Monday, September 26, 2011

Antara "Dajal" Dan Laut Dalam


A Kadir Jasin

[KALAU mengulas menggunakan  “anonymously”, tolong tuliskan nama Saudara/Saudari pada permulaan dan penghujung komen. Kalau boleh minta ringkas. Terima kasih.]

DALAM bahasa Inggeris ada satu ungkapan yang berbunyi “between the devil and the deep blue sea”. Diterjemahkan literal ke bahasa Melayu ia bererti di antara dajal dan laut dalam yang biru warnanya.

Ia merujuk kepada dua pilihan saya sama besar ancamannya. Ungkapan ini tidak asing kepada kepemimpinan politik dan orang ramai yang berpendidikan Inggeris, tetapi mungkin dianggap kasar atau kesat oleh yang tidak biasa dengannya.

Dalam konteks pilihan raya umum yang akan datang, apakah ini pilihan yang ada kepada kita?

Boleh jadi kerana tanggapan umum terhadap orang politik begitu negatif maka jarang mereka mengaitkan orang politik dengan laut dalam yang biru airnya.

Mereka lebih kerap mengaitkan politik dan orang politik dengan dajal. Maka diciptakan pula frasa yang berbunyi “it’s better the devil know than the devil you don’t” – lebih baik dajal yang kita kenali dengan yang tidak kita kenali.

Di Barat yang kini menjadi “kiblat” politik ramai Melayu dan bukan Melayu liberal, mereka sangat tidak menyukai dan jarang sekali mempercayai orang politik. Jadi, jolokan “devil” itu kerap dirujukkan kepada mereka.

Hatta seorang pembesar politik yang dikagumi kerana kehebatan tindak tanduk dan tipu-helahnya pun dikaitkan juga dengan dajal. Dia dikatakan “devilishly clever” – cerdik macam dajal.
  
Pilihan Dalam PRU Akan Datang

Jadi, menjelang PRU akan datang, apakah pilihan yang ada kepada pemilih di Malaysia – adakah di antara dajal dan laut dalam yang biru warnanya atau antara dajal yang mereka kenal dengan yang tidak mereka kenal?

Minta dijauhkan Allah, pilihan yang akan dikemukakan kepada kita nanti hendaknya bukanlah dajal sebaliknya insan-insan yang boleh kita panggil pemimpin.

Barisan Nasional/Perikatan telah menguasai politik Malaysia (Malaya) sejak Pilihan Raya Dewan Perundangan Malaya tahun 1955. Di kalangan parti-parti Pakatan Rakyat pula, hanya Pas mempunyai rekod yang lama mentadbir negeri. DAP dan PKR baru pada tahun 2008 berkongsi memerintah negeri.

BN menjadi sangat lemah ketika pentadbiran Abdullah Ahmad Badawi. Beliau menang besar pada PRU 2004 dan kalah teruk pada PRU 2008.

Abdullah menjadi mangsa liberalisasi politik yang tidak terancang dan pembawa-larian pentadbirannya oleh beberapa kerat “insider” yang digelar Budak-Budak Tingkat Empat. Mereka terdiri daripada ahli keluarga, rakan-rakan dan pegawai-pegawai peribadi beliau.

Mohd Najib Abdul Razak naik menjadi Perdana Menteri pada tahun 2009 apabila Abdullah dihambat keluar oleh gabungan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, dan Naib Presiden kanan Umno masa itu, Muhyiddin Mohd Yassin.

Atas sebab itu, Mohd Najib terpaksa berhati-hati apabila berurusan dengan Dr Mahathir dan Muhyiddin yang kini timbalan beliau merangkap Timbalan Presiden Umno.

Abdullah cuba menjadikan “Islam Hadhari” wadah perjuangannya dan jatuh tersungkur. Hari ini, Islam Hadhari hampir-hampir tidak disebut lagi.

Mohd Najib mempunyai jauh lebih banyak gagasan dan slogan. Daripada 1Malaysia kepada rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan, Pelan Transformasi Kerajaan (GTP), Pelan Transformasi Ekonomi (ETP), Pemandu, KPI, NKRA dan pada malam menjelang Hari Malaysia 16 September lalu, memperkenalkan pula “cool factor” dengan mencadangkan pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (AKDN) serta beberapa akta polok yang lain.

Banyak pihak menyindir dan menyelar retorik beliau, tetapi kerana kepandaian beliau dan “handlers” beliau memperkenalkan satu demi satu penjenamaan, rakyat jelata keliru dan akhirnya lupa janji-janji yang belum ditunaikan atau gagal pelaksanaannya sebaliknya gembira dengan janji-janji baru yang diperkenalkan satu demi satu.

Injit-Injit Semut Mohd Najib

Ada kalanya beliau memaksa pembangkang menari mengikut rentak beliau dan ada masanya rentak tarian beliau sama dengan rentak pembangkang.

Apabila beliau menguar-uarkan “package” liberalisasi politik yang termasuk pemansuhan AKDN, rentak beliau sama dengan rentak pembangkang sekian lama berkempen menghapuskan Akta itu.

Tetapi, pokok pangkalnya Mohd Najib, Umno dan BN akan diadili mengikut kriteria yang lebih asas dan fundamental seperti prestasi ekonomi, kenaikan kos sara hidup, pengangguran, kadar jenayah dan isu-isu harian.

Pemansuhan AKDN mungkin mempopularkan Perdana Menteri di kalangan pengundi minoriti Cina dan India, tetapi akan menimbulkan masalah di kalangan pengundi majoriti Melayu yang selama lebih 40 menjadi penyokong kuat ISA.

Jentera BN meramalkan prestasi baik pada PRU akan datang, termasuk menawan semula Selangor. Kalau keyakinan ini ada asasnya, ia bukanlah kerana BN telah menjadi lebih kuat, tetapi kerana PR menjadi lebih lemah.

Perkembangan dalam parti-parti PR dan di antara mereka memberi gambaran wujudnya masalah ideologi, dasar dan pendekatan yang luas.

Tarik tali antara Pas dan DAP mengenai Negara Islam/Hukum Hudud lawan sekularisme tidak membantu memperkukuhkan PR manakala isu kesinambungan kepemimpinan terumbang ambil akibat kes mahkamah ketua mereka, Anwar Ibrahim.

Keceloparan Timbalan Presiden baru Pas, Mohamad Sabu, membantu Umno kerana ramai anggota pasukan bersenjata dan perasanya marah kepada Pas. Undi pos polis dan tentera sudah dalam tangan BN.

Tetapi dengan mencadangkan pemansuhan ISA, Mohd Najib mungkin melukakan perasaan kelompok yang sama yang mengorbankan nyawa dan jasad mempertahankan negara daripada keganasan komunis dan pelampau-pelampau lain.

Duit Senjata Mohd Najib

Senjata utama Perdana Menteri adalah memberikan peruntukan khas kepada kelompok-kelompok tertentu yang menguasai peti undi.

Ini boleh beliau lakukan dengan mudah kerana beliau menyimpan banyak peruntukan belanjawan di JPM dan Kementerian Kewangan yang kedua-duanya beliau kawal.

Manakala senjata pembangkang pula adalah  kejayaan mereka memaksa Kerajaan menari dengan rentak dan irama mereka.


Antara senjata tajam yang berjaya mereka gunakan adalah tujuk perasaan Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu. Akibat kecelaruan Kerajaan menangani tunjuk perasaan itu, PR yang bersekongkol dengan Bersih, mendapat faedah di luar jangkaan.

Walaupun Kerajaan menafikannya, tetapi majoriti berpendapat tunjuk perasaan itu telah memaksa Kerajaan bertindak balas dengan menubuhkan Jawatankuasa Terpilih Parlimen mengenai reformasi pilihan raya.

Pembangkang juga mempunyai bukti yang kuat bagi mendakwa yang kerana tekanan merekalah, Mohd Najib bertindak balas dengan mengemukakan pemansuhan AKDN dan beberapa akta lagi yang selama ini mereka tentang.

Bergantung kepada bila Kerajaan membentangkan rang undang-undang pemansuhan AKDN, Pembangkang terpaksa menyokongnya, tetapi mereka belum tentu akan menyokong rang undang-undang bagi mewujudkan dua akta keselamatan baru bagi menggantikan AKDN.

Bukanlah kemenangan bagi pembangkang kalau satu akta dimansuhkan, tetapi diganti oleh dua akta baru.

Melainkan BN memperoleh semula kelebihan suara dua pertiga di Dewan Rakyat dalam PRU akan datang, ia terpaksa meminta bantuan PR bagi meluluskan  dua rang undang-undang keselamatan itu. Ini bermakna, rang undang-undang itu perlu didrafkan sebagai rang undang-undang dua pihak yang membabitkan BN dan PR.

Pendek kata, walaupun kita tidak mahu pilihan kita dalam PRU akan datang menjadi “Pilihan Hobson” iaitu pilihan antara dua dajal  --  dajal yang kita kenal dengan dajal yang kita tidak kenal --  kita tidak dapat lari daripada hakikat bahawa yang akan menentunya adalah parti-parti yang bertanding.

Merekalah yang akan menentukan sama ada calon-calon yang mereka kemukakan dan manifesto yang mereka tawarkan cukup bersih untuk secara sahih mencampak jauh unsur-unsur dajal yang kita takuti itu atau mereka akan mengemukakan watak-watak dan piagam yang sama.

Wallahualam.

Friday, September 16, 2011

Antara Liberalisasi dan Reaksi Kepada Pembangkang


A Kadir Jasin

[KALAU mengulas menggunakan  “anonymously”, tolong tuliskan nama Saudara/Saudari pada permulaan dan penghujung komen. Kalau boleh minta ringkas. Terima kasih.]

MUKHADIMAH – Perdana Menteri, Mohd Najib Abdul Razak, mengumumkan bahawa Akta Keselamatan Dalam Negeri (AKDN) akan dimansuhkan dan digantikan dengan dua undang-undang keselamatan baru. Akta Mesin Cetak dan Penerbitan akan dipinda. Akta Buang Negeri  akan dimansuhkan dan  Akta Kediaman Terhad disemak semula. Perisytiharan Darurat yang masih berkuat kuasa akan ditarik balik dan undang-undang kebebasan berhimpun akan dipinda bagi mengiktiraf Perkara 10 Perlembagaan.

Pada mulanya saya tidak bercadang mengulas perkembangan ini. Tapi setelah menerima beberapa pertanyaan dan komen melalui SMS, saya rasa perlu memberi sedikit ulasan awal.

1. AKDN atau Internal Security Act (ISA) ada penyokong tegarnya. Majoriti orang Melayu tidak ada masalah dengannya.  Sebahagiannya pula mempunyai kaitan emosi yang kuat dengan akta itu kerana ramai suku-sakat dan saudara-mara berjuang menentang komunis malah terkorban akibatnya;

2. Hanya Melayu liberal, Melayu muda yang tidak merasai pahit getir darurat dan peristiwa 13 Mei, 1969 atau yang buta sejarah saja yang mati-matian mahu AKDN dihapuskan;

3. Hatta Melayu di pihak pembangkang pun tidak semuanya menentang AKDN sehingga mahu ianya dihapuskan. Kalau mereka nampak mati-matian menentangnya, itu adalah “posturing” politik;

4. Ramai juga pemimpin pembangkang sekarang pernah menjadi penyokong kuat AKDN apabila mereka dalam kerajaan. Mereka adalah fait accompli kepada akta itu kerana tidak berbuat apa-apa bagi menghapuskannya ketika dalam kerajaan;

5. Kalau AKDN berguna kepada Kerajaan Barisan Nasional, ia pun berguna juga kepada Pakatan Rakyat kalau ia ditakdirkan menjadi kerajaan. Cuma sekarang, dengan cadangan pemansuhan akta itu, PR tidaklah berpeluang menggunakannya kalau berkuasa;

6. Kalau Kerajaan BN telah menggunakan AKDN ke atas pemimpin pembangkang, pemimpin pembangkang pun boleh menggunakan AKDN ke atas pemimpin BN kalau BN ditakdirkan kalah pilihan raya suatu masa nanti;

7. Pembangkang sudah pun mendakwa kemenangan. Kata mereka, kerana asakan merekalah, Perdana Menteri mengumumkan liberalisasi itu dan kalau mahu ianya ditunaikan, teruskanlah menyokong PR atau lebih baik lagi pilih PR sebagai kerajaan pada pilihan raya umum akan datang; 

8. Masalah yang sering ditimbulkan mengenai AKDN bukan undang-undang itu per se, tapi peruntukannya dan cara ia dikuatkuasakan oleh polis. Kalau itu masalahnya, cara terbaik adalah meminda akta itu;

9. Saya adalah antara penyokong AKDN. Pendirian saya tidak berubah. Tapi saya setuju yang beberapa peruntukan akta itu dipinda seperti yang dicadangkan dalam laporan Suruhanjaya Diraja Penambahbaikan Perjalanan dan Pengurusan Polis Diraja Malaysia bagi memendekkan tempoh siasatan dan mengelakkan penyalahgunaan kuasa oleh polis dan Menteri Dalam Negeri;

10. Suruhanjaya itu mencadangkan pindaan kepada AKDN sebagai tolak-ansur dengan PDRM yang mahu ianya dikekalkan. Saya tidak pasti kalau PDRM telah mengubah pendirian mengenai perlunya AKDN dikekalkan;

11. Mengenai Akta Mesin Cetak dan Penerbitan, saya setuju ia dipinda bagi mengambil kira kemajuan teknologi maklumat dan telekomunikasi (ICT) dan keberkesanan kawalan media massa dalam era komunikasi siber ini; dan

12. Akta Buang Negeri dan Kediaman Terhad umumnya ditujukan kepada penjenayah yang terbabit dengan jenayah moral macam judi haram, pelacuran dan penyeludupan manusia. Ia digunakan juga ke atas anggota kongsi gelap dan kumpulan samseng. Masalah ini mungkin boleh ditangani kalau polis lebih cekap dan cepat menyiasat. Peguam Negara lebih cekap melakukan pendakwaan dan mahkamah lebih pantas membicarakannya. Kalau tidak, penjenayah jenis ini akan bertambah berani. Sekarang mereka takut kena buang daerah.

13. Mengenai hak berhimpun secara aman, saya sudah mengulasnya dengan panjang lebar sebelum ini dan tidak bersetuju dengan cara Kerajaan menangani tunjuk perasaan Bersih 2.0 Julai lalu.

Kesimpulannya, adakah ini "ranting zaiton" Mohd Najib kepada pemilih muda dan liberal atau sekadar penerusan liberalisasi pseudo Abdullah Ahmad Badawi yang secara langsung menyumbang kepada penghakisan sokongan terhadap BN pada PRU lalu?

Wallahualam.

Sunday, September 11, 2011

11/9: Nyawa Muslim Vs Nyawa Amerika


A Kadir Jasin

[KALAU mengulas menggunakan  “anonymously”, tolong tuliskan nama Saudara/Saudari pada permulaan dan penghujung komen. Kalau boleh minta ringkas. Terima kasih.]

MAAF cakap kalau saya katakan, saya nampak tanda-tanda penjajahan minda yang meluas oleh Barat ke atas sesetengah orang kita, termasuk yang mengendalikan media massa.

Saya rasa mereka begitu terpengaruh dengan diayah Barat berkaitan peristiwa 11/9 hingga mereka membuta-tuli menggunakan label 9/11 yang mengelirukan ramai pembaca, penonton dan pendengar mereka. Ada yang menyangka ia berlaku pada 9-11-2001.

Peristiwa pengeboman dengan kapal terbang ke atas World Trade Centre (WTC) di New York dan Pentagon, Washington DC, berlaku pada 11-9-2001. Jadi sepatutnyalah kita labelkan peristiwa itu sebagai Peristiwa 11/9 bukan tiru sistem takwim Amerika letakkan bulan dulu lepas itu baru hari bulan dan tahun.

Kesilapan ini mungkin remeh, tapi bagi saya, ia, secara tidak disedari, menggambarkan betapa tertakluknya minda sesetengah orang kita sehingga mereka menerima bulat-bulat apa saja yang disumbatkan oleh Barat, khasnya oleh Amerika.

Mungkin saya tidak boleh menyalahkan mereka. Mungkin latar belakang pendidikan dan ideologi mereka berbeza daripada zaman saya.

Saya belajar di sekolah Inggeris, baca buku dalam bahasa Inggeris, melanjutkan pelajaran ke dunia Barat, banyak tertugas dalam persekitaran Barat dan kenal ramai orang Barat.

Sepatunya, minda sayalah yang lebih mudah dipengaruhi atau terdedah kepada penjajahan psikologi Barat. Tetapi oleh sebab saya faham sedikit sebanyak “the mind game” atau mainan minda mereka, maka saya tidak terlalu taasub dengan pemikiran mereka atau percaya kepada propaganda mereka.

Jadi saya tertanya-tanya apakah nyawa kira-kira 3,000 yang terbunuh dalam serangan itu lebih mahal dan kekejamannya lebih teruk daripada yang dilakukan oleh Amerika ke atas jutaan orang Islam sebelum dan selepas kejadian itu?

Crusade George.W. Bush

Perang Jihad Dalam leksikon politik neo-konservatif dukungan George W. Bush, Peristiwa 11/9 umpama orang mengantuk disorongkan bantal. Bush dengan serta merta mengisytiharkan “crusade” (perang jihad) ke atas sesiapa saja yang dituduh terlibat dengan 11 penyerang Arab Saudi itu.

Dengan penasihat-penasihat yang sangat kuat kebenciannya terhadap Islam, dan Agensi Perisikan Pusat (CIA) yang sedia berbohong, tugas Bush mencari biri-biri hitam di kalangan umat Islam untuk disembelih sangat mudah.

Begitu meluas dan meyakinkan pembohongan mereka sehingga sampai ke hari ini pun, media massa dunia, termasuk di dunia Islam, hatta di negara kita sendiri, begitu bersedia mengingati dan meratapi Peristiwa 11/9 tetapi lupa terhadap kekejaman Amerika, Israel dan sekutu-sekutunya di Iraq, Afghnistan dan Palestin.

Mereka lupa, nyawa 3,000 orang Amerika telah dibalas dengan 1.03 juta nyawa rakyat Iraq – orang tua, wanita dan kanak-kanak - antara Mac 2003 dan Ogos 2009 (Opinion Resarch Business Survey).

Di Afghanistan, antara 2001 dan 2009, operasi tentera Amerika dan sekutunya telah membunuh hampir 20,000 orang awam, kebanyakannya oleh pengeboman udara.

Keganasan Tajaan Negara

Jadi, dalam sesetengah orang kita dan media massa kita menjadi “ga-ga” akibat diayah 11/9 ini, kita harus bertanya apakah nyawa 3,000 orang mangsa pengeboman New York dan Washington DC itu lebih mahal berbanding nyawa jutaan orang Islam yang terkorban akibat keganasan halal tajaan negara oleh Amerika dan kuasa-kuasa Barat lain?

Kita kutuk pengeboman ke atas WTC dan Pentagon 10 tahun lalu.

Tapi mengapa berdiam diri terhadap pengeboman harian yang dilakukan oleh Amerika ke atas orang awam Afghanistan sejak 10 tahun lalu?

Rupa-rupanya, ramai orang Islam bukan saja dijajah mindanya oleh Barat, malah mereka bersikap talam dua muka – hipokrit.

Wallahulam.

Sunday, September 04, 2011

Mohamad Sabu Dan Pemutarbalikan Sejarah


A Kadir Jasin

[KALAU mengulas menggunakan  “anonymously”, tolong tuliskan nama Saudara/Saudari pada permulaan dan penghujung komen. Kalau boleh minta ringkas. Terima kasih.]

PERLARUTAN bahas mengenai spectre penyerang balai polis Bukit Kepong sebagai pejuang nasionalis unjuran Timbalan Presiden Pas, Haji Mohamad bin Sabu aka Mohamad Sabuu, adalah bukti tambahan kepada kecamukan pemikiran Pas dan usahanya menjadi parti arus perdana.

Tidak lama selepas “menggantungkan” matlamat Daulah Islamiah dan digantikan dengan konsep negara berkebajikan, Pas melangkah setapak lagi ke arah arus perdana dengan percubaan menarik simpati orang Cina.

Soalnya, berapa ramai orang Cina yang menyokong interpretasi luarbiasa Mohamad Sabu itu atau faham dan peduli mengenai peristiwa tersebut. Atau apakah ini satu lagi contoh keceloparan Timbalan Presiden Pas itu?

Mohamad Sabu dilaporkan dengan meluas sebagai berkata, antara lain, bahawa pengganas komunis yang menyerang balai polis Bukit Kepong dan membunuh 25 orang anggota polis dan ahli keluarga mereka pada tahun 1950 adalah perwira sebenar “kerana mereka berperang melawan British”.

Debat ini sudah lama. Semua sudah tahu inti patinya. Jadi tidak perlulah saya mengulas panjang mengenai ketepatan atau kesesuaian kupasan Mohamad Sabu itu.

Lagipun, salah seorang rakan kongsi terkemuka Pas dalam  Pakatan Rakyat, YB Karpal Singh sudah pun memberi reaksi yang agak berpatutan.

Karpal yang terkenal dengan frasa “langkah mayat saya” kalau Pas hendak tubuhkan negara Islam, antara lain, menyifatkan kenyataan Mohamad Sabu itu sebagai “ill-advised” – dibuat tanpa nasihat yang waras dan berfikir panjang.

Soalnya, adakah Mohamad Sabu jenis orang yang berfikir panjang dan mendengar nasihat? Wallahualam.

Apa pun, reaksi YB Karpal itu, bagi saya, sangat bermakna kerana beliau adalah antara pemimpin DAP yang paling keras dan lantang menentang dasar Daulah Islamiah Pas, dan beliau boleh dikira berjaya apabila Pas “menggantungkan” matlamat Negara Islam dan menggantikannya dengan negara berkebajikan.

(Rencana ini elok dibaca selari dengan posting berjudul “Can Pas Lead A Future Government” yang ditampalkan pada 16 Ogos lalu).

Keceloparan percakapan dan kedangkalan pemikiran seperti inilah yang akan mensabotaj usaha Pas menjadi parti arus perdana yang disokong oleh majoriti orang Islam/Melayu dan disenangi oleh orang bukan Melayu/bukan Islam.

Sekalipun Mohamad Sabu begitu “desperate” – terdesak – untuk menafikan peranan pemimpin Umno dalam perjuangan kemerdekaan, namun adalah sangat tidak patut melabelkan anggota polis yang mati itu sebagai agen penjajah dan komunis yang membunuh mereka sebagai perwira.

Mungkin dalam keghairahan beliau hendak menobatkan dirinya sebagai orang nombor dua Pas dan dalam usaha menyedapkan hati kaum-kaum minoriti, khasnya Cina, Timbalan Presiden Pas itu lupa kepada ratusan ribu ahli keluarga dan keturunan anggota tentera dan polis kita – tak kira bangsa dan agama – yang mati menentang pengganas komunis.

Kesimpulannya, kepemimpinan Pas tidak boleh menyalahkan sesiapa kalau keceloparan mulut Timbalan Presidennya itu menjadi setitik nila yang merosakkan susu sebelanga, dan macam kata beberapa pembahas, menjadi tajuk hangat perbualan Eid Mubarak.

Bagi orang Islam/Melayu, pemutarbalikan sejarah seperti yang dibuat oleh Mohamad Sabu itu akan memburukkan lagi ancaman terhadap legitimasi mereka sebagai bangsa induk dan  kaum majoriti negara ini.

Nampak sangatlah parti-parti Melayu/Islam di Malaysia kini semakin hari semakin ghairah menyusukan kera di hutan sampai anak di rumah kebuluran. Wallahualam.

Monday, August 29, 2011

Berkenaan Raya, Ulang Tahun Merdeka, Melayu dan Dunia


A Kadir Jasin

 [KALAU mengulas menggunakan  “anonymously”, tolong tuliskan nama Saudara/Saudari pada permulaan dan penghujung komen. Kalau boleh minta ringkas. Terima kasih.]


“DI hari raya
Terkenang daku kepada si dia
Kampungku indah nun jauh di sana
Ayah serta bundaku….”

Demikian rangkap pembukaan lagu sayu “Dendang Perantau” oleh seniman ikonik Malaysia Allahyarham P. Ramlee.

Dan seniman tragis Allahyarham Sudirman Haji Arshat yang misi hidupnya membuatkan orang lain gembira, pula berkata:

“Perjalanan jauh tak ku rasa
Kerna hati ku melonjak sama
Ingin berjumpa sanak saudara
Yang selalu bermain di mata

Nun menghijau gunung ladang dan rimba
Langit nan tinggi bertambah birunya
Deru angin turut sama berlagu
Semuanya bagaikan turut gembira...”

Bersama takbir dan tahmid, dua lagu itu mencerminkan  roh dan semangat Aidilfitri. Dan jangan lupa ulang tahun kemerdekaan yang ke-54. Apa pun, ini negara kita. Buminya kita pijak, langitnya kita junjung. Jangan kerana menyampah dengan segelintir manusia, kita lepaskan geram kepada negara. Saya tetap kibarkan Jalur Gemilang.

Berbalik kepada hari raya, bagi kanak-kanak hari untuk bergembira – makan apa yang ada kerana matlamatnya mengutip duit raya. Kepada yang muda, hari romantis yang didedikasikan kepada cinta. Kepada yang dewasa menghayati erti Aidilfitri dan kepada yang tua (macam saya) untuk bernostalgia.

Masa Berlalu, Zaman Berubah.

Hari raya dulu dan kini, tidak sama lagi. Dulu sepasang pakaian baru belum tentu mampu. Sepuluh sen besarnya sama dengan roda kereta lembu. Masa saya kanak-kanak, kereta lembu, kereta kerbau dan anor (orang putih kata sleigh).

Sekarang, pakaian berjenama, Iphone, Ipad, Skype dan teks adalah kata kunci kepada dunia siber dan gaya hidup baru generasi muda.

Orang tua pun turut terbawa-bawa hinggakan Aidilfitri menjadi begitu peribadi dan anti-sosial kerana masing-masing taasub dengan mainan komputer dan SMS.

Buat seketika kita gembira hingga lupa yang Melayu mungkin terancam di buminya, tetapi, ibarat kata Laksamana legenda Hang Tuah, “takkan Melayu hilang di dunia.”

Pada pertengahan Ramadan, saya tumpang berbuka dan solat Magrib di Masjid KLCC. Melayu hampir-hampir hilang di dunianya kerana masjid kecil molek itu dibanjiri pendatang dan pelawat asing.

Apakah pemandangan di masjid itu berupa pra-tunjuk kepada apa yang akan berlaku kepada Malaysia – dulunya Tanah Melayu – pada masa akan datang?

Adakah orang Melayu akan terus menjadi tuan di rumahnya sendiri atau terperosok di ceruk dapur sedangkan serambinya dipenuhi orang lain?

Seelok-eloknya, biarlah orang Melayu terus duduk di serambi, kekal makmur di buminya sendiri dan, seperti kata Hang Tuah, “takkan Melayu hilang di dunia.”

Sebagai ayah, saya bersyukur walaupun berasa sayu kerana tiga daripada lima anak saya tidak berasa di sisi saya untuk bermaaf-maafan dan memberi ciuman sayang pada hari raya tahun ini.

Dua berada di Switzerland – seorang menetap di sana bersama suami dan tiga anaknya dan seorang lagi ke sana untuk temu duga pengajian permohonan pengajian lepasan ijazah.  Yang ketiga sedang belajar di Australia. Yang ada di Malaysia adalah yang sulung dan bongsu.

Kita semua ada suka dan duka hari raya. Namun kita bersyukur kerana dapat sekali lagi menunaikan puasa Ramadan dan, insya-Allah, berhari raya dalam suasana aman dan gembira.

Akhir kalam, salam eid Mubarak kepada semua pelawat, pembahas dan pengikut tetap (followers). Blog kita,  setakat ini telah menerima lebih 5.01 juta lawatan dan ada 1,205 followers. Perbahasan pun semakin rancak. Jadi, terima kasih dan tahniah saya ucapkan kepada semua.

PS: Mungkin tidak wujud lagi atur cara hari raya macam zaman saya kanak-kanak dulu. Pagi makan ketupat daun palas, pergi solat sunat, beraya dengan emak dan ayah, dapat duit raya daripada ayah. Rayau dua tiga kampung cari duit raya. Tumit melecur digesel kasut baru. Cukup duit pergi kedai mamak makan mi rebus dengan air sirap atau air menet (lemonade). Lepas zuhur bergerek (berbasikal) ke Tobiar untuk melawat kubur dan kutip duit raya. Di tanah perkuburan ramai orang bagi duit raya dan sedekah. Balik rumah kira baki duit raya. Kalau sempat, pergi pekan Tanah Merah beli apa yang dicita-citakan. Senja dah tidur kerana kekenyangan dan kepenatan.

Thursday, August 25, 2011

Susah Kalau Nasihat Ulama Pun Tak Dengar


A Kadir Jasin

[KALAU mengulas menggunakan  “anonymously”, tolong tuliskan nama Saudara/Saudari pada permulaan dan penghujung komen. Kalau boleh minta ringkas. Terima kasih.]

 RAMAI pembahas beranggapan saya rapat dengan pemerintah sampai boleh jumpa dan bagi nasihat pada bila-bila masa.

Tak betul, lebih-lebih lagi selepas saya berhenti daripada menjadi Ketua Pengarang Kumpulan New Straits Times Press pada tahun 2000 dan menulis atau bercakap dengan agak kritikal mengenainya.

Saya tidak peduli dengan layanan itu, cuma kalau ada peluang dan kalau boleh bantu, saya nak bantu. Tapi kalau mereka tak mahu, tak apa. Saya tulis dan saya cakap.

Kalau nasihat atau pandangan saya tidak dipedulikan, itu tak menghairankan, tapi bila nasihat ulama terkemuka macam Mufti Perak, Harussani Zakaria (Tan Sri) pun mereka tak endah, susah sikit nak cakap.

Pada 24 Ogos dalam satu forum agama anjuran akhbar Sinar Harian, beliau berkata beliau menemui Perdana Menteri, Mohd Najib Abdul Razak, dan menasihati beliau mengenai demi perlunya langkah diambil bagi menangani isu perpecahan orang Melayu, dan mendakwa masalah itu meruncing kerana kepemimpinan yang lemah.

Hari ini, 25 Ogos, Harussani jelaskan yang beliau hanya memberi nasihat kepada Mohd Najib agar menyatukan kembali orang Melayu dan langkahnya itu tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak, termasuk dalam Umno.

Katanya, teguran terhadap pentadbiran Mohd Najib berhubung perpecahan orang Melayu dibuat berdasarkan realiti dan persekitaran politik semasa.

Saya rasa saya faham sentimen Harussani dan saya rasa Ramai orang Melayu berpendirian yang sama. Tetapi untuk berlaku adil kepada Mohd Najib, kelemahan dan perpecahan bermula selebum zaman beliau iaitu pada waktu Abdullah Ahmad Badawi (Tun) menjadi Perdana Menteri.

Harussani dipetik oleh Malaysian Insider sebagai berkata: “Saya kata (kepada  Najib) yang perpecahan di kalangan orang Melayu disebabkan oleh kerajaan yang lemah, rasuah dan kurang kepercayaan.”

Kalau itu betul apa yang beliau katakan, saya berterima kasih kepada beliau dan bersyukur kerana ada ulama kita ikhlas menjalankan tanggungjawab dan berani berterus terang. Alhamdulillah beliau juga ada akses kepada Perdana Menteri.

Beliau juga dipetik sebagai berkata, perpecahan orang Melayu berlaku apabila Dr Mahathir Mohamad (Tun), sebagai Perdana Menteri, menyingkirkan timbalannya Anwar Ibrahim (Datuk Seri).

Kata Harussani, beliau menasihatkan Dr Mahathir supaya jangan terus singkir Anwar, sebaliknya menurunkan pangkat beliau kerana Anwar ada sokongan di kalangan orang Melayu. Tapi, kata beliau, nasihatnya yang lain ditunaikan oleh Dr Mahathir.

Begitu juga dengan bekas Perdana Menteri, Allahyarham Abdul Razak Hussein (Tun). Kata Harussani, Tun Razak menyelesaikan banyak masalah yang beliau adukan termasuk 14 kuil Hindu yang guna nama Melayu dan perarakan Hindu melalui kampung-kampung Melayu di Pulau Pinang.

Harussani berkata beliau berpendapat menggabungkan perayaan agama-agama lain dengan perayaan Islam adalah syirik.

Katanya beliau cuba menemui Abdullah ketika beliau menjadi Perdana Menteri tetapi gagal dan tidak ada apa-apa yang dilakukan mengenai perkara itu. Saya pun tak setuju digabungkan Aidilfitri dengan perayaan agama lain.

Nampaknya, inilah masalah dengan kepimpinan politik Melayu hari ini. Ia tidak lagi mahu mendengar nasihat, maklum balas dan keluh kesah orang Melayu dan umat Islam.

Semua parti politik Melayu atau yang dipimpin oleh orang Melayu kemaruk sokongan minoriti sehingga orang Melayu berasa terpinggir dan terancam.

Rasa-rasanya pemimpin politik hari ini berasa mereka sudah begitu pandai kerana belajar di universiti dan tak perlu lagi dengar nasihat atau pendapat orang tua-tua, orang agama dan orang berilmu. Atau mereka takut kalau-kalau yang akan dinasihatkan itu tak sedap didengar.

Mereka berasa ilmu dan kedudukan mereka sudah cukup kuat kerana ditokok tambah dan disokong pula oleh kuasa politik dan duit. Maka mereka pagarkan diri mereka dengan barisan Setiausaha Politik,  pegawai khas, pegawai media, penasihat, perunding, ahli keluarga dan suku-sakat yang kerana duit dan kuasa, akan menceritakan yang baik-baik sahaja kepada mereka.

Tapi, kita jangan putus asa. Kita bukan macam dulu lagi kena bergantung kepada media arus perdana. Hari ini kita ada macam-macam saluran komunikasi untuk mencari maklumat  dan  berbincang.

Kalau pembesar politik kita, tak kira daripada Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat, tak peduli suara kita, kita berbincang sesama sendiri, kita buat kesimpulan dan kita tunjukkan melalui peti undi, Insya-Allah.

Tuesday, August 16, 2011

Can PAS Lead A Future Government?


A Kadir Jasin

(If you are commenting “anonymously”, please state your name/pseudonym at the beginning and end of your comment. Thank you.)

OFTEN, in this blog and elsewhere, people asked me if the Parti Islam Se Malaysia (Pan Malaysian Islamic Party aka PAS) could rule the country?

As I wrote in my “Other Thots” column in the Aug.1 issue of the Malaysian Business magazine, the temptation is to refer them to the iconic song “Blowing in the Wind” by Bob Dylan.

Why not? If it gets enough support, it could. Whether it will do a good or a bad one is another issue altogether. In democracy, you don’t always choose the best to govern.

But one thing is sure. PAS could not rule the country alone.  It could rule the country only if it is able to lead the Pakatan Rakyat or any other alliance. But before it could hope to do that, it must first take over UMNO’s role as the principal Malay party.

PAS has to win as many seat as Umno and has to have the financial, organisational and intellectual capabilities matching that of Umno.

Given the country’s demography, political history and the ongoing trends, a Malay party will continue to lead. This dominance is clear in the BN, where Umno is the alpha male, but not so in the PR.

In the 2008 general election, PAS came second to PKR among the three PR parties in terms of popular votes. The PKR won 1,529,265 votes that translated into 31 Parliamentary seats, PAS 1,140,598 (23 seats) and the DAP 1,097,752 (28 seats). Umno raked in 2,381,725 votes that translated in 79 seats, the MCA 840,489 (15 seats), the MIC 179,422 (3 seats) and Gerakan 184, 548 (2 seats).

PAS Has To Lead PR

 PAS could only hope to rule the country if it leads the PR the way UMNO has been leading the Alliance/BN since independence.

For now, there’s no dominant party in the PR. The alliance is an equal partnership among the Malay dominated PAS, the Chinese dominated DAP and the multi-racial, but Malay-led PKR.

This equal partnership may be attractive to the liberals and those fighting for equality, but politically it cannot guarantee strength and cohesiveness. Collective leadership among equals is difficult to manage, more so in a multi-racial environment like Malaysia.

From the viewpoint of the Malay support, Pas has been inching closer to Umno, but it cannot hope to be as strong as Umno if it continues to share the Malay-majority seats, hence Malay votes, with PKR, another Malay-centric party in the Pakatan.

In the last general election, thanks to the electoral pact cobbled together by Anwar Ibrahim, and the widespread disgruntlement with the then Prime Minister, Abdullah Ahmad Badawi, Pas won Kedah in addition to retaining Kelantan.

It won seats in places that it had not dreamt of and gained supporters in places where Umno ruled supreme like Johor and Malacca.

With the benefit of hindsight, we can say that the hatred for the so-called Fourth Floor Boys (FFBs) cost Umno a lot of votes. Prime Minister Mohd Najib Abdul Razak is undeniably better and more capable than Abdullah, but whether he too suffers from the FFB-type burden is anybody’s guess.

If he is, the opposition can count on another fruitful outing. In today’s ICT-driven world, perception plays as important a role as reality. Mohd Najib has to prove to the voters, especially members and supporters of his own party, Umno that he’s not only the master of the Malay destiny, but also the lord of his castle, failing which his Achilles heel will buckle.

Those us who are familiar with the song “He Ain't Heavy, He's My Brother” made popular by Neil Diamond, can more easily figure this one out.

The Changing Face Of Pas

In recent years, Pas had undergone considerable leadership and policy changes with the non-ulama now dominating the leadership and Islamic State objective morphing into welfare state.

But its relationship with its partners, in particular the DAP, remains touchy due to vast ideological and policy differences. The three PR parties appear to be moving in tandem at the federal level, especially in taking on the BN in Parliament, but show considerable differences in the states that they rule.

A case in point was the recent attempt by the Pas-led Kedah government to shut down entertainment outlets during this fasting month and the reaction to the recent “inspection” by the Selangor Islamic Religious Affairs Department (JAIS) of a dinner gathering by an independent evangelical church, which were attended by Muslims, and features, among other things, a quiz on Islam.

Following a strong objection by the DAP, the party’s national leadership back downed, leaving the Kedah Menteri Besar, Azizan Abdul Razak red-faced, and many Pas supporters angry.
The church issue is far more complicated. After days of trying to ride the political wave, Pas, on Aug. 13, moved to the side of JAIS, urging the department to take immediate action if it finds proof that Christians were proselytising to Muslims.

The statement by the party’s non-ulama Deputy President, Mohamad Sabu, came after reports in the mainstream and alternative media suggest that there were evidence that some independent churches are engaged in the activity.

Political Posturing In PR

It is this kind of political posturing among PR parties that could render the alliance ineffectual and cause it to lose the support of the voters.

The price could be heaviest on PAS. Sooner or later, its genuine rural-based supporters, who truly believe in the party’s Islamic ideals, may lose trust in it. They may conclude that the party’s Islamic agendas are being made a pawn in the game by their leaders.

Without the rural support, PAS runs the risk of losing Kedah and even its stronghold, Kelantan. Such plans as limiting gambling activities, the selling of liquor and curbing entertainment, are popular with its rural supporters, who see them as to the prelude to establishment of a “Daulah Islamiah” – the Islamic State.

Despite these differences, Pas and DAP appear to be engaging in more direct talks than ever. This could signal the party’s growing confidence and the general acknowledgement that the PKR may no longer be in the position to be an effective middleman.

This development may auger well for the DAP and PAS,  but could reduce the influence of PKR and pose a further challenge to Umno and the BN. If the DAP could accept the dominant role of PAS – in the manner that the MCA and MIC accepted the leadership of Umno, future of the PR is much more assured.

But this may not be the case in the immediate future because Pas is still not as strong as Umno while on the other hand the DAP is stronger than the BN’s Chinese parties combined. The DAP may not want to play second fiddle to Pas.

Depending on their ambition and resolve, there’s possibility that the DAP and Pas may part company and go on their own once again.

The DAP may choose this course of action in order to entrench its position in Penang while Pas could hope to continue to rule Kelantan and Kedah on its own.

But a total breakdown of PR will work against both parties and to the advantage of the BN. The ongoing dialogue between PAS and the DAP will determine the future of PR beyond Anwar and PKR.

Whereas the recent PAS election had produced a line-up that’s capable of taking the party forward, the same could not be said of the PKR polls.

Sufficient Time To Judge The PR

Three years had passed since the 2008 general elections and the people have sufficient time to judge the performance of the PR, both as parliamentary opposition as well as the rulers of Kedah, Penang, Selangor and Kelantan.

The sterling performance of the DAP in the recent Sarawak state election suggests that the 2008 political tsunami hasn’t lost its momentum.

The demand by Pas that it should be allowed to contest up to 80 parliamentary seats suggests the party’s growing confidence and its resolve to be the replacement for the PKR as the dominant PR Malay partner.

The next important question is the ability of Pas to put forward credible administrative and economic plans. Having muted its “Daulah Islamiah” agenda and replacing it with “welfare state”, the party has to spell out its vision and plans for such an entity.

It’s not sufficient to dabble in ambiguity by pointing out that such a state existed during the time of Prophet Muhammad (peace be upon him) and the early Caliphates

There is no denying that some Pas leaders were educated in economics and liberal subjects, and had the experience in the administrative, academic and managerial fields. But running a country as diverse as Malaysia needs more than cursory knowledge and experience.

Judging from the articles and papers on the economy and economic matters that appear regularly in the party’s official organ, Harakah, I get the impression that PAS is aware of the need for a comprehensive and practical economic policies and plans.

The real challenge for Pas, should it succeed in taking over from Umno, is to remodel the civil service to fit its mould. Kelantan and Kedah are unique in the sense that their civil services are state-based. So, Pas had not faced a major challenge when it won the two states.

But the situation is trickier for the PKR in Selangor and the DAP in Penang where the civil service is controlled from the centre. Still, the civil service is supposed to be apolitical and loyal to the government of the day.

But a pliant civil service alone will not guarantee the successful running of the country. It needs a government that is sufficiently well informed and efficient. Say whatever we like about the BN, the fact remains that it has managed the country fairly well.

In a rapidly globalising world, Economic planning and management are becoming more complex, and this is point that the political parties and the voters must think very carefully before they take a plunge.

But say that only one party or a particular group of people can run the country is inaccurate. Any party that can successfully convince the majority of the voters can rule the country.

Whether it will do better or worse than its predecessor is the risk that the voters must be willing to take. That’s what democracy is all about. It promises the freedom of choice, but not the quality of people to choose from.

Thursday, August 11, 2011

Menteri Palanivel dan Macam-Macam Cerita


A Kadir Jasin

[KALAU mengulas menggunakan  “anonymously”, tolong tuliskan nama Saudara/Saudari pada permulaan dan penghujung komen. Kalau boleh minta ringkas. Terima kasih.]

KALAU menambahkan bilangan, menaikkan KPI, maka KPI Perdana Menteri naik se takuk lagi. Beliau baru saja  menambah bilangan anggota kabinetnya kepada 30 dengan melantik seorang ahli politik kecundang.

Sebenarnya saya pun tak tahu kedudukan KPI menteri, pegawai dan jabatan. Yang saya baca, Idris Jala kata, kadar jenayah menurun dan matlamat NKRA sedang dicapai.

Tapi yang saya baca setiap hari orang kena bunuh, mayat reput ditemui, orang kena ragut sampai mati dan macam-macam lagi jenayah ngeri. Yang saya tengok, tak ada kawasan perumahan di Kuala Lumpur dan Petaling Jaya yang tak dikepung dan dikawal siang malam.

Perdana Menteri melantik presiden MIC, Palanivel a/l Govindasamy aka G. Palanivel menjadi seorang lagi Menteri di Jabatan Perdana Menteri, menaikkan bilangan mereka kepada lima.

Seperti Koh Tsu Koon dan Shahrizat Abdul Jalil, Palanivel juga kalah pilihan raya umum. Dia kalah kepada calon PKR di Hulu Selangor dan tidak dicalonkan untuk bertanding pilihan raya kecil kawasan yang sama tahun lalu. Dalam PRU akan datang, dia dikatakan akan bertanding di Sungai Siput, Perak, kawasan bekas bosnya S Samy Vellu yang kalah kepada calon PSM, Dr Michael Jayakumar yang bertanding atas tiket PKR (diperbetulkan).                                                                                              

Memang kabinet kita besar. UK dengan 62 juta penduduk ada 23 menteri, Perancis 66 juta ada 23 menteri, Amerika 312 juta ada 12 ahli kabinet dan Switzerland lapan juta ada tujuh menteri. Kita ada 28 juta penduduk dan 30 menteri. Tidak hairanlah susah nak jumpa menteri sebab tak tahu yang mana satu.

Seorang pegawai media Perdana Menteri berkata, PM ada 11 pegawai media yang terdiri daripada bekas pengarang, wartawan kanan dan eksekutif TV. Paling ramai Dr Mahathir ada sepanjang jadi PM adalah tiga.

Malaysia Boleh Di Mana-Mana

Dilaporkan yang pasangan lesbian Menteri Kewangan Australia peranakan Malaysia, Penny Wong, yang dikenali sebagai Sophie Allouache mengandung. Perempuan dengan perempuan bersekedudukan boleh mengandung?

Sehebat mana pun orang Malaysia atau kelahiran Malaysia, perempuan dengan perempuan dan jantan dengan jantan tak menjadi. Hukum Allah macam itu. Pasangan lesbian Penny Wong mengandung secara in vitro dengan ihsan seorang penderma sperma – air mani lah tu.

Kerana pasangan lesbian Penny Wong bunting, Perdana Menteri Australia, Julia Gillard berkata dia gembira. Gillard bukan lesbian, tapi tak kahwin. Dia ada pasangan tetap bernama Tim Mathieson.

Tukar-Menukar Harap Berjaya

MAS dan AirAsia bertukar-tukar saham. Sebab saham AirAsia mahal dan saham MAS murah, Tune Air, iaitu syarikat induk AirAsia, mendapat 20.5 peratus saham MAS dan Khazanah, induk MAS, dapat 10 peratus saja saham AirAsia.

Pertukaran saham itu bernilai hampir RM2 bilion berdasarkan harga AirAsia RM3.95 seunit Jumaat lalu dan saham MAS RM1.60 seunit. Khazanah masih pegang 49 peratus saham MAS.

Pengarah Urusan MAS, Tengku Azmil Zahruddin letak jawatan. Tony Fernandez dan rakan kongsinya Kamaruddin Meranun sertai Lembaga Pengarah MAS.

Yang menarik ialah majoriti eksekutif kanan Tune Air/AirAsia adalah Melayu. Jelas syarikat-syarikat milik usahawan India Malaysia yang disenaraikan di Bursa Malaysia cenderung memberi jawatan bermakna kepada eksekutif Melayu yang berkemampuan, tidak seperti syarikat milik kaum-kaum bukan Bumiputera lain yang ambil Melayu jadi pengarah hiasan, kerani, pemandu, penghantar surat, pengawal keselamatan dan pengawal peribadi. GRO Melayu pun ramai mereka ambil.

Salah seorang ahli lembaga pengarah baru MAS adalah Ketua Pegawai Eksekutif Astro Malaysia Holdings, Rohana Rozhan. Astro adalah sebahagian daripada empayar korporat Ananda Krishnan.

Kalau ikut Idris Jala, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Khazanah akan jual banyak lagi saham GLC. Khazanah akan kurangkan pegangan saham dalam lebih 30 GLC atau menjualnya terus. Harap-harap janganlah hanyut pengurus dan eksekutif Bumiputera dalam GLC.

Tak Sangka Bawa Angkara

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nor Mohamed Yakcop, memberitahu wartawan Jumaat lalu yang krisis kewangan Eropah dan kemerosotan ekonomi Amerika tidak akan memberi kesan kepada ekonomi Malaysia.

Alhamdulillah kalau betul, Isyak-Allah akan terbukti.

Tak tahulah saya kalau menteri itu anggap kejatuhan harga saham di Bursa Malaysia, kemerosotan import oleh Amerika, kejatuhan pengeluaran perindustrian dan kenaikan harga barang pengguna tidak jejas ekonomi negara.

Yang kita tahu, bila ekonomi negara menguncup pada tahun 2009, Nor Mohamed Yakcop kata dia tak sangka. Tak tahulah saya kalau pengurusan ekonomi dan persediaan menghadapi krisis ekonomi global boleh diasaskan kepada sangka dan tak sangka. Wallahualam.

Tuesday, August 02, 2011

The DAP Favouring the Bumiputeras?


A Kadir Jasin

(If you are commenting “anonymously”, please state your name/pseudonym at the beginning and end of your comment. Thank you.)

AND discriminating against the non-Bumiputeras? If it’s true, it reminds me of the 1950’s Malay song by R Azmi, called, if I am not mistaken, “Dunia Sekarang Sudah Terbalik”. It tells the story of men wearing women’s clothes and vice versa.

The MCA-owned Star newspaper on Aug. 2 reported a claim by the Penang Wanita MCA deputy secretary-general, Tan Cheng Liang, that the DAP state government had awarded a RM1-million contract to a 19-year-old part-time Bumiputera college student.

She went on to claim that the contract was among 968 valued at RM125 million awarded by the state government since 2008 under the open tender system and only 0.2% of the projects were given to non-Bumiputras.

She said: “Does this mean that there are no Chinese contractors able to meet the standard of a 19-year-old?

“Is Chief Minister Lim Guan Eng saying that the capabilities and competitiveness of the Chinese in Penang have declined so much so that they are unable to compete with other races?

“Where is the fairness of DAP’s so-called multi-racial approach?”

I am not really surprised if it is true that the teenager was given the contract. Why not if he’s a capable businessman? After all, Tan herself admitted that the project awarded to him – a double-storey religious school in Batu Maung - had since been completed. He was also allegedly awarded a cleaning contract by the Seberang Prai Municipal Council.

However, I will be thoroughly surprised and disagree with the Chief Minister, Lim Guan Eng, if only 0.2 per cent of projects were given to the non-Bumiputeras.

I understand if the DAP wants to show that it’s not neglecting the Bumiputeras, but to sideline the non-Bumiputeras is unfair and politically unwise.

True that even Prime Minister Mohd Najib Tun Razak is going out of his way to appease and please the minorities, like visiting and recognising the Vatican and, most recently, promising to make the MIC President S. Palanivel a Minister, but for the DAP to sideline the non-Bumiputeras in Penang is unthinkable.

So while the BN is appeasing the minorities, the DAP is pleasing the majority. Does this mean that the BN believes that the votes of the majority – meaning the Melayu – are in the hand and, all that it needs to do is butter the minorities?

On the other hand, the DAP has every reason to believe that the votes of the minority – meaning the Chinese – are already in the bag as was confirmed during the recent Sarawak state assembly election.

Back to the MCA allegation that the DAP was favouring the Bumiputeras in Penang, if indeed this is the case, I hope those fortunate Bumiputera contractors are real and genuine, and not some sort of Ali-Baba or proxies.

Maybe be, the time is a changing – to quote Bob Dylan’s famous song. It’s the time for the DAP to appease and please the Bumiputeras and for the Umno-led BN to appease and please the non-Bumiputeras.

Like R Azmi said, “dunia lah sekarang sudah lah terbalik, pemudi berbaju jarang , pemuda berbaju batik.” In the days of R Azmi, it was unusual from young women to wear transparent or revealing clothes and for young men to wear batik.

If Tan’s allegation is true, could it be that the DAP is trying to correct the injustices done to the Penang Malays and other Bumiputeras during the 51-year rule by the MCA and the Gerakan? Or it is trying to do better than what the MCA and Gerakan did for the Bumiputeras. Not a bad strategy. The MCA and Gerakan, in spite of being junior partners to Umno, got to run the state by keeping the Malays happy.

If that’s the case, I say kudus to the DAP and its Pakatan Rakyat partners in Penang. I know too that the DAP is trying hard to entice the Malays to join its rank and file with the aim of putting them up as candidates in the coming general elections.

Listen to what Bob Dylan has to say:

"Come gather 'round people
Wherever you roam
And admit that the waters
Around you have grown
And accept it that soon
You'll be drenched to the bone.
If your time to you
Is worth savin'
Then you better start swimmin'
Or you'll sink like a stone
For the times they are a-changin'."


C’est la vie. That’s life. Itulah kehidupan.

Friday, July 29, 2011

"Housekeeping", Benda Remeh dan Benda Penting


A Kadir Jasin

DALAM tampalan (posting) kali ini, saya memohon izin untuk menyebut beberapa hal penyelenggaraan (housekeeping), khasnya bagi mengatasi masalah yang timbul akibat penguatkuasaan format baru oleh Blogger.com.

1. Saya mulakan dengan mengucapkan terima kasih kepada para pelawat, pengikut tetap (followers) dan pembahas. Lawatan ke blog kita ini tidaklah seramai blog popular umpama Che Det dan Rocky’s Bru. Lawatan ke blog kita baru menghampiri (4.97 juta). Tetapi pengikut tetap kita agak ramai – 1,185 orang;

2. Kita ucapkan selamat datang kepada pembahas baru, tidak kira pembahas bebas, pembahas berparti atau “laskar siber” (cyber trooper). Semuanya dialu-alukan cuma diharapkan janganlah terlalu taasub dan emosional sehingga sanggup maki-hamun dan mencarut; dan

3. Akibat penukaran format, tugas saya membaca dan menyiarkan komen menjadi lebih sukar, mengambil masa dan berisiko. Jadi, bagi memudahkan sikit tugas saya di samping menjamin komen saudara dan saudari disiarkan lebih cepat serta mengurangkan kemungkinan dipadamkan, saya memohon kerjasama berikut:-

i. Tuliskan nama saudara – sebenar atau samaran – di permulaan dan akhiran komen;

ii. Saya bercadang tidak membenarkan lagi pembahas menggunakan pengenalan “anomymous.”; dan

iii. Tolong ringkaskan komen. Kalau nak tulis panjang, tolong pecahkan kepada beberapa bahagian.

Nostalgia Pagi Berhujan

Pagi ini hujan. Saya jadi nostalgik. Teringat masa di kampung. Pada hari begini, paling nikmat berselimut kain sentung sambil minum kopi atau teh susu dengan ubi kayu rebus atau nasi pulut ikan masin.

Saya juga nostalgik mengenai zaman Malaya dan Malaysia jaguh bola Asia. Era Abdul Ghani Minhat, Santokh Singh, Isa Bakar, Soh Chin Aun, Namat Abdullah, Shukor Salleh, Ooi Hock Kheng dan N. Baskaran.

Tapi saya langsung tidak tersentuh dengan kekalahan Malaysia di kaki Singapura semalam. Yang saya bimbang ialah kalau Malaysia menang, mungkin ada politikus yang kemaruk perbatuan politik (political milage) akan isytihar cuti atau buat kerja-kerja tak masuk akal yang lain. Alhamdullah.

Teringin juga nak cadang supaya kita “kasi” Harimau Malaya. Mana tahu, mungkin Harimau Malaya akan jadi kuat macam Laksamana Cheng Ho yang terkenal itu. Dia berketurunan Mongol dan dikasi oleh Maharaja China apabila Mongol kalah. Dia menjadi seorang hulubalang yang sangat hebat dan melayari lautan hingga ke Afrika.

Terfikir juga mengenai tukar seks. Tapi itu tak dibenarkan oleh Islam dan dalam sukan pun tak diterima. Kalau tidak, skuad Harimau Malaya boleh cuba masuk bertanding Piala Dunia Wanita FIFA. Itu pun belum tentu cemerlang.

Lebih berpotensi kalau kita “paksa” pendatang Afrika yang ada dalam penjara dan pusat tahanan pendatang kita main bola. Kalau mereka tunjuk bakat, kita beri mereka kewarganegaraan dan wakili kita.

Kemudian kita “paksa” lanun-lanun Somalia berlatih dan ambil bahagian dalam larian maraton. Kalau mereka berbakat, kita ampunkan kesalahan mereka dan berikan kewarganegaraan.

Mengenai semester universiti disesuaikan supaya pelajar Hindu boleh rayakan Deepavali, saya tak mahu komen. Dulu pun pelajar Hindu rayakan Deepavali juga. Tapi yang saya tahu, di India hanya pelajar tahun pertama dapat cuti semester 20 hari setahun. Lepas itu tak ada cuti semester lagi. Kalau mahu cuti, kena mohon syaratnya hadiri 80 peratus kuliah.

Kita di Malaysia ni dah jadi negara cuti, negara ambil hati dan negara pancing undi. Takut-takut kaum majoriti menjadi mangsa kepada tirani oleh minoriti (tyranny of the minority). Wallahualam.

Tuesday, July 19, 2011

Tegur Pemimpin Hak Rakyat Jelata


A Kadir Jasin

[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

KITA belajar daripada ibu bapa kita. Bernasib baiklah anak-anak yang mempunyai ibu bapa yang sempurna – akal, tubuh badan, kesihatan, iman dan moral. Jadi, benarlah kata pepatah, bapa borek anak rintik. Ke mana tumpah kuah kalau tidak ke nasi.

Saya adalah anak emak dan ayah saya. Salah satu ilmu dan panduan yang ayah saya ajarkan ialah “dengar teguran dan jangan takut menegur.”

Dulu kita jaga tepi kain orang. Apabila di masjid atau surau, kita memang jaga tepi kain orang. Kalau tepi kain orang kena najis dan lumpur atau carik sehingga dedah aurat, kita tegur. Kita tidak mahu najis dan kekotoran seorang jemaah mencacat solat berjemaah.

Kita jaga tepi kain jiran-jiran kerana kita tidak mahu anak-anak mereka jadi budak jahat dan ganggu ketenteraman kampung.

Kita bagi tahu mereka dan kita tegur anak-anak mereka. Mereka tidak marah kepada kita. Silap hari bulan, anak yang diadukan itu yang kena tempeleng. Saya pun pernah ditegur atau, dalam bahasa jalanan hari ini, kena sound, oleh jiran-jiran kerana buat bising, curi buah rumia (kundang) Pak Su Salleh atau kurang sopan di majlis kenduri. Saya terhutang budi kepada mereka kerana menjaga tepi kain keluarga saya.

Hari ini, jaga tepi kain menjadi ungkapan kotor. Silap-silap kena maki atau penumbuk di muka. Dulu kita jaga tepi kain orang demi kebaikan kerana adat berjiran saling tegur-menegur dan ingat-mengingati.

Hasil ajaran itu, saya tidak berasa bersalah menegur, apatah lagi menegur orang yang kita pilih, kita upah dan kita restui untuk memimpin kita.

Sama ada secara sulit atau secara terbuka, secara lisan atau melalui tulisan, saya sentiasa menjaga tepi kain mereka kerana kalau kain mereka penuh najis, bagaimanakah mereka boleh “mengimamkan” kita.

Tidak kira Dr Mahathir Mohamad, Anwar Ibrahim, Daim Zainuddin, Abdullah Ahmad Badawi, Mohd Najib Abdul Razak, Muhammad Muhammad Taib, Abdul Rahim Tamby Chik atau Dr Khir Toyo dan ramai lagi saya tegur.

Saya mulakan dengan “menegur” mereka secara sulit. Seelok-eloknya secara bersemuka kerana saya perlu menjaga air muka mereka. Ada kalanya saya mengutus surat.

Ketika pilihan raya umum 1999 dan selepasnya saya “menegur” pendekatan dan cara kerajaan dan Barisan Nasional menangani isu Anwar.

Saya terpaksa “menegur” kerana selama hampir 16 tahun – sebagai wartawan dan pengarang – antara tugas wajib saya adalah mempromosikan Anwar.

Ketika di puncak kemasyhurannya, Anwar adalah “untouchable” dan “could do no wrong” – tidak boleh dicuit dan tidak mungkin melakukan kesalahan. Segala bisikan saya – seperti bisikan ramai orang lain – ditolak sebagai iri hati dan fitnah.

Apabila saya menulis sebuah pojok mengenai Brutus menikam Julius Caesar dari belakang dalam kolum “Kunta Kinte” Berita Harian, ia diberhentikan serta-merta. Waktu itu, media massa difrancaiskan kepada Anwar. Pengarang lantikan Anwar amat berkuasa.

 Menegur dan Ditegur

Saya “menegur” mengenai beban peribadi pemimpin BN akibat gerak-geri mereka, campur tangan ahli keluarga mereka dan perniagaan anak-anak mereka.

 Selepas PRU 1999, giliran saya pula “disound” kerana “menegur” kaedah kempen iklan BN dan ingkar arahan.  Turut kena “sound” adalah Quek Leng Chan yang ketika itu menguasai kumpulan akhbar Nanyang.

Menjelang pertengahan tahun 2000 saya mendapati saya tidak dapat lagi meneruskan tugas sebagai Ketua Pengarang Kumpulan NSTP tanpa kehilangan saki-baki kredibiliti saya. Maka saya pun meletakkan jawatan. Quek pula menjual kepentingannya dalam Kumpulan Nanyang.

Apabila Anwar berucap kepada badan pemikir swasta Amerika, Council on Foreign Relations di New York ketika Krisis Kewangan Asia sedang memuncak (September, 1998 ), saya berada di situ dan “menegur” beliau.

Saya berkata, walaupun penghujahan beliau mengenai teori “constructive destruction” ciptaan Joseph Schumpeter dalam tesisnya mengenai kapitalisme, sosialisme dan demokrasi pada tahun 1942 mendapat sambutan hangat daripada audiens Amerika, ia mungkin tidak disenangi bosnya di Kuala Lumpur.Ringkasnya, Anwar dan penulis ucapannya menganggap Krisis Kewangan Asia 1997/98 sebagai kemusnahan yang membina.

Kemudian, ketika saya bersama beliau di dalam kamarnya di hotel JW Marriott, Washington DC, Anwar mendapat panggilan daripada kawan akrabnya, Michel Camdessus, yang ketika itu menjadi Pengarah Urusan Tabung Mata Wang Antarabangsa (IMF). Sekali lagi saya “sound” beliau dengan mengatakan yang bosnya di Kuala Lumpur tidak begitu senang hati dengan percubaan campur tangan IMF.

Saya “sound” Abdullah mengenai cara beliau mengawal media massa, Mohd Najib mengenai rumah tangganya (seperti pernah saya katakan, saya kenal Mohd Najib sejak 1977), Muhammad Taib dan Dr Khir Toyo mengenai pengagihan tanah negeri untuk pembangunan dan Abdul Rahim mengenai gaya hidupnya.

Saya mengingatkan Muhammad Taib dan Dr Khir Toyo mengenai pendahulu mereka yang jatuh kerana skandal dan rasuah.

Tegur Bukan Kerana Benci

Saya tegur kerana saya berasa itu tanggungjawab saya. Sebagai wartawan dan pengarang media arus perdana ketika itu, beban mereka adalah beban saya.

Tentulah tidak semua mereka suka saya menegur mereka. Apatah lagi apabila teguran itu menyentuh hal-hal peribadi dan keluarga mereka. Dan kita tentulah tidak popular dengan membuat teguran itu.

Tetapi bagi saya mudah saja, seorang pemimpin yang tidak bersedia ditegur atau tidak mengendahkan teguran lambat-laun akan tersesat jalan, ditolak oleh rakyat jelata dan mungkin juga diheret ke muka pengadilan, lebih-lebih lagilah apabila berlaku pertukaran parti yang memerintah.

Lihatlah apa yang berlaku di Thailand dan Taiwan, dan kini di negara-negara Arab. Lihatlah apa yang terjadi kepada Hosni Mubarak di Mesir dan Zine El Abidine Ben Ali di Tunisia. Atau yang lebih dekat, Suharto di Indonesia.

Pendek kata, pendirian saya mudah saja dan saya kerap mengulanginya. Kita pilih pemimpin melalui pilihan raya. Kita beri mereka kepercayaan. Kita beri mereka upah. Kita bayar cukai. Kita tidak pernah pilih isteri, anak-pinak, suku-sakat dan sahabat-handai mereka.

Kita beri kuasa kepada mereka bukan untuk difrancaiskan kepada kaum keluarga, sahabat-handai dan FOPM.

PS: Mengenai Mohd Najib menjalin perhubungan diplomatik dengan Vetican, saya dapati berita pesanan rungkas The Star yang berbunyi “Najib meets Pope and announces diplomatic ties with the Vetican to help promote values of moderation and harmony” sangat memeranjatkan.

  1. Adakah selama ini kita tidak mempromosi dan mengamalkan  nilai-nilai sederhana dan harmoni?
  2. Apakah Islam, agama rasmi Persekutuan, dan budaya Melayu, teras budaya kebangsaan, tidak menekankan kesederhanaan dan keharmonian;
  3. Apakah kita memerlukan bantuan Vetican untuk mempromosikan nilai-nilai sederhana dan harmoni?; dan
  4. Bukan semua orang Kristian Malaysia berkiblatkan Vetican. Bancian penduduk tahun 2000 menunjukkan ada 9.1 peratus penganut Kristian yang terdiri daripada Anglican, Baptist, Bretheren, Lutheran, Methodist, Presbyterian dan Roman Katolik.
Wallahualam.


Monday, July 11, 2011

Father & Son, Government & People


A Kadir Jasin

[Please take note, ANONYMOUS comments with not be entertained. When commenting, your real identity is preferred. But a suitable pseudonym is accepted. If you have to use anonymous, please print your name or pen name at the bottom of your message. Please avoid seditious, defamatory and libelous statements. Unrelated comments will not be given priority.]

[WHEN commenting, please state your name/pseudonym at the beginning of your comment. Also please make it as brief as possible or break it up into parts and send separately. I am having difficulty mastering new blog format. Apologies and thank you.]

CAT Stevens (now Yusof Islam) - the father - in the song “father and son”, said:

”It's not time to make a change,
Just relax, take it easy.
You're still young, that's your fault,
There's so much you have to know.
Find a girl, settle down,
If you want you can marry.
Look at me, I am old, but I'm happy.”

Those were the words that came to mind when I saw the images of young people battling the police during the weekend’s Bersih 2.0 demonstration in Kuala Lumpur.

I was once like them. Back when I was a poor youth “battling” the ruling class and the capitalists of my kampung, I wrote a poem damning my father for his fanaticism towards Umno and his calm acceptance of the “takdir”, which in those days meant abject poverty and marginalisation.

Then, at 26 I became a father and lived on a salary of under RM800 a month. I had little choice but to conform to the demands of fatherhood. Idealism gave way to reality, but it remained in my subconscious. Thanks to the New Economic Policy, hard work and luck, I am better off now and far away from the poverty and deprivation of my youth.

My father had been gone two years now. My mother, Alhamdulillah, is doing well. In his final months my father said no to newspapers, preferring the Quran instead.

 So now, like Cat Stevens, I can tell my children and their peers that:

“I was once like you are now, and I know that it's not easy,
To be calm when you've found something going on.
But take your time, think a lot,
Why, think of everything you've got.
For you will still be here tomorrow, but your dreams may not.”

For good or evil, right or wrong, I believe, I have done my part for my family, my society and country. It’s now for my children and the children of people of my generation to take over. All that I can do is to tell the stories of my past as a guide for them to plot their future.

As such, I don’t blame young people for pursuing their political and ideological ideals, more so at the time when, the general consensus says, idealism is dead. I wish to disagree and I hope fervently that the youthful idealism is alive and well.

And the older people must not take youthful idealism and rebelliousness for granted. Let them speak out. Let them express themselves beyond “Akademi Fantasia”, “Raja Lawak” and devotion to Manchester United.

Yes, there’s a price to pay and, for that, I consider myself lucky. I received spirit-lifting poems and I also received damning letters and emails from my children. Until today, when I am past 60 and my eldest child is nearly 40, we still laugh and, occasionally, cry together.

Listen to what the “son” in Cat Stevens’ song has to say:

“How can I try to explain, when I do he turns away again.
It's always been the same, same old story.
From the moment I could talk I was ordered to listen.
Now there's a way and I know that I have to go away.
I know I have to go.”

The biggest mistake a parent could do is not to listen. If you want your children to listen to you, you must listen to them. Feeding, clothing, sheltering and educating them are your responsibility. They are not the things that bind them to you to eternity, but love and affection do.

The same applies to the government. Providing platforms and the right environment for the people to feed, cloth, shelter and educate themselves are the responsibilities of the government. The government is elected and funded by the people. In return, government is supposed to do good for the people.

So, when the government does a good deed, the people don’t have to say thank you or be grateful. That’s what the government is for – to do good things. Of course, out of courtesy and decency, it’s good to say thank you. We should instead be grateful to God for His guidance and blessings.

But if the government does wrong, it must be condemned. We do not elect the government to do bad or wrong things. If the government makes no restitution or we are unhappy with its apology, our ultimate respond is not to vote for it in the general election.

And neither the father nor the government can keep telling the younger generation “it’s not the time to make a change.”  The government cannot, on the one hand tell the people to change their lifestyles to cope with rising cost of living, while on the other continuing with its extravagance in personal spending.

The father: “It's not time to make a change,
Just sit down, take it slowly.
You're still young, that's your fault,
There's so much you have to go through.
Find a girl, settle down,
if you want you can marry.
Look at me, I am old, but I'm happy.”

The son: “All the times that I cried, keeping all the things I knew inside,
It's hard, but it's harder to ignore it.
If they were right, I'd agree, but it's them you know not me.
Now there's a way and I know that I have to go away.
I know I have to go.”

There’s a limit to what we, as parents, and by extension government, can do to tell what the young should do. After all, it’s their future that’s at stake. And not all of them wish to migrate or can do so even if they want. Malaysia is still their future – good or bad.

An Bob Dylan said:
"Come gather 'round people
Wherever you roam
And admit that the waters
Around you have grown
And accept it that soon
You'll be drenched to the bone.
If your time to you
Is worth savin'
Then you better start swimmin'
Or you'll sink like a stone
For the times they are a-changin'."

Footnote: In a 2009 report, Sin Chew Daily Said: The Election Commission deputy chairman Datuk Hj Wan Ahmad bin Wan Omar said, Malaysians had become more positive in voter registration after the general elections last year, especially Chinese voters, while the Indians were the least enthusiastic.
He also told Sin Chew Daily, registration assistants appointed by DAP were the most active, followed by PAS, UMNO and PKR, while the assistants appointed by Gerakan and MIC were the least enthusiastic in registering new voters.

The times the are a changing.

Friday, July 01, 2011

Antara Hak Asasi dan Ketenteraman Awam

A Kadir Jasin

[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

 LATEST, July 9 - (Reuters/Malaysian Insider/Malaysiakini) POLICE set up roadblocks, deployed trucks mounted with water cannon and sealed off parts of Kuala Lumpur today as hundreds of anti-government protesters took to the streets in a show of strength against Prime Minister Datuk Seri Najib Razak.

Over 200 activists were detained and thousands of police fanned out across the city of 1.6 million people to stop the protest, which could derail Najib’s economic reforms programme.

A massive turnout could signal that the ruling National Front coalition was losing ground and may spur Najib to reconsider a snap election and delay painful economic reforms seen as essential to woo substantial foreign investment.

Polls are not due until 2013 but analysts have said Najib is likely to seek an early mandate after economic growth accelerated to a 10-year high in 2010.

Bersih has vowed to bring together tens of thousands of supporters this afternoon in the city’s downtown area to demand electoral reforms. It could be the biggest anti-government demonstration since Datuk Seri Anwar Ibrahim’s sacking as Deputy Prime Minister in 1998 led to violent street rallies.

Malaysiakini reported that 400 protesters had been arrested, suggesting that they were supporters of Bersih and the Umno youth. Bernama had so far not reported about the demonstration, instead it reported about distruption to businesses and traffic congestion. The Star Online reported lockdown of the City and the firing of teargas, adding that police have sealed off all major roads leading to the heart of the capital, telling people to stay away from any rally Saturday.




MUTAKHIR, 5 Julai - KETUA Bersih, Ambiga Sreeneasan, berkata selepas mengadap Yang Dipertuan Agong, yang tunjuk perasaan di ibu negara 9 Julai ini dibatalkan. Sebaliknya, satu perhimpunan akan diadakan di dalam sebuah stadium. Junjung kasih Tuanku. Terima kasih Pak Lah. Harap-harap segala pahat karat tidaklah berbunyi kerana rumah sudah elok dibina. Macam saya kata, hak berhimpun secara aman termaktub dalam Perlembagaan. Kita hormatilah Perlembagaan. 

MUTAKHIR, 2 Julai - Putrajaya hari ini mengisytiharkan Bersih sebagai sebuah pertubuhan haram - seminggu sebelum ia merancang untuk menganjurkan Himpunan Bersih 2.0 di ibu negara menuntut pembaharuan sistem pilihan raya.


Ia perkembangan terbaru dalam siri tindakan keras diambil oleh Putrajaya sejak lebih seminggu lalu.

“Menteri Dalam Negeri telah mengisytiharkan bahawa pertubuhan Bersih 2.0 sebagai pertubuhan yang menyalahi undang-undang mengikut Seksyen 5 Akta Pertubuhan 1966 berkuat kuasa 1 Julai (semalam),” kata Pendaftar Pertubuhan Datuk Abdul Rahman Othman hari ini. - Malaysian Insider


Posting Asal

BEBERAPA orang pembahas dan kenalan kedai kopi bertanya mengapa saya tidak menulis mengenai cadangan tunjuk perasaan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) pada 9 Julai ini.

Sebenarnya, saya sudah menulis mengenainya beberapa bulan lalu dalam majalah ekonomi dan perniagaan Malaysian Business. Pertama, saya berkata, adalah kesilapan bagi kerajaan dan Barisan Nasional bercakap mengenai pilihan raya umum (PRU) terlalu awal.

Kedua saya berkata, saya sedikit pun tidak ragu-ragu Pakatan Rakyat dan barisan bersekutunya akan mengambil kesempatan daripada khabar angin pilihan raya itu untuk mengadakan demonstrasi jalanan.

Saya berkata lagi, pilihan raya umum tidak perlu diadakan sehingga 2013 dan membuat spekulasi mengenai kemungkinan ia diadakan lebih awal akan menyebabkan tunjuk perasaan jalanan seperti yang berlaku pada 2007 berulang lagi.

Walaupun ramai antara kita mudah lupa – mungkin kerana menderita sindrom awalan Alzheimer - tentu tidak semua sudah lupa tunjuk perasaan haram Bersih dan protes haram pertubuhan haram Hindu Rights Action Front (Hindraf) pada tahun 2007.

Kedua-dua protes yang mengganggu ketenteraman dan keselesaan awam itu diadakan sebaik sahaja pemerintahan Abdullah Ahmad Badawi membuka mulut bercakap mengenai PRU.

Pakatan Sudah Merasa Darah

Dalam rencana Malaysian Business itu, saya juga berkata pembangkang dan barisan bersatunya “sudah merasa keenakan darah” dan akan mengulanginya kerana protes 2007 membantu mereka dalam PRU 2008.

Jadi, manakala kerajaan dan BN seronok bercakap mengenai kemungkinan PRU awal kerana hanya mereka tahu tarikh sebenar bila ia akan diadakan, PR dan barisan bersatunya sudah bersedia untuk bertindak. Maka tidak hairanlah PR dan parti-parti komponennya teguh di belakang demonstrasi Bersih.

Haram atau halal tidak menjadi masalah. Kalau haram, penganjur dan pesertanya mungkin dikenakan tindakan. Itulah yang dinanti-nanti kerana ia memberi peluang kepada mereka menuduh kerajaan dan BN sebagai tidak menghormati Perlembagaan, tidak demokratik, tidak menghormati hak asasi dan takut kepada reaksi massa.

Itulah yang dilakukan oleh Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim. Beliau sudah pun membuat tuduhan terbuka bahawa pemimpin BN yang “korup dan jahat” (corrupt and wicked) akan melakukan apa saja untuk terus berkuasa – tidak mengapa jika korupsi moral dan “wickedness” juga berlaku di pihak pembangkang.

Kerajaan dan BN mungkin berasa lega dengan kutukan massa terhadap penganjur tunjuk perasaan seperti yang dicanangkan oleh media massa arus perdana dan blog-blog partisan prokerajaan, pro-BN dan pro-Umno. Tetapi kerajaan dan BN tidak akan menjadi lebih kuat hanya dengan memburukkan pembangkang dan penunjuk perasaan.

Ya, tindakan mereka akan mengganggu ketenteraman, keselesaan dan keselamatan awam. Tetapi kerajaan dan BN juga wajib melihat ke dalam diri mereka sendiri.

Siapakah yang membuka pintu kuala atas nama keterbukaan, liberalisasi, globalisasi dan pelbagai jargon lagi kalau bukan kerajaan BN pada era Abdullah?

Siapakah yang menyebabkan begitu ramai orang Melayu, termasuk ahli dan penyokong Umno, meluat, menyampah dan benci kepada Umno dan BN? Orang Melayu marah kerana berasa kepentingan mereka diabaikan manakala beberapa kerat “lembu suci” diberikan keutamaan dan perlindungan.

Orang bukan Melayu pula marah kerana berasa janji-janji kepada mereka tidak ditunaikan.

Abdullah membebankan Umno, BN dan kerajaan dengan beberapa kerat suku sakat, sahabat dan budak-budak Tingkat Empat. Soalnya, apakah Umno, BN dan kerajaan pasca-Abdullah bersih daripada ciri-ciri yang memualkan ini?

Siapa Yang Menonjolkan Ambiga?

Siapakah Ambiga Sreeneasan ini kalau bukan “ciptaan” era Abdullah kerana kononnya dia ini sederhana dan bersimpati dengan kerajaan? Dia ditimang ibarat minyak yang penuh oleh budak-budak Abdullah ketika dia menjadi Presiden Majlis Peguam.

Jadi, jangan marah kepada Ambiga jika hari ini dia begitu berkuasa, berpengaruh, dicintai pembangkang dan diyakini oleh Melayu, Cina dan India, haji dan lebai.

Benar PR juga mempunyai masalah. Kepemimpinannya juga sedang dilanda pelbagai kemelut moral dan intelektual, korup dan “wicked”.

Tetapi, adakah kita, sebagai pengundi dan pembayar cukai (dan mungkin juga patriot), sedia menerima situasi di mana kita terpaksa memilih yang terbaik daripada kalangan yang buruk untuk memimpin dan memerintah kita?

Saya bernasib buruk melihat dan mendengar kesan dahsyat peristiwa 13 Mei, 1969 (saya mula bekerja di Kuala Lumpur sebulan selepasnya). Tapi saya bernasib baik dapat belajar daripada peristiwa itu. Maka, biar seoptimistik mana pun saya mengenai Malaysia pasca-13 Mei, namun tertanam di dalam “subconscious” saya kebimbangan mengenai kemungkinan peristiwa seperti itu berulang.

Kalau orang lain tidak takut, itu hak mereka. Mungkin mereka berani. Mungkin mereka kebal – tikam tak mati, tembak tak lut. Atau mungkin juga kerana mereka buta sejarah atau seronok datang percuma ke ibu negara.

Saya takut bila timbul cakap-cakap ada pihak lain bercadang mengadakan tunjuk perasaan balas bagi menjawab tunjuk perasaan PR/Bersih.

Ini tidak mustahil. BN, khasnya Umno, tentu sedar jika ia tidak bertindak balas, ia akan rugi. Ia akan dianggap pengecut oleh penyokongnya sendiri. Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, mungkin telah menyedari hal ini.

Dan jika Perkasa turut sama, keadaan akan menjadi lebih kacau bagi Umno dan parti-parti Melayu/Islam dalam PR. Mereka mungkin hilang lebih banyak sokongan dan keyakinan orang Melayu.

Tidak mengapa kalau hendak mengutuk dan memperkecilkan Ibrahim Ali, tetapi cuba tanya diri sendiri mengapa begitu ramai orang Melayu, termasuk cendekiawan dan ahli profesional, menyokong beliau dan pergerakannya?

Awas Kesan Aksi dan Reaksi

Tindakan dan tindak balas seperti inilah yang membawa kepada ketegangan masa lampau. Peristiwa pada 13 Mei 1969 bermula dengan perarakan kemenangan DAP yang dibalas oleh perarakan kemenangan Umno.

Operasi Lalang 1987 bermula dengan agenda pendidikan Cina yang dijuarai Pemuda MCA dan dilarikan oleh DAP menyebabkan orang Melayu dan Pemuda Umno bertindak balas.

Perdana Menteri, Mohd Najib Abdul Razak, tentu belum lupa kerana beliaulah yang mengepalai protes balas Melayu di Kampung Baru yang berkesudahan dengan ramai penyokongnya ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri walaupun beliau sendiri terselamat.

Ada orang berkata, Malaysia sudah berubah dan lebih toleransi. Malah mereka begitu yakin peristiwa seperti 13 Mei, 1969 tidak akan berulang dan sesiapa yang bercakap mengenainya berhasrat menghasut dan menakut-nakutkan.

Tetapi saya berkata, lebih baik berhati-hati daripada menyesal kemudian hari. Saya tidak boleh dan tidak akan menghalang sesiapa pun mengadakan perhimpunan aman (peaceful assembly) kerana ia dijamin oleh perlembagaan, tetapi saya juga tidak boleh dan tidak akan menghalang polis daripada menjalankan tugas seperti yang mereka fikirkan wajar.

Kebebasan Tidak Pernah Mutlak

Kalau kita memahami Perlembagaan dan berpegang kepada prinsip demokrasi, kita pasti akui bahawa menangani ancaman demonstrasi Bersih atau mana-mana juga tunjuk perasaan adalah lebih rumit daripada yang digambarkan oleh media massa kedua-dua belah pihak.

Pertama, Perlembagaan menjamin hak rakyat jelata berhimpun secara aman. Perkara 10(1) memberikan hak bersuara, berhimpun secara aman dan menubuhkan persatuan. Tetapi hak itu tidaklah mutlak. Perkara10 (2), (3) dan (4), dengan jelas membenarkan Parlimen mengenakan sekatan demi keselamatan negara, perhubungan baik dengan negara-negara lain, ketenteraman awam, moral, melindungi keistimewaan Parlimen, menghalang penghinaan mahkamah, mencegah fitnah dan hasutan.

Kedua, Perlembagaan memberi hak kepada polis menjaga keamanan dan ketenteraman awam. Polis berkewajipan melindungi orang ramai. Dan orang ramai itu termasuklah penunjuk perasaan sah dan aman.

Hari ini, antara frasa yang kerap dimanterakan oleh kedua-dua belah pihak – BN dan PR – ialah “rakyat sudah matang”. Tetapi dalam jargon partisan mereka, rakyat hanya matang jika menyokong dan memangkah mereka.

Dalam menghadapi dan menangani demonstrasi partisan khasnya dan ketidakpatuhan sivil amnya, kedua-dua belah pihak hendaklah berhati-hati agar rambut tidak putus dan tepung tidak berselerak. Tidak semua matlamat unggul dan tidak semua cara halal. Matlamat tidak semestinya menghalalkan cara. Dan tidak semua manusia waras, sabar dan cintakan ketenteraman.

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).