A Kadir
Jasin
MUKHADIMAH: Pandangan
yang terkandung dalam tulisan ini adalah pandangan peribadi saya. Saya menulis
dalam kapasiti saya sebagai seorang blogger. Ia tiada kena mengena dengan
apa-apa jawatan yang mungkin saya pegang.
Najib, Zahid dan Adnan: Burung sewarna berkumpul bersama |
1. PELANTIKAN bekas
Perdana Menteri, (Datuk Seri I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone
Sultan Abdul Jalil) Mohd Najib Abdul Razak, sebagai pengerusi lembaga penasihat
Barisan Nasional (BN) tidak memeranjatkan.
2. Ungkapan Inggeris
berkata, “birds of a feather flock together” atau kalau dipadankan ke bahasa
Melayu lebih kurang “burung sewarna berkumpul bersama”.
3. Macamlah kata anak
raja dari negeri selatan, “pipit sama pipit, helang sama helang”. Walaupun yang sepatutnya ialah pipit sama pipit, enggang sama enggang.
4. Inilah cara pengerusi
BN dan presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, mencari burung sewarna di
kalangan orang kena tuduh (OKT).
5. Kalau kita tengok
gambar yang disiarkan oleh media massa, ada tiga OKT di dalamnya – Najib, Zahid
dan Datuk Seri Adnan Mansor.
6. Zahid perlukan Najib
sebagai rakan oleh sebab dia tentunya tidak berasa selamat bersama pemimpin Umno/BN yang
bebas tuduhan.
7. Pelantikan Najib
berlaku sebaik saja Zahid kembali bertugas sebagai presiden Umno pada 30 Jun
lalu setelah bercuti mulai 18 Disember lepas.
8. Zahid perlukan Najib
kerana amat jelas yang kepulangannya tidak dialu-alukan oleh sebahagian
besar pemimpin dan ahli Umno.
9. Ramai pemimpin dan
ahli yang bersikap sederhana, waras dan berpandangan jauh mahu timbalan
presiden, Datuk Seri Mohamad Hasan, terus pangku tugas presiden.
10. Zahid tentunya berasa
cemburu dan terancam dengan penerimaan baik ahli dan pemimpin Umno terhadap
Mohamad, termasuk pemimpin senegeri Khairy Jamaluddin. Saya melihat Khairy sebagai watak menanti yang penting dalam politik Umno dan negara.
11. Faktor
Mohamad-Khairy ini telah mula menyuburkan imaginasi banyak pihak dalam dan luar
Umno yang melihat gandingan mereka sebagai menjanjikan harapan perubahan dan
pemulihan kepada Umno.
12. Zahid tentu tidak
berasa terancam dengan Najib bukan sahaja kerana mereka sama-sama OKT, tetapi
mungkin dalam perkiraan Zahid tuduhan terhadap Najib adalah lebih berat
daripada tuduhan terhadapnya.
13. Zahid juga
terpengaruh dengan reaksi dan penerimaan terhadap kempen “Bossku” dan mahu tumpang
sekaki.
14. Untuk kekal relevan
kepada kelompok Melayu tradisional dan merapatkan diri dengan Pas, Zahid perlu
terus menampilkan dirinya sebagai jaguh Melayu dan Islam.
15. Tetapi Pas nampak
lebih selesa dengan Mohamad daripada Najib atau Zahid. Ini mungkin kerana Pas
tidak mahu terpalit dengan kes mahkamah Najib dan Zahid.
16. Di masa yang sama,
Zahid tahu dia kena jaga hati MCA dan MIC yang berupa ahli pelengkap bilangan
bagi BN. MCA dan MIC lebih percaya kepada Najib daripada Zahid.
17. Umno masih memerlukan
MCA dan MIC walaupun kedua-dua buah parti itu ibarat rumput di tengah jalan.
Tanpa MCA dan MIC, gabungan Umno-Pas tidak ada perwakilan bukan Melayu.
18. Buat masa ini,
kepulangan Zahid dan pelantikan Najib tidak menampakkan hasil positif.
Sebaliknya Umno yang mula bersatu di bawah Mohamad, kembali berpecah, berpuak dan saling tuduh-menuduh.
19. Nampak jelas yang
ramai pemimpin dan ahli Umno serta orang Melayu yang boleh berfikir tidak
setuju dengan gabungan Zahid-Najib ini.
Wallahuaklam. Terima
kasih.
16 comments:
Dato..setuju sangat2 dgn pandangan dato. Zahid and najib sepatutnya berundur saja la dari umno. Selesaikan dahulu kes2 mahkamah mereka berdua. Jangan la Cuba menggunakan parti umno sebagai perisai mereka. Rakyat melihat..Bersihkan diri dahulu di mahkamah. Tinggallah parti umno pada mereka2 yg masih belum terpalit dgn masalah tuduhan skandal Dan rasuah. Itu la yg terbaik untuk semua pihak.
Umno dipimpin orang orang orang kaya ..naddijd zahid kunan. Senanglah penyokong dapat dedak.
Saya setuju dengan DAKJ. Kehadiran semula Zahid dalam UMNO dan Najib dalam BN memusnahkan harapan rakyat kepada BN setelah rakyat kini tidak percaya lagi kepada PH. Kehadiran OKT ini mencemarkan imej pembangkang sahaja walhal pembangkang kini dalam proses membuang tahi-tahi perasuah. Saya bimbang kehadiran 2 OKT ini mencemarkan kerjasama UMNO-PAS untuk menumpaskan PH dalam PRU 15 nanti.
Assalam dakj,
Najib inilah yang meruntuhkan umno, merosakkan nilai baik orang melayu yang salah di kata betul dan sebaliknya. Zahid ini orang kuat yang mempertahankan najib. Dan ku nan ini akan berbuat apa saja mengikut telunjuk ketuanya asalkan ada manfaat kepada dirinya.
Dah rebah umno pun masih nak ditunggang lagi untuk berlindung menyelamatkan diri. Ahli-ahli umno yang waras hendaklah muhasabah diri dan menolak pemimpin sebegini kalau masih berhasrat mahu membangunkan semula umno. Kalau ahli umno menerima penyamun-penyamun ini, jangan tuduh orang melayu mengkhianati melayu kerana kamulah yang menyokong pengkhianat melayu.
Masing-masing berusaha membebaskan diri melalui mahkamah atau politik. Pilehan kedua lebih cerah sekiranya pakatan umno dan PAS berjaya seterusnya menguasai Putrajaya selepas PR15. Kemungkinan kearah ini tersangat cerah.
Sememangnya team nogorinii mengancam sehinggakan h20 terpinggir. NZKuNan... Kiro padam dah... Hanyo waktu menentukannyo...
UMNO bole bertahan berapa lama lagi. Sepatutnya dah bole digantung ROS...
Salam Dato’ Kadir
Artikel Dato’ kali ini saya amat setuju. Semua orang tahu yg Najib (yg ada lebih 40 kes mahkamah) dan Zahid (yg ada lebih 80 kes mahkamah) dalam keadaan amat amat terdesak sekarang. Bak kata Sdr KJ, janganlah berselindung dibelakang UMNO pulak sbb ahli bawahan UMNO tidak terlibat pun. Berani buat berani tanggunglah.
Prediction Dato’ tentang sdr KJ juga saya amat setuju. Inilah satu-satunya pemimpin harapan UMNO, bijak, lulusan luar negara, petah berkata-kata dan berpandangan jauh. Beliau juga satu-satunya pemimpin UMNO yg berani meminta maaf secara terbuka kpd ahli UMNO kerana terlalu percayakan Najib dulu. Inilah sikap terpuji yg ada padanya. Beliau juga berani berdepan dgn Najib satu satu menceritakan masalah 1MDB dan Jho Lwo semasa Najib berkuasa dulu tetapi tak diendahkan oleh Najib. Berani betul orangnya walaupun tahu tindakannya itu mungkin akan berakhir dgn dipecat oleh Najib. Sebagai ahli UMNO, saya dah maafkan pun.
Akhir kata, sebagai ahli UMNO, saya berharap agar kes Najib, Zahid, Ku nan dapat dipercepatkan, diadili dan seterusnya dijatuhkan hukuman setimpal jika mereka bersalah supaya mereka secara automatic hilang kelayakan menjadi pemimpin UMNO lepas ni sebelum PRU 15. Diharap Dato’ dapat terus melobi agar kes-kes mereka ini dipercepatkan dan tidak sesekali ditangguhkan. Sekurang-kurangnya dapat juga Dato’ membalas budi parti keramat UMNO yg begitu banyak jasanya terhadap Dato’ sendiri. Dato’, hutang budi dibawa mati. Sekian TQ.
Datuk mungkin mahir dalam bidang bahasa.
Tapi ada satu perkataan yg Datuk mungkin pernah dengar iaitu 'Fitnah'.
Saya faham posting ni Datuk takkan luluskan. Sebab 'Fitnah' ni mengguris hati penyokong PH.
Here comes the union of nation's most flagrant felons, heisting millions of people's blood and sweat hard-earned money at whim. This bunch of unrepentant Muslim-crooks are actually precipitating the fate of Umno into an eerie but poignant graveyard, as they are all heavily laden with multiple charges in their respective crimes. At this moment of predicament, when push comes to shove, leaving them no other choice but to band together in a pinch to work out an unconvincing and irrevocable scheme and hope for some miracles to take place. Not a flicker of doubt, to them, it is do or die mission in their final game. So, HAKUNA MATATA, no worries, what else can they do to offer others while they themselves are in deep water? One thing for sure, however, their concluding episode of dramatic and serve-them-right play will come to a catastrophic end in no time. It was very unfortunate of us to have such a cluster of dross to govern the nation in disguise. Dammit.
Baik Dato concentrate kpd isu bagaimana PH utk atasi masalah ekonomi negara lah. Umno pun dah kalah. Huhu.
Datuk,
hot on the heels of the video sex scandals allegedly implicating Azmin,
the opinion survey conducted by Selangor government think tank Institut Darul Ehsan (IDE) saw 75 percent of respondents believing that Dr Mahathir Mohamad should not stay on as prime minister past two years was publicised.
Weird and deliberate timing, don't you think?
And the results are debatable. How is it that everywhere I turn and ask about Tun Mahathir, the prayer is on everyone's lips that he will stay on as PM for as long as necessary, even up to the full term of 5 years. How was the survey conducted?
The 2 year term is just a fraudulent timing cooked up by those people with ulterior motives. We can get another survey done on the same topic and there will be more than 75% insisting that Tun remain as PM.
Especially more so now that Anwar / Azmin chronicles remain in the spotlight.
We need a sure and steady hand on the rudder, and Anwar's is very shaky right now.
Look at the man in the mirror!
Datuk,
hot on the heels of the video sex scandals allegedly implicating Azmin,
the opinion survey conducted by Selangor government think tank Institut Darul Ehsan (IDE) saw 75 percent of respondents believing that Dr Mahathir Mohamad should not stay on as prime minister past two years was publicised.
Weird and deliberate timing, don't you think?
And the results are debatable. How is it that everywhere I turn and ask about Tun Mahathir, the prayer is on everyone's lips that he will stay on as PM for as long as necessary, even up to the full term of 5 years. How was the survey conducted?
The 2 year term is just a fraudulent timing cooked up by those people with ulterior motives. We can get another survey done on the same topic and there will be more than 75% insisting that Tun remain as PM.
Especially more so now that Anwar / Azmin chronicles remain in the spotlight.
We need a sure and steady hand on the rudder, and Anwar's is very shaky right now.
Look at the man in the mirror!
Seorang bangsa Makasar yg mengaku Bugis, seorang lagi wak jawa pornorogo bangga dgn kejayaannya manakala seorang lagi mengaku berdarah raja di Sumatra. Hmmmm....
Salam Dato,
In view of recent political development and “soon” to happen political succession at the highest level, it is high time that we ask ourselves a very important and relevant question that is “Is Malaysia ready for a LGBT PM ?” Malaysia is an official Islamic state while many other religions also forbid LGBT. That means a large segment of the population and the society in general may not be ready to accept an LGBT as a PM. Also how do we reconcile an official Islamic state with LGBT PM representing the country and official religion?
Of course, under current political situation no politician will admit he or she is a LGBT but any evidence proven in court linking the person to LGBT should disqualify he or she if there is a law governing this matter. Let’s be clear here we are not discriminating LGBT but a leader of the highest level should be someone representing and has the majority support of the people of country not the minority.
Dato..
Cantik dah tu. Ketiga-tiga OKT dari seberang. Sorang dari Sulawesi, yang kedua dari Ponorogo di Jawa, seorang terakhir dari Acheh. Kesemuanya mengaku merekalah keturunan bangsawan tetapi amat malang menjadi bangsat-wan kecundang di tangan helaian wang.
Zahid's REAL reason for coming back has nothing to do with the Malays, Muslims, Umno or BN. He wants to use his position as leverage to sell out the party to the highest bidder. To bring in enough Umno MPs to Anwar's side and pressure Mahathir to step down and surrender the post of PM to the convicted sodomist.
Zahid knows he is a huge liability to Umno and BN. With people like him, Tengku Adnan, Nazri Aziz and similar parasites, many will continue to distrust Umno and BN. But they don't care. Zahid especially. Umno and BN can go to hell...as long as the next PM will kawtim and get him off those charges in court. What a bunch of scumbags!
Post a Comment