A Kadir Jasin
SANG Kelembai menegur lagi. Kali
ini sumpahannya adalah Bandar Malaysia.
[Komen "Anonymous” tidak akan disiarkan.
Tolong guna nama sebenar atau samaran.]
Sekonyong-konyong, penjualan 60
peratus saham projek raksasa itu kepada pakatan Iskandar Waterfront Holdings Sdn Bhd (IWH) dari Malaysia dan China Railway
Engineering Corp (M) Sdn Bhd (CREC) dari negeri China dibatalkan.
Alasannya perjanjian dengan IWH CREC Sdn Bhd luput kerana gagal penuhi syarat pembayaran pembelian
saham walaupun sudah dibagi penangguhan beberapa kali.
Bandar Malaysia di atas bekas
tapak Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia ini adalah antara projek raksasa
di bawah Pelan Transformasi Ekonomi (ETP) Perdana Menteri, (Datuk
Seri I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil) Mohd
Najib Abdul Razak.
Kalau kita masih ingat lagi, ia
adalah salah satu daripada banyak projek “atas angin” 1Malaysia Development
Berhad (1MDB).
Orang yang faham dunia perniagaan tentu terkejut sebab IWH ini adalah syarikat anak emas kerana perhubungan rapat taukenya, Tan Sri Lim Kang Hoo, dengan raja sebuah negeri Melayu.
Lim (kanan) bersama Arul Kanda Kandasamy, Pengarah Eksekutif 1MDB |
Pada 31 Disember 2015, TRX City Sdn Bhd telah tandatangani perjanjian dengan IWH dan CREC. Pada 21 Julai 2016, TRX City Sdn Bhd pindahkan pemilikan dan tanggungjawab 60 peratus saham Bandar Malaysia Sdn Bhd kepada IWH CREC Sdn Bhd.
Dengan pembatalan perjanjian itu, Kementerian Kewangan sekarang pegang 100 peratus Bandar Malaysia.
Putar-Belit
Lawaknya ialah projek gagal tapi TRX kata nilai tapak itu telah naik dengan banyak. Minta maaflah kalau saya kata, saya pelik macam mana nilai tapak naik bila projek terbantut.
Saya syak ini satu lagi tipu-helah untuk naikkan nilai tanah itu dan kemudian jual kepada pihak-pihak lain dengan harga yang lebih tinggi mahal. Silap-silap yang kena bayar harga lebih mahal nanti adalah syarikat tempatan.
Inilah yang 1MDB buat bila dibagi hak istimewa untuk beli harta TUDM itu. Ia naikkan nilai (valuation) berkali-kali sejak ambil alih tahun 2014. Pada masa itu, 1MDB kata nilai wajarnya RM896.8 juta.
Tapi setelah diubah syarat penggunaan dan dirancang jadi Bandar Malaysia, nilainya naik melambung. Misalnya 60 peratus saham yang dijual kepada IWH CREC itu ditaksirkan bernilai RM7.41 bilion.
Dalam ukuran apa pun projek ini adalah sangat besar. Oleh sebab itu saya dapati pembatalan perjanjian dengan IWH CREC sangat mengejutkan dan cetus kecurigaan tentang kerapian kerajaan rancang projek itu dan tujuan sebenarnya.
Bila perjanjian dengan IWH CREC ditandatangani ia diuar-uarkan sebagai projek transformasi yang akan ubah landskap pembangunan hartanah negara dan akan jadi bandar bawah tanah terbesar di luar negeri China.
Cita-cita Besar: Najib ketika lancar Bandar Malaysia |
Tapi dari awal lagi, banyak pihak yang tahu pertikai pemberian projek itu kepada sebuah syarikat kerajaan China dan sebuah syarikat tempatan yang tak begitu terkenal dalam sektor pembinaan dan hartanah negara.
Saya sendiri banyak kali persoalkan pemberian kontrak itu kepada syarikat kerajaan China sebab pada pandangan saya ia perkecil jasa para perajurit dan pesara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang korban nyawa lawan pemberontakan bersenjata Parti Komunis Malaya yang disokong oleh Parti Komunis China.
Saya juga persoal pemberian kontrak kepada syarikat asing sebab pada hemat saya, ada banyak syarikat pembinaan dan hartanah tempatan, termasuk yang dimiliki oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB), Khazanah Nasional Berhad dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), telah buktikan kemampuan mereka majukan projek hartanah bersepadu.
Soalnya pasal apa Kementerian Kewangan tergesa-gesa dan diam-diam bagi kontrak Bandar Malaysia kepada pakatan Cina Malaysia dengan syarikat kerajaan China?
Pasal apa baru sekarang cakap mengenai tawaran terbuka untuk cari pemaju utama yang baru?
Pasal apa baru sekarang Kementerian Kewangan janji akan kenakan syarat-syarat ketat macam rekod pencapaian, kepantasan siapkan projek dan kemampuan kewangan?
Ini bagi gambaran pemilihan IWH dan CREC tak ikut syarat-syarat yang ketat. IWH bukanlah syarikat hartanah yang besar dan lama. Ia baru beberapa tahun diasaskan dan kegiatannya terhad kepada Wilayah Pembangunan Iskandar di Johor.
Kementerian Kewangan kata IWK CREC Sdn Bhd gagal patuhi syarat. Tapi IWK CREC dakwa ia telah patuhi semua syarat. Siapa bohong?
Pasal apa CREC yang dimiliki oleh kerajaan China dan amat disanjung oleh kerajaan kita tiba-tiba didakwa langgar syarat pembayaran?
Apakah ini kerana kerajaan China telah ketatkan syarat bawa keluar modal untuk dilaburkan di luar negara atau ada sebab-sebab lain yang dirahsiakan?
Baru-baru ini kerajaan China telah ketatkan kawalan ke atas pengaliran keluar modal dalam usahanya sekat kejatuhan nilai mata wang yuan.
Kita semua tahu banyak urus niaga yang libatkan syarikat China sejak setahun dua ini ada kaitan dengan usaha bayar balik RM50 bilion hutang 1MDB bagi elak diisytiharkan muflis.
Kroni Mana?
Kita nak tengok siapa akan dilantik jadi pemaju utama (master developer) Bandar Malaysia bagi ganti IWH CREC Sdn Bhd.
Saya tak terkejut kalau China dapat balik projek ini tapi dengan rakan kongsi baru dari Malaysia atau dibagi projek lain yang sama besar sebagai ganti. China kawan istimewa Najib.
Sekitar tahun 2010, syarikat yang disebut-sebut sebagai bakal dipilih memajukan Bandar Malaysia adalah Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dan Malton Berhad. Saya telah menulis mengenai.
Malah ada laporan kata secara dasar Kabinet telah amanahkan pembangunan semula lapangan TUDM kepada 1MDB, LTAT dan Malton tapi tiba-tiba pada 2015 dibagi kepada IWK dan CREC.
Bandar Malaysia asalnya dibagi kepada LTAT? |
Tapi kita kena hati-hati sikit berkenaan Malton. Ikut cakap-cakap pasaram, Tauke Malton (Tan Sri) Desmond Lim Siew Choo sangat rapat dengan orang atasan tertentu dalam kerajaan Malaysia atau isteri orang itu.
Desmond Lim Tauke Pavilion |
Kalau pisang berbuah dua kali tak apalah – banyak hasil. Tapi yang kita takut ialah pemilihan pemaju baru ini pun walhasil balik asal juga; keluar mulut harimau masuk mulut buaya.
Saya tak hairan kalau semua ini adalah mainan pilihan raya umum (PRU) untuk cari duit dan pancing undi macam Najib buat dengan FGV pada tahun 2012. Bagi Najib, duit tunai adalah raja. Dia tak peduli kalau dalam merajakan duit, beban dan bala ditanggung oleh rakyat jelata bergenerasi lamanya.
Wallahuaklam.
15 comments:
najib has gone to China again this week to persuade the chinese party not to back out of the project. im sure he would promise the sun and the moon to them and to hell with all repercussions.
Salam Datuk
Business Politics....it is just a political business.
Keputusan business oleh ahli politik...tak ade yang businessnya...semuanya politik belaka...tapi anehnya wang tetap mengalir disamping huha politik mendabik dada.
Tak ada yang konkrit...apatah lagi manafaat untuk rakyat dan negara....
MO1 empunya segala.
"Soalnya pasal apa Kementerian Kewangan tergesa-gesa dan diam-diam bagi kontrak Bandar Malaysia kepada pakatan Cina Malaysia dengan syarikat kerajaan China?"
Kalau di perhatikan... sejak menjadi PM, segala projek mega yang dilancar Najib, termasuk 1MDB... hanya indah khabar dari rupa dan dibuat secara 'diam-diam'.
Belum termasuk lain-lain 'project' yang di lakukan secara senyap-senyap juga... seperti:-
- ciptaan duit-syiling Baru yang langsung tidak berciri atau bermotifkan semangat 1Malaysia.
- melantik Jho Low (dari TIA) menjadi orang-tengah dalam 1MDB, secara senyap-senyap juga, tanpa berbincang dengan Kabinet dan berhutang bagi-pihak Rakyat tanpa due-diligence.
- menjerumus Malaysia dalam kancah persengketaan Sunni-Syiah dengan menyertai 'Pakatan Negara-Negara Islam Menentang Pengganas' yang diilhamkan Arab Saudi dan menghantar Tentera & asset untuk mnyertai latihan 'Northern Thunder'.
Yang peliknya, Indonesia, Negara paling ramai penganut Islam di Dunia enggan menyertai pakatan ini.
Kadiag, salaam.
Dan terima kasih.
Hang nulih 'sekonyong konyong' yg magnanya ikut kamus besag Indonesia ialah 'tiba tiba'... aku rasa daaak koddd... aku ada baca depa lanjutkan tempoh sepuloh kali, nak bagi orang tong san lunaihkan fulus tapi sampai kesudah, duit tu tak mai mai... kalu cerita lanjutkan tempoh ni sohih, depa dah tau lama dah, saja semunyi kad rakyat kod... lagi pulak kalu betoi, munkin akan kukohkan pandangan yg depa ni memang cemerkap tahap sakan dlm uruih tadbiag negeri.
Aku dok ingat lagi 'coretan' hang dolu pasai 'NAKHODA PENING':
“Suka saya ulangi di sini, sekali layar sudah dikembangkan, apabila sauh sudah dilabuhkan, pantang nakhoda dan anak-anak kapalnya berbalik haluan.”
(Mintak maghap Kadiag, bukan nak kipaih hang, aku kira temuan hang tu orang sorat habag sebut tahap 'scoop'. Tahni'ah.)
Banyak lagi 'cemerkap' depa ni, antara yg menonjoi tu hak Rafizi bongkag pasai duit tabung pencen yg dia kata di 'songlap' pi belanja buat majelih selawat ke ataih Rosulullah S.A.W.
Ada lagi keh duit tabung haji pon macam tu jugak.
Macam mana pon, yg lagi 'cemerkap' jugak, aku rasa la, ramai, rakyat dan orang2 yg pangkat tinggi, gaji besag, kereta pmenjalag, sembang kencang, pertubuhan2 dan jabatan2 macam buat2 tak tau....
sampai tegamak kelepiag keh 'malfeasance' atau basa melayunya kejahatan jawatan ataih semata mata isyu istilah, tergamak ataih isyu 'kesipuan', dan takdak kerosi, malukan orang tua dikhayak ramai..... (dlm isyu 'malfeasance' ni, aku cuba2 'troll' Majelih Peguam, nak tengok kod depa ada kata apa2, tapi tak jumpak pon. Pasai apa no..?)
Tapi nak cerita pasai gamak tak tegamak ni rasa munkin tak payah, munkin tak dak dlm perbendaharaan kata depa.
Sunggoh Kadiag, dlm hidop yg seadanya ni... aku ingat pernah jumpak orang jenih ni....
Dlm pada tu, nak habag mai, ada lagi orang diMalaya yg makan nasik dgn kichap saja...lepaih tu menyusu anak dgn susu badan...
Mintak maghap no, kod ada salah silap.
Aku.
Datuk,
"Kementerian Kewangan kata IWK CREC Sdn Bhd gagal patuhi syarat. Tapi IWK CREC dakwa ia telah patuhi semua syarat. Siapa bohong?"
1. Ba, apa ini Datuk?
2. Macam pernah kita dengar tau.
3. Jangan jangan IWK CREC sudah patuhi semua syarat tetapi melalui "Kementerian Kewangan BVI" macam al-kisah Aabar BVI...pelanduk dua serupa...atau, skim cepat kaya Pak Man Telo
4. Kalau dulu MO1 lenyapkan duit dalam Aabar BVI...sekarang MO1 yang siok siok duduk atas "Kementerian Kewangan BVI" yang lenyapkan duit.
5. Berapa banyak IWK CREC sudah bayar kita tak tau.
6. Apa cerita pun, MO1 akan bayar juga pakai duit rakyat sebab dia duduk atas duit rakyat.
7. Untuk tutup cerita, tidak mustahil, MO1 akan minta maaf dan settle semua duit IWK CREC.
8. Kemana duit IWK CREC yang bayar "Kementerian Kewangan BVI"?
9. Duit itu akan "appear" sebagai "derma sumbang kasih sayang Arab 2.0" menjelang PRU14 yang akan datang ini.
10. Aku baru balik dari hutan tempat "kuda makan tembaga", dimana orang2 asal disana yang jual hasil rotan liar dan kulit kayu bakau kata UMNO sudah mati tempat mereka. Ada harapan la bangsa Sabah kali ini.
Harapan sudah sedia ka tubuh kerajaan baru di Malaya?
Kadiag, salaam.
Ni kali ke3, aku naip 'coretan' aku ni... asyik hilang saja...(kemunkinan jugak 'coretan' ni terbit bekali kali, sebab 'teknikal' tu).
Mola2 aku nak terima kasih kad hang pasai 'posting' hang ni yg singgong keh lapangan terbang Sg. Besi.
Sayup2 aku ingat satu masa dolu, aku pi sana nak jadi juruterbang pesawat 'caribou'...
No.2, hang guna kata "sekonyong konyong"...yg dlm kamus besag Indonesia bagi magna "tiba2".
Aku rasa "sekonyong konyong" kena kad kita saja, pasai 'orang dalam' munkin dah tau lama dah, yagni kalu sohih satu berita aku terbaca yg penangguhan dah dibagi sepuluh kali dah kad orang tong san tu, tapi fulus tak mai mai jugak...
Munkin depa sorok pekara ni sebab kalu tau kad rakyat, munkin makin kukoh kerajaan nampak 'cemerkap' dlm tadbiag uruih negeri.
Masih segag ingat aku 'coretan' hang pasai 'NAKHODA PENING' tak lama dolu (dekad ulangtaun merdeka 2015(?)) 'scoop' pasai layag dikembang dan sauh dilabuh ka apa ka....kalu kita pandang ke belakang (orang kompeni hindia timog kata "on hindsight..."), bukan setakat penin saja Kadiag, tapi "up" sikit, lerah mabuk kod.....
Takat tu saja Kadiag, 'cemerkap' depa dah masyhog dan dah jenuh riwayat... tapi antara yg paling biadap kalu benag cerita Fizi yg duit selingkoh depa guna buat majelih selawat.
Wallahua'lam.
Mintak maghap, no , kalu telanjog basa atau apa2 ka...dan sekali lagi, terima kasih banyak no.
Aku
Unknown,
How do you know?
Datuk,
The complex financial scandals are not fully understood in Kenny Hills, let alone Kemaman.
No doubt MO1 will do the necessary pre-PRU songlap from whatever source (has has many.)
That is his job - he is a thief; he was born to steal.
The Opposition must do its own job, ie get its act together.
Yet there are still endless dramas, no manifesto and no direction.
y now there should be a building of momentum.
There should be some fire, especially from the young leaders across the parties.
I feel a real lack of co-ordinated effort.
Hence the two Umno parties (merah & hijau) have little to fear right now.
Pepatah melayu kata, “Menang sorak kampong tergadai.”
Dekat sini bukan tanah kampong yang tergadai tapi tanah bandar.
Tanah kampong murah aja.
Kita boleh guna perkataan “gadai” kerana tanah pengkalan udara yang milik rakyat dibeli dengan harga sekian banyak dan dijual berlipat kali ganda untuk kambus hutang.
Yang dijual pulak, dalam banyak-banyak negara, pada negara komunis China.
Kalaulah kita buat perbandingan dengan Singapore.
Tanah kita di Tanjong Pagar, kita boleh anggap tanah milik kita kerana perjanjian pajak yang dibuat British begitu lama iaitu 999 tahun.
Singapura menggantikan tanah Tanjong Pagar dengan tanah lain dalam bandar Singapura yang sama nilainya.
Dengan ini , rakyat Singapore tak rugi apa-apa.
Kita pulak jual tanah rakyat di tengah bandar yang berdaya maju dan tak sampai sepuluh tahun dijual balik berlipat ganda.
Rakyat Malaysia rugi. Siapa yang untung agaknya?
Pepatah melayu kata, “Menang sorak kampong tergadai.”
Dekat sini bukan tanah kampong yang tergadai tapi tanah bandar.
Tanah kampong murah aja.
Kita boleh guna perkataan “gadai” kerana tanah pengkalan udara yang milik rakyat dibeli dengan harga sekian banyak dan dijual berlipat kali ganda untuk kambus hutang.
Yang dijual pulak, dalam banyak-banyak negara, pada negara komunis China.
Kalaulah kita buat perbandingan dengan Singapore.
Tanah kita di Tanjong Pagar, kita boleh anggap tanah milik kita kerana perjanjian pajak yang dibuat British begitu lama iaitu 999 tahun.
Singapura menggantikan tanah Tanjong Pagar dengan tanah lain dalam bandar Singapura yang sama nilainya.
Rakyat Singapore dapat tanah Tanjong Pagar, kita dapat tanah lain yang sama nilainya di pusat bandar Singapore.
Dengan ini , rakyat Singapore tak rugi apa-apa.
Kerajaan kita pulak jual tanah rakyat di tengah bandar yang berdaya maju dan tak sampai sepuluh tahun dijual balik berlipat ganda.
Rakyat Malaysia rugi. Siapa yang untung agaknya?
This Kelembai is just like many of the people coming to this blog --- LOSERS. People who are sore they cannot get rent-seeking projects anymore.
Kelembai tried to shake out the MRCB boss. Then suffered a humiliating exposure in the court. "Funds for the GE"? Mahathir and his cronies of thieves did far worse!
Di khabarkan , Najib akan ke Negara Cina untuk membuat lelongan semula Bandar Malaysia . Di khabarkan juga , syarikat terbesar Cina yang di terajui olih individu terkaya di sana , Wanda Group akan menjadi pemilik bersama Bandar Malaysia .
SHAH ALAM: Timbalan presiden PKR hari ini berkata tiada keutamaan untuk mengumumkan calon pakatan pembangkang untuk perdana menteri kerajaan baharu sehingga selepas menang pilihan raya umum.
Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata demikian ketika ditanya mengenai bekas menteri undang-undang, Datuk Zaid Ibrahim, yang mempertikaikan keengganan Pakatan Harapan menamakan calon perdana menteri mereka.
“Siapa jadi perdana menteri kita tunggu menang dahululah. Menang pilihan raya umum terlebih dahulu,” katanya ketika ditemui pemberita di suatu majlis di Pusat Konvensyen Shah Alam hari ini.
“Setiap parti, setiap individu mempunyai daya tarikan masing-masing, ada kekuatan masing-masing. Bagi saya, kita tumpu dan garapkan semua kekuatan.”
Datuk,
Is this how voters think?
The PM is the face of the party.
So people who know whom they are voting for.
Of course, MO1 can dedak and bribe his way.
People are voting for money, not for a person.
What about PH?
nice posting
Najib sapu duit deposit atas nama bandar Malaysia,bg blk duit guna MOF,pi lelong kat org lain pulak..niaga haramjadah..menipu saja.
Post a Comment