Friday, July 27, 2018

Jangan Tawar-menawar Dengan Lembaga Pengarah GLC-GLIC


A Kadir Jasin


MUKHADIMAH: Pandangan yang terkandung dalam tulisan ini adalah pandangan peribadi saya. Saya menulis dalam kapasiti saya sebagai seorang blogger. Ia tiada kena mengena dengan apa-apa jawatan yang mungkin saya pegang.

 
Lembaga Pengarah Khazanah Tawar Letak Jawatan

MUTAKHIR – Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menerima peletakan jawatan Pengarah Urusan dan Ahli Lembaga Pengarah Khazanah Nasional Berhad.


Dalam satu kenyataan beliau, antara lain, berkata, peletakan jawatan itu akan membolehkan kerajaan menyusun semula agensi pelaburan negara tersebut.

Perdana Menteri mengalu-alukan tawaran peletakan jawatan daripada semua ahli lembaga pengarah.

Dr Mahathir berkata, Khazanah akan disusun semula sejajar dengan dasar-dasar pentadbiran baru.

POSTING ASAL


AHLI lembaga pengarah Khazanah Berhad menawarkan untuk meletak jawatan secara beramai-ramai.

Saya kata, terima kasih dan kerajaan terima sajalah. Tidak perlu tawar-menawar.

[Komen "Anonymous” tidak akan disiarkan. Tolong guna nama sebenar atau samaran.]

Hak mereka untuk berhenti dan hak kerajaan untuk menerimanya.

Pendirian saya mudah. Kerajaan tak perlu terseret untuk tawar-menawar.

Sekiranya ada antara mereka yang super bagus, tidak terlibat dengan apa-apa kesalahan atau pengabaian tugas, kerajaan berhak melantik mereka semula atau memberikan mereka tugas di tempat lain.

Satu hal kita kena faham. Semua ahli lembaga syarikat secara berseorangan dan berkumpulan mempunyai tanggungjawab fidusiari (fiduciary duties).

Perlu diingatkan yang ada antara ahli lembaga pengarah Khazanah itu baru sahaja dilantik untuk mengetuai sebuah badan berkaitan kerajaan yang lain.

Jika ada kegagalan fidusiari atau perbuatan jenayah, kita wajib pisahkan beras daripada hampas.

Saya kenal banyak daripada mereka secara peribadi. Ada yang saya kenal sudah lebih 30 atau 40 tahun. Malah ada yang sama belajar di luar negara.

Tetapi ini bukan soal kenal atau tidak. Ini soal kepentingan negara kerana perniagaan Khazanah melibatkan modal yang sangat besar - hampir RM90 bilion – tetapi tidak menjana pulangan yang cukup memuaskan.

Kemudian kita dengar mengenai pelaburan yang hilang begitu saja atau eksekutif yang dibayar gaji luar biasa besarnya.

Pada 7 Julai lepas, akhbar perdagangan “The Edge Market” melaporkan yang ketua pegawai eksekutif IHH Healthcare Berhad, salah sebuah anak syarikat Khazanah, dibayar gaji RM33.9 juta setahun.

Saya amat yakin bahawa ahli lembaga pengarah Khazanah itu tahu bahawa kerajaan baru Pakatan Harapan (PH) tahu apa yang telah dan sedang berlaku dalam organisasi mereka.

Khazanah adalah antara syarikat dan tabung pelaburan berkaitan kerajaan (GLC-GLIC) yang paling awal dipanggil untuk memberi bantuan dalam siasatan Majlis Penasihat Ekonomi (Council of Eminent Persons).

Majlis itu ditubuhkan oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebaik saja mengangkat sumpah awal Mei lalu.

Hendak Menguji?

Maaf cakaplah kalau saya kata, langkah ahli lembaga pengarah Khazanah itu boleh ditakrifkan sebagai seolah-olah hendak menguji atau mencabar pendirian kerajaan dengan tidak meletak jawatan tetapi sekadar menawar untuk meletak jawatan.

Saya kata sekali lagi, terima sajalah tawaran mereka itu. Bukan apa, tapi sudah banyak pengerusi dan eksekutif kanan GLC-GLIC yang telah meletak jawatan atau menghantar surat mengatakan mereka akan meletakkan jawatan bila kontrak mereka tamat.

Berilah peluang kepada kerajaan baru untuk membuat keputusan dan melantik sesiapa yang ia mahu.

Apa yang hendak dihairankan sangat. Bila Perdana Menteri Barisan Nasional (BN) bertukar pun ramai pengerusi, ahli lembaga pengarah dan eksekutif kanan GLC-GLIC, jabatan dan agensi digugurkan dan orang baru dilantik.

Inikan pula apabila BN kalah dan PH mengambil alih pentadbiran negara. 

Mereka yang dilantik oleh kerajaan lama tentulah tahu yang kedudukan mereka akan dipertimbangkan semula, apatah lagi jika mereka adalah lantikan politik.

Yang saya rasa lebih penting adalah mencari pengganti yang berwibawa, iaitu mereka yang tidak dicemari oleh korupsi harta benda dan minda oleh kerajaan dahulu.

Alhamdulillah kita masih ada banyak orang baik yang boleh mengambil alih. Ini telah pun berlaku di Permodalan Nasional Berhad (PNB), Bank Negara dan beberapa buah agensi lain.

Sama pentingnya adalah kita mengambil tindakan ke atas pihak-pihak yang terlibat dengan perbuatan jenayah dan kegagalan menjalankan tanggungjawab fidusiari, sama ada berseorangan atau berkumpulan.

Rakyat jelata dan pembayar cukai wajib dilindungi daripada serigala korporat seperti yang digambarkan dalam filem Hollywood “The Wolf of Wall Street” terbitan bersama Riza Shahriz Abdul Aziz, anak tiri bekas Perdana Menteri, Mohd Najib Abdul Razak.

Kita tidak mahu lagi musang berbulu ayam mengaut kekayaan di atas belakang rakyat jelata.

Kita dengar cerita bagaimana seorang bekas pengerusi sebuah agensi tani yang diberi kereta rasmi jenis Mercedes tetapi berpakat dengan ketua pegawai eksekutifnya untuk menyewa kereta Lexus mewah dengan kereta gantian jenis Masserati. CEO itu pula menyewa kereta jenis Bentley.

Kerajaan baru PH memikul mandat yang sangat berat dan wajib diberikan peluang mengatasi kerosakan yang ditinggalkan oleh kerajaan dahulu.

Wallahuaklam.


23 comments:

seraiwangi said...

Bukan sekadar Ahli Lembaga Pengarah shj, untuk memberikan nafas baru pada GLIC & GLC, seeloknya senior management pun perlu digantikan juga.

Ramai juga yg memegang jawatan tinggi dlm GLIC & GLC bukan kerana merit & qualification, tapi kerana favoritism & seniority

Mike said...

Begitu juga dengan kwsp. Banyak transaksi jual beli kwsp terhadap kaunter-kaunter bursa terutamanya GLC, depa beli tinggi jual rendah. Benda yg basic dalam investment pun tak tahu, macam mana lar depa ni dipilih dan dilantik.

Johnphoon said...

The best... I’ve been following you since “other thots” days... keep it up Sir... your writes opened the eyes of many...

A KADIR JASIN said...

Para pembahas dan pelawat sekalian.

Saya difahamkan oleh pihak-pihak yang mengetahui berkenaan perkembangan ini bahawa penghantaran surat tawaran peletakan jawatan tersebut dibuat dengan pengetahuan Perdana Menteri.

Mereka berkata bukanlah tujuan lembaga dan pengurusan Khazanah untuk menyulitkan keadaan cuma mereka memerlukan masa untuk mendapat isyarat yang jelas daripada kerajaan.

Terima kasih.

Leo said...

Rakyat juga yg menanggung. Kerajaan kerja dia sapu je.

Anonymous said...

Pengurusan Khazanah sekarang tak payah nak tunggu lagi ... duduk di rumah saja lah dan menjadi orang pencen saperti Khalid Abu Bakar "who is now without a job."

Dulu tak buat kerja, sekarang mana boleh sanggup lagi. Tak boleh di percayai lah.

Jojo said...

Datuk Kadir,

1. Perletakan jawatan secara sukarela oleh ketua2 GLC ini adalah dialu-alukan.

2. Walau bagaimanapun, yang mahir dan bagus dalam bidang mereka boleh dikekalkan dengan syarat2 baru.

3. Beralih pada cerita lain, kenapa perlu kerajaan biaya sekolah swasta/persendirian ? Bukankah ianya satu entiti perniagaan ? Kenapa terlalu banyak desakan "menCHINAkan" negara ini sejak akhir2 ini ?

lekabu said...

nk isyarat jelas ok sy bg kit......rakyat kais pagi mkn roti kais ptg kdg2 x mkn.Golongan ni bkn mkn je kete bak kata org kg mcm istana bergerak.Apakah faedah yg rakyat biasa dpt ....sedih...

Unknown said...

Selamat bersara kepada ahli2 lembaga yang telah berhenti. Kepada mereka yang telah berhenti ini saya percaya tak tercalar sedikit pun kekayaan yang mereka telah himpun. So go enjoy your life and get out of the way (of Tun M). Tq

Aku said...

Kadiag, السلام عليكم ( Assalaa / mu / 'alai / kum.),
Sekali lagi terima kasih banyak pasai tulong hebah hai yg sangat parah ni ke pengetahuan rakyat. Laa ni semoga rakyat paham
pasai apa kalu tak dak 60 ringgit jangan pi kelinik suasta, walaupon dah banyak hari demam. Ada yg siram badan dgn ayag telaga ja....

Ni aku kopipeh sikit apa yg Mat Tehag dilapog kata kad media Amerika (CNN) 26 Julai 2018:
“ Kuala Lumpur, Malaysia (CNN)Malaysian Prime Minister Mahathir Mohamad, who staged a stunning election upset earlier this year to return to power aged 92, said he inherited a government lousy with corruption and with few trustworthy officials.
"From outside we saw the damage, but we never expected the damage to be so extensive," he told CNN at his offices in Putrajaya, south of the capital Kuala Lumpur. "Most of the top echelons in the government are corrupt."
Mahathir's predecessor and former protege Najib Razak has been charged with multiple counts of corruption for allegedly embezzling millions(sic) in public money from Malaysia's 1MDB fund.
"I have to work with some of those people who are suspect," Mahathir said. "It's a very difficult job, if you don't work with people you trust, you don't know whether what you want them to do will be done or not."
Kadang2 pikiag pi pikiag mai, kad Mat Tehag pon aku nak marah bila dia dilapog sebagai kata “... , but we never expected the damage to be so extensive.”
Pasai apa pulak “ tak sangka kerosakkan begitu meluaih..”
Antara lain kan hang selalu guna kalimah “systemic” bila rojog pentadbiran sebelomnya dlm ‘coretan’ hang ni ? Mat Tehag sebagai doktor perubatan sepatutnya sangat
‘arif maksod istillah ‘systemic’ ni....
Tapi tak bulih jugak nak marah sangat kad dia, munkin dolu2 dia tak rasa sangat keperitan rakyat tebanyak,
almaklumla...almarhum pak dia masta Mohammad, memang asai orang berada... dan dari dolu2 lagi, Mat Tehag dah pakai kereta Pontiac.

Lagi pulak jasa dia, sakan...!! Dan sememangnya aku alHamdulillah, kerana Allah S.W.T. dgn sifat maha pemuroh, mengasihan yg tak tehingga (‘infinite’) antak mai seorang pemimpin macam dia.

Dan maknusia terutama lagu aku ni kot jauh lagi kerap buat silap.
Namun aku nak kena jugak tekan sekali lagi bahwa ‘kejengkilan’ ni ujud merata, dan dibanyak peringkat,
di unibersiti2, di mahkamah2, kalangan mata2, hospital2, media,
kepala2 dan pejabat agama.... selain dari kalangan ‘... most of the top echelons’.

Sekali lagi, mintak maghap no. Dan sekali lagi terima kasih banyak. (Kalu jumpak Mat Tehag, kalu ingat laa, kirim salam no ...
kata dari kawan almarhum Abang dia.)
Aku

dt rahman pekan said...

Salam dato.

jika perletakan jawatan ini berlaku dlm thn tujuh puluhan, maka kerajaan patut berasa gundah kerana ketika itu jumlah yg bijak pandai amat berkurangan.

namun sejak kerajaan d bawah pimpinan tun m yg tlh memberi penekanan terhadap pendidikan sejak beliau menjadi menteri pelajaran lagi, maka tak salah kalu saya katakan yg we can get brainy replacements in d open market at 'a dime a dozen'.

sepatut nya,semua lantikan 'politik' olih kerajaan yg lepas perlu faham n segera menawarkan perletakan jawatan tanpa d beri apa2 'signal'. apatah lagi jika mereka dgn terangan menyokong serta berkerja keras utk mengekalkan regim yg sdg berkuasa ketika itu.

saya meyokong sepenuh nya pandangan yg d utarakan oilh dato dlm artikel ini.

2 most of them good riddance.

Unknown said...

Jangan lupa juga Dato, banyak pegawai kanan kerajaan yang sabotaj Menteri Baru PH, JPA patut di rombak kerana ada jembalang masih bertapak di sana.

Li'l Abner said...

If employees of companies are paid bonuses based on their performance, why can't BOD of GLC-GLICs be paid bonuses and allowances on performance driven incentives. We can see how prudent they will be if we adopt this benefit structure. Only the good ones will opt for this job. Btw, rewards for excellent performance must be handsomely good given the risks they take to accept such delicate tasks.

IzzatiAmira said...

Adakah mmg menjadi tanggungjawab sosial korporat sebahagian GLIC & GLC untuk mengambil seramai-ramai pekerja (overstaffed) walaupun takde kerja yg nak dibuat?

msh said...

Salam Dato.

1 pergi....10 yg datang ganti.
Memang betul kata Dato....kerajaan tidak perlu tawar menawar dgn mereka2 ini.
Perut masing2 pun dah boroi kekenyangan....biarlah org lain pula merasa kekayaan yg mereka kecapi sekian lama ....bila mereka berhenti.
Cukup2lah.

Fazwin Construction Sdn Bhd said...

syabass dato kadir jassin atas keperinhatinan dalam mengerakkan kemajuan ekonomi negara. ketegasan amat perlu. lawan perompak lagi syahdu daripada berunding diplomatik dengan ejen perosak negara.

WA said...

Harap PM jangan lah main musical chair jugak kali ni. Rotating a set of same people around! These people maybe perceived as relatively clean and not associated with the government before.......? The like of Tan Sri Mohd Nor Yusuf......dia pun dah lama sangat kat atas tu. Wasn't he the 1st MD of MAS after khazanah took over and now still chairman of MAS? What are all the accolades awarded for? A banker.......and most of them are and basically accountants! Cukup cukup lah. Give a chance to new people, just like the new lineup of cabinet ministers!

MUSTAFAR A.R. said...

salam akj.
bukan sekadar tawar atau suruh letak jawatan.
jangan biarkan bebas dengan harta haram yang mereka jamah.
sekiranya ada penyelewengan dakwa mereka di mahkamah.
yang salah tempat mereka di sungai buloh atau kajang.
juga sebagai cermin kepada kerajaan ph yang ada sekarang.
bukan saja glc-glc perlu telus dan akauntabiliti.
malah kesemuanya yang melibatkan kepentingan dan duit rakyat.

anaa abdullah said...

Mustahil kronisme dan nepotisme amalsan ahli politik di malaysia dapat dihapus oleh kerajaaan pakatan harapan.kita sama sama tunggu dan lihat akan realistiknya nanti.Jika DAP berkuasa jadilah macam Singapura akan nasib bangsa Melayu di negara sendiri ini.Sejarah china disitu kita duduk disitulah kita taklok.Tidak mustahil akan berlaku penjajahan baru keatas malaysia suatu hari nanti atas kerjasama dan bantuan serta keredhaaan para pemimpin berbangsa Melayu yang pentingkan diri sendiri.

kakigodam said...

Saya sangat stuju kalau pengurusan Pelaburan KWSP di selidik untuk menentukan kewajaran sesuatu keputusan dibuat bila membeli counter2 yang di katakan membawa keuntungan

Honorable judges thank you! said...

Datuk,
what's this ridiculous affair of cleaning services on "strike" and judges having to do the job.
Minister Hanipa, no dragging of feet on this.
Please immediately arrange for the toilet cleaning services while investigating the case. It’s not right to ask our judges to do the job. For those who have already done so, thank you for your humble service.

Unknown said...

Sebab yg Melayu kebanyakan Membangsat Bangsanya sendiri..

Anti pengkhianat said...

Datuk kadir,

Dengarnya bekas pegawai khas ksp sekarang bertugas di pejabat pm?

Dengarnya lagi pegawai-pegawai tinggi kerajaan yang menyokong kepimpinan lalu dan dinaikkan kerana menyokong kepimpinan lalu masih berleluasa menasihati menteri kerajaan yang baru bak semut menghurung gula.

Apa kerajaan baru akan buat untuk menangani pegawai-pegawai yang telah mencemarkan nama baik perkhidmatan awam secara keseluruhannya?

Tidak mahukah mereka mengambil sedikit tanggungjawab atas kesalahan dan kegagalan mereka bertindak menangani korupsi kerajaan lama?

Masihkah berpura-pura tidak bersalah dan cuba berpaut pada jawatan?

Ksn? Ksu-ksu? Kp-kp? Mof? Epu? Ukas?



About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).