Tuesday, June 25, 2019

Anjakan Besar Ke Arah Penubuhan Majlis Media Malaysia


A Kadir Jasin


MUKHADIMAH: Pandangan yang terkandung dalam tulisan ini adalah pandangan peribadi saya. Saya menulis dalam kapasiti saya sebagai seorang blogger. Ia tiada kena mengena dengan apa-apa jawatan yang mungkin saya pegang.

Konsultasi pelbagai pihak bagi menubuhkan Majlis Media
 PENUBUHAN Majlis Media Malaysia sebagai instrumen pengaturan sendiri (self-regulation) mendapat anjakan besar pada 21 Jun lepas setelah dibangkitkan buat kali pertamanya 45 tahun lalu.

Kali ini, usaha menubuhkan majlis tersebut menjadi lebih realistik dan mendesak kerana ia adalah sebahagian daripada aspirasi kerajaan Pakatan Harapan (PH) dalam usaha mencapai matlamat kebebasan dan kebertanggungjawaban media.

Konsultasi yang melibatkan wakil organisasi berkaitan media massa, persatuan wartawan, akademik kewartawanan dan wakil kerajaan dari Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) serta Pejabat Peguam Negara itu diadakan di KKMM, Putrajaya.

[Komen "Anonymous” tidak akan disiarkan. Tolong guna nama sebenar atau samaran.]

Menteri KKMM, Gobind Singh Deo, dalam kenyataannya selepas konsultasi itu, antara lain berkata:

“Kami mengadakan perbincangan hampir dua jam. Kami mencapai persefahaman bahawa majlis tersebut perlu ditubuhkan melalui Akta Parlimen dan rang undang-undang yang dicadangkan akan digubal dengan tumpuan pada masa ini kepada lima bidang utama."

Lima bidang tersebut adalah (1) Objektif dan fungsi majlis, (2) Perlembagaan dan keahlian, (3) Kod tatalaku, (4) Kaedah penyelesaian pertikaian, dan (5) Peruntukan umum termasuk mengkaji undang-undang semasa yang perlu dimansuhkan atau dipinda apabila majlis itu dibentuk.

Saya hanya bertindak sebagai penyelaras dan pemudah cara di antara industri dan pengamal media dengan pihak kerajaan, khususnya Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Antara tugas saya sebagai Penasihat Khas Media dan Komunikasi kepada Perdana Menteri adalah membantu penubuhan Majlis Media Malaysia.

Menurut Datuk Dr Chamil Wariya, Ketua Pegawai Eksekutif Institut Akhbar Malaysia (MPI), yang hadir konsultasi itu, idea Majlis Media ini dicetuskan seawal tahun 1974 oleh Perdana Menteri ketika itu, Almarhum Tun Abdul Razak Hussein.

Tetapi kita semua tahu bahawa walaupun banyak percubaan dibuat tetapi tidak berjaya kerana kerajaan dahulu tidak bersedia memansuhkan atau meminda undang-undang yang mengongkong kebebasan media.

Terpenting adalah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan.

Sebagai bukti kesungguhannya, kerajaan PH telah membentangkan rang undang-undang pemansuhan Akta Berita Palsu dan memberi komitmen memansuhkan Akta Mesin cetak dan Penerbitan serta memansuhkan atau meminda undang-undang lain yang menghalang kebebasan bersuara.

Yang hadir dalam konsultasi itu adalah pengarang dan pemilik media, Institut Akhbar Malaysia (MPI), Pusat untuk Kewartawanan Bebas (Centre for Independent Journalism (CIJ)), Kesatuan Kebangsaan Wartawan (NUJ), Sabah Journalists Association, Persekutuan Persatuan Wartawan Sarawak, Journalism Academics & Eminent Journalists Group, National Press Club (NPC) dan Foreign Correspondence Club.

Kita menerima serahan, cadangan dan komen daripada banyak pihak - antaranya pengarang dan pemilik media (cetak dan atas talian), kumpulan akademik kewartawanan, wartawan veteran, Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ), Gabungan Wartawan (Journalism Alliance) yang terdiri daripada NUJ, Institute of Jounalists  (IoJ), Gerakan Media Merdeka (GERAMM), Sabah Journalist Association (SJA), Federation of Sarawak Journalists Association (FSJA), Kuching Division Journalist Association (KDJA) dan Foreign Correspondents Club of Malaysia (FCCM).

Jadi kita bolehlah anggap jumlah dan skop cadangan yang diterima sebagai memuaskan dan memadai sebagai asas rujukan oleh Jabatan Peguam Negara yang bertanggungjawab merangkan rang undang-undang yang diperlukan bagi mewujudkan Majlis Media yang disokong oleh undang-undang negara.

Apa yang kita alami ini mungkin hikmah di sebalik hakikat bahawa kita adalah antara negara terakhir atau terkebelakang di dunia membentuk Majlis Media. Kita mempunyai banyak contoh dan pengalaman luar untuk memandu kita.

Jadi marilah sama-sama kita berpakat dan bermuafakat membentuk Majlis Media Malaysia yang unggul, konstruktif dan praktikal.

Kesimpulannya, kita telah bersetuju menerima cadangan menubuhkan Majlis Media Malaysia.

Majlis itu akan diberi “legal standing” melalui Akta Parlimen yang akan dirangka oleh Jabatan Peguam Negara dengan mengambil kira cadangan yang kita kemukakan.

Matlamat kita ialah supaya Rang Undang-undang Majlis Media Malaysia dapat dibentangkan pada sidang Parlimen Oktober ini dan Majlis Media ditubuhkan tidak lama selepas itu.

Wallahuaklam.

6 comments:

wansee c said...

Moga-moga hasrat murni untuk menubuhkan Majlis Media Malaysia ini dipermudah dan diberkati Tuhan agar segala usaha yang dicurahkan akan berjalan dengan lancar dan sempurna sehingga berjaya kelak. Syabas!

Zalman A said...

Datuk,

Slightly off topic but a good litmus test of "TRUTH" in Malaysia...

https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2019/06/26/no-such-account-macc-says-on-rm3-million-transfer-to-senior-minister/

1. When Saiful 2 made his video confession, he mentioned Azmin must be investigated for corruption.

2. This was all pre-planned. Very obviously.

3. The allegation was false. This casts doubt on the videos, too.

4. Whether or not the videos are real, the dalang must be caught. Hope PDRM are trying their very best.

5. The media and Tun Dr M must expose the truth so that there are no more lurking enemies.

6. The dalang, if not caught, will cause further damage to the already badly-damaged PH image.

7. If no serious house-cleaning is done by the end of 2019, the loss of PRU15 is guaranteed. There is no time left to regain lost confidence.

8. Please pass the message to Tun. I would be surprised if he is living in a dream world where everything is OK.

Thank you.


DK said...

Zalman,

Tun may be living in a dream world where everything to him seems to be okay because he has just got 2 more years and everything after that will be a dream for him.

fatimah jasmeen said...

Penasihat tak boleh pakai, dah obselete.

Independent Observer said...

@Zalman A
Salam Dato, I would like to reply to Zalman A’s post.

Referring to the alleged transfer slip into Azmin’s bank account, that is really no brainer. I zoomed into the slip, I already saw two anomalies : (a) the fonts for the bank account name and bank account number are darker/bolder compared to other texts in the slip. (b) the vertical alignments of bank account name and account number are out by one or two centimeters compared to other rows.

As for the video, I did not find any obvious anomaly based on my observations. In fact, certain observations are hard to ignore. For example, the shape and thickness of the eye brows, the hair and the hair parting, the straight pointed nose, and the spectacles he wore at some point in the clip. I noticed he took a selfie while the partner was away to the washroom. I guess maybe he was sending a selfie picture of himself on bed to someone (“wife”?), perhaps saying “In bed now, look at my tired face after an exhausting day of work!”. I must make it clear that I did not look at what sickening things the 2 men were doing but instead focus strictly on their faces to examine the features on their faces.

I suggest the police should examine other evidence other than the video such as CCTVs at the hotel corridors, outside his hotel room, in lifts and carparks.

The Police should investigate and publish all evidence to support their findings on whether the whole episode is a set up or genuine.

OKJ said...

Salam Dato’ A Kadir Jasin

Alhamdullillah dan tahniah Dato’. Akhirnya Dato’ bersuara juga tentang pemimpin yang terpalit skandal seks kena resign. Sekurang-kurangnya Dato’ dah jalankan janggungjawab sbg penasihat PM. Tun Mahathir nak ikut ke tak, itu masalah dialah. Jawablah depan tuhan nanti.

Kedua. Tahniah juga dgn penubuhan Majlis Media Malaysia. Diharap berita selepas ini merangkumi kedua-dua belah pihak termasuk di TV dan Astro ye. Biar rakyat sendiri menilai. Jangan hanya indah khabar dari rupa.

Ketiga, tentang MAS tu saya cuma baca komen Dato’ melalui Malaysiakini. Bagi sayalah, MAS ini sebenarnya duta Malaysia di luar negara. Bila kita balik kampung (Malaysia), tengok je kapal terbang MAS parking di negara orang, dah rasa bangga dah. Tengok pilot-pilot orang kita, pramugari-pramugari orang Malaysia yg comel-comel, sejuk rasa hati. Jadinya, tak sepatutnya MAS dibubarkan.

Saya mengaku sejak kebelakangan ini saya jarang naik MAS dah. Pergi umrah pun pakai Saudia. Macamnilah, biasanya, kalau saya ada masalah operasi, saya akan menggunakan kaedah problem solving (PS). List down all problems according to priority, then settle the problem one by one according to the priority. Ingat ye, according to priority.

Izinkan saya senaraikan kenapa saya lama tak naik MAS.
1. Harga tiket kelas ekonomi MAS tidak kompetetif dan mahal berbanding pesaing
a. Cth KL - London MAS: RM 4000, Competitor: RM 2700 pun dah dapat.
2. Bagasi MAS cuma 30 kg, airline lain semuanya 40 – 46 kg
3. MAS selalu lewat, sampai Mat Sabu pun komplen
4. MAS kadang-kadang cancel flight dan bagi tarikh baru. Susahlah bila kita dah book hotel, airport shuttle dan sebagainya.
5. Perlukah MAS ada kapal terbang yg besar besar dan gah tapi kosong je?
6. Dan banyak lagi.

OKlah Dato’. Panjang sangat pula. Bukan apa, satu projek saya dah nak siap. Itu yg ada banyak masa free sekarang. Diharap MAS dapatlah selesaikan masalah yg saya timbulkan di atas. Saya ada beberapa cadangan tapi biarlah pihak MAS selesaikan dulu. Takkan gaji berpuluh ribu pun tak boleh nak settlekan PS ni. Baik bagi gajitu ke orang kampung macam saya je. Sekian TQ.

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).