Wednesday, April 01, 2020

Jangan Cuba Berselindung Di Sebalik Tragedi Ali dan Mua'wiyah


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
 
MUKHADIMAH: Pandangan yang terkandung dalam tulisan ini adalah pandangan peribadi saya. Saya menulis dalam kapasiti saya sebagai seorang blogger.

Muhyiddin dan Fayhsal muncul daripada Gerakan Sheraton
SAYA berfikir lama dan dalam sebelum menulis rencana ini kerana dua watak pencetusnya adalah dua orang anak muda yang saya sayang dan menaruh harapan tinggi bahawa mereka akan menjadi antara pewaris kepemimpinan negara tidak lama lagi.

Untuk sekian lama saya berpendapat bahawa sudah sampai masanya kita mula bergerak secara serius membina kepemimpinan baru yang terdiri daripada generasi muda.

Maka atas kepercayaan itulah saya menaruh harapan kepada Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal serta penggiat-penggiat politik yang seangkatan atau lebih dewasa sedikit daripada mereka.

Mungkin ramai tidak setuju dengan saya, tetapi saya terus menaruh harapan kepada watak-watak seperti Nurul Izzah Anwar, Fahmi Fadzil, Hannah Yeoh, Liew Chin Tong, Darell Keiking, Anthony Loke dan Ulya Aqamah Husamudin (Ahli MPT Bersatu) untuk menyebut beberapa orang.

Malang sekali, atau mungkin juga di sebaliknya, rahmat, maka berlakulah rampasan kuasa Langkah Sheraton (the Sheraton Move) yang menumbangkan Kerajaan Pakatan Harapan (PH) dan terbongkarlah rahsia sebenar di sebalik dua watak ini.

Saddiq memilih untuk menongkah arus kerana berpegang kepada prinsip perjuangan dan menghormati mandat yang diberikan oleh rakyat jelata dalam Pilihan Raya Umum 2018.

Dia sudah pun mula ditekan dan diasak oleh pelbagai ‘forces’ tangan hitam di peringkat pusat dan negeri Johor. 

Fayhsal pula memilih untuk mengambil laluan laju bagi mengisi citi-cita politiknya yang sangat tinggi melalui persekongkolan dengan konspirator Langkah Sheraton.

Saddiq menyokong bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu pada 23 Februari dan akhirnya hilang jawatan Menteri.

Fayhsal memilih untuk bersama-sama dengan yang menang, dilantik Senator dan menjadi Timbalan Menteri. Sekarang dia sedang mencabar Saddiq untuk jawatan Ketua Armada Bersatu.

Dalam percubaan mempertahankan cabarannya terhadap Saddiq agar tidak nampak oportunistik, Fayhsal menulis catatan berikut dalam platform sosial medianya yang berbunyi:

“Wait for my nationwide tour to campaign for my Ketua Armada candidacy (sic). I will clear the air. I did not betray Saddiq neither Tun (sic). Our political differences in Bersatu are akin to Saydina Ali vs Mu’awiyyah. Those who called others as TRAITOR is (sic) an extremist like the Khawarij.”

(“Tunggu sehingga saya menjelajah negara untuk berkempen bagi jawatan Ketua Armada. Saya akan beri penjelasan. Saya tidak mengkhianati Saddiq atau Tun. Perbezaan politik kita dalam Bersatu adalah umpama Saiyidina Ali melawan Mu’awiyyah. Mereka yang memanggil orang lain PENGKHIANAT adalah pelampau seperti Khawarij.”)

Ya, dia memilih untuk menulis prakata kepada manifestonya dalam bahasa Inggeris seperti Muhyiddin Mohd Yassin yang menggulung pembentangan Pakej Rangsangan Ekonominya 27 Mac dalam bahasa Inggeris juga.

Dalam penggulungan bahasa Inggeris itu, Muhyiddin antara lain, berkata: “And, this government may not be the government that you vote (sic) for.” (Dan kerajaan ini mungkin bukan kerajaan yang anda pilih.)

Adakah Fayhsal dan bos nombor satunya dalam kerajaan dan parti tidak berani membuat pengakuan masing-masing dalam bahasa Melayu kerana bimbang difahami oleh lebih banyak orang?

Tidak Ada Khawarij

Jawapan saya mudah saja. Tidak ada Saidina Ali, tidak ada Mau’awiyah dan tidak ada Khawarij dalam keputusan MPT Bersatu pada 23 Februari untuk keluar PH!

Itu hanya cerita budak cerdik yang belum pandai politik tetapi cuba mengabui mata khalayak dengan cerita-cerita kayangan yang dipelajarinya di kuliah-kuliah universiti yang tidak ada makna dalam tendang terajang politik yang sedang dia dan feksyennya dalam Bersatu sedang mainkan.

Saya ada di situ, di Menara Yayasan Selangor, Petaling Jaya, dalam bilik mesyuarat yang amat dingin pada siang hari, 23 Februari lalu, bagi menghadiri mesyuarat tergempar MPT Bersatu.

Tidak ada Ali. Tidak ada Mu’awiyah. Tidak ada Khawarij. Yang ada adalah kegilaan kepada kuasa dan pengkhianatan terhadap mandat rakyat jelata dalam PRU 9 Mei 2018.

Manteranya adalah, kalau Bersatu tidak keluar PH, ia akan kalah dalam pilihan raya umum akan datang. Untuk itu, kata Muhyiddin dengan disokong kuat oleh para pengikutnya, “kita wajib keluar hari ini juga.”

Sorak-sorai, berebut pembesar suara dan menghentak meja menenggelamkan rayuan Dr Mahathir agar beliau tidak ditekan dan dipaksa untuk mengorbankan prinsip dan memungkiri janji.

Yang tinggal menyokong beliau boleh dikira dengan jari tangan saja. Sebagai seorang demokrat, Dr Mahathitr secara terbuka mengaku bahawa beliau tidak lagi mempunyai suara terbanyak dalam MPT.

Yang beliau minta hanyalah sedikit masa untuk berfikir. Itu pun tidak dihiraukan. Malam itu juga Langkah Sheraton dilaksanakan.

Demikianlah buruknya layanan yang mereka berikan kepada orang tua yang memimpin mereka bagi mengalahkan kerajaan kleptokrasi Barisan Nasional dan menaikkan mereka menjadi Menteri, Timbalan Menteri dan pelbagai lantikan lagi.

Maaf kalau saya katakan dengan rasa kecewa dan dukacita bahawa Fayhsal kini muncul sebagai simbol kepada hipokrasi, ketamakan kuasa dan pengkhianatan terhadap keunggulan, prinsip dan perjuangan yang melahirkan Bersatu.

Saya sudahi dengan sebuah pantun nasihat peninggalan nenek moyang kita:

Pergi memburu di padang datar
Dapat rusa belang kaki
Kalau berguru kepalang ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi.

Wallahuaklam. Terima Kasih.

28 comments:

Mat penang said...

Kadiaq kadiaq,

Rupanya semakin tua semakin melalut tulisan hang.
Tak membantu langsung pada negara
Hanya hang nak suruh orang ikut fikrah hang juga
Penulis hanya tahu menulis, pentadbiran tiada kaitan langsung dengan penulis..

Ada baki2 masa Allah bagi ni
Pi la cari guru yang khusus kot boleh kenai Allah dengan sebenarnya
Kot boleh bertambah sikit bekalan di sana

BSP said...

sudah sudah datuk...
apa lagi yang kamu mahu ...
rasanya elokah mempersiap diri untuk alam yg lebih kekal dan abadi
berhentilah dari berpolitik hingga mati...
nanti takut mati semasa sedang memburukkan org lain, memfitnah org , ada perasaan dengki khianat dan byk lagi sifat yg tak baik...

Minta maaf keada semua org yg kamu telah fitnah, bohongi dan jatuhkan air mukanya..

Unknown said...

Salam dato.
Tak payahlah PH mendabik dada memperkatakan soal mandat rakyat jika mandat yg diperolehi dgn cara memperdaya dam menipu rakyat.Yang peliknya janji dgn jutaan pengundi boleh pula dimungkiri tapi janji dgn seorang insan bernama Anuar tidak boleh pula dimungkiri,orang jenis macam ni kah yg dikata berprinsip.

RD. said...

Benar kata Dato AKJ.

"Dalam penggulungan bahasa Inggeris itu, Muhyiddin antara lain, berkata: “And, this government may not be the government that you vote (sic) for.” (Dan kerajaan ini mungkin bukan kerajaan yang anda pilih.)

Adakah Fayhsal dan bos nombor satunya dalam kerajaan dan parti tidak berani membuat pengakuan masing-masing dalam bahasa Melayu kerana bimbang difahami oleh lebih banyak orang?"

Begitulah juga rumusan saya sebaik saja terdengar Muhyiddin beralih ucapan dalam bahasa Omputih... ada 'udang sebalik-batu' yang mereka berdua mahu sorak dari pengetahuan Bangsa-sendiri.

Benar sekali, apabila Dato tulis berikut....

"Tidak ada Ali. Tidak ada Mu’awiyah. Tidak ada Khawarij. Yang ada adalah kegilaan kepada kuasa dan pengkhianatan terhadap mandat rakyat jelata dalam PRU 9 Mei 2018."

Maka jelas... kerana tamakan KUASA, feksyen Pengkhianat dan Semburit telah berjaya mencampak Bangsa, Agama dan Institusi Raja-Raja Melayu kelembah kehinaan dan kebinasaan.

Lebih malang lagi kepada Bangsa & Agama kita... Ketua no.1 'Kerajaan Melayu'... pada hari pertama sebagai PM8... sudah tunjuk amalan tidak-baik... salah-guna waktu-pejabat & asset kerajaan (termasuk outrider Polis) untuk melakukan urusan-peribadi.

Lebih-kurang pukul 11 pagi sudah berada di Muar... ziarah pusara ibu-bapa, baca doa dan bertahlil bersama Penduduk sekitar Muar, Diketuai pula oleh Mufti Johor.
Selepas Solat Zohor dirumah keluarga, baru berangkat pulang ke KL.

Semua ini dilaporkan Berita RTM, jam 8 malam... namun tidak diberitahu, PM8 dan isteri, guna Helicopter Polis atau ATM.
Maklumlah, dulu... Mat Sabu pernah dikritik-hebat, setelah guna helicopter ATM.

Yang peliknya, sedang Negara & Rakyat diancam COVID-19... boleh pula PM8 main golf dengan Tony Fernandes pada hari Ahad.
Sepatutnya... pada hari Ahad la... paling sesuai untuk lakikan urusan-peribadi, ziarah-pusara ibu-bapa, bukan curi waktu-kerja.

Aku said...

Kadiag : السلام عليكم,
Terima kasih ataih coretan hang yg tebaru betajuk “Jangan Cuba Berselindung Di Sebalik Tragedi Ali dan Mua'wiyah.”
Aku tesenyum sikit2 bila baca depa nak bandingkan depa begadoh kenunnya semacam dgn pebalahan sayidina Ali dan muawiyah.
Tapi aliran nak tonjoikan keIslaman depa bukan mola dgn je ni saja, kalu hang tegamak tengok ucapan kepala kerajaan depa, di tv,
lagi sakan.
Pasai depa guna basa gomen bila mai bab2 sensitib, aku pon terasa jugak, tapi aku diamkan saja. Pasai tiba2 saja Kadiag.
Dolu2 yg buat aku marah sikit2 bila yg nak spikin gomen ni, spikin gomen pon hak ‘broken’. Macam hak lagi sorang tu yg katanya
leluhog dia berasai dari tanah jowo. Tapi lani, lantak kad hampalah.
Izin aku dgn rendah diri Kadiag, nak habag mai, ruang “komentar” munkin banyak serangran ataih hang secara peribadi,
guna kaidah ‘bot’ olih sorang dua, yg munkin jugak pemakan ‘dedak’...
Dari cloudflare.com:
“A bot is a software application that is programmed to do certain tasks. Bots are automated, which means they run according to their instructions without a human user needing to start them up. Bots often imitate or replace a human user's behavior.“
Muga hang teruihkan pejuangan sunggohpon dibenci sesetengah orang.
Mintak maghap no. Dan mohon Allah S.W.T. ampunkan aku.

Aku

Manora Pokok Sena said...

Dato. Saya bangga dengan generasi muda alma mattar saya , graduan Royal Military College, Sg Besi. Syed Saddiq, Ulya dll. Ada juga beberapa graduan senior yg boleh diharap. Mereka pilih berkhidmat dan memimpin disektor awam/ swasta dan bukan mencebur diri dlm tentera . Saya perhatikan mereka punya prinsip yang sukar digoncang. Ini yg diperlukan bagi membentuk negara kita ke arah yg lebih baik utk semua.

Melayu hampa said...

Salam Dato,


Of course it wont be the same but i think the idea is a diff of opinion.

Ali was regarded high as the prodigy of our beloved prohphet. However there is a dispute on him handling the death of saidina Uthman. Bear in mind tht regardless both side are in fact confirmed as the sahaba of the Prohphet for which the rewards for them in the afterlife is assured if I understand my Quran right.

Calling the other as traitor is indeed extreme. Unless bersatu wishes for only yes man within the party ranks. Tun must have noticed the sentiment much earlier on unlike how u painted it as if it was a sort of ambush. I myself have been telling my friend in bersatu tht they would lose if they didnt do something. And i said it much2 sooner than the sheraton event.

The way i see it. It is a matter of diff of principle and opinion perhaps akin to saidina Ali and saidina Muawwiyah.

I for once am grateful tht they stay true to the party cause, and not giving blind submission to one person even though he is their leader.

We of course respect tun and hold him on high regards. But when he is wrong he is. And if it is up for me to do something then i would.

Manan Razali said...

Budak berhingus ini akan dinoda oleh kebobrokan politik yang tidak berprinsip. Demi perjuangan untuk memartabatkan bangsa Melayu konon.. Jadi pelesit dan penyamun lagi adalah..

OKJ said...

Salam Dato’ Kadir

Sebagai orang luar, saya malas nak campur tangan hal dalaman Bersatu ni. Cuma boleh tak saya memberi sedikit pendapat. Bersatu ditubuhkan sebagai parti politik yg mengamalkan demokrasi. Jadinya, bila majority dah tak sokong Tun Mahathir pada meeting hari tu, Tun Mahathir dan Dato’ Kadir sendiri kena ikutlah. Apa yg susah sangat ni. Zaman dictator dah habis la Dato’.

Dato’ sebenarnya pun tahu yg Tun dah tak mampu utk memimpin negara. Misalnya kes Covid 19 yg melanda sekarang sehingga Malaysia kena melaksanakan PKP. Sebab degil sangat mula-mula dulu, sekarang semua orang rugi. Siapa sebenarnya yg bertanggungjawab. Perluke saya cerita semula.

Dari gerak geri Dato’ ni, sebenarnya nampak sangat Dato’ nakkan Anwar Ibrahim jadi PM kan. Tak payah nak sorok-sorok la Dato’. Siap puji anak bini dia tinggi melangit dari dulu sampai sekarang. Saya pun tak tahulah kenapa tapi saya rasa Dato’ memang amat terhutang nyawa dgn keluarga ni kan. Tapi buat-buat cerita macam konon-kononnya rindukan Tun. Ramai orang Dato’ boleh kelentong la tapi bukan semua orang kan.

Macamnilah Dato’. Buatlah sembahyang istikharah, minta dgn Allah yg mana betul sbb saya nampak Dato’ sekarang dah tak boleh bezakan dah diantara kaca dan permata. Kesian pulak saya tengok. Sekian TQ.

wansee c said...

Mungkin itulah yang dikatakan, ada hikmat di sebaliknya, Tun 'diberhentikan' dengan begitu cara akhirnya. Bayangkan, apakah akan terjadi kepada Tun jika beliau masih berada di JPM yang terpaksa berdepan dengan asakan letak jawatan di samping negara dilanda pandemik wabak yang mengancam serta keadaan ekonomi negara yang 'terhenti' ini? Dalam keadaan yang tertekan ini, adakah Tun masih mampu senyum kanyur seraya menepis dugaan berat ini? Bukankah kesemua ini telah dirancang dan ditentukan oleh Allah Maha Mengetahui, gam2 tepat pada waktunya? Nampaknya Tuhan telah tolong padamkan nama calon PM8 kita yang kononnya terpahat pada batu bersurat sejak Feb 2018. Oleh itu, biarlah TSMY menakhodai barisan kabinetnya untuk menentukan hala tuju masa depan negara yang pasti penuh dengan duri dan ranjau setelah ditimpa krisis bencana yang tidak teramat dahsyat ini.

Girang melihat Tun duduk bersenang-senang di rumah sambil buat 'live' di FB. Pandangan dan nasihat daripada tokoh terbilang ini masih relevan dan menyengat. Maklumlah, halia tua lebih pedas rasanya.

Abitpusher said...

Pakatan collapsed Pakatan la Dato'. Apa pulak langkah sheraton.

Melayu hampa said...

Ive been hearing the same thing. About u and anwar. Much2 earlier before najib n co in fact.

And at times with this in mind, reading ur blog i do wonder if it is in fact true. Uve explained this before, but many still remain unconvinced.

I dont know why if indeed u do support anwar as the next pm. Stating the promise made among pakatan isnt gonna be good enough for me. U should know better. But i think u owe it to ur reader the truth at least.

Melayu hampa said...

I forgot to add s.a.w in my earlier comment: Melayu hampa8:32 PM

Abd Halim said...

Jangan salahkah mereka yang terlibat dengan projek Sheraton. Mereka ada sebab dan pendapat jangka pendek dan jangka panjang yang mungkin mengancam agenda dan objektif kewujudan parti-parti mereka. Parti yang berasaskan 'Melayu' rata-rata objektif adalah bangsa Peribumi dan agama Islam. Mereka beranggapan Melayu perlu mempunyai kuasa politik kerana itu sahaja kuasa yang mereka ada untuk memastikan kelangsungan bangsa, raja dan agama. Mereka tak mahu sejarah Singapura berlaku kepada negara tercinta. Sudah berapa kurun Melayu memerintah, negara tiada masalah. Baru 2 tahun berpindah kuasa, dah mula nampak perubahan yang mungkin menggugat bangsa dan agama. Jelas interpestasi ini berdasarkan keputusan pilihanraya kecil yang berlaku. Bagi mereka, keputusan perlu dibuat kerana bakal pengganti DM mungkin mereka beranggapan bersikap terlalu terbuka dan mungkin pemikiran pluralisme serta kebebasan LGBT akan menyerap ke dalam pemikiran masyarakat Melayu. Mereka tahu bangsa melayu ini mudah dipengaruhi. Tuan mungkin beranggapan saya berfikiran kolot, masih dijajah, tidak demokratik. Bagi saya, sejarah banyak mengajar kita untuk lebih bersedia untuk kelangsungan agama, bangsa dan negara.

Mika Angel-0 said...

The Scribe
Salaam

From Dah Ikhwan and the Ali-Mu'awiyyah thing caught the eyes. My god, such delectable spieces from PPBM.

The Old Man and his seven pendekars and the Kleptocrat Cats command the stage of an off off off Broadway with the Young Guns in the shadows practising Ides of March while an early Hungry Ghost play busy next door.

Kadir for the love of Nurul and the search for Malaysia got talent while keeping in mind that elusive Jho Lo is still missing somewhere in Hubei it seems.


Ali and Mu'awiyyah and a China who refuses to die. What will the USD to RM be to be competitive?

What next?


Give me Mukhriz and we will rule the world.
An honest laugh is good for the mind.
Will Saprng tank, Scribe?


Kobe Steel, Favirpiravir, Avigan, Abenomics, Trillion Dollars stimilus, Xi, Putin and the god man Trump.

Ali and Mu'awiyyah are cute but none are rasul




Beste wensen

Manunggal Jati said...
This comment has been removed by the author.
Seri said...

Dato. You dah tunjuk your true color. U lah trojan anwar all this while. Keep stirring the water.. My beloved Tun Mahathir i can assured u, he know it all the way from start.. Tun Daim knows it too.. U pick the wrong horse.

tokomaya said...

Bismillah. Tulisan ringkas yang menyusul hanyalah pendapat peribadi yang mungkin betul, mungkin tidak.

Bagi PH, kehilangan kuasa dengan cara yang sedemikian adalah suatu yang malang, tetapi hendaklah diingat yang hari tak selamanya panas. Mungkin ALLAH mengizinkan berlakunya perkara tersebut dengan sebab semata-mata untuk menunjukkan siapakah yang mempunyai hati teguh dan siapa pula yang seumpama lalang; yang berhati teguh akan terus berjuang dan berusaha tanpa berputus asa dengan yakin kepada prinsip dan perjuangan. Selain itu juga, mungkin disebabkan pentas politik telah menjadi semacam pentas untuk bermain kata-kata manis di mana tidak selalunya kata-kata itu disokong dan disusuli dengan perbuatan yang berpadanan (oratory frequently fails to match deeds or performance), maka kehilangan kuasa PH mungkin juga adalah ujian keyakinan (test of faith) untuk menyerlahkan siapakah yang seumpama aktor yang hanya pintar bermain kata-kata manis dan siapa pula yang benar-benar komited dengan prinsip dan perjuangan.

Sekian, Allahu'alam.

Manunggal Jati said...
This comment has been removed by the author.
sirimuda said...

Ya maktuan Brother jangan sama kan Sing.. tu ia tanah jajah an yang di jual lama sebelum merdeka

Anees Khan said...

Salam DAKJ,

Walau apa yg berlaku,saya masih tetap percaya kepada Hikmah Kebijaksanaan Tun dan Dato.

Cuma sy rasa Ahli Politik kita yang ada ni byk sangat yang kurang integriti, jadi Ahli Politik untuk jadi kaya. Macam mana depa nak mentadbir negara dengan baik pun tak tau la. Takut saya kalau 1MDB versi 2.0 berlaku lagi.

Semoga Allah SWT selamatkan negara ni daripada kebinasaan.

Skimohorn said...

Mcm kau cari Hadi Bawang fitnah. Apa ilmu yg kau dpt. Oh tipu syarie rupanya.

Skimohorn said...

Fitnah konon. Caitro/taiktro PNipu dpt jawatan kh.

LukmanHussain said...

dibawah ph jho low x akan dibawa balik sebab dijaga oleh dap yg mmg suka menolong bangsa dia...lagi lama x ditangkap lagi lama lah dato seri najib dibicara x habis2 ..isu najib berlarutan...yg untung dap...jaja kes najib hingga x kesudahan

SHAMSURI BIN SALLEH said...

Penulis ini yg tak ada prinsip

SHAMSURI BIN SALLEH said...

Budak ni akan hanyut bila pn tumbang

SHAMSURI BIN SALLEH said...

Manusia pegang pada janji... Saifudin abdullah yg umum anuar bakal pm... Dia yg musnahkan...

Saifudin ini lah yg menjadi duri dan bukan berwajah islamik

SHAMSURI BIN SALLEH said...

Lukmanhusin ni rupanya seorang yg tidak cerdik... Lagi bofoh

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).