Peringatan!
Saya dapati masih ada yang menulis menggunakan “anonymous”, membuat tuduhan dan mengemukakan pandangan yang keterlaluan. Masih ada yang menggunakan bahasa yang kasar, kesat dan lucah.
Saya sedar ada risiko yang perlu saya hadapi sendiri apabila saya memulakan blog ini atas nama saya sendiri dan membenarkan pelawat membuat ulasan.
Untuk memungkinkan dan memudahkan saya meneruskan blog ini, saya memohon persefahaman dan kerjasama anda semua. Marilah kita berbahas dengan tertib, sopan dan berhemah.
Kalau ada komen anda yang tidak saya tampalkan, saya harap anda faham dan fikirkan mengapa saya menolaknya .
Terima Kasih.
5 comments:
Your internet browsing is slow has nothing to do with "being watch", Don't be paranoid about. It is slow because tm net is not doing a good job.
inilah masalahnya bila ada diantara pengguna internet yang tidak matang dan menyusahkan orang lain yang ingin berkongsi pandangan.selain itu ramai pula yang mempunyai banyak pendapat tetapi terlalu mengikutkan perasan sampai terlupa adab dan bahasa yang digunakan.kepada mereka yang menggunakan bahasa yang kesat dan lucah itu ingatlah diakhirat kelak anda akan disoal dengan apa yang anda lakukan di muka bumi ini.mungkin di dunia anda terlepas.tetapi tanggungjawab sebagai seorang manusia tetap mengikat anda di akhirat kelak.BERSOPAN LAH WALAU PUN ANDA DI INTERNET.sekian.
inilah masalahnya bila internet dipenuhi pengguna yang tidak matang dan penakut.ianya menyusahkan pengguna yang benar benar ingin menggunakan saluran ini untuk berkongsi maklumat dan bertukar pandangan.kepada mereka yang memnggunakan kata kata kesat dan lucah itu ingatlah bahawa di akhirat kelak anda akan disoal dengan setiap apa yang anda lakukan.walaupun di dunia ini anda mungkin terlepas tetapi ingatlah tanggungjawab ada sebagai seorang manusia ketika berhadapan mahkamah tuhan nanti.oleh itu.BERSOPANLAH ANDA WALAU PUN DIINTERNET.sekian
Etika. Itu yang penting. Selagi kita masih tahu etika kita takkan menyusahkan orang.
Buat yang komen tu, harap berhati2 dgn kenyataan mereka walaupun kita harus tahu pihak owner mana2 blog takkan boleh disalahkan dgn komen mereka.
dalam kancah politik memang akan terus ada suara-suara sumbang samaada dari pihak rakyat atau dari parti politik itu sendiri.Tapi walau apapun mestilah selalu berpada...akal yang baik ialah pandai memilih yang lebih baik dari dua perkara yang buruk..bukan memilih antara dua perkara yang baik.
Post a Comment