A Kadir Jasin
ELOK sangatlah Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil, Mohd Najib Abdul Razak, menubuhkan Task Force (Badan Petugas) menyiasat kegiatan perdagangan tukaran asing (forex) Bank Negara tahun 1990-an.
[MOHON guna nama sebenar atau nama samaran. Komen “Anonymous” tidak akan disiarkan.]
Tindakan ini boleh kita jadikan sebagai kajian sejarah kerana ramai yang tua dah lupa dan yang muda tak tahu peristiwa itu.
Dengan itu, rakyat jelata boleh tahu iaitu apa yang berlaku dalam perniagaan forex lebih 20 tahun lalu masih berlaku hari ini.
Perniagaan forex adalah kegiatan biasa bank-bank pusat macam Bank Negara Malaysia.
Misalnya pada 8 Disember lalu, Bank Negara mengaku rizab asingnya jatuh sebanyak AS$1.9 bilion (kira-kira RM8.4 bilion) daripada AS$98.3 bilion (RM442.35 bilion) kepada AS$96.4 bilion (RM433.8 bilion).
Kerugian lebih RM8 bilion itu berlaku sebab Bank Negara guna rizabnya untuk sekat kejatuhan kadar tukaran ringgit tapi tak berjaya.
Jadi selain menyiasat kegiatan forex tahun 1990-an itu, pihak-pihak yang kena siasat boleh tanya mengenai kegiatan forex yang sedang berlaku sekarang.
Nak tanya pasal skandal 1MDB dan SRC International pun boleh juga sebab dua skandal bilion ringgit itu adalah antara punca nilai ringgit jatuh. Bila Bank Negara cuba nak sekat kajatuhan ringgit, Bank Negara pula rugi.
Tapi kena buat cepat-cepat pasal orang yang terlibat dengan perniagaan forex tahun 1990-an itu atau tahu mengenainya tak ramai lagi yang ada.
Seingat saya ada dua orang saja lagi iaitu (Tan Sri) Nor Mohamed Yakcop dan (Datuk) Abdul Murad Khalid. Nor Mohamed jaga forex Bank Negara dan Murad, kalau tak silap, jaga pematuhan (compliance) Bank Negara.
Gambar hiasan: Nor Mohamed dengan peniaga forex tersohor George Soros |
Murad Khalid Penolong Gabenor masa kerugian forex |
Pada 30 Disember baru lepas, rizab Bank Negara tinggal AS$94.6 bilion saja. Ini adalah paras paling rendah sejak tahun 2010. Najib jadi Perdana Menteri dan Menteri Kewangan sejak tahun 2009.
Dalam tempoh 2015-2016 rizab Bank Negara merosot daripada lebih kurang AS$140 bilion (RM630 bilion) kepada AS$94.6 bilion (RM433.8 bilion). Ertinya dah jatuh AS$45 bilion lebih atau RM202.5 bilion.
Kerugian forex tahun 1990-an adalah RM30 bilion pada kadar tukaran masa itu .
Bila rizab jatuh, nilai ringgit pun jatuh. Bila nilai ringgit jatuh, harga import naik harga eksport turun. Pasal itu harga barang-barang import macam beras, gandum, jagung, susu dan daging naik.
Hari ini masalah paling besar rakyat jelata adalah kenaikan harga barang dan perkhidmatan. Kejatuhan nilai ringgit serta cukai barang dan perkhidmatan (GST) adalah dua punca utama kenaikan harga pengguna.
Tapi adakah nilai ringgit merudum dan harga barang melambung bila Bank Negara rugi AS$12 bilion (RM30 bilion) pada tahun 1990-an?
Jawabnya tidak. Malah rakyat jelata tak tahu dan tak rasa pun pasal masa itu nilai duit tak merudum dan harga barang tak melambung.
Bawah kelolaan transformasi Najib, ringgit merudum harga melambung. Rakyat jelata susah. Ikan kembung yang dulu makanan orang miskin sekarang naik sampai RM20 sekilo. Itu Utusan Malaysia yang lapor dari Sungai Petani.
Badan Petugas Najib tak mulakan lagi kerja yang nawaitunya nak londeh Dr Mahathir tapi yang terlondeh adalah Najib sendiri.
Inilah bahana buat kerja niat songsang, strategi lintang-pukang dan penasihat bangang. (Bangang tu saya pinjam daripada Najib).
Pasal Menteri Nak Berhenti
Menteri Besar Selangor (Datuk Seri) Azmin Ali kata ada menteri Najib nak cabut pasal tak tahan kena maki dan caci. Spekulasi kata menteri itu (Datuk Seri) Anifah Aman, Menteri Luar. Najib tentulah nafi.
Tapi saya nak tanya, apa kata bukan Anifah tapi (Datuk Seri) Mustapa Mohamed? Sebabnya dia pun dah tak berapa uuump lagi bila Donald Trump tendang keluar TPPA.
Atau (Datuk) Johari Abdul Ghani yang kata kakitangan awam ramai sangat pasal itulah kewangan kerajaan teruk. Ini kenyataan bunuh diri sebab kalau kakitangan awam marah dan tak undil Barisan Nasional, Najib boleh henyut.
Tapi boleh jadi juga Johari sengaja buat harakiri pasal dia dah tengok dengan mata kepala sendiri kedudukan kewangan kerajaan sampai dia surrender.
Atau (Datuk Seri) Ahmad Zahid Hamidi? Tapi Timbalan Perdana Menteri itu pun dah nafi.
Wallahuaklam.
24 comments:
Benar, penubuhan siasatan forex hanya untuk "menuduh" tun penjenayah bagi melemahkan pembangkang dan PPBM khasnya.
Kejadian yang hampir 30tahun, yang tidak diambil kisah oleh rakyat jelata diwaktu itu. Malah tak ramai yang tahu menahu. Maka najib memanaskan isu ini untuk kepentinggan politiknya dan bukan untuk mencari kebenaran. Selepas pru14, isu ini akan ditutup buku. Sebab itu najib hanya tubuh badan penyiasat dan bukannya suruhanjaya siasatan diraja sebab badan penyiasat boleh diarah berhenti atau dibubarkan pada bila-bila masa tanpa perlu menamatkan siasatan.
2. Kenyataan azmin, saya rasa menteri itu adalah zahid. Walaupun zahid lama bawah najib dalam satu kementrian tapi zahid adalah orang kuat anwar yang kemudian berpaling masuk umno semula.
Sebelum ini pun zahid pernah kata yang orang umno berkomplot nak jatuhkannya dibagan datok.
Saya rasa zahid ada jumpa dengan azmin dan bincang untuk masuk pkr sebab itu azmin tahu. Zahid saja menafikan kerana nak serang najib /umno disaat akhir.
Salam Datuk,
Let us do the task forces in 10 year batches, from most recent.
First batch, 2007-2017.
1) ECRL TASK FORCE.
Here are 3 questions for them:
a) In July 2016, Fadillah Yusof said the ECRL cost would remain RM30 billion as set by govt in 2015, not "pumped up" to RM60 billion to cover up 1MDB debts. But now the cost is confirmed RM55 billion. How did the cost go up by RM25 billion in under 6 months?
b) The leaked documents show that two Jho Low companies (Loh & Loh Corporation Berhad and Putrajaya Perdana Berhad) will have their debts of US$315 million cleared by this deal. (If the names sound familiar, it's because the MACC arrested people from these companies before the Bugis thief sabotaged the investigation.) What does Jho Low have to do with the ERCL?
c) The papers signed confirm that part of the mark-up will go to fill the US$6.5 billion hole created by the theft from Aabar and IPIC. Why does the name of 1MDB even appear in the ERCL deal documents?
2) FELDA TASK FORCE:
a) KUALA LUMPUR (Dec 23): Datuk Seri Nazir Razak, chairman of CIMB Group Holdings Bhd and younger brother of Prime Minister Datuk Seri Najib Razak, today questioned Federal Land Development Authority's (Felda) acquisition of a 37% stake in Indonesia's PT Eagle High Plantations Tbk for US$505.4 million (RM2.26 billion).
Nazir posted a black-and-white photograph on his Instagram this evening of his father — the late prime minister Tun Abdul Razak Hussein – addressing a group of people, presumably early Felda settlers.
The photograph was uploaded on Instagram together with the message: "Felda announced buying 37% of Eagle High for US$505m or 580 rupiah per share. Eagle High's average price in November was 212 rupiah per share, so a 173% premium for a non-control stake. I hope the board will fully justify the acquisition & valuation even though the deal is no longer made by listed FGV (Felda Global Ventures Bhd)."
b) Why are Felda shares almost worthless now?
c) Why did Felda buy do many luxury hotels, and who pocketed the "difference"?
3) RECOVERY OF STOLEN 1MDB MONEY TASK FORCE:
"According to The Wall Street Journal , Najib spent a total of US$15 million on holidays, shopping and jewellery. The spending was done at stores in the United States, Malaysia, Italy and elsewhere.
Malaysian investigation documents, it claimed, showed that Najib's credit card was charged US$130,625 at exclusive fashion store Chanel in Honolulu, two days before he teed off with US President Barack Obama on Christmas Eve of 2014.
That trip became a controversy as parts of Malaysia's east coast were then hit by devastating floods and Najib had to fly back to visit the affected areas.
WSJ reported that a worker at a Chanel store in the upscale Ala Moana Center recalled that Najib's wife, Rosmah Mansor, shopped there just before Christmas.
"The transaction in the Chanel store was paid for with a Visa card in Najib's name, according to the Malaysian investigation documents. At first, the transaction didn't go through and Najib, who was present, had to call his bank to approve the charge, said one of the people aware of the shopping trip," the report alleged.
The documents, it claimed, revealed that the credit card was paid for with an account in Najib's name, and that account had been credited with US$9 million a few months earlier.
According to the documents, WSJ alleged that the money came from SRC International, the former unit of 1MDB that is now under the Finance Ministry, which is headed by Najib.
"On the day Najib played golf with Obama, SRC International transferred a further US$9 million to the account via 1MDB's corporate social responsibility arm. The money arrived the day after Christmas," stated the WSJ report.
WSJ claimed that there was also a recorded expenditure on June 28, 2011, at Signature Exotic Cars, a car dealership in Kuala Lumpur, for US$56,000.
"Najib's credit card also incurred charges of €750,000 in August 2014 at an Italian branch of De Grisogono, a Swiss-owned jewellery store, again being financed from the same account as the expenses in Hawaii, according to bank-transfer information that forms part of the Malaysian government probe.
"A person who works for De Grisogono confirmed Rosmah, the prime minister's wife, was a client of a branch of the jewellers in Porto Cervo, a tiny Sardinian resort." it added."
If the WSJ is not sued "next Tuesday", then the Task Force can convene to gather the evidence that the 24-hour AG is trying so hard to ignore.
TASK FORCE FELDA (bah 2)
Peneroka FELDA, seperti yang saya tulis dahulu, yang berjumlah 112,635 orang, yang mendiami di lebih 300 tanah rancangan, mesti sedar perkara ini. Musibah warga FELDA bukan terhad kepada isiu hutang purata RM120,000/peneroka, atau pertelingkahan kadar perahan atau rungutan bayaran bukan dalam bulan semasa. Ini masaalah yang ‘real’ yang dihadapi oleh peneroka setiap hari. Masaalah ini rentetan dan akibat dari tamak haloba seorang yang bernama Najib Tun Razak.
Tapi sengat bisa isu2 ini diringankan sedikit kerana secara umumnya, kehidupan warga FELDA terlindung. Sekurang kurangnya dapat elaun sara hidup dari RM1000-RM1500 sebulan, ada tanah untuk rumah, ada tanah ladang 10 ekar, ada kemudahan awam dan sosial dalam tanah rancangan dan lain. Mereka seolah olah nya leka kerana ada jaminan dari kerajaan UMNO untuk menjaga mereka. Dan berserta jamina tersebut, ancaman bahawa jika UMNO bukan kerajaan, kehidupan selesa peneroka FELDA akan hilang.
Namun demikian, untuk jenerasi kedua bagaimana? Mengikut suatu kajian oleh UIA, anak peneroka FELDA yang berjaya menjadi pelajar pusat pengajian tinggi, jadi doctor, lawyer dan graduan2 bidang lain hanya 1.5% sahaja. Apa jadi dengan 98.5% lagi?
Mereka jadi sampah masyarakat, bercandu dan bermadat dan duduk ditanggung ibu bapa dalam tanah rancangan. Masa depan mereka bagaimana? Sedangkan tanah seluas 360,000 hektar milik FELDA plantations sudah dipajak kepada FGV dan tidak mungkin dikembalikan.
Bukan rumah dan perumahan warga felda yang dibina, tapi pengurusan FELDA membeli hotel dan kondominum. Bukan melabur dalam core business, tapi beli business yang bukan2 seperti membuka kedai2 pastry yang rugi dan ditutup, melaksanakan projek membela ikan sturgeon- ikan yang masih jadi bahan dan objek kaji selidik dinegara2 dimana ikan sturgeon itu ikan watan. FELDA gatal hendak membela sturgeon di sungai Pahang di Jerantut. Akibatnya rugi besar. Banyak lagi pelaburan yang mengarut yang dilakukan oleh Isa Samad dan rakan2.
Sekarang , Sharir Samad pula yang dilantik sebagai pengerusi FELDA. Adakah kebaradaan Shahrir Samad ialah untuk membersihkan kotoran2 Najib dalam FELDA? Itu pasal kita hendak lihat dan mentelaah lapuran audit FELDA untuk tahun 2016, sebelum Shahrir ‘cleans up the mess Najib caused’.
http://sakmongkol.blogspot.my/2017/02/peringatan-lembut-untuk-warga-felda.html
Datuk,tahun 1991 pelabur ASB dapat durian runtuh luar biasa dari PNB.Pelaburan ayah saya yang cuma $16,000 lebih pada tahun 1990 menjadi hampir $30,000 pada tahun 1991.Ada kaitan tak cerita saya ni dengan cerita Tun M main forex?hehe
Setau saya sekarang memang ramai individu yang main forex.Memang boleh dapat untung banyak.Tapi kalau leka ketika trade boleh hangus semua.Masalah kalau main forex secara individu modalnya ciput.Maka untung pun tak sampai juta-juta.
Datuk.
"Perniagaan forex adalah kegiatan biasa bank-bank pusat macam Bank Negara Malaysia."
1. Memang betul kata Datuk.
2. Tetapi, sebenarnya peniagaan forex ini, berunsurkan "judi"...maka, haram dalam Islam...sebab ada elemen2 spekulasi atau pertaruhan harta...dimana tidak ada sesiapa pun dapat menentukan the end result...dan ini akan menyebabkan pengagihan harta yang tidak adil...yang menang akan dapat harta tanpa melakukan apa apa yang producktif.
Surah al-Maidah ayat 90..."Wahai orang yang beriman!...sesunguhnya arak, judi, pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batan batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan syaitan. olih itu hendk la kamu menjauhinya supaya kamu berjaya"
3. Forex menjual-beli komoditi yang dipanggil wang...macam menjual-beli komoditi seperti beras, gandum, kopi, minyak mentah dbnya dipasaran terbuka.
4. Tetapi, menjual-beli beras, minyak mentah dsbnya adalah halal dalam Islam sebab kita tau nilai barang itu.
5. Tetapi, wang itu sebenarnya tidak ada nilai nya...kecuali nilai kos membuat dari kertas atau logam selain dari kos pengedaran dan kos menyimpan...sebagai contoh, kos membuat mencetak mengedar sekeping USD1 sama dengan USD100.
6. Kerana wang itu tidak ada nilai macam gandum, makanya perniagaan forex itu diharamkan dalam Islam sebab "nilai" itu tidak bolih dijualbeli.
7. BNM bukan bank Islam, jadi bolih berniaga Forex.
8. Konsep berniaga Forex asas nya senang saja...supply and demand...dimana matawang dijual beli macam pasaran komoditi.
9. Bila supply RM exceed demand, nilai RM jatuh...BNM akan beli RM to create "false" demand using reserve....maka reserve BNM jatuh...
"Misalnya pada 8 Disember lalu, Bank Negara mengaku rizab asingnya jatuh sebanyak AS$1.9 bilion (kira-kira RM8.4 bilion) daripada AS$98.3 bilion (RM442.35 bilion) kepada AS$96.4 bilion (RM433.8 bilion).
10. Bila demand RM exceed supply, nilai RM naik...reserve BNM naik.
Dalam keadaan Bank Negara yang sedang berusaha sedaya upaya untuk mengukuhkan nilai ringgit yang menjunam ke tahap terendah sejak krisis kewangan 1998, Kerajaan mengambil tindakan kurang bijak dengan menambahkan lagi beban ke atas Bank Negara dengan menubuhkan pasukan siasatan ke atas isu yang telah berlaku lebih 25 tahun dahulu.
Menteri Kewangan yang ada sekarang dah lah langsung tak membantu dalam usaha untuk memulihkan nilai ringgit malah menambahkan lagi beban kepada Bank Negara yang terpaksa gali fail-fail lama dengan isu lapuk yang belaku puluhan tahun dahulu yang impak dan kesannya tiada kena mengena dengan kehidupan rakyat jelata sekarang. Walaupun bukan satu keperluan pada masa ini, ianya dirasakan satu keperluan untuk menumpulkan serangan bertali arus Tun Dr. Mahathir.
Pada masa itu, Mahathir banyak megambil risiko dan menggunakan banyak cara demi untuk meningkatkan pendapatan dan kekayaan negara. Perniagaan forex adalah salah satu caranya dan effort beliau tersebut berakhir dengan kegagalan. Cubaan negara berjinak-jinak dengan industri berat melalui biji timah dan besi melalui Perwaja Steel juga gagal. Namun banyak lagi gamble Mahathir yang berjaya seperti percubaan negara dalam pelaburan sumber mineral petroleum dan gas secara besar-besaran. Percubaan ini berjaya dan Petronas adalah bukti kejayaan beliau. Petronas kini dikenali sebagai salah satu syarikat multi nasional terulung negara yang dikenali seantero dunia.
Berkenaan isu forex ni, ya, negara kerugian besar pada waktu itu tapi tidaklah sampai memeras dan menindas rakyat untuk mendapatkan kembali berpuluh-puluh bilion wang yang telah hilang. Mahathir tidak memperkenalkan cukai GST kepada rakyat pada waktu itu untuk menggantikan wang yang telah hilang. Mahathir tidak memansuhkan subsidi gula, subsidi beras, subsidi tepung, subsidi minyak masak, subsidi minyak petrol untuk menggantikan wang yang telah hilang.
Mahathir tidak memotong bajet Kementerian Kesihatan, Kementerian Pendidikan dan universiti-universiti awam untuk menggantikan wang yang telah hilang. Mahathir tidak mengurangkan wang pinjaman PTPTN kepada pelajar miskin untuk menggantikan wang yang telah hilang. Mahathir tidak menutup pejabat-pejabat Tourism Malaysia untuk menggantikan wang yang telah hilang.
Mahathir juga tidak memotong perbelanjaan penyelenggaraan mesin OMR Lembaga Peperiksaan Malaysia untuk menggantikan wang yang hilang. Mahathir tidak menaikkan cukai eksais rokok secara membuta-tuli sehingga harga rokok melambung lebih RM 15 sekotak bagi menggantikan wang yang hilang.
Pada zaman beliau, kenaikkan harga rokok tidak pernah lebih dari 50 sen. Kenaikkan pada masa beliau adalah lebih bertujuan untuk mendidik rakyat supaya menjauhi tabiat buruk tersebut, bukannya untuk menambah hasil Kerajaan semata-mata. Beliau sedar, jika harga rokok dinaikkan secara mendadak, perokok tegar tetap membelinya dan ini akan mengurangkan lagi pendapatan mereka apabila wang banyak dihabiskan untuk membeli rokok yang telah dinaikkan harga.
Apabila banyak wang dihabiskan untuk membeli rokok yang telah mahal, belanja bulanan mereka bertambah dengan gaji yang tidak naik. Ini akan meningkatkan lagi kos sara hidup mereka dan taraf kehidupan mereka akan jatuh secara drastik. Kuasa membeli akan berkurangan secara mendadak dan ini akan menambahkan lagi beban kepada rakyat.
Beliau arif akan semua itu dan oleh sebab itulah cukai dosa (sin tax) tidak boleh dinaikkan sewenang-wenangnya untuk menambah hasil kerajaan. Ditambah pula dengan cukai GST dikenakan kepada rakyat pada masa sekarang, bertambah-tambahlah lagi sengsara rakyat. Sebab itulah sesuatu dasar atau polisi fiskal yang diambil hendak dikaji dan diperhalusi secara menyeluruh akan impak dan kesannya ke atas kehidupan rakyat dan bukannya dilihat dari sudut hasil atau monetary kepada negara semata-mata.
Datuk,
before long the task force for BN losses suffered more than 20 years ago will be buried under tons of toilet paper and aspiring toilet cleaners. It is just a govt ruse to throw attention away from 1MDB, Felda, and other current scandals.
The rakyat is not interested in the losses, the rakyat is more concerned with trust issues of the current leadership, corruption, money laundering, felda, 1MDB and hordes of other concerns.
Thought PAS being the pious people they ascribe to be would be honest and sincere enough to admit that only about 20K to 50K "supporters" showed up for the rally tonight. Clearly not the 200,000 Hadi was boasting. And then the heavens opened up and chased all the supporters away! What unlucky fate.
Sallam Dato’
Kalaulah sudah hilang berbillion ringgit, saya setuju dengan cadangan buat RCI.
Tapi sepatutnya buat RCI pada tahun 1997 atau 1998. Ini hendak tunggu 2017 baru nak buat RCI. Kenapa hendak tunggu sampai 20 tahun. Kenapa tak mahu tunggu sampai 100 tahun.
Kalau penyamun rompak bank, sudah tentu Polis akan siasat serta merta. Polis tak tunggu sampai 100 tahun baru hendak siasat kerana orang-orang yang berkenaan sudah lupa atau sudah tidak ada lagi. Selain itu, kalau anggota sekuriti tak cukup atau kamera rosak, bank akan betulkan supaya kejadian tidak berulang lagi. Oleh itu siasatan tak boleh ditangguhkan lama.
Saya agak heran kenapa kerajaan perlu tunggu 20 tahun baru hendak buat RCI.
Hari ini orang berkempen dan berkumpul kerana kempen 355.
Kalau kita pusingkan jam semula pada tahun 2013, waktu dekat pilihanraya, orang agak sibuk pasal hudud. DAP orang tuduh tak sokong hudud.
Sekarang ini mana hududnya?.
Adakan nak tunggu 20 tahun baru hendak buat 355?
Dekat parlimen, bila hendak bahas 355? Berapa kali sudah bertangguh.
Ini untuk Islam atau untuk menang pilihanraya?
Nanti masa tahun 2021 nanti untuk PRU yang ke 15, orang melayu dah lupa cerita hudud PRU14, keluar lagi cerita hudud untuk PRU yang ke 15. Tapi hudud masih tak jalan jugak.
Sebab itu Tun M kata, orang melayu mudah lupa.
Orang melayu memang dipermainkan oleh orang politik.
Salam DAKJ....
Senang cakap Najib semakin terdesak ... majoriti rakyat dah tahu lakonan dia. Semakin dikutuk Tun M semakin tenat hayat Ketua Penyamun tu....
Datuk.
"....Mohd Najib Abdul Razak, menubuhkan Task Force (Badan Petugas) menyiasat kegiatan perdagangan tukaran asing (forex) Bank Negara tahun 1990-an."
1. Ini kerja bodoh.
2. Jadi biarkan la dia buat kerja bodoh ini.
3. Sesiapa pun bolih main Forex, termasuk orang Islam atau institusi Islam, walaupun itu perniagaan haram, tetapi bukan salah dalam undang2 negara atau di mana2.
4. Individu main Forex mau dapat untung...kadang rugi, jadi tanggung sendiri la...macam main judi.
5. Bank main Forex pun sama juga.
6. Tetapi, BNM bukan institusi kewangan mau buat untung...atau cari pendapatan melalui Forex.
7. Kerja BNM cetak, edar dan jual duit...selain menentukan monetary policy.
8. Salah satu cara to control "supply and demand" duit dipasaran, BNM terpaksa "berniaga" Forex...dimana salah satu risiko berniaga ialah ada untung dan ada rugi.
9. Soalannya ada ka "kerugian forex pada tahun 1990-an yang sebanyak RM30 bilion itu" atau sebahagian nya masuk dalam akaun Tun?...
Ia lah macam "kerugian" 1MDB dimana sebahagian hutang RM54 billion itu sudah masuk dalam akaun peribadi Najib di AmBank (RM2.6 billion tolak RM2 billion = RM600 million)?
10. Pada hemat aku...Najib buat Task Force ini bukan pasal nak siasat...tetapi, mau cari lubang macam mana mau main Forex supaya dia dapat duit buta2...dia ini anak haramzadah, jadi buat pun buat kerja haramzadah la!
Datuk.
"Task Force Forex Idea Najib Yang Hebat"
1. Sebenarnya ini kerja sia sia.
2. Memang tepat kata Datuk bahawa..."Tindakan ini boleh kita jadikan sebagai kajian sejarah...".
3. Aku rasa2 lah, kajian ilmiah olih pakar2 ekonomi tempatan mungkin sudah ada.
4. Kalau tidak ada, mungkin ada ditempat lain seperti London School of Economics atau di National University of Singapore...bukan la menghina sangat.
5. Tetapi, kalau susah susah, mungkin ada di Universitas Sulawesi Barat...ataupun...jangan jangan ada di University Putra Malaysia tempat si Zahid buat "Ph.D" dia, mana la tau...
6. Lagi senang cari si George Soros...itu kan musuh Tun...dia mesti kasi kaw-kaw punya.
7. Tahniah juga pada Salleh Keruak kerana jadi "penasihat bangang"...itu bukan aku yang cakap...bukan juga Datuk AKJ yang cakap...hingga kabinet approve Task Force Forex...bolih sudah kau ganti si Musa Aman jadi Chief Minister Sabah kalau begitu selepas PRU14 nanti...mati la kau Dahalan makan pasir selepas tu...
8. Nampak2 nya la...Anifah sama abang nya si Musa kena gulung tikar...bukan balik Pakistan tetapi balik...apa nama?...lupa pula aku...lain kali saja la.
9. Belum lagi?...sorry bos ku...aku bukan penganalysis politik ba...
10. Jadi, Pasal Menteri Nak Berhenti itu Datuk, bukan Menteri dari Sabah...tapi orang Sabah la, tapi bukan menteri...bukan juga luyar atau magistret...sebab Najib sudah nafikan semua...damn!...is that important?
Sallam Dato’
Kalau kita tengok orang main silap mata, contohnya David Copperfield, tangan sebelah kanan cuba menarik perhatian orang, tapi tangan sebelah kiri buat kerja lain.
Tiba-tiba tangan sebelah kiri boleh keluarkan duit dari telinga orang.
Sama juga dengan politik di Malaysia, sekarang ini ada isu-isu untuk menarik perhatian orang melayu, contohnya, isu BMF, isu RCI Forex tahun 97, isu RUU355 dan lain-lain supaya orang melayu terlupa sekejap pasal harga barang naik, hargan minyak naik, duit Malaysia jatuh, toll yang mungkin naik lagi dan lain-lain.
Orang sibuk hendak pikir pasal BMF yang cerita 30 tahun lepas, isu RCI Forex cerita yang 20 tahun lepas.
Orang juga sibuk cerita RUU355, PAS nak jalankan hukum sebat 100 rotan dikhalayak orang ramai pun belum tahu akan dijalankan dalam masa 20 tahun lagi sepertimana halnya hukum hudud.
Sekarang ini, orang melayu berfikir benda yang berlaku berpuluh tahun yang lepas dan juga perkara-perkara yang akan berlaku lagi 100 tahun lagi masa akan datang. Masalahnya, perkara yang penting sekarang dilupakan.
Saya pun kadang-kadang oleh kerana banyak perkara dalam kepala, terlupa dekat mana saya letak talipon bimbit.
Tugas pembangkang bagi saya adalah untuk mengingatkan kepada rakyat tentang masalah ekonomi, harga barang, masalah harga minyak naik, masalah sosial orang melayu, budak-budak belasan tahun naik basikal pukul tiga pagi, masalah harga rumah naik, masalah tahap pendidikan rakyat semakin ke menurun dan lain-lain lagi.
Masalah ini adalah masalah yang dihadapi oleh rakyat sekarang.
Selepas pilihanraya nanti barulah orang melayu ingat semula tapi dah terlambat dan kena tunggu lagi 5 tahun lagi.
Salam Datuk,
As PRU14 may be few months away there should already be a manifesto and a PM candidate. Adn even a shadow cabinet.
The current level of incompetence is so great that any cabinet would be better than the current one. But if it includes Wan Azizah, then please do not issue the list.
Then, there is PAS and the devil they have embraced.
Whatever it is, PAS only wanted to contest 50 seats, supposedly in cahoots with Umno/BN.
It will be a one-to-one direct contest, like what happened in Pasir Mas in 2013 - Perkasa president Ibrahim Ali against PAS. Umno did not contest to support Perkasa.
This time Umno/BN will not contest where PAS is contesting and vice-versa. PAS will support all BN candidates and vice-versa. Some PAS MPs will be appointed ministers and deputy ministers, just like the Hindraf leader who became a deputy minister in 2013.
Pakatan and Bersatu can keep going on talking about a common logo, manifesto, and seats. Dr M and his group are behind time. The train is already about to leave while Dr M & Co are still talking about which carriage to board.
Umno/BN/PAS are already quietly in the train. Indeed, they will win bigger this time.
Hadi and Tuan Ibrahim are sending clashing signals.
By the time the mess is sorted out, it may be too late.
Transformasi najib ialah transformasi taik kucing.
Short term memory loss syndrome.
When a person experiences short-term memory loss, he or she can remember incidents from 20 years ago but is fuzzy on the details of things that happened 2 years ago.
There are a number of causes of short-term memory loss, some which are a result of medical conditions and others that are related to injuries or other outside influences.
Saya sentiasa bersangka baik. Apabila Najib kata dia mahu adakan task force untuk siasat skandal zaman Mahathir, ini menunjukkan dia telah terbuka hati untuk mengadakan task force yang lebih berwibawa untuk menyiasat skandal 1MDB. Saya percaya Najib akan melakukannya kerana dia tidak terlibat dengan 1MDB. Dia hanya Menteri Kewangan dan Perdana Menteri. 1MDB ada Pengerusi dan lembaga pengarah. 1MDB ada Presiden dan CEO. Najib tidak ada kena mengena dengan 1MDB. Saya sangat yakin Najib akan membuat satu task force yang betul betul force untuk menyiasat 1MDB.
Kita tidak boleh menyalahkan Najib sebab skandal 1MDB tidak dibawa ke mahkamah. Itu bukan kerja Najib. Itu kerja Peguam Negara. Najib tidak ada kuasa memaksa Peguam Negara membawa skandal 1MDB ke mahkamah. Cubalah kita bersangka baik sikit kepada Najib. Takkan kerja Peguam Negara pun Perdana Menteri kena buat?
Kadiag, salaam. I
Dan terima kasih banyak pasai lakag niaga duit yg sangat merogi olih Bank Negara kenunnya nak petahankan nilai ringgit Malaya. Aku bukan faqih dlm bidang ni, tapi aku dah agak duit Malaya akan merudum antaranya sebab sangat terang uruih tadbir ekonomi dan hukum Malaya tenat terok dgn risyuah nya, hutang yg tinggi, penipuan dlm sistem undi dan macam2 lagi memang akan kesan pd nilai duit Malaya... tapi kesudah Mat rambut putih di bank negara tu dok main rekod burok macam gubenor dulu yg betajuk: "fundamentals are strong".
Contoh :
"www 'significantly undervalued' at current 3.70, says Bank Negara governor | Money | Malay Mail Online
.themalaymailonline.com › print › r...
Mar 11, 2015 - Ringgit 'significantly undervalued' at current 3.70, says Bank Negara governor ... current fundamentals which are still strong, said Bank Negara Malaysia (BNM) Governor, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz."
Lagi satu aku terima kasih jugak kak "pembahaih" blog hang yg basa diri dia 'sukssamasuka' (12.55 pm) yg timboikan aspek halal haramnya kerja ni~ aku dah syak lama dah, tapi tak temu lagi hujjah atau dalil yg mantap. Munkin satu hari orang yg cerdik sikit nanti bagi sandag duit Malaya pd maih.
Berubah pd tajok lain sikit Kadiag...Rafizi dah hebah laporan Amrin Buang (audit negara) bahwa Felda punya pelaboran telah langgag peraturan2 sendiri bab had2 pelaboran sejak 2010. Masa tu Felda masih banyak duit, tapi laa ni dah tahap "pokkai" sampai nak juai saham Maybank dan lain2 harta atau eset tapi masih nak beli saham syarikat Indonesia dan harga lipat dari harga di pasaran saham....
Takat tu saja Kadiag, maghap no ataih salah silap,
Aku
Datuk,
the current top PAS leadership would have their mentor Nik Aziz turning in his grave, Hadi is courting the limelight and acting as though he is a super star, in fact he is just a swollen head blasting to space and exploding there into molecule bits and no one will remember him, except as that someone else's stooge. Sadly, he no longer believes in himself nor as the man Nik Aziz thought he would grow to be, instead he is parroting his "real" boss who threw the RM90 million to them for their lips and services.
THE BIGGEST IRONY...ANNUAR MUSA TALKING ABOUT UNEXPLAINED LOSSES!
"KUALA LUMPUR: Umno and Barisan Nasional (BN) component parties will be going on a nationwide roadshow to inform the public about the special task force set up by the Cabinet to probe Bank Negara Malaysia’s (BNM) foreign exchange trading losses in the 1990s.
Umno information chief Annuar Musa said the roadshow, scheduled to start on Feb 25, was mooted following attempts by certain parties to question the need for a task force and asking why the 1MDB issue was not given the same treatment.
“The issue on the forex losses is important because it was not fully investigated before this even though it involved a large sum of money.
“Why was the special team formed and why wasn’t one set up for 1MDB? This will all be explained in the roadshow by Umno and BN,” he told a press conference after chairing the Umno information working committee meeting here yesterday."
He should set up his own task force first.
MARA has been one scandal after another.
Salam DAKJ....
Saya tertanya2 adakah TSAM orang yang selayaknya bercakap tentang task force berkenaan kerugian akibat Forex sedangkan beliau sendiri sedan disiasat SPRM kes salah guna kuasa bwrkaitan Dana Mara dan UniKL.?
Ha..ha..ha..unik
Semua tidak boleh pakai punya tu. Kita perlu team yang bersih dan berkecuali.
Post a Comment