A Kadir Jasin
KALAU boleh saya meminjam
ungkapan bahasa Inggeris dan menterjemahkannya ke dalam bahasa Melayu bolehlah
saya katakan bahawa banyak air telah mengalir di bawah jambatan di muktamar Pas
ke-63 baru-baru ini.
Muktamar Pas di Kedah 29 April-1Mei lalu |
Dalam bahasa Inggeris, ungkapan itu berbunyi "A lot of water has flowed
under the bridge."
[Komen "Anonymous” tidak akan disiarkan.
Tolong guna nama sebenar atau samaran.]
Banyak perkara dan hal diperkatakan, dibincangkan dan diputuskan dalam persidangan di Kota Sarang Semut berhampiran Alor Setar itu.
Soalnya sekarang, adakah keputusan yang dibuat di muktamar itu muktamad dan pimpinan baru yang dipilih di persidangan itu berbeza daripada yang sebelumnya?
Mungkin tidak kerana ada
proses-proses lain yang terpaksa dilalui sebelum ketetapan-ketetapan itu
dikuatkuasakan dan kepimpinan baru pula tidaklah homogen dan monolitik.
Pas adalah antara parti politik
paling banyak lapisan hierarkinya. Ada Muktamar, ada Majlis Syura, ada
Mursyidul Am, Dewan Ulama, barisan kepemimpinan, Dewan Muslimat, Dewan Pemuda
dan banyak lagi cabang yang tindih menindih dan sokong menyokong.
Di sebalik baju Melayu dan
ketayap, jubah dan serban terdapat pelbagai pandangan dan pendekatan yang
kadang kalanya umpama langit dengan bumi. Dalam kata lain, Pas adalah parti
dalam parti.
Walaupun perwakilan dan pemimpin
Pas mempamerkan sikap keras berkaitan kerjasama dengan parti-parti lain namun
ia bukanlah sesuatu yang dipahat di atas batu dan tidak boleh diubah.
Masih Ada Unsur Pragmatik
Masih Ada Unsur Pragmatik
Sekalipun banyak tindak-tanduk,
pidato serta retorik Pas sukar didalami dan difahami namun saya yakin Pas
tidaklah dangkal atau keras seperti dipamerkan.
Tentunya setelah kebakaran
semangat dan tunjuk berani (posturing) di Muktamar reda, kepemimpinan Pas
terpaksa berfikir secara lebih rasional mengenai kelangsungan (survival) parti
mereka.
Walaupun mereka bercakap besar di khalayak tentang kekuatan Pas, realitinya mereka tahu bahawa Pas lemah apabila bersendirian. Banyak kajian bebas dan analisis mengatakan Pas akan kalah teruk dalam pilihan raya umum akan datang jika ia bertanding bersendirian.
Walaupun mereka bercakap besar di khalayak tentang kekuatan Pas, realitinya mereka tahu bahawa Pas lemah apabila bersendirian. Banyak kajian bebas dan analisis mengatakan Pas akan kalah teruk dalam pilihan raya umum akan datang jika ia bertanding bersendirian.
Kecuali Pas sudah mengambil
sikap bunuh diri atau menjadi “suicidal” – tidak mahu hidup lagi – ia terpaksa
menimbang semula pendiriannya.
Macam mana benci sekalipun Pas
terhadap Pakatan Harapan (PH) kerana kehadiran Parti Amanah Negara (Amanah) dan
Parti Tindakan Demokratik (DAP) di dalamnya, Pas terpaksa mengakui bahawa
kekuatan PH lebih besar daripada kekuatannya.
Bayangkanlah, kalau PH pun
mendapati sukar menandingi kekuatan wang dan jentera Umno, bagaimana agaknya
Pas yang bersendirian?
Suka atau tidak – kecualilah Pas
telah sebulat suara memilih jalan kemusnahan – ia terpaksa memilih untuk berpakat
sama ada dengan PH atau Barisan Nasional.
Atau ia boleh cuba menjalin
kerjasama bersaingan dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Pribumi
Bersatu Malaysia (PPBM) bagi mengelak pertandingan pelbagai penjuru.
Walaupun Pas sudah lafaz talak terhadap
PKR dan DAP di peringkat pusat, di Selangor ia masih bersekedudukan dengan
kedua-dua buah parti itu dalam kerajaan negeri.
Melainkan Pas secara diam-diam
telah menjalin hubungan sulit dengan BN dan memperoleh sumber kewangan baru
yang besar, ia memerlukan rakan kongsi yang ada kemampuan kewangan dan
berpotensi untuk menang.
Bersendirian Pas akan kalah
teruk. Perjuangan Islamnya selama ini akan tinggal nama saja. Jadi yang mana
lebih baik bagi Pas – berpakat dengan parti-parti PH atau BN?
Jarum Beracun Umno
Pas benci kepada Amanah kerana
parti baru itu adalah serpihan Pas. Tapi perwakilan Pas sendiri yang menolak
pemimpin-pemimpin yang kini menganggotai Amanah. Pas mahu menjadi parti yang khusus untuk golongan agama.
Berkenaan DAP pula, Pas sudah
termakan racun dan masuk perangkap Umno apabila ia berpecah dengan DAP. Pas
takut kepada kempen Umno yang menuduhnya mengkhianati Melayu dan Islam kerana
bekerjasama dengan DAP melalui Pakatan Rakyat. DAP pula renggang dengan Pas
kerana takutkan kempen MCA yang kononnya ia mengorbankan kepentingan orang Cina.
Apa yang tidak disedari atau jarang
diperkatakan adalah DAP berupa parti pelbagai kaum sedangkan MCA adalah parti
perkauman eksklusif orang Cina. DAP tidak pernah tuntut jawatan Timbalan
Perdana Menteri, tetapi MCA mahu jawatan itu. DAP tidak bekerjasama dengan
Parti Komunis China (PKC), tapi MCA sudah jadi abang-adik dengan PKC.
Pendapat umum ialah ahli dan penyokong akar umbi Pas
akan memberontak jika pemimpin mereka berpakat dengan BN.
Presiden Pas, (Datuk Seri) Haji
Abdul Hadi Awang mungkin sehati sejiwa baju sewarna dengan Perdana Menteri, (Datuk
Seri I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil) Mohd
Najib Abdul Razak, tetapi bagi ahli dan
penyokong akar umbi Pas, Umno adalah musuh hidup mati mereka.
Hal yang sama akan berlaku
dengan ahli dan penyokong akar umbi Umno kecuali yang makan dedak. Permusuhan
antara mereka terlalu lama, sengit dan mendalam untuk berpelukan semata-mata
kerana Abdul Hadi dan Najib berpelukan.
Najib dan Abdul Hadi sehati sejiwa baju pun sewarna |
Kalau Pas dan Umno bergabung,
siapa akan mempengaruhi siapa? Pas akan mengalimkan Umno atau Umno akan mengkorupsikan
Pas?
Hatta parti-parti bukan Melayu
dan bukan Islam dalam BN pun, khususnya di Sarawak, akan menolak kerjasama
dengan Pas berdasarkan penentangan mereka terhadap Rang Undang-undang
Persendirian Haji Abdul Hadi (RUU355) baru-baru ini.
Pilihan bagi Pas adalah sukar dan
sempit. Bersendirian, ia akan kalah teruk dan memberi kemenangan percuma kepada BN.
Menyertai PH, ia akan dituduh menjilat semula ludahnya dan akan dijadikan modal
fitnah oleh BN.
Namun jalan selamat masih separuh terbuka bagi Pas. Caranya
adalah dengan menjalin kerjasama dengan salah satu parti anggota PH atau lebih,
misalnya dengan PKR dan PPBM atau kedua-duanya sekali.
Kalau kerjasama ini tidak boleh dilakukan di seluruh negara setidak-tidaknya
pun di beberapa buah negeri.
Wallahuaklam.
19 comments:
Salam Tok
Selamat menyambut ramadhan karim
Selamat berpuasa moga Allah sejahterakan Tok seisi keluarga...
Lama kita makan di kOPI tiam kliney
"Bagi Saya Pas berjaya meimarakan dan menceriakan proses demorasi politik tanah air..
PAS MENJADI PARTI PENENTU"
Salam Tok
Dr M : We dont need PAS to win election....ki ki ki
PAS agaknya sudah terperangkap kerana dah makan dedak 90M. Mahu tak mahu kena berkerjasama juga dengan UMNO. Hadi pun ada berterima kasih dengan UMNO kerana menolongnya pasal RUU355.
Kalau PAS bungkus kali ini kerana berbaik dengan UMNO pada saya itu adalah satu rahmat. Kalau UMNO turut kena bungkus 2 kali rahmat!
Pas sudah celaru harubiru kerana dipimpin oleh golongan yang syok sendiri dan emosional.
Kesian wala'un wala'un di kampung dan desa ditipu oleh ejen ejen umno/bn dalam PAS.
Sallam DAKJ,
Ha ha ha konsortium negara China yang di uar uarkan akan memmbangunkan Bandar Malaysia (bekas pengkalan TUDM sg Besi ) sudah tarik brek, begitu juga IWK Iskandar Waterfront Konsortium. Bagi kelonggaran bayar balik 10 kali pun mereka enggan terima, sekarang Najib nak cari mana duit nak bayar IPIC ? RM 7.4 billion sudah hangus. Projek rumah mewah atas tanah tambak pun munkin terbantut kerana Negara China sudah tarik brek juga rakyatnya beli hartanah di luar China. Semua sudah jadi carca marba. yang pasti GST akan dinaikkan untuk tampung hutang !MDB.
Kita yang di bawah ni tanggung sajalah kerenah penyamun terbesar dalam sejarah dunia masa kini. Untuk Parti Pas harap bersolat sunatlah seluruh negara mohon Allah bawa Malaysia keluar dari kemelut ini, Ia lebih afdal daripada memaki hamun parti yang tak sehaluan dengan mereka. Sedarlah bahawa BN hanya memperalatkan PAS untuk memenangi PRU 14. Pas tak munkin dapat memerintah Malaysia dengan kerusi di bawah had majoriti 111 melainkan bersama BERSATU dan PKR. Tepuk dada tanya selera, wang bukan segala galanya malahan bala.
Wallahuklam.
anda adalah serpihan UMNO. didikan kami dalam pas berbeza,maaf. pas tidak perlukan orang seperti anda
2004 barisan altenatif, pembangkang kalah terok, 2008 tiada pakatan dibuat
, pembangkang hampir menawan putrajaya... pakatan rakyat wujud selepas pru12... jadi tak mustahil kalau sendiripun boleh berjaya.. ahli umno takkan sama sekali undi PH sebab ada dap, tapi sebab bencikan najib takmustahil undi itu diberikan pada pas.
Najib istirehat kat Sg. Buloh berganda lagi rahmatnya bro.
Kadiag, salaam.
Mola2 aku ingat hang nak nulih pasai Mat Tehag caj "malfeasance" (kejahatan jawatan) ataih orang tu di mahkamah depa, ropanya pasai orang buat majlih di Kota Sarang Semut. Manasabah jugak pasai dekat dgn kg. hang di Pendang City. Dekat jugak dgn Simpang Empat Kangkong yg untuk aku penoh dgn ayag mata dolu2. Mengelamun jugak pd satu masa aku sesat di satu gurun dekat Tenant Creek di tengah2 Ostolia. Di situ pon ada kota sarang anai2, bebarih barih (tak salah aku setinggi 2 meter) tesusun rapi ikut arah (alignment) utara selatan. Malam nya bukan main sejuk, mujog la banyak ranting2 kering beselerak aku dapat kumpoi dan dlm beg sandang aku ada kotak macih cap 'flying man' dari Taiping Match Factory, kalu tidak munkin 'hypothermia' aku.
Balik pd parti agama, nak habag mai aku memang tekejut 'berok' bila depa kenunnya buat sumpah kalu dilantik ataih tiket parti, paih tu keluag parti bini tecerai talak tiga. MasyaAllah.... aku pon renggang dgn parti tu sunggoh pon aku kamcheng dgn arwah Ust. Fadzil dan TG Nik Abd. Aziz dan guru2 pondok2 di utara Malaya. Lepaih depa ni balik ke rohmatullah, parti tu jadi kalang kabut sakan. Maki hamun, dan "Cirit di mulut" jadi pekara besa. Ropa2 nya dlm parti tu pon ramai pelakon2... tapi Allah maha besag, aku teringat ayat2 last dlm suroh al Sajdah yg maksud dia lebih korang :
Oleh itu, janganlah engkau hiraukan mereka, dan tunggulah (kesudahan mereka), sesungguhnya mereka pun menunggu (kesudahanmu).
(As-Sajdah 32:30) (dari Surah.my)
Wallahua'lam.
Pd aku depa ada masa lagi macam hang nulih, samada nak teruih besatu dgn PKR atau sokong parti Pribumi ... tapi buat masa laa ni, dgn pimpinan yg dok ada, kemungkinan tu macam sukag.
Bagi pihak kita, yg hang nulih banyak ayag dah mengaliag bawah jambatan, aku rasa 'metaphor'nya tak berapa tepat, munkin lebih tepat atau sebenagnya 'jambatan' tu hanya satu 'igauan' dan tak pernah ada, laa ni dan dlm masa yg suntok ni, kita bulatkan tekad dan turun bejuang habih habihsan.
Maghap no.
Aku
Datuk,
1. Dilemma politik PAS bukan dilemma Melayu...atau pun dilemma Islam.
2. Melayu tak perlu PAS untuk survival bangsa...malahan tidak ada PAS pun, Melayu tetap ada juga.
3. Kalau itu pasal Melayu, apa pula pasal Islam itu sendiri? Tak kan selepas 1,400 tahun, Islam perlukan PAS pula untuk survival...dan sejurus itu juga, bukan nya PAS yang membawa Islam ke Tanah Melayu dan ke Nusantara ini...not now, not in the next 1,400 years!
4. Islam juga bukan pasal PAS bawa usul RUU355...itu omong2 kosong saja, Pak...sekadar hiasan luaran saja itu....orang bilang,laungan2 kosong dimusim pilihanraya saja, bila mana UMNO hanya tumpang sekaki.
5. Islam itu juga bukan "pakaian luaran" ...serban nya...jubahnya...janggut nya...celak matanya...dan ketayapnya....itu kan hal2 sunatnya saja, bukan "Islam"nya...sebab, kalau itu saja yang dicari, lagi senang pergi saja la dimana2 kedai dan pasar gantung, banyak jual murah2....malahan ada orang gila dekat station bas pakai begitu...orang Arab kafir gembela babi di Egypt pun pakai begitu...hantu dan jembelang pun sama juga.
Jadi yang orang2 PAS pakai itu adalah budaya orang2 Arab, bukan juga Melayu dan bukan juga "Islam"...tetapi kalau ada orang PAS yang berketurunan Arab, itu memang pakaian nenek moyang dia la.
Lilitan serban putih si Hadi tu style keturunan dari puak Arab yang mana satu?...itu bukan Saudi...bukan Yemen...bukan juga Irag...dan, memang bukan Palestinian Arab...NO...NO...NO.
Jangan suka2 hati pakai lilitan serban kalau tak tau hujung pangkalnya, ya habibi...sebab penjual daging babi di negara Arab pun pakai serban juga!
Ini dilemma Islam dalam PAS kalau kita mau tau...cakap Arab saja belum cukup.
6. Jadi, apa ka Dilemma Survival PAS itu, Datuk?
Pasal Islam?...berapa ekor saja orang Islam dalam PAS?
Pasal bangsa Melayu?...Melayu yang macam mana?...macam yang mengamal budaya Melayu atau yang macam berbudayakan suku kaum Arab?
Pasal kuasa?...PAS kata hanya orang Islam saja yang bolih jadi Perdana Menteri Malaysia...macam la "Malaysia" ini bapa si Hadi yang punya!...pemikiran orang makan taik hidung!
atau....atau dilemma yang satu ini, ya habibi...ia-itu
7. "Dilemma Fulus"?
8. Fulus talks, Datuk...said and done!
9. UMNO ada fulus, Harapan ada apa?
10. Itu la Dilema Kelangsungan Pas pada saat2 menjelang PRU14!
Ehhh. Kami pun tak perlu hamPAS....
Hardy Bawang dah biul, pengikut dah bhang tabiat nak mamposs
Saya percaya ada org melayu yg berilmu yg diberikan oleh tuhan ttg risalah allah. Semuanya petunjuk jln lurus ada dlm rukun iman. Ini lah risalah allah bukanya ikut rukun islam.
Rukun islam hanya disiplin hidup utk kaum arab sahaja. Rukun islam ini adalah syariat dari nabi. Tak ikut tdk menjadi masalah. Sbb nabi buat rukun islam pun disebabkan kaum arab ingkar dgn petunjuk di rukun iman yg disampaikan oleh nabi.
Rujuk ayat 4 ali imran, sebelum al quran jadi petunjuk, ada satu la furqan diturunkan utk bezakan yg haq dan batil.
Setakat ini saya tidak nampak ulama pas menyampaikan furqan pun...yg banyaknya ikut budaya arab...berlebih lebih dlm agama...mereka hanya perolehi sebahagian ilmu je...
Perkara2 dlm rukun iman ulama pas gagal nak jangkau pun...mereka tidak diberikan pengetahuan....
Kalau mana mana ulama dapat sampaikan furqan iaitu melerai rahsia dlm rukun iman, saya percaya islam itulah agama terbaik yg mempunyai petnjuk jln yg lurus....
Kalau tak mahu sokong kenapa perlu bercakap tentang mereka. Adakah parti yang kita sokong itu bersih dan Dato yakin pemimpinnya telus dan inigin membela agama, bangsa & negara. Tak perlu memburukkan orang lain Dato untuk mendapatkan sokongan tunjukkan apa yang kita boleh untuk membantu rakyat . Itu lebih baik.Maafkan jika saya bersalah, saya seperti rakyat lain inginkan pemimpin yang dapat menaikkan martabat agama,bangsa & negara. Sesungguhnya Allah yang menetukan segala
Yang baik hanya PH. BN & Pas semuanya tak boleh pakai. Harap-harap betullah ya. Semua rakyat mengharapkan yang terbaik jangan pula harapkan pagar, pagar makan padi ya Dato.
Sallam Dato’
Punca masalah antara Pakatan dan PAS pada pendapat saya adalah kerana matlamat dan tujuan Pakatan dan PAS berbeza.
Pakatan hendak mengubah kerajaan dan menggantikan BN, tetapi PAS tidak berniat untuk ubah kerajaan.
PAS bertanding 80 kerusi tak cukup untuk mengubah kerajaan. Sekurang-kurangnya 112 kerusi diperlukan untuk mengubah kerajaan.
Kalaulah matlamat tak sama maka susah untuk berbincang dengan PAS.
Ini umpama PKR, DAP, Amanah dan PPBM naik bas mahu ke putrajaya. Tetapi lebai-lebai PAS tak mahu ke Putrajaya tetapi mahu ke Kota Bahru. Ini yang jadi masalahnya.
Cabarannya adalah mengajak lebai-lebai PAS bersama-sama ke Putrajaya.
Saya rasa sebaik-baiknya Pakatan dapat buat tumpuan di Kelantan dengan menawarkan yang lebih baik kepada rakyat Kelantan.
Pakatan boleh menawarkan kepada rakyat Kelantan biasiswa, royalti dan lain-lain yang mana PAS tidak boleh.
Sekiranya Pakatan lebih diterima di Kelantan, sudah tentu PAS akan lebih rasioanal dan terbuka apabila berunding.
Macamanapun, PAS tidak akan melepaskan negeri Kelantan. Kemuncak kepada usaha PAS iaitu RUU355 tidak berguna kalau PAS hilang negeri Kelantan.
Hang ni dok mimpi lagi ka ? PAS dgn UMNO atau bersendirian tetap kena bungkuih PRU 14 nanti. Tak caya ? Sama sama lah kita tunggu tengok...
Maki hamun cakap kasar adalah asam garam Pas..
Tentu ramai yang masih ingat bagaimana kasarnya bahasa yang digunakan oleh Pas dulu pada Umno..
Hari ini bahasa kasar Pas mula pula pindah ke PH sama ada kepada PKR BERSATU apatah lagi AMANAH dan DAP..
Tindak tanduk Pas sekarang menjadikan orang bukan Islam di Malaysia semakin jauh pada Pas.. malah pada pandangan saya orang bukan Islam sedikit demi sedikit percaya Islam versi Pas condong ke arah kekerasan.. tak ada sifat2 daei dan mengajak menyampaikan Islam dengan hikmah..
Dalam pilihanraya pula mereka rela kalah.. kalau begitu apa gunanya undi Pas..
salam Dato,
tukar topic sekejap. sunday times hari ini ada iklan property NSTP di JB dan Trengganu up for sale or lease. dah teruk sangat ke Media prima group sekarang?
Sallam Dato’
Berita terbaru dalam media, Tuan Ibrahim Tuan Man akan dihantar oleh PAS ke luar negara untuk menjaga kebajikan rakyat Malaysia di luar negara.
Mustafa Ali, telah digantikan jawatannya dengan orang lain. Begitu juga, PAS Selangor, Iskandar juga telah digantikan.
Mula-mula golongan professional ditewaskan. Kemudian orang-orang di atas.
Kalau tidak silap, orang-orang ini yang diajak berbincang dahulu dengan PPBM.
Saya setuju dengan pandangan Rafizi bahawa Pakatan harus bersedia untuk lawan 3 penjuru.
Saya rasa baik juga diadakan forum oleh bijak pandai berkenaan parti politik untuk PRU14 kerana dinamiknya agak berbeza dengan PRU13.
Berkenaan dengan kelangsungan PAS, saya rasa tidak penting.
PAS yang berwajah baru ini, saya rasa lebih baik tamat hayatnya lebih awal kerana setakat ini tidak memberi manfaat kepada rakyat Malaysia.
Rakyat Malaysia boleh mendapat lebih banyak manfaat dengan daawah dan pengajian dari Masjid dan pusat pengajian.
Ini jauh lebih baik daripada politik PAS yang penuh dengan perkataan kotor, kafir mengkafir, sumpah menyumpah dan lain yang tidak baik.
Post a Comment