A Kadir Jasin
MUKHADIMAH: Pandangan
yang terkandung dalam tulisan ini adalah pandangan peribadi saya. Saya menulis
dalam kapasiti saya sebagai seorang blogger. Ia tiada kena mengena dengan
apa-apa jawatan yang mungkin saya pegang.
Yang di-Pertuan Agong bersama Perdana Menteri dan Timabalan |
HAKIKAT bahawa Yang
di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V, menawarkan jawatan Perdana Menteri kepada
Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sudah pun diperkatakan secara meluas
selepas Pakatan Harapan (PH) menang Pilihan Raya Umum (PRU) 9 Mei lalu.
[Komen
"Anonymous” tidak akan disiarkan. Tolong guna nama sebenar atau samaran.]
Wan Azizah sendiri pernah mendedahkannya tidak lama selepas PRU tersebut.
Namun begitu, tindakan beliau mengulangi hal itu ketika berucap kepada rakyat Malaysia di Jakarta semalam adalah berguna kerana bukan semua orang tahu dan faham peristiwa yang terjadi pada malam 9-10 Mei itu.
Wan Azizah dilaporkan oleh akhbar New Straits Times sebagai berkata, Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V membuat tawaran tersebut kerana beliau (Wan Azizah) ketika itu adalah Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang simbolnya digunakan oleh Pakatan Harapan (PH) sebagai simbol tunggal untuk pilihan raya.
“Bagaimana pun saya menolak tawaran itu kerana saya memegang janji kita, iaitu Tun Dr Mahathir (Mohamad) akan menjadi Perdana Menteri dan saya timbalan beliau,” katanya di majlis yang diadakan di Kedutaan Malaysia di ibu negara Indonesia itu.
Pengesahan dan ulang
sebut ini penting kerana rakyat, khususnya pengundi yang memilih PH, berhak
mengetahui tindak balas Yang di-Pertuan Agong terhadap keputusan mereka memilih
PH.
Dalam manifesto PH dan
kempen-kempennya dinyatakan dengan jelas bahawa jika parti itu menang maka yang
akan menjadi Perdana Menteri ialah Dr Mahathir.
Di dalam manifesto yang sama dinyatakan juga bahawa selepas Dr Mahathir maka yang akan menjadi Perdana Menteri ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Memanglah pada waktu kemenangan PH itu ketua parti ialah Wan Azizah dan parti-parti PH memutuskan untuk mengguna lambang PKR setelah usaha mereka mendaftar dan menggunakan lambang PH digagalkan oleh Pendaftar Pertubuhan.
Di dalam manifesto yang sama dinyatakan juga bahawa selepas Dr Mahathir maka yang akan menjadi Perdana Menteri ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Memanglah pada waktu kemenangan PH itu ketua parti ialah Wan Azizah dan parti-parti PH memutuskan untuk mengguna lambang PKR setelah usaha mereka mendaftar dan menggunakan lambang PH digagalkan oleh Pendaftar Pertubuhan.
Secara konvensyen, ketua
parti yang menang diangkat menjadi Perdana Menteri. Tetapi di sisi
undang-undang, mana-mana ahli dewan yang mendapat sokongan majoriti anggota
Dewan Rakyat boleh dilantik menjadi Perdana Menteri.
Bagaimanapun dalam konteks
PRU ke-14, persetujuan telah pun dicapai awal-awal lagi dan dihebahkan kepada
umum bahawa yang akan menjadi Perdana Menteri bukanlah ketua parti (PKR) tapi
Dr Mahathir yang merupakan pengerusi PH.
Jadi rakyat tahu dan satu dunia juga tahu bahawa calon Perdana Menteri ialah Dr Mahathir dan bukan orang lain.
Jadi rakyat tahu dan satu dunia juga tahu bahawa calon Perdana Menteri ialah Dr Mahathir dan bukan orang lain.
Cuma timbul persoalan kerana tiga bulan sebelum PRU
9 Mei, Istana Kelantan telah menarik balik gelaran Darjah
Kerabat (DK) Al-Yunusi Kelantan yang dianugerahkan kepada Dr Mahathir.
Gelaran itu diberikan oleh bekas Sultan Kelantan, Sultan
Ismail Petra ibni al-Marhum Sultan Yahya Petra. Baginda adalah ayahanda kepada Sultan
Muhammad V dan masih hidup.
Penarikan balik darjah tertinggi Kelantan itu dilihat
sebagai penolakan terhadap Dr Mahathir oleh Istana Kelantan. Adalah menjadi pengetahuan
umum bahawa beberapa orang sultan secara tersurat dan tersirat “berkempen”
menghalang kepulangan Dr Mahathir ke arena politik tanah air.
Saya menyokong ulang sebut Dr Wan Azizah itu kerana ia memperjelaskan dan mengesahkan apa yang menjadi
tekaan orang ramai pada malam 9 dan 10 Mei 2018.
Setiap perkataan yang
dikeluarkan dan gerak tubuh (body language) yang dipamerkan pada saat genting
itu perlu dirakamkan secara rasmi agar menjadi panduan kepada kerajaan yang ada
hari ini dan petunjuk bagi generasi akan datang.
Pada malam itu rakyat
Malaysia mengubah sejarah yang tiada siapa pun boleh menghalangnya.
Alhamdulillah itulah yang
terjadi.
Akhir kalam:
“Rahmat bahagia
Tuhan kurniakan
Raja Kita
Selamat bertakhta.”
Tempat Raja atas takhta
bukan dalam bilik lembaga.
Wallahuaklam.
46 comments:
point yg hendak diperkatakan. sultan muhammad tidak sokong PM mahathir. kan?
bankami.blogspot.com
Apakah ada kemungkinan "mahacai tahap bangang berganda" akan membuat lapuran mengatakan yg posting Dato kali ini telah membuat tuduhan terhadap kebawah DYMM YDP ?
Sama sama kita nantikan...
hidup najib n rosmah - tapi dlm istana singgah sana sg buluh.
taida siapa yg bolih menyelamatkan mereka. ia nya termasuk lah pres xi jinping.(d most powerful chap on earth now).
saperti mana yg tun m ucapkan - 'nobody is above d law'. in another words there r absolutely no difference between royalties, politicians n paupers. Semua sama taraf d sisi undang2 negara.
sdr tamrin dgn lantang tlh memberi pendpt yg jelas serta ikhlas.
syabas!!!
Nampakgayanya DYMM SPB YDP Agong telah mencuba menidakkan kehendak Rakyat apabila menawarkan jawatan PM kepada Dr. Wan Azizah.
Mustahil Baginda tidak tahu bahawa kepimpinan tertinggi PH telah bersepakat dan atas kesepakatan dan janji itulah Rakyat keluar beramai-ramai untuk memastikan Dr.M mengantikan Najib sebagai PM.
Namun, mungkin ada hikmah disebalik tindak-tanduk keBawah-Duli ini. Selepas ini, kata-kata manis dan indah didengar seperti 'Raja Berjiwa Rakyat' akan dianggap seolah-olah menghina permikiran Rakyat.
Aiii PANGKAT DARJAH kebesaran kene tarik pon nk "ambik ati" ke???
Nk bwak ke KUBO ke pangkt tu???
Zman madey prntah kene crite n war2kan "apa yg berlaku"
Jika smpan n 'playsafe' akn jdi playwrong d mase depan..
Salam Dato'
The pen has been lifted,
and the ink has dried.
Well said Datuk!
Datuk,
agree with you, the appointment of Tun Mahathir as our PM was not without high drama.
Tun and his wife put on a very brave front despite being made to wait for hours, and whoever placed them in this difficult situation will surely face punishment in this life and the next.
Body language is so important and the tv cameras caught that vvvip twiddling thumbs, sulky looks and trying to make the point that the ceremony was carried out reluctantly.
At the end, much ridicule was heaped on that incident, and Tun Mahathir and his wife became our heroes and still are our heroes.
Datuk,
Zaid Ibrahim is on a (his) mission again, agitating for Anwar to be appointed DPM as soon as in Parliament.
Well, who is Zaid? He seems and wants to look moderate, but now he is angling for a position in Anwar's future cabinet since he was ignored in the current cabinet.
He is a lone wolf show, does not make a good team player, comes out shooting (shouting) his mouth whenever things do not go his way.
My advice to him is, not all are chosen, and those not chosen be humble and be supportive of Tun Dr Mahathir and his cabinet.
Saya ingat peluang PH untuk menang pada malam PRU-14 adalah tipis. Tetapi DAKJ kata Dr. Mahathir tidak pernah bermain dengan kata-katanya untuk menjatuhkan Barisan Nasional dan menjatuhkan Mohd. Najib. Hal ini telah terjadi. Tahniah Dr. Mahathir and the gang.
Majlis Raja-Raja tak berkenan dengan perlantikan Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri. Mungkin Dr. Mahathir berbuat sesuatu agarnya terus dilantik menjadi Perdana Menteri. Saya tak tahu apa perasaan YDPA apabila Dr. Mahathir mengangkat sumpah didepannya apatah lagi baginda baru sahaja menarik balik pingat yang dianugerahkan kepada Dr. Mahathir.
Salam Datuk
Dari awal lagi apabila Sultan menarek balek gelaran DK saya dah suspek Dultan Kelabtan malah kerabat Kelantan dan majoriti rakyat Kelantan tidak mahu menerima Tun M sebagai PM.( Period)
Tok Kadir.
Saya teringat lagu "I shoot the sheriff ..but I didn't shoot the deputy". Jadi sekarang ni sheriff kita Tun M dan deputy beliau Wan Azizah ..dua2 doktor perubatan ..bukan doktor gigi ..doktor gigi hanya perlu 1 principal je. Pada saya otak seorang doktor perubahan jgn main2 ..bijak teramat. Bayangkan Agong nak main kongkalikong dgn 2 orang doktor perubatan.
Pada saya keputusan Wan Azizah nolak cadangan Agong adalah keputusan yang sangat cerdik ..dan sangat bertanggungjawab ..dan sangat bersetia kawan dalam barisannye.
Katakan jika PM kita, Kak Wan. Siapa pulak Deputy Kak Wan ..Kit Siang kot sebab DAP ada libih kerusi ..atau Mat Sabu ..mungkin juga Tun M.
Anwar pun dapat ampon .. terus tanding perlimen dan menang. Bila Kak Wan letak jawatan PM ..boleh ke Kak Wan mintak Agong lantik Anwar jadi PM. Bagaimana pula keadaanye dengan TPM sediaada?. Mungkin TPM diam je ..syukur dgn gaji dan pencen TPM yg akan diperolehinye setiap bulan. Tapi jika TPM Kit Siang ..lagi senang cerita ..sebab bukan Melayu tak boleh jadi PM?
Bayangkan dalam keadaan ekonomi negara kita yang lohe ..barisan penyamun masih bebas membuntil wang curi.
Dalam keadaan pucuk pimpinan negara yang masih tak terurus ..mana PM ..mana TPM. Seri Mappadulong dan suami nye Puti Reno dah pon hilang bersama buntil-buntil nye ..hilang menompang JhLow.
Saya ingin ucapkan berbanyak "terima kasih" pada Kak Wan ..Abam Nuar pon perlu kota kan "Janji PD" nye ..bantu dan sokong lah Tun M.
Salam RD...
Setuju dgn lontaran sdra.
Inilah contoh terbaik peribahasa...."rumah sudah.....pahat berbunyi".
Pd pndgn saya....smpai kiamat sekali pun org2 spt ini tidak akan puas hati dgn Tun sbg PM.
Sebabnya mudah sahaja....Tun tidak takut dgn Raja2....Tun tidak cium tangan...dan tentunya Tun lebih mementingkan rakyat dari segala2nya.
Dgn lain perkataan....Tun menjlnkan tugas spt yg diamanahkan.....justeru itu mana2 pihak yg masih mahu diberi 'keistemewaan' terasa kepanasan dan tidak dpt menerima semua ini.
Demikian juga dgn ramai menteri2 dari Umno....masih lagi terkedu2 dan tidak dpt menerima Tun sbg PM.
Apanya tidak....ada yg menunggu masa dimasuk kedlm jel dan ada yg hasil curi akan dirampas dan peluang2 projek yg diluluskan telah disekat.
Padan muka mereka ini.
Mereka lupa.....kemenangan Tun adalah kemenangan rakyat.
Samalah Kat Perak....Rakyat nak Nizar Jamaluddin tapi Sultan Nazin Shah nak main rakyat Harapan....sekarang Padan Muka Saham Gamuda Keluarga Sultan Perak...Batalkan semua Kontrack Kroni... Amaran Sultan Perak ... Rakyat masih MURKAH peristiwa 2008 bila Kerajaan Pakatan Harapan di sinkir dengan begitu memalukan... Respek terhadap Semua Sultan dah lama tiada...... sekarang cuba nak bodek balik....bagi Anwar cium tangan kamu semua!!
Datuk,
the former prime minister Najib Abdul Razak realises that he's losing prime time in the media. So this stunt where he said he will order his assistant to lodge a police report against him today so that the authorities can start investigating if he was involved in several high-profile murders while he was in power.
Read more at https://www.kinitv.com/video/66408O8#MKgpRQBBgAijJwoX.99
In order to lodge any police reports, some modicum of facts must be inherent, so his assistant must provide evidence of his involvement. Otherwise the PDRM can charge Najib for lodging frivolous reports against himself.
He is no longer star quality, more like crime boss wanting to hog the limelight.
Very dangerous ground, quicksand for him and his wife.
Allahu Akbar! Kebenaran pasti muncul. Allah hanya membela pihak yang benar.
Datuk,
CHILDREN’s rights activists today applauded Pakatan Harapan’s decision to allow stateless children to enrol in government schools beginning next year, but urged the government to extend the access to education for children of migrants and refugees.
Child rights activist Dr Hartini Zainuddin of Yayasan Chow Kit hailed the announcement as the way forward in providing children with the right tools to protect themselves via education.
Totally and absolutely not agreed. The govt must send these refugees and migrants back to where they came.
They do not belong here, and we must not allow them the opportunity to become citizens here.
These people are NOT welcome. We have enough problems and debts left by the former govt of Najib and gang and do not want to take on more obligations and responsibilities. So please, we ask nicely now, SEND THEM BACK.
Hanya raja Perlis dan raja Perak raja yang berjiwa rakyat dan cerdek....hak lain2 tu tepok dada tanya selerala...
Datuk Kadir,
1. Kalau DAP yang menang majoriti kerusi PRU agak2 Agong nak tawarkan jawatan PM tak ?
2. Sebagai payung negara dan rakyat, perlulah dituruti kehendak majoriti rakyat. Tidak boleh ikut suka bagi rakyat marah. Kalau rakyat tak mahu orang asing ramai2 tinggal di sini, maka ikutlah kehendak rakyat
3. Kenapa buat perangai lama macam kerajaan terdahulu ? Perlukah penganugerahan pingat kepada menteri2 segera PH di Melaka ? Apakah sumbangan mereka yang baru jadi menteri ini ?
Dear Datuk,
Thank you for the article above. The rakyat was correct all along.....something was simply "not right" that night. Living abroad and having voted for a change, many Malaysians were simply kept on the brink that their efforts were in vain having to face another 5 years of suffering. Thank god, all went well.
RD:
Agong bukan “menidakkan kehendak rakyat”. Memang mengikut Perlembagaan untuk Agong menawarkan jawatan PM kepada Wan Azizah kerana parti beliau memenang jumlah terbesar di dalam Pakatan Harapan. Kalau Agong tidak menawarkan kepada Wan Azizah, PKR pula memaki hamun kepada Agong kenapa tawaran itu tidak dibuat. Ini formality sahaja.
Memang betul janji telah dibuat untuk Tun M menjadi Perdana Menteri. Tetapi janji dalam dunia politik tidak bermakna sangat. Dulu kalau tak silap saya Tun M berjanji kepada Ku Li, beliau akan mengganti beliau sebagai PM. Selepas itu Tun M berjanji Musa Hitam akan mengganti beliau. Selepas itu Tun M berjanji kepada Anwar beliau akan mengganti beliau...etc
Seperti Tun M sendiri berkata “Manifesto bukan kitab suci”.
Yang “menghina permikiran Rakyat” ialah orang politik bukan raja raja. Skandal Maminco, Perwaja, BMF, DTC, Pan-Electric, BMF Forex, MAS, Port Klang, 1MDB, MISC semua dibuat oleh orang politik bukan Agong. Dalam sistem perlembagaan Malaysia, Raja raja tidak ada kuasa eksekutif. Yang ada kuasa eksekutif adalah Perdana Menteri dan Menteri Kewangan. Kalau tak silap saya pada waktu banyak skandal ini berlaku PM ialah Tun Mahathir dan Menteri Kewangan Tun Daim, iaitu bos Kadir Jasin sendiri.
Yang “menghina pemikiran Rakyat” ialah orang politik yang suka menyabitkan raja raja padahal kesalahan itu dibuat oleh mereka. Mereka ingat Rakyat bodoh dan akan terima alasan ini. Mudah saja kalau hendak tahu, buka minit kabinet untuk skandal ini. Siapa yang tandatangi semua skandal ini? Kalau Agong dan raja raja, mereka yang bersalah. Kalau PM dan Menteri Kewangan mereka yang bersalah.
Datuk,
fully support LIM Guan Eng who today chided several of his partymen for accepting awards from state rulers carrying the honorific Datuk title.
The DAP secretary-general said accepting such accolades would give people the wrong impression as the party and its pact members had captured Putrajaya only five months ago.
This is not only relevant to DAP but to all Pakatan members.
Only 5 months in govt and they are being given titles. So absurd and ridiculous!
State govts please DO NOT try to curry favour, the rakyat knows what this is all about.
Self awarding of titles is another form of rasuah and DAP must report such members receiving the awards to the authorities.
And the ones given the awards, please do not pretend you are unaware, REJECT these awards immediately.
One day may come you will be stripped of such titles.
Kadiag, السلام عليكم assalāa mu 'alaikum,
‘Coretan’ hang betajuk “ulang-tegas-oleh-dr-wan-azizah-penting” aku paham teraihnya
adalah pasai sisa2 qaum feudal masih nak main politik.
Tak paham ka depa bakat untuk merintah/tadbiag tak bulih diwarih. Iman pon tak bulih diwarih, ini kan pulak bakat dan minat untuk
belaku adil dan jujog kpd rakyat ... paih tu pi ngaku pulak jadi kepala agama, mirip2 konsep ‘god king’. Teringat aku pada firaun
yg istihag
“ فَقَالَ أَنَا رَبُّكُمُ الْأَعْل “
Yg lebih korang maksod:
(Seraya) berkata: "Akulah tuhan kalian yang paling tinggi". (suroh An-Nazi’at, ayat 24, dari tafsirq.com dgn suntingan).
dan dari suroh al-Hujurat ayat 13 :
“ يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُمْ مِنْ ذَكَرٍ وَأُنْثَىٰ وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا ۚ إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِنْدَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ ۚ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ
Yg maksod dia lebih korang :
“ Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kalian dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kalian berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kalian saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kalian disisi Allah ialah orang yang paling takwa diantara kalian. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal. “(op cit, dgn suntingan).
Almarhum Prof Hamka masa dok ngulaih bahgian akiag ayat ni nulih ( lebih korang )....
Ujung ayat ini adalah penjelasan bagi manusia bahawa kemulian sejati adalah keta’atan pd ilahi,
ketulusan hati dan kemuliaan budi. Hal ini dikemukakan Allah dlm ayatNya untuk menghapus
perasaan sesetengah manusia yg hendak menyatakan bahawa dirinya lebih dari orang lain
kerana keturunan, bahawa dia bangsa raja, orang lain bangsa budak. (Tafsir Al Azhar, Pustaka Panjimas).
Wallahua’lam.
Maghap no.
Aku.
Gaius Fabius.
Tolong jangan konpius, antara BN dan PH.
Sejak PRU pertama 1955, ketika diumum mahu diadakan PRU, dalam benak-kepala semua Rakyat tanpa mengira Bangsa & Agama, lebih-lebih lagi bagi mereka yang layak mengundi, sudah tahu bahawa President UMNO akan menjadi PM, jika Perikatan/BN menang.
Hakikatnya, ini adalah convention, kelaziman atau satu kesepakatan yang telah dipersetujui oleh semua komponen Parti dalam BN, selama yang kita ketahui, sehinggalah May 09, 2018.
Manakala HAK menentukan siapa yang akan menjadi President UMNO pula, hanya ditentukan oleh kebanyakannya, elit-elit Melayu yang menjadi Ahli UMNO saja. Jadinya, bukan-Melayu tiada HAK samasekali memilih atau menentukan Melayu mana yang akan di'julang' sebagai PM.
Secara convention atau kelaziman juga, Timbalan President UMNO adalah TPM secara automatik, dan akan menjadi President UMNO yang juga PM, jika penyandang meninggal atau letak jawatan.
Oleh yang demikian, akibat kekalahan UMNO/BN pada PRU14, Gaius Fabius jelas telah konpius apabila mengatakan Dr.M pernah 'berjanji' (kepada ahli-ahli UMNO saja) untuk menjadikan Ku Li, Musa Hitam atau Anwar, mengantikan beliau sebagai PM.
Hakikatnya, Dr.M tidak pernah berjanji kepada RAKYAT, untuk melantik sesiapa mengantikan beliau sebagai PM.
Manakala di pihak PH pula, sebelum PRU14 lagi, kepimpinan Tertinggi semua-Parti telah bersetujuan untuk menjulang Dr.M sebagai PM jika menang. Malah mereka bersepakat guna SATU-logo iaitu PKR. Sebab itulah, Rakyat keluar beramai-ramai memberi undi kepada calon PKR demi memastikan Dr.M menjadi PM dan membuang Penyamun kedalam longkang.
Oleh itu, jika Party PKR & DAP mendapati kerusi paling banyak ia adalah kebetulan... terima-kasih kepada ROS yang Ketuanya dilantik oleh Najib kerana tidak meluluskan pendaftaran PPBM dan logo-PH.
Mengenai scandal-scandal... "Maminco, Perwaja, BMF, DTC, Pan-Electric, BMF Forex, MAS, Port Klang, 1MDB, MISC"... yang paling bangang (pinjam kata Najib) adalah Pak Lah & Najib sendiri, kerana tidak mengheret Dr.M ke Mahkamah ketika berkuasa dengan semua instrument Kerajaan dan penguat-kuasa (Attorney General, Auditor General, Polis, Tentera, SPRM, LHDN, Kastam) berada 'dalam-poket', terutamanya dizaman Najib sendiri.
Oh ya... Gaius Fabius Konpius.... dalam skandal-skandal diatas tu; berapa Billion Ringgit kah yang masuk dalam akaun-peribadi Dr.M dan isteri?
Yang pasti, selepas Kerajaan Kleptocrat atau Penyamun UMNO/BN tumbang, parasite-parasite yang selama itu menempek untuk dapatkan kontrak/habuan demi mengaut pangkat, gelaran, kekayaan-peribadi/keluarga akan bertukar-wajah. Dengan peralihan 'kuasa' ini, sudah tentu ia membuka peluang pula kepada sekumpulan orang lain yang dulunya tidak punyai 'kabel' kepada orang-politik dari Parti Pemerintah-UMNO dan komponen Party dalam BN.
Sebab itu ada yang tidak sabar, bersikap gelojoh dan sanggup menyalah-gunakan process democracy demi menjulang ketua yang 'rapat' dengan mereka sebagai PM, mengantikan Dr.M.
Mungkin selepas ini, pengawal-peribadi dan mereka yang rapat dengan Dr.M, mestilah lebih berwaspada. Dr.M sendiri seharusnya lebih berhati-hati apabila menjamah apa-apa hidangan, selain dirumah. Air-mineral pun, elok bawa sendiri, sentiasa simpan dalam poket dan diminum terus dari botol.
Saudara RD:
Kita tidak perlu konpius.
Sebagai umat Islam kita wajib berpegang kepada hukum. Hukum amat mudah. Salah atau betul. Halal atau haram. Pahala atau dosa. Didalam agama Islam berdusta atau berbohong adalah salah dan berdosa.
Rasulullah bersabda:
Pertanda orang yang munafiq ada tiga: apabila berbicara bohong, apabila berjanji mengingkari janjinya dan apabila dipercaya berbuat khianat”
(Hadits riwayat Bukhari dan Muslim)
Jadi isunya bagi saya bukan Dr M berjanji kepada rakyat atau Dr M berjanji kepada ahli UMNO. Hakikatnya Dr M bercakap BOHONG dan MEMUNGKIRI janji beliau kepada Ku Li, Musa Hitam, dan Anwar. Dalam Islam sekaligus salah and berdosa. Dan berdosa dilipatgandakan lagi kerana Dr M seorang pemimpin. Disisi Allah swt tidak relevan kalau Dr M membuat janji kerana strategi politik atau Dr M hendak memperdayakan mereka. Salah tetap salah. Dosa tetap dosa.
Sama juga dengan isu skandal skandal yang berlaku dizaman Mahathir. Disisi Allah swt soalan billion ringgit masuk atau tidak dalam akaun peribadi Dr M dan Isterinya, atau Dr M menggunakan kroninya seperti Daim, Ananda Krishnan, Francis Yeoh, Armin Shah, Taib Mahmud sebagai proksi beliau tidak relevan sama sekali.
“Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya”
(Surah Al-Ahzab ayat 72)
Di Akhirat besok, Allah swt akan bertanya satu soalan saja:
“Semasa skandal skandal ini berlaku siapa yang memegang amanah?”
Setahu saya di Malaysia pada waktu itu amanah dipegang oleh Dr M kerana beliau PM dan ketua eksekutif. Tidak satu pun projek projek ini boleh dilulus tanpa kebenaran PM. Kalau rasuah ini berlaku semasa Dr M memegang Amanah secara automatik beliau bersalah dan berdosa di pandangan Islam.
Saudara RD, boleh saya nak bertanya sedikit?
1. Kerajaan Kleptocrat/Penyamun UMNO dirajui oleh siapa? Bukan Dato Sri Najib? Siapa yang memilih beliau? Bukan Dr M? Adakah rasuah didalam UMNO semua bermula dgn Najib? Makna sebelum pada ini tidak ada rasuah ke dalam UMNO?
2. Bill Gates kaya kerana beliau melancar Microsoft, syarikat PC terbesar di Dunia. Dimana sumber kekayaan Tun Daim sampai dia boleh memiliki 15 bank antarabangsa? Setahu saya gaji Menteri Kewangan hanya 14907 ringgit sebulan. Elvis seorang jutawaan kerana beliau artis paling terkenal didalam dunia. Bagaimana Taib Mahmud mampu membeli Adelaide Hilton di Australia, bangunan dan tanah di Canada, Amerika dan UK? Setahu saya gaji MB Sarawak 39000 sebulan. Pengiran Muda Mahkota Brunei kaya kerana dia anak Sultan Brunei antara orang terkaya di Brunei. Dimana sumber kekayaan Mokhzani Mahathir sampai beliau boleh disenaraikan sebagai orang ke 14 paling kaya di Malaysia dgn net worth jumlah 420 juta AS (2014)? Dia ini anak Raja Saudi ke? Setahu saya gaji PM hanya 22826 ringgit sehaja.
3. Malaysia ada 3 PM sebelum Dr M. Kenapa semua skandal ini muncul zaman dia dan pengganti dia saja? Kenapa sebelum ini skandal tidak ada?
1. Saya setuju dengan RD, masa Pak Lah dan Najib berkuasa sepatutnya mereka boleh dakwa Dr Mahathir kerana kononnya sudah cukup bukti. Malangnya mereka tak buat. Mungkin juga bukti yang ada tak cukup.
2. Kalau Dr Mahathir tahu Najib akan mencuri adakah beliau akan memilihnya ?
3. Tun Daim dah jadi jutawan pada usia muda sebelum jadi menteri lagi. Sila baca buku biografi beliau, antaranya "Daim yang Diam" untuk lebih "mengenali" Tun Daim. Begitu juga dengan Mokhzani. Beliau adalah seorang ahli perniagaan bukan ahli politik. Ini soalan yang pelik bagi seorang yang berpengetahuan.
Jojo:
1. Ada kemungkinan bukti tidak cukup.Tun M jauh lebih ligat dari Najib dan akan mengguna proxi seperti Tun Daim dan Ananda Krishnan bukan sebodoh nak letak duit dalam akaun peribadi. Tetapi ada kemungkinan juga Tun Mahathir tahu dua orang ini ada rasuah juga. Kerana itu dia pilih dua orang ini. Tun Mahathir sebagai seorang pintar dunia politik mesti tahu rahsia dan kelemahan pengikut dia. Semasa dia PM, SB di bawah dia. Kalau Najib dan Pak Lah buka rahsia rasuah dia, Tun M akan buka rahsia rasuah Najib dan Pak Lah. Ini budaya UMNO.
Isu Dr Mahathir didakwa atau tidak bagi saya bukan soalan penting. Banyak gengster yang tidak didakwa contohnya di Myanmar atau di Mexico kerana bukti tidak cukup atau saksi takut menampilkan diri. Soalan yang lebih penting ialah kenapa skandal skandal Maminco, Perwaja, BMF, DTC, Pan-Electric, BMF Forex, MAS, Port Klang, 1MDB, MISC berlaku dibawah pemerintahan Tun M? Kenapa tidak berlaku di zaman Allahyarham Tunku Abdul Rahman? Kenapa skandal macam ini tidak timbul dizaman Tun Razak atau Tun Hussein Onn? Dan soalan yang paling besar bagi saya ialah bagaimana skandal ini boleh berlaku tanpa pengetahuan Tun Mahathir? Dia bukan perkerja kantin di Putrajaya. Dia Perdana Menteri Malaysia. Semua kelulusan perlukan tanda tangan dia. Seperti Tun M sendiri berkata tentang Najib dan 1MDB:
“Siapakah mahu percayakan beliau (Najib) bahawa beliau tidak tahu apabila beliau menurunkan tandatangan (namanya)?”
(Astro Awani 22/6/2018)
Saya setuju dgn Tun M. Najib bertanggungjawab kepada 1MDB kerana dia PM dan tandatangan dia. Saudara Jojo, tandatangan siapa atas semua skandal ini? Siapa PM waktu itu?
2. Saudara Jojo, mencuri ini sudah menjadi kebiasan dalam UMNO dibawah Tun M. Boleh kata semua jawatan tertinggi di UMNO perlukan duit. Kapal salam Scorpene dibeli semasa Najib Menteri Pertahanan dan Tun M PM. Adakah Saudara Jojo ingat orang sebijak Tun M tidak tahu perangai Najib? Tun M seorang yang amat pintar. Orang mencuri yang mudah diugut. Pak Lah cerdik, dia turun dulu sebelum rasuah dia dibuka oleh Tun M. Najib bodoh dan lihat akibatnya.
3. Di Malaysia kita ada banyak jutawan muda. Saya tidak pernah dengar jutawan Melayu yang ada 14 bank dibawah dia. Setahu saya orang terkaya di Malaysia adalah Robert Kuok dan dia tidak ada 14 bank dibawah dia. Mokhzani bukan seorang perniaga biasa tapi disatu masa bendahari UMNO Kedah. Di Malaysia ramai orang perniaga. Rakan saya perniaga. Nama dia Murtadza. Dia pelajar MARA dan kelulusan dia dari Universiti Cambridge dibidang economics jauh lebih bertauliah dari Mokhzani. Dia tidak ada 420 juta AS dalam akaun dia. Adakah Saudara Jojo betul betul percaya kalau ayah Mokhzani bukan PM dia sekaya ini?
Saudara Gaius Fabius.
Dalam arena Politik, bukan saja di Malaysia, malah diseluruh dunia, kroni, penaja atau apa yang Saudara panggil proksi, adalah lumrah dan amat penting demi kesinambungan sesabuah Party Politik. Maklumlah, dalam dunia moden sekarang ini, serba-serbi perlukan WANG. Bukan saja Politik, Agama pun perlukan WANG. Jika tiada WANG, ceramah Agama di Surau-Surau dan Masjid pun akan jadi lesu. Popularity Ustad & Ustazah sekarang ini pun, lebih kurang macam artis juga.
Namun kaedah penggunaan kroni-politik ini terdedah kepada amalan rasuah, penyelewengan dan boleh menjurus kepada manipulasi pihak yang menaja. Oleh itu, Dr.M baru-baru ini mengatakan ada cadangan supaya meniru Kerajaan Germany dimana Party-Party Politik diberi peruntukkan oleh Kerajaan secara sah. Sudah tentu, pembiayaan dari luar-Negara, mesti dimaklumkan kepada Kerajaan. Jika gagal maklumkan, Party itu akan dibatalkan pendaftarannya.
Bebalik kepada isu kroni... hakikat sebenarnya, seperti yang katakan, ia adalah lumrah dalam politik. Cuma, cara, kaedah dan niat penggunaan kroni-kroni yang kayaraya inilah, yang kita perlu persoalkan. Mana ada ahli-politik, diseluruh dunia yang punyai kroni miskin dan papa-kedana.
OK, Saudara kata Daim, Ananda Krishnan, Francis Yeoh, Armin Shah(saya tak pernah dengar nama nih), Taib Mahmud, (saya tambah, Syed Mokhtar Bukhary)... adalah kroni Dr.M. Oleh kerana saya tak kenal Dr.M secara peribadi dan dia pun tak kenal saya, saya terima yang semua diatas adalah kroni-kroni atau proksi Dr.M yang Pak Lah & Najib tak jumpa apa-apa bukti salah-laku untuk heret mereka ke Mahkamah.
Maklumlah... punca kekayaan orang Melayu-Islam, Saudara Gaius Fabius susah sikit nak nampak atau buat-buat tak nampak.
Punca kekayaan Orang Cina senang nampak kerana mereka banyak terlibat dengan perniagaan yang HARAM, seperti Pusat Perjudian diGenting, Magnum 4-Digit, Jual Arak, Kabaret, Kelab-Malam, Rumah-Urut, persundalan, Pinjaman WANG-haram dan lain-lain.
Orang-Melayu... kalau kaya sikit ja... ada 'kabel' politik la tuu...
OK, sekarang... mari kita bezakan antara kroni-kroni Dr.M & Najib.
Kroni-kroni Dr.Mahathir bin Mohamad... diatas, mereka punyai banyak syarikat-besar; buka peluang pekerjaan kepada beratus-ribu Rakyat untuk cari-makan dan bela anak-bini.
Pada masa yang sama, Kerajaan juga boleh kutip cukai dalam bentuk pengajian pekerja, cukai Koporat & pelbagai lagi cukai, hasil dari keuntungan dan operasi empire perniagaan dan kekayaan mereka. Perniagaan mereka beli beribu-ribu lori, van, kereta dan pelbagai jenis mesin yang semuanya bercukai. Bila mereka kaya, mereka akan bershopping di Arcade atau Komplek MARA, bukan bershopping-sakan dibandaraya tersohor Negara Kapir.
Hasil dari kutipan cukai dalan-Negara ini kemudiannya dikembalikan kepada Rakyat dan Negara dalam bentuk pembangunan prasarana, biasiswa, pendidikan, perubatan & lain-lain.
Malangnya, dengan kroni-kroni Najib... seperti Razak Baginda, Deepak Carpet & Jho Low... apa yang Rakyat & Kerajaan dapat?
Semasa menjadi Menteri Pertahanan dan TPM lagi sudah timbul pelbagai bahana negatif angkara kroni atau orang-tengah kelabu-asap Najib & Rosmah.
1MDB misalnya, bermula dengan TIA dimana kelibat Jho Low sudah ada, ketika Najib jadi TPM.
Kes beli Kapalselam Scorpene melarat kepada pembunuhan Altantuya menggnuakan bahan letopan-C4 yang hanya boleh didapati dari pasukan Polis atau Tentera. Sudah 15 tahun, kes masih belum selesai... hari ini dari Pusat Tahanan Immigration Australia pula... dalam bentuk persoalan, siapa arah bunuh Altantuya.
(bersambung)
(sambungan)
Dalam kehangatan kes bunuh Altantuya akibat kroni-Najib, Razak Baginda... alih-alih, timbul pulak scandal Deepak Carpet dapat pinjaman tanpa-faedah, RM30 Juta dari Bank Rakyat, Bank milik Kerajaan.
Belum reda satu scandal, timbul pula scandal lain, sehingga emej & nama baik Bangsa, Agama & Negara tercemar seluruh dunia.
Bayangkan... kita terpekik-terlolong sambil mendabik-dada, kata Malaysia Negara Islam, sokong perjuangan Rakyat Palestine. PM dari Parti UMNO berganding dengan Parti-Islam PAS dan mengetuai demonstrasi di Stadium mengutuk kerajaan Myanmar yang membunuh dan mengusir orang Islam-Rohingya... kemudian, akibat scandal 1MDB, DoJ Amerika melabel Negara-Islam kita sebagai Kleptocracy atau dalam bahasa-mudahnya, diperintah oleh segerombolan penyamun... takkan kita tak rasa malu nama-baik dan emej Bangsa, Agama dan Negara kita tercemar sedemikian. Itu pun masih mahu guna Agama dengan menjemput budak-budak Tahfiz bertahlil dan berjemaah dirumah.
Selepas beri (Surah Al-Ahzab ayat 72)... Saudara Gaius Fabius sambung... "Di Akhirat besok, Allah swt akan bertanya satu soalan saja:
“Semasa skandal skandal ini berlaku siapa yang memegang amanah?”
Sebaik saja menjadi PM, Dr.M tidak melantik diri-sendiri memegang jawatan Menteri KeWANGan pada masa yang sama, seperti apa yang dilakukan Pak Lah & Najib. Jika perbuatan ini dilakukan diNegara, it would have raised a lot of eyebrows atau ramai orang akan terbeliak biji mata.
Oleh yang dimikian, 'amanah' yang dipikul oleh Pak Lah & Najib lebih berat.
Mungkin diakhirat besok, Allah SWT akan tanya mereka Pak Lah & Najib...
1. 'Apa tujuan kamu berdua lantik diri-sendiri sebagai Menteri KeWANGan'?
2. 'Apa kepakaran KeWANGan yang kamu berdua ada yang membolehkan kamu menjawat jawatan itu'? Kepakaran menyamun ka?'
Minta maaf, Dato AKJ dan pembahas sekalian.
Pembetulan untuk catatan 2:20 AM, di perenggan 3 terakhir.
"Jika perbuatan ini dilakukan diNegara, it would have raised a lot of eyebrows atau ramai orang akan terbeliak biji mata."
Sepatutnya, ia berbunyi begini...
Jika perbuatan ini (PM melantik diri-sendiri memegang jawatan Menteri KeWANGan, pada masa yang sama) dilakukan di Negara-KAPIR, it would have raised a lot of eyebrows atau ramai orang akan terbeliak biji mata, lebih-lebih dikalangan Rakyat mereka sendiri.
Nota:-
Ya, Dr.M juga pernah memegang jawatan Menteri KeWANGan sebanyak dua kali, tetapi beliau hanya mengalas jawatan itu secara 'atas-nama' atau ad-hoc saja. Itu pun setelah Anwar Ibrahim dipecat (2 Sept. 1998 ~ 7 Jan. 1999) dan sekali lagi, selepas Daim letak jawatan (5 Jun. 2001 ~ 2 Nov. 2003).
Harap Maklum.
Saudara RD:
Saya tidak nafikan sama sekali bahawa “dalam arena Politik, bukan saja di Malaysia, malah diseluruh dunia, kroni, penaja atau apa yang Saudara panggil proksi, adalah lumrah”.
Rasuah di Malaysia tidak bermula dgn Dr M. Rasuah juga berlaku dizaman Tunku Abdul Rahman, Tun Razak, dan Hussein Onn. Manusia ada yang jujur ada yang jahat. Tetapi dibawah Tun M skala skandal rasuah itu amat besar dan disini amat berbeza berbanding dari rasuah yang berlaku dibawah PM sebelum dia. Skandal Maminco 1.6 bilion, Perwaja 10 bilion, BMF 2 bilion, Bank Negara Forex 30 bilion, MAS 9.4 bilion, Port Klang Zon Bebas 12.5 bilion...
Rasuah bukan berlaku di Malaysia saja. Tetapi dinegara maju secara lazimnya akauntabiliti itu ada. Menteri atau Perdana Menteri dilucut jawatan atau dipenjara. Malangnya kita di Malaysia tidak tahu malu.
RD, didalam skandal Maminco cuba teka berapa Menteri yang meletak jawatan, pecat atau dipenjara? Perwaja? BMF? Bank Negara Forex? MAS? Port Klang?
Jawapannya: KOSONG
Adakah ini bermakna Dato Najib lepas dari tanggungjawab beliau di dalam skandal 1MDB? Tidak sama sekali. Tetapi BUDAYA rasuah tanpa akauntabiliti yang diamal oleh Tun M menjadi amalan bagi beliau.
RD, saya pernah merajui Majlis Agama. Dibawah saya adalah beratus juta duit zakat. Adakah saudara fikir tidak ada peluang untuk saya mengkayakan diri saya? Kenapa saya tidak buat? Kerana saya diajar oleh ibu bapa saya “kita dibagi kebebasan oleh Allah swt tetapi INGAT balasan pun ada” dan saya diajar “rasuah kecil lambat laun menjadi rasuah besar”
RD, saya bukan seorang Mufti atau ustaz. Amat sukar bagi saya yang memiliki minda kerdil untuk mengatakan adakah kroni Mahathir lebih baik dari kroni Najib atau sebaliknya. Ini ibarat membuat perbandingan antara Firaun dan Abrahah.
Yang saya tahunya adalah Firman Allah swt:
Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya)."
(Al Baqqarah, Ayat 88)
Dalam Islam rasuah itu SALAH.
Allah swt tidak mengatakan rasuah dibenarkan kalau mereka “buka pekerjaan kepada beratus-ribu Rakyat untuk cari makan”. Allah swt tidak mengatakan rasuah dibenarkan jika mereka “bershopping-sakan di Arcade atau komplex Mara”.
Setiap ringgit yang diambil oleh kroni Dr M dan Najib bermakna satu ringgit yang tidak dapat dibelanjakan kepada sekolah, hospital, jalan, jambatan, universiti, dan bantuan kepada rakyat miskin. Duit ini duit rakyat. Kalau prinsip membenarkan rasuah jika dibelanja kepada masyarakat diamalkan bermakna kroni tidak berbeza dari gengster seperti Don Escobar yang mengguna sebahagian dari wang dadah beliau untuk membuat rumah dan padang bola untuk penduduk Colombia. Kroni Mahathir seperti kroni Najib pun mempunyai banyak harta diluar negara.
RD menulis “sebaik saja menjadi PM, Dr M tidak melantik diri-sendiri memegang jawatan Menteri Kewangan pada masa yang sama”. Ini tidak tepat. Kalau tak silap saya Dr M pernah menerajui jawatan PM dan Menteri Kewangan dari 1998-1999 dan 2001-2003. Tetapi kalau beliau tidak menjadi Menteri Kewangan pun amanah tetap dijunjung kerana beliau PM, ketua exsecutif negara. Semasa saya menerajui Majlis Agama, sebagai YDP saya adalah ketua exsecutif. Ada Bendahari dibawah saya tetapi amanah itu terjatuh kepada saya kerana saya ketua. Kalau ada rasuah didalam Majlis Agama yang dilakukan oleh bendahari saya akan talipon BPR dan saya akan meletak jawatan. Kenapa saya letak jawatan walaupun saya bukan bendahari? Kerana saya tau perasaan malu dan didalam Majlis saya ketua. Sultan akan bertanya “Bagaimana awak tidak tahu? Bukan awak YDP? Semua perbelanjaan di Majlis Agama perlu tandatangan awak? Bendahari itu siapa yang pilih? Awak tak pantau ke bendahari?”
Ini bernama AMANAH.
Dan AMANAH Dr M, Najib, dan Pak Lah lebih berat lagi kerana mereka bertanggungjawab kpd 32 juta rakyat. Kalau ada skandal, sila letak jawatan kalau betul betul ikhlas.
Saudara Gaius Fabius,
1. Saya ketawa baca pertanyaan2 saudara kerana sepertinya saudara sedang "contradict" diri sendiri.
2. Kalau ada tandatangan Dr Mahathir itu dah dikira bukti. Kenapa tak dakwa ? Atau sebenarnya ia bukan tandatangan Dr Mahathir?
3. Walaupun saya tak suka UMNO di bawah Najib, saya tidak setuju apabila dikatakan mencuri perkara biasa di bawah pimpinan siapa pun. Mencuri sehingga satu dunia tahu bukanlah perkara biasa tapi luar biasa!
4. Tidak mengapalah jika saudara tidak percaya kepada kemampuan bangsa melayu berniaga. Tapi saya agak pelik apabila saudara bandingkan seorang yang belajar di Cambridge kena mesti lebih kaya daripada orang lain yang tidak belajar di situ. Agak2 saudara jika belajar di Wharton semua kena ada superyatch kah ? Atau boleh bekerjasana dengan PM sesebuah negara menyamun harta negara tersebut ?
johngage1 aka Gaius Fabius?
"... dibawah Tun M skala skandal rasuah itu amat besar dan disini amat berbeza berbanding dari rasuah yang berlaku dibawah PM sebelum dia. Skandal Maminco1.6 bilion, Perwaja 10 bilion, BMF 2 bilion, Bank Negara Forex 30 bilion, MAS 9.4 bilion, Port Klang Zon Bebas 12.5 bilion..."
Aiit... pelik. Saya tidak tahu pula ada unsur-unsur rasuah dalam skandal-skandal ini semua.
Yang saya tahu, semuanya melibatkan kerugian akibat urusan perniagaan & pelaburan. Maklumlah, dalam pelaburan Forex misalnya, ada unsur-unsur perjudian. Jika nilai matawang yang kita beli naik, kita dapat untung. Selalunya, bila untung OK la. Diam-diam sudah la... jika diketahui oleh Ahli-Politik PAS, nanti riuh sekampung, kata 'haram' pulak. Lepih parah, jika dituduhnya Kerajaan bina Masjid/Surau guna WANG-hasil menang judi.
Sebaliknya, jika nilai jatuh, kita rugi. Begitu juga dalam Commodity Futures atau pelaburan Hadapan Komoditi seperti bijih-timah... ada untung dan rugi, ikut nasib dan kebijaksanaan dalam meramalkan naik-turun dan manipulasi harga. Malangnya harga bijih-timah dikawal/selia oleh London Metal Exchange, bukan kita sebagai Negara-pelombong/pengeluar.
Hakikatnya, dalam semua 'skandal kerugian' yang Saudara nyatakan itu, saya tidak pernah dengar atau terbaca pula sesiapa dapat habuan luar-biasa, secara tiba-tiba jadi kayaraya, hadiahkan Audi Q7 kepada isteri-muda, beli rumah RM2 Juta secara tunai, menunjukkan kemewahan melampau, berbelanja melebih kemampuan, hartanah/kondo-mewah/jet-executive/Yacth-mewah hampi RM1 Billion mereka dirampas/sita di Amerika, London dan Indonesia... atau ada yang sekelip-mata, punyai modal untuk bikin filem-lucah di Hollywood, buat promosi dengan berparti-liar, minum arak RM70,000 sebotol sambil bergomol dengan simbol-sex Amerika, Paris Hilton.
Dalam kesemua 'skandal' yang Saudara katakan itu juga, tiada asset & tanah-pusaka Negara yang sangat bernilai dipinggir Kotaraya KL tergadai/jual kepada Negara-Asing. Sudah la tanah itu, satu masa dahulu dicadangkan Kerajaan untuk dibina Pusat Dagangan Bumiputera. Tanah Kerajaan tidak dijual kepada mereka, jauh dibawah harga pasaran atau dijadikan cagaran berhutang dengan Syarikat-Asing.
Kem Tentera Udara terpaksa dipindahkan dan tanah itu terlepas ketangan Bank/Negara Asing.
Kata Saudara lagi.... "Dan AMANAH Dr M, Najib, dan Pak Lah lebih berat lagi kerana mereka bertanggungjawab kpd 32 juta rakyat. Kalau ada skandal, sila letak jawatan kalau betul betul ikhlas."
Dr.M pernah letak jawatan pada 2003.
Malangnya 10 tahun kemudian, pada zaman Tingkat-4 yang diketuai menantu Pak Lah, Dr.M terpaksa pula istihar keluar UMNO. Ketika itu ramai yang berpendapat UMNO/BN akan kalah PRU13, jika Pak Lah terus jadi PM. Akhirnya Pak Lah letak-jawatan, walaupun agak liat. Bagaimanapun, Najib menang PRU13 dan kehilangan undi-popular ketika PAS masih berpelok dengan DAP & PKR.
Maklumlah, ketika itu PAS pernah berjemaah dalam Stadium, mohon Allah K.O kan UMNO.
Menyesal pun sudah tidak berguna. Yang pasti, setelah PAS tidak lagi berpelok dengan DAP & PKR dan mereka lebih nampak 'mesra-BN'... jika Najib letak-jawatan awal, sebelum PRU14, saya amat yakin UMNO/BN masih berkuasa hari ini ada amalan 'Cash is King' akan terus subur.
apa akan jadi kepada negara sekiranya wan azizah dilantik sebagai pm ke-7?mampu ke dia menangani pelbagai masalah yg diwarisi drpd kerajaan trdahulu ?saya sangsi dgn keupayanya kerana she is just a hopeless seat-warmer, nothing beyond that.
Saudara Jojo,
Seperti kenyataan saya diatas:
“Tun Mahathir sebagai seorang pintar dunia politik mesti tahu rahsia dan kelemahan pengikut dia. Semasa dia PM, SB di bawah dia. Kalau Najib dan Pak Lah buka rahsia rasuah dia, Tun M akan buka rahsia rasuah Najib dan Pak Lah”
Saudara Jojo tidak boleh meletak Tun M didalam kategori sama seperti Pakcik Abu, perkerja kantin Putrajaya. Tun M PM Malaysia selama 22 tahun. Pengarah SB lapor kepada dia. Pengarah Kor Risik lapor kepada dia.
Adakah Saudara Jojo ingat Tun M begitu bodoh dia tidak ada fail tentang aktiviti Najib dan Pak Lah? Adakah Saudara Jojo fikir Tun M tidak tahu apa rasuah yang Najib, Pak Lah, keluarga dan kroni mereka lakukan?
Apa yang Saudara Jojo rasa akan berlaku jika Tun M didakwa?
Jawapannya mudah.
Bila Tun M masuk dalam Mahkamah dia akan bongkar SEMUA. Apa rasuah Najib/Pak Lah lakukan. Apa rasuah keluarga mereka buat. Apa rasuah kroni mereka buat. Dimana harta dan aset mereka. Apa rasuah UMNO lakukan selama ini.
Lepas itu saya rasa 10 penjara Sungei Buloh pun tak cukup untuk penginapan semua ahli UMNO dan keluarga yang didapati salah rasuah. Kosonglah parlimen kita. Itu kalau rakyat Malaysia tak sembelih dulu.
Saudara Jojo, pernah lihat ke minit kabinet Malaysia? Kalau melibat MOF, surat diangkat dari KSP ke Menteri Kewangan. Lepas itu diangkat ke PM. Mesti kena ada tandatangan PM. Kalau tidak ada tandatangan PM macam mana nak lulus? PM ketua exsecutif Malaysia.
Saudara Jojo, bagaimana Dato Najib nak dakwa Tun M?
Ini ibarat Kalimuthu nak dakwa Botak Chin. Kalau tandatangan Tun M ada, tandatangan siapa diatas pembelian kapalselam Scorpene? Tandatangan siapa diatas 1MDB? Tandatangan siapa diatas MARA? Tandatangan siapa diatas FELDA?
Saudara Jojo, tolong bacakan apa saya tulis sekali lagi.
Saya tidak kata “mencuri perkara biasa di bawah pimpinan siapa pun”.
Yang saya tulis “mencuri ini sudah menjadi KEBIASAN dalam UMNO dibawah Tun M”
Adakah semua pencurian itu sebesar 1MDB? Jawapannya tidak.
Tetapi rasuah “kecil” yang dibenarkan, lambat laun akan menjadi rasuah besar.
Jenayah pertama Kalimuthu bukan membunuh orang. Jenayah pertama Kalimuthu ialah peras ugut. Dari peras ugut dia terlibat dengan dadah. Lepas itu baru membunuh orang. Botak Chin pun bermula dengan merompak. Lepas itu baru membunuh pemain mahjong.
Dari jenayah kecil kepada jenayah besar.
Skandal 1MDB tidak menjelma dari langit. Skandal 1MDB berlaku kerana dibawah Tun M rasuah sudah menjadi budaya didalam UMNO. Bila skandal seperti MAMINCO dan BMF berlaku dan tidak ada hukuman atau akauntabiliti langsung untuk PM atau Menteri, si Najib itu ingat dia pun akan terlepas juga.
Saudara Jojo, kalaulah semua orang politik yang terlibat didalam skandal MAMINCO ditahun 80-an dipancung di Padang Merdeka di khalayak ramai. Adakah Saudara Jojo ingat Dato Najib berani melakukan rasuah seperti 1MDB?
Saudara Jojo, saya tidak sama sekali menafikan kemampuan bangsa Melayu didalam perniagaan. Ramai orang Melayu yang berjaya. Sepupu saya berniaga di Singapura dgn berjaya. Dia pernah berkerja dengan Temasek. Kawan baik saya pun berniaga di Hong Kong dan rezekinya murah. Dia pernah berkerja untuk Morgan Stanley. Yang saya ragu ialah kebolehan Tun Daim mendapati kekayaan sampai beliau boleh membeli 14 bank antarabangsa jika beliau tidak mengambil kesempatan kedudukan beliau sebagai Menteri Kewangan.
Tetapi ada cara mudah untuk kita menjawab soalan ini.
Penduduk Melayu di Malaysia lebih kurang 15.5 juta. Bolehkah saudara Jojo tunjukan kepada saya seorang peniaga Melayu lain yang mempunyai 14 bank? Atau 10 bank? Atau 7 bank? Setahu saya Agong dan Raja Raja Melayu pun tidak ada satu bank.
Ataupun Saudara Jojo ingat Tun Daim seorang yang pandai berniaga maknanya 15,499, 999 juta yang lain tidak sehebat dia?
Saudara Gaius Fabius.
Saya rasa Dr.M tidak pernah ajar menyamun dengan menggunakan orang-tengah kelabu-asap, pucuk hilang, pangkal lesap... seperti Razak Baginda, Deepak Carpet dan Jho Low... dalam urusan Kerajaan.
Saya juga amat pasti, Dr.M tiak pernah ajar menyamun dengan memasukkan lebih RM2.6 Billion dalam akaun-peribadi dan masukkan RM2 Juta dalam akaun-peribadi isteri.
Sudah tentu Dr.M tidak ajar buat kenduri kawin anak sebegitu gah dengan hiasan bunga saja, RM3 Juta. Dr.M juga tidak pernah ajar supaya ambil kesempatan guna jet milik-kerajaan untuk bershopping-sakan melebihi kemampuan, di ibukota tersohor Negara Kapir.
Ehmm... daripada bershopping-sakan di Negara Kapir, lebih baik lakukannya di Arcade & Komplek MARA atau Bukit Bintang. Boleh juga membantu perniagaan orang Bangsa Melayu dan Rakyat sendiri. Pada masa yang sama, mengurangkan pengaliran keluar Ringgit.
Oh... Gaius Fabius asyik dok bangkit dan mempertikaikan punca-kekayaan orang-Melayu seperti Tun Daim je?
Mengapa tidak mempertikaikan juga kekayaan orang Cina/India, seperti Robert Kuok, Lim Goh Tong, Ananda Krishnan, YTL aka Yeoh Tiong Lay, Tuan punya Hong Leong Group of Companies dan Tuanpunya Public Bank?
Orang Melayu saja ka, yang suka menyamun?
Orang Melayu seperti Tun Daim tidak sehebat orang-Cina dalam bidang perniagaan ka?
Saudara RD berkata:
“Aiit... pelik. Saya tidak tahu pula ada unsur-unsur rasuah dalam skandal-skandal ini semua” “Yang saya tahu, semuanya melibatkan kerugian akibat urusan perniagaan & pelaburan. Maklumlah, dalam perlaburan Forex misalnya ada unsur-unsur perjudian”
Saudara RD, jawapannya mudah sahaja.
Awak perniaga dan melabur ini dengan duit SIAPA? Spekulasi FOREX dengan duit PERIBADI memang tidak menjadi masalah. Ramai pemain saham yang terlibat dgn aktiviti ini. Tetapi spekulasi dengan duit RAKYAT adalah SALAH. Kerugian duit rakyat berbilion adalah SALAH. Duit ini duit RAKYAT. Duit Pakcik Abu nelayan yang bersusah payah pergi kelaut tak kira panas atau hujan. Duit Chong tauke kedai kopi yang berkerja siang malam. Duit Amitabh yang risau bagaimana nak pelihara keluarga kerana kos hidup sekarang tinggi.
Apakah reaksi Saudara RD jika duit zakat diguna untuk bermain FOREX atau Bursa? Apakah pendapat saudara RD jika duit zakat digunakan untuk membeli saham didalam Kasino Genting? Apakah pendapat Saudara RD jika TYDP Majlis Agama membuat kenyataan bahawa duit zakat telah diggunakan untuk membeli saham didalam bar karaoke di Jalan Patpong, di Bangkok? Didalam Majlis agama kita berpegang teguh kepada hukum, peraturan dan undang undang. Simpanan memang ada. Spekulasi tidak dibenarkan sama sekali. Setahu saya didalam MOF pun tidak dibenarkan. Disini peraturan dan undang undang telah dilanggar.
Apa itu rasuah? Rasuah bukan maksud meperkayakan diri sendiri sahaja. Mengikut Transparency International, rasuah ialah “perilaku di jabatan-jabatan atau penjabat awam, termasuklah para politikus dan pegawai-pegawai awam, yang secara tidak sah/menurut undang-undang”.
1. Maminco ini syarikat 2 ringgit yang dibuat oleh Tun M untuk menaikan harga timah di London Stock Exchange. Financing syarikat ini diperolehi oleh Bank Bumiputra. Disatu masa sampai 1.5 bilion ringgit yang dipinjam. Duit ini duit siapa Saudara RD? Bukan duit rakyat ke? Syarikat Maminco mengalami kerugian 660 juta ringgit. Lepas itu Tun M membuat satu lagi Syarikat 2 ringgit, namanya Makusawa. Ideanya saham EPF yang dirizab ke Bumiputra diagihkan kepada Makusawa dengan harga yang murah. Saham murah ini dijual diharga pasaran untuk mendapat keuntungan. Kesimpulannya Makusawa merompak simpanan EPF untuk mengganti kerugian Maminco. Duit EPF ini duit siapa Saudara RD? Bukan duit simpanan rakyat ke? EPF ini bukan “piggy bank” yang sepatut digunakan untuk menutup kerugian kerajaan kerana mereka tolol dan bahlul menguruskan kewangan negara.
2. Perwaja dimula ditahun 1982 kerana Tun M hendak Malaysia dijadikan negeri perindustrian. Satu kilang dibuat dengan harga 1 bilion. Ditahun 1988 Tun M melantik kroninya Eric Chia merajui syarikat ini. 2 bilion dimasukan dari MOF, 860 juta dari Bank Bumiputra, dan 130 juta dari EPF. Dibawah Eric Chia kerugian meningkat dari 1 bilion ke 2.49 bilion. Perwaja juga mengalami hutang sebanyak 5.7 bilion. Duit ini duit siapa Saudara RD? Bukan duit rakyat ke? Mengapa benda ini berlaku? Audit tidak lengkap. 957 juta disapu oleh syarikat Eric Chia. Kerugian keseluruhan 10 bilion duit rakyat. Ada ke orang yang dihukum? Jawabnya tidak.
3. BMF subsidiari BBMB ditubuh tahun 1974. Dana dari Petronas sebanyak 50 juta ringgit sebulan. Duit ini disalur ke syarikat Carrian group di Hong Kong. Bila Carrian group bankrupt didapati BMF sudah memberi pinjaman berjumlah 2.5 bilion. Semua pinjaman ini terpaksa ditanggung oleh BBMB. PNB terpaksa memberi jumlah 600 juta ringgit ke BBMB kerana PNB mempunyai 70% saham BBMB. Duit yang rugi ini semua duit rakyat saudara RD. BMF menjamin pinjaman walaupun Carrian group kata mereka tidak boleh membayar balik pinjaman ini. 500 juta ringgit yang diberi ke BMF lesap terus. Duit ini semua duit rakyat saudara RD. Bukan rasuah ke kalau ratus ratus juta duit rakyat hilang?
4. Bank Negara Forex Skandal. Ditahun 1985 duit AS jatuh. Bank Negara bermula spekulasi di pasaran Forex. Ditahun 1992 bank negara bermula percubaan menahan nilai pound sterling daripada serangan Soros. Bank Negara gagal dgn kerugian 4 bilion ringgit. Ditahun lepas itu bank negara kerugian 2.2 bilion, dianggap bankrap dan terpaksa dijamin oleh MOF. Duit ini duit siapa Saudara RD? Bukan duit rakyat ke?
5. Port Klang skandal. Tanah ini dibeli oleh syarikat Kuala Dimensi. Pemegang saham ialah orang politik BN. Tanah ini dijual ke PKA diatas bantahan LA kerana dibeli dengan harga 25 ringgit/kaki persegi. Kuala Dimensi beli dgn harga 3 ringgit/kaki persegi. PKFZ pun dapat kontrak ini tanpa tender. Mula mula Kerajaan kata harga pembangunan 4.6 bilion. Lepas itu dikata pula harganya 10 bilion. Saudara RD, kalau ini bukan rasuah, kita nak panggil apa?
Saudara RD menglihat perkara ini diatas “sesiapa dapat habuan luar biasa”. Kereta mewah, isteri muda, rumah mewah atau jet/yacht peribadi. Saya tidak nafi benda ini rasuah. Tetapi saya menglihat benda ini diatas prinsip AMANAH. Duit ini duit RAKYAT. Duit rakyat TIDAK boleh diguna untuk perniagaan dan spekulasi seperti duit peribadi. Perlaburan memang boleh tetapi bergantung kepada peraturan dan undang undang dan bukan diletak bulat bulat ditangan orang politik dan kroni.
Saudara RD, saya pernah ke Norway untuk mengkaji tabung pelaburan minyak mereka. Mereka ada dua audit. Satu audit dalam dan satu audit luar. Audit luar dijalankan oleh 5 syarikat yang digilirkan tiap tiap tahun. Audit ini disiarkan online dilaman web mereka. Semua rakyat boleh lihat. Ini bernama KETELUSAN. Tabung ini diuruskan oleh satu jawatankuasa PTN yang melaporkan diri ke jawantankuasa parlimen yang dianggotai oleh wakil rakyat 50% kerajaan dan 50% pembangkang. Ini dinama AKAUNTABILITI. Pelaburan yang dilakukan oleh kerajaan Tun M diatas, jauh sama sekali dari taraf ini.
Saudara RD,
Secara dasar saya benci semua orang politik sekarang tak kira bangsa, agama atau parti. Saya benci Tun M dan saya juga benci Dato Najib. Saya benci Zahid Hamidi dan juga Hadi Awang. Saya benci Lim Guan Eng dan saya juga benci Anwar Ibrahim. Saya benci Vigneswaran Sanasee dan saya juga benci Liow Tiong Lai. Saya benci BN dan juga PH. Saya benci orang politik kerana mereka suka berbohong dan antara kepentingan rakyat dan kuasa, mereka lebih pentingkan kuasa. Bagi saya mereka semua menyamun cuma bezanya menyamun cara terbuka atau tertutup. Menyamun cara pandai atau tolol. Gaya Botak Chin atau gaya Bernie Madoff.
Saya juga benci semua kroni. Saya benci Razak Baginda, Deepak Carpet dan Jho Low dan saya juga benci Tun Daim, Francis Yeoh, dan Ananda Krishnan. Saya anggap mereka ini sebagai parasit yang mengambil rezeki daripada orang biasa.
Yang saya sanjung ATM, PDRM dan semua anggota keselamatan kerana berani mengorbankan nyawa mereka untuk menyelamatkan kita semua.
Saudara RD, setujukah rasuah itu salah? Salah segi undang undang dan juga hukum? Kalau setuju tidak baikkah kalau kita boleh hapuskan rasuah? Tidak ada kenduri kawin, tidak ada shopping, baik di Malaysia atau diluar negeri, yang adanya duit rakyat dalam bendahari Malaysia.
Saya tidak pertikai “punca-kekayaan orang melayu”. Saya pertikaikan kebolehan Tun Daim menjadi begitu kaya kalau tidak sebab menggunakan kedudukan beliau sebagai Menteri Kewangan. Saya tidak lihat bekas menteri kewangan sebelum ini kaya seperti beliau. Saya tidak lihat orang melayu lain kaya semacam dia. Ini hanya pendapat saya dan saya sedia terima kalau saudara RD boleh tunjuk orang melayu lain sekaya dia. Bagi saya isu penyamun bukan isu bangsa atau ugama. Isu orang politik atau kroni vs orang biasa.
Tok Kadir.
Saya tertarik dgn tengkaran mesra diantara GAIUS dan RD.
Apabila sesaorang itu diberi kuasa ..lebih lagi kuasa untuk jaga negara, rakyat dan kaum sendiri ..tapi sosok itu telah curang, pecah amanah dan rasuah. Kalau terbukti kesalahannya ..apa yang paling patut kita buat.
Ada rakan saya ngatakan ..hukuman bergantung pada berat BAIK dan JAHAT. Kalau BAIK lebih berat daripada JAHAT ..maka ok lah.
Kalau macam kes Mappadulong dan Puti Rhino. Kalau BAIK nye melebihi JAHAT ..maka mereka lepas lah macam PM2 yang lain .. boleh lah laki-bini ini diberi gelaran Tun.
Macam Tun M ..kes2 yang disebutkan oleh Sudara GAIUS telah pun dibentangkan cara terperinci semasa konfrantasi Tun M vs KuLi 1986-1995 dan dgn Anwar 1997-2013.
KuLi dan Anwar berjanji dengan tujuh petala lengit ..jika mereka jadi PM ..maka siap lah kau CHEDET ..nasib kau akan sama seperti Mappadulong dan Puti Rhino ..??? ..???
Uniknye Tun M ini segala perlakuan dan falsafah cara pemerintahannye telah dibukukan dengan tertib dalam kitab karangannye "Dilemma Melayu" .. 10 tahun sebelum beliau jadi PM.
Apabila Tun M diangkat jadi PM falsafah kitab itu lah panduannye. Arah tujuannye sangat jelas ..ia itu untuk kesejahteraan negara, kaumnye dan rakyatnye ..malangnye agen perlaksana untuk menjayakan falsafah itu telah curang.
Sebelum itu .. kitab "Dilemma Melayu" ini telah di diharamkan oleh Tunku Rahman dan Ayahanda Mappadulong ..saya pun tak faham ngapa kitab ini diharamkan.
Apabila Mappadulong jadi PM apa yang dilakukan oleh Chedet dahulu itu lah yang dilakukan oleh nye. Beza nye Mappadulong melakukan dengan cara sesat.
Sesatnye sangat ketara. Panduannye "blue ocean ..sebagai sosok yg tak bersijil saya pun tak yakin dgn kobolehan Mappadulong memahami apa yang dibacanye.
Berbalik pada cara untuk menghukom PM yang pecah amanah. Contoh nye kes Mappadulong ..rasuahnye bukan lagi angka juta atau ratusan juta ..tapi ribuan juta atau billion.
Laba rasuah ini bukan takat Mappadulong dan Puti Rhino je yang melahapnye ..tapi ia meliputi anak2 nye, keluarga, Cucu, rakan, saudara ..tak abis makan untuk seluruh keturunan.
Mungkin yg kena hukom hanya Mappadulong dan isteriye sahaja ..pemakan yang lain yang turut kongsi melahap ..macam mana?
Saya teringat hukuman yang dikenakan pada pemimpin yang berjaya diguling semasa era kegemilangan Islam.
Pemimpin itu akan ditangkap, dibicara dan dibunuh ..mayatnye dibakar dan abunye dibuang ke laut. Dan isteri2 serta keluarga, keturunan, sudara dan kenalan rapat semuanye akan mendapat hukuman yang sama.. sebab semua nye makan hasil rasuah. Mungkin itu lah sebab kerajaan Islam sangat gemilang pada waktu itu.
Saudara Gaius Fabius... kalau sudah tak percaya pada semua Ahli-Politik, siapakah lagi yang Saudara boleh letakkan harapan untuk memimpin Bangsa & Negara?
Takkan Saudara nak letakkan harapan pada 'Orang-Agama'?
Maklumlah, dalam dunia dimana WANG adalah segalanya, susah kita nak percaya pada mereka. Orang kata, 'No Money, No Religion'.
Begitu juga 'masaalah'nya jika kita menaruh harapan kepada Pihak Istana yang menjadi Ketua-Agama Islam. Ada yang sudah bercampur dengan darah-bekas penjajah. Satu masa dahulu, sanggup menjual/mengadai Tanah-pusaka anak-cucu kita kepada Penjajah demi kelangsungan mereka.
Lainlah, jika Pihak Istana sudah ada niat atau usaha supaya Bakal-Pewaris Tahta Baginda Sekalian, disamping mempersiapkan dengan ilmu-duniawi, didikan Agama lebih diutamakan, sejak dari kecil. Tak kira la nak hantar kemana sekali pun demi mendalami Islu-Agama. Bila mereka Dewasa nanti, Bakal Pewaris Tahta itu akan senantiasa berdampingan dengan Mufti dan Agamawan Tersohor Negara demi memartabatkan dan memuliakan Agama Islam dan menjadikan Melayu-Islam sebagai contoh terbaik... benci kepada Rasuah, jujur, tidak bercakap bohong, tidak culas bayar-hutang, tidak buang sampah merata-rata, berperkerti-mulia... seperti Rakyat Jepun, misalnya.
Setakat berpakaian Ala-Arab untuk mempamerkan 'kewarakan'... tidak cukup.
Jika nak pilih MB pun, mahukan calon yang 'dekat' dengan pihak Istana, faham-faham sajalah. Nanti, lebih banyak tanah-pusaka anak-cucu kita tergadai kepada Rakyat/Negara Asing.
Saudara RD,
Saya insan yang mempunyai banyak kelemahan dan minda saya berbanding dengan Dato Kadir Jasin ibarat seekor semut disebelah makhluk buraq. Boleh jadi Dato boleh mencari jalan keluar dari krisis yang menghadapi bangsa dan negara kita. Tetapi bagi saya masa depan bangsa dan negara kita amat gelap dan usaha Tun M sudah terlewat. Saya tidak nafi Tun M akan cuba sedaya upaya beliau hendak membaiki reputasi negara kita selepas kleptokrasi yang dilakukan dibawah Dato Najib. Tetapi kita terpaksa menerima hakikat, Tun M sudah berumur 93 tahun. Beliau bukan Nabi Adam yang boleh hidup selama 1000 tahun. Tun M bukan Nabi Suleiman yang boleh memerintah djinn dan malaikat untuk membantu beliau.
Budaya rasuah yang bagi saya bermula selepas Tun M mengambil alih dari Tun Hussein Onn sudah merebak dan menjadi budaya didalam institusi institusi kita. Budaya ini sudah berjalan selama 37 tahun dan mustahil Tun M boleh menghapuskan budaya ini dimasa singkat yang ada pada beliau. Dato Anwar sendiri sudah berusia 71 tahun. Kesihatan beliau pun bukan sempurna. Selepas beliau siapa yang ada ketokohan untuk menghadapi cabaran yang amat ketara ini?
Saudara RD kita sudah tidak ada tokoh tokoh hebat yang ikhlas berjuang untuk bangsa dan Negara. Orang politik kita sekarang kebanyakan pentingkan wang dan pangkat. Kalau tak percaya cuba tengok kebolehan orang politik yang kita ada sekarang. Bolehkah Saudara RD membuat berbandingan antara ketokohan Azmin dengan Dato Onn Jaafar? Rafizi dengan Tun Razak? Azmin dengan Tun Ismail? Mat Sabu dengan Ghazali Shafie?
Orang ugama kita pun kalau hendak dibandingkan dengan ulama yang lepas sangat jauh perbezaanya. Adakah ulama kita sekarang sehebat Tok Kenali? Atau Ustaz Abu Bakar Al-Bakir? Atau Tok Selehong? Dalam pendapat saya jauh sama sekali.
Dan kita juga tidak boleh mengharap Pihak Istana menyelesaikan krisis ini. Saudara RD, kalaulah kita ada seorang pewaris Takhta yang perihatin seperti Umar ibn Al-Khattab, pandai berperang seperti Khalid ibn al-Walid, berani seperti Hamza ibn Abdul Muttalib, pandai politik seperti Muawiyah, apa gunanya? Di dalam krisis perlembagaan 1983, 1988 dan 1993 Tun M sudah memberi satu teladan bagi PM yang akan datang bahawa institusi diraja boleh diatasi dgn menggunakan kuasa eksekutif yang ada ditangan PM dan sekaligus melemahi institusi Raja. Raja didalam perlembagaan kita tidak ada kuasa eksekutif hanya Raja perlembagaan. Kalau kuasa mutlak macam di Brunei agaknya situasi berbeza. Di Malaysia orang politik yang ada kuasa bukan raja raja.
Tetapi bagi saya semua ini sudah terlewat. Bangsa Melayu sekarang sudah berpecah belah. Segi parti pun dibagi kepada lima (PKR, UMNO, AMANAH, PAS, PPBM). Kalau Anwar berperang dgn Tun M, Melayu akan berpecah lagi. Kalau Anwar bertempur dengan Azmin, lagi hancur bangsa kita. Kalau tokoh tokoh hebat daripada dulu kembali pun sudah terlewat Saudara RD. Mustahil nak menyatukan Melayu dah. Dan saya tidak pernah lihat negara didalam dunia yang maju kalau bangsa majoriti tidak bersatu dan berpecah belah. Bangsa Cina jauh lebih bijak dari kita. Mereka bersatu dibawah DAP. Melayu yang bodoh dan tolol suka berbalah dan merompak sesama sendiri. Kita sibuk menghentam sama sendiri, tetapi negeri negeri lain seperti Cina, Myanmar dan Vietnam sibuk membangun ekonomi mereka. Maaf Saudara RD, tetapi kadang kadang saya terfikir boleh jadi lebih baik kita dijajah semula oleh Negara Asing.
Oftentimes I wonder,what would Malaysia be like today if that mentioned 'know-nothing' individual were shamelessly
enough to accept the offer n helm the almost physically & financially ruined government after GE14? I am baffled too, why the repetition disclosure of the event ? Implicitly implying to remind Tun to step down when time due? Or
simply to tell that someone is so very ready to take the country most powerful seat ? Well, let me have a say: no way ,we want just Tun M to lead us!!!
Setuju sgt
Post a Comment