A Kadir Jasin
MUKHADIMAH: Pandangan
yang terkandung dalam tulisan ini adalah pandangan peribadi saya. Saya menulis
dalam kapasiti saya sebagai seorang blogger. Ia tiada kena mengena dengan
apa-apa jawatan yang mungkin saya pegang.
AYAHKU sudah lama pergi
(Pada 2 Jun 2009)
Aku ingat lagi
Yang sembahyangkan jenazahnya
Ramai sekali
Dari dapur hingga serambi
Kemuliaan yang diberi
Melebihi statusnya seorang petani.
Ayahku banyak jasanya
Dialah aktivis politik desa
Dialah imam surau kampungnya
Dialah penternak dan peniaga
Home Guard pengawal desa.
[Komen
"Anonymous” tidak akan disiarkan. Tolong guna nama sebenar atau samaran.]
Mengaji madrasah
Sedikit bersekolah
Tapi mindanya terasah
Surat khabar, buku dan kitab
ditelaah
Inteleknya buat cendekiawan
kalah.
Dia mengajar aku keunggulan
Mendidik aku tentang keberanian
Katanya,
Jangan takut kepada manusia
Takut kepada Tuhan saja.
Maka aku membesar berani
Walaupun tubuhku kerdil
Di sekolah dibuli
Namun aku melawan
Tidak menyerah
Walaupun akhirnya kalah
Sakit kerap sekali
Sehingga namaku ditukar
Kononnya tidak serasi
Kata ibu,
Aku hampir mati
Lelah, cacing, batuk
Tidak berhenti.
Tapi aku membesar berani
Yakin kepada diri
Tengah malam menombak ikan
Ketika guruh dan hujan
Mengayuh basikal sendirian
Setiap pagi Jumaat
Ke sekolah Kristian
Melihat tahi bintang
Yang dikatakan syaitan
Tidur di sawah menjaga padi
Takut dilarikan pencuri.
Pohon ayah mati menjadi tempat burung berhenti |
Ayah dan aku
Berbahas selalu
Kami sering tidak setuju
Dia memanggilku
Pemberontak
Aku memanggilnya
Monarkis
Dia menuduh aku
Komunis dan sosialis
Aku memanggilnya
Tradisionalis dan feudalis.
Dia mengajarku ilmu
Menunjuk hala tuju
Katanya,
Jangan takutkan manusia
Takutkan Tuhan saja
Jangan mengemis meminta
Kalau bukan rezeki kita
Pakai apa yang ada
Makan apa yang tersedia
Berkongsi dengan yang tiada.
Maka aku ikutlah katanya
Aku tidak takut kepada manusia
Biar setinggi mana darjatnya
Yang baik aku sanjung
Yang buruk aku sembung
Yang mulia aku puji
Yang zalim aku caci.
Mengapa harus kita
takutkan manusia?
Kita semua sama saja
Hamba Allah belaka
Yang kaya
Yang hina
Si papa
Si raja
Sama saja
Yang mulia pekerti
Yang tinggi budi.
Damailah ayah
Di alam barzakh
Dalam gelap malam
Bintangmu menyerlah
Menunjuk arah.
Terima kasih ayah.
(Sempena Hari Bapa 2018)
Wallahuaklam.
23 comments:
Ibu bapa kalau berkata
Jadi panduan sepanjang usia
Tuhan ada bersama kita
Mengapa takut pada manusia
Syabas & terima kasih DAKJ kerana telah berkongsi pengalaman bersama seorang lelaki hebat bernama Ayah dalam nukilan puisi yg cukup mengesankan.
Seorang ayah sebenarnya telah upaya membina pandangan hidup kita secara bermaruah. Daya juang yg tinggi dalam mengharungi segala cabaran hidup telah mengangkat martabat mereka dgn sendirinya.
Lelaki sejati tidak akan mengemis menagih simpati. Tidak kiralah apa bentuk sekalipun yg ditagihkan - kedudukan, pangkat, wang ringgit, pengaruh, jawatan, undi, mahupun merayu agar dilepaskan drp pertanggungjawaban salah laku.
Di sini ayah DAKJ telah berada nun di puncak Benchmark seorang pemimpin sejati yg berintegriti tinggi meskipun terhad dalam lingkungan keluarga, kariah masjid, dan masyarakat setempat.
Pembesar & penguasa ramai yg BERJIWA HAMBA sesama makhluk. Jika material & sanjungan yg diperhambat maka begitulah rendah lagi hinanya mereka dan terus-terusan mengulangi sikap haprak malah tak insaf2 jua meskipun terpampang di dunia maya berlonggok wang dicurisorok, berbungkal ketulan jongkong emas di rumah persendirian, bergugus barang kemas emas, beratus beg tangan jenama mewah ditemui.
Muka tebal kulit babi ini masih tak kesipuan menasihat itu ini.
Alfatihah.
Datuk,
Alfatihah pada ayahanda Datuk.
.
Malam raya lalu simpag tiga trafic light tu,
Nampak jelas rumah kunin tu,
Ku tahu rumah siapa,
Ku tak tahu siap duduk la ni,
.
Tetuskan perjuangan benar
Tanpa takut
Takut hanya pada Tuhan Yang Esa
.
Alfatihah pada ayahanda Datuk dan ayahanda saya juga...
Terbaik tuan,kita semua hanya hamba Allah.
Tok Kadir.
"mengapa harus kita takut pada manusia.. jangan takut sama manusia.. kita semua sama.. hamba Allah.. kita patut hanya takut pada Allah sahaja".
Cakap sonang lah TK.. cubo buek.. mampuih kono hambek dengan Mat Kampau.. tokoncing-koncing jawab eay.. bak kata Tun M "terkincit"
Kita mungkin menafikan yang kita masih lagi kuno dgn sistem moden. Kita ckp kita dah terbuka.. kita dijanjikan bebas berkata-kata.. kesamarataan.. dan mcm-mcm lagi.
Tapi yang betul nye kita semakin berkasta.. semakin berasuah.. tinggal lagi tak disebut "brahmin" dan "paria".
Kita sepuloh kali feudal.. yang cantiknye feudal kita ini diikat dan dibungkus dengan ugama.. ugama islam. Jadi kita jangan nguncah ugama.. tuhan marah.. bak kata TK kita hanya takut dengan TUHAN. Itu lah realiti nye.
Yg saya nampak yg berani melawan hukom ini (kunonnye hukom tuhan) adalah Chedet kita.. tapi "ayahanda" kita ni berseorangan?
Saya pun nak berpuisi sikit.. boleh ke TK..
"dah lama kita mati dalam setia.. dah sampai masa pula kita hidup dalam derhaka.."
Innalillahiwainnailaihirojiun...
Al fatihah
Mendalam dan Jelas...
Tahniah Datuk..
berkata bukan utk kepentingan diri tetapi utk perbaiki... isu dibangkit sbb ada yg perhati..
Al Fatihah utk ayahanda Dato AKJ..... Moga roh ayahanda Dato bahagia di alam sana. Saya yakin Allahyarham tentu berbangga mempunyai seorg anak yg berjiwa besar spt Dato.... yg tidak mahir membodek & bermuka talam spt yg bersepah d mukabumi ini. Tidak mengapa Dato ALLAH jua yg akan menganugerahkan 'penghormatan' pada Dato dlm bentuk yg tidak diketahui & terfikirkan oleh akal manusia yg jahil. Di mata kami rakyat marhaen Dato adalah salah seorg pejuang rakyat yg sejati. Moga Dato kekal cekal & bersemangat waja. Aamiin. SHR Maaf Zahir Batin Dato.
Assalamualikum
Al Fatihah.
Terbaik.
Saya percaya Datuk Kadir pegang pada nasihat arwah ayahanda Datuk.
Tidak perlu berundur kerana ada orang beritahu yang dia tak boleh dikritik. Terutamanya orang yang perasan dia bakal PM secepat mungkin itu.
Tahniah DKJ.Kita serumpun Tok Tahiaq ada legasi sendiri.
Aslm dakj,
Terima kasih atas coretan, mohon jadi pedoman untuk saya di masa sekarang dan hadapan.
Kadiag, السلام عليكم ( Assalaa / mu / 'alai / kum.),
Bawah ni aku kopipes sikit pasai 'father's day'....
"Father's Day is a celebration honoring fathers and celebrating fatherhood, paternal bonds, and the influence of fathers in society. In Catholic Europe, it has been celebrated on March 19 (St. Joseph's Day) since the Middle Ages. This celebration was brought by the Spanish and Portuguese to Latin America, where March 19 is often still used for it, though many countries in Europe and the Americas have adopted the U.S. date, which is the third Sunday of June. It is celebrated on various days in many parts of the world, most commonly in the months of March, April and June. It complements similar celebrations honoring family members, such as Mother's Day, Siblings Day, and Grandparents' Day.(Wikipedia)"
Di Malaya munkin depa ikut amalan di Amerika seperti dibawah ni:
"Harry C. Meek, a member of Lions Clubs International, claimed that he had first come up with the idea for Father's Day in 1915.[1][6] Meek said that the third Sunday in June was chosen because it was his birthday.[6] The Lions Club has named him the "Originator of Father's Day".[1] Meek made many efforts to promote Father's Day and make it an official holiday.[1][6] (Wikipedia)."
Macam mana pon 'lakaran' hang pasai almarhum pak hang tu memang baguih Kadiag. Satu cara yg sangat baik untuk nak kenang jasa dia.
Dgn rendah diri aku nak sabitkan dgn hadith Rosulullah S.A.W. yg lebih korang bermaksod :
" Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda: "Apabila seorang anak Adam mati putuslah amalnya kecuali tiga perkara : sedekah jariah,atau ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya."
(Hadith Sahih - Riwayat Muslim dan lain-lainnya) "
Dari lakaran hang ni, jelaih dia banyak tabog bakti dan ilmu yg bemafaat, selain punyai anak yg solih yg berdu'a untuk dia, bila hang
nulih :
"...Damailah ayah
Di alam barzakh
Dalam gelap malam
Bintangmu menyerlah
Menunjuk arah..'"
Dgn rendah diri jugak aku turunkan pulak...
"Ciri-Ciri Anak Soleh
Ada dua ciri utama anak soleh. Pertama, memiliki keperibadian Islam ataupun syakshiyah Islamiyah. Kedua, melakukan birrul waaladain ataupun berbuat baik kepada ibu bapa." dari http://perindusyahidituaku.blogspot.com.
Aku turunkan satu hadith yg lebih korang maksodnya munkin besabit :
"Selepas meninggal dunia, darjat seseorang masih dapat
diangkat. Orang yang sudah meninggal dunia yang menyedari
darjatnya diangkat akan berkata, "Ya Allah, apa ini?" Maka
akan dijawab, "Itu adalah kerana anakmu selalu meminta
keampunan untukmu." (cf)
(Hadith ini direkodkan oleh Al-Bukhari)
Mintak maghap no.
Aku
1. Terima kasih para pembahas seKALian. Kita yang berkongsi sebatang kali (sungai).
2. Terima kasih Saudara Nasir.
3. Ikut cerita, Almarhum Tahir berhenti jadi Penghulu Mukim Tobiar "kerana tidak mahu bersubahat buat maksiat dan kezaliman" terhadap rakyat jelata.
4. Masa itu, "budak raja" ada di mana-mana dan mereka ini berkuasa.
5. Masa itu, ikut cerita perbuatan melarikan anak dara dan isteri orang kerap terjadi. Penghulu yang korup pakat dengan "budak raja" ambil tanah orang kampung.
6. Jadi Penghulu Tahir letak jawatan dan kembali menjadi petani. Tanam padi dan getah.
Wallahuaklam.
Selamat Datuk,
Aku juga masih ingat kata arwah ayahku... "Jangan dipercaya yang ayah Pin naik ke langit, juga jangan dipercaya yang ada orang Arab zaman dahulu naik ke langit. Kelak kita yang rugi. Gunakanlah akal fikiran yang tuhan beri."
Sampai hari ini saya terfikir, siapa orang Arab tu? Takkan Nabi Muhammad....
Sekian Datuk.
Terima kasih.
Selamat.
Patutlah DAKJ hebat,
ada ayah yang hebat sebagai guru medidik kehidupan
Semoga Allahyarham ayahanda Dato diampunkan dosanya, diluaskan kuburnya dan ditempatkan bersama ashabul Yaamin...
al fatihah....mengingatkan saya kepada arwah datuk saya......
Al fatihah.....
Lost my dad 8 months ago. I know how it feels to lose a person who has given us the biggest gift that not many would present to us...the trust. He trusted me..in whatever I do. He was a man of few words but his dedication in supporting (financially & emotionally) his siblings initially, and later his children is something I dearly admire.
For those who still has a person called dad, in their life...pls take care of him. Express your love towards him. Appreciate him. Ask him what he wants and even if he says nothing, bring him somewhere he loves to go. Go have a drink with him..even if he doesn't talk much to you.
We won't fully understand what we've missed until we see his empty chair.
Post a Comment