikit. Masa itu ada sebuah universiti saja iaitu University Malaya saja.

3. Bagi ramai itulah kali pertama dapat rasa sikit kelegaan dan boleh buka akaun bank.

Terima kasih.

Zed-85 said...

Sallam Dato’


Zaman Tun Mahathir begitu lama, sampai 22 tahun.

Kita boleh sangat buat bandingan dan ukuran.

Adakah zaman DS Najib orang melayu lebih senang berbanding dengan zaman Tun M?

Zaman Tun M tak ada BR1M, tak ada GST dan subsidi masih diberikan untuk orang melayu.

Saya tengok Tun M terpaksa ke hulu hilir dengan usia 91 tahun hendak menerangkan orang melayu keadaan negara sekarang.

Orang melayu kena sedar, Tun M tidak boleh hidup selama-lamanya.

Soalan saya , adakah ada ramai orang lain yang semacam Tun M yang akan terus mengambil berat tentang orang malayu?

Adakah gejala rasuah lebih buruk atau lebih baik berbanding antara zaman Tun M dan Najib?

Nampaknya, duit kita semakin jatuh lagi. Sekarang in berbanding duit Singapura, S1.00 : M3.16 dan semakin menurun.

Soalan last sekali,

Pindaan 355 telah disenarailam untuk bahas di parlimen minggu depan.

Adakah 355 akan terus bertangguh lagi dan akan bahan retorik, dan agama dijadikan bahan mainan politik untuk memeningkan orang melayu supaya lupa perkara yang penting yang berkait dengan kesejahteraan orang melayu?

Zalman A said...


Datuk,

Whatever the reason for the "non-appearance" of PPBM at (maybe premature) seat negotiations, it must be sorted quickly.

After all, these are issues for any voter:

a) Who am I voting for as new PM?

b) What is your manifesto?

it cannot take many months to sort it out.

There is not that much time left.

And to repeat, Hadi says he will "review" ties with PKR quite soon.

There must be an eye kept on Selangor.

The PAS "banners" have Umno fingerprints all over them.



Zalman A said...


Those cannot win will spoil the chances of others.

From Sinar Harian.......

KEDUDUKAN Pas Selangor kini goyah setelah parti itu bertegas tidak mahu bekerjasama dengan DAP dan Amanah pada PRU akan datang.

Pada PRU lalu, daripada 56 kerusi Dun di Selangor, DAP menang 15 kerusi; Pas (15) dan PKR (14) sehingga berjaya membentuk kerajaan yang pada masa itu dikenali sebagai Pakatan Rakyat. Manakala BN pula memperoleh 12 kerusi.


Setelah berlaku pergolakan politik sepanjang empat tahun lalu, pembahagian kerusi antara parti-parti pembangkang turut berubah dengan DAP kekal 14 kerusi; Pas (13), PKR (13), Amanah (2) dan Bebas (2). BN kekal 12 kerusi.
Analisis yang dibuat oleh Oriental Daily mendapati, pada PRU lalu, daripada 21 Dun yang dipertandingkan Pas, parti itu menang 15 kerusi dengan lapan kerusi daripadanya menang atas sokongan daripada pengundi bukan Melayu.

Kelapan-lapan kerusi Dun yang dimaksudkan itu ialah Taman Templer, Lembah Jaya, Paya Jaras, Seri Serdang, Chempaka, Meru, Dusun Tua dan Tanjong Sepat.

“Semua lapan kerusi itu berada dalam kawasan bandar dengan jumlah pengundi Cina menghampiri atau lebih daripada 30 peratus. Dijangkakan, pada PRU kali ini, tanpa sokongan daripada pengundi Cina, adalah sukar bagi Pas untuk mempertahankan kelapan-lapan kerusi yang dimenangi mereka dulu,” kata seorang pemimpin pembangkang kepada akhbar ini.

Selain itu katanya, dua kawasan luar bandar seperti Dun Morib dan Tanjung Sepat dimenangi Pas dengan kelebihan majoriti kurang daripada 1,000 undi turut berada dalam keadaan tidak menentu.

“Oleh itu, atas faktor kehilangan sokongan pengundi Cina, Pas kemungkinan akan kalah sekurang-kurangnya 10 Dun di Selangor pada PRU14,” kata beliau lagi.

Hmmmmm...

panglimo potaseh said...

Alahai susah betul jadi Melayu ni. Dapat rm55 pun dikatakan dapat duit atas angin .. Melayu suka dapat duit tanpa buat kerje.

Dulu tak ramai Melayu dapat masuk tingkatan nam. Melayu masa itu bukan saja kena mentelaah buku. Melayu juga kena melayan kesusahan kesekolah.

Tak cam Cina yang tinggal di pekan .. sekolah jarak sepelaung .. tak yah mandi pagi pun, mereka dah berada di sekolah.

Untuk ke sekolah. Ada Melayu yang bangkit seawal 4.30 pagi untuk tangkap keretapi pukol 5 pagi. Balik sampai dekat magrib?.

Bila berjaya masuk Form Six dapat rm55 dikatakan .. suka makan duit atas angin pulak .. alahai.

Tu lah sebab ada Melayu yang suka melahap darah daging sendiri, maka perangai buruk tu ditabur pada setiap nyawa Melayu. Lazimnya Melayu kasta bawahan lah yang menerima nanah .. dikatakan malas, suka makan subsidi, suka benda atas angin.

Walhal pada setiap pilihanraya macam-macam projek dijanjikan pada Melayu .. bila dah menang .. Melayu tagih janji .. bila tagih janji dituduh pula tak mau berusaha.

Dulu aku penah kerja di Pahang .. kompeni Cina dapat beribu ekar drp Kerajaan Melayu Pahang untuk projek pertanian.

Disitu lah aku dapat melihat "kunta-kinte" Melayu. Semua pegawai kompeni Cina tu drp kaum Cina. Ahli botaninya drp Kristian Filipina. Aku jadi mandur je. Pembawa bajak Cina dibayar rm1500 sebulan .. Melayu dapat rm750 je. Buruh Melayu dapat rm7 sehari .. buruh Indon dapat rm11-15 sehari. Paling malang salah sorang buruh Melayu tu ada Ijazah Sarjana Muda Kepujian Botani drp UKM.

Aku juga pernah kerje Marketing kompeni Cina .. Cina dapat gaji rm600, Melayu rm 300. Terbukti masa tu Melayu lebih banyak buat sale, nasib baik komisennya sama.

Aku juga pernah kerja Kompeni Cina yang bersubsidari dgn GLC Melayu ia itu Hicom. 90% pengurus kanannya Cina, aku pengurus je .. masa tu dapat lah rm3000 sebulan tapi Cina yang sama jawatan dapat rm6000.

Ada dua tiga orang pengurusi Melayu drp Hicom .. kalau nak tahu ini lah makhluk yang malahap duit atas angin .. saham dapat juta-juta.

Nasihat aku pada sukasamasuka berhentilah suka-suka hentam Melayu cam aku ni.

sukasamasuka said...

Datuk.

Keluar topik...minta maaf, Datuk....

‘Biar tokoh bukan Islam duduk sepentas jawab Zakir Naik’...March 2, 2017...

- Zakir Naik tidak perlu dikekang daripada menyampaikan pandangannya, menurut pendakwah bebas dan ahli exco Pemuda PKR, Wan Ji Wan Hussin.

- Semalam, 19 individu termasuk Pengerusi Hindraf, P Waytha Moorthy, memfailkan saman terhadap Putrajaya kerana mendakwa ia melindungi Zakir yang menurut mereka mengancam keselamatan dan keharmonian negara.

- Tindakan mahkamah itu dikritik beberapa penyokong Zakir, termasuk PAS dan Mufti Perlis, Datuk Asri Zainul Abidin.

- “Mereka sepatutnya beri ruang kepada wacana ilmu tanpa emosi. Mereka yang menolak wacana ilmu seperti Dr Zakir itulah yang mendorong kepada ketidakharmonian,” kata Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS, Datuk Khairuddin Aman Razali.

sumber : http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2017/03/02/biar-tokoh-bukan-islam-duduk-sepentas-jawab-zakir-naik/

1. Aku suka Dr.Zakir Naik dalam konteks kebebasan beragama, tanpa sebarang sekatan dan bebas bersuara, seperti yang diamalkan olih negara2 "kafir" seperti Amerika, Eropah dbnya.

2. "Malaysia" memang negara sekular, tetapi bukan di Malaysia...jadi, cara dia tidak bolih pakai.

3. Evangelical Islam yang dibawa olih Dr.Zakir Naik hanya sesuai dan bolih dipakai di negara2 "kafir", tetapi bukan di Malaysia.

4. Evangelical Islam dia sama dengan Evangelical Christian yang diamalkan di negara2 "kafir"...tujuannya hanya satu...bukan berdakwah, tetapi jual agama cari duit.

5. Ini bukan cara Islam.

6. Kalau kita tengok, Islam itu dibawa olih orang2 Islam yang hidupnya Islam...jalan nya Islam...makannya Islam...tidurnya Islam...cara dia bertutur pun Islam...contohnya...pernah nampak tak,

- selepas timbang gula satu kati, dia akan tambah pula dengan segenggam gula yang sama

- dia tidak campur buah langsat yang sudah rosak dengan yang baik

- ulat yang jatuh dilantai masa dia jalan, dia letak semula dipekong kaki dia yang sudah busuk

- masa berjalan dia pastikan tidak pijak serengga halus seperti semut, belalang dbnya...begitu juga dia biarkan nyamuk gigit tangan dia, tidak bunuh pakai tangan

- sebelum dia makan, dia bubuh garam kasar di lidahnya

- jangankan sepotong ayat, sepatah kata pun dia susah nak keluarkan tentang AlQuran...kecuali, bila orang lain tanya dia...itu pun, dia akan tanya sebelum mengeluarkan ayat2 tersebut dengan suatu soalan yang senang...

"Apa ka yang kamu datang ini mau belajar atau berdebat?...kalau kamu mau belajar, aku akan ajar...tetapi, kalau kamu mau berdebat, kamu cari la iblis dan syaitan, dia akan ajar kamu"

7. Itu la sebabnya orang2 Melayu masuk Islam sebab budi pekerti orang Islam itu tadi serasi dengan adat resam orang2 Melayu itu sendiri.

8. Islam bukan di bawa olih UMNO...atau PAS...atau PKR...jauh sekali la Zakir Naik..atau, Mufti Perlis...

9. Kamu hayati saja Islam...itu saja...untuk peribadi sendiri...buat "pakaian" sendiri...tidak payah la berdebat2...berhujah2...buat bandingan dengan agama2 lain macam Miss World...tak payah...sebab Islam itu senang, bukan menyusahkan...

10. Jangan kita sakiti hati orang lain dengan Islam...not after 1,500 years.

Unknown said...

Masa 1960an, minyak Petronas yg berikan gov rm30b setahun kprporate tax n rm100b setahun keintungan dibawah jagaan terus PM..

Untung 100, korp tax about 30%.. .. oo banyak gpv dapat n PM JAGO N HANTAM..

sukasamasuka said...

Datuk.

panglimo potaseh 11:21 PM..."Nasihat aku pada sukasamasuka berhentilah suka-suka hentam Melayu cam aku ni."

kisah manis itu panglima sudah lama berlalu...sebenarnya siok juga dengar cerita cerita begitu...pengalaman kita sama saja panglima...tinggal saja aku tak mampu skolah tinggi sampai tingkatan enam...kena buang sekolah sebab kemiskinan...kami miskin tidak ada duit mau bayar school fees...missionary school kena bayar masa tu...adik beradik 11 orang....aku jual bubur kacang sama jual sayur di kampung...ikut orang tua tangkap ikan, udang dan ketam pakai pancing, jala kain benang, pukat dan bubuh....bukan ada tanah...jadi, tumpang tumpang saja dipinggir kampung Melayu...mana ada tanah kosong dan terbiar, emak aku tanam sayur...dia Cina Hakka...kedekut...tapi, kuat kerja...orang Melayu pandang rendah sama dia, jadi dia tak campur orang....jadi, aku kena jual sayur dari rumah kerumah, tapi emak tak bagi aku duit saku atau upah...jadi untuk ada duit sendiri, aku dengan abang aku kena lah rajin sikit, cari botol hitam dibawah rumah orang dan jual di kedai Cina, dapat lah satu sen (syiling British) satu botol...selain tu kami buat layang layang kertas untuk dapat duit, jual sama budak kampung, murah saja, dua sen satu...bila bujang, baru dapat kerja di kilang papan...bos Cina (Ah Teh) tak pernah senyum, suka pekik orang, bengis macam komunis, dapat gaji bagi emak...turun kerja emak masak nasi putih dan lauk ikan goreng atau telur goreng dalam tingkat besi buatan Cina...itu saja panglima...aku belum pernah ada 50 ringgit dalam tangan...yang ada hanya pesan abah aku saja bila turun kerja....

"ikut cakap ketua bila kerja...jangan lawan cakap ketua...buat saja apa kerja yang dia suruh walaupun itu bukan kerja kamu...KECUALI...bila ketua bawa main perempuan, main duit, minum arak dan main judi..."

sukasamasuka said...

Datuk.

"Only a stupid driver will keep heading straight, Dr M explains 'U-turn'...2 Mar 2017...

Former prime minister Dr Mahathir Mohamad conceded that he had made a "U-turn" by siding with the opposition but used the analogy of a driver to justify his new position.

"Yes, I did a U-turn. Only a stupid driver would drive straight on when seeing the road ahead has been blown up and is no longer passable.

"To support Prime Minister Najib Abdul Razak who has been accused of stealing billions of ringgit, and a dumb corrupt Umno, would make me a traitor to my country.

"Hence, the U-turn," Mahathir said in a blog posting tonight.

source: http://www.malaysiakini.com/news/374327


WOW!...what an answer Tun!


sukasamasuka said...

Datuk.

Tahniah Datuk...

"Penerima Pertama Anugerah Tokoh Wartawan Negara beserta dengan hadiah wang tunai ialah C.C.Liew dari akhbar Sin Chew(2009),diikuti oleh Kadir Jasin (2011), Rejal Arbee dan Zainon Ahmad (2014) kesemua berasal dari Kumpulan NST."

sumber: http://zamkata.blogspot.my/search/label/utama

Zalman A said...


Datuk,

Parliament resumes soon.

Two items on the agenda:

a) RU355 Wayang Part 2

b) Pass gerrymandering of boundaries

Then PRU14.

The religion of Islam gets passed from client to client (Umno and PAS) until both have used and abused it to their hearts' content. It will not pass, RU355, but the Islamic halo on MO1 will (he hopes) still linger when people vote.

There should be a co-ordinated plan between Opposition parties as to what issues to bring up in Paliament (and outside).

There are many.

Opposition parties need to work in synergy.

We do not see that happening yet.

If they remain disunited then MO1 will be around for another 5 years.

Some serious efforts need to be made.

Time is short.






msh said...

Salam Dato.

Sy setuju dgn pandangan Dato....BRIM adalah duit kita sendiri.

Ertinya...tiada apa yg istimewa dan tiada apa yg hebat dgn pemimpin ini.

Semua kebaikan adakah palsu semata2.
Baik yg bermakna.

Lihat sahaja...cara dia berkata2..tentang pemberian BRIM...cukup meloyakan.
..."kita taaambbbaaah lagi duit BRIM pd tahun ini berbanding tahun2 lepas...bla bla.."

Tindak tanduk dia...mcm menjual kain ela dipasar mlm sahaja...menjengkilkan sekali.

Memang dia cukup bermegah diri kunonya dia sensitif dgn kesusahan rakyat justeru BRIM dihulur sbg bantuan.

Bahaimana pula dgn GST yg dia kenakan terhadap rakyat...hingga dgn tiba2 kos barangan naik dgn mendadak.

Selain itu...harga petrol juga tidak lagi murah.. hingga tambang pengangkutan awam dan kos perjalanan menjadi beban teramat sngat pd semua...ditambah pula dgn kenaikan toll dsb.

Memanglah BRIM ini ditunggu2 ramai oleh org2 yg kurang kemampuan.
Malah sesiapa sekali pun terutama org Melayu tetap bersyukur bila mendpt duit.. tidak kira besar atau kecil.

Ibarat kata...org yg terkapai2 dlm air takut mati kelemasan akan berpaut pd apa sahaja yg dihulur....walau pun seutas benang.

Tetapi lupakah kita bahawa semua kepayahan ini berpunca dari kelemahan dia sendiri yg telah hilang plot selain dari tuduhan mencuri harta negara.

Dizaman dahulu kesusahan hidup tetap ada...tetapi sy percaya..tidaklah begitu serius spt keadaan sekarang.

Adalah suatu kenyataan apa2 subsidi yg ada bnyk menolong rakyat...harga barangan berpatutan...rakyat tidak dikenakan GST...hanya caj servis...RM kukuh....harga rumah juga tidak begitu tinggi..harga petrol dan toll mengikut jeupayaan rakyat walau pun purata pendapatan rakyat tidak setinggi sekarang.

POKOKNYA...KETIKA INI..NEGARA BERADA DIDLM SUATU KRISIS YG MERUNCING BERPUNCA DARI SEORG PEMIMPIN YG TIDAK CEKAP SELAIN TERPALIT DGN NAJIS DGN TUDUHAN TIDAK AMANAH KERANA MENCURI DUIT NEGARA.

Hah...bercerita bnyk pun tidak bermakna lagi...mana mungkin dia berubah.

Kita gantikan dia sahaja.

Pergi jahanamlah BN/Umno!!!!

Zalman A said...


"KOTA BARU: Parti Pribumi Bersatu Malaysia hopes to be the glue that holds all opposition parties together.

Its deputy president Datuk Seri Mukhriz Mahathir said there is hope yet for them to co-exist although PAS and Parti Amanah Negara do not see eye to eye.

"Today PAS invited us to share the stage in Kelantan, while Amanah also invited us to share the stage in Johor.

"This is a good development. It also negates claims by certain people that PAS has shut its doors on us," he said.

Mukhriz said Pribumi is open to negotiations with any party because it is not bogged down by any baggage.

"We have endorsed a deal with Pakatan Harapan (for straight fights against Barisan Nasional in the next general election), and we are still open to negotiations with PAS," he said.

Mukhriz was at a function where former Kuala Krai Umno Youth committee member Abdul Rahman Muda handed over membership application forms from 200 PAS and Umno members who quit their parties to join Pribumi.

Mukhriz said Pribumi is on a recruitment drive to ensure that it has its own machinery in the general election.

"To oust Umno/Barisan Nasional, we need to establish a strong ground machinery," he said.

Mukhriz said Pribumi still maintained a cordial relationship with PAS although some of its leaders had said hurtful things.

"We know some people use underhanded tactics to foil PAS-Pribumi relationships.

"But all those who are making noise are not part of the negotiation team.

"We have held three negotiation sessions with PAS. And they all went smoothly," he said."

Datuk,

PPBM has to be the glue...because there is nobody else.

With all due respect, Wan Azizah cannot possibly lead the Opposition.

She, Anwar and PKR must face reality.

There are bigger things at stake now.

boy said...

tat face...tat freaky smile..d suspicious grins followed by a shrewd remark.....kita tambahhhhhh....plus then some intense body gestures.. d person demonstrating it surely be d one who carries ill intentions full of scheming and betrayal!

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).