Tuesday, June 29, 2010

Azmin Lwn Khalid: Yang Tersurat dan Tersirat

A Kadir Jasin


[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

PENGGUGURAN Abdul Khalid Ibrahim daripada jawatan pengerusi Majlis Pimpinan Parti Keadilan Selangor dan pelantikan Mohamed Azmin Ali sebagai pengganti memberi kesan besar kepada dua pemuka PKR itu.

Sekali gus ia memperkukuhkan kedudukan Mohamed Azmin dan di masa yang sama mencetuskan tanda tanya mengenai masa depan politik Abdul Khalid.

Gabungan jawatan naib-presiden dan pengerusi PKR Selangor menjadikan Mohamed Azmin pemuka terkuat parti itu selepas ketua umumnya Anwar Ibrahim dan presiden Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Prestij Mohamed Azmin sebagai sekutu akrab dan “loyalist” Anwar mendapat anjakan kerana sekarang beliau juga menjadi supremo politik Selangor, sebuah negeri maju di mana PKR adalah peneraju.

Sejak awal lagi, Mohamed Azmin dianggap penyandang jawatan Menteri Besar Selangor yang paling sesuai, tetapi tidak dipilih kerana beberapa sebab. Antaranya, Anwar tidak mahu Mohamed Azmin terpisah jauh daripadanya dan kedua dia tidak mahu dituduh mengamalkan pilih kasih dengan melantik Mohamed Azmin.

Di pihak lain, Anwar terpaksa memberi muka kepada Abdul Khalid yang banyak membantu imej PKR apabila dia menyeberang daripada Umno dan pada masa yang sama memainkan peranan penting sebagai Bendahari PKR.

Tetapi Anwar tentu sejak awal lagi sedar bahawa watak dan latar belakang politik Abdul Khalid boleh menjadi beban kepada PKR kerana mereka sama-sama dalam Umno dan kenal rapat antara satu sama lain.

Abdul Khalid bukanlah watak yang popular. Sama ada dalam dunia korporat sebagai eksekutif kanan PNB dan kemudian “pemilik/pengurus” Kumpulan Guthrie atau sebagai penggiat Umno, dia kurang disenangi.

Dalam PNB, beliau diketahui sangat akrab dengan pengerusi PNB ketika itu, Allahyarham (Tun) Ismail Mohd Ali, tetapi percubaannya memenuhi aspirasi politiknya melalui Umno Selangor tidak menyerlah. Setelah hilang “kawalan” ke atas Kumpulan Guthrie, beliau meninggalkan Umno untuk mencuba nasib dengan PKR, di mana nasibnya nyata lebih baik.

Mohamed Azmin mempunyai watak yang lebih disenangi dan mempunyai ramai kawan serta orang yang bersimpati dengannya kerana untuk sekian lama dia bertugas sebagai pembantu khas dan orang “cofidante” Anwar ketika Anwar dalam kerajaan. Ketika itu, Mohamed Azmin adalah penjaga pintu (gatekeeper) yang berkuasa.

Walaupun Anwar mendapat kawan dan penyokong baru selepas dipecat daripada kerajaan pada akhir 1998, namun Mohamed Azmin kekal istimewa dan akrab.

Anwar sedar bahawa tanpa campur tangan beliau melindungi Abdul Khalid, Menteri Besar Selangor itu pasti tidak mampu menangkis serangan penyokong Mohamed Azmin. Di masa yang sama, dia tidak boleh lagi menyekat kemaraan Mohamed Azmin, lebih-lebih lagi dalam suasana di mana beliau sendiri menghadapi tekanan akibat tuduhan liwat terhadapnya.

Sekiranya Mohamed Azmin tidak dibenarkan memenuhi potensinya untuk mara dalam kepemimpinan PKR sekarang, masa depannya mungkin tidak secerah sekarang memandangkan kemasukan beberapa pemuka baru yang bercita-cita besar. Mereka ini boleh membantut dan seterusnya menamatkan riwayat politik Mohamed Azmin.

Anwar tentu tidak mahu atau tidak mampu membenarkan kemungkinan ini berlaku kerana bukan sahaja Mohamed Azmin terlalu istimewa kepada beliau, tetapi masa depan PKR sebagai “creature” ciptaan Anwar dan untuk Anwar, akan terancam jika kepemimpinan parti itu terlepas daripada tangan para “loyalist”nya. Buat masa ini, Mohamed Azmin adalah orang setia Anwar yang paling kanan dalam PKR.

Tidak dapat dinafikan iaitu jika PKR mahu terus mengekal dan memperkuatkan sokongan orang Melayu, parti itu memerlukan pemuka yang berjiwa dan berwajah Melayu yang sekali lagi diwakili oleh Mohamed Azmin.

Jadi, walaupun perubahan jawatan yang membabitkan dua pemuka Selangor ini nampak kecil dan diuar-uarkan sebagai perubahan biasa, namun apa yang tersirat sebenarnya lebih besar dan mendalam.

Sekalipun Abdul Khalid tidak dijangka mempunyai pengaruh untuk mensabotaj Mohamed Azmin, tetapi pihak-pihak lain yang mahu menyekat kemaraan Mohamed Azmin atau cemburu terhadap keakrabannya dengan Anwar, mungkin mengambil kesempatan untuk menangguk di air keruh.

Sebaliknya, kedudukan Abdul Khalid sebagai Menteri Besar belum tentu selamat kerana, mengikut laporan media massa, penentangan terhadap beliau masih berterusan.

Friday, June 25, 2010

Perangi Judi Haram Atau Tambah Lesen Judi?

A Kadir Jasin


[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

[MUTAKHIR, 26 Jun] -- UTUSAN Malaysia melaporkan yang kerajaan membuat keputusan muktamad tidak mengeluarkan lesen pertaruhan sukan kepada Ascot Sports Sdn. Bhd. (Ascot Sports) atas pertimbangan agama dan kesan politik.

Ia melaporkan Perdana Menteri sebagai berkata pendirian itu dibuat selepas mengambil kira pandangan majoriti masyarakat yang secara jelas tidak bersetuju dengan keputusan kerajaan di peringkat dasar untuk memberi kelulusan sebelum ini.

“Walaupun ada pihak menyokong dan menentang perkara itu, kerajaan mendapati secara jelas majoriti masyarakat tidak bersetuju lesen tersebut dikeluarkan.

“Oleh itu dengan ini, saya ingin mengumumkan bahawa kerajaan mengambil keputusan bahawa lesen tersebut tidak akan dikeluarkan,” katanya.

[Posting Asal]

SETELAH meneliti debat dan polemik menganai cadangan mengeluarkan semula lesan judi bola sepak, saya berasa yakin kita boleh membuat beberapa kesimpulan.

Pertama, Mohd Najib Abdul Razak, sebagai Pengerusi Barisan Nasional, Perdana Menteri dan Menteri Kewangan boleh meluluskan lesen judi bola sepak atau apa-apa judi sekalipun. Itu hak dan budi-bicaranya.

Kedua, parti-parti bukan Islam dalam BN mungkin bersetuju atau tidak menentang keras pelesenan judi manakala parti-parti lawan, termasuk Pas dan PKR, akan bermain wayang dan menangguk di air keruh. Itu hak mereka.

Ketiga, sebagai seorang Islam dan Presiden Umno, Mohd Najib tidak boleh bertindak sesuka hati. Di sisi Islam, judi sama ada dilesenkan atau dijalankan secara haram adalah HARAM.

Keempat, sebagai Presiden Umno – sebuah parti yang berjuang atas nama agama (Islam), bangsa dan negara – Mohd Najib tidak boleh bertindak sesuka hati.

Kelima, dia berkuasa mengarah dan memujuk menteri-menteri Islam, ketua-ketua Umno dan media massa arus perdana melancarkan perang saraf bagi menyokong pelesenan judi bola sepak. Atau pihak-pihak ini berasa perlu untuk mempertahankan Perdana Menteri dan kerajaan.

Keenam, Mohd Najib harus berhati-hati menongkah arus kerana ramai dalam Umno telah secara terbuka dan terus terang menyatakan bantahan mereka terhadap pengeluaran lesen judi bola sepak.

[Umno Johor – tonggak kekuatan Umno Malaysia buat masa ini – telah mengatakan “tidak” kepada lesen tambahan perjudian. Umno Perak yang dalam perjuangan hidup mati pun mengatakan “tidak” dan begitu jugalah Umno Kedah yang cuba bangkit semula. Semuanya berkata “tidak”.

Pemuda Umno pun menyatakan pendirian yang sama. Bernama pada 24 Jun memetik ketua pergerakan itu, Khairy Jamaluddin, sebagai berkata Pemuda Umno menentang cadangan mengeluarkan lesen judi bola sepak.

Katanya, pelesenan judi bola sepak akan mendatangkan lebih banyak keburukan daripada kebaikan.

"Selepas beberapa minggu mendapatkan pandangan ahli akar umbi dan melihat usaha polis mencegah judi (haram), Pemuda Umno mengambil pendirian membantah jika kerajaan mahu mengeluarkan lesen judi bola sepak,” tegas beliau.]

Ketujuh, dalam isu judi ini, politiking ada hadnya. Umno, Pas dan elemen Islam dalam PKR boleh bermain wayang dengan membuat kenyataan politik untuk menyedapkan hati penyokong masing-masing sambil cuba mengambil hati orang bukan Islam, tetapi mereka tidak boleh bermain wayang dengan hukum agama dan tentunya tidak semua orang bukan Islam mahu lebih banyak lesen dan kegiatan judi diwujudkan kononnya kerana menghormati hak dan kebebasan orang bukan Islam.

Kelapan, tidak semua orang bukan Islam kaki judi dan bukan semua yang berjudi halal itu orang bukan Islam. Ramai orang bukan Islam menentang judi dan ramai juga orang Islam mencuri berjudi menggunakan perantara dan proksi.

Kesembilan, judi bukan sahaja haram kepada orang Islam, tetapi ia juga buruk kepada orang bukan Islam. Ramai kaki judi yang muflis, diburu along, mengabaikan anak bini dan sekali sekala terjun bangunan, gantung diri dan minum racun.

Kesepuluh, keberkesanan alasan melesenkan judi bagi melawan judi haram ada hadnya. Hakikat yang wajib diakui ialah judi haram tetap berleluasa di negara kita walaupun pelbagai jenis judi telah dilesenkan. Sebabnya ialah kerana ramai kaki judi dan ramai penjenayah di negara kita. Ada kaum dan individu di negara ini yang berpaksikan keuntungan dan materialisme semata-mata, di mana maruah diukur dengan wang ringgit dan segala-galanya boleh asalkan mendapat untung.

Kesebelas, lebih baik kita memerangi judi haram. Gunakan segala peruntukan undang-undang – buang daerah, cukai pendapatan, money laundering dan pembekuan harta – untuk melawan penjenayah judi ini. Takkanlah polis kita haprak sangat sampai tidak tahu siapa penyangak di sebalik judi haram dan kegiatan underworld ini?

Akhir kalam, jangan kerana mahu mengambil hati seorang dua pengusaha judi, Presiden Umno melukakan hati berjuta-juta ahli dan penyokong Umno. Ingatlah, ahli Umno dan orang Melayu tidak lagi mengikut dan menyokong membabi-buta.

Tuesday, June 22, 2010

Anak Tun Razak: Matlamat DEB Masih Relevan

A Kadir Jasin

[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

SARANAN eksekutif kanan perbankan, Mohd Nazir Abdul Razak, anak Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein, agar matlamat yang diwarisi daripada Dasar Ekonomi Baru (DEB) dikaji semula dan diperkuatkan adalah sangat penting dan menarik.

Bukan kerana ia datang daripada anak Tun Abdul Razak dan adik kepada Perdana Menteri, Mohd Najib Abdul Razak, tetapi kerana ia mengubah persepsi umum yang beliau kritikal terhadap DEB dan mahu ianya dihapuskan.

Dalam temu ramah eksklusif dengan Mingguan Malaysia 20 Jun, Ketua Eksekutif Kumpulan perbankan CIMB itu, antara lain berkata:

“Bagi saya, matlamat DEB membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat masih relevan dan perlu dikekalkan, tapi pada masa sama kita perlu menambah satu lagi matlamat (iaitu) membina dan mewujudkan masyarakat Bumiputera yang lebih kompetitif. Ini sangat penting untuk memastikan kelangsungan orang Melayu…”

Saranan Mohd Nazir itu selari dengan kenyataan Mohd Najib baru-baru ini bahawa matlamat 30 peratus pemilikan Bumiputera serta penubuhan masyarakat perniagaan dan perindustrian Bumiputera (BCIC) akan diteruskan.

Kenyataan Perdana Menteri itu dikatakan telah menimbulkan kehampaan dan kekeliruan di kalangan sesetengah ahli Majlis Penasihat Ekonomi Negara (NEAC) yang mahu matlamat DEB dihapuskan dan Malaysia mengamalkan ekonomi kompetitif tanpa subsidi atau kuota di bawah Model Baru Ekonomi (MBE).

Mohd Nazir menolak tanggapan bahawa dia kritikal terhadap DEB. Katanya: “Saya bukan pengkritik DEB kerana saya setuju bahawa dasar berkenaan telah membantu Malaysia mencapai pertumbuhan ekonomi kukuh selain kestabilan politik. Apa yang saya tegaskan adalah keperluan kepada kajian menyeluruh daripada aspek pelaksanaan...”

Pelaksanaan DEB Lemah

INILAH yang buat sekian lama diperkatakan. Pelaksanaan dua matlamat peninggalan DEB wajib dikaji semula kerana telah berlaku kekangan yang luas, khasnya daripada aspek pembahagian peluang-peluang ekonomi antara kaum dan wilayah.

Tidak ada siapa yang boleh mempertikaikan saranan Mohd Nazir agar diwujudkan masyarakat Bumiputera yang lebih kompetitif.

Kita wajib akui bahawa faktor-faktor politik, demografi, geografi, budaya dan pendidikan telah bersekongkol untuk melemahkan daya saing Bumiputera. Ramai yang masih hidup di hulu dan caruk tanpa kemudahan asas. Ramai yang masih dibelenggu kemiskinan dan berpaut kepada ekonomi cukup makan (subsistence economy).

Tanpa bantuan rasmi seperti biasiswa, pinjaman pelajaran, subsidi, pelesenan dan kawalan harga, kaum-kaum Bumiputera dan golongan miskin daripada semua bangsa akan menghadapi ancaman peminggiran yang lebih buruk dalam era globalisasi dan persaingan ini.

Majoriti bukan Bumiputera berjaya mengambil kesempatan daripada DEB untuk memanjat tangga kejayaan dalam bidang perniagaan dan profesional kerana dari awal lagi mereka lebih maju daripada Bumiputera. Di pihak yang lain pula, majoriti kaum Bumiputera masih berada di pinggiran ekonomi.

Jurang Antara Kaum dan Kelas Meluas

SEPERTI telah saya sebutkan berulang kali, jurang pendapatan antara Bumiputera dengan bukan Bumiputera dan antara yang kaya dengan yang miskin telah meruncing sejak sedekad lalu, khasnya selepas krisis kewangan serantau 1997/98.

Jika diukur mengikut skala Gini (Gini Coefficient), jurang pendapatan antara yang kaya dengan yang miskin di Malaysia adalah antara yang terburuk di dunia. Ini semestinya merisau dan memalukan kita apatah lagi dalam usaha melaksanakan dasar keterangkuman di bawah Model Baru Ekonomi.

Inilah yang selalu diungkit, iaitu yang kaya menjadi semakin kaya dan yang miskin menjadi semakin miskin.
Inilah akibatnya apabila yang kaya diberikan pelbagai lesen dan francais, termasuk judi, yang mempunyai nilai produktiviti yang rendah tetapi keuntungan yang tinggi bagi pemilik sedangkan industri yang produktif dan membuka banyak peluang pekerjaan terpaksa bersaing di arena tempatan dan global.

Situasi ini akan menjadi lebih buruk jika golongan bawahan tidak diberikan input ekonomi yang lebih besar dan dengan cara yang lebih berkesan bagi membolehkan mereka bersaing.

Inilah yang sedang dibahaskan di peringkat pembuatan dasar, termasuk oleh NEAC, iaitu bagaimana membantu kelompok-kelompok tertentu dalam struktur ekonomi dan pendapatan. NEAC misalnya, telah mengenal pasti tiga kategori pendapatan iaitu 40% yang berpendapatan rendah (low income), 40% berpendapatan sederhana (middle income) dan 20% berpendapatan tinggi (high income).

Malangnya, apa pun dasar yang hendak dilaksanakan, pasti ada yang menyokong dan mementangnya. Inilah yang berlaku dengan cadangan Mohd Nazir. Ada banyak pihak, khasnya dalam media massa bukan Bumiputera, yang memutarbelitkan kenyataan Mohd Nazir dengan memberi gambaran beliau menantang DEB dan mahu ianya dihapuskan.

Mereka ini sama ada buta atau lupa sejarah, tamak, tidak mengenang budi atau memang perkauman (racist) dalam erti kata mereka hanya peduli kaum mereka sahaja. Mereka lupa bahawa negara ini aman dan damai kerana sikap toleransi dan pengorbanan kaum majoriti iaitu Bumiputera.

Mereka bermain dengan api jika mereka berasa bahawa atas nama globalisasi dan persaingan mereka boleh menolak hak kaum majoriti Bumiputera untuk sama-sama mendapat faedah daripada pembangunan negara.

Malangnya, mereka yang anti-Bumiputera dalam arena ekonomi ini termasuklah segelintir Melayu/Bumiputera yang menjadi kaya raya kerana DEB tetapi sudah menjadi kacang lupakan kulit dan kaduk naik junjung. Mereka ini pengkhianat bangsa dan negara.

Kemiskinan Melepasi Politik Kepartian

ADALAH wajar orang Melayu dan kaum-kaum Bumiputera melihat isu ekonomi, atau lebih tepat, kemunduran mereka dalam bidang ekonomi, sebagai isu yang melepasi politik kepartian kerana kelangsungan mereka sebenarnya dalam ancaman.

Kalau dasar ekonomi bebas laissez faire diamalkan semula seperti sebelum 13 Mei, 1969, besar kemungkinan kaum-kaum Bumiputera akan hilang tempat bergantung dan ketika itu kembalilah mereka menjadi buruh dan petani cukup makan sahaja.

Sekarang pun, majoriti Bumiputera berada dalam kategori buruh (labour) dalam struktur pengeluaran kerana modal dan pengurusan umumnya dikuasai oleh bukan Bumiputera. Walaupun Bumiputera menguasai gunatenaga sektor awam, tetapi 80 peratus pekerjaan adalah di sektor swasta.

Hatta tanah milik Bumiputera pun semakin hari semakin berkurangan kerana diambil alih untuk pembangunan atau terlepas ke tangan bukan Bumiputera.

Majoriti daripada 40 peratus dalam kategori berpendapatan rendah yang dikenal pasti oleh NEAC itu adalah Bumiputera.

Jadi adalah amat wajar kita memberi perhatian kepada saranan Mohd Nazir kerana dia adalah contoh Bumiputera yang berjaya, anak orang besar dan pengurus sebuah bank raksasa. Cakapnya bukan cakap kedai kopi.

Kalau beliau berkata matlamat DEB membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat masih relevan dan perlu dikekalkan, saya tidak segan silu menyokongnya 100%.

Apatah lagi saranan beliau agar dibina dan diwujudkan masyarakat Bumiputera yang lebih kompetitif demi kelangsungan orang Melayu dan keamanan negara.

Tidak ada negara boleh dianggap bertamadun dan sejagat jika bangsa dan kaum majoriti tertindas dan terpinggir. Keamanan dan toleransi tidak wujud dengan sendirinya.

Sunday, June 20, 2010

Acquittals Of Corruption Cases Bad For MACC

A Kadir Jasin

[Please take note, ANONYMOUS comments with not be entertained. When commenting, your real identity is preferred. But a suitable pseudonym is accepted. If you have to use anonymous, please print your name or pen name at the bottom of your message. Please avoid seditious, defamatory and libelous statements. Unrelated comments will not be given priority.]

ON JUNE 17, the Temerloh Sessions Court threw out another high-profile Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) case, thereby freeing the former Federal Territory Umno Youth leader, Mohamad Norza Zakaria.

The court made the decision because eight witnesses in the case were deemed uncooperative. The witnesses had since been charged with giving false evidence during the trial of Norza and his agent Halimi Kamaruzzaman.

This is the latest in a series of dismal performance by the national anti-graft agency. It does not auger well for the fight against corruption and tarnishes the image of the commission and the Attorney General's Chamber.

Several debaters of this blog, had on a number of occasions, accused me of being soft on corruption. That’s not true. Maybe I had not discussed the issue often enough in this blog.

For the benefit of readers and debaters, allow me to reproduce an article I wrote in my “Other Thots” column that appeared in the May 1, 2010 issue of the Malaysian Business magazine.

I wrote:

“I SHARE the sentiments of the DAP secretary-general Lim Guan Eng, who is also Penang Chief Minister, that the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) has a lot to explain about the acquittal of two former Perak PKR State Executive Council members and three others for corruption.

Lim was responding to the acquittal of the Behrang State Assemblyman Jamaluddin Mohd Radzi and his Changkat Jering compatriot, Mohd Osman Jailu by the Ipoh Sessions Court on Apr. 23 without their defence being called.

However, it’s convenient for Lim to omit the fact that the court on April 2 acquitted Wong Chuan How, the special officer to its Selangor Executive Council Member, Ronnie Liu on charges of submitting a falsified allocation form and invoice, without his defence being called, and three weeks later on April 21 he was freed of a charge of criminal breach of trust involving RM5,000.

The oppositions’ stance with regards to court cases is also predictable. When the courts ruled in favour of their members it was justice and fairness.

But when the same court ruled against them, it was injustice and unfairness.

The DAP and its Pakatan Rakyat allies did not make a huge fuss when the MACC cleared the BN Malacca Chief Minister, Datuk Mohd Ali Rustam, of corruption allegations.

That’s only because the agency also simultaneously cleared their Selangor Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, of similar allegations.

I think we should go a step further. We should insist that the MACC and the Attorney General’s Chamber explain why they failed to get convictions for many of the high-profile corruption and criminal breach of trust (CBT) cases taken to court.

When these cases were taken to court, they were celebrated as watertight and the state was almost certain to win. But so far, the cases taken to court in the opening days of Tun Abdullah Ahmad Badawi’s administration had been thrown out.

But the acquittal of the more recent cases does not auger well for the supposedly more powerful and independent MACC.

On June 27, 2007 the Kuala Lumpur Sessions Court found the late Tan Sri Eric Chia Eng Hock not guilty of CBT involving RM76.4mil, a case that made headline and one that had supposedly taken the Anti-Corruption Agency, the MACC’s predecessor, to faraway places like Japan and Switzerland.

In May 2009 the Kuala Lumpur High Court acquitted former Felcra director-general Datuk Mustapa Juman of criminal breach of trust involving RM40 million on May 6, 7 and 9, 1997.

Then on August 12, 2009, the former Land and Co-operative Development Minister, Tan Sri Kasitah Gaddam, was acquitted by the Kuala Lumpur High Court of charges of corrupt practice and cheating in 1996.

The court also freed the former Selangor State Executive Councillor, Datuk Saidin Thamby, of a corruption charge. He was charged with accepting a RM1 million cheque as gratification from Nusantara Network Sdn Bhd for assisting it to obtain approval from the state executive council for a piece of land.

There are many more corruption and CBT cases involving senior civil servants, top-ranking police officers and private sector executives that were thrown out by the court.

The more recent acquittals of high-profiled corruption and CBT cases do not auger well for the MACC and the AG’s Chamber since the latter is supposed to wield greater power and independence.

It has to be noted that although the MACC had been given wider power and independence to investigate corruption cases, the prosecution continues to be conducted by the AG’s Chamber.

Unless the MACC and the AG’s Chamber are able to get a higher conviction rate, the public should not be blamed if they once against lose confidence in the two key agencies that are in the forefront in the fight against corruption.”

Monday, June 14, 2010

Kemungkinan Menarik Bukan Islam Jadi Calon Pas

A Kadir Jasin

[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

[MUTAKHIR, 15 Jun.] - MALAYSIAN Insider melaporkan yang Ahli Dewan Undangan Negeri DAP bagi kerusi Malim Nawar, Keshvinder Singh, keluar parti dan mahu bekerjasama dengan Barisan Nasional.

Dia adalah Adun kedua DAP yang keluar parti sejak Pilihan Raya Umum 2008. Keshvinder berkata beliau keluar kerana "mahu berkorban demi kepentingan rakyat".

Awal tahun lalu, tiga Adun Pakatan Rakyat keluar parti, sekali gus menyebabkan kejatuhan kerajaan PR Perak. Mereka termasuklah Adun DAP Jelapang, Hee Yit Foong yang pada waktu itu Timbalan Speaker DUN.

[Posting Asal]

KEPUTUSAN Dewan Ulama PAS membenarkan parti Islam itu diwakili oleh calon bukan Islam dalam pilihan raya sangat menarik.

Akhbar atas talian Pas, Harakah Online pada 11 Jun memetik Bernama sebagai melaporkan yang parti itu akan membenarkan calon bukan Islam bertanding atas tiketnya pada pilihan raya umum ke-13 nanti.

Bernama memetik Presiden Pas, Abdul Hadi Awang, sebagai berkata calon bukan Islam akan dibenarkan mengguna simbol parti itu tetapi dengan syarat mereka hendaklah menerima dasar dan perjuangan PAS serta berakhlak dan moral tinggi.

Abdul Hadi berkata perkara itu telah diluluskan Dewan Ulama PAS Pusat bagi membolehkan orang bukan Islam yang menjadi anggota Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) bertanding pilihan raya atas tiket Pas.

Saya sengaja tidak menggunakan istilah penting kerana kita belum tahu sejauh mana Pas akan mempraktikkan keputusan itu. Kalau sekadar keputusan umum atau hanya membabitkan seorang dua calon bukan Islam, ia tidaklah boleh dianggap sebagai penting.

Namun ia tetap menarik kerana dengan keputusan itu, Pas bergerak setapak lagi ke arah melunturkan identitinya sebagai parti Islam dan parti majoriti orang Melayu.

Para pembesar Pas sering berkata orang bukan Melayu boleh memimpin Pas dan menjadi Perdana Menteri asalkan dia Islam.

Tetapi sekarang Pas mengatakan calon pilihan rayanya tidak perlu seorang Islam. Dalam erti kata yang lain, seorang penganut Kristian, Hindu atau Buddha boleh menjadi calon Pas dan mengambil bahagian dalam kepemimpinan Pas jika dia menang.

Keputusan kontroversi ini pasti mencetuskan kesan yang menarik, bukan sahaja terhadap parti-parti Barisan Nasional, malah akan menyentuh parti-parti rakan Pas dalam Pakatan Rakyat.

Tetapi Abdul Hadi cepat menjelaskan yang keputusan itu bukan berniat meminggirkan parti-parti kotmponen PR. Dia memberi alasan kalau PKR dan DAP ada perwakilan bukan Islam, apalah salahnya Pas juga membuka pintu kepada bukan Islam.

Soalnya, Pas berlainan daripada PKR dan DAP. Pas adalah parti agama, iaitu agama Islam sedangkan PKR dan DAP adalah parti sekular.

Keputusan Pas itu juga akan membuatkan orang bukan Islam dalam parti-parti BN seperti MCA, MIC dan parti-parti suku kaum di Sarawak dan Sabah berfikir mengenai opsyen baru yang terbuka kepada mereka.

Ia membuka jalan dan peluang baru kepada orang bukan Islam untuk bersekedudukan dengan Pas dalam usaha mereka memperluaskan opsyen politik mereka.

Bagi orang bukan Islam yang berupa 40 peratus daripada penduduk negara ini, mempunyai suara dan perwakilan dalam Pas memberikan mereka jaminan tambahan.

Besar kemungkinan Pas mengambil langkah ini kerana mahu terus membuktikan kepada rakan-rakannya dalam PR bahawa ia bukan parti Islam radikal.

Atau mungkin juga kepemimpinan Pas menyedari atau sudah pun membuat kesimpulan bahawa retak dalam PKR sekarang mungkin membawa pecah dan dengan itu membuka peluang kepadanya menarik elemen bukan Islam dalam PKR untuk menyertai Pas.

Yang menjadi tanda tanya, adakah pembukaan pintu kepada bukan Islam ini sesuatu yang hakiki atau sekadar ajak-ajak ayam sahaja?

Bagi Pas, kalau orang bukan Islam tidak mahu menyahut pelawaannya, itu hak mereka. Tetapi dipihaknya ia telah membuat pelawaan. Tanggungjawabnya untuk membuktikan keterbukaan dan liberalismenya sudah tertunai. Orang bukan Islam tidak lagi boleh menuduh Pas parti eksklusif orang Islam.

Pelawaan kepada bukan Islam untuk beranding atas tiket Pas mungkin berguna dan berkesan jika parti itu hendak bertanding dan memang di lebih banyak kerusi yang ramai pemilih bukan Islam.

Abdul Hadi secara spesifik berkata calon bukan Islam itu akan bertanding atas tiket Pas dan menggunakan lambang Pas.

Soalnya, apakah Abdul Hadi juga bermaksud mengatakan bahawa PR tidak akan menggunakan simbol yang sama (common symbol) pada pilihan raya umum akan datang?

Langkah Pas ini mungkin mencetuskan tekanan ke atas PR kerana kalau Pas berjaya menarik ramai calon bukan Islam, ia boleh menuntut untuk bertanding di lebih banyak kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri.

Kesimpulannya, Pas sudah bersedia menjadi lebih terbuka mengenai kepemimpinan dan identiti Islamnya dengan membuka pintu kepada kepemimpinan bukan Islam melalui pilihan raya.

Ini tentunya akan mencetuskan tindak balas ahli dan penyokong parti itu yang selama ini amat ortodoks dan tegar mengenai agam Islam.

Kalau keputusan ini menjadi realiti, mereka terpaksa berkongsi kepemimpinan dengan bukan Islam. Pada ketika itu, Islam yang dibawa oleh Pas tidak lagi eksklusif kepada orang Islam kerana orang bukan Islam juga mempunyai suara ke atas Islam melalui perwakilan mereka dalam Pas dan melalui cawangan legislatif.

Friday, June 11, 2010

New Parliament House: A Numskull Idea

A Kadir Jasin

[Please take note, ANONYMOUS comments with not be entertained. When commenting, your real identity is preferred. But a suitable pseudonym is accepted. If you have to use anonymous, please print your name or pen name at the bottom of your message. Please avoid seditious, defamatory and libelous statements. Unrelated comments will not be given priority.]

I AGREE with whoever that says that building a new Parliament House, whether in Putrajaya or behind his backyard, is a waste of money.

So, kudos to the MCA for disagreeing with the proposal to build a new RM800-million Parliament House in Putrajaya.

Yes Dr Chua Sooi Lek, I agree with you 100% that it’s a sheer waste of public funds. I would go a step further. It’s sheer bone-headedness.

Whoever that originated the proposal should have his head examined. Or maybe he sees something that we don’t – like money to be made on the side.

This is not only bone-headed, but also irresponsible, especially at the time when the people are being bombarded with the scary stories about subsidy cutbacks and the country going bankrupt like Greece.

I must frankly say that whoever compared or likened Malaysia to Greece has to be numskull. Reduce subsidy by all means, especially to the rich and the billion-ringgit industries, but to compare Malaysia to Greece to justify the cuts is daft.

This is the problem when we have too many loud-mouthed talkative jabbering ministers and high officials. When they see the reporters they go gaga and shoot their mouths off.

Do we really need a new Parliament House? Really we don’t. In fact we should cherish the present historic structure and forever keeps it as our Parliament.

Maybe we should ask the brilliant minister (or ministers) who proposed the new Parliament House, how many times had the British Parliament or the Capitol Building moved in their hundreds years of history?

Or maybe the people who made the proposal are not numskulls at all. Maybe they see what we the country yokels don’t. They see $$$$$$ signs in the proposal!

Dr Chua said: “There is no need for a Parliament building costing RM800mil in Putrajaya which is a sheer waste of public funds which could be better utilised for projects benefiting the rakyat.

“This is especially so when the Government is urging Malaysians to reduce expenditure to have a balanced budget.”

He pointed out that the present Parliament House, which was built in 1962, should not only be preserved as a heritage building but should also be proudly occupied by all parliamentarians.

Well put Dr Chua. And I am sure he could not or would not say so if he’s a minister. So kudos to Dr Chua for remaining just a party leader.

Monday, June 07, 2010

Isu Sime Darby: Hukum Seorang, Hukum Semua

A Kadir Jasin

[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

URA-URA Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BBCBN) hendak mendesak kerajaan agar tidak lagi melantik pesara sektor awam menganggotai lembaga pengarah syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) ada baik dan buruknya.

Laporan media massa mengatakan cadangan itu diuar-uarkan (bukan war-war) berikutan kerugian besar yang dialami dua GLC iaitu Sime Darby Berhad dan Pos Malaysia Berhad.

Timbalan Pengerusi Kelab, Bung Moktar Radin, memberitahu portal berita The Malaysian Insider dia akan membangkitkan perkara itu dalam sidang Dewan Rakyat yang bermula hari ini.

“Kalau mereka tidak berminat (menerajui syarikat-syarikat besar) jangan paksa mereka memegang jawatan pengarah khususnya di syarikat-syarikat besar dan ternama macam Sime Darby,” kata Ahli Parlimen Kinabatangan, Sabah, itu.

Sebarang usaha untuk mendalami kefahaman mengenai kerugian atau prestasi buruk GLC, khasnya oleh Parlimen, adalah dialu-alukan. Malah ia satu kewajipan.

Namun adalah tidak adil dan tidak tepat menyalahkan ahli lembaga pengarah (ALP) yang terdiri daripada bekas pegawai kerajaan sahaja. Tindak-tanduk pengurusan pun wajib didalami juga.

Kita ambil contoh Sime Darby (SD). Ia sudah beberapa kali mengalami masalah yang menyebabkan kerugian berbilion ringgit. Mungkin ramai sudah lupa kemuflisan Sime Bank dan kerugian besar SD pada akhir tahun 1990an.

Sebenarnya kali ini SD tidak rugi. Malaj bagi separuh pertama tahun ini ia mencatatkan RM1.113 bilion keuntungan. Yang rugi lebih RM1 bilion itu adalah operasi minyak dan gas di Teluk Parsi dan pembinaan penjana elektrik hidro Bakun.

Kerugian operasi ini menjadi isu sensasi kerana SD baru sahaja menelan dua syarikat Permodalan Nasional Berhad (PNB) yang lain iaitu Golden Hope dan Guthrie Corporation.

Apabila penggabungan ini diilhamkan ketika pentadbiran Abdullah Ahmad Badawi dan didalangi oleh CIMB Bank atas nama Synergy Drive Sdn Bhd. pada tahun 2007, ramai yang menantangnya, termasuk PNB walaupun secara diam-diam.

Sebelum penggabungan, ketiga-tiga syarikat perladangan PNB itu beroperasi dengan menguntungkan walaupun ramai ALPnya terdiri daripada pesara awam, termasuk Pengerusi PNB, Ahmad Sarji Abdul Hamid.

Tetapi apabila SD siap digabungkan dan diuar-uarkan sebagai syarikat perladangan kepada sawit terbesar di dunia, bekas Timbalan Perdana Menteri, Musa Hitam, dilantik pengerusi dengan Ahmad Sarji sebagai timbalan.

Bukan Musa sahaja yang menjadi pengerusi atau ALP GLC. Ramai lagi ahli politik, sama ada yang bersara atau masih cergas, menjadi pengerusi dan ALP GLC. Jadi jangan salahkan ALP yang terdiri daripada pesara awam sahaja.

Malah ada ALP yang terdiri daripada orang politik sangat teruk. Ada ketua dan timbalan ketua bahagian yang tak tahu apa-apa pun (clueless) mengenai perniagaan dilantik untuk dapat elaun. Jadi Bung Mokthar wajib juga bahaskan peranan ALP yang terdiri daripada orang politik.

Khusus mengenai SD, saya lebih cenderung menganggapnya sebagai syarikat amanah Bumiputera dan bukan GLC. GLC milik semua rakyat Malaysia tetapi agensi amanah seperti PNB adalah milik Bumiputera.

Saya kata begitu kerana majoriti saham SD dipegang oleh Skim Amanah Saham Bumiputera dan PNB. PNB adalah agensi amanah Bumiputera.

Mengenai pelantikan menjadi APP ini, kita kena juga tanya, siapa yang lantik mereka kalau bukan kerajaan sendiri? Akibatnya, jadilah mereka pengarah bebas yang tidak bebas.

Pada satu masa dulu, SD mempunyai apa yang dipanggil International Board of Directors atau Lembaga Pengarah Antarabangsa yang terdiri daripada orang kenamaan Asia dan dunia.

Saya pernah beberapa kali dijemput oleh Pengerusi SD waktu itu, Allahyarham Tun Dr Ismail Mohd Ali, untuk makan tengah hari bersama mereka. Salah seorang yang saya masih ingat adalah Sir David Li Kwok-po yang kini berupa pengerusi dan ketua eksekutif Bank of East Asia, Hong Kong.

Jadi, dalam hal SD ini adalah tidak patut menyalahkan dan menghukum seorang sahaja iaitu ketua pegawai eksekutif, Ahmad Zubir Murshid.

Keseluruhan ALP dan pengurusan kanan yang membantu Ahmad Zubir wajib dipertanggungjawabkan. Begitu juga juruaudit luar jika mereka gagal membuat catatan (qualification) dalam audit tahunan mereka.

Wednesday, June 02, 2010

Kekalkan Kg Baru Milik Eksklusif Melayu

A Kadir Jasin


[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

SAYA harap cakap-cakap hendak memperuntukkan atau membenarkan bukan Melayu memiliki 40 peratus hartanah dalam pelan pembangunan semula Kampung Baru adalah silap lapor oleh media massa atau lepas cakap politikus bermulut besar.

Tetapi kalau betul, ia adalah satu perbuatan yang akan memburukkan lagi imej Umno dan menambah keresahan orang Melayu.

Keadilan hanya boleh dilakukan jika kerajaan serentak membangunkan semula kawasan Cina Jalan Petaling dan kawasan India Brickfields dan menawarkan 40 hingga 60 peratus pemilikan kepada Bumiputera.

Kalau betul Umno hendak bertolak-ansur lagi dengan memberikan 40 peratus Kampung Baru moden kepada Cina dan India, maka wajarlah MCA dan MIC menyokong memperuntukkan 40 hingga 60 peratus Petaling Street dan Brickfields kepada Bumiputera.

Sekiranya tidak, kekalkanlah Kampung Baru sebagai kawasan eksklusif Melayu seperti diasaskan oleh British pada tahun 1899 atas kehendak Sultan Selangor waktu itu, Sultan Alauddin Sulaiman Shah Raja Muda Musa.

Menurut laporan akhbar The Malay Mail pada 17 Februari lalu, Almarhum bertindak ke atas rayuan ketua-ketua kampung Melayu sekitar Kuala Lumpur yang merungut tanah orang Melayu diambil alih oleh pelombong dan pedagang Cina dan Inggeris.

Hasilnya, British mewujudkan Kampung Baru sebagai Malay Agricultural Settlement atau Penempatan Pertanian Melayu apabila Sultan Alauddin Sulaiman Shah bersetuju memperuntukkan sekeping tanah di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur. Kampung Baru seperti yang ada pada hari ini meliputi kawasan seluas 223 ekar.

Kampung Baru seelok-eloknya dikekalkan sebagai kampung Melayu tradisional dan dinaikkan taraf sebagai kawasan pelancongan kelas dunia seperti yang dilakukan dengan perkampungan Portugis di Melaka.

Dengan cara ini, adalah lebih mudah membuat pembangunan fisikal dan menaikkan nilai ekonomi Kampung Baru tanpa menjejaskan pemilikan oleh orang Melayu.

Ingatlah, apabila bekas kerajaan Pakatan Rakyat Perak memberikan garan tetap kepada kampung-kampung baru di negeri itu, ia tidak mensyaratkan ianya dibuka kepada orang Melayu.

Jadi tidak perlulah pembesar Umno hendak peningkan kepala menyerahkan atau membuka 40 peratus Kampung Baru kepada Cina, India dan bukan Bumiputera lain.

Mereka dah ada lebih daripada cukup di Petaling Street, Brickfields, Jalan Bukit Bintang, KLCC, Pavillion, Lot 10, Times Square, Starhill dan Mid Valley. Berapa kerat Melayu memiliki dan menduduki hartanah di kawasan-kawasan ini?

Hatta di KLCC milik Petronas itu pun peniaga Melayu terpelanting kerana sawa yang tinggi melangit. Yang tinggal boleh kira dengan jari. Itu pun siapa pula di belakang mereka?

Jadi cukuplah Umno cuba mengambil hati orang bukan Melayu. Yang lebih penting sekarang, Umno kena jaga hati orang Melayu dan pujuk orang Melayu yang merajuk pada pilihan raya umum lalu, takut-takut undi bukan Melayu yang dikejar tak dapat undi Melayu yang kendong berciciran.

Kalau saya silap saya mohon maaf dan saya bersedia dikutuk.

Monday, May 31, 2010

Kita Wajib Protes Dan Kutuk Kekejaman Negara Pengganas Yahudi

A Kadir Jasin

[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

[UPDATE, June 5] - LONDON (Reuters) – Nine Turkish activists killed in an Israeli raid on a Gaza-bound aid ship were shot a total of 30 times and five died of gunshot wounds to the headBritain's Guardian newspaper reported on Friday.

Autopsy results showed the men were hit mostly with 9mm bullets, many fired at close range, the Guardian said, quoting Yalcin Buyuk, vice-chairman of the Turkish council of forensic medicine which carried out the autopsies on Friday.

Israeli commandos stormed a flotilla of aid ships planning to break the Israeli sea blockade of Gaza on Monday. The deaths, which all took place on one ship, the Mavi Marmara, drew widespread condemnation.

Israel said the marines who rappelled onto the Mavi Marmara fired in self-defense after activists attacked them with clubs and knives as well as two pistols snatched from the commandos.

The autopsy results showed that a 60-year-old man, Ibrahim Bilgen, was shot four times in the temple, chest, hip and back, the Guardian said.

A 19-year-old, named as Fulkan Dogan, who also has U.S. citizenship, was shot five times from less than 45 cm (18 inches) away, in the face, the back of the head, twice in the leg and once in the back, it said.

Two other men were shot four times. Five of those killed were shot either in the back of the head or in the back, the Guardian quoted Buyuk as saying.

In addition to those killed, 48 others suffered gunshot wounds and six activists were still missing, he added.

Israel said the multiple gunshot wounds did not mean the shots were fired other than in self defense.


[Posting Asal]


KOMANDO Tentera Laut negara pengganas Israel telah menyerang armada kemanusiaan antarabangsa Gaza menyebabkan 18 orang aktivis terbunuh dan ramai lagi cedera.

Kita wajib menuntut kerajaan kita memutuskan segala bentuk kerjasama dan urus niaga dengan semua pihak yang terbabit dengan negara pengganas Yahudi itu.

Mana-mana organisasi dan badan perniagaan yang mempunyai kepentingan Israel atau Yahudi wajib dipulaukan.

Perwakilan kita di Bangsa-Bangsa Bersatu memprotes kepada PBB dan Duta kita di Washington wajib memprotes kepada Pentadbiran Obama.

Tidak ada apa-apa berbeza antara dasar Obama dengan Presiden-Presiden Amerika Syarikat sebelum ini sepanjang mengenai keganasan Israel.

Negara pengganas Yahudi ini berani dan melanggar undang-undang antarabangsa kerana ia tahu ia boleh bersembunyi di belakang Washington.

Kita juga wajib menghantar protes kepada negara Arab yang terus menekan Palestin, khasnya yang bekerjasama dengan Amerika Syarikat penajaan dan pelindung utama negara pengganas itu.

Berhati-hatilah, banayk negara jiran kita, termasuk Singapura, bukan sahaja mengiktiraf negara pengganas Yahudi itu, tetapi sangat akrab di segi ketenteraan dan espionage (pengintipan).

Sunday, May 30, 2010

Pengurangan Subsidi: Kesan Baik Dan Buruknya

A Kadir Jasin

[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

PERBAHASAN isu subsidi di mana-mana pun panas dan emosional. Tak kira di negara kaya macam Amerika Syarikat dan negara-negara Eropah atau negara miskin macam Mesir.

Di Mesir berlaku rusuhan bila subsidi roti dikurangkan. Di Eropah petani merusuh dengan membinasakan hasil keluaran.

Menteri orang bukan politik macam Idris Jala yang juga Ketua Pegawai Eksekutif, Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU), mungkin kurang peka hal sebegini. Apatah lagi jika pengalamannya hanya makan gaji dan gajinya pula besar.

Hendak mudah cakap, kalau tidak kerana subsidi baja dan subsidi harga padi, ratusan ribu petani kita akan hidup dalam kemiskinan tegar dan hasil padi/beras negara merudum.

Jadi kita saling bantu membantu. Orang yang beli beras bayar harga yang tinggi sedikit dan harga tambahan itu dipindahkan kepada penanam padi sebagai subsidi.

Ahli ekonomi selalu kata subsidi mengherotkan (distort) ekonomi. Tapi mereka jarang cakap kesan positif subsidi kepada penerima atau seolah-olah pengguna individu dan orang miskin saja nikmati subsidi.

Ambil contoh subsidi baja. Petani dapat baja dan pengilang dapat hasil membekalkan baja. Kalau tidak kerana skim subsidi baja, industri baja kita tidaklah sebesar sekarang.

Subsidi menjana ekonomi. Seorang pengguna yang terima RM1 ringgit subsidi akan belanja duit itu. Pekedai dapat hasil. Pekedai pasti buat keuntungan kerana barang yang dijual dengar harga RM1 itu diperolehnya dengar harga lebih rendah daripada pembekal. Pembekal beli lebih rendah dari pengilang. Setiap kali duit RM1 itu bertukar tangan, ia menambah kepada nilai ekonomi.

Billionaire Pun Telan Subsidi

Dan jangan lupa, di Malaysia pengilang dan pelabur yang kononnya sangat pandai berniaga itu pun mendapat subsidi berbilion-bilion ringgit. Antaranya subsidi diesel (untuk pengangkutan) dan subsidi gas asli cecair (untuk penjanaan elektrik oleh IPP dan kilang pembuatan).

Malah tauke-tauke billionaire yang pakai kereta Mercedes Benz 6,000cc dapat subsidi minyak petrol yang berkali-kali ganda lebih banyak daripada orang biasa yang guna Kancil atau Proton.

Kilang yang dapat subsidi kata mereka jual barang dengan harga yang lebih murah kepada pengguna. Tetapi mana kita tahu kalau mereka songlap (tipu)?

Kita semua tahu penguatkuasaan kita hambar. Kerap kali sekadar melepas batuk di tangga saja. Kurang pengetahuan, malas dan rasuah adalah antara punca pengawasan harga dan bekalan sangat lemah.

Bukan semua subsidi dalam bentuk cross (lintang) di mana pengguna membayar harga yang tinggi sedikit untuk membantu pengeluar, macam subsidi harga padi.

Subsidi Dari Duit Kita Juga

Sebahagian besar subsidi adalah daripada sumber kewangan yang diamanahkan kepada kerajaan, sama ada hasil cukai atau keuntungan pelaburan.

Duit yang digunakan untuk subsidi itu bukan duit kerajaan, tetapi duit pembayar cukai individu dan korporat. Kerajaan sekadar menguruskannya.

Soalnya, Idris kata kerajaan tak mampu lagi tampung kadar subsidi seperti yang ada sekarang. Malah dia kata negara akan muflis, bankrupt, kaput, hancus dalam masa lima tahun kalau kadar perbelanjaan negara dikurangkan.

Salah satu cara menjimatkan perbelanjaan adalah dengan mengurangkan atau menghapuskan langsung subsidi.

Mustahil boleh dihapuskan langsung. Jadi soalnya sekarang bagaimana kita hendak melaksanakan rasionalisasi subsidi ini?

Ya kita, saya dan Saudara serta Saudari semua kerana kitalah yang pilih kerajaan, kitalah yang bayar cukai dan kitalah yang terpaksa menanggung bebannya.

Kalau ikut Idris, subsidi, tak kira subsidi tol, bahan api, elektrik, gula, tepung atau minyak masak dikurangkan atau dimansuhkan secara berperingkat mulai tahun ini. Matlamatnya nak kurangkan perbelanjaan sehingga RM103 bilion dalam tempoh lima tahun.

Baguslah kerajaan mengadakan mekanisme khas dipanggil Makmal Rasionalisasi Subsidi untuk tujuan perbahasan dan mengadakan hari terbuka makmal itu Khamis lepas di Ibu Negara. Jadi adalah wajib kita memberi maklum balas sebelum cadangan dikemukakan kepada Kabinet.

Tak kiralah betul atau tidak kita antara negara yang paling tinggi subsidi di dunia, tapi jumlah RM74 bilion tahun lalu itu memanglah besar.

Daripada jumlah itu, subsidi sosial sebanyak RM42.4 bilion, bahan api dan elektrik (RM23.5 bilion), prasarana (RM4.8 bilion) dan makanan (RM3.4 bilion). Kata Idris, purata subsidi itu bersamaan RM12,900 bagi setiap isi rumah.

Tapi saya terkilan bila Idris membandingkan negara kita dengan Greece yang kini mengalami krisis kewangan yang teruk dan hampir muflis. Takkanlah kita seteruk Greece? Kalau nak gempar (takut-takutkan) pun, biarlah rasional sikit.

Potongan Subsidi Akan Jejaskan Rakyat

Pengurangan subsidi pasti akan jejaskan taraf hidup rakyat. Kuasa membeli mereka akan jatuh dan akan diburukkan lagi oleh kenaikan harga barang dan perkhidmatan.

Pengilang, penyedia perkhidmatan, pengedar dan pekedai akan menaikkan harga bagi menampung pengurangan atau penghapusan subsidi. Setiap peringkat rangkaian pembekalan (supply chain) akan menaikkan harga. Lebih teruk daripada itu mereka akan mengambil kesempatan membuat keuntungan berlebihan (profiteering).

Pentadbiran Mohd Najib Abdul Razak tentu sedar kesan rasionalisasi subsidi ini. Ia mungkin membantu mengurangkan beban hutang negara yang mencecah RM362 bilion (54 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), tetapi kesannya kepada ekonomi dan rakyat jelata juga besar.

Perlu juga dijawab apakah hutang negara yang besar ini kerana subsidi sahaja atau kerana pemborosan, ketirisan dan rasuah?

Pada pandangan rambang rakyat jelata, para pembesar terus hidup dengan mewah, boros dan menunjuk-nunjuk. Pengiring polis berkereta dan bermotosikal, pengawal peribadi, permaidani merah, kerusi tinggi, perbarisan pegawai dan makanan berlambak!

Subsidi adalah sebahagian daripada ekonomi. Ia menjana pertumbuhan melalui peningkatan daya pengeluaran, menambah kuasa membeli dan mengurangkan inflasi.

Tetapi ia juga menyebabkan kemudaratan bila harga yang murah menyebabkan penggunaan berlebihan, misalnya gula dan minyak masak yang memudaratkan kesihatan.

Soalnya, bagaimanakah Mohd Najib dan para penasihat ekonominya akan melaksanakan tugas rumit dan sensitif ini tanpa menjejaskan ekonomi negara, kesejahteraan rakyat dan sokongan pengundi.

Langkah mengurangkan subsidi pasti mendapat sokongan dan pujian hebat para “free marketeer”, Tabung Mata Wang Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia.

Tetapi sokongan mutakhir yang menentukan jatuh atau bangun pemerintah adalah rakyat jelata, khasnya golongan majoriti yang masih miskin, terpinggir dan memerlukan bantuan.

Dan tidak perlulah Idris Jala memberi “lecture” kepada rakyat jelata supaya sedar negara memberi subsidi yang tinggi. Saya rasa Idris juga datang daripada latar belakang di mana subsidi dan bantuan adalah peyelamat.

Thursday, May 27, 2010

Implikasi Persetujuan Mohd Najib-Lee Hsien Loong

A Kadir Jasin

[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

DARIPADA laporan media massa mengenai persetujuan antara Perdana Menteri Mohd Najib Abdul Razak dengan Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong, fakta berikut boleh dikesan.

1. Singapura tidak berhasrat menyambung Perjanjian Air 1961 dan akan menyerahkan loji pembersihan di Johor kepada negeri itu apabila perjanjian tamat;

2. Tanah Keretapi Tanah Melayu di Singapura, bermula dengan stesen Tanjong Pasar, akan dimajukan;

3. Pemajunya adalah M&S Private Ltd. Khazanah Nasional Berhad pegang 60 peratus saham dan Temasek 40 peratus;

4. Stesen KTM Tanjong Pagar akan ditutup dan stesen Woodlands jadi stesen terakhir. Menjelang 2018, stesen Woodlands mungkin ditutup. Johor Baru jadi stesen terakhir KTM di sebelah selatan;

5. Persetujuan Mohd Najib-Shien Loong selaras dengan perjanjian “Malaysia-Singapore Points of Agreement (POA), 1990;

6. POA ditandatangani oleh PM Singapura ketika itu, Lee Kuan Yew dan Menteri Kewangan Malaysia waktu itu, Daim Zainuddin, pada 27 November 1990;

7. Di bawah perjanjian itu, KTM akan kosongkan stesen Tanjong Pagar dan berpindah ke Bukit Timah. Tanah KTM antara Bukit Timah dan Tanjong Pagar akan kembali kepada Singapura;

8. Tanah Tanjong Pagar akan diserahkan kepada sebuah syarikat sendirian berhad untuk dimajukan dengan pembahagian saham 60 peratus untuk Malaysia dan 40 peratus untuk Singapura;

9. Fakta sejarah – tanah KTM seluas 217 hektar dan merentasi 20 hingga 30 kilometer ke dalam wilayah Singapura diperoleh di bawah ordinan penjajah Inggeris pada tahun 1918 yang secara khusus menyebut bahawa tanah itu adalah untuk kegunaan KTM) bagi tempoh masa 999 tahun;

10. POA tidak dilaksanakan dengan serta-merta kerana Malaysia bimbang ia terpaksa (atau dipaksa) menyerahkan kawalan ke atas sebahagian atau semua tanah KTM itu kepada Singapura;

11. Soalnya adakah Pentadbiran Mohd Najib tidak merasi kebimbangan yang sama apabila bersetuju melaksanakan pembangunan semula stesen Tanjong Pagar atas dasar 60 peratus Malaysia dan 60 peratus Singapura itu?

12. Adakah tanah KTM itu akan berpindah hak milik kepada Singapura dan kemudiannya diserahkan kepada syarikat usaha sama Khazanah-Temasek untuk dimajukan?

13. Perlu juga ditanya dan dijawab sama ada pembangunan semula stesen Tanjong Pagar itu akan memperbaiki atau memburukkan daya tarikan serta daya saing Iskandar Malaysia yang juga ditujukan kepada pelabur dan pembeli Singapura?;

14. Apakah pembabitan Khazanah dalam projek raksasa Tanjong Pagar itu tidak akan menyebabkan pengaliran keluar pelaburan terus (FDI) dari Malaysia ke Singapura? dan

15. Apakah Khazanah akan meminjam daripada pasaran kewangan Singapura untuk membiayai penyertaannya dalam projek itu?

Perlu disebutkan iaitu sejak 2006, lebih banyak pelaburan langsung Malaysia mengalir ke Singapura daripada FDI Singapura masuk ke Malaysia.

Kita harap pihak berkuasa akan memberi jawapan kepada kemusykilan kita ini kerana kita tidak mahu sejarah lama berulang kembali di mana kepentingan kita tidak dilindungi sepenuhnya.

Berita buruk Pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi menyerahkan dua blok padang minyak kepada Brunei tahun lalu dan pembatalan Projek Jambatan Bengkok pada tahun 2004 masih menghantui kita.

Memandangkan sensitiviti perhubungan dua negara, adalah keterlaluan kalau kita mengharapkan kemajuan yang lebih besar. Namun kita tidak boleh mengenepikan begitu sahaja isu-isu tertangguh yang lain seperti simpanan rakyat Malaysia dalam Tabung Simpanan Pusat (CPF) dan hak Malaysia membina semula Tambak Johor di wilayahnya.

Sunday, May 23, 2010

Samy Vellu's Stance Is Hurting BN

A Kadir Jasin

[Please take note, ANONYMOUS comments with not be entertained. When commenting, your real identity is preferred. But a suitable pseudonym is accepted. If you have to use anonymous, please print your name or pen name at the bottom of your message. Please avoid seditious, defamatory and libelous statements. Unrelated comments will not be given priority.]

S. SAMY Vellu’s position as MIC President is clearly becoming more desperate and growingly untenable. It could plunge the MIC into another round of crisis.

Desperation is making him intolerant. Just day after V. Mugilan, the MIC Deputy Youth Chief, blamed him for the party’s poor performance in the 2008 general elections, Samy Vellu sacked him.

Mugilan had also claimed that party members and the Indian community at large had grown weary of Samy Vellu’s promise to step down.

The MIC president said he would stick to his decision to step down "eight or nine months" before his term expires in May 2012, despite a call for him to quit immediately.

Flexing his muscles, he summarily expelled Mugilan without referring him to the party’s disciplinary committee.

In my Other Thots column published in the May16-31 issue of the Malaysian Business magazine, I made the following remarks about the MIC president:

“IT’S time for the MIC president of 31 years, Datuk Seri S. Samy Vellu, to make good his promises to turn the party over to his anointed successor, Datuk P Palanivel.

“Given the boost enjoyed by the MIC in recent weeks, sans his active participation, the passing of the baton now should give the party enough time to regroup and recoup lost grounds.

“Samy Vellu has no more reason to whine and to delay his departure. Thanks to the correct choice by the Barisan Nasional, the MIC novice candidate, P Kamalanathan successfully recaptured the Hulu Selangor parliamentary seat.

“Though Kamalanathan was not Samy Vellu’s choice, his victory over the Parti Keadilan Rakyat’s Datuk Mohd Zaid Ibrahim was a strong indication that the MIC still has a role to play in the BN.

“The BN, in particular the Prime Minister, Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak, did not altogether ignore Samy Vellu’s wishes when Palanivel was made a Senator and may soon be given a governmental post.

“If Samy Vellu makes a graceful exit now, there is still time for the MIC to strengthen itself and regain the support of the Indians in the three-year before the next general elections.

“I am sure if he makes a graceful exit, the Prime Minister will show the government’s usual appreciation by suitably honouring him like other retired heads of BN parties.

“After three decades of tumultuous leadership, which saw his edging out countless promising MIC leaders, and finally suffering a rout in the 2008 general elections, the time could be running out for the party unless Samy Vellu makes way for younger and untainted leaders.

“Kamalanathan’s victory showed that Malay and Indian voters were more amiable towards a younger MIC leader than Samy Vellu’s ally, Palanivel.

“If the outcome of the Hulu Selangor by-election is any indication, the ties between Umno and the MIC are a binding one.

“That the Malays, who form 54 per cent of the voters, would support an MIC candidate at the time when the Chinese support for the DAP was becoming entrenched, should not miss the attention of the BN leadership.

“The Malays, Indians, the Orang Asli and the natives of Sarawak and Sabah have many things in common -- the most prominent being their inferior economic status and widespread poverty.

“Also, given the higher birth rates and lower tendency to migrate, the Malays, Indians, the Orang Asli and the natives of Sarawak and Sabah will in future form a much larger proportion of the population.

“The New Economic Model and all other policy initiates of the government cannot be considered to imbue the spirit of 1Malaysia if the interest of these communities are not safeguarded and promoted.”

FOOTNOTE: Of the main Barisan Nasional parties in the Peninsular, only the MIC is yet to have a new leader after the 2008 general elections debacle. Umno, the MCA and the Gerakan have all elected new leaders --- the MCA twice.

Thursday, May 20, 2010

MCA: Between Largesse And Being Intellectual

A Kadir Jasin


[Please take note, ANONYMOUS comments with not be entertained. When commenting, your real identity is preferred. But a suitable pseudonym is accepted. If you have to use anonymous, please print your name or pen name at the bottom of your message. Please avoid seditious, defamatory and libelous statements. Unrelated comments will not be given priority.]

THE MEDIA on May 18 quoted the MCA president, Dr Chua Soi Lek, as saying that the Chinese community is no longer concerned with bread and butter issues, but with “intellectual” issues such as fair implementation of policies.

The Malaysian Insider news portal headlined it “Soi Lek says Chinese drawn to fair policies, not largesse.” Largesse is defined as (1) generous giving, as from a patron, (2) a gift or gifts given in a generous, or sometimes showy or patronizing, way and (3) nobility of spirit.

From the outset, I agree with him on the part about fair implementation of policies. Had government policies been implemented fairly and effectively, there would not have been the gaping income gaps among the races, states and regions.

The Bumiputeras would have achieved their modest 30-per cent wealth ownership target and our society would have been more equal and egalitarian. The top 20 per cent would not continue to suck up the wealth.

Unfortunately, the opposite might be the case. Poverty is creeping back and the income gaps among the races have widened. Official statistics that accompanied the launching of the New Economic Model, show that 60 per cent of households earn below RM3,000 a month, and 80 per cent of them are Bumiputera households.

Thanks to their stronger economic position at the outset of the NEP and their monopoly of the economic supply chain, the Chinese were able to beat all the targets set for them but the Bumiputeras and the Indians lag behind.

While the Bumiputeras and the poor Chinese and Indians benefited modestly from official largesse, the Chinese mercantile and professional classes benefited more substantially.

With one stroke of a pen by the Finance Minister allowing football betting, tycoon Vincent Tan is richer by RM525 million richer. His Ascot Sports sold 70 per cent of the business to his corporate vehicle, Berjaya Group. If that’s not gargantuan largesse, I don’t know what.

The Chinese enjoyed official largesse by way of large monopolies, concessions, contracts and subsidies – anything from sugar monopoly to large timber concessions, gaming franchises, IPP licences, massive contracts and billion ringgit worth of direct and indirect subsidies.

In fact, official largesse not only helped to prosper the well-connected Malay-, Chinese- and Indian-controlled conglomerates, but also in some instances saved them from bankruptcies.

The YLT official website tells of the company nearly going bankrupt in the 1970s, forcing family members to chip in to rescue it. By the 1980s, the YTL Group took off on a grand scale on account of large government contracts to build schools and modular hospitals and later on privatisation of railway land and the award of the first Independent Power Producer (IPP) licence.

Vincent Tan’s Berjaya Group took off when it was awarded the privatisation of Sports Toto in the 1980s while Ananda Krishnan became an overnight sensation when he was awarded the super-lucrative privatisation of the Jalan Ampang Race Course and a series of gaming and telecommunications franchises plus considerable seed capital from state-owned funds.

He is survivor, always enjoying the patronage of powerful Malay political figures. Today he is a master market maker known for taking his prized assets private only to re-quote them at handsome premiums.

It’s fine with me if the new MCA under Dr Chua no longer wants the bread and butter type largesse for the Chinese, but is instead more concerned with intellectual matters such as good governance, accessibility to education, scholarships, promotions, the judiciary and crime.

If I can speak for the Malays, the Orang Asli and other Bumiputeras, I think we too are concerned about good governance. Without good governance, the poor are more likely to be marginalised because they cannot afford to give fat ang pau, duit kopi, sponsorships and cuti-cuti to the ruling elite.

The Malays, the Orang Asli and other Bumiputeras too want accessibility to education and scholarships, not only to attend public universities, but also to enroll in private universities and colleges.

The Malays, the Orang Asli and other Bumiputeras too want better promotion opportunities in the Chinese- and Indian-controlled conglomerates, especially those that enjoy massive government largesse apart from the GLCs.

The Malays, the Orang Asli and other Bumiputeras too want an independent judiciary and a reduction in crime because they too want justice and they too are victims of rising crime rates.

The MCA cannot pull the wool over people’s eyes by blaming its declining support among the Chinese to the implementation of government policies. The MCA is part and parcel of the policies and their implementation. The MCA should instead thank the government and claim the credit that the NEP had given the Chinese a much larger slice of the expanded cake than the Bumiputeras and the Indians.

Also, it is not as if whenever or wherever the MIC is in the driving seats, things are better. The Port Klang Free Zone fiasco is a case in point.

And in Sarawak, where the BN had just been ousted from the Sibu parliamentary seat by the DAP on account of Chinese support, who benefited from the massive timber concessions and infrastructure contracts if not a handful of Chinese tycoons?

The Star newspaper in a report on last March 27 listed them as Tiong Hiew King, Ting Pek Khiing, the Lau brothers (Henry Lau Lee Kong, Stephen Lau Lee Kiong and Vincent Lau Lee Ming), Hii Yii Chiong, Ding Jack Sung, Ling Chiong Ho, Wong Kie Nai, and Yaw Teck Seng. It labeled them the “Sarawak Shakers”.

The MCA, especially its new President, cannot continue to pin the blame for the party’s poor rating among the Chinese on others. More so when the few seats it won in the 2008 general elections were mostly on account of Malay votes.

I am all for the MCA being concerned with intellectual issues so that the party will be better able to relate to the everyday things like morality, infidelity, the evil of gambling and alcoholism, the along menace, prostitution, human trafficking, illegal wildlife trade, drug trade, profiteering and many more issues plaguing our multi-religious and multi-racial society.

Sunday, May 16, 2010

DAP Rebut Kerusi Parlimen Sibu

A Kadir Jasin

[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

STRATEGI bagi untuk memikat hati pengundi nampaknya tidak berkesan di Sibu , Sarawak, di mana Barisan Nasional gagal mempertahankan kerusi Parlimen itu.

Calonnya, Robert Lau Hui Yew dari parti SUPP dikalahkan oleh calon DAP, Wong Ho Leng dengan kelebihan undi tipis 398.

Lau memperoleh 18,447 undi manakala Wong mendapat 18,845 undi dan calon bebas Narawi Haron 232 undi.

Peratusan mengundi yang rendah – sekitar 60 peratus – dikatakan berpunca daripada pemilih yang tinggal di luar kawasan tidak balik mengundi.

Melihat perkembangan pilihan raya kecil Sibu dari jauh, saya tidak berani membuat kesimpulan tegas selain mengatakan mungkin juga wujud unsur pemulauan atau boikot oleh pemilih.

Nampaknya pengundi Cina bukan sahaja tidak meneruskan sokongan kepada BN seperti dalam pilihan raya umum 2008, sebaliknya berpindah menyebelahi DAP walaupun BN memberi belasan juta ringgit peruntukan segera kepada sekolah jenis kebangsaan Cina dan menjanjikan pelbagai projek serta tindakan.

Mengubahsuai pantun lama; sorong papan tarik papan, buah keranji dalam perahu, beri makan mereka makan, minta mengundi mereka tak mahu.

Jelas bahawa usaha BN mendapatkan semula undi Cina masih tidak berhasil walaupun telah memberi dan menjanjikan pelbagai kemudahan.

Walaupun keputusan PRK Sibu bukanlah ukuran atau bukti mutlak kekuatan DAP, namun ia menjadi salah satu petunjuk bahawa BN Sarawak mungkin menghadapi cabaran besar dalam pilihan raya negeri akan datang.

Bagi DAP, kemenangan ini sangat manis kerana ia memberikan parti itu seorang perwakilan tambahan di Parlimen di saat-saat rakan kongsinya, PKR sedang dalam krisis dan kehilangan wakil dalam Dewan Rakyat. Sekarang DAP sah parti komponen Pakatan Rakyat terbesar di Parlimen.

Friday, May 14, 2010

Lesen Judi Dan Kerugian Sime Darby

A Kadir Jasin


[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

[MUTAKHIR, 15 Mei]


NAMPAKNYA ada pembahas yang tidak membaca atau terbaca ulasan saya dalam ruangan komen yang saya tampalkan pada Jam 3.55 pagi tadi.

Oleh kerana itu, izinkan saya menyiarkannya semula dalam ruang utama ini.

1. Bila Sime Darby rugi besar atau kena write-off kerugian itu, yang akhirnya tanggung bencana adalah PNB dan pelabur saham amanah (unit trust) PNB;

2. Inilah bahana bubuh semua telur dalam sebuah bakul atas alasan economies of scale.

3. Kenapa salahkan seorang saja? Apa hal eksekutif lain, khasnya dalam anak syarikat yang terbabit dengan kejuruteraan dan dengan pelaburan Bakun serta oil and gas?

4. Apa hal dengan Lembaga Pengarah? Apa hal dengan CIMB yang menjadi tukang nikah atas nama Synergy Drive?

5.Bukankah mereka juga terbabit melantik Presiden/CEO? Tidakkah mereka teliti akaun SD dalam mesyuarat bulanan, tiga bulan sekali atau dalam Jawatankuasa Audit?

6. Siapa yang flip-flop mengenai projek hidro Bakun hingga menyebabkan cost escalation?

7.Mengenai lesen judi, ia tidak akan menyelesaikan judi haram selagi tiada penguatkuasaan yang bebas rasuah;

8. Selagi ada kaum dan agama di Malaysia yang mana bagi mereka judi tidak haram, selagi itulah akan ada perjudian di negara kita ini. Hatta ramai juga orang Islam kaki judi dan kaki arak;

9. Bukan sahaja akidah orang Islam rosak kerana judi, ramai juga orang bukan Islam yang jadi papa kedana, runtuh rumah tangga dan anak isteri jadi mangsa kerana judi dan arak. Ada yang minum Paraquat untuk bunuh diri;

10. Di kalangan orang bukan Islam pun ramai juga yang menentang judi dan minum arak; dan

11. Memang susah dan janggal apabila seorang pembesar Islam terpaksa memberi alasan mempertahankan judi. Kalau Menteri atau Timbalan Menteri bukan Islam, nampak lainlah sikit.


[Posting Asal]


SAYA belum berkesempatan mengulas lanjut pemberian “semula” lesen judi “football pool” kepada Kumpulan Berjaya dan isu kerugian Sima Darby.

Namun saya membenarkan komen dalam posting mengenai Royal Belum kerana saya rasa isu lesen judi pertaruhan bola sepak dan kerugian Sime Darby ini penting.

Berikut, saya siarkan semula jawapan ringkas saya kepada soalan pembahas “Rakyat Sudah Bijak” yang disiarkan dalam ruangan komen bawah tajuk Royal Belum, yang berbunyi:


1. Pengeluaran "semula" lesen itu sudah pun disahkan.

2. Alasannya ia akan menyelesaikan masalah judi haram bola sepak.

3. Lesen ini pernah diberikan tetapi ditarik balik pada tahun 1990, kalau tak silap saya waktu Tun Daim Zainuddin jadi Menteri Kewangan.

4. Inilah yang saya kata orang bukan Islam ada sektor khas dalam ekonomi negara iaitu judi dan arak yang mana orang Islam tak boleh ambil bahagian kerana ditegah oleh agama.

Saya juga belum berkesempatan mengulas tindakan ke atas Presiden dan CEO Sime Darby, Ahmad Zubir Maushid, berikutan kerugian besar syarikat berkaitan kerajaan (GLC) itu.

Namun pembahas adalah dijemput memberi pandangan berasaskan apa yang telah dilaporkan mengenai kedua-dua perkembangan itu.

Dua hari ini saya terbabit dengan Konvensyen Usahawan Melayu anjuran Dewan Perniagaan Melayu Malaysia di PWTC, Kuala Lumpur.

Tuesday, May 11, 2010

Royal Belum Selama-Lamanya

A Kadir Jasin

[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

KOMPLEKS rimba Belum di utara Perak mempunyai dua komponen iaitu Hutan Negeri Royal Belum dan Hutan Simpan Temengor dengan keluasan 300,000 hektar atau hampir empat kali keluasan Singapura. Di tengah-tengahnya terletak Tasik Temengor yang diwujudkan oleh pembinaan empangan elektrik hidro TNB pada tahun 1975.

Keluasan Royal Belum yang terletak di utara Lebuh Raya Timur-Barat adalah 117,500 hektar. Di sini kegiatan membalak tidak lagi dibenarkan di bawah Enakmen Perbadanan Taman Negeri Perak. Royal Belum diwartakan sebagai Hutan Negeri pada bulan Mei, 2007.

Saya terbabit dengan projek ini apabila akhbar New Straits Times pada tahun 1990-an melalui projek Alam Sekitar dan Projek Sekolah Dalam Taman mempromosi idea menjadikan Hutan Belum sebagai warisan yang kekal ke akhir zaman.

Bersama Ahmad A Talib (blogger Pahit Manis) dan Ketua Unit Pendidikan NST waktu itu, mendiang John Pillai, kami membuat kempen kesedaran. Kami berjumpa pembesar Perak bagi “menjual” idea itu.

Secara peribadi, saya terhutang budi kepada dua bekas Menteri Besar Perak – Ramli Ngah Talib dan Mohd Tajol Rosli Ghazali – kerana menyokong idea itu.

Ahmad dan saya juga terbabit dengan pembangunan Pulau Banding oleh Kumpulan Emkay dalam kapasiti kami sebagai ahli kumpulan pakar yang memberi nasihat mengenai pelbagai aspek projek swasta itu.

Royal Belum pasti tidak menjadi kenyataan tanpa komitmen Ramli dan Tajol serta Menteri-Menteri Besar selepas mereka, iaitu Mohd Nizar Jamaluddin dan kini Zambry Abdul Kadir.

Pemandangan waktu pagi di Royal Belum.

Pembabitan cergas serta proaktif badan-badan bukan kerajaan seperti Malaysian Nature Society (MNS), World Wildlife Fund (WWF), para penyelidik, pencinta alam semula jadi dan terulung sekali Baginda Sultan Perak, Raja Azlan Shah yang menganugerahkan taraf diraja kepada Royal Belum. Merekalah yang menjadi penggerak dan penentu kewujudan projek warisan (heritage project) ini.

Jadi tidak hairanlah jika Zambry memandang serius dan memberi perhatian mikro kepada projek sosio-ekonomi yang berlandaskan ekologi dan alam sekitar yang sangat unik ini.

Pada 9 dan 10 Mei, Zambry mengetuai ekspedisi dua hari satu malam yang membabitkan wartawan, blogger, jurukamera, jurugambar, wakil-wakil MNS dan WWF, agensi-agensi kerajaan negeri dan pusat, wakil-wakil masyarakat Orang Asli dan Persatuan Pengusaha Pelancongan Tasik Temengor.

Royal Belum dan Hutan Simpan Temengor adalah antara rimba hujan tropika tertua, terbesar dan terkaya kepelbagaiannya yang masih kekal di Planet Biru kita ini. Ia dianggarkan berusia 130 juta tahun.

Zambry menyerahkan replika kunci rumah kepada penduduk Orang Asli.

Zambry bermesra dengan kanak-kanak Orang Asli
Destinasi Mutakhir Pencinta Alam

DENGAN ciri-ciri yang luar biasa ini, kompleks rimba Royal Belum-Temengor bukanlah destinasi pelancongan biasa. Ia lebih tepat dianggap persada pertapaan dan pengembaraan mengenal diri dan menghayati keagungan ciptaan Allah.

Jadi, pada pandangan saya, setelah tiga kali melayari Tasik Temengor dan masuk ke hutan Royal Belum-Temengor, ia bukanlah destinasi anda jika anda tergolong dalam kategori berikut:

1. Memerlukan tilam empuk, tidak boleh lekang daripada TV flat screen dan bilik tidur berhawa dingin;

2. Tidak gemarkan hutan belantara dengan flora dan faunanya (disebut fona bukan fau-na) yang termasuk pacat, pelbagai macam serangga dan haiwan liar;

3. Takut kepada kegelapan dan bunyi-bunyi rimba yang pelbagai dan penuh mistik; dan

4. Kurang disiplin diri, suka membuat kotor, merokok di mana-mana saja dan gemar berkaraoke hingga awal pagi.

Pendek kata, kalau tuan dan puan bukan jenis yang sukakan alam semesta, kurang tahan lasak dan takut pacat serta serangga eksotik pelbagai warna dan rupa, maka kompleks rimba Royal Belum-Temengor bukanlah destinasi pilihan anda.

Tetapi kepada sesiapa sahaja yang mencintai alam semula jadi, kompleks rimba Royal Belum-Temengor adalah antara destinasi mutakhir yang wajib dilawati.

Ekologi Yang Sensitif

HUTAN rimba hujan tropika adalah sistem ekologi dan kepelbagaian biologi (bio-diversity) yang sangat menakjubkan, tetapi amat sensitif kepada pencerobohan luar, sama ada oleh manusia atau flora dan fauna dari luar.

Tumbuh-tumbuhan (flora) dan hidupan (fauna) dari luar boleh membinasakan flora dan fauna asal. Inilah yang sangat ditakuti oleh MNS, WWF, ahli sains, agensi-agensi penguatkuasa dan aktivis alam sekitar.

Saya dimaklumkan oleh seorang pemandu pelancong bahawa ada bukti ikan tilapia telah dilepaskan atau terlepas ke dalam Tasik Temengor.

Ikan tilapia, sebagai ikan jenis yang menetaskan anak dalam mulut (mouth breeder) boleh membiak dengan pantas dan bersifat omnivorous, iaitu makan daging dan tumbuh-tumbuhan.

Ciri-ciri ini menyebabkan ikan seperti tilapia menjadi ancaman kepada ikan residen seperti kelah, temoleh, sebarau, tengas dan jelawat.

Tanpa ancaman spesis yang diperkenalkan (introduced species) seperti tilapia, ikan-ikan air tawar dan air jernih seperti disebutkan di atas sudah pun terancam, malah mungkin pupus tanpa kawalan dan restocking, akibat tangkapan berlebihan.

Saya dimaklumkan ada peniaga luar yang secara diam-diam dan haram mengupah Orang Asli menjala dan memukat ikan-ikan ini kerana harganya yang sangat tinggi.

Antara projek perintis yang sedang dilakukan adalah menangkap, membiak dan melepaskan anak-anak ikan daripada spesis yang terancam ini serta menggalakkan pemancing rekreasi mengamalkan kaedah tangkap dan lepas (catch and release).

Realitinya, haiwan paling gagah dan paling banyak makan seperti gajah dan seladang tidak akan memusnahkan Royal Belum.

Tetapi saya sangat bimbang dan amat dukacita apabila ada ahli ekspedisi sendiri merokok ketika hiking dan membuang sisa plastik di merata tempat.

Api boleh memusnahkan khazanah alam pemberian Allah ini dalam sekelip masa manakala sisa plastik tidak akan hancur hingga beratus tahun.

Jadi saya cadangkan agar kompleks Royal Belum-Temengor diisytiharkan “zon bebas rokok dan plastik” serta bilangan pelawat dihadkan kepada bilangan yang boleh ditampung oleh alam semula jadi.

Lentur Buluh Dari Rebung

BANYAK buluh dalam rimba Royal Belum. Saya cadangkan marilah kita melentur buluh dari rebungnya dengan menggesa agar ditubuhkan Briged Remaja Rakan Belum.

Anggota generasi muda inilah, khasnya di kalangan orang Asli yang mendiami bio-sfera Royal Belum-Temengor, akan mewarisi rimba belantara warisan sejagat ini.

Wajah  pewaris rimba.
 Justeru itu, usaha menjadikan masyarakat Orang Asli sebagai pemegang saham (stakeholder) utama Royal Belum amat dialu-alukan.

Blogger dengan keluarga Orang Asli.
 Sambil mempelbagaikan sumber pendapatan, Orang Asli yang arif mengenai hutan belantara boleh menjadi mata dan telinga kepada kerajaan, khasnya kepada agensi-agensi penguatkuasaan, dalam usaha menghalang pencerobahan luar.

Kesimpulannya, kita amat bernasib baik menjadi penerima anugerah Allah yang tidak ternilai harganya ini dan adalah kewajipan Fardu Kifayah kita menjaganya dengan sebaik yang terdaya.

Saturday, May 08, 2010

Kemungkinan Kesan Negatif Krisis Istana Kelantan

A Kadir Jasin

[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

KRISIS yang melanda Istana Kelantan menang sensasi, sedap dibaca dan hangat dibahaskan di kedai kopi.

Oleh kerana cerita mengenainya sudah melambak dalam media massa, maka tidak perlulah saya mengulanginya.

Lagipun, kita wajib berhati-hati apabila bercakap mengenai institusi raja kerana banyak implikasi undang-undang, adat resam dan tatatertib yang perlu dihormati.

Jadi, saya memohon para pembahas agar berhati-hati apabila memberi pendapat.

Namun ia tidak menghalang kita bertanya, adakah kemelut Istana Kelantan ini baik untuk institusi raja?

Nasib baiklah, institusi raja kita termaktub dalam Perlembagaan dan Raja-Raja kita adalah Raja-Raja berperlembagaan (Constitutional Monarchs).

Saya takut hendak bayangkan apakah yang akan terjadi sekiranya Raja-Raja kita adalah Raja-Raja berkuasa mutlak (absolute monarchy).

Sejarah, legenda dan mitos Melayu menceritakan kisah Raja-Raja berkuasa mutlak yang bijaksana, adil dan disayangi rakyat jelata.

Tetapi sejarah, legenda dan mitos juga menceritakan tentang Raja-Raja yang kejam dan dibenci kerana berahikan isteri orang, merampas harta rakyat jelata dan menghukum sesuka hati.

Tidak kurang pula yang menggadai harta dan wilayah negeri, menyerah kuasa kepada penjajah dan meminta campur tangan luar dalam pergaduhan istana.

Kita bernasib baik kerana nasionalisme Melayu yang tercetus akibat cadangan Malayan Union pada tahun 1945 menyedarkan orang Melayu mengenai kepentingan melindungi institusi raja.

Perwakilan Umno dan Raja-Raja Melayu bersetuju bahawa institusi raja dipertahankan dan ditentukan kuasanya oleh Perlembagaan.

Maka lahirlah institusi raja berperlembagaan apabila Persekutuan Tanah Melayu merdeka pada 31 Ogos, 1957.

Namun, Raja-Raja Melayu dan kerabat mereka mempunyai kuasa dan pengaruh yang besar, terutamanya kerana mereka diberikan kekebalan daripada pertuduhan (immunity from prosecution) oleh Perlembagaan. Sekali sekala kekebalan ini disalahgunakan.

Bagaimanapun, kecacatan ini diperbaiki pada tahun 1993 apabila Perlembagaan Persekutuan dipinda bagi mengehadkan kekebalan Raja-Raja kepada tugas-tugas rasmi sahaja.

Sejak itu, Raja-Raja atau kerabat mereka boleh dibicarakan atas kes jenayah dan sivil oleh Mahkamah Khas.

Inilah yang sedang dipohon oleh Sultan Kelantan apabila Baginda memfailkan permohonan Habeas Corpus bagi mendapatkan perintah Mahkamah Khas membenarkan Baginda dibawa keluar dari Hospital USM, Kubang Kerian, Kelantan.

Habeas Corpus atau dalam bahasa Latin “kamu akan memiliki tubuh badan” (You (shall) have the body”) adalah saluran undang-undang yang memungkinkan seseorang yang ditahan meminta dibebaskan atas alasan penahanannya tidak sah.

Apa pun, kita berharap krisis Istana Kelantan ini tidak akan merebak atau berterusan terlalu lama.

Sekiranya keadaan menjadi lebih runcing, adalah dikhuatiri kedudukan Istana Kelantan akan menjadi lemah sehingga menjejaskan pentadbiran negeri dan taat setia rakyat.

Walaupun Raja-Raja Melayu tidak mempunyai kuasa mutlak, namun institusi raja memainkan peranan penting sebagai pelindung agama Islam, simbol keistimewaan orang Melayu dan tempat tumpuan taat setia rakyat jelata.

Jadi wajiblah Istana menunjukkan contoh dan teladan yang baik.

Monday, May 03, 2010

Tragik Bila Ibu Bapa Abaikan Tanggungjawab

A Kadir Jasin
[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

KITA diminta bersimpati. Tetapi kita juga diajar jangan terlalu emosi. Kita kena faham pokok dan pangkal, baru kita menjadi orang berakal.

Mati di jalan raya itu bukan tragedi. Mati minum Paraquat pun bukan tragedi. Ia sekadar kematian yang menyedihkan. “Tragic” dalam bahasa Inggeris. Tragis kata bahasa Indonesia yang kita guna pakai.

Tragedi, dalam pengertian asalnya adalah drama atau sandiwara yang kesudahannya menyayat hati umpama Uda dan Dara, Romeo dan Juliet. Peristiwa yang menyedihkan tidak semestinya tragedi. Ia boleh menjadi komedi.

Mati berlanggar di jalan kerana menandu tanpa lesen atau ditambah polis kerana enggan berhenti bukan tragedi. Ia sekadar “tragic” – menyedihkan atau menghibakan.

Tetapi apa nak buat. Banyak istilah asing apabila diserahkan kepada Dewan Bahasa dan Pustaka atau diserapkan ke dalam bahasa Melayu, lain pula maksud dan pengertian yang diberikannya.

Saya pun tidak faham, malah naik sasau apabila perkataan “ori” khabarnya diterima pakai oleh DBP bagi membawa erti asli atau original. Emotional atau emosi sudah jadi “emo”.

Bahasa Inggeris, sepanjang pengetahuan saya, tidak pula menyingkatkan original menjadi ori atau emotional menjadi emo. Yang guna ori dan emo ni remaja. Tetapi orang tua pun sudah terikut-ikut.

Satu Malaysia yang guna bahasa Melayu. Itu kata Perlembagaanlah. Tetapi kerana terbawa-bawa dengan bahasa Inggeris, maka kecewa disangka “frust”. Jadi ramailah kerana “frust” lantas bunuh diri, mengambil madat, lari dari rumah dan macam-macam lagi.

Lulusan universiti pun sangka “frust” itu adalah perkataan Inggeris untuk kecewa atau hampa. Jadi bila saya beri mereka kamus Oxford dan suruh mereka cari perkataan “frust”, mereka terpinga-pinga kerana tidak ada. Istilah sebenar Inggeris adalah “frustration”.

Jadi, budak 15 tahun mati ditembak polis ketika memandu dan enggan berhenti sekatan buka tragedi. Ia kejadian “tragic” (menyedihkan) yang tidak sepatutnya berlaku kerana BUDAK 15 TAHUN TIDAK LAYAK MEMANDU KENDERAAN BERMOTOR.

Yang menjadi tragedi ialah apabila sebahagian besar masyarakat tidak menyoal bagaimana Aminulrasyid Amzah yang berumur 15 tahun boleh bawa kereta sebaliknya bulat-bulat menyalahkan polis.

Sedangkan soalan yang wajib ditanya dan dijawab ialah siapa yang mengajarnya memandu kereta sedangkan undang-undang berkata umur minimum memandu kereta adalah 17 tahun (Lesen Memandu D) dan motosikal 16 tahun (lesen B2 -250 kuasa kuda).

Soal dia “pinjam” kereta kakaknya adalah perkara kedua yang tidak akan timbul kalau tidak ada persoalan pertama iaitu siapa yang mengejarnya memandu kereta sedangkan dia di bawah umur.

Kita boleh salahkan polis kerana “trigger happy”. Itu Ketua Polis Negara, Musa Hassan, wajib siasat dan wajib jawab kerana memang ada kecenderungan di kalangan sesetengah anggota polis menggunakan kekerasan.

Tetapi nak salahkan polis bulat-bulat pun tak kena. Kerap juga anggota polis yang membuat sekatan jalan raya, mengawal lalu lintas atau meronda dirempoh sampai mati oleh penjenayah dan oleh pemandu yang melanggar undang-undang jalan raya.

Bayangkan, apa pula pendirian kita kalau budak-budak bawah umur ini membawa kereta dan berlanggar dengan orang yang ada lesen di jalan raya sampai mati atau cedera parah?

Hanya orang yang ada lesen yang sah sahaja dibenarkan oleh undang-undang untuk memandu kenderaan bermotor. Budak 15 tahun tidak dibenarkan kerana dia belum berhak memiliki lesen memandu.

Saya pun ada anak. Sejak mereka lahir saya sudah ada kereta. Tiga daripada mereka sudah ada lesen dan seorang sedang belajar dengan sekolah memandu.

Sebelum mereka belajar dengan sekolah memandu dan lulus ujian memandu, saya tidak benarkan mereka menyentuh stereng – tak kira kereta saya atau kereta orang lain.

Saya tidak benarkan mereka memandu jauh-jauh atau lewat malam sehinggalah mereka cukup cekap. Sebenarnya tidaklah susah sangat nak disiplinkan anak-anak demi keselamatan kalau ibu bapa ada akal dan ada disiplin.

Justeru itu, saya susah sikit hendak bersimpati dengan orang yang sayangkan anak sampai abaikan undang-undang dan keselamatan.

Dan terlanjur Perdana Menteri, Mohd Najib Abdul Razak, mengarahkan agar tidak ada apa-apa disembunyikan dalam siasatan kematian Aminulrasyid Amzah, pihak terbabit perlu siasat siapa yang mengajar dia memandu, kenapa begitu mudah membiarkan anak-anak melanggar undang-undang dan membenarkan remaja keluar rumah lewat malam.

Sambil-sambil itu, cuba buat pemeriksaan di sekolah-sekolah menengah takut-takut ramai lagi budak 15 tahun bawa kereta atau tunggang motosikal.

Friday, April 30, 2010

Misteri Kehilangan Dua Blok Padang Minyak

A kadir Jasin

[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

ADAKAH benar dakwaan bekas Pardana Menteri, (Tun) Dr Mahathir Mohamad dan akhbar The Edge bahawa Kerajaan Malaysia di bawah pentadbiran (Tun) Abdullah Ahmad Badawi telah secara diam-diam menyerahkan dua blok padang minyak (oil fields) kepada negara Brunei?

Dr Mahathir menulis dalam blongnya semalam bahawa Blok L dan M telah secara diam-diam dan tanpa pengetahuan Petronas diserahkan kepada Brunei walaupun Petronas telah menandatangani perjanjian perkongsian pengeluaran dengan syarikat minyak Amerika, Murphy Oil.

Dr Mahathir yang juga Penasihat Petronas berkata dua blok itu dituntut oleh Malaysia berasaskan fakta sejarah dan dianggarkan mempunyai simpanan minyak mentah mutu tinggi sebanyak 1 bilion tong.

Laporan The Edge dan The Brunei Times mendakwa dua blok padang minyak itu tidak lagi dimiliki Malaysia.

Akhbar ekonomi The Edge pada 22 April memetik Murphy Oil sebagai berkata Petronas telah menamatkan kontrak perkongsian pengeluaran untuk Blok L dan M kerana padang minyak itu “bukan sebahagian daripada Malaysia lagi".

Murphy Oil berkata Petronas telah memaklumkan kepadanya pada 21 April bahawa “berikutan pelaksanaan pertukaran surat antara Malaysia dan Brunei pada 16 Mac, 2009, kawasan penerokaan luar pantai yang diberi nama Blok L dan M bukan lagi sebahagian daripada Malaysia.”

Kerajaan wajib menjawab sama ada dakwaan Dr Mahathir dan laporan media massa itu benar atau sebaliknya. Kalau benar, ini adalah perbuatan menyembunyikan maklumat yang boleh dianggap satu pengkhianatan.

Kalau benar, kenapakah padang minyak itu tiba-tiba bukan lagi milik kita dan adakah benar pemilik barunya adalah Brunei?

Adakah ini ada kena mengena dengan penyelesaian yang kononnya telah dicapai dengan Brunei mengenai tuntutan negara itun ke atas Limbang, Sarawak?

Pada 16, 2009 Bernama memetik Abdullah sebagai berkata di Bandar Seri Bengawan bahawa “Brunei telah secara rasmi menggugurkan tuntutannya yang lama ke atas Limbang.”

Abdullah berkata pengguguran tuntutan oleh Brunei itu adalah sebahagian daripada Pertukaran Surat-Surat yang dimeterai beliau dengan Sultan Hassanal Bolkiah di Istana Nurul Iman.

Tetapi dua hari kemudian, pada 18 Mac, Menteri Luar dan Perdadangan Kedua Brunei, Lim Jock Seng, dipetik oleh akhbar The Brunei Times sebagai berkata “isu tuntutan wilayah ke atas Limbang tidak dibincangkan dalam perjanjian-perjanjian yang ditandatangani pada hari Isnin yang menyelesaikan isu dua-hala yang tertangguh antara Brunei Darussalam dan Malaysia.”

Dr Mahathir dalam blognya berkata Kementerian Luar Negeri Malaysia tidak pernah menafikan kenyataan Brunei itu.

Jadi adakah kita kehilangan dua padang minyak kepada Brunei tetapi Brunei tidak menggugurkan tuntutan ke atas Limbang?

Kerajaan Mohd Najib Abdul Razak perlu memberi penjelasan tanpa sebarang percubaan “cover-up”.

Setelah kita kehilangan Pulau Batu Putih kepada Singapura pada zaman singkat pemerintahan Abdulllah, kita berhak untuk tahu apakah kepentingan dan kedaulatan kita di Sarawak juga telah disabotaj akibat kedangkalan pemerintah waktu itu.

Kita takut padang minyak yang kita kendong telah berciciran dan pembebasan Limbang daripada tuntutan Brunei yang kita kejar tak dapat.

Kita tidak mahu cerita si Luncai yang terjun ke sungai dengan labu-labunya terjadi kepada kita. Si Luncai tak apalah. Labu-labu itu miliknya. Tapi dua padang minyak dengan potensi hasilnya dianggarkan RM320 bilion itu milik kita. Ia bukan milik mana-mana Luncai.

Saya telah beberapa kali menyuarakan secara terbuka keraguan saya terhadap kemampuan penasihat-penasihat hal ehwal luar dan perundangan Abdullah, khasnya dalam hal Pulau Batu Putih. Keraguan itu terbukti apabila kita kalah perbicaraan menuntut pulau strategik itu pada 23 Mei, 2008.

Soalnya, kalau betul dua padang minyak itu diserahkan kepada Brunei oleh Abdullah, apa yang menteri-menteri dan penasihat-penasihat beliau ketika itu buat? Adakah mereka bersubahat (complicit) atau mereka tertidur?

Kita juga ingin tahu kepada siapa kontrak pengeluaran minyak di dua blok itu diberikan oleh pemilik barunya. Bukan apa, tetapi takut-takut si Luncai terjun ke sungai sambil itu mimum air. Manalah tahu, di depan kita si Luncai buat bodoh, tetapi di belakang dia sapu.

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).