A Kadir
Jasin
بِسْمِ
اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
MUKHADIMAH: Pandangan
yang terkandung dalam tulisan ini adalah pandangan peribadi saya. Saya menulis
dalam kapasiti saya sebagai seorang blogger. Ia tiada kena mengena dengan
apa-apa jawatan yang mungkin saya pegang.
Penjualan "fire sale" Edra kepada China contoh kesorasakan BN |
PENDAPAT yang
mengatakan tidak ada perbezaan besar di antara kerajaan Pakatan Harapan (PH)
sekarang dengan kerajaan Barisan Nasional (BN) dahulu adalah terlalu umum dan
menyeluruh.
Adakah kerajaan yang
mendedahkan skandal-skandal besar yang melumpuhkan ekonomi, kewangan dan pentadbiran
negara seperti 1MDB, Tabung Haji, Felda, LTAT dan banyak lagi, sama dengan
kerajaan yang melakukannya?
Mana-mana juga pihak yang
mengatakan tidak ada perbezaan di antara kerajaan PH sekarang dengan kerajaan
BN dahulu sama ada emosional atau sengaja membelakangkan realiti.
Adakah segala skandal dan
penyelewengan yang berlaku itu akan didedahkan dan diambil tindakan kalau PH
tidak menang dalam Pilihan Raya Umum 2018?
Boleh jadi dari segi politik
kepartian ada kelemahan dan persamaan di antara PH dan BN, tetapi dari segi
dasar, rancangan dan pelaksanaan pentadbiran, kerajaan PH amat berbeza serta lebih
baik daripada kerajaan BN.
Tidak semua hal berkenaan BN
tidak baik. BN banyak berjasa kepada negara. Banyak pemimpinnya bagus dan
banyak yang kita warisi hari ini adalah legasi BN. Itu kita tidak boleh nafi.
Tapi hakikat bahawa BN
rosak dalam masa tidak sampai satu dekad di bawah pemerintahan bekas Perdana
Menteri, Datuk Seri I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone, Mohd
Najib Abdul Razak, juga tidak boleh kita nafi.
Dalam masa yang singkat
dia ubah Umno dan kerajaan daripada amalan demokrasi kepada kleptokrasi –
kerajaan yang mencuri.
(I Mappadulung Daeng
Mattimung Karaeng Sandrobone itu adalah gelaran tertinggi kerajaan Bugis Gowa
yang dianugerahkan kepada Mohd Najib oleh keturunan Almarhum Sultan Abdul Jalil
pada tahun 2005. Najib amat bangga dengan anugerah itu sehingga dia gelar diri dia
pendekar atau pahlawan Bugis.)
Kalau Najib teruskan dan
perbaiki legasi ayahanda dia, Almahum Tun Abdul Razak Hussein, serta legasi Perdana-perdana
Menteri sebelum dia, saya sangat yakin BN terus berkuasa hingga ke hari ini.
Kita pun tak ada alasan
atau keperluan untuk angkut dia dan konco-konco dia ke mahkamah.
Tapi di bawah pimpinan Najib, BN telah jadi parti yang bersubahat lakukan konspirasi rasuah, pecah amanah dan
penyelewengan dengan menyonglap berpuluh-puluh bilion duit negara dan rakyat
jelata.
Siapa saja yang berani tegur
atau berbeza pendapat dengan dia dan konco-konco dia akan dipecat dan dikenakan berbagai-bagai
tindakan punitif.
Tak Sama
Jadi adakah PH yang
bangkit lawan kemungkaran BN dengan sokongan rakyat jelata sama dengan BN yang
lakukan kemungkaran?
Tentulah tidak sama.
Apa yang sedang berlaku
sekarang adalah kesan kerosakan zaman pemerintahan kleptokrasi Najib begitu
teruk dan meluas sehingga kemampuan kerajaan PH untuk mengatasinya amat sukar dan ambil
masa.
Baru-baru ini seorang wartawan
kanan dari Kumpulan New Straits Times Press (NSTP) tanya saya dalam satu dialog
adakah perlu kerajaan PH terus salahkan kerajaan BN?
Saya kata, perlu kerana
kalau tidak disebabkan oleh kerosakan yang dibuat oleh BN itu, kita tidak akan
alami masalah macam sekarang.
Saya bagi contoh duit RM9 bilion
yang kerajaan PH terpaksa belanja setakat ini untuk bayar faedah hutang 1MDB.
Ini baru faedah. Belum
lagi pokok. 1MDB ini hasilnya tak ada tapi hutangnya dianggar sampai RM50
bilion. Semuanya kerana rasuah, pecah amanah dan penyelewengan.
Adakah kerajaan PH yang
sedang berusaha keras dapatkan balik duit 1MDB yang dicuri, kurangkan kos
projek pembangunan yang digelembungkan dan jimatkan duit negara sama dengan
kerajaan BN yang buat najis tersebut?
Maaf cakaplah kalau saya
kata, hanya orang bodoh atau yang makan dedak sahaja akan nafi kerosakan yang
dibuat oleh BN dan pemulihan yang sedang diusahakan oleh PH.
Kalau kerajaan BN tak
tipu, pasal apa gergasi kewangan dunia Goldman Sachs yang atur hutang 1MDB sedia
timbang tuntutan ganti rugi oleh kerajaan PH?
Laporan media massa kata, bank
pelaburan antarabangsa itu bersedia pulangkan sebahagian komisen yang 1MDB
bayar kepadanya.
Tapi berasaskan kenyataan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng,
kerajaan akan teruskan saman ke atas Goldman Sachs.
Dalam temu ramah dengan
agensi berita Reuter beberapa hari lepas, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir
Mohamad, kata Malaysia akan tuntut AS$7.5 bilion (kira-kira RM30 bilion)
daripada Goldman Sachs.
Ini adalah jumlah hutang
1MDB yang Goldman Sachs atur di mana bank yang beribu pejabat di New York,
Amerika Syarikat itu dibayar komisen AS$600 juta (RM2.4 bilion).
Najis di TH dan Felda
Jadi adakah kerajaan PH
yang telah peruntukkan RM17.8 bilion bagi selamatkan Tabung Haji dan RM6.3 bilion bagi
selamatkan Felda sama dengan kerajaan BN yang buat najis di TH dan Felda?
Saya difahamkan yang usaha
sedang dibuat untuk selesaikan masalah Felda dengan FGV Holdings Berhad (FGV)
supaya Felda dapat balik ladang dan kilang yang digadai atau dijual kepada FGV
pada tahun 2012.
Selain itu, kerajaan PH juga
sedang berusaha selesaikan masalah Felda yang dipaksa beli 37 peratus saham ladang
Eagle High milik (Tan Sri) Peter Sondakh di Indonesia dengan harga berlipat ganda
daripada harga pasaran. (Bacaan tambahan DI SINI).
Sondakh adalah sahabat
akrab Najib yang mempunyai banyak harta di Malaysia dan berhutang besar dengan industri
perbankan Malaysia, khususnya Bank Pembangunan.
Saya bagi tahu wartawan
NSTP itu, kalau bukan kerana penyelewengan kerajaan BN, kerajaan PH ada
RM9 bilion untuk dibelanjakan demi kebaikan rakyat jelata.
Kesialan Edra
Baru-baru ini, dalam
perjalanan melawat anak, menantu dan cucu di Zurich, saya disapa oleh seorang jurutera
Melayu yang bekerja dengan syarikat penjana tenaga bebas (IPP) Malaysia yang
dimilik pelabur negara China.
Dia mengeluh. Saya nasihatkan
dia agar bersabar kerana setidak-tidaknya pun dia ada kerja.
Dulu dia bekerja dengan
Edra Global Energy milik 1MDB. Sekarang dia bekerja dengan syarikat yang sama
tapi milik China General Nuclear Power Corporation (CGN).
Boleh jadilah wartawan
NSTP yang bertanyakan soalan kepada saya itu tidak mendalami konspirasi 1MDB atau tak faham kerana ia terlalu kompleks
dan tidak telus.
Saya telah banyak kali tulis
tentang macam mana 1MDB beli tiga buah syarikat IPP tempatan dengan harga RM12
bilion dan tidak lama lepas itu jual kepada CGN pada harga RM9.8 bilion.
Cerita di atas hanya
sebahagian kecil saja daripada contoh yang membezakan kerosakan zaman kleptokrasi
Najib-BN dengan pemulihan yang sedang dilakukan dalam era PH yang belum pun
berusia dua tahun.
Jadi tak betullah dakwaan bahawa
kerajaan BN dan PH sama saja.
Tentang perangai dan
prestasi sesetengah pemimpin PH yang seakan-akan sama dengan perangai dan
prestasi pemimpin BN, itu cerita lain. Itu cerita manusia dan politik.
Yang ini saya tak susah
hati sangat. Kita bagi nasihat. Kita tegur. Kita kritrik. Kita belasah. Kalau
mereka tak ambil hal juga, bila sampai masa kita nyahkan mereka. Itu hak
demokrasi kita.
Tapi kita tak boleh tolak-ansur
dengan sistem pentadbiran dan tadbir urus negara.
Yang ini kita wajib
perbaiki dan reformasikan supaya siapa pun yang perintah, penyakit rasuah,
pecah amanah dan penyelewengan tak akan berulang. Tidak akan ada lagi seorang Perdana Menteri macam Najib.
Wallahuaklam.
18 comments:
Kerosakan yg dilakukan oleh Najib dan macai2nya memang tak boleh dinafikan. Saya pun tak faham kenapa masih ramai lagi yg menyokong si perompak dan penyamun tu.
Namun begitu selain dari isu2 1MDB, FELDA, TH, MARA etc, rakyat juga mahu kerajaan PH menukar polisi untuk mengurangkan beban hidup rakyat. Business monopoly & oligopoly perlu dihapuskan. More competition will result in more competitive pricing. Sekarang ni margin untung perniagaan2 di Malaysia terlalu tinggi kalau dibandingkan dgn negara maju. Mereka membayar gaji pekerja terlalu rendah tapi menjual dgn harga yg tinggi. This is where PH can make a difference. Pass the law to limit excessive profit margins. Benchmark the margin to developed countries.
Hutang rakyat yg terbesar ialah hutang rumah dan kereta. Harga rumah perlu dikaji. Profit margin developers mesti di benchmark dgn negara2 maju. Harga kereta wajib diturunkan. Kereta is a necessity. One household need at least one car. So the first car must be free of tax. The second car 50% discount of the current tax. The third car same tax as now. The fourth car 150% tax, the fifth 200%, the sixth 250%. So you tax the rich more than the suffering hoi polloi.
BN is corrupt but PH is aimless. We do appreciate all your efforts in eradicating corruption. Latheefa's appointment is a good move. But at the end of the day..it is the economy that matters AND we hate to see the crony cockroaches & elite parasites zooming in on our crown jewels and cash cows. Aren't they rich enough? Why don't they create a new industry instead of taking over monopoly business?
This is where PH failed big time. Same old same old. This is also where people like me say that PH is the same as BN - protecting and enriching the rich at the expense of the poor hoi polloi.
Lagi2 salah Najib. Rakyat dah letak PH berkuasa Dato'. Ish boring betul.
dulu jilat habis umno, sekarang jilat pakartun pulak. sedar sedar la menipu tu, patut bersedia untuk balik kampung akhirat
"Tentang perangai dan prestasi sesetengah pemimpin PH yang seakan-akan sama dengan perangai dan prestasi pemimpin BN, itu cerita lain. Itu cerita manusia dan politik.
Yang ini saya tak susah hati sangat. Kita bagi nasihat. Kita tegur. Kita kritrik. Kita belasah. Kalau mereka tak ambil hal juga, bila sampai masa kita nyahkan mereka. Itu hak demokrasi kita.
Tapi kita tak boleh tolak-ansur dengan sistem pentadbiran dan tadbir urus negara.
Yang ini kita wajib perbaiki dan reformasikan supaya siapa pun yang perintah, penyakit rasuah, pecah amanah dan penyelewengan tak akan berulang. Tidak akan ada lagi seorang Perdana Menteri macam Najib."
KESIMPULAN:
Yang paling penting, Kepercayaan Karut bahawa hanya satu pihak boleh memerintah Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak telah Pecah Berderai 😎😉🐯
tepat Dan padat...x faham lagi x tahu lah nak ckp mcm mana mana
Kadiag, السلام عليكم ,
Terima kasih kerana coretan hang yg sarat maglumat yg berulang ulang.
Nak buat macam mana.... intelek Malaya macam ‘wartawan kanan’ NST dlm cerita hang ni
“ Baru-baru ini seorang wartawan kanan dari Kumpulan New Straits Times Press (NSTP)
tanya saya dalam satu dialog adakah perlu kerajaan PH terus salahkan kerajaan BN? “
Dan bukan sorang dua ‘kaum tepelajag’ yg bersentimen macam je ni. Ramai lagi,
dari di unibersiti2 sampai ke kedai2 kopi.
Hutang dan tanggongan besabit yg ditinggaikan kerajaan MOI atau mampadulong apa ka ni
mencecah 1 trilion ringgit (atau RM 1,000,000,000,000). Bunga setahun hudoh2 kata la 10%
(atau 1/10), magnanya RM 100,000,000,000 atau ringgit Malaya 100 billion. Kalu bunga dia 5%,
50 billion ringgit. Itu bunga saja, belum lagi pokok dia.
Belum lagi ambik kira pada kerosakkan pd sistem kehakiman, kepolisian, sistem pendidikkan, media,
rawatan pesakit dan macam2 lagi.
Wallahua’lam. Maghap no.
Aku
Aslm tuan, cut the crap lah ....i am not bn supporter in the first place but as far as i remember,, u re one of them who ruined this country...
Pls dont pretend that u re so sacred
Kemusykilannya adalah apakah gunanya Tun bersusah-payah dan bertungkus-lumus untuk memperbetul dan menyelesaikan kebanyakan masalah besar yang ditinggalkan oleh kerajaan korup lama dan akhirnya beliau terpaksa menyerahkan jawatannya kepada seseorang kononnya namanya sudah terpahat dalam perjanjian yang langsung tiada kewibawaan dan merit kepimpinan. Andaikata peralihan kuasa ini tetap berlaku apabila tiba masanya, tidakkah ini bermakna negara tercinta kita ini akan sekali lagi berisiko tinggi terjerumus ke arah kehancuran? Memperjudikan nasib dan masa depan kita dengan cara begini adalah terlalu bahaya dan tinggi tanggungannya. Umum tahu, untuk membina semula sebuah negara yang punah-ranah bukan suatu tugas yang mudah. Hanya pemimpin yang berpengalaman dan komited seperti Tun sahaja mampu mejayakannya. Akan tetapi untuk memusnahkan sebuah negara yang makmur dapat direalisasikan hanya dalam sekelip mata sekiranya ianya jatuh ke dalam tangan yang salah dan tamak-haloba kuasa untuk kepentingan diri sahaja.
Masaalahnya Datuk. Persepsi hari ini kalau berterusan akan jadikan keadaan ini: "PH yang menolak asbab2 kemenangan Vs BN-Muafakat yang kekalkan penyebab kekalahan".
Atok tua ni tulis ikut suka dia ajer..
Mana dia dapat info ni semua??
Ini macam kalau taik yg masuk, keluar pun taik..
PH yang terang2 merosakkan ekonomi negara masih tak nampak lagi..
Menteri kewanagan yg hari2 menipu pun tak nampak....mungkin sedap kena kencing kot
Aduii....bukalah mata dan minda...Jgn menyokong membabi buta..
Fakta kamu sangat lemah...
Yang merosakkan ialah PH
Masa BN...semuanya OK (kalau yang tak Ok pun tak teruk)
Masa PH semuanya merudum dan teruk...PH ni macam ada sial ajer..
Dulu kata BN korup...tapi rakyat dapat byk bantuan, kemudahan, ekonomi berkembang, pelabur ramai yg dtg ke Malaysia, aset2 negara bertambah, Petronas cash money bertambah, dividen2 tinggi, kenaikan gaji penjawat awam ada, BRIM RM 2k setahun, dan byk lagi
Sekarang, PH yang kononnya bersih....tapi rakyat susah, bantuan byk dikurang/dihapus, ekonomi merudum, pelabur lari, aset negara dijual kpd kroni, wang petronas dijarah, dividen2 sgt rendah, kenaik gaji tak ada, BRIM sedikit, pencen dihapuskan utk penjawat baru,
The real perompak dan penyamun sebenarnya ialah PH
Salam Dato’ Kadir (Panjang sikit boleh ke)
Melayu tidak lupa
Tak molek rasanya Dato’ puji diri sendiri kata PH lebih baik dari BN. Macam masuk bakul angkat sendiri. Biarlah rakyat yg buat keputusan pada PRU 15 nanti. Kalau PH masih menang, barulah Dato’ boleh claim PH lebih baik dari BN. Setuju ke macam tu?
Bagaimanapun, rakyat Malaysia amat berterima kasih kepada kerajaan PH kerana dapat tendang keluar Najib dan kunco-konconya. Kalau tidak semuanya disimpan di bawah karpet. Contohnya SD Azilah semalam. Saya sebenarnya tak terkejut sangat dgn SD tu. Cuma saya terkejut kenapa lambat sangat SD tu dibuat. Itu baru satu. Cuma kita masih tidak tahu lagi siapa yg berkata benar dan siapa yg menipu dalam kes ini. Sabar ye.
Saya rasalah beberapa kes lain juga harus disiasat semula. Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. Rakyat juga hendak tahu cerita yg sebenarnya. Diantaranya;
1. Kenapa motif pembunuhan dan siapa yg mengarahkan pembunuhan model Monggolia tersebut masih tidak diketahui sehingga sekarang? Kalau ada pihak yg cuba tolong tutup dan bersubahat, sila ambil tindakan juga ye.
2. Kenapa Menara Bukit Aman tingkat 9 dan 10 boleh terbakar dgn tiba-tiba? Dah masanya rakyat nak tahu cerita sebenar ni?
3. Apakah motif pembunuhan sebenar Kevin Morais yang dibunuh kejam dan disimen di dalam tong tu?
4. Dalam kes pengasas AmBank, Hussein Ahmad Najidi pula, apakah motif sebenar penarik kereta menembak mati beliau, rasanya masih tergantug lagi tu?
5. Kenapa semasa peristiwa MH 370, secara tiba-tiba Najib kata jangan cari di Kawasan Vietnam tapi suruh cari di Koridor Utara dan Koridor Selatan yg tak logic langsung. Lepastu keluar cerita flight tu konar baring utk sampai tempat yg dituju yg rasanya orang gila je yg percaya. Adakah wujud elemen ugutan dr kuasa besar sbb mereka dah tahu siapa Najib sebenarnya ke?
Dah masanya rakyat nak tahu siapa Najib yg sebenarnya. Ini baru betul-betul tanggung jawab Dato’, Tun Mahathir dan PH untuk mendedahkan kesemuanya. Saya cadangkanlah, tak boleh ke tahan dan masukkan dlm lokap dulu, baru cepat sikit cerita terbongkar macam kes sodomi satu dulu. Kalu tak jadi macam kes sodomi 2, tak habis habis tanguh tangguh. Itu kalau nak cepatlah sbb kalau BN menang semula PRU 15, takut senyap balik la semua di atas. Ingat Dato’, Melayu tak lupa bukan macam kata Tun Mahthir “Melayu mudah lupa” Sekian TQ.
Bodoh punya pemikiran.Dah kalau PH diberi kuasa,bolehkah ,senangkah,mudahkah hendak bersih najis pekat yg kerajaan bawah najib tinggalkan?Boleh urus negara dengan bayar hutang saja?cuba jadi rasional.
Bodoh punya pemikiran.Dah kalau PH diberi kuasa,bolehkah ,senangkah,mudahkah hendak bersih najis pekat yg kerajaan bawah najib tinggalkan?Boleh urus negara dengan bayar hutang saja?cuba jadi rasional.
Rent seeking berleluasa di zaman UMNO BN dan Najib tambah dgn kleptomania. Sekarang penyamun berkasih pula dgn lebai-lebai separuh masak. Mereka ambil kesempatan ke atas kebodohan
majoriti melayu...
Datuk,
is there a need ?? Datuk Seri Najib Razak has taken a sumpah laknat (swearing in the face of divine retribution) regarding the murder of that poor lady Altantuya. Isn't this his 3rd one?
What if his accuser Azilah makes a sumpah laknat too?
What if Sirul in Australia does the same?
So many other questions to be asked, is there any clarity unless there is a reinvestigation.
Leaving this aside, read with much concern a proposed merger between UEM Sunrise, the property arm of Khazanah Nasional, and Eco World Development Group Bhd.
Leading the charge for the deal, the report said, is tycoon Syed Mokhtar Albukhary, who is closely linked to Prime Minister Dr Mahathir Mohamad.
Bankers and government officials said he is also closely associated with the main shareholders of Eco World.
Why is every Tom, Dick, Harry, Lee, Ahamd, Syed, Muthu, Halim trying to twist the elbow of Khazanah to merge or sell its controlling interest in its profitable businesses?
Is Khazanah a piggy bank for their dirty fingers to stick in and cut themselves a piece or large piece of pie?
Why sell PLUS to Halim and his friends?
Why merge UEM Sunrise to Eco World and its heavy debts?
Why, why, why?
Khazanah is a sovereign fund set up for the people. Not for wannabe pirates to elbow in and deprive the rakyat.
So, PH, Tun Mahathir and cabinet and whoever is involved. We know, you know we know, and we know you know we know.
End all these dirty exercises, and start looking after the economy.
Rafidah for PM 8!
Post a Comment