[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]
AMARAN KHAS – Tolong berhati-hati apabila membincangkan isu keputusan mahkamah mengenai penggunaan istilah “Allah” kerana kita boleh dituduh menghina mahkamah dan/atau menghasut.
[MUTAKHIR, 8 Jan.] -- TIGA buah gereja di Lembah Klang diserang dengan api. Perdana Menteri mengutuk perbuatan itu dan meminta orang ramai jangan saling tuduk menuduh mengenai siapa yang bertanggungjawab.
Mohd Najib Abdul Razak mengarahkan Ketua Polis Negara Musa Hassan meningkatkan keselamatan dan pengawasan di tempat-tempat ibadat.
Menteri Dalam Negeri, Hishammuddin Hussein berkata kerajaan tidak teragak-agak menggunakan apa kaedah jua, termasuk Akta Keselamatan Dalam Negeri, ke atas siapa sahaja yang mengancam keselamatan negara.
[TERBARU] -- 6 Januari, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Lau Bee Lan, menangguhkan pelaksanaan perintah membenarkan majalah Katolik, Herald, menggunakan perkataan "Allah" berikutan persetujuan pihak-pihak terlibat demi kepentingan negara.
[MUTAKHIR] --KUALA LUMPUR, 4 Jan (Bernama) -- Kementerian Dalam Negeri Isnin memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi membenarkan perkataan "Allah" digunakan dalam majalah mingguan terbitan gereja Katholik, Herald.
Esok, kementerian itu akan memfailkan permohonan bagi penangguhan pelaksanaan perintah mahkamah itu yang dibuat pada 31 Dis.
"Notis penangguhan pelaksanaan perintah itu akan difailkan esok di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur manakala notis rayuan difailkan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Rayuan hari ini," kata Peguam Kanan Persekutuan Datuk Kamaluddin Md Said semasa dihubungi.
[Rencana Asal]
KALAU tajuk berita akhbar utama pada hari pertama tahun baru Masihi 2010 semalam hendak dijadikan petunjuk dan petanda mengenai apa yang akan datang, saya rasa kita wajarlah menyediakan diri untuk menghadapi tahun yang mencabar dan mendebarkan.
New Straits Times menyiarkan tajuk berita: Onward and Upwards – new economic model and 10th Malaysia Plan to drive growth, say Najib.
Dalam bahasa Melayu ia lebih kurang berbunyi “Ke hadapan dan ke atas: model baru ekonomi dan Rancangan Malaysia Ke-10 akan pacu pertumbuhan, kata Najib.”
The Star pun melaporkan mengenai sesuatu yang menghala ke atas atau yang naik. Ia menajuk-beritakan kenaikan 20 sen harga gula pasir sekilo kepada RM1.65 di Semenanjung dan RM1.75 di Sarawak dan Sabah.
Tetapi yang pasti menjadi perhatian banyak pihak adalah keputusan sensasi (sensational) Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Lau Bee Lan membenarkan akhbar mingguan Katolik, Herald menggunakan perkataan “Allah” dalam penerbitannya.
Perintah itu membatalkan larangan Kementerian Dalam Negeri terhadap Herald daripada menggunakan istilah “Allah” bagi merujuk kepada Tuhan agama Kristian.
Walaupun Allah orang Islam dan “Allah” orang Kristian tidak sama, tetapi perkongsian istilah ini akan memberi kesan besar kepada umat Islam Malaysia.
Di Malaysia, istilah Allah secara semantik dan konvensyen dalam bahasa Melayu merujuk khusus kepada Tuhan yang disembah oleh orang Islam. Tuhan orang Islam adalah Allah.
Dalam bahasa Melayu, sama ada dari sudut semantik atau konvensyen, Tuhan agama-agama lain tidak disebut Allah.
Lagipun, menurut kepercayaan Kristian, Allah bukan satu tetapi mengandungi tiga bahagian iaitu “Allah” sebagai Bapa, “Allah” sebagai Anak (seperti yang diwakili oleh Nabi Isa Hissalam) dan “Allah” sebagai Roh Suci.
Perintah Hakim Lau Bee Lan yang menganggap pengharaman penggunaan “Allah” oleh Kementerian Dalam Negeri sebagai tidak sah, tidak laku dan kosong (illegal, null and void) perlu diselidiki dan difahami betul-betul.
Lau Bee Lan mengisytiharkan bahawa di bawah Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan, perayu iaitu ketua mazhab Katolik Rom (Roman Catholic) Malaysia, Archbishop Tan Sri Murphy Pakiam, berhak menggunakan “Allah” dalam akhbar Herald. Archbishop Tan Sri Murphy Pakiam
Katanya, Pakiam boleh berbuat begitu kerana Perlembagaan Persekutuan memberikan hak kepada agama-agama, selain Islam, diamalkan dalam suasana aman dan harmoni di negara ini.
Sekarang terpulanglah kepada Kerajaan, parti-parti politik dan badan-badan bukan kerajaan yang mewakili orang Islam memikirkan implikasi perintah mahkamah ini terhadap Islam dan akidah pengikutnya.
Mana tahu mungkin ada pembesar Islam dari parti orang Islam akan mengatakan apa salahnya agama Kristian diberikan hak menggunakan istilah Allah.
Kita sudah dengar bagaimana mereka sangat gembira dan berbangga apabila ada pembesar politik bukan Islam melafazkan ayat-ayat Al-Quran di khalayak ramai.
Umat Islam tidak boleh menyalahkan orang bukan Islam membuat perkara-perkara yang sebelum ini mereka tidak berani buat apabila ada sesetengah orang Islam sendiri secara sedar atau kerana kedangkalan pemikiran membuka pintu kepada persendaan Islam.
Berita Harian Online melaporkan gesaan Ahli Parlimen veteran Barisan Nasional (Umno) Mohamed Aziz agar Raja-Raja Melayu dan Kerajaan segera campur tangan dan merayu supaya isu itu tidak berlarutan sehingga menggugat sensitiviti orang Islam.
Sangat benar. Isu ini boleh mencetuskan keresahan. Seperti dilaporkan Utusan Malaysia Online, ahli 10 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) telah berkumpul di hadapan Masjid Wilayah Persekutuan selepas solat Jumaat semalam bagi membantah keputusan Mahkamah Tinggi itu.
Antara NGO yang mengambil bahagian adalah Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (Perkasa) Negeri Perlis, Selangor dan Perak, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dan Alumni UMNO Luar Negara.
Yang Dipertua Perkasa Negeri Perlis, Ameir Hassan berkata, sebagai orang Melayu beragama Islam yang sekian lama menggunakan kalimah Allah, mereka berasa tercabar dengan keputusan itu.
Maaf cakaplah, bagi saya ini adalah satu lagi contoh bagaimana kekoroan dan kedangkalan minda sesetengah pembesar Melayu/Islam telah dijadikan kesempatan untuk menguji batasan yang sebelum ini dianggap larangan, off limit dan berbahaya.
129 comments:
AKJ,
As a muslim, I wish to ask, does not the Quran in Surah Az-Zukhruf(43:87) and Surah Al-Ankabut (29:63) tell us that the non-muslims at that time were indeed refering to their god as Allah. Further, in Surah Al-Ankabut (29:46) which is translated as “Dan janganlah kamu berbahas dengan Ahli Kitab melainkan dengan cara yang lebih baik, kecuali orang-orang yang berlaku zalim di antara mereka dan katakanlah (kepada mereka): Kami beriman kepada (Al-Quran) yang diturunkan kepada kami dan kepada (Taurat dan Injil) yang diturunkan kepada kamu dan Tuhan kami, juga Tuhan kamu, adalah Satu dan kepadaNyalah, kami patuh dengan berserah diri". As such, can we,as Muslims, supress this? Please do check for yourself to verify the quoted surahs. When i came to know of these surahs from reading various feedbacks, I took the time to read the quran and its translation.
Habib RAK
Selamat Tahun Baru Dato'... Kejutan Tahun Baru bila harga gula naik 20 sen per kg.. Alah 20 sen je and masih terendah di Asia. Dia orang tak nak compare ke berapa gaji fresh graduate di Malaysia, Singapore, HK, Japan or Korea...??
Roti jenama terkenal pun dah naikkan harga kepada 30 sen.. cepat betul. Lepas ni do not expect kuih 3 seringgit atau 5 dua ringgit. Pasti 2 keping seringgit. Yang paling terjejas ialah restoran dan IKS.... Takpe rakyat didahulukan....
Berbalik pasal budget kementerian pelajaran yang kena cantas untuk makan sekolah asrama. Dato' pernah ulas sebelum ni yang mana realitinya lebih teruk lagi. 31 Disember yang lepas sewaktu hari orientasi dan taklimat di sekolah anak saya, tersentak dengan pengumuman Guru Besar yang Skim Baucer Tusyen, Rancangan Makanan Tambahan dan Subsidi Uniform telah ditarik balik. Ini akan memberi kesan kepada pelajar miskin.... Budget penyelenggaraan sekolah juga dicantas dan perlu mohon pada PIBG untuk penyelenggaraan, maknanya from duit ibu bapa la....
Ini memang tak patut sama sekali Dato'... Kalau untuk program PERMATA senang-senang dapat RM100 juta, takkan sampai baucer tusyen pun ditarik... Budget untuk meraikan tahun baru, perayaan sana sini boleh dapat, sukan mcm bola dan takraw dapat berjuta apalah sangat dengan RMT bagi pelajar miskin.... Memang sadis betul dengan situasi sekarang dan akan datang.
Walaupun PR not a best alternative, I don't think my vote (as tax payor) should go to BN again...
Dalam surah Al Fath ayat ke 28. Allah berfirman dengan maksudnya "Dia-lah yang mengutus Rasul-Nya dengan membawa petunjuk dan agama yang hak agar dimenangkan-Nya terhadap semua agama. Dan cukuplah Allah sebagai saksi".
Cukuplah bagi menjelaskan mengapa nama Allah tidak boleh digunakan selain dari umat Islam
Loqman Hadi
Salam Dato' Kadir,
Ramai yg menuduh Tun Mahathir sbg diktator, zalim, kuku besi semasa memerintah. Namun secara relatif nya kita aman, makmur dan maju dlm segala bidang.
Cuba perhatikan pula situasi sekarang, dek kerana terlalu mahu dilihat terbuka, liberal, demokrasi yg semuanya mengikut acuan barat, semakin ramai pula umpama kaduk naik junjung - diberi betis hendakkan peha.
Natijahnya, semakin banyak pula sebab utk kita berkrisis sesama sendiri.
Kalau dah huru-hara, RM100 juta tiada makna apa-apa...
Inilah masanya rakyat marhaen untuk melihat sejauh mana pembesar2 Melayu/Islam mampu bertindak untuk menangani isu yang PENTING dan SENSITIF untuk orang melayu amnya dan Islam khasnya.Sama-samalah kita melihat apa kesudahannya?.
Salam,
Pemimpin kita yang berugama islam kurang berminat mempertahankan hak-hak yang berkaitan ugama islam selagi kedudukan politik tidak terjejas.
Inilah akibatnya prinsip 1Malaysia yang dilihat semakin memakan diri..
Akan datang jenerasi islam kita akan menyembah Allah ikut cara kristian, hindu dan budha. Alasan yg diberi mereka masih menyembah Allah.
Seram sejuk dibuatnya kalau dibayangkan suatu hari nanti anak kita pulang sekolah bawa salib ada perkataan Allah dan tak merasa bersalah.
- Anthony Russel -
Kekecewaan umat Melayu dan Islam di Malaysia yang berterusan kerana leka dan cuai UMNO dan PAS.
Konsep 1Malaysia Najib kini dipergunakan secara meluas.
PAS pula sedang ranap kerana punahsihatnya Nik Aziz yang dirasuk kegilaan kuasa anak menantu.
Sebagai orang Islam mungkin eloknya kita kembali kepada ajaran Al Quran dan Sunnah. Kita mesti mengajar masyarakat kita bukan sekadar Tajwid tetapi juga Tauhid.
3:64 (Malay) "Katakanlah: ""Hai Ahli Kitab, marilah (berpegang) kepada suatu kalimat (ketetapan) yang tidak ada perselisihan antara kami dan kamu, bahwa tidak kita sembah kecuali Allah dan tidak kita persekutukan Dia dengan sesuatu pun dan tidak (pula) sebagian kita menjadikan sebagian yang lain sebagai tuhan selain Allah. Jika mereka berpaling maka katakanlah kepada mereka: ""Saksikanlah, bahwa kami adalah orang-orang yang berserah diri (kepada Allah)""."
Say: O People of the Scripture! Come to a common word between us and you: that we shall worship none but God, and that we shall ascribe no partner unto Him, and that none of us shall take others for lords beside God. And if they turn away, then say: Bear witness that we are they who have surrendered (unto Him). (Aal ‘Imran 3:64)
5:17 (Malay) "Sesungguhnya telah kafirlah orang-orang yang berkata: ""Sesungguhnya Allah itu ialah Al Masih putra Maryam"". Katakanlah: ""Maka siapakah (gerangan) yang dapat menghalang-halangi kehendak Allah, jika Dia hendak membinasakan Al Masih putra Maryam itu beserta ibunya dan seluruh orang-orang yang berada di bumi semuanya?"" Kepunyaan Allah-lah kerajaan langit dan bumi dan apa yang di antara keduanya; Dia menciptakan apa yang dikehendaki-Nya. Dan Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu."
Al-Ma'idah (The Table Spread)
5:17 (Y. Ali) In blasphemy indeed are those that say that Allah is Christ the son of Mary. Say: "Who then hath the least power against Allah, if His will were to destroy Christ the son of Mary, his mother, and all every - one that is on the earth? For to Allah belongeth the dominion of the heavens and the earth, and all that is between. He createth what He pleaseth. For Allah hath power over all things."
As exclaimed by Moses (pbuh): “Hear, O Israel: The Lord our God, the Lord is one.” Deuteronomy 6:4.
“I am the Lord, and there is no other; apart from Me there is no God.”
Isaiah 45:5.
“You shall have no other gods before me. You shall not make for yourself an idol in the form of anything in heaven above or on the earth beneath or in the waters below. You shall not bow down to them or worship them; for I, the Lord your God, am a jealous God.”
Exodus 20:3-5
Jesus Christ (pbuh) said the following in the Bible:
“This is eternal life, that they may know You, the only true God, and Jesus Christ whom You have sent.”
John 17:3
“How can you believe, when you receive glory from one another and you do not seek the glory that is from the one and only God?”
John 5:44
“The most important commandments,” answered Jesus, “is this: ‘Hear, O Israel, the Lord our God, is one Lord’”
Mark 12:29
Atau kita belajar dari Sheikh Ahmad Deedat
http://www.youtube.com/watch?v=IHhyu61f-wo&feature=related
Dato.
Saya amat tidak setuju dengan ulasan Dato.Otak Dato dengan otak orang UMNO memang sama.Kenapa umat Islam Melayu bagitu sempit fahaman Islamnya.Di Negara Arab orang Kristian mengunakankan perkataan Allah tampa masaalah dengan orang2Islam Arab.
Orang Islam menyenbah Allah yang Esa.Orang Kristian menyembah Allah yang sama.Bezanya mereka percaya Nabi Isa itu Anak Allah.Jika fahaman Islam kita kukoh dan jelas kenapa kita harus bimbang.
Ingat Dato,samasa RasuAllah mula mengembangkan ugama Islam,ia menerima banyak rintangan dari Pagan Arab.Ia meminta umat Islam pergi ka Eutophia dan mereka di beri perlindongan oleh Rajanya saorang Kristian.Apabila Raja Kristian itu mati,Rasuallah mendoakan supaya roh nya di rahmati Allah.
Perlu diingat samasa hayat Rasuallh ia dihadiahkan oleh orang Kristian dua hamba perempuan berugama kristian.Salah saorang darinya bernama Maria menjadi isteri Rasuallah.Rasuallah menghormati otang kristian dan kepercayaannya.Dia tidak pernah melancarkan perang dengan orang Kristian yang ramai di Mesir,Euthopia,Palestine.Ia hanya berperang dengan ornag Arab yang kafir dan tidak percaya kapada Allah,Tuhan yang Esa.
DiMalaysia kita mempunyai Masaalah kerana Kerajaan UMNO mengajar kita dan meinterpraSI Allah itu dan Ugama Islam itu hak orang Melayu.
Saya amat tertkejut dato sabagai saorang Intellucual Malayu mempunyai pandangan yang sempit saperti Khir Toyo,Tajuddin Rahman dan lain pemimpin UMNO.
Issue Allah ini akan di gunakan sapenohnya oleh UMNO untok mendapatkan sokongan politik orang Melayu dan memburokkan PAS.Saya percaya ramai orang UMNO yang tidak pernah sembayang dan tidak pernah pergi ka mesjid yang minum arak dan berjudi akan menjadi champaion dalam isu ini.
Jika iman kita kuat,fahaman Islam kita jelas,kita tidak harus bimbang.Tolong lah Dato,keluarlah dari hidup di bawah tempurong.Isu ini tidak akan menjadikan orang Melayu kristian.
Salam.
saudara a kadir jasin.
saya seorang kristian, dan ini hanyalah pandangan saya (yang tak seberapa pun).
jika pengguna istilah "Allah" oleh gereja katolik untuk publikasi dalaman boleh mengelirukan umat islam, tidakkah juga yang beragama katolik boleh turut dikelirukan oleh istilah ini? hakikat yang bahawa penggunaan ini oleh ramai orang yang beragama katolik khasnya di sabah dan sarawak tidak menjejaskan pegangan agama kristian mereka, sudah pasti kami manusia adanya akal (ciptaan Tuhan, God, Allah) yang sempurna,memahami dan boleh membeza apa yang dibaca.
keduanya, jika tidak silap saya, mereka yang beragama sikh turut menggunakan istilah "Allah" dalam agama mereka. dan jika benar, haruskah kami "ban" agama ini dari Malaysia atau suruh mereka tukar istilah penggunaan mereka dalam pemyembahan mereka?
sekian sahajalah pandangan saya yang tak seberapa ini. jika ada apa yang saya kata ada minyinggung perasaan saudara dan pembaca blog saudara, ianya hanya kejahilan saya dan saya dahulukan dengan maaf.
oedipus
oedipus
GUNA NAMA ALLAH : KHALID SETUJU KEPUTUSAN MAHKAMAH – harakah daily
Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad petang tadi bersetuju dengan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan Kementerian Dalam Negeri (KDN) melarang orang-orang bukan Islam dari menggunakan perkataan 'Allah'.
Beliau yang sebelum ini dilihat lantang mempertikai usaha KDN di di Parlimen, menganggap keputusan Mahkamah semalam menepati nas al-Quran.
"Keputusan Mahkamah itu menepati dengan al-Quran, iaitu perkataan Allah bukan milik eksklusif umat Islam sahaja tapi semua manusia patut menyembahnya," jelas beliau selepas menyertai solat Jumaat di Surau Nur Hidayah, di sini.
Beliau turut menasihatkan KDN supaya tidak melarang sesuatu yang jelas digalakkan dalam Islam.
"Kalau kita (KDN) nak menghalang keputusan itu, secara tidak langsung seolah-olah menghalang apa yang digalakkan oleh Allah sendiri.
Para DAIÉ FISABILILLAH mesti BerHUJJAH BerDasar NAS AL-QURAN.
Bukan BerSandar Emosi, Perkauman dan Akal yang Sempit.
Fahami Betul-betul al-Imran ayat 19
(3:19)
إِنَّ ٱلدِّينَ عِندَ ٱللَّهِ ٱلۡإِسۡلَـٰمُۗ وَمَا ٱخۡتَلَفَ ٱلَّذِينَ أُوتُواْ ٱلۡكِتَـٰبَ إِلَّا مِنۢ بَعۡدِ مَا جَآءَهُمُ ٱلۡعِلۡمُ بَغۡيَۢا بَيۡنَهُمۡۗ وَمَن يَكۡفُرۡ بِـَٔايَـٰتِ ٱللَّهِ فَإِنَّ ٱللَّهَ سَرِيعُ ٱلۡحِسَابِ (١٩)
The Religion before Allah is Islam (submission to His will): nor did the people of the Book dissent therefrom except through envy of each other, after knowledge had come to them. But if any deny the Signs of Allah, Allah is swift in calling to account. (19)
Al-E-Imran
Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu tidak berselisih (mengenai agama Islam dan enggan menerimanya) melainkan setelah sampai kepada mereka pengetahuan yang sah tentang kebenarannya; (perselisihan itu pula) semata-mata kerana hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka dan (ingatlah), sesiapa yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, maka sesungguhnya Allah Amat segera hitungan hisabNya. (19)
Nah! SUDAH TERANG LAGI BERSULUH!
Buat apa kita nak bising-bising???
Pegang baik-baik WAHYU ALLAH SWT
ALLAH SWT PEMILIK SEKALIAN ALAM!
Insan-insan TANPA KALIMAH TAUHID cuma KELIRU... Jadi ini PerMulaan Kepada Satu KEBENARAN.
Ayuh Para DAIÉ FISABILILLAH!
Usah Ber EMOSI!
RUJUK AL-QURANUL KARIM.
GOD IS THE MOST GRACIUOS THE MOST MERCIFUL
Saya sering merenung dan muhasabah diri apabila memikirkan umat Islam semakin dipersendakan.
Saya sgt berharap pembesar2 Melayu/Islam akan membaca artikel Datuk ini.
Saya sokong seratusperatus dan berharap Datuk akan terus menulis artikel sebegini demi kepentingan ummah keseluruhannya.
Salam Tahun Baru-aziang mazwang sapuwang
Ketua Agama Negeri-Negeri dan Agong melalui Majlis Raja-Raja patut mengeluarkan kenyataan tegas melarang pengunaan Allah oleh gereja Christian serta risalah-risalah mereka, period. Dan perkara ini tidak boleh dipolitikkan. Lafaz Allah adalah hak exclusive orang Islam seluruh dunia bukan sahaja orang Melayu Islam. Orang bukan Islam beranggapan bahawan Allah itu adalah perkataan Melayu. Mereka tidak faham atau sengaja tidak faham.
This is what my Christian bumiputra friend in Sarawak commented in his email to me about the issue which I think he is rather confused about the word ALLAH. I quote:
"In Malaysia we try to speak Bahasa Malaysia and in BM Allah is God."
Tuan Nik Kamil,
1. Saya belajar sekolah Roman Catholic di Alor Star selama 8 tahun;
2. Ketua sekolah saya Brother Brendan. Guru besar Charles Alexander Westwood;
3. Di new Zealand saya pernah tinggal dengan Paderi Angelican;
4. I have no problem with my Christian friends;
5. One of my sons-in-law converted from Christianity. His father is my very good bisan so were his late wife;
6. Tetapi yang saya tekankan di sini adalah pengertian Allah kepada umat Islam di Malaysia yang menerima dan mempelajari Islam dalam bahasa Melayu;
7. Saya tahu Tuhan dalam bahasa Arab adalah Allah.
Terima kasih.
Kata AKJ:
"...Allah orang Islam dan “Allah” orang Kristian tidak sama..."
Kata Allah:
Dan janganlah kamu berdebat dengan Ahli Kitab, melainkan dengan cara yang paling baik, kecuali dengan orang-orang zalim di antara mereka, dan katakanlah "kami telah beriman kepada (kitab-kitab) yang diturunkan kepada kami dan yang diturunkan kepadamu; Tuhan kami dan Tuhanmu adalah satu; dan kami hanya kepadaNya berserah diri".
-Surah Al-Ankabut, Ayat 46
Y.Bhg Datuk AKJ,
1. Model Ekonomi Baru
Saya percaya bahawa Datuk sedia maklum mengenai Malaysia Innovation Model yang diperkenalkan di dalam Rancangan Malaysia ke-9, iaitu satu model yang memberi penekanan ke atas elemen-elemen “technology-driven innovation” dan “market-driven innovation”.
Dari apa yang boleh dilihat, model tersebut semacam tidak dijadikan sebagai satu pacuan untuk mengemudi negara mencapai matlamat Wawasan 2020. Ianya semacam menjadi satu model tunggul sahaja terutama “outcome” terhadap model tersebut tidak pernah diumumkan oleh Kerajaan. Di dalam tempoh hayat RM-9 sudah sampai ke penghujungnya ini, apakah Malaysia Innovation Model tersebut sudah mencapai objektifnya dan/atau berapakah peratus pencapaiannya?
Berdasarkan pencapaian ekonomi negara yang agak teruk sejak beberapa tahun kebelakangan ini, saya rasa adalah agak adil jika saya mengatakan Malaysia Innovation Model tersebut sebagai tidak berjaya.
Sekarang timbul pula Model Ekonomi Baru yang dikatakan akan juga berteraskan elemen-elemen seperti inovasi, nilai tambah dan lain-lain. Apa perbezaan “outcome”nya nanti? Apa justifikasi dan basis kerajaan di dalam menggunakan “onwards & upwards” sekarang ini jika model yang pertama pun tidak dapat kita lihat dan rasa “outcome”nya?
Ditambah pula situasi di mana seluruh dunia mengalami kemelesetan ekonomi, apakah keistimewaan dan kelainan model baru ini sehingga PM begitu yakin ianya akan membawa economic growth?
Apakah model ini begitu berlainan sekali ciri-cirinya berbanding konsep “capital control” acuan sendiri sebelas tahun lepas? Adakah penasihat-penasihat ekonomi PM sekarang ini juga begitu hebat berbanding sebelas tahun lepas sehingga PM begitu yakin sekali terhadap model baru ini?
Boleh kongsi sedikit “insights” Datuk? Saya masih lagi skeptikal terutama apabila melihat perkembangan-perkembangan ekonomi mutakhir ini. Susah nak terima dan telan bulat-bulat dah..
Terima kasih.
Azman Mohd Isa
Dato',
Kepada rakan2 Muslim yang menyokong keputusan mahkamah tersebut, semoga Allah Yang Satu (Allah tuhan orang Islam membukakan pintu hati anda.
Adakah kita selepas ini tidak keliru dan marah apabila mereka menulis dalam artikel mereka bahawa
1. Allah membenarkan minum arak
2. Allah mempunyai anak
3. Anak Allah telah disalib
4. Allah membenarkan makan babi
5. Allah menyuruh jumpa Paderi jika nak hapuskan dosa
...dan pelbagai lagi yang akan mengelirukan umat manusia dengan alasan 'Allah' itu adalah Allah lain bukannya Allah orang Islam.
Pasti dan pasti mereka akan mengedarkan dan mendakwah kekeliruan ini kepada umat Islam melalui pelbagai media yang tidak dapat ditapis lagi.
Demi sikap tolak ansur, 1Malaysia, pakatan rakyat makankita sebagai umat Islam perlu 'hormati kehendak mereka'!!. Uhhhhh bangsatnya umat Islam ini!!
Paling pelik bila pihak Kementerian Dalam Negeri nak 'fikir' dulu untuk membuat keputusan merayu keputusan itu!. Sebelum ini tidak berfikirkan ke tentang tindakan susulan jika keputusan ini tidak memihak kepada anda (defendan). Jangan pula nanti umat Islam mengambil tindakan sendiri.
Kenapa pula Vatican tidak mahu 'bertuhankan Allah' dan Kristian di Malaysia sahaja yang bersungguh-sungguh nakkan perkataan Allah?
Saya juga seperti Dato' dan orang Malaysia yang lain yang tiada masalah dengan rakan2 Kristian tetapi saya sering melihat perbezaan antara Kristian daripada Buddha dan Kristian daripada Hindu. Orang Hindu yang bertukar Kristian selalunya 'berlebih-lebih' Kristianitinya seperti mereka yang terlibat dalam kes mahkamah ini.
Bye/ Roti Planta
Baru sedar pentingnya kekuatan islam dan melayu islam...jangan sampai permintaan mereka meminta Injil dinamakan alQuran yang sama..
Berjuang aja selagi ada keringat.
Datuk,
Ramai orang Melayu Islam di Malaysia hari ini yang kononnya telah terbuka mindanya lantas membuka ruang yang luas kepada bukan Islam untuk memiliki apa yang selama ini menjadi hak eklusif orang Melayu Islam. Sebaliknya hak bukan Islam dipertahankan malah ditambah dalam banyak hal.
Keterbukan inilah sebenarnya membawa kepada kemerosotan pengaruh kuasa orang Melayu melalui UMNO dalam PRU 12 yang lalu. Malangnya ramai Melayu Islam di Malaysia gagal melihat ini sebagai petanda kejatuhan kerajaan Melayu Islam di Malaysia kerana pembesar-pembesar Melayu Islam yang bergabung dengan orang kafir ini dibuai mimpi untuk berkuasa.
Salam DAKJ
YB yang tak tahu apa yg tak tahu tapi buat buat tahu
Wah !!! Nampaknya 2010 baru nak mula tapi isu dah meletup letup. Kali ini isu kalimah Allah. Saya ingat nak bergurau je mengenai cadangan tajuk tu tapi rupanya YB tersebut memang berpuas hati kerana menang sokong kalimah Allah untuk agama lain. Subhanallah. Harini pula, macam biasalah, puak-puak ni cuba pusing balik.
Kalau dulu dalam isu arak, bila digertak, terus kesimpulannya juallah arak ikut permintaan setempat. Bila hukum hudud pula, bila disergah kafir laknatullah terus pusing kata hudud wajib untuk Islam je tapi untuk kafir boleh ikut suka samada nak terima pakai ke atau tak, sampai manifesto pilihanraya juga bertukar kepada kerajaan berkebajikan. Sekarang kalimah Allah pula, mulanya YBnya bersetuju lepastu bila orang besarnnya berasa malu sendiri, mulalah buat syarat pula untuk gunakan kalimah Allah biarlah berpada-pada.
Agak agaknya ye, kenapa kafir tu nak sangat guna kalimah Allah? Kan Allah dah beritahu Iblis akan cari jalan menyesatkan anak-anak Adam dengan perbagai cara sehingga hari kiamat. Itulah masalahnya YB kita yg tak tahu apa yg tak tahu. Cubalah duduk dekat kampong pribumi sebulan dua. Tengoklah dengan mata kepala sendiri siapa yg selalu datang menziarah mereka. Mereka tu datang bukan dengan tangan kosong YB, tapi dengan berbagai hadiah dan mempunyai niat tertentu. Sekarang, lagi senanglah mereka menyebarkan pahaman mereka terutamanya bila ada kemusykilan. Bukan saja Islam menjadi lebih jauh tapi macam memberi pula galakan penyebaran songsang. Ini tak termasuk lagi kanak-kanak tadika yg bersekolah disekolah tertentu. So, kepada YB tersebut, pastikan anda ada alasan yg kukuh di akhirat kelak. Sekian TQ.
Datok Kadir.
Sabenarnya Orang Islam dan Kristian tidak pernah ada masaalah sejak zaman Rasuallh lagi.
Masaalah antara Islam dan Kristian hanya lah timbul pada abad ke 16 apabila orang Kristian mula melancarkan perang kaatas orang Islam yang paling terkenal dengan Perang Salib.Ini ada kerana mereka mahu mengembangkan ugama Islam ka atas semua orang termasok orang Islam.
Kita menghadapi masaalah di Malaysia kerana Perlembagaan kita mengiktiraf orang Melayu mesti berugama Islam.Tidak kira ia sembayang atau tidak.Di Malaysia juga orang kristian tidak boleh berdawah kapada orang Islam.Sebab itu bible dalam bahasa melayu di larang masok dan di gunakan di Malaysia.
Ini berupa niat baik Pemimpin UMNO untok menjaga ugama Islam dan akidah orang melayu.Sekarang orang Melayu berasa ini merupakan satu perbuatan yang tidak betul.Sebab itu kita dapati hanya lah pemimpin UMNO yang membuat bising mengenai perkara ini.
Jangan lah bimbang Dato.Orang Melayu sekarang telah cerdek2 belaka.Ada yang telah menjadi kristian ada yang menjadi atheis dan ada yang menjadi hindu.Tak usahlah dato bimbang sangat.Tak kan lah orang Melayu Pendang akan menjadi kristian apabila membaca akhbar Katholik dalam bahasa Melayu.
Jangan lah emosional sangat.Lagi kita larang lagi dia nak buat.Sabenarnya ramai orang Kristian di Malaysia ini bukan dia tahu dan faham apa itu ugamanya.Dia pakai cross dia kata dia Kristisan.Gereja pun dia tidak pergi.
Jikalau anak Dato berkawin dengan orang swiss yang berugama kristian dan suaminya masok Islam ,ini bermaana Dato telah mengajarnya dengan akidah yang betul.Sekarang ini ramai belia2 kita dan orang Melayu yang menjadi Murtad,tiada siapa yang dapat melarangnya.
Saya hairan bagaimana Dato menjadi bagitu emitional dan menulis Blog Tahun Baru,Allah dan Penyakit KORO.You bring yourself so low.Macam budak 2fikirannya.
Harap Dato belum senile.
it would appear that the roman catholic church [RCC} of malaysia
is again
undergoing a transformation today when the leaders of the
RCC in Malaysia is seeking to use Allah as their God. This is
actually not new . The idea was first initiated by pastor
tiny mulken from netherland who had spent 8 years as a
pastor in Indonesia. Read more at
http://www.foxnews.com/story/0,2933,293394,00.html
In the 1500 s Martin Luther rejected the concept of buying
forgiveness and started a new branch of christianity.
Hopefully the leaders of the RCC would be brave enough to follow
the footsteps of Martin Luther in coming out with a truly
radical transformation that would lead roman catholics and
muslims truly share one true god , Allah -the one and only
;he begets nor is begotten a son.
Earlier when the RCC had voiced a campaign to use Allah as
god in their publication I had made known my objections
variously through writings in the blog. Having done a thorough
literature search on the net about the roman catholics and Allah
I have come to realize that it was foolish to object what was
in fact a very good thing. Earlier in my writings I was
influenced by the narrations of the role of the the catholic
priests and their intrigues in influencing the decision making
during the time of Elizabeth 1. The movies Elizabeth 1 and Elizabeth 2
would be a good start in getting to understand the psyche of the
catholic thinking.
In my earlier writings where I strongly objected the use of Allah by the catholics,
The beauuty of the possiblity that the catholics in malaysia may
simply want to use Allah as god and are willing to drop the
issue [or silent ] of the triunion god [my take] eluded me. It is by necessary
implication that the roman catholic leaders in malaysia are
silently agreeing to the unique god , Allah [as referred to
by muslims in the country ] when they seek the court's help
to get themselves the right to use Allah as their god in the malay translation of the bible.
Interestingly Martin luther too was instrumental
in getting the bible translated. As Islam , Christianity and Judaism
are the oldest religion and are related by the common god and prophets
it is logical that they address the common god as Allah. All
the reasons from the body of catholics and persons who opposed the
use of the word Allah are abundantly available for the leaders
of the RCC in malaysia to peruse from the following websites-
http://christianblogs.christianet.com/1187194406.htm
http://socrates58.blogspot.com/2007/11/does-catholic-church-equate-allah-and.html
http://www.albertmohler.com/?cat=Blog&cid=991
Despite all the negative comments in using Allah as god by bodies of
catholics and pastors, the RCC of malaysia
still want to get the court to approve the use of Allah as god.
The word Allah has a special meaning in the constitution. For over
50 years Allah has meant the one god ; he neither begets[has a son ]
nor is he begotten [born of someone].
. In simple translation -He has no son and was not born of someone.
Public policy considerations demands that the approval by the
judge [ Dato Lau] would carry an important corollary that the ALLAH
REFERRED TO IS ALLAH WHO HAS NO SON NOR is he born [begotten] so that
everyone is clear of the definition which has withstood the test of time
in malaysia.
Now we have seen the RCC malaysia wants a transformation and the
gomen under ds najib also wants a transformation . May i
suggest that our media -tv [earth and satellite ] , radio and papers
carry this new year message-
Salam 1 Malaysia di bawah naungan Allah yang satu- tiada
Ia beranak atau diberanakkan.
for all muslims , catholics and everybody who believe in the creator!
notoktok
Perkara ini boleh diulas dari dua sudut iaitu dari segi dalil dan nas seperti ayat2 quran yang dikemukakan dan juga dari sudut maslahah umum bagi orang Islam di Malaysia. Sebagai kerajaan yang bertanggungjwab dgn kemandirian islam di Malaysia ia perlu juga dihalusi dari sudut siasah syar'iyyah. Islam sebagai agama yang syumul bukan sahaja menjaga agama bagi pihak individu tapi masyarakat juga.
Saya ingin menarik perhatian para pembaca blog ini kepada ulasan isu ini oleh Ustaz Zaharuddin, seorang yang alim ilmu fikah.
http://www.zaharuddin.net/bahasa-articles/larangan-kristian-guna-nama-allah-ulasan-ringkas.html
Anonymous said...
AKJ,
As a muslim, I wish to ask, does not the Quran in Surah Az-Zukhruf(43:87) and Surah Al-Ankabut (29:63) tell us that the non-muslims at that time were indeed refering to their god as Allah. Further, in Surah Al-Ankabut (29:46) which is translated as “Dan janganlah kamu berbahas dengan Ahli Kitab melainkan dengan cara yang lebih baik, kecuali orang-orang yang berlaku zalim di antara mereka dan katakanlah (kepada mereka): Kami beriman kepada (Al-Quran) yang diturunkan kepada kami dan kepada (Taurat dan Injil) yang diturunkan kepada kamu dan Tuhan kami, juga Tuhan kamu, adalah Satu dan kepadaNyalah, kami patuh dengan berserah diri". As such, can we,as Muslims, supress this? Please do check for yourself to verify the quoted surahs. When i came to know of these surahs from reading various feedbacks, I took the time to read the quran and its translation.
Habib RAK
2:30 PM
Takut laa negara kita jadi macam Indonesia. Dalam satu keluarga boleh ada macam-macam agama - Bapak Islam, Mak Kristian, anak Takdak agama. Ni yang kita takut sebenarnya bila banyak interpetasi kepada kitab Al-Quran.
Masalahnya bila terlalu banyak kebebasan diberi, akan adalah orang-orang yang mengaku alim (pakar) dalam bidang-bidang agama ni buat tafsiran sendiri. Di penghujung hari, kita nak rujuk kepada siapa? Kerana JAKIM, Majlis Mufti, semua dah hilang kredibiliti.
keputusan pengguna kalimat Allah pada penerbitan akhbar kristian yang dibuat oleh hakim orang bukan Islam itu adalah tanda yang Melayu di negara malaysia ini sudah ambil tuhan lain selain Allah.
Mereka bertuhankan hawa nafsu. Mengapa tidak, arak jadi minuman (halal) judi jadi amalan (halal) riba (halal) rasuah (halal).Pada hal ianya haram wajib ditinggalkan.
Ini menunjukkan mereka mengaku Islam tetepi sebenar mereka bukan lagi seorang Islam yang dikehendaki oleh Nabi SAW.
Kalau mereka islam diajar oleh Rasulullah SAW mengaku gerak laku mereka mahu orang kafir.
Allah larang orang Islam jadi macam Yahudi, tetapi kita hari ini sudah jadi macam kafir. Makan minum mmacam kafir tak kira halal dan haram.
berpakaian macam kafir tak tutup aurat, bersosial juga macam kafir, bermuamalah pun macam kafir.
Sambut tahun baru dengan minum arak dan berzina. Buktinya ramai yang ditangkap khalwat.
Atas sebab itu hakim bukan islam berani buat keputusan yang dianggap sangat tidak wajar diperlakukan begitu, lebih lebih lagi kementerian dalam negeri sudah buat keputusan muktamad.
Hakim itu sanggup cabar keputusan kementerian dalam negeri, apa lagi orang melayu yang ramai sekarang barat macam buih dilautan.
Orang melayu jadi murtad juga tidak lagi sensitif.kerajaan yang memerintah pun tidak ambil kisah.
sepakara lagi orang Umno baik para pemimpin pernah sebut bahawa agama sama sahaja.
Kalau dah sama sahaja apa hendak dirisaukan lagi dengan penggunaan kelaimah pada kristian.
Fahaman agama sama sahaja ini suatu yang sangat sesat, kerana Allah mengatakan Islam sahaja agama yang diterima.
Bermakna lain lain agama tidak terima. Tapi malangnya orang umno memahamkan agama itu sama sahaja, maka tidak menjadi salah rakyat hendak pilih mana mana agama yang mereka suka sepertimana yang pernah berlaku di Indonesia.
Inilah bala yang menimpa pada negara Malaysia. Malah sudah menimpa semua negara orang islam yang tidak melaksanakan undang undnag syariat.
Lobnan boleh terbahagi dua, diutara milik orang agama kristian, manakala di selantan milik orang Islam.Negara Arab juga tidak terkecuali. Cuma yang masih selamat hanya Mekkah dan madinah sahaja.
mungkin para pemimpin umno berasa bangga dengan kata kata negara amana selamat dan makmur, tanpa menyedari kedudukan kita sudah tidak selamat lagi baik dari segi agama Islam, kerana orang melayu yang mengaku Islam sudah lama tinggalkan Allah.
Mereka lupa Allah kerana 83 peratus tidak solat lima waktu sehari semalam.Kenapa? kerana ada ulama berkata, tidak solat lima waktu sehari semalam pun masih lagi Islam.
Tidak puasa seumar hidup dan tidak keluar zakat seumar hidup mereka masih Islam kerana telah mengucap dua kalimah syahadat.
Rasululah SAW bersabda, tinggal solah dengan sengaja kafir, tapi ada ulama berkata, belum jadi kafir, kerana mereka tidak berkata solat tidak wajib.
Sabda Nabi dinafi dan dibantah, Kalau rasulullah SAW tak buat kita buat bid'ah. tapi yang Rasulullah SAW kata kafir,ulama kata tak kafir. Apa ceritanya.
Bagi saya keputusan hakim boleh menggunakan kalimah Allah pada penerbitan kristian salah satu bala Allah yang ditimpa kepada orang melayu yang sudah tinggalkan Allah dan bertuhan hawa nafsu.
Umat islam yang bermandikan darah dikatakan tidak selamat.Tapi orang melayu yang diserang murtad dan BOM dadah, arak zana rasuah dan riba masih dikatakan selamat aman dan makmur?
Datuk,
Saya kembali yakin kepada Umno setelah Najib mengambil alih pentadbiran. Tetapi belum setahun Najib berkuasa, kita dah lihat macam-macam polisi yang tak kena dengan orang Melayu. Saya semakin curiga.
1Malaysia satu perkara yang tidak memihak kepada umat melayu yang mengikut perlembagaan mesti mendapat hak istimewa kerana mereka tuan tanah, hence the name Tanah Melayu. Which was agreed by non-Malays masa tu yang dapat kerakyatan because orang Melayu bagi.
Najib mungkin berjaya mendapat sokongan bukan Melayu dalam masa terdekat, tapi, dia akan kehilangan sokongan Melayu. Mereka akan mengundi PAS. Tetapi syaratnya PAS keluar putuskan hubungan dengan DAP.
Najib lembik. Isteri over. Menteri kurang ajar simpan. Orang Melayu terpinggir. Nama Allah orang kristian boleh pakai, UMNO senyap. Takut hilang sokongan. At least PAS bersuara.
Ntah la Datuk. Makin lama saya rasa Najib mungkin lagi teruk daripada Sleep Pak Lah.
Sudah Muak
Datuk,
Di Indonesia, masjid boleh jadi gereja dan gereja boleh jadi masjid. Kubur orang Islam pun boleh campur-campur dengan agama lain. Orang Islam boleh kahwin dengan orang bukan Islam. Dapat anak tak boleh ajar apa-apa agama. Kena tunggu umur 18 tahun dan anak itu sendiri kena pilih.
Datuk,
Bersih dan Suci. Makna seakan sama tapi pengertiannya berbeza. Orang bukan Islam ramai yang tak tahu. Kita faham. Tapi kalau orang Islam sendiri yang tak tahu atau buat-buat tak tahu, itu yang kita tak faham tu.
-sinbad-
Guna Kalimah Allah secara tepat tanpa seleweng | Print | E-mail
Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 2 Jan: Biarpun akhbar mingguan The Herald boleh menggunakan perkataan 'Allah' dalam penerbitan mereka, namun penggunaan kalimah tersebut perlu diguna secara tepat dengan maksud yang tidak menyeleweng dari kefahaman sebenar 'Allah' kepada umat Islam.
Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasaruddin Hassan berkata, beliau menghormati keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur itu namun diharap penggunaannya pada tujuan yang baik dan bukan untuk dipermainkan sewenangnya.
"Selagi mana kalimah Allah itu digunakan dengan tujuan yang baik, dengan benar menyatakan Allah itu satu, Allah itu Esa tanpa sebarang penyelewangan dan pengkhianatan terhadap maksud sebanar Allh, maka itu dibenarkan.
"Pendirian kami, siapun pihak hatta umat islam sendiri pun sekiranya hendak menggunakan kalimah Allah, hendaklah menggunakan dengan penuh hormat tanggungjawab bukan menggunakannya dalam maksud mempersenda, mempermain, mengambil mudah dengan kalimah tersebut", kata beliau ketika diminta mengulas perkara itu baru-baru ini.
SHAH ALAM, 1 Jan: Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad petang tadi bersetuju dengan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan Kementerian Dalam Negeri (KDN) melarang orang-orang bukan Islam dari menggunakan perkataan 'Allah'.
Beliau yang sebelum ini dilihat lantang mempertikai usaha KDN di di Parlimen, menganggap keputusan Mahkamah semalam menepati nas al-Quran.
"Keputusan Mahkamah itu menepati dengan al-Quran, iaitu perkataan Allah bukan milik eksklusif umat Islam sahaja tapi semua manusia patut menyembahnya," jelas beliau selepas menyertai solat Jumaat di Surau Nur Hidayah, di sini.
Beliau turut menasihatkan KDN supaya tidak melarang sesuatu yang jelas digalakkan dalam Islam.
"Kalau kita (KDN) nak menghalang keputusan itu, secara tidak langsung seolah-olah menghalang apa yang digalakkan oleh Allah sendiri.
"Yang membeza orang Islam dan bukan Islam bukanlah tuhan kita adalah Allah dan tuhan mereka tidak (dipanggil) Allah, tapi yang membezakannya adalah kefahaman tentang ajaran Islam itu sendiri," katanya.
Menurut beliau, keputusan mahkamah itu sekali gus mengukuhkan kefahaman orang Islam terhadap agama mereka, bukannya atas nama Islam sahaja.
Komen saya:
1. Tahniah kepada Pas kerana menang satu lagi peperangan melawan kejahilan;
2. Saya harap lepas ini Pas mengajar semua pengikut dan penyokongnya supaya tidak lagi jadi perasuah, penagih dadah, GRO;
3. Perkasakan ekonomi mereka supaya gadis2 kelantan tidak jadi GRO dan pelacur di Kuala Lumpur;
4. Cuba Pas Tanya pengikutnya apa yang mereka faham tentang “Allah”. Jangan jadi diktator yang mahu undi bukan melayu saja tetapi satu hari nanti orang Melayu masuk gereja kerana dalam Gereja pun ada perkataan Allah;
5. Saya tahu pasal saya lama berjuang dalam politik bawahan. Ramai orang Pas lebih jahil daripada orang Umno. Si jahil inilah yang jadi gedebe, kaki pasang poster dan kaki gaduh. Mereka masuk Pas sebab Pas dengan Islam sama dan masuk pas gerenti masuk syurga.
6. AG wajib rayu kalau masih ada t---r! Kalau tidak satu persatu perkara dalam Perlembagaan akan dicabar. Ini isu undang-undang bukan politik. Tak payah tunggu menteri. Menteri banyak dah koro macam kata dato'.
Kamjat
Assalamualaikum Dato’ AKJ
Perkataan “Allah” dalam penulisan Kristian di Malaysia, satu cabaran BESAR buat pemimpin Islam Malaysia khususnya sepupu sepapat Hishamudin Najib.
Mari kita bertanya kepada diri sendiri sejenak, APAKAH REAKSI AWAL/SPONTAN HATI SANUBARI KITA bilamana mengetahui perkara ini? Sayugia kita perlu renung sejenak, bahawasanya banyak kali juga perkara atau keputusan yang tepat adalah berdasarkan tanggapan pertama atau reaksi awal!
Di Tanah Arab, bahkan dari zaman Arab Pagan, mereka mengenali Nabi Ibrahim a.s sebagai bapa segala Nabi dan Rasul sehingga datangnya Rasulullah saw. Mereka mengenali Tuhan Ibrahim adalah Allah, dan dalam percakapan mereka selalu bersumpah dengan nama Allah. Abu Jahal, Abu Lahab juga selalu bersumpah dengan nama Allah……..Demi Allah…..yang mana Allah di sini merujuk kepada Tuhan. Itu adalah SATU PEMBUDAYAAN TURUN TEMURUN bagi Bangsa Arab sejak zaman Nabi Ibrahim, hatta ketika mereka tergelincir akidah dan menjadi kafir tapi masih menyebut Allah sebagai Tuhan. Maka perkataan Allah ini sudah jadi BUDAYA bagi mereka.
Satu perkara yang kita wajib yakin dengan sebenar-benar yakin adalah Nabi Ibrahim membawa ajaran Islam, termasuklah semua Rasul-rasul dan Nabi nabi dari Bani Israel semuanya membawa ajaran Islam. Dan kita wajib yakin, agama Kristian dan Yahudi itu terpesong dari ajaran Islam.
Surah Hajj Ayat 78, “Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya. Dia telah memilih kamu dan Dia sekali-kali tidak menjadikan untuk kamu dalam agama suatu kesempitan. (Ikutilah) agama orang tuamu Ibrahim. Dia (Allah) telah menamai kamu sekalian orang-orang muslim dari dahulu, dan (begitu pula) dalam (Al Qur'an) ini, supaya Rasul itu menjadi saksi atas dirimu dan supaya kamu semua menjadi saksi atas segenap manusia, maka dirikanlah sembahyang, tunaikanlah zakat dan berpeganglah kamu pada tali Allah. Dia adalah Pelindungmu, maka Dialah sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Penolong”.
3:67 Surah Al-Imran, "Ibrahim bukan seorang Yahudi dan bukan (pula) seorang Nasrani, akan tetapi dia adalah seorang yang lurus lagi berserah diri (kepada Allah) dan sekali-kali bukanlah dia termasuk golongan orang-orang musyrik."""
3:84 Surah Al-Imran,"Katakanlah: ""Kami beriman kepada Allah dan kepada apa yang diturunkan kepada kami dan yang diturunkan kepada Ibrahim, Ismail, Ishak, Yakub, dan anak-anaknya, dan apa yang diberikan kepada Musa, 'Isa dan para nabi dari Tuhan mereka. Kami tidak membeda-bedakan seorang pun di antara mereka dan hanya kepada-Nya-lah kami menyerahkan diri."
Saya yakin, akan ramai ulama, cendikiawan Islam akan mengemukakan hujah masing-masing yang akan tergolong kepada 2 kumpulan, satu menyokong dan satu lagi menentang. Dan saya amat yakin, kedua-dua kumpulan ini akan menggunakan Nas-Nas Quran dan Hadis sebagai sandaran hujah mereka. Inilah yang dinamakan ijtihad, yang mana sepatutnya, masing-masing perlu berlapang dada satu sama lain, kerana kedua-duanya ada kebenaran hujah masing-masing.
Akan tetapi, saya melihat dari segi aspek sosial budaya Umat Melayu Malaysia. Kita bukan orang Arab yang sudah terlalu biasa perkataan Allah disebut oleh semua Agama (Kristian dan Yahudi) sebagai Tuhan agama masing-masing. Di Malaysia, kita sudah terlalu biasa perkataan Allah HANYA untuk Agama Islam kerana ini juga adalah SATU PEMBUDAYAAN TURUN TEMURUN bagi KITA Bangsa Melayu.
Untuk mengubah MINDA KITA DAN MASYARAKAT MELAYU KITA dalam sekelip mata PEMBUDAYAAN turun temurun ini adalah mustahil bahkan akan menimbulkan terlalu banyak kekeliruan, kemasalahan dan kemudharatan. Seperkara yang perlu kita fikirkan adalah, secara umum sejauh manakah kefahaman agama Islam di kalangan masyarakat Melayu Islam hari ini?
Inilah tugas pemimpin Islam,MENJAGA AGAMA di kalangan umat Islam Malaysia. Saya mengambil pendekatan menentang penggunaan Allah bagi agama selain dari Islam. Itulah reaksi awal saya yang berada dalam budaya Melayu Islam Malaysia, bukan dalam budaya bangsa Arab!
When Khalid Samad wrote
"... seperti “Wa Kaalatil Yahudu Uzair ibnu Llah” yang bermaksud “Dan berkata orang-orang Yahudi Uzair adalah anak Allah”? " in his blog and infered that, quote "bahawa orang bukan Islam, ...... menggunakan perkataan ‘Allah’, unquote, in the Qur-an, he has blasphemed.
NO ONE beside Allah s.w.t. say or utter the "allah" in the Qur-an.
All words in the Qur-an are Allah's word. It's Allah who say "Allah" in the Qur-an.
None of Khalid Samad's Christian or Jewish frinds has left any word in the Qur-an.
Khalid Samad has said something of Allah that he has no knowledge of.
About this, Allah has turned against Khalid Samad and his kind, 1400 years ago saying (9:30) ".... That is a saying from their mouth; (in this) they but imitate what the unbelievers of old used to say. Allah's curse be on them: how they are deluded away from the Truth!"
----------------------------
Apabila Khalid Samad menulis
"... seperti “Wa Kaalatil Yahudu Uzair ibnu Llah” yang bermaksud “Dan berkata orang-orang Yahudi Uzair adalah anak Allah”? " di dalam blognya serta condong kepada maksud , "bahawa orang bukan Islam, ...... menggunakan perkataan ‘Allah’, di dalam Al Qur-an, dia sudah melakukan syirik kerana meletakkan hamba setaraf di sisi Allah iaitu menduakan Allah pada perkataan dan perbuatan.
TIADA SIAPA SELAIN ALLAH yang berkata-kata di dalam Al Qur-an.
Semua perkataan di dalam AlQur-an adalah Qalam un Qadiim. Hanya Allah menyebut "Allah" di dalam Al-Quran.
Tiada seorang pun kawan Nasrani atau Yahudi Khalid Samad berkata sesuatu di dalam Al Qur-an.
Khalid Samad telah memperkatakan sesuatu tentang Allah yang dia tiada ilmu mengenainya.
Berkenaan dengan pekerti dan dakwaan Khali Samad sedemikian rupa, Allah telah menghujjahnya 1400 tahun dahulu dengan berkata, "..... Demikianlah perkataan mereka dengan mulut mereka sendiri, (iaitu) mereka menyamai perkataan orang-orang kafir dahulu; semoga Allah binasakan mereka. Bagaimanakah mereka boleh berpaling dari kebenaran?" (9:30)
Salam Dato'
Saya setuju bahawa tidak ada nas secara langsung melarang nama Allah diguna pakai oleh org bukan Islam khususnya Kristian dan Yahudi.
Justeru ia meluas digunakan di negara2 timur tengah, malah Indonesia sendiri!
Namun dlm konteks Malaysia, nama Allah selama ini telah menjadi nama khas yg sinonim dan khusus bagi merujuk nama tuhan dlm agama Islam.
Orang muslim tahu dan orang bukan muslim juga faham dan selama ini kita hidup aman dgn status ini.
Tapi kini kenapa mahu diubah kalau ianya hanya menimbulkan keributan? Kenapa sekarang?
Ramai org berkata,tak mengapalah,
org muslim hari ini cerdik-cerdik belaka.
Saya musykil; cerdik akal atau cerdik iman? Kerana akal mudah dimanipulasi utk melihat hitam sebagai putih dan putih menjadi hitam.
Dato AKJ
Belum leway kot saya ucapkan SELAMAT TAHUN BARU MASEHI 2010 kepada Dato yang banyak menulis dan sekalian rakan blogger yang banyak memberi respon yang menarik.
Moga tuan2 semua dipanjangkan umur dalam keberkatan untk menjadikan Malaysia Negara Berkejikan.
Jangan biarkan rakyat terus dihadiahkan dengan kesempitan seperti hadiah tahun baru 2010 ini. Kenaikan hatga gula (yang akan menarik naik harga makanan/minuman)
Kalaulah enin kapalterbang tu tak hilangm jangan2 harga gula tak naik.
Ada orang tanya MACAM MANA MAHU JAWAB SALAM 1 MALAYSIA
Tok Kadiaq
Ada yang kata ni isu besaq ada yang kata kecik dan ada yang sokong.
Yang pro UMNO nampak keras mau jadi hero pendukung islam dan pro PAS pulak agak sunyi malah ada MP PAS yang sokong.
Keadaan sudah terbalik dan tunggang langgang.Dah jadi drama komedi.
Terus terang saya tak tau sapa betui pasai bab ugama saya paling tinggi baca buku pengetahuan islam masa SPM yg tebai 1/2 inci.Tu pun dapat C6 shj.
Yang saya tau UMNO dan PAS amat mengecewakan.Depa gagal pertahankan bangsa ugama dan negara.
Kerajaan pimpinan UMNO gagal menghidu dan cantas isu ini dari mula tumboh.Kalu yang dituduh extrimis islam ramai juga kat Kamuting.Bab ni tersentot terus.
Yang PAS pulak dok selalu canang negara islam nampak dah tenggelam punca.Ada yang otak pendek pi sanggup sokong pulak dah.Lagi la depa naik tocang.
Episod ini mesti di war war kan pada anak bangsa jangan sesekali mengharap pada UMNO atau PAS.
Saya sudah lama belajaq tak mengharap sapa sapa.Bila tersungkoq dan terasa sunyi,yang ada hanya lah
ALLAH YANG MAHA ESA.tidak beranak dan diperanakan.
terima kasih
Assalamualaikum W.B.T.
Kepada Sdr Nik Kamil,
Kita balik ke ASAS Muslimin, ajak Si Khalid Anaknya Si Samad dan mereka sewaktu dengannya balik ke asas seorang muslim - LA ILA HA I'LA ALLAH. TIADA YANG LAYAK DISEMBAH MELAINKAN ALLAH @ TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH.
Suruh dia faham KALIMAH TAUHID ITU. Kenapa KALIMAH itu menegaskan LA ILA. LA bermaksud TIDAK @ TIADA. ILA Bermaksud Sesuatu Yang Disembah, yakni TUHAN. Satukan semua bermakna TIADA SESUATU YANG DISEMBAH MELAINKAN ALLAH @ TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH. Jadi kenapa Gereja Kristian nak pakai sangat perkataan ALLAH melainkan ada niat yang tersembunyi / hidden agenda.
Kalau atas alasan orang Arab Kristian pun menggunakannya, anda (terutama sekali Si Khalid Anaknya Si Samad) perlu faham sejarah Jazariah Arab, kenapa terdapat perbezaan Arab Teluk (negara2 Saudi, Qatar, Kuwait, Iraq, UAE, Bahrain, Oman, etc.) dengan Arab Mediterranean (negara macam Mesir, Lebanon, Syria, Jordan, etc.).
Saya duduk Doha, Qatar ni baru 6 bulan saya boleh tengok beza Arab Teluk dengan Arab Mediterranean. Kita kena faham Arab Mediterranean Kristian ialah Arab campuran hasil dari kesan-kesan Perang Salib & Kristianisasi dan bagaimana orang-orang Kristian Eropah berjaya berasimilasi / kahwin campur / hamba sahaya / masuk dalam masyarakat / duduk sekali, buat negara sendiri (sepanjang Perang Salib)contohnya Tyre di Lebanon. Secara perlahan-lahan mereka mereka berasimilasi dan menyamaratakan sembahan mereka dengan sembahan orang Islam melalui bahasa pertuturan harian. Selepas itu mudah mereka memesongkan akidah umat Islam. Soalan saya kepada Si Khalid Anaknya Si Samad ni & Sdr Nik Kamil, Saudara nak ke Umat Islam Malaysia ni jadi carca marba macam dekat Bosnia, Lebanon, Mesir, Algeria, etc.
Saya cadangkan Saudara2 Islam yang lain baca tulisan Feisal Tehrani January 2009 (kalau nak faham isu hidden agenda ni) dan baca ulasan Ustaz Zaharuddin bercakap atas dasar keperluan menguatkuasakan larangan.
Terus terang saya katakan saya tak faham kenapa sesetengah ulama PAS yang mengaji lama-lama kat Timur Tengah boleh sokong benda2 macam (kalau lah ada, sebab saya lihat ada pautan keputusan Dewan Ulama PAS berkaitan hal ini). Kalau betul ianya disokong oleh sesetengah ulama besar PAS, saya sebagai seorang yang atas pagar (yang benar tetap benar, yang salah tetap salah, regardless kepartian) saya boleh buat kesimpulan, yang mereka ini setakat belajar ke Timur Tengah, bukak kitab, hafal, lepas tu dia orang luah apa yang di hafal. Dia orang tak tengok sekeliling di Jazariah Arab ni dan ambil pengajaran dari apa yang ALLAH dah takdir kan peristiwa2 yang berlaku di Jazariah Arab ni, usaha2 Kristianisasi di negara2 Arab yang bersempadan dengan Laut Mediterannean. Atau kalau tidak mahu pergi terlalu jauh, cukup menoleh ke Indonesia. Dia orang ni sebiji macam orang sekadar nak lulus PMR, SPM, STPM. SEDIH dan menYEDIHKAN.
Saudar usaha Kritianisasi ni umpama pokok jati. Kalau dah jadi pokok jati sebesar pemeluk payah nak tebang, sementara dia sekadar anak pokok baru tumbuh pucuk, senang kita nak cabut akar-umbinya.
Lepas ni boleh lah orang2 non-muslim letak nama ALLAH pada selipar, pada seluar dalam, sebab HAK semua orang (kononnya). Fikir kan lah implikasinya Saudara Nik Kamil. Kesannya Sdr tak nampak sementara Sdr masih hidup, tapi 3-40 tahun akan datang. Zaman anak cucu kita nanti. Kalau Sdr berhujah, so pandai2lah jaga anak cucu sendiri, saudara kena ingat tanggungjawab pemerintah untuk memastikan pintu2 sebegini terus dikunci rapat2.
Wassalam.
Y.Bhg Datuk AKJ dan pembahas-pembahas,
Jika kita ingin melakarkan senario tentang kemungkinan-kemungkinan yang akan terjadi di masa hadapan akibat penggunaan kalimah Allah oleh puak-puak Kristian ini, kita mungkin akan mendapat puluhan atau ratusan senario mengenainya. Ada scenario yang baik/positif tak kurang juga scenario yang buruk/negative. Semuanya bergantung kpd “tukang lakar” senario-senario tersebut. Kalau “tukang lakar”nya percaya terhadap keputusan tersebut, maka akan positiflah scenarionya itu nanti. Demikianlah sebaliknya.
Dalam pengurusan strategic, terdapat satu discipline yang dikenali sebagai scenario planning di mana beberapa plausible scenarios akan dilakarkan oleh penganalisa-penganalisa yang akhirnya akan digunakan sebagai penyusunan dan pembangunan strategi-strategi tertentu untuk menangani plausible scenarios seperti yang dilakarkan.
Scenario-scenario tersebut bukan sahaja akan dilakarkan dengan begitu sistematik dan terperinci malah disertakan dengan “driving forces & pre-determined elements” masing-masing untuk memperkuatkan scenario yang dilakarkan. Semakin “convincing” sesuatu scenario yang dilakarkan, semakin tinggilah peluang untuk scenario tersebut digunakan sebagai asas penyusunan/pembangunan strategi.
Namun, di dalam isu “kalimah Allah” ini, wajarkah kita berpusu-pusu melakarkan pelbagai jenis scenario mengikut penafsiran “tilikan” kita, tanpa disertakan dengan elemen-elemen yang disebutkan di atas? Kita sibuk “berperang” sesama sendiri mengenai impak masa hadapan yang kita sendiri tidak tahu apakah kesudahannya nanti.
Untuk menjadikan keadaan lebih rumit, kita pula beramai-ramai “memperlecehkan” dan “melabelkan dengan bermacam label” sesama sendiri semata-mata mempertahankan lakaran scenario-senario masing-masing kononnya lakaran scenario kita adalah lebih “betul” daripada pihak yang lagi satu.
Keadaan menjadi lebih kritikal lagi apabila kita sesama Muslim pula mempolitikkan isu ini sehingga terlupa bahawa tindakan itu menggambarkan kita tak paham pasal agama kita sendiri, di kaca mata non-Muslim. Semuanya nak jadi juara politik! Semuanya mesti dipolitikkan!
Apa dah jadi? Apa yang kita mahu sebenarnya? Mempertahankan scenario kita atau menyelesaikan masalah di hadapan mata yang bersimpul-simpul kekusutannya? Tak bolehkah kita lupakan isu politik barang sesaat demi Islam? Demi Allah s.w.t?
Kepada mereka-mereka yang merasakan keputusan mahkamah tersebut tidak akan membawa apa-apa impak negative di masa hadapan, maka sepatutnya mereka-mereka ini tidaklah “bising” sangat sekarang ini, tidak begitu? Maklumlah, mahkamah sudah “menyebelahi” mereka maka mereka seharusnya “duduklah diam-diam” menikmati kemenangan kes tersebut.
Apa yang mereka perlu bimbang lagi? Bukankah keputusan tersebut akan “mengharmonikan” lagi negara ini selepas dua agama besar berpakat-pakat pakai nama Allah yang sama?
bersambung.....
....sambungan.
Mungkin agaknya mereka masih lagi tidak berpuas hati terhadap golongan-golongan Muslim yang tidak bersetuju terhadap keputusan itu. Jika demikianlah keadaannya, silalah lakarkan scenario masa hadapan yang berbentuk positif beserta strategi-strateginya sekali daripada heboh dok guna dalil-dalil dan nas-nas yang sudah diterima pakai basisnya oleh mahkamah, hence kemenangan tersebut.
Setakat ini, saya belum lagi terbaca apa-apa scenario positf yang convincing dari puak-puak ini. Dan, saya percaya terdapat juga dalil-dalil dan nas-nas yang kuat untuk digunakan sebagai “rebuttal” terhadap hujah puak-puak ini.
Kepada mereka-mereka yang merasakan tidak puas hati dengan keputusan mahkamah itu, maka persiapkan hujah-hujah dengan lebih padu di dalam kes rayuan nanti. Tiada faedah kita menggunakan “lakaran scenario berimpak negatif” sebagai tunjang hujah kerana saya percaya mahkamah tidak akan memperdulikannya. Mahkamah akan memperhalusi fakta yang ada sekarang dan fakta sejarah sebagai basis judgmentnya nanti. Segala lakaran “future events” adalah purely speculation sahaja di mata mahkamah.
Janganlah tersalah strategi pula nanti.
Secara peribadi, saya tidak berseutuju mengenai perkongsian nama Allah ini. Kalau tak silap saya, basis judgment yang digunakan pun adalah terlalu umum -- hak kebebasan beragama. Apa kena mengena hak kebebasan beragama dengan perkongsian nama Allah?
Saya berharap persediaan untuk rayuan kes ini nanti akan lebih padu dan kuat. Jika tidak, kekalahan akan menghampakan ramai umat Islam.
Terima kasih.
Azman Mohd Isa
Datuk Scribe,
Melayu ku Melayu layu.
Apa jadi dengan bangsa ku? Apa jadi dengan agama ku?
Betul, apa pun nama yang dipanggil tidak akan menjejas akidah saya sebagai seorang Islam. Sekalipun penganut katolik dibenarkan mengguna pakai istilah Allah untuk merujuk Tuhan mereka, akidah saya sebagai orang Islam tidak akan terjejas. Saya tidak kata saya seorang alim, tetapi iman saya belum goyang hanya kerana istilah Allah diizinkan penggunaannya ke atas penganut katolik bagi merujuk Tuhan mereka.
Saya juga yakin penggunaan istilah Allah untuk merujuk kepada Tuhan orang Kristian tidak akan mencabar akidah Tok Guru Nik Aziz. Mungkin juga tidak akan mencabar akidah Ahli Parlimen Pas Shah Alam, Khalid Abd Samad. Begitu juga ia tidak akan menjejas akidah dan keimanan sesetengah alim ulama serta pembesar politik lain yang nampak macam tidak kisah dengan keputusan Mahkamah Tinggi itu.
Tapi bagaimana dengan umat Islam, khasnya orang Melayu lain yang belajar agama dalam bahasa Melayu? Tidakkah mereka akan menjadi keliru dan menganggap tidak ada perbezaan lagi di antara agama Islam dan Kristian sebab berkongsi Tuhan yang sama, iaitu Allah?
Selama ini kita orang Islam tidak pernah sebut Tuhan orang Kristian sebagai Allah. Bagi kita,Tuhan itu diguna pakai untuk merujuk Tuhan penganut yang lain daripada Islam. Tapi dengan keputusan Mahkamah Tinggi itu, suatu hari nanti semua mazhab Kristian dan agama-agama lain pun mahu guna Allah juga.
Misalnya orang Hindu akan kata Allah kami, Lord Shiva atau Allah kami, Lord Vishnu sebab dengan keputusan mahkamah itu, Tuhan dan Allah sudah disekutukan.
Semalam saya dan keluarga bersiar-siar di Jalan Bukit Bintang. Di sana kami nampak ramai budak Melayu punk. Saya tidak berani kata mereka cetek ilmu agama. Boleh jadi ada antara mereka anak tuan guru, anak haji dan anak lebai. Saya tertanya-tanya apa jadi kepada budak-budak ini kalau mereka dihampiri oleh mubaligh Kristian dengan menggunakan nama Allah?
Ramai juga pembahas dalam blog Datuk ini yang nampaknya mementingkan diri sendiri. Tidak mengapalah kalau mereka tidak berasa apa-apa dan membenarkan Roman Katolik menggunakan istilah Allah sebab iman dan akidah mereka kuat. Tapi bagaimana dengan budak-budak punk Melayu itu dan budak-budak Melayu lain yang rapuh iman?
Janganlah sebab fahaman politik dan beria-ia menegak benang basah ideologi politik, orang Melayu Islam akan hanya tinggal pada nama sahaja nanti. Bahkan ada orang Melayu yang lahir Islam, tapi akidah dan amalannya tidak sedikit pun menyerupai Islam. Atau orang Melayu yang beragama Islam tapi berAllahkan “Allah” agama-agama lain.
Bayangkan hari ini seorang mat rempit yang terlantar hampir mati sebab kemalangan jalan raya menyebut “Ya Allah Ya Tuhanku” dan kita pasti Allah itu adalah Allah orang Islam. Tapi tidak mustahil 10 tahun akan datang, seorang bukan Islam yang terlantar sakit sebab kemalangan juga akan berkata “Ya Allah Ya Tuhanku”. Pada masa itu bagaimana kita hendak bezakan seorang Islam dengan bukan Islam sebab mereka semua merujuk kepada Allah?
Apakah juga nanti orang yang selalu menderma tetapi tidak mahu meletakkan nama mereka sebaliknya sekadar menandatangani sebagai Hamba Allah terpaksa pula menulis Hamba Allah-Islam atau Hamba Allah-Kristian atau Hamba Allah-Hindu dsbnya?
Fikir-fikirkanlah.
Hari ini kita mungkin menganggap hal ini remeh, tapi tidak mustahil menjadi barah pada zaman anak cucu kita...
CT Tanjung Perak
Datuk,
Janganlah Datuk bergundah gulana Pemimpin yang ada bijak laksana.
1Malaysia penawar dijaja,
bala musibah dah mula dirasa.
Balanglama
Salam, setahu saya, taurat dan injil yang ada sekarang ini tidak boleh diguna pakai kerana sudah banyak diubah2 oleh pengikut2 mereka sejak nabi Musa s.a.w. dan Isa s.a.w. wafat. Kalau boleh en Habib Rak, sebelom anda hantar ayat yang serupa kesemua comment diblog2 yang lain, mungkin anda patut check dan bertanya kepada yang bertauliah. Dan mengapa Allah tidak boleh digunakan diMalaysia oleh ugama lain. Dan hairannya mengapa pula mereka ingin sesangat guna name Allah. Apa niat sebenarnya disebalek mereka 'teringin' sesangat nak gunakan name Allah. Allah Islam tidak diberanak dan diperanakan dan bagi pengikut tuhan yahweh mereka tidak percayakan kedatangan nabi Isa s.a.w. dan nabi Muhd s.a.w. jadi sepatutnya mereka tidak boleh pakai name Allah. Niat mereka ingin memesongkan umat2 Islam yang cetek ugama dan membiarkan umat2 Islam ada di landasan waswas. So obvious, ish,ish.
ml
Dato'
Dari debat dalam blog Dato' ini, jelas iaitu tindakan Paderi Pakiam membawa kes ini ke mahkamah wajib difahami betul-betul.
Tengok sajalah, belum apa-apa lagi umat Islam dari Menteri, MP dan penyokong parti sudah berbalah. Ini belum lagi apa tentang implikasi penggunaan istilah "Allah" oleh Roman Catholic.
Betul macam sesetengah pembahas kata tentang ringannya akidah penduduk di Indonesia.
Di sana, bahasa Indonesia diguna untuk mengembangkan agama Kristian macam di kalangan Bumiputera di Sabah dan Sarawak.
Jadi Allah diguna oleh orang Islam dan orang Kristian macam tidak ada apa-apa. Lagu "burung kakak tua" pun diberi seni kata baru untuk menyebarkan agama Kristian.
Di sana, kita tidak boleh lagi bezakan seorang yang memakai baju batik dan bersongkon hitam sedang menuju Masjid atau gereja.
Saya tidak tahu adakah ini yang dikehendaki oleh Pas semata-mata kerana hendak ambil hati orang bukan Islam dan berkongsi kuasa dengan PKR dan Pas atau semata-mata untuk menjatuhkan BN. Mungkin juga bila orang Kristian kata mereka sembah Allah, mereka boleh masuk jadi ahli Pas dan Paderi mereka boleh jadi Presiden Pas satu hari nanti.
Wallahhualam.
X-Banker
Salam Tok Scribe,
Sebelum berlangsungnya Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12) iaitu pada Januari 2008, Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP) sudah pun ‘menggadai’ kalimah ALLAH untuk ditukar dengan undi-undi kepada calon Pakatan Rakyat (PR). DUPP telah mengeluarkan “fatwa politik” awal Januari 2008 seperti berikut:
******
Tidak Salah Penganut Kristian Guna Kalimah Allah – Dewan Ulamak Pas Pusat
Ditulis oleh Harakah, Khamis, 03 Januari 2008
Oleh: Azamin Amin
KUALA LUMPUR: Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, YB Dato’ Ustaz Haji Mohamed Daud Al-Iraqi menjelaskan, tidak menjadi kesalahan kepada penganut Kristian dan Yahudi menggunakan kalimah ‘Allah’ malah ia sering digunakan oleh umat Kristian dan Yahudi sejak dari dahulu.
****
“Fatwa politik” untuk raih undi PRU-12 pada Mac 2008 ini sememangnya mendapat pujian dari bukan Islam, secara spesifiknya dari pihak gereja Kristian. Malah, pihak gereja Kristian secara terang-tarangan telah menyatakan sokongan politiknya kepada PR dalam PRU-12 yang lalu.
Surat-surat sokongan politik oleh pihak gereja Kristian dikeluarkan dan boleh didapati secara meluas menjelang hari pengundian PRU-12 menyeru diberikan sokongan kepada PR. Dan kita semua tahu hasilnya — PR berjaya menafikan penguasaan 2/3 Barisan Nasional (BN) dalam Parlimen dan berjaya menguasai 5 buah negeri +1 — Pulau Pinang, Selangor, Perak, Kedah, Kelantan, dan Wilayah Persekutuan.
Pengundi sebenarnya tidak sedar bahawa undi dan sokongan padu yang diberikan oleh pihak gereja Kristian bukanlah secara percuma. Sokongan pihak gereja Kristian demi memastikan kemenangan PR sebenarnya melibatkan kos yang sangat tinggi. “Lampu hijau” penggunaan perkataan “ALLAH” oleh Pas dijadikan hujah oleh pihak Gereja Kristian dengan memetik bahawa perjuangan Gereja Kristian turut disokong kuat oleh PAS.
Sokongan Pas itu dicanang oleh pihak Geraja Kristian dalam laman sesawang Herald Malaysia Online. Berikut sedikit sedutan petikan:
******
The Malaysia Islamic Party (PAS) says it supports the Catholic Church’s fight to overturn a government ban on the use of the term ‘Allah’ to describe God in Christian texts. “I personally believe and Pas as well believe the way forward for a mutually respecting religious relationship, especially in a plural, multi-racial and multicultural society like Malaysia, is not to deny the right of others to use the name of Allah,” Zulfikar Ahmad, a PAS official said.
****
Penghujahan hakim menentang perintah KDN yang yakin bahawa penggunaan kalimah Allah akan menyebabkan ketidak tenteraman awam ditolak kerana ‘lampu hijau’ yang diberikan oleh Pas dan segelintir Islam ini.
Hakim nampaknya melihat ’sokongan’ yang diberikan Pas dan PR ini tidak menyalahi Perlembagaan Persekutuan yang menggariskan bahawa agama lain selain Islam boleh diamalkan dengan syarat diamalkan secara aman di Malaysia. Hakim mungkin sengaja melihat bahawa orang Islam dilihat tidak mempunyai masalah dengan penggunaan perkataan Allah oleh orang bukan Islam semata-mata adanya ‘fatwa politik’ pancing undi oleh Dewan Ulamak Pas Pusat ini.
Inilah yang berlaku apabila PAS sudah hilang kewarasan berfikir secara lebih mendalam dan jauh apabila sudah dikuasai nafsu terlalu obses ingin berkuasa.
PAS gagal membaca (kerana dibutakan oleh sikap terlalu bencikan UMNO) agenda tersembunyi pihak yang sememangnya tidak pernah redha akan agama Islam.
Apakah kita bangga pencapaian kita
Apakah kita yakin perjuangan kita benar
Wahai pemimpin yang dianugerahkan amanah
Orang berakit-rakit ke hilir
kita berakit-rakit ke hulu
Orang bangkit nama Allah di Tanah Air
kita pula bertindak keburu melulu
Sayang sarawak sungainya sempit
marilah kita lebarkan-lebarkan
Sayang Islam Malaysia sudah piut-miut
soal aqidah masih lagi belum selesaikan.
Sayang sarawak sungainya sempit
marilah kita lebarkan-lebarkan
tahu aqidah kita melarat
lebih setengah abad di sekolah apa diajarkan
di luar pagar sekolah
diolah program realiti jadi anutan
tersihir umat pesona setengah abad lebih
Negara kita membangun
kita bangga kejayaan kita
ditayang disebar seluruh alam
aqidah kita tidak membangun
ini fakta bukan direka kata
alam yang alamat tertera
hala yang ada berhala
apakah kita bangga pencapaian kita
apakah kita yakin perjuangan kita benar
wahai pemimpin yang dianugerahkan amanah
tersihir umat pesona setengah abad lebih
Orang bangkit nama Allah
kita pula bertindak keburu melulu
meraung melolong tentulah sudah
di bawah teduh awan hijab
kita takut pada bayang mereka
kadang - kadang kita keliru
bayang kita atau bayang mereka
Baru saja bayang belum lagi lembaga
sepatutnya pemimpin kita buka mata
jangan asyik nak membangunkan harta
jangan asyik nak membangunkan lembaga berpesta berdemo
gegak gempita
Negara kita membangun
akidah tidak cukup teguh
rapuh bagaikan sarang labah
tipis bagaikan kulit bawang
Orang bangkit nama Allah
dakyah mereka dikatakan halus dan tajam
apa usaha kita untuk menandingi
jangan asyik nak membangunkan lembaga berpesta berdemo
gegak gempita gagak yang berzikir gak- gak-gak pun rasa malu
lebih setengah abad telah diberi peluang berlalu
tersihir umat pesona setengah abad lebih
wahai pemimpin yang dianugerahkan amanah
Dato' AKJ dan rakan pembalas yang saya hormati
1. Kepada Dato' dan semua umat Islam dalam blog ini yang telah mengemukakan hujah masing2, yang sama ada, menentang atau bersetuju dengan keputusan hakim mahkamah berkenaan membenarkan penganut agama Kristian di negara ini menggunakan perkataan Allah, mungkin sdr2 sekelian tidak menyedari bahawa, dari sudut dasar perundangan Islam yang dinamakan Masalih Mursalah dan Istihsan bagi pengikut mazhab Hanbali, Maliki dan Shafie', di satu pihak, bagi penganut mazhab Hanfi, di pihak2 lain, masing2, dianggap cuba melakukan ijtihad sendirian/peribadi bagi isu/masalah umat Islam semasa yang tiada dalil yang terang dan jelas dalam al Quran, Hadis, Ijma' dan qias. Ia amat digalakan dengan gajaran 2 pahala kalau betul, kalau salah 1 pahala mengikut Hadis Nabi yang mashor.
2. Namun, ia galakan bagi kalangan umat Islam yang memenuhi syarat kelayakan seorang mujtahid yang, pada pendapat, Prof Dr Yusof al Qaradawi sukar dipenuhi oleh ulamak masakini.
3. Bagi mengatasinya, beliau mencadangkan supaya usaha ijtihad masa kini dilakukan secara jamaah.
4. Apa yang saya ingin timbulkan dari hujah saya di atas, kita serahkan sahaja isu penggunaan nama Allah oleh pengnuat agama Kristian ini kepada Majlis Fatwa Kebangsaan yang merupakan jemaah ijtihad negara yang kemudiannya bertanggungjawab menasehati raja2 Melayu kita mengenainya.
Datuk AKJ, salam. Lama saya tidak ikut berbahas. Tapi isu ini yang menyentuh akidah umat Islam Malaysia memanggil saya memberi sedikit pandangan.
Yalah Datuk, kalau kita hendak remehkan atau persendekan penggunaan "Allah" oleh agama Kristian Roman Katolik, memang boleh dan ada banyak alasan. Apatah lagi bagi orang politik yang tidak ada haram atau halal dalam khazanah kata mereka selain dari perbatuan politik (political milage).
Tapi bagi orang Islam di Malaysia, terutama yang hanya faham bahasa Melayu, Allah adalah Tuhan orang Islam, Tuhan dalam al-Quran. Sebab itu dalam doa dan pengucapan kita ulangi dua Nama ini sebagai Taujid iaitu "Ya Allah ya Tuhankan."
Memanglah dalam bahasa Arab, Tuhan adalah Allah. Jadi orang Arab atau yang guna bahasa Arab tidak ada masalah kalau orang Kristian atau sesiapa saja yang menggunakan istilah "Allah."
Malahan, kalau kita dengar lagu-lagu dan syair cinta atau lagu asyik dalam bahasa Arab, kita selalu dengar penyanyinya menyebut Allah atau ya Allah. Allah kepada mereka tidak semestinya Allah orang Islam atau Allah dalam al-Quran. Bagi mereka "Allah" adalah Tuhan (God).
Jadi apa yang sedang mengacau orang Islam di Malaysia akibat keputusan Mahkamah Tinggi itu adalah menghapuskan Nama Allah sebagai khas atau eklusif kepada kepada Islam dan al-Quran dan menjadikannya umum atau inklusif kepada semua agama dalam aplikasi extremnya.
Seperti kata beberapa rakan pembahas, jika perintah ini tidak diterbalikkan oleh mahkamah yang lebih tinggi atau oleh kuasa yang lebih besar seperti Majlis Raja-Raja, maka mana-mana agama pun yang ada Tuhan, Dewata, Datuk dan Roh, boleh merujuk kepada Tuhan, Dewa, Dewi, Datuk dan Roh mereka sebagai "Allah".
Kalau kita tentang, mereka akan rujuk kepada hujah Hakim kes ini mengenai jaminan kebebasan beragama, selain agama Islam, dalam Perlembagaan. Bila bebas beragama, mengikut lojik Hakim berkenaan, maka bebaslah bagi sesiapa pun menggunakan "Allah" untuk merujuk kepada Tuhan mereka.
Itulah pandagangan saya.
Profesor Pencen,
Bangi.
Salam DAKJ
An advice to ‘Captain Sparrow’
Alhamdulillah, praise to Allah. Finally, an Islamic liberal party who is nowadays very liberal, slanderous and has a very good relationship with the infidel just realize the danger of allowing Allah citation being used by other religions. I heard that they are going to meet and make a consensus.
I hope the captain sparrow will be invited and give a detail explanation towards his impudence. I don’t expect anything but if he feels guilty, he should ask for apologize to all Muslims in this country and in the world. Next time, please know what you don’t know especially while indulging with the infidel. Watch your mouth especially subjects that you don’t know what you don’t know. Please think or ask someone who knows what is the subtle agenda and the consequence later especially to our next generation. Please, please and please, don’t recite and interpreted Quran according to your interest. TQ.
Salam Tok,
Siapa cakap benar, siapa cakap bohong? Siapa cakap lidah bercabang, siapa buat propaganda?
TOk Guru Nik Abdul Aziz, Ketua Pemuda Pas, Khalid Samat atau Utusan Tok?
Baca lapuran Utusan hari ni tok.
Nik Aziz tidak setuju
Oleh AZRAN FITRI RAHIM
azran.rahim@utusan.com.my
KOTA BHARU 3 Jan. – Penggunaan kalimah Allah oleh agama lain tidak boleh dibenarkan sama sekali kerana ia akan menyebabkan kekeliruan di kalangan umat Islam.
Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, biar pun dari segi hukum membenarkan agama ‘samawi’ seperti Kristian dan Yahudi menggunakan kalimah itu tetapi dibimbangi ia disalah gunakan pihak tertentu.
Beliau berkata, masalah penggunaan kalimah Allah timbul kerana tiada badan perunding antara pihak Islam dan Kristian yang menyelesaikan kemelut itu dengan baik menyebabkan ia kini menjadi isu sensitif.
“Kita bimbang dan takut orang ini salah guna perkataan Allah iaitu salah guna dalam pengertian, sebab itu dalam fiqah kita boleh sekat orang bukan Islam guna perkataan Allah walaupun benda itu harus.
“Saya juga bimbang kalimah ini disalah guna sehingga menyebabkan orang Melayu beragama Islam keliru... dia kata sana Allah, sini pun Allah sehingga akhir-akhir ini dia minta gereja pun dipanggil masjid Kristian.
“Pengunaan Allah boleh tetapi dibimbang disalah guna, jadi lebih baik kita berhenti daripada membenarkan agama lain guna perkataan Allah,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan pejabat baru Urus Setia Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan negeri di Jalan Telipot di sini hari ini.
Tok, kalau Nik Aziz, Khalid Samad dan Pemuda Pas baca komen saya ni,mintalah bagi penjelasan. Jangan buat macam ni, keliru kita orang Islam yang jahil ni.
Kalau saya ikut kata Tok Guru nyanyak, merapu atau main politik tentu ramai yang kutuk atau sumpah saya. Tapi saya susah nak hormat Tok Guru atau ustad yang ari ini cakap lain, esok cakap lain. Saya jahil Tok, tapi saya tahu kita tidak boleh ubah ayat-ayat Koran atau Hadis Tok.
Ripin
Datuk,
Tengok lah betapa surat khabar online macam Malaysia Kini dan Malaysian Insider ni hipokritnya mereka.
Selalunya kalau yang bukan Islam buat demo, selalu saja dapat coverage, 20-30 orang pun jadi laa.
Ni tengok laa, orang-orang Islam buat demonstrasi seluruh negara menyatakan kekecewaan mereka, satu artikel pun tak ada.
Saya berasa amat kecewa kerana orang-orang Islam di negara kita ni, banyak yang tak sedar diri bahawa agama kita ni dipermainkan.
Apa nak jadi ni?? Bangkitlah umat Islam
Assalamualaikum Dato',
1. Saya bersetuju dengan "AbGJaS" bahawa kalau dizaman TDM dulu perkara serupa ini tidak mungkin tercetus. Beliau akan awal2 lagi akan berbau masalah jika dibiarkan. Jadi dengan bijaksanaan dan keberaniannya beliau akan mempastikan perkara ini tidak berlarutan. Sejarah telah membuktikannya.
2. Kita percaya ramai juga akan marah kepada TDM yang melakukan tindakan yang mereka sifatkan sebagai Dictator ketika itu. Namun hakikatnya ialah beliau lebih mementingkan keselamatan negara daripada gelaran nagatif yang dilemparkan kepadanya. Hakikatnya lagi ialah kita hidup aman damai semasa pemerintahan TDM. Ini termasuklah mereka yang suka menghentamnya dulu.
3. Tapi kini, dek nak tunjuk gentlement dan terlalu sifat terbuka sangatlah maka terjadi begini. Kita harus sedar bahawa negara kita ini adalah negara majmuk. Bukan semua perkara kita bebas bersuara. Banyak juga kita terpaksa telan sahaja dan bersabar serta bertoleransi. Inilah yang menjadi negara kita selama ini aman damai dan harmoni.
4. Kita harap Kerajaan selepas ini hendaklah lebih peka lagi dan bertindak bijak untuk menyekat sebarang kebabasan yang keterlaluan sebelum perkara2 yang tidak diingini berlaku. Bertindak secara atokratik dan diktator kadangkala adalah lebih baik daripada bersifat demokratik.
5. Kalau dah terlambat kita khuatir nasi akan menjadi bubur. Keamanan yang wujud selama ini akan musnah.
saudara A Kadir Jasin,
Saya ialah salah satu pembahas dalam blog saudara yang beragama kristian yang pernah menyatakan bahawa istilah "Allah" turut digunakan oleh masyarakat Sikh dalam penyembahan mereka.
Nampaknya, memang benar yang penganut Sikh turut menggunakan "Allah" dalam pemyembahan mereka. Inilah link videonya di Youtube di mana satu interview bersama Malaysian Gurdwara Council:
http://www.youtube.com/EnvironsEagles#p/u/3/jWXvPicuJEw
Rupanya, kini bukan sahaja orang yang beragama kristian khasnya di Sabah dan Sarawak (Iban, Penan dll)malah kini orang Sikh turut terlibat dalam kontroversi ini.
oedipus
DAP diam PKR diam... PAS keluar asal aje...sebab Peguam Bela PKR dan DAP yang sokong ALLAH for All
pkrpasdap.blogspot.com
Bagi saya ini adalah petanda jelas untuk melihat sejauh mana umat Islam di Malaysia bersatu hati dan bertekad kata tidak kira bangsa mahupun parti. Nak tengok UMNO dgn PAS boleh tak berjuang untuk agama.
Benar, Allah adalah bahasa Arab, namun begitu dalam konteks Malaysia, jelas sekali Allah adalah untuk ugama Islam sahaja sejak sekian lama. Menggunakan mahkamah untuk membenarkan istilah Allah untuk semua agama adalah satu niat yang sangat jahat.
Tidak kira walau apa pun hujah puak-puak ini, kesannya buruk boleh membawa ke arah huru-hara dan pergaduhan antara orang Islam dengan bukan Islam. Saya berdoa perkara demikian tidak berlaku.
Saya harap pihak kerajaan akan membuat rayuan dan semoga ada pakar undang-undang yang boleh mematahkan hujah puak-puak jahat ini semasa rayuan nanti.
Awal2 Dato' dah beri amaran keras.
AMARAN KHAS – Tolong berhati-hati apabila membincangkan isu keputusan mahkamah mengenai penggunaan istilah “Allah” kerana kita boleh dituduh menghina mahkamah dan/atau menghasut.
Pembesar UMNO pun cakap lebih kurang serupa. Tunggu rayuan.
Soalan saya: Bolehkah kita dituduh menghina mahkaman jika tiada mahkamah lagi apabila berlaku rusuhan dan huru-hara dalam negara?
Mahkamah tentera mungkin.
Atau kita hendak lahirkan pula
pengebom berani mati di Malahysia kerana cakap pun sudah tidak dibolehkan lagi?
Semoga Allah jauhkan.
/MANTOL/
Kepada pembesar UMNO: Ini bukan isu politiklah bodoh! Ini isu keselamatan negara.
Y.Bhg Datuk AKJ,
Pertama sekali saya mohon Datuk bakulsampahkan tulisan saya ini jika ianya mempunyai unsur-unsur “contempt of court” atau seditious dsb.
Not so long after Umno was de-registered in 1987, the PM back then had “restructured” the “all too powerful power of court”. There were many people that opposed (and still are opposing) to that “restructuring move” and far aplenty more people that supported it. That’s beside the point.
The point I’m trying to make is that, the fate of a powerful political party like Umno (and others for that matter) could not and must not be simply decided by a court despite all provisions of our constitution allowed it to do so. What the PM back then has done can be seen as one strategic important move in safely guarding the fate of political parties (Umno in particular) from any “abuse” of court proceedings.
In the context of current issue where High Court has ruled Allah has no longer an exclusive name for Islam, the court is once again, in the boundary of our constitution and legislation, seen as “too powerful”. The funny thing is, it is not about political matters anymore but it is about our religion! What could be more powerful than that?
The way I see it, it is far gravely dangerous ground all of us are walking on. The court is used to deciding what’s right and not for Islam. To me, it is morally and religiously very wrong despite, like what I mentioned earlier on, our constitution allows courts to do it so.
I beg your pardon Sir but I think it is the “koro” of the highest order if we let the fate of our religion and all Muslims, in this generation and the future, to be decided by courts. To make the whole thing even sadder, we ourselves turning one eye blind in together “abusing” the court proceedings. To whose advantage may I ask?
I’m not suggesting for the government or the rakyat to ignore the High Court judgment. We must abide to it because it’s the “game” we have been playing all the while after all.
What I’m trying to say is that our “Ulul Amri” must protect our religion from any “abuses” like this because that’s the amanah and the ultimate demand by our religion for “Ulul Amri” to execute. How else we the rakyat have to obey “Ulul Amri” as commanded by Allah if they (Ulul Amri) do not execute of what demanded of them?
I’m sure all of our Ulul Amris are fully aware of this issue. I’m just wondering about what you said Datuk -- the “koro” thing, is all.
Thank you
Azman Mohd Isa
AKJ,
kristian bukan ahli kitab. mereka sudah menyeleweng dari ajaran Nabi Isa yang sebenar. tu sebab kita tak boleh kahwen dgn kristian, tak boleh makan sembelihan kristian dll. jadi, pastinya Tuhan yang disembah oleh orang Islam tak sama dengan tuhan yang disembah oleh orang kristian, walaupun pada hakikatnya ALLAH adalah Tuhan seru sekelian alam.
kalau orang kristian mahu menggunakan perkataan ALLAH sebagai merujuk kpd tuhan mereka, mengapa mereka tak mahu mengaku Nabi Muhammad sebagai Rasulullah s.a.w? kenapa mereka tak mahu peluk Islam dan mengaku bahwa Islam adalah ajaran yang sebenar? lantas apakah tujuan mereka tiba2 nak guna nama ALLAH dlm dakyah mereka? pasti ada muslihatnya.
yang sebenarnya, selagi waktu subuh masjid tidak dipenuhi jemaah macam waktu solat Jumaat, selagi itulah orang2 kafir pandang sebelah mata je pd orang Islam. apa yang dorang takut pada demo2 yang mempertikai keputusan mahkamah dlm kes penggunaan kalimah ALLAH ini sedangkan pada masa yang sama begitu ramai sekali umat Islam termasuklah ada juga pemimpin yang menyambut malam 1 januari dgn begitu semangat sekali?
Wallahua'lam...
saji
jika betullah orang ijtihad kalau salah dapat satu pahala dan yang betul dapat pahala, bermakna mereka itu maksum.
Sedangkan yang maksum hanya Nabi Mohammad SAW sahaja.
Macam mana boleh jadi begitu. Orang yang tak maksum boleh dapat pahala dengan melakukan kesalahan.
Kalau Iran tidak kisahlah, kerana ada ulama mereka yang maksum. Itu pendapat mereka.
tetapi pendapat kita manusia tidak ada yang maksum. kalau tak maksum bagaimana mereka bertelte demikian.
Jika benar demikian, mereka yang mencapai layak ijtihad tidak berdosa atas nama melakukan ijtihad.
Mereka jelas ahli syurga sedangkan ahli syurga telah disebut oleh Rasulullah SAW orang ini dan orang ini.
termasuk seorang yahudi yang jual perigi kepada saidina othman. bagaimana dengan seorang yahudi yang tunjuki jalan ke madinah kepada Rasulullah SAW.
Judaism, Christianity dan Islam datang dari tunjang yang sama, merujuk kepada tunjang yang sama. Sekiranya orang di Malaysia ni faham maksud ayat2 al-Quran dan bukannya tahu sebutan sahaja, pasti mereka faham bahawa tuhan atau Allah yang disembah adalah Allah yang disembah oleh nabi-nabi yang terdahulu. Dan adakah anda semua tidak mengakui Nabi Ishak, Nabi Yakub, Nabi Isa yang datang terdahulu dari Nabi Muhammad? Dan jikalau anda semua membaca sedikit mengenai sejarah Islam, tidakkah anda tahu bahawa dahulunya Hari Raya Puasa ditetapkan oleh Nabi Muhamad supaya serentak dengan perayaan yahudi Yam Kippur? Dan dalam banyak-banyak patung berhala yang dimusnahkan di Kaabah semasa Nabi Muhammad kembali ke Mekah, hanya patung Mariam dan Jesus sahaja tidak dimusnahkan. Dan banyak lagi fakta-fakta di mana ketiga-tiga agama ini adalah berpaksikan tuhan yang satu. Yakinkah makbudak bahawa saudara Kristian tu bukan ahli kitab? Sama seperti Yahudi tidak mengiktiraf Jesus, Kristian tidak mengiktiraf Nabi Muhamad, tetapi ajaran, nilai2 ketiga-tiga agama ini memang berkait rapat. Tetapi malangnya pertumpahan darah sepanjang zaman telah berlaku di antara ketiga-tiga agama ini sebab masing-masing keras kepala mengatakan tuhan aku lebih hebat dari tuhan kamu. Sadly... Kalau akidah itu yang dibimbangi, tidakkah anak-anak kita keliru apabila tahu Kristian dan Islam mempunyai kisah nabi yang sama? Nabi Musa, Nabi Sulaiman... ataupun selepas ini kita berebut pula Nabi ini Islam sahaja, Nabi ini bukan Islam sahaja?
-Lara-
Azman Mohd Isa said, "The way I see it, it is far gravely dangerous ground all of us are walking on. The court is used to deciding what’s right and not for Islam. To me, it is morally and religiously very wrong despite, like what I mentioned earlier on, our constitution allows courts to do it so".
Saya setuju dengan Saudara Azman. Akan tetapi, perlembagaan kita yang mengatakan AGAMA RASMI ADALAH AGAMA ISLAM bagi Malaysia ini terlalu longgar, terlalu rapuh tafsirannya. Tiada definasi yang GAH dan KUAT untuk mengatakan tafsiran ini bermaksud negara kita negara Islam!!
Lihatlah kes kes murtad. Pemimpin UMNO tak pernah pandang kes kes murtad di mahkamah. Sudah beratus-ratus Melayu memohon tukar nama dan agama melalui mahkamah, dengan rujukan Kes Lina Joy sebagai alasan!
Gempak seketika bila Mufti Perak buat kenyataan 100,000 Melayu sudah murtad! Tampil pemimpin UMNO katanya jumlah sebenar amatlah kecil!!!!
Jadi, kalau nak sebut Malaysia negara Islam, ISLAMKANLAH semuanya termasuk perlembagaan dan undang-undang. Perkuatkanlah ISLAM dalam perlembagaan dan undang-undang.
Ingatlah ayat Allah swt, ayat 120 Surah Al-Baqarah, "Orang-orang Yahudi dan nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka".
Tindakan Gereja Kristian guna nama Allah dalam majalah versi Bahasa Melayu TETAPI tidak dalam versi bahasa inggeris adalah jelas satu tindakan yang jahat, satu perancangan rapi dalam usaha Kristianisasi di Malaysia. Sudah tentu ini bertentangan juga dengan perlembagaan malaysia yang menghalang penyebaran agama lain di kalangan muslim malaysia. TAPI apa langkah-langkah pemimpin yang berkuasa?????
Ayat 145 Surah Al-Baqarah, Dan sesungguhnya jika kamu mendatangkan kepada orang-orang (Yahudi dan nasrani) yang diberi Al Kitab (Taurat dan Injil), semua ayat (keterangan), mereka tidak akan mengikuti kiblatmu, dan kamu pun tidak akan mengikuti kiblat mereka, dan sebahagian mereka pun tidak akan mengikuti kiblat sebahagian yang lain. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti keinginan mereka setelah datang ilmu kepadamu, sesungguhnya kamu kalau begitu termasuk golongan orang-orang yang zalim.
Al-Maidah ayat 51, "Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan nasrani menjadi pemimpin-pemimpin (mu); sebahagian mereka adalah pemimpin bagi sebahagian yang lain. Barang siapa di antara kamu mengambil mereka menjadi pemimpin, maka sesungguhnya orang itu termasuk golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim."
Saya AMAT BERHARAP pemimpin PAS dan UMNO perlu menghalang dengan apa cara sekalipun penggunaan nama Allah oleh Kristian di Malaysia.
MPs lock horns over Allah issue
PETALING JAYA: PKR’s Kulim Ban-dar Baru MP Zulkifli Noordin and PAS’ Shah Alam MP Khalid Samad have challenged each other to resign over the use of the word “Allah” issue.
Khalid, when contacted, said it was Zulkifli who should resign for his “narrow-minded” views.
comment;
What does Khalid mean by "narrow minded" views?
Salam Dato..
1. isu 'ALLAH' ini adalah strategi untuk mereka yang ada kepentingan dan agenda tertentu bagi mengalihkan perhatian dari isu-isu yang terdahulu.
2. isu murtad umpamanya, kenapa tidak dibahas seperti sekarang? yang ingin kita tahu, apakah kegiatan murtad masih berleluasa atau ada pihak yang campurtangan untuk tidak melaporkan perkara yang sebenar.
3. kini saya bimbang, konsep satu malaysia yang mendapat liputan cukup meluas akan memakan diri tuan empunya slogan..
4. umat melayu islam amat sensitif atas perkara-perkara sedemikian, namun jika dinilai kualiti pengabadian kepada ALLAH itu sendiri ..hampeh bin hampas.
Salam dato,
Dah kes berebut allah pulak dah ni...!!.
Bila nak dengaq dan baca apa kata majlis raja-raja,majlis mufti-mufti.... bila nak dengaq MPs muslim nak repair perlembagaan tentang allah,islam dan muslim ni ni?...
PM cepat-cepat kata `helo bros semua please cool down!!!'... sambil tu dia akan buat macam-macam cerita baru sampai semua terlali macam kena dam...
FOR ONCE IN YOUR LIFE please MR PM, DO IT RIGHT ...get the majlis raja-raja,muftis, and muslims MPs to amend the constituion on this issue......
OR ELSE....start ordering your and your friends new passports of other countries.... because for sure YOU AND ALL WILL BE GONE IN NO TIME, in no time, in less than 30 months.....
You can take our money,limit our freedom, but you cannot take our MIND!!....you can not control or take take our SOUL....!
As Dato Kadir says, Allah is `semantic' and `convention' in Malaysia.. allah equal to islam, equal to babi for haram and kafir!! no two ways about this!!
KORO is too light in this isue, the better word is PELAQ DAYUSSSSSS!!!.
Abu bakar Ab Rahman
Salam semua,
Saya berharap ada aksi berguling di atas jalan, maki hamun dsb., jika perlu dilakukan inilah masa yg paling relevan, ini soal maruah Islam..tetapi lihatlah respon daripada Tok Guru mereka sendiri..hanya bimbang saja..tak salah pun?
Esok2 ada gereja di Kelantan berani letak papan tanda "Rumah Allah" baru nak rasa terjatuh serban sendiri kot..
Kenapa tidak kecam maki habis-habisan mcm isu tuntutan royalti dlm isu berkaitan akidah ini? ..tembolok survival politik?
KOTA BHARU, 3 Jan: Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melahirkan kebimbangan penggunaan perkataan Allah disalahgunakan biarpun tidak salah untuk diguna kesemua agama samawi.
Adakah dia redha dgn konsep mcm kopi segera 3 dlm 1?
Mcm Tok Najib punya 1 Malaysia juga?
Khalid Samad dulu rasional dlm isu lembu skrg dah ikut jd mcm kepala lembu..itulah manusia dgn politik.
Apabila perkataan & pemikiran tidak selari dengan perbuatan ia boleh di klasifikasikan sebagai
hipokrit.
Barisan pembela Islam kah pemimpin2 PAS ini? Nak harap sapa lagi?
Wallahualam
(",)
Persoalan yang agak getir sekarang adalah; apakah sebenarnya konsep 1 Malaysia ini?
Adakah ia bermakna:
(a)orang-orang Melayu menyerahkan tanah air ini yang dahulunya dipanggil Tanah Melayu untuk dikongsi dengan keturunan kaum pendatang (yang masih lagi menggelar diri mereka berasaskan dari mana negara mereka datang dan bersekolah yang menggunakan bahasa asing dari bahasa Tanah Melayu) walaupun telah bergenerasi disini?
Ataupun;
(b)Keturunan kaum-kaum pendatang yang telah bergenerasi tinggal disini berikrar dan mengakui sepenuh hati mereka bahawa tanah air ini yang kini bergelar Malaysia adalah tanah air mereka juga, mematuhi peraturan tanah air ini, menghormati sepenuhnya adat-budaya tanah air ini, tidak bertindak menggugat kedudukan ugama kaum asal tanah air ini dan juga bersedia untuk berkorban untuk tanah air ini, dengan harta dan jiwa-raga mereka?
Yang mana satu agaknya, (a), (b) ataupun kedua-dua sekali (a) & (b)?
Shaharudin Latiff
Dato',
Dato' tulis:
Ketua mazhab Katolik Rom (Roman Catholic) Malaysia, Archbishop Tan Sri Murphy Pakiam.
Sultan mana bagi gelaran Tan Sri kepada penghasut negara ini?
Ingin tahu.
/MANTOL/
salam DAKJ n Bloggers,
maka berduyun2 la pemuda dan pemudi mengangkat bendera mengangkat banner!!! tak kurang juga blogger2 dgn ayat2 al quran dan hadith...
adakah itu yg PM 1malayISA mahukan?? setelah segala macam isu perkauman dimainkan GAGAL....cuba2 pula isu agama, isu ALLAH!!!
kepada yg celik, yg sudah paham politik propaganda melampau pasti sudah tahu kesudahannya
siapa yang menghina dgn menyamakan kalimah T A K B I R dgn TAKE BEER???
p/s : laknatlah mereka2 yang ingin meraih sokongan dgn isu ALLAH ini!!
HAMBA ALLAH
Tok,
Sedih Tok, kerana nak berbaik denga parti bukan Melayu (DAP) dan kerana gilakan undin bukan Melayu satu lagi parti Melayu/Islam (Pas) tersungkur.
Apa pilihan kita Tok, Umno teruk, Pas pun mula teruk. Sekarang kerana hendak berpakat dengan DAP dan PKR untuk jatuhkan Umno/BN, pemimpin Pas bergaduh sesama sendir.
Tok, are we seeing the undoing of Pas because it tries to hard to match Allah with political power?
Adakah ini satu bala yang sedang menimpa Pas Tok?
Kamjat
Abe mie terjah
MCA, MIC, PBB dan 11 lagi komponen BN pun diam dalam isu ini. Yang kerabat BN dok diam macam bisu ni kita nak kira camne?
steady la abe mie, zaman dah berubah.Manusia semua dah cerdik dan pandai menilai sesuatu isu melainkan puak-puak abe mie. Terjah pun nak kena ade teknik gk abe mie, nak kena tepat kat sasaran. Terjahan abe mie setakat ni terus masuk perigi buta je....peace abe mie!
bat8
wishediwaswrong said...Kata AKJ:"...Allah orang Islam dan “Allah” orang Kristian tidak sama..."
Kata Allah:
Dan janganlah kamu berdebat dengan Ahli Kitab, melainkan dengan cara yang paling baik, kecuali dengan orang-orang zalim di antara mereka, dan katakanlah "kami telah beriman kepada (kitab-kitab) yang diturunkan kepada kami dan yang diturunkan kepadamu; Tuhan kami dan Tuhanmu adalah satu; dan kami hanya kepadaNya berserah diri".
-Surah Al-Ankabut, Ayat 46
Benar, tuhan kita adalah satu, iaitu allah, namun yg dimaksudkan oleh AKJ adalah tentang ketidaksamaan allah yg diimani oleh penganut islam dgn pengertian 'allah' yg diimani oleh penganut kristian.sbg contoh; kepercayaan keristian :-Allah mempunyai anak(a'uzubillah), jesus allahku(lyric lagu agnes monica), allah didalam triune dan pelbagai lagi pengertian2 yg mensyirikkan allah. na'uzubillah!pastinya kita sbg umat islam tidak beriman dgn pengertian2 tentang allah yg sebegini.
Yg Bhg Dato AKJ
Saya ada tulis sedikit tentang isu penggunaan nama Allah ini dalam blog sya yang baru berumur tak sampai sebulan dan tak kemas 'presentation' nya, masih kampung. Tapi kalau berminat cuba2lah jenguk alamat ini : profismail.blogspot.com
Ismail Ibrahim (orang lama)
Ybhg Dato' AKJ
Ini kawan lama tulis, sebab nak bagitau yang saya juga tulis sikit tentang penggunaan kalimah Allah dalam blog saya (yang tak seindah blog Dato') dan yang hanya baru berumur tak sampai sebulan. Tapi kalau sudi dan berminat cuba2lah jenguk alamat ini : profismail.blogspot.com
Ek tok betul ke tuhan dalam bahasa Arab itu Allah. Ustaz saya dulu kata tuhan dalam bahasa arab ialah ilah. dia kata sebab itulah bila kita syahadah kita kata "Laa ilah" yang maksudnya tiada tuhan melainkan Allah.
saya setuju dengan perintah Mahkamah..dengan syarat.
Dan tiada siapa pun yang setanding dengan-Nya.
Dengan nama Allah Yang Maha Penyayang dan Maha Pengasih.
1. Katakanlah (wahai Muhammad) Allah itu Maha Esa.
2. Allah itu selama-lamanya Tumpuan seluruh makhluk.
ق ْ ل هُ َو ا ل َّ ل ُه َ أ َح ٌد ) 1 (ُ
ا ل َّ ل ُه ا ل صَّ َم ُد ) 2 (
ل ْم َيِل ْد َوَ ل ْم ُيوَ ل ْد )3(َ 3. Tiada pernah beranak dan tiada pula pernah diperanakkan.
َوَ لْمَيُ كنَّ لُه ُ كُ فًواَ أَحٌد )4( 4. Dan tiada siapa pun yang setanding dengan-Nya.
Tuan Mantol, sekiranya tidak mengenali seseorang itu jangan terlebih dahulu menghakimi kerana hukuman yang sama akan dikenakan terhadap kamu. Jangan dahulu mempertikaikan Tan Sri Murphy kerana sistem yang sama turut menanugerahkan datukship kepada Shah Rukh Khan.
Saudara saudari,
Alangkah baiknya sekiranya saudara saudari bertenang seketika dan berfikir apa sebenarnya isu ini? Majalah Herald tersebut tidak diedarkan di mana-mana kedai buku dan cuma diedarkan selepas Misa Kudus di gereja-gereja Katolik sahaja. Sekiranya saudara saudari ingat terhadap saudara-saudara kita di Sabah Sarawak, bahasa yang digunakan oleh penganut Kristian di sana adalah Bahasa Malaysia (sebenarnya lebih kepada Bahasa Indonesia).Dan kepada mereka-mereka ini kitab injil sememangnya menyebut tuhan sebagai Allah, dalam Bahasa Iban, Allah Taala dan Jesus Christ adalah Tuhan Jesus. Sekiranya saudara saudari semua ada kesempatan membaca herald, memang mustahil saudara-saudara Islam kita akan tersalah anggap atau terpesong akidah apabila terbaca Allah dalam risalah tersebut.
Sekiranya kita jujur kepada diri sendiri, apakah yang melemahkan akidah saudara-saudara Islam kita? Adakah perkataan Allah yang dicetak pada majalah Herald sejak bertahun-tahun dahulu? Percayalah saudara, belum ada setakat ini akidah saudara kita terpesong kerana perkataan Allah di dalam injil Bahasa Indonesia dan Herald. Saudara-saudara kita yang korup, gila kuasa, gila betina, gila harta, dengki, cemburu, merempit, menagih dadah, merompak, membunuh, adakah kerana terbaca perkataan Allah dalam kitab injil?
Sekiranya seperti yang Datuk AKJ katakan ini soal bahasa, boleh terpesong akidah, umat Islam di Malaysia ini mesti cetek pengetahuan kerana sekiranya kita melihat dari segi sejarah, lagi ramai yang terpesong. Nabi Muhammad tidak pernah mengaku baginda membawa satu agama baru. In fact the Quran say (42:13) [God] has established for you [the Arabs] the same religion enjoined on Noah, on Abraham, on Moses, on Jesus.
Dan sekiranya saudara saudari tahu mengenai sejarah, Nabi Muhammad menetapkan arah Kiblat pada asalnya di Jerusalem, amalan puasa adalah ritual yahudi, sembahyang pada tengahari Jumaat supaya bersekali tetapi tidak mengganggu persediaan Hari Sabat. Sayangnya pada hari ini ketiga-tiga ummah ini saling berbunuhan, saling mencurigai, saling membenci.
Mungkin juga peristiwa ini ada hikmahnya. Menunjukkan betapa jahilnya kita terhadap agama sendiri, percaya membabi buta dan atas kebodohan itu para pembelit politik dan penghasut mengambil kesempatan untuk menjadi hero di kalangan kita yang masih terkial-kial mencari kebenaran. Bagi saya satu sahaja saudara saudari, teruskan mencari kebenaran. di akhir sekali kita patut kembali kepada ajaran asal, kepada al-Quran, kepada injil. Adakah dalam al-Quran itu menyebut tentang saudara-saudara Kristian kita. Dan bacalah segala ilmu yang mampu untuk lebih meneguhkan iman dan kepercayaan masing-masing.
Saudaraku, sekiranya benar saudara Kristian kita berdosa menggunakan Allah dalam Herald, maka sudah semestinya mereka kelak akan masuk ke dalam neraka dan biarlah Tuhan Maha Pengadil itu menentukan. Atau, adakah saudara-saudaraku tidak percaya Tuhan itu Maha Mengetahui, Maha Pengadil maka memerlukan saudara-saudara semua untuk masing-masing berteriak, memaki untuk menegakkan namaNya?
-Lara-
YBhg Dato'
Assalamualaikum. Dunia sudah terbalik.Jika dahulu ada pihak yang menyatakan negara kita bertemadun dan dengan itu tidak perlu untuk berdemonstrasi kerana kita ada institusi perundangan dan kehakiman yang baik mereka itu pula sekarang marah-marah pada mereka yang tidak ikut berdemonstrasi seperti mereka.
Sebenarnya kita perlu mengikut saranan YAB PM supaya tidak memanaskan keadaan dan menyerahkannya kepada KDN untuk mengambil tindakan sewajarnya. Al-Qur'an itu lengkap kerana didalamnya ditunjukkan cara untuk mengatasi semua jenis masalah.
Alhamdulillah sekarang ramai orang yang mengambil tahu mengenai kedudukan Islam di Tanah Air termasuk mereka yang sebelum ini memandang sepi sahaja.Apa yang berlaku ini adalah Rahmat Allah. Sudah pasti ramai yang sedar mereka telah mengabaikan keperluan meningkatkan Mahkamah Syariah untuk menjadi Mahkamah Agong kerana sebelum ini mereka mempunyai kuasa diatas Mahkamah Sivil dan dengan itu selesa memberikan segala-galanya memperkukuhkannya.Sekarang senario sudah berubah dan apatah lagi jika ditakdirkan berlaku perubahan Kerajaan.
Allah sayangkan kita kerana pada masa ini kita masih mempunyai kuasa untuk memperbetulkan keadaan. Jangan tunggu hingga pilihan raya ke 13 baru mengambil tindakan. Wakil Rakyat Islam perlu berfikir dengan penoh keinsafan apa sebenarnya yang mereka perlu lakukan bagi kebaikan ugama , bangsa dan negara dan mengambil tindakan sebagai satu kumpulan sebelum terlambat.
Raja Abdul Rahman bin Raja Mohammad Dain
Petaling Jaya.
Setuju dengan komen Abdullahngah... Marah bila nama ALLAH nak digunakan oleh agama lain...
Tapi ALLAH lagi marah bila kita abai suruhannya seperti termaktub dalam Al-Qur'an dan Sunnah... mcm tutup aurat dan tinggal solat... Suami buat demo and nak hantar memorandum pada YDPA tapi isteri dan anak tak tutup aurat.... pening anak-anak tengok...
Sdr abdullahngah
Sdr kata, jika betullah orang ijtihad kalau salah dapat satu pahala dan yang betul dapat pahala, bermakna mereka itu maksum.
Sedangkan yang maksum hanya Nabi Mohammad SAW sahaja.
Macam mana boleh jadi begitu. Orang yang tak maksum boleh dapat pahala dengan melakukan kesalahan."
Kalau nak tahu kenapa jadi begitu,sdr ikuti dan fahami petikan dua kisah sahabat Rasulullah saw yang merupakan pakar perundagan Islam berijtihad di depan baginda yang dibicarakan dalam dasar perundangan Islam di bawah Bab Ijtihad Sahabat berikut:
Mu'az Bin Jabal salah seorang pakar perundagan Islam yang dihantar oleh Rasulullah saw sebagai Hakim di negeri Yaman ditanya oleh Rasulullah saw katanya, " Bagaimana engkau hendak memutuskan satu2 penguaman yang engkau tidak dapat keterngannya dalam al Quran dan Hadis?" Mu'az menjawab, " Saya akan putuskan dengan berijtihad menggunakan fikiran." Bila Rasulullah saw mendengar jawapan Mu'az, beliau pun bersabda, "Alhamdulillah Tuhan telah memberi pentunjuk kepada engjau sebagai seorang hakim ke arah yang diredhai Tuhan dan RasulNya."
Begitu juga sahabat Rasulullah saw al-Yamani yang dikirimnya untuk mengendali penguaman di antara jiran mengenai sekeping dinding. Tiap2 seorang dari dua jiran tadi mengaku bahawa dinding itu adalah kepunyaannya. Seterusnya di mana Amr Ibnul 'As telah dihantar oleh Rasulullah mengenai kes ini. Untuk mematuhi perintah Rasulullah saw itu, Amr Ibnul 'As berkata, " Bolehkah saya berijtihad menggunakan fikiran, sedangkan tuan berada di sini." Rasulullah saw menjawab dengan sabdanya yang bermaksud:
" Ya, boleh jika ijtihad engkau betul, engkau akan mendapat dua pahala, dan jika ijtihad engkau tersalah, engkau akan mendapat satu pahala sahaja."
Mengenai persoalan maksum yang sdr timbulkan itu,saya percaya bahawa saranan Prof Dr Yusuf alQaradawi supaya golongan ulama semasa/moden melakukan ijtihad secara jemaah sudah menjelaskannya.
Salam AKJ,
Setahu saya
Bahasa Melayu: Tuhan
Bahasa Inggeris: God
Bahasa Arab: Rab
Merujuk ayat tuan,
"7. Saya tahu Tuhan dalam bahasa Arab adalah Allah."
Kalau ikut terjemahan tuan soalan faveret dalam kubur, "Siapa tuhan kamu?/ma rabbuka?" akan jadi "Ma Allah ka?"
Walaupun bahasa arab saya dapat C tapi saya rasa terjemahan tuan tidak tepat.
-peacetoall
Masa pemerintahan Tun Mahathir,pihak Roman Catholic tak minta macam ini sebab itulah mereka di beri pingat Tan Sri oleh Sultan atas disokong oleh TDM.
Semua Ketua agama: padri Hindu, Sikh, Buddha, Catholic ada diberikan sanjungan sampai Tan Sri.
Bila PAS minta dilaksanakan Hukum Syariah sepenuhnya ,UMNO pun tak sokong.Semua badan NGO dan Agama sokong UMNO .
Mengapa Roman Catholic sahaja hendakan nama Allah dalam perchetakan risalah yang berbahasa melayu?
Roman Catholic Church sudah cuma berdakwah sejak beratus tahun di Tanah Melayu ini. Merekalah yang buat sekolah Assunta,St.Michael, St.George, Convent dan hospital dibandar-bandar utama.Sebelum merdeka lagi mereka asingkan laki-laki dan perempuan.Paderi mereka pakai jubah dan sisters pula pakai tudung.
Orang melayu tidak terima agama Kristian ini.Maka mereka hantar padri ke pedalaman di Borneo.
Guru-guru dari Jabatan agama Islam tak mahu masuk ke kawasan pedalaman diSabah dan Sarawak sampai sekarang kerana mahu elaun tinggi. Kawasan pedalaman tak ada kemudahan seperti air paip, jalan raya dan sebagainya. Tetapi paderi kristian sanggup.
Jabatan orang Asli pula tidak kisah dengan orang asli sembah apa pun.Ada kakitanggan jabatan curi rotan, rogol gadis mereka.Kata orang Asli,yang curi hasil dia adalah orang Islam maka mereka tolak Islam kerana ahlak orang Jabatan.
Roman Catholic sebenarnya sembah patong.Mereka sembah virgin Mary,Jesus ditiang salib. Protestant Church pun tak terima ajaran Roman Catholic. Melayu tak akan sembah patong walaupun patong-patong itu dinamakan Allah. Roman Catholic Church sudah hilang ikutan di Barat.
Di Malaysia kita perlu perkuatkan akta yang melarang agama Kristian didahyah kepada orang melayu . Jemaah dahwah harus di beri sokongan untuk bebas bergerak seluruh Malaysia. Jangan ada pihak Jabatan agama sekat golongan dakwah Islam dengan tauliah dan sebagainya.Tauliah dari JAKIM cukup, tak perlu dari setiap negeri.Golongan anti-Islam memang berterusan untuk sesatkan orang beriman.
Salat adalah tiang agama. Jaga dan pelihara solat.Tidak mudah diperdaya oleh kuasa apa pun.Tidak hilang iman kita jika satu dunia nak panggil tuhan masing-masing dengan gelaran Allah.( eventually if this is what the whole world wants) .Insyallah,Islam akan kekal selama-lamanya.
Datuk,
Ada pengomen berkata Tuhan orang Islam dan Tuhan orang Kristian adalah sama maka dengan itu tidak salah kalau orang Kristian guna nama Allah.
Tetapi Tuhan orang Islam tidak ada anak dan tidak Dia diperanakan manakala Tuhan orang Kristian ada anak. Sudah pasti ada perbedaan yang amat ketara disini.
Bagi orang Islam. Syirik (terkeluar dari Islam) jikalau mengatakan bahawa ada Tuhan selain dari Allah. Ini termasuklah bagi Tuhan orang Kristian yang ada anak itu.
Jadi, berhati-hatilah dalam berkata-kata dan berwaspadalah dengan kekeliruan yang sengaja diada-adakan ini.
-sinbad-
Salam DAKJ
Ulama vs Ular dalam Semak
Alhamdulillah, Prof Dato’ Dr Harun Din telah dengan tegasnya menyatakan sesiapa yg menyekutukan Allah adalah kufur. Kepada ular-ular dalam semak yg membenarkan ‘3 in 1’ ni, harap bertaubatlah daripada Allah dan minta maaf dari seluruh umat Islam semuanya. Seksaan di akhirat nanti kepada yg kufur amat-amat berat. Berat mata memandang, lebih berat bahu memikul. Lainkali jangan main sedap je cakap tu.
Cuma satu je yg tertinggal iaitu ular dalam semak yg mula-mula membenarkan kemudian buat U turn ni. Sedangkan beliau tahu Allah yg digunakan dahulu adalah pada agama Samawi yg berpeganag kukuh pada kitab Taurat, Zabur dan Injil adalah berbeza sekali dgn zaman sekarang. Lain kali, kalau nak tipu pun, tipulah dengan berpada-pada. Apakah hukumnya menyamakan penganut agama (ahli kitab) berdasarkan kitab Taurat, Zabur dan Injil yg diredha Allah dengan agama mereka sekarang yg terang terang telah mengubah kandungan maksud kitab-kitab tersebut ????
Agak-agaknya apa hukummya kepada ular dalam semak yg memberi ajaran songsang ke orang lain ye? Dahlah tak jujur dalam memberikan sebab dan yg keduanya nawaitu tu. Yelah, Nawaitu seseorang hanya Allah saja yg tahu, tapi dengan memberikan contoh yg separuh masak (menyamakan benda yg tak sama) dan mulanya menyokong penggunaan kalimah Allah kepada agama lain kemudian buat U turn, sedikit sebanyak orang boleh agak niat tu.
Allah maha berkuasa. Mungkin in satu lagi petunjuk diturunkan untuk umat Islam melihat sendiri siapakah ulama dan siapakah ular dalam semak. Sekian TQ.
Assalaamu 'alaikum YBhg Dato' & semua yang melayari blog ini,
1 Telah terang lagi bersuluh makar musuh-musuh lslam yang tidak pernah berhenti misi penghancuran lslam mereka. Umat lslam sepatutnya sudah maklum benar akan hal ini & tidak selayaknya masih di tahapan tercari-cari hujah utk mempersoal 'Apa tujauan di sebalik dilakukannya itu & ini', 'Mengapa begitu & begini'. Terlalu naif kalau tidak tahu. Dan pastilah, bahawa yang sedang digerakkan di sini pun sebahagian daripada kerja tangan-tangan panjang mereka. Maka, terima dan ambillah fakta pilu ini, lalu hadapinya dengan penuh sedar serta antisipasi. Terhadap orang-orang dan kelompok yang dilihat memberi angin kepada agenda mereka ini, apatah lagi yang daripada kalangan umat lslam sendiri, awasi, selain kita bongkar makar busuk mereka. Sedari & belajarlah bahawa teori dan kaedah infiltrasi [penyusupan]-lah yang telah berjaya merosakkan pemikiran lslami umat lslam yang sebelum kita [terutamanya para pemimpin] dengan ideologi-ideologi thaghut sehingga Daulah Khilafah dapat diruntuhkan pada tahun 1924M.
2 Sekarang ini - dengan mangambil uslub fiqh keutamaan - diseru kepada solidariti umat, atau guna cara 'aman damai' [bertenang] ketika menghadapi cabaran
konspirasi penggunaan kalimah
'Allah' secara berkongsi. Walhal, jika fiqh keutamaan mahu direalisasikan, TIDAK ADA YANG LEBIH UTAMA DARIPADA MENJADIKAN ISLAM SENDIRI MELINDUNGI ISLAM,
kerana Allah SWT sendiri telah bersumpah [berikrar] akan selamanya menjaga al-Quran & lslam-Nya. Namun, bukan itu yang terlihat oleh kita [termasuk para pemimpin kita] selama 52 tahun yg lalu. Sebaliknya, kita semua terus berpaut kepada kontrak sosial bagi menjaga maruah lslam dan apa-apa sahaja yang berkaitan dengannya. Terlepas daripada menafikan bahawa segala seruan kepada kesatuan atau 'bertenang' itu sebagai aksi jangka pendek ke arah solidariti, maka solidariti yang telah dibina itu sewajibnya diperkukuh, tidak dipersia-siakan dan ditambah nilai dengan matlamat jangka panjang, malah matlamat utama perjuangan umat lslam, iaitu menumbuhkan kesedaran dan agenda melaksanakan usaha ke arah merealisasikan hukum-hukum syara' [syari'at] sebagai satu-satunya ad-dean [nizaam/
ideologi/peraturan kehidupan] yang pasti mampu menjadi penyelamat bagi lslam, umat lslam, umat manusia & alam selurunya [rahmat[an] lil'alamin.
3 Berpaut kepada kontrak sosial untuk menjaga maruah lslam & apa-apa yang berkaitan dengannya, [seperti yang diwar-warkan serta diharapkan selama ini] TIDAK LAKU bagi sesiapa saja yang ada niat dan mahu mengingkari dan mencampakkannya. Bahkan, isu mereka mahu berkongsi kalimah
'Allah' ini pun terjadi akibat daripada ingkar dan tidak mahu berpegang pada semangat kontrak sosial tersebut. Jelas, kontrak sosial hanya hukum maya, ilusi; muafakat tanpa tinta yang tidak boleh dibawa berhujah dengan bukti dan fakta nyata. Di mahkamah undang-undang, benda mujarad tidak ada nilai. Dan mereka telah menang atas hujah ini.
Apa alternatif kita? Kembalilah, wahai umat lslam, kepada fundamental; balik kepada yang asas, iaitu berpegang hanya kepada syari'at sebagai ad-deen. Kepada saudara-sdudara saya drp UMNO, PAS, mahupun PKR, berubahlah dari 'berdalih' kepada 'berdalil'.
TIADA KEMULIAAN TANPA ISLAM, TIADA ISLAM TANPA SYARI'AT, TIADA STARI'AT TANPA DAULAH KHILAFAH. Wallahu a'lam. Salam.
Saudara/Saudari Pembahas dan pembaca dihormati,
Beberapa orang pembahas membangkitkan soal penggunaan "Allah" oleh agama Kristian di Sarawak dan Sabah serta di Indonesia di mana mudahnya rakyat negara itu menukar agama dan berkahwin antara agama.
Sila beri perhatian kepada perkara berikut:-
1. Penggunaan "Allah" oleh Kristian di Sarawak dan Sabah berlaku sebelum dua negeri itu menyertai Malaysia;
2. Mubaligh Kristian mengembangkan Islam di dua buah negeri itu menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantara bagi mengatasi masalah kepelbagaian etnik dan loghat;
3. Mubaligh Kristian lebih mudah mempengaruhi orang Bumiputera di dua buah negeri itu menganut Kristian dengan menggunakan bahasa Melayu daripada menggunakan bahasa etnik;
4. Bahasa Melayu adalah berkecuali berbanding bahasa etnik, mudah dipelajari dan berkesan sebagai bahasa propaganda;
5. Mubaligh Kristian lebih faham bahasa Melayu kerana ai bahasa tulisan daripada bahasa-bahasa etnik yang berupada bahasa lisan;
6. Mubaligh Kristian mendapati ada penentangan apabila mereka menggunakan bahasa/loghat kaum etnik kerana bahasa/loghat etnik digunakan untuk mengamalkan kepercayaan dan agama tradisional mereka;
7. Apabila Sarawak dan Sabah menyertai Malaysia pada tahun 1963, dua negeri itu menikmati banyak kuasa autonomi. Dengan itu, banyak perkara yang dilarang di Persekutuan Tanah Melayu tetapi dibenarkan di Sabah dan Sarawak;
8. Mengenai Indonesia pula, kita tidak boleh membandingkannya dengan negara kita. Indonesia adalah Negara Sekular yang berpaksikan Panca Susila.
Kita bukan negara sekular. Islam termaktub dalam Perlembagaan sebagai Agama Persekutuan (Malaysia) walaupun kebebasan penganut agama-agama lain mengamalkan agama mereka adalah dilindungi.
Tetapi agama-agama ini dilarang menyebarkan ajaran mereka di kalangan orang Islam. (Untuk mengelakkan kekeliruan, maka di dalam Kad Pengenalan dan Surat Beranak diwajibkan dinyatakan kaum dan agama.);
9. Ketua-ketua dan pihak-pihak berkuasa agama Islam di Malaysia dan di banyak negara Islam tidak lagi mengakui/mengiktiraf penganut Kristian dan Yahudi sebagai Ahli Kitab kerana kandungan dan interpretasi Injil dan Taurat telah banyak dipinda;
10. Adalah fakta sejarah sebelum dan selepas merdeka iaitu di masa kepemimpinan Melayu lemah atau tercabar, media massa Melayu, cendekiawan Melayu dan badan-badan bukan kerajaan Melayu mengambil alih menjadi pengarak panji-panja agama dan bangsa; dan
11. Apabila Raja-Raja Melayu hampir menyerah kepada tipu helah Inggeris pada tahun 1946 dengan gagasan Malayan Union, wartawan Melayu, cendekiawan Melayu dan badan-badan bukan kerajaan Melayu bangkit menyelamatkan agama dan bangsa.
Terima kasih.
Dear DAKJ,
Berhubung dengan isu penggunaan nama Allah oleh Majalah yang diterbitkan oleh Kristian Katolik ini, kita perlu berfikir dengan tenang dan waras dan tidak terburu-buru dan emosional.
Awal kalam adakah kita sedar bahawa ugama Kristian yang ada sekarang adalah terdiri dari begitu banyak 'denominations' atau 'mazhab'.Yang terbesar mungkin Kristian katolik , diikuti oleh Kristian Protestant dan Kristian Orthodox. Kemudian Kristian Methodist, Baptist, Prebysterian, Latter Day Rain, dan macam-macam lagi. Adakah penganut-penganut mazhab-mazhab Kristian ini merupakan Ahli Kitab seperti yang disebut dalam Al Quran?. Kepada saya untuk menentukan mereka ahli kitab atau tidak, hendaklah dilihat dari segi konsep ketuhanan yang mereka pegang dan amalkan.Kalau mereka berpegang kepada dogma bahawa Tuhan itu Trinity (bukan tauhid), memperanakkan Nabi Isa, boleh menjelma menjadi manusia melalui nabi Isa, Nabi Isa wafat di palang salib dan hidup semula (resurrection)untuk menyelamatkan (salvation) manusia dari dosa dan manusia dilahirkan membawa dosa nabi Adam (the Original Sin), maka mereka tidak boleh dianggap sebagai Ahli Kitab. Di Amerika Syarikat dan beberapa negara di Eropah ada segolongan kecil orang Kristian yang menggelarkan diri mereka sebagai Unitary Christians ( Sila lihat laman-laman web yang berkenaan).Mereka ini tidak percaya samasekali dengan dogma dan doktrin Kristian seperti yang tersebut di atas.Mereka mengemukakan hujjah-hujjah dari Bible sendiri dan logik akal untuk menyangkal doktrin-doktrin itu.Kepada mereka Tuhan adalah Satu, kerana itulah mereka menggelarkan diri mereka Unitary (satu) Christians. Kepada saya hanya golongan Kristian ini sahaja yang boleh dianggap sebagai ahli Kitab dan kalaulah mereka hendak menggunakan nama Allah, maka tidak ada halangan.
Saya juga ingin mmenyorot sedikit apa yang ditulis oleh Ahmad Deedat dalam bukunya.
Menurut Deedat , dalam Bible ada disebut bila Jesus (Nabi Isa) berada di palang salib , Jesus telah berteriak ' Eli ! Eli ! Lama Sabachhtani ?!'. Teriakan Nabi Isa ini diterjemahkan dalam bahasa Inggeris sebagai 'My Lord, My Lord, why do you forsake me?'. Nabi Isa menggunakan bahasa Aramaic iaitu bahasa kunu Hebrew. Bahasa Hebrew (bahasa orang-orang Yahudi) mempunyai akar yang sama dengan Bahasa Arab.(perhatikan : shalom = salam, yom = yaum, ehud = ahad dll). Jika dalam bahasa Arab, tentulah teriakan Nabi Isa kepada Tuhannya akan diterjemahkan sebagai 'Allah, Allah'. Orang Yahudi kadang-kadang menyebut Tuhan mereka sebagai 'Elohim'. Saya teringat orang-orang Melayu kadang-kadang menyebut Allah sebagai 'Ilahi', yang mana perkataan ini bukan dari bahasa Arab.Jadi kemungkinan besar kita mencedok dari bahasa orang Yahudi.Peliknya tidak pula kita menukar ugama kita kepada ugama Yahudi!. Wallahu Waalam
Dato', being a non-Muslim and a non-practicing member of the Flock, I am not qualified to talk about your faith or mine. But being a party man all my life, I can saya this -- DAP is not involved in this and DAP is not hard-up about Malay votes, hence about working with Pas and even PKR.
We have got Penang and much of Fed. Terr. Kuala Lumpur and all the urban areas in Chinese/Indian majority areas. Even Malay voters are accepting our service-oriented approach.
On the other hand, I must confess that I have not seen in many years in the DAP that the Malay-based Pas is so hard-up to work with us. I do not personally place much hope in that and in the long-term viability of working with PKR. We in the DAP have seen these multi-racial idealistic, liberal parties collapsing under the weight of their own self importance and daydreaming. These parties are always about one man -- Chong Eu, Tan Chee Khoon, Kassin Ahmad, Syeds Hussein Ali and now Anwar Ibrahim.
It is for this very reason that our party had not insisted in playing an important role in the registration of PR. We know that we can do without and will certainly outlive the Pakatan. But why not enjoy it while it lasts.
My only hope is this debate on the "Allah" for the Roman Catholic will not escalate into something dangerous. I am old and I have seen Hartal, May 13 and the Labour Party marches.
DAPwise
Sir, your point no 7:
7. Apabila Sarawak dan Sabah menyertai Malaysia pada tahun 1963, dua negeri itu menikmati banyak kuasa autonomi. Dengan itu, banyak perkara yang dilarang di Persekutuan Tanah Melayu tetapi dibenarkan di Sabah dan Sarawak;
---------------------------------
Setahu saya, Sabah and Sarawak "bergabung dengan Semenanjung" membentuk Malaysia, bukan "menyertai" malaysia. Penggabungan tersebut melibatkan 4 entiti; semenanjung, sabah, sarawak, dan singapura. Am i right?
Juga setahu saya, mengikut perjanjian pembentukan malaysia, sabah dan sarawak mengekalkan hak dan kuasa autonomi mereka. Jadi statement Tuan bahawa:
"Dengan itu, banyak perkara yang dilarang di Persekutuan Tanah Melayu tetapi dibenarkan di Sabah dan Sarawak;" adalah tak betul. Mereka "mengekalkan" hak mereka, bukan "dibenarkan" melakukan perkara-prekara yang sudah tidak dibenarkan di semenanjung.
I stand corrected if my assumption is wrong.
Windtalker
Dato'
Yang musykil nya, terjemahan perkataan "god' ke bahasa melayu ialah tuhan. Jadi kalau nak translate ke bahasa melayu, pakai "tuhan" ajer la..
Ngapa nak pakai "Allah"..
Ini la nampak ada udang di sebalik mee ni..
Takkan PM dan Menteri KDN nak duduk diam diri ajer..
saudara,
Saya makin confuse bila berbagai pendapat dilontarkan di sini.
Ada yg berhujah berdasarkan dalil ilmu, ada yang berilmu tapi terlalu emosi dan ramai juga yang tak tau apa benda yang dicakapkan.
Mana satu rakyat di Malaysia nak ikut dalam isu ni..?
Yang nyata, berjuta lagi manusia di Malaysia ini hidup teraba-raba dhaif ilmu berbanding mereka yang dikatakan sangat berilmu.
borhan tulis-dia kata sebab itulah bila kita syahadah kita kata "Laa ilah" yang maksudnya tiada tuhan melainkan Allah. - la ilaha, bererti tiada tuhan yg disembah dan illallah bereti melainkan/kecuali allah.
Asm Datuk,
Seingat saya lah dah lama depa dok guna perkataan "GOD", "Jesus" dan "Lord" dalam pelbagai versi kitab depa tiba-tiba nak guna nama "Allah" pulak untuk majalah yang depa nak terbit. Motif sangat. Depa nak "re-branding" kot nama Tuhan depa, mana tau kot2 laa dengan strategi ni ada orang2 Melayu Islam yang tertarik untuk ikut ajaran depa. Yang sesetengah orang Melayu Islam kita nih dok laa pakat sokong. (Hisham)
Susah Tok, siapa kita nak percaya. Pas dah berperang sama sendiri kerana "Allah" Paderi Murphy Nicholas Xavier Pakiam.
Pas kata boleh. Harun Din kata kufur kalau setuju. Berak kapor orang Pas Tok.
Propaganda Pakiam menjadi. Pas lawan Pas.
BANGI: Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr Haron Din menegaskan, mana-mana umat Islam yang menyatakan sokongan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membenarkan Herald-The Catholic Weekly menggunakan kalimah Allah dalam penerbitannya boleh membawa kepada kekufuran.
Tokoh ulama itu berkata, melalui kaedah yang dipakai dalam ilmu akidah, tindakan bersetuju dengan penggunaan nama Allah oleh agama Kristian itu membawa maksud menyekutukan Allah kerana agama itu mempercayai tuhan sebagai Triniti iaitu terdiri daripada Tuhan Bapa, Tuhan Anak dan Roh Kudus.
"Dalam Islam, Allah adalah Esa (satu). Kalau ada yang menyekutukan Allah dengan Triniti, maka berlakulah syirik yang membawa kepada kufur. Kalau kita reda dengan yang kufur, kita jatuh kufur sama," katanya pada sidang media di rumahnya di sini, semalam."
Tu dia Tok. Sakan punya balon. Habih selerak depa. Orang kita kata slop (pengsan).
Kamjat
Salam Datuk.
Kita ni kena terima hakikat, bangsa kita ni ramai sangat kurang ilmu.Ilmu dunia juga ilmu akhirat. Nak menuntut pula suka yg jalan singkat...terus sesat.Inilah balasannya setelah berpuluh tahun pendidikan agama islam tak diperkukuhkan sejak awal usia.Nak salahkan kerajaan Malaysia yang memerintah 50 tahun lebih tak boleh juga bila difikirkan. Itu memang dasar mereka. Islam selamat kerana ada dalam perlembagaan sahaja. Itupun ada lubang disana sini untuk dipertikaikan.Bagi rakyat negara ini yg ingin mengetahui lebih lanjut tentang agama Islam secara mudah, ramai yg mempelajarinya dari pembacaan.
Mcm² pengetahuan dikutip dari pembacaan secara sendirian. Tiada susulan perbincangan untuk dijadikan sebagai rujukan dengan golongan bijak pandai agama.
Segala pemahaman dibuat oleh akal masing².
Itulah apa yg saya dapat simpulkan dari pembacaan semua tulisan diatas. Akhirnya saya takut saya keliru dan ramai akan terus keliru! Sekian Datuk.
Malik Klang
Tuk,
1. If we all agree with Habib RAK and his other similar comment in other blogs, we should also all sympathy and more liberal toward Yahudi as they are also "ahli kitab".
2. Majority of PR supporters here think this issue is about UMNO against their PR-soon-to-win-next-election. Think again, especially my fellow Muslim brothers. Think really hard this time. You just too consumed with politiking. And you just lost my vote.
3. Yang tersirat or read between the line. Don't be fool by thinking that you can ask them to self-regulate the use of word ALLAH in their restricted risalah Melayu. The very fact that they rather read English bible than read Bahasa Melayu risalah.
4. It is only take a Malay to champion their cause in this used to be called Tanah Melayu. You know who their champion now.... look around and think ! again brothers.
Anonymous (2)
Allah utk semua bkn utk org islam shj. Ada org bela @ jumpa haiwan yg ada nama Allah tertera diatasnya. Ayat biasa yg kita dgr itulah kekuasaan Allah. Tak ke mundur pemikiran kita tu. Allah tk perlu tunjukkan kekuasaannya dgn menulis (signature) namaNya pada badan ikan, pokok waima kat telinga manusia pun bg membuktikan kekuasaannya. Jika kita beriman cukup dgn kita melihat semesta alam dan percaya dgn kewujudanNya.
Allah4all
Ini sepertimana telah berlaku di Indonesia di mana anak2 muda terutama yang kurang pendidikan agama, yang moden dan bersosial secara suka2 menukar2 agama dari Islam ke Keristian ke Islam ke Keristian, semata2 kerana anggapan yang silap itu. Ini terjadi kerana pengaruh pergaulan, keinginan berkahwin berlainan agama dan status kemodenan kononnya. Tetapi inilah kenyataannya akibat penggunaan kalimah yang mengelirukan.
Malah, ada ramai suami/isteri di Indonesia walaupun sudah berkahwin tapi masih berlainan agama, mungkin salah satu puncanya kerana kepercayaan Allah tuhan yang sama.
Memang mudah untuk Pas mengatakan dan memberi sejuta amaran supaya kalimah Allah ini jangan disalahgunakan. Tetapi, bagaimana hendak mencegahnya 10-20 tahun akan datang apabila pemikiran para remaja telah tepengaruh sedikit demi sedikit dalam tempoh tersebut.
Ini baru permulaan. Kelak golongan Kristian ini akan secara halus dan tanpa disedari akan berusaha memanupulasi kebenaran yang disokong oleh Pas ini. Ini sedang berlaku secara berleluasa tetapi senyap di Indonesia.
Islam di sana semakin liberal. Sepertimana disiarkan dalam blog Anwar Ibrahim yang berbunyi "Change Is Coming To Islam" ?????
Nasi akan menjadi bubur jika tiada ketegasan pada hari ini.
Pendirian Pas amat keliru, kabur, short-sighted dan meremehkan kepercayaan umat Islam berbangsa dan berbahasa Melayu.
Manusia mudah lupa...Kalau 10-20 tahun lalu tidak ada sesiapa yang berani menggelar Chin Peng si kominis pengkhianat ini sebagai pejuang kemerdekaan atau hero, kini sudah ada suara2 sebaliknya yang semakin berani dan lantang. Begitu juga akan berlaku dalam isu kalimah ini jika pendirian Pas dibenarkan.
Ini pemerhatian peribadi saya kerana sering ke Indonesia sejak 15 tahun dahulu dan berkenalan dengan ramai keluarga2 beragama Islam dan Keristian di sana.
Saudara,
Ada pepatah cakap "why fix something that is not broken". Dalam bahasa Arab , tiada perkataan "tuhan".
Dalam Bahasa melayu "Tuhan" adalah God. "Allah" pula ialah apa yang orang islam sembah .
Perkara ini ada hubungkait dengan akidah. Apa yang dijelaskan oleh Taib azimuddin dulu adalah benar. sekiranya dibiarkan mungkin satu hari nanti menimbulkan kekeliruan.
Lagi pun, semua orang kristian bila ditanya, tak pernah pun sebut mereka menyembang "Allah". Mereka sebut Jesus. Jadi apa masalahnya.
Ramai orang Melayu sendiri keliru antara akidah dan keterbukaan. Keterbukaan bukan beerti gadaikan ugama. itu tak ada prinsip namanya. Keterbukanna adalah dalm hal pelaksanaan atau menerima idea baru yang tak pernah dicuba...
Bukan merosakkan akidah dengan sanggup pula "berkongsi" Tuhan. Ya lah. bila dah kongsi nama, lama-lama kongsi ugama.
Ini yang kita tak mahu. Semua ini tak akan terjadi bila Islam kuat dan pemimpin tegas.
Bija berpolitik juga penting. Dari dulu lagi tegaskan yang orang Islam hanya iktiraf jika keputusan dari Mahkamah Syariah.
Tegas. Jangan benarkan istilah "Allah" walaupun untuk cetakan terhad umat Kristian.
Dan pada Karim Raslan yang sokong perkara ini( benarkan Kristian guna istilah "allah"), banyakkan istifar.
Ini soal akidah. Bukan soal "liberal" atau tidak.
Apa hal pula satu hakim bukan Islam buat keputusan untuk orang islam. Dimana keadilan.
hal ini samalah spt kita diperdayakan oleh produk bukan Islam atau restoran bukan Islam yg menggunakan logo halal atau kalimah Allah & Muhammad dan ayat suci Al Quran utk mendapatkan pelanggan berugama Islam. isu ini sudah masuk fasa yg seterusnya bilamana fasa sebelum ni sudah diterima pakai oleh sebilangan org Islam atas nama modern muslim dan moderate muslim yg umumnya golongan ini disenangi oleh bukan Islam.
saya bagi contoh; logo halal di kedai makanan bukan Islam...walhal yg memasak dan yg menguruskan makanan bukan org Islam. yg biasa kita nampak mrk letak warga indonesia yg pakai tudung...itu bukan alasan kukuh utk diterima makanan yg disediakan halal. bagaimana pun hari ini sudah menjadi lumrah produk & restoran bukan Islam rata-rata diterima sebhg org Islam...begitu mudah sekali mrk menerima idea spt ini sampaikan terbaru mrk sudah berani perkenalkan bak kut teh halal! renungkanlah jika apa yg kita makan sudah menjadi sebati dengan diri kita hatta begitu jugalah amalan & adab perlakuan kita nanti.
apa yg berlaku hari ni kerana kita tidak teliti dlm perkara berkaitan hukum Islam. jadi jgn terkejut org Islam hari ni diperlekehkan kerana kita sebenarnya terus mempersendakan hukum Allah.
jika kita mengharapkan keikhlasan dari org kafir itu tidak akan kita perolehi selagi kita tidak mengikuti kemahuan mereka.
ringkasnya kalau kita terus mengingkari perintah Allah & sunnah Rasulullah saw secara sedar atau tidak kita dgn sendirinya telah meletakkan diri kita sebaris dgn kaum kafirin...nauzubillah min zalikh jgn biarkan penganiayaan ini berterusan semuga kita semua dilindungi Allah swt.
nasir
Jangan salahkan pihak lain lagi. Kita sudah terlanjur.'Beyond the point of return'.
Raja-raja Melayu adalah ketua agama Islam.Islam adalah agama resmi negara. Ini termahtub dalam perlembagaan.
Muhaydin Yassin berani gantikan hari Jumaat dengan hari Ahad sebagai cuti di Johor semasa beliau jadi Menteri Besar.Tidak ada satu mahluk pun bersuara ketika itu. Itulah permulaan Islam dipinggirkan kerana dunia yang alpa ini.
Hari ini bank-bank seperti HSBC, OCBC, HongLeong Bank,Public Bank,Standard Chartered,EON Bank ,Allianze Bank semuanya nak jadi jaguh produk perbankan Islam. Kakitangan bank yang tak tahu halal-haram, tak tahu erti beristinjak dibenarkan mengendali syariah compliant banking.
Jadi, sekarang pihak Catholic Church mahu namakan tuhan mereka Allah dan disahkan oleh mahkamah.Siapa yang cemarkan kesucian Islam ?
Why is Islam so afraid of other religions converting it? Is islam not the truth? If islam is the truth in peoples' hearts no matter what muslims will keep to their god. Our God given conscience will keep us strong in faith. So why be afraid of one little mere word "allah"
minta maaf ya saudara saji.
Tidak dinafikan statut qua ijtihad zaman nabi, kerna mereka ahli bait yang dijanjikan masuk syurga.
Tapi ijtihad yang ada selepas itu yang sudah jelas dan nyata sabda Rasulullah SAW barangsiapa tinggal solat dengan sengaja kafir.
Ada ulama mengatakan tak jadi kafir, kerana mereka tidak kata solat tidak wajib.
Oleh kerana saudara saji ada sebut nama Dr Yusof Qardawi yang banyak buat fatwa melalui buku fatwanya yang ada pencanggah dengan sabda Nabi SAW.
Mengenai nyanyian yang dikategori pada tiga 1. Harus, 2. markrus 3. haram.
bermakna nyanyian itu harus, sedangkan Rasulullah SAW pernah berkata kepada Saidina Omar RA, "Wahai omar rupa rupanya syaitan lebih takutkan kau daripada Aku".
Bagaimana boleh jadi harus, sedangkan Rasulullah SAW sendiri berkata "syaitan".
Kan Setiap perkara yang membabitkan ada kaitan dengan syiatan haram hukumnya.
Bagaimana boleh mendapat pahala, sedangkan ijtihad itu salah dan boleh menyesatkan orang lain.
macam juga bersalaman dengan perempuan juga harus atas sebab hormat.bagaimana boleh utmakan hormat kepada manusia berbanding jaga agama Allah.
boleh layari komentarkini blog saya
Kenyataan Nik Aziz seperti mana dilaporkan Utusan itu saya turunkan sebahagiannya di sini:
KOTA BHARU 3 Jan. – Penggunaan kalimah Allah oleh agama lain tidak boleh dibenarkan sama sekali kerana ia akan menyebabkan kekeliruan di kalangan umat Islam.
Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, biar pun dari segi hukum membenarkan agama ‘samawi’ seperti Kristian dan Yahudi menggunakan kalimah itu tetapi dibimbangi ia disalah gunakan pihak tertentu.
Beliau berkata, masalah penggunaan kalimah Allah timbul kerana tiada badan perunding antara pihak Islam dan Kristian yang menyelesaikan kemelut itu dengan baik menyebabkan ia kini menjadi isu sensitif.
“Kita bimbang dan takut orang ini salah guna perkataan Allah iaitu salah guna dalam pengertian, sebab itu dalam fiqah kita boleh sekat orang bukan Islam guna perkataan Allah walaupun benda itu harus.
“Saya juga bimbang kalimah ini disalah guna sehingga menyebabkan orang Melayu beragama Islam keliru... dia kata sana Allah, sini pun Allah sehingga akhir-akhir ini dia minta gereja pun dipanggil masjid Kristian.
“Pengunaan Allah boleh tetapi dibimbang disalah guna, jadi lebih baik kita berhenti daripada membenarkan agama lain guna perkataan Allah,” katanya.
Saya fikir, ini satu pandangan yang bernas dan baik JAUH LEBIH BAIK DARIPADA PANDANGAN RASMI PAS YANG TAK ADA UUUMP!
Assalamualikum Datuk,
Many thanks for your posting. After reading your entry I tried myself to find the literature on the subject and luckily I found something interesting written by the late Ahmed Deedat in his book. According to Ahmed Deedat the word ALLAH can be found in every version of the Bible as he said "There is no difficulty in our agreeing that in the languages of the world, every nation has given a distinctive name to God. Most of these names are attributive names, describing some aspect of God. But the proper name for God Almighty in the Semitic languages, i.e. in the mother-tongues of Moses, Jesus and Muhummed (Peace be upon them all) is ALLAH! This name is still extant in the Christian Bible in every language of the world. The Christians are boasting that they have translated their Bible into over fifteen hundred languages, more specially the translation of the New Testament. In every Gospel that I have scrutnised in the various languages I find the word "Allah" preserved - English or Afrikaanz, Zulu or Swahili". I am so happy that our christian brethren in Malaysia today are going to use the word Allah and they're getting closer to us now and I do hope that they will embrace our prophet Muhammad (pbuh) as a messenger of ALLAH and thoroughly believe in one GOD which is ALLAH therefore will become a muslim. Insya allah. (Ramadan)
Tok Kadiaq
Jika isu nama ALLAH pun melayu gagal bersatu,jangan harap isu lain boleh.
Penanda aras sudah jelas.
Tidak akan ada lg 31hb may.alhamdullilah.
Kalu ada pun ianya antara melayu bunuh melayu.Mintak simpang malaikat 44.
tk
Abdullah Ngah,
Komen tuan berasaskan aqal semata2, untuk memahami hukum hakam kena guna ilmu. Kalau tiada ilmu yang cukup banyak, hanya sekadar fardu ain, cukuplah dengan beramal semua perintah suruh dan tinggalkan perintah larang.
Yang lain, serah pada ahlinya.
Datuk,
As non-muslim, I find it is unfair that Allah is seem to be reseved only for Malay muslim in West Malaysia. It is NOT COPYRIGHTED for Malay muslim sole usage. You cannot copyright God. TQ.
Concern
Datuk,
Dengan izin.
Kepada saudara abdullahngah dan saudara saji.
Ketika saya belajar ilmu feqah dahulu, guru saya ada mengatakan bahawa setiap hukum itu asalnya mubah atau harus. Hanya keadaan dan persekitaran akan mempengaruhi hukum itu bergerak menjadi wajib, sunat, makruh dan haram.
Kalau kita ambil contoh makan nasi misalnya. Pada dasarnya hukum makan nasi ini harus. Tapi kalau seseorang itu makan nasi sampai macam nak pecah perut lalu memudaratkan kesihatannya, maka hukum harus tadi akan jadi haram.
Begitu juga dengan hukum membunuh orang. Kita tahu membunuh orang ini hukumnya haram. Tapi dalam keadaan mempertahankan diri, kita terbunuh seseorang itu, maka ia tidak jadi haram lagi malah dalam keadaan peperangan misalnya perang mempertahankan Islam, hukum haram itu boleh jadi wajib.
Jadi kesimpulannya, setiap hukum dalam Islam ini adalah dinamik dan tidak kaku. Kita tidak boleh menjatuhkan hukum hanya berdasarkan nas-nas Al-Quran sahaja tetapi kita juga harus menilai keadaan dan persekitaran yang mempengaruhi sesuatu perbuatan dan kejadian itu.
Kerap kali terjadi sesetengah pihak hanya mengambil satu dua potong nas Al-Quran hanya untuk membuat kesimpulan mudah atau menjatuhkan hukum tanpa menilai keadaan dan persekitaran yang menyebabkan berlakunya sesuatu perkara itu. Kebanyakkannya mungkin disebabkan oleh agenda peribadi atau agenda politik tertentu untuk "discredit" seteru mereka. Inilah yang kerap kali terjadi hingga menyebabkan berlakunya pertelingkahan dan permusuhan dikalangan umat.
Kita tidak boleh nafikan kekurangan dan kelemahan manusia dalam menilai sesuatu keadaan dan persekitaran ini. Nas Al-Quran itu benar dan terang. Hanya penilaian manusia terhadap sesuatu keadaan dan persekitaran itu yang membawa kepada beberapa tafsiran yang berbeza dan seterusnya perbedaan pendapat.
Apa-apa pun perbezaan kita dalam membuat penilaian terhadap keadaan dan persekitaran ini, diharap ia tidaklah membawa kepada permusuhan. Berbeza pendapat ini dibenarkan dalam Islam. Apa niat hati kita; samada ikhlas atau tidak, dalam memberi pendapat dan pandangan hanya Allah sahaja yang mengetahui.
Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui akan segala (isihati) yang ada didalam dada. Hud 11:5
Allahualam.
Yang benar itu datangnya dari Allah dan yang silap dan salah itu datang dari diri saya sendiri. Semoga pendapat saya yang tidak seberapa ini boleh membantu.
-sinbad-
Tuk,
To our fellow Non-Muslim Brothers and Sisters,
Since you yourselves admitted your lack of understanding of Islam and it's values and culture, my advice is for you to learn, research and understand it before posting any comment here. Especially about history of Islam in Tanah Melayu.
And NOT TOO FAST.... by thinking that since PR and Saudara Anwar Ibrahim's PKR party ( include some PAS members but not all) have, with open and liberal mind supported the high court decision, you can post any comment that you think that is appropriate, logical, not copy-righted and widely acceptable in Indonesia. It is then acceptable by muslim in Malaysia.
And NOT TOO FAST by thinking that PR soon will take over next government, you sort of "liberalized" and become insensitive in saying your freedom of speech.
This could be PR costly and biggest mistake, PAS not excluded.
I said it again .. YOU JUST LOST MY VOTE PR ....
Anonymous (2)
Sdr langit biru
Sdr kata, "Saya fikir, ini satu pandangan(pandangan TGNA mengenai penggunaan nama Allah oleh penganut Kristian di Malaysia) yang bernas dan baik JAUH LEBIH BAIK DARIPADA PANDANGAN RASMI PAS YANG TAK ADA UUUMP!"
Betul ke? Tidakkah pandangan yang lebih bernas dan dan lebih baik ................. ialah, ijtihad peribadi atau jemaah seperti yang saya bincangkan sebelum ini dan di atas yang didasarkan kepada dasar perundangan Islam Masalih Mursalah
yang menghendaki pihak mujtahid terbabit mengemukakan hasil ijtihadnya yang mereka telah hasilkan dengan cara melakukan analisis perbandingan di antara kebaikan dan keburukan terhadap masa depan agama Islam di negara ini,khasnya dan masa depan keturunan umat Melayu -Islam kita apabila kerajaan UMNO/BN tunduk kepada desakan penganut agama Kristian di negara ini untuk membenarkannya menggunakan nama Allah
mtgbertam said...
terimakasih,
mana lebih baik komen berasaskan akal dengan hawa nafsu.
Mereka seorang ahli tetapi tidak praktik ilmunya.
Bukan setakat itu sahaja malah mereka juah agama dengan harga yang sedikit.
bagaimana dengan islam itu dari atas kebawah dan dari bawah keatas.
Inilah Islam yang ajar oleh Rasulullah SAW.
Islam itu "wahyu" bukan "ideologi" Tapi hari ini jelas sudah jadi ideologi atas sebab ulamak (yang dikatakan mengenai Islam)mengunapakai pendapat masing masing.
Yang sudah jelas ada nas Al Quran dan hadis mereka berusaha tungkus lumus supaya yang tak boleh(haram) dibolehkan (halal).
Bagaimana pula yang ahli telah menyelewengkan agama Allah yang boleh dikatakan tak boleh dan tak boleh dikatakan boleh.
Bolehkah kita serah bulat bulat kepada yang ahli yang tidak praktik ilmunya.
tiada sebarang erti jika ada ilmu tak pakai ilmu sebaliknya pakai hawa nafsu.
Ape susahnye ikut saja cara swiss...adakan referendum. Bukan ke ini caranya demokrasi, hak asasi manusia, kepentingan gulugan minoriti berkerja mengikut pendekatan barat.....
tak payah tengok jauh tengok anak sendiri cukup atau tengok diri sendiri cukup. solat tak kita. cuba tengok bab solatpun dah ada perbezaan dimana kenapa tak kekalkan perkataan solat disekolah kita didewan bahasa dan pustaka. kenapa nak letak jadi sembahyang, sebab orang bukan islam pun ada sebut sembahyang. sampaikan ada kedai jual peralatan sembahyang.
tapi allhamdulillah saya setakat ini dapat menerangkan apa yang patut untuk anak saya, akan datang tak tahulah, sebab itu kita nak atau tak nak kena tubuhkan sebuah negara islam dimana kita melaksanakan undang-undang islam.
tak kisah parti mana sekalipun yang penting nak tubuhkan negara islam, kalau yang ada tak mahu kita tubuh parti baru, orang bukan melayu senang je nak tubuh parti baru inikan pula orang melayu yang empunya sejarah ditanah melayu takkan tak boleh. bab bahasa melayu nie pun satu kenapa nak ubah jadi bahasa malaysia.
Sdr Masih Keliru
Sdr kata, "Saya makin confuse bila berbagai pendapat dilontarkan di sini.Ada yg berhujah berdasarkan dalil ilmu, ada yang berilmu tapi terlalu emosi dan ramai juga yang tak tau apa benda yang dicakapkan. "
1. Emosi merupakan antara struktur nilai /value yang dipegang oleh ahli konservasi bangunan bersejarah (KBB) yang mempengaruhi usahanya mengkonservasikan bangunan bersejarah. Maknaya, tanpa ahli konservasi tempatan terbabit berpegang dan dipengaruhi oleh nilai emosinya, bangunan bersejarah tempatan seperti Sultan Abdul Samad, Central Market, Sekolah Victoria dsb tidak akan dikonservasikan. Lain2 struktur nilai KBB ialah budaya dan gunaan.
2. Jika kita analogikan usaha ahli konservasi tempatan terbabit mengkonservasikan banggunan2 bersejarah tersebut secara sinektiks dengan tindakan golongan umat Islam tempatan yang berusaha mempertahankan penggunaan nama Allah untuk agama Islam sahaja di negara ini, mereka, dari sudut KBB dianggap telah mempergunakan nilai emosinya untuk mengkonservasikan penggunaan nama Allah yang, padanya, merupakan kazanah umat Islam tempatan yang mereka perlu konservasikan seperti yang dilakukan terhadap bangunan2 bersejarah tempatan tersebut. Maksud saya, tidak salah, dari sudut KBB tersebut, untuk mereka beremosional sedemikian.
3. Bezanya, bengunan2 bersejarah tersebut boleh dilihat oleh sesiapa menggunakan pandangan mata dan akal, sedangkan dan sebaliknya, nama Allah yang hendak dikonservasikan itu hanya boleh dilihat menggunakan pandangan mata hati sahaja. Begitulah dengan hukum- hukum Allah.
Sdr abdullahngah
1. Maaf sdr, belum sempat saya respon terhadap komen balas sdr, sudah ada pembalas yang mengatakan komen sdr berasaskan akal semata2! Apa pulak respon sdr???????
2. Sdr kata, "Oleh kerana saudara saji ada sebut nama Dr Yusof Qardawi yang banyak buat fatwa melalui buku fatwanya yang ada pencanggah dengan sabda Nabi SAW.
Mengenai nyanyian yang dikategori pada tiga 1. Harus, 2. markrus 3. haram.
bermakna nyanyian itu harus, sedangkan Rasulullah SAW pernah berkata kepada Saidina Omar RA, "Wahai omar rupa rupanya syaitan lebih takutkan kau daripada Aku".
a) Kerana sdr telah berhujah menggunakan sabda Nabi SAW berbunyi, " "Wahai omar rupa rupanya syaitan lebih takutkan kau daripada Aku", sdr telah memberikan contoh apa yang dimaksudkan dalam dasar perundangan Islam - Masalih Mursalah sebagai ' tiada dalil Hadis atau Quran atau Ijmak atau quias yang terang dan jelas' yang,pada pendapat Dr Yusuf al-Qaradawi, mengharuskan ulamak moden/semasa melakukan ijtihad dalam perkara2 yang boleh diijtihadkan, demi menjaga kepentingan dan kemaslahatan umat Islam semasa.
b) Adakah jika umat Islam seperti sdr terus membahaskan fatwa/hukum nyanyian tersebut, ia boleh memajukan umat Melayu -Islam?
samb...
Manusia memang sewajar memanggil tuhan yang sebenar Allah. Ini juga membuktikan ajaran Islam yang memanggil tuhan ‘Allah’ itulah yang benar. Maka, tidak mengapa, bahkan sepatutnya semua manusia tanpa mengira agama menyatakan “Allah yang menciptakan alam”, “Allah yang menurunkan hujan”, “Allah menyuruh kita melakukan kebaikan” dan seumpamanya. Perkataan-perkataan itu benar. Adalah tidak wajar seorang muslim membantah apabila mendengar bukan muslim menyatakan perkara seperti itu. Bahkan al-Quran menyebut: (maksudnya) “Dan sesungguhnya jika engkau (Wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: “siapakah yang menurunkan hujan dari langit, lalu dia hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya?” sudah tentu mereka akan menjawab: “Allah”. Ucapkanlah (Wahai Muhammad): “Alhamdulillah” (sebagai bersyukur disebabkan pengakuan mereka yang demikian), bahkan kebanyakan mereka tidak menggunakan akal (untuk memahami tauhid) (Surah al-Ankabut ayat 63).
Jika mereka akur Allah adalah Tuhan sebenar, lalu mereka memanggilnya dalam ibadat mereka maka seorang muslim tidak boleh mengganggu urusan ibadah agama lain. Walaupun Islam mempertikaikan kesyirikan mereka, tetapi kebebasan beribadah adalah hak setiap agama.
Bukan muslim tidak boleh menggunakan nama Allah untuk penyebaran dakyah yang menghina Islam. Ini seperti mempersendakan Allah dalam sebaran kepada masyarakat Islam atau mempermain-mainkan nama Allah dalam tulisan, lukisan, filem dan seumpamanya seperti yang sering berlaku dalam masyarakat Barat.
Bukan muslim tidak boleh memputarbelitkan ajaran Islam dengan mempergunakan nama Allah sebagai umpan. Tindakan provokatif seperti itu wajar diambil tindakan tegas. Adalah menjadi prinsip kemanusiaan yang dipegang oleh Islam bahawa tiada siapa pun boleh memutar belitkan maksud ajaran pihak lain. Orang Islam juga tidak boleh memutarbelitkan ajaran agama lain.
Menyebut nama Allah dalam pergaulan antara muslim dan bukan muslim dengan cara yang hormat dan mengagungkan Allah seperti bukan muslim menyebut kepada muslim “semoga Allah merahmati kamu”, atau “semoga Allah memberi rezeki kepada kamu” adalah diizinkan. Bahkan itulah yang sepatutnya. Nabi s.a.w ketika membuat perjanjian dengan Quraish Mekah juga masing-masing menggunakan nama Allah seperti hadis Muslim: Sesungguhnya Quraish membuat perjanjian damai dengan Nabi s.a.w. Antara wakil Quraish ialah Suhail bin ‘Amr. Sabda Nabi s.a.w : barangkali aku boleh tulis Bismillahirrahmanirrahim. Kata Suhail: Adapun Bismillah (dengan nama Allah), maka kami tidak tahu apa itu Bismillahirrahmanirrahim. Maka tulislah apa yang kami tahu iaitu BismikalLahumma (dengan namaMu Ya Allah!)”.
Ini adalah beberapa cadangan saya mengenai hal ini untuk dijadikan garis panduan kepada rakyat Malaysia agar kita tidak merusuh disebabkan isu ini. Sebaliknya, hendaklah setiap pihak menghormati sensitiviti pihak yang lain.
p/s: Sekadar berkongsi pandangan tak apa tapi janganlah cepat meletak hukum jika ilmu agama nipis di dada.
rakyat tak bodoh.
assalamualaikum wbt....
1. kita harus sedar...isu ini tidak hanya sekadar isu agama sahaja...isu ini juga berkaitan dengan faktor politik da keadaan semasa negara juga....
2. berbicara dari sudut agama..Islam, kristian,yahudi dan beberapa agama lain didunia memiliki kesamaan...agama2 ini disebut juga agama langit atau agama ibrahim...kepercayaan ini berlandaskan adanya Pencipta yang Maha Kuasa dan diturunkan kepada manusia melalui pesuruhNya (nabi, rasul etc)
3. Islam mempercayai Allah, Kristian dengan Trinitynya dan Yahudi dengan Yahwehnya..seperti juga Islam dengan masjid, Kristian dengan gereja dan sebagainya....
4. Tidak ada masjid Islam dan masjid Kristian..yang ada masjid dan gereja..tidak ada Quran Islam dan Quran Kristian..yang ada cuma Quran dan Injil....
5. Di arab...Tuhan disebut juga dengan Allah...tetapi dari segi pengertiannya berbeza...di Malaysia Tuhan adalah Tuhan dan tidak relevan sekiranya umat Kristian ingin memakai istilah Allah kerana kepercayaan mereka kepada Trinity...
6. Sekiranya hal ini tidak diatasi dengan baik..akan terjadi kesalahfahaman di kedua2 pihak yang dapat mencetuskan perbalahan kaum di Malaysia..
7. dari segi politik pula...hal ini tidak akan menjadi sebesar hari ini sekirnya kerajaan kuat dan memahami isu sebenar di sebalik hal yg terjadi...
8. menurut pendapat saya, isu ini lebih dari isu agama..ini lebih kepada test power seperti isu hak keistimewaan orang melayu, isu Raja2 melayu, isu kuil dan sebagainya yang tiba2 meriah akhir2 ini setelah kerajaan menjadi begitu lemah dan orang melayu tidak bersatu...
9. UMNO, PAS dan unsur Melayu-Islam PKR harus bersatu dan membawa satu kata berkaitan isu ini...
10 kita dapat lihat meskipun hal sesensitif ini masih gagal menyatukan org melayu...masih ada individu melayu dengan kedudukan tinggi mengutamakan pendapat peribadi dari pendapat umat melayu dan Islam seluruhnya...
11. adalah lebih baik sekiranya isu ini diputuskan oleh mereka yang lebih mengetahui dan berhak seperti majlis Raja2, ulama, ketua2 agama dan sebagainya...
wallahualam..
H.A.P.R.A.K
Dari DAKJ....
Kita bukan negara sekular. Islam termaktub dalam Perlembagaan sebagai Agama Persekutuan (Malaysia) walaupun kebebasan penganut agama-agama lain mengamalkan agama mereka adalah dilindungi.
Tetapi agama-agama ini dilarang menyebarkan ajaran mereka di kalangan orang Islam. (Untuk mengelakkan kekeliruan, maka di dalam Kad Pengenalan dan Surat Beranak diwajibkan dinyatakan kaum dan agama.);
p/s..baca ni elok2 dan fahamkan...jangan terlalu taksub dengan human right sahaja..Islam di Malaysia dilindungi dengan perjanjian dan Undang2...jangan samakan negara/tempat kita dengan punya orang lain..wassalam
H.A.P.R.A.K
Sdr Mohd Paizal,
1. Saya pun kebelakangan ini guna istilah solat. Tapi ada kawan yanag ketawa bila saya guna istilah itu. Mereka kata apa beza atau kurangnya sembahyang;
2. Saya mula guna solat bila ramai orang Melayu (Indonsia) yang kata dia handak pergi sembahyang. Bila saya tanya masjid mana atau surau mana, mereka jawab: Gereja Katolik pak;
3. Bukan semua yang muka Melayu (macam di Indonesia, Filipina dan Siam) beragama Islam;
4. Pekerja saya pun selalu minta cuti kerana hendak pergi sembahyang. Tapi mereka pergi sembahyang di gereja, ada di kuil Hindu dan Buddha atau atas kubur dan bawah pokok besar;
5. Lagi pun, bila kita mengembara ke luar negara, orang tak faham sembahyang. Mereka lebih faham prayer atau yang Muslim, solat.
6. Jadi saya pun lebih selesa guna istilah solat.
7.Macamlah dengan Tuhan dan Allah. Pada fahaman saya, Tuhan untuk semua yang ada Tuhan, tetapi Allah adalah Tuhan orang Islam.
Maaf cakap dan terima kasih.
Salam Dato'
Tiba-tiba sahaja UMNO nak menjadi juara dalam isu penggunaan kalimah Allah ini.
pesanan saya kepada pemimpin-pemimpin UMNO,kalau nak cakap soal Islam,tutup aurat dulu bagi wanita dan puteri UMNO,jangan rasuah dan amalkan politik kotor serta politik dosa.laksanakan hudud dan berhentilah berfahaman kebangsaan.
kenapa bangga sangat jadi Melayu?apa guna bangga jadi Melayu kalau tidak solat,rasuah,judi dan terlibat dengan maksiat?Apakah Melayu bangsa pilihan Allah?apakah Melayu dijamin oleh Allah masuk syurga dulu?
fikir-fikirkan
Salam semua.
Dato Kadir, berikut adalah pengenalan kpd kiriman saya pd 1.23am. Mungkin dato terdelete kot. Saya cuma nak berkongsi pandangan pembahas dgn salah seorg ahli agama di negara ini.
ISU NAMA ALLAH: Garis Panduan Penggunaan Nama Allah Oleh Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin
Seperti mana yang saya sebutkan dalam artikel saya pada tahun 2007 yang bertajuk “Beza Antara Merebut Nama Allah Dan Mempertahankan Akidah” bahawa isu ini lebih bersifat tempatan atau keselamatan setempat, bukan membabitkan larangan secara khusus dari nas-nas Islam. Harap kenyataan ini dibaca bersama dengan artikel tersebut.
Kristian Arab dan juga musyrikin Mekah dahulu juga menyebut Allah sebagai Tuhan. Nas-nas al-Quran dan al-Sunnah tidak membantah hal tersebut. Namun dalam konteks Malaysia, perkara ini agak baru. Ia menimbulkan kegusaran terutama disebabkan berbagai persoalan yang timbul, antaranya apakah maksud yang terselindung di sebalik tuntutan ini?!
Juga di pihak umat Islam sendiri, pendidikan akidah Islam tidak ditekankan secara yang sepatutnya. Kita lebih banyak menumpulkan soal fekah sehingga melupai pokok yang lebih penting iaitu akidah. Inilah sebabnya ramai orang melayu sekalipun bersolat, ada yang mudah terpengaruh dengan khurafat, bomoh, tahyul dan seumpamanya.
Jika kita jelas dalam persoalan akidah, tentu unsur-unsur seperti itu, pengaruh kristianisasi, unsur-unsur agama lain tidak dapat mengelirukan akidah dan pemikiran umat. Isu nama Allah ini sepatutnya menyedarkan kita keperluan menegaskan soal akidah dan batas-batas iman dan kufur.
Untuk mengelakkan ketegangan yang tidak baik untuk negara dan kehidupan masyarakat yang berbilang agama dan kaum, maka saya sekadar mencadangkan beberapa pekara berikut sebagai garis panduan yang patut diambil perhatian oleh pihak kerajaan;
Nama Allah tidak boleh dipanggil melainkan hanya kepada tuhan yang sebenar. Maka dengan itu tiada pihak yang boleh menamakan sekutu-sekutu Allah yang didakwa oleh manusia sebagai tuhan atau perantara tuhan sebagai Allah. Ini seperti memanggil berhala, atau batu, atau patung, atau manusia dengan panggilan Allah. Jika ini berlaku, muslim memang wajar menentang dan membantah. Musyrikin Quraish yang memanggil tuhan sebenar Allah tetapi mensyirikkanNya, pun begitu tidak menamakan berhala mereka dengan nama Allah, sebaliknya menamakan berhala-berhala mereka dengan panggilan al-Lata, al-‘Uzza, Manat dan seumpamanya.
p/s: Sebaiknya isu ini hendaklah diselesaikan dgn bijaksana dan professional oleh jemaah mufti2 serta ahli2 agama dlm negara ini. Peranan majlis fatwa negara mesti bertindak mengikut ajaran islam termaktub dlm kitab al-quran bkn berdasarkan sentimen perasaan manusia. Utk mengelakkan rusuhan kaum dan agama akibat dikuasai emosi.
Terima kasih dato krn memberi ruang.
Dikirimkan oleh rakyat tak bodoh.
Sdr H.A.R.P.A.K.
Sdr kata, "Kita bukan negara sekular. Islam termaktub dalam Perlembagaan sebagai Agama Persekutuan (Malaysia) walaupun kebebasan penganut agama-agama lain mengamalkan agama mereka adalah dilindungi."
Betulke? Maksud saya, cukupkah dengan adanya perlembagaan tersebut kita bukan negara sekular atau Malaysia negara Islam?
Tampalan Dato' AKJ kali ini dapat ulasan bukan sahaja ramai bahkan panjang lebar pula. Ada yang setuju, ada yang tak setuju Kristian guna nama Allah.
Pendirian saya, memang sekali-kali tidak setuju Kristian guna nama Allah.
Bagi saya, mereka yang singgah memberi komen di sini mengenai isu ini adalah orang yang ada fikrah agama daripada cebisan iman. Alhamdulillah. Dan bagi saya kita sepatutnya berlapang dada dengan hujah-hujah yang dikemukakan kerana masing-masing ada hujah yang kuat dan rujukan yang kuat.
Ada yang mengatakan kalau kita yakin dengan Islam, kenapa perlu takut Kristian guna? Apa yang kita bincang sekarang adalah mengenai Konsep Ketuhanan atau Ilmu Tauhid. Dan kita berfikir apakah natijahnya kepada masyarakat Islam Malaysia secara umum, bukannya kepada sekelompok muslim sahaja. Kalau kita rujuk kepada sekelompok Muslim yang "kaki Masjid", insyaAllah kita tak bimbang sangat. Tapi masyarakat kita hari ini terdiri daripada macam-macam jenis kaki lagi, "kaki botol", "kaki betina" "kaki ayam" dll. Dan kaki kaki apa sekalipun, mereka masih Islam, masih mengucap dua kalimah shahadah, dan pintu taubat masih terbuka luas untuk mereka. Maka, menjadi tanggung jawab pemerintah untuk menjaga agama umat Islam daripada terus ternoda dan tergelincir dari akidah sebenar.
Dengan itu, Kristian guna nama Allah lebih lebih memberi kemudharatan.
Ada juga pembahas yang merujuk kepada ahli kitab. Setahu saya, ahli kitab adalah mereka yang beramal sebelum kedatangan Rasulullah saw, dengan Kitab Taurat dan Kitab Injil yang asal, dalam bahasa asal, yang asli , yang tiada pengubahsuaiannya. Mereka sebelum Nabi Muhammad saw adalah ahli agama yang benar-benar beriman kepada Allah swt. Selepas Nabi Muhammad datang, mereka menafikan Muhammad saw sebagai Rasul dan mengubah kandungan Taurat dan Injil. Taurat diubah Yahudi jadi Kitab Talmoud,dan injil terlalu banyak diubah. Semua ini telah dinyatakan oleh Allah swt dalam Al-Quran. JADI HARI INI, MASIH ADA LAGIKAH AHLI KITAB YANG BERAMAL DENGAN TAURAT DAN INJIL YANG ASAL?
Al-Baqarah Ayat 146: Orang-orang (Yahudi dan nasrani) yang telah Kami beri Al Kitab (Taurat dan Injil) mengenal Muhammad seperti mereka mengenal anak-anaknya sendiri. Dan sesungguhnya sebahagian di antara mereka menyembunyikan kebenaran, padahal mereka mengetahui.
Ada juga pembahas yang merujuk kepada Kitab Injil sebagai hujah. Sewaktu umar mula-mula masuk Islam, Umar masih lagi membaca Taurat dan merujuk kitab Taurat dalam beberapa hal. Apabila Nabi Muhammad saw mengetahuinya, Muhammad saw berkata kpd Umar, sekiranya Musa as masih hidup hari ini dan engkau mengikut Musa, nescaya engkau akan sesat!
Umar baca Taurat yang belum diubah, hari ni Taurat dan Injil semua dah diubah! Jadi, tak perlulah kita cari sumber lain selain al-Quran dan Al-Hadis sebagai rujukan.
Ahmad Deedat mengkaji Injil bukan untuk dapat Ilmu dari Injil tetapi mengupas Injil dengan Al-Quran untuk membuktikan Injil itu bukan Injil yang asal, UNTUK MEMBUKTIKAN INJIL ITU BUKAN LAGI FIRMAN ALLAH SWT. Salah satu Hujah Deedat Injil bukan Firman Allah swt (
seperti yang didakwa Kristian) adalah kisah Nabi Lut dan dua puterinya dan dibanding nya kisah tersebut dalam Al-Quran.
Jadi tak usahlah kita rujuk TAurat dan Injil yang terlalu banyak pengubahsuaiannya dari yang asal. Berpegang teguh lah kepada Al-Quran dan Al-HAdis, nescaya kita tak kan sesat selama-lamanya, InsyaAllah.
Salam semua,
Ni petikan dari Harakah sendiri..maklumlah kalo dari akhbar lain depa tuduh berat sebelah.. petikan penuh sila klik posting saya sebelum ini.
"KOTA BHARU, 3 Jan: Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melahirkan kebimbangan penggunaan perkataan Allah disalahgunakan biarpun tidak salah untuk diguna kesemua agama samawi.
Menteri Besar Kelantan itu melahirkan rasa bimbang kalimah Allah kemungkinan disalahgunakan oleh pihak-pihak tertentu.
Beliau berkata, biar pun penggunaan kalimah Allah mengikut hukum (?) bagi pengamal agama Samawi (?), ia tidak menjadi satu kesalahan.(?)"
Tidak menjadi satu kesalahan? Ikut hukum? Siapa yg menghukum? Masih tak nampak apa yg salah? Merestui syirik tak salah tuan2 guru al-serbani?
Isu ni bukan sekadar kepada keputusan mahkamah itu, ttp lebih kepada pegangan akidah terutama yg beserban, berjubah & berketayap ini yg lazimnya meletakkan diri mereka lebih Islam dari org lain. Bicara mereka menyesatkan dan memecah belahkan umat Islam sendiri..itu jauh lebih bahaya dari isu keputusan mahkamah itu sendiri.
Saya tengok puak2 ni petik byk ayat2 al-Quran tetapi mereka lupa petik surah yg paling penting, pendek & lengkap.menerangkan ttg perihal Allah s.w.t. iaitu SURAH AL-IKHLAS!, tak perlulah putar alam sedunia jika paksi & putaran berubah-ubah.
(Al-Ikhlas, 112: 1-4)
1. Katakanlah: "Dia-lah Allah, Yang Maha Esa,
2. Allah adalah Tuhan yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu.
3. Dia tiada beranak dan tiada pula diperanakkan,
4. dan tidak ada seorangpun yang setara dengan Dia".
Persoalan utama (tak banyak, 3 shj.):
(1) Apakah Tuan2 Guru ini semua merestui konsep persekutuan 3 dlm 1 (syirik) ke atas Allah s.w.t?? Sila jawab.
(2) Sebutkan nama agama2 Samawi yg masih mengikut ajaran asal & tidak mensyirikkan Allah? Sila Jawab.
(3) Jika ada Tuhan yg bebeza sifat dari Allah yg tersebut didalam al-Ikhlas, adakah Tuhan itu selayaknya dipanggil Allah? Sila jawab.
Soalan mudah, jawapannya pun patut mudah & komprehansif..ttp depa ni biasanya akan putar alam dgn liuk mantra sastera & fakta tak koheren utk menegak benang yg basah..tak caya? kita tunggu & lihat lagu mana depa nak damage control. terlajak perahu boleh undur, terlajak roket ke bulan? :)
Sila baca artikel ini.. klik sini untuk artikel penuh.
By Michelle Vu,Christian Post Reporter, www.christianpost.com :
One of America’s pre-eminent evangelicals is challenging the advice of a retiring Roman Catholic Bishop in the Netherlands who has raised eyebrows worldwide by suggesting Dutch Christians pray to “Allah.”
Dr. R. Albert Mohler, Jr., president of The Southern Baptist Theological Seminary, argues that it is inappropriate for Christians to call God Allah based on irreconcilable theological differences associated with the name Allah and core Christian beliefs.
Jadi, apa pandangan anda semua tentang 'kehebatan' Tuan2 Guru PAS ini?? Memang sungguh ada UMMPH..mereka jauh lebih hebat dari pemimpin Kristian sendiri yg menolak penggunaan nama Allah kerana perbezaan konsep theologi (ketuhanan). Dahulu memang saya respek pemimpin2 PAS ni ttp dah teserlah tuan2 guru 'ularmak' ni semua hanyalah oportunis politik semata-mata. Allah s.w.t nak tunjuk kot.
Bila bangga berbicara menepuk dada, jangan lupa tanya iman! Ketahuilah akan beratnya hukum syirik apatah lg mereka2 yg merestui syirik ke atas Allah s.w.t.
Mana mereka nak bawa terjun dgn labu2 mereka? Pengikut2 fanatik mereka dah tentu awal2 lg dah selam sebelum disuruh terjun pun. mcm biasa lah..jadi, ada sesiapa lg dikalangan mereka yg mahu tampil membela idola pujaan? Pemimpin ada 'ummph', pengikut fanatik pula mcm 'ummpa-loompa'.
("/)
iskandar zulkarnain tulis:kenapa bangga sangat jadi Melayu?kalau seorang melayu tidak berbangga sebagai seorang melayu,bangsa mana pula yg akan membanggakan bangsa melayu dan sebagai bangsa apa pula hendak dianggap dirinya?
apa guna bangga jadi Melayu kalau tidak solat,rasuah,judi dan terlibat dengan maksiat?apakah seorang melayu yg melakukan segala macam kemungkaran menjadikan ia seorang yg bukan berbangsa melayu dan apakah setelah melakukan segala macam kemungkaran akan tiada lagi jalan untuk seseorang kembali bertaubat?
Apakah Melayu bangsa pilihan Allah? satu soalan yg tidak berasas kerana adakah sesiapa yg pernah mengatakan bahawa melayu adalah bangsa pilihan allah?
apakah Melayu dijamin oleh Allah masuk syurga dulu?juga satu soalan yg tidak ilmiah kerana adakah sesiapa pernah mengatakan bahawa melayu dijamin oleh allah masuk syurga dulu?
Dear DAKJ,
Setelah saya meneliti pelbagai komen yang telah dikemukakan berkaitan dengan penggunaan kalimah Allah dalam pelbagai media, termasuk internet, maka dapat saya buat kesimpulan bahawa sebahagian daripada masyarakat kita cetek pengetahuan ugama dan sempit pemikiran mereka.Cuba kita perhatikan fakta-fakta yang saya berikan ini:
(1) Nabi Mohammad dilahirkan dalam masyarakat Arab yang berpegang kepada kepercayaan tuhan yang mereka sebut Allah itu satu, tetapi pada masa yang sama mereka menyekutukanNya dengan patung-patung berhala mereka. Mereka telah melakukan syirik lalu digelar Musyrikin dalam AlQuran.Jenuhlah Nabi kita berjuang bagi mentauhidkan Allah yang telah dicemari oleh kaum musyrikin.
(2) Majoriti penganut-penganut Kristian selepas pemerintahan Roman Emperor Constantine yang telah mengadakan Persidangan Nicea dalam Kurun Ketiga AD,( di mana telah dikumpulkan semua ulama-ulama dan pembesar-pembesar Kristian untuk menentukan doktrin dan halatuju umat Kristian, di mana persidangan itu telah meng'adopt'doktrin Trinity sebagai teras pokok doktrin ugama Kristian walaupun ditentang oleh segolongan kecil pengikut-pengikut Arius yang memegang kepada doktrin Tuhan itu satu) hinggalah sekarang percaya tuhan mereka satu, tetapi tuhan ini juga berkongsi status dengan dua entiti yang lain (konsep The Holy Father, the Holy son and the Holy Ghost).Jadi analoginya mereka juga serupa Musyrikin.
(3) Ada seorang professor comparative religion memberitahu saya bahawa penganut-penganut ugama Hindu pun percaya bahawa tuhan mereka satu (Lord Brahman), tetapi pada masa yang sama, mereka percaya tuhan ini berkongsi kuasa atau mewakilkan kuasanya kepada bermacam-macam dewa-dewa kecil yang digambarkan melalui patung-patung mereka. Satu lagi golongan yang macam musyrikin.
(4) Kalau kita bertanya dengan Orang-orang Asli yang animist, mereka akan berkata mereka percaya kepada satu kuasa yang kita tidak dapat lihat. Ada Orang-orang Asli yang menggelarkan kuasa ini Allah (mungkin pengaruh orang-orang Melayu).Namun begitu orang-orang Asli ini juga percaya kepada semangat-semangat yang ada pada tiap-tiap flora dan fauna yang ada dalam hutan. Nampak serupa muysrikin juga orang-orang Asli ini.
(5) Di kalangan umat Islam pun. kalau kita analisakan, ada sebahagian daripada kita walaupun menyembah Allah sebagai tuhan yang satu, tetapi tanpa disedari dari segi amalannya nampak seolah-olah melihat benda-benda dan makhluk-makhluk lain termasuk manusia dan wang bukan sahaja sama kuasa malahan lebih berkuasa dari Tuhan yang satu yang disembah. Kepada saya inilah golongan psedo-musyrikin.
Jadi sebagai kesimpulannya, bolehlah dirumuskan bahawa sebenarnya majoriti besar manusia di dunia ini ( tolak orang-orang atheist dan agnostic) percaya kepada hakikat bahawa hanya ada satu Tuhan ( ada manusia sebut Allah (orang Sikh pun sebut Allah), ada yang sebut Lord Jesus- dalam situasi Jesus menjelma jadi tuhan seperti mengikut doktrin mereka, Yahweh atau Elohim atau Lord Brahman). Yang membezakan di antara mereka ini ialah , sementara satu golongan berpegang kepada doktrin bahawa Tuhan yang satu ini tidak ada rakan kongsinya, satu golongan yang lain itu berpegang kepada doktrin yang sebaliknya di mana mereka mempersekutukanya dengan benda-benda dan makhluk-makhluk lain. Wallahu Waalam. I stand to be corrected.
assalamualaikum wbt....
sdr saji...saudara berkata "Betulke? Maksud saya, cukupkah dengan adanya perlembagaan tersebut kita bukan negara sekular atau Malaysia negara Islam?"
1. saudara yg dihormati..itu adalah cut n paste dari ulasan DAKJ dan bukannya dari saya (sekadar pembetulan). tetapi saya bersetuju dgn ulasan tersebut...
2. saudara..saya akui kita bukan negara yang sempurna Islamnya dan lengkap untuk dinafikan sebagai negara sekular...
3. saudara, menurut saya..kita adalah negara yg berada di persimpangan jalan....
4. kita diajarkan tauhid,sunnah,akhlak sejak berkurun lalu dan kita juga dijajah beratus tahun oleh mereka yg berjuang utk gereja dan ini meninggalkan kita pilihan yg berat....
5. kita bukan negara islam terbaik..mungkin kita hanya negara dengan majoriti org islam...mungkin dengan adanya kasino,pusat2 perjudian, penjualan alkohol secara bebas, sistem undang2 berbasiskan penjajah, sistem bank yg masih ada ribanya dan sbgnya membuatkan kita malu mengaku sbg negara islam..
6. tapi sekularkah kita dengan sistem sekolah pondok yg lebih moden dan teratur, undang2 syariah, sistem ekonomi syariah yg antara plg utama di dunia, keistimewaan2 agama islam dan penganutnya di malaysia dan sbgnya...
7. org islam di luar menyanjung kita suatu masa dahulu kerana kita mati2 mempertahankan muslim di luar malaysia...kita membangunkan bangunan tertinggi dunia dengan senibina Islam..kita membangunkan sistem syariah dan mengembangkannya dengan baik dan antara yg terpenting di dunia..kita berani menyanggah helah barat dengan senjata human rightnya mereka dan sbgnya...
8. menurut saya..kita bukan sekular,bukan jugak negara islam terbaik...kita di persimpangan..hari ini,kita yg memilih kemana kita seterusnya...
9. apa2pun saudara..saya berbangga dengan negara saya dan saya juga berbangga apa yg telah dilakukan negara saya utk menegakkan kalimah Allah di muka bumi...
10. apa2pun saudara, bersyukur bukan maksud puas...masih byk yg harus kita lakukan dan dimantapkan utk menjadikan malaysia negara yg baik bg muslim dan non.muslim dan pastinya dengan menjungjung tinggi perintah Allah..
wallahualam
H.A.P.R.A.K
Tuk,
Sdr Iskandar (Handsome gambar tu),
I think you got mixed up between Melayu, Islam and UMNO. Let me explain, Melayu is race, Islam is religion and UMNO is party politic. Same like PAS and PKR, a party politic. Unfortunately your comment didn't address the issue that we discuss here. What we discuss here:
1. Is there still 'ahli kitab' as described in the Holy Quran today ?. Can you verify this please.
2. Father, Son and Holy Spirit. Which God that this refer to ?.
3. All Christian friends prefer English to Bahasa Melayu and read Bible in English. In fact they are very proud with their proficiency in International language. Why should they read risalah dalam Bahasa Melayu ?.Sila baca yang tersirat.
Happened to be UMNO is championing this issue and strike a common chord with very many majority Muslim voters. Happened to be Muslim in Malaysia is Malay. Happened to be the same Muslim voters also oppose corruption and abuse. Happened to be the same Muslim voters also are pious Muslim men and women. Happened to be the same Muslim voters also buat bising pasal isu ni.
And for now they leave the politic out and fight a common cause. Salah ke Sdr Iskandar ?. I think your comment to put mildly, a bit racist toward me, as I was born Muslim and Malay in Malaysia.
Just like some PKR and PAS leaders, you missed the point. Probably PKR and PAS will also "miss" the next election victory.
Anonymous (2)
Saudara Shah,
Setuju dengan pendapat Saudara, tapi tak setuju dengan perkara no.5....Di kalangan Umat Islam.....psedo-musyrikin.
Mengapa Pseudo-musyrikin?
Kalau dah disebut..."sama kuasa malahan lebih berkuasa dari Tuhan yang satu yang disembah", maknanya SYIRIK QUBRA, sama dengan no.1 hingga no.4 yang lain!
(5) Di kalangan umat Islam pun. kalau kita analisakan, ada sebahagian daripada kita walaupun menyembah Allah sebagai tuhan yang satu, tetapi tanpa disedari dari segi amalannya nampak seolah-olah melihat benda-benda dan makhluk-makhluk lain termasuk manusia dan wang bukan sahaja sama kuasa malahan lebih berkuasa dari Tuhan yang satu yang disembah. Kepada saya inilah golongan psedo-musyrikin.
Saudara seorang yang hebat, kerana mengkaji,meneliti serta berfikir sebelum membuat rumusan/kesimpulan, dan saya nampak tiada unsur-unsur emosi dalam berhujah!
Dear DAKJ,
This will be my last comment on the issue of the use of the word 'Allah'.
(1) Seperti yang saya sebut sebelum ini, masyarakat Arab jahiliyyah di Mekah semasa Nabi Muhammad dilahirkan dipanggil Musyrikin, kerana walaupun mereka percaya kepada Tuhan yang satu yang mereka panggil Allah, tetapi mereka juga mempersekutukanNya dengan patung-patung Latta, Uza dan pelbagai lagi.Salah satu tugas utama Nabi ketika itu ialah mengembalikan kepercayaan masyarakat Arab bahawa Allah sebenarnya adalah satu, esa iaitu mentauhidkan Allah yang telah dcemari statusnya oleh masyarakat pada masa itu. Setahu saya (harap mana-mana ustaz boleh betulkan)tidak pernah Nabi beritahu orang-orang musyrikin Mekah ' hei! kau orang tak boleh gunakan kalimah Allah lagi sebab kalimah itu khas untuk kami, orang-orang Arab Islam!'Malahan terhadap orang-orang Arab Kristian pun (yang juga menggunakan kalimah Allah bagi Tuhan mereka)Nabi berusaha untuk memperbetulkan kepercayaan mereka yang Allah itu berkongsi dengan tiga makhluk lain dan Allah itu beranak ( Qul Huallahu Ahad dan seterusnya). Saya juga rasa Nabi tidak larang orang-orang Nasrani jangan guna kalimah Allah itu.
Kita orang-orang Islam diajar supaya berpegang kepada AlQuran dan Sunnah Nabi dalam semua aspek kehidupan kita.Jadi dalam isu yang sedang berlaku sekarang, kenapa tidak mahu berpandu kepada Sunnah Nabi? Malahan apa yang kita hendak buat seolah-olah melebihi apa yang Nabi buat. Ini sudah tak betul!
(2) Satu lagi hal, kita semua sudah maklum bahawa ramai rasul-rasul dan nabi yang Allah angkat menjadi rasul dan nabi datang dari keturunan nabi Ishak yang kemudian digolongkan sebagai bani Israel (harap betulkan saya jika silap).Di antara mereka ialah Nabi Musa ,Nabi Yahya,Nabi Yaakub, Nabi Sulaiman, Nabi Daud dan lain-lain.Olehkerana mereka dari keturunan bani Israel sudah tentulah bahasa yang mereka gunakan adalah bahasa yang dipakai oleh bani Israel ini iaitu Hebrew, mungkin Hebrew kunu seperti Aramaic. Kalau bolehlah, saya hendak dapat kepastian dari ustaz-ustaz apakah agaknya kalimah yang mereka gunakan untuk Tuhan yang satu yang mereka sembah.Tidak mungkin Allah kerana mereka bukan bangsa Arab. It is by the Grace of Allah that the last prophet was raised amongst the Arabs, so the God yang kita mengabdikan diri kita sebut Allah. Katakan Allah mengangkat Nabi yang terakhir di kalangan orang-orang India yang menggunakan bahasa sanskrit,
mungkin atau tidak Tuhan yang satu itu disebut Dewata? Wallahu Waalam.
Salam Datuk AKJ
Depa mintak kebenaran guna istilah Allah untuk penerbitan dalam bahasa Melayunya sahaja. Depa tak kata pun depa mahu gunakan istilah Allah untuk keseluruhan penerbitannya iaitu dalam bahasa Inggeris, Cina dan lain-lain. Tersirat di situ, bahawa mereka bukan mahu bertuhankan Allah tetapi hanya nak guna istilah itu untuk edisi bahasa Melayu semata-mata. Apa tujuan selanjutnya, tidak lain dan tidak bukan untuk kelirukan orang Melayu yang baca penerbitan mereka. Jadi ulasan-ulasan yang kata memang istilah Allah itu digunakan oleh agama-agama samawi yang lain itu betul tetapi dalam kes di Malaysia, istilah Allah yang mereka mahu gunakan terhad kepada aspek bahasa semata-mata dan bukan pengertian keagamaannya. Secara peribadi, saya sendiri tidak begitu ambil peduli kerana saya sendiri biasa baca Herald ini semasa di IPT tetapi alhamdulillah tidak sedikit pun menjejaskan iman saya. Walau bagaimanapun bagi kepentingan umum, saya berpendirian, pihak kristian yang membuat tuntutan ini adalah bersikap melampau. Harus dipertimbangkan bahawa bukan semua kumpulan kristian yang menyokong pihak ini. Berbalik kepada istilah Allah, diharap pada peringkat rayuan nanti, dikemukakanlah keterangan oleh pakar bahasa Melayu tentang pengertian istilah Allah dalam bahasa Melayu itu sendiri. Kita bukan bincang tentang bahasa Arab atau Ibrani atau Latin atau sebagainya kerana permohonan mereka hanya berkaitan dengan bahasa Melayu sahaja. Sedang dalam bahasa Inggeris pun mereka tidak mahu guna istilah Allah. Saya kurang faham kenapa pada peringkat perbicaraan, peguam kita yang kononnya handal itu langsung tidak mengemukakan hujah berasaskan bahasa Melayu sedangkan itulah perkara pokok yang perlu diberikan tumpuan. Kalau mereka tidak hadkan istilah Allah untuk edisi berbahasa Melayu, bolehlah kita katakan mereka mahu membuat pembaharuan macam Martin Luther. Ini jelas dan nyata bahawa tujuannya semata-mata mahu mencetuskan kekeliruan di kalangan umat Islam yang menggunakan bahasa Melayu. Pendirian PAS yang menyokong itu pun nampak macam tidak ambil kira bahawa gereja berkenaan cuma mahu guna istilah Allah untuk edisi Melayu sahaja. Kalau mereka nak terbit Herald dalam bahasa Arab dan gunakan istilah Allah, tak payahlah orang Melayu ambil pusing.
salam Datuk,
saya setuju dgn ulasan ustaz Zaharuddin http://www.zaharuddin.net/bahasa-articles/larangan-kristian-guna-nama-allah-ulasan-ringkas.html
Demi utk menjaga kebaikan semua umat islam, hujah utk tidak membenarkan kalimah "Allah" digunakan oleh ugama lain sepatutnya disokong oleh semua umat islam di Malaysia. Ini mengambilkira mencegah lebih baik sebelum yang buruk akan terjadi nanti.
Saya yang bekerja di Saudi hampir 3 tahun disini mendapati Kerajaan amat sensitif terhadap kemasukan Budaya Barat menyerap ...contohnya larangan meraikan sambutan Tahun Baru Masihi dan Valentine.
Sekali lagi diharapkan Kerajaan menggunakan kebijaksaan semoga larangan menggunakan Kalimah ini tercapai. Sepatutnya Kerajaan mengatasi masallah ini dari awal lagi. Dan saya percaya jika PM pada waktu ni Dr. M, kita mungkin tidak melihat masalah ni semua kerana Dr. M begitu teliti dalam soal2 keselamatan negara.
Jazakallah Khir
Abha Saudi
Post a Comment