Monday, September 07, 2015

Kosong-10: Sindrom Bapa Borek


A Kadir Jasin
MALAYSIA kosong. Emiriah Arab Bersatu 10. Bagi yang tak faham bola, Malaysia tak skor satu gol pun manakala UAE sumbat 10. Malaysia kalahlah!

[PERINGATAN: Komen guna “Anonymous” tidak akan disiarkan. Sila guna Google Account atau Name/URL. Boleh pakai nama samaran.]
 


Ini cerita bapa borek, anak rintik.  Bila bapa borek, anak lazimnya rintik, melainkanlah bapa jenis pak sanggup atau ibu main kayu tiga. Nauzubillah.

Bagi orang Islam, masa hidup dia anak bapanya. Dia bin atau binti. Tapi bila dia mati, dia masuk kubur sebagai anak ibunya.

Jangan silap sangka, saya tak hina sesiapa, tapi daripada aspek biologi, kita hanya boleh pastikan ibu kita. Yang mengandung dan melahirkan kita itulah ibu kita. Dia ibu biologi kita (biological mother).

Kemudian ada ibu susuan. Dia menjadi ibu kerana menyusukan seseorang sejak bayi. Dia bukan ibu biologi.

Bapa, kita tak boleh pastikan 100%. Sebab itulah dalam zaman sains dan teknologi canggih ini, bila hubungan darah sebelah bapa (paternity) dipertikai, ujian DNA dilakukan untuk memastikan sama ada betul atau tidak seorang lelaki itu benar-benar bapa kepada seseorang anak.

Perdana Menteri Sebagai Bapa

Dalam sistem demokrasi ala Westminster macam kita, Perdana Menteri bolehlah kita ibaratkan sebagai bapa – bapa pemerintahan.

Sebab itulah bila kita bagi gelaran mutakhir (ultimate) kepada Perdana Menteri, kita guna istilah bapa – Bapa Kemerdekaan (Tunku Abdul Rahman), Bapa Pembangunan (Tun Abdul Razak), Bapa Perpaduan (Tun Hussein Onn), Bapa Pemodenan (Tun Dr Mahathir) dan Bapa Modal Insan (Tun Abdullah Ahmad Badawi).

Sekarang bapa pemerintahan kita adalah (Datuk Seri) Mohd Najib Abdul Razak. Silap-silap dia pun dapat gelaran “Bapa” juga macam Perdana Menteri yang lalu. Agaknya apa gelaran “Bapa” paling cocok untuknya?

Saya yakin majoriti daripada kita sudah tahu siapa Mohd Najib sebenarnya. Jadi kalau warna dia borek, warna anak-anaknya sepatutnya rintiklah. Kalau dia baik, logiknya baik jugalah anak-anaknya. Kalau dia tak baik, maka tidaklah memeranjatkan kalau anak-anaknya juga tidak baik.

Jadi dalam hubungan itulah saya lihat kemerosotan negara kita dalam berbagai-bagai bidang. Akibat wabak masalah yang menjangkiti Perdana Menteri kita sekarang, rakyat jelata hilang pedoman, hilang keyakinan, hilang jati diri, hilang motivasi dan hilang patriotisme.

Apatah lagi apabila dia sendiri terlibat menggunakan pelbagai tipu helah dan tindak-tanduk yang meruntuhkan kewibawaan jentera kerajaan, merosakkan motivasi kakitangan awam dan melunturkan patriotisme rakyat jelata. Hatta pada hari ulang tahun kemerdekaan pun tidak banyak orang mengibarkan bendera negara.

Harimau Tak Bertaring

Mohd Najib mungkin tidak bertanggungjawab terus ke atas sukan negara. Itu tugas Khairy Jamaluddin. Tapi sebagai Perdana Menteri dialah yang lantik Khairy dan sebagai Menteri Kewangan dialah yang bagi peruntukan untuk kegiatan sukan.

Jadi sikit sebanyak dia terlibat dengan prestasi sukan negara. Sebagai bapa, dia sepatutnya menjadi asas motivasi dan aspirasi.

Justeru itu, apabila pasukan bola kita yang dibagi gelaran hebat “Harimau Malaya” kena gasak 10-0 oleh UAE dalam pertandingan kelayakan Piala Dunia 2018 dan Piala Asia 2019 pada 3 September lalu sekali lagi cerita bapa borek anak rintik ini terbit dalam fikiran kita.

Bagi sebuah pasukan yang diuar-uarkan sebagai peneroka pemulihan bola sepak negara dan mewakili negara dengan hampir 30 juta penduduk (termasuk pendatang), kalah 10-0 kepada UAE dengan penduduk tak sampai 10 juta sangat hina dan mengaibkan.

Kita pun tidak boleh marah apabila rakyat jelata membuat pelbagai jenaka dan satira sebagai respons kepada kehambaran pasukan negara itu.

Salah satu yang sangat kreatif dan lucu ialah kita sengaja kalah kepada UAE kerana membalas budi penderma Arab yang menyedekahkan RM2.6 bilion kepada Mohd Najib.

Satira "Dermawan" Arab Yang "Sedekah" Kepada Mohd Najib
Sampai hari ini Mohd Najib tidak menafikan wang RM2.6 bilion dalam akaun peribadi dia di bank AmIslamic.

Memang pun lawak. Harimau Malaya kalah 10-0 kepada UAE. Gugurkan saja jenama yang hebat itu. Apa guna nama hebat kalau standard lebih teruk daripada harimau tua sarkas. Buat malu pak belang dan negara saja.

Saya rasa aspek motivasi, patriotisme dan kecemerlangan merudum begitu teruk sehingga boleh kalah seburuk itu, bukan saja kepada UAE tetapi kepada banyak negara serantau sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Kita pernah cemerlang dalam bola sepak, sepak takraw, badminton, hoki malah olahraga. Ahli sukan kita penuh motivasi, komited dan patriotik.

Ambil contoh Sukan Komanwel 1998 di Kuala Lumpur. Kita menang paling banyak pingat emas walaupun ibu negara dilanda tunjuk perasaan reformasi.

Tapi bukan sukan saja jatuh, merudum dan runtuh pada era Pahlawan Bugis ini. Kapal terbang jatuh, Gunung Kinabalu runtuh, nilai ringgit merudum, rizab asing Bank Negara jatuh ke bawah paras AS$100 bilion, keyakinan pelabur dalam dan luar negara runtuh, penarafan negara merudum dan Malaysia kini jadi bahan jenaka dunia. Tak peliklah bila nak buka persidangan anti-rasuah pun Perdana Menteri tak berani.

Kalau sukan penting sebagai asas perpaduan kaum dan penyemarakan patriotisme, saya cadangkan kepada Khairy agar tumpukan lebih banyak masa memperbaiki mutu sukan negara daripada terus berdolak-dalik bagi pihak bosnya. KJ muda lagi. Takkan dia hendak karam bersama pinisi Bugis.

Wallahuaklam.



63 comments:

I think therefore I am... said...

As'Salam Datuk,
Sebuah kisah:

repost: A seven-year old boy was at the center of a Shah Alam courtroom drama yesterday when he challenged a court ruling over who should have custody of him.

The boy has a history of being beaten by his parents and the judge initially awarded custody to his aunt, in keeping with child custody law and regulation requiring that family unity be maintained to the highest degree possible.

The boy surprised the court when he proclaimed that his aunt beat him more than his parents and he adamantly refused to live with her. When the judge then suggested that he live with his grandparents, the boy cried and said that they also beat him. After considering the remainder of the immediate family and learning that domestic violence was apparently a way of life among them, the judge took the unprecedented step of allowing the boy to propose who should have custody of him.

After two recesses to check legal references and confer with the child welfare officials, the judge granted temporary custody to the FAM, malaysian football team, whom the boy firmly believes are not capable of beating anyone...

bookie said...


bookie mesti seronok punya!

samurai melayu said...

SALAM KASIH DAN SAYANG
DAKJ,

Izinkan,

DAKJ said ' Agaknya apa gelaran “Bapa” paling cocok untuknya?'

Bapa 'Bangsat Haram Jadah'.. thats what you are famous for PM NR.

Semoga AKJ sekeluarga sentiasa diKasihi dan diSayangi Allah yang Maha Pengasih dan Penyayang

Alfatihah, aamiin

usin said...

assalamualaikum datuk.
bagi saya, tak bagus jika datuk meletakkan reputasi bolasepak kita yang menjunam ini berkait langsung dengan reputasi ds najib yang datuk tidak sukai. datuk tidak sukai ds najib atas sebab2 politik. ya atau tidak, jawapannya mesti ya. datuk bukan orang sebarangan, bijak berpolitik, bijak berkata2 dan bijak melontarkan idea. jangan campur adukkan sukan dengan politik. politik ialah politik sedangkan sukan tetap sukan. jika datuk kata niatnya ialah menegur mutu sukan, sebenarnya secara langsung juga datuk mengaitkan politik dengan sukan. apa yang borek dan apa yang rintik seperti yang datuk ungkapkan? bukankah ianya berkaitan dengan reputasi terkini yang makin teruk pm kita (ikut perspektif datuk) dengan mutu bolasepak tanahair? cuba datuk lihat bolasepak iraq, myanmar, palestin dan lain2 negara yang lebih baik daripada malaysia. ada politikkah dalam sukan mereka? mereka tidak sebut langsung politik kepartian dalam pembangunan sukan. tetapi di malaysia, asal sahaja bangun tidur terus kaitkan apa sahaja dengan politik. jika boleh ikan berenang di air, itik berjalan terkedek2pun dikaitkan dengan politik. saya tak peduli akan kisah peribadi datuk dengan ds najib sebab saya tiada kepentingan, cuma saya amat berharap datuk sebagai otai politik, bijak beridea dan petah kata2, berilah sesuatu yang akan membanggakan sukan kita dimasa akan datang. jangan kaitkan dengan politik yang keterlaluan.

ismail muda said...

Datuk, Mohd Najib adalah Mentri yg menjaga felda. Bapanya Tun dulu masuk lawat rancangan guna traktor atau bulldozer. Lawatan Tun simple tapi padat dengan pesanan atau arahan kepada Pentadbir felda. Politik tidak ada dalam felda ketika itu. Segalanya berjalan lancar. Tun lantik mereka yg komited & boleh diharap spt Tan Sri Taib Andak & Tan Sri Raja Alias. Saban tahun felda dapat kerjasama baik dari semua Kerajaan Negeri termasuk Kerajaan Kelantan. Tahun 80an felda masuk Sabah dan berjaya membangunkan hutan belantara. Ini semua hasil didikan bapa pembanngunan felda - Arwah Tun.
Sekarang PM Najib menjaga felda & melantik pula orang parti menjaga felda. Dari Pengerusi hingga lah ke ahli lembaga, semuanya dikuasai orang parti. Sehinggakan orang Putri, pemuda dll dibawa masuk menjadi ahli lembaga menguasai lembaga dalam semua anak syarikat. Sebab itu saham FGV jatuh, untung FGv jatuh, pendapatan tahunan felda terus jatuh melabur dalam FGV, pendpatan penroka turut jatuh akibat pelaburan dalam koperasi (KPF) jatuh. Semuanya sudah jatuh.
Terdengar kabar terbaru, bangunan felda yg masih kukuh akan diruntuhkan untuk pembangunan semula. Bangunan2 ini yang terletak di jln Gurney masih baru, sudah diserahkan tender kepada sebuah syarikat yang ada kaitan dengan keluarga Pengerusi?? Ada kontroversi dalam projek di Jalan Gurney ini yg tak dapat disiarkan ketika ini. Yang pasti, apa saja projek besar yang dilaksanakan oleh felda ketika ini dikatakan sudah dapat approval Mentri. Samada untung atau rugi, itu lain cerita. Jika ada pihak yg mempersoalkan, jawapannya Mentri sudah lulus & faedah lain adalah untuk parti jua....ini yg mustahak!!! Jadi, usah terkejut kalau ada pembelian hotel overprice, kos tender berlipat ganda dll. Latest, felda akan mendpat pembiayaan tambahan dari bank rm300juta untuk pulih projek2 rumah generasi yang terbengkalai. Kenapa bole jadi begini sehinggakan felda sebuah agensi Kerajaan terpaksa membuat pinjaman luar!
PM Najib baru rasmikan Hari Penroka minggu sudah. Oleh sebab semuanya sudah jatuh dlm felda, tiada apa nak diumumkan kecuali harga rumah rm60-rm70ribu utk generasi penroka. Ini satu bala, kos subsidi rumah tinggi yg ditanggong oleh felda ketika kedudukan kewangan felda tenat, semata2 nak ambi hati peneroka. Lihat megahnya dulu felda. Model & icon negara. Dulu felda mengurus kejayaan, sekarang felda mengurus kegagalan.... Bapak borek, anak merobek...

dt rahman pekan said...

saya amat sedih dengan keadaan kepimpinan sekarang. saya akui bahawa saya adalah salah satu insan yang selalu mendoakan kejayaan ds najib agar legasi tun razak dapat kesinambungan yang berterusan. saya akui juga bahawa keluarga saya amat terhutang budi degan tun razak.

saya telah memaklumkan kapada keluarga ds najib bahawa secara peribadi saya akan mempertahankan beliau daripada tohmahan. nanum jika semua tuduhan ke atas nya mempunyai asas kukuh, sukar bagi sesiapa untuk menidakannya.

apa yang menyedihkan sekarang ia lah persepsi rakyat terbanyak terhadap kewibawaan nya telah jatuh merudum. jika ia nya kian menular ke daerah luar bandar maka saya khuatir nama baik tun razak pun tidak akan dapat menyelamatkan beliau.

sekarang terdapat pihak umum bermain dengan 'initial' NR yang mula nya bermakana najib razak. ia berkembang kapada najib rosmah dan seterus nya najib rasuah dan berakhir degan najib ranap. sungguhpun mereka nyatakan nya sebagai gurauan ,namun amat sukar untuk sesiapa mematahkan nya.

saya masih berdoa dan berharap bahawa tim/pasukan najib akan dapat mematahkan dengan berkesan segala tuduhan/tohmahan keatas nya. yang penting sekarang adalah mengujudkan keadaan kebolihpercayaan (believability)atas segala bentuk pertahanan yang di utara olih penyokong najib. kegagalan akan sudah tentu nya memburukan lagi keadaan.

jika kesilapan telah di lakukan dengan tidak sengaja maka masih belum terlewat untuk mengakui nya dan memperbetulkan nya. buat lah untuk agama bangsa dan Negara.

RON said...

Bapa tidak muncul dengan sendirinya Dado' tetapi ia muncul kerana ada Bapa sebelumnya. Makanya kalau Bapa sekarang ini borek, tidakkah Bapa sebelumnya dan sebelumnya juga adalah borek? Macam mana tu?

Unknown said...

Salam Darto,

2.6 billion ada 10 Zero - 2600,000,000.00. Skrg dah 0-0 bg Najib. Dpt 2.6 billion dan Msia bg ke UAE 10-0.

Unknown said...

1. A shame to our tigers in the jungle> Anyway, only a few more are left. We now have more RATS than all the endangered species.

2. The country cannot afford to have a play-safe coward leader.

3. The present leader has lost all the respects from the people. He should leave the scene.

4. Money lost must be returned. No such thing as free lunch when it involves billions.

Geng Mamak said...

Dato, betul kah ejaan tu ? Bapa atau bapok ? WSJ dan SR masih tunggu wira Negara ala Pendekar Bugis untuk saman. Tapi sampai sekarang dia orang tak Nampak apa-apa bayang pun melainkan imej seorang pondan. Mat salleh bertalu talu serang najib di IACC. Nak bagi gelaran Bapa apa pulak Dato ?

Tapi Rizal Mansor sudah pula bagi gelran kat Dato. Sila baca Mkini.

Geng Mamak said...

Daniel Noor, analisa anda cukup mantap. Sekarang baru kita boleh make sense from the loss to UAE. kah kah kah !

AZAM anak Sarawak said...

Salam TOk AKJ...

Masa silam dalam sejarah...
Zaman arwah Super Mokh, Tauke, mendiang Spiderman dsb... semua dalam kenangan.
Tu je yang kita ada...kenangan manis...

Nak pulihkan sukan bolasepak?
Idea pemulihan senang tapi perlaksanaan payah dan sakit...

Serupa juga jika nak pulihkan nilai ringgit...
Idea pemulihan nilai ringgit bukan rocket science... cuma langkah pertama perlaksanaan yang perit untuk sesetengah pihak...

Sekian.
AZAM anak Sarawak

Zalman A said...


"Tapi bukan sukan saja jatuh, merudum dan runtuh pada era Pahlawan Bugis ini. Kapal terbang jatuh, Gunung Kinabalu runtuh, nilai ringgit merudum, rizab asing Bank Negara jatuh ke bawah paras AS$100 bilion, keyakinan pelabur dalam dan luar negara runtuh, penarafan negara merudum dan Malaysia kini jadi bahan jenaka dunia. Tak peliklah bila nak buka persidangan anti-rasuah pun Perdana Menteri tak berani."

And yet Umno cannot find the collective courage to remove him.

The lure of money is indeed too strong.

Unknown said...

Kenapalah kau ni AKJ. Bola pun kau nak kaitkan dengan PM Najib. Sia2 dapat dosa.

Saja saja... said...

Salam bahagia Dato.

- aku teringat cakap anak perempuan ku "mana la Melayu bolih maju dalam sukan Abah, baru menang main gymnistic pun sudah kena hina". Aku jawab "jangan main gymnistic".

- dia tanya lagi " kalau mau juga main gymistic macam mana?". Aku kata "migrate la ke Singapura atau Switzerland".

- dia marah "kawan tu, Abah, mamanya kerja di kilang papan, susun papan...bapanya kuli kuli saja...macam mana durang mau migrate?". Aku kata "Abah bukan menghina kawan mu. Abah fikir kau yang mau main gymastic. Sorry!.."

- Aku bilang sama anak ku biar la pemain gymnistic tu kena hina...itu biasa la. Orang Melayu masa dulu pasal main sepak takraw pun ada yang di tikam dengan keris sampai mati. Jadi bila main sepak takraw jangan pandai2 mau menang, bagi kalah lebih baik, untuk selamatan nyawa. Anak ku kata aku mengarut.

- Lagi satu aku kata, pasal sepak takraw lah hingga sekarang Sultan Sulu masih mau tuntut Negeri Sabah. Anak aku terketawa sampai terkentut ba.

- Jadi macam mana la Melayu mau maju dalam sukan. Konfirm tidak bolih.

- Kalau Melayu tidak pandai bersukan, Melayu pandai berpolitik ke? Bolih bolih la kalau setakat dalam kampung.

- Selepas di jajah orang putih, politik apa yang Melayu tau? Politik mau cepat kaya dengan rasuah. Itu lah sebabnya semua orang UMNO yang 3 juta tu main politik rasuah. Jadi kalau anak2 nya rasuah, bapanya apa lagi, kepala rasuah la.

- Tapi aku peduli apa PM Najib dan UMNO rasuah...suka hati dia la. Aku bukan nya mengundi UMNO lagi macam dulu..aku undi DAP ba.

joe black said...

Sesuaikah jika dia diPanggil....Bapa Kejatuhan?

Selain dari Kejatuhan Prestasi Pasukan Bolasepak Malaysia..

1. Kejatuhan Ringgit
2. Kejatuhan TPM
3. Kejatuhan AG
4. Kejatuhan MACC
5. Kejatuhan PAC
6. Kejatuhan UMNO
7. Kejatuhan Transparensi
8. Kejatuhan Anticorruption
9. Kejatuhan Morale

Sekarang Rakyat sedang Menunggu Bapa Segala Kejatuhan.....

RAWA LANUN-BAHASA said...

Bagaimana pula penyertaan PETRONAS dalam F1?
Adakah pulangannya berbaloi dengan belanja yang keluar untuk turutserta dan gaji drebar-drebar?

Harga minyak rendah dan dollar US mahal, Scribe.

Adakah bagi Harimau Malaya seorang jurulatih yang boleh memperbaiki prestasi pasukan negara tanpa belanja yang terlalu besar?

Atau perlu dipertimbangkan permain import yang diberikan kewarganegaraan main untuk negara. Pemain Arab? Afrika?






mad said...

saya sungguh kesian dengan harimau di hutan yg tidak tahu-menahu hal ehwal manusia mendapat malu kerana namanya dikaitkan dengan prestasi sukan bolasepak paling teruk dalam sejarah negara.
kesiam harimau....dahlah makin pupus

aku said...

Hebat o kalau banyak kosong

Othman Ahmad said...

Gelaran paling sesuai adalah "Bapa Tiri Mithali" yg tidak ada tolok banding kerana kemurahan & kecintaannya terhadap anak Rosnah Mansor. Bayangkan berapa aje Shahril, Mamat Maslan dll yg begitu menjilat dapat berbanding ratusan juta US$ yg dihamburkan kpd si Razi & temannya J Low.

red said...

Hello Usin,

bukankah kamu juga merupakan salah seorang "bangang" yg menerima habuan dari tuan kamu. patutlah kamu kata begitu. tidak kah kamu berfikir apa yang berlaku di sekeliling kamu atau kamu juga sudah buta,tuli dan sebagainya. diri kamulah yang sepatutnyer berfikir lebih mendalam.

A KADIR JASIN said...

The Star Online - PETALING JAYA: Football Association of Malaysia president Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah has expressed his willingness to step down as the national governing body’s head according to BERNAMA.

However the resignation date has not been decided and he will discuss with the FAM exco to enable deputy president Datuk Seri Affandy Hamzah to assume temporary charge of FAM once he steps down.

Tengku Abdullah admitted that he was disappointed with the national team’s humiliating 10-0 loss to United Arab Emirates (UAE) in the World Cup qualifying match in Abu Dhabi last Thursday.

Anonymous said...

Rahman,
Prayer won't work. Too bad Islam people never read Old Testament where there is a wicked King Of israel called King Ahab. Yes unlike Quran, the Bible recorded all the good and bad things done by believers including the Kings themselves. If you really bother, read about the story Naboth. And see how relevant it is as compared to Rosmah (modern version of jezebel) and Najib (King Ahab). Hahahaha.......King Ahab was mati during a battle at Ramoth-Gilead. How is it shocking familiar with najib.....hahahahaha. If you bother to read 1 King Chapter 22

kadir jasin must be Prophet Micaiah who always bring bad news to Najib......hahaha....Bad Pak kadiak....Bad Pak kadiak

Zed-85 said...

Saudara Rawa-Lanun,

Komen Saudara,

Atau perlu dipertimbangkan permain import yang diberikan kewarganegaraan main untuk negara. Pemain Arab? Afrika?

Komen saya,

Kita boleh pertimbangkan pemain Bangla. Coba dulu tengok macamana.

Tai-pan Jr said...

As'Salam... Datuk AKJ n Sahabat3 Semua2..


"AhJibGo - The EXclusive PM"


"Hitting The Nail Right At The Head"

-Inilah "Antara3 Faktor2" yg SAHIH telah me-NEGATIF-kan SENTIMEN kita RAKYAT semua

"..Kapal terbang jatuh, Gunung Kinabalu runtuh, nilai ringgit merudum, rizab asing Bank Negara jatuh ke bawah paras AS$100 bilion, keyakinan pelabur dalam dan luar negara runtuh, penarafan negara merudum dan Malaysia kini jadi bahan jenaka dunia. Tak peliklah bila nak buka persidangan anti-rasuah pun Perdana Menteri tak berani.." - INI SEMUA FAKTA! ***TQ DAKJ for listing**

-Dari sini lahirnya ungkapan "SELEPAS SATU hal berlaku, ADA LAGI hal yg berlaku, DAN selepas itu ADA LAGI hal berlaku, DAN selepas itu ADA LAGI hal yg berlaku..."

-Mungkinkah kerana Kita "tak dapat restu dari Langit" Approval from The Sky) ???

-Naa'Uzzu'Billah...


"The Writing IS On The Wall"

-Syukur masih ada dikalangan kita semua yg tetap sudi "memerah otak" n menyumbang "Nukilan3 Ilmiah"...Supaya kita2 semua tak "lemas dalam lautan informasi"..

-Insan3 yg sudi bantu kita2 semua untuk bezakan antara "TRUTH" n "FALSEHOOD"

-These people are the real "Unsung Heroes"...May Allah AWJ endlessly bless these "one in a billion" kind of people.. **Ameeenn**

-Please continue writing brilliantly..."Fight the Battle AND Win the War"


"Calling 'A Spade' A Spade"

-We all SHOULD FEEL SAD with what had happened to Our Nation..

-Seandainya ada mereka yg "tak rasa apa2" n STILL OBLIVIOUS n masih lagi mahu "tanya, cadang, ulang" perkara2 yg TELAH AMAT JELAS n yg tak perlu lagi "dibahaskan"..

--MUNGKIN--

-Mereka ini ada sedikit masalah patriotisma (n MUNGKIN JUGA masalah jiwa), n perlu dibawa "berubat" dengan kadar segera!

-Ada baik nya kita lebih "berdiam diri" n lebihkan membuat "analisa teliti" (dengan membaca/melihat/menilai) apa3 informasi2 yg berlegar di sekeliling kita, let the 'Maestros' yg lebih "proactive" kerana mereka lebih arif...

-Moga tiada lagi komen3 yg "terlalu kerap n berjela-jela" --TAPI-- "ketandusan intipati nya" (n ada ketikanya meyakitkan kepala untuk difahami kerana tunggang-langgang susunan n ejaan nya)... PLEASE beri RESPECT pada "Pemilik Blog Ini"..

-Malang sekali seandainya kita ini jenis "banyak sangat cakap @ banyak sangat komen".. Dikhuatiri bak kata pepatah melayu.."Banyak Cakap, Banyak Silap"..


"An Excellent Piece Sir...Salute!"

-Please do carry on writing "mind-opening materials".. It will shape Our Nation towards having "Analytic-Thinking Citizens".. Insy'Allah in due time it will..

-At least towards people who really DO read (n having FOCUS n THINK on what they read)


"Honesty IS The Best Policy"

-Apa yg baik dari Allah SWT...Apa yg tidak baik dari kelemahan diri kita sendiri (this includes US ALL n also "Me, Myself, & I")..

-'DARI Allah' kita di-datang-kan --DAN AKHIRNYA-- 'KEPADA Allah' JUGA kita di-pulang-kan...

-WE ALL SHOULD HAVE this belief.. That ALL OF US should act with warmth n equality towards one another.. REGARDLESS OF ALL THE DIFFERENCES 'between/among' us..

-After all.. --KEBANYAKAN KITA DAH LUPA-- WE ALL SHARE The SAME Sky, The SAME Land, The SAME Moon, The SAME Sun, The SAME Stars.. WE All SHARE The SAME Universe.. --AND-- WE ALL SHARE THE SAME ALMIGHTY CREATOR (But lets not go into that for now)

-With humbleness, bona-fide, n self-aware..."If 'THIS Writings' offends..then Apology is tendered"


***May Allah SWT protects us all from Idiocracy**



"The AhJibGo Factor"



"Discussion Is Dead"
"Diplomacy Is Dead"
"Democracy IS Dead"


Oh MalaysiaKu... Tanah Tumpah DarahKu..

***P/S: Reading heals the soul :-)**

RAWA LANUN-BAHASA said...

Dark Times Ahead - Ahoy!
(tenggelamnya kapal Malaysia)

Dulu S46
Lepas itu PKR
Apa pulak partai yang akan lahir
dari UMNO tak lama lagi

Dato The Scribe sudah kenal Najib
Kita akan kenal Keluarga Najib tak lama lagi
Dan ramai Ketua Bahagian hafal lagu Sting

Mephistopheles is not your name
But I know what you're up to
I will listen hard to intuition
And you will see it come to it's fruition

Benar kata-kata The Scribe
Rosmah will not let Najib quit
And Pemuda sings

I'll be wrapped around your finger
I'll be wrapped around your finger

Dumb deaf and blind they sailed straight
Into the rocks to the chorus of siren signs
Hancur kerajaan Najib sehancur-hancurnya
Di PRU14


Salam hormat


RAWA LANUN-BAHASA said...


What was the death count, looes74?


yana said...

Salam Datuk A. Kadir.

Dollah Salleh dah resign. Tengku Abdullah pula bakal menyusul. Tabik pendirian mereka, itulah yang sepatutnya. Saya tunggu pendirian KJ sebagai menteri sukan. Kalau KJ memang born as a leader a true responsible leader he should follow in the two's footsteps. Sekaligus meninggalkan pinisi pahlawan Bugis yang sudah dikembang layarnya tetapi masih berlabuh.

Terima kasih Datuk. Wallahuaklam.

Jane Duncan said...

Yang sedihnya apabila kesekian rakyat Melayu Islam Malaysia dikatakan berwajah seolah-olah membawa kebangkitan Islam, semakin rancak maksiat yang dilakukan oleh orang Melayu Islam.!! Politik Melayu penuh dengan kaki pengampu dan kaki bodek yang hanya memikirkan kantong dan keuntungan sendiri!!! tidak takut dosa, tidak ada harga diri!!! sanggup jual maruah kerana kenikmatan wang dunia sekejap!!! sikap dimasjid macam iman, dipejabat macam penyamun!!!

LaM said...

Malaysia was a power house in Asian soccer in the 70s and 80s. We managed to qualify for the 73 and 80 Olympics. When the Presidency changed hands, it was the beginning of the decline of Malaysian soccer. So it is good that Tengku Abdullah resigns asp and let a commoner who has vast experience in soccer and soccer management/administration takes over. Knowing Malaysian culture, Royalties should only be patrons of sport's organization and not their executive or elected officials. When Malaysian soccer was at its peak then, Abu Samah was President. So why not let Khairy becoming one, if ministers now are allowed to helm Sport's Association.

As to PM Najib, he is the ' Father of Bribery & Corruption'. In those context, I just don't understand why Umno members want to hold a rally, 'Himpunan Maruah Melayu' just to protect his corrupt deeds and actions. Are you going to say a melayu or bugis is 'bermaruah' if he induldges in bribery and corruption.

Aku said...

Kadiag, salaam.

Mola2 aku nak terima kasih pada En. I think therefore I am. Cereta tu adalah menghibogkan dlm suasana 'morbid', 'fetid', dan 'sordid' yg menyelubungi.

2. Pasai apa hang boh kelip gambag anak almarhum Teuku Nyak Putih tu?. Episod dia cucok mata dia sendiri, munkin dlm 'delirium', tekedu sakan, tak dapat nak balaih tembok kejahatan perangai nyonya Mansog, dan sekutu dia Doktor Mata Ismadi dan Sabariah, macam satu jenih 'self immolation' (transfer of aggression, displacement thereof) akibat kecewa amat sangat dan 'complete loss of control' bila berdepan dgn musoh yg terlalu atau amat kuat/burok. Masa lepaih perang Jepun dan akiag zaman British, dgn ekonomi yg suram, duit memang 'king' dan Nyonya Mansog paham kuasa duit dan guna duit untok menghina tahap luag biasa.

Doktor (loya dan majistret) dianggap hampiag separoh tuhan, dan memang calon idaman untok buat menantu.

Aku besyukog sangat pada Allah S.W.T. kerana ilmu Islam agak menyuluroh laani (berbanding dgn zaman Jln Ampas) dan peristiwa yg dilakagkan olih anak Nyak Putih tu tak berulang, atau beransog ansog kurang, baik di Malaya, maupun di Palestin dll di mana stratigi 'overawe' dan 'overwhelming force' di gunakan dgn semau maunya.

Akiag sekali, aku du'a kita berpegang sungguh sungguh pada tali Allah dan janganlah kita bercerai berai. Semoga dicucuri rohmat ke ataih roh Teuku Zakaria dan kawan kawan dia.

Wa sallam..

Aku

Unknown said...

Betui saya sangat setuju kalau gelaran yg ini pun boleh juga "Bapa penyamun Bugis Malaysia".

Unknown said...

Saya sangat setuju kalau gelaran yg lain ialah Bapa penyamun bugis malaysia.

RAWA LANUN-BAHASA said...

Setuju.
Back kena sasa.
Tackle biar melambung tapi fair tackle.

yana said...

Salam Datuk A. Kadir.

Sedih kalau PM ke-6 Malaysia mendapat jolokan 'Bapa Keruntuhan Integriti'.

Terima kasih Datuk. Selamat malam Malaysia.

yati said...

Budaya terima kasih.

panglimo potaseh said...

Mungkin saya tak silap jika menyatakan kita mempunyai bilangan stadium besar yg terbayak di Asia ini. Berapakah kos untuk bina sebuah stadium di Malaysia ini .. soalan ini sangat subjektif sebab dinegara ini barang yang berharga RM50 boleh dibeli dengan RM500 dan tiada siapa yang ambil peduli.

Cuba kita perhatikan Stadium gergasi seperti di Bt. Jalil dan Shah Alam. Adakah berbaloi kita memiliki stadium seperti ini. Apakah tujuan kita bina stadium ini, mungkin kita ada stadium tapi tidak ada
kumudahan untik bersukan. Dah berdekad berlalu masalah padang dikedua stadium masih tidak selesai. Mungkin dia orang seronok bina stadium sebab nilai kontraknya sangat besar .. buat padang apa ada. Hasilnya stadium yang ada pun dah macam rumah tinggal, penonton pun tak ramai. Tapi tak apa banyak lagi stadium bolasepak bersaiz besar yang akan dibina antaranya ialah Stadium Felda .. Felda?

Stadium Merdeka sebuah monumen bersejarah dan satu satu nya stadium yang "cost benefit" nak diruntohkan untuk dibuat bangunan komersil yang lebih menguntungkan .. siapa yang untong?.

Sepatutnya kita ambil contoh seperti di Belanda, Denmark atau German, dimana setiap penganjuran sukan, stadium lama mereka dihias kembali .. ianya sangat menjimatkan.

Dalam hal arena bola sepak saya beruntung dapat melihat dan merasai bagaimana Malaysia berada tempat nombor tiga dalam Asia pada dekad 70an, hanya dibelakang Iran dan Israel. Selepas itu Malaysia terus merudum, walaupun banyak perbelanjaan termasuk bina stadium telah dileburkan. Kesihan saya melihat generasi sekarang, bila bila masa mereka boleh melihat pasukan bola mereka dibelasah malahan dengan pasukan negara yang ranap dengan peperangan seperti Pelestin, Iraq, syria atau Yemen. Malaysia pun boleh kalah dengan negara kecil dan kepulauan seperti Timor Leste, Maldives, Laos, Ceylon, Bangla dan Nepal, apalagi dengan Myanmar yang baru punya stadium yang kecil.

Jadi apa masalah bolasepak kita sebenarnya. Saya fikir kalau kita ambil Wenger dan Joaclim Leow sekali gus pun sebagai jurulatih belum tentu kita menang dengan Laos.

AZAM anak Sarawak said...

Salam Tok AKJ,

Najib will NOT step down as PM, come what may.

He does seem to view that his actions as detrimental to the well being of the country or to UMNO for that matter.

In simple terms his views at opposite poles from the majority (I am making a BIG assumption) of Malaysians.

The other cabinet ministers and UMNO warlords seem to share Najib's view.
- Maybe because they know somethings we, the masses, don't.
- Maybe the haze got into their sight that their visions are so distorted.
- Maybe the sight and smell of minted notes is so intoxicating that their brains are suffering from hallucinations, so much so that everything becomes so grey that distinguishing right and wrong proved to be a great challenge.

Bottomline, Najib will NOT step down.
It does not matter if the ringgit hits RM5.00 to US$1 or the budget deficit doubles up.
You could call Najib by whatever name... Bapa Keruntuhan Integriti or Bapa Kejatuhan Ringgit or whatever... Najib will NOT step down.
Business will be as usual for Najib and his cabinet.
The newly minted SEC will most likely lose steam a few weeks down the road like everything else that Najib was created.

All Najib has to do now is hang on there... all attacks will subsides.
People will get tired and Najib will be putting his best smiles once again...
Business as usual for Najib and his cabinet members thereon...

I want to be wrong here...

Sekian. Terima kasih.
AZAM anak Sarawak

msh said...

Salam Dato.

KJ bukanlah seorg Menteri yg hebat.

Tetapi sbg 'schemer' dan ahli politik...dia ada kelebihan....tetapi dari sudut ptestasi kerja....hampas.

Dia juga wajar bertanggung jawab dlm kekalahan 10 - 0 Malaysia.

Dari dulu lagi sy berpandangan...dia bukannya hebat tetapi kerana menjadi menantu Pak Lah....dia kini menjadi seorg Menteri.

Semua mengenai...'connection' belaka...serupa juga dgn Najib...dan Hishamuddin.

Jika setelah hampir 3 atau 4 tahun memegang jawatan...dan tiada apa2 keistimewaan dan pencapaian serta prestasi yg hambar...sy kira dia cuma biasa sahaja atau mungkin gagal dlm menjlnkan tugas yg diamanahkan.

Dia sibuk kehulu kehilir...glamor yg lebih sbg Ketua Pemuda yg cuma 'budak suruhan'....sesekali bersuara antara kuat dan perlahan mengkritik Presiden tetapu tanpa kesungguhan yg jitu...cuma ala kadar.

Sbg Ketua Pemuda pun dia tiada 'add value' apa2 pd Parti dan sbg Menteri pun kosong....serupa sahaja dgn Presiden.

Betul bila Dato berkata...Presiden sbg 'Bapa'...anak2 buah yg Menteri sbg 'Anak'.....dan kesudahannya "Bapa Borek...Anak Rintik".

BOREK DAN RINTIK YG TERUK.

Terima Kasih.

msh said...

Salam Dato.

KJ bukanlah seorg Menteri yg hebat.

Tetapi sbg 'schemer' dan ahli politik...dia ada kelebihan....tetapi dari sudut ptestasi kerja....hampas.

Dia juga wajar bertanggung jawab dlm kekalahan 10 - 0 Malaysia.

Dari dulu lagi sy berpandangan...dia bukannya hebat tetapi kerana menjadi menantu Pak Lah....dia kini menjadi seorg Menteri.

Semua mengenai...'connection' belaka...serupa juga dgn Najib...dan Hishamuddin.

Jika setelah hampir 3 atau 4 tahun memegang jawatan...dan tiada apa2 keistimewaan dan pencapaian serta prestasi yg hambar...sy kira dia cuma biasa sahaja atau mungkin gagal dlm menjlnkan tugas yg diamanahkan.

Dia sibuk kehulu kehilir...glamor yg lebih sbg Ketua Pemuda yg cuma 'budak suruhan'....sesekali bersuara antara kuat dan perlahan mengkritik Presiden tetapu tanpa kesungguhan yg jitu...cuma ala kadar.

Sbg Ketua Pemuda pun dia tiada 'add value' apa2 pd Parti dan sbg Menteri pun kosong....serupa sahaja dgn Presiden.

Betul bila Dato berkata...Presiden sbg 'Bapa'...anak2 buah yg Menteri sbg 'Anak'.....dan kesudahannya "Bapa Borek...Anak Rintik".

BOREK DAN RINTIK YG TERUK.

Terima Kasih.

majid smsp88 said...

Salam Datuk...

Jalan Bangsar agak nyaman pagi ini. Harap dapat redakan jerebu, juga jerubu dalam FAM & BN.

Masa sekolah menengah lagi, saya antara yang terawal berada dalam Stadium Merdeka bagi tiap perlawanan bolasepak yang berlangsung. Tak minta duit dari Ibu pun but duit hasil keja bantu stall mamak depan kilang Narayanan Moorty ini. Ada dalam stadium penutup Sea Games 1989, Malaysia 3 Singapore 1, Arwah Sudirman dengan berbaju sangat panjang bendera Malaysia. Ada dalam stadium saksi Awang Mahyan menumbuk Zaman Khan. Mewakili Sri Pantai (yang tiada padang bola) membelasah Sekolah Bukit Bandaraya 24 - 0.

Kagum dengan pasukan bolasepak kita, kagum dengan free kick deras jarak jauh Lim Teong Kim, Gunalan yang lasak, Radhi yang licik, Serbeget yang kental pertahanan, muhibbah sangat. Adakah pasukan kita kini muhibbah...? Minat saya pada bolasepak mula merosot bila rasuah bermula pada waktu itu, till kini yang langsung tak maju kehadapan.

" Tengku Abdullah's move to resign as president of FAM is gentlemently. How wver he is not solely to be blamed as FAM is collective." TS Annuar Musa. Betu la pandangan beliau itu. Dari pasukan till peringkat tinggi pengurusan FAM kena terima 'tanggunjawab bersama' ini cos terbabit secara langsung dengan pengetahuan bersama.

" He resignation will worsen the situation in FAM. What is important is action to repair it." :- Ini pun betul juga, later siapa yang nak cari penjaja untuk isi 'tabung' pengurusan FAM jika presiden kini letak jawatan...? Dalam betul itu, masih terselit yang kurang betul/ bernas. Akan ada pihak yang akan lemparkan persoalan sama ada perletakan jawatan ini mampu pulihkan sukan bolasepak Malaysia? Pada pandangan saya persoalan itu hanya retorik sahaja. Sudah lama dengan pasti & nyata yang bolasepak kita up & down pada paras yang sama, sampai bila kita masih nak retorik pada persoalan itu sahaja. Kenapa kita semacam takut untuk mencuba, berubah daripada berterusan begini...?

Kenyataan dibawah ini situasi yang hampir sama dengan FAM kini but kenyataan & tindakan yang berbeza...

"We know our weakness. We are willing to work to improve them. We are not an arrogant goverment. We are not a haught goverment and not a goverment that insists to be the best in everything, but we are willing to improve what needs to be improve."- Najib.

Saya lebih tertumpu pada perkataan "We" ini. Presiden FAM yang tak terbabit secara langsung atas kegagalan pasukan, namun beliau hanya berkata "saya" akan letak jawatan. PM pula bila sangkut masalah, beliau ungkap "We" even TS Muhyiddin as ex TPM tak tau & tak faham masalah 2.6B & 1MDB ini. Siapa yang PM maksudkan "We" ini? Kita rakyat ini ke...?

Unknown said...

bapa pelingkup
bapa penjahanam
bapa pemusnah
bapa perosak
bapa bapuk.
boleh pilih yang mana paling padan.

Pompuan said...

Salam DAKJ dan kawan2
Lama tak pergi blog ni. Missed you all.
Cam nilah. Isteri borek suami rintik. If you all dpt isteri Rintik macam Rosmah, you allpun nak jadi PM, come what may. Stay on for life if possible.
Dia pengeras you all. Itu yang suami I described dia.
Bak kata oghang Temerloh gona koin nok melawen nya.
Terima jelah. Toksah soksek soksek. Ismail Sabri tau maksud I ni.

Jarigatal said...

Jika anak itu mewarisi sifat ibu dipangil Anak Mak.
Jika anak itu mewarisi sifat ayah dipanggil Anak Bapa,.
Jika anak itu mewarisi sifat bini dipanggil Anak-anak.

Anonymous said...

Bapa Takut Bini

Anonymous said...

Nasi dah jadi bubur.Cukup2la asyik kencing merata.Kenapa perlu pertahankan Najib?Dia turun ramai lagi yg layak jd PM.Susah sgt ke?kita ada Muhyidin,Shafie,Mustafa,Hisham dan ramai lagi but not Zahid!!!

Syed Akbar Ali said...

Dia minat gunakan perkataan seperti bangsat dan bangang. Oleh itu, macam mana dengan :

Bapa Keb*ngs*t*n?
Bapa Keb*ng*ng*n

Dapatgajibukanpengorbanan said...

Ah Jib Goh=Najib Must Go

Joe Black said...

Dato'

It is Totally Justified for those who have benefitted from Corruption and Money Laundering to Don a Red Shirt and Berdemonstrasi in Support of UMNO and Najib. And Yes, don't forget to bring along your spoils such as your Ferraris and Hummers. Also feel free to Bring along your Second to fourth wives to show off how successful you have been....

Yes these people too want to Claim their Rights to Corruption and Money Laundering. After all these practises Appears to have been legalised in Malaysia. Have this Demo been just endorsed by the Home Minister?

rahimlpp@yahoo.com said...

Y.Bhg Dato'

1. Tak lama lagi kita nak menyambut raya haji atau raya korban.Atas semangat "berkorban" mengapa tidak semua kita berkorban bukan sahaja harta benda tetapi juga perasaan marah kita kepada pihak lain.

2. Kita korbankan perasaan marah kita kepada Najib dan rakan-rakannya dalam Kerajaan . Kita bagi peluang dalam tempoh sehingga pilehanraya akan datang untuk mereka perbetulkan segala kepincangan yang kita lihat mengikut persepsi kita. Mungkin persepsi kita tidak betul.

3. Kalau kita bising pun ianya hanya menyukarkan lagi keadaan dan membawa kepada kemerosotan ekonomi yang lebih teruk. Akhirnya yang rugi orang Melayu juga kerana daya ketahanan ekonomi kita tersangat rendah.Cina tutup kedai kerana tahun baru pun kita menjadi kelam kabut.

4. Lagi pun Najib dah beri jaminan yang Kerajaan akan perbetulkan 1MDB melalui pelan rasionalisasi. Najib kata dalam tempoh yang singkat. Kita tunggu dan bersabar.

5. Pelbgai persepsi kita mengenai 1MDB akan terjawap apabila Odit Negara membentangkan laporan terakhir nanti. Apa yang tertangguh untuk dibentangkan di PAC hanya interim report. Kita sabar sekejap sahaja. Kalaulah betul persepsi kita yang 1MDB menghadapi masaalah besar, pada fikiran saya ianya akan terbongkar juga dalam final report nanti.

6. Kita bagi peluang Kerajaan perbetulkan keadaan ekonomi semasa. Kalau Najib dah tak nampak jalan penyelesaian, sebagai putera Tun Razak maka saya yakin dia akan turun tangga secara terhormat tanpa perlu kita menolaknya secara kasar.

7. Masa berjalan cepat. Kalau semuanya gagal maka kita tunggu PR14. Kita lantiknya secara demokrasi maka kita turunkan dia secara demokrasi.

8. Dalam sistem demokrasi, yang buta dan yang celek mempunyai hak dan kuasa yang sama iatu setiap orang satu undi.

9. Kuasa seorang Profesor dengan seorang petani buta huruf adalah sama iatu satu undi. Terpulang kepada Najib bagaimana dia nak pengaruhi orang ramai yang kurang celek supaya terus memberi sokongan kepadanya. Kita tak boleh salahkan sesiapa kerana kita telah memileh demokrasi sebagai sistem pemerentahan Negara.

10. Tulisan Dato' memang bernas tetapi hanya dibaca oleh orang cerdik saperti Profesor dsb. Petani miskin, peneroka FELDA lebih percaya RTM, Utusan Malaysia, Forum Perdana atau ceramah Ustaz Kazim.

11. Untuk mengubah keadaan Dato kena cari jalan bagaimana tulisan Dato boleh sampai kepada orang Baling, Pendang, Sik, Grik,Felda Taib Andak, Dungun dll.

12. Saya mengharapkan ekonomi dapat dipulih segera kerana saya khuatir malapetaka akan menimpa lebih besar sekiranya ekonomi gagal dipulihkan.

iklas,
rahim

A KADIR JASIN said...

1. Ada orang minta kita berkorban atas alasan kedatangan Hari Raya Korban.

2. Apa lagi yang ada untuk kita korbankan?

3. Kita sudah berkorban tahap maksimum melihat Mohd Najib dan konco-konconya buat korban.

4. Mereka korbankan harta negara, maruah negara, masa depan negara dan rakyat jelata.

5. Mereka korban kebenaran demi melindungi dosa mereka dalam 1MDB.

6. Mereka korbankan kewibawaan orang Melayu dan Islam sebagai bangsa dan agama induk negara.

7. Mereka korbankan imej negara di mata dunia.

8. Orang yang minta kita berkorban itu nampaknya tidak faham erti pengorbanan.

9. Bukanlah anggota polis, tentera dan perkhidmatan awam telah berkorban? Tetapi apa yang terjadi kepada terhadap polis dan perkhidmatan awam? Kewibawaan polis, MACC dan perkhidmatan awam mereka cemarkan demi menyelamatkan diri.

10. Jadi apa pengorbanan lagi yang kita rakyat jelata harus korbankan?

Wallahuaklam. Terima kasih.

Saja saja... said...

Salam bahagia Dato.

- Ada ada saja Dato ni. Tapi pasal cerita Hari Raya Korban, anak perempuan mau ikut surau tengok orang buat korban. Aku kata tak payah la, susah nanti bila nampak darah. Dia curi curi pergi, dengan abang abang dia. Satu hari dia menangis dan tak mau makan, kesian tengok lembu lembu kena sembelih dengan pancutan darah. Itu lah Hari Raya korban untuk anak perempuan ku.

- Dato tanya "Jadi apa pengorbanan lagi yang kita rakyat jelata harus korbankan?".

- Konsep korban bukan konsep orang Melayu. Kita jadi Islam baru saja, jadi mana lah tau pasal Islam secara mendalam kecuali bila orang korban sembelih lembu, kita ikut saja lah. Sama la juga dengan konsep berdemonstrasi, itu pun bukan budaya kita Melayu. Kita meniru dari orang lain.

- Selagi Melayu "bangsat" (kata PM Najib), jangan korban apa apa la. Diam diam saja, takut nanti jadi bangsat atau anak haram jadah pula.

- Tapi kalau mau juga berkorban macam mana? Korban kan UMNO. Korban kan BN. Undi DAP!

- Tapi itu korban yang aku mampu buat, bukan orang lain. Aku pasti anak anak ku tak akan menangis lagi! Kesian durang, budak budak.

Kawanlama said...

Saya amat setuju atas pandangan Sdra Usin.

Barang kali Datuk AKJ sudah kehabisan peluru untuk ditembak

Kawanlama said...

Terima kasih DAKJ.

Nampaknya 'korban' pun hendak dijadikan bahan kritik....sungguh kreatif seorang wartawan tersohor begini ATAU sudah bankrap modal kritik kot.

Othman Ahmad said...

Sentuhan Najis mengakibatkan Felda menjadi Fail Dah..!! Yes..Najis has deformed Felda to Fail Dah.!!

Othman Ahmad said...

Harimau mati tinggalkan belang.
Ular pula tinggalkan bisa.
Najib mati tinggalkan hutang.
Mahathir pula tinggalkan jasa.

Othman Ahmad said...

Yg pasti rakyat jelata dah pun menjadi korban keserakahan Najib & Grand Lustful Lady, Rosmelda Rakus.

msh said...

Salam Dato.

Agak dangkal dan jahil sekali bila ada pembahas yg masih tidak faham dan mengktitik Dato kerana becerita panjang lebar tentang konsep korban yg diamalkan oleh Najib.

Korban yg Najib telah lakukan ialalah melunyai dan menghancurnya imej negara....bangsa...institusi kewangan...kehakiman...polis dsb.

Najib telah KORBANKAN semua yg diamanah rakyat kpd dia SEMATA2 KERANA HENDAK MENYELAMAT DIRI DARI DISABIT KESALAHAN
..SALAHLAKU....PECAH AMANAH..PEMBOHONGAN DSB.

Paling bengap bila dia menuduh Dato kehabisan peluru untuk menembak.

Sebenarnya dia yg kehabisan peluru dan mengambil jln mudah menuduh Dato.

Kesian dia....kerana mahu mempertahankan Najib...hingga memperbodohkan diri.

hang_nadim2 said...

Salam Datuk dan Salam Semua,

Saya bimbang sekiranya orang melayu tidak bijak dan matang berpolitik dan memahami sepak terajang politik. Kerana ini menyebabkan orang melayu menjadi bangsat di negeri sendiri.

Sekian Terima Kasih,
Harap Maaf,
Wallahuaklam

Dari Allah kita datang, dari Allah kita juga kembali

Kawanlama said...

Orang bodoh budi pekerti sahaja akan mengatakan orang lain bodoh.

Tidak sedar bercakap dan beremosi tidak bertempat.

Maaf ye

Kawanlama said...

Rasa sedih kerana sanggup mengata orang bengap semata-mata nak pertahankan DAKJ secara buta hati.

msh said...

Pemahaman kamu tentang konsep korban yg dilontar Dato cukup terang dan jelas....tetapi kerana kecewa atau marah sebab ianya dituju pd Presiden atau idola yg merapu .....demi mempertahankan belia....Dato dituduh kehabisan modal.

Tidakah itu suatu tuduhan yg mengarut....fikir lah sendiri.

Hujah Dato ada meritnya...jadi kita menyokong....bukan mempertahan buta tuli.

Org yg ketandusan modal sahaja yg memperlekeh hujah org lain.

Kawanlama said...

Otak Sdra cukup sempit bila melihat pandangan yang tidak seiring dengan pandangan DAKJ adalah pandangan menyokong DS Najib.

Fobia sangat ke bila dengar ada lagi orang sokong DS Najib?

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).