A Kadir Jasin
FRASA yang digunakan
oleh Pakatan Harapan (PH) dalam kenyataan akhbarnya selepas
mesyuarat Majlis Presidennya pada 28 Ogos lalu ialah “tidak akan bekerjasama
dengan PAS dalam Pilihan Raya Umum ke-14”.
Pakatan Harapan sekata tidak bekerjasama dengan PAS |
Itu adalah bahasa
lembutnya. Dalam pengertian sebenar, maksud yang hendak disampaikan ialah mustahil
bagi PH kerjasama dengan PAS.
Hatta parti-parti dan
pemimpin-pemimpin PH yang bersedia tertolak ansur dengan PAS pun akhirnya mengaku
kalah. Pendirian luar biasa pemimpin-pemimpin PAS membingungkan mereka.
[Komen "Anonymous” tidak akan disiarkan.
Tolong guna nama sebenar atau samaran.]
Kelmarin cakap lain.
Hari ini cakap lain. Esok entah apa akan dicakapkan. Lain pemimpin lain
cakapnya. Malah pemimpin yang sama pun bertukar cara dan selera mengikut apa
yang lebih popular dan selesa.
Mohon maaflah kalau saya
kata, amat sukar membezakan yang mana satu cakap orang agama dan yang mana satu
cakap gedebe politik.
Ramai pemimpin PH pada
awalnya memberi muka kepada PAS. Malah ada beberapa orang yang sanggup berjumpa,
berbincang dan bersetuju itu dan ini dengan PAS.
Dalam proses itu mereka mengorbankan
kelancaran, perluasan dan perjalanan PH.
Parti Pribumi Bersatu
Malaysia (PPBM) misalnya menangguhkan keputusan menyertai PH kerana mahu
memberi masa dan peluang kepada PAS membuat kata putus.
Penyokong kerjasama
dengan PAS dalam PKR dan PPBM mengambil risiko kerana bukan semua dalam parti
mereka mahu bekerjasama dengan PAS. Malah ramai yang daripada awal lagi menolak
kerjasama dengan PAS.
Setelah melihat perceraian
dalam rumah tangga PAS pada Muktamar
2015 yang disusuli dengan cerai talak tiga dengan DAP dan perpisahan tanpa
talak dengan PKR, ramai pemimpin PPBM berasa adalah sukar menjalin kerjasama dengan
PAS.
Namun begitu, sampai
hari ini pun masih ada sisa-sisa harapan bahawa PAS boleh dibawa berunding. Pintu
rundingan mungkin sudah tertutup tetapi, seperti kata sesetengah pemimpin PH,
tingkap masih terbuka.
Dalam politik tidak ada
istilah mustahil. Misalnya, PAS boleh berpecah mengikut negeri dan menjalin
kerjasama dengan PKR atau PPBM.
Misteri Agamawan
Saya yakin banyak orang
dan pihak cuba mendalami dan memahami apa yang sebenarnya berlegar di dalam
benak kepimpinan PAS yang kini didominasi oleh golongan agama.
Walaupun saya sudah
mengenali PAS sejak zaman remaja saya pada tahun 1960-an, ikhlas saya katakan
bahawa adalah lebih rumit memahami tindak-tanduk agamawan PAS daripada memahami
golongan bukan agama yang telah ditendang keluar pada pemilihan pucuk pimpinan
2015.
Muktamar PAS 2015 tolak kepimpinan profesional |
Mungkin saya terlalu jahil
untuk memahami roh suci agamawan PAS maka saya keliru dengan usik-mengusik dan
cinta berahi yang semakin semerbak di antara ketua-ketua PAS dengan para
pembesar Umno/Barisan Nasional.
Saya faham tindakan
agamawan PAS menggunakan ortodoksi dan retorik agama untuk menyingkirkan
golongan profesional. Mereka berasa terancam oleh kecanggihan golongan ini dan peningkatan
pengaruh mereka di kalangan ahli dan penyokong parti.
Selepas kematian Tok Guru (Datuk Seri) Nik Abdul Aziz Nik Mat pada bulan Februari 2015,
golongan agamawan PAS yang diketuai Tuan Guru (Datuk Seri) Abdul Hadi Awang bimbang
mereka tidak dapat lagi mengawal golongan profesional yang semakin berpengaruh.
Kumpulan profesional
ini amat berjaya menjalin kerjasama dengan parti-parti Pakatan Rakyat (PR) dan pada
masa yang sama menarik sokongan golongan bukan agama untuk menjadi ahli dan
penyokong PAS.
Ini mencetuskan
kebimbangan di kalangan agamawan bahawa pengaruh mereka mungkin terhakis dan pada
satu masa nanti PAS akan diambil alih oleh golongan bukan agama.
Dalam kaitan ini, amat jelas
perbezaan martabat ilmu, pegangan agama dan keyakinan diri di antara Nik Abdul
Aziz dengan Abdul Hadi. Nik Abdul Aziz mengamalkan dasar keterangkuman ummah
manakala Abdul Hadi mengamalkan dasar eksklusif golongan agamawan.
Umno Menagguk
Kekacauan dalam Pas ini disedari
oleh kepemimpinan Umno, khususnya (Datuk Seri I Mappadulung Daeng Mattimung
Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil) Mohd Najib Abdul Razak.
Dasar dan pendekatan
Abdul Hadi dan Mohd Najib sama. Kedua-duanya telah menyingkir golongan yang tidak
sebulu dengan mereka daripada pucuk pimpinan parti dan menjadikan parti
masing-masing khusus untuk yang setia dan dengar kata saja.
Dasar Najib dan Abdul Hadi serupa |
Kedua-dua mereka
memimpin parti yang pecah dan menghadapi pencabar baru yang tahu kelemahan
mereka. PAS ditentang oleh Amanah dan Umno oleh PPBM.
PAS lega Umno berpecah
dan Umno lega PAS berpecah. PAS yakin Umno lemah dan Umno yakin PAS lemah. Atas
dasar itu, mereka yakin mereka kini boleh bekerjasama.
Umno tidak pernah mahu
PAS berkembang dan menjadi kuat. Tanpa golongan profesional, sumber idea dan
kewangan PAS kering. PAS terpaksa kembali mengemis sedekah dan derma.
Bagi Mohd
Najib yang mengamalkan dasar “wang adalah raja”, masalah kewangan PAS ibarat orang
mengantuk disorongkan bantal. Umno masih banyak duit – duit parti dan duit negara.
Tidak hairanlah kalau
cinta berahi Mohd Najib-Abdul Hadi mekar umpama bunga lepas kemarau – sama bau
dan sama warna.
Itulah sebabnya amat
sukar bagi PKR dan PPBM membawa PAS ke meja perundingan walaupun ada pemimpin
PAS yang menolak kemungkaran Umno/BN dan tahu kerjasama dengan parti Mohd Najib
itu akan membawa kemudaratan kepada PAS.
Kemungkinan Ditolak
Sesiapa saja yang faham
politik akar umbi Umno dan PAS tahu bahawa adalah mustahil bagi kedua-dua buah
parti itu memujuk atau memaksa ahli dan penyokong mereka menerima satu sama
lain.
Kewujudan Umno dan PAS adalah
kerana mereka saling bermusuhan. Ramai orang Umno dan segelintir orang PAS
menjadi kaya raya kerana permusuhan itu.
Kalau Umno dan PAS
berpakat secara langsung atau secara taktikal melawan PH, belum tentu habuan itu
berterusan atau menjadi lebih besar. Sebaliknya ia mungkin menguncup dan
terpaksa dikongsi di antara Umno dan PAS.
Yang nampak jelas ialah
Umno akan menggunakan kekayaannya untuk membeli PAS dalam usaha melagakan PAS
dengan PH. Dengan cara itu Umno berharap boleh menyelam sambil minum air.
Agamawan PAS sendiri mungkin
sudah menerima hakikat bahawa PAS akan kalah teruk kalau bertanding
bersendirian. Bukan kepada PH tetapi kepada rakan kongsinya BN.
Di pihak yang lain pula,
walaupun kerjasama dengan Umno tidak menjanjikan kemenangan tetapi
sekurang-kurangnya mereka berpeluang mendapat duit daripada Umno dan kerajaan.
Duit sangat penting
dalam PRU kali ini kerana itulah batu azimat Mohd Najib.
Setelah berjaya
memiskinkan rakyat jelata dengan menghapuskan berpuluh bilion ringgit subsidi
dan mencukai mereka melalui GST atas nama transformasi ekonomi, Mohd Najib
berharap gula-gula pilihan raya seperti BR1M, bantuan khas dan penanak nasi
akan memberikan beliau kemenangan.
PAS memerlukan duit dan
tidak ada orang yang lebih berduit daripada Mohd Najib. Jadi hendak tak hendak,
sama ada duit Mohd Najib itu haram, halal, sunat atau makruh, Abdul Hadi
terpaksa menimbangkannya.
Kalau pada pendapat
beliau, tidak ada empat orang saksi alim dan suci yang mengeluarkan fatwa
mengatakan duit Mohd Najib itu haram, maka bolehlah PAS menerimanya kalau
mahu.
Wallahuaklam.
45 comments:
Jangan merapulah wartawan tua yang sudah tak laku. Anda adalah pencacai Mahathir a/l Iskandar Kutty. Anda adalah pemakan dedak Mahahtir sebab itulah beria sangat menyokong beliau. Ingatlah rumah kata pergi kubur kata mari, nanti takut tak terampun menghina atau memfitnah orang lain,sekiranya ditakdirkan mati malam ini.
Tidak kah akar umbi PAS terasa hancing dikencing pemimpin² PAS pusat yang berkepentingan untuk menikmati kemewahan dunia.
Salam Datuk
Apakah perjuangan sebenar PAS?...demi agama, bangsa dan tanahair?
Seperti kata Datuk...perjuangan awal PAS pada tahun 60an memang berjaya mencuit orang melayu terutama di kampung kampung kerana sentimen Agama....Sape tak mau masuk syurga? Era 60an dan 70an adalah era kekuatan UMNO kerana gelombang kesatuan Melayu yang berjaya memerdekakan negara begitu semarak sekali....ditambah pula dengan kepimpinan Tun Razak, Tun Dr. Ismail...
PAS juga punya tokoh seperti Yusuf Rawa dan Datuk Asri dan mula bertapak di kawasan kampung dan Felda. Nik Aziz adalah tokoh yang disegani dan berjaya memerintah Kelantan untuk sekian lama. Malang setelah ketiadaan Nik Aziz...PAS hilang paksi. Hadi Awang...umpama harimau tak bertaring tapi masih punyai kuku untuk mencekam...
Hadi Awang punya kepintaran "to transform" diri sendiri demi kesinambungan partinya. Beliau mula melihat kuman diseberang tapi gajah didepan mata tak nampak...bangkai gajah dibawah batang hidung pun tak terhidu baunya.
Apa yang akan jadi dengan PAS dalam PRU14 nanti...tak lain tak bukan hanya untuk menjadi alat mengkocar kacirkan pengundi supaya memihak kepada Barisan Najib...ini semua ada habuannya...Yang pasti PAS akan kalah teruk dibanding kejayaan pada PRU13 bersama Pakatan.
Lidah bercabang pemimpin PAS masa kini amat sukar "to be taken seriously"....what more to believe.
Salam Dato AKJ,
khabarnya jawatan CEO proton akan diambil alih oleh warga Republik Rakyat Cina (PRC), dan akan disusuli dengan jawatan jawatan pengurusan kanan yang lain.
bagi mengekalkan kuota peratusan warga kerja bumiputra dalam proton, bolehlah tuang presiden mencadangkan jawatan tukang baca doa dan tukang aminn diberikan kapada ahli ahli parti lebai sebagai mengenang jasa bersekongkol dengan segala kemungkaran MO1 dan duit 1MDB...
Kadiag, السلام عليكم (assalāa/mu/'alaikum),
Hang nulih :
"....Pendirian luar biasa pemimpin-pemimpin PAS membingungkan ....Kelmarin cakap lain. Hari ini cakap lain. Esok entah apa akan dicakapkan. Lain pemimpin lain cakapnya. Malah pemimpin yang sama pun bertukar cara dan selera mengikut apa yang lebih popular dan selesa."
Aku pon pelik, depa sengaja buat ka atau memang depa serabut, Terasa sunggoh pulangnya tokoh2 macam almarhum Tok Guru
dan Ust. Fadhil.
Hang juga nulih "...Setelah berjaya memiskinkan rakyat jelata dengan menghapuskan berpuluh bilion ringgit subsidi dan mencukai mereka melalui GST atas nama transformasi ekonomi, ... berharap gula-gula pilihan raya seperti BR1M, bantuan khas dan penanak nasi akan memberikan beliau kemenangan."
Munkin hang telepaih pandang yg proses memiskinkan rakyat munkin juga berpunca dari cemerkap dlm buat keputusan,
yg antara natijah nya jugak nilai duit Malaya jatuh terok. Hase nya... dahlah pendapatan rakyat ciput, kuasa membeli pulak menurun dgn
kenaikkan harga barang lantaran penarik balik 'sabsidi' dan GST,(hak macam hang singgong) dan kenaikkan harga impot. Depa selalu kata duit Malaya jatoh sebab harga minyak jatoh, tapi Malaya banyak sumbag pendapatan, minyak sawit, balak, pelancongan, barang2 pekilangan macam elektronik dan elektrik...
Dari sudut ni, cemerkap parti pemerintah dlm uruih tadbiag ekonomi, munkin selaraih dgn cemerkap parti agama dlm bepolitik, lantaran wujudnya tarikan antara
dua entiti ini. Kalu telahan aku ni bulih pakai, maka tak pelik laa apa yg dok jadi ni.
Dan para penting nya rakyat dan parti pengganti mengukuh lagi keutuhan dan kuatkan tekad untuk mengapai yg lebih baik.
Maghap no.
Aku.
Sallam Dato’
Kalau tidak kerana 2 Adun PAS yang berani ingkar pada Hadi dan menyokong PKR dan DAP untuk menyingkirkan Khalid Ibrahim, krisis Selangor tidak selesai.
2 Adun PAS ini kemudian keluar PAS dan menyertai Amanah.
Pada ketika itu PAS dan UMNO bersama menyokong Khalid Ibrahim.
Selepas 2 orang PAS yang berani ingkar pada hadi, barulah Khalid Ibrahim dapat dijatuhkan dan Azmin Ali dijadikan MB. Krisis Selangor akhirnya selesai.
Ini boleh dijadikan pengajaran, golongan PAS sekarang ini, selepas era Nik Aziz, tidak boleh dibuat kerjasama.
Kalau kita tengok air muka Hadi Awang bila bergambar dengan Najib pun, kita boleh buat kesimpulan.
Nampaknya, dengan adanya gabungan Pakatan Harapan secara rasmi, tindakan yang lebih rasional dapat dibuat. Pakatan Harapan sudah pun membuat keputusan menghentikan kerjasama dengan PAS.
Memang benar kata Tun M, PAS sekarang ini tidak ada membuat apa-apa kebaikkan untuk rakyat Malaysia.
Salam Datuk,
Kesian sy baca coretan datuk. Tak padan dgn taraf datuk. Penuh kebencian kpd pas dan hj hadi. Bnyk yg datuk tulis nmpk kurang cerdik. Apapun pembaca mampu menilainya. Itu saja komen Sy.
jika adakan 'nothing to hide 2', maka hj hadi harus juga siar kan 'amanat hj hadi
2'yg saya cadangkan saperti berikut ;-
'kita hidup untuk makan (melahap) dan bukan kita makan utk hidup'. olih demikian makan lah apa yg d hidangkan. halal haram nya bolih kita bincang kemudian.
dlm dunia perbankan yg moden n serba changih sekarang, pungutan melalui 'tin milo' tidak lagi berapa berkesan. sekali 'transfer' wang k dlm rekening bolih mencecah berjuta ringgit.
saya percaya dari segi kewangan PAS sudah bolih n mampu bersaing dlm liga perdana politik.
syabas kpk 'ulama2 politik' Tanah air.
In Malaysiakini: "Dr M: Must I apologise before I can take on Najib?"
My take: By working hand in glove with the DAP, the party he had classed as Chinese chauvinistic... and whose leaders he labelled as racists, Tun M have lost his credibility.
Datuk,
The "silo" mentality.....
"Johor PKR has expressed displeasure with DAP’s intention to contest the parliamentary seats of Johor Baru, Tebrau and Pasir Gudang in the next general election.
Johor PKR chairman Hassan Karim in a statement today chided DAP supermo Lim Kit Siang, who is also the Gelang Patah member of parliament for voicing his party’s intention to contest the three seats which were previously allocated to PKR in past elections.
“Firstly, being a seasoned politician, we acknowledge that Lim Kit Siang is entitled to his personal opinion in this matter.
“However, we would like to reiterate that there is an existing mechanism for seat allocation within Pakatan Harapan and it would be best if all leaders from the component parties were to adhere to it rather than voicing it out through his blog or media,” said Hassan."
Train the public to see it as a UNIFIED COALITION.
Otherwise this bickering will never end.
Disband all the parties (and Hindraf and Warisan), just compete under ONE BANNER.
Otherwise this drama will carry on till PRU-30, but we will not be around to see it.
Datuk,
Datuk,
1. Scenario Pertama: Lawan 3 penjuru, bila UMNO letak calon di kubu2 kuat PAS.
- PAS takut scenario ini walaupun Najib dan Hadi "bersekedudukan" sebab pada saat saat akhir, Najib akan belot juga...bukan letak "calon olok2" di kubu PAS, atas desakan UMNO warlords tempatan.
- Najib 'ludah muka' Hadi disaat saat akhir nanti...jadi bila jatuh 'maruah' Hadi...penyokong2 'atas pagar' PAS akan malu dan balas dendam, undi PH.
Undi PAS akan pecah di kubu sendiri angkara Najib, UMNO akan menang, bukan PH.
Ini muslihat Najib, 'gunakan' PH untuk pecahkan undi PAS.
- Mungkin PH dapat sikit kerusi PAS di kubu2 kuat PAS, tetapi susah nak baca sebab kita belum tau kekuatan PH dalam pilihanraya...Amanah dan PPBM party baru...tak kenal, maka tak cinta dan belum pernah berjasa kecuali Tun.
- Bukan senang dengan sekelip mata orang2 PAS bolih masuk surau UMNO. Tetapi, ini bukan la mustahil demi agama dan "kuasa politik Melayu konon2nya", tetapi agak payah, sebab "hati yang sudah luka sekian lama" susah mau diubat walaupun dengan wang ringgit.
- Kalau Najib belot di saat2 akhir, Hadi 'gulung tikar' dengan sendirinya.
- Kalau Najib tidak belot di saat2 akhir, nampak sangat kelemahan Hadi untuk mempertahankan kerusi PAS dari serangan PH. Hadi yang lemah baik untuk Najib, jadi tidak ada sebab Najib tidak akan belot disaat2 akhir demi kuasa.
- Ini saja cara untuk UMNO menang PRU14...dapatkan kerusi baru dari kubu PAS dan pertahankan kerusi yang ada.
2. Scenario Kedua : Lawan 3 penjuru, bila PAS letak calon di kubu UMNO.
- Najib perlu pertahankan kerusi UMNO yang ada 'by hook or by crook'.
- Najib akan bagi wang yang banyak dan secukup2nya supaya Hadi letak 'calon olok2' PAS...untuk pecahkan undi PH...UMNO akan menang.
- Hadi tidak akan belot sebab Najib bukan bodoh. Najib akan perintah Hadi mengadap 'angkat sumpah' cium AlQuran, tanpa saksi, tetapi dirakam.
- senarai 'calon olok2' PAS ini di persetujui olih Najib.
- Kalau Hadi 'jadi kerbau cucuk hidung'...'balance derma amal jariah' sudah dalam tangan selepas PRU 14...bukan itu saja, silap2 haribulan, ada 'bonus'...mungkin Hadi jadi 'Menteri Tugas Khas' untuk menyatukan ummah....siapa kasi?
3. Scenario Ketiga : Lawan 3 penjuru, Hadi lawan Najib habis2an disemua kerusi.
- pakai baju pun sama warna...mungkin warna seluar dalam pun sama...maka scenario ini mustahil akan terjadi.
- Hadi tidak ada wang.
- Lagi pun, Hadi bukan ada 'niat' mau tubuhkan Kerajaan Persekutuan yang baru sebab calon2 PAS kurang kemampuan dan kebolihan.
- Mustahil Hadi akan jadi PM baru!
- Najib macam 'seekor kerbau membawa lumpur, semua habis terpalit'...termasuk Hadi sendiri.
- Sediakan la kain kapan putih cukup2 untuk Hadi dan PAS.
- Najib akan bawa pulang kepala Hadi atas dulang sebagai trophi kemenangan UMNO keatas PAS, setelah sekian lama.
- PH 'jilat jari'...mengatur strategi baru post-Tun untuk PRU15.
Sallam Dato’
Saya tengok TV, National Geographic, agak menarik.
Ini berkenaan Singa yang hendak makan kerbau di Afrika.
Saiz kerbau air di negara Afrika sangat besar, lebih kurang 3 kali ganda saiz Singa.
Satu ekor Singa tak mampu untuk tumbangkan seekor kerbau air. Apatah lagi Kerbau yang mempuyai 2 tanduk yang tajam yang boleh menikam Singa.
Oleh itu 4 ekor Singa terpaksa berpakat untuk menumbangkan Kerbau.
Satu terkam di leher, satu lagi di atas kepala dan 2 lagi terkam di kaki.
Oleh kerana ada kerjasama (dalam bahasa Arab Tahaluf Siasi) antara 4 ekor Singa itu, barulah Kerbau Air dapat ditumbangkan.
Yang penting disini adalah, 4 ekor Singa itu boleh berkerjasama kerana matlamatnya sama iaitu menumbangkan Kerbau Air.
Ada satu kumpulan binatang lagi namanya “Hyena”. Haiwan ini semacam anjing hutan.
Hyena ini duduk di tengah-tengah, dia tak menyelebahi Singa dan juga kerbau. Kalau Kerbau tumbang, dia pun sama-sama menyebok. Kalau Singa mati ditikam kerbau, Si Hyena tadi akan makan bangkai Singa.
Singa tak boleh berkerjasama dengan Anjing hutan kerana matlamatnya tak sama.
Singa matlamatnya jelas iaitu menumbangkan Kerbau tapi Anjing hutan mengamalkan politik natang.
Matlamatnya hanya untuk kepentingan Anjing hutan saja.
Pendekata, kerjasama boleh dijalankan tidak kira antara manusia atau haiwan, syaratnya adalah matlamatnya adalah sama atau selari.
Kalau tak sama, mustahil kerjasama boleh diadakan.
Ko penjilat najib pun nampak tua kerepot jugak.. jijik melihat org mcm ko menyokong penyamun..manusia takde maruah..
Semakin munafik Pas, semakin bagus untuk Umno
Sedap ke dedak tuuu...
jika Nasruddin Tantawi masih bertanding di di kawasan parlimen Temerloh, peluang beliau utk menang adalah tipis.
dlm pru13 kemenangan beliau dibantu majoriti pengundi2 cina terutama penyokong DAP.
berdasarkan maklum balas yg diterima dari kawan2 di Temerloh, PH punya peluang cerah utk menang. di samping mendapat sokongan pengundi2 Cina, PH juga mendpt sokongan dari majoriti orang2 Melayu termasuk ahli2 akar umbi Umno dan Pas sendiri.
Datuk,
While Mo1 is in Washington he can drop by the offices of the WSJ and finally sue them after 2 years.
Or "hari Selasa depan"....again?
Memang PAS hilang haluan selepas Tok Guru meninggal.Dari sejak penubuhan PAS hingga Tok Guru memang tak pernah kerjasama dgn Bn atau Umno kecuali sefahaman tentang penindasan islam di negara lain.Jadi pru 14 adalah PASti menjadi BAtu Api. Ohhhh knp tak kutuk Arab Saudi yg sdh 2 tahun lebih perang dgn Yeman??? Seramai 50,000 hingga 100,000 org Yeman sdh mati (kebanyakan adalah rakyat biasa)
Wira Veteran 5.05, bagus kamu kerana mengingatkan orang supaya jangan menghina dan memfitnah orang lain.
Tapi sayang, kamu sendiri tidak mengamalkan apa yang kamu cakap.
Apabila kamu melabelkan orang lain sebagai sebagai wartawan tua, pencacai, pemakan dedak dan memfitnah Mahathir sebagai 'a/l Iskandar Kutty', di mana pula kedudukan kamu.
Suci sangatkah kamu?
Bagaimana pula sekiranya kamu ditakdirkan dijemput menemui Pencipta kamu sebentar lagi?
ha ha ha...
wira veteran?
ko dpt dedak najib ke...
sendiri mengaku wira kot.
kasihan.
smpai ketahap ini ko masih mahu pertahankan PM yg dituduh penyamun.
ko...adalah contoh jelas....betapa butanya hati (bukan lagi buta mata)....Melayu2 yg masih menyokong kemungkaran Najib.
cerdiklah sikit bro.
Sallam Dato'
PM Najib kata, Malaysia akan jadi negara ke 24 terbesar ekonomi dalam dunia menjelang tahun 2050.
Sekarang ini, Malaysia berada di tangga ke 38 besarnya ekonomi.
Apa dah jadi dengan slogan "Malaysia akan jadi negara pendapatan tinggi tahun 2020"?
Lagi 2 tahun lebih lagi, adakah pendapatan rakyat Malaysia berlimpah luah.
Pendapatan naik ke, harga barang yang naik?
Macamana dengan janji, "Janji ditepati"?
Sejarah membuktikan pendirian politik PAS tidak pernah konsisten dalam perjuangan mereka. Agama, kedudukan atau kewangan ?
Mudah bagi Umno untuk mengambil kesempatan dan mencaturkan hala tuju PAS.
PAS menang di banyak kerusi pada PRU 2013 kerana sokongan pelbagai kaum, hasil kerjasama Pakatan Rakyat. Malah, DAP dan PKR juga menang atas sokongan yang sama. Jika mana-mana pihak mahu mendabik dada ia adalah kejayaan diri sendiri, ia hanya mencerminkan keangkuhan dan sikap mudah lupa diri.
Kini apabila PAS bersama dengan Umno, ia menyukarkan usahanya mengekalkan kerusi-kerusi yang dimenangi dengan undi bukan-Islam. Malah pengundi Islam yang sebelum ini tidak selesa dengan PAS kerana dasar agama yang dianggap keras dan konservatif juga tidak akan memilih parti itu.
Ini bererti PAS hanya bakal mendapat undi daripada penyokong tegarnya. Pada masa yang sama, ini bererti pihak yang dianggap musuh oleh PAS, iaitu Amanah dan DAP, juga tidak akan mendapat lagi undi daripada para penyokong tegar tersebut. Namun, tidak bererti Bersatu dan PKR tidak akan mendapat undi daripada pengundi yang pernah memilih PAS dalam PRU 2013 lalu.
Yang belum jelas setakat ini ialah sama ada PAS dan Umno akan mewujudkan persefahaman pilihanraya, iaitu a) PAS dan Umno tidak akan bertanding di kerusi yang sama, atau b) PAS dan Umno akan bertembung sesama sendiri di semua kerusi yang mereka tandingi.
Keputusan kerjasama kedua-dua parti itu akan menentukan kesan dalam pilihanraya umum akan datang.
3. Adakah sejarah PRU 1974 akan berulang untuk PAS?
Apabila PAS menyertai BN dan bertanding PRU 1974 sebagai komponen BN, ia tidak bertembung dengan Umno kerana bertanding sebagai rakan gabungan.
Namun, tidak semua penyokong PAS mengundi parti sendiri. Di kubu kuatnya di Kelantan dan Terengganu, sebuah parti kecil Parti Sosialis Rakyat Malaya – walaupun tewas – telah meraih banyak undi di kedua-dua negeri Melayu tersebut.
Sebaliknya, apabila PAS dipecat daripada BN pada 1977, dan kembali bertanding sebagai pembangkang pada PRU 1978, undi yang diperolehi PSRM kembali kepada PAS di dua negeri tersebut. Malah, banyak calon PSRM hilang deposit.
Jika penyokong PAS hari ini tidak selesa melihat para pemimpin mereka bermesra manja dengan para pemimpin Umno, adakah mereka sanggup mengundi calon-calon BN, atau PAS sendiri dalam PRU akan datang? Atau mungkinkah mereka mengulangi apa yang telah dilakukan pada PRU 1974 dahulu?
Datuk,
MO1 has been wasting our time with this Forex RCI.
It has backfired.
And with the so-called "Chairman" showing he is a biased MO1 puppet, the people will not accept any "conclusions" anyway.
So what next?
What other 30-year-old old news can be used?
Memali?
"One man, Datuk Seri Mohd Annuar Zain, feels that any RCI into the Memali Incident should have a clear purpose and look into what triggered the shootout between the villagers and the police in the first place.
Annuar, who was the senior private secretary to the then Home Minister Tun Musa Hitam between 1981 and 1986, said that the person who started firing was responsible for the subsequent shootout as police forces only reacted once four of their own men were killed.
He said that this important question has never been answered till today, despite the tabling of a White Paper on what took place on that day.
“Until today, there is that one big question that puzzles me. Somebody in that group (of villages) fired the first few shots that caused the death of the four policemen. That triggered the tragedy because the other policemen then reacted to that,” he told Malay Mail Online in an exclusive interview.
The Memali siege on November 19, 1985 also resulted in the arrest of hundreds under the Internal Security Act (ISA).
The officers allegedly conducted their operation under Musa's orders, although this has since been disputed as Tun Dr Mahathir Mohamad, who was prime minister at the time, was in fact in Malaysia when the incident occurred.
The target was Ibrahim Mahmud, a PAS leader whom the government accused of leading a “deviationist” Islamic sect. He was popularly known as Ibrahim Libya and was among those killed in the incident.
“Someone must have known who fired first. Whoever started the shooting made things turn for the worse,” Annuar explained."
Police reacted after they were attacked.
That is not disputed.
Does the new KBU, Hadi Awang, want to embarrass both himself and Parti Umno Hijau in the process of trying to please his best friend, MO1?
Kau tu muda sangat ke?
Kalau ya tak laku, kenapa sibuk-sibuk datang komen. First pulak tu yang komen. Nampak sangat selalu jenguk blog Datuk AKJ. Tak laku konon..
Datuk,
there is no doubt that Puad Zarkashi has committed not only insulted the RCI, but he should be hauled up for slandering and accusing former Bank Negara adviser Nor Mohamed Yakcop of trying to protect then prime minister Dr Mahathir Mohamad over the forex scandal.
"Certainly, Nor Mohamed avoided implicating the then prime minister (Dr Mahathir) and finance minister (Anwar Ibrahim)," Puad had said, adding that the actions of Nor Mohamed, a former assistant governor at BNM, was a sign of gratitude towards Dr Mahathir, who appointed him as finance adviser during the 1997/98 Asian financial crisis.
Haniff said Puad's comments contradicted the testimonies given by former Bank Negara Malaysia (BNM) deputy governor Lin See Yan, former BNM governors Zeti Akhtar Aziz and Ahmad Mohd Don.
"The 'higher-ups' that Tan Sri Nor Mohamed Yakcop was speaking of were the deputy governor and governor of Bank Negara and not as (Puad) confusingly mistaken to be the finance minister (Anwar) and prime minister (Dr Mahathir)."
Puad's comments are not only false and twisted facts, but it contradicts all the statements presented by the witnesses so far.
What Puad has done is totally unacceptable and action against him must be immediately taken by the RCI.
This statement by Puad is far far worse than the "illegal detention" allegedly said by LGE on Phee's detention.
Salam Dato',
Saya melihat kecelaruan Dato untuk memahami pemimpin PAS khususnya mereka yang dilabel sebagai 'agamawan' adalah disebabkan dalam diri Dato tertanam pemikiran bahawa mereka adalah Ulamak dan Ulamak adalah pewaris Nabi, maka sudah tentu mereka selamat dari membuat kesilapan-kesilapan dan dosa-dosa besar.
Di dalam hukum umum kadang-kadang ada pengecualian dan 'Ulamak pewaris Nabi' bukanlah muktamad dan tiada pengecualian. Sekiranya di zaman salafussoleh dulu telah wujud penjual-penjual agaman yang mencari kesenangan hidup di dunia dengan menjual agama, adakah di akhir zaman ini golongan ini sudah pupus?
Pisahkan diri Dato dari mitos mereka adalah Ulamak dan semua Ulamak adalah pewaris Nabi dan lihatlah mereka seperti manusia lainnya tanpa cuba nisbahkan mereka sebagai Ulamak pewaris Nabi nescaya Dato tidak lagi akan dikelirukan oleh mereka dan akan dapat melihat hakikat bahawa mereka ini sebenarnya adalah serigala berpakaian biri-biri.
Bukan org Melayu tidak mahu bersama2 menyokong Muhyiddin secara peribadi dn BERSATU amnya, tetapi rakan sebantal mereka iaitu parti cauvinis cina DAP yg membuatkan mereka menjauhkn diri.
Kita harus tahu yg menaikkan DAP adalah segelintir orang2 kita juga.
Mereka menganggap Lim Guan Eng sebagai hero kerana LGE melalak yg dia telah dipenjara kerana memperjuangkn nasib seorang gadis Melayu.
Ada Melayu yg bodoh telah termakan tipu helah DAP ini.
Yg sebenarnya, LGE telah memperjudikan nasib dia dgn menggunakan nenek gadis Melayu itu utk masa depan politik diri dia sendiri.
Ada Melayu bodoh bersimpati ingat LGE telah kalah apabila dia dipenjarakan.
Hakikat sebenar LGE bergembira kerana itu merupakan kemenangan buat dirinya.
Apa tidaknya, beberapa tahun kemudian, dgn modal dia telah terpenjara kerana kononnya (kununnya as per Tun M's pronounciation) memperjuang nasib gadis Melayu, dia telah melonjakkan career politik nya.
Kita lihatlah sendiri di mana duduknya LGE sekarang? Yes, di singgahsana Istana Kerajaan P Pinang.
Cuba pula kita tanya di mana agaknya kedudukn budak perempuan Melayu itu dn neneknya?
Fikir2kn lah.
Kalau tak suka Najib atau UMNO... PAS kan ada. Why must it be the Chinese chauvinist DAP?
Sallam Dato’
Sun Tzu adalah Panglima Perang yang terkemuka Cina pada waktu dahulu. Antara kata-kata Sun Tzu dalam bukunya "The Art of War" adalah,
“If you know the enemy and know yourself, you need not fear the result of a hundred battles. If you know yourself but not the enemy, for every victory gained you will also suffer a defeat. If you know neither the enemy nor yourself, you will succumb in every battle.”
Antara maksudnya adalah, sekiranya hendak berperang atau bertarung, kita mesti mengenal musuh kita dan juga kekuatan diri kita.
Ada orang Pakatan masih duduk sibuk strategi 1 lawan 1 tapi tidak pikirkan apa strategi BN.
Bagi saya, sudah tentulah strategi BN adalah sebaliknya iaitu 3 penjuru.
Yang paling mengenali PAS sebenarnya adalah orang-orang Parti Amanah.
PAS sekarang ini sudah berubah, kebanyakkan pemimpin PAS sekarang ini adalah lebai-lebai yang hanya mahir dalam ugama tetapi tidak dalam perjalanan dunia. Lebai-lebai PAS tidak mahir dalam ekonomi, tidak mahir dalam Sains dan Hadi Awang cakap orang putih pun tak tahu.
Nyawa pada golongan PAS sekarang ini adalah hukum hudud.
Sudah tentulan BN secara terang-terang tidak boleh sokong PAS kerana memerlukan sokongan Sabah dan Sarawak , tetapi selepas pilihanraya nanti........
Pakatan hendak berkerjasama dengan PAS, tetapi persoalannya, adakah ada kerjasama antara BN dan PAS?
Sekiranya ada kerjasama antara PAS dan BN, pada pandangan saya sudah tentu ini melibatkan hudud ataupun RUU355 iaitu nyawa PAS.
Saya setuju dengan Husam Musa, Pakatan harus tumpukan strategi di negeri Kelantan dan pastikan PAS akan tewas di Kelantan.
Hanya dengan kekalahan di Kelantan saja yang akan memaksa PAS untuk berunding.
(Saya teringat melihat video Tun Musa Hitam menceritakan Tun M menyuruhnya membaca buku Sun Tzu “The Art of War”. Begitu juga Lee Kuan Yew di Singapura yang menceritakan , Menteri Pertahanan ketika itu menyuruh Lee Kuan Yew baca buku ini sebelum membuat dasar pertahanan negara apabila Singapura baru berpisah dari Malaysia.)
Salam Datuk
Kalau diteliti kenyataan Pakatan Harapan mungkin kita boleh simpulkan bahawa tiada kerjasama akan berlaku pada PRU14 sahaja. Tetapi parti-parti di bawah PH (iaitu PKR) masih boleh berkerjasama dengan PAS sekarang.
PKR di Selangor masih mahu berbaik dengan PAS kerana mereka takut kerajaan negeri akan tumbang dengan beberapa "lompatan" sahaja sekiranya PAS keluar dan bergabung dengan UMNO dan ADUN Bebas.
Ataupun mungkin acahan PKR berbaik dengan PAS oleh DSAI ini cuma permainan untuk menunjukkan taring PKR dalam PH. Mereka bimbang melihat kekuatan PPBM. Kemungkinan juga terdapat rasa tidak puas hati dengan pembahagian kerusi di dalam PH.
Hakikatnya PKR adalah sebuah parti yang lemah; kurang sambutan akar umbi; mempunyai perjuangan yang lapuk dan kepimpinan yang tidak bersatu.
Apa yang nampak. mugnkin orang lain juga nampak bahawa TUN Mahahtir Mohammad memang tidak ada niat untuk tumbangkan umno dalam PRU 14 ini. Yang saya nampak dia (TUN Mahahtir ini) nak jatuhkan Dari Seri Mohd Najib Razak atas sebab apa yang Janib Dapat tun dan koco tun Tak dapat, terutama sekali kaum keluarganya turut tersingkir dalam serba serbi peluang untuk kumpul harta sebelum mati ini, termasuk pelunag rompak harta kerajaan. Najib sahaja yang memang tidak pernah brehenti merompak harta kerajaaan sedangkan puak puak Mahathir tidak dapat habuannya.Inilah yang saya nampak. Ke bagaimana, Datuk Kadir Jasin dan penyokong penyokong bersatu?
Saudara Abdullah Ngah,
Ada juga saya dengar cerita teori yang mengatakan Tun Mahathir tak dapat sapu, yang dapat Bijan yang sapu.
Yang bercerita dengan saya pun, orangnya pun tak pass sekolah.
Tapi heran juga, selama 22 tahun Tun Mahathir perintah, tak sempat nak sapu, sekarang dah umur 92 tahun baru nak sapu.
Memang susah hendak percaya, dari hukum akal memang tak logik.
Kalau dari segi pakaian, mengikut apa yang saya baca, Tun Mahathir pakai Jam Casio Triple Sensor, harga Rm1,020 saja.
Nik Aziz pakai Casio prayer compass RM300 saja., untuk senang cari cari kiblat.
Nampaknya Tun Mahathir tidaklah melaram dengan barang-barang mewah, isterinya pun tak banyak bercakap, pakaian pun biasa saja.
Tapi, menteri-menteri sekarang ini, pakai jam saja jenama Hublot harga ratusan ribu. Itu baru jam, belum kira yang lain.
Datuk,
http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2017/09/11/amanahs-open-call-for-azmin-to-reconsider-pas-exco-posts-upsets-zuraida/
You see the problem?
Free for all.
Solution?
Make a firm rule that no party in PH can issue a statement unless issued jointly by the PH Presidential Council.
Right now DAP, PKR and Amanah are behaving like the Three Stooges.
Sudahlah...
Al-Fatihah.
Atas kemangkatan KBDYMM Tuanku Sultan Kedah mangkat pada jam 2.30pm di istana anak bukit.
Datuk,
Kedah's Sultan Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah has passed away at the age of 89.
This is a very sad time for the people of Kedah and the country.
Is PM expected to attend his funeral or he will carry on with his visit to US ?
Saya tak pernah menganggap pas parti politik yang dianggotai oleh ulama. Saya anggap pas macam parti2 politik yg lain juga dianggotai oleh ahli politik.
Pada saya ulama tak akan berebut2 mahukan jawatan politik. Pada saya ulama jika nampak atau tahu ada perkara mungkar tidak akan bersekongkol dengan kemungkaran. Pada saya ulama ini berpengetahuan luas dan dapat bertindak dijalan yg lurus.
Semua ciri2 tersebut tidak ada dlm jiwa ahli2 politik pas. Maka mereka semua bukanlah ulama mahupun layak digelar tok guru. Mereka hanyalah ahli2 politik biasa.
Jika dilihat pada keadaan sekarang di mana pas menyokong kleptokrasi maka, pada saya pas juga perlu dikapankan sama seperti bn perlu dikapankan pada pru akan dtg.
Datuk,
The RCI is fast becoming a farce.
Previous witnesses have testified that Mahathir and Anwar were not aware at that time of the forex losses, which the former governor Jaafar Hussein took responsibility.
Now that the former PM and his then deputy have been exonerated from the Bank Negara forex losses, the government should set-up a RCI on 1MDB financial scandal and the US$681 million found in MO1’s personal account.
This RCI must not be turned into a witchhunt.
Datuk,
I think the suggestion from Zalman A 10.03AM that..."Make a firm rule that no party in PH can issue a statement unless issued jointly by the PH Presidential Council."...make a lot of sense.
Adding to that in fact only statement from Tun will make make people listen and, as far PH is concerned, I don't really care who said what until and unless it is from Tun himself.
It is a bit strained on him, but we don't want too many statements especially form Azmin.
I don't take it lightly when Azmin reminded Tun that Anwar is the defacto leader of PH. He is not there yet...so, please advise him accordingly and learn the rope from Tun.
Let it be clear, without Tun there is no PH.
Despite having common causes PH leaders incessantly bicker among themselves. This is a real shame. The reason is very simple. They are all insincere and dishonest. Everyone's salivating at the prospects of getting fat, posh political positions. We are squeezed between a rock and a hard place by najib's thievery and crimes but cleaning up najib's mess doesn't seem to be the opposition politicians' priorities as opposed to their collective declared aim. Anwar still has not given up the hope of becoming PM by putting his wife as a stooge front. Others are jostling for seats. Political posts in Malaysia are the passport to worldly heavens. It's time to stop placing our faith in the hands of politicians, whatever creed or breed they belong to.That reminds me of a humorous conversation between a small kid and his father; "Dad, why isn't there any circus in town anymore?". The father answered; "Because all the clowns have become politicians!"
Kalau nak jatuhkan Najib dan kerajaan yang diterajui Najib, Pakatan Harapan kena sokong Pas. Tun Mahathir Mohammad kena beri sokongan seratus peratus dengan Pas. Tanpa pas jangan harap PH dapat jatuhkan Najib dan tumbangkan kerajaan yang diterajuinya.
Datuk, it's too much, reading this makes one fall down cackling with laughter.
Read this:
Malaysia to purchase Boeing planes, GE engines
Fox Business Videos•September 13, 2017
Malaysian Prime Minister Najib Razak proposes to increase the number of Boeing planes and GE engines it purchases to strengthen the U.S. economy.
WHAAATTT ??? why help to strengthen the US economy when Malaysia is pleading for help from China for money? Isn't this ludricous? Senseless really.
Throw good money from Khazanah and EPF to invest in US, and then borrow from China?
Throw good money for MAS to buy 25 Boeings, is MAS doing so well?
Why not throw the good money at the really poor in Sabah, Sarawak and the rural heartlands.
China must be falling down backwards laughing, and serves PM right when they will rightfully refuse further financial help to Malaysia. They will say, find the money from Khazanah and EPF to get yourself out of the 1MDB debacle.
And is US so poor, to beg for "alms" from Malaysia? You mean without the purchase of the Boeings, the US economy will go down the drain? Is US really begging for help from Malaysia?
PM went to US without a proper agenda and now he has gotten us into this mess.
Not a good omen!
Pada saya, tiada kebenciannya di situ melainkan persoalan itu dijawab dengan hujah hujah..bukan hanya melemparkan kata2 kosong. nampak kurang cerdik sebab pembaca sekarang akan menilai saudara pula..
Bukan ke Uncle Lim yg tutup Pakatan Rakyat secara unilateral
AKJ mungkin dah warga emas.Tapi tulisannya masih berbisa.Masih laku
Post a Comment