A Kadir Jasin
MUKHADIMAH: Pandangan yang terkandung dalam tulisan ini adalah
pandangan peribadi saya. Saya menulis dalam kapasiti saya sebagai seorang
blogger. Ia tiada kena mengena dengan apa-apa jawatan yang mungkin saya pegang.
PADA 9 Mei rakyat jelata
telah membuat keputusan. Mereka memilih Pakatan Harapan (PH) yang antara lain,
menjanjikan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri dan Datin Seri Dr
Wan Azizah Wan Ismail sebagai Timbalan Perdana Menteri.
Istana Negara baru menelan belanja RM812 juta |
Kini sudah lebih 20 hari
kerajaan baru PH mentadbir. Alhamdulillah segala-galanya berlaku dalam suasana
aman damai walaupun ada saat-saat yang mencemaskan.
[Komen
"Anonymous” tidak akan disiarkan. Tolong guna nama sebenar atau samaran.]
Jadi janganlah ada
mana-mana pihak – dari mahligai yang bergemerlapan kepada lorong belakang yang
hanyir dan gelap – cuba mencabar kesahihan kuasa rakyat.
Ketua Umum PH, Datuk
Seri Anwar Ibrahim, ditajukberitakan sebagai berkata beliau bimbang dengan
perbezaan pendapat dalam PH.
Saya katakan begini kepada
sahabat lama saya itu: Jangan sekadar bimbang saja. Sebagai orang tua kita
lakukanlah yang terbaik bagi mengukuhkan perpaduan dalam pakatan kita.
Sesiapa pun, si papa
atau raja akan mengundang tindak balas yang setimpal sekiranya mereka cuba
menidakkan pilihan rakyat jelata dan undang-undang negara.
Seperti saya nyatakan
berulang kali, dalam dunia tanpa sempadan yang dipacu oleh media sosial ini,
tidak seorang atau satu hal pun akan terlepas daripada pandangan umum.
Dunia hari ini bukan lagi
dunia “raja dalam rumah buat kira-kira. Suri dalam dapur makan roti gula”.
Rakyat jelata mahu tahu
dan terpaksa diberi tahu kira-kira apa yang raja sedang buat dan berapa harga
roti yang dimakan suri kerana rakyat jelata lah yang membiayai keperluan mereka.
Bukan puluhan atau
ratusan ribu ringgit tapi ratusan juta!
Maka sewajarnyalah kira-kira
yang raja buat itu demi kebaikan rakyat jelata dan bila ada raja, ada lah
permaisurinya.
Dayang tepi kolam yang sedang
mahu jemur tepung tidak lagi mahu dipatuk hidungnya oleh burung hitam.
Ini adalah kerana raja,
isteri raja, dayang dan rakyat jelata kini berada di abad ke-21 dan bukan lagi
di zaman dongeng, mitos serta rekaan di mana raja adalah kudrat.
[Secebis daripada Perlembagaan: Perkara 40 - Yang di-Pertuan Agong hendaklah bertindak mengikut nasihat.
(1) Pada menjalankan fungsinya di bawah Perlembagaan ini atau undang-undang persekutuan, Yang di-Pertuan Agong hendaklah bertindak mengikut nasihat Jemaah Menteri atau nasihat seseorang Menteri yang bertindak di bawah kuasa am Jemaah Menteri, kecuali sebagaimana yang diperuntukkan selainnya oleh Perlembagaan ini; tetapi Yang di-Pertuan Agong berhak, atas permintaannya, untuk mendapat apa-apa maklumat berkenaan dengan pemerintahan Persekutuan yang boleh didapati oleh Jemaah Menteri.
(1A) Pada menjalankan fungsinya di bawah Perlembagaan ini atau undang-undang persekutuan, jika Yang di-Pertuan Agong dikehendaki bertindak mengikut nasihat, atas nasihat, atau selepas menimbangkan nasihat, Yang di-Pertuan Agong hendaklah menerima dan bertindak mengikut nasihat itu.]
Antara Melayu dan
Integriti
Ya, memanglah kalau boleh
orang Melayu mahu Melayu menyandang semua jawatan penting, tetapi apa gunanya
kalau Melayu yang berjawatan tinggi itu zalim, perasuah dan bersubahat dengan
penyangak dan pencuri.
Kerajaan baru
menjanjikan reformasi institusi. Untuk itu kita perlukan seorang pakar guaman
yang amanah dan berintegriti sebagai Peguam Negara (Attorney General).
Kalau kita hendak
melakukan pendakwaan kes rasuah berprofil tinggi pula, kita perlukan pula seorang
Pendakwa Raya Negara (Prosecutor General) yang berkaliber.
Bagi mengelakkan
pemusatan dan pembolotan kuasa, kita perlu pisahkan tugas guaman dan
pendakwaan. Kita perlu ada seorang Peguam Negara dan Pendakwa Raya Negara.
Bangsa dan keturunan mungkin penting bagi sesetengah orang tetapi bagi semua yang mahukan
keadilan, yang lebih penting adalah kewibawaan.
Jadi hendaknya janganlah
ada sesiapa yang cuba mensabotaj proses pembentukan dan pelengkapan pentadbiran
PH ini atau bermain kayu tiga untuk tujuan politik yang sempit.
Rakyat jelata
memerhatikan!
Wallahuaklam.
67 comments:
Tajam sungguh tulisan datuk ni. Ada 2-3 orang yg ditujukan khas, tentunya akan terasa pedasnya.
Betul tu datuk, zaman ni dah tak leh nak sembunyi2. Sekelip mata, semuanya akan tersebar. Rakyat sekarang bukan macam dulu. Rakyat sudah bijak. Rakyat tak lagi gentar membuat penilaian. Dan rakyat tak takut menyatakan pandangan mereka. Pemimpin2 yg ikhlas dan baik akan disokong. Mereka yg cuba2 nak melencong bersiap sedialah untuk kena tibai!
Salam Datuk ,
Keras nada Datuk kali ni ..memang kompom aura guaq payang campoq kerkau ni...Apa2 sekalipun jgn sampai bisa mendatangkan kesulitan kepada Yang dikasihi Tun .Moga2 Datuk sentiasa diberi keberkatan usia,kesihatan dan rezeki berpanjangan..Amin ....
saya baru saja menonton 'press conference' setlh majlis presiden PH bersidang dgn kehadiran anwar buat pertama kali.
wth all honesty, I do not like what I c especially anwar's body language.
not 2 late 2 remind every body that in d business of governance, there cannot b more than one power centre. period!!!
Saya mahu yang terbaik utk malaysia, tidak kira bangsa atau agama, saya melayu, adakah saya minoriti dalam pendapat ini, sedih sungguh, dalam kita hendak maju tapi kita bantutkan diri kira.
Sekiranya benar ada komplot pihak istana bersama Anwar untuk merampas kuasa daripada kerajaan yang dipilih rakyat,maka natijahnya juga perlu sanggup diterima.Jangan salahkan rakyat sekiranya mereka merasakan institusi Tsar juga perlu dijatuhkan.
Ada hipokrit cakap lain buat lain. Dia boleh berlakon tapi rakyat nampak.
Datuk,
- WOW!...tajam!...cukup pedas!
- ini baru la Datuk AKJ nama nya...berani...terbuka dan jujur.
- aku setuju 100% apa yang tersurat dan yang tersirat dengan semua pandangan yang terkandung dalam tulisan yang sangat jujur sebegini.
- ini la Malaysia baru!
Datuk,
"PADA 9 Mei rakyat jelata telah membuat keputusan. Mereka memilih Pakatan Harapan (PH) yang antara lain, menjanjikan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri..."
- aku tidak tau ada orang yang mau menafikan fakta ini, Datuk.
- mungkin juga ada orang yang cuba2 menafikan nya, maklum la ini kan dunia politik.
- tapi itu politik orang itu la, bukan politik reality PRU14...cakap apa la mereka suka...jangan salah langkah pula dalam keghairahan omong2 sendiri.
- tanpa Tun, lupakan saja la Pakatan Harapan masuk Putrajaya...jangan la kamu ber-angan2 macam Mat Jenin.
- bukan raja2, sultan2 dan agung yang kasi tampuk kerajaan baru ok...tetapi sokongan rakyat sama Tun...itu saja, mau cerita apa lagi.
- jangan la minta puji mau kasi tayang muka sama itu sultan2 dan raja2...bukan di situ kuasa Melayu...jauh sekali.
- kuasa politik Melayu di tangan petani2, nelayan2, cikgu2 , penjawat awam gaji rendah dsbnya bukan nya di istana...jangan macam bodoh dan bangang.
- buat la kerja sokong Tun sama ada kamu dalam kabinet nya atau pun tidak ada jawatan dalam kabinet nya.
- ini bukan masa nya main politik...PH baru 20 hari oooi!
- INGAT LA SIKIT, AKU BUKAN SOKONG LOGO PKR, TETAPI SOKONG TUN!...begitu juga anak anak bini aku...kamu ada faham ke?
- itu peranan Datuk AKJ kasi tau sama sesiapa yang cuba2 nafi pilihan rakyat.
Sallam Dato'
Berkenaan dengan mandat ini,
Negara-negara orang kapir amat menjaga mandat yang diberikan rakyat.
Di UK, rakyat mengundi untuk keluar dari Eropah, tidak ada siapa yang akan persoalkan dan mandat rakyat akan dipatuhi.
Di Amerika, orang kapir kata, government of the people, by the people and for the people. Maknanya, Kerajaan rakyat, oleh rakyat dan untuk rakyat.
Sebab itulah negara kapir maju kerana menghormati mandat rakyat.
Kalaulah hak orang melayu untuk memilih kerajaan tidak ada nilai dan tidak dihormati maka apa agaknya hak istimewa orang melayu?
Memilih kerajaan adalah hak orang melayu dan hak orang Malaysia.
Rakyat dah pilih Pakatan Rakyat untuk jadi kerajaan. Mandat ini perlu dihormati seperti mana dalam perlembagaan.
Mandat ini ada tempoh had iaitu selama 5 tahun. Setelah 5 tahun kalau Pakatan tidak baik untuk rakyat, maka tidak perlu undi Pakatan Harapan pada masa hadapan.
Sebagai orang Islam kita ada rukun Islam. Sebagai rakyat Malaysia kita ada rukun negara.
Kalau undang-undang dan perlembagaan tidak dihormati, maka jadi carca marbalah segala-galanya.
Salam Dato.
Spt kata Dato...sepatutnya dari mahligai hingga ke lorong belakang yg hanyir menerima keputusan PR... pilihan rakyat.
Umum tahu PH adalah pilihan majoriti rakyat.
Tentulah...pihak BN/Umno dibawah Najib dan konco2 terpinga......terkesima...terkucil dan terkedu dgn kekalahan....ada yg masih didlm 'denial mode'.
Ada yg kepanasan..... tidak lelap tidur ...kerap kencing mlm ...ada yg meracau.... ....ada yg sepi bisu dan ada yg cabut lari.
Kasihan.
Umum tahu ramai dari mereka2 ini ada Melayu2 dari BN terutama Umno.
Kesan kekalahan BN terhadap mereka amat besar... terpaksa letak jawatan atau dilucut jawatan....maka hilanglah imbuhan besar yg datang dgn jawatan (mereka2 yg political appointee).. ..ada yg akan dihadapkan kemakamah.....ada yg akan masuk jel...ada yg merasa malu dan aib dsb.
Allah SWT sahaja yg tahu perasaan...Syarizat...Isa Samad....Nazri Aziz...Azeez Tabung Haji....Jamal Tongkol....Anuar Musa.. .Jawa totok..Musa Aman dan ramai lagi termasuk Bugis laki bini.
Tetapi dari apa yg saya lihat dan baca di media sosial...suara2 sumbang...lontaran2 fitnah...dsb masih berterusan.
Mereka mempersoalkan segala apa yg di bangkit atau sedang dilakukan oleh Kerajaan PH....dari bantuan derma....caruman EPF pd isteri...lantikan Menteri Kewangan....pemasuhan GST dsb....ECR dan HSR selain dgn modal lapuk (mengutuk Tun M).
Kasihan.
Kita bayangkan sahaja....belum pun 1bulan PH berkuasa...puak2 siber bangang ini mahu semua janji2 manifesto dilaksanakan.
Ya.... mereka kelihatan tidak tahu nikmat kepuasan dan tidak juga merasa lega bahawa ratusan juta duit rompakan Bugis yg mereka sokong telah diperolehi semula.. selain kontrak2 ECR...HSR yg merugikan negara telah disemak semula dan akan dibatalkan.
Atau pun mereka sengaja membutakan mata dan hati agaknya.
Atau mungkin Allah SWT tidak membuka hati mereka untuk merasa syukur dgn apa yg terjadi.
Dato...saya rasa mungkin kerana marah teramat sangat dgn kekalahan justeru mereka menjadi tidak tentu arah dah meracau.
Umum tahu bahawa KEROSAKAN teruk bukan boleh dibetulkan dlm masa yg singkat....sedangkan semua proses pemulihan telah pun dimulai.
Ibarat seorg pesakit kronik bertahun2 yg mahu dipulih dlm masa 1atau 2 bulan dan kembali spt sedia kala.
*Alahai Melayu kenapa pemikiran menjadi keliru dan jumud hingga membenarkan hati menjadi begitu busuk dan sengaja tidak mahu melihat kebenaran.
Atau menidakan ketentuan Illahi.
Saya percaya ..mereka sengaja tidak mahu berterima kasih dgn apa yg berlaku.
Bayangkan sahaja jika Bugis dan konco2 tidak diusir ....apa akan terjadi pd negara dan rakyat dlm masa 3 atau 4 tahun dari sekarang.
Mcm tidak percaya pula saya bila kelak sejarah akan menulis Malaysia telah diperintah oleh laki bini perompak sama spt Marcos dan Imelda dari negara Filipina.
*....saya menyebut diatas Melayu kerana saya percaya...semua gerakan memfitnah dan menghasut ....adalah dari parti yg kalah dan majoriti mereka2 adalah dari Parti Keparat Umno dan ada dari Pas (Parti Islam kunon)
Saya sedih dgn bangsa ini kerana ramai yg masih dangkal....keliru dan masih diperlatkan.
Terima kasih.
Dah nampak permainan kayu tiga, DAKJ. Tak lama tunngu pun. Perangai lama dah nyata timbul. Manalah ada keikhlasan daripada pihak tu?
Sallam Dato'
Teringat saya masuk hospital tahun lepas.
Saya masuk hospital orang melayu kumpulan KPJ.
Dalam bilik saya ada juga orang melayu.
Tapi 2 orang Doktor yang merawat saya orang cina. Doktornya baik, ramah dan professional.
Jadi itu orang melayu sanggup serah nyawanya di tangan orang cina dalam soal pembedahan dan berubat.
Ada juga orang melayu dan termasuk juga ulama yang pergi jauh negara orang kapir dan sanggup serahkan nyawanya di tangan doktor orang kapir.
Tapi peguam negara orang kapir, ada yang tak percaya dan curiga.
Kalau kita nak terbelengu dengan soal bangsa sampai masalah pokok pun tak nampak, Ini yang jadi satu masalah yang besar.
Kementerian Kewangan bayar RM143 juta, buta-buta saja minggu ini kerana bayar hutang 1MDB.
Itu baru RM143 juta. Ada berbillion lagi nak kena bayar, buta-buta saja guna duit rakyat.
Duit berbillion yang bayar hutang 1MDB sepatutnya diguna untuk bantu rakyat.
Ini masalah yang Tun M nak selesaikan yang agak berat dan ramai rakyat sanggup menderma sekarang ini setakat RM18 juta, tabung harapan rakyat.
Sepatutnya, usaha Tun M ini disokong, tapi bukan nak tambahkan lagi pening kepala Tun M.
Saya rasa adalah baik DAKJ cerita hal ini, biarkan perkara ini disebarkan luas di media sosial dan dibahaskan supaya rakyat tahu.
Akhirnya rakyat yang menanggung bebannya bukanlah orang-orang tertentu
Dato' menulis "Sesiapa pun, si papa atau raja akan mengundang tindak balas yang setimpal sekiranya mereka cuba menidakkan pilihan rakyat jelata dan undang-undang negara."
Kemenangan gagasan PH dalam PRU14 lalu memang atas dokongan rakyat yang dah meluat dengan UMNO/BN kerana kesombongan, penyelewengan, salah guana kuasa dan terakhir, amalan kleptrokatik mereka. Golongan yang menolak UMNO/BN dari semua etnik dan lapisan rakyat sangat yakin jika tiada semua sifat bobrok diatas, Malaysia sepatutnya sudah berada pada tahap yang jauh lebih baik daripada sekarang. Pengundi yang memenangkan PH menaruh penuh keyakinan bahawa Tun Dr Mahathir adalah sosok yang paling tepat untuk meletakkan negara pada landasan yang betul semula. Maka tepatlah seperti yang Dato' nukuilkan diatas, gelombang rakyt yang memenangkan PH dalam PRU 14 lalu cukup kuat untuk membawa momentum Malaysia Baru dengan semangat membujur lalu melintang patah. Sebarang komplot untuk merampas kerajaan pimpinan TDM, tak kira oleh sesiapa hatta termasuk DSAI atau Raja-Raja sekalipun, akan membawa implikasi yang buruk buat mereka.
Tidak boleh dinafikan bahawa TDM adalah mastero politik Malaysia. Begitu juga dengan sosok TSMY, beliau tidak pernah menonjolkan dirinya dengan retorik dan gimik politik tetapi sebenarnya dirinya adalah satu kuasa politik Melayu yang gemar low-profile yang telah terbukti mempunyai keupayaan mengatasi kemampuan DSNR, DSZH, DSHH, DSAM, atau TSSK, sekadar menyebut beberapa nama. Diibaratkabn seperti dalam permainan catur, langkah meletakkan DSAA sebagai Menteri Ekonomi boleh dilihat sebagai usaha TDM untuk menghalang PKR menjadi parti dinasti. Hari ini, DSAA adalah seorang politikus yang ada kekuatan sendiri dan tidak lagi dibayangi oleh aura DSAI. Jika ada niat dan langkah DSAI untuk merampas kerajaan PH dari TDM sekarang, saya pasti TDM lebih peka dan lebih pintar dari Arwah TGB sehingga boleh menjadikan DSAI berada dalah situasi "checkmate". Beliau telah melakukannya semasa DSAi berada pada puncaknya dahulu, maka tidak mustahil TDM boleh melakukannya sekali lagi sementelahan pula DSAI kini sudah tidak sekuat dahulu. Jika itu terjadi, sepertimana yang telah saya ramalkan dalam respon saya pada posting Dato' sebelum ini, DSAI akan kecewa buat kali yang terakhir (dibaca, beliau boleh melupakan terus cita-cita untuk menjadi PM Malaysia).
Saya sealu mengingatkan anak-anak saya akan pepatah Arab yang bermaksud sabar itu kesudahannya indah.
Tok Kadir.
Masalah yang TK hidangkan adalah masalah lama. Masalah kerbau dengan tali ngikat hidung. Kerbau semakin sasa, talinye semakin reput.. tapi masalahnye otak kerbau tu.. dah terbantut.
TK kata rakyat yang keluar duit untuk Raja. Bikin istana hingga RM 1 biliyun.. itu tak termasuk gaji dan mentenen. Itu baru satu istana, ada lagi sembilan.. rumah anak-anak mereka lagi.
Dah lah rakyat keluar belanja, pulak nak disembah lagi. Sembahnye bukan sembarang sembah, hingga lerai sembah dengan berjalan ikut bontot ..gostan. Ulamak kita tak cakap apa pun tentang hal ini.. carik kote Sajat lagi syok.
Itu lah dia serba sedikit tentang yang mulia Raja kita. Raja Melayu yang semakin kita tak tau melayu nye.. yang semakin omputeh.
Hal Anwar pula.. saya rasa Chedet lebih tahu dan telah bersedia.. kita tengok je. Raja sememang trauma dengan Chedet. Hanya Chedet saja yang berdaya untuk ajar Raja supaya sedar diri. Tapi Chedet berseorangan, Raja ada sepuloh. Patut nye TK ..selain "lagu tiga kupang".. kita nyanyi juga lagu "sepuloh budak itam".. budak itam.. bukan ke omputeh.. Ampoon tuanku berbiliyun-biliyun ampoon.. tak tengok anak bulan kang mampuih aku.
Istilah "nasihat" adalah arahan, jadi YDA tidak ada kuasa memilih.
Dià ni x mkn sindiran. Dsai jelas merupakan pembangkang yg konon nya pemantau kpd Tdm. Jgn lupa...rakyat memantau kamu...jgn mula nk memantat
Stigma dok follow sejak yayasan anda, port Amjal, masih tidak merubah persepsi terhadap iras mata reptilia di sebalik kacamata
Salam DAKJ....
Memang pedas...siapa yg makan cili tentu akan merasanya....
Yang sedang berlakon tu jangan ingat rakyat tak tahu jalan ceritanya....
Awas...sepandai-pandai tupai melompat akan jatuh ke tanah juga... Najib dah kena!.. ingat tu...
Selagi orang Melayu asyik bergayut dengan hak keistimewaannya dan menjadikan Islam sebagai pakaian semata-mata....selagi itu mereka tidak akan maju..
Jangan dilambong tinggi sangat "bayi" yg baru lahir dari ayah 93 th. Sama ada si bayi terkena sawan atau si ayah otai tergolek kakaku dek terkejut. Apa kurangnya Ayahda (Atukda) yg pernah berkuasa selama 22 tahun sebelum ini di selaputi berbagai KEMELUT yg kurang diketahui oleh generasi muda sekarang kerana di zaman tu mana ada media so sial...jadi lepas bebaslah dia dan konco2nya bukan macam sekarang (kita terkentut pun di rakam dan di viral). Tapi jgan lupa kuasa Allah SWT melalui CATATAN KIRAMAN & KATIBIN di sebelah kan dan kiri kita (sama ada si mamat/ah chong/ramasami/Singh atau Joseph)..tunggu shj lah..
Betul...bukan sekadar body language,tapi perbuatan juga. Terus sembuh segala penyakit dapat 'mengunjungi'tanpa aral.Tiada tanda keinsafan. Sama2 kita tunggu di mana pengakhirannya selepas ini. Sesuatu yang menjadi kebiasaan amat sukar untuk ditinggalkan
Sekiranya seluruh rakyat menolak keputusan PH meletakkan Anwar sebagai PM berikutnya,...apakah yang PKR akan lakukan,...keluar Pakatan Harapan?
Kenapa PH masih guna lambang PKR?Bukankah sudah menjadi kerajaan,...kenapa logo Pakatan Harapan yang ditolak oleh ROS dulu tak digunakan?Tukar cepat,...supaya Anwar tidak teruk sangat bermimpi yang perjuangan dia selama 20 tahun penyebab BN jatuh.
Topic yang sangat sensitif ialah Melayu & Raja-Raja. Sukar untuk diungkai secara terbuka cos kita diajar untuk ada hormat pada yang tua & bangsawan. Begitu juga sebaliknya, yang tua & bangsawan pun sepatutnya mesti ada sedikit hormat pada yang muda & marhain.
Persoalannya, apa platform yang kita ada untuk lontar pendapat tentang topic ini secara berhemah?
Kenyataan Ketua Pengarah SPRM Dato' Sri Mohd Sukri Abdull. SPRM diwaktunya dahulu telah 2 kali menghadap Majlis Raja-Raja berkenan Dato' Sri Najib & senario 1MDB. But hampas... Kenapa?
Ucapan Tun Mahathir "sekarang ini kita takut. Takut entah daripada apa, saya pun tak tau. Saya pun takut juga".
Kesimpulannya, telah pelbagai cara kita gunakan agar PEMBETULAN dilakukan 3 yrs sebelum PRU 14. Namun semua usaha kearah itu menjadi buntu cos dibuntukan. 9hb May, rakyat telah gunakan cara yang bersopan & mematuhi Perlembagaan Negara negara. Maka,orang tua & bangsawan juga sepatutnya beri teladan mematuhi Perlembagaan Negara.
Teringat ucapan KJ ini "kekasih pertama sebenarnya tak cantik mana pun. Tetapi nostalgia yang direka oleh diri sendiri seolah-olah berskandal dengan Miss Universe".
NOSTALGIA...
Saya setuju dgn Syahidan yg kata Raja tidak boleh campur tangan pasal politik sebab Rakyat yg menentukan ahli politik yg harus menerajui kerajaan.
YDPA dan Sultan2 yg lain harus ambil ikhtibar dari krisis MB Perlis skrg. Sedarlah Rakyat yg menentukan hala tuju negara. Jangan campur tangan dalam hal kerajaan persekutuan ataupun negeri. Rakyat skrg sudah sgt peka hak2 mereka.
Tanpa Rakyat mana ada Raja.
Kata nak pergi bagi ceramah kat universiti di luar negara tapi tak pergi2 lagi.
Kata nak cuti rehat panjang tapi ke sana ke mari jumpa vvip itu vvip ini mcm dia yg PM.
Kenapa nak jumpa sultan2 ni semua? Utk apa? Bekas banduan boleh pula diterima mengadap terus. Apa ini semua?
Tolong beritahu Anwar supaya dia tak kacau Tun Dr Mahathir buat kerja! Terus-terang saya sangat2 meluat dgn perangainya.
Saya harap Anwar saman Saiful Bukhari kerana katanya dia dianiaya. Tapi belum ada tanda2 ke arah itu.
Teringat kata2 mendiang Karpal Singh..."Anwar harus bertaubat"
Mengapa Datuk Seri Anwar Ibrahim bimbang? Mungkin sudah ada parti yang tidak puashati dengan jemaah kabinet kerajaan pakatan harapan.
Perdana menteri yang diandang oleh Tun Dr Mahathir Mohammad tidak dipertikaikan oleh DAP kerana telah dipersetujui sebelum ini.
Akan tetapi jawatan timbalan perdana menteri yang disandang oleh Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak tersurat dia hanya tersirat.
DAP sudah tentu tidak puas hati miskipun Lim Guan Eng dilantik sebagai menteri kewangan, kerana parti itu menangi 47 kerusi parlimen.
Maka sewajarnya DAPlah yang dapat timbalan perdana menteri, bukan menteri Kewangan yang diberi kepada Lim Guan Eng.
Sebab itu Lim Kit siang berdiam diri tak puashati dalam kes lantikan jemaah kabinet tempoh hari. malah beliau dikatakan akan menolak untuk dilantik sebagai menteri dalam kerajaaan npakatan harapan.
Lim Guan Eng dikatakan sudah menyatakan tidak begitu minat dengan jawatan menteri kewangan yang di pegang selama 15 hari itu.
Kata kata tidak begitu minat dengan menteri kewangan inilah yang membuat Anwar Ibrahim bimbang yang seolah olah sudah ada perbzaan pendapat antara parti gabungan.
PKR mungkin tidak punya masalah lagi setakat ini miskin pun menang 40 kerusi parlimen berbanding BERSATU hanya menang 13 kerusi parlimen sahaja.
Dari segi demokrasi DAP wajar mendapat jawatan perdana menteri kerana kerusi parlimennya mengatasi lain lain parti dan PKR yang punya 40 kerusi parlimen dapat timbalan perdana menteri sepertimana yang sedia ada sekarang.
Walau bagaimna sekalipun DAP akan menuntut jawatan itu nanti selepas dua tahun berperdana menterikan Tun Dr Mahathir.
Ini juga yang membimbangkan Anwar Ibrahim yang belum ada apa apa lagi jawatan dalam kerajaan telah berindak macam perdana menteri setelah bebas tanpa salah dari Penjara baru baru ini.
Untuk Jadi perdana menteri, mengikut perlembagaaan perkutuan seorang itu mestilah seorang wakil rakyat parlimen, lantikan Senator tidak layak dilantik sebagai perdana menteri.
Kebimbangan Anwar Ibrahim ada asasnya, lebih lebih lagi keinginan untuk menjawat jawatan perdana menteri masih kelabu miskipun menang dalam pilihanraya kecil selepas dua tahun PRU 14.
pada hemat saya DAP mahu tidak mahi pasti akan tuntut jawatan perdana menteri berdasar merit Demokrasi berparlimen
Memerhati perangai anwar ibarat melihat cacing naik ke mata. Perangai hodoh & gelojoh tak hilang. Ingatkan dh masuk cage dua kali sekurang-kurangnya ada la rasa insaf, tidak jugak.
Sibuk kehulu hilir bertemu sultan2 & dignitary luar yang datang berziarah tanpa dijemput & rasa malu. Atas apa kapasiti pertemuan ini semua?. Belum apa2 sudah lebih sudu dr kuah. Ingat yang ada jawatan tu zizah bukan nya dia. Sekarang ini perangai si anwar boleh la diibaratkan mcm bekas flom dulu, apa dia nak rakyat bg dia gelaran jugak kah? Second Man of Malaysia. Meluat sungguh.
Sejujurnya parti PKR esp harus sedar nilai anwar bkn seperti 10 tahun yang lalu, kata2 reformasinya sudah tidak laku lagi untuk dia jaja, anwar is no longer an asset but a liability, PKR should realise this, they can move forward without him. They have even more capable leaders with less baggage than him. As a repeat offender, i have little doubt he won't do the nasty again, and we all gonna have to watch his tamil movie again.
We all should ask ourselves why even entertaining the possibility of being lead by not even the 2nd best when we already have the best man on the job.
Untuk mereka yang tinggal di mahligai2 besar pula, ingatlah kita sekarang sudah berada di abad ke 21, di abad ini kami sudah tidak memerlukan kamu, walhal kamu lah yang memerlukan kami untuk mengekalkan kedudukan kamu, ingat itu
Assalamualaikum....Pak Kadir
Nampaknya kempunan lagi Anwar Ibrahim nak jadi PM kali ini . Perlu diingatkan jgn pura2 tak tahu ujudnya "janji" sebagai syarat beri sokongan kpd Tun utk menerajui Pakatan PRU yg lepas. Manusia pegangnya pada janji. Saya perhatikan juak2 pro Tun semakin galak menyindir Anwar, Rafizi seolah2 kemenangan Pakatan adalah milik Tun semata-mata. Thanks .
Datuk,
"...Datuk Seri Anwar Ibrahim...berkata beliau bimbang dengan perbezaan pendapat dalam PH.
Saya (DAKJ) katakan begini kepada sahabat lama saya itu: Jangan sekadar bimbang saja. Sebagai orang tua kita lakukanlah yang terbaik bagi mengukuhkan perpaduan dalam pakatan kita."
- tepat sekali Datuk!
- jangan buat alasan konon ada "perbezaan pendapat", hingga bolih memecah belahkan kerajaan PH yang baru seumur jagung untuk tujuan tidak lain dan tidak bukan hanya kerana macam tak sabar2 mau jadi PM pula.
- musuh2 PH sentiasa menunggu peluang "perbezaan pendapat" seperti begini untuk terus melemahkan PH.
- tempat kamu sebagai PM yang ke-8 sudah disediakan dalam masa yang paling singkat...kamu mau apa lagi?
- sabar la...lebih kurang 20 tahun kamu berangan2 ke Putrajaya tak tercapai, nah ini kamu sudah di Putrajaya la ni...tunggu sikit masa saja lagi.
- itu kan janji Tun.
- sedar la tanpa Tun kamu tidak akan kemana pun.
- rakyat yang memilih Tun jadi PM yang ke-7, bukannya istana2 kayangan termasuk yang berharga RM812 juta itu...itu semuanya hanya bangunan saja.
- rakyat pilih perubahan dan reformasi bukan nya angan2 politik PKR + UMNO pula untuk tubuh kerajaan baru demi Melayu, Melayu dan Melayu atas hasutan dan bisikan halus orang2 istana.
- orang istana tak buat apa2 pun bila ada seorang pembesar Bugis melanun khazanah negara...mungkin mereka ini takut atau memang tak tau buat kerja.
- jangan la baru sekarang baru berpura2 mau buat kerja demi Melayu dan Islam konon...my foot la!
- bagi aku kalau ada perbezaan pendapat dalam PH, aku tetap dengan Tun juga...putih bagi Tun, putih la bagi aku...hitam bagi Tun, hitam juga la bagi aku...jangan la ada orang tu berperasaan siok siok sendiri pula ok...ada faham ke?
- ingat...aku terima kamu kerana Tun, tidak ada sebab lain.
Datuk,
"Ya, memanglah kalau boleh orang Melayu mahu Melayu menyandang semua jawatan penting, tetapi apa gunanya kalau Melayu yang berjawatan tinggi itu zalim, perasuah dan bersubahat dengan penyangak dan pencuri."
- aku setuju dengan catitan Datuk ini.
- begitu juga aku setuju dengan cadangan kerajaan PH untuk melantik Tommy Thomas sebagai AG yang baru mengganti Apandi Ali.
- aku pohon la kalau Tommy Thomas sudah jadi AG, please jangan la sibuk kasi dia title bodoh2 dari istana...kita mau dia buat kerja bukan mau kumpul title.
Saudara menulis,
"Ya, memanglah kalau boleh orang Melayu mahu Melayu menyandang semua jawatan penting, tetapi apa gunanya kalau Melayu yang berjawatan tinggi itu zalim, perasuah dan bersubahat dengan penyangak dan pencuri."
Soalan saya, tak adakah langsung Melayu yang tidak zalim, perasuah, bersubahat dengan penyangak dan pencuri untuk jawatan Peguam Negara? Bagaimana dengan peguam Tun Dr Mahathir sendiri? Ambillah sentimen bahawa negara ini adalah negara Islam, jadi jiwa dan raga peguam yang mempertahankannya mestilah Islam (dan untuk itu, jiwa raga Islam hanyalah logiknya hanya mungkin dimiliki seratus-peratus oleh seorang Islam) dan bukan bekas peguam Chin Peng. Ini contoh. Bukan menuduh.
And why the hell we need to create an opportunity to quarrel with MRR?
PH just come up with 2nd choice laaa... Apa yg susah sangat? Apa orang Islam dan Melayu ni ketandusan sangat ke org yg jujur dan amanah sampai tak boleh hantar 2nd choice? Ghani ada. Haniff Khatri ada.
Why need to create bad reputation di kalangan Malay voters, quarrel dengan MRR? Why oh why?
Kepada Anwar Ab Rahman,
Sila baca baik-baik apa Dato' Kadir Jasin tulis. Beliau petik artikel dari Perlembagaan.
Dah jelas di situ. Agong kena terima nasihat Perdana Menteri - wakil suara rakyat - tentang siapa yang layak memikul apa-apa pangkat, termasuk AG.
Jadi, tak ada soalan nak quarrel/gaduh dengan sesiapa.
Pihak yang saudara maksudkanlah yang harus akur pada Perlembagaan negara.
Dalam isu-isu ini, tidak ada soal Melayu atau tidak. Ini bukan soal kaum. Ingat, ini soal Malaysia. Kalau ada orang Malaysia yang berwibawa, yang sangat layak, maka kita pilih dia.
Kalau 'pihak-pihak' tertentu yang hidup di mahligai yang bergemerlapan tidak faham akan perkara ini, mereka harus difahamkan. Jangan biar elit-elit tertentu yang menentukan nasib rakyat. Rakyat yang menentukan nasib mereka dan masa depan tanahair tercinta.
Selagi ini tidak berlaku, demokrasi apa negara kita? Siapa yang berkuasa? Kita, rakyat, atau orang lain?
Agreed
Aslm DAKJ,
Segera masak maggi 2 minit,
Segera kumpul duit nak pi haji boleh jadi setahun atau lebih,
Kalau nak jadi pm, segera tu tunggu sepenggal boleh jadi lebih,
Jangan buat kerja bodoh dan gila mengkhianati mandat rakyat.
Sementara belum jadi pm ni, buatlah kerja berfaedah yang memberi faedah kepada rakyat dan negara.
Saya fikir tun m kena bagi tugasan kepada dsai tanpa perlu menjadi ahli parlimen, kerana pru telah berlalu, supaya rakyat boleh menilai keikhlasan dan kemampuan beliau.
Budak jawa
Sesiapa tolong report polis terhadap si murai yang menulis unsur menghina raja di Malaysia. Ambil pengajaran kejatuhan Melaka atas pengkhianatan si pembelot terhadap raja dan negara.
Sallam Dato'
Apa-apa jawatan pun dalam kerajaan, tujuan utamanya adalah untuk berikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat.
Saya tengok di negara orang kapir England, Datuk Bandar London, orang Islam.
Jawatan Datuk Bandar London bukan dilantik tapi dipilih oleh penduduk London. Ada pilihanraya untuk Datuk Bandar.
Rakyat yang tinggal di London, kebanyakkannya orang kapir pilih orang Islam sebagai Datuk Bandar, namanya Sadiq Khan.
Permaisuri England hormat kepada mandat rakyat.
Walaupun negara kapir tapi Datuk Bandar yang dipilih adalah orang Islam, Queen Elizabeth tak menentang kerana itu mandat rakyat.
Dalam negara kapir, tak ada masalah kalau jawatan penting diberikan kepada orang Islam.Yang paling penting, orang yang terbaik dipilih untuk jawatan.
Di negara Singapura, sama juga, orang melayu tak sampai 20%, tapi Presiden adalah orang Melayu.
Peguam negara kita baru yang dicadangkan adalah berbangsa india, berugama kristian.
Tugas peguam negara adalah memberikan nasihat kepada kerajaan. Antara lain, peguam negara juga menentukan pendakwaan kes.
Pada fahaman saya, kali ini berbeza kerana mengikut menifesto Pakatan Harapan, akan ada reformasi dalam kerajaan.
Antaranya Peguam negara di bawah Parlimen, MACC pun khabarnya ada lebih kuasa dan boleh mendakwa, jawatan Perdana Menteri selama 2 penggal.
Sudah tentulah perubahan-perubahan perlukan Peguam Negara yang betul-betul mahir dalam undang-undang yang boleh berikan nasihat kepada Kerajaan.
Susah juga kalau negara kita ini, banyak sangat syarat itu dan ini yang berlegar-legar bukan kerana sebab untuk berkhidmat yang terbaik dengan rakyat tapi pasal bangsa.
Perdana Menteri bangsa melayu, timbalan, ketua polis, ketua tentera, banyak lagi yang bangsa melayu, kenapa perlu kita risau Peguam negara bukan Islam.
Dalam dunia zaman sekarang, orang Islam banyak huru-hara di negara sendiri tapi orang Islam yang tinggal di negara kapir aman dan damai.
Anwar's boys are now very impatient. They have fought this bloody battle for 20 years and finally winning it at GE14.
Just when they thought their waiting for the reward is finally over, the man that they have been fighting against had hijacked their ultimate goal.
Although they did better and have secured the most seats in the coalition, they did not get their fair share of the prize.
To the Anwar's boys, Tun M and PPBM MPs are only UMNO opportunists. They are already aware for sure that UMNO cannot win the GE14 with all the problems and scandals it is facing. So, they jumped ship before it sank and grab the PH float to survive.
Anwar has got to act fast to satisfy his boys before he is seen as an irrelevant leader to them.
Datuk,
Why not the new A.G. be given a limited term? Shouldn’t that be a compromise to the MRR?
Akira
Mr Anwar, spot on. .if we look at the other blogs or articles, mencanak canak non Malays yg sokong perlantikan Thomas.. Apa? Dah xde calon Malay yg berwibawa boleh PH cadangkan? Raja and Agong dah xde suara? Baik gulingkan Raja buat negara republik.. Some comments from Malays in this blog buat rasa nak muntah je.. Kalau nakkan kerajaan yg bersih bukanlah dengan mengetepikan capabilities of Malays yg masih ada..Cerita hikayat race card takkan habis kalau ada issue Malay vs non Malay as the subject.. Macam ni la, ask majority non Malays the idea to abolish vernacular school for us to create new less divided nation. . .Kirim salam la..
Salam Dato, Like you, I also fully believe that only Tun Mahathir can drag us out of this financial ,economic and political mess we are in. A mess created by the kleptocrat and his followers. I hope people inside Pakatan Harapan and outside, termasuk orang orang kenamaan allow him space and time and leeway to carry out his noble mandate. As an analogy, if someone is suffering from a deadly illness, the noble doctor may have to provide bitter medicine and painful treatment to cure, resolve the illness. Regarding the Attorney General, I am confident Tun will choose the best and most capable Malaysian for the job. The new AG will need to be the best because for example, the 1MDB alone involves a complex maze around many countries in the world and is so complicated. We do not want the persons involved and their followers to escape prosecution if they are guilty on a technicality etc as they are going to get the best Lawyers overseas that (our) money can buy. By getting the best people available only can justice be served and rightful money returned to the Rakyat. I hope everyone allows Tun to get on with his job. Tun always have the best interest of the Rakyat in mind
Salam Datuk,
Tumpuan tulisan Datuk adalah mengenai perlantikan peguam negara yang tidak dipersetujui oleh Agong. Tetapi yang peliknya Dsai yang diheret dalam isu ini. Saya rasa bukan Agong sahaja tetapi orang melayu pun ramai yang tidak setuju kecuali yang pro Tun. Tiada lagi kah orang melayu yang baik, jujur, amanah dan layak dilantik ke jawatan peguam negara. Siapakah Tommy Thomas. Daripada menyindir Dsai mengapa tidak diberitahu latarbelakang Tommy Thomas hingga ditolak oleh Agong.
Ingat bahawa Tun mempunyai sejarah yang tidak baik terhadap Pkr, Dap dan Amanah. Tun yang memohon berkerjasama dengan mereka dan diterima atas beberapa syarat antaranya membebaskan Dsai, Dr Wan Azizah dilantik Tpm dan Tun Pm sementara yang akan menyerahkan jawatan Pm kepada Dsai selepas 2 tahun. Ingat dan jangan lupa kerana Tun jadi PM ke 7 atas janji tersebut.
Saya sentiasa bersetuju dgn pandangan begini. PKR bkn harus lagi tp mesti sedar rakyat memilih PH yg diterajui oleh Tun M & PH menang bkn kerana logo PKR! Rakyat saya lihat rata2 meluat & jelak dgn sikap & perangai yg lama tanpa keinsafan drp Anwar! Period..😱😪
Saya sentiasa bersetuju dgn pandangan begini. PKR bkn harus lagi tp mesti sedar rakyat memilih PH yg diterajui oleh Tun M & PH menang bkn kerana logo PKR! Rakyat saya lihat rata2 meluat & jelak dgn sikap & perangai yg lama tanpa keinsafan drp Anwar! Period..����
Selama ini rakyat hanya diberi pilihan memilih party bukan pemimpin...biar rakyat yg pilih sosok tubuh atau individu mana yg mereka suka untuk memimpin mereka...
kah kah kah. Menang sebab tun ke? rafizi dah cakap kalau kuat sangat pasai apa menang 11 kerusi saja?
So, dah kira boleh buang rukun negara lah nih? Oh ya.. kira semua melayu dlm Msia ni dah x boleh pakai dan haprak ka sampai nak jugak si thomas tu? Dia sorang saja kah yg terer yakmat dan boleh jaga undang2? Saja la tanya kot2 ada jawapan..
That’s the true color of pimpinan PH especially Madey and kroni. Yg lain cuma menumpang percuma.
Datuk ada bunyi2 mcm shahidan kasim. Org2 umno juga yg kurang ajar pd istana..bukan dap.
Kau ambik Rafizi jadi Ketua Pemuda UMNO!
Ramai orang nampaknya masih tak faham yg dalam kerajaan baru PH, keputusan2 penting dibincang dan dipersetujui olih majlis presiden dan kemudian kabinet. Ni bukan keputusan TDM seorang saje sebagai PM.
Saudara Abd Rahman,
Memang persoalan yang saudara kemukakan ini memang kadang-kadang timbul.
Ada orang bertanya, kenapa makan kedai McDonald? sedangkan banyak masakan orang melayu, nasi campur, nasi goreng dan tom yam?.
Ada juga orang bertanya, kenapa nak minum pepsi cola?, sedang air teh, kop, sirap pun ada.
Dalam tertib hukum Islam, saya dengar Dr. Maza kata, semuanya boleh melainkan ada nas kata tak boleh.
Itulah dia tertib pemikiran orang Islam.
Kalau orang Islam nak terjun kapalterbang guna payong terjun, dibolehkan kerana tak ada nas yang kata tak boleh.
Tak boleh kita kata, kenapa nak terjun dari kapalterbang, kenapa tak terjun dalam Sungai?
Guna tertib pemikiran ini, makanya boleh dipilih AG yang baru ini tak ada masalah, melainkan ada orang yang boleh berikan sebab munasabah kenapa tak boleh pilih AG yang pandai ini untuk nasihat kerajaan.
Dalam perlembagaan kita kata tak ada masalah untuk pilih AG ini dan mengikut rukunegara kita perlu hormati perlembagaan.
Hakim-hakim dalam mahkamah pun banyak yang berbilang bangsa dan ugama.
Note tambahan,
Saya tengok Datuk Seri Amar Singh, berbangsa Singh buat kerja yang baik. Nampaknya tak ada yang persoalkan kenapa pilih Amar Singh jadi ketua polis bahagian Jenayah komersial, macam tak ada orang melayu?
Selamat Datuk.
Masa Raja-raja Melayu menerima penasihat British lagi kapir tak timbul pun masalah ni.... Kerajaan sebelum ni menerima pakai pengiktirafan dan penarafan ekonomi dari penarafan kapir takdak masalah pun. Orang Melayu menggunakan teknologi kapir takdak masalah pun. Boleh kata macam-macam lagilah, yang melayu guna hasil pemikiran kapir ok ja selama ni... Entah-entah sejadah made in china pun dari kilang kapir ok ja buat solat. Pasukan bolasepak negeri dan kelab di Malaysia guna pemain dan jurulatih kapir takdak masalah pun. Apa yang Melayu dan Raja Melayu sangsikan pasai peguam negara kapir? Kalau nak tengok anak bulan pun kena guna ciptaan kapir.... Boleh percaya ke teropong buatan kapir? Boleh percaya ke kereta mewah buatan kapir? Tapi kenapa tak percaya peguam negara kapir? Berapa ramai orang politik, raja-raja dan rakyat biasa guna peguam kapir bila ada kes di mahkamah? Kalau kita melayu di Malaysia berasa sangsi dengan kapir di Malaysia... Bermakna kita dalam masalah yang kronik. Perkara mengenai keadilan bukanlah berkenaan keturunan atau bangsa. Adakah Melayu itu bangsa yang terkenal dengan keadilan? Atau adakah berkenaan hal-hal agama? Sebab itulah kita tidak boleh mengundang-undangkan hal-hal yang berkenaan kepercayaan peribadi. Ianya akan menimbulkan kacau bilau...
Entahlah Datuk.
Makin pelik dengan Melayu.
Selamat.
Terima kasih.
Tok Kadir.
Dah lebih 60 tahun kita bagi peluang hampir 100% Melayu untuk urus tadbir negara ini. Dari kita separas Singapura ditahun 60an.. separas Korea di era 80an. Kita dah ditinggalkan.
Dibawah tangan melayu dimana kita sekarang ni. Tak kita semakin sengkek. Jauh berlipat ganda ketinggalan.
Terus terang saya katakan pemimpin Melayu dibawah UMNO bagai musang jaga reban. UMNO di era Najib dah macam kumpulan mafia ..penyangak beriman. Satu lagi masalah kita ia lah kepercayaan kita terlalu feudal. Kita perlu satu revolusi untuk berubah dan terus mencarik tempat yang sepatutnye separas Korea kok tidak Singapura.
Saya rasa apa yg dilakukan PH adalah permulaan yg sgt positif.. saya dah tak kira sapa yg jadi teraju janji kita terus kedepan dan kek dapat kita rasa bersama.
Yang peliknya Dato pasal Anuar ni mengapa masih ramai lagi ada orang yang percayakan dia...apa yang istimewanya??....pasal bercakap memanglah pandai....tapi zaman ni orang tak main dah pidatu2 ni.Masih ramai lagi cerdekpandai2 diluar sana megapa orang seperti ini juga yang mahu diangkat??....fikir2kanlah.
Eluk begitu Datuk. Lebih baik sergah awal, mana tau kalau ada yang sedang susun strategi untuk ketepikan Tun Mahathir secepat boleh. Yang berkenaan kelihatan terkedu dan sangat defensif sekarang.
Terbuka dan jujur tak semestinya benar, diam dan senyap belum tentu khianat.
Jujur menurut nilaian manusia tetap ada kepentingan tersembunyi.
Rakyat bukan semuanya wali yang bijak mengawal emosi
Ada perkara yang bukan di selesai di muka media, hal geram suami isteri selesaikanlah dulu di bawah selimut.
Yang menjuarai media biarlah bijak mengemudi bukan bijak menjadi batu api
Setuju dengan tulisan tuan. Jangan dok berasa besaq pala sangat wahai pemuja Tun sekalian. Ingat..! Kalau x dak sokongan orglain, cap bunga raya tinggai cap saja tau. Ni dah mula naik kepala nak pijak agong pulak.
As Salam Datuk
Rakyat sedang melihat Datuk, sebagai penyokong Tun M yang mengundi Pakatan Harapan, saya harap perangai UMNO dimana Ahli Politik lebih mengetahui daripada rakyat tidak lagi berulang.
Rakyat sedang bersuara, dan suara kami tidak sepatutnya dipanggil sebagai suara sumbang. Jika rakyat yang secara ikhlas bersuara disuruh diam dan dikatakan sumbang, apa bezanya UMNO dan Pakatan Datuk?
Tidak adakah melayu lain yang berkebolehan untuk memegang Jawatan AG tersebut?.. sudah terlalu tanduskah peguam-peguam melayu yang berkebolehan yang boleh diketengahkan untuk memegang jawatan tersebut sehinggakan hanya satu nama yang dicadangkan untuk pertimbangan Majlis Raja-RAja.
Kata Pakatan Harapan inginkan pentadbiran yang Telus, Berintegriti tetapi apabila rakyat mensuarakan pendapat dikatakan sumbang?.
Ini bukan isu Kaum ataupun Agama tetapi Maruah seperti mana yang sering diutarakan oleh Tun M. Dimana letaknya maruah melayu jika tiada satu namapun boleh dicadangkan untuk dipertimbangkan?.. adakah seburuk itu atau selemah itu para professional melayu? Dan buruk sangatkah perangai Melayu yang mengutarakan pendapat kami?.
Ini bukan suara sumbang daripada UMNO Datuk.. ini suara-suara kecil yang selama ini sentiasa menyokong perjuangan Tun M.
Terima Kasih
dato sy rsa sgt gembira bila profile dato bergambar ngn babun..sb peragai dato pon spesis ngn binatang tu..satu je sy nk kata..kepala hotak la lu kadir jasin.
Sejarah menunjukkan ketiga-tiga khilafah monarki iaitu Bani Ummayah, Bani Abbasiyyah dan Bani Uthmaniyah pernah melantik orang-orang bukan Muslim ke jawatan2 penting kerajaan seperti Menteri, Ketua Perang dan bahkan juga Gabenor.
Maka apa yang dicadangkan oleh Tun ini bukanlah sesuatu yang baru bagi umat ini.
Islam dan Melayu hanyalah alasan semata-mata. Sekiranya benar Islam dan Melayu ada di hati mereka maka mereka tidak akan mengkhianati amanah kepimpinan yang diberikan.
Hakikatnya mereka amat takutkan kekalahan di mahkamah dan disabitkan dengan pertuduhan dan kemudian memainkannya sebagai isu agama dan perkauman dan menarik YDPA ke dalam kancah konflik ini.
Kita semua tahun DSN telah melantik John Asccroft, seorang peguam dari US untuk mewakilinya di dalam kes 1MDB, dan Tun M berpendapat Tommy Thomas adalah satu-satunya orang yang punya pengetahuan dan kemampuan yang cukup untuk bersaing dgn orang ini.
Di antara John dan Tommy, John langsung tidak punya ketaatan dan kasih sayang kepada negara ini dan matlamatnya hanyalah duit semata-mata. Sesuai sangatlah dengan prinsip Cash is King Najib.
Tommy pula sudah tentu telah bersetuju untuk memikul tanggungjawab ini demi kecintaan kepada negara ini. Sebagai seorang multi jutawan yang tidak bergelar, sudah tentu penerimaan Tommy di atas pencalonan ini adalah tidak bermotifkan wang mahupun bintang-bintang gelaran.
Sayangnya ramai umat Melayu yang masih tidak dapat menilai di antara keduanya.
Ia adalah alternatif yang lebih baik berbanding menggunakan khidmat peguam swasta seperti yang Najib lakukan dengan TS Shafie Abdullah.
Tun M perlukan sabitan sebab dengan sabitan Tun M dapat menuntut balik tanpa sebarang keraguan bagi pihak kerajaan dan rakyat Malaysia kesemua harta hasil songlap 1MDB yang kini ditahan dan dibekukan di US. Bukan kecil anak jumlahnya dan demikian ia bukan satu urusan main-main yang boleh dilakukan oleh sesiapa saja.
Sekiranya kita mempunyai seorang yang punya legal minded dan integriti seperti Almarhum Sultan Azlan Shah, nescaya kita tidak perlukan seorang bukan Muslim untuk menjadi Peguam Negara ini.
Bahkan melihatkan kepada kebijaksanaan Almarhum Sultan Azlan saya percaya baginda mampu mencapai keputusan yang memuaskan semua pihak, Raja, Kerajaan dan Rakyat.
Pilihan Tun M kelihatan amat pahit untuk orang-orang Melayu yang masih keliru di dalam perbandingan kepentingan, tetapi bukankah semua ubat2 yang baik memang pahit sifatnya.
Najib telah memberi terlalu banyak gula-gula terhadap bangsa Melayu di atas dasar cash is King dan Tun sedang cuba memberi ubat kepada penyakit ini.
In shaa Allah Tun akan berjaya di dalam misinya untuk mengubati umat ini.
AG sebelum ni islam...tapi tengok apa yang jadi. Tun pilih yang paling layak.Jawatan ini bukan kekal sampai mati,kalau Tuan Tomas tak boleh buat kerja atau buat kerja tak betul,tunjuklah bukti ...pasti kerajaan PH akan ganti yang lain
Saya rasa ada yang x sabar... tu yang berulangkali sebut "bimbang". Bimbang kena main, bimbang itu ini. Lama2 dlm motel x bimbang mane pun... untung sabut timbul untung batu tenggelam
Salam Datuk
Tulisan Datuk kat blog ini sering dapat liputan online media, yang tak tahu pun jadi tau.
Well, I sendiri pun tak faham kenapa DSAI pergi lawat istana2. Perlukah? Tambahan beliau bukan ada sebarang jawatan, kan baik masa lapang tu duduk kat masjid. Bulan ramadan ini elok sangat beribadah. If I'm not mistaken pernah isteri beliau kata nak sembahyang terawih bersama. Tapi yang sering diberitakan oleh media massa DSAI asyik keluar masuk istana pula.
Salam sejahtera DAKJ,
Saya rasa artikel datuk agak keterlaluan terhadap DSAI sedangkan DSAI sentiasa konsisten di dLm 20 tahun perjuangan reformasinya. Difitnah, diainaya malah dipenjarakan bertahun-tahun lamanya tatkala datuk selesa dgn kebebasan datuk.
Hakikatnya, ramai yg menyokong PH kerana sosok tubuh DSAI. Sedangkan Tun M pun berbaik kembali dengan DSAI, demi untuk menyelamatkan Negara. Kenapa datuk seolah-olah cuba utk menyalakan api perseteruan lama?
I've been following your blog for a long time. Let me say here that your perspective has always been refreshing. I don't think you expect everyone to agree with you all the time. Keep on blogging, bro !
Setuju!!! Sy pun memilih PH yg diterajui oleh TM. Sy bimbang dgn kegelojohan yg ditunjukkan oleh DSAI tp sy sedar yg Allah sebaik2 perancang.
Post a Comment