A Kadir Jasin
MUKHADIMAH: Pandangan
yang terkandung dalam tulisan ini adalah pandangan peribadi saya. Saya menulis
dalam kapasiti saya sebagai seorang blogger. Ia tiada kena mengena dengan
apa-apa jawatan yang mungkin saya pegang.
Lawatan Ke China: Dr Mahathir dan isteri bersama President China dan isteri |
KALAU ada pihak,
khususnya di kalangan saki-baki peniup trumpet Datuk Seri Mohd Najib Abdul
Razak, yang menganggap lawatan rasmi Tun Dr Mahathir Mohamad ke China sebagai
cuti makan angin ternyatalah mereka silap besar.
Yang pasti lawatan Perdana Menteri ke negara gergasi itu bukanlah lawatan bermain golf, bersiar-siar atau membeli-belah.
Yang pasti lawatan Perdana Menteri ke negara gergasi itu bukanlah lawatan bermain golf, bersiar-siar atau membeli-belah.
[Komen
"Anonymous” tidak akan disiarkan. Tolong guna nama sebenar atau samaran.]
Lawatan beliau adalah bagi merungkai isu-isu besar yang tercetus akibat sikap tidak berhemah dalam urusan kewangan oleh Kerajaan Umno-Barisan Nasional pimpinan Mohd Najib.
Bukan mudah bagi Dr Mahathir, yang mengagumi dan mempertahankan China di arena antarabangsa, menemui pemimpin-pemimpin tertinggi negara itu bagi menyatakan khabar buruk.
Dalam lawatan tersebut beliau menemui dan berbincang dengan Presiden Xi Jinping dan Perdana Menteri, Li Keqiang.
Seperti kita semua ketahui, Perdana Menteri telah memaklumkan kepada mereka mengenai ketidakupayaan Malaysia untuk meneruskan dua projek besar yang dibiayai dan dilaksanakan oleh China, iaitu Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) dan Saluran Gas Sabah.
Beliau memberitahu mereka bahawa kedudukan kewangan Malaysia tidak memungkinkan dua projek itu diteruskan tanpa memburukkan lagi beban terhadap rakyat.
Bagaimanapun, pihak berkepentingan atau yang menyokong kerajaan lama tetap berusaha memutarbelitkan fakta.
Portal berita Malaysiakini misalnya, dengan pantas menyiarkan sepucuk surat daripada seorang penulis tanpa nama yang memperkenalkan dirinya sebagai "concerned China-Malaysia observer", yang menyifatkan lawatan Perdana Menteri itu sebagai "diplomatic disaster" (malapetaka diplomatik).
Penulis yang membaling batu ke arah Dr Mahathir itu memberi amaran bahawa rakyat jelata Malaysia patut berasa bimbang terhadap tindak balas China.
Kita tidak tahu siapa sebenarnya penulis surat tersebut, tapi daripada nada tulisannya seolah-olah beliau sangat pakar dalam hal ehwal China sehingga berani menggambarkan negara tersebut sebagai pendendam.
Lawatan beliau adalah bagi merungkai isu-isu besar yang tercetus akibat sikap tidak berhemah dalam urusan kewangan oleh Kerajaan Umno-Barisan Nasional pimpinan Mohd Najib.
Bukan mudah bagi Dr Mahathir, yang mengagumi dan mempertahankan China di arena antarabangsa, menemui pemimpin-pemimpin tertinggi negara itu bagi menyatakan khabar buruk.
Dalam lawatan tersebut beliau menemui dan berbincang dengan Presiden Xi Jinping dan Perdana Menteri, Li Keqiang.
Seperti kita semua ketahui, Perdana Menteri telah memaklumkan kepada mereka mengenai ketidakupayaan Malaysia untuk meneruskan dua projek besar yang dibiayai dan dilaksanakan oleh China, iaitu Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) dan Saluran Gas Sabah.
Beliau memberitahu mereka bahawa kedudukan kewangan Malaysia tidak memungkinkan dua projek itu diteruskan tanpa memburukkan lagi beban terhadap rakyat.
Bagaimanapun, pihak berkepentingan atau yang menyokong kerajaan lama tetap berusaha memutarbelitkan fakta.
Portal berita Malaysiakini misalnya, dengan pantas menyiarkan sepucuk surat daripada seorang penulis tanpa nama yang memperkenalkan dirinya sebagai "concerned China-Malaysia observer", yang menyifatkan lawatan Perdana Menteri itu sebagai "diplomatic disaster" (malapetaka diplomatik).
Penulis yang membaling batu ke arah Dr Mahathir itu memberi amaran bahawa rakyat jelata Malaysia patut berasa bimbang terhadap tindak balas China.
Kita tidak tahu siapa sebenarnya penulis surat tersebut, tapi daripada nada tulisannya seolah-olah beliau sangat pakar dalam hal ehwal China sehingga berani menggambarkan negara tersebut sebagai pendendam.
Penulis tanpa nama itu
berkata lagi, tidak ada pelaburan baru yang besar yang diumumkan hasil lawatan
tersebut sebaliknya ia sekadar meneruskan apa yang kerajaan Mohd Najib telah
lakukan.
Hakikat bahawa kerajaan baru Pakatan Harapan membatalkan projek hutang era Mohd Najib tidap pula diketengahkan.
Penulis tersebut juga seolah-olah dapat membaca isi hati pembesar China, khususnya Perdana Menteri Li Keqiang, apabila beliau berkata Li tidak menjawab kenyataan Tun Dr Mahathit mengenai negara kaya tidak sepatutnya menakluki negara lain.
Dia berkata, sidang akhbar bersama Dr Mahathir-Li berhenti secara mengejut dengan Li menjabat tangan Dr Mahathir sambil memberikan senyuman paksa.
Jelaslah masih ada pihak di Malaysia yang berfikir seperti zaman Mohd Najib di mana pemimpin Malaysia senyum simpul sambil berpelukan dengan pemimpin asing tetapi melakukan perkara yang merugikan negara.
Tidak mengapalah kalau
China “marah” dan akan “bertindak balas” terhadap kita. Kita tidak mengundi
pemimpin China. Kita mengundi pemimpin kita.
Adalah kewajipan
pemimpin yang kita pilih menjaga kebajikan kita dan mempertahankan kedaulatan
negara kita.
Apa yang pemimpin China hendak lakukan, itu adalah hak dan budi
bicara mereka.
Tetapi saya yakin China
tidak akan sewenang-wenangnya mengorbankan perhubungan yang dijalin oleh
Almarhum Tun Abdul Razak 44 tahun lalu semata-mata kerana sayangkan anak beliau.
Wallahuaklam.
15 comments:
You won't be surprised that Malaysiakini is being bought over directly or indirectly by Anwar Ibrahim and Rafizi gang.
Anwar's parrot P Gunasegaran has been running a series of negative writings against Tun M.
You would also notice Malaysiakini posting now is slant toward Anwar/Rafizi and some not favorable news on them in relation to PKR election are strategically omitted from Malaysiakini even though there are news in mainstream media and Malaysian Insight.
It looks like Malaysiakini is the organ for Anwar in a crusade against Tun M.
Perjanjian yg ditandatangani oleh Najib sangat bodoh sehingga China sendiri sangat bodoh jika tidak menandatangani perjanjian yang menguntungkan dan berat sebelah itu
Welcome back to civilisation Datuk.
In the five instances where you mention Najib in this posting, none carried his "colorful" Bugis title which you enjoyed making fun of before.
Syabas !
Aslm DAKJ,
Negara yang bermaruah dan pemimpin yang hebat, inilah yang perlu dilaksanakan walau pun pahit, tapi perlu berkata benar. Keputusan yang nampak mudah tetapi mempunyai strategi perundingan tinggi dan memberi implikasi negatif bukan sahaja kepada Malaysia, malah kepada kuasa besar China.
Tun M menyatakan dengan jelas pendirian Malaysia walau kami sebuah negara kecil tetapi kami berdaulat dan kami tidak akan menerima perjanjian berat sebelah. Dunia sedang memerhati perundingan ini dan keputusannya. Dan Malaysia berjaya memenangi maruahnya kembali.
In shaa Allah.
Budak jawa
Datuk,
I read this in one of the blogsites:
" Goldman Sachs bond agreement (for 1MDB) obviously had criminal intent (money corruption). The Goldman Sachs banker who arranged the 1MDB bond deal has since faced investigation and been found guilty of wrong doing in at least one country. The former Prime Minister who authorised it had criminal intent and has been implicated by the US DOJ and is also facing criminal charges in Malaysia. That Goldman Sachs bond agreement should just be repudiated. Malaysia does not have to honour a criminal act.
Malaysia should pass an Act of Parliament and announce to the world that we are repudiating that entire bond deal. That will teach a real lesson to the fraudulent bankers. "
I sincerely believe this is worthy to consider and will get the support of all the people. Criminal acts must be repudiated, and PH should get the Act passed as soon as possible.
Dear Datuk,
am replicating my earlier article here with some edits:
Datuk,
have viewed our PM Tun Mahathir handle the live press conferences, wow my hat off to him. He thinks standing on his feet, he speaks without hesitation and has the facts and persuasion that goes with the job. He stands tall with Premier Li and President Xi, we Malaysians are truly proud that he represents us.
For an instant at the near end of the joint presso, Premier Li tried to catch Tun Mahathir off guard with some witty comments, our PM Tun then addressed the issue with great finesse and without labouring the point, free trade without fair trade does not benefit anyone.
Who else can trade "punches" and leave everyone feeling good.
SYABAS indeed to Tun M. We are honoured that you continue to lead us.
One other point, fully agree with Tun that Daim and the CEP are still very much needed.
No time for them to rest, let them get going !!
Another point is that Malaysiakini article on Tun's trip to China, smacks of a well prepared piece, and if it is rumoured to be supporting other interests, well I should warn the CEO and Editor in Chief that just as we supported Malaysiakini in their buy a brick wall, we can also tear down the brick wall. Take this point well and be fair in your reporting. Humpty Dumpty will have a great fall.
Saya amat setuju dengan pendapat Datuk. Sama ada China akan marah tidak penting bagi kita. Nak tarik balik pelaburan dari negara kita? Biarkan lah. Semuanya lebih merugikan negara daripada menguntungkan.
Namunbegitu saya agak bersetuju dengan pendapat bahawa China mempunyai banyak pengaruh di dalam negara kita. Ini termasuk di dalam dan di luar kerajaan. Oleh itu saya berharap pihak perisikan kita diperkasakan kembali supaya kita dapat menjaga kepentingan negara dan pemimpinnya daripada anasir-anasir subversif.
Datuk, di dalam semangat merdeka sekarang, keberanian Tun seharusnya menjadi inspirasi kepada rakyat supaya tidak lagi tunduk kepada kuasa besar seperti di zaman Najib dan Pak Lah. Pemimpin-pemimpin lain juga patut sedar bahawa segala kelemahan mereka, yang lama atau yang baharu, boleh dieksploitasikan oleh musuh-musuh negara. Oleh itu sentiasalah bersih, cekap dan amanah.
Salam hormat, dato'.
Nak tergelak saya dengan penulis malaysiakini yang dato singgung di atas. Mungkin dia penulis upahan mana2 politikus?kita tak tau.
Hubungan kita dengan China bkn sahaja lebih drp 44 tahun malah beratus tahun sejak zaman melaka lg. Apa yg kita harapkan,kemakmuran ekonomi hasil kebijaksanaan pemimpin yg diterajui oleh Tun Dr. Mahathir. Menteri-menteri bahkan semua pilitikus Harapan sgt lah kami taruh harapan agar mereka mencontohi Y.A.B. Tun dalam melaksanakan kesederhanaan dalam gaya hidup dan pengurusan jabatan yang bersih (daripada rasuah),cekap serta efisien. Janganlah ada di kalangan mereka yang berbelanja seperti kaum-kaum yang terdahulu.
Terima kasih dato' atas kesudian berkongsi pendapat saya di sini. Sekian.
Salam Aidil Adha Datuk Kadir...
Penulis surat tersebut type 'syok sendiri' kot. If telahan sebegitu dtg dari Bill Gates, boleh gak percaya cos he telah membuktikan Microsoft berjaya.
Berdasarkan 5 MoU telah ditandatangani, maka jelas China faham situasi Malaysia. Mesti ada perkara lain yang Tun bincang dengan Presiden & PM China yang mereka sahaja yang tahu. Mesti ada peranan Robert Kuok then Tun Daim memyusul dulu sebelum Tun. So, penulis surat itu 'meroyan' atas sebab tertentu. Penyokong BN biasa la, lagi teruk tahap meroyan cos hilang banyak perkara secara tiba-tiba.
Rumusan:- Semua conflict ini tak mungkin berlaku andai insiden MH370 tidak berlaku. Insiden itu penyebab BN terpaksa 'melutut' kepada America & China.
Kadiag, السلام عليكم ( Assalaa / mu / 'alai / kum.),
Alhamdulillah hang singgong pekara yg sangat panaih laa ni, yagni kritikkan yg betali aruih, antaranya dari MOI dan pimpinan MCA.
Aku perati banyak jugak cara orang tindak balaih pd benda ni. Din Batu Kawan balaih sebijik bila dia dilapog
(lebih korang) suruh MOI tulung cermin muka sikit.
Loke dari Seremban macam tu jugak dlm keh batai saman AES.
Tapi cara hang hujah tulihsan dlm malaysiakini kenun belaku ‘malapetaka diplomasi’ pd aku memang tera.
Nampak hang ada daya sobag yg tinggi.
Aku dolu2 kalu kena ngumpat ka mengata ka, aku nanti tengok puncanya dulu... kalu dlm tafsir aku puncanya
dari golongan orang yg tak beriman, lantak la dia nak kata selori pon, insyaAllah, tak luak aku.
Munkin (dan aku harap) ini selari dgn ayat2 terakiag suroh terakiag
An-Nas, ayat 1-6
قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ النَّاسِ (1) مَلِكِ النَّاسِ (2) إِلَهِ النَّاسِ (3) مِنْ شَرِّ الْوَسْوَاسِ الْخَنَّاسِ (4) الَّذِي يُوَسْوِسُ فِي صُدُورِ النَّاسِ (5) مِنَ الْجِنَّةِ وَالنَّاسِ (6)
Katakanlah, "Aku berlindung kepada Tuhan (yang memelihara dan menguasai) manusia. Raja manusia. Sembahan manusia, dari kejahatan (bisikan) setan yang biasa bersembunyi, yang membisikkan (kejahatan) ke dalam dada manusia, dari (golongan) jin dan manusia.” (dari tafsir Ibnu Katsir, http://esensiislam.blogspot.com). Wallahua’lam.
Semuga kita dlm jagaan Allah S.W.T. Aamiiin.
Banyak maghap no.
Aku.
Datuk,
The reason that Datuk Seri I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil does not need his fancy titles now is that he will shortly acquire a new one:
"The World's Greatest Confirmed Kleptocrat".
For the sake of nostalgia, it can be...
"Datuk Seri I Mappadulung World's Greatest Confirmed Kleptocrat"
But in Sungai Buloh (?) he may just be assigned a number.
(By "Sungai Buloh" I am of course referring to the plant nurseries there, nothing else. We cannot pre-judge, kan?)
On a more serious note:
I think PH should form a Communications Team.
This will then co-ordinate all responses to the various issues.
Such a team needs to be young, responsive and social media savvy.
There should be no shortage of people for this important task.
And surely they will do far better than the laughable former BN Unstrategic Comms Team headed by Abdul Rahman Dahlan and that Eric guy who has wisely disappeared off the face of the earth.
Please look into setting up a proper unit for the PH government, Datuk.
All the best to you.
Datuk Kadir,
1. Malaysiakini has always been the mouthpiece of DAP. They've forgotten that DAP now is part of the government of the day. Their pure hate for Mahathir never dies. They'd continue to belittle Tun M whenever possible.
2. They'd just praise and give a lot of space for anybody who are going up against Tun M. That include the so ambitious Anwar and Rafizi. I personally don't want Anwar as our next PM. The guy just got out of prison for a "personal" crime not because he fought something for the rakyat.
3. Could you please ask those DAP wakil rakyat to stop demanding everything that's not of the national interest? Enough with the SJK, UEC, private chinese schools, using mandarin/tamil as official government statement, etc. Now, it's the 999 years land leasehold. For goodness sake just follow the rules! If everyone else gets up to 60 years why are you demanding more ?
4. These demands act as the catalyst to those fence sitters (who voted for PH just to oust the kleptocracy) to question and criticise the government of the day more. Those fence sitters include the civil servants. Hence, the slow progress in action to put our country back on track.
5. If we could just forget about those demands and move on. I am sure we'll go a lot faster.
6. The CEP should stay as they'll act as a check and balance to the government while the oppositions take time to improve their competency.
7. Where is Jho Low?
Salam Datuk,
RUU Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) (Pemansuhan) 2018
Kerajaan TIDAK PERLU MEMANSUHKAN sistem yang digunapakai GST tetapi membiarkan ia digunakan oleh pihak peniaga.
Ini supaya transaksi penjualan setiap barangan dapat diREKODkan dengan sempurna dalam sistem yang digunapakai GST serta mudah diawasi oleh pihak kerajaan terutamanya pihak kastam dan LHDN.
Ambil contoh Milo:
Sebagai contoh dengan adanya sistem yang digunapakai GST kerajaan boleh mengetahui berapa tin Milo telah dibeli oleh pengguna. Jadi jumlah ini sepatutnya sama dengan jumlah yang diistiharkan oleh pengilang. Ini dapat mengelakkan pengilang membuat pengistiharan pengeluaran yang salah.
Sekiranya ada perbezaan maka penyiasatan boleh di buat oleh pihak kerajaan dan pengeluar, yang berkemungkinan terdapat PRODUK TIRUAN dipasaran atau pengilang TERSALAH ISTIHAR atau penjualan yang tidak direkod.
Sistem yang digunapakai GST perlu diwajibkan kepada semua peniaga termasuk peniaga atas talian, tidak seperti sebelum ini dimana penjual yang jualan tahunannya melebihi jumlah tertentu sahaja yang perlu menggunakan sistem GST.
Kebaikan:
1. Pengilang tidak akan tersalah istihar atau menipu jumlah keluaran.
2. Kerajaan dapat mengenalpasti kemana produk tersebut pergi dan dijual.
3. Ia dapat mengelakkan produk tersebut diSELUDUP keluar atau produk luar diseludup masuk dan dijual secara berleluasa.
4. Mengelakkan produk tiruan.
5. Peruncit atau pekedai sukar membuat PENIPUAN jumlah keuntungan perniagaan kepada LHDN kerana setiap jualan tercatat pada slip yang digunapakai GST. Ini akan meningkatkan jumlah kutipan cukai.
6. Pihak kerajaan juga dapat mengawal kenaikan harga barang yang tidak munasabah dengan membandingkan harga pengilang dan harga runcit. Mungkin Akta Pencatutan dapat digunapakai.
7. Ia juga dapat menghapuskan penipuan dimana pengeluar sengaja menubuhkan syarikat pemborong sendiri dan menjual secara murah untuk mengurangkan cukai.
8. Data dari sistem yang digunapakai GST ini juga :
a. dapat memberi gambaran kepada kerajaan tentang taraf kehidupan dan kuasa membeli penduduk sesuatu kawasan (STATISTIK).
b. dapat membantu pengeluar dalam merangka strategi pemasaran.
c. Pengeluar dapat mengesan jumlah produk yang berada dipasaran tetapi tidak dapat atau lambat dijual dikawasan tertentu. Maka promosi untuk kawasan tersebut perlu ditekankan seperti memasang papan iklan.
Sebenarnya banyak lagi faedah yang boleh didapati dengan sistem yang digunapakai GST ini dalam PENGUTIPAN CUKAI YANG BERKESAN serta membantu pengeluar merangka STRATEGI PENGELUARAN/PEMASARAN dan seterusnya menguntungkan negara dan rakyat.
Dalam kata yang mudah ialah kaedah yang digunakan dalam sistem yang digunapakai GST perlu dikekalkan dan diberi nama yang baru contohnya 'Sistem Percukaian Pelbagai Fungsi'.
Tun M wants the best deal for the country.
Post a Comment