A Kadir
Jasin
بِسْمِ
اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
MUKHADIMAH: Pandangan
yang terkandung dalam tulisan ini adalah pandangan peribadi saya. Saya menulis
dalam kapasiti saya sebagai seorang blogger. Ia tiada kena mengena dengan
apa-apa jawatan yang mungkin saya pegang.
DFr Mahathir santai dan intim dengan generasi muda |
BEBERAPA hari selepas
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad balik dari Perhimpunan Agung
Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNGA) September lalu, saya menyatakan kepada
beliau kegembiraan saya melihat beliau di PBB, khususnya dan di New York, amnya.
Saya gembira melihat di
televisyen, surat khabar dan media sosial bagaimana beliau dikelilingi oleh
orang muda yang terdiri daripada wartawan, pegawai kerajaan dan peminat dari dalam
dan luar negara.
Saya memberitahu beliau, ini
mengingatkan saya kepada tahun-tahun awal beliau menjadi Perdana Menteri kali
pertama mulai 1981.
Waktu itu, beliau
dikelilingi oleh wartawan, pengarang, kakitangan awam, ahli politik dan
usahawan yang umumnya muda walaupun beliau tidak menyisihkan generasi yang
sebaya dengan beliau. Mereka ada, tetapi tidak begitu ketara.
Melalui pergaulan itu,
beliau melahirkan satu generasi baru wartawan, pengarang, kakitangan awam, ahli
politik dan ahli korporat yang sebahagiannya cergas sampai ke hari ini.
Malah kalau kita lihat di
kalangan ahli politik veteran yang ada hari ini, majoriti daripada mereka
muncul, mendapat didikan dan bertapak pada zaman awal pemerintahan beliau.
Darah Muda
Saya ingat lagi beberapa
peristiwa menarik sebelum dan selepas Pilihan Raya Umum 1982 yang berupa PRU
sulung Dr Mahathir.
Ketika itulah beliau
mengambil risiko membawa masuk Datuk Seri Anwar Ibrahim ke dalam politik arus
perdana. Langkah itu mencetuskan penghijrahan pemimpin muda Melayu-Islam, khususnya dari
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) ke arena politik. Ada yang masuk Umno dan ada yang menyertai PAS.
Dr Mahathir juga memberi
kuasa yang luas kepada timbalan beliau ketika itu, Tun Musa Hitam untuk
mencari dan membawa masuk calon-calon muda daripada pelbagai latar belakang.
Secara tidak langsung
langkah pembersaraan pemimpin veteran era Almarhum Tun Abdul Razak dan Almarhum
Tun Hussein bermula dan digantikan oleh pemimpin pelatih dan pelapis.
Selain Anwar, pemimpin
pelatih dan pelapis yang mendapat anjakan, perlindungan dan keutamaan Dr
Mahathir termasuklah Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan
Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Dr Mahathir amat terhutang
budi kepada Tun Abdul Razak kerana menyelamatkan kerjaya politik beliau dan kepada Tun Hussein
kerana melantik beliau sebagai Timbalan Perdana Menteri dengan mendahului Naib-naib
Presiden Umno yang lebih kanan, iaitu Almarhum Tun Abdul Ghafar Baba dan Tengku
Razaleigh Hamzah.
Mentor Kali Kedua
Justeru itu, saya katakan
kepada Dr Mahathir yang saya amat gembira melihat beliau dikelilingi oleh
pegawai, wartawan dan audiens muda kerana dengan itu beliau berpeluang sekali
lagi melatih generasi pewaris.
Saya perhatikan generasi
muda lebih berani, terus terang dan santai berinteraksi dengan beliau. Salah
satu sebabnya adalah mereka tidak tertekan oleh beban masa lampau.
Dr Mahathir pun nampak
cukup selesa dan bersemangat berinteraksi dengan generasi muda dan terhadap isu-isu
berkaitan generasi muda.
Saya pernah mendengar
beliau menyatakan pengakuan mengenai sumbangan dan potensi pemimpin generasi muda seperti Syed
Saddiq Syed Abdul Rahman, Nurul Izzah Anwar, Liew Chin Tong dan Rafizi Ramli.
Saya perhatikan beliau
amat lega dan selesa melayan pemimpin muda Parti Pribumi Bersatu Malaysia
(Bersatu) ketika mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT).
Kementerian Masa Depan
Saya dimaklumkan bahawa sekumpulan
orang muda daripada pelbagai latar belakang telah mendapat restu beliau untuk merangka
agenda generasi muda dan masa depan.
Matlamat mereka adalah ke
arah mewujudkan makanisme atau badan yang seakan-akan “the ministry of the
future” (kementerian masa dapan) di mana isu, dasar dan program masa depan
negara dirancang dan dilaksanakan.
Secara peribadi, saya
tidak melihat wujud harapan yang cerah bagi Malaysia atau mana-mana negara juga
kalau masih terperangkap dengan politik, ekonomi dan pemikiran
pascapenjajahan.
Malah dalam konteks ini,
melihat daripada apa yang dipamerkan melalui media sosial, amat jelas bahawa
masyarakat kita, khususnya Melayu-Islam semakin daif dari segi pemikiran, semakin
lucah, semakin kurang toleransi dan semakin curang.
Jadi kita memerlukan
agenda generasi baru yang mampu mengubah arah haluan daripada pemikiran hambar,
lucah, tidak toleransi dan curang ini kepada yang lebih positif, kekal dan membina.
Kalau tidak Melayu mungkin hilang dari dunia.
Wallahuaklam.
9 comments:
Setuju dengan pandangan Dato. Masyarakat muda perlu didengari kerana mereka ada idelism tersendiri. Tapi sayang sekali ramai yg tidak gemar membaca secara serious , kecuali menelik talipon tangan berjam jam berhibur sampai letih. Pemuda melayu yang tinggal dikampung didapati lebih ketara dengan tabiat.ini. Selepas bersara 5 tahun lalu, saya dan isteri menetap didua rumah, dikampung dan di bandar ( KL). Oleh kerana kami asalnya dari kampung , maka kami berubah angin seriap 2 ke 3 bulan. Pemerhatian saya jelas sekali. Apabila di kampung, kami terpaksa berubah kpd cara pergaulan mereka. Perbincangan tersangkut kerana kurangnya pembacaan mereka. Tajuk pula tidak boleh serious, jika tidak kita akan bercakap bersaorangan. Tak nampak idealism dikalangan pemuda kampung. Hanya topik harian, yg jarang pergi jauh dari harga getah, subsidi padi , mencari rebung, menjala ikan dll. Selagi mereka kurang membaca, berbincang topik serious dan berani mengambil risiko dlm meneroka kehidupan harian mereka, selagi itu mereka tidak upaya mencerna idea idea bernas dlm matlamat besar membangunkan negara kita. Pandangan saya.
Good luck for Your future endeavor
The major obstacle to the success of Malays is their tongkat mindset. So they ended up macam paku. Tak ketuk tak jalan. Tiada bantuan, tak tahu nak buat apa or lagi teruk tidak mahu buat apa2.
Untuk Melayu berjaya, semua polisi tongkat hanya untuk Melayu perlu dihapuskan. However, projek2 kebajikan, bantuan mencari kerja dan buka perniagaan untuk semua rakyat miskin Malaysia tanpa mengira bangsa boleh diteruskan.
Melayu juga perlu diajar kerja keras dan berdikari dari kecil. Tiada jalan pintas untuk berjaya. Don't ask what the country can do for you, ask what you can do for the country. Bila mindset sudah betul, tiada sebab Melayu tidak boleh berjaya. Allah jadikan otak dan badan Melayu sebaik bangsa2 berjaya lain.
Dunia semakin maju, pemikiran Melayu masih cara lama
Bernostalgia terhadap waktu silam membaca teks penggulungan PAU PM-4 yang disiarkan pada keesokan harinya setiap tahun dalam Utusan Malaysia. Meskipun berkesempatan mengikuti ucapannya yang dipancarkan secara langsung menerusi RTM1, namun saya tetap ingin menghayati sekali lagi setiap ungkapannya yang sarat dengan falsafah, idea, teguran, pandangan yang bernas dan kritikan yang membina. Amalan sedemikian saya teruskan sehinggalah beliau bersara daripada persada politik. Kata-kata azimatnya senantiasa menyuntik semangat dan memotivasikan diri saya agar tabah mengharungi rintangan serta bergerak ke arah yang betul. Sesungguhnya, ketokohan Tun Mahathir tiada bandingan dan tandingannya. Dalam usia yang begitu lanjut, auranya tetap terpancar penuh keyakinan di samping dibekali dengan minda dan kesihatan yang mantap. Itulah pemberian dan anugerah teristimewa darpada Tuhan kepada pemimpin kita yang tertua di dunia sejagat ini. Saya berterima kasih dan bersyukur kerana berpeluang bergurukan Tun secara tidak langsung selama ini.
Saya juga bersetuju sangat dengan kata kata bergurulah dengan yang pakar. Nak jadi guru mereka mestilah seorang yang pakar, baru boleh jadi guru yang terbaik.Akan tetapi kita kena ingat ada guru yang pakar, tak pakai.
Kita masih ingat dengan nasihat nabi SAW awas dengan ulamak ulamak yang jahat. ulamak ini sah mempunyai kepakaran dalam bidang pengetahuan agama, mereka jahat.
Memang tak masuk akal mengatakan seseorang ulamak itu jahat.
Demikian juga seorang guru yang juga ada kepakaran atau dengan kata lain mereka guru pakar yang kena kita berguru.
Macam mana kita hendak berguru dengan guru yang pakar sedangkan mereka tak pakai(tak betul atau tak berguna)
Jika ada ulamak yang jahat apatlah lagi mereka yang bukan ulamak yang tidak ada langsung ilmu pengetahuan agama Islam.
Pasti kepakaran mereka adalah kepakaran yang di pimpin oleh Iblis dan jauh sekali dipimpin oleh malaikat.
Boleh kah kita berguru dengan mereka yang pakarnya telah dinoda dengan kepentingan diri sendiri yang jelas bercanggah dengan ajaran Islam.
Bayangkan mereka yang pentingkan diri sendiri. Sudah tentu suatu yang dilakukan tidak betul dan salah sama sekali panguan dan acuannya unutk membentuk generasi baru.
Datuk,
there's this rumour and gossip mill going round and round about the govt's plan to sell PLUS, and to a former blue eyed boy of the PM.
Tan Sri Halim Saad and a partner are now the frontrunners to buy over highway concessionaire PLUS Malaysia Berhad after the two upped their previous offer by over a third, according to business weekly The Edge.
The paper quoted sources as saying that former Renong Berhad chairman Halim and Datuk Wong Gian Kui raised their initial offer of RM5.2 billion by more than 30 per cent to secure what could be one of the country’s biggest highway deals to date.
It's completely unreasonable for Tun and his govt to push Khazanah to go ahead with the sale. Isn't this betrayal of the highest order? All Khazanah should do is to reduce the toll rates for everyone, keep their stake and the rakyat will be more than satisfied. Change of ownership of PLUS does not warrant a happy ending for the rakyat and country.
Remember how MAS was mismanaged and brought to its knees such high hopes too. Look what it has become today, a failed embarrassment, bleeding the country dry.
Tun must see the light surely.
Datuk,
Syabas to our PM, it is good he and his cabinet is ever alert to such "evils" if they exist in the govt. There are surely dissatisfied members of the civil servants who may be upset by the change in leadership, and who by acts of ommision and commission can cause the new govt policies to flounder, fail and look stupid. Good and honest civil servants are the backbone of the country, and we have seen how Malaysia has become great by their selfless work and service.
Prime Minister Dr Mahathir Mohamad said he will seek information on the allegations of the existence of a “deep state”, which is trying to sabotage the administration of the Pakatan Harapan government, among civil servants.
Mahathir (photo) also expressed his confidence that the Harapan government was capable of handling the issue if it was indeed taking place.
“I don’t know if it is taking place but if a hidden state exists, I think we can contain it, no problem. Prior to this, there were a lot of problems when I was prime minister, but we could continue to administer...I will deal with it, I will view and study it first,’’ he said to reporters after attending a friendly gathering in Kuah, Langkawi today.
One of the low hanging fruits is to abolish the "no maximum pay" scale for civil servants. Was this nonsense done during the previous govt tenure? This is one area by resuming maximum pay scales that will unlock more funds for the PH govt. So much has been said about the burgeoning civil servants and pensions, the faster the govt remedies this, the better.
Salam Dato Kadir Jasin
Maafla sebab saya je yg beri komen. Best pulak rasanya menumpang di blog orang besar-besar ni. Nampaknya, Dato’ menaruh harapan yg amat tinggi dgn apprentice2 Dato’ tu yg muda muda tu. Gook luck lah ye.
Cuma satu benda yg terbukti sehingga hari ini. Tun Mahathir ni memang tak reti nak pilih penggantinya sehingga hari ini. Pilih Musa Hitam, tak jadi, pilih Ghafar Baba, kalah dgn Anwar, pilih Anwar dulu, masuk jail pulak, pilih Pak Lah, habis duit Pertonas buat koridor atas bawah dan terakhir pilih Najib pula habis langsung duit negara. Dan terbaru, pilih cabinet sekarang, habis asset negara dijual kata nak bayar hutang. Itu tak masuk isu moral lagi tu.
Jadi, boleh tak Dato’ pesan ke Tun Mahathir, kata kepadanya tak payahlah beliau pilih penggantinya lagi. Belum apa-apa dah apa repot polis terhadap mereka sebab buat kerja tak senonoh. Itu bukannya secara tak sengaja tapi Allah nak tunjuklah tu dgn terang dan nyata khusus utk Tun Mmahathir. Kalau Tun tak nampak lagi atau buat-buat tak nampak, saya tak boleh nak tolonglah.
Pesan juga kpd Tun ye sekali lagi sebab jika Tun masih pilih juga pengganti dia dan pada hakikatnya Tun dah tahu cerita sebenar meraka, teruk nanti balasan di akhirat kelak sbb Tun kena minta maaf dgn setiap rakyat Malaysia. Tak sempat rasanya tu.
Akhir kata, ini amanah Dato’ ni utk pesan ke Tun ye. Dato’ kena sampaikan amanah ni sbb kalau tak berdosa. Tun kata dia mendengar semua pandangan dan biarlah dia buat keputusan. At least, tanggung jawab kita sebagai rakyat Malaysia dah ditunaikan. Sekian TQ.
Post a Comment