Monday, July 01, 2019

Helang Terbang Tinggi Buru Pipit Makan Bangkai


A Kadir Jasin


MUKHADIMAH: Pandangan yang terkandung dalam tulisan ini adalah pandangan peribadi saya. Saya menulis dalam kapasiti saya sebagai seorang blogger. Ia tiada kena mengena dengan apa-apa jawatan yang mungkin saya pegang.

Keagungan Tuhan: Pipit kecil tapi bilangannya besar
MARI kita belajar ilmu mengenai burung atau dalam bahasa Inggeris “ornithology”.

Untuk kali ini kita belajar mengenai tiga jenis burung, iaitu helang, pipit dan enggang.

[Komen "Anonymous” tidak akan disiarkan. Tolong guna nama sebenar atau samaran.]

Helang diklasifikasikan sebagai burung pemangsa atau dalam bahasa Inggeris “bird of prey”, iaitu burung yang mencari makan dengan membunuh, termasuk sesama burung.

Pipit pula adalah burung yang memakan bijirin dan serangga.

Enggang burung rimba memakan buah-buah jenis beri macam buah ara.

Helang ada banyak jenis. Begitu juga pipit dan enggang.  Ada sejenis helang yang dipanggil helang pipit (besra) dan satu lagi dipanggil helang sewah (Japanese sparrowhawk).

Kedua-dua jenis helang ini berukuran kecil tetapi amat ganas memburu burung-burung yang lebih kecil daripadanya, termasuklah pipit.

Saya memberi makan burung liar di sekeliling rumah. Saya hidangkan bijirin dan pisang atau betik. Pisang dan betik yang saya hidangkan kepada mereka sama dengan pisang dan betik yang saya makan.

Tekukur di rumah makan burung yang saya dirikan
Banyak jenis yang datang – merbah, murai, kunyit kecil dan besar, ciak rumah, ciak tuli, merbuk, tekukur, gembala kerbau (mynah) dan ruak-ruak.

Burung pucung dan pekaka atau raja udang pun datang juga sebab saya ada kolam ikan yang saya biakkan ikan tilapia.

Ikan tilapia mudah membiak sebab ia jenis ikan yang menetaskan telurkan dan memelihara anak di dalam mulut (mouth breeder).

Oleh sebab ada burung di sekeliling rumah maka sekali-sekala kelihatan helang pipit dan helang sewah datang memburu.

Gambar hiasan: Helang sewah memakan burung mangsa
Jadi bila ada orang yang menggolongkan dirinya sebagai helang dan orang lain sebagai pipit maka bagi seorang pengintai burung (birdwatcher), saya fahamlah pengertian tersurat dan tersiratnya.

Yang tersirat, si helang lebih tinggi kedudukannya daripada si pipit manakala yang tersurat, si helang menjadikan si pipit sebagai mangsa.

Ada unsur pemangsaan dalam ungkapan helang dan pipit itu. Dalam bahasa Inggeris, kita kata “predatory”.

Pengkaji burung menyifatkan helang sebagai oportunis atau mengambil kesempatan.

Misalnya, ada jenis helang yang bukan sahaja memburu tetapi turut memakan bangkai.

Ini termasuklah “bald eagle” (helang botak) Amerika yang lazimnya memburu tetapi memakan bangkai ketika musim sejuk apabila mangsa hidup sukar didapati.

Helang pemangsa opoturnis: Makan mangsa kemalangan jalan raya
Bagi kita, khususnya orang Melayu, yang faham adat resam, kita kata enggang sama enggang pipit sama pipit.

Itulah peribahasa yang kita gunakan. Kita tidak kata helang sama helang, pipit sama pipit.

Enggang tidak terbang bersama pipit dan enggang juga tidak memburu dan memakan pipit.

Helang memang tabiat semula jadinya memburu dan memakan pipit. Apabila tidak ada pipit untuk diburu dan dimakan, helang sanggup makan bangkai.

Itulah ajaibnya kejadian Tuhan untuk kita pelajari dan dijadikan teladan serta sempadan.

Janganlah kita jadi nelayan bodoh yang cuba menguji lautan dalam dengan kail panjang sejengkal.

Wallahuaklam.

23 comments:

Melati Muar said...

He he.. smart insinuation Dato. I always respected Enggang for their elegances but never Helang for their predatory habit but pipit are more respected for their perseverence.

Proceed as scheduled said...

Datuk,
here it starts again, the great imposter trying to make waves and prolong his court case.
Thank the good Lord, the High Court here has denied Datuk Seri Najib Razak's request to skip a day in court to attend Parliament.

High Court judge Justice Mohd Nazlan Mohd Ghazali refused the request after hearing an application from Najib's lead counsel, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah and counter arguments from Attorney General Tommy Thomas, who objected it.

So many excuses offered to delay this and that, irrelevant questions thrown at witnesses, all for the purpose of prolonging his days of freedom.

Thank goodness the honorable Judge saw through his wicked strategies and would not brook any nonsense from him and his conniving lawyers.

malaysia dilanggar todak said...

Bila dah makan bangkai,sudah semestinya lah binatang.Jadi,itulah yang dipanggil sebagai The Kingdom of Animal.

Unknown said...

Berburu ke padang datar

Dapat rusa belang kaki

Kalau berguru kepalang ajar

Macam bunga kembang tak jadi



panglimo potaseh said...

Tok Kadir.
Selamat Hari Raya ..

Wah ..banyak yang TK tahu pasal burong. Katanye helang punya hariki yang paling tinggi sekali ..pipit paling bawah.

Biasanye yang berada dihariki yang tinggi punya bilangan yang sedikit ..baru lah dikatakan seimbang.

Tu lah nak tanya TK ..sama ada bilangan burong helang ditempat kita ni, ngikut piawaian saintifik ke tidak. Saya rasa bucu bahagian atas piramidnye tumpul ..maksudnye kurang tajam.

Apa pun tiap tahun di musim tertentu ..beribu ekor burong spesis besar dari Tanah China singah ke Tanjong Tuan. Pada saya fenomena ini sangat AJAIB ..tak ke Tok?

TK ..nasib juga, burong besar Tanah China ini sekadar singgah je. Kok tak alamat pupus lah pipit.

Tuan-tuan tau tak apa akan jadi jika pipit pupus? ..tanya TK.

Man said...

DAKJ

We have to make pipits realise that the major issue is corruption at the enggang level especially
We also have to make everyone realise that prices cannot be cheap when we factor in corruption into the equation.
Please do some research and run a few financial scenarios Dato so that you can see and then make everyone see.

Wawh said...

Very impressive Datuk. Ilmu bagi saya, Alhamdulillah, terima kasih. Wasalam

wansee c said...

Fabulously spot on! Tok Kadir plus the derisive words, it is a lethal combination to spit in the face and spear right between the eyes of the helang, causing it to spin like billy-o in the air and swiftly drop dead. What a pity, the supercilious helang who was born with a silver spoon in its mouth, has to lead a solitary life in an otherwise palatial confined glasshouse, yet dares to throw stones at the walls. It seems that the helang has steadily turned into an uncouth illiberal beast, absolutely out of touch with reality which is on the verge of extinction.

OKJ said...

Salam Dato’ Kadir Jasin

Bercakap tentang helang ni, fakta Dato’ silap sikit kot. Saya rasa, the difference between eagle and vulture is, eagle subsit mainly on live prey. Eagles are also monogamous, live in the same nest with the same girlfriend. Polygamy is prohibited among eagles. Hehehe…….. There are several types of eagles which include harpy eagles, harrier eagles, hawk eagles, martial eagles, sea eagles, white tail eagles, verreaux’s eagles and serpent eagles.

Sebenarnya seluruh rakyat Malaysia faham akan maksud tersirat Dato’ tu. Perumpamaan macam durian dan mentimun, digelek luka menggelek pun luka. Selain, Tun Mahathir, pemimpin kita yg lain semuanya jenis cium tangan punya. Anwar belum apa-apa dah pergi cium tangan. Dah nak buat macam mana….. Mukhriz pun sama. Kena sound je terus kecut, tak macam ayahnya. Seramai-ramai ahli parlimen kita, berapa kerat sangat yang berani melawan arus. Tapi sekurang-kurangnya dah ada keberanian nak menanya soalan. Jadinya, saya respect Dato’ sebab betul-betul berani dalam bab ni. Setakat ni, cuma ada 2 orang je di Malaysia yg berani, selebihnya 30 juta orang masih belum berani lagi. Saya pun malas nak cerita lebih-lebih sebab takut tersilap cakap pula. Sekian TQ.

budak jawa said...

Aslm dakj,

Rakyat malaysia amnya dan orang melayu khasnya sedang diuji dengan situasi politik semasa yang sangat tidak menentu.

Walaupun berjaya menumbangkan najib yang merupakan simbol pemimpin korup yang telah menjatuhkan bersama-samanya sebuah institusi politik terbesar orang melayu kerana meletakkan kepentingan individu melebihi kepentingan agama, bangsa dan negara, harga yang perlu dibayar oleh orang melayu amatlah besar.

Najib telah memporak-perandakan nilai orang melayu, yang baik dikatakan buruk, yang buruk dijunjung dan diaanjung kerana mengguna pakai neraca materi sebagai asas pertimbangan sama ada sesuatu perkara itu betul atau salah.

Akibatnya orang melayu berada di dalam kedudukan politik yang sangat lemah kerana semakin berpecah-belah. Yang lebih menakutkan adalah perpecahan politik ini tidak berasaskan kebenaran sebaliknya berpaksikan dan bermatlamatkan kuasa. Sekali lagi sentimen agama dan bangsa dimainkan secara melampau.

Orang lain sibuk mengukuhkan agenda masing-masing memperkukuhkan sokongan politik dengan memeperjuangkan agenda mereka menggunakan jentera kerajaan sementelah kita sibuk berbunuhan sesama sendiri untuk mendapatkan kuasa. Ini turut menyumbang kepada ketidaktentuan politik bilamana tahap kepercayaan dan perpaduan di kalangan rakyat semakin terhakis dek politik perkauman ahli politik baik di sebelah kerajaan mahupun pembangkang, baik yang berpaksikan kaum melayu atau lain-lain kaum walaupun kononnya mereka memperjuangkan bangsa malaysia. Rakyat marhaen terus dihimpit kesusahan tanpa mendapat pembelaan sewajarnya. Di sinilah mereka mula mencari sokongan politik dimensi lain dalam kerangka politik negara tanpa menyedari bahaya yang menanti yang lebih besar.

Semoga tun m, dakj dan barisan kepimpinan bersatu diberi kebijaksanaan dan kekuatan serta sentiasa dipandu kebenaran dalam mengemudi hala tuju negara ini.

Firebrand said...

Ada seekor pipit ni duduk dalam seluar dari muda sehingga tua, asyik masuk sarang dan keluar sarang. Bila kepala dah layu baru nak cari pasal dgn helang.
Maklum lah sudah tua... nothing to lose kot.

herman adnan said...


"Janganlah kita jadi nelayan bodoh yang cuba menguji lautan dalam dengan kail panjang sejengkal."

Amat begitu tepat

myDesignWorld said...

Pergh... Dalam tu Datuk. Sakit tuh disini... Huhu

Balasingam said...

Well said Sir with detailed example , the stupid budak don’t know anything maklum la SPM pun tak lulus . Sombong bodoh pulak tu,

Alamaya said...

Fitrah sekarang helang terpaksa makan bangkai manakala bangkai pula terpaksa makan pipit untuk terus hidup.

Ini semua disebabkan oleh pencemaran alam yang dimulakan oleh manusia yang rakus.

Fan Tun said...

Memang lunak andaian Datuk
Ia Enggang bukannya Helang
Kanak2 jika terbatuk
Jangan2 tercekik tulang!

Ini jenis Helang keliru
Asal dari spesis biasa
Berasa megah di awan biru
Sejak menetas hidup sentosa!

Sarang dimilik lain yang punya
Merampas mengusir si Helang kejam
Macam sarang dia yang punya
Pipit lalu dia nak rejam!

Terasa diri pantang disanggah
Sifat pemangsa sudah sebati
Tiada lain hebat dan gagah
Terbang rendah dia tak reti..

Tanpa pipit rimba pun sunyi
Tiada makna Helang sendiri
Jika bising asyik berbunyi
Helang sengaja musuh nak cari..

Berpada terbang wahai si Helang
Namun pipit usah dikeji
Takut nanti bernasib malang
Jatuh ke tanah ayam pun taji!






anaconda said...

Salam Dato..

"Cerita" yg amat menarik utk ditelah oleh rakyat marhaen. Semoga Dato diberkati oleh Allah melalui tulisan demi Ugama, bangsa & negara tercinta..

anaconda said...

Salam Dato..

"Cerita" yg amat menarik utk ditelah oleh rakyat marhaen. Semoga Dato diberkati oleh Allah melalui tulisan demi Ugama, bangsa & negara tercinta..

Black is dead? said...

Datuk,
it's a seven day wonder at this age and time, we are told off and spoken down.
The helang can fly as high as it can, who cares?
The pipit can fly as low as it wants, who cares?
Black attire including trousers are usually worn during deaths and funerals, why insist on owning this macabre colour?

Hakimi Abdul Jabar said...

Sad! An Orwellian Animal Farm!

We live in a world where one need not be a Korean to write a Korean Short Stories bestseller book :
https://www.amazon.com/gp/product/B07DKCN233

Amazon Best Sellers Rank: #2,390,957 Paid in Kindle Store (See Top 100 Paid in Kindle Store)
#2020 in Children's Short Stories
#5749 in Children's Short Story Collections
#2450 in Children's Folk Tales & Myth Collections

But then, Grab Food delivery boys love the speed and peak hours which nets them RM2500 nett per month. Spoke to 7 of them last week.

john doe said...

Salam sejahtera Tok Kadir yang dihormati lagi disegani.

Saya secara peribadi percaya dan melihat bahawa setiap perkara yang berlaku hatta nama dan gelar seseorang serta kalam yang terkeluar dari mulut seseorang pasti mempunyai hikmah dan petanda di sebaliknya.

Misalnya saya melihat di antara 10 atau 11 lelaki yang mempunyai 'Maha' pada nama mereka di negara Malaysia ini yang sekiranya anam ini diterbalikkan akan berbunyi 'Aisyalam' yang bermaksud 'selamatlah' atau 'sejahteralah' bukanlah satu kebetulan bahkan memiliki hikmah di sebaliknya.

Di antara kesemua Maha-maha yang khusus ini hanya Tun 'Mahathir' sahaja yang memiliki Maha pada sijil kelahirannya dan akan tetap memiliki Maha pada sijil kematiannya kelak.

Adapula kesemua 9 atau 10 yang lain tidak memiliki Maha pada sijil kelahiran mereka dan hanya Allah sahaja yang mengetahui sama ada mereka akan tetap memiliki nama Maha pada hari kematian mereka.

Apabila si nelayan bodoh ini menggunakan helang sebagai misalan dan bidalan, sekalipun bidalan yang betul bagi bangsa Mim ialah enggang dan bukan helang, saya sudah meyakini bahawa ia bukan sesuatu yang kebetulan bahkan ada satu hikmah dan petunjuk di sebalik kesilapan itu. Hanya sahaja saya masih tidak dapat melihat apakah hikmah dan petunjuk tersebut.

Apabila membaca tulisan Tok Kadir di atas maka, kini saya kira bukan sahaja diri saya sendiri bahkan sesiapa sahaja yang membaca entry di atas akan bersetuju bahawa hikmah dan petunjuk di sebalik Allah yang melancarkan kalam daripada mulutnya menggunakan helang dan bukan enggang sebagai misalannya telah pun dapat dilihat.

Paling bingung ialah seperti komen Black is Dead iaitulah ia disebabkan sombong kepada warna hitam, warna yang digunakan oleh kebanyakan manusia selain bangsa Mim sebagai tanda kematian dan berkabung, dan di istana sebuah negeri lain di utara, warna hitam dan pakaian sedemikian sejak sekian lama adalah warna pada pakaian biduanda istana.

Setuju benar dengan sdr Fan Tun. Apabila helang gekah jatuh ke tanah, dan sayapnya patah dan menyebabkan ia tidak boleh terbang semula, bukan sahaja serigala akan cuba membaham bahkan ayam pun akan menaji. Kalau sudah sampai peringkat ditaji ayam maka hilanglah segala keseronokan dan kemegahan sang helang ketika ia berbangga terbang di udara sebelumnya.

Setahun terbang megah di udara akan hilang keseronokannya hanya di dalam sepuluh minit sahaja ditaji ayam di darat.

Wallahu a'lam.

john doe said...

Ralat

*anam = nama
*gekah = telah

Unknown said...

tok akj, you said 'lebai penjaja agama'. hmm saya lebih suka ungkapan saudagar agama

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).