A Kadir Jasin
PEGAWAI-pegawai kerajaan era (Datuk
Seri I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil) Mohd
Najib Abdul Razak yang memilih untuk meletak jawatan atau digantung
perkhidmatan mereka oleh kerajaan baru Pakatan Harapan (PH) tidak perlulah
mengomel, bersungut dan merintih.
Mereka sepatutnya menerima
keputusan rakyat jelata yang tidak lagi mahu pemerintahan kleptokrat Mohd
Najib.
[Komen "Anonymous” tidak akan disiarkan. Tolong guna nama sebenar atau samaran.]
Ada antara mereka adalah lantikan terus dan peribadi oleh Mohd Najib manakala yang lain pula memilih untuk bersekongkol dengan beliau.
Kerajaan baru tidak ada pilihan melainkan memecat atau membebaskan mereka daripada jawatan yang dipegang kerana tidak yakin mereka boleh bersikap profesional, telus dan ikhlas.
Profesionalisme mereka telah rosak apabila mereka memilih untuk menjadi orang suruhan dan tali barut Mohd Najib dan konco-konconya dengan mengorbankan kedudukan istimewa mereka sebagai penjawat awam (public servant).
Kalau mereka dibiarkan dalam jawatan masing-masing, besar kemungkinan banyak bahan bukti penyelewengan, rasuah dan salah guna kuasa oleh kerajaan kleptokrat Umno-Barisan Nasional (BN) akan dipinda atau dimusnahkan.
Mereka adalah antara orang yang secara sukarela dan sedar membiarkan institusi-institusi negara dirosakkan oleh Mohd Najib dan konco-konconya.
Banyak lagi yang perlu meletakkan jawatan, dipindahkan ke tempat-tempat yang tidak sensitif atau ditamatkan kontrak perkhidmatan.
Tidak dapat dinafikan bahawa penyalahgunaan kuasa berleluasa pada zaman kerajaan kleptokrat Mohd Najib.
Misalnya, ketika kempen pilihan raya yang baru berlalu saya lihat sendiri pengerusi sebuah agensi kerajaan berkampung di Langkawi dengan alasan mengadakan pesta perniagaan sedangkan tujuan sebenarnya adalah berkempen menentang Tun Dr Mahathir Mohamad yang bertanding di situ.
Dukacita saya sebutkan, iaitu ketika saya mula mengenali mereka, mereka adalah orang baik dan profesional. Mereka dewasa dan menjadi eksekutif kanan pada zaman Tun Dr Mahathir, tetapi mereka berubah menjadi alat politik di bawah kepemimpinan kleptokrat Mohd Najib.
Perlu juga saya sebutkan dengan tegas untuk perhatian semua wakil rakyat, tidak kira daripada parti yang menang atau kalah, tanggungjawab utama dan mutlak mereka adalah melaksanakan mandat dan harapan rakyat jelata.
Saya kutuk mana-mana mereka yang membuat kerja kotor dan jahat setelah dipilih rakyat semata-mata kerana nafsu yang rakus, keakuan (ego) yang melampau dan kegilaan kuasa yang tidak terbendung.
Marilah kita menjadi
manusia berhemah, berbudi dan beriman dengan melaksanakan mandat dan harapan
rakyat.
Wallahuaklam.
Wallahuaklam.
29 comments:
Aslm dakj,
Setuju. Namun, barah sudah merebak. Yang bersekongkol dinaikkan, yang bercakap benar dianggap membawa masalah.
Quite a tough job for current administration to identify them because they are quick to realign their position to the one holding the power.
Mudah2an mereka yang bermasalah ini dapat dibasmi.
Budak jawa
Adakah datuk sekarang senang hatii?...nk bertindak boleh tapii jgn sampai menjejaskn imej tun dimata rakyat..politik sekarang bkn mcm dulu..
Datuk,
Kalau ada sesiapa yang dapat jawatan2 tertinggi masa UMNO memerintah, maka ini la masanya mereka lepaskan jawatan2 tersebut secara terhormat tanpa menunggu arahan dari Tun atau Ketua2 Menteri yang baru.
Pandai2 la.
Kamu dapat pun as political appointees saja, bukan nya kerana kebolihan bekerja, jadi bolih belah la.
Contohnya, Wahid can tender his resignation as PNB Chairman and let Tun decide if he want to keep him or not...that is called pride Wahid!
If Tun can accept Zeti, why not you?
Tun is happy with the Chairman of Tabung Haji...so he stays...sama bangsa ba!...like Arul Kanda.
Then to the question of Apandi's 30 days unrecorded leave!...seriously...what the hell is that Apandi? Someone told me, you don't go to work and get paid...what the f*** is that, Apandi?...betul kerja haramzadah!...please return your gaji, pejabat AG bukan ofis bapa kau punya la Apandi.
Being Sabahan, I urge Bung Moktar, MP Kinabatangan to resign as Chairman of Felcra. Don't embarrass yourself sitting there like Orang Utan.
All UMNO political appointees must go!
What surprise me the most about this GE-14 is that PH actually got NO presence in Kelantan and Terengganu. They are that popular with the people there. They are not well received from highly conservative section of the Malay. The very totok one. Zero seat won on both states. That was total rejection..
It shows that all these while that PKR had been winning seats in those two east coast states were because of Pas. They won them on the back of Pas supporters. Without them they are exposed. Like what happening just now. They are averse anything to do with multi racial and liberalism. Race and religion rule supreme in Kelantan and Terengganu.
Something to ponder upon to PH leaders. PPBM and PKR should get around the table. Analyzing stuff. To get to the bottom of this. How to win heart and mind of the conservative Malays.
Walaubagaimanapun keadaan terlalu mendadak sehingga an memberikan kesan keatas kakitangan kontrak. Ini memberikan definisi yg berbeza pada PH.
Pro dan kontra mmg perlu berlaku ttp bkn dgn membalas dengan cara regim.
Anyway Islam is the best solution for our problem.
More kleptorat will a rise again and again if we put is Islam behind
Assalammualaikum DAKJ,
Please propose to YABhg TDM to appoint highly qualified, competent and smart people with high integrity to hold the position of KSU, Director General, Director, Head of Department, Chairman, CEO, BOD at all Ministries, Government Agencies, Statutory Bodies, GLICs and GLCs.
Hope that we can also get rid on appointments for high positions based on political connection, seniority or rank and file
Kadiag, السلام عليكم ( Assalaa / mu / a'lai / kum.),
Alhamdulillah hang dah senarai beberapa 'tonggak' dan 'pasak'
pada 'nakba' Malaya, semuga di adili dan jika didapati salah, mendapat hukuman yg setimpai.
Tapi bukan watak2 ni saja yg telibat, ramai lagi, temasuk chukong2 dlm dan luag negeri, kepala2 media, akademik 'kangkong', sisa2 'feudal' temasok yg bakui sampah petisyen rakyat, yg nulih sorat tak mau sipu2, kerosi tak cukop ka apa ka... yg bela 'pendekag' bugih dan macam2 lagi.
Lagi satu tapi, yg munkin lebih asasi, ialah sistem yg pincang lahiag dari pelembagaan Lord Reid yg barangkali
kena dilonkang semoanya.
Kuasa mutlaq nak dakwa tak mau dakwa semoa teletak pd Peguam Negara, dan kalu dia ni senget, senget lah satu Malaya dan kepala SPR pulak bulih ikut suka dia (atau pihak sekutip) nak naik undi Pos, undi awai, sempadan semola, pengagihan jumlah pengundi dlm satu2 kawasan undi, tak mau layan bantahan, lewatkan umum keputuihsan dan....
Aku berenti sini Kadiag, satni telalu panjang sangat, maghap no ataih apa2 yg silap dan
Ya Allah, berkatkan lah 'ibadat Romadhan kita.
Romadhan mubarak.
Asalamualaikum Dato,
Saya berharap Dakj membace komen ini.. artikel dakj sgt tepat dan inilah yg terjadi di kebanyakan syarikat Bumiputra berpotensi tinggi. Ianya akhirnya runtuh kerana tedapatnya anasir2 seperti DAKJ terangkan dalam entry kali ini.
Digital Terrestrial TV Malaysia (DTT Malaysia) salah satu projek Pendigitalan Malaysia, yang mana projek ini telah dianugerahkan kepada syarikat Tan Sri Syed Mokhtar oleh SKMM yang sepatutnya siap sejak 2016. Projek yang sepatutnya melengkapkan Infrastruktur negara di era digital ini telah dengan dahsyatnya dirosakkan oleh mereka2 yang mempunyai kepentingan peribadi baik dari kerajaan pemerintah yang lepas dan juga tenaga kerja yang terdapat didalam syarikat berkenaan.
Karakter2 dan ciri2 kegagalan dan kemusnahan adalah sama seperti di peringkat yang lebih besar iaitu diperingkat kerajaan. Adanya Ketua2 yang berkepentingan peribadi dan politik dan penggerak2 barisan kepimpinan tertinggi syarikat yang SEPATUTNYA mengutamakan amanah syarikat TSSM telah tidak dilaksanakan.
Adanya penggerak2 pekerja syarikat yang melaksanakan mengikut kemahuan orang2 tinggi tertentu menambahkan parah syarikat TSSM ini. Semua ini dilaksasnakan atas dasar kemahuan orang itu dan bukan atas AMANAH dan kepercayaan yang diberikan. Natijahnya, projek ini menghadapi kelewatan dan pihak terbabit ialah SKMM dan syarikat pelaksana bumiputra ini. Komen2 Syarikat Melayu... macam itu lah... dah kedengaran...
Biarpun bidang ini sudahpun mempunyai ramai tenaga pakar tempatan akan tetapi dek kerana lakonan dan 'personal interest' maka dimasukkan segala yang tidak perlu..
Cubaan membetulkan telah, sedang dibuat, akan tetapi.. percubaan ini akan menjadi sia2 kerana diperingkat pelaksana... masih lagi dikuasai oleh mereka2 yang begitu pandai berlakon... Sekiranya kakitangan kerajaan yang bersekongkol dgn pentadbiran DSN dahulu untuk melakukan perkara salah perlu dibersihkan, di syarikat tersebut dan skmm yang terlibat perlu juga dilakukan perkara sama... kakitangan syarikat terbabit perlu juga dibersihkan disamping pihak pengurussan atasan yg perlu dibersihkan sepenuhnya...
semoga Allah kurniakan kesihatan yang baik buat DAKJ dan Tun M dan Allah beri kebenaran itu terlihat sepenuhnya... Amin
DAKJ boleh email saya di ruzie75@yahoo.com untuk perincian..
adalah lebih baik DAKJ tidak publish komen ini...
Assalamualaikum datuk kadir. Bolehkah datuk menambah butang carian (search button) pada blog ini? Blog datuk menjadi rujukan saya terutama artikel bekaitan dengan fakta, contohnya argumnent tentang jumlah hutang malaysia, yang mana bagi orang yang tidak ada ilmu ekonomi seperti saya sungguhlah menjadi kesukaran pada saya untuk memahami isu tersebut kecuali disampaikan dalam bahasa layman seperti dalam blog datuk. Saya selalu kembali ke blog ini bagi rejuvenate kefahaman saya..
..ksekiranya ada butang carian, ia sangat bemakna bagi saya.
Salam Datuk,
APA YANG BAKAL BERLAKU SEKIRANYA ANWAR MENJADI PM DENGAN LANGKAH PANDAN.
1) Pada PRU 14 yang lepas kita telah menyaksikan sokongan yang besar apabila Tun dan DS Wan Azizah dinamakan sebagai bakal PM dan TPM. Ini tidak dapat dinafikan. Kita tidak ada bukti kukuh bahawa tsunami yang berlaku adalah kerana DS Anwar akan menjadi PM.
2) Kita telah melihat penolakan besar-besaran keatas BN atas faktor DS Najib akan terus memegang jawatan PM. Pas menang di Terengganu dan 15 kerusi di DUN Kedah juga adalah dari hasil undi protes ahli Umno terhadap Najib.
3) Kekuatan kemenangan dan kekalahan PRU lepas banyak bergantung kepada siapa yang akan mengemudi negara atau menjadi PM. Ini adalah syarat pengundi. PKR, Dap dan Pas telah lama ada dalam pakatan pembangkang tapi mereka tidak mampu menang. Ini hakikat yang terpaksa ditelan...
4) Kita lihat apa yang terjadi pada Kedah suatu ketika dulu.....
Pas Kedah pernah jatuh hanya kerana DS Mukhriz dijanjikan akan menjadi MB disaat-saat akhir. BN kemudiannya menyerahkan jawatan tersebut kepada Dato' Seri DiRaja Ahmad Bashah bin Md Hanipah. Katanya Ahmad Bashah ni mendapat sokongan ADUN Kedah serta disokong MP pusat. Kemudian apa yang jadi.....kerajaan BN Kedah tumbang semula selepas satu penggal memerintah....rakyat Kedah telah menolak BN....
5) Adakah selepas DS Anwar menjadi PM (dengan Langkah Pandan) kerajaan PH akan terus berkuasa? Adakah beliau akan menang?
6) Adakah Anwar akan mendapat kepercayaan penuh dari semua wakil rakyat PH?
7) Sekarang kita lihat, wakil rakyat pembangkang adalah 79 dari BN dan 18 dari Pas, jumlah keseluruhan ialah 97. Mereka hanya perlukan 15 kerusi sahaja lagi untuk menumbangkan PH. Adakah ia mustahil? Bagi sesetengah orang matlamat boleh menghalalkan cara, kita sedang berpolitik. Kerajaan PH boleh jatuh pada bila-bila masa sekiranya kita tersilap langkah.
8) Tahukah kita tentang undi tidak percaya? Ini yang saya petik dari Astro Awani:
Menerusi catatan terbaharu di blognya chedet.cc, Dr Mahathir berkata, walaupun Parlimen mungkin tidak mempunyai peruntukan bagi mengadakan undi tidak percaya tetapi terdapat peruntukan mengenai perkara itu di dalam Perlembagaan Persekutuan.
"Perlembagaan Persekutuan (Perkara 43 (4)) memperuntukkan, jika seseorang Perdana Menteri itu tidak lagi mendapat sokongan majoriti daripada Ahli Parlimen, beliau perlu meletak jawatan," katanya.
9) Adakah usaha ini sedang dijalankan oleh BN? Adakah kerajaan PH sekarang amat kuat sehingga kita telah mula bersengketa? Adakah kita lebih pentingkan seseorang atau kestabilan kerajaan yang telah kita tubuhkan lebih penting? Sudah 60 tahun pembangkang menunggu saat ini, adakah ia akan dihancurkan?
10) Pelabur akan menunggu dan melihat dahulu sekiranya kerajaan kita masih tidak kukuh dan jelas.
11) Sekiranya Langkah Pandan terus dilakukan, PH akan terpaksa menempuh jalan yang sukar pada PRU 15 nanti. Ini yang terpaksa diterima.
Jangan sampai dikatakan "Ayam menang kampung tergadai......."
saya dah banyak kali kongsi pendpt melalui blog ini mengenai perkhidmatan awam kita.
secara rengkas nya :-
1) kita wajib suntik semula semangat 'juang' d kalangan kakitangan awam,
2)kita perlu rombak system kenaikan pangkat yg sekarang lebih condong kpd 'time based' drpd 'merit based'. dlm erti kata yg lain, system meritokrasi perlu d perkenalkan.
3)penjawat wajib 'bersih, pintar n cekap', n yg terpenting,
4)mampu membantu kerajaan utk menggubar dasar2 yg 'mesra rakyat' serta mengutamakan program 'keadlian social' drpd program 'bantuan sogial'.
dlm kata sengkat ,'PERKHIMATAN AWAM PERLU D ROMBAK SECARA TOTAL'.
WALLAHU'ALLAM.
Anwar is a free man. No one denies him his freedom, the question is how could his pardon be fastracked all the way by the palace, pardons board, and those involved in the pardon?
Any particular reason for the unseemly haste?
Gejolak jiwa
Saya setuju dengan anda.
Yang jelas dalam pilihan raya ini ialah merudumnya sokongan Melayu dari umno.
Di pantai barat, aliran yg keluar dari umno ini masuk ke PH. Dengan undi besar yg berterusan dari bukan melayu bermakna PH berjaya memenangi hampir semua kerusi2 campuran.
Tetapi di pantai timur dan kerusi2 majoriti melayu, sebahagian besar aliran yg lari dari umno ini telah masuk ke Pas. Di Kedah Pas rampas 3 kerusi umno, sik, pendang dan jerai. Di terengganu setiu dan kemaman.
Ada yang percaya bahawa ini adalah kerana pengundi2 yg menolak umno membuat pengundian taktikal . Mereka memberi sokongan mereka kepada PAS dan bukan PH kerana secara realistik hanya PAS yang cukup kuat untuk mengalahkan BN di negeri-negeri tersebut.
Saya tak yakin yg pengundi2 disana sedemikian sofistikated. Bagi saya sebab utama ialah pengundi-pengundi ini masih tidak dapat menerima DAP dlm PH. Retorik DAP sebagai anti-islam yang dimainkan oleh Pas masih lagi cukup berkesan.
Apa yang saya takuti ialah selagi Hadi ada disitu, Pas akan terus bermain dengan retorik agama ini untuk mengekalkan sokongan mereka di kelantan dan terengganu. Kelantan dan Terengganu akan ditinggalkan dari arus pembangunan negara. Apabila dah tak bolih tahan lagi, mungkin barulah rakyat disana akan bangkit menolak pas. Olih kerana umno sudah tidak lagi ditampuk negara, mereka tak ada pilihan melainkan undi PH.
1. Semua lantikan terus oleh Najib hendaklah dikaji.
2. Jika tiada kes rasuah, pecah amanah, melindungi penjenayah dan sebagainya maka mereka boleh terus kekal jawatan. Jika tidak jgn pula segan silu hendak tamatkan kontrak mereka.
3. Lantikan mana2 bekas banduan juga mesti mengikut proses dah prosedur yg betul. Jgn main langkau saja.
Datuk,
methinks Anwar is trying to grab the limelight, he is supposed to look after wife and children, go abroad, and not take part in politics, etc. Look immediately after getting a pardon, he holds several press conferences, talk about this and that policy,then tonight is the rally by his supporters at one of the stadium.
Hey, we didn't vote for him, in fact we voted for Tun Mahathir and Pakatan.
His young assistant Rafizi said Invoke correctly predicted the fall of BN states; Invoice also predicted that PAS would fall and best get only 2 parliament seats.
Only 50% right in prediction, so what's so great about Invoke.
These PKR including its now released leader are real clowns.
Let Tun M carry out his tasks, he is shouldering a lot of work and the cabinet he will finalise will help him move our country forward. Let us not hear from people like Rafizi, Wong Chen and the woman who forgot her IC.
Assalamualaikum DAKJ. Satu oerkara yg Saya lihat kurang diberi perhatian ialah penyebab berlakunya kepincangan dlm sistem kehakiman Kita hingga DSAI terpenjara. Hakim2 yg terlibat hingga membuat keputusan yg menzalimi DSAI atau sesiapa saja di vumi bertuah ini perlu juga dinyahkan dari sistem kehakiman Kita atau diadili utk member oengajaran kpd pendukung undang2 bahawa hakim perlulah Adil.
Datuk, dalam meraikan kemenangan PH, apakah PH akan memastikan hal ehwal Islam dan Melayu tidak disentuh dan diperkotak katikkan. Ada kebimbangan seolah-olah orang Islam dan Melayu semakin terbuka menerima perubahan. Walaupun benar tidak semestinya terbuka bila soal agama dan hak orang Melayu disentuh.
Assalamualaikum Datuk,
I was working in a television station own/agency under PMO, I am not sure whether you knew or not, the CEO was politically appointed by the previous DPM.
After the election he has been trying to find a new (payung) from the current PH government. During the campaign period he instructed the station staff to campaign in Pekan and Pasir Puteh. He even created a special tv show for the PM's wife.
Now, looks like he's trying to be in the good books of TMs.
Just for your info to get rid of these pest.
XCDTVAH
Datuk,
Some loose ends that people may have forgotten about, re: 1MDB
Suboh Yassin and Nik Faisal, the two magical missing men.....
http://www.thesundaily.my/news/1497910
Plus Casey Tang & Jasmine Loo. Both were wanted by BNM.
The Jasmine lady is alive in USA and was donating large sums of money for Jho Low parties.
Now, efforts can be made via Interpol to get all these people.
Please gently remind the 1MDB Committee...
Thank you.
Tun M has just released the list of the cabinet appointees and signed off by the Agong. What's surprising is there is no chinese Minister from PKR despite it being a multi-racial party. No good ones around?
Wan Azizah should have given up the post of Women's Affairs Minister to another lady. No good ones around?
What's also surprising is Azmin as the Economic Affairs minister. He is a very good MB for Selangor and should not leave his MB post. Selangor residents sincerely hope the Sultan of Selangor will direct Azmin to remain as MB, after all he and his state cabinet had only been sworn in. Why was Azmin specially chosen, any special agenda by DPM, public aware she does not get along with Azmin. Don't let the people and state of Selangor suffer because of this bad feelings. Again there's no better person to take on the Economic Affairs minister?
Why is PKR so short sighted in these cabinet picks from their party?
Salam Datuk,
TUN MAIN LANGGAR SAJA.......
Tun telah melanggar perjanjian atau persepakatan Pakatan Harapan sebanyak dua kali:
Pertama:
Beliau melantik tiga menteri tanpa perbincangan dengan empat orang pemimpin utama Harapan. Ramai pemimpin PKR naik marah, ramai yang protes terutamanya Rafizi yang bijak. Bagus dan terima kasih..........Beliau kemudiannya berjumpa DS Anwar DAN BERBINCANG.......selesai masalah...
Kedua:
Beliau melantik dirinya sebagai MENTERI PELAJARAN. Katanya nak jadi PM untuk dua atau tiga tahun saja, mengapa pula nak jadi Menteri Pelajaran pulak...pelik kan? PM mana boleh pegang lain-lain jawatan.......dah janji dah.......
Ramai marah dan protes.....bagus........ Kemudiannya beliau menarik balik keputusan tersebut. Dr Maszlee kemudiannya dilantik....
Ramai yang melompat dengan dua keputusan tersebut. Tun dah mula menjadi diktator, tak hiraukan persepakatan......apa dah jadi dengan Tun.......orang tua ni buat dah......
NASIB BAIK RAMAI YANG BISING-BISING TERUTAMA PEMIMPIN PKR....BAGUS BAGUS DAN BAGUS PEMIMPIN PKR NI, MEREKA TAHU SALAH LAKU TELAH DILAKUKAN OLEH TUN. TAK BOLEH MAIN LANGGAR-LANGGAR SAJA..........
BAGUSSSSSSS.............ALHAMDULILLAH.........
TERIMA KASIHHHHHHHH ya.........
KAH KAH KAHHHH.......APA maksud TERSIRAT.........
Faham betul-betul.....
Sekiranya nanti beliau melepaskan kuasa, maka penggantinya tahu apa yang boleh dan tak boleh di buat DAN pemimpin PKR juga tahu apa perlu mereka buat sekiranya ia berlaku iaitu:
Pertama:
Perdana Menteri tidak boleh membuat keputusan tanpa persetujuan Majlis Presiden.
Kedua:
Perdana Menteri tidak boleh pegang lain-lain jawatan.
dan sekiranya penggantinya menyalahgunakan kuasa maka apa yang perlu PEMIMPIN-PEMIMPIN INI LAKUKAN?????????
.....marah dan protes protes protes............jangan lupa jerit "REFORMASIIIIIIIIII........" kuat-kuat....
Jadi, dah tahu apa kena buat kannnn......
Ramai dah kena main nampaknya, DS Anwar juga terkena........kesiannnnnnn!!!!!!!
DIBAWAH PEMERINTAHAN TUN......JANGAN CEPAT MELATAH......
Datuk,
As Home Minister Muhydeen should as one of his first priority eject Zakir Naik from Malaysia, this person has no standing in our country and supporter of terrorism, unwanted in his own country and many more. The longer Zakir is in Malaysia, he will be a divisive figure, we don't want religious terrorism to rise its poisonous head in our country. Already started?
The new appointed Education Minister is said to be a supporter of Zakir Naik, and if so has no business helming this position. If true, imagine the havoc this minister will create in the education system. We appeal to Tun Mahathir to take back the Education Minister's post. IN these circumstances, our children will surely be susceptible to the wrong "teachings". Change the person or take back the post !
Helloo,
Why dont ask why no malay minister from dap?
When guan eng reply he is malaysian and not chinese, everybody is cheering. So why cant we cheer the same to our newly appointed cabinet minister? Who is racist here?
After all the duty of cabinet minister is to serve all malaysian irrespective which race they are belong to. Even wakil rakyat is elected to represent their community not specific race.
Budak jawa
TDM wajar diberikan sokongan padu untuk membuat "spring cleaning" dan pembersihan yang sedang pantas berjalan. Di dalam neraca politik,enam bulan memungkinkan pelbagai natijah. Pendakwaan salah laku keatas beberapa mantan menteri memungkinkan pilihanraya kecil di beberapa kawasan,termasuk parlimen Putrajaya? Biarlah kerusi Pandan dipanaskan untuk Rafizi kembali dipersada politik nasional kelak, setelah kes "lembu" diadili sebaik-baiknya.
TDM has been very magnanimous in relinquishing his Ministry of Education portfolio, though he is right on all account. The manifesto was only specific on the prohibition of the PM simultaneously holding the Ministry of Finance portfolio.
I guess His Majesty YDPA in his wisdom saw that DSAI suffered the injustices of political persecution that necessitates immediate rectification, no?
PAS masih dilihat sebagai parti bersih dan suci dari pendakwaan salahgunakuasa dan korupsi.
Selama ini semua laporan kepada SPRM di Kelantan tidak diambil tindakan yang sewajarnya, mungkin atas sebab2 tertentu. Lets wait and see in the coming days when SPRM start doing their job under the new leadership. Lets see where PAS raised the huge amount of money to contest in almost all Federal (notably not in Pekan though) and State seats in GE14 recently.
Lets not belittle what Invoke has done towards the recent victory. Invoke may have underestimated the amount of fund PAS has its disposal. Rafizi will continue to unravel the source(s) of fund, which may unearth skeletons (illicit funds from SRC/1MDB?), exposing the true colours of their leaders. We have just got to wait and see.
Mohon Dr. Mazlee turun ke UPM dan pantau prof dan pentadbir yang jadi api dalam sekam dan bersifat perkauman yang kuat serta mencerca kerajaan sekarang. Banyak staf yang mendokong parti PH dinafikan hak kenaikan pangkat dan difitnah.
Post a Comment