A Kadir Jasin
MAAF cakaplah kalau saya kata
isu RUU355 ini adalah sarkas politik tahap maksimum yang mendedahkan hipokrasi
Umno-PAS.
[MOHON guna nama sebenar atau nama samaran.
Komen “Anonymous” tidak akan disiarkan.]
Sekali gus ia menyerlahkan
pakatan gelap Presiden Umno, (Datuk Seri I Mappadulung Daeng
Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil) Mohd Najib Abdul Razak, dan
pemimpin tertentu dalam PAS.
Babak pertama: Setelah bertindak macam orang kena sawan, Presiden PAS
(Datuk Seri) Abdul Hadi Awang, pada 24 November tahun lalu, bentangkan rang undang-undang
persendirian yang kemudiannya dikenali umum sebagai RUU355.
Macam-macam alasan, helah, pujuk raya dan ancaman
mengiringi pembentangan RUU355, termasuklah tunjuk perasaan di Padang Merbuk,
Kuala Lumpur, pada 18 Februari lalu oleh PAS dan sekutunya.
Babak kedua: Kerajaan Najib ambil alih RUU355 dengan janji
akan kaji, pinda dan bentangkannya sebagai rang undang-undang kerajaan.
Dalam tempoh itu, jentera putar-belit Umno (pinjam ungkapan Jho Low) berkaitan RUU355
yang diketuai oleh Menteri Parlimen (Datuk Seri) Azalina Othman buat
macam-macam kenyataan dan helah seolah-olah mereka lebih Islam dan lebih serius
mengenai daripada PAS.
Azalina Menteri Parlimen dan Undang-undang |
Tapi di belakang tabir Najib sembelit otak ditekan oleh
parti-parti unit jagaan rapi (ICU) Barisan Nasional pusat seperti MCA, MIC,
Gerakan dan PPP serta Barisan Nasional bebas Sawarak.
Babak ketiga: Setelah riuh-rendah satu negara dengan
paluan gendang perang, tiba-tiba RUU355 jadi macam orang nak bersin tak jadi
atau si suami yang tengah mimpi berahi tiba-tiba dikejutkan bini kerana ada
kebangkitan luar biasa dalam selimut.
Kata pemimpin Wassatiyyah merangkap rakan seketiduran Abdul Hadi, RUU355 tak dibentangkan kerana “Dewan Tertinggi BN memutuskan kerajaan tidak akan mengambil alih pembentangan usul meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355 di parlimen.”
Najib (kiri) kantoi Abdul Hadi? |
Mana Najib nak berani bila MCA yang ada perjanjian adik-abang dengan Parti Komunis China (baca di sini) depan-depan dia kata, parti itu akan tolak RUU355.
Parti wad jagaan rapi ini nampaknya lebih berkuasa daripada parti jagoan “demi negara, bangsa dan agama” Umno dalam hal RUU355.
Mana menteri agama dan lebai-lebai Umno? Takkan setebal itu saja pegangan agama mereka sehingga dengan MCA, MIC, Gerakan dan PPP pun kecut testikel? Kecut buah zakar la tu!
Jamil Khir: Takkan agamawan Umno penakut |
Yang menjadi mangsa adalah orang Islam, khususnya ahli dan penyokong PAS yang betul-betul percaya bahawa Abdul Hadi dan Najib, dua sahabat sehati -sejiwa, baju sewarna, ikhlas membentangkan RUU355?
Soalnya sekarang, siapa pakat dengan siapa, siapa kelentong siapa dan apakah jenis quid pro quo di antara Najib dengan Hadi?
Yang pasti, sarkas politik ini belum berakhir. Kita tunggu dan tengok.
Wallahuaklam.
42 comments:
Salam Tan Sri
Inilah akibat agama dipolitikan....mereka mengunakan agama demi kepentingan peribadi,politik semata - mata.
Disini nawaitu pun dah tidak betul...mereka telah memalukan agama islam secara ammnya...yang terkena tempiasnya adalah rakyat marhean....
Si munafik kena tipu dgn si pencuri
Umno parti kuat kencing la..
Kadiaq,
Aku kesian sangat kat hang sebab aku tahu bahawa hang seorang tua yg terlalu kecewa. Aku faham sangat tingkah orang tua macam hang sebab arwah bapa aku dulu pun serupa dgn hang.
Bapa aku seorang pemandu teksi. Dulu dia penyokong kuat UMNO kerana dgn bantuan UMNO (Tenkgu Razaleigh to be specific) anak2 dia dapat pendidikan sempurna.
Tetapi apabila Ku Li dianiaya oleh Tun Mamak Kutty Mohammed Iskandar, dia terlalu kecewa dgn UMNO.
Aku dapat lihat bagaimana bersemangatnya dia di setiap ceramah Semangat 46 semasa pilihanraya... sehinggalah dia menghembus nafas terakhir. Dia tak sempat lihat Semangat 46 kembali ke dalam UMNO.
The moral of the story is, old men like my late father (and you?) are very sensitive to the extent of not being able to see things from a wider perspective.
I don't blame my father for ditching UMNO. Aku faham sangat perasaan dia sehingga aku terpaksa berpura2 turut menyokong Semangat 46.
But I will forever be thankful to UMNO eventhough Mappadulung Daeng Matimmung (as you must call him) is the President.
kesiannnn pak kadir ni...marah sungguh ngan pak najib pasal tak tolong bisnes nya yg dah terlingkup tu....mengucap pak kadiaqq..
Sdra Fauzi sila ambil maklum saya bukan Tan Sri. Terima kasih.
Najib can't take over Hadi's Bill which is based not on the Quran but on Taliban's islamic belief is because he hasn't got the numbers to push it beyond the 2nd reading. Conventionally his government will collapse if the Bill is defeated if put to vote after it is debated. If Najib goes, he will surely face charges for the rm2.6billion 1mdb stolen monies and the rm42million scri bribe. This horrendous risk, he can't afford to take.
His initial support of the Bill is to win the malay-muslim votes who may not know head or tail what the Bill is about. Both he and Hadi used it for their political gain is beyond doubt.
Um No knew the game plan but not the gullible ordinary Pas members and the ruu355 rally participants.
You just can't deride others who expose their devious design.
Are you forever thankful to umno??? Do you believe in qada dan qadar? All rezeki and good fortunes are from Allah. If you really believed what you have said then you are on the verge of syirik. Be careful of what you said.
Jelas strategik najib ialah memecah belahkan parti parti pembangkang. Dengan ini harapan umno untuk menang jauh lebih baik jika parti pembangkang bersatu. Tapi najib perlu ingat kuasa Allah lebih melebihi segalanya. Jangan najib ingat bahawa dia selamat.
Kadiag, salaam.
Kemelut yg namanya RUU 355, jugak makhluk Allah Ta'ala. Dia bagi dan Dia ambik balik. Tapi dlm usia usul "persendirian" ni yg pendek, macam2 ilmu dan pendedahan belaku yg bulih dibuat pengajaran atau ibra'. Tepulang kpd maknusia untuk nak pilih panduan dan pegangan.
Jujog nak habag mai, petunjuk dan panduan orang kata betali aruih. Keh bahaih/wacana di Pdg Rengaih masih dok segag, mai pulak yg ni dan aku harap sangat orang parti agama ambik iktibag, berapa kali Allahyarham Tok Guru dok pesan, jangan dipatuk ulag disatu lubang dua kali. Tulih Dr Dzulkifli pd 17hb. April, 2015 di petik dari Malaysiakini "Begitu juga pesanan Rasulullah (S.A.W.) yang mahu umat baginda mengelak daripada dipatuk ular pada kali kedua dari lubang sama. Almarhum Tok Guru Nik Abdul Aziz dan Fadzil Noor acap kali mengingatkan kita tentang ini."
Pemimpin parti agama laa ni bawak ahli ke jalan yg berliku liku, misalan tak mau kerjasama dgn parti Pribumi, dlm isyu behadap dgn UMNO-BN satu lawan satu, kenunnya sebab parti tu rapat dgn parti amanah dan DAP yg parti agama anggap lebih busuk dari parti United Malays, tapi pada masa yg sama, memegang jawatan dlm kerajaan selangog, yagni sesekali dgn DAP dan Parti Amanah, yg juga bekerjasama dgn PKR. Pada hai, bila baca suroh al Fatihah tiap2 kali kita mohon tunjok jalan yg luruih.
Tok Guru masa hidop dia, dia dekatkan diri dia dgn orang2 China dan India DAP dlm usaha menebag dakwah pd kelompok ni, sampai bila mendiang Karpal Singh sakit, almarhum pi ziarah Karpal. Dan dihujong hayat Tok Guru, puak2 DAP pulak ziarah dia. Almarhum Tok Guru jugak menyantun orang asai di Kelantan, tapi pimpinan dan jurucakap2 temasok blogger2 parti agama nampak memusohi kelompok2 ni, kadang2 dgn maki hamun dgn nama2 yg tak elok, seperti "DAPIGS". Jauh sekali dgn sopannya almarhum Tok Guru ~Orang Kelantan kata ~ habih kuca lana....
Moga2 ada orang parti agama mau balik ke jalan yg luruih, selepaih pimpinan united malays tunjok sikap yg tak pegang pd janji,
mohon maghap kalu telanjog kata2,
Aku
Ralat : dlm "coretan" sebelum ni, (10.55 pm), tafsir ayat dari suroh al Nasrullah, tertinggai perkataan "taubat" yg dihujong, dan sebetoinya dibaca macam ni
"Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepadaNya, sesungguhnya Dia amat menerima taubat (surah.my)".
Sekali lagi mintak maghap no.
berapa penggal hj hadi perintah terangganu? berbanding tgna....itu kesimpulan saya..
Datuk.
Senangnya dalam hati
Najib dan Hadi berdua dua
Terasa dunia ini
Mereka yang punya
Kepada isteri isteri tua
Najib juga sayang pada kamu
Kepada "isteri muda"
Najib say I love you
Bila isteri isteri tua merajuk
Najib balik kerumah "isteri muda"
Kalau semua sudah merajuk
Najib pandai buat auta
Mesti pandai pembohong
Mesti pandai temberang
Tetapi jangan sampai
UMNO pecah tembelang
Alahai old friend, anak driver teksi sana kau, patut la bodoh sampai ke tua..
Halil, muka huduh sangat engkau, bapak kau driver teksi juga atau tukang kebun. Tengok muka kau mcm kerna security guard saja. Supervisor kau nepalese kau jaga saja, kesian sgt2 dab la huduh, bodoh pula
Dato
Memang hakikinya orang politik memang sentiasa berubah ubah pendirian mereka, mengikut keadaan semasa demi survival diri mereka.
Tetapi apabila menggunakan agama Islam sebagai modal survival politik mereka, ini amat menjijikkan.
Kesian pd Melayu spt sdra.
Jgnlah begitu taksub pd parti hingga sanggup menerima Dajal2 sbg ketua.
Ugama tidak mengajar kita untuk berterima kasih kpd parti atau Ketua2 yg penuh kemungkaran.
Lihatlah pd hutan bukan hanya pd sebatang pokok.
Itu adalah perspektif yg lebih realistik...
Mappadulung Daing Mentimun is a thief. The fact that he cant deny.
Dah sampai mencarut-carut. You have stood this low?
Ingat pesanan Lebai PAS, kalau hafal nombor ahli, terus dapat masuk syurga.
Megalawak!!!
Salam Dato,
Teruskan perjuangangan menegakkan yg maaruf, mencegah kemungkaran.
Jangan Pedulikan segala sindiran dan cercaan pemakan pemakan dedak.
Tidak dapat dinafikan kerajaan telah menawan hati mojoriti rakyat dengan perkara ini, dan cara mereka mengendali hubungan dengan North Korea adalah plus mark kepada mereka kerajaan. Malah duri pakatan harapan kian hari menular..ada seorang kena membimbing seluruh pakatan harapan, tak kiralah beliau engan atau tidak, dia kena jadi ikon kepada reformasi ini. Seperti Datuk Anwar yang pernah menjadi ikon kepada seluruh rakyat Malaysia. AIDS dah bertembung kuasa, tetapi ada seorang yang tak engan nak keluar, dia mungkin adalah kunci kepada segalanya.
Datuk.
"Former S.Korean president Park Geun-hye arrested.
Prosecutors have been looking into 13 criminal offences she has allegedly committed.
She is the third former South Korean president to be arrested." (1).
"Two former South Korean presidents have been arrested in the past after losing immunity from criminal prosecution.
Chun Doo-hwan was president for 8 years from 1980.
He was arrested and indicted in December 1995 for taking bribes while in office, and his armed suppression of pro-democracy citizens and students in the 1980 Gwangju uprising. A district court issued the death sentence.
The Supreme Court sentenced Chun to life in prison.
Roh Tae-woo served as president for 5 years from 1988.
He was arrested in November 1995 for bribery and his role in the Gwangju uprising. He was sentenced to 17 years in prison." (2)
(1) https://www3.nhk.or.jp/nhkworld/en/news/20170331_08/
(2) https://www3.nhk.or.jp/nhkworld/en/news/20170330_11/
1. South Korea is a truly "Islamic" Asian country of the East...clean...transparent...and, definitely NOT Malaysia...yang telah dibawah pemerintahan satu party..."parti jagoan demi negara, bangsa dan agama- Umno"....selama 70 tahun!
2. "Yang pasti, sarkas politik ini belum berakhir. Kita tunggu dan tengok."...ya Datuk, kita tunggu Babak Keempat...Babak Kelima...Babak Keenam...entah sampai Babak keberapa.
3. Hanya aku dapat berdoa...begitu juga doa2 saudara2 yang bukan Islam aku yang lain...suatu hari nanti...Harapan dapat tubuhkan satu Kerajaan baru...supaya Babak babak begini akan berakhir jua di bumi Malaysia macam Babak "Park Geun-hye".
4. Dari Abu Hurairah R.A...Rasullulah S.A.W pernah bersabda..."ada tiga doa mustajab (dikabulkan) yang tidak ada keraguan didalamnya, ya itu: doa orang yang teraniaya, doa musafir dan doa buruk orang tua kepada anaknya
(HR Abu Daud dan al-Tarmizi. al Tarmizi berkata: Hadis hasan)
5. Orang orang jalanan macam kami ini Datuk, mana la tau apa jawapan soalan Datuk "Mana menteri agama dan lebai-lebai Umno?".
Yang kami ada hanya doa.
Sallam Dato’
Memang agak ketara 355 adalah agenda politik untuk kepentingan satu parti.
Adalah perkara baik PPBM sudah masuk ke dalam Pakatan dan kecelaruan pembangkang yang melibatkan PAS berkurangan.
355 berkait kuat dengan kerajaan PAS di Kelantan.
Oleh itu, sekiranya Pakatan semakin kuat dan mantap, sudah tentu akan mengubah dinamik politik di Kelantan.
PAS akan terpaksa mengubah pendirian politik termasuk 355 supaya kekal di Kelantan.
Nampaknya, ada pemimpin PAS yang sudah pun bertukar nada berkenaan lembut dengan Pakatan. Akar umbi PAS pun kebanyakkannya menyebelahi Pakatan.
Presiden PAS mungkin tidak akan melalui jalan mudah pada muktamar yang diadakan bulan depan, menurut seorang veteran gerakan Islam tempatan yang pernah aktif dalam kepimpinan tertinggi parti itu pada era 1980-an.
Datuk Mohd Nakhaie Ahmad, bekas naib presiden PAS yang melakukan kejutan dengan menyertai Umno pada 1989, berkata apa yang berlaku pada muktamar 1982 boleh kembali menghantui Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana ada ahli PAS yang tidak berpuas hati dengan tindak tanduk kepimpinan tertinggi yang semakin mesra Umno.
“Saya percaya ada yang akan bangkitkan soal kecelaruan dalam PAS. Itu yang akan muncul. Ada ahli PAS yang tidak senang dengan keadaan apabila PAS ditipu, diumpan dan dipukul Umno,” kata Nakhaie, yang meninggalkan Umno pada 2014 kerana kecewa dengan arah perjuangan parti Melayu itu.
Pada 1982, presiden PAS ketika itu, Dr Mohd Asri Muda, meletak jawatan selepas Pemuda PAS memberontak secara terbuka ketika menyampaikan ucapan dasar pada muktamar yang diadakan di Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.
Ia selepas Asri mula berselisih dengan pimpinan PAS Kelantan ketika itu, termasuk Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, susulan kejatuhan kerajaan PAS pada pilihan raya umum 1978.
Datuk,
Both MO1 and Hasi have Abused Islam in this episode.
Pure politics.
Shameful.
Masih ada juga lagi para super
bebalist yang menyokong si penyangak, pencuri, perompak, penyamun & penjenayah, si najib, maca atas tu, Old Friend & Halil Rusdi. Bila nak pandai? Mahathir-Ku Li kes penyokong yang marah sebab pemimpin kesayangan dianiaya tetapi najib telah merompak negara kita, ada faham? Bak kata P. Ramlee apabila tengaok gua dia dah kosong..."sampai licin dikebasnya!" Sekarang najib dakwa hutang jangka pendek 1MDB dah dibayar tetapi macamana dengan duit yang dah dikebas dan penyamun2nya? Lepas begitu sahaja/scot free? Hutang 1MDB dibayar dengan duit siapa? Saya rasa ada banyak lagi duit yang dikebas tetapi belum terbongkar lagi. Kalau tidak bagaimana Jho TAIK Low boleh mampu beli dan maintain private jet? Beli artworks bernilai US$900m+? Old Friend & Halil Rusdi, korang berdua sama celaka dengan najib penyamun!
sambung sikit...not to mention his ocean going super luxury yacht. Saya rasa, apa yang telah terbongkar tidak lebih daripada 50% daripada apa yang telah dikebas oleh si Taik tu, najib dan penyamun2 yang lain. Allahu'aklam.
Datuk,
The laughable "Lebai Malang" tactics of Hadi Awang have now left PAS at the complete mercy of UMNO.
They are now in no man's land.
They cannot be an Opposition party.
They can only be the slaves of Umno.
MO1 said to Hadi, "let me ride your Islamic horse, then you ride it, then I ride it, then you split votes for me and I will give you a few crumbs after GE14".
The PAS grassroots must open their eyes.
Their President cannot be allowed to make the party the "barua" and "broker" for Umno.
(These words are used by Hadi himself.)
Saya sangat tidak bersetuju dengan kata Datuk Kadir Jasin RUU 355 tidak akan bentang di parlimen adalah sarkas politik tahap maksimum yang mendedahkan hipokrasi Umno-PAS.
Mengapa membabitkan Pas sedangkan keputusan itu adalah keputusan dibuat oleh umno/BN berdasarkan kesepakatan anggota BN.
Kenapa membabitkan Pas, sedangkan pas bukan anggota Barisan Nasional dan tiada kaitan langsung dengan keputusan yang dibuat oleh perdana menteri Datuk Seri Mohd najib Razak itu..
Beliau membuat keputusan berdasarkan konsensus iaitu sebuah kesepakatan antara MCA, GERAKAN, MIC dan lain lain parti yang menganggotai BN.
Sangat tidak wajar pas dihukum terbabit sama dengan umno. Umno sebelum ini dikatakan menyokong RUU 355 dan akhirt buat keputusan tidak akan bentang di parlimen.
Patut umnolah yang dijatuhkan hukum sebagai parti orang melayu beragama islam yang bermain sarkas bersama harimau dan singa serta gajah.
Bayangkan harimau dan singa yang walaupun sudah sekian lama dijinakkan tuan yang bela ayam persis macam menjinak musang berbulu ayam.
Sangat tidak patut pas dihukum menyerlahkan pakatan gelap Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak, dan pemimpin tertentu dalam PAS.
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, dikatakan bertindak macam kena sawan bentangkan rang undang-undang persendirian yang kemudiannya dikenali umum sebagai RUU355.
Keputusan tidak akan membentangkan RUU 355 itu adalah sarkas umno dan presideannya dan berkata, rang undang-undang ini akan terus menjadi rang undang-undang persendirian dan terserah kepada speaker untuk menentukan, mengikut pada order paper.
Apakah akan jadi kenyataan yang dia berkata kalau speaker putuskan ia akan dibentangkan, maka ia akan dibentangkan. Dan speaker juga akan putuskan peraturan berhubung undang-undang tersebut,sedagkan kerajaan melalui perdana menteri sudah buat keputusan.
Inilah sarkas umno dan perdana menteri dan pas tiada kaitan dan tak rugi apa apa yang rugi ialah masyarakat Islam itu sendiri kerana RUU 355 tidak dapat dipinda kerana kerajaan umno/BN terpaksa mengikut orang kafir dan jadi macam kafir.
(1) Prime Minister Abdullah's July 20 revelation of secret meetings between his ruling United Malay National Organization (UMNO) and Malaysian Islamic Party (PAS) beginning shortly after the March 2008 general election sent shock waves through both political coalitions and unsettled PAS itself.
Starting with state-level talks in Selangor, PAS President Hadi Awang and Deputy President Nasharuddin proceeded with the UMNO discussions without the knowledge of most party leaders and without formal party endorsement, according to PAS officials opposed to the dialogue...
Kept in the dark about these meetings, Nik Aziz.......reportedly was incensed with party leaders involved in the secret negotiations when information on the talks came to light.
He described any form of cooperation with UMNO as "sleeping with the enemy"........'
(2) Former PAS vice-president Husam Musa has alleged that party president Abdul Hadi Awang had tried to form a unity government with Umno in Selangor.
Although the Salor assemblyperson, who still remains in PAS, did not disclose the time frame, it is believed he was referring to the period when former MB Khalid Ibrahim was removed last year (2014).
Husam said Hadi admitted to this move (having PAS and Umno form a government in Selangor). “Our president has admitted that he had offered two or three PKR assemblypersons to join PAS to form a state government in Selangor with Umno."
Datuk.
"Ramasamy: Saya ada masalah dengan Dr M, tetapi beliau berguna...
“Saya masih percaya Mahathir menyumbang kepada huru-hara yang kita hadapi sekarang, tetapi dalam keadaan sekarang, bagaimana anda mahu menjatuhkan Datuk Seri Najib Razak dan Umno?"
“Ya, dasar beliau tidak boleh diterima dan beliau menyebabkan orang seperti Lim Guan Eng, Lim Kit Siang dan Anwar Ibrahim ditangkap, tetapi di tempat seperti Felda contohnya, PKR dan Amanah mungkin lemah.”
Timbalan ketua menteri Pulau Pinang II itu berkata demikian pada forum anjuran Kelab Wartawan Asing Malaysia (FCCM) semalam.
sumber: http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2017/03/31/ramasamy-saya-ada-masalah-dengan-dr-m-tetapi-beliau-berguna/
1. Samy...kamu baru saja jadi Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang sudah cakap ini macam ka?
2. Begini la Samy...kalau kamu ada masaalah dengan Dr. Mahathir, kamu pergi jumpa dia la selesaikan masaalah kamu.
3. Kamu nie siapa, Samy?
4. Kalau kamu ada masaalah dengan Tun, lagi baik kamu resign saja la dari DAP dan Harapan.
5. Saya rasa kamu lagi bagus join MIC...mereka perlukan ketua baru...jangan tunjuk kurang ajar Samy!
...yang nampak bagitu kecewa hang kut????...tengok nada komen dh level maki hamun...tak reflect your level of education...You don't agree with his views, rebut it intellectually and logically..so that others can analyze and make conclusions.
Your taxi driver late father doesn't have the means to send you for further studies. Be grateful to the country that on taxpayers money you get free higher education. That money to fund you comes from taxpayers fund and not umno.
Grow up..Your blind and foolish support of the 1mdb thief are at taxpayers expense.
Good work adato
Najib dan JLow curi duit 1mdb us$3.5billion dan 1billion masukakaun dia, kau tk marah????
Ini melayu haramjadah namanya. Harap dlm malaysia ni hanya ada 10ribu orang mcm kau dari 30juta rakyat.
Telah heboh diperkatakan bahawa Geng15(G15) yang menguasai Pas sekarang ini telah mengadakan beberapa perundingan dlm "gelap" dengan umno selepas PRU2008.
Memang ada pakatan dlm gelap yang menyebabkan Pakatan Rakyat berpecah. Akhir sekali RUU355 dijadikan umpan yang sangat berkesan untuk memecahbelahkan perpaduan, sehinggakan sampai tahap kafir mengkafir akibat perbezaan pendapat.
Apa pun, tahniah kpd strategist dan ejen ejen umno dalam Pas!
Misi Anda telah berjaya!
Dia ditolak jadi pemegang legasi ayahnya
Apabila ahli parlimen (Apar) Pasir Mas kalah dalam pertandingan merebut jawatan Timbalan Yang diPertua Pas Pengkalan Chepa, ramai yang teruja dengan memberi ulasan negatif atas kekalahan itu.
Yang lain mengejek kekalahan itu bahawa taraf keulamaan ahli parlimen itu masih belum cukup masak dan mantap sebab itu dia kalah. Ini semua dinilai dari kedudukannya sebagai salah seorang ahli Majlis Syura Ulama, merupakan ahli majlis badan tertinggi dalam hirearki Pas yang tidak sepatutnya dimalukan demikian rupa.
Kemenangan lawannya, Dr Izani Husin pula digambarkan bahawa Pas masih memerlukan profesional dan sedia menolak golongan yang mengecap dirinya sebagai ulama semacamnya. Zahiriahnya dia kelihatan lebih waruk dari Izani.
Cakar harimau yang dimilikinya tidak berbisa. Beliau kalah dan kekalahan itu memberi masa depan yang gelap kepadanya. Paling buruk sekali kekalahan itu menyebabkan dunia melihat kehebatannya sebagai anak kepada orang hebat tidak ke mana-mana.
Kekalahan Apar Pasir Mas itu menunjukkan beliau tidak dihingin untuk menjadi pemegang legasi Nik Abdul Aziz Nik Mat sang tokoh sukaramai itu. Persepsi itulah yang sangat-sangat memalukannya.
http://msomelayu.blogspot.my/2017/03/dia-bukan-pemegang-legasi-ayahnya.html
buyong 6.45am,
Tun Mahathir is a bigger thief who shouts thief on others after stealing.
A fact that you cannot deny either.
PAS lebih cenderung kepada pertandingan tiga penjuru dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) sambil menyifatkan persaingan secara bersendirian juga ada hikmah bagi parti itu.
Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Dr Mahfodz Mohamad berkata, pihaknya sudah berusaha untuk meneruskan hubungan dengan PKR dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) selain mewujudkan blok ketiga Gagasan Ikatan, tetapi jika ditakdirkan bertanding bersendirian, pihaknya akan menerima keadaan itu.
“Kalau boleh, kita teruskan hubungan yang kita ada dengan parti-parti ini, jadi kita tidak sendirian tetapi andainya memang hanya kita, mahu atau tidak, suka atau tidak, PAS akan bersendirian.
“Mungkin ada hikmahnya di sebalik sendirian itu, satunya kita nak tahu kekuatan kita sendiri dan kita juga boleh teruskan dasar-dasar yang diperjuangkan PAS kerana apabila kita bekerjasama kita kena tolak ansur, tidak boleh bawa Islam semua sekali ke? Jadi ada pro dan kontra, walaupun dari segi kemenangan belum tentu.”
Dalam temu bual disiarkan Sinar Harian, Pesuruhjaya PAS Johor ini memberitahu, jika pada masa-masa lalu pihaknya menang kerana ada sokongan orang bukan Islam dan kaum lain, tetapi memandangkan wakil rakyat mereka bekerja rajin dan terus mesra pengundi tidak kira kaum, mungkin pengundi yang mengundi PAS akan terus memberi undi.
“Jika dulu 80 peratus sekarang mungkin 40 peratus, namun bagi Melayu kita lihat jika dulu 60-40 peratus antara Umno atau PAS, tetapi kalau sendirian Melayu mungkin beri ‘swing’ kepada PAS.”
Datuk,
The internal confusion in PAS continues.
I think they fear a wipeout in GE14.
They can only survive by a comprehensive agreement with MO1 to spoil PH's chances.
I am very sure that Hadi / Nik Abduh / Zuhdi and their fellow Umno Hijau members have already done that.
However, to conceal such a plan from their own party and grassroots is a betrayal.
I hope PAS members remember that.
Pas salahkan UMNO & UMNO kencing PAS tak ke sarkas namanya tu. Hu..hu...
Pendekar Mustar : Ani, angkat jemuran. Hujan dah turuuun...
Ish..ish..ish...ribut pun tidak, guruh pun tidak, hujan dah turun.
Ani : Tuan, itu bukannya hujan. Tuan dah kena ken....
Anak murid pendekar : Aaacobaaaan....
Para pembahas dan pelawat dihormati,
1. Ada pembahas yang kata saya menulis kerana kecewa. Saya mula menulis dalam media massa sejak di bangku sekolah lagi. Adakah ini bermakna saya kecewa sejak remaja lagi? Tentunya tidak tetapi saya mengaku saya berfikiran agak kritis dan berlaian.
2. Tidak ada kaitan langsung di antara perniagaan saya dengan penentangan saya terhadap Najib, Umno dan BN. Saya menentang kemungkaran dan kebejatan mereka.
3. Waktu saya berniaga selepas meninggalkan NSTP pada tahun 2000, saya tidak mendapat apa-apa kontrak atau bantuan kewangan daripada kerajaan. Ada tidak pun hanyalah iklan yang dibeli oleh jabatan dan agensi kerajaan sekali sekala dalam majalah-majalah syarikat saya. Itu pun tak banyak.
4. Benar saya tutup perniagaan tetapi segala tanggungan saya selesaikan. Ganti rugi kepada kakitangan dibayar ikut kemampuan.
5. Ironinya sampai hari ini – setelah dua tahun memberhentikan pengeluaran majalah - syarikat saya masih membayar GST kepada kerajaan bila kita memungut dan membayar hutang. Tak menghairankan sebab orang mati pun kena bayar GST.
6. Mengenai tuduhan mengatakan Dr Mahathir menganiaya Tengku Razaleigh, saya pelik daripada mana si pembahas dapat idea itu. Ku Li yang lawan Dr Mahathir tetapi kalah. Dia keluar dan tubuh S46. Bila dia tak nampak jalan S46 boleh maju, dia bubar S46 dan balik semula kepada Umno. Dr Mahathir terima dengan tangan terbuka. Dr Mahathir dah bersara dari kerajaan sejak 2003 tapi Ku Li masih MP Gua Musang!
7. Satu dunia tahu Ku Li cuba guling Najib melalui undi tidak percaya di Dewan Rakyat tetapi gagal sebab ada MP Umno minta duit. Ada seorang minta hingga RM50 juta. Mana Ku Li nak cari duit banyak tu? Allah maha kaya, beberapa orang daripada mereka jatuh sakit. Daulat anak raja kot? Sekarang Ku Li buat U-turn kata Najib cekap urus ekonomi.
Wallahuaklam.
'Mahathir is a bigger chief's?????
Don't just make allegation. Show us and provide the proof to your Master Najib who is interested in nailing Mahatir. All thieves should be brought to justice whether Mahatir or Najib.
The whole world knows Najib received Us$1billion stolen monies from JLow including the rm2.6billions and rm42million scri bribe which the Macc recommended him to be charged.
Fauzi..maaf lah saye nak bagi pandangan saye rasenye kurang sesuai frasa agama dipolitikan menjurus ke arah negatif sebab ustaz saye penah cakap nabi pun gunakan agama dalam politik tapi dengan positif....saye tak menyangkal pendapat anda dan frasa kedua anda saye sangat setuju mereka mengunakan agama demi kepentingan peribadi,politik semata mata.
Post a Comment