A Kadir Jasin
[Kalau guna “anonymous” tolong beri nama sebenar atau nama samaran di awal dan akhir ulasan. Komen “anonymous” tidak akan disiarkan.]
PADA 1980-an, saya mengunjungi ibu pejabat Parti Liberal Demokratik (LDP) Jepun di Tokyo yang ketika itu memerintah Jepun. Dalam kunjungan itu, saya menemui Tsutomu Hata yang ditugaskan mereformasi LDP atau Jiminto dalam bahasa Jepun.
Hata memberitahu saya yang LDP semakin feudalistik, mata duitan dan dalam genggaman kalangan perniagaan. Beliau ditugaskan mereformasi LPD supaya lebih serasi dengan perubahan yang sedang berlaku di Jepun.
Usaha Hata itu digagalkan oleh “warlords” LPD dan apabila beliau dilantik menjadi Perdana Menteri, beliau mampu bertahan selama sembilan minggu sahaja. Pada 2009, LDP kalah pilihan raya umum selepas memerintah selama 54 tahun.
Di negara kita pun ciri-ciri yang sama semakin ketara. Parti-parti politik menjadi semakin feudalistik, amalan nepostisme berleluasa dan dinasti politik semakin mencengkam.
Saya tidak mahu mengatakan sama ada aliran ini baik atau buruk. Saya serahkan kepada pembaca dan pembahas menentukannya.
Maka atas dasar itulah, pada 16 Januari 2011 saya menyiarkan rencana bertajuk “Perdana Menteri Wanita: Kenapa Isteri PM Tak Boleh?” dalam blog ini yang antara lain merujuk kepada kemungkinan Datin Paduka Seri Rosmah Mansor bertanding pilihan raya dan menjadi Perdana Menteri.
Saya berkata: “Kenapa tidak? Bukankah sudah wujud gandingan suami-isteri dalam landskap politik Malaysia, iaitu Anwar Ibrahim dan Dr Wan Azizah Wan Ismail? Malahan, gandingan bapa-emak dan anak pun sudah ada – Anwar, Wan Azizah dan Nurul Izzah.
”Selain itu, wujud dinasti politik lain seperti gandingan Lim Kit Siang dengan Lim Guan Eng, Karpal Singh dengan Gobind Singh Deo dan Jagdeep Singh Deo. Malah Mohd Najib, Anwar, Hishammuddin Hussein, Mukhriz Mahathir dan ramai lagi adalah pewaris dinasti politik.”
Saya juga menyebut banyak contoh lain di mana isteri atau anak pemimpin negara seperti Evita Peron, Khalida Zia, Benazir Bhutto, Corazon Aquino, Megawati Sukarno Putri dan ramai lagi berganding bahu atau mengambil alih panji-panji suami atau bapa mereka sebagai pemimpin negara.
Rosmah Calon "Winnable"Memandangkan pilihan raya umum akan diadakan tidak lama lagi, mungkin baik kalau kita timbangkan semula kemungkinan Rosmah “memformalisekan” kedudukannya sebagai seorang yang berpengaruh dalam pentadbiran negara dengan bertanding pilihan raya.
Apa salahnya beliau bertanding sebagai salah seorang calon “winnable” Barisan Nasional dalam PRU nanti kerana politik dinasti dan keluarga bukan asing bagi Malaysia. Wan Azizah bertukar kerusi dengan Anwar dan anak mereka, Nurul Izzah, juga Ahli Parlimen. Betty Chew, isteri Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang, adalah Adun DAP bagi kerusi Kota Laksamana, Melaka. Jadi apa salahnya pasangan wakil rakyat Mohd Najib-Rosmah?
Lagipun, cakap-cakap rasmi, separuh rasmi dan kedai kopi memberikan kredit yang tinggi kepada Datin Paduka Seri Rosmah bukan sahaja kerana kepintaran dan pendidikan beliau yang tinggi, tetapi juga kerana kreativiti, ketegasan dan keberanian.
Kalau tidak pintar masakan beliau diterima masuk ke sekolah elit Tunku Kursiah, mendapat ijazah sarjana muda Sosiologi dan Antropologi dari Universiti Malaya dan sarjana Sosiologi dan Pertanian dari Louisiana State University, Amerika Syarikat.
Pengalaman kerja beliau juga luas – pernah menjadi eksekutif di Bank Pertanian (sekarang Bank Agro) dan sebagai pengurus pembangunan perniagaan syarikat hartanah Island and Peninsular Bhd.
Mungkin beliau boleh mengepalai senarai calon “winnable” Barisan Nasional yang Mohd Najib uar-uarkan itu. Kalau tidak di Negeri Sembilan, negeri kelahirannya, Rosmah boleh bertanding di kerusi selamat Putrajaya bagi menggantikan Teuku (Tengku Aceh) Adnan Mansor.
Apabila beliau dipilih sebagai wakil rakyat, maka adillah dan patutlah bagi sesiapa pun untuk memuji dan menyanjung atau mengkritik dan mengutuk beliau. Dan layaklah beliau menerima peruntukan rasmi untuk projek-projek beliau. Wallahualam.
77 comments:
Nampaknya, orang macam kebanyakan kita jadi tukang tampal poster sajalah! Adakah ini antara sebab sebahagian pengundi malas nak keluar mengundi dan anak muda pula, malas nak daftar sebagai pengundi?
--BALANGLAMA
...usul yang pasti, akan membenamkan dacing berkarat yang dari dulu2 tak "balance"....!!!!
rosmah tu, berani dari belakang aje Dato'....
Salam Dato dan semua pembahas
Saya nak gelak pun ada baca posting Dato ni. Apa pun saya sokong 'usaha' Dato 'melobi' DSRM sebagai 'winnable candidates' untuk PRU13 nanti. Bagus tu, jika DS Wan Azizah dan Nurul Izzah boleh menang, takkan DSRM tak boleh menang? Beliaukan ada banyak 'kelebihan' untuk menang. Andai betul dicalonkan, sesiapa sahaja atau dari parti mana pun calon yg bakal menentangnya nanti dah boleh dikategorikan sebagai underdog. Hehe.
OM76
Dato
Dinasti Anwar, Dinasti Lim, Dinasti Karpal Singh kalau mereka buat tak salah.
Ini kan negara demokrasi terpimpin
abdul wahub
entahlah datuk, saya baca entri datuk ni macam menyindir pun ada, hahaha.
Salam Dato,
Sungguh `tajam' penelitian dato
didalam perkara ini.
Saya berpendapat sebaliknya.Lebih elok beliau tidak bertanding sekarang semasa suaminya masih PM atau PM lagi... nanti bolih mendatangkan fitnah keatas beliau dan PM. La ni pun nampak macam dah
`won', bukan `winnible' lagi.
Tak ramai akan kata dan buat ` i pass this round' dalam malaysia..
Kedudukan,sanjungan,pujian,kuasa dan `macam macam serba serbi `free' punya' mendatangkan ketagihan kepada ramai manusia.
Dinasti dinasti ni bolih berakhir jadi dinasti dinasour..
Abu Bakar Ab Rahman
Dato' Kadir
Salam Hormat
Tunduk! Sinki Terbang!
(a cool towel on a hot day)
Setelah membaca posting anda, dalam kepala: Throwing in the kitchen sink by The Scribe.
Presiden najib merangkap Ketua Wanita - barulah mantap! by The Lanun-Bahasa.
Susah nak bawa turun najib maka Tun Mahathir pun kena kata bagi peluang dengan dia.
The people deserves the government they voted for kata Tun; hobson's choice kata manira.
Sekian
Salam Dato’
Saya rasa eloklah kita jangan buat provokasi terhadap Datin Seri. Beliau sekarang sebok dgn projek melahirkan generasi pintar Malaysia. Juga menjaga kebajikan kanak-kanak sehingga diiktiraf Negara-negara Arab. Tak pernah pun dengar beliau mengutuk sesiapa pun. Hatta menyakiti hati sesiapa. Kenapa pula kita rasa sakit hati dekat dia? Kita ni, kalau nak berbahas pun, janganlah menginggung hati beliau. Kita sepatutnya berterimakasih sebab beliau mengharumkan nama Malaysia di Negara-negara Arab dan satu hari nanti, terlahirlah generasi pintar Malaysia.
Macam-macam fitnah dah ditujukan kepada Datin Seri; cincinlah, busanalah, shoppinglah dan sebagainya. Sekarang kata pulak eloklah beliau bertanding pilihanraya. AGAK-AGAKLAH kalau nak buat provokasi pun. Janganlah anggap diri sendiri je yg bagus, org lain bodoh-bodoh belaka. Tak pernah dengar pulak beliau kata nak aktif dalam politik macam Hillary Clinton.
Lepas ini, kelaurlah komen-komen dari para pembahas menghentam Datin Seri sedangkan ceritanya hanyalah rekaan dan khayalan semata-mata. Beramai–ramai bagi pendapat atas kesan provokasi yg ternyata PALSU sama-sekali. Dah tak boleh beza antara reality dan provokasi. Bukan apa, tujuannya hanyalah untuk dapat menimbulkan PERSEPSI yg negative kepada UMNO dan BN utk PRU 13 nanti. Itu je sebenarnya. Tak ke berdosa namanya tu.
Lepas tu, sesiapa yg cuba nak bercakap benar akan dilabelkan ‘Warlord’. Akhir kata, ingatlah sikit dosa pahala. Sekian TQ.
Aslkum Dakj
Dinasti politik dimana jua tidak pernah memberi kebaikan jangka panjang sebab anak beranak cenderung berfikiran bahawa harta negara adalah milik mereka.
kalaupun pun mereka bukan dulahir sebagai raja akan tetapi oleh kerana bapak mereka terlalu lama menjadi presiden atau perdana menteri maka isteri mereka mula jadi timbalan perdana menreri, anak mereka mula jadi menteri yg bakal mengantikan bapa mereka. Sejarah pemerintahan mereka penuh dgn kekejanan dan kezaliman ygi akan berterusan kadangkala hingga beratus tahun hinggalah ditumbangkan secara revolusi berdarah. Sementara menunggu kejadian itu terjadi harta dan khazanah negara terus dirompak. Sesiapa yg cuba melawan akan didakwa sebagai pengkhianat, lalu dipenjara malah dibunuh.
Dibawah mereka akan wujud pula dinasti2 kecil dari peringkat negeri, daerah maupun kampung yg akan bertolong2an menjahanamkan rakyat mereka. Oleh kerana ramai jugak rakyat yg mempunyai mentaliti lembu, anjing dan ulat tahi maka bertambah segarlah budaya fuedalisma....macamlah penyokong dan pemimpin Umnobn!!!!. Asal aku dapat bahgian aku, aku tak akan kacau engkau. Halal haram aku tak mau tau.
Dinasti politik di Malaysia bermula apabila Hussein Onn melantik Najib Tun Razak anak saudara isterinya mengantikan arwah bapanya iaitu Tun Razak menjadi ahli parlimen paling muda, nembelakangkan pemimpin Umno. Pahang yg lebih senior. Mungkin Tun Hussein rasa terhutang budi pd Tun Razak yg melantiknya sebagai TPM
Cara yg betul ialah setiap ahli politik parti pemerintah terutamanya termasuk anak PM ataupun Presiden atau ketua parti hendaklah melalui proses semulajadi sebelum naik lebih tinggi lagi dalam hairaki kuasa..
Mahathir yg mengenang budi Hussein Onn pulak melantik Hishamuddin jadi menteri. Kalau betul telahan saya, untuk beberapa generasi akan datang dinasti politik malaysia akan berkisar pd keluarga Tun Razak dan Tun Hussein onn saja.Anak Mahadir tiada peluang.
Mahyuddin maaf ye!!!! KECUALI rakyat cerdik termasuk OKJ, orang lama, Ab dll menolak dinasti politik Umnobn dan bertukar pd P R pulak.
Dinasti politik memang merbahaya. Walaupun sebaik mana seseorang itu menerintah, anaknya belum tentu sebaik dia. . Mesti ada pemerintah baru setiap maksimum dua penggal.
Terima kasih pd Dakj kerana bangkit isu penting spt ini. Yg pasti saya rasa Dakj bukanlah peminat Rosmah no 1.
Din klang
...dato tak payah lah nak promosi laki bini jadi ahli politik macam yg di amal kan pihak yg lagi "satu" tu, walaupun puan sri Rosmah nampak seperti layak tapi biliau adalah isteri PM. ....Malaysia tidak perlu pekara yg macam dato tulis. ...atau dato ada maksud tertentu untuk sinis degan keje keje yg di buat oleh puan sri Rosmah. ?......:-)
Dato.
Isu dinasti dalam parti politik sudah perkara biasa.Semua serupa 2x5=5x2.
Apa yang Dato cerita amat tepat sekali.Nak buat macamana Persatuan Pinggan Mangkok di kampung pun ada.
JKKK kampung pun banyak.Di Kedah MKK pun ada.
Cuma satu ,
Anwar belum layak lagi jadi PM.Dia sesuai jadi Ketua Pembangkang saja.Sebab dia pandai korek sana sini isu rakyat.Seronok tengok cakap isu rakyat.
Ceramah pembangkang pun banyak menuju Putrajaya.Oleh itu eloklah juga Pejabat Ketua Pembangkang di bina di Putrajaya.
Biar PM dan KM berada di Putrajaya.
Terima kasih.
Salam Dato,'
Tabik spring ngan Kak Mah sekiranya berani menyahut cabaran Dato' untuk bertanding dalam PRU 13, tak kiralah di mana juga beliau bertanding, Putrajaya ker? Pekan ker? atau bertanding dikawasan hitam seperti Lembah Pantai atau Permatang pauh.
" Untung Sabut timbul , untung batu tenggelam "
Apa salahnya untuk mencuba.
S.I
Salam sejahtera Dato'...
Lain macam bunyi tulisan Dato hari ini.Harap-harap bukan dek kerana gegaran gempa bumi diluar pesisir pantai Aceh maka terpantul idea tulisan tersebut.
wassalam.
Lawak! Lawak!
Fed Up
Minta maaf, kalau Datuk serius DSRM bertanding PRU, Datuk gila. Kalau Datuk tak serius Datuk sasau. Macam mana pun saya tg2k. BenDol
saya dapat merasakan ada perasaan sinis bila AKJ menulis rencana ini.
JB Boy
Aslkum Dakj
Kenapa OKJ amal double standard. Yg berkaitan dgn pemimpin pembangkang Okj terus buat kesimpulan sebagai benar walaupun ianya terang2 berita fitnah. Siap Okj cabar pemimpin pembangkang berkenaan pulak.
Tiba2 bila org cuit sikit Kam Mah, Okj terus kata itu semua fitnah dan khayalan. Agaknya dikacamata Okj cincin berlian bernilai berjuta rgt tu boleh berjalan2 sendiri.
Kenapa Okj tak cabar Kak Mah bawa org yg fitnah tu ke mahkanah?
Dasar tak iklas. Tapi tak malu nak cerita pasal dosa pahala.
Din klang
Disnati ialah mewarisi takta atau jawatan dan politik bapa atau keluarga.
Dia tidak ada kena mengena dengan apa yang datok sentuh sepertimana Anwar, Wan Azizah dan Nurul Izah.
Atau Lim kit siang, Guan Ang dan Isterinya, juga Karpal Singh dan anaknya.
Saya berani mengatakan itu adalah kroni dan nepotisme.
saya boleh setuju kalau Datuk Seri Mohd Najib itu politik "dinsti" kerana mewarisi politik bapanya Tun Abdul Razak dan Datuk Seri Hishamuddin mewarisi politik ayahnya Tun Husein Onn dan hussein mewarisi Onn Jaafar.
Tidak menjadi sebarang kesalahan jika Rosmah mansor diberi ruang bertanding dalam PRU 13 nanti, kerana beliau layak.
Malahan dia lebih layak berbanding suaminya sendiri.
Apatah lagi jika dibandingkan dengan Datuk Seri Shahrizat Jalil.
Shahrizat dilantik Senator untuk membolehkan dilantik sebagai menteri penuh dalam kabenit Najib.
Datuk Maznah Mazlan wakil rakyat, Exco bukan ahli parlimen Pahang dilantik senator untuk memboleh dia menjawat jawatan timbalan menteri, sedang ramai lagi wanita lain dalam umno dan boleh berbuat demikian.
Apa salahnya Datin Rosmah mansur dilantik senator dan dilantik sebagai menteri keluarga untuk mengganti Shahrizat dari jawatan itu dipangku oleh Najib.
Berbuat begitu adalah lebih relevan berbanding Najib memangku jawatan itu, kerana Najib bukan orang arif dengan wanita berbanding Rosmah.
Untuk menaikkan Rosmah tak payah tunggu pada PRU 13. Najib boleh buat sekarang, kerana faktornya Rosmah lebih layak berbanding suaminya sendiri.
Salam Dato
Tajam betul satira dato kali ini.
jika penyokong "buta" kedua belah pehak maseh tak faham jugak, ternyata mereka ni jenis penyokong tegar "sepenuh masa".
syabas Dato kerana maseh bersikap rasional demi agama, bangsa dan negara.
Pak Kadir pun kurang bijak jugak. Asal aktif kebajikan, nak kena masuk politik. Patut laa tahap pemikiran Melayu ni setakat sembang kedai kopi je.
OrangBaruLahir
.... goreng pisang panas dari Dato buat minuman petang .....[ you attracted 212 comments in you last write up on the same ALIEN ENTITY claiming tu be the FLOM]
Ini hanya pendapat saya Dato' dan para pembahas mempunyai latitude untuk bersetuju atau tidak bersetuju ......
[1] KALAU Rosmah Mansor diberi JAWATAN POLITIK, ini hanya pentanda awal UMNO dah nak runtuh ...
[1.a] kerana ini secara langsung memberi tanggapan PEMIMPIN UMNO semua penakut minah ronggeng yang seorang ini,
[1.b] kerana ini secara langsung memberi gambaran tiada lagi LELAKI JANTAN dalam UMNO, melainkan barisan PONDAN-PONDAN yang menuggu untuk bertukar jantina, atau menunggu waktu untuk dikebiri, supaya boleh jadi EUNUCH tu serve the Maharaja Baru Malaysia
[1.c] UMNO is NOT a ONE MAN SHOW called NAJIB [and ROSMAH] tetapi adalah sebuah Pertubuhan Politik yang bergerak dengan tujuan dan niat politik membela ORANG MELAYU dan bukan MENJAGA HATI Najib, atau memenuhi nafsu RAKUS keluarga Najib yang tidak pernah akan surut
[1.d] Rosmah Mansor is a MAJOR DISASTER bukan hanya buat UMNO tetapi juga Barisan Nasional, dia ni bukan hanya LIABILITY tetapi boleh disamakan senafas dan senasib dengan Marie Antoinnete di Peranchis / Marcos di Filipina ....
[2] .... she is OPPORTUNISTIC Dato' .... tengok lah apa jawapan dia, apabila dia ke OMAN, apabila jemputan dari Kementerian diambil alih oleh istana OMAN quote " ... ini rezeki saya ..." patut refer lah dulu kepada Kementerian Luar untuk mengelak salah pandang KETUA NEGARA ASING terhadap Malaysia
[3] ..... kata bebudak TADIKA sesama kekawan mereka ... NO SHAME ... tak TAHU MALU dan tidak BERASA BERSALAH membelanjakan DUIT RAKYAT Malaysia ...
[4] ..... dia MANIPULATIVE .... tengok lah FLOM Division
TAPI ini semua salah NAJIB for letting her loose, kesian juga kadang-kadang tengok NAJIB yang takut BINI .... sampai bila nak sampaikan BR1M kepada rakyat yang berjantina PEREMPUAN / WANITA / JANDA / ANAK DARA .... kena tengok-tengok dulu MUKA BINI .... amat memalukan sekali ....
ROSMAH MANSUR ini pun tak boleh turun PADANG Dato', kalau kita tengok BODY LANGUAGE dan AIR MUKA dia, dia GELI pegang tangan orang-orang miskin yang hendak bersalaman dengan dia, maklumlah tak semua RAKYAT MALAYSIA mampu mandi dengan MINYAK WANGI sebelum bersalaman dengan dia .....
Saya dengar dia sekarang mengumpul WAR CHEST dia sendiri untuk membolehkan dia bertanding ... saya harap statement terakhir tulisan Dato tidak menjadi kenyataan
Kalau dalam sifir pemilihan PRU13 saya, kalaulah Rosmah Mansur bertanding .......... saya menyeru supaya RAKYAT MALAYSIA selamatkan lah diri sebelum datang BALA yang lebih besar dari OMBAK TSUNAMI .... simpang malaikat 44
OrangBaruLahir
Dato,
Masalah pertama daripada adanya dinasti politik adalah orang yang berkebolehan tidak dapat tempat yang sepatutnya diberikan jawatan.
Masalah kedua adalah orang yang mendapat jawatan disebabkan dinasti politik tidak berkebolehan.. Ini yang lebih kritikal kerana yang dilantik memeganag jawatan awam hanya menyusahkan rakyat sahaja kerana tidak berkebolehan atau mementingkan diri sendiri.
Masalah yang utama dalam UMNO pada pandangan saya bukan kerana tidak ada cerdik pandai tetapi kerana yang cerdik pandai tidak dapat naik keatas, hanya sebilangan kecil sahaja. Yang bijak mengambil hati (mengampu) ramai.
Orang Johor
Pasal cincin ke, pasal handbag ke, saya kurang berminat nak komen. Tapi saya nak komen tentang tentang FLOM.
Masa isu FLOM mula-mula heboh diperkatakan, saya ada membuat semakan.
1.Di laman sesawang JPM memang ada FLOM. Kini dah tak ada tapi jika anda keluar negara, boleh cari "screen capture" bagi laman sesawang ini. (Seperti kes "dwi-kewarganegaraan" Malaysia-Bangladesh).
2.Melalui youtube, saya menemui dua rakaman perbualan telefon yang mengesahkan yang boss FLOM ini adalah Rosmah Mansor. Kini dah tak ada tetapi jika anda keluar negara mungkin masih boleh access.
Kesimpulan, eloklah Rosmah Mansor bertanding dalam PRU supaya tidak timbul soal kelayakan menerima bajet, jawatan atau sokongan kakitangan.
Malah dulu pun saya sudah cadangkan Rosmah Mansor dilantik sebagai senator.
Barulah ada akauntabiliti. Rakyat pun akan ada keyakinan.
Fed Up
Aslkum Dakj
Kalaulah Najib nak bina dinasti dengan naikkan isteri dan anaknya, saya nak tengok, ada tak orang kuat Umno lain yg berani bantah.
99% keyakinan saya mereka akan kata" baik tuanku kami setuju".
Mintak selisih malaikat. Kalau tidak bertambah jahanam negaraku Malaysia. Sekarang ni pun selepas Mahadir menghapuskan imuniti sultan pd tahun 1993 maka imuniti orang politik Umnobn pulak yg meningkat.
Kalau 30 tahun lalu kenderaan berpelekat sultan atau kerabat diguna untuk kegiataan maksiat agar tidak tertangkap, sekarang ni polis pening tak tau nak buat apa dgn anak2 menteri atau pembesar politik yg bawa kenderaan mewah dan berkawan dgn kumpulan yg meragukan.
Berdasarkan trek rekod Kam Mah sejak berkahwin dgn Najib (dulu Najib pernah nikah dgn org lain) saya TIDAK setuju Kak Mah menjadi org politik apalagi jadi wakil rakyat.
Dakj cuma acah2 je.
Katakan tidak pd dinasti politik tak kira siapa baik Najib, Mahadir, Dollah, , Nik Aziz dsbnya. Berilah peluang pd keluarga org lain jugak.Tidak juga pd anak Anuar selepas beliau menjadi perdana menteri.
Din klang
Dato,
Calon 'Winnable' UMNO macam Tengku(celup) Adnan Mansor patut turun lawan dengan Nurul Izzah atau Khalid Ibrahim.
Di Putrajaya tu,bukan saja Tengku(celup)Adnan Mansor, kalau letak seekor lembu NFC sebagai calon,atas tiket BN, dah tetap akan menang punya.
salam
man tanjong.
kakakakakaaaaa .... taktau nak kata apaaaa ... tok kadiaq mangkit tidoq teruih tulih ka nie ? ada mimpi baik kotttt ....... nampak muka Rosmah angkat sumpah jadi PM lepas PRU13 !!!!!!!!! ... 1 cara jaaa Rosmah bleh jadik PM ,,, tok najib kena mati terkejut ,, puak2 pemimpin umno yg dok ada smua ilang akai sat .. kira2 depa kena pukau .... tak mustahil di Malaysia Boleh ......
Dato',
Idea yang sebenarnya baik dan masuk akal, lebih2 lagi "resume: DSRM yang agak mantap. Saya hanya kurang pasti ianya benar2 "winable" dikacamata umum. Nampak terlalu banyak "baggage" yang dunia semua sedia maklum jika dibandingkan dgn DSAI/DSWA/Nurul, Sing's, Lim's dll.
Allahuallam...
-MARIAM-
Aslkum Dakj
Hebat hebat. Memang hebat. Bila Dakj tulis pasal Rosmah Mansor tiba2 penulis yg tak pernah tulis pun ramai muncul.
Begitulah popularnya Rosmah Mansor....sayang ye for the wrong reasons.
Tiba2 rasa bersalah Din Klang reda sebab ternyata Din Klang tak le brutal sangat kutuk orang.
Sekali lagi tahniah dan tk pd Dakj. Kita tak perlu hinakan diri kita pd org politik hingga macam hamba pulak.
Kalau Dakj berputar2 cerita pasal RM adalah perkara yg beliau SANGAT tak suka.
Saya masih berdoa agar pemimipin Umnobn spt Tengku Razali diberi kekuatan meninggalkan Umno yg sebenarnya sudah lama meminggirkan beliau.
Din Klang
Aslkum Dakj
Rosmah Mansor dengan bajet 400jt setahun untuk program kanak2 pintar permata negara sebenarnya taklah secerdik sebagaiman yg Dakj paparkan.
Dengan bajet sebanyak itu RM boleh pilih....mau dipuji atau dikeji. Mahu naik nama suami atau mahu lingkupkan nana suami. Menjadah apa belanja sebanyak itu konon untuk mempintarkanbeberapa ratus anak2 yg sudah sedia pintar.
Dengan bajet sebanyak itu RM boleh menjadi popular jika beliau menaja makan minumdan keperluan sekolah 111111 anak miskin setahun berdasarkan peruntukan 3600rgt seorang agar berpeluang membesar sebagai orang pintar.
Tapi kalau sejak awal lagi memang tak suka. lihat majoriti rakyat jadi pintar maka dipilih program syok sendiri bernama permata negara.
Kalau begitu benarlah kata2 saya bahawa RM tak lah secerdik mana.
Din Klang
bunyinya macam pasrah dato, tapi tak cuba tak tahu pulakan?
Tok, yang saya ingat, dinasti politik Malaysia yang ada adalah seperti berikut.
1. Anwar Ibrahim: Pak Ibrahim (bekas Setiausaha Parlimen), Anwar, Wan Azizah (isteri) dan Nurulizzah (anak). 4 orang 3 generasi
2. Hishammuddin: Datuk Onn Jaafar (datuk), Tun Hussein dan Hisham. 3 orang 3 generasi
3. Lim Kit Siang: Lim Guan Eng (anak), Betty Chew (menantu). 3 orang 2 generasi
4. Karpal Singh: Gobind Singh Deo dan Jagdeep Singh Deo. 3 beranak 2 generasi
5. Najib: Tun Razak, Najib (2 orang 2 generasi)
6. Mukhriz: Tun Dr Mahathir, Mukhriz (2 generasi).
7. Anak Md Rahmat, Chua Sooi Lek dan beberapa orang lagi pun aktif juga dalam politik.
Ada lagi ka?
BenDol
Aslkum Dakj
Saya dah naik bosan asyik pot pet pasal pemimpin Umnobn sebab mereka dah lama sangat perintah negara.
Rindu sangat nak pot pet pd kerajaan baru PR pulak jika mereka cakap tak serupa bikin. Sebelum tu kita rakyat kenalah bagi peluang pd mereka dgn JANGAN pangkah dacing.
Saya pernah memandu kereta merata tempat diAustralia, New Zealabd dan eropah. Jalan raya mereka tak kurang baiknya berbanding Malaysia tapi tak le ada tol merata tempat hingga menyusahkan rakyat.
Nak tau berapa tingginya pendapatan per kapita rakyat mereka kita tak jumpa motosikal honda cup, suzuki cup atau kecil macam modenas yg semua membahaya keselamatan serta menyumbang kepada statistik anak2 kecil menjadi anak yatim dan ibu2 muda menjadi janda.
Kepada pemimpin spt Muhyidin, kalau kerajaan tak boleh atau tak mau hapus PTPTN dan TOL maka berhenti menjadi kerajaan. Berhenti jugak menipu daftar pengundi agar tidak makan gaji haram.
Jangan ingat semua manusia ni jahat macam pemimpin Umnobn.
Din Klang
Salam DAKJ,
Malaysia memang unik, antara contahnya ialah:
(1) Ada 3 kementerian pendidikan - Prasekolah (DSRM), Pelajaran (TSMY), dan Pengajian Tinggi (DSMKN) - negara tak besar mana pun.
(2) Ada kerajaan negeri persekutuan dalam kerajaan negeri - 2 pengerusi JKKK dan 2 penghulu ... dalam negeri yang diperintahkan parti tidak sama dengan persekutuan.
(3) Parti pemerintah sibuk mengatakan pembangkang akan menjahanamkan negara dan gagal menunjukkan pelan pelaksanaa kongkrik jangka panjang sebelum pilihanraya - lepas PRU baru umum semua kenaikan yang disorok sebelumnya.
(4) Parti pemerintah buat duit negara macam duit parti - merayu supaya dikenang jasa.
Bukankah pelik semua tu? Ini agaknya ciri negara maju yang tidak dinyatakan dalam Wawasan 2020.
Salam.
-Tegap-
Saya fikir tak ada masalah kalau Rosmah bertanding. Saya fikir dia layak bertanding memandangkan dia juga mempunyai jadual yang sangat ketat. Bukankah lebih baik terus jadi wakil rakyat daripada jadi isteri PM tetapi "banyak" buat kerja untuk rakyat. Alang-alang nak buat tranformasi, bagilah Rosmah bertanding. Kalau BN atau UMNO kalah juga kali ini puas hati sebab dah cuba macam-macam usaha. Tapi takkanlah orang tak nampak sikit pun usaha Rosmah selama ini untuk membolehkan dia menang. Lagi pun calon-calon UMNO bukan semuanya hebat, banyak hampas juga. Kebetulan menang dan kebetulan jadi menteri saja.
Y.Bhg Dato'@ Melihat kepada latar belakang pendidekan serta pengalaman kerja,Rosmah Mansor adalah seorang winnable candidate,malahan beliau boleh dilantik sebagai Menteri dalam Kabinet Najib selepas PR 13.
2.Sebagai isteri PM,Rosmah telah berjaya meletakan dirinya sebagai orang yang bagitu berpengaruh sekali samada dalam atau luar Negara. Beliau juga berpengaruh dikalangan isteri-isteri Ketua Negara dikalangan negara dunia ketiga. Sekiranya diberi peluang dan sokongan saya yakin dia dapat melonjak ketahap yang paling tinggi dan membawa faidah kepada Negara.
3. Kebiasaan kita terpengaruh sangat kepada suara-suara musoh atau pihak yang benci kepada sesaorang.Ini merugikan.Lihat kepada kekuatan Rosmah. Dia boleh bantu Najib membawa transformasi kepada negara .
4. Perkara diatas hanya boleh berlaku kalau BN bersatu padu untuk memepertahankan Putrajaya dalam PR 13 nanti. Rosmah boleh memainkan peranannya jika diberi kepercayaan untuk bertanding.
5. Kemungkinan Rosmah mengambil contoh bagaimana Puan Clinton meneruskan dinansti Clinton dari isteri Preseden menjadi Setiausaha Negara Amerika. Peringkat mula tidak ramai yang yakin Puan Clinton boleh mencapai cita-cita poltiknya.Tetapi dengan sokongan kuat Parti Demokrat,dia berjaya.
6. Dalam keadaan Wanita UMNO kelamkabut sekarang,mungkin Rosmah calun terbaik mewakili golongan wanita. Dia ada charisma untuk memimpin!.
7. Letak Rosmah bertanding di Putrajaya. Pasti dia menang!
Dato.
Tanda-tanda padamnya sebuah kerajaan sama ada Kerajaan Melayu atau Bukan Melayu.
Khalibnya,tandanya,lazimnya atau symptom nya nak terbaliknya sesebuah kerajaan itu bila ada isteri mula atau dah mula masuk kacau daun dalam urusan si suami yang sedang mentadbir negara.
Inilah lipatan sejarah purba,kuno,zaman moden atau zaman serba moden.
Dia bukan kira apa jua parti atau kerajaan.
DAP ada anak pinak.
PKR ada laki bini dan anak pinak.
UMNO ada beradik=beradik dsbnya.
Cuma PAS yg nampak belum lagi ada unsur dinasti ini.
Kroni adalah.Biasalah itu.
Terima kasih.
Dato KJ, That idea appears sensible looking from both sides of a coin. DSRM is the one and only wife of a PM who is super active both within and without the country. She chooses to appear where the limelight is and refrain from getting near those less fortunate. Students from Info Technology UiTM conducted a survey in and around Shah Alam to gauge their thinking towards the Govt. Most gave thumbs up for Najib but most too said that Rosmah is the disruptive force behind him.
Anyway DKJ that is a very provocative statement.
Dzulman, Shah Alam.
Saya sudah lama mengikuti entri datuk, tetapi semakin lama rasanya bertambah menampakkan kebencian Datuk kepada kerajaan sediada. Seolah-olah tidak ada langsung kebaikan kerajaan sekarang ini. Yalah orang kalau dah benci, kelibat pun tak mau tengok lagi, Begitu juga dengan pembahas disini kalau diberi peluang jadi menteri nescaya malaysia akan jadi negara terbaik dunia dalam tempoh sepenggal saja. Kalau tak silap saya, Datuk pernah menulis akan pentingnya bersederhana dalam tingkah laku dan kehidupan kita. Sama-sama lah kita mencermin diri. Terima kasih.
wayan5
Salam,
Datuk dan pembaca-pembaca Datuk,
(edisi mangkuk sinki dapur pecah berkecai, dihempuk ke dindin)
1. Feudalisme dalam Melayu sudah jadi darah daging. Dikaji dan diteliti feudalisme itu semenjak kesultanan Melayu lama. Diperguna dek British feudalisme marhaen Melayu terhadap raja-rajanya untuk terus perkosa tanah air dan rompak hasil mahsul negara ini. Sekarang feudalisme (dan seumpamanya; unquestioning loyalty, nepotism, cronyism, power-brokering); dipakai pula elit Melayu untuk mencengkam marhaennya dan memperkasa kedudukannya. Apa bezanya kamu diperkosa British atau elitis bangsa kamu sendiri ?
2. Saya pun feudal, feudal, feudal setiap kali saya panggil Datuk ni Datuk, Datuk, Datuk. Untuk tidak feudal, bolehkah saya panggil Datuk panggilan yang lain pula ? He he he..
3. Pola feudalisme dan nepotisme in bukan sahaja wujud dalam arena politik. Ia kedapatan juga dalam perkhidmatan awam, dan lantikan-lantikan dalam GLCs, dan entiti-entiti berkepentingan kerajaan. Tak pernahkah kamu berurusan dengan pegawai kerajaan yang lembab, bodoh dan menghabiskan karan aje ? Yang dilantik bukan yang ada potensi, tapi yang ada kabel.
4. Kalau Melayu itu satu struktur binaan, ia akan ranap satu hari nanti bukan oleh ancaman luar, tapi ranap dari dalam dek feudalisme, nepotisme, kronisme, dan kesetiaan membuta-tuli dalam Melayu itu sendiri.
5. 22 tahun di bawah Mahathir ? Dah tahu macam mana keadaannya. 22 tahun di bawah Rosmah ? Eee.. menggerunkan untuk dibayangkan.
Salam Hormat DAKJ,
Ahaha semua boleh jadi satu kemungkinan. Manalah tahu sudah jemu dengan apa yang ada.
Mungkin kesan dari 'transform' dan 'reform' dari kedua-dua belah pihak maka 'perform' satu sistem baru maka wujudlah 'POM' dan 'FLOM'
*pom= President Of Malaysia
-matjenin
Salam Dato,
Soalnya bukan Dinasti, bukan pula anak beranak. Soal yg paling penting adalah bertanggojawab dalam memegang amanah jawatan yg disandang. Tidak rasuah, tidak menyalahgunakan kuasa, tidak menipu, pegang janji dan tidak berjiwa komisyen.
Drp; zuki ahmad
Salam kasih sayang
dakj
Izinkan,
Sdrku Rao@Rawo Lanun-Bahaso said,
...
The people deserves the government they voted for kata Tun; hobson's choice kata manira.
Izinkan kami mencelah sikit,
..between the Devil and the Deep Blue sea... which song(lagu mana)?
'Rose Mary child' will be top of the 'Pakatan' hits and the 'Barisan' with their rendition of The Long and Winding Road or perhaps The Lemon Tree..comes PRU 13
Tiada kata secantik The Lanun-Bahasa.
Terima kasih.
Ps.. Lagu Doa dan Tauladan pernah dikemuncak carta Lagu Minggu Ini suatu hari dalam sejarah .
Aslkum Dakj
Sambungan pd paparan sdr Banggol Petai
Yg saya lebih bimbang kalau2 Kak Mah ada rahsia atau senjata sulit yg kerananya Najib tak boleh kata tidak lalu lantik RM dalam kabinet. Mungkin sebagai TPM 2 atau menteri kanan.
Cobaaaaaan!
Saya cenderung tuntut Dollah Badawi diakhirat nanti kerana memperjudikan nasib bangsa dan negara kepada Najib walaupunNajib waktu itu disekubungi dgn bermacam skandal.
Din Klang
saya cadang Rosmah Mansor bertanding lawan din klang.
boleh kita tengok sapa lebeh hebat.
jangan setakat cakap di sebalk tabir saja. macam anak dara pulak.
don klang
Dato.
Kalaulah saya berada ditempat Anuar Berahim sebagai Ketua Pembangkang.
Janji terkini dan tentu lagi hebat
Saya akan hapuskan semua RoadTax kenderaan di bumi Tanah Melayu.
Ok ke Dato.
Terima kasih.
Dato.
Kalaulah saya berada ditempat Anuar Berahim sebagai Ketua Pembangkang.
Janji terkini dan tentu lagi hebat
Saya akan hapuskan semua RoadTax kenderaan di bumi Tanah Melayu.
Ok ke Dato.
Terima kasih.
Aslkum Dakj
Media pembodek kerajaan satu dua hari ni sebuk puji Najib sebab hapus ISA.
Orang waras akal sepatutnya puji kumpulan gerakan hapus ISA bukannya Najib.
Najib mungkin boleh dipuji sikit jika secara terbuka minta maaf pd rakyat kerana selama ini kerajaan telah menindas mereka dgn undang2 zalim spt ISA.
Bila pulak undang2 zalim yg lain hendak dihapus. Contoh cakap lebih sikit dituduh hina mahkamah atau menghasut.
Paling zalim dibawah OSA rakyat tak boleh tahu apa jua perjanjian antara kerajaan dgn kroni spt IPP dan konsesi tol. Apala teruk sgt kerajaan haram Umnobn ni. Halal ke SPR tu jika dilantik oleh kerajaan haram?
Pd Don klang jangan pura2 malu. Kalau nak bertanding calon bebas tak masaalah. Tapi kalau nak jadi calon Unno saya rasa permintaan melebihi penawaran. Dah ada banyak lanun penunggu. Kecuali kalau Don Klang kenal baik Kak Mah
Din klang
Salam Dakj
Di bawah Hukum al-Wakalah atau Wakil-mewakil Islam meletakkan syarat khusus bagi orang yang hendak dilantik sebagai pihak Penerima Wakil berikut; BERTANGGUNGJAWAB dan PINTAR. Kita boleh terima DSRM sebagai orang yang PINTAR untuk memenuhi satu daripada syarat khusus di atas. Tetapi adakah beliau jenis orang BERTANGGUNGJAWAB?
SAJI
Dato'
Belajarlah dari India dan pakistan, dinasti politik mereka jelas berjaya kalau takpun lingtang pukang, lebih-lebih lagi di Pakistan.
Ramai pemimpim politik kita ada pertalian darah dengan mereka ni jadi tidak hairan kalau kita guna/belajar dari mereka.
Sokong atau sindir!
Salam kasih sayang
dakj
Izinkan,
Pembetulan.
Ps.. Lagu Kisah dan Tauladan pernah dikemuncak carta Lagu Minggu Ini suatu hari dalam sejarah.
Terima kasih
Aslkum Dakj
Pakatan rakyatdan Anuar telah janjikan banyak perkara jika menang Putra Jaya
1. undang2 menindas dibatalkan
2. kebebasan bersuara dan berhinpun
3. kebebasan media dan mempunyai media ternasuk oleh pembangkang.
4. kebebasan mendapat maklumat dengan membatal OSA
5. mempunyai perkhidmatan awam yg bersih cekap, tidak rasuah dan bebas drpd pengaruh parti politik.
6 rakyat mendapat pendidikan percuma sampai U.
7. anugerah kontrek ikut tender terbuka demi menjamin qualiti dan penjimatan wang negara
8. kepentingan dan hak org melayu dan bumiputra dilindungi bukan dikebas beberapa kerat kroni atas nama DEB dsbnya.
9. kehakinan, polis, pendakwaraya, SPR dan SPRM yg bebas, adil dan bersih.
10. gaji minimabuat permulaan RM1100 sebulan
Saya ingin tambah
1. kejar dan dakwa kroni yg telah kebas wang rakyat yg di abggar veratus billion rgt
2 PR mesti business friendly tapi jangan terlebih friendly hingga menjahanamkan kepentingan rakyat. Sebagai contoh jangan swastakan perjhidmatan penting hingga rajyat susah spt ketrik, air, , pengangkutan umum dan kesihatan.
3.Berhenti menberi tanah kepada swasta. Kalau terpaksa swasta mesti beli tanah kerajaan pd harga pasaran melakui bidaan awam.
Kesemua di atas telah dan sedang dibuat oleh mana2 negara maju.
Ertinya bukan mustahil dibuat..mau atau tidak je.
Tapi kalau nak harap Umnobn macam tunggu kucing bertanduklah.
Din klang
saya suka ayat dato yang akhir...
"Apabila beliau dipilih sebagai wakil rakyat, maka adillah dan patutlah bagi sesiapa pun untuk memuji dan menyanjung atau mengkritik dan mengutuk beliau. Dan layaklah beliau menerima peruntukan rasmi untuk projek-projek beliau. Wallahualam."
saya faham dan mengerti...terima kasih dato...hehe...
Gie7
Salam DAKJ,
....untuk meletakkan DSRM sebagai winable candidate adalah kedudukan yang salah tapi kalau nak cuba bolih. Tapi menumpang dari populariti suami adalah satu benda yang tak kena. Umpama meletak jamban di depan halaman.Bagi saya seharusnya DSRM meletakkan dirinya untuk membantu, menasihati DSNR menjadi pemimpin yang berhemah dan merendah diri spt tn guru nik aziz. Tetapi malang DSRM lebih sudu dari kuah percayalah be end menghadapi zaman gelapnya di PRU 13 kecuali menipu salah guna kuasa dan membankrapkan negara..
rammers
Salam Dato...Dinasti politik Malaysia sudah sekian lama berakar umbi,ia tidak akan mati selagi ada demokrasi...setiap pemimpin kalau boleh mahukan keturunan mereka mewarisi kesinambungan kuasa yang mereka milik sekarang.
Saya rasa, dinegara kita amalan dinasti politik kekeluargaan akan berterusan kerana Malaysia mendukong politik itu semenjak wujudnya empayar Melayu beraja.
Bagi hemat saya, kuasa yang dipinjamkan oleh kerajaan raja berpelembagaan harus terus dipelihara, jangan nanti terpaksa diambil semula oleh tuan yang ampunya.
Amat untung menjadi warga Malaysia yang tercinta ini, rakyat biasa boleh memimpin negara, cuma yang menyedihkan ialah dinasti politik sudah menuju era yang memualkan kerana amalan dinasti politik keluarga yang berlaku masa kini lebih bertunjangkan peribadi dan balas dendam.
Dato,saya rasa kita tak perlu risau, dinasti politik tidak akan bertahan, apa yang berlaku dinegara-negara lain boleh dijadikan iktibar. Ia kerana demokrasi yang kita dukong memberi kuasa kepada rakyat secara terus dan total untuk menentukan nasib dan masa depan negara kita.
"Manusia hanya merancang dan melakukan sesuatu, tetapi Allah lah yang menentukan segalanya" Apa yang berlaku di Sarawak pun sama politik Dinasti sudah bergerak ke dua keturunan tapi saya rasa ia tidak akan berlaku sebagaimana dirancang.Usahlah risau....Sekian Amarneng.
Aslkum Dakj
oleh kerana Hasan Ali tu orang Islam apa kata kalau dia pulak yg disuruh sumpah laknat.
Iaitu bahawa Hasan Ali bersumpah bahawa beliau pernah nampak atau mempunyai bukti bahawa Anuar tu biseksual.
Kenapa Hasan Ali tak suruh Najib dan RM juga sumpah laknat memandangkan mereka juga terpalit dgn pelbagai kontroversi.
Lagi banyak Hasan bercakap lagi terserlah sifat munafiknya.
Semoga Allah akan membalas Hasan Ali dgn balasan yg setimpal didunia ini jugak.
Din Klang.
Aslkum Dakj
Manusia yg paling Allah benci ialah yg miskin tapi sombong.
Manusia yg Din Klang benci ialah orang yg cakap dah le pelat tapi nak putar belit.
Fuad Zarkashi tak de modal ke. Ceritalah betul2. Bila beliau kata ahli parlimen PR biadap semasa pertabalan Agong beliau kena jelas2. Nasib Umno pubya MP macam Fuad.
Din klang
din klang
sila semak semula manifesto PR tahun 2008.
banyak maseh lagi belum di tunaikan.
talk talk zero is cheap, you know.
don klang
Siapa Salah Nasihat Anwar Janji PTPTN?
Wow, sekarang ini ada penyakit baru dalam PKR. Saling salah menyalahkan, kerana idea menawarkan penghapusan PTPTN tidak mendapat sambutan baik seperti yang diharapkan. Anwar sendiri tidak seronok apabila dia dihentam kanan dan kiri, kerana dikatakan mahu menjahanamkan Negara dengan janji-janji yang bodoh dan tidak menarik perhatian rakyat.
Semua tidak mengaku bahawa itu idea mereka. Nampaknya, janji PTPTN ini adalah ibarat ‘peluru sesat’ yang akhirnya terkena di atas batang hidung sendiri. Anwar sudahpun mengarahkan Setiausaha Agung mencari jalan selamat untuk keluar daripada isu ini. Bersih 3.0 adalah satu alat yang paling mujarab.
Anwar nampaknya semakin kerap berhadapan dengan situasi salah nasihat kebelakangan ini. Khabarnya Jawatankuasa Strategik PKR sendiri tidak faham dengan apa yang berlaku. Anwar bercakap tidak mengikut garis dasar yang disediakan oleh Jawatankuasa Strategik. Semua main langgar. Lepas itu puas nak buat recovery. Belum tentu boleh recover. Kalau salah cakap; rakyat akan tuntut. Setakat ini, memang mereka berdepan dengan masalah.
Arahan Anwar juga, agar media baru pembangkang turut menggunakan data dan info Asia Sentinel dalam mengenengahkan isu kapal selam. Anwar mahu ianya dilakukan seberapa segera – walaupun Anwar sendiri mengakui bahawa info tersebut sangat diragui.
Nampaknya dalam isu PTPTN ini, Anwar semakin tersepit. Solution menggunakan wang PETRONAS; boleh mengundang kemarahan pengundi Melayu yang percaya PETRONAS masih lagi antara syarikat yang diurus secara profesional dan efisien.
Menurut seorang rakan HQ PKR, isu PTPTN ini memang menjadi cadangan AMK, khususnya Shamsul Iskandar. Mamat ini memang terkenal sebagai seorang pemain politik yang dungu. Yang tak tahu implikasi besar cadangan bodoh seperti itu. Khabarnya, Rafizi mahu lepas tangan. Tak mahu sama-sama fikir bagaimana nak selamatkan isu PTPTN ini. Janji dah janji.
Kebodohan Ketua AMK ini sebenarnya sudah membawa Anwar dalam masalah. Rafizi memang dah lama benci kepada mamat sorang ni. Tak ada substance. Sam salah nasihat Saifuddin. Saifuddin jual kepada Anwar. Anwar salah cakap. Rafizi yang kena cuci. Formula ini akan buat orang benci.
Wallah Hualam.
ajk pkr
Salam Dato
maaf kongsi cerita sikit topik lain.
saya sebenarnya sedih bila melihat j/kuasa bertindak pkr (yang menyelaras cybertrooper mereka).
kami sebagai ajk cabang selalu meminta dana bagi menjalankan aktiviti setempat demi memengangi hati rakyat tetapi selalunya hasrat kami di tolak dengan alasan tiada peruntukan. sedangkan permintaan kami sekadar RM2-3 ribu sahaja untuk setiap program bagi sasabuah kawasan / taman dan kami korbankan masa yang boleh di guna untuk bersama keluarga.
tetapi yang kami tahu, cybertrooper pkr di bayar lumayan ( RM 3-5 ribu sebulan seorang ) sedangkan tahap perdebatan mereka di dalam blog, saya berani kata setakat tahap sembang politik kedai kopi, tiada fakta dan isi yang bernas. semua pakai goreng sahaja. janji boleh ubah fokus pembaca.
di sini ,saya tak pasti samada AJK tersebut kurang bijak memilih dan melatih cybertrooper mereka atau mereka tidak memantau dengan detail cara cybertrooper mereka itu menjawab. sudah tu orang awam yang membacanya belum tahu entah berapa kerat sahaja.
saya rasa, jika peruntukan membayar
cybertrooper itu di beri kepada kami bagi aktiviti penduduk, saya jamin hasil dan kesan nya lebih bermakna kerana sasarannya adalah lebih tepat.
di sini saya harap jika AJK bertindak tersebut membaca komen saya ini, mungkin mereka patut membawa usul saya ini ke pihak tertinggi pkr.
terutama sekali pilihan raya semakin dekat dan rakyat makin bijak menilai.
wasalam
12,000 anak muda menyambut Najib di Jalan Kebun Klang (dulu kubu PKR) siang tadi manakala 300 orang hadir di Jalan TAR untuk sertai demo anti PTPTN.
di kedua dua acara, peserta dapat t-shirt free. Sila rujuk gambar dalam internet.
don klang
Aslkum Dakj
Don klang dakwa 12000 orang hadir di jalan kebun tunggu Najib.
Tak mungkin Don klang kira sendiri. Mungkin dengar gendang media tali barut dan cuba nak jual temberang kat blog Dakj.
Don klang tak kan tak tau. Majoriti yg baca blog Dakj terpelajar belaka. Jangan cuba nak auta. Yg serumpun dgn Don klang mungkin boleh la.
Dengan anak muda belasan tahun yg masih mentah dalam memahamierti kehidupan sebenar, bermotor diupah dgn duit dan dgn kakitangan termasuk guru sekolah dipaksa datang, Don klang patut bersedih hati.....sepatutnya 120000 org datang menunggu ketibaan pemimpin agong penipu mereka.
Don klang juga seharusnya sedih melihat betapa murahnya harga diri pemuda melayu dirasuah dgn beberapa rgt wang rokok. Jijik lagi menjijikkan. Patutlah pemimpin Umno tak suka anak muda mekayu yg berjaya sebab susah nak diperkuda.
Babdingkan dgn kehadiran org ramai setiap ada ceramah PR. Walaupun tak mencapai 12000 tapi yg hadir tu tulin dan tak perlu diupah.
Din klang
Aslkum Dakj
Sdr ajk pkr dan aktivis PR
walaupun bukan semua penyokong PR/PKR pintar2 belaka tapi mereka tak lah bodoh sangat.
Janganlah sdr berdua(atau org yg sama) cuba menyamar menjadi ahli PR yg tak puas hati pd pucuk pimpinan mereka.
Gaya sdr lebih kepada gaya seorang penulis upahan Umnobn.
Kalau tidak cuba sdr desak Najib debat dgn Anuar soal ekonomi termasuk isu tol, IPP dan PTPTN. Berani kerana benar, takut kerana salah.
Din klang
Ada terbaca cadangan dari pembahas yang mengesyorkan lantik sajalah RM jadi senator. Bagus juga cadangan tu. Lepas dilantik senator bolehlah dilantik pulak jadi Menteri Kewangan, atau PM kita sekarang kasi laluan terus jadikan RM kepada PM (boleh ke? maklumlah saya ni kurang arif pasal undang-undang negara) - tak payah lagi "mentadbir dari balik tabir" macam Empress Dowager kat China buat zaman-zaman dulu.
Entahlah, orang kata tak mustahil cacing jadi naga, belalang jadi helang, tikus jadi beruang. Yang tak tahan tu kalau cacing kerawit naik ke mata... rasa "meluat" kan? kan?
OM76
1)Saya setuju ngan Dato', tak kira sape nak naik dlm hierarchy politik, mesti lah bermula dari bawah. Jgn disebabkan pertalian darah, seseorang itu dapat jalan pintas.
2) Budget utk FLOM sepatutnya mesti ada kerana tugas FLOM ini adalah utk memperkukuhkan institusi keluarga dlm masyarakat kita. Mungkin PM sebelum ini tidak ada buat perkara sebegini, jadi elok la dibuat skg utk kebaikan masa hadapan.
Lokman Ali.....
mungkin kesimpulannya akan berbalik kepada pepatah Melayu, "ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi"...
AJK PKR,
Sdr sekali lagi memberi ulasan yang KELIHATAN seperti pandangan dari orang dalam. Sama seperti komen anda tentang persediaan PRU di Selangor tempohari.
Namun dalam "analisa" Selangor tempohari, anda tidak pula memberi jawab, siapa calun MB dari pihak UMNO/BN - jika UMNO/BN benar-benar sudah bersedia menghadapi PRU seperti didakwa.
Sama juga dalam hal PTPTN ini. Anda ada teori tetapi tiada hujah menyokong teori.
Saya tak minta bukti pun, sekadar HUJAH MENYOKONG TEORI sahaja.
Yang jadi bos Petronas sekarang adalah lantikan Najib. Rekod pencapaiannya di Petronas belum ada apa-apa, kecuali pengumuman mahu menghadkan subsidi terhadap TNB (tanpa sedikitpun menyebut tentang subsidi kepada IPP).
Yang meletakkan Petronas dalam peta industri minyak dunia, sudah dibuang oleh Najib. Kini dikutip ambil bekerja oleh Singapore.
Dua persoalan mudah PTPTN,
1.Kenapa perlu kenakan caj faedah dan caj perkhidmatan terhadap pelajar?
2.Kenapa kutipan yang telah berjaya dibuat dari peminjam tidak dapat mencecah 25%?
Kini sibuk orang dok kata dalam ruang siber DAKJ ini tentang cybertrooper PR.
Bagi saya ini adalah strategi cybertrooper BN yang terbaru.
Dua-dua BN dan PR ada cybertrooper dan mereka SEMUANYA ada gaji/upah.
p/s bagi penyokong PTPTN: anda ada anak kah yang baru mula bekerja selepas tamat belajar?
1.Berapa peratus gaji untuk bayar EPF?
2.Berapa peratus gaji untuk bayar SOCSO/insuran?
3.Berapa peratus gaji untuk sara hidup? Mereka tinggal dengan andakah atau hidup merantau? Anda yang hadiahkan atau mereka beli sendiri?
4.Berapa peratus gaji untuk bayar PTPTN?
Fed Up
Salam Datuk,
1.Tanya dulu, ikhlas atau tidak tulisan Datuk kali ini? Penilaian kita berbeza-beza macam kebanyakan para pengomentar di sini.Mereka semua orang yang hebat-hebat, 'boleh jadi winnable candiddates' lagak nya. PM Najib boleh pilih mereka-mereka ini!
2.Jika dari sudut politik, tidak salah jika isteri PM mahu jadi calon dan di calonkan sebagai 'winnable candidate'. Hak beliau dalam senario(dinasti)politik sekarang.... Jika beliau memilih jalan Allah SWT, itu lah yang terbaik!Allah SWT sentiasa memberi hidayah kepada yang rapat dengan NYA....
3.Dari sudut Islam, sebaik nya wanita tidak boleh di naikkan menjadi Ketua Negara(Pemimpin) kerana Allah SWT tidak menggalakkan kita berbuat demikian.Para Ulama/ Pakar Agama Islam boleh jelaskan.(jangan rujuk kepada yang memandai-mandai dalam hukum Islam dengan bandingan sains dan teknologi nya- kerana ilmu ini hanya picisan, sekelumit dari Ilmu-Ilmu Al Quran. Sikap riak, hebat, terpelajar, kaya raya menjadikan mereka kufur nikmat, jadi munafik menafikan Sunnah dan Rasul Allah SWT dengan hanya mentafsir sendiri ayat-ayat dalam Al Quran. Jika tidak terdapat ayat, bermatian mereka akan mengata kan hanya tipuan susur galor ulama-ulama tersohor terdahulu! Langsung mengenepikan hadis-hadis sahih yang menjadikan ilmu-ilmu Islam!)
4.Apa lagi kepada para kafirun, para munafikun dan sekelas dengan nya. TIDAK boleh menjadi Pemimpin Umat Islam! HARAM hukum nya jika kita biarkan, menyokong dan membenarkan ia berlaku!
5.Mengangkat Munafikun menjadi pemimpin, kita di LAKNAT Allah SWT. Malapetaka yang tidak di duga akan menimpa dengan sekelip mata! Mereka di kenali Islam TETAPI kehidupan nya bukan 'BENAR' dalam Islam , dimana-mana wajah mereka berada selamba, kata lidah nya bercabang dan REALITI nya mereka sendiri amat menyedari ia penuh dengan kepalsuan, kemungkaran dan maksiat! Malah tidak berpendirian Jelas nya sama kepada yang mengejar kuasa mutlak, kebendaan, mata duitan dan amat suka menjahanamkan kehidupan rakyat jelata di bawah perintah nya.
6.Jika hebat berpolitik dengan cara yang benar, emas bertaburan di mulut nya, patuh kepada Yang Esa setiap akhir terhambur InsyaAllah jawaban nya,berjiwa rakyat,sanggup meredah menerima dan mengatasi kesusahan rakyat secara ganjaran berencana, mampu membawa cahaya gemilang untuk Negara, mampu menjaga Agama Islam, Bangsa dan Negara maka tiada salah nya menjadi 'winnable candidate' kerana sesungguh nya beliau pasti berlaku adil dalam tindakan nya di dalam batas masa-masa politik nya.
7.Sesungguh nya pemimpin yang benar ada 'nur' menyerlah di hadapan, belakang, kanan dan kiri, atas dan bawah nya. Bukan terjelma sinar KAF PHA RO, secara nyata atau secara jurus makrifat di dahi nya!
Salam Hormat DAKJ,
Saudara maae,
Alangkah hebatnya jika kita dapat bernaung dibawah "winnable candidate" yang saudara maksudkan.
Tetapi dengan senario politik kini begitu hampa sekali terdapat majoriti "winnable candidate" (mana-mana parti politik pun) tak ubah seperti "towkay" MLM (multi-level marketing). Sakit pada peringkat paling bawah.
Betulkan saya kalau silap..
-anakmelayumalaysia
OM76,
Dalam unta ada kambing. Dalam kambing ada ayam. Dalam ayam ada ikan. Dan dalam ikan ada telur. Kononnya itulah masakan paling eksotik di tanah arab.
Harap janganlah ambil kata-kata "semoga Rosmah jadi senator" itu pada lapis luarnya sahaja.
Jika cadangan saya itu dikupas satu persatu kulitnya, akan sdr jumpai banyak kejutan.
Fed Up
Kepada saudara Fed Up,
1. Itu lah masaalah nya.Winnable candidates yang saya maksudkan hampir tiada kini. Anda perasan yang saya tulis 'canddidates'(2 d)? Kesempurnaan itu hanya milik Yang Esa.Ada kah kita ini sempurna macam Din Klang sehingga tiada baik nya pada 'isteri' yang kita kahwini? Jika begitu, semesti nya kita seorang hipokrit.
2.Demi itu kita berserdahana. Apa yang baik untuk kita sekarang, kita teruskan legasi nya. Kita perbetul kan dengan sedikit ilmu yang ada di dada. Kita yang memilih maka wajib kita meluruskan jalan-jalan nya.
3.Kenapa China dan rakyat cina berjaya? Mereka amat bangga dengan legasi nya.Masih kekal dan kuat sehingga kini. Dalam legasi ini banyak yang perlu kita awasi. Bukan kita rasis atau berpasangka, tetapi legasi ini mengajar untuk bijak dan mendominasi mahu pun secara baik, paksa atau secara jahat. Soal untung perkara paling utama.
4. Di mana Legasi Melayu ? Jika ada kita sendiri musnahkan. Jika wujud kita sendiri gadaikan. Jika baik dan terbaik, prasangka kita ini amat buruk sekali sehingga kita boleh bayangkan baik dan terbaik itu masih mimpi buruk yang bukan-bukan sehingga berkhayal melampaui kuasa Allah Taala sendiri.... Kita berdoa selalu untuk kebaikan, bukan untuk menjahanamkan.
5.Ini lah yang terjadi sekarang. Yang baik dan benar menjadi nyata, kita ingin buangkan.Adakah kerana pilihan yang sudah di beri peluang satu masa dahulu, kini tanpa segan silu menghancurkan legasi Bangsa Melayu, Ugama dan Negara kita? Apa kebaikan yang telah di lakukan? Apa terjadi kepada PAS sekarang?
Salam....Saya setuju dengan komen saudara Maae yang perlunya kita meneruskan Legasi Melayu. Walaupun apa juga hujah itulah yang sewsajarnya kita pertahankan...biar pemimpin Melayu silih berganti asalkan Legasi Melayu terus hidup,subur,dan berkuasa di Tanah bernama Malauysia.Sekian Amarneng
Aslkum Dakj
Sdr maae
tak perlulah sdr bersusah payah nak perak otak cari alasan menegak benang basah pemimpin Umnobn.
semua manusia punyai kelemahan dan kekurangan. Tapi jangan lah sampai sdr bersekongkol merpertahankan perompak negara. Siapa pulak kata pemimpin Umno tiada jasa langsung. Tapiuntuk yg berjawatan. merekakan telah dapat gaji bulanan. Yg rakyat pertikai bilamana pemimpin curi harta negara termasuk harta sdr mara sdr maae dan zalim
Definasi jasa dan kebaikan yg maae ungkitkan itu terbatal dgn sendirinya apabila dalam proses mereka buat kerja halal mereka juga buat kerja haram.....satu untuk rakyat satu untuk aku. Sepuluh untuk rakyat duapuluh untuk aku dll.
Demi konon untuk mempertahankan ugama dan bangsa tipu daftar pemilih pun tak pe. Setelah ikut sedap mulut mengelar pemimpin pembangkang pengkhianat bangsa dan agen Amerika maka darahnya dan keluarga serta penyokongnya halal ditangan samseng?
Setelah dikatakan. atau di istihar bahawaseseorang pemimpin Umno itu telah berjasa maka apa jua kesalahannya wajib ditutup kerana mengenabgkan jasanya? Apalah bodoh dan songsang punya pegangan!!
Pegangan yg sesat dibawa mazhab Umno yg tentunya bercangah dgn Islam. Tapi sayang dipertahan oleh maae.
Din klang
Dinasti dan Kroni dalam politik Malaysia:
1. Lim Kit Siang - LGE
2. Abdul Razak Husin - Najib
3. Onn Jaafar - Husin - Hishamuddin
4. Ibrahim - Anwar + Wan Azizah - Nurul Izah
5. Mahathir Muhammad - Mukhriz
6. Karpal singh - Gibind Singh
7. Mohamad Rahmat - Nur Jazlan
Bolehlah Najib beri peranan kepada isterinya Rosmah Mansur sebagai Menteri Wanita Utama sama seperti Abdullah Badawi memberi peranan kepada menantu sebagai penasihat utama..
Salam Dato',
Saya cadangkan DATIN SERI UTAMA MASNAH RAIS sebagai calon Parlimen Jelebu! Kalau menang elok dilantik sebagai Menteri Dandanan dan Perawakan Imej. Rasanya mantap gandingan RM vs MR ni!
Wallahu alam.
Brahim
Salam..
Datuk,
Buatlah isu juga tentang calon bertanding 2 kerusi...ADUN & PARLIMEN..
Adakah calon ini tamak kuasa, jawatan @ strategi kalau kalah salah satu.... ada satu lagi..
Post a Comment