بِسْمِ اللهِ
الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
MUKHADIMAH: Pandangan yang terkandung dalam tulisan ini adalah pandangan peribadi saya. Saya menulis dalam kapasiti saya sebagai seorang blogger.
SEORANG sahabat yang berupa seorang usahawan yang boleh dikira besar dan
berjaya di kalangan Bumiputera menghantar penanan WhatsApp berikut.
(Saya edit untuk kesopanan, pembakuan bahasa dan kelancaran hujah).
Kata sahabat saya itu:
“Saya ingat anda kena tulis sikit cerita di atas yang diviralkan (memuji
Perdana Menteri, Muhyiddin Mohd Yassin kerana, antara lain, menurunkan harga
petrol).
Saya sudah jawab dalam group saya yang viralkan grafik ini.
Harga minyak jatuh ke-RM1.44 seliter daripada RM2.08 lepas ‘Kerajaaan
pintu belakang’ ambil alih kerana harga minyak (mentah) dunia sudah jatuh daripada
AS$50 kapada AS$19.80 setong.
Kita seronok sebab harga minyak (di pam) turun tapi bagi Kerajaaan ia
akan mengurangkan hasil yang medadak.
Petronas mungkin tidak boleh lagi bagi dividen kapada Kerajaaan. Petronas
akan mengalami kerugian yang besar.
Kos pengeluaran minyak mentah Petronas dianggarkan AS$40 setong. Nilai
ringgit berbanding dolar Amerika sekarang (kira-kira) RM4.40 bagi setiap satu
dolar.
Kita import hampir 69% keperluan makanan kita, termasuk beras. Enam bulan
lagi besar kemungkinan harga makanan akan naik medadak.
Harga sayur akan naik, harga daging akan naik dan harga beras akan naik.
Dalam keadaan krisis sekarang, banyak syarikat perniagaan akan
menghadapi masaalah. Ramai pekerja akan hilang kerja.
Kita lihat semua negara yang terlibat dengan Covid-19 mengumumkan tabung
untuk memulihkan ekonomi.
Enam bulan lagi kita akan tahu tanah tinggi rendah.”
Kenyataan beliau cukup jelas. Jadi tidak perlulah saya ulas. Lagi pun sudah
ramai ahli ekonomi, tokoh perniagaan dan persatuan pengilang bercakap
mengenainya.
Kewibawaan&Keyakinan
Cuma yang saya hendak ulang sebut ialah berkenaan kepakaran kerajaan ikut celah atap
(KICA) - labelkan yang diberikan oleh Presiden Pas, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang
itu.
Adakah dengan tidak melantik Timbalan Perdana Menteri sebaliknya digantikan
dengan empat “menteri kanan” yang tidaklah sekanan mana boleh mencetuskan keyakinan?
Bagaimanakah seorang pensyarah yang baru balik dari menatap di Australia,
kalah pilihan raya, dilantik menjadi Senator dan Timbalan Menteri selama 20
bulan layak dijadikan Menteri Kanan (Pendidikan)?
Tiga orang lagi menteri kanan yang lain itu pun tidaklah kanan atau cemerlang
sangat. Mereka adalah Mohamed Azmin Ali, Ismail Sabri Yaakob dan Fadillah Yusof.
Atau adakah seorang eksekutif bank seperti Tengku Zafrul Tengku Abdul
Aziz calon terbaik yang mampu dikenalpasti oleh Perdana Menteri untuk meyakinkan
negara dan dunia bahawa kewangan kita di tangan orang terbaik?
Rasanya orang ramai banyak yang tidak kenal siapa dia ini selain
keakrabannya dengan Mohamed Nazir Abdul Razak, adik Mohd Najib Abdul Razak.
Nazir adalah bekas Pengerusi Eksekutif CIMB di mana Zafrul menjadi Ketua
Pegawai Eksekutif.
Namun begitu, dia dikatakan terkenal di kalangan usahawan dan pemain pasaran
saham. Dia ini lebih dikenali sebagai ahli perbankan pelaburan (investment banking)
daripada perbankan komersial.
Jadi mampukah dia mempertahan dan seterusnya memperkukuhkan dasar monetari
dan fiskal negara dalam suasana ekonomi nasional dan antarabangsa yang
sangat-sangat genting ini?
Lebih memburukkan keadaan
ialah kerajaan yang ada hari ini kurang kredibiliti di segi demokrasi kerana tidak
dipilih melalui pilihan raya.
Wallahuaklam.
15 comments:
Salam Dato’ Kadir Jasin
Antigen vs Antibody
Pertamanya, saya harap Dato’ lepaskan perasaan amarah tu. Lupakan kisah lalu dan kita sama-sama bantu TSMY dimasa susah ni dan menjadi rakyat yang bertanggungjawab. Buang yang keroh, ambil yang jernih. Tentang harga minyak tu, jangan takutla Dato’. China katanya akan buka semula kuarantin mereka pada 8 April ni. Jadi permintaaan minyak akan kembali stabil. Harga akan naiklah nanti. Harap begitulah.
Kedua, banyak artikel dari China mengatakan ubat malaria, HCQ dan CQ (Cloroquine) dapat mematikan kuman ni jika diberi cepat. Jadi, macam saranan Dato’ Najib, dan seperti dipraktikkan di Korea Selatan, kita buat saringan Covid 19 dengan lebih meluas menggunakan teknik rt-PCR yang mahal tu. Sesiapa yang positive, dikuarantinkan dan diberikan ubat anti malaria ni cepat supaya ia tidak merebak.
Ketiga, saya ingin memberi cadangan baru sikit ye. Kita sekarang dah masuk fasa mitigasi. Jadinya, semua orang berisiko mendapat kuman ni atau dah kena jangkitan pun tanpa sedar. Beberapa kajian mengatakan jika seseorang yg dah ada Covid 19 antibody, bermakna beliau dah kena jangkitan kuman ni tanpa sedar dan yang bestnya, risiko untuk beliau mendapat jangkitan kali ke dua adalah rendah. Jadinya, saya cadangkan kerajaan uji setiap rakyat kita dengan Covid 19 antibody (IgM dan IgG) dari darah mereka. Jika mereka dah ada antibody (IgG), maka mereka dah terselamat dari Covid 19 dan tak perlulah kena quarantine lagi. Bolehlah mereka bekerja semula, business boleh jalan seperti biasa walaupun pada skala yg lebih kecil.
Cuma, diharap Dato’ dan para pembahas tidak terkeliru beza diantara ujian Antigen detection menggunakan rt-PCR dan antibody detection (IgM dan IgG). Satu untuk mengesan samada pesakit dijangkiti kuman dan satu lagi nak kesan samada seseorang dah immune dengan penyakit ni. Sekian TQ.
p/s: minta Dato sampaikan cadangan ini kpd TSMY ye. At least, Dato ada topik nak berborak-borak dgn TSMY tu. Beliau baik orangnya, lembut hatinya, tengok bila beliau memberi pesanan kpd rakyat Malaysia dalam TV, macam pesanan ayah kepada anak-anak. Please stay at home katanya.
Kadiag, السلام عليكم,
Aku ada baca menteri kesihatan yg baru ni lebih korang ada kata
melalui satu saloran media perdana kenunnya ayag suam
bulih buat rawat jangkitan corona virus ni.
Jeni ni doktor betoi ka ....?
Kalu doktor betoi, lantaran keluagkan berita atau maglumat palsu kpd umum
tak langgagka syarat2 atau peratoran MMC (majlih perubatan malaysia ka apa ka).
Setakat aku tau, tegoran pon tak dak.
Majlih multimedia (MCMC ka apa ka) yg katanya nak banteraih berita palsu,
lagu mana no?
Pasai je ni menteri ka ?
Kalu nak harap PM baru ni... munkin payah kod.
Aku takut2 jugak nak bawak benda ni,
takut jatoh pitnah ka, mengata atau mengancum ka,
tapi kod libat orang kata, kepentingan umum, aku gagahkan jugak.
Allah S.W.T. ampunkan aku.
Aku
Hidup atau mati kerajaan TSMY bergantung kepada hasil keberkesanan formula kabinetnya menangani wabak Covid-19 nanti. Setakat ini, keadaan menjadi semakin gawat dengan bilangan kes yang semakin meningkat, begitu juga dengan jumlah yang terkorban. Hal ini demikian telah memaksa kerajaan melanjutkan tempoh PKP sehingga 14 April. Sesungguhnya virus yang mengancam ini telah mendatangkan impak yang cukup besar terhadap setiap lapisan masyarakat terutama sekali golongan B40. Nak makan apa kalau duduk diam-diam kat rumah selama sebulan tanpa produktif. Ditakdirkan PM8 kita ini benar-benar diuji serba-serbi dengan kes wabak yang bertambah secara mendadak tepat pada waktunya merupakan ujian yang paling getir buatnya. Untuk membuktikan kelayakan dan kewibawaannya menerajui sebuah kerajaan yang dinobatkan pelbagai gelaran, beliau harus berani mengambil langkah drastik dan mantap bagi melindungi rakyat daripada terus diancam malapetaka pandemik ini. Tugasan seterusnya pula adalah bagaimana hendak memulihkan semula ekonomi negara yang kini hampir lumpuh ini. Dalam lubuk hati aku tetap berharap agar Tun sudi menghulurkan "kayu sakti" magiknya kepada TSMY demi bangsa dan negara. Mungkinkah?
Assalamualaikum....
Isu la ni adalah macamana rakyat yg dok kerja gaji harian nak survive. Nak keluar ada roadblock ditanya macam2. Bila kita bg tau, depa marah. Katanya arahan dr kerajaan. Kita tanya, anak, isteri, mak yg lumpuh dan kakak yg cancer siapa nak urus? ALLAHuakbar,
Tp itulah.. Kita marah pun tak dak faedah.
Datuk,
I borrowed one reader's comments from OSTB who's been writing extensively on the dire medical crisis, as they reflect what we as parents, brothers, sisters, and families of the young contract medical officers feel today:
(This letter appeared in Malaysiakini recently_:
It came rather as a shock to learn that junior contract doctors from all over the country are being sent to the frontlines in the fight against Covid-19 at Hospital Sungai Buloh as well as at other government hospitals nationwide where people infected with Covid-19 are being tested and treated.
Why are junior contract doctors deployed over doctors in permanent positions as first choice front-liners in such an important and risky mission? Are these permanent doctors not part of the national healthcare system too?
Or are these junior contract doctors easier to be bullied and at the mercy of those senior officials in the Ministry of Health who are sitting high in their ivory towers?
Yet, these poor junior contract doctors are not given permanent positions. These junior contract doctors whose initial three-year contracts which are expiring soon are having their contract extended for another two years (not to mention that they are still getting only a houseman’s remuneration and benefits under Grade UD41 despite having successfully completed their two-year housemanship posting and training).
This is indeed very demoralising for the junior contract doctors, especially at a time when the country is fighting hard against the outbreak of Covid-19. How does the government expect them to give their best to the rakyat?
This is not the way the Ministry of Health and the government should be treating those frontline warriors who are dedicated, patriotic, and at the same time risking their lives (and their families’) for the country and rakyat.
They are the first to heed the ministry’s call to take up frontline duties without hesitation or reservation, but with full commitment and enthusiasm.
The views expressed here are those of the author/contributor and do not necessarily represent the views of Malaysiakini.
The MOH is now appealing to retired doctors and nurses for temporary placements.
Look first at how your own contract medical doctors are being treated, does the MOH think bringing in these temps will do the trick?
Retired docs and nurses, same as with other retirees, are "old", with lower immunity to sickness. Taking them in will bring in a host of other dangers, who will care for them when they fall ill, especially Covid 19?
End of comments
While every effort is not spared by the MOH to screen, track (with the help of PDRM, etc), test, quarantine, and look after the sick patients, and to dispense doctors to the front lines, the WHO's mantra to TEST, TEST AND TEST again, particularly the frontline medical personnel at the hospitals and centres handling the Covid 19 cases are being "forgotton" and/or neglected.
If these medical doctors get infected with Covid19 and daily statistics show more and more are infected, who will be left to care for the patients? Do no harm to the patients, so doctors must in spite of the irresistible call to heal, take the Covid19 tests AGAIN, AND AGAIN AND AGAIN for themselves.
Heal thyself first, Doctors!
We appeal to the DG of Health and the MOH to look after them.
Salam Dato.
Buat seketika...kerana dunia dilanda bencana Covid19...saya kira Malaysia dibawah Muhyiddin mencuba yg terbaik untuk melindungi rakyat semua kaum.
Maaf berkata....ika kita mempersoalkan apa sekali tindakan beliau...ianya tidak akan menolong apa2.
Saya adalah salah satunya org yg menyokong PH pd GE14.
Tetapi selepas lebih setahun..saya kecewa dgn pimpinan PH.
Bnyk sebabnya.
Dan 2 sebab yg terbesar adalah kerana selain kelihatan rapuh 4 Parti komponen ini kelihatan masih berpolitik spt pembangkang...sedangkan telah menjadi kerajaan yg sah.
Tetapi yg lebih ketara adalah bilamana Dap kelihatan begitu berkuasa memainkan peranan sbg Parti dominan pula.
Tun M sbg PM dijadikan spt 'rubber stamp' pd suara2 sumbang mereka.
Telah berlaku bnyk kehendak2 Cina yg diutarakan...selain suara2 sumbang mereka dari dlm dan luar kerajaan mempersoal itu ini isu2 sensitif dan apa2 yg terkandung didlm Konstitusi Negara.
Tidak perlu saya hurai lanjut tentang ini....kerana umum mengetahui betapa besar kepala MP2 dari Dap ini.
Kemuncaknya...bila Tun M didesak bertubi2 melepas jawatan pd Anwar.
Sebabnya...jelas...Anwar terlalu mudah untuk mereka melakukan apa saja agenda besar mereka untuk berkuasa.
Justeru itu....kejayaan 'pintu belakang' ini telah membantutkan hasrat dan mimpi Anwar menjadi PM dan sekali gus menunjuk/mengajar Dap tentang adap dan memahami kehendak majoriti Melayu rakyat negara bahawa negara ini tidak mahu faktor Cina yg rasis memerintah.
Ini kenyataan...tidak perlu huraian lanjut.
Dap tidak pernah berpuas hati dgn pemerintahan Melayu...kehendak Cina Dap tiada penghujung.
Melayu tidak perlu apolojetik tentang perkara ini....ini suatu hakikat yg nyata.
Dari situ....apa yg Muhyiddin lakukan adalah terbaik buat seketika...cuma kabinet beliau dianggotai oleh beberapa MP dari Umno yg sememang nya bermasalah.
Tetapi 'first thing first'...masa menenetukan semua....kerana kita masih ada GE15...jika Muhyiddin gagal.
Yg nyata...Anwar bukan PM...dan Dap tiada peranan besar lagi....mereka duduk diam2 dulu.
All the best Muhyiddin.
Politik Murahan Pakatan Harapan Yang Memualkan
Ketika rakyat sedang menumpukan seluruh perhatian kepada pembentukan Kabinet Malaysia yang baharu dan berpuashati dengannya, negara tiba-tiba mengalami saat duka.
Covid-19 bergerak kepada peringkat kedua.
Sebaik sahaja Dr. Adham Baba dilantik, beliau terus menyinsing lengan berkerja dengan kakitangan Kementerian Kesihatan bagi membendung wabak merbahaya ini.
Rakyat sedar yang Covid-19 ini telah bermula ketika Pakatan Harapan sedang memerintah.
Suara-suara rakyat ketika itu jelas sudah mendesak agar pelancong terutama dari China dan Korea Selatan disekat masuk kerana rakyat cukup bermaklumat dari mana asalnya wabak ini.
Tetapi sangat mengecewakan, tindakan yang perlahan dari menteri-menteri Pakatan Harapan bagi menangani isu ini, dilihat menjadi penyebab kepada kesan yang dialami negara sekarang.
Reaksi dari Menteri Pelancongan ketika itu yang berkeras mengatakan bahawa pelancong-pelancong itu adalah sihat, amat mengecewakan.
Menteri Kesihatan waktu itu juga senada dengan pandangan Menteri Pelancongan.
Malah ada seorang doktor wanita Pakatan Harapan yang membandingkan angka kematian disebabkan denggi adalah jauh lebih tinggi jika dibandingkan dengan Covid-19.
Jadi tegas beliau, denggi mesti menjadi keutamaan, bukan kerisauan kepada Covid-19 yang beliau sifatkan tidak mengancam.
Tetapi sekarang, kelihatan dia pula yang kalut.
Dr. Mahathir sendiri juga menafikan akan betapa seriusnya wabak ini.
Jadi, terkuncilah mulut-mulut rakyat kerana mereka tidak mampu berbuat apa-apa dengan jawapan-jawapan itu.
Apatah lagi, mereka semua itu dipilih oleh rakyat.
Tidaklah menampakkan kebijaksanaan jika rakyat memaki pilihan mereka sendiri.
Setelah kerajaan sekarang dinobatkan menjadi kerajaan baharu kerana perbalahan dalaman Pakatan Harapan yang tamakkan jawatan dan ada yang gila-gila mahu menjadi PM (mengikut kata Dr. Mahathir), maka kerajaan sekarang tahu, isu Covid-19 ini akan menjadi penanda aras kepada kewibawaan pemerintahan mereka.
Tidak dinafikan ada beberapa kelemahan dalam kerajaan sekarang dalam menangani krisis ini tetapi ia tidak menjejaskan rancangan kerajaan.
Menteri-menteri kerajaan sekarang terutama dari Muafakat Nasional diserang dengan sebegitu rupa oleh musuh-musuh politik bagi mengganggu konsentrasi mereka.
Ternyata kekuatan Muafakat Nasional amat menggerunkan mereka, kerana tidak mungkin akan diserang kepada golongan yang lemah secara bertalu-talu, ia tidak cerdik.
Pastinya yang diserang adalah yang kuat.
Menteri Alam Sekitar, Tuan Ibrahim Tuan Man, contohnya yang begitu 'cool' dengan serangan, sebaliknya meminta agar rakyat tidak menyerang wartawan yang dilihat cuba memburukkan nama beliau.
Hinanya cara pemberitaan itu.
Yang cuba menghina, kemudiannya diselamatkan oleh yang dihina.
Lihat betapa hebat akhlak menteri dari Muafakat Nasional.
Masih tidak puas, maka timbul pula seorang bekas menteri yang cuba membuat provokasi dengan menghina Presiden PAS.
Akhirnya, dia ke Balai Polis meminta pertolongan kerana disergah oleh anak-anak muda yang cintakan ulamak.
Dia kemudiannya meminta maaf dan menjilat kembali ludahan kehinaannya itu.
Setelah berbagai cara, berbagai individu dari Pakatan Harapan cuba menggelarkan kerajaan sekarang sebagai Kerajaan Pintu Belakang, tetapi KDYMM Sultan Selangor secara jelas pula memberitahu seluruh negara yang Kerajaan Muhyiddin ialah kerajaan yang sah dan mengikut Perlembagaan.
Maka salakan-salakan Pakatan Harapan terhenti.
Seorang mantan Menteri yang sangat kuat berkempen Kerajaan Pintu Belakang akhirnya mengakui mengenai kebenaran kenyataan Sultan Selangor itu.
Sungguh tiada bermaruah golongan ini.
Unspinners
Kredit :
Mohd Nasir Abdullah
Kini tiada lagi ungkapan palsu Kerajaan Pintu Belakang yang mereka reka itu dengan mengharapkan gelombang kebangkitan rakyat.
Rakyat sudah bosan untuk berkejaran dengan anggota keselamatan demi seseorang mengejar cita-citanya mahu menjadi Perdana Menteri Malaysia semenjak 1993 lagi.
Tidak terhenti setakat itu, Pakatan Harapan terus berusaha menggoncangkan menteri-menteri bagi mengganggu mereka yang sedang bertugas menangani wabak ini.
Tanpa ada rasa malu, penat atau menghormati tugasan kakitangan kerajaan yang sangat berdedikasi, sayangkan negara, Pakatan Harapan terus berpolitik dan berpolitik.
Apabila kerajaan mengeluarkan fatwa menangguhkan semua solat berjemaah dan solat Jumaat di masjid dan surau, Pakatan Harapan melihat ini sebagai peluang.
Mereka mula melontarkan batu kebencian dengan harapan agar perasaan rakyat berkocak mengutuk tindakan yang tidak popular, yang mesti juga dilakukan kerajaan itu.
Aneh, sungguh aneh.
Sebaliknya rakyat beragama Islam beramai-ramai menyetujui fatwa kerajaan itu kerana memahami kehendak perubatan yang mahu menjaga nyawa dengan menyekat wabak dari merebak.
Itali menjadi contoh, kegagalan kerajaan mengawal rakyatnya menyebabkan mereka akhirnya terpaksa mengaku kalah dengan tentera Allah SWT yang halus itu.
'Front liners' mereka sudah 'burst'.
Yang sakit dibiarkan mati tanpa mampu berbuat apa-apa.
Kerajaan Itali sudah kehabisan ikhtiar untuk membendung penularan wabak pembunuh itu.
Sudah pasti rakyat Malaysia tidak mahu ia terjadi di sini.
Gagal lagi Pakatan Harapan dengan racun mereka.
Rakyat kekal bersama kerajaan dan hormati Menteri Agama.
Setelah Perintah Kawalan Pergerakan dikuatkuasakan, masih terdapat ramai rakyat Malaysia yang tidak mengendahkan arahan itu.
Akhirnya kes positif Covid-19 meningkat ke angka 1,000.
Menteri Pertahanan dengan tegas, telah mengarahkan ATM bagi membantu PDRM untuk mengawal pergerakan rakyat.
Pakatan Harapan mencuba lagi bagi membuatkan rakyat marahkan kerajaan.
Malangnya rakyat sekali lagi akur dengan kehendak kerajaan.
Mereka tidak mahu ditambah lagi tempoh sekatan, menyusahkan semua pihak.
Oleh itu rakyat yang bertanggungjawab amat bersetuju dengan tindakan kerajaan ini bagi mengawal golongan yang degil.
Hanya Pakatan Harapan yang setuju dengan golongan degil itu.
Mungkin semua itu orang mereka?
Siapa tahu kan?Sebab yabg masih degil dan keras kepala mengingkari arahan kerajaan ialah mereka yang berada dalam negeri di bawah pentadbiran DAP.
Politik Pakatan Harapan juga tanpa maruah.
Ketika rakyat kesusahan mereka sanggup berpolitik dengan cara murahan hanya kerana mahukan sokongan.Buktinya dahulu ketika rakyat sedang berkabung, ada pimpinan Pakatan Harapan pernah berkata, tahu beberapa maklumat pesawat MH 370.
Sehingga sekarang, selepas Pakatan Harapan kembali menjadi pembangkang, apa yang telah mereka didedahkan?Betapa kerajaan sekarang mengambil sikap yang sangat rasional dengan tidak bangkitkan kesalahan-kesalahan Pakatan Harapan ketika menjadi kerajaan dahulu.
Kerajaan sekarang tidak mengambil kredit bagi dividen Tabung Haji, biarpun terhegeh-hegeh bekas 'Menteri Pelbagai Agama' dahulu mengangkat tangan mengaku jasa dialah dividen diberikan lebih tinggi dari tahun lepas.Dividen tahun lepas, dia juga yang beri.
Dua-duanya lebih rendah dari tahun-tahun sebelumnya.Idea menghantar pulang kontena sisa plastik dibuat oleh Menteri Pakatan Harapan.
Pakatan Harapan meminta kredit dengan idea itu yang diteruskan oleh Menteri Alam Sekitar.
Akhirnya Pakatan Harapan tertampar malu kerana kerajaan sekarang tidak mengatakan itu adalah idea mereka, cuma menteri akan komited meneruskan idea-idea Pakatan Harapan yang baik demi rakyat.
Akhirnya kerana kering idea, cadangan Menteri Perusahaan Utama dan Komoditi pula yang dipuji DAP.
Sekarang bukan hanya Dr. Mahathir, Covid-19 sahaja yang memeningkan Pakatan Harapan, malahan sikap kebersamaan rakyat dengan kerajaan sekarang ini juga bikin kepala Pakatan Harapan pusing.
Semakin dicipta persepsi, semakin Pakatan Harapan dibenci.
Dan dengan pengumuman harga minyak RM1.44 sekarang, ianya jelas satu sindiran dari kerajaan sekarang kepada Pakatan Harapan.
Kerana Pakatan Harapan yang membuat janji tapi gagal dipenuhi.
Tetapi sebaliknya kerajaan sekarang yang tunaikan.
Memetik perkataan Diva AA, 'muhasabah', seharusnya Pakatan Harapan bermuhasabah.
Rakyat memang mahu Pakatan Harapan cuma berkuasa selama satu penggal sahaja.
Tetapi Allah SWT menentukan, Pakatan Harapan cuma berkuasa setengah penggal sahaja.
Mengapa dan salah siapa takdir Allah SWT begitu?
Kredit :
Mohd Nasir Abdullah
Salam Dato’ Kadir
Alhamdulillah, pakej ransangan ekonomi TSMY memang mantap. Semua orang merasa. Pemurah betul beliau, bertimbang rasa lagi. Sekurang kurangnya, Makcik Kiah senang hati dgn pendekatan TSMY.
Dulu, Tun asyik kata Malaysia tak ada duit. Baru sebulan TSMY jadi PM, Malaysia ada banyak duit dah, belanja rakyat je 250 Billion. Nampaknya saham TSMY makin tinggi ni. Sekian TQ.
Maaf mencelah-bedah ni....
OKJ, apalah sangat dikira saham sesiapa saja, waima saham TSMY makin tinggi atau merudum. Stay focus on the real issue.... Covid-19
OKJ kata... "Pemurah betul beliau, bertimbang rasa lagi. Sekurang kurangnya, Makcik Kiah senang hati dgn pendekatan TSMY."
He he he... 'pemurah'... mai kot mana... jika satu sen pun tidak keluar dari poket-sendiri?
Jika guna duit-Kerajaan untuk bantu Rakyat ketika Negara ditimpa musibah COVID-19, ia bukan sikap bertimbang-rasa, tapi tanggung-jawab sebagai seorang Pemimpin. Walaubagaimana pun, beliau mesti memastikan supaya sikap 'bertimbang-rasa' itu tidak terlalu condong memihak kepada sesuatu kelompok masyarakat saja.
Pada saya... pendekatan TSMY adalah untuk 'menyenangkan-hati' pengundi, terutamnya orang-Melayu. Maklumlah, berniaga pisang-goreng ditepi-jalan, sinonim dengan Melayu.
Sebab tu... dihujung pembentangan pakej rangsangan ekonomi itu, ucapan TSMY beralih guna bahasa Omputih... seolah-olah ditujukan kepada pendengar bukan-Melayu... maklumlah, kemungkinan-besar, orang seperti Makcik Kiah tak faham Omputih... "And this government may not be the government that you voted for. But I want all of you to know that this government cares for you."
Ehmmm... 'Alhamdulillah'... secara harfiahnya, TSMY telah mengakui Kerajaan pimpinan beliau tidak dipilih melalui Piliharaya yang sah, walaupun dibenarkan Perlembagaan.
RD....apa yang kau merepek ni labu...pinjam dailog ahmad nispu "kecik kecik tak nk mampus dah besar menyusahkan orang"...
Komen saya.
1. Pertanyaan samada mampu atau tidak menteri kewangan mengatasi kemelut ekonomi negara/ memulihkan ekonomi, kalau dilihat dengan mata kasar memang tak mampu @ manusia dengan serba kekurangan apalh yang boleh dibuat....tetapi semoga dengan ilmu yang ada , ada keberkatan disitu dan ditambah dengan pertolongan dari Allah s.w.t, in shaa allah , usaha dan ikhtiar itu akan berhasil.
Post a Comment