Sunday, August 31, 2008

Umat Islam Perlu Ubah Sikap Untuk Maju

A Kadir Jasin

[TOLONG JANGAN BUANG MASA ANDA. ULASAN ANONYMOUS TIDAK AKAN DISIARKAN. SILA BACA BETUL-BETUL PERINGATAN BERIKUT.

Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakanlah nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

ADA pembahas yang setuju dan ada yang tidak dengan pendapat dan pandangan saya dalam posting lalu bertajuk “Politik Semasa, Islam dan Kelangsungan Malaysia”.

Bukan tujuan saya (kita) memperkecilkan sesiapa. Saya adalah yang pertama mengakui bahawa pengajian dan pengetahuan Islam saya tidaklah dalam. Jadi saya mohon maaf kalau perbincangan tajuk ini menyinggung perasaan sesiapa.

Sedikit sebanyak saya tahu mengenai Islam dan kemelut umatnya di Malaysia dan seluruh dunia adalah melalui pembacaan, pengembaraan dan perjalanan saya.

Kalau kita tidak membaca, kita tidak sampai ke mana-mana. Itu sudah pasti. Tetapi saya perhatikan ramai orang Islam di Malaysia tidak gemar membaca.

(Lama dulu, waktu saya menunaikan haji, ada jemaah Malaysia yang terperanjat kerana Maqam Ibrahim di perkarangan Kaabah tidak berbentuk kubur. Mereka sangka “maqam/makam” itu kubur. Mereka tidak tahu yang Maqam Ibrahim itu adalah tempat Nabi Ibrahim Alaihissalam berdiri ketika membina Kaabah.)

Bila tidak membaca, pemikiran kita tidak dapat dicanai. Orang kita lebih banyak melihat daripada memerhati dan mendengar daripada membaca.

Melihat hanya dengan mata. Memerhati dengan mata dan hati. Membaca lebih sahih daripada mendengar. Oleh sebab itulah Allah Taala memerintahkan kita membaca – iqrak.

Saya sanjung imam, haji dan lebai. Saya kagum dengan pengetahuan agama mereka. Ayah saya ketiga-tiga sekali. Dia mengaji pondok (lebai), dia pergi Makkah dua kali (haji) dan jadi imam surau kampungnya sampailah lulutnya tak kuat lagi.

Dialah yang ajar saya mengenai Islam dan keagungan ilmu. Katanya Islam dan ilmu tidak boleh dipisahkan. Hari ini pun kalau berdebat fasal Islam, politik dan pengetahuan am memang susah nak menang dengan ayah saya.

Dialah memperkenalkan saya kepada Gamal Abdel Nasir, Soekarno, Dr Mohammdd Hatta, Fidel Castro, Jomo Kenyata, Kwame Ngkruma, kepada nasionalisme, senjata nuklear dan banyak lagi. Walaupun dia penanam padi dan peniaga kecil, rumah kami dipenuhi buku, kitab, majalah dan risalah.

Saya tidak kata semua orang Melayu/Islam tidak sukakan ilmu. Sebaliknya saya dapati daripada interaksi saya, majoriti orang muda Melayu/Islam sukakan ilmu. Tetapi sistem pendidikan sekolah, maktab dan universiti tidak menyediakan peluang yang mencukupi untuk mereka meluaskan ilmu.

Baru-baru saya berpeluang berbual dengan beberapa orang kakitangan muda sebuah masjid di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Saya bercakap mengenai kedaifan orang Islam/Melayu di Malaysia jika dibandingkan dengan kaum dan penganut agama lain.

Mereka bukan sahaja setuju malah mahu terus berbincang. Ertinya ada kemahuan untuk mendalami ilmu dan maklumat tetapi kurang kesempatan dan kurabg sumber maklumat.

Saya belajar di sekolah Kristian Roman Katolik (Saint Michael School, Alor Star selama lapan tahun). Saya kagum dengan peranan paderi dalam sistem mubaligh mereka.

Mereka tidak pilih bulu. Mereka mendekati murid semua bangsa dan agama. Yang mereka tidak buat hanyalah mencabar akidah murid-murid Islam kerana tidak dibenarkan Perlembagaan.

Bagaimanapun banyak juga murid Melayu mengambil mata pelajaran “scripture” iaitu pengetahuan mengenai agama Kristian dan lulus di peringkat Overseas School Certificate (Sijil Pelajaran Seberang Laut).

Saya sendiri terlebih dahulu membaca terjemahan Kitab Injil dalam bahasa Inggeris daripada terjemahan Al-Quran dalam bahasa Inggeris dan Melayu. Ini adakah kerana ramai kawan-kawan beragama Kristian membawa Kitab Injil ke sekolah.

Kalau seseorang murid itu miskin atau lembap, tidak kira dia Melayu, Cina, India atau Siam, dia akan dibantu secara kewangan, bimbingan dan sokongan moral.

Waktu itu kami kena bayar yuran RM15 sebulan. Pada tahun 1950an dan 1960s, jumlah itu sangat besar. Kadang-kadang tak cukup duit kerana bukan musim padi atau kerana harga getah jatuh. Kami dibenarkan berhutang dan bayar secara ansuran.

Sekolah kami sekolah kayu. Bila musim kemarau tersangat panas. Tempat paling sejuk dan nyaman untuk berteduh adalah di Gereja St Michael. Di situ kami berteduh pada waktu rehat.

Dan di tepi pagar gereja itu jugalah kami, murid-murid Islam tingkatan tiga hingga lima, berkumpul setiap Jumaat untuk berbaris ke Masjid Zahir untuk menunaikan solat Jumaat.

Ada tidak ada pun hanya beberapa orang sahaja kawan saya berbangsa India dan Cina yang memeluk Kristian. Tidak seorang pun budak Melayu jadi kafir.

Apakah kita mempunyai sistem sebegini? Apakah mubaligh Islam mempunyai sistem “outreach” yang melepasi sempadan kaum dan agama? Atau apakah mereka sekadar berdakwah di kalangan umat Islam sahaja.

Saya pernah mencadangkan secara lisan dan tulisan kepada pendukung pendidikan negara (termasuk beberapa Menteri Pelajaran) supaya “memartabatkan” pendidikan Islam menggunakan kaedah “outreach” mubaligh Kristian ini.

Di sekolah Kristian pada zaman persekolahan saya, mubaligh mereka diberikan taraf yang tinggi. Mereka berfungsi sebagai “spiritual leader”, ketua moral dan disiplin. Malah mereka mengajar beberapa mata pelajaran. Dalam erti kata lain, mereka diberikan tempat dan nama jawatan yang istimewa dan terhormat. Di sekolah saya, ketua paderinya digelar "Brother Supervisor" yang bertindak sebagai penasihat.

Cadangan saya pada waktu itu adalah calon guru agama hendaklah di kalangan pelajar cemerlang yang mendapat kelulusan tinggi dalam bahasa Melayu, Inggeris, Arab, matematik dan semua mata pelajaran sains.

Di Maktab Perguruan Agama, mereka diajar bukan sahaja mata pelajaran agama malah terus dididik dengan mata pelajaran konvensional ini supaya apabila mereka lulus mereka boleh ajar semua mata pelajaran.

Alangkah bangganya kita kalau guru agama kita boleh mengajar atau menjadi guru pengganti matematik, sains dan sejarah misalnya. Malah saya cadangkan agar mereka diberi gelaran yang lebih universal supaya boleh melaksanakan fungsi “outreach.”

Saya pasti murid bukan Islam dan ibu bapa mereka pun akan mempunyai tanggapan yang lebih sihat dan terbuka terhadap guru agama. Tidaklah guru agama dikenali sebagai tukang baca doa sahaja.

Dengan itu juga mereka akan lebih bermotivasi kerana peluang naik pangkat lebih baik. Itulah juga pengertian sebenar ilmu dalam Islam yang tidak terhad kepada ilmu agama sahaja.

Kalau tidak, masakan Rasulullah (SAW) menyarankan agar kita mencari ilmu hingga ke Negeri Cina. Dan masakan cendekiawan dan ilmuwan agung Islam silam boleh diterima dan disanjung begitu tinggi oleh tamadun Barat.

Perlembagaan penting. Kuasa politik penting. Tetapi bolehkah orang Melayu dan umat Islam Malaysia bergantung semata-mata kepada Perlembagaan dan kuasa politik untuk melindungi akidah dan menaikkan taraf sosial mereka?

Bukanlah amalan hipokrit apabila orang Melayu dan Islam membenci dan mensyaki setiap orang Melayu yang berjaya dalam perniagaan tetapi mengemis dan meminta apa masjid dan surau memerlukan bantuan?

Atau apabila anak memerlukan wang pendahuluan untuk masuk universiti?

Kalau orang Melayu dan Islam tidak mempunyai sikap yang positif terhadap ilmu, kejayaan dan kekayaan, selagi itulah orang Melayu dan Islam akan daif berbanding kaum-kaum dan penganut agama-agama lain di Malaysia.

Kita tanya diri kita, adakah akan terlaksana hukum zakat dan fitrah kalau umat Islam semuanya miskin dan melarat? Kita selalu diingatkan bahawa kemiskinan itu hampir kepada kekufuran. Malangnya, umat Islam bukan sahaja miskin harta benda, tetapi mereka juga miskin sikap dan pemikiran.

Mohon maaf.

Friday, August 29, 2008

Politik Semasa, Islam dan Kelangsungan Malaysia

A Kadir Jasin

[TOLONG JANGAN BUANG MASA ANDA. ULASAN ANONYMOUS TIDAK AKAN DISIARKAN. SILA BACA BETUL-BETUL PERINGATAN BERIKUT. Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakanlah nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

ANWAR Ibrahim sudah menang besar dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh 26 Ogos lalu. Sudah angkat sumpah jadi Ahli Dewan Rakyat. Dan sudah dipilih Ketua Pembangkang.

Abdullah Ahmad Badawi pun sudah beri reaksi. Macam biasa, tidak ada apa-apa berlaku dalam dunia “damai abadi” Perdana Menteri.

Akhbar arus perdana milik Umno, Utusan Malaysia memetik beliau sebagai berkata kekuatan Barisan Nasional (BN) di semua peringkat tidak sekali-kali terjejas ekoran kemenangan Anwar.

Dan satu-satunya pemimpin Umno yang tidak diserang penyakit “koro”, Tengku Razaleigh Hamzah dilaporkan oleh portal berita bebas Malaysiakini sebagai berkata negara akan terus parah jika Abdullah terus memerintah.

Katanya Abdullah “tidak mempunyai kewibawaan minimum untuk mentadbirkan negara hari ke hari apatah lagi memimpin Malaysia ke arah yang betul di dalam dunia yang kompleks ini.”

Jadi, dengan izin, dalam posting kali ini, saya hendak bercakap perkara yang lain sikit -- mengenai betapa “mudahnya” menjadi orang Islam di Malaysia.

Kerana mudah itulah agaknya ramai orang Islam Malaysia tidak banyak berfikir sebaliknya asyik bertelagah dan bertelingkah.

Ada orang kata, orang Islam Malaysia adalah Muslim pseudo, Muslim kelahiran dan Muslim perlembagaan bukan Muslim kerana akidah, ilmu dan amalan.

Apa tidaknya, akidah orang Islam dipertahankan oleh Perlembagaan. Islam adalah agama Persekutuan Malaysia. Kalau Melayu agamanya wajib Islam. Agama-agama lain tidak boleh disebarkan di kalangan orang Islam.

Simbol Islam di merata tempat --- masjid indah, surau, madrasah, tudung, ketayap, serban dan makanan halal. Tak pakai jam pun tak apa. Lima kali sehari azan akan berkumandang mengingatkan mengenai masa.

Tetapi di mana saya berada ketika membuat posting ini, suara azan digantikan dengan bunyi loceng gereja. Loceng gereja berbunyi empat kali setiap jam.

Sekali dong pada suku jam. Dua kali dong pada setengah jam. Tiga kali dong pada tiga suku jam. Diikuti oleh waktu sebenar. Kalau pukul satu, sekalilah dongnya dan kalau jam 12 tengah hara atau malam, 12 kalilah dongnya.

Sebagai orang Islam Malaysia, kita akan serta merta mendapati rupa-rupanya “lebih susah” jadi orang Islam di tempat seperti ini.

Ambil contoh waktu solat. Pada 28 Ogos, Subuh masuk jam 4.47 pagi dan habis 6.39 pagi. Zuhur jam 1.27 petang, Asar 5.12, Magrib 8.13 malam dan Isyak 9.59 malam.

Taklah banyak sangat bezanya dengan di Malaysia. Tapi pada 1 Ogos lalu, Subuh jam 3.49 pagi dan Isyak 11.05 malam. Bayangkan hendak tunggu hingga jam 11 malam untuk menunaikan Isyak, pasti ramai yang tertidur!

Berpuasa pula tidak sama waktunya. Kalau jatuh musim panas, maka panjanglah waktunya – daripada jam 4 pagi hingga 9.45 malam. Tapi kalau musim sejuk, pendeklah waktunya – daripada jam 6 atau 6.30 pagi hingga 4.00 atau 4.30 petang.

Sesiapa yang berpuasa sunat pada 1 Ogos lalu, akan berpuasa daripada jam 6.03 pagi hingga 8.59 malam.

(Terfikir oleh saya kalau seseorang Muslim itu mengamalkan disiplin Islam, dia tidak akan lewat atau gagal menunaikan temu janji sebab menepati masa dan janji sudah menjadi amalan melalui solat dan berpuasa.)

Bagi kita yang mengembara, nampak susahlah tetapi bagi umat Islam di negara ini, mereka mungkin sudah biasa. Sebagai kumpulan minoriti, mereka terpaksa mengalami banyak kesukaran dan ujian yang kita di Malaysia tidak tahu dan tidak ambil peduli.

Bukan mudah nak makan kalau terlalu taasub dengan halal dan haram. Mana ada dapur halal (halal kitchen) atau kedai makan halal macam di Malaysia.

Kalau pun ada restoran halal, kita kena berjalan atau berkenderaan berbatu-batu mencarinya. Dan harganya tentulah lebih mahal daripada kedai makanan biasa. Begitu jugalah kalau nak cari daging halal yang umumnya diimport dari Brazil.

Brazil? Ya, Brazil. Brazil, sebuah negara Kristian adalah antara negara pengeksport daging dan ayam halal yang terbesar di dunia. Hatta negara-negara Arab pun mengimport ayam dan daging dari negara Amerika Selatan itu.

Kita di Malaysia heboh bercakap mengenai “halal hub.” Tetapi adakah kita tahu yang Negeri Thai mengeluarkan lebih banyak makanan halal untuk eksport – termasuk ke negara kita sendiri?

Di negara yang saya berada sekarang terletak ibu pejabat syarikat Nestle. Syarikat Nestle adalah antara pengilang makanan halal terbesar di dunia.

Orang bukan Islam tahu nilai ekonomi label halal, tapi peniaga makanan Islam di Malaysia jarang sangat gunakan logo halal. Jadi bila orang Arab nak cari makanan halal di Malaysia mereka pergi ke restoran Cina yang bersijil halal atau ke McDonald dan KFC.

Kalau difikir-fikirkan, umat Islam Malaysia sepatutnya menjadi Muslim yang unggul dalam segala aspek. Tetapi kerana terlalu dilindungi, ramai daripada Muslim Malaysia menjadi Muslim pseudo dan menghabiskan masa dan tenaga membahaskan isu remeh-temeh.

Boleh jadi kerana akidah kita tidak diuji dan orang agama lain tidak dibenar mempropagandakan agama mereka kepada umat Islam maka orang Islam Malaysia menjadi alpa, cetek dan besar kepala.

Apatah lagi apabila pembesar-pembesar politik Muslim sendiri menunjukkan contoh yang buruk seperti lewat datang kerja, lewat ke majlis dan mungkir janji untuk hadir di sesuatu majlis.

Tak cukup dengan itu mereka bersumpah sana sini dengan menggunakan nama Allah dan mengamalkan amalan songsang.

Agaknya kerana itu jugalah tidak ramai orang Islam Malaysia yang berminat dan tidak berani bergaul dengan orang bukan Islam. Apatah lagi berbincang dan berbahas mempertahankan hak Islam.

Sedangkan orang bukan Islam dari negara-negara maju begitu kagum apabila mereka melawat Malaysia. Mereka kagum dengan tahap kemajuan negara kita. Mereka kagum melihat wanita Islam yang bertudung tetapi memandu kereta Mercedes dan BMW. Mereka kagum berunding dengan eksekutif wanita Islam yang pakar dan pintar.

Tetapi kalau kita biarkan ketidakhaluan pemerintahan sekarang berterusan, bukan sahaja kelangsungan negara kita Malaysia akan terancam malah kesucian Islam akan ternoda.

Seperti kita maklum, sudah pun wujud percubaan untuk menguji kesabaran dan keazaman umat Islam Malaysia secara tersurat dan tersirat.

Selamat menyambut Hari Ulang Tahun Kemerdekaan dan selamat puasa Ramadan.

Tuesday, August 26, 2008

Kesan Besar Kemenangan Anwar

A Kadir Jasin

[TOLONG JANGAN BUANG MASA ANDA. ULASAN ANONYMOUS TIDAK AKAN DISIARKAN. SILA BACA BETUL-BETUL PERINGATAN BERIKUT. Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakanlah nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

KEMENANGAN Anwar Ibrahim dalam pilihan raya kecil parlimen Permatang Pauh hari ini akan memberi kesan besar dan menyeluruh kepada persekitaran politik negara.

Anwar (Parti Keadilan Rakyat/Pakatan Rakyat) memperoleh 31,195 undi, Arif Shah Omar Shah (Barisan Nasional) 15,524 dan Hanafi Hamat (Akim) 92, memberikan Anwar majoriti 15,671 undi.

Kelebihan undi yang besar itu membuktikan populariti Anwar tetap kental walaupun sudah sedekad terkeluar daripada arus politik perdana dan kini menghadapi tuduhan liwat di mahkamah.

Serentak itu, keputusan pilihan raya kecil itu mengesahkan penolakan yang meluas dan berterusan terhadap Barisan Nasional, khasnya Umno.

Ia juga berupa undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi dan tamparan hebat kepada timbalannya, Mohd Najib Abdul Razak, yang menjadi ketua kempen BN.

Beberapa fakta dan kesimpulan awal yang terbit daripada keputusan pilihan raya kecil itu adalah seperti berikut:

1. Serangan peribadi ke atas Anwar tidak berkesan walaupun BN menggunakan hujah seperti tuduhan liwat dan sumpah laknat si penuduh, Saiful Bukhari Azlan;

2. Gula-gula pilihan raya seperti penurunan harga minyak, janji-janji pembangunan dan buah tangan tidak membantu mengubah pendirian majoriti pengundi yang tidak sukakan BN;

3. Kehadiran begitu ramai pembesar Umno dan BN dengan jentera rasmi dan peribadi mereka ditolak oleh majoriti pengundi;

4. Peranan media massa arus perdana yang terus memberi gambaran yang songsang mengenai keadaan sebenar menyebabkan pemilih jelak dan menolak mesej BN dan pemerintah yang mereka bawa;

5. Kekalahan lebih teruk ini akan memburukkan lagi kedudukan Abdullah sebagai Perdana Menteri, Presiden Umno dan Pengerusi BN;

6. Kewibawaan dan integriti pakatan setia Abdullah-Mohd Najib semakin dicurigai apatah lagi apabila Mohd Najib sendiri menggunakan pilihan raya kecil itu untuk bersumpah dengan nama Allah menafikan keterlibatannya dalam kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu.

Mohd Najib bersumpah yang dia tidak kenal dan tidak pernah berjumpa dengan wanita Mongolia itu;

7. Seruan supaya Abdullah segera meletakkan jawatan mungkin memuncak semula dan mungkin berlaku percubaan baru mencalonkan seseorang untuk mencabar beliau dan Mohd Najib pada pemilihan Umno Disember ini;

8. Kemenangan ini memberi mandat yang lebih kuat kepada Anwar untuk memujuk Ahli Dewan Rakyat BN untuk berpaling tadah menjelang Hari Malaysia pada 16 September ini seperti yang diuar-uarkannya;

9. Kedudukan Anwar sebagai MP dan calon Perdana Menteri Pakatan Rakyat bergantung dan tertakluk kepada keputusan perbicaraan kes liwatnya;

10. BN tidak lagi boleh menggunakan kuasa kewangan dan pentadbiran untuk mempengaruhi keputusan pilihan raya kecil. Pada masa lampau, BN umumnya menang pilihan raya kecil malah berjaya merampas kerusi pembangkang; dan

11. Umno akan lebih parah dan mungkin ditolak terus oleh orang Melayu pada pilihan raya umum akan datang jika kepemimpinannya terus mengabaikan mesej yang dihantar oleh pengundi. Ramai ahli parti dan penyokong BN tidak keluar mengundi.

Monday, August 25, 2008

Implikasi luas Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh

A Kadir Jasin

[TOLONG JANGAN BUANG MASA ANDA. ULASAN ANONYMOUS TIDAK AKAN DISIARKAN. SILA BACA BETUL-BETUL PERINGATAN BERIKUT. Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakanlah nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

DALAM masa tidak sampai 12 jam pemilih kawasan Parlimen Permatang Pauh akan keluar mengundi bagi menentukan bukan sahaja kesudahan politik Anwar Ibrahim tetapi masa depan politik negara.

Sama ada bekas Timbalan Perdana Menteri itu menang atau tidak, implikasi pilihan raya kecil ini adalah luas dan mengambil masa yang lama untuk sampai ke penyudahnya.

Jangkaan umum menjurus kepada kemenangan Anwar. Yang menjadi persoalan hanyalah sama ada ia kemenangan besar atau tipis. Menang tetap menang.

Yang sudah pasti adalah kempen pilihan raya kecil itu bukan sahaja sengit tetapi mengandungi unsur-unsur sensasi yang nyata banyak melanggar etika, adab dan tatasusila – daripada tuduhan liwat kepada pembunuhan, pengkhianatan, politik wang dan penyalahgunaan kuasa.

Tetapi salah satu kesan jangka panjang yang memerlukan masa untuk diselidik dan difahami adalah tindakan beberapa watak terbabit menggunakan sumpah untuk membela diri.

Apakah sumpah atas nama Allah atau sumpah di masjid ini boleh dilakukan sewenang-wenangnya dan dijadikan amalan politik harian?

Yang pertama bersumpah dengan nama Allah dan merujuk kepada balasan laknat adalah Saiful Bukhari Azlan yang mengaku dia telah diliwat oleh Anwar.

Dia bersumpah di hadapan imam dan pegawai Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 15 Ogos, sehari sebelum penamaan calon Permatang Pauh.

Walaupun sumpah Saiful Bukari itu didakwa tidak kena mengena dengan pilihan raya kecil Permatang Pauh, namun menurut laporan media massa arus perdana dan alternatif ia menjadi bahan kempen yang hangat bagi Barisan Nasional.

Tindakan Saiful Bukhari dicontohi oleh Timbalan Perdana Menteri Mohd Najib Abdul Razak apabila beliau bersumpah, juga dengan nama Allah, di sebuah masjid di Permatang Pauh.

Mohd Najib bersumpah dia tidak pernah berjumpa dan tidak kenal dengan mangsa pembunuhan sensasi Altantuya Shaariibuu. Penasihat politik Mohd Najib, Abdul Razak Abdullah Baginda dan dua anggota polis sedang dibicarakan atas tuduhan membunuh wanita Mongolia itu.

Apa pun muslihat dan kesan mutakhir dua sumpah ini ke atas keputusan pilihan raya kecil Permatang Pauh dan kepada orang yang bersumpah, satu perkara yang dikhuatiri adalah implikasinya terhadap Islam.

Apakah kesan sumpah ini terhadap orang Islam keseluruhannya dan terhadap pandangan orang bukan Islam kepada Islam?

Perbuatan bersumpah ini boleh mencetuskan persoalan dan pertikaian yang berkemungkinan akan mencemar dan memburukkan lagi imej Islam di negara kita.

Misalnya, apakah reaksi mahkamah sivil terhadap sumpah seperti ini? Adakah sumpah di masjid dengan menggunakan nama Allah atau Al-Quran boleh diterima sebagai bukti?

Dalam keghairahan orang politik dan pihak-pihak yang bersekongkol dengan mereka menggunakan kaedah sumpah ini untuk membela diri, mereka wajib sedar bahawa tindak-tanduk mereka boleh menjejaskan akidah umat Islam dan mendedahkan agama Islam kepada sendaan orang bukan Islam.

Adalah sangat merugikan Islam apabila pihak-pihak yang membelakangkan Islam di dalam tindakan rasmi dan peribadi mereka tiba-tiba bersumpah atas nama Allah dan Kitab Suci apabila tersepit.

Di satu sudut lain pula, perbuatan bersumpah dengan nama Allah dan Al-Quran ini boleh diambil kesempatan oleh pihak-pihak yang mahu hukum hudud diperkenalkan sebagai undang-undang sejagat bagi memperkukuhkan tuntutan mereka.

Wednesday, August 20, 2008

UiTM dan Permatang Pauh Uji Kematangan Politik

A Kadir Jasin

[TOLONG JANGAN BUANG MASA ANDA. ULASAN ANONYMOUS TIDAK AKAN DISIARKAN. SILA BACA BETUL-BETUL PERINGATAN BERIKUT.

Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakanlah nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

RAMAI pembahas yang meminta pendapat saya mengenai isu Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan pilihan raya kecil (PRC) Parlimen Permatang Pauh.

Pandangan saya lebih kurang begini. Saya setuju orang Melayu dan Bumiputera menuntut dan mempertahankan hak mereka dan saya tidak menentang orang bukan Bumiputera menuntut dan mempertahankan hak mereka.

Cadangan Menteri Besar Selangor, Abdul Khalid Ibrahim agar UiTM membuka pintu kepada lebih ramai pelajar bukan Bumiputera adalah contoh kecil proses tuntutan dan pertahanan hak ini. Ia tidak sepatutnya membuatkan kita terlalu emosional.

Tidak kira apa yang dituntut dan dipertahankan oleh kaum-kaum di Malaysia, ia wajiblah berasaskan Perlembagaan, undang-undang dan konvensyen yang telah dipersetujui lebih setengah abad lalu.

Biar semarah atau sehangat mana sekali pun perasaan kita, kita wajib mengakui bahawa Malaysia adalah antara sebilangan yang amat kecil negara berbilang kaum dan agama yang masih kekal dan selamat.

Negara pelbagai kaum dan agama seperti Yugoslavia dan beberapa buah negara Caucasia sama ada telah hilang dari peta dunia atau sedang dilanda pertumpahan darah seperti India, Sri Lanka, Kenya dan Filipina.

Hatta negara-negara satu agama seperti Iraq, Iran, Afghanistan, Pakistan dan Turki pun terus dilanda keganasan dan kacau bilau.

Janganlah kita mengambil kesempatan daripada persekitaran politik yang kononnya lebih terbuka kini atau daripada tanggapan bahawa kerajaan sekarang lemah dan kucar-kacir untuk membuat tuntutan yang melampau, khasnya yang berbau perkauman.

Kita boleh merayakan demokrasi. Kita boleh berpesta dengan kebebasan dan keterbukaan. Tetapi kita hendaklah jangan lupa kepada segala bentuk sensitiviti yang berkaitan dengan masyarakat majmuk kita.

Sebagai seorang yang lahir sebelum merdeka (yang tali pusatnya dipotong dengan sembilu oleh bidan kampung) dan mendapat pendidikan pada tahun-tahun peralihan daripada bahasa perantaraan Inggeris kepada bahasa Melayu, pandangan saya banyak dipengaruhi oleh pengalaman dan persekitaran waktu itu.

Kampung saya kampung majoriti Melayu. Penduduknya bercucuk tanam. Tanaman utama sampai hari ini ialah padi. Tetapi perniagaan dari awal-awal lagi dimonopoli oleh orang Cina.

Pergaulan mereka begitu mesra sehingga orang Melayu tidak berasa apa-apa membenarkan babi jiran Cina mereka berkeliaran. Allahyarhamah nenek saya memberikan keladi dan daun ubi kayu kepada jiran Cinanya sebagai makanan babi. Sebagai ganti dia mendapat kopi, gula dan tembakau.

Pengayuh basikal yang diupah oleh ayah saya untuk menghantar dan mengambil saya balik dari Sekolah Melayu Pendang, kira-kira lima kilometer dari rumah saya, adalah seorang bujang Cina bernama Ah Hin.

(Dia kemudian masuk Islam dan berkahwin dengan seorang perempuan Melayu. Tetapi khabarnya setelah bercerai dengan isterinya, dia kembali kepada amalan asalnya tanpa sesiapa pun buat ribut.)

Selepas lima tahun di sekolah Melayu, saya masuk Special Malay Class (Kelas Khas Melayu) di Saint Michael Primary School di Alor Star pada tahun 1959. Dari saat itu mulalah saya bergaul dengan budak-budak Cina, India dan Thai.

Oleh kerana Saint Michael adalah sekolah mubaligh Kristian mazhab Roman Katolik, bapa saudara saya seorang tok guru pondok di Pendang memprotes kepada ayah saya. Dia amat yakin sekiranya saya tidak dikeluarkan daripada sekolah itu saya akan jadi kafir.

Ayah saya tidak mempedulikan protes itu. Sebaliknya di Saint Michaellah saya belajar agama Islam dan sewaktu sekolah menengah menyertai kawan-kawan Muslim yang lain menubuhkan Persatuan Pelajar-Pelajar Islam.

Kami mewajibkan pelajar Islam tingkatan tiga ke atas berbaris ke Masjid Zahir pada setiap Jumaat lengkap dengan pakaian baju Melayu warna sekolah.

Tidak menyertai perbarisan ke masjid tiga kali berturut-turut tanpa alasan dikenakan tindakan disiplin oleh sekolah. Guru besar kami namanya Charles Alexander Westwood (yang kami pinda kepada Salleh Iskandar Kayubarat ketika Bulan Bahasa Kebangsaan tahun 1965) dan ketua agama (Brother Superviser) bernama Brother Brendan.

Persekitaran pelbagai kaum dan agama berterusan sehinggalah saya ke Maktab Sultan Abdul Hamid dan kemudian di Bernama dan New Straits Times Berhad.

Namun dari dahulu sehingga sekarang saya berpegang kepada falsafah bahawa Malaysia, sebagai negara berbilang kaum dan agama, tidak akan selamat dan makmur sekiranya kekangan ekonomi antara kaum dan di kalangan kaum yang sama, dibiarkan berlarutan atas nama ekonomi bebas, globalisasi, persaingan, meritokrasi dan keterbukaan.

Peminggiran kaum majoriti akan mengundang ketidakstabilan dan peminggiran kaum minoriti akan mencacat prinsip keadilan dan kesamarataan.

Dalam konteks semasa, kaum majoriti semakin jauh ketinggalan dalam bidang ekonomi manakala kemiskinan berlaku dalam semua kaum.

Justeru itu, manakala Khalid Ibrahim boleh mencadangkan agar UiTM dan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) lain membuka pintu lebih luas kepada pelajar bukan Bumiputera, dia juga wajib memastikan yang kuota atau bilangan pelajar Bumiputera di institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) ditingkatkan.

Saya yakin UiTM dan pelajarnya akan lebih cergas, cerdas dan berdaya saing jika berlaku interaksi dan percambahan pemikiran yang melepasi garis dan sempadan kaum.

Mengenai PRC Permatang Pauh pula, saya terus berpegang kepada pendapat bahawa ketua de facto pembangkang, Anwar Ibrahim akan kembali mewakili kawasan itu selepas 26 Ogos ini.

Namun ciri-ciri berikut mungkin berlaku:

1. Kelebihan undi Anwar mungkin lebih kecil daripada yang diperoleh isterinya, Dr Wan Azizah Wan Ismail pada pilihan raya umum 8 Mac lalu;

2. Adalah kebiasaan bagi Barisan Nasional memenangi PRC dengan kelebihan undi yang lebih besar. Dalam beberapa PRC, BN berjaya merampas balik kerusi daripada parti lawan;

3. Penyokong setia Anwar akan tetap mengundi beliau biar apa sekalipun dakwaan, tuduhan dan hukuman ke atas beliau;

4. Ramai akan mengundi beliau kerana percaya beliau adalah mangsa konspirasi tidak kira bahawa penuduh beliau sudah bersumpah dengan nama Allah mengatakan dia telah diliwat oleh Anwar;

5. Pasti ada sebahagian pemilih yang akan mengundi Anwar kerana mereka benci kepada BN, khasnya kepemimpinan Umno yang ada sekarang;

6. Pasti ada yang akan merosakkan undi atau tidak keluar mengundi sebagai tanda protes terhadap kepemimpinan BN dan Umno;

7. BN dan Pakatan Rakyat pasti menggunakan segala kuasa dan kekuatan yang ada pada mereka untuk saling jatuh menjatuhkan;

8. Permatang Pauh akan menjadi medan perjuangan menentukan hala tuju politik negara dan masa depan watak-watak utama seperti Anwar, Abdullah Ahmad Badawi dan Mohd Najib Abdul Razak;

9. Keputusan PRC Permatang Pauh akan menguji kewibawaan dan penerimaan ke atas pasangan setia Abdullah-Mohd Najib dalam proses pemilihan kepemimpinan Umno yang sedang berlangsung sekarang; dan

10. Ia akan menjadi pentas untuk menguji keakraban dan iltizam pendukung Pakatan Rakyat untuk menjatuhkan kerajaan BN biar apa sekalipun yang akan terjadi kepada Anwar.

Monday, August 18, 2008

Money Politics Vs Division One Team

A Kadir Jasin

[ANONYMOUS comments with not be entertained. When commenting, your real identity is preferred. But a suitable pseudonym is accepted. If you have to use anonymous, please print your name or pen name at the bottom of your message. Please avoid seditious, defamatory and libelous statements. Unrelated comments will not be given priority.]

WE have discussed enough about the sex-, scandal- and money-filled Malaysian politics. As a result, we had worked ourselves up. So let’s take a respite and talk about other people for a change.

Let’s talk about our neighbour, Singapore in particular, about the capacity and penchant of its de facto supreme leader, Minister Mentor Lee Kuan Yew, to take a regular jab at its neighbours in order to keep the Singaporeans in line.

It doesn’t matter much whether we agree or disagree with Mr Lee. A lot of people disagree with him but he prevails for more than half a century.

But I am inclined to agree with him when he said “no money politics in Singapore.” The Malaysian National News Agency, Bernama, on Aug 14, quoted Lee as saying that political problems faced by many countries in Asia are due to money politics but the problem did not take root in Singapore because "we have a Division One team in charge."

Yes, I have to agree that there’s no money politics in Singapore. In Singapore, all that they have is money. They have a lot of it stacked up in their banks. It’s not necessarily theirs. It can be money for people around South East Asia who are using Singapore as save haven for their wealth.

Each time there’s an economic or political crisis in any of the South East Asian countries, money flows to Singapore for permanent and temporary refuge.

As I have repeatedly state here and in the Malaysian Business magazine, in the last two or three years, more Malaysian FDI flowed to Singapore than the other way round. In another word, the poorer Malaysia is doing more to boost Singapore’s economy than it should otherwise be.

In Singapore, about the only time when money politics plays a role is when Mr Lee, his Prime Minister son Lee Shien Loong and the People’s Action Party use it to kill the opposition parties. And that happens pretty often.

It is almost a rule that every single opposition leader in Singapore is taken to court for allegedly defaming Lee and his PAP colleagues or is portrayed as bankrupt, drunkard and tax evader.

Bernama quoted Lee as saying that in many Asian countries, money politics was simply the "code word" for buying votes to gain power and after that was done, “to recover your expenses plus some profit for the next round of vote-buying."

"One of the big problems they now face, in other countries, is the people in power want to reserve the money, keep it for themselves. So, they exclude young able people who wants to join their team.

"The result is, there is no talent inside the existing parties," Lee, who is Minister Mentor, was quoted by the local newspaper, Today as saying at a gathering of his Tanjong Pagar constituents Wednesday night in celebration of Singapore's 43rd National Day which was last Saturday.

"In other countries, elections do not put up a Division One team. They are a Division Three, either a B team or a C team in charge. In Singapore, we carefully select our candidates," the newspaper quoted him as saying.

Singapore is all about money and very little politics that even the ever talkative, inquisitive taxi drivers seldom bring up the subject of Singapore politics. But they are just too happy to talk about Malaysian politics.

Each time I took a ride with them, I am surprised to learn just how much they know about Tun Dr Mahathir Mohamad, Abdullah Ahmad Badawi, Anwar Ibrahim, Samy Vellu and other Malaysian politicians.

The answer is obvious. Because there’s no politics but only money in Singapore, the Singaporeans “adopted” the Malaysian politics as theirs. They know quiet a lot about our politics from reading their newspapers.

Because there’s not much politics to report in Singapore and whatever little they have is monopolized by the DAP, the Singapore newspapers rely on political news from Malaysia, Indonesia and Thailand to spice up their otherwise dull pages.

So for the Singaporean newspapers and their readers, Malaysian politics is their “adoptive politics.” I have a sneaky feeling that if they can, they would like the Singapore politics to be a little bit like Malaysian politics.

Incidentally, many of the former Malaysian correspondents of Singapore newspapers and foreign news agencies are today holding important jobs in key Malaysian media organizations and propaganda outfits.

In fact, if we Malaysians want to read about the juicier stuff in the Malaysian politics that are not reported by our party-controlled mainstream newspapers, we can read them in the Singapore Straits Times, Business Times and other Singapore newspapers. We can now read them online.

Praising Singapore’s political system (read the PAP system) Mr Lee said: "Over the years, with each election, we see the quality of the MPs, their education levels, their competence, their abilities, their energy. Their youthfulness is renewed and we have a leadership that’s able to meet the rising standards of the population."

Mr Lee lamented that today’s younger generation did not understand all this. They say, oh, let’s have multiparty politics. Let’s have different parties and be in charge of the Government.

"Is it that simple? You vote in a Division Three government, not a Division One government, and the whole economy will just subside within three, four years. Finished!" he said.

Mr Lee wanted the people proposing such a change to study Taiwan, Thailand and the Philippines, where rotating party governments had led to more mismanagement. Bernama did not say if Mr Lee mentioned Malaysia too.

He might not have because we are not quite a two-party system yet although the results of the March 8 general polls suggested that the proposed Pakatan Rakyat could pose a long- term challenge to the Barisan Nasional if it succeeds in keeping its solidarity alive.

But ongoing Permatang Pauh by-election and the sodomy charge against Anwar Ibrahim, who is representing the People’s Alliance, could put the solidarity among the Democratic Action Party (an offshoot of the PAP), the Pan Malaysian Islamic Party (Pas) and People’s Justice Party (PKR) to test.

Pas, at its recently ended annual general assembly in Ipoh, has temporarily withheld its endorsement of Anwar and the shadow Prime Minister of the Pakatan Rakyat.

Back to Singapore, I wonder what “low hanging fruits” – to borrow Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi’s famous quote – can we now plug given the fact that our much-touted team to the Court of International Justice in the Hague, had lost Pedra Branca to the Republic.

If we are not careful – this includes listening to the same losing negotiating team – we may lose in further negotiations to resolve the remaining issues concerning the ownership and economic applications of the remaining “rocks” in the disputed seas.

Maybe we should put aside our pride and take Mr Lee’s pointer by having a “Division One” team leading us.

And while we are struggling to show some coherence in managing the looming global economic problems, Mr Lee was full of confidence that “even in the face of a global recession, Singapore had enough long-term investments to buffer the setbacks.”

"Why are we on top of our problem? Because there’s a government that is planning ahead, seeing ahead, calculating ahead, making the right decision," said Master Lee.

For me, I rest my case, and apologize to all of you for not updating this blog as regularly as I should.

Wednesday, August 13, 2008

Boleh Cabar Kerajaan Tapi Jaga Sensitiviti Rakyat

A Kadir Jasin

[TOLONG JANGAN BUANG MASA ANDA. ULASAN ANONYMOUS TIDAK AKAN DISIARKAN. SILA BACA BETUL-BETUL PERINGATAN BERIKUT.

Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakanlah nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

SETELAH Majlis Peguam mengadakan forum mengenai “conversion to Islam” (memeluk Islam). Setelah penunjuk perasaan mengganggunya. Dan setelah pelbagai pihak bersuara, barulah Perdana Menteri “tumpang sekaki”.

Selepas tiga hari berlaku suasana yang mencemaskan itu, barulah rakyat jelata mendengar reaksi Abdullah Ahmad Badawi. Apa kata beliau?

“Jangan anjur lagi forum sentuh sensitiviti kaum, agama,” demikian menurut akhbar arus perdana milik Umno, Utusan Malaysia pada 12 Ogos.

Menurut akhbar itu, Perdana Menteri memberi amaran kepada semua pihak, termasuk Majlis Peguam, supaya tidak lagi menganjurkan forum terbuka yang menyentuh sensitiviti kaum dan agama.

Pada hari yang sama, akhbar bebas dan percuma, The Sun, memetik Naib Presiden Majlis Peguam, Ragunath Kesevan, sebagai berkata bahawa majlis itu tidak boleh ditakutkan.

Katanya Majlis Peguam akan terus bercakap mengenai aspek undang-undang isu itu “tanpa mempertikaikan kedudukan agama Islam atau mempersoalkan Perkara 121 (1) (A) dalam Perlembagaan Persekutuan.

Saya tidak langsung terperanjat dengan reaksi “melepas batuk di tangga” Perdana Menteri itu atau keazaman Majlis Peguam untuk terus menganjurkan forum seperti itu kerana:

1. Memang itulah respons Perdana Menteri kepada masalah dan krisis. Kalau kita masih ingat, itulah juga tindakan beliau sehari sebelum Gabungan Pilihan Raya Bersih (Bersih) mengadakan tunjuk perasaan raksasa di Kuala Lumpur pada 10 November tahun lalu.

Pada hari yang sama, Utusan Malaysia menyiarkan tajuk berita “Saya Pantang Dicabar” yang memetik Perdana Menteri;

2. Sejak itu, amaran demi amaran beliau keluarkan setiap kali berlaku tunjuk perasaan atau perhimpunan. Ia sudah menjadi acuan kepada reaksinya;

3. Majlis Peguam sekadar mengambil kesempatan daripada mantera kebebasan, keterbukaan, ketelusan dan kebertanggungjawaban Abdullah sendiri;

4. Majlis Peguam menjadi semakin berani dan berazam kerana Pentadbiran Abdullah menunjukkan keakraban yang luar biasa terhadapnya;

5. Atas inisiatif menteri undang-undang de facto, Senator Zaib Ibrahim, Abdullah menghadiri majlis makan malam tahunan Majlis Peguam dan, khabarnya, menggunakan wang negara membiayai majlis suka ria itu;

6. Pentadbiran Abdullah dilihat sebagai tunduk kepada desakan Majlis Peguam dengan mengumumkan cadangan penubuhan Suruhanjaya Pelantikan Hakim;

7. Majlis Peguam, seperti badan-badan bukan kerajaan (NGO) dan profesional yang lain, sekadar mengambil kesempatan daripada kelemahan Kerajaan Barisan Nasional selepas Pilihan Raya Umum 8 Mac lalu untuk memperkuatkan kedudukan dan memperluaskan pengaruhnya;

8. Dalam sistem perkongsian kuasa demokrasi di mana ciri check and balance adalah utama, kelemahan sesuatu komponen akan diimbangi oleh kekuatan komponen yang lain; dan

9. Dalam konteks inilah kita semakin kerap mendengar saranan sesetengah pihak agar Raja-Raja Melayu campur tangan.

Namun, kita hendaklah sentiasa berhati-hati, berjaga-jaga dan bijaksana menggunakan kebebasan. Kita tidak boleh mempercayai bulat-bulat mantera kebebasan, keterbukaan, ketelusan dan kebertanggungjawaban Pentadbiran Abdullah yang diuar-uarkan oleh media massa arus perdana.

Kita kena juga mendalami dan memahami maksud dan matlamat yang tersirat kerana perang saraf dan propaganda ini diatur dan digerakkan oleh pihak-pihak yang berkepentingan di luar Umno dan kerajaan sendiri.

Lebih daripada itu, kita kena ingat bahawa bukan semua rakyat Malaysia berfikiran terbuka dan liberal seperti Zaid dan Musa Hitam yang dikatakan begitu berpengaruh ke atas Abdullah.

Bagi majoriti rakyat Malaysia daripada pelbagai kaum dan agama, isu akidah adalah sangat penting. Isu undang-undang seperti yang dirujuk oleh Kesevan mungkin tidak bermakna kepada mereka jika pada hemat mereka hak keagamaan mereka tercabar atau dipertikai.

Justeru itu, dalam usaha Majlis Peguam membuat tuntutan terhadap Pentadbiran Abdullah, janganlah hendaknya sensitiviti orang Melayu dan Islam disentuh sebegitu rupa sehingga mengancam kesejahteraan negara keseluruhannya.

Saturday, August 09, 2008

Blogger, Polis Dan Undang-Undang

A Kadir Jasin

[TOLONG JANGAN BUANG MASA ANDA. ULASAN ANONYMOUS TIDAK AKAN DISIARKAN. SILA BACA BETUL-BETUL PERINGATAN BERIKUT. Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakanlah nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

SAYA faham dan sokong tindakan Saudara Abu Bakar Mohd Rashid aka Bakaq aka blogger Penarik Beca memohon maaf kepada pasukan polis dan menyesali kesilapannya.

Dalam SMSnya kepada rakan-rakan blogger semalam, Abu Bakar, 50 tahun, berkata:

"I would like to say that I regret putting the crest there. It was wrong, a stupid mistake. I would like to tender my sincere apology to the whole police force.

"I defended and still defend what I wrote but since the first moment they hauled me in, I've said without any reservation that I regretted having copied-and-pasted the image."

(Saya ingin menyatakan yang saya kesal meletakkan lambang di situ. Ia adalah kesilapan, satu kesilapan yang bodoh. Saya ingin memohon berbanyak-banyak maaf kepada semua anggota pasukan polis.

“Saya telah mempertahankan dan masih mempertahankan apa yang saya tulis daripada saat saya ditangkap. Saya telah menyatakan tanpa sebarang keraguan yang saya kesal (perbuatan saya) menyalin dan menampalkan imej itu.”)

Menurut Saudara Rockybru, Abu Bakar dibebaskan jam 5.30 petang semalam setelah ditahan selama kira-kira 40 jam di Ibu Pejabat Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur.

Abu Bakar berkata dia sedang disiasat di bawah Seksyen 4 (1), Akta Hasutan, bersabit penyiaran lambang Polis di-Raja Malaysia dalam posting bertajuk “Kenapa Tak Saman Raja Petra?”

Saya berpandangan dan pendirian saya adalah seperti berikut:

1. Blogger, seperti sesiapa sahaja yang menulis dan mencetak, adalah tertakluk kepada undang-undang dan peraturan negara;

2. Adalah menjadi kesalahan dan tidak bijak mempersendakan lambang dan lembaga rasmi seperti bendera negara, bendera negeri, panji-panji pasukan tentera dan polis, lambang Raja-Raja, Parlimen dan Dewan Undangan Negeri;

3. Kita boleh tidak setuju dan mengkritik mana-mana cabang pemerintahan, tetapi kritikan kita itu biarlah berlapik dan tidak melanggar undang-undang seperti Akta Hasutan, Akta Rahsia Rasmi, Akta Keselamatan Dalam Negeri dan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan;

4. Kita boleh tidak bersetuju dengan Kerajaan, dengan Barisan Nasional, dengan Umno, dengan Pakatan Rakyat, dengan Perdana Menteri dan dengan sesiapa sahaja yang berkuasa, tetapi kita tidak boleh menghina atau merosakkan simbol-simbol dan lambang-lambang rasmi negara;

5. Kalau kita marahkan BN atau Abdullah Ahmad Badawi, kita terbalikkanlah mereka melalui proses demokrasi dan atas landasan undang-undang seperti yang dilakukan oleh veteran Umno Mazlan Harun yang membuat laporan Badan Pencegah Rasuah menuduh Abdullah dan timbalannya, Mohd Najib Abdul Razak, menyalahgunakan kuasa dalam pemilihan Umno;

6. Kalau itu tidak memadai, pada pilihan raya umum akan datang kita terbalikkan mereka;

7. Kenapa hendak diterbalikkan bendera kebangsaan atau memboikot perayaan ulang tahun kemerdekaan negara kerana kita marahkan kerajaan atau tidak puas hati dengan apa yang sedang berlaku sekarang?

8. Kalau para blogger mahu diyakini dan dihormati, mereka kenalah bertanggungjawab dan mematuhi undang-undang dan peraturan walaupun mereka tidak bersetuju dengannya;

9. Berkempenlah dengan sekuat-kuat hati agar undang-undang dan peraturan yang tidak disenangi itu dipinda atau dimansuhkan;

10. Mengenai tuduhan terhadap pengamal media massa arus perdana pula, sebagai bekas pekerja media massa arus perdana, saya dengan segala rendah diri dan kesedaran, ingin menyatakan bahawa bukan semua petugas media massa arus perdana tidak baik, berdusta atau menyokong pemerintah membuta-tuli;

11. Kita kenalah mengakui hakikat bahawa mereka makan gaji. Akhbar, agensi berita dan stesen radio serta televisyen yang mereka kendalikan itu bukan milik mereka tetapi milik kerajaan, milik Umno, milik MCA, milik MIC dan pelbagai parti politik lagi yang ada agenda masing-masing;

12. Kita yang jadi blogger ini pun buka semuanya bebas. Ada juga yang makan gaji mengendalikan blog orang, pihak atau parti tertentu;

13. Hanya blogger bebas (independent bloggers) yang bebas menyatakan pandangan peribadi kerana kita tidak diupah oleh sesiapa malah kita menggunakan masa, kelengkapan dan wang ringgit sendiri untuk menyelenggarakan blog kita;

14. Kalau kita terima iklan misalnya, kita tidak lagi bebas kerana kita terhutang budi kepada pengiklan kita dan tidak menulis sesuka hati mengenai mereka. (Oleh sebab itulah blog ini menolak tawaran daripada pengiklan dan ejen pengiklanan.);

15. Mengenai lambang PDRM, saya rasa ia sangat mulia kerana ada padanya nama Allah dan Muhammad (SAW). Justeru itu, kalau setiap anggota PDRM menghayati lambang pasukan mereka, saya yakin PDRM akan menjadi pasukan penguat kuasa yang cekap, bersih dan amanah, diredai serta dilindungi oleh Allah Taala;

16. Kerana itu, tidak eloklah bagi sesiapapun mempersendakan nama-nama suci agama Islam pada lambang PRDM itu; dan

17. Mengenai anjing pula, saya sentiasa menganggapnya sebagai haiwan yang “mulia” kerana jasa baktinya. Dalam PDRM pun ada beratus-ratus anggota polis berkaki empat yang mengorbankan nyawa (dan bebas rasuah) demi menjaga keselamatan anggota berkaki dua PDRM dan kita semua.

Kesimpulannya, eloklah para blogger berhati-hati, rasional dan menggunakan kebebasan dengan bijaksana dan membina. Para pengulas dan pendebat blog pula hendaklah bertimbang rasa dan berhati-hati agar komen-komen mereka tidak menimbulkan masalah kepada pemilih blog.

Wednesday, August 06, 2008

Bahaya Umno Hadapi Ledakan Dalaman

A Kadir Jasin

[TOLONG JANGAN BUANG MASA ANDA. ULASAN ANONYMOUS TIDAK AKAN DISIARKAN. SILA BACA BETUL-BETUL PERINGATAN BERIKUT. Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakanlah nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

KALAU pada Pilihan Raya Umum 8 Mac lalu Umno cedera parah akibat “dibom” oleh pengundi, kini parti peneraju itu sedang menderita pengeboman dari dalam.

Meminjam istilah kimia, Umno kini sedang mengalami “implosion” iaitu ledakan dari dalam. Ledakan jenis inilah yang digunakan untuk meruntuhkan bangunan lama.

Proses ini bermula pada PRU ke-12 apabila ahli dan penyokong Umno yang tidak yakin kepada Pentadbiran Abdullah Ahmad Badawi sama ada tidak keluar mengundi, merosakkan undi atau mengundi pembangkang.

Penentangan mereka menjadi semakin jelas dan keras apabila Abdullah tidak mempedulikan protes mereka.

Sebaliknya Abdullah dan konco-konco beliau terus berdegil dan dengan sombong mengatakan mereka menang besar dan tidak perlu mengundurkan diri.

Percubaan mengubati luka ahli akar umbi ditamatkan apabila rombongan yang dikepalai oleh Timbalan Presiden, Mohd Najib Abdul Razak ke Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor menghadapi reaksi sangat negatif. Di banyak tempat mereka menuntut agar Abdullah mengundurkan diri.

Abdullah mengambil alih pengendalian pertemuan seterusnya. Pada mulanya ia diatur oleh Ibu Pejabat Umno tetapi kemudiannya oleh Jabatan Penerangan Khas (Jasa) kerana khuatir dituduh menggunakan Ibu Pejabat untuk tujuan peribadi.

Malangnya, pertemuan Abdullah dengan kepemimpinan cawangan dan bahagian yang diatur oleh Jasa itu juga berbau politik peribadi dan didakwa mengandungi unsur-unsur penyalahgunaan kuasa, rasuah, sogokan dan ancaman.

Ini menjadi ketara apabila Ketua Umno Bahagian Petaling Jaya Selatan, Kapten (Bersara) Zahar Hashim, menulis surat kepada Setiausaha Agung Umno (Tengku Adnan Tengku Mansor) menuntut agar Abdullah dan Mohd Najib dikenakan tindakan disiplin kerana menyalahgunakan kuasa.

Zahar menuduh Presiden dan Timbalan Presiden itu menggunakan Jasa sebagai tapak untuk kempen merebut jawatan.

“Abdullah bertemu dengan pemimpin Umno melalui Jasa di Kuala Lumpur dan memberi mereka wang dan kain pelekat atau batik dan menyediakan mereka penginapan hotel empat bintang serta hiburan,” kata Zahar di dalam suratnya.

Dia mendakwa surat Ibu Pejabat Umno bertarikh 8 Julai menjemput semua ketua bahagian, cawangan, Puteri, Putera dan Wanita dari seluruh negara untuk menghadiri taklimat tertutup di Ibu Pejabat pada 10 Julai.

Zahar menuduh dalam taklimat itu Abdullah dan Najib secara terang-terang berkempen untuk mempertahankan jawatan nombor satu dan dua parti Disember ini.

Menurut Zahar, mengadakan pertemuan dan memberi “wang kocek” kepada ahli parti adalah bertentangan dengan garis panduan parti dan menambah bahawa Presiden dan Timbalan Presiden tidak terkecuali daripada arahan itu.

Katanya Abdullah dan Mohd Najib melanggar garis panduan yang mereka sendiri buat.

“Adakah ini yang mereka maksudkan dengan kepimpinan melalui teladan,” tanya Zahar.

Dia membidas pelan peralihan kuasa daripada Abdullah kepada Mohd Najib (pada 2010) sebagai “rasuah politik yang paling besar.”

Kalau ledakan dalaman oleh bekas pegawai tentera itu sudah cukup mengaibkan, bayangkan pula laporan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) yang dikemukakan oleh veteran Umno Mazlan Harun semalam (5 Ogos).

Mazlan yang pernah menjadi ahli exco Pemuda Umno menuduh Abdullah dan Mohd Najib menyalahgunakan kuasa kerana “menggunakan jentera kerajaan untuk mendapatkan sokongan bagi mengekalkan kedudukan dalam parti pada pemilihan akan datang.”

Soalan yang muncul di fikiran saya adalah – apakah Umno akan meledak dari dalam dan runtuh menjadi timbunan batu-batan sejarah politik Malaysia?

Atau apakah Umno akan menjadi seperti burung mitos phoenix yang membakar dirinya untuk hidup semula sebagai unggas yang lebih perkasa?

Apa sekali pun, perkembangan terbaru ini tidak membantu menaikkan imej Umno di saat-saat ia diragui oleh parti-parti rakannya di dalam Barisan Nasional dan diasak oleh parti-parti lawan.

Sekalipun ketua de facto Parti Keadilan Rakyat dan bakal calon Pakatan Rakyat bagi pilihan raya kecil Permatang Pauh, Anwar Ibrahim, dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan liwat, imej kepemimpinan Abdullah yang koyak-rabak tidak membantu usaha BN menawan semula kerusi itu.

Monday, August 04, 2008

Permatang Pauh, Anwar dan Umno

A Kadir Jasin

[TOLONG JANGAN BUANG MASA ANDA. ULASAN ANONYMOUS TIDAK AKAN DISIARKAN. SILA BACA BETUL-BETUL PERINGATAN BERIKUT. Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakanlah nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

[MUTAKHIR, 5 OGOS]

VETERAN Umno dan bekas Exco Pergerakan Pemudanya, Mazlan Harun, hari ini membuat laporan kepada Badan Pencegah Rasuah menuduh Presiden Umno Abdullah Ahmad Badawi dan timbalannya, Mohd Najib Abul Razak, menyalahgunakan kuasa.

Mazlan menuduh mereka “menggunakan jentera kerajaan untuk mendapatkan sokongan bagi mengekalkan kedudukan dalam parti pada pemilihan akan datang.”

Laporan Mazlan itu berasaskan aduan bertulis Ketua Umno Bahagian Petaling Jaya Selatan Zahar Hashim yang ditujukan kepada Setiausaha Agung Umno, menuntut agar Abdullah dan Najib dikenakan tindakan disiplin kerana menyalahgunakan kuasa.

Mereka didakwa menggunakan Jabatan Penerangan Khas (JASA) Kementerian Penerangan sebagai tapak berkempen jawatan parti.

[Posting Asal]

SUMPAH politik adakah sumpah berkala. Sumpah yang tidak berlapik. Sumpah yang boleh diubah-pinda. Begitu jugalah dengan azam dan iltizam. Kerana dalam politik segala-gala mungkin dan halal.

Maka dalam konteks dan daripada aspek itulah saya melihat ikrar bersemangat Mohamad Ezam Mohd.Noor, bekas pengikut fanatik Anwar Ibrahim untuk memerangi bekas kekasih politiknya mati-matian.

Sebagai “returnee” Umno yang kepulangannya diuar-uarkan oleh Presiden Umno, Abdullah Ahmad Badawi, sebagai kemenangan besar tetapi dipertikai oleh ramai pembesar Umno, Ezam adalah senjata beracun yang sangat mustajab untuk menikam Anwar.

Akhbar Arus Perdana, Mingguan Malaysia 3 Ogos, dalam berita utamanya bertajuk “Pertarungan moral Lawan Anwar habis-habisan di Permatang Pauh – Mohamad Ezam” memetik bekas Ketua Pemuda Parti Keadilan Rakyat itu sebagai berkata bahawa Barisan Nasional (BN) dan UMNO perlu menentang Anwar habis-habisan kerana ia merupakan satu pertarungan moral.

Dan Permatang Pauh akan menjadi medan berdarah buat semua pihak kerana Anwar, demi kelangsungan (survival) politiknya, pasti akan menggunakan api untuk melawan api.

(Pemadam api telaga minyak yang terkenal, Red (Paul Neal) Adair (1915-2004) menggunakan bom api untuk memadamkan api telaga minyak.)

Kalau Ezam bersumpah atas landasan moral untuk menelanjangkan bekas kekasih politiknya itu kerana dia kecundang dalam cinta politik tiga segi (Anwar-Azmin-Ezam), Anwar serta penyokongnya akan membogelkan Ezam, Abdullah, Mohd Najib Abdul Razak, Umno, BN dan sesiapa saja yang melintas laluan mereka.

Bagi Anwar, membujur lalu melintang patah. Dia tidak mempunyai banyak pilihan kerana usia dan keadaan tidak memihak kepadanya. Dia sudah berusia 61 tahun dan kini menghadapi dakwaan liwat kali kedua.

Bagi Ezam, pertarungan moral yang disebutkannya itu adalah peribadi dan emosional kerana dia tewas dalam cinta politik tiga segi.

Dalam politik, tidak ada yang lebih hina daripada pembelotan. Bagi PKR, Ezam adalah ikon kepada perbuatan keji itu. Bagi Ezam pula kepulangan ke pangkuan Umno adalah umpama ayam jantan yang pulang ke reban setelah kalah bersabung. Pahit tetapi terpaksa ditelan demi kelangsungan aspirasi politik.

Dia bermula sebagai aktivis muda Umno yang taasub kepada Anwar. Dia dilantik sendiri oleh Anwar sebagai Setiausaha Politik pada usia yang sangat muda dan dalam sekelip mata menjadi bintang bergemerlapan kem Anwar ketika Azmin hanyalah pentadbir di bilik belakang.

Namun saya tidak menjangka Umno akan mencalonkan Ezam. Permatang Pauh adalah di dalam negeri Abdullah Badawi dan bersebelahan pula dengan kawasan Parlimennya, Kepala Batas.

Abdullah pasti akan mencalonkan anak tempatan. Tetapi dia akan berdepan dengan suasana telan mati ayah, luah mati emak kerana percakaran dalam kepemimpinan Umno Permatang Pauh yang bukan rahsia lagi.

Sejarah pilihan raya Permatang Pauh sejak pemecatan Anwar daripada Umno pada tahun 1998 tidak memihak kepada BN.

Hatta pada tahun bertuah Umno iaitu 2004 apabila BN menang besar, Dr Wan Azizah Wan Ismail masih berjaya mengekalkan kerusi itu. Anwar pula merampasnya daripada Pas pada tahun 1982.

Maka suka atau tidak suka, Umno terpaksa mengakui hakikat bahawa Permatang Pauh adalah “the Anwar country” – wilayah Anwar – meminjam cogan kata Celcom.

Selepas badai politik 8 Mac yang menghanyutkan BN di lima buah negeri dan wilayah – termasuk negeri tumpah darah Abdullah -- pilihan raya kecil Permatang Pauh, sebagai pilihan raya kecil pertama selepas itu, akan menguji semua pihak yang terbabit.

Tidak dapat tidak ia akan turut mempengaruhi pemilihan Majlis Tertinggi Umno Disember ini dan kedudukan Abdullah sebagai Presiden Umno dan Perdana Menteri.

Manakala Umno terpaksa berdepan dengan musuh utamanya atas landasan demokrasi, parti itu sendiri nampaknya semakin hari semakin tidak demokratik, semakin feudalistik dan semakin ketandusan kepemimpinan berwibawa kerana:-

1. Jawatan Presiden dan Timbalan Presiden besar kemungkinan tidak akan ditandingi;

2. Kuasa wang dan projek sudah membeli sokongan kepemimpinan cawangan dan bahagian yang beberapa bulan lalu beria-ia menuntut perubahan;

3. Ancaman dan tekanan akan dikenakan ke atas saki baki pembesar Umno yang masih bebas daripada jangkitan “koro”. (Sila baca posting 17 Jun berjudul “Would Koro Victims Like To Speak Up?” untuk mengetahui mengenai penyakit koro.);

4. Kerana Abdullah telah merendahkan palang maka ramailah yang akan cuba melepasinya;

5. Ramai akan bertanding tiga jawatan naib presiden dengan harapan kalau kalah sekali pun Abdullah akan melantik mereka ke Majlis Tertinggi (macam dia melantik orang luar, bekas Ahli Parlimen dan pesalah politik wang menjadi Menteri dan Timbalan Menteri.); dan

6. Pemimpin terpaksa membelitkan kata-kata seperti Muhyiddin Mohd Yassin yang memberikan harapan palsu (false hope) kepada ahli dengan membayangkan akan bertanding jawatan Timbalan Presiden tetapi kekal bertanding naib presiden semata-mata untuk selamat.

Pilihan raya kecil Permatang Pauh akan menguji sekali lagi mantera Pentadbiran Abdullah yang diuar-uarkan media massa arus perdana dan jentera propaganda iaitu kebebasan, keterbukaan, ketelusan dan kebertanggungjawaban.

Namun kita sudah boleh menjangkakan bahawa media massa arus perdana yang dimiliki kerajaan, Umno dan parti-parti komponen BN mustahil akan berkecuali, bebas, terbuka, telus dan bertanggungjawab. Begitu juga dengan jentera propaganda yang lain.

Dalam masa terdekat ini, beberapa perkara mesti dan mungkin berlaku:

1. Suruhanjaya Pilihan Raya terpaksa memanggil pilihan raya kecil dalam masa 60 hari daripada tarikh pengumuman peletakan jawatan Wan Azizah;

2. Oleh sebab polis dilaporkan telah selesai menjalankan penyiasatan aduan lewat ke atas Anwar, ada kemungkinan Anwar ditangkap dan dihadapkan ke mahkamah;

3. Wujud kebimbangan bahawa mahkamah akan membuat keputusan sebelum penamaan calon atau sebelum pengundian untuk menggagalkan percubaan Anwar;

4. Namun saya tidak menjangka kehakiman akan membenarkan campur tangan luar apatah lagi di saat-saat Abdullah dan Menteri Undang-Undang de factonya, Senator Zaid Ibrahim, sedang mendendangkan kemerdekaan kehakiman (the independence of the judiciary);

5. Apatah lagi slogan kemerdekaan kehakiman itu sendiri berasal daripada manifesto dan kempen pilihan raya pakatan pembangkang (kini Pakatan Rakyat) yang dipelopori oleh Anwar;

6. Abdullah menggunakan Permatang Pauh untuk menguji kesetiaan Mohd Najib Abdul Razak dan keberkesanan sepupunya Hishammuddin Hussein Onn walaupun ketua Pemuda itu gagal menggempur Wan Azizah pada PRU Mac lalu; dan

7. Adalah kebiasaan bagi Timbalan Perdana Menteri mengepalai kempen pilihan raya kecil. Bagi Anwar dan penyokongnya, bertemu Mohd Najib di Permatang Pauh adalah umpama orang mengantuk disorongkan bantal, pucuk dicita ulam mendatang.

Kesimpulan, manakala sukar bagi Unmo/BN yang semakin tidak popular sekarang untuk merampas kembali Permatang Pauh, bagi Anwar ia adalah perjuangan hidup mati yang terpaksa dilaluinya.

Dia sama ada membuat pendirian sekarang atau akan ditinggalkan masa dan menjadi sekadar satu catatan dalam lipatan sejarah.

Bagi negara kita Malaysia, Permatang Pauh akan menarik lebih banyak perhatian luar dan akan dijadikan kayu pengukur oleh pelabur dan pemodal asing.

Friday, August 01, 2008

For Anwar It’s Now Or Never

A Kadir Jasin

[ANONYMOUS comments with not be entertained. When commenting, your real identity is preferred. But a suitable pseudonym is accepted. If you have to use anonymous, please print your name or pen name at the bottom of your message. Please avoid seditious, defamatory and libelous statements. Unrelated comments will not be given priority.]

DR Wan Azizah Wan Ismail’s decision to resign as the Member of Parliament for Permatang Pauh to give way to her husband, Anwar Ibrahim, had not come as a surprise.

It will also not surprise me that if, at some point of time in the future, she will re-contest elsewhere or hand over the leadership of Parti Keadilan Rakyat to him. But that’s not the priority now.

The immediately consideration has to be the resurrection of her husband as an elected representative after some 17 years of hiatus.

Soon after Dr Wan Azizah’s announcement, Anwar told a Press conference in Petaling Jaya that he would contest the Permatang Pauh by-election.

There are several very compelling reasons why Anwar has to take the plunge now and why in Permatang Pauh is the best place to do so.

The last thing first – why Permatang Pauh? For a start, it is Anwar’s first and only parliamentary constituency. He recaptured the seat from Pas at the age of 35 in 1982 as Tun Dr Mahathir Mohamad's protege.

He can choose to contest in other PKR-held Parliamentary seats. A few days ago there were talks that the PKR MP for Kulim-Bandar Baru in Kedah, Zulkifli Nordin, would step down to allow him to contest the seat.

There were also rumours that he was contesting in the Bandar Tun Abdul Razak constituency in Kuala Lumpur now held by Abdul Khalid Ibrahim, the Selangor Menteri Besar.

But Permatang Pauh is the safest and most historically relevant. The Penang Malay-dominated constituency carries a significant psychological advantage for Anwar.

It was there in 1982 that he became a giant killer by defeating the incumbent Pas MP, Haji Zabidi Ali.

Wan Azizah held the seat since the 1999 general election and in the last March 8 polls easily defeated the BN with 13,388 votes majority.

There’s no safer place for Anwar to stage a parliamentary comeback than in Permatang Pauh. Given that the Barisan Nasional is almost certain to do all it can to thwart his comeback attempt, fighting in a familiar territory gives him an advantage.

Also, being a Penangite, it would not be correct for him to contest in other states especially when his larger objective is to topple the government led by another Penangite, Abdullah Ahmad Badawi.

Incidentally too, Permatang Pauh lies next to Abdullah’s Kepala Batas constituency. So there’s a moral and psychological mileage to be gained by staging the comeback in Permatang Pauh.

As for the timing, it has to be now or never.

Anwar is not getting younger. This Aug. 10 he will be 61.

With a sodomy allegation hanging over his head and an arrest is said to be eminent, he has to move fast.

There’s no better time to strike at the BN than now. The ruling coalition is in disarray and its key component parties are facing leadership elections.

The Abdullah Government is at the heights of its unpopularity following the June oil price increases, mounting inflation and mediocre economic growth.

Anwar and his supporters are having some success in spinning the sensational sodomy allegation into an equally sensational conspiracy by his opponents.

Truth and fiction are so intertwined that the credibility and integrity of the parties involved in case are being widely questioned. Anwar is using this to his advantage by going on the offensive.

If Anwar is arrested and charged with sodomy, as being widely speculated, there will be enough voters Permatang Pauh who may conclude that he’s being victimised for challenging the government.

It is unlikely that the Court will or can hush up the trial to come up with a verdict within the 60-day period when the election has to be called, especially at the time when Abdullah and his de facto Law Minister, Senator Zaid Ibrahim, are promising an independent judiciary.

Dr Wan Azizah’s withdrawal is a good thing. It kills allegations that Anwar is seeking to build a political dynasty.

With that Anwar stands a better chance of turning the table on Abdullah, who is seen as favouring his son-in-law, Khairy Jamaluddin, the MP for Rambau.

I am sure that Anwar will do the Red Adair by fighting fire with fire if the sodomy allegation or a court case is used by the BN to penalise.

He had started the ball rolling on July 1 by making police report against the Inspector General of Police, Musa Hassan and the Attorney General Abdul Ghani Patail for allegedly falsifying evidence in his 1998 “black eye” incident. On July 22, the IGP responded by suing him for defamation.

Anwar will certainly use these documents to question the impartiality of the IGP and the AG if he is arrested and charged with sodomy.

The BN, I suspect, will try to put up a strong face. It cannot be seen to be intimidated by challenge. But it may still pour party and government money to try to regain the seat and stop Anwar from making a comeback.

Given the current unfavourable public reaction towards the government, Umno and the BN may be reluctant to commit its big guns in the campaign. This will give Anwar a further advantage.

So, if there is any hope for Anwar to stage a comeback, now is the most appropriate time and Permating Pauh is the best place to do so.

Tuesday, July 29, 2008

Muqabalah: Helah Atau Demi Perpaduan Ummah?

A Kadir Jasin

[TOLONG JANGAN BUANG MASA ANDA. ULASAN ANONYMOUS TIDAK AKAN DISIARKAN. SILA BACA BETUL-BETUL PERINGATAN DI BAWAH].

[PERINGATAN: Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakanlah nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

[MUTAKHIR, 31 Julai]

1. Khidmat pesanan ringkas (SMS) The Star melaporkan Presiden PKR dan Ketua Pembangkang, Wan Azizah Wan Ismail, telah meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh bagi membuka jalan kepada suaminya, Anwar Ibrahim, bertanding pilihan raya kecil.

Sementara itu, portal berita bebas Malaysiakini memetik Anwar sebagai mengumumkan yang dia akan bertanding kerusi Parlimen berkenaan. Dr Wan Azizah kekal Presiden PKR.

2. SMS The Star juga melaporkan Presiden Pas, Abdul Hadii Awang sebagai berkata Pas menolak sebarang usaha mengadakan kerjasama dengan Umno dan Barisan Nasional yang bertujuan menubuhkan kerajaan campuran.

[Posting asal]

HARAKAHDAILY, pada hari Ahad, 27 Julai melaporkan Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai mempelawa ahli serta penyokong Umno menyertai PAS bagi memastikan Islam dan nasib orang Melayu lebih terbela.

Akhbar Internet Pas itu memetik Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan sebagai berkata bahawa muqabalah di antara pemimpin PAS dan Umno boleh diadakan bagi mencari kaedah satu parti sahaja bagi orang Islam dan Melayu di negara ini.

"Ini kerana PAS telah lama berjuang di atas landasan Islam. Saya pun tak faham mengapa orang Umno tidak mahu menyertai PAS, apa yang tidak kena bagi Umno terhadap PAS.

"Sedangkan kita terima hakikat bahawa Islam mesti diutamakan," katanya selepas merasmikan Muktamar Dewan Ulama PAS Kelantan di Markas Dewan Ulama (Madu) di Machang.

(Muqabalah diistilahkan sebagai perbincangan/soal jawab/wawancara/pertemuan.)

Dalam permainan catur, kenyataan Tok Guru Nik Aziz itu disebut “checkmate” iaitu menyekat atau mematikan pergerakan Presiden Umno Abdullah Ahmad Badawi.

Seandainya tujuan Abdullah menghebahkan pertemuannya dengan Pas itu untuk mendapat perbatuan politik (political milage) maka matlamat beliau mungkin tidak tercapai. Sebaliknya ia telah mencetuskan keresahan di dalam Umno dan di kalangan parti-parti komponen Barisan Nasional.

Pada hemat saya, antara matlamat utama Abdullah mendedahkan pertemuannya sebanyak tiga kali dengan Pas adalah:

1. Percubaan menenangkan perasaan ahli dan penyokong Umno yang berasa hak dan keistimewaan orang Melayu sebagai bangsa induk semakin dipertikaikan dan Abdullah tidak melakukan apa-apa;

2. Cara tidak langsung memberi amaran kepada orang bukan Bumiputera mengenai bahaya mengancam atau mempertikaikan hak keistimewaan orang Melayu/Bumiputera;

3. Bukti bahawa dia masih berkuasa dan mampu berunding dengan sebuah parti lawan yang kuat; dan

4. Untuk memecahbelahkan gagasan Pakatan Rakyat dengan menimbulkan syak wasangka di kalangan mereka.

Malangnya, ketidakmampuan Abdullah berartikulasi dan sikap media massa arus perdana yang tidak kritikal, seperti biasa, menyebabkan kenyataan itu menjadi bahan pertikaian dan gurauan.

Sepatutnya dia menjawab pertanyaan media secara rasional dan meyakinkan, sebaliknya Abdullah membalas: “Tidak perlu bagi saya memberi butir kerana akhirnya kamu semua akan membuat bermacam-macam spekulasi.”

(Akhbar The Sun, 20 Julai -- "There’s no need for me to give you the details because you will end up speculating all kinds of things.")

Mungkin bukan tujuan Abdullah menggabungkan Umno dan Pas, tetapi tawaran Nik Aziz untuk membubarkan Pas dan bergabung dengan Umno bagi menubuhkan sebuah parti Islam yang besar adalah perang psikologi yang mantap.

Dengan merujuk kepada Islam sebagai landasan bagi menyatupadukan umat Islam, Nik Aziz mengepung Abdullah ke satu penjuru yang sukar baginya untuk melepaskan diri.

Adakah Abdullah dan penyokong-penyokong fanatiknya sanggup membubarkan Umno dan menghumbankan ideologi nasionalisme untuk bergabung dengan Pas dalam sebuah parti Islam yang besar?

Pendukung, ahli dan penyokong Pas tidak akan rugi apa-apa dengan membubarkan parti itu dan bergabung dengan Umno untuk menubuhkan sebuah parti Islam universal kerana ideologi dan perjuangan Islam mendapat anjakan besar.

Seperti biasa, bergegaslah pengikut Abdullah yang setia memberi pelbagai interpretasi dalam usaha mempertahankan ketua mereka dan menjaga periuk nasi.

Mufti pseudo Umno, Ahmad Zahid Hamidi yang suatu waktu dulu pengikut fanatik Anwar Ibrahim, misalnya mendakwa pendekatan muqabalah itu tidak semestinya membabitkan penyatuan Umno dan Pas.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu dilaporkan berkata bahawa konsep muqabalah tidak semestinya menjadi landasan bagi kedua-dua parti untuk membincangkan penggabungan tetapi lebih berupa kaedah membincangkan masalah yang dihadapi negara.

"Apa yang penting muqabalah itu nanti bukan bermakna Pas masuk UMNO atau UMNO masuk Pas. Tidak semestinya kita tidur sebantal mimpi sama, jika bersatu pun masih berlaku perbezaan pendapat, lebih baik lupakan saja,” katanya.

Bagi Pas, ia tidak rugi apa-apa dengan bertemu Abdullah. Pertamanya ia bertemu Perdana Menteri dalam kedudukan yang kuat setelah mengalahkan BN di Kedah, Kelantan, Pulau Pinang – negeri Abdullah – Perak, Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada pilihan raya umum 8 Mac lalu.

(Gabungan Pas/PKR memperoleh 34.8 peratus undi popular berbanding 35.5 oleh Umno. Dengan bantuan DAP, gabungan Pakatan Rakyat memperoleh 51 peratus undi popular di Semenanjung.)

Melalui pertemuan itu, Pas boleh merisik banyak rahsia daripada Perdana Menteri. Abdullah tidak terkenal sebagai seorang yang pintar menggunakan maklumat atau berhati-hati menyimpan rahsia.

Pas juga boleh menggunakan pertemuan seperti itu untuk mendalami dan mengukur pemikiran serta keadaan minda (state of mind) Perdana Menteri.

Secara peribadi saya tidak menjangka pertemuan itu akan membawa sebarang hasil konkrit. Ia sekadar ulang tayang cerita lama dengan "promo" baru.

Sebagai Perdana Menteri, Abdullah bebas bertemu dan bermuqabalah dengan sesiapa sahaja. Itu adalah hak dan budi bicara seorang Perdana Menteri. Tetapi sebagai Presiden Umno, beliau terikat dengan hasrat dan pendirian parti.

Saya rasa tidak ramai pembesar dan ahli Umno yang faham, yakin dan gembira dengan langkah Abdullah itu kerana daripada aspek psikologi dan perang saraf, kemenangan nampaknya memihak kepada Pas.

Penggunaan istilah dan bahasa berkod seperti muqabalah dan muzakarah sahaja sudah cukup untuk memberi gambaran bahawa Pas mempelopori penetapan agenda dan pembentukan pendapat umum.

Ini adalah khazanah bahasa – lazimnya bahasa Arab – yang sering digunakan oleh Pas sebagai senjata melemah dan melembutkan hati orang Melayu yang taasub dengan istilah-istilah yang eksotik yang mereka sendiri tidak fahami.

Pas pastinya tidak mahu mengulangi sejarah disingkir daripada BN seperti yang dilakukan oleh Allahyarham Tun Hussein Onn pada tahun 1977. Sebarang pakatan dengan Umno dan BN pastinya dengan syarat yang ketat dan daripada kedudukan yang kuat.

Lagipun, kalau Abdullah dengan bantuan kabinetnya gagal menamatkan “pemberontakan Mercedes” oleh kerajaan “renegade” Ahmad Said di Terangganu, apakah harapan dia melakukan “checkmate” terhadap Pas melalui muqabalah dengan tokoh-tokoh parti itu?

Anekdot: Bekas Ketua Pemuda PKR dan “returnee” terbaru Umno, Ezam Mohd Nor, dilaporkan bersedia mencabar bekas mentornya, Anwar, dalam pilihan raya kecil jika dicalonkan. Bagaimanapun, dia mengaku bahawa harapannya menang adalah tipis memandangkan faktor politik dan ekonomi semasa.

Sunday, July 27, 2008

Kisah Orang Tua Yang Marah

A Kadir Jasin

[TOLONG JANGAN BUANG MASA ANDA. ULASAN ANONYMOUS TIDAK AKAN DISIARKAN. SILA BACA BETUL-BETUL PERINGATAN DI BAWAH].

[PERINGATAN: Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakanlah nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

DENGAN izin dan permohonan maaf, saya ingin menulis sesuatu yang peribadi kali ini iaitu mengenai ayah saya.

Saya pernah sekali sekala dan sepintas lalu menyebut mengenai beliau dalam tulisan-tulisan saya sebagai lulusan darjah empat sekolah Melayu dan lebai pondok yang berfikiran terbuka.

Saya terfikir dan berasa perlu menyebut mengenai beliau kerana pada usia 84 dia tiba-tiba melalui satu lagi transformasi – dia menjadi “seorang tua yang berang” – an angry old man.

“Kita orang kampung ni nak beli ikan temenung pun fikir dua kali. Semua harga dah naik. Ni pemimpin Umno dok berebut beli kereta mahal,” katanya dua hari lalu.

(Dia bercakap loghat Kedah yang saya bakukan untuk mudah difahami. Kereta mewah yang dimaksudkan itu adalah pembelian kereta Mercedes E200 oleh kerajaan Barisan Nasional Terengganu yang dibangkang oleh kerajaaan BN pusat. Ikan temenung adalah ikan kembung dalam loghat Utara.)

Kebetulan ketika dia sedang membaca berita itu dari akhbar Utusan Malaysia, adik lelakinya datang berkunjung ditemani isteri dan menantunya. Tambah rancaklah ayah saya berhujah kerana adiknya itu adalah “musuh politiknya” sejak berdekad.

Sehingga beberapa tahun lalu, Umno adalah perjuangan hidup mati ayah saya. Bagi adiknya, Pak Su Salleh, pula Pas adalah darah dagingnya.

Tetapi dek kerana mereka adalah dua orang daripada 16 orang anak Penghulu Tahir, Tobiar yang “paling tinggi” pendidikan, maka mereka tidak bergaduh, pulau-memulau atau menuduh sesiapa kafir kerana ideologi pilitik.

“Aku tegah depa bayar yuran. Aku tak mahu jadi ahli Umno lagi. Biar m----s pi,” katanya merujuk kepada yuran tahunan keahlian Umno.

Pak Su Salleh yang juga lebai pondok yang berguru hingga ke Kelantan adalah pemimpin tempatan Pas dan kawan akrab Allahyarham Fadzil Noor, bekas Presiden Pas dan Ahli Parlimen Pendang.

“Aku pun dah serah balik senapang aku,” katanya dalam nada sedih campur marah.

Senapang patah yang sudah tua itu adalah simbol patriotisme dan perjuangan ayah saya. Ia diperoleh pada tahun 1948 ketika dia menjadi anggota Home Guard kampung Tanah Merah, Pendang.

Home Guard ditubuhkan oleh British sebagai barisan pertahanan akar umbi dalam usaha memerangi gerakan bersenjata Partai Komunis Malaya (PKM) ketika darurat 1948-1960.

Penyerahan kembali senapang patah itu adalah simbol protes beliau terhadap apa yang dilihatnya sebagai ketidakpedulian pemerintah terhadap rakyat jelata dan penyimpangan perjuangan Umno.

Perjuangannya, kata ayah, sudah tidak bererti lagi apabila para pembesar hanya mementingkan diri, kaum keluarga, sahabat handai dan kroni. (Istilah kroni itu dipelajarinya daripada media massa arus perdana yang menjadi sumber maklumatnya.)

Begitu marah dia dengan pembesar Umno sehingga dia tidak pun berasa hampa apabila Umno kalah teruk dalam pilihan raya umum 8 Mac lalu dan Kedah jatuh ke tangan Pas.

“Tak pa, Pas pun Paslah,” katanya kepada saya kali pertama saya pulang menemuinya selepas pilihan raya lalu.

Tak pa (tidak mengapa), katanya, kerana orang Pas tak sombong macam dulu lagi dan Ustaz Azizan Abdul Razak (Menteri Besar) pun bagus.

Pada pilihan raya itu, buat kali pertama, dia tidak “mewajibkan” anak menantunya keluar mengundi. Sebelum itu, balik kampung, keluar mengundi dan memangkah BN adalah kemestian bagi anak menantu Haji Jasin bin Tahir.

Dia berkata kepada adiknya: "Allah Taala hantar Jepun mai ke Malaya untuk naikkan semangat orang Melayu. Orang Melayu berjuang mati-matian tuntut merdeka. Hari ini depa hancurkan bangsa. Allah Taala turunkan bala."

Dia membuat kesimpulan berikut:-

1. Pemimpin Umno lama yang berpendidikan dan dari latar belakang keluarga yang berada adalah lebih komited kepada perjuangan dan tidak terlalu bermata duitan; dan

2. Pemimpin generasi baru dari latar belakang yang miskin atau sederhana kurang semangat perjuangan dan mudah terpedaya oleh wang ringgit.

Orang tua Umno yang marah ini pernah menjadi ahli jawatankuasa bahagian pada tahun 1960an dan 1970an, dan berkali-kali memikul gulungan tikar dan bantal untuk menghadiri perhimpunan agung Umno di Kuala Lumpur.

Salah satu punca orang tua Umno ini terus marah adalah kerana dia terus membaca akhbar pilihannya, Utusan Malaysia. Setiap pagi selepas membaca akhbar itu, kemarahannya berulang semula.

Untuk berita TV dia menonton TV9 dan mengisi lebihan masanya dengan mendengar bacaan al-Quran oleh imam-iman Masjid Makkah dan Madinah dari cakera padat.

Minta maaf kalau cerita ayah saya ini tidak relevan buat saudara dan saudari dan membosankan. Tetapi saya berasa terhutang budi untuk menceritakan keluh kesah seorang tua yang sepanjang usianya komited kepada perjuangan.

Nota kaki: Hanya orang yang dangkal (dan tamak) sahaja akan membandingkan prestasi Mercedes E200 dengan Proton Perdana dan kemelut Mercedes lwn Proton ini adalah satu lagi petanda (symptom) kerajaan yang hilang kawalan dan tidak boleh dikawal. Suatu lagi kejadian yang menghina rakyat jelata yang dilanda inflasi dan kenaikan harga.

Wednesday, July 23, 2008

Anwar-Shabery Debate – An Unfair Match

A Kadir Jasin

[ANONYMOUS comments with not be entertained. When commenting, your real identity is preferred. But a suitable pseudonym is accepted. If you have to use anonymous, please print your name or pen name at the bottom of your message. Please avoid seditious, defamatory and libelous statements. Unrelated comments will not be given priority.]

[UPDATE, July 24] -- WHILE Anwar Ibrahim's promise of cheaper fuel may never see the daylight or may not materialise any time soon, the Abdullah Ahmad Badawi Government set a new record for causing misery to the rakyat.

His loyal servant, the Domestic Trade and Consumer Affairs Minister, Shahrir Abdul Samad, yesterday announced that the consumer price index (CPI) -- the measure of inflation -- for June rose by 7.7 per cent, the highest in 27 years.

According to The Star newspaper, the 7.7 per cent monthly jump was the highest since April 1981 when the CPI was recorded at 10.8 per cent.

The 41-per cent rise in the prices of petrol and diesel announced by the Government on June 5 was the main reason for the surge, said Shahrir.

He said the inflation would probably remain at 7.7 per cent for July because it would see the impact of increase in the electricity tariff.

But many sources in the trade told me that real inflation could have been in double-digit territory.

[ORIGINAL POST]

THE DUST kicked up during the historic televised debate between Information Minister Ahmad Shabery Chek and PKR de facto leader Anwar Ibrahim has settled. Maybe it’s time for me to put down my two cents worth of thoughts.

First I must congratulate the news portal Agenda Daily and its webmaster, Rosli Ismail for the courage to promote and execute the debate, and fellow scribe Johan Jaaffar for partiality in moderating the debate.

It was an unfair match to begin with. For all his bravery and bravado, Ahmad Shabery was not a fair match for Anwar.

He might have the government machinery on his side but that in itself, was a liability. A junior minister trying to defend a very unpopular government decision against a rabble-rousing orator of Anwar’s caliber did not look like a viable proposition from the start.

Elsewhere, it would have been the head of government versus the head of the opposition. But for us in Malaysia, it was better to have Ahmad Shabery versus Anwar than Abdullah Ahmad Badawi vs Anwar.

Some people said Ahmad Shabery was brave while others thought he was foolhardy. I would like to look at it differently. He was neither brave nor foolhardy.

He was, in fact, a victim of circumstances of sorts. It was either he or no debate at all. No Umno minister would dare risk his or her reputation taking on Anwar.

Logically, since the subject of the debate was the effects of oil price increases and Anwar’s promise to lower prices if the Pakatan Rakyat comes to power, the appropriate government representative should have been one of the economic ministers – Finance Minister 2 Noor Mohamed Yackop, Domestic Trade and Consumer Affairs Minister Shahrir Abdul Samad or one of the Ministers in the Prime Minister Department namely Mohd Nazri Abdul Aziz or Senator Amirsham Aziz.

Ahmad Shabery is not our standard Umno minister. If he is, he would not have dared taking Anwar on. He is better known for his role as the information chief of the now defunct Parti Melayu Semangat 46 and an ally of the Gua Musang MP, Tengku Razaleigh Hamzah.

I sympathize with Ahmad Shabery. In a televised debate on a subject as unpopular as oil price increases, he could not win. Especially when his party only months ago promised that there would not be price increases after the general elections.

But what surprised me was the caliber of his backers who were supposed to help him to demolish Anwar with razor sharp questions. Instead they turned out to be a big, big disappointment. Perhaps they have been in the official woodwork too long to realise that the mood of the rakyat has changed.

Fortunately for Ahmad Shabery and his cohort, Anwar too wasn’t in his sharpest form. While his stance was populist, his real economics was not wholly believable. Economics has never been Anwar’s forte.

Had Anwar been in a better state of mind, he could easily demolish the personal attacks mounted by Ahmad Shabery and his cohort.

He could have easily taken credit for his leadership of the 1974 rubber smallholders’ protest in Baling.

It was as a consequence of that protest that the Government launched a series of emergency programmes. Among them were the rubber price support scheme, the national rubber stockpile, the accelerated replanting of rubber smallholdings by Risda, the issuance of land titles to the illegal smallholders and the setting up of hostels for children of rubber smallholders.

He paid his dues by spending 22 months under the Internal Security Act (Isa) detention.

Still Ahmad Shabery should be congratulated for his efforts although blogger Khalid Jaafar, an Anwar ally, likened the debate to the duel between Hektor and Patroklus in Homer’s Illiad.

According to blogger Ibrahim Yahya aka Tiger, he was informed by his ejen kenit (minor agent) that the Prime Minister congratulated Ahmad Shabery for “successfully debating with Anwar” and told him that he did not have to resign.

Ahmad Shabery had apparently uttered something to the effect that he would step down if he lost the debate. He might not have won but he certainly did not suffer from the dreadful “koro” malady (see June 17 posting).

As Tiger put it, the people won.

[FOOTNOTE -- MY apologies for not being able to update this blog as regularly as I should. Unfortunately I have other things to do – dependents to feed and employees (some 80 of them) to take care of. The times are hard and getting harder. I thank visitors for continuing to drop in and to commentators for spiritedly debating with each other. That’s the spirit of this blog. Thank you.]

Saturday, July 19, 2008

Isu Ekonomi: Siapa Hendak Kita Percaya?

A Kadir Jasin

[PERINGATAN: Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakanlah nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

[TOLONG JANGAN HABISKAN MASA. ULASAN ANONYMOUS TIDAK AKAN DISIARKAN. SILA BACA BETUL-BETUL PERINGATAN DI ATAS].

KALAU kita sudah puas atau sudah jemu dengan cerita bunuh, liwat, lewat, akuan bersumpah, tangkapan ala-Swat dan macam-macam lagi cerita sensasi, elok kalau kita kembali ke alam nyata.

Alam yang penuh dengan sungutan dan rungutan. Alam yang dihuni manusia yang resah, gelisah, susah dan menyampah dengan ekonomi yang terumbang ambing dan janji-janji yang dimungkiri.

Janji sebuah negara yang sejahtera, aman dan makmur seperti diuar-uarkan di dalam manifesto Barisan Nasional pada pilihan raya umum 8 Mac lalu. Negara cemerlang, gemilang, terbilang yang suatu masa dulu didendangkan.

Siapa yang hendak kita percaya? Rakyat jelata yang berkata mereka semakin menderita? Para pembesar pemerintah yang mendakwa semuanya terkawal dan terjaga? Pembangkang yang menuduh kerajaan lemah, rasuah dan tidak berdaya? Atau ramalan pesimis para pakar ekonomi dan penganalisis?

Mari kita pertimbangkan fakta berikut:

1. Pada 2 Julai, akhbar New Straits Times memetik Gabenor Bank Negara, Zeti Akhtar Aziz, sebagai meramalkan kemungkinan pertumbuhan ekonomi negara tahun ini jatuh di bawah paras 5 peratus;

2. Dia meramalkan inflasi bulan lalu (Jun) melonjak naik pada kadar 6-7 peratus akibat kenaikan harga minyak berbanding inflasi bulan Mei pada kadar 3.8 peratus;

3. Beberapa hari kemudian, Reuters memetik Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi sebagai berkata ekonomi masih boleh berkembang pada kadar 5 peratus kerana fundamental ekonomi kukuh;

4. Pada 18 Julai, akhbar The Sun memetik Pengarah Eksekutif Institut Kajian Ekonomi Malaysia (Mier), Prof. Emeritus Dr Mohamed Ariff, sebagai berkata bahawa MIER telah menurunkan jangkaan pertumbuhan ekonomi daripada 5.4 peratus kepada 4.6 peratus;

5. Firma penyelidikan pasaran modal, CIMB Research melaporkan bahawa pelabur asing telah membuat penjualan besar-besaran menyebabkan harga saham-saham kegemaran pelabur asing seperti MRCB, Gamuda, Air Asia, Media Prima, Bursa Malaysia, Resort World, IJM Corp., SP Setia dan UM Land jatuh hingga 57 peratus di Bursa Malaysia sepanjang separuh pertama tahun ini;

6. Seorang billionaire Cina yang menerajui sebuah syarikat papan pertama Bursa Malaysia menyokong jadual peralihan kuasa Abdullah-Mohd Najib tetapi bimbang dalam tempoh itu ekonomi negara akan mengalami penguncupan (recession) kerana kurang perancangan yang meyakinkan;

7. Seorang usahawan Cina mahu Umno segera pulih di bawah kepemimpinan yang lebih berwibawa dan diyakini pelabur;

8. Seorang tauke Cina yang menerajui sebuah syarikat pembinaan papan pertama Bursa Malaysia meramalkan 60 hingga 70 peratus kontrak kecil sudah dimungkiri (defaulted) kerana kos pembinaan yang melambung dan permintaan ke atas hartanah yang merosot; dan

9. Media massa arus perdana yang patuh kepada pemerintah sendiri telah mula menyiarkan secara terbuka berita penderitaan rakyat jelata akibat kenaikan harga minyak dan kos sara hidup.

Nampaknya rakyat jelata tidak ada pilihan selain mencuba sebaik yang mungkin untuk mengekalkan produktiviti dan mata pencarian, berjimat cermat dan menunggu kemunculan kepemimpinan yang lebih cekap dan diyakini selepas era Abdullah.

Ini semua, tidak dapat tidak akan membawa kita kembali kepada kepemimpinan politik, khasnya kepada kemampuan kerajaan mengurus ekonomi dalam krisis dan menjana keyakinan pelabur serta pengguna.

Seorang pembesar politik negara pernah membuat kenyataan berikut dalam wawancara dengan wartawan Utusan Malaysia Rosnah Majid (sekarang Datuk) yang disiarkan pada 20 Mei, 1984:

“Nasib seorang ahli politik banyak bergantung kepada orang suka kepada kita ataupun sebaliknya. Kedudukan dalam politik sentiasa bergantung kepada sokongan. Ahli politik tidak dapat berbuat apa-apa tanpa sokongan. Inilah hakikatnya.”

Pembesar itu tidak lain tidak bukan adalah Abdullah Ahmad Badawi. (Sila rujuk buku “Koleksi Temuramah Khas Tokoh-Tokoh” karya Rosnah Majid, Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.).

Anekdot: Sebuah cawangan Umno di dalam bahagian Kuantan mencalonkan Mohd Najib Abdul Razak untuk bertanding jawatan Presiden Umno. Adakah ini riak di permukaan tasik yang damai abadi atau permulaan kepada badai tsunami di permukaan lautan yang bergelora?

Pembetulan[21 Julai]: Cawangan Umno yang dimaksudkan adalah di dalam bahagian Pekan dan bukan Kuantan.

Wednesday, July 16, 2008

Anwar’s Arrest Is No Joke

A Kadir Jasin

[When commenting, your real identity is preferred. But a suitable pseudonym is accepted. If you have to use anonymous, please print your name or pen name at the bottom of your message. Please avoid seditious, defamatory and libelous statements. Unrelated comments will not be given priority.]

[Revised and Updated, July 17]

[TOLONG JANGAN HABISKAN MASA MENGULAS. ULASAN
ANONYMOUS TIDAK AKAN DISIARKAN. SILA BACA BETUL-BETUL NOTIS DI ATAS. PLEASE DO NOT WASTE TIME COMMENTING. ANONYMOUS COMMENTS WILL NOT BE PUBLISHED. PLEASE READ THE NOTICE ABOVE CAREFULLY.]

BERNAMA reported that Parti Keadilan Rakyat advisor Anwar Ibrahim was released on police bail after his statement in connection with the sodomy allegation against him was recorded.

His lawyer, Sankara Nair, said police also gave the assurance that Anwar would not be remanded.

Anwar was seen leaving the police headquarters by the back gate in a black four-wheel-drive vehicle heading for Jalan Hang Tuah at 9.45am. He waved at media representatives chasing his vehicle.

[Original Post]

MALAYSIAN politics and the state apparatus that support it are fast becoming a joke, if it’s not already one.

Just consider the midday arrest of Anwar Ibrahim today.

Last night I heard on Bernama TV the Bukit Aman CID Chief Mohd Bakri Zinin saying something to the effect that Anwar had until 2pm today to give his statement to the police.

The Star newspaper reported today that Anwar, who had agreed to turn up at 2pm today to give his statement, faced possible arrest if he failed to keep his words.

But before the clock struck two, the police intercepted him in front of his Bukit Segambut house on the outskirt of Kuala Lumpur and whisked him away in a police car. According to Malaysiakini the arrest took place at 12.55pm.

The de facto Parti Keadilan Rakyat leader was returning home after making statement to the Anti-Corruption Agency (ACA) over his criminal allegations against the Inspector General of Police Musa Hasan and Attorney General Abdul Ghani Patail.

It has to be a joke, if as reported by Malaysiakini, 15 police patrol cars were at Anwar’s house to escort him to the Kuala Lumpur Police Contingent Office.

I would not dare speculate if the swift his arrest has anything to do with what he told the ACA. I don’t think so.

I can’t imagine the ACA sharing real time information with the police – not when they were involved in investigating each other’s top officials in recent months.

Despite my opening remark, I am not about to trivialise Anwar's arrest into a joke.

The arrest of a politician of Anwar’s reputation only hours after he had appeared on TV -- including the state-sponsored Bernama TV – in a milestone public debate (with Information Minister Ahmed Shabery Chek) cannot be a joke.

It serves to attract more attention to him and his cause.

The show-of-force, if there has been one, will not help to endear the people to the authorities. Instead it will generate sympathy for Anwar.

But to some people, the whole episode is a joke. Consider the following SMS that I received from an Editor-in-Chief of a very important mainstream newspaper:

“Anwar Ibrahim is expected to come out of police station wit(h) two black eyes. One from igp n (and) another from ag. However both will be self inflicted.”

I think this is in bad taste and wholly inappropriate. The country’s reputation cannot trivialised into an SMS joke unless we intend to make Malaysia the laughing stock of the world.

RPK To Be Charged

MALAYSIAKINI reported that blogger-cum-webmaster Raja Petra Kamaruddin will be charged with criminal defamation.

His wife, Marina Lee Abdullah, told Malaysiakini that Raja Petra was issued a warrant of arrest this morning through his lawyers.

“We spoke to one ACP Aziz at 2pm just now and he confirmed that Petra must report to IPK KL tomorrow,” she said.

She confirmed that he will be charged with criminal defamation in relation to allegations in his statutory declaration that implicated Rosmah Mansor, wife of Deputy Prime Minister Mohd Najib Abdul Razak, in the murder of Mongolian woman Altantuya Shaariibuu.

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).