Tuesday, November 12, 2019

Bila ada Kes Prima Facie Najib Kena Bela Diri


A Kadir Jasin

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

MUKHADIMAH: Pandangan yang terkandung dalam tulisan ini adalah pandangan peribadi saya. Saya menulis dalam kapasiti saya sebagai seorang blogger. Ia tiada kena mengena dengan apa-apa jawatan yang mungkin saya pegang.

Apa susah, Najib ada banyak penguam hebat-bebat
SEMALAM, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah buat penghakiman perintah bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak, bela diri (enter his defence) dalam kes SRC International Sdn Bhd.

Dia diperintah bela diri atas tujuh tuduhan bersangkutan salah guna kuasa, pecah amanah dan pengubahan duit haram libatkan RM42 juta duit SRC International Sdn Bhd (SRC) yang masuk dalam akaun peribadi dia.

Tujuh tuduhan itu adalah tiga melibatkan pecah amanah jenayah (CBT), tiga pengubahan wang haram dan satu salah guna kuasa.

Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali buat keputusan itu selepas dapati pihak pendakwa berjaya buktikan ada kes ‘prima facie’ bagi semua tuduhan ke atas Najib.

Dalam bahasa mudah, pendakwa telah berjaya yakinkan hakim bahawa ada bukti yang kuat Najib buat macam yang dituduh.

Maksudnya, setakat ini, pada pandangan kasar, segala tuduhan ke atas Mohd Najib adalah benar sehinggalah dibuktikan sebaliknya.

Jadi sekarang ini Mohd Najib disuruh oleh mahkamah bela diri dia. Sama ada keputusan terhadap dia kekal atau diubah bergantunglah kepada macam mana dia bela diri dia.

Tapi dia tidaklah akan bela diri seorang diri. Dia bukan penganggur yang curi makanan dari pasar raya kerana anak-anak di rumah lapar dan tak mampu upah peguam.

Najib orang kaya. Dia ada banyak peguam bela yang hebat-hebat untuk bantu dia. Mereka ini pula akan panggil saksi-saksi yang pada pendapat mereka boleh bantu lepaskan Najib.

Mereka akan sanggah bukti-bukti yang kata ada kes terhadap anak guaman mereka. Mereka akan guna macam-macam bukti dan bangkitkan macam-macam hal teknikal.

Tugas mereka lebih mudah daripada tugas pihak pendakwa. Pendakwa wajib buktikan tanpa sebarang keraguan kesabitan Najib. Mereka hanya perlu timbulkan keraguan yang berpatutan.

Selalunya kes kena buang pasal pendakwa raya gagal buktikan kes prima facie. Bila pendakwa raya berjaya buktikan kes prima facie selalunya lekatlah kes itu.

Jadi sekarang pandai-pandailah Najib pertahankan diri dia. Kita selalu dengar orang kata, pandai makan pandailah simpan, berani buat beranilah tanggung.

Tentang Najib kata dia terkejut tak dibebaskan itu perkara biasalah. Takkan dia nak kata dia tak terkejut sebab dia buat?

Tapi boleh jadi juga dia betul-betul terkejut pasal dia yakin peguam-peguam dia yang hebat macam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah boleh buang kes.

Bagi penyokong dia pula, sama ada daripada jenis yang tak tahu apa-apa, yang makan dedak atau yang tertutup fikiran, mereka tentulah kata dia dianiaya, mahkamah tidak adil dan dia mangsa konspirasi politik.

Biasalah!

Nak kata apa lagi?

Hina Mahkamah

Cuma saya hendak minta pihak berkuasa macam mahkamah sendiri, polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) pantau dan ambil tindakan tegas ke atas perbuatan hina mahkamah.

Hina mahkamah: Pantau tampalan media sosial
Kita tidak boleh ambil mudah perbuatan hina mahkamah ini, sama ada secara sengaja atau pasal jahil undang-undang.

Dalam kehakiman, jahil undang-undang bukanlah alasan untuk langgar undang-undang atau untuk bela diri.

Buat masa ini, kita bagilah peluang kepada Najib bela diri dia. Dia pun bukan orang bodoh atau orang susah. Duit dia banyak dan dia pun belajar tinggi sampai ke England.

Dia pi mahkamah pun bukan digari. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pun tak pakaikan dia baju kemaja T warna oren macam orang lain. Kira dia ni istimewalah.

Jadi cukup-cukuplah simpati dengan dia. Dia bukan ibu tunggal yang curi roti pasar raya pasal tak ada duit dan anak-anak lapar. Itu pun kena jel juga. Inikan pula jenayah yang libatkan berpuluh juta duit rakyat jelata.

Wallahuaklam.

16 comments:

azhar rangkuti said...

Let the JUSTICE being served accordingly

Unknown said...

...... "Dia pi mahkamah pun bukan digari. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pun tak pakaikan dia baju kemaja T warna oren macam orang lain. Kira dia ni istimewalah.

Jadi cukup-cukuplah simpati dengan dia. Dia bukan ibu tunggal yang curi roti pasar raya pasal tak ada duit dan anak-anak lapar. Itu pun kena jel juga. Inikan pula jenayah yang libatkan berpuluh juta duit rakyat jelata." ..........

WELL SAID. KHALAS😎

-herman adnan-

The Torch said...

Najib's lawyer will appeal all the way to Federal Court and the case will drag on for 5-10 years. In the meantime, your master Mahathir will be dead.

Let's hope your racist boss will not completely destroy PH and this country with his divide and rule tactics before he dies.

Mahathir is a curse to this country. Together with Najib, both of them will set our country in the shithole category for the next 10 generations.

atan said...

Beban sekarang berpindah tangan. Sebelum ni beban pembuktian terletak pada pendakwa. Bila ada Prima Facie, maka beban beralih kepada tertuduh. Pandai pandai la Jib. Sebelum ni bukan main lagi troll kat facebook.

wankamarul701 said...

"Dia pi mahkamah pun bukan digari. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pun tak pakaikan dia baju kemaja T warna oren macam orang lain. Kira dia ni istimewalah."

Najib tidak digari dan tidak pakai kemeja T oren sebab dia tidak direman dakj.

Law and justice said...

Datuk,
the learned judge must not allow the defence lawyers and the culprit to hold sway over the public. Let the court processes carry on without stupid postponements and nonsensical appeals which the defence will certainly try its best. It is one thing for the rule of law to apply, but definitely not to be abused and pandered to the shenanigans of the defence team. The plunder of the SRC millions and 1MDB billions were over and executed at almost rocket speed.
The person in the dock should be held in remand until the court cases are over with. This way, the defence will certainly try its best to speed up the processes.

Anonymous said...

Y. Bhg Dato @ Let the law and procedure take its course. The prosecution has succeeded to convince the learned Judge before deciding that the accused must be called for defending all charges against him. All parties that involved in the proceeding are qualified and very skillful in their profession. Thus very unenthical for any parties to make any negative comment on the proceedings or judgements.


Tok Ki said...

Yg masih menyokong kategori bangang...

SalamHamKa said...

Assalamualaikum Datok.
Cerita tentang hina mahkamah ni Datok, TV3 suku pun dah mula guna selera lama Datok.
Semalam 12 Nov Berita Buletin Utama, Secara penuh sensasi kes basikal lajak telah dipergunakan untuk highlight kes mahkamah yang telah pun selesai, tapi sengaja disensasikan tentang 8 remaja yang meninggal tapi pemandunya dibebaskan mahkamah....
Fikir2 la Datok. Mungkin TV3 masih ada DNA lama kut Datok.

SG said...


You can rant and rave all you want, but the fact remains TM is the PM today and as sure as the sun will rise tomorrow, he will still be the PM.

kusufian write said...

Esok Esok jatuh hukuman NR rayu..
Lima tahun tak tentu masuk jail lagi. Tup Tap Lit Lap PRU 15.. Kalau masuk jail punggg NR minta ampun YDA..

John Doe said...

Salam sejahtera DAKJ yang dihormati,

Saya penah menulis bahawa Tun Mim adalah seorang ketua pasukan yang tidak pernah tewas, dan dengan setiap kemenangannya di dalam setiap pertempuran yang ia ketuai, ia telah menyelamatkan bangsa Mim dan negara Mim daripada kebinasaan sekiranya dia telah tewas di dalam mana-mana satu pertempuran tersebut.

Mengapakah DAKJ dan kesemua rakyat Malaysia yang lain dengan yakinnya berani menulis dan mengulas tentang pilihan-pilihan yang ada pada DSNR selepas mahkamah mendapati tuduhan ke atasnya ada prima facie?

Mari kita lihat satu sejarah yang berlaku dua dekad yang lampau ketika Tun Mim menjadi PM-4.

Pada tahun 1998, ketika Tun Mim menjadi PM-4, bekas timbalannya yang telah dipecat dan menghadapi pertuduhan jenayah di mahkamah pada masa itu telah melancarkan satu gerakan reformasi yang dengan slogan-slogan yang penuh retorik. Hakikatnya ialah gerakan itu hanya bertujuan untuk menjatuhkan kerajaan melalui jalan raya supaya dia mendapat kuasa dan seterusnya dirinya akan terselamat daripada hukuman apabila dia menyalahgunakan kuasa itu.

Syukurlah timbalannya itu telah tewas dan gerakan reformasi tersebut tidak ke mana-mana melainkan menjadi basi. Timbalannya itu pula akhirnya didapati bersalah menyalahgunakan kuasanya dan dipenjarakan. Retorika yang berterusan dari dalam penjara tetap gagal menjatuhkan Tun Mim sebagai PM-4.

Kini di tahun 2019, DSNR sebagai bekas Perdana Menteri yang ditumbangkan oleh pasukan Tun sebagai PM-7 pula sedang menghadapi pertuduhan, dan pada 11.11.2019, hakim memutuskan pertuduhan ke atasnya ada prima facie dan dia dipanggil untuk membela diri.

Segala pilihan yang ada pada bekas PM ini ialah berdasarkan apa yang tercatit di dalam proses undang-undang dan bukan selainnya.

Pilihan untuk menganjurkan gerakan reformasi ala-ala 98 tidak lagi akan menjadi pertimbangannya memandangkan dia sendiri telah melihat betapa gerakan tahun 1998 itu telah gagal dan pelopornya akhirnya terhumban masuk ke dalam penjara juga.

Membuat ucapan penuh retorika dari kandang tertuduh tanpa mengangkat sumpah untuk membolehkan proses pemeriksaan balas dijalankan juga tidak akan dapat menghalang daripada hukuman dijatuhkan. Kes bekas timbalan Tun tahun 1998 itu adalah precedentnya.

Bayangkan sekiranya gerakan reformasi 1998 itu telah berjaya. Kebarangkaliannya ialah DSNR yang masih memiliki penyokong yang ramai mungkin akan melancarkan satu lagi gerakan reformasi ala-ala 1998 untuk selamatkan dirinya daripada hukuman apabila dia didapati bersalah kelak.

Disebabkan Tun Mim telah menang pada tahun 1998 dan disebabkan gerakan reformasi jalanan oleh bekas timbalannya telah gagal, maka kita semua termasuklah DAKJ sendiri telah dengan yakinnya menulis tentang pilihan-pilihan yang ada pada DSNR tanpa langsung membincangkan tentang revolusi jalanan. Malah DSNR sendiri pun tidak akan mempertimbangkan gerakan-gerakan sedemikian kerana precedent yang ada menunjukkan ia akan gagal.

Sabitan ke atas DSNR hanya tinggal satu langkah sahaja lagi. Sabitan itu kelihatan hampir pasti. Selepas sabitan, beliau masih punya peluang untuk penggantungan hukuman sementara menanti rayuan.

Jalan bela diri di mahkamah nampaknya tidak akan menyebelahi DSNR. Maka apakah jalan lain yang terbuka untuknya terlepas daripada hukuman yang masih tiada precedent gerakan sedemikian pernah gagal.

Jawapannya ialah; menjatuhkan Tun Mim daripada kedudukannya sebagai PM dan menaikkan seseorang yang lain yang sedia menyalahgunakan kuasa untuk melepaskan DSNR daripada hukuman.

Persoalannya ialah sekiranya itu berlaku adakah mereka ini akan berjaya menjatuhkan Tun Mim? Jawapan saya ialah tidak, Tun Mim adalah ketua pasukan yang tidak pernah tewas dan dengan izin Allah ia akan kekal sedemikian walau siapapun ketua pasukan atau walau siapa pun yang berada di dalam pasukan lawannya sehinggalah zaman fitnah ini benar-benar ditinggalkan.

Que sera sera; W2020M.

Wallahu a'lam.

OKJ said...

Salam Dato Kadir

Maaf kerana lama tak memberi pendapat. Sibuk sikit akhir-akhir ni. Pertama, saya ingin mengucapkan terima kasih kpd PH kerana dah ada kes utk Najib jawab. Biarlah dia jawab dalam kandaang tertuduh. At least, dia lagi berani dari Anwar dulu. Kalau dibuktikan dia bersalah, masukkan dia dalam jel. Berani buat tahi, berani simpanlah (Maaf keras sikit).

Kedua, PRK Tg Piai ni dah tak lama. Saya rasa PH akan kalah. Sebabnya, orang Cina protes suruh Tun Mahathir berhenti, mereka nakkan Anwar. Manakala orang Melayu pula tak puas hati dgn PH sebab tak boleh nak pertahankan Islam. Habis semua kafir naik tocang sekarang sebab pemimpin Islam PH semuanya koro-koro belaka. Cakap je lebih.

Jadi, jika Bersatu kalah sekali lagi kali ni, eloklah Tun bubarkan parlimen dan buat piliharaya baru sebab nampaknya Tun dah tak ada sokongan sekarang dan ini adalah isyarat yg jelas dan nyata yg rakyat dah meluat dgn PH. Sekian TQ.

Ps: Tak apa ke saya cakap keras sikit sekarang? Kalau Dato’ rasa terlalu keras nanti saya lembutkan sikit komen tu. Tapi Dato’ kena beritahulah, sbb Dato’ kata nak dengar pandangan semua pihak bukan setakat kaki ampu Dato’je - macam “Betul Dato’ cakap tu, You are my man, absolutely right. Syabas Dato’ dan sebagainya”.

Anees Khan said...

SALAM DAKJ,

HARAP-HARAP TIDAK ADA LAGI KAD 'KELUAR PENJARA PERCUMA' KEPADA MANA-MANA ORANG POLITIK TANPA MENGIRA PARTI PEMERINTAH ATAU PEMBANGKANG. NAIK TURUN MAHKAMAH DAN KEMUDIAN KENA JATUH HUKUM PENJARA, TUP-TUP BOLEH BEBAS DENGAN PENGAMPUNAN, KAN KA LAWAK KALAU JADI LAGU TU LAGI...

Yg bosan said...

Sekurang kurangnya najib dikhabarkan akan membela diri dgn bersumpah dan akan disoal balas. Bukan pengecut spt anwar ibrahim yg hanya membaca pembelaan tanpa bersumpah dan tidak membenarkan untuk disoal balas. Nampak jelas siapa jantan dan siapa betina.Inikah ciri seorang yg bercita cita menjadi PM?

Unknown said...

Kalau tak direman buat apa bayar ikat jamin RATUSAN RIBU CECAH JUTAAN RINGGIT wahai wankamarul701

HERMAN ADNAN

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).