A Kadir Jasin
NAJIBNOMICS - Pengurusan
Ekonomi Najib - hidangan panas media massa arus perdana sejak beberapa hari
kebelakangan ini.
Najib kata, Najibnomics berjaya |
Ia diuar-uarkan sebagai
sangat berjaya.
[Komen
"Anonymous” tidak akan disiarkan. Tolong guna nama sebenar atau samaran.]
Tidak dinafikan. Sekurang-kurangnya
untuk pencetusnya, Perdana Menteri (Datuk Seri I Mappadulung Daeng Mattimung
Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil**) Mohd Najib Abdul Razak.
Betapa tidaknya. Sebanyak AS$681
juta (bersamaan RM2.884 bilion pada kadar tukaran 25 Oktober 2017) masuk akaun
peribadinya.
Anak tiri beliau (anak
Datin Paduka Seri Puan Puti Reno Rosmah Mansor dengan suami pertamanya), Riza
Shahriz Abdul Aziz, hidup kaya raya di Amerika.
Riza (kiri) dengan bintang filem Hollywood |
Dia mendakwa duit AS$94 juta (bersamaan RM398.1276 juta) yang masuk akaunnya adalah “hadiah”
daripada Aabar BVI yang kononnya berkongsi niaga dengan 1MDB.
Sahabat baik Najib, Jho
Low tak kira lagilah besar kekayaannya. Kapal layarnya saja berharga AS$250 juta
(RM1.058 bilion). Dia inilah arkitek putar memutar duit 1MDB.
Kapal bilion ringgit Jho Low baru dikesan di Sabang, Indonesia |
Najibnomics yang hendak
transformasikan Malaysia jadi negara pendapatan tinggi menang menguntungkan
Najib, ahli keluarga dan kawan rakannya.
Tetapi untuk rakyat
jelata lain cerita.
Nilai ringgit merudum. Inflasi semakin tinggi. Dibebankan
pula dengan GST. Pengangguran makin menjadi-jadi. Peruntukan kesihatan dan pendidikan tidak mencukupi. Peralatan
bedah di hospital pun sudah terpaksa ditebus guna.
Pengarah Kesihatan kata,
ada peranti perubatan kegunaan tunggal yang
digunakan lebih daripada sekali. Menteri
pula kata bukan kurang ubat-ubatan tapi isu bekalan.
Maaf cakaplah. Putar
belit seakan-akan orang mabuk bahan khayal. Jangan-jangan tak bayar pembekal
tak?
Balik Ke Zaman Dulu
Malah Najibnomics telah bawa
sesetengah rakyat jelata balik ke zaman sebelum merdeka.
Zaman itu datuk saya
(tok wan) pandu prewet (kereta persendirian) mengangkut penumpang. Waktu itu
teksi tak masuk kampung dan perkhidmatan bas Mara belum ada.
Dia buta huruf tetapi
kerana pandai memandu kenderaan bermotor dia dihormati dan boleh cari
pendapatan tambahan.
Gambar hiasan: Tok Wan saya pernah meliki Austin A40 seperti ini |
Sekarang beratus ribu
lulusan universiti yang dibiayai ibu bapa, JPA
dan Mara tidak ada kerja.
Macam tok wan saya,
mereka guna kereta sendiri angkut penumpang bagi pihak Grab dan Uber.
Dulu kita hairan (dan
pandang hina) bila doktor perubatan, jurutera dan akautan bawa teksi di India,
Pakistan dan Filipina.
Sekarang, pada zaman
Najibnomics, anak cucu kita sendiri yang lulus kedoktoran, kejuruteraan, perakaunan dan macam-macam lagi jadi pemandu Grab, Uber dan teksi. Lebih baik pandu Grab, Uber dan teksi daripada mencuri duit 1MDB.
Najibnomics adalah
mengenai transformasi bagi menjadikan Malaysia negara pendapatan tinggi, pasaran terbuka, bekalan dan
permintaan menentukan harga, penghapusan subsidi dan pelaksanaan GST yang kononnya
bertunjangkan inovasi, kreativiti dan produktiviti tapi tak habis-habis cuti.
Penulis buku “Najibnomics
Transforming Malaysia (sic) To A High-Income Nation”, Irwan Shah Zainal Abidin, berkata GST adalah inti pati Najibnomics. (The Goods and Services Tax (GST): The crux of
Najibnomics).
Najibnomics digemari
penganalisis dalam dan luar negara kerana ia memberi kuasa kepada pasaran dan menghapuskan
subsidi yang mereka anggap mencacatkan ekonomi.
Jadi tidak hairanlah
kalau di saat-saat rakyat jelata menderita, Najibnomics dipuja dan dipuji oleh
golongan kapitalis dan bourgeoisie.
Wallahuaklam.
** Adalah gelaran tertinggi
masyarakat Bugis di daerah Gowa, Sulawesi yang diberikan kepada Najib pada tahun
2005. Mengikut catatan sejarah, I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone
Sultan Abdul Djalil Tumenanga ri Lakiung adalah salah seorang daripada putera
Sultan Abdul Djalil yang merantau ke Pahang dan merupakan leluhur Najib.
23 comments:
Salam Datuk
Najibnomics adalah satu terma ekonomi baru khas untuk menterjemahkan kebijaksanaan Najib mengklepet dana awam. Seluruh donia memperkatakannya. Memang hebat Mohd Najib ni Datuk.
Segalanya telah kita perkatakan dan bincangkan berkenaan klepet sejarah dunia ini...di alam siber, di kedai kopi, di pasar sayur dan ikan, malahan di masjid dan surau pun tak ketinggalan.
Luahan demi luahan...namun apa kerajaan klepet tetap tak ambil kisah.
Untuk mengatasi masaalah ini tak susah...kita tukar je kerajaan....tapi...
Satu masaalah besar....dikalangan rakyat.
Mereka buta bukan kerana tak dapat melihat...
Mereka pekak bukan kerana tak dapat mendengar...
Mereka bisu bukan kerana tak dapat berkata kata...
Mereka tak bodoh...kerana semua masuk sekolah...malah graduan dan Phd pon ramai...
Mereka bukan tak bermaruah...dibangsat dan diharamjadahkan mereka terima dengan senyuman...
Mereka juga kuat pegangan agama...imam dan ustaz tak terkira lagi...
Malang sungguh malang...
Mereka memilih untuk menjadi buta, pekak, bisu, bodoh, tak bermaruah dan menghalalkan apa yang jelas satu kemunkaran...demi pemimpin klepet.
Raja mereka bukan Sultan atau Raja...tapi kepingan kertas bernama Cash.
Kita tertanya tanya....waraskah masyarakat kita?
Apakah harapan generasi masa depan?
Sampai bila kita melihat kedurjanaan didepan mata dan tidak berbuat sesuatu untuk mengenyahkannya?
Begitu realitinya yang kita lihat.
Salah siapa?
Kita tetap mengatakan semuanya angkara yahudi dan DAP...tak gitu Datuk?
"Zahid Hamidi had no need to bow to pressure to the extent of making a U-turn at the Dewan Rakyat on remarks he made concerning the 1Malaysia Development Bhd-related investigation into businessman Jho Low, Azmin Ali said.
The Selangor menteri besar said he was told that Zahid, who is also home minister, had been under pressure several hours after he made his first statement on Interpol’s help being sought to find Low, who had been accused of being the mastermind of the 1MDB scandal.
“I was made to understand that he faced pressure for a few hours after making that statement, causing him to make a U-turn.
“Just a few hours later, he presented a different statement that contradicted his earlier statement at Parliament, saying that the case was closed and Interpol was never contacted,” Azmin said in Bandar Batu Arang, Rawang, today.
Yesterday, Zahid said the police had sought Interpol’s assistance to trace the businessman, whose real name is Low Taek Jho, in his reply to a question from Azmin, who is Gombak MP.
But later, Zahid said his statement in the House had been “manipulated”.
Datuk,
For Zahid it's now or never.
If Jho ever comes into custody then the end of Mr & Mrs MO1 will be near.
What will he do?
The Chinese middleman of the infamous First Klepet cannot run forever.
Saudara Zalman, if there is anything I learn about our esteemed DPM it is never to take his words at face value.
He is like a traffic sign,u-turn here, u-turn there.
"Klepet Untuk Negara"
(Our new national slogan.)
Datuk,,
- Sebenarnya Datuk sendiri pun bukan tau pasal Najibnomics.
- Jadi Datuk tulis2 apa2 saja la.
- Sebenarnya tiada seorang pun tau apa itu Najibnomics termasuk Mappadulung sendiri.
- Dengar2 cerita, Mattimung Karaeng naik siok bila ada orang cakap pasal Najibnomics...nampak sikit dia macam ada kepakaran dalam bidang ekonomi walaupun fail masa di Nottingham U.
- Sandrobone Sultan rasa bangga sebab program ekonomi nya di panggil Najibnomics olih pakar2 ekonomi bertaraf dunia macam Datuk....bukan senang mau dapat pengiktirafan sebegini.
- Kalau program Daeng Mattimung Karaeng di panggil Najibnomics...agak2nya bila Zahid jadi PM...kalau jadi la...bukan aku bilang dia tak jadi PM pula...memang sudah konfirm dia akan jadi PM...yang aku mau tau, Najibnomics akan jadi apa?
- Aku tanya kawan aku...dia ni kaki pancing dekat Oslo, Norway...dia bilang, ikan badukang** yang mencipta Najibnomics ini akan dapat Nobel Prize.
- Kawan aku kata, inti pati Najibnomics bukan GST tetapi "Kleptocratic Economy"...memang sedap kalau dimakan dengan sejenis rempah KARI buatan Amerika.
- Jadi, kita tunggu la bila Oslo akan umumkan NajibKleptonomics sebagai Pemenang Nobel Prize 2018 dalam bidang ekonomi...silap haribulan, Datuk pun kena jemput tu sebab hanya Datuk saja yang tau apa benda tu.
- Datuk bolih bawa suku sakat Djalil Tumenanga ri Lakiung dan semua masyarakat Bugis dari daerah Gowa, Sulawesi pakai kapal layar “The Equanimity” ke Oslo untuk jimat kos sikit ba....bila lagi?
** ikan badukang sejenis ikan air masin, bentuknya macam ikan keli, tetapi ikan ini sangat bodoh sebab suka makan taik manusia.
Kadiag, السلام عليكم (assalāa/ mu/ 'alaikum),
Alhamdulillah 'Coretan' hang kali ni mantap.
Tapi sayang aku rasa daya terjahan atau tusukkan ke jatidiri ramai orang Melayu tak seberapa. Aku ikut episod anti klepet di
Padang Timor PJ tu
melalui tv Singapo, sebelah malam memang ramai tapi tak la seramai unjukrasa di Jakarta atau di Qohiroh Mesir.
Memang warga Jakarta atau Qohiroh jauh lebih ramai, tapi isiu 'anti klepet', satu isiu yg sangat kritikal
dlm menentu halatuju atau 'trajectory' sosiopolitik untuk generasi kumudian. Aku ada baca kenunnya ramai
orang muda melayu tak minat daftag sebagai pengundi....
Sunggoh pon Kebobrokan mutlaq depan mata...
Rakyat tak payah tengok jauh, tengok saja keh selingkohan di Felda, mantan pengerusi yg depa sendiri
peraku telibat dgn risyuah beli undi,
dia selamba saja
ditukag ke SPAD (suruhanjaya pengangkutan awam darat), munkin kata orang Gerisik ... 'gampang sadd ja'.
Yg di angkat ganti dia pulak, dilapog terang2 mengaku terima RM 1 juta dari MOI.
Mamak2 Hamsa, Siregar (perbendaharaan) dan yg seangkatan kernyeh memanjang. Gerun aku, takut2 depa
dgn boss depa sekali temasuk dlm kumpulan yg Allah S.W.T. selalu lakagkan, dan munkin dinding2 yg menhalang depa
adalah duit dan pangkat (kuasa) :
Dari suroh Ya Siin;
وَجَعَلْنَا مِنْ بَيْنِ أَيْدِيهِمْ سَدًّا وَمِنْ خَلْفِهِمْ سَدًّا فَأَغْشَيْنَاهُمْ فَهُمْ لَا يُبْصِرُونَ (9 )
"Dan Kami adakan di hadapan mereka dinding dan di belakang dinding (pula),
dan Kami tutup (mata) mereka sehingga mereka tidak dapat melihat."
"Kemudian digambarkan pula bahwa orang-orang yang tidak beriman itu memandang baik amal-amal jahat yang mereka kerjakan. Hal demikian menyebabkan mereka menjadi takjub dan sombong... Ringkasnya mereka selalu berada dalam penjara kebodohan, seolah-olah ada dinding tembok yang memisahkan mereka dengan hati mereka hingga tidak bisa berpikir dan merenungkan dalil... Sedang mata yang tertutup diartikan, mereka tidak bisa mengindra dengan baik sesuatu yang dilihatnya, dan tidak satupun petunjuk yang dapat meluruskan pikiran mereka."
Bersambung dgn ayat 10;
وَسَوَاءٌ عَلَيْهِمْ أَأَنْذَرْتَهُمْ أَمْ لَمْ تُنْذِرْهُمْ لَا يُؤْمِنُونَ ("10)
"Sama saja bagi mereka apakah kamu memberi peringatan kepada mereka ataukah kamu tidak memberi peringatan kepada mereka, mereka tidak akan beriman." (dari 'tafsiranmanusia.blogspot').
Hanyasanya sekiranya apa dinulih ni ada benagnya, mohon balik lah ke jalan yg luruih, tak payahlah OSA kan laporan odit negara, suruhanjaya pilihanraya tak payahlah buat kerja 'gerrymandering', media aruih perdana belaku adillah pd rakyat.... dan belindong sunggoh2 dgn Allah S.W.T.
Mintak maghap ataih apa2 khilaf,
Aku
Sallam Dato,
Orang melayu memang pandai menamakan kata Inggeris kepada perkataan orang melayu, Kleptocracy dah jadi klepet.
Setakat ini, Najibnomics menyebabkan harga barang semakin naik melambong.
Pemandu Grab dan Uber pun ada hadnya, takkanlah semua orang boleh jadi pemandu uber dan Grab.
Akhirnya nanti pemandu teksi akan tinggalkan teksi dan bawa Grab dan Uber.
Grab dan Uber ini adalah disebabkan kemajuan teknologi Satelit GPS (Global Positioning Satelite) yang mengelilingi dunia, kalau tidak silap saya 3 dan juga kemajuan dalam teknologi wireless (tanpa wayar).
Ada lagi teknologi baru yang akan datang, teknologi kereta menggunakan elektrik. Sekarang ini di Amerika, kereta Tesla menggunakan elektrik boleh sampai 300km satu lagi cas, macam cas talipon bimbit.
Pada masa hadapan, kereta tidak lagi guna minyak tapi guna elektrik.
Antara kekuatan ekonomi Malaysia adalah minyak yang memberikan hasil kepada negara. Kalau kereta tak guna minyak, harga minyak akan jatuh.
Macamana Najibnomics hendak mengatasi kesan teknologi masa depan yang mana harga minyak merudum?
Adakah rakyat Malaysia akan diperah dengan GST?
Mengikut Prof Jomo, bilangan industri kita sudah menurun dari 30 peratus lebih kepada 20 peratus lebih.
Kerajaan Arab Saudi sudah pun mula untuk mencari sumber pendapatan ekonomi baru dengan memajukan industri pelancongan. Semakin banyak bandar tepi pantai akan dibuka. Sekarang ini, undang-undang dilonggarkan, orang perempuan sudah boleh bawa kereta.
Setakat ini kita tak nampak Najibnomics ini akan mencerahkan masa depan, gelap masa depan boleh jadi.
Sallam Dato'
Berkenaan dengan berita Great Wall China di Pahang.
Macamana dengan model pelaburang Najibnomics?
Setahu saya, pelaburan dari luar memberikan pekerjaan kepada orang Malaysia. Tapi, ini kawasan tertutup, Jaga sekuriti pun orang Bangla.
Model pelaboran macamini apa paedahnya Najibnomics kepada orang Malaysia?
Kalaulah pekerjaan dekat Malaysia ini bertimbun tak apa juga.
Peralatan hospital Di zaman tun mahathir pun dulu direbus guna juga, saya hidup dizaman tun mahathir jangan menipu ia
Assalammualaikum wbt DAKJ,
1. It's NAJIBCOMICS...😁
Thanks.
MBH
Apa maksud awak ni? Kalau peralatan pmbedahan/surgery set.. Memang le kena rebus SSU steril dan diguna semula.
En Maha Mahathir,(12.33 AM),
Kalau peralatan hospital di zaman Tun Mahathir pun di REBUS guna juga,
Pasai apa jangan menipu..?
Mungkin di rebus tu untuk mengurangkan kuman macam pada pakaian petugas2 bilik bedah dan diguna juga ?
Apakah kaedah ini sudah dihentikan...kerana melibatkan penipuan...?
Atau lantaran itu zaman Tun Mahathir..?
Tu memang peralatan yang dah memang boleh direcycle atau ditebus guna. Yang berlaku sekarang peralatan yang dulunya dibuang lepas sekali digunakan tapi sekarang disterile untuk dipakai semula. Itu menunjukkan apa? Tak ada duit la tu..
Di zaman Mahathir perkhidmatan kesihatan di hospital kerajaan free of charge. Zaman Pak Lah start mula charge seringgit. Zaman Najib pun charge seringgit.
Zaman Mahathir tak pernah ungkit hospital kerajaan free. Zaman Najib SELALU ungkit dalam ucapannya kerajaan berbelanja berpuluh-puluh bilion setahun untuk hospital. Yang dia sedut duit rakyat 42 bilion setahun kutip cukai GST tak nak cerita pulak..
Sila baca buku ‘Ministry of Finance Incorporated : Ownership and Control of Corporate Malaysia’ by Edmund Terence Gomez. Buku ini mendedahkan betapa haru-biru MOF sekarang bawah pentadbiran Najib. Sekarang tengah dijual di rak-rak utama kedai buku.
Dapatkan naskhah anda sebelum buku ini kena ‘banned’ pasal mendedahkan campur tangan luar biasa Najib bukan saja dalam GLC bahkan korporat Malaysia secara amnya. Pemusatan kuasa ini melalui MOF Inc. didorong keinginan Najib untuk mendominasi dunia korporat dan kek ekonomi Malaysia.
Campur tangan secara total dan menyeluruh dalam korporat Malaysia belum pernah berlaku dalam pentadbiran PM-PM sebelum ini. Sifat tamak dan nafsu kekayaan yang membuak-buak pasangan ini nampaknya tidak bertepian dan tiada had.
Setuju dgn sdr PutraKraken
Najibnomics adalah nama lain kepada satu sistem ekonomi di mana pemerintah mengkelepet wang negara utk kemewahan diri dan keluarga dengan meletakkan bebannya ke atas rakyat.
Selain Najibnomics ada satu terma kali sedang menunggu untuk masuk ke pasaran perbendaharaan kata iaitulah 'najibgate'. Najibgate ialah satu keadaan di mana seorang pemerintah utama sebuah negara mempunyai 1001 skandal dan menggunakan kuasanya untuk menutup kesemua skandal-skandal itu. Ia lebih hebat daripada Watergate mahupun Monica Lewinski atau pembunuhan JFK sekalipun kerana "najibgate" ialah pengumpulan kesemua skandal-skandal ini pada satu individu yg sama.
Salam Datuk.
Kesan dari Lahnomics hingga Najibnomics setelah mereka cuba melenyapkan legasi ekonomi tinggalan Mahathir menyebabkan keadaan ekonomi rakyat marhaen kembali kepada zaman kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang. Limpahan cukai dan royalti minyak dizaman pak lah menyebabkan pemimpin atau kata sebenarnya wakil kepada rakyat kelabu mata dengan duit yang berduyun-duyun masuk. Sepatutnya ditambah lagi subsidi minyak. Ada yang berkata kununnya golongan kaya yang paling banyak menikmati subsidi hingga kerajaan mengurang dan akhirnya menghapuskan terus subsidi minyak. Mahu tak mahu harga barangan melonjak naik. Disalahkannya peniaga. Undang-undang berniaga diketatkan hinggakan kerajaan pula yang menentu untung rugi sesebuah perniagaan.
Apabila harga minyak mula jatuh, didalam kepanikkan kekurangan wang maka rakyat disajikan dengan GST. Wakil rakyat kita menang bijak. Sudah-sudahlah masuk campur ekonomi rakyat. Jaga rizab dan jaga nilai matawang kita itu lebih mustahak. Mudahkan urusan rakyat dalam ekonomi bukan dengan mencekik mereka hasil dari salah menguruskan cukai negara..Kini tak pasal pasal anak2 kita terpaksa tanggung hutang 1MDB. Ingat.. Hutang kerajaan itu dibayar oleh pembayar cukai bukannya dari duit para pemimpin aka wakil rakyat. Wakil yang menyusah rakyat...
Terima kasih Datuk.
Salam Dato,
Cantik kapal Jho Lo tu, boleh tumpang untuk candat sotong!!!
Depa selalu MENANG,
Rakyat selalu KALAH,
DEPA senang lenang,
Rakyat susah payah.
Depa tak TENGOK,
Rakyat tang MANA,
DEPA yg seronok,
Rakyat yg merana..
Depa kata SAYANG,
Kita dah HULOQ,
DEPA dah kenyang,
Rakyat dok kebuloq..
Depa pakai SERKUP,
Kita guna PARANG,
DEPA serba cukup,
Rakyat serba kurang.
Depa nak GADAI,
Kita tak GADOH,
DEPA yg pandai,
Rakyat diperbodoh.
Depa diJUNJUNG,
Kita tukang KIPAS,
DEPA disanjung,
Rakyat ditindas..
Depa makan ISI,
Kita makan TULANG,
DEPA poket berisi,
Rakyat kering kontang.
Depa semua FREE,
Kita kena BELI,
DEPA tuding jari,
Rakyat kena buli..
Depa duit BANYAK,
Kita hutang MERATA,
DEPA tidoq nyenyak,
Rakyat sengkang mata..
Depa pilih KAWAN,
Kita pilih SAHABAT,
DEPA untong sakan,
KITA rogi merempat..
Depa sejuk AIRCON,
Kita panas BERAPI,
DEPA jadi ikon,
KITA diketepi.
Sallam Dato'
Khabarnya Bajet 2018 adalah ibu segala bajet.
Hebat juga rasanya.
Tapi kalau bapa segala bajet pun, kalau ada rasuah, bajet itu tak sampai juga kepada rakyat. Dalam kertas molek belaka.
Memang baik kalau toll dihapuskan, tapi kalau toll memang dah tamat, cakaplah betul-betul. Kutipan toll ada tempohnya, bukan sampai hari kiamat.
Saya orang Johor, heran juga toll EDL dihapuskan. Di EDL (Eastern Dispersal Link) mana ada toll?
Saya ingat dulu pada PRU13, pengampu BN letak kain rentang, "terima kasih kepada BN/PM kerana tidak ada toll di EDL". Itu lima tahun lepas.
Tiba-tiba dalam bajet, Toll di EDL dihapuskan. Dekat mana toll di EDL itu?
Salam Dato,
JIBBONOMICS sounds better....hahaha...
Dato kita doakan agar anak bininya hadi penghuni neraka amin
Dato kita doakan agar bala ditimpa keatas pemimpin durjana dan raduah dan keluarganya diakhirat nanti dimasukan ke neraka jahanam ammiinn
👍👍👍
A M E E N . . .
Post a Comment