Sunday, April 16, 2017

Gurindam Seloka Tuduhan Derma RM90 Juta



A Kadir Jasin


RAFIZI kata, Najib (Datuk Seri I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil) bagi derma. Kepada PAS parti ulama.
 
[Komen "Anonymous” tidak akan disiarkan. Tolong guna nama sebenar atau samaran.]

Jumlahnya besar tidak terhingga. Bukan RM2 juta macam Mat Maslan terima. Atau RM1 juta kepada Shahrir orang lama. Tapi RM90 juta jumlahnya.

Rafizi kata dia tak auta. Sebagai bukti, SD dia buat sama. Kalau berani samanlah dia.

Maka kecut perutlah PAS. Terpaksa hempas pulas. Cari alasan buat ancaman. Supaya ahli dan penyokong tak sangka yang bukan-bukan.

Rafizi kata, Ustaz Nashrudin Mat Isa adalah perantara. Duit “curi” SRC International dialah yang terima. Dulu dia orang kuat PAS. Tapi tahun 2011 lawan Mohamad Sabu dia tewas.

Nashrudin kata, dia tak terima. Ini semua Rafizi punya angkara.

Tuan Ibrahim kata, dia tak tahu apa-apa. Satu sen pun PAS tak terima. Dia kata Ustaz Nashrudin Mat Isa tak sumbang sebarang derma.

Kalau Rafizi dusta, buatlah sumpah SD macam dia.

Tapi kalau duit RM90 juta itu Najib betul-betul bagi, habis ke mana ia pergi? Najib pun tak nafi.

Kalau “demi Allah” PAS tak  terima, duit itu masuk poket siapa? Takut-takut masuk poket ketua-ketua tapi ahli terlopong ternganga. Lepas itu buat-buat lupa?
 
Takkanlah dalam PAS pun ada pencuri? Ini parti ulama, parti suci. Takkanlah mereka sebat macam yang Umno buat kepada 1MDB dan SRC?

Takkanlah parti ulama pun curi sini curi sana, beli harta di luar negeri, pi Las Vegas main judi dan beli jet peribadi macam penyamun dan penyangak 1MDB?

Atau ulama PAS pun diam-diam ada rumah di luar negeri, projek sana projek sini, beli kereta mewah untuk anak dan bini?

Kalau tak betul jangan setakat nafi. Ambil tindakan tegas dan berani. Buat SD, lapor kepada polis dan saman si Rafizi.

Kalau setakat nafi kata Rafizi punya angkara, rasa-rasanya tak banyak orang percaya. Mereka akan kata, pemimpin PAS pun sama saja nampak duit habis gelap mata.

Satu hal lagi. Kalau betul derma itu dari SRC, ini sudah duit curi. Duit yang SRC pinjam dari KWAP.

Takkan PAS tak tahu cerita. SRC pinjam duit KWAP lima ribu juta. Duit KWAP milik pesara.

Tak payahlah PAS berdolak-dalik. Orang kita pun dah banyak yang cerdik. Tak boleh ditipu sepanjang masa. Mereka dah tahu banyak rahsia.

Kalau Rafizi tak tarik balik, saman dia biar serik. Kalau tidak orang akan kata, itulah pasalnya dengan Najib PAS sangat mesra. Rupa-rupanya dah dapat sedekah berpuluh juta.

Wallahuaklam.


37 comments:

rahimlpp@yahoo.com said...

Y.Bhg Dato'@ Ini gurindam atau puisi tetapi memang tak kering gusi. Semuanya dah jadi bahan lawak dan nak tergelak. Teringat zaman TVI mengadakan pertandingan mencari bakat di hujung 70 han. Ada seorang pelawak dari Alor Star membuat persembahan lawak solo. Dia lelaki tetapi mengayakan sebagai pelawak perempuan dengan panggilkan Kak chah. Saya masih teringat tagline yang popular waktu persembahannya iaitu 'ni Kak Chah nak tergelak".

Itu keadaan politik negara sekarang. Semua dah jai bahan untuk ketawa. Ulama-ulama pun dah menjadi kelam kabut. Dah tak tahu siapa bercakap benar dan siapa berbohong tetapi yang sudah pasti untuk berkuasa harus pandai berbohong. Inilah Kak chah nak tergelak sangat.

rahim.

Zalman A said...


Orang UMNO yang melaung sana sini bahawa mereka lebih Melayu dari yang lain, diam seribu bahasa dan merelakan duit ini disapu oleh bukan Melayu terutama nya Jho Low. Apatah lagi, mereka membisu seribu bahasa bila wang yang begitu banyak diucuri oleh Al Qubaisi dan Husaini Badawy. Mereka ini semua dibawah arahan Jho Low dan Jho low diarah oleh Najib/Rosmah.

Ramai yang terlibat tidak pernah didakwa di mahkamah pun. Tidakkan ia mengherankan kita, 6-7 negara dalam dunia ini semua sudah menghukum mereka yang terlibat, bank2 tidak dibenar beroperasi di Singapura kerana melakukan kesalahan kerana 1MB, Malaysia- negara dimana 1MDB dilahirkan sedikitpun tidak mendapati sesiapa bersalah. Aneh bukan?

Zalman A said...


Najib dan Rosmah, Riza Aziz dan Jho Low dan geng2 lain, mencuri sekurang kurang nya RM15,000, 000,000 atau RM15 billion dari 1MDB.

USD 1.14 billion dicuri oleh Jho Low pada fasa Good Star Ltd- shahrol helmi, Ismee Ismail, Casey Tang , Jasmine Loo, dan ramai lagi agaknya yang bersubahat menhantar duit kedalam akaun Jho Low, Good Star Ltd.

Pada Fasa syarikat palsu- Aabar BVI, USD1.367 billion dicuri.

Dan dalam FasaTanore Finance, USD1.26 billion dicuri. Kita diberitahu Najib memulangkan kembali USD620 juta kepda Tanore Finance- ada wire transfer tapi Tanore Finance ini, menjadi front untuk siapa?

Jika Tanore Finance ini adalah syarikat yang dikuasai oleh Jho Low dan Jho Low sebetulnya menjadi pagar kepada Najib atau Rosmah, maka mereka berdua ini bertangung jawab kepada kesemua USD1.26 billion ini.

Zalman A said...


Daripada RM8.99 billion yang disenaraikan oleh Jabatan Kehakiman Amerika, mereka2 yang dibawah ini telah sapu duit 1MDB.


1. Al Qubaisy - RM1.89 billion
2. Badawi Husseiny - RM270 million
3. Casey Tang/Jasmine Looi - RM20 million
4. Riza Aziz - RM952 million
5. Prince Turki/Obaid - RM18 million
6. Najib - RM2.94 billion. Dia tidak meneangkan apa terjadi kepda USD620 juta =RM2.48 yang dipindahkan atau dipuang kedalam akaun Tanore Finance pada 26 August 2013.
7. Jho Low & keluarga RM2.88 billion:
(a) Lukisan - RM940 million
(b) Hartanah - RM1.38 billion
(c) 22% share dalam EMI = RM430 million
(d) pesawat Bombardier Jet = RM140 million

Bererti masih ada sebanyak RM 6.1 billion masih tidak dikesan.

Hanya Najib dan Jho Low tahu dimana wang tersebut.

Pelik nya, tidak ada sedikitpun usaha untuk membawa Jho Low pulang dan disiasat dalam negeri ini.

Mungkin juga Jho Low pun tidak mahu membelek tong drum minyak dari dalam.


http://sakmongkol.blogspot.my/2017/04/jangan-kita-lupa-jenayah-1mdb.html

dt rahman pekan said...

'cash is really king'. money is a panacea 4 all dicey situations.

i did say b4 that najib did not sit 4 his finals. after doing some research,I m confidently very certain now that najib did not actually sit finish his studies. he is then basically a 'drop out'.

what bothers me is that his alma mater produced a written statement that najib graduated since 1974.

my conversation with an esteemed personality that was tun razak's confidante gave a very telling statement. he said that being a graduate from a UK UNI himself, it is extremely rare 4 a student 2 graduate at a young age of 20+.

only a extremely intelligent student can achieve this feat. and unfortunately najib is not one of them.

her alumni shld hv 2 b worried 2, bcos d UNI may hv colluded wth najib's apparatchiks 2 mislead n money cld hv changed hands 4 this 2 happen.

if this is true, than a serious felony may hv been committed by d UNI, putting her 'IVY LEAGUE' status at risk.

this is becoming more intriguing n exciting.

Economic desk said...

Foreign investors pulled out around US 6 billion from Malaysia bonds in March, the largest sell-off since January 2011.
-Malaysiakini

With a thief like him still at the helm, of course investors will shy away and no longer want to put their money here. Even those who already did wouldn't think twice to pull out and go somewhere else and put their money in the country whose government they could trust such as Singapore, Indonesia, Thailand and the Philipines.

At the moment foreigners and investors who still linger in the region have more faith and confidence in Jokowi and Duterte than MO1. MO1 has credibility issue. Other leaders like Lee Hsien Loong, Duterte, Jokowi and the Thai junta do not.

There is no doubt investors sorely miss the stability of old Malaysia during the time of former premier Mahathir Mohamad. When Mahathir was around, their capitals and money were in good hands. There's plenty of money to be made in Malaysia. Can you say the same about the current administration?

If billion upon billion of government's companies money cunningly being sucked out shamelessly for personal use, then how to have faith in the system? Having a deceiful and dishonest finance minister is bad enough for any country. A deceitful and dishonest finance minister cum prime minister? What say you..

When investors no longer have confidence and faith in our economic ecosystem, less and less investors and even tourists will come in. Even more now with the bill on new tax aim at tourists' pockets recently passed in parliament.

Less investors and tourists, there's going to be less and less business activities which involves the ringgit. International and cross border transaction involving the currency will dwindle. Ringgit then becomes grossly under utilised and under valued. Ringgit will gonna be weakened even further.

Putting insult to injury, in the end foreigners avoiding ringgit like a plague because it is so low in value like what happened now to Indonesian immigrants in Sarawak who no longer wanted to return to work in the plantations from across the border in Kalimantan. The ringgit will slide even further. The ringgit would lost much of its value and become dirt cheap.

sukasamasuka said...

Datuk,

PAS parti ulama parti suci...di tuduh pula ambil duit curi...mustahil ini sudah terjadi...mana si Hadi?...kenapa dia mendiamkan diri?

Ini bukan bolih disembunyi sembunyi...Rafizi kata dia ada bukti...walaupun Nashruddin sudah nafi...dan Tuan Ibrahim bilang mana bolih jadi...tetapi Najib diam diam saja macam tak peduli atau nafi.

sukasamasuka said...

Datuk,

Kan elok juga kalau si Najib yang nafi...lega juga pasangannya si Tuan Haji Hadi...konon nya cinta mereka sungguh abadi...hingga sanggup hidup sampai mati...jangan la tinggalkan si Haji Hadi seorang diri...mengigit jari.

UMNO dan PAS kan macam laki bini...Najib dan Hadi sudah bersumpah mau hidup semati...selagi ada bulan dan bumi...anggap la RM90 juta itu macam rezeki...walaupun tidak direstui...tetapi kalau bolih, jangan la makan seorang diri ya habibi.

Rizal said...


Kalau benar PAS suci dari tuduhan SR, Husam dan terkini Rafizi..ayuh jumpa mereka di mahkamah. Bersihkan diri dari tuduhan. Tiada gunanya kenyataan media, karangan di facebook dengan nada menyindir dan berkhutbah di blog ini...persoalanya berani kah PAS membawa perkara ini ke mahkamah?

Mcmana dgn bukti2 mahkamah diluar negara bekenaan terlibatnya MO1 dgn kesalahan 1mdb. Dah ada bukti MO1 (sapa taktau siapa MO1 org itu gila menurut menteri) terlibat. Jadi seharusnya najib saman fitnah utk cuci nama. Itu menurut islam.

Kenapa belum saman?

sukasamasuka said...

Datuk,

Sharil, Nashrudin dan Maslan,
Ini la kelompok Melayu yang dipanggil makhluk Syaitan,
Seperti apa yang dikabarkan dalam AlQuran,
Dijadikan contoh dan teladan.

Najib dan Hadi,
Pasangan kekasih sehidup semati,
Disanjung dipuja dan dipuji,
Buat masa sekarang dan disini,
Ingat apa yang Dia telah janji,
Iblis tetap dilaknati.

Rizal said...


Hanya tuan ibrahim saja yang kerap mempersoalkan 1MDB tapi hadi tak dengar pun.

Ulama apa ni makan dedak walaupun tidak secara langsung menerima dana samunan tetapi perantaran. Tuabatlah kerana kamu punya ilmu yang tinggi tentang islam.

Wang rasuah adalah haram tak wajib diputarbelitkan lagi. Apa lagi SPRM, siasat dan tangkap seperti kamu tangkap ketua pemuda pkr bahagian.

Tiada pilih kasih, ini adalah amanah pada agama dan tuhan. Tiada pilih kasih, mahukah kamu keneraka kerana perbuatan tak betul ini. Najib dan Nasharuddin tidak penting, negara adalah utama. Inilah peluang kamu dapat pahala tangkap orang bersalah.

Insya allah allah akan berkati hidup warga SPRM kerana jalankan tugas secara jujur dan amanah.

Zed-85 said...

Tuan Presideng, Hadi Awang berkata,
Rafizi tak tahu yang mana pahala dan dosa,
Lebai PAS ilmu agama,
Ahli Perlimen Rafizi, ilmu dunia.

Tuan Presideng, tak payah bermuka-muka.
Budak sekolah sekarang pun belajar agama.

Tuan Guru Nik Aziz sudah berkata,
Jangan dipatuk ular 2 kali dalam lubang yang sama.
Sekarang ini Tuan Guru Nik Aziz sudah tak ada,
Nasihatnya sudah tidak diguna.

Kalau dulu UMNO selalu disumpah nesta.
Sekarang ini, wah, bermesra-mesra.
DAP pulak kena balun di cerca,
RUU355 menjadi utama, masalah rakyat lain, tak dipedulinya.

Kalau dulu PAS tak sama.
Nik Aziz menarik golongan ilmu dunia dan agama,
Sekarang ini PAS terlalu banyak berbeza,
Yang tinggal ramai lebai-lebai belaka.

Tak usahlah Pakatan membuang masa,
Lebai PAS sudah bermimpi lama,
Dari tahun 2008 lama, tapi Nik Aziz tak izinkannya,
Sekarang sudah tibalah masa, lebai PAS menaiki kapal 355,
Semakin hari semakin kaya, tinggal rakyat terkebil-kebil saja.

Aku said...

Kadiag, salaam.
Selama ni tak sangka Aku hang tera bab seloka gurindam ni. Orang laa ni kata "lespek la bro..." Banyak tecetuih daya cipta dikalangan rakyat dlm beberapa bidang untuk menzahiag tindak balaih depa pd kejengkelan yg belarutan depan mata... zaman Jepun dolu ada gejala sastera yg depa pangge ''Sajak Kabur", di Indonesia ceritanya 'genre' ini lahiag lebih awai, munkin se awai 1880'an, lepaih tu timboi pulak 'asas 50' diMalaya, katanya antaranya nak desak supaya Malaya merdeka....
Ada jugak yg nak lakag jalan hidop rakyat terbanyak yg dipadankan pada lagu rancak, antara yg temasyhog ni aku kopipes liriknya versi lagu Cucu Osman Janggut atau setengah orang pangge
Lodeh Mak Lodeh

Lirik/Tajuk Lagu: Anita Sarawak
Penyanyi: Anita Sarawak

"Lodeh hai mak lodeh
Lodeh anak Pak Salleh
Cucu Osman Janggut
Kaki untut hingus meleleh

Boleh cik abang boleh
Tolak sampai boleh
Datuk sampai semput
Lemah lutut kaki letih

Lodeh hai abang lodeh
Lodeh anak Pak Salleh
Pakai baju labuh
Seluar longgar hampir terlondeh

Boleh atau tak boleh
Jangan dalih dalih
Tunggu buah tak jatuh
Lutut lenguh kaki letih. " (dari Liriklagu.net)

Macam mana pon, tahni'ah ataih pendirian Rafizi, hang, Husam, Mat Tehag dll yg sunggoh berani dan istiqomah, semoga Allah S.W.T. corahkan ridho' dan rohmat Dia. Aamiiin.
Aku

Tuan Punahsihat said...

Parti Lebai telah dikuasai Geng15@ejenumno.bn

Kesian wala'un wala'un dikampung dan desa kena tipu dengan retorik retorik agama yang dimainkan oleh Geng15.

Laila said...

Saya dah kata a few times in Ryan's blog that we at Affin bank know well. If Affin bank were to testify in court...londeh Mak londeh...haha

sukasamasuka said...

Datuk,

Hadi sudah meroyan,
Katanya hanya ada dua pilihan,
Kalau UMNO macam Syaitan,
Pilih PAS jadi kawan.

Antara dua Syaitan,
Macam mana nak buat pilihan,
Telan UMNO berak rotan,
Telan PAS keluar Syaitan.

Begitu la alkisah dua makhluk kesayangan Tuhan,
Satu Iblis dan yang satu pula Syaitan,
Jual agama untuk dapat habuan,
Dari Iblis yang panjang tangan.

LaM said...

For rm90million, Najib got Pas very cheaply. The sum paid represented only about 3% of the us$1billion of the 1mdb stolen monies deposited into his Ambank account which includeed the tranche referred by JLow as ' the 681 American pie'.
The sale &'purchase was effected through political party property agent, one Nasaruddin & payment was made by cheque from Najib's Ambank account which contained the laundered 1mdb monies. Legally & criminally all are guilty of money laundering charges including Pandi who abetted the crime by protecting Najib from further investigation & eventual prosecution.
Politically, the effect of the S&P means that Pas is now a subsidiary of Umno or worst it belongs to Najib personally since the sum paid was from Najib's personal laundered monies.
The buyer has not denied the purchase. Only the property agent and the sellers are denying that there was such transaction.
The only reason one could guess why the political party property agent is denying the S&P is because the transaction is criminal since the payment was from laundered monies. Secondly, he may be hiding the commission that he had criminally & illegally received. The sellers are denying it for the simple reason that the monies received should belong to the party. Assuming that Pas has 1million members, each member stands to get 90k from the S&P. That was the only reason that there was a denial from the agent and the sellers that we can think of.
Cash is King...so said the 1mdb thief. He has proven that theory to the fullest. Everything is purchase. PR was destroyed by the shrewd purchase.

LaM said...

....correction @ 9.21am

..Everything purchasable including the religious zealots in turbans..

sukasamasuka said...

Datuk,

"Tugas baharu saya pantau keselamatan Sabah, kata Hishammuddin...April 17, 2017.

“Jawatan saya sebagai menteri dengan tugas-tugas khas di JPM adalah membantu PM untuk bekerjasama rapat dengan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi serta Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman." (1)

1. Banyak juga orang mau jaga Sabah.

2. Rahman Dahalan ada, Said Keruak ada, Musa Aman ada, adik si Musa ada (Anipah Aman), Zahid ada, Najib pun ada...tidak cukup, tambah lagi si Hisapmudin...7 orang mau jaga Sabah!

3. Ada apa di Sabah?

4. Siapa mau jadi next PM mesti ada sokongkan dari UMNO Sabah.

5. Nampaknya Hisapmudin got the upperhand...bukan Zahid.

Kami rakyat Sabah sangat teruja dan berterima kasih atas nasihat2 Zahid baru baru ini...

6. ELAK SOKONG PARTI YANG RAPUH: ZAHID....17th April, 2017.

- rakyat Sabah perlu muhasabah dalam membuat keputusan dan berada dalam keadaan tenang serta sentiasa istiqamah.

- “Jangan buat keputusan ketika sedang marah.."

- “..bukan dengan cara meruntuhkan rumah lalu membina rumah baharu..."

- “...saya tidak fikir ular menggigit sebanyak tiga kali di tempat yang sama..."

- “Jika kita terpijak kulit pisang jangan salahkan pisang itu, jangan salahkan orang yang mencampak kulit pisang..."

- "...saya pun pernah terpijak kulit pisang, tapi saya anggap ujian."

7. Siapa la yang ajar kau pasal cerita ular dan pisang ni...orang Sabah macam tidak faham la kau punya sandiwara Zahid...sorry bos...kau ni siok siok sendiri ba kan?

8. Kulit pisang Sabah licin oooo...kalau jatuh tidak bolih bangun bangun lagi tu...

1976- USNO jatuh tidak bangun bangun

1986 - Berjaya jatuh pun tidak bangun bangun

1994 - PBS jatuh, mana bolih bangun, walaupun Huguan Siou si Pairin terpaksa jilat kaki si Musa Aman...si Maximus Ongkili pula cium cium kaki si Najib mengharap harap jangan dilupakan!

2017 - UMNO tetap....

9. Selamat Tinggal Zahid. Jasa mu tetap di kenang...yang lepas lepas tu jangan la di kenang kenang...itu semua nya cooooobaaaan..

10. Selamat Datang Hisapmudin!

Ini la "rumah baru" orang2 UMNO Sabah!

Tidak lama lagi ada "open house"...masa itu la...“walaupun rupa mu tidak ku kenal, tetapi lubang hidungmu tetap menjadi pujaan hati ku.”



(1) http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2017/04/17/tugas-baharu-saya-pantau-keselamatan-sabah-kata-hishammuddin/

(4) Kelantan (1978, 1990 hingga kini), Terengganu (1999), Selangor (2008-kini), Perak (2008), Pulau Pinang (2008-kini) dan Kedah (2008-2013)

(6) http://www.newsabahtimes.com.my/nstweb/fullstory/15069

Zed-85 said...

Sallam Dato’

Sekarang ini , ekonomi semakin teruk, harga barang naik, kos sarahidup naik.

Saya anggarkan 80% modal politik PAS adalah 355 dan hentam DAP.

Macamana dengan nasib rakyat?

Adakah 355 dan hentam DAP dapat menyelesaikan masalah-masalah utama rakyat? Tidak.

Manusia perlu pendapatan, berkeluarga, rumah, dan perkara-perkara yang mustahak untuk hidup sempurna.

Perkara-perkara ini tidak diambil berat oleh PAS.

Sebab itulah rakyat Kedah dan Terengganu tendang PAS.

Sudah tiba masa rakyat Kelantan pula tendang PAS.

sukasamasuka said...

Datuk,

"Zahid confirms Zakir Naik has PR status in Malaysia...18th April 2017.

"I think he has been holding the status since about five years ago. That was before I became home minister," Zahid said.." (1)

1. Is that all you can think nowadays, Mr. ex-DPM?

2. The Home Minister that you are referring to is soon going to be your boss...so, watch out!

3. Is that difficult to find out exactly when Zakir has been holding the PR status?

4. As the Home Minister and ex-DPM, you just have to pick up the line and ask your Deputy to do the work...or any clerk at the counter.

5. You don't have to think Zahid..it's not a job that requires your thinking ability...anyway, I think, it will be interesting, however that soon you will issue fresh statement something like this..."I think I have seen the Arab donor...or donors...that was before Hisapmudin became Prime Minister"...that will be the day!




(1) http://www.malaysiakini.com/news/379524

IdrisMdIsa said...

Assalaam SukaSamaSuka...tuan telah kerap kali tergelincir dengan komen2 tuan tanpa tuan sedari. Satu contoh...tiada paksaan dalam Islam...satu ayat dari surah al-Baqarah, maksudnya bukan seperti yang tuan fahami. Ayat itu bermaksud tiada paksaan di dalam memeluk agama Islam, bukan orang Islam tidak boleh dipaksa mengamalkan/mematuhi ajaran2/hukum2 Islam oleh pemerintah. Ayat tersebut diwahyukan terhadap ibubapa golongan ansar yang mahu anak2 mereka yang telah diserahkan kepada ulama2 Yahudi untuk belajar Taurat [as innovated] supaya mereka memeluk agama Islam. Sebahagian daripada anak2 tersebut enggan & ibu bapa ansar tersebut memohon kepada RasullUllah (saw) supaya memaksa anak2 mereka memeluk agama Islam. Dari peristiwa tersebut, maka diwahyukan lah ayat "tiada paksaan di dalam Islam kerana kebenaran Islam itu telah jelas". Sila baca tafsir Quran, jgn terjemahan sahaja. Islam bukan macam kristian, boleh pilih untuk amal mana yg disukai sahaja. Saya teringat membaca tulisan seorang melayu murtad...in Islam, it's "obey" whilst in Christianity it's "choose". It's by all means a true statement. Para evangelist kristian menggunakan hujah ini untuk memurtadkan ramai org2 Islam. Walau dosa sebanyak mana pun tetap akan masuk syurga asalkan percaya kepada Jesus sebagai tuhan atau nak tuhan sedangkan di dalam Islam terdapat terlalu banyak larangan & tiada jaminan syurga tanpa hisab.

noname said...

mf .. sy nk betuLkan sikit pandangan sdre Lam tentang paksaan dLm isLam. betuL isLam tidak memakse sesiape Yg beLum isLam utk menganut isLam tp org isLam di-Larang meLakukan sebarang maksiat keciL @ bsr. org isLam mesti akur dgn segaLe perintah aLLah Yg termaktub dLm aL-quran samade dia suke atau tidak.

sukasamasuka said...

Datuk,

Saudara IdrisMdIsa 4:08 PM....antara lain berkata "...tuan telah kerap kali tergelincir dengan komen2 tuan tanpa tuan sedari. Satu contoh...tiada paksaan dalam Islam...satu ayat dari surah al-Baqarah..."

Saudara IdrisMdIsa, saya petik potongan ayat itu dari tulisan "Hikmah al-Quran: Islam tidak benarkan paksaan dalam beragama".

Rujukan kan nya ada saya sertakan dalam komen saya pada 6.59PM...http://www.bharian.com.my/node/115151

Ini saya sertakan artcle penuh untuk kita baca sama sama...

PART 1

Hikmah al-Quran: Islam tidak benarkan paksaan dalam beragama...Ahad, 17 Januari 2016 @ 6:06 AM.


Firman Allah SWT yang bermaksud: "Tidak ada paksaan dalam agama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) daripada kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut, dan ia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali agama) yang teguh yang tidak akan putus. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui." (Surah al-Baqarah, ayat 256)

Ibnu Jaril Al-Tabari meriwayatkan daripada Ibnu Abbas, katanya ayat 256 ini diturunkan berhubung satu peristiwa membabitkan seorang lelaki daripada Ansar, suku Bani Salim, Al-Husayn yang mempunyai dua orang anak lelaki beragama Nasrani, sedangkan dia beragama Islam.

Pada suatu hari, Al-Husayn datang menemui Rasulullah SAW dan bertanya: "Bolehkah saya paksakan dua anak saya itu supaya memeluk Islam kerana mereka tidak sukakan Islam dan mahu kekal beragama Nasrani?"

Lalu Allah SWT menurunkan ayat di atas. Masyarakat Islam ditegakkan di atas asas kebebasan, kedamaian dan kesejahteraan sejagat. Seluruh ajarannya adalah satu sistem hidup yang syumul, menjamin kedamaian serta melindungi keselamatan nyawa, darah dan harta benda warga masyarakatnya.

Tiada paksaan dengan kekerasan.

Isu akidah yang dibawa Islam ialah bagi mendapat penerangan dan pemahaman, bukannya memaksa atau menekan dengan kekerasan bagi seseorang untuk menerimanya. Agama ini datang untuk berbicara dengan segala daya pemikiran manusia, perasaannya yang terharu serta fitrahnya yang tenang.

Islam memberi kebebasan memilih akidah serta menjamin kebebasan sepenuhnya menerusi nas yang putus dan qat'iy seolah-olah kebebasan diberi itu tidak boleh dicabar atau diceroboh oleh sesiapa, biarpun dia seorang nabi atau pemimpin yang berkaliber.

Ayat ini cukup untuk dijadikan dasar bagi menolak tuduhan pihak musuh Islam dan segelintir umat Islam yang menyatakan Islam ditegakkan dengan mata pedang. Selain itu, menurut mereka Islam ini sebenarnya ditawarkan kepada manusia secara kekerasan.

Sesiapa yang mahu menerima akan selamat tetapi siapa yang menolak, maka pedanglah sebagai hakimnya. Namun, sejarah menjadi saksi yang jujur betapa dustanya tuduhan yang dibuat itu. Pernahkah Nabi SAW menggunakan pedang untuk memaksa seseorang menganut Islam?

sambung di part 2.

sukasamasuka said...

Part 2...

Bahkan, baginda menunaikan sembahyang secara sembunyi-sembunyi pada masa permulaan dakwah, sementara kaum musyrik pula sering menganiaya umat Islam dengan pelbagai cara dan seksaan.

Pada masa sama, kaum musyrik tidak menghadapi apa-apa kesulitan untuk menganiaya orang Islam yang lemah. Keadaan itu akhirnya memaksa Nabi SAW dan sahabatnya berhijrah. Adakah pernah ketika berada di Madinah semasa kejayaan Islam, terjadi tindakan paksaan beragama?

Padahal ayat itu turun pada saat Islam mulai mengecapi kejayaannya dan mengenai peperangan umat Islam dengan orang Yahudi Bani Al-Nadir yang berlaku pada tahun keempat hijrah. Ia sama sekali bukan usaha paksaan beragama.

Firman Allah SWT yang bermaksud: "Dan (bukanlah tanggungjawabmu wahai Muhammad menjadikan seluruh umat manusia beriman), jika Tuhanmu menghendaki nescaya berimanlah sekalian manusia yang ada di bumi. (Janganlah engkau bersedih hati dengan kedegilan orang yang ingkar itu). (Janganlah engkau bersedih hati dengan kedegilan orang yang ingkar itu; kalau Tuhan tidak menghendaki) maka patutkah engkau pula hendak memaksa manusia supaya mereka menjadi orang yang beriman." (Surah Yunus, ayat 99).
Islam tersebar dengan hujah, hikmah.

Sebenarnya Islam tersebar di seluruh dunia dengan hujah serta dakwah secara lisan serta hikmah, sama ada di negara Arab pada awalnya atau negara bukan Arab pada zaman pertengahan dan akhir.

Cukai jizyah yang dikutip daripada bukan Islam tidak boleh dijadikan alasan sebagai menindas kerana umat Islam juga membayarnya atas nama zakat. Selain itu, jizyah dikutip daripada rakyat bukan Islam bagi menampung perbelanjaan menjaga keselamatan nyawa dan harta benda mereka di bawah naungan kerajaan Islam yang memerintah.

Perkataan al-Rusyd ertinya hidayah, jalan kebenaran atau bimbingan. Kata lawannya ialah al-Ghay iaitu penyelewengan, kesesatan dan jauh daripada kebenaran.

Apabila fitrah seseorang itu suci, fikirannya dapat berfikir dengan baik pada dalil kebesaran Allah SWT, maka hidayah pasti ditemuinya dan itulah iman kepada Allah SWT serta kufur kepada taghut. Perkataan taghut diambil daripada kata dasarnya tagha ertinya melampaui batas, melimpah dan melampaui sempadan.


Tolak taghut

Taghut di sini boleh diertikan dengan berhala, syaitan, tukang nujum, ahli sihir, orang bersikap melampaui batas, sesuatu yang dipuja selain Allah SWT dan jalan membawa kepada kesesatan.

As-Syahid Sayyid Qutb berpendapat, termasuk dalam pengertian taghut ialah sistem hidup, kefahaman, pemikiran, peraturan atau peradaban yang tidak diambil daripada Allah SWT. Oleh itu, sesiapa yang kufur atau menolak segala rupa bentuk taghut, maka ia telah berpegang teguh dengan ikatan tali keimanan kukuh.

As-Syahid Sayyid Qutb berpendapat, termasuk dalam pengertian taghut ialah sistem hidup, kefahaman, pemikiran, peraturan atau peradaban yang tidak diambil daripada Allah SWT. Oleh itu, sesiapa yang kufur atau menolak segala rupa bentuk taghut, maka ia telah berpegang teguh dengan ikatan tali keimanan kukuh.

Umat Islam menjadikan ayat ini sebagai prinsip agama dan politik yang sangat tinggi. Oleh itu, mereka tidak membenarkan paksaan beragama kepada sesiapa pun dan tidak membenarkan seseorang memaksa orang Islam keluar daripada agamanya.

Prinsip itu dapat dipegang dengan baik jika kita mempunyai kekuatan untuk membela Islam dan umatnya daripada serangan musuh. Allah SWT memerintahkan kita berdakwah secara bijaksana dengan nasihat yang baik dan membantah musuh dengan cara lebih baik, selain menjamin kebebasan berdakwah dan menutup segala pintu fitnah yang cuba dilemparkan.

http://www.bharian.com.my/node/115151

banggoi petai said...

Berenti ler ambil rujukan dari bharian tu ...Byak lg sumber yg sahih selain utusan meloya dgn *berita hairan*.. Dan jangan ler balik balik provok Sabah lebih bagus keluar Malaysia ..takde kesudahannya...Ko rasa Sabah mampu ke manage berbilang kaum dengan lagi komposisi Muslim n non yg sama banyak tu klau bukan under Malaysia ...Ko pikir yg sekarang saja busku ...Cuba ko pikir jauh siikit...

sukasamasuka said...

Datuk,

IdrisMdIsa 4:08 PM...

1. "Assalaam SukaSamaSuka...Ayat itu bermaksud tiada paksaan di dalam memeluk agama Islam, bukan orang Islam tidak boleh dipaksa mengamalkan/mematuhi ajaran2/hukum2 Islam oleh pemerintah."


Itu ada la hak saudara, kalau mau paksa agama Islam kepada orang Islam yang lain...seperti sembahyang, berpuasa dsbnya...kamu buat la aku tidak marah.

Asalkan, jangan ada yang berpandai2 mau buat perkara yang sama pada aku atau keluarga aku...itu tidak bolih sama sekali...CANNOT!...NO WAY!

Tetapi, kita banyak undang2 Islam yang dibuat2 untuk menyusahkan orang Islam dan bukan Islam...terutama sekali pada bulan Puasa. Contohnya di Sabah dan Sarawak, ada cara ka kita menentukan si Pulai bin si Pulai itu Islam atau tidak? Kalau ada cara nya, nanti bolih kasi tau aku. Jadi banyak juga Pegawai2 Agama terutama sekali yang dari Semenanjung tangkap orang di bulan Puasa.

Contoh yang paling baik adalah Datuk Seri Idris bin Jala...orang Malaya fikir dia orang Islam, many times he was harassed eating in public during fasting month. Sedangkan "Richard Ashley Brandon Gulik" pula ada lah seorang Islam, tidak kena tangkap. Ini la kerja bodoh namanya.


Betul ka "tiada paksaan di dalam memeluk agama Islam?"..kalau betul, kita baca ini...

Top ‘paper conversion’ of villagers to Islam – Momogun....April 19, 2017, Wednesday.

PENAMPANG: The Momogun National Congress (MNC) has urged the National Registration Department (NRD) to stop the “paper conversion” of poor and illiterate Dusun and Murut villagers to Islam by irresponsible NRD officials without these villagers going through actual conversion to Islam.

source: http://www.theborneopost.com/2017/04/19/top-paper-conversion-of-villagers-to-islam-momogun/

Bagus ka kerja begini?...ini la kerja Kerajaan UMNO/BN...ini kita kena hentikan dengan segera sebab yang malu ada la orang macam aku...dimana mau simpan muka bila jumpa dengan ahli keluarga yang bukan Islam?



2. "Sila baca tafsir Quran, jgn terjemahan sahaja. Islam bukan macam kristian, boleh pilih untuk amal mana yg disukai sahaja."

Itu kena bagi tau pada Datuk Seri I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil...kalau berani la...aku takut.

Sedangkan Mufti2 di Malaysia pun takut...apa lagi aku yang begini.


3. Saya teringat membaca tulisan seorang melayu murtad...in Islam, it's "obey" whilst in Christianity it's "choose". It's by all means a true statement. Para evangelist kristian menggunakan hujah ini untuk memurtadkan ramai org2 Islam. Walau dosa sebanyak mana pun tetap akan masuk syurga asalkan percaya kepada Jesus sebagai tuhan atau nak tuhan sedangkan di dalam Islam terdapat terlalu banyak larangan & tiada jaminan syurga tanpa hisab.


I am not worried too much about these things as many members of our families are Pagans, Roman Catholics, Sidang Injil Borneo, Anglican and what have you. My children have many Non-Muslim friends too. It so normal for us...but, we hardly, or none at all discuss about religious beliefs...we don't really care.

But, we do notice that West Malaysian Malays, especially the UMNO politicians and the Government officers, so particulars about this religions and that religions....tetapi macam "ayam berokok berderai-derai, ekor bergelumang tahi"


I WOULD RATHER HAVE A GOOD NON-MUSLIM LEADER THAN THOSE FROM UMNO AND PAS...ANYTIME!

Zed-85 said...

Saudara sukasamasuka,

Satu masalah yang besar adalah orang menyalahkan agama islam kerana perbuatan setengah orang Islam kunonnya atas nama Islam.

Tidak ada paksaan dalam Islam. Nabi kita berdaawah secara hikmah kepada orang Islam.

Kalau kita tengok di negara barat, contohnya di UK, banyak aktiviti daawah untuk menarik orang bukan Islam untuk masuk Islam.

Ramai yang masuk Islam di kalangan orang putih, orang Afrika dan lain-lain.

Ada orang putih yang beritahu saya, beliau amat janggal dalam sembahyang berjamaah di masjid kerana tidak tahu rukun sembahyang terutamanya duduk tahyat akhir. Tapi semangat untuk belajar ada. Lama kelamaan, saya rasa dapat beliau ikut sembahyang.

Saya pernah tinggal di UK. Walaupun bukan negara Islam, tetapi ada masjid dan tidak ada halangan untuk mengamalkan Islam dan juga menyebarkan Islam. Ramai juga orang bukan Islam yang masuk agama Islam. Mengikut pembacaan saya, ramai juga orang bukan Islam di Amerika yang masuk Islam.

Kita di negara Malaysia, daawah untuk menarik orang Islam tidak banyak. Yang kita sibukkan adalah daawah orang kristian yang perlu dibendung tetapi daawah untuk menarik orang bukan Islam tidak begitu diberatkan. Seolah-olah agama Islam ini milik satu bangsa sahaja.

Ajaran yang dibawa oleh Hadi Awang, pada saya bukan mencerminkan ajaran Islam kerana kalau kita tengok sirah Nabi, perjuangannya bukan untuk menghukum sepertimana yang PAS paparkan.

Sifat akhlak yang ditunjukkan oleh ramai dikalangan orang yang kunonnya digelar ulama dengan mengeluarkan perkataan yang kotor-kotor, ini bukan ajaran Islam.

Saya ambil contoh ulama yang baik seperti Tuan Guru Nik Aziz dan Ismail Kamus. Orang ini betul-betul ikhlas dalam daawah Islam.

Kalau saya berjumpa dengan Ustaz Ismail Kamus, saya akan hormat dan salam, walaupun Ismail Kamus aktif dalam PAS waktu dulu. Kalau Hadi Awang , tak payahlah saya nak hormat, saya buat tak tahu saja.

Kesimpulannya, tidak boleh kita ambil contoh yang tidak baik daripada pembawaan orang Islam dan menyalahkan agama Islam.

sukasamasuka said...

Datuk yang mulia,

Terima kasih banggoi petai 3:51 PM.

1. "Berenti ler ambil rujukan dari bharian tu ...Byak lg sumber yg sahih selain utusan meloya dgn *berita hairan*.."

Itu pertama kali aku guna rujukan bharian...ngam2 terjumpa...minta maaf kalau rujukan itu tidak sahih.


2. "Dan jangan ler balik balik provok Sabah lebih bagus keluar Malaysia ..takde kesudahannya..."

Proses mencantumkan lima buah negara, iaitu Malaya, Singapura, Sabah, Sarawak dan Brunei ada lah lagi susah dan payah.

Indonesia membantah dengan Konfrontasi bersenjatanya. Phillipine dengan tuntutan Sabahnya. Yang paling dahysat ia lah bila rakyat Brunei tidak setuju Sultan menyertai "Malaysia", lalu tercetus la satu Pemberontakan Berdarah Rakyat Brunei dimana rakyat Brunei dibunuh dan yang lain dihalau. Singapura keluar Malaysia selepas dua tahun jadi member. Itu fakta sejarah.

Proses keluar "Malaysia" senang saja. Referendum ala BREXIT...British keluar European Union atau British Exit...bukan mau gaduh gaduh pun...sebab apa?..Immigration is the main issue.

Sabah/Sarawak dua isu saja...agama dan pelajaran.

UMNO dan PAS sudah "bertunang", sikit masa lagi mereka akan "kawin" sebagai suami isteri yang sah...dua kuasa politik Melayu terbesar buat ketika ini...maka Malaya akan jadi sebuah negara Islam...itu hak orang Malaya..tetapi, itu bukan dalam perjanjian Malaysia Agreement 1963...kenapa aku pula yang disalahkan? Bila UMNO/PAS langgar perjanjian kita keluar la, bukan mau gaduh pun, macam Singapura la. Bukan orang Sabah/Sarawak yang mengkhianati dan membelakangi Malaysia Agreement 1963.

English is the Official Language for Sabah/Sarawak, bukan Bahasa Melayu kalau mengikut Malaysia Agreement 1963.

English pun official language di Singapura bukan Mandarin.

Jadi, bila Malaya dengan system pelajaran Bahasa Melayunya yang berteraskan System Islam Wassatiyah ala Najib...untuk mengeluarkan 250,000 Hafis mengikut Zahid...maka itu adalah hak orang2 Malaya...bukan salah.

Sabah/Sarawak dengan British Education systemnya, itu hak orang disini.

Siapa yang suka Bahasa Malaysia/Islam, bolih ke Malaya belajar...dan siapa yang suka British Education system bolih datang belajar ke Sabah atau Sarawak.

Ini la kesudahannya...bukan mau bergaduh atau bermusuhan.

Kenapa education sytem pun kena federlised juga?

Tetapi, kalau UMNO/PAS tidak suka Sabah/Sarawak yang "kapir"...kita halau mereka keluar, bukan susah, macam kita halau Singapura...itu saja.


3. "Ko rasa Sabah mampu ke manage berbilang kaum dengan lagi komposisi Muslim n non yg sama banyak tu klau bukan under Malaysia ..."

Entah la banggoi petai, aku sendiri pun tak tau Sabah mampu ke atau tidak...yang aku tau, aku masih bolih jual mee goreng saja.

Mungkin bolih guna model Australia, New Zealand atau Kanada...negara yang merdeka tetapi geng pula dengan British...atau pun masuk bakul macam negara2 Dunia Ketiga yang lain seperti Zimbabwe, Sri Lanka, Singapura dan Brunei?

Selepas 54 tahun kita kawin, nampak2nya "Malaysia" dibawah UMNO sudah gagal...itu saja yang aku tau.

Kalau UMNO campur PAS, pandai2 la kamu.

4. "Ko pikir yg sekarang saja busku ...Cuba ko pikir jauh siikit..."

Aku tiada apa2 mau fikir pasal hal sekarang, banggoi petai.

I am thinking...just thinking...what is Malaysia in the next 50 years when I am no longer around.

For sure, I don't want UMNO and PAS in that picture for the next generations to come...too corrupt!

UMNO and PAS has to end till my generation only.

In Sabah, UMNO and PAS have no place...its all over!

Jojo said...

Kerana MO1 & geng parti arab, habis semua muslim nampak jahat dan tak boleh jadi pemimpin...

Memang tak guna depa ni!

Tapi yang paling pelik mastermind curi wang rakyat si Jho Low tu sudah jadi muslim agaknya ?

sukasamasuka said...

Datuk,

"SPRM bimbang sikap golongan terpelajar terhadap rasuah...April 20, 2017.

ARAU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bimbang dengan sikap golongan terpelajar terhadap rasuah apabila hasil kajian persepsi mendapati kira-kira 16 peratus pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) sanggup menerima rasuah jika mempunyai peluang dan kuasa, kata Timbalan Ketua Pesuruhjayanya Datuk Shamsun Bahrin Mohd Jamil."

1. Bimbang?

2. Sejak bila SPRM buat kerja dengan betul?

3. Jangan la pura2 bimbang.

4. Kerja SPRM macam "KUMAN SEBERANG LAUT NAMPAK GAJAH DEPAN MATA TAK NAMPAK"

5. Ini la ajaran UMNO untuk anak2 muda Malaysia!

sukasamasuka said...

Datuk yang bijaksana,

Izinkan saya mengulas sikit apa yang ditulis olih Zed-85 8:55 AM.

Satu tulisan yang sangat baik kerana Tuan banyak pengalaman semasa berada di luar negeri...


1. "Saya (Zed-85) pernah tinggal di UK. Walaupun bukan negara Islam, tetapi ada masjid dan tidak ada halangan untuk mengamalkan Islam dan juga menyebarkan Islam..."

Aku pernah nampak di YouTube. Pengalaman Tuan lagi awesome. Sedap hati bila dengar begini dan saya akan ceritakan sama kawan2.


2. "Kita di negara Malaysia, daawah untuk menarik orang Islam tidak banyak. Yang kita sibukkan adalah daawah orang kristian yang perlu dibendung tetapi daawah untuk menarik orang bukan Islam tidak begitu diberatkan. Seolah-olah agama Islam ini milik satu bangsa sahaja."

Saya pun turut hairan juga Tuan Zed-85...apa akan jadi kalau diUK atau bukan negara Islam lain buat macam begini?

Aku rasa macam orang Islam di Malaysia, terutama sekali dibawah naungan Kerajaan PAS di Kelantan dan Kerajaan UMNO di Melaka macam ada satu "inferior complex" terhadap bangsa2 lain yang bukan Islam.

Terasa malu bila dengar ada Pegawai2 Islam yang menceroboh masuk gereja2 dan kuil2 dan "mengharamkan" buku2 agama mereka menggunakan alasan dari perspektif Islam sedangkan mereka bukan Islam...pelik???

Di UK, ada begitu ka?...kalau tidak ada, tak payah jawab Tuan Zed-85 sebab kita sudah tau memang tidak ada.

Mungkin juga kita bolih "jumpa Islam" di UK, bukan disini.

Sebenarnya, Islam tiada di Malaysia!..yang ada "jual Islam" untuk kuasa politik dan wang ringgit.


3. Ajaran yang dibawa oleh Hadi Awang, pada saya bukan mencerminkan ajaran Islam..."

Yang ini Syaitan, dari puak yang suka duduk atas pokok kurma jenis RUU355, berak duit curi...memporak perandakan banyak orang Islam dan bukan Islam.

MO1, kepla segala Syaitan...dipanggil Iblis...satu puak syaitan yang sangat panjang tangannya hingga dapat melilit dunia...adik beradik dengan si Marcus Kepala Tikus.

Durang ini bukan dari puak2 syaitan macam si Botak Chin atau Batang Kali...ini syaitan kecil2 saja...cukup cukup makan, orang bilang...kena timbak sudah mati.

Iblis dan Syaitan di atas itu pula, lut peluru SPRM dan Undang2...bukan main2 punya kuat. Mereka2 ini akan hidup sampai Hari Kiamat seperti yang Dia telah janjikan...mereka beranak pinak sampai Hari Kiamat!


4. Kesimpulannya, tidak boleh kita ambil contoh yang tidak baik daripada pembawaan orang Islam dan menyalahkan agama Islam.

Makna "kita" dalam konteks ini ialah kita orang2 Melayu Islam la. Sebenarnya, setiap kali ada kemungkaran yang terjadi dimana2...contoh nya di France atau di US...dalam hati kita yang kecil ini, sangat2 la mengharap itu bukan kerja orang yang namanya seakan2 nama orang Islam...often than not, we feel disappointed.

Bila "kita" ini maksud nya orang bukan Islam pula, Islam itu dipandang ganas...very oppressive...there is nothing we can do to change that perception.

Label Orang Islam tidak bolih dipisahkan dengan agamanya, Tuan Zed-85. Kalau dipisahkan, nanti dipanggil murtad pula. It's part of the package...take it or leave it....all in one, one in all.

Apa yang MO1 buat dengan PAS itu ia lah Islam...sultan2, mufti2, ustaz2, PDRM, AG, SPRM, Bank Negara, Auditor General dsbnya semua orang Islam...sedap juga kalau ada juga Cina kapir macam LKS, bolih kita hentam kuat2 tetapi semua Melayu, macam mana?

Faqirulkhoir said...

Tolong sikit SPRM dari mengkaji sikap, tolong kaji pengamal risyuah sebenar, insiden risyuah, pecahan mengikut umur, jantina, agama yg 'di anuti', tahap pelajaran, kerjaya dan kecenderongan parti atau 'party affiliations' antara lainnya. Tahap kejayaan pendakwaan termasuk cadangan pendakwaan atau sebaliknya juga hendaklah diambilkira. "Kembimbangan" kamu bukan perkara utama, kerana 'gajah dalam bilik' masih berkeliaran, mutakhir dilaporkan, duit simpan untuk tunai haji, di seleweng lagi.

sukasamasuka said...

Datuk,

"Seperti Perancis lindungi Khomeini, hak Malaysia lindungi Zakir, kata Perkasa...April 21, 2017.

Ibrahim mengimbas kembali keputusan kerajaan Perancis memberi suaka politik kepada pengasas Revolusi Islam Iran, Ayatullah Khomeini, pada 1978 yang melarikan diri daripada penindasan rejim Shah Iran.

Beliau berkata, keputusan sama pernah dibuat Malaysia dahulu.

“Malaysia memberi perlindungan kepada pemimpin Parti Rakyat Brunei. Australia turut memberi perlindungan kepada warganegara dan personaliti tertentu,” katanya tanpa menamakan individu dimaksudkannya." (1)

1. Adooi dogoooo...apa yang kau cakap ni Ibrahim? Kerajaan UMNO dan ulama2 PAS pun tidak cakap sampai begitu sekali, bosku.

2. Imbasan kau tu sudah lari dari fakta...untuk kasi siok orang2 Melayu di kampong saja tu...untuk memperbodohkan bangsa Melayu itu sendiri.

3. Perancis adalah salah sebuah negara demokrasi yang teragung di Eropah...sikit pun tidak ada persamaan dengan Malaysia dari segi kemantapan perlaksanaan system undang2nya...system secular yang mengamal liberalisma yang ulung...dan mereka ini terkenal dengan hidup yang joie de vivre...dimana, simbol nya ada di New York harbour dalam bentuk Statute of Liberty. Sedikit pun kamu tidak ada mengamal sikap yang sedemikian di Perkasa...jauh sekali di Malaysia...minta maaf, tidak ada.

Kerana pendirian sedemikian la, mereka bolih menerima pelarian politik macam Ayatollah Khomeini...seorang Imam Syiah, yang tidak kena kena layan di mana2 negara Islam Sunni yang lain pada masa itu (tiada negara Syiah ketika itu macam Irag sekarang)...nasib ada Perancis, kalau tidak sudah jadi "Atlantuya" olih Savak...Polis rahsia Iran.

Dimaklumkan, Shah of Iran ialah darling orang barat, bukan musuh orang barat, termasuk Peranchis.

Tetapi, Ayatollah bukan ada kes money laundering atau kesalahan jenayah undang2 di Iran masa itu...itu la sebabnya Peranchis sanggup menerima nya.

4. "“Malaysia memberi perlindungan kepada pemimpin Parti Rakyat Brunei"?

Mana ada "Malaysia" la ketika pemberontakan rakyat Brunei itu meletus, bodoh!

Kamu tau ka Ibrahim, siapa pemimpin Parti Rakyat Brunei yang dilindungi di Malaysia?

Potong kepala aku kalau kau tau. Sampai kiamat pun kau tidak akan tau, Ibrahim. Jangan memandai2.

Jangan suka suka buat imbasan...jangan berpandai2 macam tau.

Kalau kau terbaca ini, kau jawab la Ibrahim, kita mau dengar apa yang kau tau.



(1) http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2017/04/21/seperti-perancis-lindungi-khomeini-hak-malaysia-lindungi-zakir-kata-perkasa/

1280 K Tmn Malik said...

Tanya rhino, dia tahu mana RM6.1 bil

Unknown said...

Kah..kah...kah..kah..
Takanlah lebai pon nak menipu!!!!😂😂😂😂🐵🐵🐵🐵🐒🐒

Cikgu Warga tua pesara kerajaan said...

Kleptokrat mencuri dan memberi 90 juta kepada orang alim Pas, inlah kesimpulannya. PAS selamat kerana dia ingat duit itu duit halal dan sumbangan dari kawan baiknya.

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).