Sunday, January 16, 2011

Perdana Menteri Wanita: Kenapa Isteri PM Tak Boleh?

A Kadir Jasin

[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

LATEST, 28 Jan -- The directory page of the Prime Minister's Office website carrying information on a mysterious and much debated "FLOM division", has been removed.



That division has been the subject of widespread ridicule on blogs and various online forums, all unanimously agreed that the acronym stands for "First Lady of Malaysia".


Some bloggers argued that the listing on the directory shows that it is a full-fledged division in the PMO meant to serve Rosmah Mansor, wife of Prime Minister Najib Abdul Razak. -- Malaysiakini



[MUTAKHIR, 22 Jan.] - Terima kasih kerana terus berbincang. Berita berikut boleh dianggap sebagai jawapan rasmi kepada beberapa hal yang kita bangkitkan dalam tajuk ini.


Lawatan Rosmah Mengikut Peraturan - Rais Yatim

KUALA LUMPUR, 21 Jan (Bernama) -- Pihak yang mengkiritik lawatan rasmi isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor ke luar negara tidak faham dengan peraturan yang telah diperuntukan oleh kerajaan.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata lawatan isteri Perdana Menteri itu ke Arab Saudi, Oman dan Bangladesh baru-baru ini dibenarkan mengikut Peraturan Etika Anggota Pentadbiran 1988/1999 yang diputuskan oleh Kabinet.

Mengikut Perkara 1180A di bawah peraturan itu, seseorang isteri anggota pentabiran dibenarkan untuk mewakili seseorang suami atau membuat lawatan ke luar negara atas urusan rasmi berkaitan sesuatu aspek atau perkara asalkan tidak bercanggah dengan kerja rasmi dan urusan kementerian atau menteri berkenaan.

Rais berkata demikian bagi membidas tindakan sesetengah pihak yang mempertikaikan lawatan anggota Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti) yang diketuai oleh isteri Perdana Menteri ke tiga buah negara itu.

"Teguran ini bangkit dari rasa politik jahat yang pada akhir-akhir ini dengan apa yang dibuat oleh kerajaan dibangkang dan pembangkang gemar memperli, memperkecilkan dan memfitnah orang-orang yang berkenaan," katanya pada sidang media di sini.

Rais juga berkata terdapat pihak-pihak, terutama pembangkang, yang tidak mengetahui alur serta peraturan pentadbiran negara dengan menganggapnya sebagai sesuatu di luar keadaan yang dibenarkan.

Menyentuh mengenai lawatan ke Oman atas jemputan kerajaan negara itu, Rais berkata Rosmah hanya menjalankan tugas sebagai seorang wanita yang prihatin terhadap pendidikan anak-anak, orang kurang upaya, aspek pendidikan dan hubungan antara wanita yang sememangnya digalakkan.

"Beliau (Rosmah) harus memainkan peranan untuk membantu negara dan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) dalam kerja-kerja sampingan yang memberi kepentingan kepada negara," katanya.

Rais berkata adalah tanggungjawab pihaknya untuk menerangkan kepada rakyat mengenai status kepentingan lawatan Rosmah dalam membantu negara.

Beliau berkata secara tidak langsung lawatan sedemikian dapat merapatkan hubungan antara Malaysia dengan negara luar, serta membantu mengharumkan nama di persada antarabangsa yang akan membawa perkembangan yang baik kepada negara.

Rosmah dilaporkan berkata beliau tidak terganggu dengan komen negatif yang dilemparkan terhadapnya berhubung lawatan rasminya ke luar negara kerana semua lawatannya itu diatur selepas menerima jemputan daripada kerajaan atau menteri wanita sesebuah negara yang terlibat.

-- BERNAMA



[MUTAKHIR, 21 Jan.]

MUSCAT, 20 Jan (Bernama) -- Datin Seri Rosmah Mansor berkata beliau tidak terganggu dengan komen negatif yang dilemparkan terhadap beliau berhubung lawatannya ke seberang laut.

Isteri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak itu berkata semua lawatannya diatur selepas beliau menerima jemputan daripada kerajaan atau menteri wanita sesebuah negara yang terlibat.

Bercakap kepada media Malaysia pada akhir kunjungan empat hari ke Oman pada Rabu, Rosmah berkata beliau akan membuat lawatan itu apabila diperlukan bagi menyampaikan ucaptama di majlis-majlis tertentu.

"Jadi, biar mereka kata apa yang mereka nak kata, tapi saya rasa bahawa lawatan ini sangat berfaedah bukan sahaja kepada kita tetapi kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama atau malah parti apapun yang mereka wakili," katanya menyentuh mengenai lawatannya terutama ke Oman.

"Saya berada di sini bukan untuk mewakili seksyen tertentu masyarakat tetapi kami di sini mewakili rakyat Malaysia," kata Rosmah menjelaskan bahawa beliau dan anggota rombongannya diterima baik di sini dan pemerintah Oman, Sultan Qaboos Bin Said, sendiri mengambil berat lawatan itu.

[POSTING ASAL]

PEMBAHAS “Bawal” dalam perbincangan mengenai tajuk “”Hantu” PRU Ke-13 Bagi BN dan PR.” antara lain, berkata: “komen la sikit pasal lawatan bini PM ke Timur Tengah. Ini lawatan rasmi Dato', siap ada perjumpaan ngan Timbalan Menteri kat sana.

Dah takde ke menteri kat Malaysia ni atau Jawatan sebagai bini PM adalah jawatan kerajaan.”

Terima kasih Sdr Bawal. Sebenarnya beberapa orang pembahas lain juga turut membangkitnya hal ini dan isu-isu lain yang melibatkan kegiatan dan tindak-tanduk isteri Perdana Menteri.

Seperti yang telah tegaskan berulang kali, dalam sistem kita tidak ada satu jawatan yang dipanggil “First Lady” atau Wanita Pertama. Kalaupun ada seorang yang boleh diberikan jolokan “First Lady” atau Wanita Pertama, orang itu adalah Seri Paduka Raja Permaisuri Agung kerana “First Gentleman” atau Lelaki Pertama dalam sistem kita adalah Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong.

Hak Guna Duit Negara

Mengenai bolehkah duit negara digunakan membiayai lawatan dan kegiatan isteri Perdana Menteri, saya ingin merujuk Sdr Bawal dan para pembaca sekalian kepada laporan New Straits Times pada 12.11.2010 yang berbunyi:

NO permanent or contractual staff are provided for Datin Seri Rosmah Mansor, wife of Prime Minister Datuk Seri Najib Razak.


In a written reply to Liew Chin Tong (DAP-Bukit Bendera), Najib said officers from his office sometimes helped his wife in carrying out her official duties.


However, the Members of Parliament (Remuneration) Act 1980 states that the prime minister's wife is entitled to claim food, lodging and winter apparel allowances when she accompanies her husband on his official duties overseas.”

(Tidak ada pegawai tetap atau kontrak diperuntukkan kepada Datin Seri Rosmah Mansor, isteri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Dalam jawapan bertulis kepada Liew Chin Tong (DAP-Bukit Bendera), Najib berkata pegawai dari pejabatnya kadang kala membantu isterinya menjalankan tugas rasminya.

Bagaimanapun, Akta Ahli Parlimen (Gajian) 1980 mengatakan isteri Perdana Menteri berhak membuat tuntutan elaun makan, penginapan dan pakaian musim sejuk apabila mengiringi suaminya dalam tugas rasmi di luar negara.”)

Terpulanglah kepada pembahas dan pembaca membuat interpretasi dan mencari kesimpulan mengenai lawatan Rosmah ke Asia Barat tanpa diiringi oleh Perdana Menteri.

Cadangan Rosmah Masuk Politik

Dalam bahas blog ini, ada beberapa pembahas mencadangkan agar Rosmah masuk politik dan bertanding pilihan raya umum akan datang. Bagi saya, cadangan sebegini bukan jenaka tetapi boleh dilihat sebagai sesuatu yang serius dan berkemungkinan berlaku.

Malah seorang bekas menteri kanan yang diketahui cucup akrab dengan Mohd Najib dan Rosmah berkata isteri Perdana Menteri itu berpengaruh dan berpotensi memanfaatkan kedudukan istimewanya untuk satu peranan yang lebih besar.

Kita boleh bincang dan bahas hal ini, tatapi saya minta tolong berhati-hati dan bersopan santun. Saya tidak akan menyiarkan ulasan yang berunsur fitnah dan hasutan yang boleh membawa padah.

Soalnya kenapa tidak Rosmah? Buat permulaan, beliau sudah pun mempunyai profil yang cukup tinggi dan mempunyai kedudukan de fakto dalam sistem pemerintahan negara memalui Projek Permata Negara untuk kanak-kanak pintar yang mendapat peruntukan langsung dari Perbendaharaan sebanyak RM111 juta dalam belanjawan 2011 dan RM100 juta pada 2010. Beliau juga memperoleh dan menikmati liputan berita yang cukup rapi dan meluas daripada media massa arus perdana.

Kenapa tidak? Bukankah sudah wujud gandingan suami-isteri dalam landskap politik Malaysia iaitu Anwar Ibrahim dan Dr Wan Azizah Wan Ismail? Malahan, gandingan bapa-emak dan anak pun sudah ada – Anwar, Wan Azizah dan Nurul Izzah.

Selain itu wujud dinasti politik lain seperti gandingan Lim Kit Siang dengan Lim Guan Eng, Karpal Singh dengan Gobind Singh Deo dan Jagdeep Singh Deo. Malah Mohd Najib, Anwar, Hishammuddin Hussein, Mukhriz Mahathir dan ramai lagi adalah pewaris dinasti politik.

Jadi kenapa tidak Rosmah? Kalau Rosmah tidak ada peranan yang berkesan dan definitif, masakan Menteri Mentor Singapura, Lee Kuan Yew, membuat pertemuan khas dengan beliau dalam rangka lawatannya ke Malaysia pada tahun 2009 dan secara terbuka mengiktiraf kesepakatan Rosmah-Mohd Najib?

Jadi apa salahnya atau memeranjatkan sangat jikalau Rosmah bertanding pilihan raya dan akhirnya menjadi pengganti suaminya?

Gandingan Ahli Keluarga Perkara Biasa


Hal ini berlaku bukan sahaja di Singapura di mana Lee Hsien Loong menjejaki bapanya menjadi Pardana Menteri, malah ia juga berlaku di banyak negara di dunia.

Contohnya di India di mana Indira Gandhi menjejaki bapanya Jawaharlal Nehru, menjadi Perdana Menteri. Indira digantikan pula oleh anaknya Rajiv Gandhi. Indira dan Rajiv kedua-duanya mati dibunuh. Kini isteri Gandi, Sonia seorang keturunan Itali menjadi Presiden parti pemerintah, Indian National Congress dan anak mereka, Rahul adalah Ahli Parlimen dan diuar-uarkan sebagai bakal Perdana Menteri.

Di Sri Lanka, Chandrika Bandaranaike Kumaratunga yang menjadi Presiden dari 1994 hingga 2005 adalah anak kepada dua Perdana Menteri -- bapanya S.W.R.D Bandaranaike dan ibunya Sirimavo Bandaranaike.

Di Filipina, apabila calon Presiden Benigno “Ninoy” Aquino dibubuh, isterinya, Corazon Aquino bertanding dan menang. Kini anak mereka, Benigno Aquino III, menyandang jawatan itu. Presiden Gloria Macapagal-Arroyo pula adalah anak Presiden Diosdado Macapagal.

Sheikh Hasina Wazed, Perdana Menteri Bangladesh sekarang adalah anak sulung Sheikh Mujibur Rahman, pengasas dan Presiden pertama negara itu manakala Begum Khaleda Zia, bekas Perdana Menteri, adalah janda Presiden Ziaur Rahman yang dibubuh.

Di Pakistan, Allahyarhamah Benazir Bhutto menduduki kerusi yang pernah diisi bapanya, Zulfikar Ali Bhutto sebagai Perdana. Zulfikar mati di tali gantung, Benazir mati dalam pengeboman bunuh diri.

Di Argentina, Presiden Néstor Carlos Kirchner digantikan oleh isterinya Cristina Fernandez de Kirchner. Eva “Evita” Peron hampir menjadi Naib Presiden Argentina di samping suaminya kalau tidak kerana mati batuk kering.

Kini, isteri Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono, Ibu Kristiani Herawati diuar-uarkan akan bertanding jawatan Presiden apabila tempoh perkhidmatan suaminya tamat.

Tidak Mustahil Rosmah Jadi PM

Kesimpulannya, adalah tidak mustahil Rosmah Mansor atau mana-mana wanita selebriti bertanding pilihan raya dan, jika dikehendaki oleh majoriti pembesar parti mereka, dicalonkan sebagai Perdana Menteri.

Saya rasa pembangkang pun akan pening kepala kalau Rosmah bertanding. Hubungan beliau yang akrab dengan bintang-bintang Bollywood, boleh digunakan untuk menarik puluhan ribu hadirin ke ceramah-ceramah pilihan rayanya.

Yang perlu hanya membawa bintang-bintang filem Bollywood dalam kempen beliau. Selain itu, beliau juga seorang penyanyi yang bagus yang tentunya boleh memikat hati pengundi Melayu yang rata-rata gilakan Bollywood dan sukakan hiburan.

Kalau negara Islam yang lebih besar dan konservatif seperti Pakistan dan Bangladesh boleh menerima Perdana Menteri dan Presiden wanita, pastinya Malaysia yang lebih progresif tidak akan menolak kepemimpinan wanita.

Hatta Pas pun sedang hebat mempromosikan penyertaan wanita dalam hierarkinya manakala PKR sudah pun dipimpin oleh wanita. Wallahualam.

212 comments:

«Oldest   ‹Older   201 – 212 of 212
Anonymous said...

DAKJ, Sufian Idrus, Makbudak dan rakan-rakan,

1.Bagi orang kampung, nak tentukan siapa lebih atas antara DYMM Agung dan PM, senang saja. Bila pi bank atau pejabat kerajaan, letak duduk gambar paling tinggi adalah DYMM Agung, kemudiannya PM, lepas tu baru la Menteri/Menteri Besar/Ketua Menteri. Sepatutnya siapa ketua negara tidak perlu didebatkan, orang kampung sudah boleh fikir sendiri.

2.Wanita pertama, walau dinegara manapun di dunia, adalah isteri kepada Ketua Negara (baik Ketua Negaranya seorang Perdana Menteri, Presiden mahupun raja). Ini juga rasional yang orang kampung boleh fikir sendiri. Jika ada sekalipun istilah Wanita Pertama di Malaysia, tak lain tak bukan tentulah DYMM Permaisuri Agung.

3.Kecil atau besar sumbangan cukai seseorang bukan perkara pokok. Pokoknya, istilah "wang kerajaan" TIDAK didefinisikan sebagai wang milik kerajaan. Yang dimaksudkan dengan "wang kerajaan" adalah dana negara yang diamanahkan pengurusannya kepada kerajaan. Manakala dana negara itu milik SETIAP rakyat Malaysia. TAKKAN ORANG MISKIN YANG DAH TENTU TAK BAYAR CUKAI TIDAK LAYAK UNTUK MENUNTUT HAK MANFAAT DARI 'WANG KERAJAAN" ITU?

4.Jika benar sekalipun belanja semua kerajaan Oman yang tanggung, bagaimana pula di Arab Saudi dan Bangladesh? Bagaimana pula dengan masa dan kerja para pengiring yang rata-ratanya adalah penjawat awam? Dah tak ada sangat ke kerja dipejabat? atau kos tanggungan kerja di Malaysia juga dibiaya kerajaan Oman?

Dari awal, dikatakan dari awal di MSM, lawatan DSRM ke tiga negara ini dapat mengeratkan hubungan antarabangsa dalam bidang pendidikan, pelancungan dan kebudayaan.

Di Malaysia, tiga Kementerian berbeza mengendalikan setiap satu cabang. Jika bukan Menteri atau Timbalan Menteri bagi kementerian berkenaan yang ikut serta siapa pula yang mewakili tiga Kemeterian itu?

Adakah akan ada MOU kerjasama dua hala yang akan ditandatangani? Atau hanya bincang dan rumus melalui persetujuan lisan semata-mata.

Semua ini sepatutnya non-issue jika DSRM awal-awal lagi dilantik sebagai senator dan mengepalai ketiga-tiga kementerian tadi.

What?!

Fed Up

Fed Up

maae said...

Salam Dato'

1.Apa-apa pun bermuhasabah lah untuk kebaikan.DSR sudah akui 'yang menjemput' membayar segala kos lawatan kumpulan beliau.Percaya atau tidak terpulanglah kepada lapuran audit.

2.Buang fitnah dan prasangka buruk kerana ia amat di larang.Itu syarat keislaman kita. Jika PM merestui apa lagi yang boleh kita katakan.

3.Siapa yang dah berkahwin,pernah tidak di 'Queen control'?Kalau tak pernah,jawab nya 'bullshit'.Alamat nya tidur sorang la...Saya dah 30 tahun kahwin, Dato? he..he...

4.Suami yang hebat dan berjaya ada isteri yang lebih hebat di belakang nya,betul? Ini hukum manusia.

5.Ayam jantan tetap berkokok bila sampai waktu nya. Ayam betina akan riuh sekampung kerana telur sebiji. Hah!ini hukum haiwan yang betul.

6.Yang jelek nya bila kita suka menghukum! Yang pelik nya ada pencuri dalam senyap yang lebih besar untung hingga berbilion,tak pernah pula kita kalut dan hukum mereka...malah kita sanjung mereka.

7.Saya orang melayu dan sokong UMNO walau pun buruk di mata akhir-akhir ini....kerana jasa nya kita tidak melarat di bumi sendiri.Esok hanya Allah sahaja yang tahu akibat keangkuhan kita.

Anonymous said...

"Rupa-rupanya pihak istana telah memberi semua kemudahan kepada kami termasuk pembayaran minyak kapal terbang. Dia tak caj pun. Semua ditanggung oleh pihak istana negara Oman.- Rosmah kata..."

Comment: Such simplistic comment shouldn't be coming out from someone who's important and intellectual enough to present a keynote address at an international conference. Mungkin memang betullah ada orang JPM kata "She's just a housewife"...because that indeed sounds like bantering from a housewife.


Just another wife

makbudak said...

Salam Dato'

"Rupa-rupanya pihak istana telah memberi semua kemudahan kepada kami termasuk pembayaran minyak kapal terbang. Dia tak caj pun. Semua ditanggung oleh pihak istana negara Oman."

kalau betullah rosmah (kalau betullah ye?) cakap mcm tu, memang lawak. tak sangka pulak org yg dikatakan "bijak" mcm beliau ni nak cakap mcm tu. bunyi macam ahli mesyuarat tingkap punya sembang je...? hehe...

itu baru belanja kat oman, yang belanja pegi arab dgn bangladesh tu apa pulak jawapan beliau?

fikir saya rakyat biasa ni, kalau macam tu lah punya standard jawapan, agaknya macam mana kalau dia "borak" dgn pembesar2 negara2 lain cerita pasal hal ehwal dan kepentingan negara? boleh percaya kah takde rahsia2 negara yg boleh terlepas kalau ada negara2 mcm singapura yg pandai mengorek maklumat?


Wallahua'lam... terima kasih.

Anonymous said...

salam dato'

Apa yg berlaku pada PM Tunisia, kemungkinan akan berlaku juga pada PM negara kita...

Kerana penampilan kerterlaluan bini, PM Tunisia tersingkir...


- Bos, Bangi.

Anonymous said...

Adakah 'post' ini mengundang paling byk komen didalam sejarah penulisan blog dato'?

anyway..

laman yang ada mengiklankan FLOM
tetiba hilang dari sesawang.

apa sudah jadi?

hantu mana telah rembat?
hantu mongolia? he...he..he...

minah ronggeng

Anonymous said...

Dalam Utusan Malaysia yang jarang5x saya baca, ada suara - suara halus dalam diam perli 'first lady'...

Dia siar dalam sisipan mega cerita pasal tunisia.

Tajuk 'angkara leila, suami tersungkur'. hahaha.. buat pertama kali rasanya elok orang Malaysia baca utusan hari ni.

Mana tau hati diorang tergerak nak samakan dengan 'first lady' kita....hehehe..

minah ronggeng

haritz said...

Ini nama nya 'Pesona Dunia" lupa akan siapa dia. Terpandang akan harta dan pangkat. Bila dah punya semua jadi 'kesurupan'. Ikhlas bukan maksud hina ~ haritz

Anonymous said...

pilot dan krew kapal terbang yang bawa 'mereka' patut kumpul semua bil makan dan perbelanjaan lain dan serahkan pada FLOM Division juga, nanti mudah claim dari Kerajaan Oman. hahahah....

minah ronggeng

Anak Merdeka said...

Assalamualaikum WBT DAKJ,
Saya terpanggil utk memberi komen di blog dato berkenaan isu ini. Nampaknya semakin hari semakin byk komen ketidakpuasan hati yg lahir dari pembahas2 di blog dato yg sudah tentunya ini juga merupakan luahan hati rakyat Malaysia... Tetapi nampaknya luahan hati ini langsung tidak dipedulikan oleh DSRM... Utk pengetahuan pihak Dato dan pembaca semua, ada ura2 yg mengatakan DSRM & The Gang akan membuat lawatan yg seterusnya ke Qatar... Nampaknya Mungkin Raja Qatar plak kot nak sponsor minyak kapalterbang dsbnya.... Kalau beginilah keadaannya, saya pun yg selama ini begitu menyanjung dan berjuang demi UMNO sudah putus asa... Kami di akar umbi bekerja ibarat "babi tanah" setiap hari demi memastikan kemenangan dan kejayaan UMNO dan BN ttp rasanya kali ini pengorbanan, usaha serta kerja keras kami akhirnya akan dikalahkan oleh hanya seorang ISTERI PERDANA MENTERI! Maka bermula dari hari ini, marilah kita semua fikir2kan apa lagi yg harus dibuat utk mengajar mereka yg tak tahu menghormati dan menghargai penat lelah orang lain? Terima Kasih

pakbelalang said...

MELBOURNE, Oct 12 (Bernama) -- Datuk Seri Najib Tun Razak should not be surrounded by cronies and family members when he is prime minister, Tun Dr Mahathir Mohamad said here Sunday.

comment:

Yes, finally we heard Tun M statement. I am sure there is truth on this matter or else Tun M would not be bothered to make this kind of statement.

It looks like Najib is not learning a lesson from the blunder made by Pak Lah.

If Najib starts to be arrogant and not listening then he might as well think of having PRU 13 soonest so that there could be early exit for him.

He has got to accept the fact that his wife Rosmah is really pain in the ass. He must stop allowing his wife to expose herself in a manner detrimental to his position. It is not a trivial matter. People are very sensitive about her behaviour. They simply do not want Rosmah to look as if she is in command rather Najib.

It is never too late for Najib to put things right.

JUST DO IT !!!!

Anonymous said...

Did someone ask about a certain VC going on her entourage. Something is not right somewhere when a VC does not join the Minister of Higher Education's entourage but follow Rosmah around......My lips are sealed.

Dorothy Hodgkin

«Oldest ‹Older   201 – 212 of 212   Newer› Newest»

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).