A
Kadir Jasin
MUKHADIMAH: Pandangan yang terkandung dalam tulisan ini adalah pandangan peribadi saya. Saya menulis dalam kapasiti saya sebagai seorang blogger.
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
MUKHADIMAH: Pandangan yang terkandung dalam tulisan ini adalah pandangan peribadi saya. Saya menulis dalam kapasiti saya sebagai seorang blogger.
Abdul Wahid Omar diura-urakan sebagai Pengerusi Bursa Malaysia |
LAPORAN media ekonomi yang belum sah mengenai kemungkinan Abdul
Wahid Omar dilantik menjadi Pengerusi Bursa Malaysia Berhad menggembirakan
banyak orang yang tidak tahu dan mendukacitakan sebilangan kecil yang
tahu.
Umumnya, bekas Menteri Kabinet era Mohd
Najib Abdul Razak itu mendapat “review” yang positif. Malah dia sering
diuar-uarkan sebagai antara eksekutif korporat Bumiputera terulung.
Saya bernasib baik mengenalinya agak lama.
Tetapi sebaik saja diumumkan yang dia dijadikan Senator dan dilantik Menteri
di Jabatan Perdana Menteri mengenai ekonomi pada tahun 2013, saya segera
memberitahunya bahawa dia telah melakukan kesilapan menerima pelantikan itu.
Dia menjawab: “National service.” (Khidmat
negara). Itulah alasan yang kerap saya dengar tetapi paling tidak saya yakini.
Ketika itu dia Presiden dan Pegawai Eksekutif
Malayan Banking Berhad.
Apa yang tidak diketahui ramai -
termasuk saya sendiri - ketika itu adalah
pelantikannya ada kaitan dengan “jasa” yang dia lakukan untuk Mohd Najib.
Maaf cakaplah kalau saya kata bahawa kerana “jasa”
kepada Mohd Najib itulah maka Abdul Wahid mungkin tidak layak diberi tugas dan kepercayaan
untuk mengepalai Bursa Malaysia.
“Jasa” Abdul Wahid kepada Mohd Najib itu telah membawa padah
besar kepada negara. Ia ada kaitan dengan peristiwa dan perkembangan yang
akhirnya membawa kepada tuduhan rasuah dan pecah amanah terhadap Mohd Najib dan kejatuhan kerajaan Barisan Nasional dalam pilihan raya umum 2018.
KWAP-SRC
1. Pada tahun 2011,
Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) telah memberi pinjamam RM2 bilion kepada SRC
International Sdn Bhd dan pada tahun berikutnya, RM2 bilion lagi dengan dijamin
oleh kerajaan melalui Kementerian Kewangan.
2. KWAP adalah badan yang diamanahkan
menjaga duit pencen kakitangan awam. SRC International pula adalah syarikat bermodal RM2
yang asalnya milik 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
3. Sampai hari ini pun kita
tidak tahu apa perniagaan SRC International dan kegunaan duit RM4 bilion itu selain dakwaan kononnya sebanyak AS$60 juta
(kira-kira RM258 juta) telah dilaburkan bagi membuka lombong arang batu di Mongolia – negeri Altantuya.
4. Apa yang kita tahu adalah
sebanyak RM42 juta masuk ke dalam akaun peribadi Mohd Najib dan kira-kira RM3.6
bilion dihantar ke seberang laut melalui beberapa buah anak syarikat luar pantai dan didepositkan ke dalam bank-bank persendirian seperti BSI Bank,
Switzerland dan Julius Baer & Co, Hong Kong.
6. Duit inilah yang
sebahagiannya dipercayai masuk ke dalam akaun Jho Low dan sekutu-sekutunya,
termasuk anak tiri Mohd Najib, Riza Shahriz Abdul Aziz.
7. Sehingga Oktober tahun
lalu, Kementerian Kewangan telah membayar RM1.73 bilion kepada KWAP bagi pihak
SRC International. Ini adalah duit rakyat jelata dan pembayar cukai.
8. Ketika SRC International
meminjam daripada KWAP, Mohd Najib adalah Perdana Menteri merangkap Menteri
Kewangan merangkap Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB.
9. Abdul Wahid adalah
antara ahli Panel Pelaburan KWAP yang meluluskan pinjaman RM4 bilion tersebut. Yang lain
termasuklah Mohammed Azlan Hashim yang baru saja dilantik semula menganggotai
Lembaga Pengarah Khazanah Nasional Berhad.
10. Bursa Malaysia ini
adalah tonggak kepada pasaran modal negara. Bursa Malaysia Berhad adalah syarikat
milik kerajaan melalui Kementerian Kewangan. Peranannya ialah menguruskan Bursa
Malaysia. Serentak itu, sahamnya turut diniagakan di pasaran tersebut.
Kesimpulannya, walaupun
saya kenal baik dengan Abdul Wahid dan menyanjungi idealismenya sebelum
terpalit dengan politik dan dia pula terus menunjukkan kesopanan (civility) terhadap
saya, namun saya rasa cadangan untuk melantiknya bagi mempengerusikan Bursa Malaysia
wajib difikirkan semula.
Apatah lagi Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Aziz, sendiri dilaporkan telah menggunakan isu tadbir urus (governance) sebagai alasan menamatkan
perkhidmatan Shireen Ann Zaharah sebagai Pengerusi Bursa Malaysia.
Ramai tahu bahawa Abdul Wahid dan Zafrul berkongsi latarbelakang sebagai eksekutif tertinggi Malayan Banking.
Persoalannya, apakah Kerajaan Perikatan Nasional tidak tahu semua ini atau ia tahu tetapi tidak peduli kerana ia mempunyai
kuasa untuk menyingkir dan melantik.
Saya juga hairan dan kecewa
dengan sikap majoriti pemimpin Pakatan Harapan mendiamkan diri membiarkan eksekutif yang
mereka sendiri lantik secara kolektif dibuang dan dianiaya.
Kalau inilah sikap dan amalan pemimpin politik Malaysia, hanya eksekutif dan ahli profesional kelas ayam saja yang bersedia dilantik ke jawatan kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC).
Wallahuaklam. Terima kasih.
32 comments:
Just knew that you are going to write about this person. Please continue to tell us more on those questionable appointments. TQ.
Alamak.. Dato tak sangka anda begitu double standard spt DAP.
Salam Dato Kadir
2C - Cocok & Cantas
Izinkan saya menceritakan sedikit sifat-sifat penghuni syurga yang dapat kita jadikan ikhtibar bersama. Bukan untuk menyinggung perasaan sesiapa tapi kita ambil pengajaran daripadanya.
Anas bin Malik menceritakan sebuah kejadian menarik yang dialaminya pada sebuah majlis bersama Rasulullah Saw. Anas bercerita, “Pada suatu hari kami duduk bersama Rasulullah Saw kemudian beliau bersabda, “Sebentar lagi akan muncul di hadapan kalian seorang lelaki penghuni surga. Tiba-tiba muncullah lelaki Anshar yang biasa sahaja penampilannya.
Dipendekkan cerita, sahabat Rasullullah, Abdullah bin Amr Al Ash mengikuti orang itu ke rumahnya, dan tidurlah selama tiga malam. Tetapi selama itu pula dia tidak menyaksikan sesuatu istimewa di dalam ibadahnya. Setelah ditanyakan amalan apa, orang Anshar itu menjawab, “Demi Allah, amalku tidak lebih dari yang kau saksikan itu. Hanya saja aku tidak pernah menyimpan pada diriku niat yang buruk terhadap sesama muslim, dan aku tidak pernah menyimpan rasa dengki kepada mereka atas kebaikan yang diberikan Allah kepada mereka”
Lalu Abdullah bin Amr berkata, “Beginilah bersihnya hatimu dari perasaan jelek dari kaum muslim, dan bersihnya hatimu dari perasaan dengki. Inilah tampaknya yang menyebabkan engkau sampai ke tempat yang terpuji itu. Inilah justru yang tidak pernah bisa kami lakukan.”
Akhir kalam, alangkah indahnya jika Dato’ tidak berprasangkan buruk dan merendah-rendahkan Tan Sri Wahid dan UMNO. Sekurang-kurangnya beliau dah meletakkan Maybank ke satu tahap dan UMNO pula dah berjasa kepada umat Melayu dah lebih 60 tahun. Adatlah dalam sepohon pokok, ada buah yang buruk. Sedangkan ahli Bersatu sendiri termasuk Dato’ Kadir lebih rela mencantas presiden mereka sendiri dari menjadi PM. Bila tak tercapai cita-cita, janganlah dicocok PM pulak supaya membenci UMNO dan Tan Sri Wahid tu. Marilah kita mengambil pengajaran di atas supaya sama-sama menjadi penghuni syurga nanti. Sekian TQ.
U pon cap ayam jugak, dato
Kadir ...byk fakta kau tak betul..
Byk fakta sebenar dah diketahui semasa perbicaraan
Tapi kau masih mengulang ulang skrip lama...
Apa tujuan kau sebenarnya???
Dengki, sakit hati dan dendam...
Malaysia dah berada dilandasan yg betul semasa BN dulu..
Datang idiot2 PH memerintah, hancur ekonomi dan negara dibuatnya
Aset dijual, buat hutang begitu byk, ambil duit petronas sesuka hati,...
Kau sepatutnya bersyukur bila DAP dah tak jadi kerajaan lagi dan Tun M & Anwar dah tak jadi PM dan bakal PM lagi....
Malaysia hancur & porak peranda sebab 3 faktor ni
1. DAP
2. Tun M
3. Anwar
Semoga Malaysia dapat terus maju bila 3 faktor ni lenyap terus dari bumi Malaysia
Jangan jadi munafik la pak kadir.
Tolong diam klo tak ada yg positve nak d luahkan.
It's about integrity. Thanks Kadir for saying it out loud. Cash is King being upgraded to Position is King!
Datuk.. ada peranan dalaman tanpa pengtahuan.. banyak lagi benda yang bole terdampar di pantai di kutip bila air surut.. pepatah juga ada kata jangan berumah di tepi pantai jika takut di lambung ombak.. kebebesan bersuara tidak di hijap setelah ph tiada terus kan, walaubagaimana pun kita ni angkatan yang sentiasa berlainan cara dan damba habuan..
Dah tua nyanyuk ni
ramai tahu LGE tak layak pegang jawatan MOF, tapi semua buat tak kisah, akhirnya lingkup ekonomi negara. Jasa RM30 renggek tetap di kenang.
Salam Dato,
Terima kasih atas info.
Sekarang saya menunggu rebuttal dr pihak sebelah sana utk menimbang semua info.
perghhhhhhhh kadiaaq
Petikan dari artikel: “……..Kerajaan Perikatan Nasional ……..mempunyai kuasa untuk menyingkir dan melantik.” Walaupun kerajaan Perikatan Nasional mempunyai kuasa untuk menyingkir dan melantik sesiapa yang ia kehendaki, ia masih perlu mempertimbangkan secara serius kesan ke atas defisit kepercayaan (trust deficit) rakyat terhadap kerajaan. Kerajaan PH dulu juga berdepan masalah defisit kepercayaan rakyat yang rata-rata berpunca dari kegagalannya dalam berhadapan dengan naratif lawan politiknya terhadapnya. Kerajaan kleptokratik UMNO-BN sebelumnya juga berdepan masalah defisit kepercayaan rakyat (tetapi pada skala yang lebih serius). Adakah kerajaan PN juga akan berdepan masalah yang sama? Sekian, ini hanyalah pendapat peribadi saya sebagai seorang rakyat marhaen setelah membaca artikel Dato Kadir.
A good reminder. Thanks.
Salam Dato..
Wahid...ikan sahaja...berbanding Hisham...Annuar Musa..Kj...dan Rizal...dan bukanlah Menteri.
Spt saya sebut dlm paparan lepas.
.saya spt majoriti Melayu lega dgn Kerajaan sekarang tanpa Dap.
Ertinya Muhyiddin mesti berhati2...tetapi itu juga yg Tun M hadapi sbg PM dgn rakan dalaman PH...terutama Dap dan segeltir Melayu2 pro Dap.
Sebenarnya...tidak salahpun jika ini Kerajaan Melayu daripada berkongsi kuasa yg bukan2 dgn Dap.
Bayangkan jika penduduk terbesar Malaysia adalah Cina....mahukah kuasa dikongsi2 dgn Melayu.
Dap adalah acuan Pap...dan ini mesti kita faham.
Bak kata peribahasa " baik berpada2 jahat jgn sekali".
Kadiag, Assalaa mu a'laikum,
Aku rasa kalu hang nak tau sama ada je ni sebagian daulath tependam atau
'deep state' ka dak ka, hang munkin mula2 kena tanya Mazlee sapa suroh lantik dia ni jadi kepala lembaga UKM.
Aku ingat lagi hang ada buat komen hang tak berapa seronok dgn Mazlee masa dia menteri dolu, tapi harap dapat bemaghap maghapan.
Selamat posa,
dan maghap no.
Aku
The Scribe
Salaam
You're a great fellow and therefore one say that you truly deserve this words from an old tune -
And I never thought I'd feel this way
And as far as I'm concerned
I'm glad I got the chance to say
That I do believe, I love you
And if I should ever go away
Well, then close your eyes and try
To feel the way we do today
And then if you can remember
Keep smiling, keep shining
Knowing you can always count on me, for sure
That's what friends are for
For good times and bad times
I'll be on your side forever more
That's what friends are for
Well, you came in loving me
And now there's so much more I see
And so by the way
I thank you
Oh and then for the times when we're apart
Well, then close your eyes and know
The words are coming from my heart
And then if you can remember
Keep smiling and keep shining
Knowing you can always count on me, for sure
That's what friends are for
In good times and bad times
I'll be on your side forever more
That's what friends are for
Keep smiling, keep shining
Knowing you can always count on me, for sure
That's what friends are for
For good times and bad times
I'll be on your side forever more
That's what friends are for
Keep smiling, keep shining
Knowing you can always count on me, for sure
Cause I tell you, that's what friends are for
Whoa, good times and the bad times
I'll be on your side forever more
That's what friends are for
Source: LyricFind
Songwriters: Burt F Bacharach / Carole Bayer Sager
That's What Friends Are For lyrics © Warner Chappell Music, Inc
You never really did like Mukhriz Mahathir, did you? Ursurping the integrity of the Khazanah and PN17 is not such a big deal for Mahathir and Daim and neither is it for Syed Mokhtar AlBukhari.
Just walk with the devil, Scribe and regret nothing for you are immortal.
Switzerland is a good place to die, don't you think so?
Wallahuaklam
Biasa la, lepas dia masuk terus buat cover up dressing for his bossku.
Kadir Jasin ni..kalau diukur pada standard journalisma terulung..tidak layak jadi reporter pun..apatah lagi editor. Haprak,langsung tiada management skills.
Penyamun2 dok kalut 'faraid' harta perang sekarang nie...
Makin tua masa pun dah nak sampai penghujung.Fikirkan faedah untuk anak bangsa akan datang. Jiwa yg sakit terutama hina bangsa sendiri lebih baik berdiam diri. Penghujung hidup biar tenang dan muhasabah diri.
Don't these government bodies/GCCs have capable people from the rank and file? Plus their calibre and leadership?
In fact, the experience of these rank and file should be put into greater use.
MPs are lawmakers by definition and should stick to their principal's role and purpose.
By sending butt lickers, hyenas, wolves and proven kleptocracy sympathisers to guard the national coffers, Allah safe us.
Assalamualaikum/Salam sejahtera.
1. Terima kasih atas lawatan dan ulasan.
2. Penerimaan, penolakan atau ketidakpastian terhadap pelantikan Pengerusi baru Bursa Malaysia Berhad diukur dengan tindak balas pelabur terhadap dua perkara. Peetama ke atas saham Bursa Malaysia Berhad dan kedua ke atas perniagaan di pasaran saham Malaysia keseluruhannya.
3. Justeru itu, apabila harga saham naik Jumaat lalu, ada penganalisis mengatakan yang ia adalah kerana yakin dengan ura-ura pelantikan Abdul Wahid Omar sebagai Pengerusi Bursa Malaysia Berhad. Petang itu Abdul Wahid sah dilantik.
4. Semalam (Isnin 20 April) adalah hari pertama Abdul Wahid menjadi Pengerusi Bursa Malaysia Berhad.
5. Apabila perniagaan ditutup pukul 5 petang, harga saham Bursa Malaysia Berhad yang dipengerusikan oleh Abdul Wahid JATUH 15 sen atau 2.55 peratus kepada RM5.73.
6. Pasaran keseluruhannya naik sikit. Indeks Komposit Kuala Lumpur (KLCI) naik 0.41 peratus kepada 1,413.12 mata. Dalam bahasa pasaran, harga Bursa Malaysia Berhad dikatakan menongkah arus (bucking the trend) ertinya pasaran naik tapi harga saham Bursa Malaysia Berhad turun.
7. Kita tengoklah apa yang akan berlaku seterusnya. Tapi pada hari pertama Abdul Wahid jadi Pengerusi, pelabur menjual saham Bursa Malaysia Berhad menyebabkannya jatuh 15 sen.
8. Kepada pembahas Melayu-Islam yang sayang kepada Abdul Wajid tolonglah jangan maki-hamun. Abdul Wahid perwatakannya amat lembut dan sopan. Jadi, Melayu-Islam yang sayangkan Abdul Wahid eloklah mencontohinya dengan berbahas secara sopan dan berfakta. Kalau tidak tahu, tolong belajar. Rugi mengaku Melayu-Islam tapi maki-hamun dan mencarut. Carutan saya tidak siarkan.
Wallahuaklam. Terima kasih.
Salam Datuk,
Agreed with you. You're right. He shouldn't be appointed to any posts in any GLCs.
Looked at what he has done to TM, Maybank & ASNB!
Please tell us more about him Datuk.
To.
Dato Kadir....hentikan lah jadi batu api..
Jadilah manusia yg bersyukur
Kerajaan BN dan UMNO dh byk berjasa kepada negara ini selama 60 tahun
Itu tak boleh dipertikai
Jgn setiap perkara nak dikaitkan dan nak disalahkan pada UMNO
DS Najib bersusah payah membangunkan negara....cuba lihat statistik ekonomi..
Tapi dituduh merompak, mencuri dan rasuah.....ini adalah cara yahudi untuk menjatuhkan sesebuah negara/kerajaan dengan mmebuat tuduhan tersebut dengan niat untuk membuat rakyat marah....
Tengoklah hingga sekarang tiada satu pun pemimpin UMNO yg dijatuhkan hukuman bersalah...
Pendakwaan yg dilakukan lebih kepada propaganda dan untuk memberi persepsi buruk...
Padahal, bila diikuti sendiri perbicaraan, byk cerita yg sebenar terbongkar...
Sebab tu ada lawyer/hakim pernah mengatakan, perbicaraan tersebut hanya membuang masa dan merugikan negara....
Itukah pandangan seorang yg kononnya professor. Patut lah ramai siswazah makin menganggur
JIka ada kelapangan, ingin saya tahu apakah maksud Melayu dan kepentingan maksud itu kepada Tuan Kadir Jasin, terima kasih.
Saya rasa mudin pun tak lama lagi tersungkur dan pergaduhan antara parti rasuah umno dan ppbm bakal berlaku
Saya setuju dengan pendapat dato...
Yg meroyan biarkanlah...
Tulislah asalkan benar...
Yg meroyan biarlahmeroyan...
Mereka tahu... Mereka bukan mampu buat apa lun hanya pandai bercakap sahaja....
yang pelik bin aneh,
Masih ada banyak lagi di sini yang perchaya si klepet razak tu bukan penyamun. Bukti sudah di kutip - wang Ringgit Seratus Empat Belas JUTA (RM114,000,000-00), barang2 kemas berharga Dua Ratus Tujuh Puluh Lima JUTA (RM275,000,000-00) 2, Tujuh Puluh Dua (72) beg tangan / handbag berjenama mewah sampai ada yang berharga Ringgit Lima RATUS RIBU (RM500,000-00) sebiji. Masih tak perchaya
Memang lah, masuk mahkamah bukan nye terus di dapati salah. Di bumi Malaysia ni ada Akta Keterangan (Evidence Act) yang mana kesalahan harus terbukti tanpa apa2 keraguan. Lagi pula si klepet dan peguam nye buat karenah berbagai - sakit mata, sakit punggung, anjing gigit pergelangan tangan, anak peguam nak nikah dan pelbagai karenah.
Dalam kes bini si klepet, pula si Mahdzir Khalid (MP Padang Terap dan salah satu mentri dalam kabinet si klepet), beri keterangan bahwa si klepet sendiri telah menekan Mahdzir Khalid supaya memberi projek dan kontrak di Serawak ke syarikat yang berkongkong dengan bini si klepet. Mak ai! bukan sebarang projek, projek solar panEl yang BERBILLION Ringgit nye. Tahu berapa banyak angka dalam satu BILLION - seluruhnye sepuluh (10) angka, Satu billion bermaksud SATU RIBU JUTA (1,000,000,000-00).
Tuan2 ada bayar cukai pendapatan kan (atau Zakat)? Satu keluarga si klepet razak, anak, bini, menantu semua tak bayar cukai.
Masih lagi nak menganggap si klepet suci murni? Akui saja lah, kalian semua sudah termakan budi dan kenyang dengan dedak taburan dari dia.
Salam
Hahaha...ini aja modal yg kau ada..salahkan org lain...tapi tak tengok apa jadi pada org melayu malaysia...berapa ribu raayat melayu malaysia yg bekerja di singapura..negara yg konon nya hak melayu tapi raayat nya merempat cari makan kat negara "kafir"..bila nak sedar la jangan berkhayal aje macam mat jenin..PAP jaga spore satu dunia tahu kehebatan mereka..negara sebesar biji sawi dlm.peta dunia tapi salah satu negara yg paling tinggi dlm kekayaan nya..negara yg di iktiraf sebagai paling kurang korupsi nya..sistem pelajaran nya paling tinggi..univirsity nya yg tertinggi di dunia..dpt mengajikan beratus ribu raayat malaysia yg bekerja di sana..negara yg mirip cara melaksanakan banyak perkara2 yg di tuntut olih ugama islam saperti kebersihan keadilan menjaga kebagikan raayat nya..yg negara malaysia terkenal seluroh dunia adala pemimpin2 yg korup dan tak amanah..bnyak raayat nya hidup susah..dari itu sebelum nak tunjuk jari pada org lain tengok.diri tu kat cermin
Sudah-sudahlah Kadir. Apa yang kamu sakit hati sangat dengan orang yang berwibawa yang bekerja, yang disanjung orang-orang celik tentang integriti peribadinya, yang tidak rasuah, yang tidak mencuri, yang tidak membohong dan yang paling penting yang tidak memandai-mandai tabur cerita sana sini laksana penulis gian sensasi yang kerap berkonon untuk didengari.
Sudah-sudahlah Kadir. Cukup-cukuplah. Jangan nanti sebelum akhirat pun lidah kamu Tuhan kelukan. Aku lihat ada sahaja yang tidak kena dengan orang lain apabila kepakaran urus tadbir orang lain yang kamu tidak sukai itu diiktiraf ramai, diiktiraf pakar-pakar dan diiktiraf orang-orang berautoriti.
Cukup-cukuplah kamu jadi batu api. Sudah-sudahlah merasa diri itu bagus sehingga kamu rasa sangat layak perlekehkan orang lain yang kamu iri sedang diri sendiri sekadar menempel gah seorang juara politik cuma.
Seeloknya pada saat penghujung usia begini kamu pimpin kesumat negatif kamu dan mencari kebaikan dalam diri orang yang sering kamu teropong serong.
Sesungguhnya hidayah itu milik Tuhan untuk dikurniakan kepada sesiapa yang Dia kehendaki. Semoga kamu bersih hati dan tidak jahat mulut.
Salam.
Post a Comment