Saturday, October 20, 2018

Kerajaan PH Terdedah Kepada Sabotaj


A Kadir Jasin


MUKHADIMAH: Pandangan yang terkandung dalam tulisan ini adalah pandangan peribadi saya. Saya menulis dalam kapasiti saya sebagai seorang blogger. Ia tiada kena mengena dengan apa-apa jawatan yang mungkin saya pegang.

Irwan Serigar berkempen di Langkawi melawan Dr Mahathir
BAHAYA kerajaan baru Pakatan Harapan (PH) disabotaj tidak dapat ditolak begitu sahaja dan terdapat dua sumber utama kepada ancaman ini.

Pertama, pemimpin PH – termasuk anggota kabinet – mensabotaj kerajaan mereka sendiri kerana kejahilan, tamak kuasa dan ketiadaan fokus.

[Komen "Anonymous” tidak akan disiarkan. Tolong guna nama sebenar atau samaran.]

Saya telah menyentuh hal ini secara tidak langsung dalam tulisan yang lepas mengenai lima menteri belum setahun jagung menerima bintang kebesaran daripada negeri Melaka. Ini adalah petanda keamatoran pemikiran mereka.

Untuk mengelak hal ini berulang, PH boleh mengenakan syarat menghalang menteri pusat, menteri negeri dan ahli exconya daripada menerima bintang kebesaran ketika dalam perkhidmatan.

Lagi baik kalau semua Ahli Parlimen (Dewan Rakyat dan Dewan Negara) serta Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dimasukkan di dalam senarai larangan ini.

Kedua, sabotaj oleh kakitangan awam dan eksekutif GLC/GLIC kerana ketidakcekapan, pengaruh ideologi dan korupsi.

Ketiga-tiga ciri ini wujud walaupun saya tidak menafikan bahawa ada banyak kakitangan awam dan eksekutif GLC/GLIC yang cemerlang dan berkelas dunia, tetapi lebih banyak yang tidak.

Kerana lebih 60 tahun di bawah kerajaan yang sama, pemikiran mereka dipengaruhi oleh ideologi parti pemerintah dan parti pemerintah menjadi begitu feudalistik dan korup sejak beberapa dekad kebelakangan ini.

Walaupun kerajaan PH telah tidak menyambung atau memendekkan tempoh perkhidmatan beberapa orang pegawai atasan dan melantik orang baru menggantikan mereka namun “DNA”, “inprint”, acuan dan “template” Umno/BN masih kuat. Hal yang sama berlaku dalam GLC dan GLIC.

Sekolahkan dan kembalikan profesionalisme perkhidmatan awam
Adalah penting mereka ini disekolahkan semula secara sistematik agar kembali menjadi penjawat awam dan pengurus GLC/GLIC yang profesional, berkecuali dan bebas rasuah.

Teruja

Akibat tidak ada pengalaman, ada menteri yang jelas telah berjaya dipukau oleh Ketua Setiausaha Kementerian masing-masing sehingga mereka menjadi “protective” terhadap KSU dan pegawai-pegawai kanan mereka.

Saya dimaklumkan ada menteri yang tidak suka atau tidak lagi mahu mendengar maklum balas parti dan orang ramai mengenai KSU mereka.

Kalau betul – tidak kira kalau sedikit sekali pun – hal ini amat berbahaya bagi kerajaan PH dan rakyat jelata yang bergantung kepadanya. Kerajaan PH terdedah kepada pemesongan dan sabotaj oleh saki-baki tali barut kerajaan lama.

Hal yang sama saya dengar berlaku di sesetengah GLC dan GLIC walaupun kepemimpinan atasan mereka sudah ditukar.

Hal ini tentulah lebih teruk di GLC dan GLIC yang masih diuruskan oleh pengurusan era BN.

Kecenderungan menyembunyikan maklumat masih berleluasa malah ada yang mempamerkan sikap angkuh kerana berasa kerajaan baru tidak tahu apa-apa dan kepakaran mereka tidak dapat diganti. Atau lebih tepat “kerajaan PH tidak mampu untuk menyingkirkan saya.”

Sebuah cerita klasik yang saya dengar adalah bagaimana ketua eksekutif sebuah GLC apabila ditanya berapa gajinya menjawab: “I can’t remember.” (Saya tidak ingat).

Setalah diselidik, didapati dia memperoleh pendapatan lebih RM7 juta setahun sedangkan syarikat kerajaan yang diuruskannya itu bolehlah dikira sebagai monopoli.

Saya juga mendapat maklum balas berkenaan adanya pengurusan GLC/GLIC yang mengintip kakitangan mereka sendiri agar tidak memberi maklumat yang diminta oleh kerajaan.

Jangan Tunggu Lama-lama

Saya cadangkan supaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Pusat Kebangsaan Mengenai Governans, Integriti dan Antirasuah (GIACC) memantau pegawai kanan kerajaan dan eksekutif GLC/GLIC yang berpotensi mensabotaj kerajaan.

Serentak itu siasatan ke atas pegawai kanan kerajaan dan eksekutif GLC/GLIC yang bersara atau ditamatkan perkhidmatan perlu disegerakan dan audit forensik ke atas GLC/GLIC dijadikan prosedur tetap (SOP).

Sebelum terlambat dan rakyat jelata hilang keyakinan kepada kerajaan PH, saya rasa elok menteri, menteri besar, ketua menteri dan semua wakil rakyat PH disekolahkan.

Rasanya tidak memadai Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad seorang menjadi guru dan mentor. Menanglah hebat dan istimewa dididik oleh Perdana Menteri, tetapi masa terlalu suntuk untuk tujuan itu.

Saya bernasib baik menjadi salah seorang “lepasan” kem bina semangat perdana di Negara Sembilan, yang dimentorkan sendiri oleh Dr Mahathir pada awal tahun 1990-an. Modul itu masih boleh digunakan.

Saya yakin menteri pun akan mendapat kebaikan jika disekolahkan bagi mengubah acuan minda mereka daripada pembangkang kepada kerajaan, daripada bercakap kepada bekerja dan daripada omong kosong kepada mengisi kekosongan.

Ingatlah, jika pada 9 Mei rakyat jelata boleh menendang keluar kerajaan BN yang telah berkuasa selama 61 tahun, apalah sangat dengan PH yang baru setahun jagung.

Wallahuaklam.


39 comments:

MNNawawi said...

Setuju sgt. Saya dimaklumkan oleh rakan2 ptd sesuatu perlu dilakukan krn set-set lama dlm ptd masih belum lg dpt lari dari kerangka pemikiran lama. Mrk perlu disekolahkan kembali segera dan tak blh ditangguh2kan lg. Para menteri pun kena hadir kursus. Ada yg tiba2 mjadi menteri sebelum ini tak pernah menulis Surat rasmi pun

Abdullah Ngah said...

kerajaan pakatan suka lawan Allah?

Kebanyakan umat Islam sejak dahulu hingga kini terlalu suka lawan Allah dan Rasulnya.Allah SWT larang jangan kamu dekati zina.

Mereka bukan sahaja melakukan kerja terkutuk itu malah mereka kelihatan semacam sengaja.tak mengapa, tak apa melakukan zina secara sembunyi (tidak dilihat oleh umum).

Larangan dosa besar di tak apakan oleh kebanyakan umat Islam, termasuk para pemimpin yang mengaku aku masih seorang Islam.

Rasulullah SAW telah melarang umat Islam pakai cincin di jari tengah dan jari terlunjuk. Itu pasal pakai cincin yang barang kali larangan kecil dan sangat disukai kebanyakan artis diatas muka bumi Allah ini.

Dan jadi ikutan dan amalan para remaja kini.

Jika larangan, jangan hampiri zina, mereka (remaja) melakukan zina secara bermaharjalela. Maka apalah sangat dengan pakai cincin di jari telunjuk yang dilarang Rasuluallah SAW itu.

Dosa besar sengaja dilakukan, malah sudah menjadi amalan kalangan remaja Islam kini. Buktinya, 500 ribu kelahiran anak tanpa nikah, tanpa sebarang kerisauan oleh para pemimpin kini.

Malah, Timbalan perdana menteri Dr Wan Azizah memberi semangat kepada remaja yang terlanjur agar jangan takut jika terlanjur.

Islam menegaskan jangan kamu hamipri zina dan takutlah kepada Allah SWT. Akan tetapi dalam kerajaan pakatan harapan jangan takut jika terlanjur.

Menteri Belia, Syed Saddiq pula memperomsikan kondom pelbagai perisa dengan katanya, amallah sex selamat.

Islam menyatakan tiada zina yang selamat, malah Allah SWT memerintah penguasa sesebuah Negara melaksanakan hukuman sebat dan rejam sampai mati terhadap mereka yang berzina.

Sekaligus turut melaknat mereka yang mengamalkan sex, (tanpa nika) sama ada sex selamat atau sebaliknya.

Che Set said...

Salam Datuk Kadir!Tun Mahathir patut kekal sebagai Ahli Parlimen setelah Bang Non naik sebagai Perdana Menteri Jadian yang pertama dalam sejarah negara.Malah Tun Mahathir sepatutnya dilantik sebagai Menteri Pendidikan,supaya beliau boleh terus memberi sumbangan dan mendidik budak-budak sehinggalah kepada PM Jadian.

Alam fikir Melayu sudah biasa dengar harimau jadian,buaya jadian,dan ulaq jadian.Kini kita akan dapat pulak PM Jadian.

RD. said...

Haramkan Pegawai Tertinggi Kerajaan, ADUN dan Ahli Parlimen terima pingat kebesaran adalah satu idea yang baik.
Bila sudah bersara, baru boleh terima apa-apa gelaran.

panglimo potaseh said...

Tok Kadir.

Saya teringat kumbali rentetan triller politik kita pada pertengahan 1998.

Di satu pagi seperti biasa bila saya nyelak surat khabar ..(masa tu wasap, google dan utube macam ada tak ada). Saya dapati PM kesayangan saya Chedet hanya ada Polis dan Askar yang tinggal dibawah ketiak atau pengaruhnye.

Kalau dilihat dari segi perubatan ..hampir keseluruhan badan Chedet telah dihurungi bakteria, kuman dan virus. Silap2 boleh padam Chedet kita ni pada masa itu.

Masa tu ..

Dalam UMNO semacam terbentuk satu klik yang besar. Naib Presiden nye dipanggil Tim Wawasan, Ketua Wanitanye bukan lagi Kak Rafidah, Pemudanye ..tu sosok yang bakal berumah di Sg.Buloh.

Bank Negara, Surat khabar, TV, radio ..GLC/GLIC, semua nye semacam dah termakan makanan yang tercampur toksik zombie ..ala makanan warung Pak Jabit yang tertumpah toksik zombie dalam filem "Zombie Kampong Pisang".

Dan zombie itu hanya tunggu masa dan arahan untuk gigit Chedet. Macam mana Chedet mengatasi SABOTAJ ini tak perlu saya panjangkan ..hikayat nye lebih klasik darpada epic "Tuah & Jebat" atau "Puteri Gunung Ledang".

Saya sangat berharap pisang tak akan berbuah dua kali .. mungkin?

abahturon said...

BN dgn peminpin yg ade ni mmg rakyat takkan undi utk PRU15 , PH klu tak perform.. sepenggal je lah.. rakyat mungkin perlu gabungan yg ketiga sbg pilihan..

DollahJunior said...

Kerajaan PH telah melantik Group Chairman baru untuk PNB.

Tapi senior management & middle management PNB masih belum ditukar baru.

PNB perlukan complete revamp untuk human capital supaya lebih efisyen & produktif.

Mohon Datuk usulkan kepada Perdana Menteri merangkap Pengerusi YPB

Sustainable Living Institute (SAVE) said...


Sabotaging PH - Unfit MoE

Parliamentarians have to attend DBP course on BM on instruction of the certot minister? Common man, they are beyond that stage already. Whatever BM they have undergone and mastered through their education, profession and daily life is more than good enough. Moreover, there would not be a dint of improvement by a short course. The crux of the matter is that as new members of parliament they have more urgent things to do and much to catch up with. No time to polish their tounge. To them it would be undergrading.

The Minister of Education is already burdened with heavy responsibilities. Why accept the post of rector of UIA? You are no superman. It may save the university millions because it would be free service. It is not about money saving but effectiveness. Let someone else the job. If the offer is by UIA itself then the institution is as good as the minister. Anyway, Mahathir has said something regarding the post. So take it from there, bro.

Malaysia to welcome the 2000 Saudi students being called back from Canada because of the Saudi-Canada spat? What can we offer in terms of facilities and specialised academic courses to them? They are probably of pampered lot. If the offer is for under-privileged students from poor or wartorne countries make sense. Rohingya students need places in our universities!

The minister is trying to break into the international scene to look clever and cover mis-statements at home. Another example - to link with China in Islamic studies. It is something like coming out of the blue. The Chinese government is persecuting the Uighurs and other Muslims. It does not fit into the picture squarely at this point of time unless you are implying to let the Uighurs study at UIA.

Our suggestion is that UIA to open a branch campus somewhere between Ringlet and Blue Valley in Cameron Highlands where the clime is suitable for scholarship.

Anwar seems to have a soft spot him. Anwar is good in manipulating his people into the higher institutions for immediate mass support and purposes of (supposedly) intelligent stamping. This chameleon is not sly, people can see the colour change.

Unknown said...

Jaga-jaga yang baik sangat kekalkan orang UMNO dalam GLC/GLIC...

Dan mudah-mudah bagi jawatan pada orang UMNO/PAS dalam kerajaan (Lantikan Politik) atas alasan ada pengalaman. Sungguh pun dia kata dia neutral, kecenderungan tetap ada... kiri atau kanan...

Nak jadi Kerajaan sepenggal, faddhol....

panglimo potaseh said...

Tok Kadir.

MNNawawi..

Sudara beri cadangan untuk kerajaan bagi balik kursus pada pegawai kerajaan dan menteri. Saya ingat perkara kursus2 ini baik kita lupakan.

Pada saya kerajaan dan rakyat tak dapat apa dengan kursus. Yang kenyang dan dapat "latok" kemudiannye ada lah tokeh kursus.

Silibus nye tu lah yg kita tengok rancangan ugama di TV. Hasilnye kita tengok lah sendiri ..rasuah semakin galak. Kedai minum di Jln TAR penoh dari pagi hingga petang oleh staff kerajaan. Kita dah boleh kenal mereka sebab mereka dah segak beruniform ..dan mereka minom tanpa kemaluan sedikit pon.

Cara kerje pon lebih kurang je ..2.30 baru masuk opis ..zohor pulak dulu ..kadang2 sambung Asar ..ini pengalaman saya dealing dgn mereka. Mmg ada yang sedar diri ..tapi kesian mereka?

Mohd Izham said...

TNC HEPA di universiti awam Malaysia, semua lepasan regim dulu, kena masih dikekalkan.... mereka ini yg memastikan pelajar uni menyokong kerajaan...

panglimo potaseh said...

Tok Kadir.

Abdullah Ngan.

Menarik ye Pak Dollah ..senang2 kita lawan Allah ..nak tanya Cina dan India lawan tak tuhan mereka?

Tambah suspen bila ada isu pakai cincin, lawan Rasul dan amalan remaja. Katanye remaja semakin galak lakukan dosa besar seperti zina.. Ooo ye Ker?

Yang saya nampak lebih 90% remaja perempuan kita, telah dibungkus hingga aliran sebarang alor pun kita tak nampak. Pon masih ada ramai yg kena tibai ..salah siapa ye ..TPM kot ..atau Syed Sadiq?

Kata Pak Dollah lagi ..hasil nye kita dapat 500,000 anak luar nikah ..masyaallah ..hanya 13,000 je lah anak yang luar zina. Sebab Jumlah kelahiran bagi 2017 adalah 513, 000 orang. Tak pe ..takpe ..nanti kita dakwah lagi.

Pasal kondom ..kondom ini kita kena lihat cara positif ..tujuan utamanye adalah untuk kesihatan. Mungkin tu sebab Kelantan Serambi Mekah di catatkan sebagai negeri yg paling ramai kena HIV.

Nak tanya juga ..usTaT El-Hafiz yang sontot sembilan jubor budak tu apa cerita ..kok salah kena rembat tak .. tanye je ..

Unknown said...

Dahsyatnya komen kat sini.
Macam2 fitnah diwujudkan oleh orang melayu.
Hebat sungguh orang melayu bab fitnah memfitnah. Arab boleh kalah.

Unknown said...

Jangan lupa semua ahli-ahli yang mendendangkan Lagi "Make Malaysia Great Again" dlm YouTube tu Di Singkirkan. CEO Malaysia Airline ada dlm video tu...Group MD/CEO United Engineers Malaysia (UEM) ada dlm video tu. CEO CIMB juga.... Masih berkhidmat dgn GLC kerajaan. Sila ambil tindakan segera ke atas parasit ini.

Send them back said...

Datuk,
Defence Minister Mohamad Sabu
said there were currently more than 100,000 Rohingya refugees in Malaysia and not all of them were registered with the United Nations High Commissioner for Refugees (UNCHR) and that Malaysia cannot cope with the huge influx.

Rohinyas are NOT our problem, are NOT our citizens, and we should send them back to where they came from, be it Thailand, Bangladesh, Pakistan, Myamar, Laos, Cambodia.
We do NOT want them.
We are already the dumping ground of TOXIC waste which China has turned back from UK, Australia. We surely cannot be a dumping ground of human waste, migrants, refugees and goodness knows what=not.
Rent some container ships and send them back to their origin.

Ban taxi drivers said...

Datuk,
As for the uncouth taxi drivers who showed such disrespect to our PM Tun Dr Mahathir,
best for Putrajaya to retract their taxi permits and see how they can cope.
Nothing is easy for everyone, even taxidrivers. We bear with the situation, and let Tun and his team come up with some solutions. Threats, walkouts, uncouth behaviour have no place on the negotiating table.
If the silly taxi drivers still persist, then refuse to meet them and stop all mediation efforts.
Tun, do not let these stupid incidents distract you from running the govt. Please do not hold talks with such types of uncivilised people, whether taxi drivers or others.
You have our fullest support at all times.

azrin taufik said...

Setakat ini masih tak nampak lagi perubahan dalam Agensi Kerajaan, GLC & GLIC. Masih status quo.

dt rahman pekan said...

selaku mantan PTD, saya hanya berani utk memberi pandangan mengenai perkhidmatan 'premier' tersebut.

saya pernah mengatakan bahawa setengah drpd mereka tidak mampu membezakan d antara parti politik yg berkuasa termasuk ketua nya dgn kerajaan serta ketua kerajaan (parti yg berkuasa sejak kita merdeka membuat nya seolah olah sinonim).

mereka juga tlh d serap dgn ideologi n semangat nationalisma utk sekian lama. saya sendiri tlh d minta hadir dlm 'retreat' yg d anjur olih BTN d mana salah satu nya d pimpin olih tun M sendiri. PTD tlh d ingat kan peranan mereka selaku benteng terakhir kpd kesinambungan kepentingan kaum melayu (yg meliputi berbagai suku).ia nya wajib d terus n d perkuatkan tanpa menidak kan kepnetingan serta hak kaum2 lain.

sekarang kerajaan PH tlh memilih sendiri ketua perkhidmatan yg d gelar 'd three wise men' (KSN,KSP n KPPA). tugas mereka adalah utk mengembalikan gemilangan perkhidmatan kerajaan dgn memilih ketua2 jabatan berdasarkan meritocracy n menyingkir yg rasuah serta 'dead wood'.

dlm pada itu mereka2 ini wajib melindungi kakitangan awam yg betul2 ikhlas dlm menjalankan tugas 'wthout fear or favour' serta patuh kpd peraturan yg sdg terpakai. jgn lah berperangai seperti mantan KSN yg sengaja cuba menyelamatkan diri dgn menyalah kakitgn awam. a classic example was when he exiled abt 20 senior officers in bhg perjawatan, JPA 2 INTAN just bcos they had 2 adhere 2 rules n regulation when asked by impatient political masters 2 do ,otherwise.

we civil servant2 hv been taught 2 always b mindful that 'every cent is properly spent, n every spent is well accounted 4).

jika mereka ini gagal, maka jgn lah pula menyalahkan sesiapa kerana kita sendiri yg melantik n memilih mereka2 ini utk memimpin.


saya sendiri tlh menghubungi KSN n mencadangkan beberapa pembahruan.

selaku pemerhati politik, banyak juga pandangan serta teguran yg bolih d beri terutama sekali mengenai fe'il serta kelakuan mereka. tapi apakan daya, dlm politik transectional, tun m terpaksa lah memilih mereka yg d pilih menjadi MP sungguh pun ramai lagi yg lebih layak.

hanya satu saja yg ingin saya nyatakan bahawa pak2 menteri tidak harus berperasaan yg mereka tlh menjadi pakar n 'd know all minister' dlm sekelip mata sebaik saja d lantik mengetuai kementerian2 tertentu. mereka wajib mengetahui semua akta2 serta undang 2 kecil yg terpakai dlm kementerian masing2 sebelum membuat /mengeluarkan kenyataan.

kpd pak2 menteri, amanah yg d beri n harapan yg d harap2 kan amat berat. jika tak termampu utk memikul nya dgn baik, maka lepaskan lah saja jawatan tersebut utk d isi olih calun yg lebih berkaliber.

barang d ingat rakyat, termasuk kaki tangan kerajaan, juga sgn memerhati prestasi semua pak2 menteri n berani saya nyatakan bahawa 'many r performing below d people's expectation.

jaganlah pula menyalah kan lantai tinggi rendah (tidak rata) tetapi realiti nya mereka tidak pandai menari.

Wallahu'allam.

Abdullah Ngah said...

Tiada niat nak sekolah panglimo potaseh

Maaf ya Datuk Kadir Jasin.Tak ada niat hendak sekolahkan penglimo potaseh.kerana sekolah saya tak sama dengan sekolah penglimo potaseh.

Tidak dinafikan sekolah penglimo potaseh sekolah Islam juga. Tapi sekolah islam penglimo potaseh sekolah islam bukan dibantu oleh Allah Taala.

Berani saya katakan sekolah penglimo potaseh adalah sekolah yang dibantu oleh iblis. Sebab itu dia setuju pemakaian komdom itu satu satu kaedah sex selamat.

Pada hal pemakaian kondom itu menggalakkan sex bebas berlaku dengan begitu bermaharajalela, kerana dijmin mereka tidak akan hamil dan tiada lagi lahir anak luar nikah bagi umat Islam.

Kata penglimo potaseh lagi, Pasal kondom ..kondom ini kita kena lihat cara positif ..tujuan utamanye adalah untuk kesihatan.

Saya yakin mereka sihat apabila pakai kondom ketika berzina. Sihat yang dibantu oleh iblis. Sebab sihat iblis hendak kamu berzina pakai kondom.

Allah mengharamkan zina dan diperintahNya sebat 100 sebatan dan rejam sampai mati. Itulah kehendak Allah taala. Ia adalah kemahuan manusia yang lawan Allah.

Tidak dinafikan Kelantan Serambi Mekah di catatkan sebagai negeri yg paling ramai kena HIV.
Mengapa? Mereka bersekolah sama macam sekolah penglimo potaseh yang faham Islam yang tidak mendapat bantuan Allah Taala.

Adakah patut nak tanya orang India dan India tawan tak tuhan mereka. Sedang tuhan mereka tak ada kuasa dan tidak boleh berkata kata macam tuhan ayah nabi Ibrahim.

Saya berani berkata, penglimo potaseh taka fahaman antara kehendak Allah dengan kehendak manusia, sebab itu dia tak bersetuju saya kata lawan Allah.

Melakukan sesuatu yang dilarang oleh Allah namanya lawan Allah. Macam ibubapa kita juga.
Kan ibu bapa kita berkata jika tak ikut cakap ibu dan ayah itu lawan ibu dan ayah.

Bukan setakat itu saja, malah dianggap derhaka kepada ibubapa.maaf ya, tak ada niat hendak sekolah penglimo potaseh yang mungkin tak faham erti lawan Allah.

sekaligus tak faham islam sebenar.

Aku said...

Kadiag, السلام عليكم assalāa mu 'alaikum,
Alhamdulillah banyak2 dan terima kasih pasai bawak topik kekangan2 yg dihadap kerajaan hari ni.
Hang senarai sabotaj olih :
1. Pimpinan parti pemerintah sendiri- “... kerana kejahilan, tamak kuasa dan ketiadaan fokus.”
2. “ ...kakitangan awam dan eksekutif GLC/GLIC kerana ketidakcekapan, pengaruh ideologi dan korupsi.“
Munkin salahnya jugak pada pihak yg berwenang pasai tak buat saringan dgn lebih rapi atau jitu. Sebagai contoh ada menteri2 kanan dan pegawai tetinggi yg tak petah bekatakata. Macam hang nulih, tak dak (atau korang) fokus. Memang manasabah, mana nak mai ‘fokus’, pasai gejala tak petah bekata kata antara lain cermin aliran pikiran yg tak teratog atau celaru.
Kadang2 bila tak dak apa nak kata atau putuih angin,
tapi nak cakap jugak, mula la depa guna basa gomen. Tapi basa gomen yg depa pakai pon standad cokia.
Ada sorang ‘pembahas’ dlm blog hang tak salah aku, yg menulih ada menteri yg sebelum dilantik, tak pernah tulih sorat resmi. Haru habih. Aku paham, jumlah dan latag belakang calon2 jugak terhad atau sempoi, buat PM payah nak cari calon2 yg betoi2 layak.
Lagi satu yg hang tak singgong kali ni, ialah kerakosan atau Tomsk melampau penjawat2 di syarlkat2 bekait kerajaan atau
entiti monopoli, macam yg begaji beratuih ribu sebulan.
Kalu ikut arah aku, 90 persen menteri2 dan pegawai2 tinggi (temasok duta2 sekali dgn kedutaan2) dan yg jugak dlm syarikat berkaitan kerajaan diberentikan.
Yg tak diberentikan, antag pi pusat orientasi semula macam hang cadang tu.
Rasa aku ramai kaum tepelajag, bebakat dan beminat diMalaya yg bulih ganti depa. Para penting ialah kesatuan fikroh
yg timboi dari tasawwur bersama, atau ‘shared world view’ (‘Weltanschauung’ dlm basa Jarman).
Terima kasih no. Maghap no.
Aku

anti pengkhianat said...

Assalamualaikum DAKJ,

Saya telahpun membangkitkan perkara ini sebelum ini malah saya pasti beberapa pembaca lain turut telah mengingatkan perkara yang sama mengenai sabotaj ke atas Kerajaan baharu oleh penjawat awam dan ketua syarikat kerajaan. Perkara ini penting kerana kalau tiada tindakan diambil, kerajaan baru sukar untuk mengenalpasti masalah yang dihadapi dan mengambil tindakan pemulihan kerana mereka yang masih berkhidmat ini adalah orang yang sama terlibat dengan masalah yang berlaku semasa pentadbiran kerajaan lama. Yang kedua, mereka yang berkhidmat ini dipilih semasa pentadbiran kerajaan lama kerana sikap mereka yang ibarat lembu dicucuk hidung dan turut mempunyai nilai yang sama dengan menteri-menteri dahulu yang korup. Mereka bukan sahaja berdiam diri dan tidak menyatakan masalah sebenar yang dihadapi, lebih teruk lagi merekalah yang berlumba-lumba memenuhi apa saja yang diminta oleh para menteri supaya dipandang manis di mata menteri tanpa mengira kesan buruk perbuatan mereka terhadap negara dan rakyat.

Penjawat awam dan ketua syarikat kerajaan yang korup ini telah rosak nilainya, malah masyarakat keseluruhannya juga turut terkesan dek sikap kerajaan yang lama. Putih dikata hitam dan sebaliknya. Rasuah diterima dan berleluasa diharuskan oleh kerajaan lama. Masalah ini telah berakar umbi dan merebak sehingga penjawat awam dan ketua syarikat kerajaan ini juga mempunyai circle kerja mereka di mana mereka telah memilih individu yang sama rosak untuk berkhidmat bersama-sama memperjuang kepentingan diri dan menyembunyikan masalah dan kerosakan yang berlaku. Pegawai yang tidak sealiran dan bercakap benar akan dianggap sebagai membawa masalah, tidak cekap dan disingkirkan. Mereka tidak bercakap benar di depan menteri, menyembunyikan masalah. Sebab itu, sehingga kini banyak masalah yang masih belum terdedah. Masalah yang terdedah pula masih tidak dapat diketahui duduk perkara sebenar. Ini kerana pegawai yang terlibat dan konco-konconya masih berleluasa dan sudah barang tentulah mereka ingin penglibatan mereka tidak diketahui kerana boleh menjejaskan kerjaya mereka.

anti pengkhianat said...

Seperti yang telah saya nyatakan sebelum ini, langkah yang perlu diambil mudah saja. Lakukan pusingan kerja untuk ketua-ketua dan jawatan strategik tertentu yang boleh mempengaruhi keputusan. Orang yang baru dan bersih yang dipilih tentulah tiada kepentingan dan akan melaksanakan tugas dengan bersungguh-sungguh tanpa menyembunyikan kesalahan yang berlaku. Ini semakin penting kerana pegawai yang dijangkiti penyakit korup daripada pentadbiran lama bukan boleh diubati dengan sekadar kursus atau amaran. Sekiranya mereka kekal, menteri yang naif, tiada pengalaman dan pengetahuan akan terperangkap dengan nasihat yang salah yang telah biasa mereka berikan kerana itulah cara kerja mereka selama ini. Ia telah mendarah daging dalam diri mereka.

Difahamkan ada salah seorang KSU yang bersalam dengan menteri sambal mencium tangan. Nampak tak penyakit ini. Apa kesannya kepada menteri? Menteri ini pula turut didakwa tidak cekap dalam melaksanakan tugasnya dan sering membawa keluarga dalam tugas rasmi. Nampak tak kaitannya? Pegawai yang tidak kompeten bergabung dengan menteri yang tidak kompeten.

Seperkara lagi, saya dapati prestasi ahli Jemaah menteri baru kecuali PM dan Menteri Pengangkutan amatlah lemah dan mendukacitakan. Prestasi ini lebih teruk kalua dimasukkan sekali dengan Menteri Besar dan exco kerajaan negeri yang berperangai seperti samseng semasa berdepan dengan rakyat. Janganlah nanti bila rakyat marah kerana prestasi kerajaan yang lemah disalahkan lagi kerajaan lama dan penjawat awam sedangkan kuasa di tangan kerajaan semasa dan kegagalan kamu mengambil tindakan terhadap menteri dan penjawat awam di bawah arahan kamulah yang menjadi punca. Perahu sudah di air, pendayung sudah di tangan, buatlah kerja untuk melaksanakan amanah sehabis baik dan kurangkan bercakap apatah lagi berpolitik. Rakyat bijak menilai. Mereka tahu siapa yang bercakap untuk buat kerja dan siapa yang pandai bercakap tapi kerja tak jalan. Mereka juga tahu siapa yang tak bercakap dan buat kerja serta siapa yang tak bercakap sebab tak tahu buat kerja.

anti pengkhianat said...

LGE patut risau tentang dirinya kerana setakat ini dia antara menteri yang banyak bercakap termasuk perkara-perkara yang tidak perlu dibicara di khalayak ramai sedang kerja utama tidak Nampak hasilnya. Mungkin kerana dia ada ramai pegawai khas termasuk setiausaha politik yang melaksanakan tugas seperti defacto menteri kewangan malah boleh mengeluarkan kenyataan akhbar berkaitan urusan kementerian kewangan. Kononnya competent, accountable dan transparent, tapi tadbir urus kementerian dibuat macam urusan syarikat perkongsian. Kita tunggu apa kehebatan lge dalam bajet 2019 nanti. Adakah lebih baik dari kerajaan sebelum ini atau masih lagi bersembunyi dengan alasan politik masalah kerajaan sebelum ini. Rakyat dah muak dan tahu tentang masalah kerajaan lama sebab itu mereka pilih kerajaan baru, tapi kalau kerajaan baru masih bercerita tentang masalah kerajaan lama dan tiada perancangan untuk masa depan, patutlah dihumban kerajaan sedia ada pada pru akan datang. Menteri-menteri lain seperti wan azizah, mat sabu, saifuddin nasution, dan ramai lagi juga tidak menunjukkan prestasi yang memberangsangkan dan kepimpinan yang diharapkan oleh penjawat awam.

Saya fikir kerajaan patut empower institusi parlimen sebagai badan pengawas urusan kerajaan, termasuk dalam urusan pengauditan, kewangan, ekonomi, keselamatan dan pertahanan. Ini termasuklah isu-isu seperti pendatang tanpa izin, kemiskinan, urus tadbir kewangan dan sebagainya supaya jentera kerajaan dapat diimbangi dan maklumat yang dilaporkan dapat ditapis dan ditentu sah serta memberi input kepada perbahasan parlimen yang lebih membina dan menyalurkan maklumat yang tepat dan seimbang kepada ahli parlimen dan rakyat. Perlu ada satu unit tadbir urus dan penyelidikan yang mempunyai sumber yang mencukupi dan urusan pengambilan dan saraannya dipisahkan daripada Kerajaan untuk melaksanakan tugas ini dengan objektif. Ini akan membolehkan sistem semak dan imbang yang baik tidak kira siapapun menjadi kerajaan dan memberi faedah kepada negara dan rakyat.

Semoga Malaysia Berjaya.

anti pengkhianat

anti Melayu bendul pak turut Umno. said...

Komen ko mcm org bengap saja.
2x5 dgn Lokman Adam melolong sana sini....kunon kes 1MDB dan pertuduhan lebih 40 kes pd Jawa totok kaki kencing semua fitnah belaka.

Kasihan Melayu serupa ko.

jumbeaux said...

Salam Datuk

Pentadbir-pentadbir kerajaan di zaman sekarang amat berbeza dengan di zaman pertama kali Tun Mahathir jadi Perdana Menteri. Entah apa yang terjadi di zaman Pak Lah dan Najib tapi nampaknya begitu kuat budaya purba di dalam kerajaan. Ada maharaja-maharaja dan maharani-maharani yang begitu berkuasa di dalam sesuatu kementerian atau jabatan.

Keadaan menjadi lebih teruk apabila menteri-menteri yang dilantik langsung tiada ketokohan untuk memimpin. Mereka bergantung sepenuhnya kepada nasihat pentadbir yang kononnya lebih berpengalaman di bawah. Seharusnya menteri-menteri ini juga mengambil nasihat dari pihak ketiga dan membuat kesimpulan sendiri di dalam sesuatu perkara.

Datuk mencadangkan diadakan kem bina swmangat untuk Tun melatih menteri-menterinya. Saya kurang yakin ia akan berkesan. Ada menteri yang telah terlalu tua untuk diasuh, ada juga yang bodoh sombong, walaupun diajar takkan mendengar dan ada pula yang terlalu muda dan naif.

Mungkin ada pandangan saya yang betul. Mungkin juga ada yang salah. Tapi inilah pendapat rakyat yang memandang kerajaan dari luar seperti menengok ikan-ikan berenang di dalam akuarium.

CARRY ON TUN MAHATHIR said...

Datuk,
Soi Lek was right when he said his party comrades were jealous of his popularity.
Under our PM Tun Mahathir, Malaysia is slowly steadily regaining its stature as the Asia Tiger. SO the naysayers out there want a return to the old ways of dedak, cash is king mantra. Not us the rakyat.
Even if some of the manifestos take time to be accomplish, we accept the delays.
We are finally FREE to air our views, to speak of this and that without the fear of some stupid human garbage under the direction of the previous govt lodging police reports and worse tarnishing the judiciary, MACC, civil service and PDRM in the handling.
We are now living in the new Malaysia, where we can eat, breathe, work, play and sleep freely!
So continue your work Tun M, ignore the saboteurs, the jealous, the spiteful, the manipulators, and focus on giving us back the values of the new Malaysia.

panglimo potaseh said...

Tok Kadir.

Terima kasih Abdullah Ngah ..kerana membekalkan info terkini tentang sistem sekolah kita.

Yg saya tahu, dulu kita ada sekolah bantuan kerajaan dan swasta sahaja. Jadi kini di bawah tangan Dr.Mazlee kita dah ada sekolah bantuan Allah dan bantuan Iblis. Kalau lah Tun M yg jadi Menteri Pendidikan tak tau apa jadi.

Heran saya ..Kelantan yang telah sekian lama ditadbir oleh kerajaan "Islam" PAS ..banyak sekolahnye dapat bantuan iblis.

Mungkin ini semua salah Tun M kerana bantu Kelantan mcm tak acuh ..akibatnye Kelantan jatuh miskin ..dan terpaksa minta bantuan Iblis.

Sebenar nye meminta bantuan Iblis ini bukan perkara baru. Ada sesiapa ingat 20 tahun dulu apa kata Tuan Guru tentang meminta bantuan Iblis untuk lawan UMNO.

Dikatakan orang Kelantan paling ramai kena HIV sebab mereka bersekolah yang dibantu oleh Iblis.

Selangor/KL yang penduduk nye hampir 10 kali ganda dari Kelantan ..pun jauh kurang nye yg kena HIV. Mungkin sekolah di Selangor/KL dapat bantuan Allah agaknye ..aaagaknye.

Tapi heran jugak kok banyak sangat sekolah di Kelantan dapat bantuan Iblis ..siapa pula pengundi nye hari tu. Jangan-Jangan kerajaan nye juga dapat bantuan iblis ..?? Ini kena tanya YB Husam.

Akhir nye Pak Dollah jatuh kan hookoman pada saya sebagai tak faham islam dan sekolah bantuan Iblis. Tapi saya tak kena HIV ..tak isap ganja dan tak minum air ketum.. dan jauh sekali lawan Allah. Tapi saya tahu apa yg difikirkan oleh kaum Kristian, Hindu .. ..dan free thinker. Orang Kristian pun anggap penganut agama lain sebagai kafir dan hanya layak masuk neraka.

Nak tanya Pak Dollah ..500,000 anak luar nikah dari kelahiran 513,000 pada tahun 2017 ..hasil drp sekolah bantuan Iblis tadi ke?

Garam masala said...

Dato',
Kalau kita rajin dengar cerita pegawai-pegawai bawahan jabatan kerajaan bagus jugak.Mereka orang bawah memandang gelagat menteri dan orang atasan, mereka boleh nampak kecurangan dan perlakuan orang atasan...tapi tak boleh buat apa, cuma boleh berbisik sesama sendiri - tak lain nak pau lah tu,
Menteri baru ni nampak macam muka nak tunggu projek je, aah..kaki minum tu!
Pendek kata tajam jugak penglihatan mereka dan dahsyat jugak mulut mereka...

cenkeet said...

Kenapa artikel kali ini byk komen sehingga dirujuk oleh mso. Ini adalah kerana rakyat sayangkan PH. Oleh itu, ingat wahai menteri menteri janji pilihanraya...#rakyatmerana

Hj Nabawi said...

apo ko bondo ni panglimo mengarut tak habiih....

Hakimi Abdul Jabar said...

Reading all the news on Malaysiakini, FMT etc. just makes me wanna cease active legal practice and join the government service. Go all out and seek retribution via no holds barred prosecutions etc. ! I'm a firm believer in Retributive & Deterrent Justice!

Gerrymandering in PKR said...

Datuk,
we have the PKR sec-gen as one of the cabinet members in the PH govt.
He should resign from his ministership judging from the way he has been misbehaving in the run up to the Sarawak PKR elections in his own party. We don't want him acting illegally in PH govt.

PKR secretary-general Saifuddin Nasution Ismail has been accused of failing to act on complaints of irregularities in the membership list for the Julau division.

In a statement yesterday, Sarawak PKR secretary Nicholas Bawin accused Saifuddin - who insisted that all membership lists were final - of ignoring two complaints on irregularities that were filed within the stipulated period...

So Saifuddin you are also the mastermind in "ensuring" the e-election process takes place smoothly in the PKR elections, and what have you been doing so far? Hiding from the press and trying to wash your hands off the fiasco?

We all know you want Rafizi to win, but what you have done is totally and wrong and you can be sued for negligence, for breach of trust, for any number of things.
How can the Julau membership jump dramatically in one day, those whose names appear on the list deny that they ever signed or enlisted in PKR? You have the answers big boy! Gerrymandering ?

wansee c said...

Come on PH ministers of new Malaysia ! Do not disappoint the rakyat who had voted for u. Try real hard with all your might to get things done efficiently n confidently without hesitation as we have faith in u. Look up to our brainy Tun M for guidance. Yes, come on PH!!

Unknown said...

Kamu ni memang anti Anwar....pm jadian konon....fikiran kamu memang amat dangkal kalau tidak bodoh. Kamu patut tahu Anwar sepatutnya dah jadi pm 18 tahun dulu

Abu bakorrr said...

LGE "sabotaj" LGE..

PM JEPUN LETAK JAWATAN kerana xdpat "menunaikan JANJI " manifesto...
Hnya 9bulan 9hari mmimpin jepun

PM mlysia bile lagi??

panglimo potaseh said...

Tok Kadir.

Darjah pingat kebesaran Yam Tuan Besar Nogori yang mombori ghola "Datok Seri" untuk Rosmah dan Najib ditarik balik. Saya harap Rosmah dan Najib tidak borsodeh ..gelaran Puti Rhino dan Mappadulong masih ada ..itu yang penting ..kalau tidak hilang seri dan kelakarnye.

Comfort zone said...

Kerajaan PH diharap tidak sabotaj harapan rakyat. Semoga kerajaan PH laksanakan segera reform & transformation di dalam agensi-agensi yg Datuk nyatakam di atas

wansee c said...

An eminent leader should be the chosen one but not otherwise. Only then will the limitless of blessings pour in particularly from the Almighty. That makes one different from the rest; and formidable and sustainable in public eye for decades.
Likewise, a familiar phrase used to strike our mind: kita yg merancang, tuhan yg menentukannya.Itulah yg dikatakan takdir, qada & qadar.Like it or not, we will have to concur with it.Things happen for reasons.
Hence, one needs to come clean first
with clear conscience of the past immorality in order to claim a much desired crown.

Jojo said...

Datuk,

1. Saya rasa perlu ada latihan pengurusan & motivasi kerja yang berterusan kepada semua kakitangan kerajaan dan separa kerajaan.

2. Kurangkan buang masa dan ingatkan mereka setiap hari bahawa rasuah dan makan duit haram itu akan jadi darah daging mereka.

3. Saya fikir itu saja cara untuk buat mereka berubah.

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).